139 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN STATISTIK PENGHUNI PECAHAN MENGIKUT JANTINA PECAHAN MENGIKUT KAEDAH KEMASUKAN BILANGAN PENGHUNI 74 ORANG BILANGAN PENGHUNI MENGIKUT KUMPULAN UMUR
140 LAPORAN TAHUNAN 2021
141 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Rumah Seri Kenangan Seremban telah menerima kemasukan kes baru daripada Rumah Seri Kenangan Johor Bahru seramai 78 orang pada 23 Februari 2021 lanjutan penutupan sementara institusi tersebut bagi tujuan pembinaan semula bangunan baru. Penghuni turut disambut oleh YBrs Puan Rosnah binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan diiringi oleh Encik Rahmat bin Sahat , Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. PENERIMAAN KEMASUKAN KES BARU RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN
142 LAPORAN TAHUNAN 2021 Program Pemantauan Dan Tinjauan Fasiliti dan Kesejahteraan Penghuni Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan oleh YBRS Pn. Fatimah Zuraidah Binti Salleh, TKP(O) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah berlangsung pada 12 Jun 2021 dan turut hadir bersama Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan. Tujuan program adalah menjalankan pemantauan berkaitan fasiliti sekaligus memastikan kesejahteraan seramai 74 orang kemasukan penghuni baru pada 23 Februari 2021 daripada RSK Johor Bahru. PROGRAM PEMANTAUAN DAN TINJAUAN FASILITI DAN KESEJAHTERAAN PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN
143 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Rumah Seri Kenangan Seremban telah diadakan pada 27 Ogos 2021. Program bermula dengan Perarakan Kibar Jalur Gemilang di perkarangan Klinik sehingga ke Dewan Terbuka dan disusuli dengan Program Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh YBrs. Puan Rosnah Binti Sardi, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dengan Simbolik laungan kemerdekaan “MERDEKA” sebanyak 3 kali. SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN
144 LAPORAN TAHUNAN 2021 KURSUS PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN 2021 Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan Rumah Seri Kenangan Seremban telah berlangsung pada 23 hingga 25 November 2021 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Program yang berlangsung 3 hari ini melibatkan 30 orang kakitangan. Objektif program adalah memupuk semangat kerja berpasukan dan meningkatkan jati diri disamping mengeratkan ukhwah antara kakitangan dalam persekitaran kerja yang komprehensif sekaligus meningkatkan daya saing dalam organisasi.
145 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN • Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) • Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) • Majlis Perwakilan Kanak-kanak • Program 2YEP
146 LAPORAN TAHUNAN 2021 KISAH KEJAYAAN PELATIH PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) Jenis Kesalahan Menunggang Motosikal Secara Melulus dan Berbahaya / Seksyen 42(1) APJ 1987 Hukuman Dikenakan PKM selama 200 jam / 24 bulan Status Pekerjaan sebelum dikenakan PKM Kedai Makan RTC Corner Nilai 3 (Separuh masa) Status Pekerjaan Selepas PKM Juruteknik Pengendali Penyaman Udara di Juruteknik Smartech International Pendapatan Sebelum PKM RM 1,700 sebulan Merupakan salah seorang Pelatih Khidmat Masyarakat di JKM Seremban. Anak bongsu daripada 2 adik beradik. Menjadi yatim ketika berusia 1 tahun setelah bapanya meninggal dunia akibat keracunan dalam darah. Dibesarkan oleh ibu bersama kakaknya dengan hanya menjual nasi lemak. Kini ibu pelatih mengidap penyakit buah pinggang dan menjalani rawatan cuci darah 3 kali seminggu. Dengan penderitaan dan kesusahan keluarga, pelatih nekad untuk bangkit dan berubah dengan menyambung pelajaran selepas SPM di Kolej Komuniti Jelebu dalam Jurusan Teknologi Pembinaan Bangunan. Semasa semester pertama pengajian, beliau telah terpengaruh dengan rakan-rakan sehingga ditahan dan didapati bersalah di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kemudian beliau dijatuhkan hukuman PKM selama 200 jam dalam tempoh 2 tahun oleh Mahkamah Majistret Kajang. Dengan hukuman yang diterima inilah beliau sedar akan keterlanjuran/kesilapan yang berlaku dan menganggap ia sebagai peluang kedua bagi beliau untuk memperbaiki diri daripada hukuman penjara iaitu menjalankan tugas khidmat masyarakat di bawah seliaan JKM Seremban. Dengan kekangan masa dan komitmen yang ada, beliau tetap menghabiskan pelajaran beliau di Kolej Komuniti Jelebu dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Jurusan Sijil Teknologi Binaan Bangunan dan dalam masa yang sama menjaga ibu yang sakit dan dapat melaksanakan PKM dengan jayanya. Alhamdulillah dengan semangat yang diberikan oleh keluarga, Pegawai PKM, Penyelia lapangan dan kawan-kawan disekeliling, beliau akhirnya dapat juga menghabiskan jam agregat PKM dalam waktu yang ditetapkan iaitu 2 tahun dari tarikh jatuh hukum oleh mahkamah. Menurut beliau, selama menjalani perintah sebagai pelatih khidmat masyarakat banyak perkara baharu yang dapat dipelajari, dalam masa yang sama banyak memberikan pendedahan kepada beliau untuk insaf dari dunia jahil dan nakal ini. Selain itu, tunjuk ajar penyelia juga banyak memberikan katakata nasihat untuk beliau menjadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa, agama dan masyarakat. Kini, beliau bekerja dalam bidang penyaman udara di Smartech International sebagai juruteknik dengan pendapatan RM1,700.00 sebulan. Harapan beliau agar dapat membalas jasa orang tuanya dan keluarga dengan berubah untuk menjadi anak yang berjaya. Pada pandangan beliau, program khidmat masyarakat ini wajar diteruskan untuk memberi peluang kepada pesalah muda seperti beliau yang tersilap langkah dalam aktiviti sosial di era baru ini supaya dapat memperbaiki diri mereka semula untuk menjadi insan berguna kepada negara.
