The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitan.paksi, 2021-09-16 23:28:56

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

1

PROSIDING

15-16
September

2021

Tempat: Online

2

PROSIDING

SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING
ISLAM 2021

Tarikh:

15-16 September 2021

Tempat:

online

Anjuran Bersama:

Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS
Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI)

Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA)
Persatuan Psikospiritual Islam (IPSA)

Penyunting:

ZAINAB ISMAIL
SALASIAH HANIN HAMJAH

MD NOOR SAPER
MAHNESSA A. KADIR
CHE ZARRINA SA`ARI
MOHD SYUKRI ZAINAL ABIDIN
ABU DARDAA MOHAMAD

Penyusun:

CHE ROZITA CHE ABD RAHMAN
MOHD. HATTA OTHMAN

AINUL MARDIAH AHMAD FADHIL
HARYATI KAMARUDDIN
SAFFUAN ABDULLAH

Persatuan Kaunseling Syarie
Bangi • 2021

3

Cetakan Pertama / First Printing, 2021
Hak cipta / Copyright Persatuan Kaunseling Syarie, 2021

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Persatuan Kaunseling Syarie terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or
transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical,

including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from
the Counseling Syarie Association.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PERSATUAN KAUNSELING SYARIE
d/a Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
Percetakan Cahaya Murni

Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-penerbitan
Cataloguing-in-Publication-Data

Zainab Ismail, Salasiah Hanin Hamjah, Md Noor Saper, Mahnessa A. Kadir, Che
Zarrina Sa`ari, Mohd Syukri Zainal Abidin, Abu Dardaa Mohamad

Prosiding Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2021
ISBN: 978-967-16678-2-8

4

KANDUNGAN

Prakata …6

1. Kaunseling Syarie & Psikospiritual Mendepani Cabaran Pandemik …7
COVID-19
Ucaptama
Amir bin Awang
Norazlina binti Zakaria

2. Menangani Isu-Isu Psikologi dalam Kalangan Pengasuh (Caretaker) …20
Pesakit Strok Semasa Pandemik COVID-19 : Dari Lensa Psikospiritual
Ucaptama
Hjh Salwa Dato Hj Mahalle

3. Terapi Kesejahteraan Keluarga Semasa Pandemik COVID-19 Menurut …28
Perspektif Kaunseling Syarie
Zainab Ismail

4. Pendekatan Holistik Menurut Psikospiritual Islam dalam Mendepani …36
Cabaran COVID-19
Hasimah binti Chik, Che Zarrina binti Sa'ari, Sharifah Basirah binti
Syed Muhsin & Sheriza Izwa binti Zainuddin

5. Psikospiritual Islam dan Wabak COVID-19: Saranan Kepada Keluarga …49
Pesakit Kanser
Che Zarrina binti Sa`ari, Norwahizatul binti Wahed, Sharifah Basirah
Syed Muhsin, Mohd Syukri bin Zainal Abidin, Syed Mohammad Hilmi b
Syed Abdul Rahman, Siti Sarah Haji Ahmad & Hasimah Chik

6. Keefektifan Psikoterapi Spiritual Bagi Kesihatan Mental Penagih Dadah …61
Hielda Noviyanty, Zainab Ismail, Salasiah Hanin Hamjah & Abu
Dardaa Mohamad

7. Keharmonian Spiritual Melalui Konsep Tawakkal …72

Mohd Manawi Mohd Akib, Che Zarrina Sa’ari & Sharifah Basirah Syed

Muhsin

8. Kelestarian Kesejahteraan Mental Golongan Akademik Muslim Melalui …83
Konsep Psikospiritual Islam
Siti Nur Aafifah Hashim & Wan Norhaniza Wan Hasan

9. Pernafasan Sufi Sebagai Salah Satu Teknik Relaksasi dalam Mengawal …93

Tekanan
Sharifah Basirah binti Syed Muhsi, Che Zarrina binti Sa’ari & Mohd

Manawi bin Mohd Akib

5

10. Kaedah Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik COVID-19 …104
daripada Perspektif Islam
Salasiah Hanin Hamjah

11. Pembangunan Kerangka Penjagaan Jiwa Berasaskan Komuniti Semasa 116
Pandemik COVID-19
Muhamad Afiq bin Abd Razak & Mohd Syukri bin Zainal Abidin

12. Kajian Literatur Sistematik: Perkahwinan di Malaysia …126
Mohd Hatta bin Othman, Ku Suhaila Ku Johari & Salleh Amat

13. Kajian kes: Menggalakkan Murid Tingkatan 3 Belajar Bersungguh - …139

Sungguh Kerana Allah dalam Intervensi Psikometrik Minat Kerjaya dan

Kematangan Kerjaya

Mohd Syukri Bin Kamis

14. Penyelesaian Keganasan Rumah Tangga dari Perspektif Maqasid …152
Syariah
Nurul Qolbi Mohd Ngalim, Norhazirah Mustaffa & Ahmad Irdha
Mokhtar

15. Kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice Theory And Reality …166
Therapy (BKCTRT) Terhadap Daya Tahan dan Motivasi dalam
Kalangan Pelajar Ibu Bapa Bercerai
Haziq Azree bin Yazid

16. Pembangunan Modul Bimbingan Kemurungan Remaja Tazkiyah An- …179
Nafs: Satu Pendekatan Fuzzy Delphi
Megat Marwan B Megat Nizar & Md Noor Saper

6

PRAKATA
_____________________________________________________________________

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya prosiding ini berjaya
diterbitkan. Prosiding ini merupakan prosiding bagi Seminar Antarabangsa
Kaunseling Islam 2021 yang dilaksanakan dalam talian (online) pada 15-16
September 2021. Seminar ini merupakan anjuran bersama antara Bahagian
Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS, Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI),
Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) dan Persatuan Psikospiritual Islam
(IPSA). Tema utama Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2021 ialah “Kaunseling
Syarie dan Psikospiritual Mendepani Cabaran Pandemik COVID-19”.

Prosiding ini memberi fokus kepada (1) kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan
ilaj syarie dalam masyarakat, (2) kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan ilaj syarie
dalam organisasi, (3) kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan ilaj syarie dalam
pendidikan, (4) kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan ilaj syarie dalam keluarga,
(5) Isu-isu sosial dalam masyarakat dan (6) intervensi kaunseling syarie, psikospiritual
Islam dan ilaj syarie.

Tujuan prosiding ini adalah untuk menyediakan data dan maklumat kepada para
peserta Seminar dan pembaca awam yang ingin mengetahui dan memahami tentang
kaunseling Islam, psikospiritual Islam dan ilaj syarie. Diharapkan melalui Seminar ini,
pelbagai isu berkaitan kaunseling Islam, psikospiritual Islam dan ilaj syarie dalam
masyarakat, organisasi, pendidikan, keluarga, dan isu-isu sosial dalam masyarakat
serta intervensi kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan ilaj syarie.

Sebagai penghargaan, pihak Seminar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat menjayakan Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2021 ini.
Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan Allah SWT dan memberi kebaikan
kepada semua pihak.

Sebagai ingatan kepada Allah kita berdoa “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku
dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku supaya mereka
faham ucapanku” (Surah Taha 20: 25-18).

Sekian.

Salam Sejahtera daripada Penyunting:
Zainab Ismail
Salasiah Hanin Hamjah
Md Noor Saper
Mahnessa A. Kadir
Che Zarrina Sa`Ari
Mohd Syukri Zainal Abidin
Abu Dardaa Mohamad

7

Kaunseling Syarie & Psikospiritual Mendepani Cabaran
Pandemik COVID-19

AMIR BIN AWANG
NORAZLINA BINTI ZAKARIA

*Profesor Emeritus Dato’ Dr. Amir bin Awang, Anggota Lembaga Kaunselor
Malaysia ([email protected])
Dr. Norazlina binti Zakaria, Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia
([email protected])

PENGENALAN

Dunia telah dilanda pandemik COVID-19 sejak Disember 2019 yang bermula di
Wuhan China, dan seterusnya merebak ke serata dunia. Menurut laporan World
Health Organization (2021), sehingga 8 September 2021, jumlah kes jangkitan
COVID-19 di seluruh dunia ialah seramai 221,648,869 dengan 4,582,338 kematian.
Pada tarikh yang sama di Malaysia telah terdapat 1,880,734 kes jangkitan dengan
18,802 kematian. Pada pertengahan tahun 2020, pandemik ini seolah-olah dapat
dikawal, namun apabila berlaku mutasi, kemunculan beberapa varian virus yang baru
seperti Beta, Delta dan Lambda telah menyebabkan kes jangkitan melambung naik
semula di seluruh dunia. Berbanding serangan pandemik virus sebelum ini seperti
SARS, H1N1 dan Mers-CoV, virus COVID-19 ini begitu unik hinggakan penemuan
dan ujian keselamatan vaksin mengambil masa begitu lama, hinggakan hanya mulai
dijumpai tujuh bulan sejak pandemik bermula, selesai diuji selamat dan mula
digunakan pada akhir tahun 2020 (Brothers, 2020).

KESAN PANDEMIK COVID-19

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang sangat dramatik kepada
kehidupan manusia. Dalam aspek pentadbiran kesihatan, ia telah menyebabkan
perkhidmatan kesihatan di beberapa buah negara hampir lumpuh kerana kebanjiran
pesakit COVID-19 yang mendadak sehinggakan tidak dapat ditampung oleh fasiliti
kesihatan sedia ada, seperti yang berlaku di Itali seawal serangan pandemik pada Mac
2020 (Lehmann, 2020) dan India pada April 2021 (Dutt, 2021) disebabkan mutasi
varian Delta, serta Peru pada Ogos 2021 disebabkan mutasi varian Lambda (Mishra,
2021). Keadaan ini turut menggoncang kestabilan politik beberapa buah negara
disebabkan kesalahan diletakkan kepada pemimpin negara yang dituduh gagal
menangani pandemik, seperti yang berlaku di Itali, Perancis, Slovakia, Mongolia,
Tunisia, Nepal, Sweden dan India (Azman, 2021) dan tidak terkecuali Malaysia,
apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia kelapan, pada 16 Ogos 2021 (Parzi, 2021).

Meninjau aspek sosial, pandemik ini telah menyebabkan manusia sedunia
terpaksa melalui apa yang diistilahkan sebagai normal baru, apabila banyak negara
yang mengenakan penutupan sempadan negara daripada keluar masuk, serta perintah

8

berkurung atau perintah kawalan pergerakan dijadikan mekanisme kawalan wabak ini
seperti yang dinasihatkan oleh WHO (2020). WHO turut menyarankan beberapa
normal baru lain seperti ujian saringan swab test, perintah kuarantin kepada pesakit
dan kontak rapat, penjarakan fizikal, larangan berhimpun serta pemakaian pelitup
muka (mask dan face shield). Saranan WHO ini menyebabkan aktiviti pekerjaan dan
pendidikan terpaksa dijalankan dari rumah, maka berlakulah aktiviti bekerja dari
rumah (BDR) atau work from home (WFH) serta pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PdPr). Amalan ini, bukanlah begitu ganjil atau baharu, tetapi sebelum
pandemik, ia hanya menjadi amalan sebilangan kecil masyarakat, kini berubah
menjadi aktiviti arus perdana di seluruh dunia. Justeru, komputer, tablet, gajet serta
prasarana komunikasi lain seperi telefon bimbit dan internet berubah menjadi
keperluan asas, dan bukan lagi suatu kemewahan (Jafar, 2020).

Normal baru ini telah memberikan dampak yang hebat ke atas ekonomi dunia
dan negara, apabila beberapa sektor pekerjaan industri tidak dibenarkan beroperasi,
dan urus niaga secara bersemuka dihadkan hanya kepada yang berkaitan keperluan
essential sahaja. Secara positifnya, aktiviti jualan atas talian dan khidmat
penghantaran (delivery services) menjadi budaya di seluruh dunia, bahkan ia menjadi
kerjaya baru kepada sesetengah orang, terutama yang hilang pekerjaan (Mohamed,
2020). Beberapa jenis industri essential seperti perkilangan penutup muka, vaksin dan
ubat-ubatan, produk nyah-kuman (sanitizer), telefon bimbit dan gajet, perkhidmatan
pos dan telekomunikasi, portal hiburan berbayar atas talian, serta peralatan berkaitan
hobi seperti buku dan alat berkebun, telah mencatatkan keuntungan yang tinggi
sewaktu pandemik ini (Mohamed Berawi, 2021).

Namun kesan negatif adalah lebih dominan. Keluaran Dalam Negeri Kasar
(GDP) dunia tahun 2020 merosot lebih teruk daripada apa yang pernah dilalui dunia
moden pada zaman kemelesetan Great Depression antara tahun 1929 dan 1939.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan pandemik kali ini
menyebabkan 255 juta pekerja sepenuh masa hilang pekerjaan (Berita Harian, 2021).
Pada tahun 2020, KDNK benar menguncup sebanyak 3.5%, perdagangan global
juga menguncup sebanyak 9.6% dan pasaran ekuiti global mengalami penguncupan
yang mendadak,. Langkah-langkah di negara-negara yang mengenakan sekatan
pergerakan lebih ketat menyebabkan gangguan pengeluaran yang teruk dan kejatuhan
dalam permintaan, khususnya dalam industri berkaitan pengguna dan pelancongan.
Akibatnya, keuntungan syarikat jatuh mendadak. Pasaran pekerja bertambah
lemah berikutan kadar pengangguran yang meningkat dan pendapatan yang
semakin teruk.

Di Malaysia, pertumbuhan KDNK Malaysia menguncup secara mendadak
kepada kadar paling rendah pernah dicatatkan sejak tahun 1998. Eksport kasar
Malaysia menguncup sebayak -1.4%, dan penguncupan import pada tahun 2020
sebanyak -6.3% . Eksport perkhidmatan menguncup dengan ketara sebanyak 46.0%
disebabkan terutamanya oleh penurunan mendadak dalam jumlah ketibaan
pelancong (2020: 4.3 juta orang; 2019: 26.1 juta orang) kerana penutupan
sempadan antarabangsa sejak bulan Mac 2020. Syarikat-syarikat mencatatkan
kejatuhan dalam keuntungan dan keadaan pasaran pekerja merosot seiring
dengan aktiviti ekonomi yang lebih lemah. Kesemua ini telah menyebabkan
aktiviti penggunaan dan pelaburan menguncup. Perbelanjaan pengguna terjejas

9

akibat kehilangan pendapatan yang ketara kerana pasaran pekerja mengalami
kelembapan terburuk dalam tempoh lebih tiga dekad. Sentimen pengguna juga
lemah kerana penghindaran risiko yang ketara berikutan COVID-19 (Bank Negara
Malaysia, 2020).

Kesemua kesan politik, ekonomi dan sosial yang disebutkan ini akhirnya
menjejaskan kesejahteraan psikososial masyarakat. Pandemik ini turut memberi kesan
psikologi ke atas mereka yang “kehilangan atau berisiko kehilangan mata pencarian,
terpisah daripada orang tersayang atau menderita di bawah perintah kawalan
pergerakan yang mendadak”. Bahkan pekerja jagaan kesihatan dan frontliners berada
di bawah 'tekanan luar biasa', disebabkan peningkatan beban tugas, serta kebimbangan
jangkitan, menjadikan mereka antara kumpulan yang sangat terdedah kepada risiko
mengalami kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). (Ahmad Fauzi,
2020). Kementerian Kesihatan Malaysia (2021) telah melaporkan bahawa:

“Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada
kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali
rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami
masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada
di dalam keadaan stres yang melampau dan isolasi daripada
rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya
kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ia boleh
meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri. Sumber daripada Polis
Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri
yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding
609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh
diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.”

INISIATIF DAN TINDAKAN PENGAWALAN

Langkah paling drastik dan awal yang dilakukan di Wuhan China dan negara-
negara lain sebaik sahaja dilanda pandemik COVID-19 ini ialah penutupan daerah
pandemik, larangan rentas negara, negeri dan daerah, serta perintah berkurung
atau kawalan pergerakan, bagi mengelakkan penyebaran virus. Langkah kedua
ialah usaha para saintis seluruh dunia dengan penyelarasan oleh WHO untuk
mencari penawar atau vaksin COVID-19 di samping mengenal pasti ciri-ciri
COVID-19 serta mekanisme virus menjangkiti manusia atau haiwan. Setelah itu,
kebanyakan negara dengan segera merancang langkah-langkah pemulihan
ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Antara langkah-langkah tersebut ialah
penggubalan dasar monetari perbankan yang baru, pemberian insentif, geran,
subsidi dan bantuan kewangan tunai oleh kerajaan kepada sektor ekonomi serta
individu-individu yang berpendapatan rendah serta yang terjejas akibat penutupan
aktiviti ekonomi serta perintah kawalan pergerakan. Jadual berikut adalah contoh-
contoh bantuan yang diberikan oleh beberapa negara di dunia kepada rakyat ketika
pandemik COVID-19:

10

Jadual 1: Langkah-langkah dasar ekonomi
negara terpilih semasa pandemik COVID-19

Di Malaysia, pada tahun 2020 dan 2021, bantuan seumpamanya telah
disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat atas nama Bantuan Khas COVID-19 dan
Bantuan Khas Prihatin. Antaranya ialah pemberian Bakul Makanan Prihatin, Bantuan
Sara Hidup dan bantuan-bantuan lain seperti : (1) Diskaun bil elektrik, (2)
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN; (3) Penangguhan bayaran pinjaman
MARA; (4) Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima; (5) Bantuan RM600
cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji; (6) Pengecualian yuran
Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan; (7) Percuma sebulan sewa premis
perniagaan DBKL dan bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL; (8) Elaun
khas RM 400 kepada petugas perubatan; (9) Penangguhan bagi pembayar cukai di
bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat
penerbangan; (10) Moratorium atau penangguhan pembayaran pinjaman CIMB, Affin
Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank yang
terbabit dengan gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan,
pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi; (11) RM160 juta bajet
tambahan disalurkan kepada 26 buah hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang
disalurkan adalah untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan
lain-lain (BH Online, 2020); (12) Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS); (13) Program Subsidi Upah, (14) Skim Pemulihan Perniagaan
Tekun serta (15) Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran (Bernama, 2020).

