The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitan.paksi, 2021-09-16 23:28:56

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

151

Mohd Syukri Kamis (2016). Modul Intervensi Psikometrik Pendidikan Lanjutan dan
Kerjaya Tingkatan 5. SMK Batu Lapan, Sik.

Mohd Syukri Kamis (2017). Modul Intervensi Psikometrik Pendidikan Lanjutan dan
Kerjaya Tingkatan 5 Edisi 2. SMK Batu Lapan, Sik.

Mohd Syukri Kamis (2018). Modul Intervensi Psikometrik Pendidikan Lanjutan dan
Kerjaya Tingkatan 3. SMK Batu Lapan, Sik.

Mohd Syukri Kamis (2018). Kaunseling Islam: Soalan-soalan untuk klien semasa sesi
kaunseling. Kertas kerja yang dibentangkan di Universiti Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah dalam Seminar Kaunseling Islam, Kedah.

Muhammad Saffuan Abdullah (2018). Manual Intervesi Psikometrik. Akademi
Perundingan & Latihan PEKA, Kulai.

Muhammad Saffuan Abdullah et. al. (2018). Manual Intervensi Psikometrik JIlid 1.
Akademi Perundingan & Latihan PEKA, Kulai.

Muhammad Saffuan Abdullah et. al. (2018). Manual Intervensi Psikometrik JIlid 2.
Akademi Perundingan & Latihan PEKA, Kulai.

Muhammad Saffuan Abdullah et. al. (2018). Manual Intervensi Psikometrik JIlid 3.
Akademi Perundingan & Latihan PEKA, Kulai.

Noorkhalisah Khamarudin et. al. (2014). Realiti Kemahiran Edisi 2014. Jabatan
Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara, Pulau Pinang.

Norbaya Ahmad et. al. (2009). Pembangunan Belia Abad ke-21; Isu dan Cabaran.
Penerbit UPM, Serdang.

Othman Mohamed (2016). Kaunseling Perkembangan Kerjaya abad ke 21. Penerbit
UPM, Serdang.

Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub (2007). Teori Personaliti Dari Perspektif Islam,
Timur & Barat. PTS Profesional Publishing, Kuala Lumpur

Shahnon Ahmad et al (1993). Prosiding Bengkel Kaunseling Menurut Perspektif
Islam. Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Sharifah Basirah Syed Muhsin, Che Zarina Sa`ari (2015). Kaedah Psikoterapi Islam
Berasaskan Konsep maqamat Abu Talib Al-Makki.DBP.Kuala Lumpur

Sidang Redaksi (1998). Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia 1998. JTR,
Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Kuala Lumpur

Sidang Redaksi (2014). Panduan Pemilihan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS), Edisi 4/2014. Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta KPM, Putrajaya.

Sidang Redaksi (2016). Kecemerlangan Modal Insan Melalui 12 Keperibadian. Majlis
Agama Islam Selangor, Shah Alam.

Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah melalui Ilmu Dunia. Karya
Bestari Sdn Bhd, Selangor

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya, Teori dan Praktis. Penerbit UPM,
Serdang.

Wan Hussain Azmi Abdul Kadir (1994). Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Zulhamri Abdullah et. al. (2010). Kemahiran Insaniah, Ekspektasi Majikan. ZH
Publishing House, Kuala Lumpur.

Zuraidah Abdul Rahman (1996). Pengenalan Kaunseling Kelompok. IBS Buku Sdn
Bhd, Petaling Jaya.

152

Penyelesaian Keganasan Rumahtangga Dari Perspektif Maqasid
Syariah

NURUL QOLBI MOHD NGALIM
NORHAZIRAH MUSTAFFA
AHMAD IRDHA MOKHTAR

*Nurul Qolbi Mohd Ngalim, Jabatan Syariah, Fakulti Kontemporari Islam, Universiti
Sultan Zainal Abidin., Email: [email protected], Norhazirah Mustaffa,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur,
Email: [email protected], Dr. Ahmad Irdha Mokhtar. Pusat Kajian Dakwah
dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Email: [email protected].