147 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN KISAH KEJAYAAN PELATIH PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) Jenis Kesalahan Menunggang Motosikal dengan cara melulus / Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Hukuman Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (240 jam dalam tempoh 24 bulan) Status Pekerjaan sebelum dikenakan PKM Pekerja McDONALD Status Pekerjaan Selepas PKM Pengurus McDONALD Pendapatan Sebelum PKM RM 1,800 sebulan Beliau merupakan anak sulung daripada 3 adik-beradik dalam keluarganya. Beliau membesar bersama dengan neneknya sehingga kematian nenek dan datuk sebelah ibu pada usia 10 tahun. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan sedang menunggu kelahiran cahaya matanya. Oleh kerana beliau sebagai abang sulung dalam keluarga, beliau berazam menunjukkan satu contoh positif yang boleh dijadikan ikutan oleh adik beradiknya. Beliau seorang yang mudah menerima nasihat dari ibu-bapa dan ahli keluarga, menjaga pergaulan dengan rakan sebaya, tidak terlalu bersosial dan tidak lagi mencuba perkara -perkara yang menyalahi undang-undang. Beliau kini mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti bekerja dan belajar kemahiran kerja. Beliau menyatakan keterujaan dalam mengikuti setiap program yang dianjurkan melibatkan input yang positif yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Pelatih memberitahu pelaksanaan PKM sebenarnya telah memberikan kesedaran yang akan dijadikan panduan agar berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini oleh dirinya. Pelaksanaan PKM yang dijalani dapat memberikan pengajaran dan iktibar dan menjadikan beliau berhati-hati untuk tidak mengulangi sebarang kesilapan di masa hadapan. Kini, beliau bekerja dengan dengan McDonald Tampin. Beliau memulakan kerjaya di McDonald seawal usia 16 tahun sebagai pekerja sambilan dan setelah lebih lima (5) tahun bekerja bersama Mcdonald, dengan berbekalkan pengalaman dan disiplin serta dedikasi terhadap kerjanya beliau telah dilantik menjadi pengurus.