11

Dalam aspek kesihatan pula, kerajaan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dengan mewajibkan
perintah kuarantin kepada mereka yang keluar masuk melalui sempadan negara, serta
kontak rapat mereka yang telah disahkan dijangkiti COVID-19. Ujian swab
digerakkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Melalui
Akta,yang sama kompaun dikenakan kepada mereka yang melanggar Prosedur
Standard yang ditetapkan seperti larangan merentas negeri atau daerah, keluar rumah
semasa perintah kuarantin, larangan berhimpun, pemakaian pelitup muka dan
penghadan pembukaan sektor ekonomi. Pusat-pusat kuarantin dibuka di beberapa
dewan untuk menampung limpahan pesakit COVID-19 yang tidak dapat ditangani di
hospital-hospital kerajaan (Hasnan, 2020). Proklamasi Darurat pula telak dilaksanakan
bermula 12 Januari hingga 30 Ogos 2021, agar kerajaan dapat fokus kepada usaha
menangani pandemik tanpa banyak gangguan politik, mengelakkan perhimpunan
disebabkan keperluan mengadakan pilihanraya, serta penggemblengan aset kesihatan
swasta untuk membantu prasarana kesihatan kerajaan menangani pesakit COVID-19
(Bernama, 2021).

Setelah bekalan vaksin COVID-19 tiba di Malaysia pada Februari 2021,
Program Vaksinasi Kebangsaan (PICK) digerakkan dengan rancaknya dengan sasaran
imuniti kelompok (80% golongan dewasa divaksin) menjelang Disember 2021
(Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), 2021).
Selain itu, bantuan perubatan juga diberikan kepada golongan B40 dalam projek
PEKA B40 (Protect Health Corporation Sdn Bhd, 2021). Pendidikan penjagaan
kesihatan awam pula dipancarkan melalui media perdana dan media sosial dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya virus
ini, kepentingan penjagaan kesihatan, tindakan-tindakan yang perlu dilakukan jika
dijangkiti dan kepentingan mengambil vaksin (Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM,
2021). Pendidikan ini begitu penting terutama apabila ada pihak yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan propaganda bahawa pandemik ini hanya ‘wayang’
pemerintah atau konspirasi kuasa besar dunia, ditambah pula dengan gerakan anti
vaksin yang menghasut dan menakut-nakutkan masyarakat tentang bahaya vaksin,
yang jika tidak ditangani boleh menggagalkan usaha kerajaan membentuk imuniti
kelompok.

Dalam aspek psikososial pula perkhidmatan tele-kaunseling, tele-mental health
atau siber-kaunseling, bantuan psikososial dan perkhidmatan kumpulan sokongan
ditawarkan oleh oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
fakulti-fakulti Psikologi dan Kaunseling di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT),
serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyebarkan poster-poster atau siaran media
pendidikan untuk menangani impak psikososial seperti stres, burnout, pengajaran dan
pembelajaran dari rumah, (PdPr), bekerja dari rumah (BDR/WFH), mengurus emosi,
menangani konflik dan keganasan rumahtangga semasa dalam PKP dan pencegahan
bunuh diri (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021). Tidak ketinggalan perkhidmatan
psiko-pendidikan yang diberikan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia melalui program-
program television.

12

LANGKAH-LANGKAH KAUNSELING SYAR’IE DAN PSIKO-SPIRITUAL

Maksud Kaunseling Syar’ie dan Psiko-spiritual

“Kaunseling Syar’ie ialah proses tolong bantu yang dilakukan oleh seorang kaunselor
atau muallij yang berilmu, berkemahiran serta beretika kepada klien, berpandukan
prinsip Al-Qur’an, Sunnah dan Ijmak” (Ummah Madani, 2011). Istilah lain bagi
Kaunseling Syar’ie ialah Kaunseling Islam atau Kaunseling Berperspektif Islam.
Sharif Mustafa (1998) mendefinisikan Kaunseling Islam sebagai “satu proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menolong individu atau kumpulan individu yang
menghadapi masalah psikologi bagi membuat keputusan dan membimbing
kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan syariat
Islam”, manakala Kamal Abdul Manaf (1995) pula menjelaskan:

“konsep kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan
perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah
psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi
mengatasi masalah yang dihadapi, tetapi mencakupi hal-hal yang
berkaitan dengan keimanan seseorang seperti ketuhanan, alam akhirat,
dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, untung baik, untung jahat dan
sebagainya”.

Berdasarkan definisi tersebut dapatlah disimpulkan bahawa Kaunseling
Syar’ie atau Kaunseling Islam ialah proses membantu klien mengembangkan potensi
atau meleraikan apa-apa isu yang dihadapinya dengan menggunakan prinsip-prinsip
psikologi yang diekstrak daripada Al-Quran dan Sunnah, dengan meletakkan tauhid,
syariat dan tasawuf sebagai asas kepada bentuk-bentuk terapi yang akan diterapkan
oleh seorang kaunselor Muslim.

Psiko-spiritual pula ialah gabungan antara perkataan psikologi dan spiritual,
yang mula digunakan pada tahun 1930an yang membawa maksud kaitan atau
hubungan antara minda dan jiwa atau kewujudan yang tidak bersifat material atau
fizikal (“Of, involving, or relating to the interrelation of the mind and spirituality (the
quality of being concerned with the human spirit or soul as opposed to material or
physical things)” (Lexico.com, 2021).

Psiko-spiritual boleh dibahagikan kepada dua: pertama yang bersifat
keagamaan dan kedua yang bersifat humanistik. Agama-agama dengan penganut yang
ramai di dunia seperti Islam, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddhisme mempunyai
dimensi psiko spiritual yang tersendiri. Psiko-spiritual humanistik pula mula
diperkatakan oleh Carl Jung, Roberto Assagioli, James Hillman, Abraham Maslow,
Stanislav Grof, Ken Wilber, Michael Washburn and Charles Tart dan Robert Sardello
(Zinnbauer, Pargament, Scott, 1999; Gleig A., 2014)

Daripada perspektif Islam pula, Zainal Abidin (2013) psiko spiritual sebagai
usaha “menangani persoalan psikologi dengan mengintegrasikan pendekatan psikologi
dengan pendekatan spiritual. Terapi psiko-spiritual merupakan layanan
psikoterapi/konseling psikologi yang memperhatikan dan memanfaatkan nilai, iman,

13

dan spiritual untuk perubahan dan pertumbuhannya.” Othman (et al., 2014) pula
mengkonsepkan psiko spiritual Islam sebagai:

“satu pengabdian dan penyerahan kepada Tuhan yang Maha Agung. Ia
menjadi wasilah bagi seseorang hamba merawat jiwa atau rohaninya
dengan berpandukan kepada manual yang ditetapkan Allah swt
… Psiko-spiritual Islam secara hakiki menjadi pemangkin yang
membantu seseorang Muslim merasai kehadiran pengawasan dan
pemerhatian Allah swt. dalam segenap amalan atau perbuatan yang
dilakukan tanpa mengira masa atau tempat. Hal ini dapat membantu
hati untuk sentiasa mengingati Allah swt”

Psiko-spiritual Islam juga boleh difahami sebagai (Che Zarrina Sa’ari, 2019):

“konsep dan kaedah perawatan penyakit jiwa, spiritual, mental, emosi
mahupun perilaku moral. Ia berteraskan teori dan amalan dalam Islam
bersumberkan al-Quran, sunnah, amalan salafussoleh (tiga generasi
pertama Islam) umumnya serta ulama tasawuf khususnya. Pada masa
sama, ia tidak mengetepikan ilmu pengetahuan semasa yang tidak
bercanggah dengan prinsip dalam syariat Islam.”

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa psiko
spiritual adalah lebih umum daripada kaunseling. Kaunseling ialah satu proses yang
lebih sistematik dan profesional, dan boleh menggunakan psiko-spritual sebagai salah
satu bentuk terapi dan intervensi. Psiko-spiritual boleh berdiri sendiri sebagai satu
konsep kejiwaan dan kerohanian serta boleh menjadi satu bentuk terapi dalam
pelbagai setting. Perkataan spiritual membawa konotasi bahawa terapi tersebut akan
fokus kepada komponen roh sebagai sasaran dan bukannya fizikal. Cuma dalam
spiritual Islam, komponen roh turut meliputi kecerdasan kognitif (aql, lubb) dan
afektif (qalb, nafs, hawa), dengan hati(qalb) sebagai fokus kerana ia akan turut
mempengaruhi aktiviti dan tindakan fizikal. Antara bentuk yang boleh diterapkan
dalam terapi atau intervensi kaunseling ialah solat dan doa, puasa, uzlah atau khalwat,
adab, zikir, mengingati mati, tilawah dan tadabbur al-Quran dan tafakkur (Mardliyah,
2016; Che Hussin & Abdul Wahab (2018).

MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 MELALUI KAUNSELING SYAR’IE
DAN PSIKO-SPIRITUAL ISLAM

Dengan ujian ALLAH yang amat berat ini, kami rasa kaunseling barat atau
konvensional, tidak mampu memberikan pertolongan yang impactful sebab kaunseling
Barat bergantung semata-mata kepada tiga domain utama sahaja – kognitif, afektif dan
psikomotor. Kaunseling spiritual amat diperlukan kerana kaunseling spiritual
bersumberkan Allah swt bukan seperti teori-teori Barat yang lahir daripada pemikiran
manusia sahaja. Lagi pun kaunseling Islam, menetapkan hubungan vertical dan
horizontal– hablumminAllah dan hablumminannaas. Islam juga mengajar kita untuk
YAQIN dengan sesungguhnya akan kalam Allah. Antaranya:

‫ق ْل ل ْن يُّ ِص ْي َب َنآ اَِّل َما َكتَ َب اللّٰهُ َلنَ ۚا ُه َو َم ْو ٰلى َنا َو َع َلى اللّٰ ِه فَ ْل َيتَ َوك ِل ا ْل ُم ْؤ ِمنُ ْو َن‬

14

Maksudnya:
Katakanlah (Muhammad), “Tidak akan menimpa kami melainkan apa
yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan
hanya kepada Allah bertawakallah orang-orang yang beriman.” (Surah
at-Taubah ayat 51)

Setiap musibah yang diturunkan ke atas kita merupakan ujian dan setiap ujian
itu bermanfaat kepada kita, sama ada untuk menghapuskan dosa-dosa kita atau
meningkatkan martabat kita di sisi Allah. Allah sentiasa mendorong hambaNya untuk
berdoa’a kepadaNya. Firman Allah SWT:

‫و َس َيََ ْدقَا ُخ َلُل ْو ََنر ُّب ُكَج ُمَهناَم ْددَ ُعا ْ ِوخ ِن ِر ْْٓيي َناَ ࣖ ْستَ ِج ْب َل ُك ْم ۗ ِان ال ِذ ْي َن يَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن َع ْن ِع َبادَتِ ْي‬

Maksudnya:
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku
perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak
mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina
dina.”(Surah Al-Ghafir, ayat 60)

Setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah pasti dikabulkan mengikut
ketentuan Allah sendiri. Pertama, dikabulkan apa yang dipinta dengan memberi apa
yang kita pohonkan; kedua, memberi sesuatu yang lain yang lebih baik atau ketiga,
memberi apa yang kita pinta yang terbaik di akhirat.

Ujian Allah ke atas hambaNya tidak melebihi keupayaan atau kemampuan
hambaNya. Firman Allah SWT:

‫َاَتَُّلولَاؤِذاْْييُر ِ َخَكنَحِلْذ َْنمِمآنَُفاْاِنۗاْلناَقَلّْٰنْبنِلهُ َنَ ِتاسنَ ْۚيْف َنَمآًْسَرواٰاَلب ْىَناِونَاَّااَل َفَوْخَُاَّوْنل َط ْسأْتَُن َُعصا َحَْۚهرِامنَ ْۗلَارَنبلَانَ ََعهالَاَماَوىَمََََّاّاللْلقَتََك ْوَْطحَِسماَِبمَقا ْْةَلْلتٰكلَ ِفََنَعوِاَلر ْيْيَعبِنََل ۚآَْيهن َࣖاِه َاوا ْصَم ْعاًرااُف ْكَكتَ َم َعاَسنبَۗا َحْ َتَومۗاْلتَ ْغَٗهرِفب ْنَراَعلَلَََنَّ ۗلاى‬

Maksudnya:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang
dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang
diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak
sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan
rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami
menghadapi orang-orang kafir.”(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

15

Setiap penyakit ada baginya ubat, kecuali maut: Rasulullah SAW bersabda:

‫أاَدََِْببحا ٍدُءنيثَ َن َادَاول َوُّْهازَهبَاٌءْي ٍبُِرفَرأَإِوذَْخُاَعنَب ْأَُْبنر ِنُِن َصجيياَمِب ٍَْع َبعر ُْرمدَ ٌوَعَرو ْاونٍفُء َ َوَارول ُهأَ ُسدبَُاوووِءا ِْلبا َبل ُاَنرلطألَاا ِْله ِبِهإَِحِ ْذار َِِصرنَلوأَا ِلىث ْلحاِهَمل َعلدُ ْهَُنع ْبزَُنعَعلَْبَْيوِدِعِه َيج ََروَلسبِ َِهسىل ْبَمَقاِنأَلُنوهُاَس َِقعاَيح ٍدَدلثَنَِل َاع ُك ْنِل‬

Maksudnya:
“Telah menceritakan kepada kami Harun bin Ma'ruf dan Abu Ath
Thahir serta Ahmad bin 'Isa mereka berkata; Telah menceritakan
kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku 'Amru, iaitu
Ibnu al-Harits dari 'Abdu Rabbih bin Sa'id dari Abu Az Zubair dari
Jabir dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam, beliau bersabda:
"Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk
suatu penyakit, akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza
wajalla." (HR Muslim).

Hadis lain yang hampir sama maksudnya:

‫أَ َبَِعح ْنديثَهُنَا ُحَع ُمَْسن ْيَحاٍلنمندُبِقَاْبيَِلُن اَحْلَصلدُمثَثَ ِننى ايىلل َهَعُحد َطثََعانََلاُْيء ِهأَْببُ َُنوو أأَََسبِل ْحَميَمقَدَاَراََبللا ُّزَمحٍَبا ْي ِأََعرْن َْنزُّي َأَل ِب َحالديلثَنَهُاُه َدَراْيُع ًءََمرإِةَُرَّلَْبرأَُنْنِ َضز َس ََيلِعياَللِدهلُ ْبهُ ِن‬
‫ِش َفا ًء‬

Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-Mutsanna telah
menceritakan kepada kami Abu Ahmad Az Zubairi telah menceritakan
kepada kami 'Umar bin Sa'id bin Abu Husain dia berkata; telah
menceritakan kepadaku 'Atha`bin Abu Rabah dari Abu Hurairah
radiallahuanhu 'anhu dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam beliau
bersabda: "Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan
menurunkan ubatnya juga." (HR Bukhari).

Allah memberitahu kita setiap kali sesuatu penyakit diturunkan, Allah akan
turunkan juga ubatnya. Jadi apa juga musibah yang menimpa, kita hendaklah bersabar
dan meredhainya, kerana pasti ada ubat baginya.

Allah juga memberi jaminan yang Allah tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Gesaan ini merupakan
satu bentuk empowerment. Firman Allah SWT:

16

‫يُ َغ ِي ُر‬ ‫اللّٰهَ ََّل‬ ‫ِان‬ ‫َبِواَِمْنفُْن ِس َِهخ ْْۗلم ِف َهواِ َيذَآْحفَاَ َرُظاْودَ َناهللّٰ ِمهُ ْنِبقَاَْوْمٍمِر اُس ْۤلْلّٰو ِهًء ۗا‬ ‫ُمعَ ِق ٰب ٌت ِم ْْۢن َب ْي ِن يَدَ ْي ِه‬ ُ‫َله‬
‫َم َرد‬ ‫فَ ََل‬ ‫ِب َق ْو ٍم َحتّٰى يُ َغيِ ُر ْوا َما‬ ‫َما‬
‫لَه ۚ َو َما َل ُه ْم ِم ْن دُ ْونِه ِم ْن وا ٍل‬

Maksudnya:
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya
bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan
suatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu
kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung
bagi mereka selain Dia.)Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Allah SWT juga berfirman:

ۗ ‫ال ِذ ْي َن ٰا َمنُ ْوا َوتَ ْط َم ِٕى ُّن قُلُ ْوبُ ُه ْم ِب ِذ ْك ِر اللّٰ ِه ۗ اَََّل ِب ِذ ْك ِر اللّٰ ِه تَ ْط َم ِٕى ُّن ا ْلقُلُ ْو ُب‬

Maksudnya:
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati
menjadi tenteram.(Surah Ar-Ra’d ayat 28)

Allah juga memberi jaminan:

‫اِن َم َع ا ْلعُ ْس ِر يُ ْس ًر ۗا‬

Maksudnya:
Sesungguhnya berserta kesulitan itu ada kemudahan.(Surah Al-
Insyirah, ayat 6)

Semua ini adalah janji-janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak mungkir janji,
seperti firmanNya di dalam surah Ali Imran ayat 9:

ࣖ َ‫َرب َنآ ِان َك َجا ِم ُع النا ِس ِل َي ْو ٍم َّل َر ْي َب ِف ْي ِه ۗ ِان اللّٰهَ ََّل يُ ْخ ِل ُف ا ْل ِم ْي َعاد‬

Maksudnya:
”Ya Tuhan kami, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari
yang tidak ada keraguan padanya.” Sungguh, Allah tidak menyalahi
janji”.