ABSTRAK

Islam menggalakkan perkahwinan bagi umatnya yang berkemampuan dari sudut zahir
dan batin. Ia bertujuan memelihara maruah, kesucian keturunan dan melahirkan zuriat
untuk memenuhi fitrah manusiawi. Namun begitu, terdapat pasangan berkahwin ini
yang diuji dengan konflik keganasan rumahtangga sehingga menyebabkan hak-hak
perkahwinan itu terabai dan tidak mendatangkan kebaikan bersama. Faktor kurangnya
kefahaman ilmu agama, kesedaran tentang bentuk keganasan rumahtangga serta
dilemma isteri untuk berhadapan dengan keluarga atau masyarakat membuatkan
mereka buntu untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Justeru, kajian ini dibuat
untuk mengenal pasti isu-isu keganasan rumahtangga di Malaysia serta menganalisis
penyelesaiannya dari perspektif Maqasid Syariah. Kajian ini dijalankan secara
kualitatif melalui analisis dokumen dari kajian-kajian lepas berkaitan keganasan
rumahtangga. Kajian mendapati lima elemen dharuriyat al-khams yang diterapkan
dalam maqasid syariah dijadikan elemen pertimbangan pasangan suami isteri dalam
membuat keputusan dan tindakan yang tepat dan sahih menurut Islam. Perkara ini
juga boleh dijadikan garis panduan kepada pasangan bermasalah untuk mengatasi
konflik keganasan rumahtangga yang dialami mereka.

Kata kunci: Maqasid syariah, Keganasan rumahtangga, Pembuat keputusan,
Penyelesaian.

PENGENALAN

Keganasan rumahtangga (KRT) merupakan satu jenayah domestik yang boleh
memberi impak negatif kepada institusi keluarga khasnya dan masyarakat amnya. KRT
boleh ditakrifkan sebagai pola kekerasan, penganiayaan atau intimidasi sama ada dalam
bentuk fizikal, emosi, psikologi, seksual, sosial, dan kewangan yang digunakan untuk
mengawal atau mempertahankan kekuasaan seseorang terhadap pasangan atau ahli
keluarga bagi tujuan mengundang rasa takut atau memaksa pasangan atau ahli keluarga
untuk melakukan sesuatu diluar kemahuan mereka. Keganasan rumahtangga
ditakrifkan sebagai pola kekerasan, penganiayaan atau intimidasi sama ada dalam

153

bentuk fizikal, emosi, psikologi, seksual, sosial, dan kewangan yang digunakan untuk
mengawal atau mempertahankan kekuasaan seseorang terhadap pasangan atau ahli
keluarga bagi tujuan mengundang rasa takut atau memaksa pasangan atau ahli
keluarga untuk melakukan sesuatu diluar kemahuan mereka (Rahman et. al 2017). Ia
juga bersifat lazim, berulang dan rawak. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat
terdapat enam faktor utama berlakunya keganasan rumahtangga iaitu perselisihan
faham, panas baran, masalah kewangan, cemburu, penagihan dadah dan campur
tangan pihak ketiga. Kebanyakan kes keganasan rumahtangga membabitkan mangsa
wanita (Berita Harian 2019).

Perkahwinan dalam Islam adalah sebagai akad perjanjian untuk menyatukan
lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan mencapai
kebahagiaan yang berkekalan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak serta
menekankan faktor penerusan zuriat yang halal (Rozumah & Rumaya 2002). Namun
begitu, terdapat rumahtangga yang diuji dengan konflik keganasan rumahtangga
sehingga tujuan sebenar perkahwinan dalam Islam itu tidak tercapai malahan
mengakibatkan penderitaan kepada ahli keluarga tersebut.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengetahuan Masyarakat Terhadap Bentuk Keganasan Rumahtangga

Keganasan rumahtangga boleh ditakrifkan sebagai pola kekerasan, penganiayaan atau
intimidasi sama ada dalam bentuk fizikal, emosi, psikologi, seksual, sosial, dan
kewangan yang digunakan untuk mengawal atau mempertahankan kekuasaan
seseorang terhadap pasangan atau ahli keluarga bagi tujuan mengundang rasa takut
atau memaksa pasangan atau ahli keluarga untuk melakukan sesuatu diluar kemahuan
mereka (Aspalela et al 2020).