148 LAPORAN TAHUNAN 2021 KISAH KEJAYAAN PELATIH PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) Jenis Kesalahan Memiliki rokok terlarang / Seksyen 135(1)(iii) Akta Kastam 1967 Hukuman Dikenakan PKM selama 160 jam / 12 bulan Status Pekerjaan sebelum dikenakan PKM Membantu rakan berniaga (ayam gunting) Status Pekerjaan Selepas PKM Mengusahakan bengkel cuci kereta Pendapatan Sebelum PKM RM 1,500 sebulan Beliau adalah seorang Pelatih Khidmat Masyarakat di JKM Seremban yang telah dijatuhkan hukuman PKM oleh Mahkamah Majistret. Merupakan anak ke-2 daripada 3 adik beradik. Beliau mendapat pendidikan secara formal sehingga tamat SPM. Berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran elektrik, namun belum ada kesempatan lagi. Beliau mempunyai kemahiran tersendiri dalam kerja-kerja berkaitan pempaipan dan pendawaian kerana mempunyai pengalaman membuat kerja-kerja tersebut dengan bapanya. Beliau memaklumkan terjebak dalam kes ini apabila Negara di landa pendemik dan kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Sejak itu, bapa beliau kehilangan projek dan pendapatan. Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan sendiri dengan mengambil jalan mudah untuk menjual rokok tanpa cukai di sekitar Senawang. Pelatih telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman PKM sebanyak 160 jam agregat dalam tempoh 12 bulan. Setelah beliau menyedari akan kesilapan yang dilakukan dan menjalani PKM, pelatih sedar dan insaf dengan tindakan yang dilakukan dan berazam untuk mengubah hidupnya dan memperbaiki kelemahan dirinya. Segala teguran dan nasihat yang diberikan oleh Penyelia dan Pegawai PKM telah diambil sebagai pengajaran dan panduan untuk menjadi lebih baik dan benguna kepada masyarakat. Pada akhir pelaksanaan hukuman PKM, beliau telah melahirkan hasratnya untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Dengan berbekalkan duit simpanan dan sumbangan ahli keluarga sebagai modal awal. Kini, beliau dalam usaha membangunkan sebuah kedai membasuh/spa kereta berdekatan dengan rumahnya. Hampir 80 peratus kedainya telah siap dibina dan beliau telah mengusahakan secara kecil-kecilan terlebih dahulu bagi menarik pelanggan. Kini, pendapatan beliau telah mencapai RM 1,500.00 sebulan. Beliau dalam usaha mencari modal untuk membesarkan lagi perniagaannya termasuk menambah beberapa mesin tambahan.
149 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) PLUS BAGI PEMBUATAN ROTI Penghuni pertama berasal dari Hulu Langat, dengan diberi nama Liz (bukan nama sebenar) berumur 19 tahun. Penghuni ini diselamatkan daripada isu pengabaian dan telah dimasukkan ke Rumah Kanak-kanak Rembau pada disember 2019. Penghuni ini telah berjaya mengikuti program SLDN dalam bidang pembuatan roti selama 8 bulan bermula 1 April 2021-30 November 2021. Penghuni didedahkan dengan cara pembuatan roti, jenis-jenis penggunaan bahan yang bersesuaian dan cara pemasaran. Penghuni telah ditempatkan di Noha Food Industries dalam tempoh 8 bulan itu sebagai tempat menjalani latihan praktikal. Penghuni berhasrat untuk meneruskan dalam pemasaran roti dan menceburi bidang bakeri selepas tamat perintah. Penghuni kedua seorang anak muda dari Kuala Muda Kedah yang di kenali sebagai AIsya (bukan nama sebenar) berumur 19 tahun juga. Dimasukkan ke Rumah Kanak-kanak Rembau disebabkan pengabaian juga pada Ogos 2021. Penghuni ini telah berjaya mengikuti program SLDN dalam bidang pembuatan roti selama 8 bulan bermula 1 April 2021-30 November 2021. Penghuni didedahkan dengan cara pembuatan roti, jenis-jenis penggunaan bahan yang bersesuaian dan cara pemasaran. Penghuni telah ditempatkan di Noha Food Industries dalam tempoh 8 bulan itu sebagai tempat menjalani latihan praktikal. Penghuni berhasrat untuk membuka kedai bakeri selepas tamat menjalani perintah dan meneruskan cita-cita di menara gading. Penghuni ketiga, Sara nama diberi juga berumur 19 tahun. Merupakan anak kelahiran negeri Melaka. Penghuni ini dimasukkan ke Rumah Kanak-kanak Rembau disebabkan oleh penderaan seksual pada Ogos 2020. Penghuni ini juga merupakan salah seorang yang telah berjaya menjalani program SLDN selama 8 bulan bermula 1 April 2021 - 30 November 2021. Dia telah ditempatkan juga di Noha Food Industries sebagai satu medium menjalani latihan praktikal dalam pembuatan roti. Dia juga telah mendapatkan pendedahan dan pengetahuan dalam pembuatan roti, jenis-jenis penggunaan bahan yang bersesuaian dan target pemasaran. Dia berhasrat untuk teruskan dalam bidang kulinari dan membuka kedai pastri pada masa akan datang.