MENGAPA KAUNSELING SYAR’IE DAN PSIKO-SPIRITUAL ISLAM?

Sebagai kaunselor Muslim atau Muslimat, kita diberi jaminan oleh Allah sendiri
tentang kemujaraban segala terapi yang bersumberkan wahyu Kalaamullah ini. Allah
swt lah yang memberi musibah dan penyakit, maka Dialah yang lebih tahu apa ubat
atau rawatan terbaik untuk makhluk ciptaanNya sendiri. Sedangkan dalam kaunseling

17

atau terapi Barat atau konvensional, kita diajak untuk membuat itu dan ini tanpa
sebarang jaminan seperti mana yang dijamin Allah di dalam terapi atau kaunseling
berperspektif Islam. Justeru kerana itulah kami ingin mengajak hadirin sekalian
merenung sedalam-dalamnya tentang apa yang kami paparkan di atas. Kami berharap
dengan renungan yang mendalam itu, Allah swt akan melemparkan ilhamNya kepada
kita agar mulai hari ini, saat ini, kita menukarkan qiblat kaunseling kita daripada
kaunseling Barat kepada Kaunseling Syar’ie/Islam. Dalam pada itu, Islam juga
mengajar kita yang kita tidaklah pula disuruh untuk mencampakkan apa jua yang
bermanfaat. Ikutlah juga pesanan orang tua-tua kita: yang baik jadilah teladan,
manakala yang buruk jadikan sempadan.

Sebagai penutup, ingin kami kongsikan sekali lagi, yang dalam kaunseling
berperspektif Islam, selain intervensi kognitif dan tingkah laku, klien akan turut
dibimbing untuk melakukan:

 Amal ibadat yang bersesuaian seperti solat
 Berzikir dan bermunajat, dan
 Berusaha untuk membersihkan jiwa/nafs, hati/qalb, fikiran/kognitif serta

tingkah laku/akhlak.

Tidak lupa, kami juga ingin sama-sama mengingatkan yang kita juga dipinta
oleh rasul kita, Muhammad SAW, untuk menyampaikan sesuatu daripada baginda
apabila baginda bersabda:

ً‫بَلِغُوا عَنِي َولَ ْو آيَة‬

Maksudnya: sepotong
Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun
ayat.)Hadis riwayat Imam al-Bukhari(

Maka itulah yang kami berdua cuba usahakan dalam persidangan ini. Semoga

ia sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan manfaat kepada peserta persidangan

untuk bersama-sama memperjuang, menyampaikan, mengembang, dan mengamalkan
Kaunseling Syar’ie dan Psiko-spiritual Islam, terutamanya ketika membantu umat

Islam berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 ini.

RUJUKAN

Ahmad Pauzi, SS. (2020). COVID-19: Ujian psikososial kesan kemurungan petugas
kesihatan, barisan hadapan. Berita Harian, https://www.bharian.com.my
/berita/nasional/2020/09/733320/COVID-19-ujian-psikososial-kesan-
kemurungan-petugas-kesihatan-barisan, dipetik pada 9/9/2021.

Astro Awani, https://www.astroawani.com/berita-politik/letak-jawatan-bukan-
perkara-luar-biasa-lapan-negara-telah-lakukannya-najib-314163, dipetik pada
9/9/2021.

18

Azman, F. (2021). Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah

lakukannya - Najib

Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM. (2021). Infografik COVID-19,

https://www.infosihat. gov.my/infografik -COVID-19.html, dipetik pada

12/9/2021

Bank Negara Malaysia. (2020). Perkembangan Ekonomi, Monetari dan Kewangan

pada Tahun 2020, chrome-extension:// efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj /

viewer.html?pdfurl

=https%3A%2F%2Fwww.bnm.gov.my%2Fdocuments%2F20124%2F302637

7%2Femr2020_bm_ch1_devts.pdf&clen=570405, dimuat turun pada 9/9/2021

Berita Harian (2021), COVID-19 tinggalkan 'parut dalam' pada ekonomi dunia

termasuk selepas tempoh pemulihan, https://www.beritaharian.sg

/dunia/COVID-19-tinggalkan-parut-dalam-pada-ekonomi-dunia-termasuk-

selepas-tempoh-pemulihan

Bernama (2021). Agong isytihar darurat bendung COVID-19 di Malaysia,

https://www.bernama. com/bm/am/news_COVID-19.php?Id=1920898, dipetik

pada 12/9/2021

BH Online (2020). Senarai bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19,

https://www.bharian. com.my / berita/nasional / 2020 / 03 / 668013 / senarai-

bantuan-untuk-rakyat-terjejas-COVID-19

Che Hussin, NY & Abd Wahab, MN. (2018). Al-tafakur: Terapi meditasi

psikospiritual dalam kaunseling, Al-Sirat, 73-75

Department of Statistics Malaysia. (2021). Business tendency statistics third quarter

2021, https://www.dosm.gov.my/v1/index.php, dipetik pada 6/9/2021
Dutt, B. (2021). India’s health system has collapsed as human tragedy unfolds, there

is a shortage of everything — oxygen, drugs, beds, vaccines, even cremation

space, Hindustan Times, https://www.hindustantimes.com/opinion/indias-

health-system-has-collapsed-101618558934636.html, dipetik pada 9/9/2021

Gleig A. (2014). Psychospiritual. In: leeming D.A. (eds) Encyclopedia Of

Psychology and Religion. Springer, Boston, MA.

https://doi.org/10.1007/978-1-4614-6086-2_544

Hasnan, HA. (2020). Usaha malaysia dalam menangani pandemik Cvid-19, Astro

Awani,

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/usaha-malaysia-dalam-menangani-

pandemik-COVID19-236795 dipetik pada 12/9/2021.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). (2021).

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, chrome-

extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/viewer.html?Pdfurl=https%3a

%2f%2fwww.vaksinCOVID.gov.my%2fpdf%2fprogram_imunisasi_COVID-

19_kebangsaan_versi_bahasa_malaysia.pdf&clen=4310820&chunk=true,

dipetik pada 12/9/2021.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021), Inisiatif perkhidmatan kesihatan mental dan

sokongan psikososial (MHPSS) KKM, https://COVID-

19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/inisiatif-perkhidmatan-kesihatan-

mental-dan-sokongan-psikososial-mhpss-kkm, dipetik pada 12/9/2021.

19

Lehmann, E. (2020). Lessons from Northern Italy: Why even great health systems

collapse under COVID-19 case load, Harvard Global Health Institute,

https://globalhealth. harvard.edu/lessons-from-northern-italy-why-even-great-

health-systems-collapse-under-COVID-19-case-load/ , dipetik pada 9/9/2021

Lexico.com (2021). Psychospiritual, https:// www.lexico.com / definition /

psychospiritual

Mardliyah, DA. (2016). Terapi psikospiritual dalam kajian sufistik, Jurnal Khazanah:

Jurnal Studi Islam Dan Humaniora Terapi Psikopati, 14 (2) 234-244.

M i s h r a , S . ( 2 0 2 1 ) . The unusual Lambda variant is rapidly spreading in South
America. Here’s what we know. National Geographic,

https://www.nationalgeographic.com/science/article/t

he-unusual-lambda-variant-is-rapidly-spreading-in-

s o u t h - a m e r i c a - h e r e s - w h a t - w e - k n o w , dipetik pada 9/9/2021

Mohamad, HF. (2020). COVID-19 lonjak penggunaan e-dagang, Berita Harian,

https://www. bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/05/689812/COVID-19-

lonjak-penggunaan-e-dagang, 9/9/2021

Mohamed Berawi, F. (2021). Sektor ekonomi yang meraih keuntungan ketika wabak

COVID-19,

https://www.researchgate.net/publication/352976040_Fuad_Mohamed_Berawi

_2021_Sektor_ekonomi_yang_meraih_keuntungan_ketika_wabak_COVID-19

Mohd Fairuz Jafar, et.al. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa

pandemik COVID-19. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. 20

Oktober.

Pargament,K. I. (1999). The psychology of religion and spirituality? Yes and no.
International Journal for the Psychology of Religion, 9(1), 3–16.

Parzi, MN. (2021). Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri, BH Online,

https://www.bharian. com.my/berita/nasional/2021/08/851958/muhyiddin-

letak-jawatan-perdana-menteri, dipetik pada 9/9/2021

Protecthealth Corporation Sdn Bhd, (2021). PekaB40.

Https://www.pekab40.com.my/bm, dipetik pada 12/9/2021
Sa’ari, CZ. (2019). 4 kaedah psikospiritual rawat rohani, BH online,

https://www.bharian. com.my/rencana/agama/2019/04/548021/4-kaedah-

psikospiritual-rawat-rohani, dipetik pada 11/9/2021

Ummah Madani. (2011). Kaunseling Syarie: Konsep dan amalannya,

http://kaunselingsyarie. blogspot.com/2011/09/konsep-berasaskan-al-quran-

sunnah-dan.html, dipetik pada 11/9/2021

WHO (2020), Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public,

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-

public, dipetik pada 9/9/2021

Will Brothers, 2020, A Timeline of COVID-19 Vaccine Development, Biospace,

https://www.biospace.com/article/a-timeline-of-COVID-19-vaccine-

development/, diterbitkan pada 3/12/2020, dipetik pada 9/9/2021

World Health Organization (2021). WHO Coronavirus (COVID-19) Dashboard,

https://COVID19.who.int/ , dipetik pada 5/9/2021

Zinnbauer B. J., Pargament K. I., & Scott,A.B. (1999).The emerging meanings of

religiousness and spirituality: Problems and prospects, Journal of Personality,
67 (6), 889–919.

20

Menangani Isu-Isu Psikologi Dalam Kalangan Pengasuh
(Caretaker) Pesakit Strok Semasa Pandemik C-19 :
Dari Lensa Psikospiritual

HJH SALWA DATO HJ MAHALLE

*Dr Hjh Salwa Dato Hj Mahalle, Universiti Brunei Darussalam, emel: salwa.mahalle
@ubd.edu.bn

ABSTRAK

Kertas kerja ini ingin mengongsikan satu kajian ke atas 8 orang pengasuh (caretaker)
yang pernah menjaga ahli keluarga mereka yang kena serangan strok. Antara tujuan
kajian ini ialah untuk mengenal pasti isu-isu psikologi yang dihadapi oleh pengasuh,
faktor yang menyumbang kepada adanya isu-isu psikologi tersebut dan cara
bagaimana mereka mengatasi isu-isu tersebut terutama semasa pandemik COVID-19
ini. Selanjutnya, tinjauan dari sudut psikospiritual juga turut dibincangkan di dalam
kertas kerja ini.

PENGENALAN

Kajian ini memberi fokus kepada kesejahteraan para pengasuh bagi pesakit-pesakit
strok di Brunei Darussalam. Dalam konteks ini pengasuh tersebut terdiri dari ahli
keluarga pesakit itu sendiri. Strok boleh terjadi diakibatkan kurangnya bekalan
oksigen disebabkan pengaliran darah ke otak tidak begitu lancar (American
Psychologycal Association, 2010). Menurut World Health Organisation (WHO), strok
merupakan punca kedua kematian selepas penyakit jantung. Manakala di Brunei
Darussalam pula, lebih dari 300 orang telah mengalami strok dan kebanyakan dari
mereka berumur 65 tahun ke atas (Anuar Rambli, 2017). Dua pertiga dari pesakit
tersebut dikatakan tidak berpeluang untuk sembuh seperti biasa. Ini bermakna,
pesakit-pesakit ini memerlukan bantuan secara total dari pengasuh untuk berfungsi
dalam menjalani rutin kehidupan mereka seharian.

Akibat serangan strok ini bukan sahaja mempengaruhi pola kehidupan pesakit
malahan ianya juga memberi impak kepada kehidupan para pengasuh tersebut.
Kebanyakan dari pengasuh terdiri dari ahli keluarga pesakit dan mereka ini
merupakan tulang belakang kepada pesakit yang memberikan sokongan dan bantuan
agar pesakit boleh berfungsi dan boleh melaksanakan aktiviti mereka dengan sebaik
mungkin. Menurut kajian-kajian lepas, walaupun didapati ada sebahagian pengasuh
mengalami hasil yang positif sebagaimana yang dikatakan oleh Adelman et.al (2014)
dan Muller-Kluits (2018) namun mereka juga mendapati bahawa pengasuh tersebut
mengalami tahap stres yang tinggi. Dengan melakukan tugas dalam jangka waktu
yang panjang, jelas sekali hal ini boleh mengakibatkan tingginya risiko bagi para
pengasuh untuk mengalami isu-isu psikologi seperti stres, kelelahan ataupun burnout,
tekanan dan kegelisahan.

21

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu psikologi yang dihadapi oleh
para pengasuh pesakit strok, kajian ini telah menggariskan dua objektif utama iaitu
untuk:

a) mengenalpasti isu-isu yang dihadapi oleh para pengasuh pesakit strok ; dan
b) mengenalpasti pengalaman dan cara-cara para pengasuh mengatasi isu-isu

psikologi yang mereka hadapi ( coping mechanisms) ;

BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian kes serta merupakan salah satu usaha yang penting untuk
dilaksanakan. Walaubagaimanapun kajian ini mempunyai batasan-batasan yang
tertentu, misalnya hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan untuk semua pengasuh
pesakit strok kerana kajian ini hanya melibatkan 8 orang pengasuh yang telah
ditemubual . Selanjutnya, kajian ini hanya melibatkan para pengasuh yang membantu
pesakit bagi tempoh yang lama (long term) dan mereka ini semuanya terdiri dari
keluarga pesakit itu sendiri seperti pasangan pesakit, anak pesakit dan lain-lain.
Manakala pengasuh yang hanya membantu untuk tempoh pendek ( short term) seperti
pembantu rumah dan jururawat tidak dilibatkan dalam kajian ini.

Dari aspek isu-isu psikologi pula, kajian ini hanya menumpukan kepada tiga
dimensi iaitu merasa stres, kesulitan dan kegelisahan.

PERNYATAAN MASALAH

Tidak terdapat banyak kajian yang dibuat terhadap isu-isu psikologi yang dihadapi
oleh para pengasuh pesakit strok terutama pengasuh yang terdiri dari ahli keluarga
pesakit itu sendiri atau dipanggil sebagai pengasuh keluarga. Kebanyakan kajian yang
telah dibuat memberi fokus terhadap para pengasuh yang professional dan bersifat
‘short term’ seperti doktor dan jururawat. Tetapi hakikatnya, ahli keluarga yang
menjaga ahli keluarga mereka yang menghadapi strok juga menghadapi cabaran yang
intensif kerana mereka harus meluangkan masa mereka menjaga ahli keluarga yang
menghadapi strok dalam jangka waktu yang panjang terutama apabila pesakit tersebut
itu sudah berada di rumah. Pengasuh ini meluangkan masa dan tenaga mereka
sehingga mereka terlupa akan keperluan mereka sendiri. Hal ini boleh mengakibatkan
pengasuh menghadapi isu dari segi fizikal dan emosi. Apalagi ketika pandemik
COVID-19 yang masih melanda Negara hari ini,di mana semua orang tidak
digalakkan untuk keluar rumah, tempat-tempat rekreasi ditutup dan pusat membeli
belah membatasi kedatangan pembeli dalam satu-satu masa. Fenomena ini ‘memaksa’
para pengasuh untuk berada di rumah dan tidak mempunyai kebebasan untuk pergi
kemana-mana.

Senario ini jelas sekali boleh mengakibatkan para pengasuh merasa tertekan
dan mengalami isu-isu psikologi yang lain dan akhirnya akan memberi kesan kepada
fizikal, emosi dan spiritual mereka. Oleh yang demikian, memberikan kesedaran dan
pengetahuan kepada para pengasuh tentang bagaimana cara untuk menangani isu
yang mereka hadapi seperti isu tekanan dan kegelisahan agar mereka boleh menjaga
kemaslahatan diri masing-masing dan menjadi lebih produktif dalam

22

menyelenggarakan kerja rutin harian di samping mampu untuk memantapkan
kesihatan mereka dari segi psikologi, emosi, fizikal dan spiritual.

Di samping itu, para professional seperti doktor dan jururawat, mereka juga
penting tahu akan kebolehupayaan dan keterbatasan para pengasuh supaya para
professional tersebut boleh memberikan mereka panduan dan tunjuk ajar yang sesuai
agar para pengasuh merasa mudah dalam memberikan kerjasama khususnya semasa
penjagaan para pesakit sekaligus membantu meringankan beban dan perasaan
tertekan. Menurut Young (2014), adalah penting untuk memberi keutamaan bagi
pengasuh keluarga kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk
menghadapi gangguan emosi dan kesihatan misalnya, kerana ini merupakan kesan
sampingan yang terhasil dari penjagaan pesakit strok.

KERANGKA KONSEP

Isu Psikologi Yang dihadapi pengasuh (caretaker).