Keganasan rumahtangga adalah penggunaan tingkah laku yang
menakutkan,manipulatif, atau memaksa oleh satu pasangan dengan tujuan untuk
meraih atau mengekalkan kuasa dan kawalan ke atas pasangan intimnya. Keganasan
Rumahtangga bersifat lazim, berulang dan rawak dan penderaan boleh dilakukan
secara fizikal, psikologi, sosial, seksual atau penyalahgunaan kewangan (Natasha
2017; Abdul Ghani 2014; Noraslizawati & Abdul Rauf: 2019).

Keganasan fizikal adalah melibatkan perbuatan kasar seperti menendang,
menyepak, memukul, mencekik, melemparkan objek, mengancam atau menggunakan
senjata. Tingkah laku ini bertujuan untuk menimbulkan rasa sakit dan kesannya dapat
dilihat secara visual dan jelas seperti lebam, luka, patah, melecur dan lain-lain.
Elemen keganasan rumahtangga tidak terbatas kepada keganasan berbentuk fizikal
sahaja. Malah ia juga boleh berbentuk verbal yang boleh menyebabkan penganiayaan
kepada psikologi dan emosi. Contohnya, ugutan, mengherdik dan memaki hamun
(Noraslizawati & Abdul Rauf 2019).

Keganasan emosi ditakrifkan sebagai sebarang perbuatan yang merosakkan
harga diri, identiti diri, kesihatan dan perkembangan seseorang. Keganasan emosi ini
boleh terjadi secara lisan atau bukan lisan. Akibat daripada keganasan emosi,
seseorang mungkin menganggap dirinya tidak berguna, hilang harga diri dan

154

mengalami tekanan perasaan yang teruk. Mangsa keganasan emosi ini turut memberi
kesan kepada mentalnya (Slabbert & Green, 2014).

Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994, mendera pasangan
secara mental atau psikologi juga dikira sebagai penderaan. Menurut Hanafi dan
Rohani (2020), definisi keganasan rumahtangga dalam bentuk psikologi ialah
menanam atau cubaan menanam ketakutan, mengasingkan atau cubaan mengasingkan
mangsa daripada kawan-kawan, keluarga atau kerja. Selain itu, ugutan mengancam
kecederaan fizikal kepada mangsa, menafikan akses telekomunikasi atau sistem
pengangkutan serta menjejaskan hubungan peribadi mangsa merupakan keganasan
yang berbentuk psikologi.

keganasan rumahtangga berbentuk ekonomi pula, menurut Alkan, Ozar &
Unver (2021) seperti membuat mangsa bergantung secara kewangan, kawalan
menyeluruh terhadap sumber kewangan termasuk pendapatan mangsa atau sumber
lain yang diterima, menafikan wang atau akses kepada wang, melarang bekerja dan
gangguan pekerjaan. Menurut kajian, keganasan rumahtangga berbentuk ekonomi ini
jarang dinyatakan oleh mangsa walaupun mereka mengalaminya kerana faktor
kurangnya pengetahuan tentang bentuk-bentuk keganasan rumahtangga (Slabbert &
Green 2013).

Pertubuhan Pertolongan Wanita Malaysia (WAO) menjelaskan pelaku juga
boleh mendera pasangannya dari segi kewangan dengan memaksanya untuk bekerja
secara paksarela dan menggunakan pendapatan pasangan mereka tanpa kebenarannya.
Mangsa dalam kes ini telah mengalami bentuk keganasan rumahtangga yang bersifat
psikologi, emosi dan ekonomi. Bentuk keganasan seperti ini adakalanya tidak disedari
oleh masyarakat yang hanya menganggap keganasan adalah sebatas pelakuan fizikal
semata- mata. Kajian mendapati tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan
rumahtangga adalah berada pada tahap sederhana (Natasha 2017; Roslee 1999;
Noraslizawati & Abdul Rauf 2019).

Implementasi Maqasid Syariah dalam Isu Kekeluargaan

Perkahwinan merupakan satu ikatan murni antara seorang lelaki dan perempuan untuk
hidup bahagia bersama dalam sesebuah rumahtangga. Dalam istilah kekeluargaan,
perkataan yang sering digunakan adalah al-zawaj atau al-nikah. Perkataan al-zawaj
atau al-nikah secara ringkasnya bermaksud satu akad yang menghalalkan pcrgaulan
antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram dan seterusnya
menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka (Haliza et.al t.th).