150 LAPORAN TAHUNAN 2021 MAJLIS PERWAKILAN KANAK-KANAK Sameer Monn Pengarang,Pemenang Anugerah Pembuat Filem, Pemenang Anugerah Pemuzik, Pendebat. BIODATA Sameer Monn A/L Suresh, 17, merupakan anak tunggal kelahiran dari Daerah Seremban. Beliau merupakan pembahas dan pendebat dari Sekolah Menengah Kebangsaan St PAul, Seremban. Beliau terlibat aktif dalam program akademik dan bukan akademik. Beliau mempunyai pencapaian di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan dan antarabangsa melibatkan penyertaan dalam program, persidangan, konvensyen dan juga penulisan. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Negeri Sembilan 2021-2023. Beliau telah dipilih di peringkat kebangsaan sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia. PENDIDIKAN • UPSR 5A. Sekolah Rendah St Paul, Seremban • Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul, Seremban • Diploma Pengajian Bahasa Perancis (Peringkat A2) (2022) / Diplôme d’études en langue française (A2) SUMBANGAN DAN KEMPIMPINAN • Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan / Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia. (JKM) (Kebangsaan) (2021-2023) • Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Negeri Sembilan. (JKMN NS) (Negeri) (2021-2023) • Mengarahkan Filem Pendek Kesihatan Mental Yang Memenangi Anugerah, Blue. • Penolong Ketua Pengawas Disiplin (2022) • Presiden Paulian Lasalle Conferers Club (2022) • Naib Pengerusi St John Ambulance Fscd (2022) • Pegawai Lain-Lain Pangkat Dalam Perhubungan Awam, St Johns Ambulance Fscd (2022) • Kapten Bersama pasukan Debat SPI (2021-sekarang) • Penolong Setiausaha Lembaga Wilayah (2021-2022) PENCAPAIAN • Mengarang “Beyond the Constellations” Amazon 2022 • Penceramah Terbaik, Pertandingan Debat Bahasa Inggeris (Negeri) (2021) • Rockschool United Kingdom Dram Debut (Kecemerlangan) (Antarabangsa) Gred 1, Gred 2,Gred 3, Gred 4, Gred 5 • Rockschool United Kingdom Debut Gitar Elektrik (Kecemerlangan) (Antarabangsa) • Pengarang Buku Terlaris Antarabangsa, The Stars • Pengarang Disahkan dalam Goodreads • Khidmat Masyarakat 200 jam • Hos rancangan Podcast (Paper and Dreams) (Spotify dan Apple Podcasts) • Ditemubual dalam Hitz FM dan ASTRO Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) merupakan satu medium terbaik bagi menyuarakan hasrat dan pandangan berhubung isu kanak-kanak di Malaysia secara holistik. Melalui penubuhan MPKK ini kanak-kanak dapat terlibat secara langsung dalam perbincangan isu-isu melibatkan kanak-kanak, perkhidmatan yang bekeperluan dan juga pelaksanaan program pendidikan berkaitan. Ini bagi membolehkan pembuatan dasar yang dilaksanakan dapat mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak. Sebagai agensi kebajikan yang mempunyai kumpulan sasar kanak-kanak maka adalah menjadi tanggungjawab pihak jabatan dalam memastikan penglibatan kanak-kanak dapat dioptimumkan. Secara amnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah berkolaboratif dengan pelbagai pihak bagi mengetengahkan bakat kanak-kanak. Melalui Majlis Perwakilan ini, JKM telah melaksanakan banyak program advokasi, kepimpinan, kemahiran interpersonal bagi membangunkan modal insan yang berkualiti sebagai bakal pemimpin masa hadapan. Di Negeri Sembilan, MPKK terdiri daripada 34 orang yang dianggotai dalam kalangan kanak-kanak di peringkat daerah. Dua orang wakil daripada MPKK Negeri Sembilan telah dipilih sebagai MPKK peringkat kebangsaan sebagai Pengerusi dan juga Timbalan Pengerusi bagi sesi 2021-2023. PENGERUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
151 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN CHLOE GAN Pendebat, Pemidato BIODATA Chloe Gan, 17, merupakan anak sulung daripada dua adik beradik dan menetap di daerah Port Dickson. Beliau terlibat aktif dalam program akademik dan bukan akademik. Beliau mempunyai pencapaian di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan dan antarabangsa melibatkan pertandingan, penulisan, seminar dan sebagainya. Beliau merupakan ikon negeri sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Negeri Sembilan dan telah diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia. TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PENDIDIKAN • 7 A UPSR-SJKC CHUNG HUA PORT DICKSON SMK TINGGI PORT DICKSON KEPIMPINAN • Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Kanak-kanak Kebangsaan • Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kank • Pengerusi Majlis Konsultasi Bagi Kanak-kanak • Timbalan Ketua Pemimpin Pelajar • Pengerusi Persekutuan Pengakap 02 • Pengerusi Kelab Bahasa Inggeris • Ketua Rumah Sukan PENGLIBATAN/PERSIDANGAN Antarabangsa 1. Second International Walk For Peace (11 Januari 2021) 2. SAKURA SCIENCE High School Program (22 September 2021) 3. SAKURA SCIENCE Exchange Program (21 Mei 2022) Kebangsaan 1. Webinar RC For Newbies Sekretariat Pengakap Udara (17 Februari 2021) 2. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak Bil 1/2021- (23 Februari 2021) 3. Kejohanan Catur Online 2021 Piala YB Khairul Shahril Mohamed (20 Mac 2021) 4. Seminar on Chlid Online Protection (MCMC & United Chlidren’s Fund) (30 Mac 2021) 5. Pengacara Majlis- Webinar Pengaruh Media Sosial Kepada Kanak-kanak (24 Julai 2021) 6. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak Bil 2/2021 (17 September 2021) 7. Wakil Kanak-kank -Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2021 (16 Oktober 2021) 8. Moderator-Webinar PdPR dan Kesihatan Mental anjuran OCC,SUHAKAM (24 April 2022)