Tekanan Kesulitan Kegelisahan

Faktor penyebab menghadapi isu psikologi

Cara Menangani Pengasuh (Coping Mechanism)
Membantu & Meringankan beban pengasuh

ISU-ISU PSIKOLOGI YANG DIHADAPI OLEH PENGASUH KELUARGA

Lazimnya apabila seorang pesakit strok dibenarkan untuk pulang ke rumah, maka
adalah menjadi tanggung jawab ahli keluarga untuk meluangkan masa untuk menjaga
pesakit tersebut. Ahli keluarga yang bertanggung jawab menjaga pesakit itu bagi
tempoh yang lama dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjaga boleh
dipanggil sebagai ‘pengasuh keluarga’.

Tidak dinafikan bahawa sepanjang tempoh penjagaan itu, pengasuh keluarga
boleh menghadapi situasi yang kurang menyenangkan bahkan juga situasi yang di luar
jangkaan dan ini boleh mempengaruhi rutin kerja seharian mereka serta aspek
psikologi mereka. Pada tahun 2018, Rahman et.al telah menjalankan kajian kualitatif
yang melibatkan 18 orang pengasuh keluarga bagi pesakit strok, yang berumur antara
18 tahun ke atas. Mereka ini telah diberikan kursus pendek khususnya yang
menyangkut tatacara penjagaan . Dalam kajian tersebut, para pengasuh keluarga telah
berkongsi perasaan dan isu-isu yang mereka hadapi seperti gangguan (kurang) tidur,
tidak mempunyai masa untuk bersosialisasi dengan kawan-kawan serta mempunyai
masalah kewangan. Di samping itu , para pengasuh juga menghadapi masalah untuk
memberikan sepenuh tumpuan atau kurang fokus dalam melaksanakan kerja-kerja di
pejabat dan akhirnya menjejaskan prestasi kerja mereka. Bukan itu sahaja, para

23

pengasuh keluarga terpaksa melakukan pelbagai tugas seperti menghantar anak-anak
ke sekolah dan membawa pesakit ke rumahsakit bagi sesi fisioterapi yang telah
ditetapkan. Mereka mengakui dengan adanya tanggung jawab yang berat ini, mereka
sering menghadapi situasi yang kurang menyenangkan kerana mereka harus
berhadapan dengan keadaan fizikal dan emosi pesakit yang mencabar . Akhirnya para
pengasuh harus berkorban masa, tenaga dan berusaha untuk terus mampu
menjalankan rutin kerja harian mereka.

Menurut kajian Em (2017), salah satu isu yang juga sering dihadapi oleh
pengasuh ialah merasa tertekan. Kajian beliau telah melibatkan 76 orang pengasuh
keluarga di mana mereka ini mengasuh ahli keluarga mereka yang menghadapi strok
yang telah didiagnosis mempunyai masalah kognitif dan fizikal. Selain itu, beliau juga
telah melibatkan 94 orang pengasuh dari klinik rehabilitasi (pemulihan). Hasil kajian
tersebut menunjukkan secara signifikan bahawa kedua-dua kelompok pengasuh ini
menghadapi perasaan tertekan dan kegelisahan yang sangat tinggi. Secara keseluruhan
punca perasaan ini timbul kerana para pengasuh harus bertahan dengan perilaku
pesakit yang tahap strok nya agak teruk dan kebergantungan pesakit ini terhadap
pengasuh mereka juga sangat tinggi ( over-dependency).

STRATEGI MENANGANI ISU-ISU PSIKOLOGI

Dalam mengharungi kehidupan seharian, para pengasuh harus bijak mengatur masa
dan rutin mereka demi untuk terus mampu melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kajian Sharif et.al (2020) melibatkan beberapa pengasuh keluarga di Arab Saudi dan
mereka menjaga ahli keluarga mereka yang mempunyai penyakit mental. Untuk terus
kuat menghadapi beban yang ditanggung, mereka percaya melalui solat adalah
mekanisme yang berkesan untuk mereka merasa kuat dalam menghadapi pelbagai
rintangan yang ada.

Menurut satu kajian yang telah dilakukan di Negeri China oleh Yu et.al
(2013), yang melibatkan seramai 121 orang pengasuh mendapati bahawa
kesejahteraan para pengasuh keluarga itu terganggu oleh keadaan kronik yang
dihadapi oleh ahli keluarga yang dijaga , masa yang harus mereka luangkan untuk
menjaga ahli keluarga yang sakit serta kebergantungan pesakit terhadap para pengasuh
tersebut. Para pengasuh tersebut berpendapat bahawa sokongan sosial sangat
membantu mereka demi untuk merasa mudah melakukan kerja harian mereka serta
mereka boleh membuat perancangan awal dengan baik.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian kes yang ingin meneroka isu-isu psikologi yang dihadapi
oleh para pengasuh yang menjaga ahli keluarga mereka yang menghadapi strok.
Temubual telah dibuat ke atas 8 orang pengasuh keluarga . Antara kriteria pengasuh
yang dipilih dalam kajian ini ialah: para pengasuh haruslah terdiri dari ahli keluarga
pesakit itu sendiri dan mereka telah menjaga pesakit tersebut lebih dari 3 tahun.

24

HASIL KAJIAN DAN KONSEP PSIKOSPIRITUAL

Hasil kajian ini mendapati para pengasuh keluarga ada menghadapi stres pada masa-
masa tertentu misalnya ketika mendapati pesakit yang dijaga itu tidak mahu makan
dan ada juga yang mengatakan ketika makan pesakit ingin ditemani oleh pengasuh
mereka sedangkan pengasuh tersebut mempunyai kerja lain yang perlu diselesaikan.
Salah seorang pengasuh mengaku bahawa terdapat ketika di mana beliau pernah
memikirkan untuk membunuh diri kerana tidak sanggup untuk menghadapi situasinya
sekarang. Selain itu, ada juga pengasuh tersebut merasa tertekan kerana merasa sedih
melihat keadaan ibunya yang sakit strok dan kecewa kerana adek beradek yang lain
tidak ada yang membantu. Kebergantungan terhadap bantuan ubat (Imedication) untuk
mengatasi perasaan tertekan juga ada dihadapi oleh para pengasuh.

Faktor sokongan merupakan salah satu aspek yang perlu diambil kira. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa semua pengasuh keluarga yang terlibat dalam kajian
ini sebulat suara bersetuju bahawa dengan adanya sokongan dan kerjasama dari ahli
keluarga yang lain , boleh membantu pengasuh dari segi emosi misalnya di mana
mereka merasa lebih kuat untuk menghadapi suasana yang mereka lalui. Tetapi
hakikatnya, sebahagian dari pengasuh itu merasa kecewa kerana mereka merasa
‘keseorangan’ dalam menjaga ahli keluarga mereka yang strok seperti ibu dan bapa
mereka.

Kesihatan fizikal juga merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian.
Tiga orang pengasuh yang terlibat mengakui yang mereka menghadapi sakit belakang
kerana selalu mengangkat pesakit untuk bergerak dari satu posisi ke satu posisi yang
lain misalnya dari katil ke kerusi roda, semasa memandikan pesakit dan sebagainya.

Di samping itu, para pengasuh juga menyatakan bahawa mereka menghadapi
kekangan kewangan kerana apabila mereka menjaga ahli keluarga mereka yang sakit,
perbelanjaan bulanan juga bertambah seperti membeli lampin pakai buang (pampers),
susu, dan keperluan-keperluan yang lain.

Selanjutnya, salah satu isu yang dihadapi oleh pengasuh ialah kurang tidur .
Pengasuh tersebut terpaksa mencuri-curi masa untuk tidur sebab harus menjaga
ayahnya ( pesakit strok) selalu menangis setelah kematian isterinya. Tambahan pula,
menurut pengasuh tersebut, adek beradeknya yang lain kurang membantu dalam hal
ini. Selari dengan kajian Bevans & Sternberg (2012) yang juga mendapati bahawa
faktor seperti kurang tidur, kurang sokongan dari ahli keluarga yang lain dan
kebergantungan berlebihan dari pesakit terhadap pengasuh juga merupakan faktor
yang turut dihadapi oleh pengasuh yang terlibat dalam kajian beliau.

Harus membuat pelbagai tugas dalam masa yang sama juga menjadi isu yang
dihadapi oleh pengasuh keluarga. Salah seorang pengasuh mengatakan bahawa dia
harus menghantar isterinya bekerja dan anak-anaknya ke sekolah manakala di rumah
ada ayahnya yang sedang strok yang juga memerlukan perhatiannya. Pengasuh merasa
tertekan kerana semua kerja tertumpu di atas bahunya. Emosinya akan terganggu jika
ayahnya marah-marah tanpa sebab. Pengasuh tersebut merasa tidak ada orang yang
menolongnya dalam hal ini dan tidak ada yang memahami situasinya.

25

Isu-isu psikologi yang dihadapi para pegasuh memberi pengaruh kepada
perhubungan kekeluargaan mereka misalnya mereka mudah merasa cepat marah pada
anak-anak dan lain lain. Dalam erti kata lain mereka menghadapi isu emosi yang
kurang stabil misalnya terdapat beberapa orang pengasuh yang mengatakan mereka
merasa penat sebab mereka harus menjaga keluarga mereka yang strok sehingga
mengganggu kerja-kerja mereka di pejabat dan akhirnya pengasuh tersebut pula akan
menempiaskan kemarahannya itu kepada ahli keluarga yang lain. Ada juga yang risau
tentang masa depannya memandangkan adek beradek yang lain sudah mempunyai
keluarga sendiri manakala dirinya masih belum berkeluarga dan umurnya semakin
meningkat dan banyak masa beliau diluangkan untuk mengasuh ahli keluarganya yang
sakit strok. Tidak kurang juga yang menghadapi tekanan emosi kerana diejek oleh ipar
duai sendiri dan akhirnya berkelahi dengan pasangan masing-masing.

Isu-isu yang dikongsikan di atas jelas sekali boleh mengganggu aspek
psikospiritual para pengasuh. Hal ini semakin rumit dan parah apabila pademik
COVID-19 melanda di mana mereka harus berada di rumah dan keadaan ini
membuatkan mereka lebih merasa tertekan dan gelisah. Kestabilan aspek luaran dan
dalaman mereka perlu ditangani agar mereka menjadi lebih bahagia, ikhlas serta redha
dengan apa yang mereka tempuhi. Di sini pentingnya aspek keagamaan perlu
ditanamkan dalam diri pengasuh agar hubungan mereka dengan orang sekeliling serta
hubungan mereka dengan Allah SWT akan terjalin dengan baik.

Psikospiritual adalah gabungan psikologi dan spiritual di mana bidang ilmu ini
sangat unik kerananya ianya menghubungkan aspek fizikal, mental, emosi dan
spiritual (jiwa serta rohani) selain mengukuhkan perhubungan antara teori dan
praktikal dalam konteks ibadat kepada Allah SWT. Konsep psikospiritual yang baik
akan melahirkan manusia yang sihat dari sudut jasmani dan rohani. Untuk mencapai
ini, seorang individu harus sentiasa melakukan penyucian dan pembersihan diri
(Tazkiyah al-nafs) yakni membersihkan diri daripada sifat keji dan tidak baik.

26

Konsep pengamalan psikospiritual boleh dibahagikan kepada 4 tahap, iaitu:

1] Pengawalan diri dan menjauhkan diri dari perbuatan buruk yang wujud dalam diri
individu tersebut ;
2] Pengubatan dan rawatan ke atas individu yang berperangai buruk iaitu dengan ada
rasa istiqomah untuk menjadi individu yang beriman dan bertakwa ;
3] Proses pemulihan yang mengajak individu untuk menghindarkan diri dari
melakukan dosa serta membina aspek spiritual dan psikologi yang lebih baik;
4] Pengukuhan dan pemantauan terhadap proses pemulihan. Aspek ini penting bagi
mempastikan pembinaan diri individu itu berterusan dan berkembang dengan baik.

STRATEGI MENANGANI APABILA MENGHADAPI ISU-ISU PSIKOLOGI

Menurut para pengasuh dalam kajian ini, memang tidak mudah bagi mereka untuk
menghadapi dan menangani isu-isu yang dihadapi . Oleh itu mereka mengongsikan
beberapa strategi yang mereka amalkan iaitu dengan merasa redha serta selalu berdoa
kepada Allah SWT agar keluarga mereka diberikan kesihatan dan mereka sendiri
(pengasuh) diberikan ketabahan dalam menghadapi isu-isu yang dialami. Salah
seorang dari pengasuh itu mengatakan bahawa beliau selalu solat dan berdoa kepada
Allah SWT kerana baginya solat itu adalah masa yang penting bagi dirinya untuk
mengadu kepada Allah SWT tentang beban yang dipikulnya dan akhirnya beliau
merasa tenang dan ikhlas.

Kedua ialah dengan menyiapkan persediaan dengan lebih awal seperti
membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum memulakan tugasnya menjaga ahli
keluarganya yang sakit dan menjemput ahli keluarga yang lain bertandang ke rumah
supaya ahli keluarga yang sakit itu tidak merasa kesunyian. Kebetulan pengasuh
mempunyai hobi memasak jadi beliau akan memasak sambil bersembang dengan ahli
keluarga yang datang kerana ini boleh mengurangkan rasa beban mereka (pengasuh)
sendiri. Dalam hal ini sokongan keluarga sangat penting dan boleh membantu pesakit
agar lebih bersemangat untuk hidup.

Selanjutnya, ada di antara pengasuh itu suka bersukan dan berjumpa dengan
kawan-kawan walaupun hanya sekejap tetapi dengan adanya pandemik COVID-19
ini, mereka tidak dapat beriadah serta membuat aktiviti di luar. Alternatif yang lain
ialah dengan bersenam di rumah serta bermain ‘games’ di rumah. Mempunyai masa
untuk bersendirian juga penting kerana ketika ini akan memberi ruang kepada
pengasuh untuk membuat refleksi diri agar dapat memperbaiki kekurangan diri dari
masa ke semasa (Kennedy 2016).

PENTINGNYA KONSEP PSIKOSPIRITUAL DALAM MENEMPUHI
PANDEMIK COVID -19

Kebelakangan ini, dunia masih lagi menghadapi cabaran dalam menghadapi pendemik
COVID-19. Semua pihak yang terlibat terus berusaha dengan gigih memerangi
pandemic COVID-19 samaada dari segi penyelidikan, kemaslahatan sosial, cabaran
kewangan dan ekonomi termasuk di Brunei Darussalam sendiri.

27

Sejak COVID-19 ini melanda , ramai manusia mengalami tekanan emosi dan mental
sehingga ada yang berputus asa atau tidak dapat lagi meneruskan kehidupan seperti
biasa. Tidak kurang juga ada yang nekad untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan
dengan kehidupan hari ini dan tidak kuat untuk mengharungi hari-hari mendatang.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, konsep Psikospiritual ini
menggabungkan elemen psikologi dan kerohanian berbasiskan prinsip Islam. Konsep
ini juga boleh membantu individu untuk menangani masalah-masalah sosial terutama
dalam menerapkan nilai-nilai kerohanian agar jiwa individu boleh merasa tenang dan
kuat dalam mengharungi ujian dari Allah SWT terutama dalam suasana pandemik
COVID-19 hari ini.

Disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia
baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad. Ketahuilah ia adalah qalbu(hati).” (hadis riwayat bukhari dan muslim) .

Menurut Imam Al Ghazali, penyucian diri (Tazkiyah al-nafs) itu boleh
membantu individu unyuk merasa tenang dan ini sesuai dengan ayat Al Quran , Surah
Ar-Ra’ad, Ayat 28:

“..(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah (zikir) hati menjadi tenteram”.

Dalam mengamalkan penyucian diri ini , aspek konsisten dan keyakinan perlu
ditanamkan pada diri individu. Bukan hanya penyucian diri (zikrullah) ini dilakukan
ketika dalam kesusahan malahan ianya harus menjadi amalan yang berterusan dan
perlu merasa yakin bahawa Allah SWT sentiasa menepati janjiNya.

Ibnu Majah meriwayatkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah
SAW bersabda:

"Barangsiapa tidak meminta kepada Allah, Allah murka kepadanya."

KESIMPULAN

Jika seorang individu sedang mengalami isu-isu psikologi seperti tekanan dan
kegelisahan, personalitinya akan terganggu yang akhirnya boleh menyebabkan dia
kurang mampu untuk menyesuaikan diri dan tidak faham masalah yang dihadapinya.
Dari perspektif Barat, isu psikologi ini dirawat dengan hanya menggunakan
pendekatan yang hanya merawat simtom-simtom eksternal (luaran) yang
menyumbang kepada adanya isu itu dan bukannya merawat isu itu sendiri. Tetapi
dalam Islam, rawatan atau intervensi yang dianjurkan lebih fokus kepada pembersihan
jiwa dengan berpandukan Al Quran. Al Quran merupakan penyembuh bagi segala
penyakit.

28

Terapi Kesejahteraan Keluarga Semasa Pandemik COVID-19
Menurut Perspektif Kaunseling Syarie

ZAINAB ISMAIL

*Zainab Ismail, Profesor di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, emel: [email protected].