Terdapat lima asas institusi kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi
akidah, syariat, akhlak, cinta dan kasih sayang, persamaan, keadilan dan jaminan
sosial. Asas ini tidak tercapai sekiranya keganasan rumahtangga berlaku. Antara
puncanya ialah kekurangan pcngetahuan agama yang menyebabkan terperangkapnya
pasangan berkahwin ini ke arah kehidupan dan budaya sosial yang liar (Haliza et.al
t.th).

Meskipun, di awal krisis ini boleh ditangani dengan mengambil pendekatan
berfikiran terbuka dan positif serta bermuhasabah diri termasuklah dengan cara

155

bertaubat dan saling bermaafan antara suami dan isteri (Haliza et.al t.th). Namun,
akibat kekurangan ilmu agama menyebabkan konflik rumahtangga bertukar kepada
keganasan biarpun langkah perdamaian atau perbincangan telah diambil.

Keadaan ini akan berlaku, apabila perdamaian tidak mampu menyelesaikan
masalah dihadapi pasangan dan keganasan rumahtangga sering berulang sehingga
mendatangkan kemudaratan kepada pasangan dan anak-anak. Menurut mazhab Maliki
dan Hanbali, kemudaratan dalam perkahwinan ini boleh berlaku terhadap lima perkara
iaitu agama, diri, keturunan, harta, akal dan maruah yang termasuk dalam kategori
maqasid Dharuriyah (al-Shatibi 1997). Lima elemen dharuriyat al-khams yang wajib
dipelihara ini merupakan maslahah dharuri yang mesti direalisasikan dari aspek
memelihara kewujudannya dan memelihara dari ketiadaannya. Sekiranya diabaikan,
manusia dalam bahaya yang ditegah syarak bahkan tidak mampu melaksanakan tugas
asasinya sebagai khalifah Allah (Zulkifli 2017).

Menurut Imam Ghazali yang dimaksudkan dengan maslahah itu ialah menjaga
batas-batas maksud syara’. Maksud syara’ ini ialah menjaga agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta. Semua perkara yang mengandungi dan memelihara lima perkara
ini adalah maslahah. Jika hilang salah satu darinya, maka ia akan memudaratkan dan
mesti ditolak (al-Ghazali 1997; Qolbi 2018). Beberapa sarjana Islam telah
mengembangkan teori maqasid ke skop manusia yang lebih luas berkaitan komuniti,
umat dan kemanusiaan. Contohnya, Ibnu Ashur meletakkan maqasid yang memberi
perhatian terhadap umat diutamakan mengatasi maqasid yang berhubung dengan
individu, Rashid Redha yang memasukkan al-islah dan hak-hak wanita dalam teori
maqasidnya dan al-Qaradhawi yang memasukkan kemuliaan dan hak-hak manusia
dalam teori beliau berkenaan maqasid (Jasser 2014).

Perkembangan-perkembangan skop di atas ini membolehkan ahli sarjana Islam
memberi respon terhadap isu dan perhatian global yang berlaku. Perkembangan ini
berubah daripada hikmah-hikmah di sebalik hukum-hukum kepada perancangan-
perancangan teori yang boleh dilakukan pembaharuan dan perubahan secara praktikal
sebagai solusi kepada isu masyarakat yang berlaku. Berkaitan masalah keganasan
rumahtangga, apabila seseorang manusia berada dalam keadaan terpaksa melakukan
sesuatu bagi melindungi lima daruri ini daripada musnah, maka diperlukan
pertimbangan untuk berfikir demi maslahat dirinya yang dikehendaki syarak (Jasser
2014).

Justeru, aplikasi maqasid syariah dalam kaunseling keluarga adalah perlu
dengan menentukan tahap sesuatu keputusan dan tindakan yang diambil oleh klien itu
berdasarkan tahap daruri dihadapi klien. Aplikasi maqasid syariah ini dalam
pembuatan keputusan klien semasa sesi kaunseling keluarga dapat membantu
menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan klien dan keluarga secara holistik (Mohd
Suhadi et.al 2019). Justeru, pasangan khususnya perlu ada ilmu pengetahuan asas
agama untuk bertindak membuat keputusan dalam menilai semula usaha perdamaian
yang diambil agar tidak memudaratkan diri dan keluarganya ke kancah keganasan
rumahtangga yang berlarutan tanpa disedari.