152 LAPORAN TAHUNAN 2021 KISAH KEJAYAAN PROGRAM 2 YEP KETERANGAN MENGENAI KLIEN Penama merupakan anak sulung daripada lima beradik yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga ekoran ketiadaan penjaga yang berikutan telah meninggal dunia. Penama adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk membesarkan dan menghantar adikadiknya ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan. JKM telah meluluskan bantuan Kanak-Kanak kepada penama sebanyak RM 200 pada tahun 2010 untuk digunakan sebagai perbelanjaan adik beradik yang dibawah jagaannya berikutan desakan hidup dan pekerja yang tidak stabil penama sebagai ketua keluarga. Penama pada awalnya mengusahakan bengkel secara kecil-kecilan iaitu membaiki motorsikal berikutan pernah bekerja sebagai pembantu mekanik di bengkel sebelum ini. Seterusnya, penama telah berusaha dengan mewujudkan bengkel sendiri bagi membaiki kereta, mengecat kereta serta mengetuk kereta. Memandangkan kediaman penama adalah merupakan lokasi Felda, penama telah mengubah modus operandi perkhidmatan mekanik tidak hanya di bengkel sahaja tetapi juga keluar di luar kawasan sekiranya diperlukan khidmat untuk tujuan pembaikan. JKM telah meluluskan Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM 2700 di bawah program 2 Years Exit pada tahun 2018. Dengan bantuan yang diberikan penama telah membeli beberapa peralatan bengkel seperti Compressor Prest Pam 20 tan, Crocodile Jet 3tan dan peralatan lain. Sepanjang terlibat dalam program 2 YEP, penama pernah menyertai beberapa kursus anjuran JKM seperti Bengkel Empowering Rangkaian Perniagaan Melalui Nama Mohamad Rasyidee Bin Salim Umur 31 Tahun Bangsa Melayu Status Bujang Skim Bantuan(JKM) Bantuan Kanak-Kanak (BKK) RM200.00 sejak 2012 Peserta 2YEP(Tahun) 2018 Projek Perusahaan Mekanik (Bengkel Kereta) Pendapatan sebelum RM 900 Pendapatan selepas RM 4000 Sebulan Alamat Premis No. 58 Blok 3 Felda Palong 11, 73470 Gemas, Negeri Sembilan Teras Bisnes Mampan, Kursus Pelaksanaan 2YEP, Kursus Motivasi Memperkasa Diri Peserta 2YEP, Konvensyen Kebajikan Produktif, Kedah dan lain-lain kursus lagi. Mulai 2019, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang terima ditamatkan memandangkan penama telah berjaya, mampu berdikari dan terkeluar daripada kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh pihak Jabatan. Kini, penama telah mampu menjana pendapatan sendiri hasil bantuan dan bimbingan berterusan pihak JKM dan agensi berkaitan.
153 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN KISAH KEJAYAAN PROGRAM 2 YEP KETERANGAN MENGENAI KLIEN Penama merupakan OKU Fizikal yang berdaftar dengan Jabatan ekoran peristiwa kemalangan jalanraya yang menyebabkan kaki kiri terpaksa dipotong dari paras lutut dan ke bawah pada tahun 2014. Penama membantu mengusahakan projek perniagaan memproses dan menjual santan segar bersama ayahnya sebelum menerima Bantuan Geran Pelancaran daripada pihak jabatan. Melihat kepada usaha dan kesungguhan oleh penama, pihak jabatan telah meluluskan Bantuan Geran Pelancaran sekaligus sebanyak RM2700. Hasil pemberian tersebut, penama telah membeli peralatan bagi meningkatkan perniagaan antaranya mesin memarut kelapa bagi membantu meningkatkan kuantiti jualan dan pengeluaran santan. Hasil peningkatan jualan dan keuntungan, penama telah mempelbagaikan barangan jualan antaranya barangan basah seperti lada, tempe, jering, petaidan ulam-ulaman. Nama Md Jasmi Bin Md Zali Umur 40 Tahun Bangsa Melayu Status Berkahwin Skim Bantuan(JKM) Elaun Pekerja OKU (EPOKU) RM400.00 sejak 2014 Peserta 2YEP(Tahun) 2014 Projek Perusahaan Berniaga Santan Pendapatan sebelum RM1000 hingga RM1500 Sebulan Pendapatan selepas RM 5000 Sebulan Alamat Premis No 12, Rumah Rakyat Pasit, 73100 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Penama juga telah menerima bimbingan dan pemberian mesin memerah santan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Hasil penggunaan mesin tersebut sekaligus telah meningkatkan pengeluaran produk santannya. Penama banyak terlibat dalam kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan oleh agensi berkaitan sepanjang tempoh perusahaan projek yang diusahakan. Antaranya dibantu oleh Majlis Amanah Rakyat Negeri Sembilan dan lain-lain agensi. Mulai 2017, Bantuan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) ditamatkan memandangkan penama telah berjaya dan terkeluar daripada kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh pihak Jabatan. Kini, penama telah mampu menjana pendapatan sendiri hasil bantuan dan bimbingan berterusan pihak JKM dan agensi berkaitan.