ABSTRAK

Isu hilang pekerjaan, hilang pendapatan, jangkitan penyakit, kematian, bunuh diri,
pergaduhan dalam rumah tangga, keganasan rumah tangga dan perceraian merupakan
antara masalah yang mengganggu kesejahteraan keluarga semasa pandemik COVID-
19. Isu-isu ini bukan suatu fenomena yang hanya dilihat sebagai kesan pandemik
COVID-19, tetapi ia perlu dilihat sebagai suatu isu yang memerlukan kepada strategi
intervensi pandemik. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan terapi
kesejahteraan keluarga semasa pandemik COVID-19 menurut perspektif kaunseling
syarie. Makalah ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan. Data yang
dikumpul adalah data primer dari sesi kaunseling keluarga dan data sekunder dari
hasil penyelidikan serta maklumat media massa. Penganalisisan data dilakukan
menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasilnya, makalah ini mengemukakan
suatu terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik yang sesuai diaplikasikan dalam
sesi kaunseling keluarga syarie. Keseluruhannya, terapi kesejahteraan keluarga semasa
pandemik menurut perspektif kaunseling syarie adalah suatu terapi yang
mementingkan kemaslahatan dalam keluarga dan menolak kafasadan dalam keluarga.

PENGENALAN

Makalah ini bertujuan untuk membincangkan terapi kesejahteraan keluarga semasa
pandemik COVID-19 menurut perspektif kaunseling syarie. Terapi kesejahteraan
keluarga banyak dibincangkan dalam disiplin ilmu kaunseling. Antaranya ialah terapi
keluarga Sistemik, terapi keluarga Bowen, terapi keluarga Satir dan terapi keluarga
Struktur. Kesemua terapi keluarga ini diasaskan oleh sarjana psikologi Barat, seperti
terapi keluarga Sistemik diasaskan oleh L. Von Bertalanffy, terapi keluarga Bowen
diasaskan oleh Murray Bowen, terapi keluarga Satir diasaskan oleh Virginia Satir dan
terapi keluarga Struktur diasaskan oleh Salvador Minuchin (Goldenberd &
Goldenberg 2012). Pendekatan terapi keluarga ini adalah pelbagai dan ia dihasilkan
berasaskan penyelidikan dan pengalaman para sarjana Barat dalam bidang psikologi
kaunseling.

Untuk membincangkan terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik
COVID-19 menurut perspektif kaunseling syarie, sudah tentu pendekatan yang
digunakan dalam perbincangan ini adalah berdasarkan syariat Allah SWT. Syariat
Allah SWT yang dimaksudkan di sini ialah ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah. Aspek pertama yang dibincangkan dalam makalah ini ialah konsep

29

kesejahteraan keluarga menurut Islam, kemudian diikuti dengan perbincangan
mengenai fenomena pandemik COVID-19, konsep kaunseling keluarga syarie dan
terapi kesejahteraan keluarga menurut perspektif kaunseling syarie semasa pandemik.

METODE KAJIAN

Makalah ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan. Data yang
dikumpul adalah data primer dari sesi kaunseling keluarga dan data sekunder dari
hasil penyelidikan serta maklumat media massa. Penganalisisan data dilakukan
menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasilnya, makalah ini dapat
mengemukakan suatu terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik yang sesuai
untuk diaplikasikan dalam sesi kaunseling keluarga syarie.

KONSEP KESEJAHTERAAN KELUARGA MENURUT ISLAM

Keluarga adalah satu unit yang kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ketua
keluarga dan beberapa ahli yang kesemuanya ada yang hidup bersama dan tinggal di
bawah satu bumbung dan ada yang tinggal berjauhan dan tempat yang berlainan
(Yakub Matondang, Dja’farSiddik & Ernawati 2017). Dari perspektif Islam, keluarga
adalah satu sistem pelaksanaan tanggungjawab dari segi nasab, nafkah dan pusaka
terhadap individu-individu yang muncul hasil daripada ikatan pernikahan dan
pertalian darah (Hammudah 1985; Muhammad 1997; Zainab 2014). Keluarga dalam
Islam juga didefinisikan sebagai satu kelompok sosial yang terdiri daripada individu-
individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain melalui ikatan darah dan
ikatan pernikahan (Yakub Matondang, Dja’farSiddik & Ernawati 2017).

Fungsi ikatan pernikahan dan pertalian darah sebagai asas pembinaan sebuah
keluarga jelas diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran, Surah al-Rum 30; 21
yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-
pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa
tenteram (sakinah) kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih
(mawaddah) dan sayang (rahmah). Sungguh, pada yang demikian itu benar-
benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”.

Surah al-Rum 30, ayat 21 ini jelas menunjukkan perasaan sakinah, damai dan
tenang ini timbul disebabkan Allah SWT menjadikan rasa kasih (mawaddah) dan
sayang (rahmah) antara satu sama lain, dalam diri suami dan isteri. Perdamaian dan
keharmonian keluarga bermula daripada kualiti perkahwinan. Dalam Islam, terdapat
dua indikator kualiti sakinah atau kesejahteraan sesebuah keluarga iaitu wujudnya
perasaan kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah) dalam diri suami dan isteri, anak-
anak dan ahli keluarga yang lain. Mawaddah dan rahmah ini merupakan domain
utama yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai solusi yang perlu dijadikan garis
panduan atau Standard Operating Procedure (SOP) dalam proses membina
kesejahteraan keluarga. Solusi kesejahteraan keluarga menurut Islam ini boleh dilihat
dalam Rajah 1.

30

Sakinah
Mawaddah

Rahmah

. Rajah 1: Solusi kesejahteraan keluarga menurut Islam

Konsep mawaddah dan rahmah ini menunjukkan kesejahteraan keluarga boleh
dibina dengan setiap individu di dalam keluarga saling berharap (mutual expectation)
(Hammudah 1985), menyayangi antara satu sama lain, saling menyokong dan
bekerjasama antara satu sama lain (Muhammad 1997; Zahran 2002; Zainab 2014;
Norazman Amat & Salasiah 2014).

KONSEP KAUNSELING KELUARGA SYARIE

Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah
masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan
membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka
yang tidak berfungsi (Goldenberg & Goldenberg 2002). Dalam Islam, kaunseling
keluarga adalah bertujuan untuk mencari jalan perdamaian seperti firman Allah SWT
dalam al-Quran, Surah al-Nisa’4: 35 yang bermaksud:

“Dan jika kamu khuatir terjadi persengketaan antara keduanya, maka kirimlah
seorang juru damai dari keluarga lelaki dan seorang juru damai (hakam) dari
keluarga perempuan. Jika keduanya (juru damai itu) bermaksud mengadakan
perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu”

Berasaskan konsep perdamaian dalam syariat Islam, kaunseling keluarga
syarie dapat didefinisikan sebagai suatu proses memberi bantuan daripada seorang
kaunselor kepada satu kelompok klien yang mempunyai ikatan pernikahan atau
pertalian darah yang sedang mengalami konflik dalam keluarga dan bertujuan untuk
mencari jalan keluar dan perdamaian. Tujuan kaunseling keluarga syarie adalah untuk
membantu pasangan suami isteri mencari jalan perdamaian dan keharmonian.

Matlamat kaunseling keluarga syarie adalah untuk mencari ketenangan
(sakinah) dan kesejahteran keluarga (Zainab 2021). Manakala fungsi kaunseling
keluarga syarie adalah untuk (Zainab 2021):

1. Untuk membantu pasangan meneruskan kehidupan bersama sebagai satu
keluarga.

2. Untuk membantu pasangan dan keluarga memahami dan membetulkan
masalah mereka berasaskan hukum syarak.

31

3. Untuk merawat masalah psikologi yang berlaku dalam konteks keluarga.
4. Untuk membantu ahli keluarga lain memahami bahawa mereka adalah

sebahagian daripada masalah dan mengenal pasti apa yang mereka boleh
lakukan bagi memastikan berlaku perubahan seperti keluarga mempunyai
sistem yang betul, persekitaran yang kondusif dan semua ahli saling
menyokong perubahan visi dalam keluarga.

FENOMENA PANDEMIK COVID-19

Pandemik adalah suatu situasi yang menunjukkan penularan penyakit berjangkit yang
serius yang berbeza daripada situasi endemik dan epidemik. Menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia (dalam Fauzi 2020) dan pakar Virologi, Prof. Madya Dr. Nazlina
Ibrahim (2021), endemik ialah penularan penyakit yang serius di dalam daerah dan
orang tertentu. Penularan penyakit sentiasa berlaku dalam masyarakat dan tempat
tersebut, tetapi dijangka pada kadar yang stabil dan rendah. Sebagai contoh penyakit
denggi.

Epidemik pula ialah penularan penyakit yang serius di kalangan daerah atau
orang. Penularan penyakit naik mendadak, melebihi kadar biasa, dapat dilihat dengan
jelas dalam komuniti dalam masa masa tertentu. Ia dikenali sebagai wabak. Sebagai
contoh penyakit kepialu (typhoid). Manakala pandemik ialah penularan penyakit yang
serius di semua daerah dan orang. Ia berlaku secara besar-besaran di seluruh dunia. Ia
juga merupakan penyakit baru (novel) yang menyerang manusia dalam keadaan
manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit
tersebut. Ciri ini menjadikan penularan penyakit ini mudah merebak dan menyerang
dengan pantas dalam masa yang singkat hingga menyebabkan kadar kematian yang
tinggi. Ia dikenali sebagai wabak. Sebagai contoh penyakit jangkitan COVID-19.

Semasa pandemik COVID-19, keluarga adalah satu institusi yang turut
mengalami masalah dan gangguan kesejahteraan. Antara isu yang menunjukkan
wujudnya ketidaksejahteraan keluarga ialah isu hilang pekerjaan, hilang pendapatan,
jangkitan penyakit, kematian, bunuh diri, pergaduhan dalam rumah tangga, keganasan
rumah tangga dan perceraian merupakan antara masalah yang mengganggu
kesejahteraan keluarga semasa pandemik COVID-19. Isu-isu ini bukan suatu
fenomena yang hanya dilihat sebagai kesan pandemik COVID-19, tetapi ia perlu
dilihat sebagai suatu isu yang memerlukan kepada strategi intervensi pandemik.

TERAPI KESEJAHTERAAN KELUARGA MENURUT PERSPEKTIF
KAUNSELING SYARIE SEMASA PANDEMIK

Apakah yang kaunselor boleh lakukan dalam sesi kaunseling keluarga semasa
pandemik menurut perspektif kaunseling syarie? Langkah pertama yang perlu
dilakukan oleh kaunselor ialah membina hubungan (rapport). Kedua, meneroka dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Ketiga, joining iaitu berada dalam
situasi yang klien alami. Keempat, mengambil tindakan (action) memberi terapi
kesejahteraan keluarga semasa pandemik menurut perspektif kaunseling syarie dan
kelima, penamatan.

32

Persoalannya ialah apakah terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik
menurut perspektif kaunseling syarie yang boleh diaplikasikan kepada klien dalam
sesi kaunseling keluarga syarie? Dalam situasi pandemik, sama ada pandemik
COVID-19 atau pandemik lain, pada asasnya pendekatan terapi menurut perspektif
kaunseling syarie adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Menurut ilmu
tasawwuf yang diperkenalkan oleh al-Ghazali (2000), pendekatan terapi kepada
masalah jiwa manusia adalah pendekatan terapi tazkiyyat al-nafs.

Pendekatan terapi tazkiyyat al-nafs bagi kesejahteraan keluarga yang relevan
dalam situasi pandemik ialah (1) membantu klien mengenal hakikat kejadian dirinya
sebagai manusia dan (2) membantu klien memahami konsep qada’ dan qadar Allah
SWT.

Hakikat Kejadian Manusia

Hakikat kejadian manusia tertakluk kepada lima kategori iaitu (al-Ghazali 2000;
Fahruddin 2021):

1. Manusia sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.
2. Manusia sebagai mukarram yang dimuliakan oleh Allah SWT.
3. Manusia sebagai mukallaf yang diberi tanggungjawab oleh Allah SWT.
4. Manusia sebagai majzi (mendapat balasan) yang diberi ganjaran dan balasan

oleh Allah SWT atas segala perbuatan, perkataan dan pengakuan yang perlu
dipertanggungjawabkan pada hari kiamat. Ganjaran dan balasan daripada
Allah SWT sesuai dengan pilihan manusia.
5. Manusia sebagai mukhayyar yang diberi kuasa untuk membuat pilihan oleh
Allah SWT, sama ada hendak melakukan perkara baik atau perkara buruk.

Hakikat manusia sebagai makhluk, mukarram, mukallaf dan majzi,
kesemuanya adalah hak milik Allah SWT. Manusia tiada pilihan untuk
menentukannya. Bagaimanapun, manusia sebagai mukhayyar adalah satu-satunya hak
yang diberi oleh Allah SWT kepada manusia untuk dimiliki. Manusia bebas membuat
pilihan tentang kehidupannya.

Konsep Percaya Kepada Qada’ dan Qadar

Kaunseling keluarga syarie mengandaikan pandemik COVID-19 atau apa-apa wabak
penyakit yang dikategorikan sebagai pandemik adalah suatu ujian atau musibah yang
diizinkan oleh Allah SWT. Untuk berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah
dalam keluarga akibat pandemik COVID-19, terdapat satu solusi dalam tazkiyyat al-
nafs yang dapat membantu klien untuk memahami dan bertindak dengan apa yang
berlaku. Solusi dalam tazkiyyat al-nafs tersebut ialah percaya kepada qada’ dan qadar
Allah SWT. Percaya kepada qada’ dan qadar Allah SWT adalah Rukun Iman yang
keenam yang dituntut kepada umat Islam mempercayainya.

Qada’ ialah ketetapan Allah SWT sejak azali, manakala qadar ialah keputusan
Allah SWT yang kita rasa iaitu qudratullah. Oleh itu, bagaimanakah qada’ dan qadar
boleh berfungsi sebagai intervensi terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik

33

menurut perspektif kaunseling syarie? Dalam hal ini, qada’ adalah sunnatullah,
manakala qadar adalah qadarullah atau qudratullah (Fahruddin 2021).

1. Qada’ adalah sunnatullah

Semasa sesi kaunseling keluarga, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh
kaunselor ialah meneroka tahap kefahaman dan kesedaran klien mengenai pandemik
COVID-19 itu sendiri. Apakah mereka memahami pandemik COVID-19 sebagai
sunnatulah Allah atau sebagai qadarullah. Jika mereka memahami pandemik COVID-
19 sebagai qada’, sunnatullah dan intervensi Allah, maka mereka perlu melakukan
sesuatu atau mengambil tindakan untuk menjauhi penularan penyakit yang dibawa
oleh CORONAVIRUS dengan ‘sabar’ dan ‘ikhtiar’. Sabar dengan apa yang berlaku,
redha tanpa rungutan dan dalam masa yang sama melakukan ikhtiar iaitu dengan
mengambil vaccine, mematuhi SOP (Standard Operating Procedures), memakai
penutup muka, tinggal di rumah, menjaga jarak sosial dan pelbagai lagi. Ini adalah
kerana konsep sunnatullah ialah jika klien menjaga kesihatan, klien akan hidup sihat,
keluarga bahagia dan sejahtera. Namun, jika klien jaga kesihatan, klien dijangkiti juga
dengan jangkitan CORONAVIRUS, maka itu adalah qadar Allah SWT. Tiada kuasa
lain yang boleh melawan kuasa Allah SWT.

2. Qadar adalah qadarullah (qudratullah)

Langkah kedua yang perlu dilakukan oleh kaunselor ialah membantu klien memahami
pandemik COVID-19 sebagai qadar Allah, qudratullah dan intervensi Allah. Pada
tahap ini, klien perlu difahamkan dengan latihan spiritual iaitu ‘doa’ dan ‘tawakkal’
(al-Ghazali 2000; Fahruddin 2021) bagi berhadapan dengan pandemik COVID-19. Ini
bererti kepercayaan kepada qada’ Allah SWT dan sunnatullah dengan sabar dan
ikhtiar adalah tidak mencukupi. Mereka perlu melakukan latihan spiritual iaitu doa
dan tawakkal bagi mengelak daripada termasuk dalam golongan pesakit COVID-19.
Doa dengan memohon daripada Allah SWT agar melindungi diri dan keluarga
daripada ancaman COVID-19 dan tawakkal dengan apa yang diberi oleh Allah SWT.
Tawakkal ini bermaksud menerima dan redha dengan apa sahaja yang Allah bagi
sama ada baik atau, berjaya atau gagal, sakit atau sihat.

Rajah 2: Intervensi terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik
menurut pesrpektif kaunseling syarie

34

Ringkasnya, terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik menurut
perspektif kaunseling syarie adalah terapi takdir. Terapi takdir yang dimaksudkan ini
adalah terapi intervensi qada’ dan qadar Allah SWT. Qada’ Allah SWT adalah
sunnatullah. Apa yang manusia lakukan setiap hari dan manusia mendapat apa yang
dikehendaki seperti yang dirancang, itu adalah sunnatullah. Jika rajin belajar, dapat
ilmu. Jika rajin bekerja, dapat rezeki. Jika berniaga kecil-kecilan dapat sedikit
pendapatan dan jika berniaga besar-besaran dapat pendapatan besar. Firman Allah
SWT dalam al-Quran, Surah al-Ra‛d 13: 11 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan
apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang
dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada
sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.