156

PERMASALAHAN KAJIAN

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian
Kesihatan Malaysia untuk tahun 2019 sehingga 2020, penderaan fizikal merupakan
jenis keganasan rumahtangga yang utama dilaporkan di One Stop Crisis Centre
(OSCC) walaupun terdapat penurunan kes penderaan fizikal pada tahun 2020
berbanding 2019 iaitu 91.71% (5816 kes) menurun ke 91.67%. (5378), kes keganasan
rumahtangga di Malaysia tetap terus menjadi masalah sosial terbesar sehingga
mengancam keselamatan dan nyawa anak serta isteri. Statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM) sepanjang Januari hingga Disember 2020 merekodkan sebanyak 5,260 kes
keganasan rumahtangga telah dibuka kertas siasatan, manakala statistik Talian Kasih
KPWKM, dalam sebanyak 2,540 kes telah diterima. Bagi empat bulan pertama untuk
tahun 2021 pula, bermula Januari hingga April, sebanyak 902 kes keganasan
rumahtangga telah dilaporkan (Berita Harian Online, 2021).

Peningkatan kes ini berikutan faktor kurangnya ilmu pengetahuan tentang
agama, bentuk keganasan rumahtangga, undang-undang serta masalah sikap mangsa
itu sendiri yang turut menyumbang kepada kes keganasan ini berlaku dan halangan
utama dalam mereka membuat keputusan. Selain itu, bentuk keganasan yang
kurang jelas dan tahap kepercayaan terhadap masalah ini menyukarkan seseorang
mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan walaupun pelbagai input seperti
ceramah, seminar, pemplets, dan lain-lain telah dibekalkan (Noraslizawati & Abdul
Rauf :2019; Rahman et al :2017).

Tradisi masyarakat yang melihat memukul adalah amalan yang diterima untuk
pendidikan. Perbuatan memukul isteri misalnya, tidak dilihat sebagai satu bentuk
penderaan malah ia dianggap sebagai hak suami dalam mendidik isterinya. Perbuatan
memukul isteri misalnya, tidak dilihat sebagai satu bentuk penderaan malah ia
dianggap sebagai hak suami dalam mendidik isterinya. Islam mengajar hukuman
terhadap anak-anak untuk tujuan memperbaiki kelakuan, tindakan dan perbuatan
mereka yang keterlaluan mesti dibuat secara berperingkat-peringkat. Hukuman secara
fizikal merupakan pilihan terakhir boleh dilaksanakan oleh ibu bapa bagi kesalahan
yang berulangan dilakukannya. Begitu juga dalam mendidik pasangan, ada kaedah
yang telah diberi panduan oleh Allah SWT dalam al-Quran (Kamarul Azmi &
Fauziyani 2008; Rahman et al 2017).

Selain itu, masalah penganiayaan ini cuba dielakkan daripada diketengahkan
atas faktor kerumitan dalam mendapatkan bukti keganasan dari pasangan. Si mangsa
pasangan iaitu isteri akan memohon fasakh atas faktor lain seperti tidak memberi
nafkah sebagai jalan keluar mudah untuk bercerai. Faktor persekitaran seperti
pergaulan sesama jiran tetangga yang amat terbatas menyebabkan tidak timbul
kepekaan masyarakat dalam penjagaan keharmonian berkeluarga. Kesannya,
masyarakat bersikap tidak mahu campurtangan dalam keganasan rumahtangga kerana
percaya ia adalah langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan. Majoriti masyarakat
pula melihat keganasan rumahtangga antara pasangan suami isteri adalah masalah
peribadi yang tidak boleh diganggu (Noraslizawati & Abdul Rauf 2019).