154 “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh tenaga kerja PPDK di Negeri Sembilan yang telah menabur bakti dalam pembangunan golongan istimewa ini sejak sekian lama. Sesungguhnya, tuan/puan yang berada dihadapan saya ini adalah insan-insan yang hebat dan luar biasa yang telah terpilih untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka. Mendekati, menyantuni, memberikan pendidikan dan pemulihan kepada insan OKU ini bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Selain dari memerlukan kemahiran dan pengalaman, saya pasti kita juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan juga perasaan kasih dan sayang. Saya amat meyanjungi jasa dan bakti yang telah tuan/puan berikan lebih-lebih lagi kepada barisan Jawatankuasa yang berkhidmat secara sukarela tanpa menerima apa-apa imbuhan. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni tuan/puan. Saya juga dimaklumkan sehingga kini seramai 27,893 orang telah berdaftar dengan pihak JKM Negeri Sembilan. Jumlah ini memberi gambaran terdapat keperluan-keperluan, isu-isu dan masalah yang perlu ditangani dengan baik. Masyarakat haruslah bersatu dalam usaha untuk membangunkan modal insan OKU. Peluang dan ruang haruslah diberikan kepada mereka tanpa mengira sebarang perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak yang sama kepada semua individu “. YABhg Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof Isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan PENARAFAN BINTANG PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) SEMPENA KONVENSYEN PPDK PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
155 1. PPDK TERBAIK: PPDK PEKAN REMBAU 2. PENYELIA PPDK TERBAIK : SUAIDA BINTI MOHD NOR 3. PETUGAS PPDK TERBAIK : NORMASAYU BINTI ARIS 4. PELATIH PPDK CEMERLANG : SITI NOR BINTI ISMAIL PENERIMA ANUGERAH MENGIKUT KATEGORI
156 LAPORAN TAHUNAN 2021 KERATAN AKHBAR & MEDIAL SOSIAL
157 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN CORETAN PERISTIWA HERO JAKET OREN
158 LAPORAN TAHUNAN 2021 CORETAN PERISTIWA HERO JAKET OREN
159 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN CORETAN PERISTIWA HERO JAKET OREN
160 LAPORAN TAHUNAN 2021 DIREKTORI PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) SEREMBAN PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PANCHOR JAYA No. 1289, Jalan Cengal 3, Taman Ampangan, 70400, Seremban No. Tel : 06-6753792 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KG LB JOHNSON No. 2, Lorong Pejabat 2, Kg L.B Johnson, 71760 Seremban No. Tel : 06-7914082 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PEKAN RANTAU No. 1, Jalan 2/5, Taman Sri Anggerik, 71200, Rantau No. Tel : 06-6946480 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI MANTIN No. 932, Taman Mantin, 71700, Mantin No. Tel : 06-7571680 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SENAWANG Lot 261, Jalan Kenanga, Taman Marida, 70450 Seremban No. Tel : 06-6786048 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI INTERVENSI AWAL BANDAR SEREMBAN No. 130, Jalan Sri Rahang 5, Taman Sri Rahang, 70100 Seremban No. Tel : 06-7640337 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI NILAI Lot 2142, Bahagian A, Balai Penghulu Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan No. Tel : 06-7942469 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI NUR KASIH Taman Tuanku Jaafar No. 11, Jalan TTJ 3/9C, Taman Tuanku Jaafar, 71450, Seremban No. Tel : 06-6771640 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KEMUNING No. 301, Jalan Teratai 1, Taman Kemuning, 70450 Seremban No. Tel : 06-6760373 / 06-6760223 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI BANDAR SEREMBAN No. 360 & 361, Jalan Sri Pulai 21, Taman Sri Pulai, 70400 Seremban No. Tel : 06-7672324 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI LABU Lot 1224, Kampung Tiroi, Batu 7, 71900 Labu, Seremban No. Tel : 06-7911928 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PEKAN LENGGENG Lot 5616, Kg Rawa Hulu, 71750 Lenggeng No. Tel : 06-7571873 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI NUR IMAN Kem 1 Briged. No 2147, Jalan Tabrouk, Rumah Pegawai Angkatan Tentera, 70400 Seremban No. Tel : 06-7636157 Email : [email protected] PORT DICKSON PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI CHUAH No. 5190, Kg Kelompok Sg Nipah, 71960 Port Dickson No. Tel : 018-2346911 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI INTERVENSI AWAL LUKUT No. 250 Lorong Wawasan 9, Taman Wawasan Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan No. Tel : 06-6511508 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI CURAHAN KASIH PORT DICKSON Lot 1930, Jalan Bukit Tuan Sheikh, 71000 Port Dickson No. Tel : 06-6462433 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PERMATA HATI BAGAN PINANG Lot 1074 Jalan Pinang 5, Taman Dato Hj Abd Samad, 71050 Port Dickson No. Tel : 06-6462032 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TELOK KEMANG Lot 2666, Jalan Rumah Rakyat Bt 8, Telok Kemang, 71050 Port Dickson No. Tel : 06-6625466 Email : [email protected]