Tapi, jika berniaga besar-besaran dapat pendapatan kecil, itu maknanya qadar
Allah SWT, ada intervensi Allah SWT di situ iaitu apa yang disangka baik oleh
manusia, ia tidak baik di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, kisah Nabi Ayub AS. Nabi
Ayub diberi kesihatan, 12 orang anak lelaki yang sihat dan kesihatan. Hanya dalam
tiga hari, dengan qadar Allah SWT, Nabi Ayub ditimpa penyakit kronik, 12 orang
anak lelakinya meninggal dunia dan kekayaannya hancur ditimpa bencana alam. Ini
bererti, sehebat mana pun manusia, manusia perlu berdoa dan tawakkal kepada Allah
SWT kerana di samping percaya kepada qada’ Allah, manusia juga perlu percaya
kepada qadar Allah SWT. Setiap orang hidup dan bertindak sesuai dengan maqam
yang dicapainya. Maqam yang dimaksudkan di sini ialaj status, pangkat, darjat yang
diperoleh oleh seseorang dalam hidupnya, kondisi jiwa, keupayaan intelektual dan
status sosial (Fahruddin 2021).

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, terapi kesejahteraan keluarga semasa pandemik menurut
perspektif kaunseling keluarga syarie adalah terapi yang berasaskan pendekatan
tazkiyyat al-nafs. Aspek tazkiyyat al-nafs yang sesuai diaplikasikan dalam sesi
kaunseling keluarga semasa pandemik ialah terapi takdir yang menjadikan konsep
qada’ dan qadar sebagai dimensi memberi bantuan kepada klien yang bermasalah
semasa pandemik.

Oleh itu, dalam situasi pandemik COVID-19 atau apa-apa pandemik yang
berlaku, seseorang klien perlu diberi kesedaran tentang karakternya yang menentukan
takdirnya. Setiap orang mempunyai maqam dan maqam itu boleh diubah kerana
manusia diberi pilihan (mukhayyar). Namun, ia perlu diubah ke arah baik. Karakter
seseorang yang sedih, kecewa, putus asa, tidak mahu bersosial dan minda tertutup
perlu diubah kepada karakter yang baik dan positif hingga menjadi kebiasaaan (habit)
dan sikap yang akhirnya berubah kepada karakter baharu yang positif.

35

RUJUKAN

Dwairy, M. 2006. Counseling and Psychoterapy with Arabs and Muslims: A
Culturally Sensitive Approach. New York: Teachers College Press, Columbia
University.

Fahruddin Faiz. 2021. Takdir dan karakter manusia. Media Koentji. 12 April.
Fauzi Suhaimi. 2020. Fahami perbezaan epidemik, endemik dan pandemik. Astro

Awani. 12 Mac. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-
perbezaan-epidemik-endemik-dan-pandemik-233401.
al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad Ibn Ahmad. 2000. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kaherah:
Dar al-Taqwa li al-Turath.
Goldenberg & Goldenberg. 2012. Family Therapy: An Overview. Edisi Kelapan.
Pasific Grove: Brook/Cole Publishing Company.
Nazlina Ibrahim. 2021. Temu bual Pengarang Berita Nazarali Saeril bersama Pakar
Virologi Profesor Madya Dr. Nazlina Ibrahim dari Universiti Kebangsaan
Malaysia. Endemik, epidemik dan pandemik. My Metro. 14 September. https:
// www.hmetro.com.my/utama/ 2021/09/751083/ endemik-epidemik-dan-
pandemik.
Norazman Amat & Salasiah Hanin Hamjah. 2014. Asas Pembinaan Keluarga
Sejahtera Menurut Islam. Dlm. Zainab Ismail. (pnyt.). Isu Dakwah Masa Kini-
Keluarga, Komuniti Marginal dan Pendidikan. hlm. 15-26. Bangi: Penerbit
Universiti kebangsaan Malaysia.
El-Sayed El-Aswad. 2017. Islamic care and counselling. Encyclopedia of Psychology
and Religion: 1-4.
Yakub Matondang, A., Dja’farSiddik & Ernawati. 2017. Family Education in the
Quran. IOSR Journal of Humanities and Social Science (IOSR-JHSS), Jun
22(6): 7-16.
Zainab Ismail. 2014. Pendekatan komunikasi dalam kaunseling keluarga. Dlm.
Zainab Ismail. (pnyt.). Isu Dakwah Masa Kini-Keluarga, Komuniti Marginal
dan Pendidikan. hlm. 54-70. Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia.
Zainab Ismail. 2021. Slide definisi kaunseling keluarga Islam. Kursus Kaunseling
Keluarga Islam, UKM.

36

Pendekatan Holistik Menurut Psikospiritual Islam dalam
Mendepani Cabaran COVID-19

HASIMAH BINTI CHIK
CHE ZARRINA BINTI SA'ARI
SHARIFAH BASIRAH BINTI SYED MUHSIN
SHERIZA IZWA BINTI ZAINUDDIN

*Hasimah binti Chik ([email protected]), Che Zarrina binti Sa'ari, Sharifah
Basirah binti Syed Muhsin & Sheriza Izwa binti Zainuddin, Universiti Malaya

ABSTRAK

Psikospiritual Islam merupakan antara salah satu konsep pendekatan Islam secara
holistik yang kini semakin berkembang diaplikasikan dalam pelbagai rawatan sama
ada melibatkan spiritual, psikologi, mental, emosi, sosial dan juga fizikal. Hal ini
berikutan konsep Psikospiritual Islam itu seiring dengan ajaran agama Islam yang
bersifat syumul. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat kaedah dan keberkesanan
pendekatan Psikospiritual Islam dalam merawat masalah keresahan spiritual secara
holistik. Metodologi kajian ini melibatkan pengumpulan data secara sorotan literatur.
Manakala penganalisisan data menggunakan kaedah analisis tematik melalui perisian
ATLAS.ti versi 9. Dapatan kajian menunjukkan Psikospiritual Islam mampu merawat
pelbagai masalah terutamanya keresahan spiritual dalam mendepani Cabaran COVID-
19.

Kata kunci: Psikospiritual Islam, holistik, fizikal, spiritual, mental, sosial

PENGENALAN

Kebahagiaan individu adalah menggambarkan kesejahteraan yang dialami sama ada
dalam kehidupan dan juga akhiratnya. Penilaian kebahagiaan adalah berbeza pada
setiap individu dan memerlukan pelbagai pendekatan demi mencapai tujuan tersebut.
Pendekatan secara holistik adalah amat perlu untuk diterapkan bagi membantu untuk
mencapai kesejahteraan dari pelbagai sudut serta mampu berdepan dengan pelbagai
cabaran kehidupan, menuju kepada akhirat yang kekal abadi.

PENDEKATAN HOLISTIK

Holistik menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah satu pendekatan yang
bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang
menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. (Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2021) Manakala, aspek pendekatan holistik berdasarkan Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) ialah fizikal, mental, spiritual dan sosial. (World Palliative
Care Alliance, 2014). Justeru itu, kita dapat lihat terma holistik ini jelas menunjukkan
penjagaan kesihatan mestilah seimbang dan menyentuh kesemua aspek dalam

37

kehidupan seseorang individu. Kekurangan atau pengabaian satu aspek akan boleh
menyebabkan gangguan pada kesejahteraan hidup individu.

Manakala perbincangan mengenai pendekatan secara holistik dilihat telah lama
dibincangkan oleh ulama’ terdahulu seperti Imam Al-Ghazali yang menekankan dua
elemen utama dalam kehidupan insan merangkumi fizikal dan spiritual. Ibnu Qayyim
juga membincangkan perkara ini dalam kitabnya Al-Fawaid yang menyebut bahawa
tabiat emosi, fizikal dan kognitif adalah aspek yang bergerak seiring, iaitu bermula
dengan gerak hati atau spiritual yang menghasilkan tindakan seterusnya menghasilkan
satu bentuk emosi dan psikologi dalam diri individu. (Ibnu Qayyim, 1429). Ulama
terdahulu membincangkan aspek ini kerana ia merupakan tuntutan dan keperluan
insan dalam menjalani kehidupan seterusnya berjaya serta bahagia di dunia dan di
akhirat.

PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Psikospiritual Islam adalah gabungan daripada perkataan psikologi dan spiritual yang
bermaksud pemikiran atau kajian tentang proses mental dan pemikiran yang bersifat
rohaniah dari perspektif agama Islam. Spiritual adalah kurniaan Tuhan dalam diri
setiap individu melalui pengalaman, penghayatan dan ilmu pengetahuan. (Che Zarrina
Sa’ari, 2019) Pengertian dan konsep spiritual dalam Islam ini ditekankan lagi dengan
pendapat Mohamad Zafir, iaitu konsep kembali kepada satu pegangan asas dalam diri
insan. Keagamaan dan spiritual adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan dari segi
makna dan hakikat kerana semua penjelasan akan kembali kepada konsep akidah
bertuhankan Allah SWT yang Maha Esa. Perbezaannya hanya terletak pada
bagaimana dan sedalam mana seseorang itu memahami dan meletakkan peranannya
dalam kehidupan terutamanya apabila diuji dengan apa jua kesusahan dan cabaran
dalam kehidupan.

Salasiah (2018) menyatakan spiritualiti merupakan keperluan bagi pesakit
kerana ianya boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pesakit dan juga
mempengaruhi perkembangan kesihatan seseorang. Perkara ini juga disokong oleh
Stefanie Monod (2015) yang mengatakan spiritual adalah dimensi yang penting dan
sumber utama kepada pesakit dalam menghadapi kesakitan. Walaupun pemahaman
yang berbeza oleh setiap individu mengenai konsep dan peranan spiritual, namun ada
kesepekatan dalam meletakkan kepentingan spiritual. Pemahaman terhadap konsep
spiritual adalah berdasarkan pengalaman, pegangan kepercayaan dan juga ilmu yang
dimiliki. Definisi spiritual secara umum ialah merangkumi semua aspek kehidupan
sama ada melibatkan aspek kepercayaan ketuhanan atau keimanan, pengurusan diri,
hubungan antara manusia dengan alam dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan asas
kehidupan. (Kass, 2017) Malah semua elemen tersebut adalah ditekankan dalam
spiritual Islam dan semua ini mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan hati
dan jiwa (Malik Badri, 2018).

Manakala psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran,
terutamanya berhubung dengan perlakuan. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2021) Bidang
psikospiritual Islam ini adalah memfokus kepada pemahaman tentang kaedah
mendalami spiritual, mengenal diri, mengetahui kebaikan ibadah, meditasi, teknik
latihan spiritual sebagai rawatan dan menilai penyakit berkaitan spiritual.

38

Pengaplikasian psikospiritual Islam dalam bentuk terapi kepada individu dipanggil
psikoterapi. Psikoterapi dalam Islam menekankan pembangunan jiwa dengan
menumpukan kepada rawatan tingkah laku dan mengembalikan kebaikan yang ada
dalam diri individu. Cara memulihkan sikap dan negativiti yang ada dalam diri adalah
berdasarkan kelebihan yang ada pada individu tersebut. (Sharifah Basirah & Che
Zarrina Sa’ari, 2015)

KERESAHAN SPIRITUAL

Keresahan spiritual berdasarkan kajian lepas ialah satu situasi yang dihadapi oleh
seseorang yang tidak dapat atau sukar untuk melengkapkan keperluan spiritual
mereka. (Edwards et al., 2010). Selain itu, situasi ini ialah gangguan terhadap sistem
kepercayaan atau nilai yang mana mempengaruhi kekuatan, harapan dan makna
kehidupan dalam diri seseorang. Keperluan spiritual boleh dijelaskan berdasarkan
konsep kefahaman spiritual bagi individu itu sendiri yang lebih menjurus kepada
tujuan dan pengharapan dalam kehidupan (Hasimah Chik, Che Zarrina Sa’ari, & Loh
Ee Chin, 2017).

Keresahan spiritual juga ialah situasi pergolakan jiwa sehingga melahirkan
perasaan sedih, resah, bimbang dan marah disebabkan oleh banyak perkara sukar yang
berlaku sehingga mencetuskan kepada perbuatan, penerimaan dan cara pandang atau
persepsi yang salah terhadap perkara yang berlaku dalam hidup. (Hasimah Chik et al.,
2017) Sebagai contoh sekiranya berlaku sesuatu seperti kehilangan pekerjaan,
kematian, kerugian atau lain-lain musibah, seseorang itu tidak dapat menerima hakikat
kejadian tersebut, malah menyalahkan serta marah dengan keadaan tersebut.

Definisi keresahan spiritual menurut Islam hampir sama dengan yang
diistilahkan dalam kajian para sarjana namun skop perbincangan keresahan spiritual
dalam Islam adalah berasaskan definisi asas spiritual yang berpandukan ajaran
Rasulullah SAW berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah (Che Zarrina Sa’ari & Sharifah
Basirah, 2012). Imam Ghazali menekankan bahawa menghilangkan sifat tercela atau
mazmumah adalah farḍu `ain dengan meninggalkan segala sifat seperti tidak
bersyukur, marah dan lain-lain serta berusaha untuk melakukan sifat-sifat maḥmudah.
(Al-Ghazali, 2011) Hal ini kerana antara yang menjadi punca keresahan spiritual yang
dibincangkan oleh Imam al-Ghazali adalah kerana terlalu cintakan dunia sehingga
melupakan sesuatu yang hakiki iaitu pengakhiran yang baik serta mendapat kereḍaan
Allah SWT. (Salasiah Hanin Hamjah, 2018)

Jiwa manusia bersifat berbolak-balik sebagaimana dalam hadis riwayat Muslim
(Imam Muslim, 2007) menyebut tentang Allah SWT akan membolak-balikkan hati
manusia, justeru amat disarankan untuk memohon ketetapan hati daripada Allah SWT,
pemilik hati manusia. (Salasiah Hanin Hamjah, 2018) Hati manusia sentiasa
dipengaruhi oleh faktor kebaikan atau kemaksiatan. Sekiranya terdapat kesalahan atau
tindakan yang menyeleweng dalam perbuatan sehingga menyalahi atau tergelincir
daripada apa yang diajarkan dalam Islam, akan berlaku satu gangguan dalam jiwa
(Nor Azah Abdul Aziz & Che Zarrina Sa’ari, 2011) atau disebut juga keresahan
spiritual. (Hasimah Chik et al., 2017) Hanafi Mohamed mengatakan bahawa penyakit
rohani merupakan suatu gangguan kejiwaan ke atas perasaan seseorang manusia yang
biasanya dikesan melalui rasa muram, sedih, pilu, cemas, resah, gelisah hati dan jiwa

39

tidak tenteram serta berasakan dirinya kurang berupaya mengatasi persoalan dan ujian
yang sedang dihadapi. (Mohamed, 1998).

Penyakit rohani ini dibincang oleh Che Zarrina Sa’ari (2001) dan Sharifah
Basirah (2017) ialah al-halu`(‫)الهلع‬. Al-halu` secara asasnya ialah perasaan keluh kesah
yang muncul apabila terjadi situasi atau keadaan yang tidak menyenangkan hati, iaitu
keluh kesah apabila ditimpa kesusahan dan kedekut apabila mendapat ganjaran atau
nikmat. Perbincangan al-halu` menurut Islam lebih mendalam dalam al-Quran kerana
menjelaskan tentang hakikat insan yang tidak berpuas hati dan tidak bersyukur dengan
kurniaan atas dirinya. (Che Zarrina Sa’ari, 2001; Sharifah Basirah binti Syed Muhsin,
2017) Keluh kesah ini adalah bersamaan dengan ciri-ciri dan kondisi keresahan
spiritual. Justeru penulis mendefinisikan keresahan spiritual juga adalah al-halu`.

Kesimpulannya, keresahan spiritual adalah berpunca daripada sifat dan keadaan
hati yang tidak tenang dan menurut kehendak nafsu. Hati yang sentiasa tidak puas
dengan keadaan diri, sentiasa berfikiran negatif serta kelompangan dalam
menjalankan ibadah zahir dan batin seterusnya akan menzahirkan perilaku serta
tindakan yang negatif.

METODOLOGI

Artikel ini terhasil daripada kajian kualitatif menerusi kaedah pengkajian kepustakaan
dan juga analisis tematik menggunakan perisian ATLAS.ti versi 9. Pengkaji
mengumpul data menerusi metode analisis tema berdasarkan tema holistik,
psikospiritual Islam dan keresahan spiritual daripada bahan-bahan yang terdapat
dalam rujukan kepustakaan, khususnya data primer daripada Imam al-Ghazālī, dan
Ibnu Qayyim. Selain itu kajian ini juga melihat kajian sarjana terkini mengenai konsep
holistik dalam Islam. Manakala konsep keresahan spiritual juga diambil dari pengkaji-
pengkaji Barat untuk disesuaikan dengan masalah semasa individu. Semua konsep dan
dapatan diulas berdasarkan sudut pandang Islam dalam menangani masalah jiwa
insan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pendekatan Holistik dalam Psikospiritual Islam

Imam Al-Ghazali membincangkan pendekatan holistik dalam Islam secara terperinci,
iaitu merangkumi elemen fizikal dan spiritual. Spiritual dalam perbincangan Imam al-
Ghazālī dalam kitabnya, Iḥyā’ `Ulūm al-Dīn terdiri daripada empat elemen iaitu qalb
(hati), `aql (akal), nafs (nafsu) dan rūḥ (rohani) dan meletakkan qalb sebagai asas
utama. Qalb membawa dua maksud iaitu sifat dalaman (inner nature) dan sifat
semulajadi kedua (second nature). Inner nature mengandungi tiga sifat utama iaitu
sifat dalaman manusia (ḥaqīqah al-insān) yang mana bersifat sedar (mudrik), tahu
(`ālim) dan ikut gerak hati (`ārif). Sifat-sifat ini amat berkait dengan hati fizikal. Al-
Ghazali meletakkan kedudukan dalaman hati ialah bersifat halus (laṭīfah), kerohanian
(rūḥanī) dan ketuhanan (rabbanī), yang berkait rapat dengan tiga elemen penting yang
selebihnya dalam spiritual iaitu rūḥ (rohani), nafs (nafsu) dan `aql (akal). (Al-Ghazali,
2011; Noor Shakirah Mat Akhir, 2008) Setiap satu elemen dalam sifat dalaman ini

40

mempunyai perbincangan yang terperinci dan sangat berkait dengan semua aspek
kehidupan iaitu psikologi, fizikal dan juga sosial.