161 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI CAHAYA MURNI PASIR PANJANG Bt 12, Kg Telok Pelandok Pasir Panjang 71250 Port Dickson No. Tel : 06-6627303 Email : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI CAHAYA IKHSAN LINGGI Rumah Rakyat Pengkalan Durian, 71150 Linggi, Negeri Sembilan No. Tel : 06-6979877 Email : [email protected] REMBAU PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KG. SERI KENDONG Lot 2460, KG. KENDONG, 71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NO. TEL : 06-4382807 EMEL : [email protected] PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI MAWADDAH (PDK) No. 47, Lorong Tsb 26, Taman Seri Rembau Fasa 3, 71300 Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus No. Tel : 06-6852146 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PERMATA BONDA 71150 Linggi, Negeri Sembilan Darul Khusus No. Tel : 06-6966118 Emel : [email protected] PERTUBUHAN DALAM KOMUNITI PEKAN REMBAU Lot 825, Taman Rembau Jaya, 71300 Rembau Jaya, Negeri Sembilan Darul Khusus No. Tel : 06-6852014 Emel : [email protected] TAMPIN PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMPIN No.173, Lot 569, Jalan Chantek, 73000 Tampin, Negeri Sembilan No. Tel : 06-441 9541 / 06-441 4380 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KAWASAN GEMENCHEH No 7965, Taman Yu Yi, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan No. Tel : 06-431 6016 / 06-431 6016 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI JELAI KOMPLEKS D/A Pejabat Felda Jelai 4, 73480 Gemas, Negeri Sembilan No. Tel : 06-434 7462 / 06-434 7462 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ASSALAAM FELDA PASIR BESAR 73420 Gemas, Negeri Sembilan No. Tel : 06-457 6615 / 06- 457 6615 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PUSPAHATI GEMAS No 15, Jalan Bakti 2, Taman Desa Bakti, 73400 Gemas, Negeri Sembilan No. Tel : 07-948 3821 / 07-948 3821 Emel : [email protected] KUALA PILAH PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PEKAN KUALA PILAH 162, Taman Bukit Pilah Perdana, Jalan Bukit Kuala Pilah 72000 Kuala Pilah No. Tel : 06-4817702 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI FELDA KEPIS No. 344 Blok 3b Felda Kepis, 72100 Bahau, N.Sembilan No. Tel : 06-451 1088 / 06-421 1046 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SERI MENANTI No.1, Lot 1891 Jalan Kg Tebing Tinggi, Persiaran Taman Sri Terachi, 71500 Tanjung Ipoh, N.Sembilan No. Tel : 06-488 7418 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI JUASSEH No.5, Taman Desa Anggerik 72200 Batu Kikir, N.Sembilan No. Tel : 06-4983231 Emel : [email protected] JEMPOL PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ROMPIN JKR 1201 A/B Kuarters Guru Sek Keb Rompin, 73500 Rompin, Negeri Sembilan No. Tel : 06-4576018 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI AYER HITAM Kampung Baru Ayer Hitam, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan No. Tel : 06-4676954 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PALONG 9 Bersebelahan Masjid Nurul Iman Palong 9,10,11 dan 18, 73430 Gemas, Negeri Sembilan No. Tel : 06-4665569 Emel : [email protected]