Justeru itu, Psikospiritual Islam yang dibincang oleh Malik Badri (2018) adalah
selari dengan apa yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali tentang kehidupan secara
menyeluruh iaitu merumuskan bahawa kesejahteraan itu adalah digambarkan oleh
pergerakan fizikal yang dicetuskan oleh kekuatan sehingga mendatangkan kesedaran
untuk menilai sesuatu perkara seterusnya mendatangkan ketenangan jiwa,
mengurangkan tekanan dan kemurungan. Pergerakan yang berpusatkan kepada
ketuhanan akhirnya terhasil satu akhlak dan tingkah laku yang baik dalam kehidupan
sosial. (Malik Badri, 2018) Dalam perbincangan ini elemen spiritual dan mental lebih
ditekankan kerana memberi kesan kepada kehidupan fizikal dan sosial seterusnya
mencapai kesejahteraan kehidupan. Penekanan aspek spiritual dalam Islam adalah
berusaha untuk mengenal Allah SWT dan semakin dekat kepada-Nya. Hal ini kerana,
visi utama Islam adalah supaya umat Islam mencapai tahap kerohanian yang tertinggi
dengan mengenal Allah SWT dan berusaha memperolehi keredaan Allah SWT serta
hati dan fikiran yang tenang. (Malik Badri, 2018).

Kefahaman spiritual adalah suatu proses dalam kehidupan, bermula dari
pendidikan, pengalaman dan juga suasana atau lingkungan masyarakat. Seiring
dengan kajian oleh Tanhan dan Young (2021) menyatakan bahawa pembinaan
spiritual memerlukan gabungan antara profesional dan tradisional untuk membina
individu yang lebih holistik iaitu lengkap dari sudut spiritual, mental, fizikal dan
sosial. Profesional yang dimaksudkan adalah melibatkan proses tersusun iaitu
pendidikan dan penyelidikan. Manakala tradisional adalah proses yang lebih bersifat
amalan rutin harian dan adat yang berasaskan sumber keagamaan dan kerohanian
seperti membaca Al-Quran, mengunjungi guru, dapatkan nasihat guru, berdoa,
pergaulan sosial seperti keluarga dan rakan serta pola pengamalan pemakanan
mengikut kesesuaian tradisi yang seimbang. (Tanhan & Young, 2021) Hal ini
menunjukkan bahawa sumber spiritual itu boleh datang dari pelbagai cara dan kajian
membuktikan bahawa pergaulan dalam masyarakat sosial yang mengamalkan agama
merupakan antara sumber kekuatan dalam melaksanakan keagamaan dan juga boleh
meningkatkan pengalaman spiritual individu.

Pengalaman dan kefahaman spiritual juga boleh diperolehi melalui penghayatan
terhadap ciptaan Allah SWT, dengan mengagumi ketepatan, keindahan dan besarnya
ciptaan serta kesedaran mereka tentang keunikan fizikal dan psikologi manusia yang
saling memberi reaksi. Banyak penyelidikan moden dilakukan menunjukkan bahawa
semua ketentuan dalam Islam, peraturan dan tingkah laku mempunyai nilai yang tidak
dapat dipertikaikan dalam melindungi kesihatan fizikal dan psikologi manusia. Selain
itu, berdasarkan hadis Rasulullah SAW, perkembangan spiritual juga sangat
memerlukan perjuangan melawan ego, nafsu dan kehendak yang buruk dalam diri,
sama ada dari sudut pendengaran, penglihatan dan hati. (Malik Badri, 2018).
Penyataan ini menunjukkan tindak balas antara spiritual, psikologi dan fizikal.
Seterusnya akan dibincangkan perkaitan dan kesan spiritual terhadap psikologi.

Psikologi ialah kajian berkait tentang proses mental, yang melibatkan akal,
pemikiran, atau proses intelektual. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2021) Ulama Islam
iaitu Imam Al-Ghazali membincangkan bahawa akal juga berada di bawah domain

41

spiritual. (Al-Ghazali, 2011) Malik Badri menekankan kedudukan akal berada pada
tahap tertinggi, kerana pada akal adanya prinsip universal semua kecerdasan iaitu
sebuah prinsip yang melampaui keadaan batasan melalui refleksi langsung intelektual
yang mana manusia mampu mengiktiraf realiti. Ulama’ sufi mencadangkan agar
melakukan tafakur dan penyucian hati melalui amalan-amalan hati dan fizikal agar
dapat mengurus jiwa atau hati rohani sehingga memperolehi pengetahuan dan kasih
sayang yang mendalam terhadap Pencipta. Melalui cara ini akan dapat membantu
individu untuk mengawal, mengurus dan mengawasi diri agar sentiasa melakukan
perkara dan tingkah laku fizikal yang diredai Allah SWT. (Malik Badri, 2018)
Huraian ini jelas menunjukkan perkaitan rapat antara spiritual, psikologi, fizikal dan
sosial individu.

Psikologi sangat memberi kesan kepada kehidupan sosial individu. Pemikiran
individu tidak hanya mempertimbangkan gaya hidup, malah sebagai penentu
kehidupan sosial, seterusnya memberi kesan yang kuat terhadap kesihatan mental dan
fizikal. Kajian mendapati psikospiritual ini mempunyai kepentingan dalam
mempengaruhi pelbagai dimensi psikososial dan hubungan antara manusia, emosi dan
interpersonal yang memfokuskan kepada interaksi sosial dan keterhubungan antara
budaya, institusi dan masyarakat. (Farrier, Dooris, & Froggett, 2019) Hubungan
bersepadu ini lahir daripada manusia yang tidak pernah memisahkan kekuatan rasional
dari pengalaman langsung, penilaian moral dan kesedaran rohani. (Malik Badri, 2018)
Aplikasi perkara ini dalam kehidupan adalah lahir daripada kefahaman yang jitu
terhadap konsep spiritual dan psikologi atau konsep psikospiritual dalam Islam.

Menjaga kesihatan mental adalah sama penting seperti menjaga kesihatan
fizikal. Hal ini terbukti dalam ibadah haji yang memerlukan kepada kekuatan spiritual
sekali gus ketahanan fizikal. Perkara ini jelas tidak bertentangan bagi umat Islam
kerana ibadah haji dianggap sebagai perjalanan rohani yang bermanfaat bagi kesihatan
jiwa dan diri seseorang Muslim. (Hankir, Chariwala, Siddique, Carrick, & Zaman,
2019) Amalan keagamaan seperti doa dan bertafakur secara khusus boleh memberi
kesan kepada proses kognitif yang berterusan, seperti pendedahan individu terhadap
pengalaman dalaman dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan yang lebih besar
dalam diri mereka kerana mampu membantu individu mengatur tahap fokus dan
tekanan dalam diri. (Örneklemler, Bilişsel, İlişkili, & Türleri, 2021) Penyataan ini
disokong oleh Tanhan dan Young (2021) dan Malik Badri (2018) yang menyatakan
kepentingan peranan kestabilan mental dan psikologi dalam kehidupan Muslim,
kerana ia akan membantu pembentukan tingkah laku dan tindakan fizikal manusia.

Praktik psikospiritual Islam akan menjadi lengkap dengan adanya penekanan
dalam aspek fizikal. Penyataan ini disokong oleh sarjana Barat, Farrier et al. yang
menyatakan aktiviti fizikal juga memberi kesan kepada kesejahteraan rohani kerana
kecergasan dan kesihatan fizikal akan mencetuskan fikiran yang positif dan
kegembiraan. (Farrier, Dooris, & Froggett, 2019) Hal ini menunjukkan elemen fizikal
merupakan elemen yang penting dalam kesihatan dan kesejahteraan. Ajaran Islam
terbukti telah memenuhi hak umatnya dengan menggariskan tuntutan syariah yang
lengkap melibatkan semua aspek termasuk fizikal. Antara amalan dalam Islam yang
melibatkan fizikal ialah ibadah solat, puasa dan haji.

42

Ibadah solat dan haji merupakan rukun Islam yang bukan sahaja ibadah wajib
yang menggambarkan satu konsep penyerahan dan penghambaan, malah memberi
manfaat yang banyak dari aspek spiritual dan mental. Ibadah solat mampu membantu
individu menjalani kehidupan harian dengan lebih baik kerana amalan ini terbukti
boleh meningkatkan tahap fokus dan menguruskan tekanan diri. (Örneklemler,
Bilişsel, İlişkili, & Türleri, 2021) Jemaah yang mengerjakan haji juga membuktikan
bahawa ibadah haji membentuk fizikal yang lebih bertenaga sekali gus pemikiran
yang lebih baik dan seterusnya membawa kepada kesihatan fizikal dan mental mereka
(Hankir et al., 2019). Dalam satu Hadith riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud, “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah SWT berbanding
mukmin yang lemah.” (Al-Qushayrī, 1983).

Selain itu, penjagaan aspek fizikal yang ditekankan dalam Islam adalah
kebersihan. Menjaga kebersihan merupakan satu tuntutan dan dikira sebagai ibadah.
Kebersihan dari segala aspek sama ada pakaian, makanan, minuman, kehidupan dan
kebersihan dalaman. Kebersihan amat penting bagi memastikan kesempurnaan ibadah
fardhu `ain dan juga ibadah fardhu kifayah. Antara amalan yang membukti penjagaan
aspek kebersihan fizikal ialah mandi hadas, mandi junub dan berwuduk. (Malik Badri,
2018) Antara amalan yang menjadi adat dalam kalangan umat Islam yang
menunjukkan penjagaan aspek kebersihan ialah tidak menggunakan kasut di dalam
rumah serta memastikan keperluan lengkap untuk bersuci seperti tandas yang
melindungi hak peribadi dan mempunyai bekalan air yang bersih. (Tanhan & Young,
2021).

Aspek keperluan fizikal lain yang juga ditekankan dalam Islam ialah tabiat dan
pola pemakanan. Islam mengharuskan pelbagai jenis makanan kecuali beberapa
perkara yang jelas haram dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis. (Budhwani,
Borgstede, Palomares, Johnson, & Hearld, 2018) Manfaat yang sangat bernilai dapat
dilihat dalam setiap amalan yang dilakukan oleh umat Islam sama ada dalam ibadah
wajib atau ibadah sunnah, sebagai contoh nilai-nilai kesihatan puasa dan mengelakkan
makan berlebihan yang boleh menyebabkan kegemukan sepertimana yang disebutkan
dalam ayat Alquran surah Al-A’raf ayat 31, "Makan dan minum, tetapi jangan
berlebihan". (Malik Badri, 2018) Segala yang diharamkan dan ditegah adalah kerana
terdapat kemudaratan terhadap fizikal dan sosial individu.

Pengalaman secara holistik seseorang individu akan membolehkannya
berhubung atau berinteraksi dengan alam dan persekitarannya. Hal ini kerana
hubungan dan konteks sosial berdasarkan psikospiritual Islam adalah kunci dalam
membentuk tingkah laku dan akan mencetuskan kesejahteraan dengan lebih berkesan.
(Farrier et al., 2019) Pendekatan psikospiritual Islam dalam kehidupan adalah
dipengaruhi oleh pendidikan dan juga pengalaman dari linkungan sosial seseorang
individu. Semua perkara mempunyai hubungan sangat rapat dan berkait kerana
apabila seseorang itu mengamalkan pendekatan psikospiritual Islam, pastinya akan
memberi kesan kepada pemilihan cara pergaulan, akhlak dan tingkah laku mereka
dalam kehidupan.

Terdapat lima cara yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian individu
berdasarkan kajian Farrier et al. (2019) bagi mencapai kesejahteraan sosial seiring
dengan keperluan dalam psikospiritual Islam. Pertama ialah mengeratkan hubungan

43

silaturrahim antara keluarga, rakan, pasukan sekerja dan jiran tetangga. Mereka
merupakan individu penting yang boleh memberi teguran serta membantu untuk
menambahbaik perkembangan kehidupan seharian di samping memberi pengalaman
serta pengajaran dalam kehidupan. (Hankir et al., 2019) Kedua ialah sentiasa aktif
dalam aktiviti fizikal atau aktiviti lain agar dapat berhubung dengan alam dan
menyihatkan tubuh badan. Ketiga ialah dengan memerhatikan dunia di sekitar dan
merenung kehebatan dan mengambil pengajaran daripada pengalaman tersebut.
Individu yang sentiasa berfikir untuk memahami sesuatu anugerah dan ciptaan akan
mendapat rahmat daripada Allah SWT (Farrier et al., 2019).

Saranan yang keempat ialah individu mesti terus belajar untuk memperolehi
serta memahami sesuatu agar bijak menilai dan memperolehi kesenangan, kenikmatan
dan meningkatkan keyakinan diri. Individu juga perlu belajar untuk memahami
perspektif budaya setempat agar penilaian dapat dibuat secara holistik. (Tanhan &
Young, 2021) Saranan yang terakhir ialah setiap individu mestilah sentiasa bersikap
saling memberi apabila hidup dalam masyarakat. Semua tindakan ini wajar dilakukan
dalam usaha mewujudkan linkungan sosial dan hubugan komuniti yang bermanfaat
sekali gus membina pengaruh kontekstual yang lebih luas seperti hubungan
interpersonal, organisasi, sosial, politik dan sistem ekonomi (Farrier et al., 2019).

Rajah 1: Elemen Holistik dalam Psikospiritual Islam
Rajah 1 merupakan rumusan perbincangan di atas yang menunjukkan bahawa
pendekatan psikospiritual Islam adalah merangkumi semua aspek bagi mencapai
kesejahteraan psikologi, spiritual, fizikal dan sosial sekali gus kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Kesimpulannya, psikospiritual Islam merupakan satu pendekatan
holistik berdasarkan ajaran Islam. Penekanan dalam psikospiritual Islam bermula
dengan elemen spiritual dan psikologi seterusnya akan mempengaruhi elemen fizikal
dan sosial seseorang individu. Pada masa yang sama memerlukan kepada tindakan
fizikal dan sosial dalam usaha untuk membina dan mengembangkan pengalaman

44

spiritual dan serta meningkatkan psikologi yang positif. Pengaplikasian semua amalan
dan kefahaman tersebut dalam kehidupan akan mampu membantu seseorang untuk
keluar dari belenggu kehidupan yang penuh dengan pancaroba.

Sumber berita daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) menunjukkan pelbagai golongan masyarakat berdepan dengan
ujian dan cabaran sepanjang pandemik dan perintah kawalan pergerakan terutama
ujian kehilangan akibat kematian, kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan serta
kehilangan kebebasan untuk melakukan aktiviti rutin. Semua perkara yang berlaku ini
menyebabkan tekanan dan kegusaran dalam diri. Pelbagai kemungkinan boleh
berlaku, antaranya tekanan, keresahan, kemurungan, kes dera, keretakan hubungan
kekeluargaan, kes bunuh diri dan lain-lain. (KPWKM, 2021).

Berikutan situasi ini, individu dicadangkan untuk mengukuhkan elemen
psikospiritual dalam diri. Berdasarkan karya Imam Al-Ghazali yang dinyatakan dalam
perbincangan di atas, masalah ini adalah berpunca daripada masalah keresahan
spiritual (al-halu`) dan seterusnya membawa kepada masalah-masalah lain. Antara
keutamaan dalam menyelesaikan masalah ini ialah bermula dengan melakukan
penyucian hati melalui amalan-amalan hati dan fizikal agar dapat mengurus jiwa atau
hati rohani sehingga memperolehi pengetahuan dan kasih sayang yang mendalam
terhadap Pencipta, seterusnya mencapai tahap sabar dan reda (Malik Badri, 2018)
Antaranya sentiasa berdoa memohon Allah SWT mengurniakan kesabaran, keredaan
dan tawakal kepada-Nya sepanjang menghadapi kesulitan. Bermula dengan doa,
seseorang akan meletakkan pengharapan sepenuhnya dan menyerahkan segala urusan
kepada Allah SWT. Perbuatan ini akan menghasilkan perasaan cinta kepada Allah
seterusnya merasai ketenangan dalam kesulitan yang dialami (Örneklemler et al.,
2021).

Selain itu ialah dengan mengamalkan zikir harian seperti istighfar, tahlil,
tahmid, takbir dan juga bacaan Al-Quran yang konsisten di samping tidak
meninggalkan kewajipan utama agar boleh membantu untuk menguatkan hati dan
mengusir segala bisikan-bisikan negatif yang datang. Bacaan zikir ini mesti dilakukan
secara disiplin. Hal ini kerana pengulangan zikir-zikir dan ayat-ayat Al-Qur'an akan
membantu akal, jiwa dan tubuh untuk komunikasi dengan Tuhan (Örneklemler et al.,
2021). Komunikasi ini akan menghasilkan perasaan bahawa ujian sebagai kasih
sayang daripada Allah SWT. Berdasarkan Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah SWT
berfirman bahawa tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan yang mampu
berdepan dengan perkara tersebut.