162 LAPORAN TAHUNAN 2021 PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PASOH 2&3 Felda Pasoh 2,72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan No. Tel : 06-4961697 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI BAHAU No 729,Jalan Masjid, 72100 Bahau, Negeri Sembilan. No. Tel : 06-4543994 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PALONG 6 Pusat Bandar Palong 4,5 & 6, 73430 Gemas, Negeri Sembilan. No. Tel : 06-4668704 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SERTING Padang Awam Felda Raja Alias 02, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan No. Tel : 06-4583151 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SERTING HILIR KOMPLEKS Felda Serting Hilir 4, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. No. Tel : 06-4684471 Emel : [email protected] JELEBU PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SIMPANG PERTANG No.66 Rumah Rakyat Simpang Pertang 72300 Simpang Pertang,Jelebu Negeri Sembilan No. Tel : 06 – 4929001 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (F) PASOH1&4 Jln. Bunga Cempaka,Felda Pasoh 1 72300 Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan No. Tel : 064951327 Emel : [email protected] PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) KUALA KLAWANG No. Jkr 6, Jalan Haji Rashid 71600 Kuala Klawang No. Tel / Fax: 066134578 Email: [email protected] PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK) SEREMBAN PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK KAWASAN MANTIN PT1036 Taman Asoka, 71700 Seremban, Negeri Sembilan No. Tel : 0122853738 Emel : Tiada PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK PPR LOBAK Nombor T-1-10 PPRT Lobak, Rumah Pangsa Lobak, Seremban, Negeri Sembilan No. Tel : Tiada Emel : Tiada PORT DICKSON PUSAT AKTIVITI KANAK KANAK KAWASAN PORT DICKSON No 97 Jalan 3/3 Taman Intan Perdana Fasa 3 71050 Port Dickson Negeri Sembilan No. Tel : 06 662 1609 Emel : Tiada REMBAU PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK REMBAU No. 76, Lorong PP1, Taman Pinggiran Pedas, 71400 Pedas, Negeri Sembilan No. Tel : 012-9408576 Emel : [email protected] TAMPIN PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK DAERAH TAMPIN N0. 349, Jln Kelicap 1, Taman Bukit Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus No. Tel : 06 - 4411646 Emel : Tiada KUALA PILAH PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK FELDA KEPIS Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Felda Kepis 72100 Kuala Pilah, Negeri Sembilan NO. Tel : 014-212 2051 Emel : Tiada JEMPOL PUSAT AKTIVITI KANAK - KANAK BAHAU No1932,Jalan Desa Puteri 14, Taman Desa puteri, 72100 Bahau,Negeri Sembilan No. Tel : 0136876613 Emel : [email protected] PUSAT AKTIVITI KANAK - KANAK (PAKK) SERTING JKR 736 Kuarters Pejabat Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. No. Tel : 0132737721 Emel : Tiada JELEBU
163 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN JELEBU PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK AN-NUR DAERAH JELEBU No.52, Bk3, Taman Bukit Kempas, 71650 Titi, Jelebu No. Tel : 0192338005 Emel : [email protected] PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SEREMBAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS CAWANGAN SEREMBAN JKR 3471, Kg Baru Sikamat, 70400 Seremban No. Tel : 06-7642082 Email : [email protected] PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS MYAGEING (PAWE@ MYAGEING) WAKAF PAK NGAH ATAN NO. 24, JALAN GOLF 1 TAMAN GOLF HEIGHT AMPANGAN 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN HP: 012-9533071 [email protected] PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS LABU (PAWE LABU) JKR 1427 JALAN KAMPUNG GADONG JAYA, 71900 LABU SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN HP: 018-9441775 [email protected] PORT DICKSON PERTUBUHAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS PORT DICKSON Taman PD Delima, Bt2, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson No. Tel : Tiada Emel : [email protected] REMBAU PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS DAERAH REMBAU No. 16, Jalan Batu Hampar, 71300 Rembau, Negeri Sembilan No. Tel : 06-6851975 Emel : [email protected] TAMPIN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) DAERAH TAMPIN N0. 459-A, Kuarters Pejabat Daerah Tampin, Batu 1, Jalan Seremban, 73000 Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. No. Tel : 06 – 4413812 Emel : [email protected] KUALA PILAH PERTUBUHAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS DAERAH KUALA PILAH Dewan Orang Ramai Taman Melang, Mukim Ampang Tinggi, 72000 Kuala Pilah, N.Sembilan No. Tel : 019-6540079 Emel : [email protected] JEMPOL PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) JEMPOL Kg. Serting Ilir,72100 Bahau, Negeri Sembilan No. Tel : 06-4981352 Emel : [email protected] JELEBU PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS KUALA KLAWANG Jalan Dato Haji Rashid, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan No. Tel : 012-2640987 Emel : [email protected]