Amalan lain yang disarankan ialah mengerjakan solat kerana amalan ini boleh
meningkatkan fokus dan membantu untuk mendapatkan ketenangan serta boleh
menguruskan tekanan. (Örneklemler et al., 2021) Solat fardu lima kali sehari mestilah
ditunaikan dengan sempurna dan sebaiknya di awal waktu. Selain solat fardu, antara
solat sunat yang digalakkan ialah solat taubat agar Allah SWT terus mengampuni
kesilapan-kesilapan yang dilakukan dan mengurniakan hati yang bersih dan lapang
serta solat hajat agar Allah SWT mengurniakan kekuatan jiwa sekali gus membantu
membuka jalan untuk menyelesaikan segala kesulitan.

45

Manakala dari sudut psikologi ialah individu mestilah sentiasa berusaha untuk
menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam segala perkara untuk membantu
agar lebih tenang menghadapi segala kesulitan serta boleh berfikir secara rasional.
(Tanhan & Francisco, 2019) Selain itu dalam mendepani cabaran dan kesusahan, bagi
mengelakkan keresahan spiritual, individu perlu sentiasa berusaha untuk berfikiran
positif dan tidak menyalahkan situasi. Dengan ilmu pengetahuan juga, seseorang itu
boleh memperbaiki cara berfikir agar lebih optimis. Cara lain yang boleh dilakukan
agar sentiasa berada dalam kesejahteraan psikologi ialah sentiasa melakukan tafakur,
iaitu berfikir tentang kurniaan dan kehebatan Allah SWT serta merasai hikmah
disebalik semua kejadian yang berlaku. (Malik Badri, 2018).

Amalan fizikal yang boleh disarankan ialah bersenam (Budhwani et al., 2018)
Amalan fizikal yang utama ialah melakukan ibadah solat dengan sempurna. Setiap
pergerakan ada hikmah tersendiri yang boleh merangsang individu untuk terus fokus
dan tenang dalam kehidupan (Hamdan, Wan Mokhtar, & Imas, 2019). Makan
makanan yang seimbang dan berpuasa juga amat disarankan kerana setiap makanan
yang dimakan akan membentuk darah daging dalam diri manusia. Tubuh badan
manusia memerlukan kandungan gizi yang cukup untuk melakukan proses kimia
dalam badan sehingga menghasilkan fizikal yang cergas dan bebas dari segala
penyakit merbahaya. Puasa juga salah satu cara yang boleh dilakukan agar dapat
membersihkan sistem perkumuhan dan memberi kesihatan kepada individu (Malik
Badri, 2018). Panduan pemakanan yang seimbang boleh rujuk kepada jadual yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saranan lain yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan fizikal dan
mendorong kesejahteraan spiritual ialah menjaga kebersihan diri (Malik Badri, 2018)
dan tempat kediaman agar fikiran sentiasa tenang dengan suasana dan persekitaran
yang bersih (Tanhan & Young, 2021). Islam amat mementingkan kebersihan
terutamanya apabila melakukan ibadah. Kebersihan adalah sebahagian daripada
tuntutan bagi individu Muslim. Segala saranan mestilah diusahakan untuk
dilaksanakan sebaik mungkin kerana muslim yang kuat lebih disukai oleh Allah SWT
berbanding muslim yang lemah. Rajah 2 menunjukkan rumusan amalan yang
disarankan serta boleh dijadikan panduan untuk mengawal keresahan spiritual.

46

 Berdoa  Bersenam
 Solat fardu sempurna  Makanan yang seimbang
 Mengamalkan zikir harian yang  Melakukan solat 5 waktu
 Berpuasa
konsisten untuk menguatkan hati
 Solat sunat

SPIRITUA
L

PSIKOLO  Bergaul dengan orang yang
GI positif

 Melihat individu yang lebih  Membantu orang lain yang
teruk diuji memerlukan

 Sentiasa berfikiran positif  Bersedekah

 Menambah ilmu
pengetahuan

Rajah 2: Saranan Amalan untuk Mengawal Keresahan Spiritual

Tambahan cadangan rawatan dan tindakan untuk mengawal keresahan spiritual
dari sudut sosial ialah bergaul dengan masyarakat lain agar dapat memahami kondisi
orang lain yang lebih teruk diuji (Farrier et al., 2019). Keadaan ini akan mendidik hati
manusia untuk lebih bersyukur, malah menghulurkan bantuan kepada yang
memerlukan. Sedekah adalah pembuka jalan penyelesaian masalah dan menambahkan
rezeki (Al-Ghazali, 1119). Dalam pergaulan sosial, individu dinasihatkan untuk tidak
bergaul dengan orang yang kaya bagi mengelakkan rasa tidak cukup dengan rezeki
yang dikurniakan (Syekh Abdus Shamad Al-Falimbani, 2019).

KESIMPULAN

Psikospiritual Islam merupakan konsep pendekatan secara holistik dalam Islam yang
telah lama diajar oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan. Elemen penekanan
merangkumi aspek fizikal, spiritual, psikologi dan sosial. Semua aspek ini saling
berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam usaha untuk membina
insan kamil iaitu individu yang lengkap dari segala aspek, mampu untuk mengawal
dan mengatasi segala masalah dan kesulitan yang dihadapi serta sentiasa memberi
manfaat kepada orang lain serta alam. Seterusnya menjadi hamba yang taqarrub
kepada Allah SWT sehingga berjaya di dunia dan akhirat.

47

PENGHARGAAN

Penulis merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang telah
membiayai kajian ini di bawah Dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS),
FP095-2019A sehingga makalah ini dapat dihasilkan. Ucapan terima kasih juga
ditujukan kepada Universiti Malaya.

RUJUKAN

Al-Ghazali, A. al-H. M. bin M. al-T. (1119). Kimiya As-Sa’adah. (Ḥusīn Aḥmad
Amīn, Ed.). Kaherah: Dar al-Ma`arif.

Al-Ghazali, A. al-H. M. bin M. al-T. (2011). Ihya’ `Ulum Al-Din. (Imam Al-’Aydarus,
Ed.). Jeddah: Dar al-Minhaj.

Al-Qushayrī, M. ibn al-ḥajjāj. (1983). Ṣaḥīḥ Muslim bi Sharh al-Nawāwī. Bayrut: Dar
al-Fikr.

Budhwani, H., Borgstede, S., Palomares, A. L., Johnson, R. B., & Hearld, K. R.
(2018). Behaviors and Risks for Cardiovascular Disease among Muslim Women
in the United States. Health Equity, 2(1), 264–271.
https://doi.org/10.1089/heq.2018.0050

Che Zarrina Sa’ari. (2001). Penyakit Gelisah (Anxiety / Al-Halu’) Dalam Masyarakat
Islam Dan Penyelesaiannya Menurut Psiko-Spiritual Islam. Jurnal Usuluddin,
14, 1–22.

Che Zarrina Sa’ari. (2019). Psikospiritual Islam: Konsep dan Aplikasi. Journal of
Syarie Counseling, 1(1), 43–51.

Che Zarrina Sa’ari, & Sharifah Basirah Syed Muhsin. (2012). Cadangan Model
Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah al-Nafs. Jurnal
Usuluddin, (36), 49–74.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrieved from
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=

Edwards, a, Pang, N., Shiu, V., Chan, C., Adrian Edwards, Pang, N., … Chan, C.
(2010). The understanding of spirituality and the potential role of spiritual care in
end-of-life and palliative care: a meta-study of qualitative research. Palliative
Medicine, 24(8), 753–770. https://doi.org/10.1177/0269216310375860

Farrier, A., Dooris, M., & Froggett, L. (2019). Five Ways to Wellbeing: holistic
narratives of public health programme participants. Global Health Promotion,
26(3), 71–79. https://doi.org/10.1177/1757975917732352

Hamdan, S. S., Wan Mokhtar, W. K. A., & Imas, M. M. (2019). Prayer and Science
(Research on the Main Prayer Movement). International Journal of Academic
Research in Business and Social Sciences, 9(11), 607–614.
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v9-i11/6581

Hankir, A., Chariwala, Z., Siddique, U., Carrick, F. R., & Zaman, R. (2019). Hajj and
the mental health of Muslim pilgrims: A review. Psychiatria Danubina,
31(September), S290–S293.

Hasimah Chik, Che Zarrina Sa’ari, & Loh Ee Chin. (2017). Peranan Spiritual dalam
Rawatan Paliatif. AFKAR, 19(2), 107–142.

Ibnu Qayyim, A.-J. (1429). Al-Fawaid. Saudi Arabia: Dar Alam al-Fawaid.
Imam Muslim, I. A. H. M. bin al-H. (2007). Sahih Muslim Vol 3, terj Nasiruddin al-

Khattab. Bayrut: Darussalam.

48

Kass, J. D. (2017). A Person-Centered Approach to Psychospiritual Maturation:
Mentoring Psychological Resilience and Inclusive Community in Higher
Education. Palgrave Macmillan. https://doi.org/10.1007/978-3-319-57919-1

KPWKM. (2021). Berita KPWKM. Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat. Retrieved from
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/full5&id=MmQySHhlY
XZmV1lRb2JiVk9NMDl0Zz09

Malik Badri. (2018). Contemplation: An Islamic Psychospiritual Study. London: IIIT
London Office.

Mohamed, H. (1998). Penyakit Rohani dan Rawatannya dalam Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid.

Monod, S., Lécureux, E., Rochat, E., Spencer, B., Seematter-Bagnoud, L., Martin-
Durussel, A.-S., & Büla, C. (2015). Validity of the FACIT-Sp to Assess Spiritual
Well-Being in Elderly Patients. Psychology, 6(10), 1311.

Noor Shakirah Mat Akhir. (2008). Al-Ghazali and His Theory of The Soul: A
Comparative Study. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Nor Azah Abdul Aziz, & Che Zarrina Sa’ari. (2011). Menangani Permasalahan
Laman Web Pornografi : Antara Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undang-
Undang dan Amalan Spritual. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1),
29–46.

Örneklemler, M., Bilişsel, A., İlişkili, D., & Türleri, D. (2021). Cognitive-Behavioral-
Related Prayer Types and Mental Health Relations among Muslim Samples.
Cumhuriyet Theology Journal, 21(1), 437–454.

Salasiah Hanin Hamjah. (2018). Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-
Ghazali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sharifah Basirah binti Syed Muhsin. (2017). Kepulihan Al-Halu` Berasaskan
Maqamat Abu Talib al-Makki. Universiti Malaya.

Sharifah Basirah Syed Muhsin, & Che Zarrina Sa’ari. (2015). Kaedah Psikoterapi
Islam berasaskan Konsep Maqamat Abu Talib Al-Makki. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Syekh Abdus Shamad Al-Falimbani. (2019). Sair al-Sālikīn Juzuk 3. (Ahmad Fahmi
bin Zamzam, Ed.). Kedah: Khazanah Banjariah.

Tanhan, A., & Francisco, V. T. (2019). Muslims and mental health concerns: A social
ecological model perspective. Journal of Community Psychology, 47(4), 964–
978. https://doi.org/10.1002/jcop.22166

Tanhan, A., & Young, J. S. (2021). Muslims and Mental Health Services: A Concept
Map and a Theoretical Framework. Journal of Religion and Health. Springer
US. https://doi.org/10.1007/s10943-021-01324-4

World Palliative Care Alliance. (2014). Global Atlas of Palliative Care at the End of
Life. (Stephen R. Connor & Maria Cecilia Sepulveda Bermedo, Eds.). Retrieved
from http://www.who.int/cancer/publications/palliative-care-atlas/en/

49

Psikospiritual Islam dan Wabak COVID-19: Saranan Kepada
Keluarga Pesakit Kanser

CHE ZARRINA SA`ARI
NORWAHIZATUL WAHED

SABRI MUSA
SHARIFAH BASIRAH SYED MUHSIN

MOHD SYUKRI ZAINAL ABIDIN
SYED MOHAMMAD HILMI SYED ABDUL RAHMAN

SITI SARAH HAJI AHMAD HASIMAH CHIK

*Prof Madya Dr Che Zarrina Sa`ari, emel: [email protected], Norwahizatul Wahed,
Calon Ijazah Doktor Falsafah, [email protected], Prof Dr Sabri Musa,
Profesor dan Pakar, Jabatan Pergigian Pediatrik & Ortodontik, Fakulti Pergigian,
emel: [email protected], Dr Sharifah Basirah Syed Muhsin, Pensyarah Kanan,
[email protected], Dr Mohd Syukri Zainal Abidin, Pensyarah Kanan,
[email protected], Dr Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Pensyarah
Kanan, emel: [email protected], Siti Sarah Haji Ahmad, Calon Ijazah Doktor
Falsafah, [email protected], Hasimah Chik, Calon Ijazah Doktor Falsafah,
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Emel: [email protected].

ABSTRAK

Novel Corona virus (Covid-19) merupakan virus yang menyerang saluran pernafasan
manusia. Pandemik Covid-19 yang berlanjutan sejak Disember 2019 memberi kesan
kepada penduduk global. Peningkatan kes saban hari, kematian pesakit pelbagai
peringkat umur dan kemunculan varian baharu yang semakin mudah menular
menggusarkan semua pihak terutamanya bagi pesakit yang mempunyai tahap imuniti
yang rendah seperti kanser. Bukan itu sahaja, pesakit kanser atau golongan yang
mempunyai kadar imunisasi yang lemah lebih berisiko mengalami komplikasi yang
lebih teruk berbanding mereka yang sihat. Dari aspek fizikal, penjagaan kesihatan,
kebersihan dan keselamatan yang lebih ketat perlu diamalkan oleh pesakit, penjaga
dan ahli keluarga yang tinggal bersama sebagai langkah pencegahan. Tegasnya, aspek
lain seperti kesihatan mental, sosial dan spiritual turut perlu diberi perhatian supaya
dapat memupuk keseimbangan insaniah dan kesejahteraan hidup walaupun berada
dalam suasana pandemik. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau peranan dan
saranan praktikal ilmu Psikospiritual Islam dalam mendepani wabak Covid-19 kepada
masyarakat khususnya bagi keluarga pesakit kronik seperti kanser. Artikel ini
merupakan kajian kualitatif iaitu data kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif.
Tuntasnya, kefahaman yang jelas menurut kaca mata Islam terhadap wabak dan
pengamalan ilmu Psikospiritual Islam secara istiqamah dalam suasana pandemik
dilihat berpotensi untuk membentuk dan memperkasakan ketahanan (resilience)
fizikal, mental, sosial dan spiritual individu.

Kata kunci: Covid-19, Kanser, Psikospiritual Islam, ketahanan (resilience)

50

ABSTRACT

Novel Corona virus (Covid-19) is a virus that attacks the respiratory tract of humans.
The Covid-19 pandemic that has emerged in December 2019 is affecting the global
population. The daily increase in cases, the deaths of patients of various ages and the
emergence of new variants that spread exponentially concern the whole society
especially for the patient that has low immunity level such as cancer. Furthermore,
cancer patients or those with poor immunization rates are more at risk of more severe
complications than those who are healthy. From the physical aspect, stricter health
care, hygiene and safety should be practiced by patients, caregivers and family
members living together as a preventative measure. To be precise, other aspects such
as mental, social and spiritual health also need to be considered so as to improve self
-balance and well -being even during this pandemic. Thus, this article aims to review
the role and practical recommendations of Islamic Psychospiritual perspective in
dealing with the Covid-19 pandemic, especially for families of chronic patients such
as cancer. This article is a qualitative study which library data is analyzed
descriptively. To sum up, a proper understanding on Covid-19 outbreak based on
Islamic point of view and the steadfastness to practice Islamic Psychospiritual
knowledge during this pandemic environment is seen to have a great prospect to form
and strengthen the physical, mental, social and spiritual resilience of individuals.

Keywords: Covid-19, Cancer, Islamic Psychospiritual, resilience

PENGENALAN

Pandemik Covid-19 memberi impak yang besar terhadap kehidupan penduduk
global. Sesiapa sahaja mempunyai risiko terdedah dengan Covid-19 tanpa
mengira umur, status kesihatan dan status ekonomi. Covid-19 bukan sahaja
menyerang sistem imuniti manusia, malah merupakan wabak yang mengancam
nyawa. Dari sudut lain, turut membimbangkan ialah aspek kesihatan atau
kesejahteraan emosi dan spiritual masyarakat apabila kurang melakukan aktiviti
fizikal di luar rumah, tidak bersosial atau bergaul dengan masyarakat dan
mengalami kekangan kewangan berpanjangan akibat pandemik. Oleh itu,
kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan dan banyak pihak
tampil memberi bantuan kepada rakyat yang terjejas serta memerlukan.

Setelah beberapa fasa yang dilalui, beberapa tren kes Covid-19 dapat
dikenal pasti. Pada peringkat awal kemunculan wabak, golongan berumur yang
mempunyai penyakit kronik adalah golongan yang paling berisiko dengan
kematian (Jans-Beken, L., 2021). Terkini, wanita hamil, kanak-kanak dan
golongan belia juga tidak terkecuali dijangkiti Covid-19 mahupun berakhir
dengan kematian disebabkan oleh varian yang semakin mengganas. Jika diteliti,
cabaran pesakit kronik seperti kanser dan keluarga adalah lebih sukar berbanding
sebelum pandemik. Ini kerana, tahap imuniti pesakit kanser yang sememangnya
rendah menyebabkan mereka amat mudah terkena sebarang jangkitan. Oleh itu,
ahli keluarga yang tinggal bersama pesakit juga perlu meningkatkan tahap
penjagaan kesihatan dan keselamatan mereka sebagai salah satu usaha bagi
melindungi nyawa pesakit kanser dan ahli keluarga yang dikasihi. Bukan sekadar


Click to View FlipBook Version