Menurut perspektif Islam, perkahwinan merupakan sebuah tujuan yang suci
dan kesucian itulah menjadikan ia sebagai satu institusi keagamaan. Isteri

157

sememangnya diperintahkan untuk taat kepada suami, namun perlu menyedari situasi
ketaatan itu agar tidak menjadi mangsa keganasan rumhtangga. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk memberikan solusi kepada pasangan yang menghadapi masalah
keganasan rumahtangga agar dapat menyelesaikan masalah dihadapinya menurut
perspektif maqasid syariah. Maqasid syariah mempunyai lima elemen daruriyat al-
khams yang perlu dipelihara dalam perkahwinan iatu agama, nyawa, akal, maruah dan
harta. Berdasarkan keutamaan pemeliharaan lima elemen ini, ia dapat membantu
pasangan bermasalah atau komuniti membuat keputusan untuk diri dan keluarga
mangsa supaya mengambil tindakan sewajarnya agar keganasan rumahtangga tersebut
dapat diatasi berlandaskan pertimbangan Islam yang sahih.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kepustakaan yang
menggunakan sumber sekunder. Analisis data dilakukan secara deskriptif melalui
pendekatan analisis kandungan terhadap bahan literaratur seperti artikel jurnal dan
prosiding, tesis, buku dan laman web yang berkaitan dengan maqasid syariah dan
keganasan rumahtangga.

PENYELESAIAN KEGANASAN RUMAHTANGGA BERDASARKAN
MAQASID SYARIAH

Memelihara Agama Dalam Kes Pengabaian Agama

Keluarga yang terlibat dengan keganasan rumahtangga sudah pasti tidak mampu untuk
melaksanakan ibadah agama dengan sempurna apabila hidup dalam penderaan dan
ketakutan. Dalam konteks ini ia melibatkan perlakuan suami yang tidak sembahyang
atau puasa. kadang-kadang melibatkan pengabaian suami terhadap tanggungjawab
rumahtangga seperti mendidik anak-anak dan isteri untuk mentaati perintah agama.
Bahkan terdapat juga suami sendiri yang tidak membenarkan isteri dan anak-anak
menutup aurat dan berpuasa (Raihanah 2007).

Pasangan berlaku nusyuz berlaku, di mana keadaan suami atau isteri enggan
menunaikan kewajipannya sebagaimana yang dituntut oleh Syarak. Allah SWT telah
menggariskan beberapa langkah bagi menangani krisis rumahtangga yang bermula
daripada suami yang nusyuz. Langkah pertama ialah dengan memberikan nasihat,
menggunakan orang tengah dan perceraian (Nur Aina 2020). Ketua keluarga yang
sudah tidak dapat menjaga agama ahli-ahli di bawah institusi kekeluargaannya,
pasangan masing-masing perlu sedar untuk perbaiki dan menjadikan agenda
kepatuhan terhadap agama adalah elemen utama dalam sebuah institusi kekeluargaan.

Menjaga agama merupakan daruriyyat yang terpenting dan berada pada
tingkatan tertinggi dalam turutan al-kulliyyat al-khamsah. Allah SWT mengutus
Rasulullah s.a.w agar menyampaikan agama yang benar iaitu Islam. Allah Ta’ala
melarang manusia daripada menyekutukanNya dengan yang lain. Bahkan memberi
penjelasan bahawa manusia wajib menjaga rukun iman, rukun islam dan menjauhi
segala kesyirikan. Firman Allah Ta‟ala dalam surah Al-Dzariyaat, ayat 56:

158

‫َو َما َخلَ ْق ُت ا ْل ِجن َوا ْْ ِل ْن َس ِإَّل ِليَ ْعبُدُو ِن‬
Maksudnya:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada-Ku”

Bahkan dengan menjadi hamba Allah SWT dengan setulus hati dan
penghayatan menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman (Al-
Quran, Al-Anfal 8: 24) :

َۖٗ ‫َيا أَيُّ َها ال ِذي َن آ َمنُوا ا ْستَ ِجيبُوا ِلل ِه َو ِللر ُسو ِل ِإذَا دَ َعا ُك ْم ِل َما يُ ْح ِيي ُك ْم‬

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan
seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang
menjadikan kamu hidup sempurna”

Erti menyambut seruan Allah dan rasulNya ialah melaksanakan perintahNya
dan meninggalkan apa yang dilarang. Kehidupan yang sempurna pula ialah
kebahagiaan. Menjaga agama dari konteks Maqasid Shariah ialah menjaga dari dua
sudut sama ada wujud dan tiada. Menjaga kewujudan agama dengan memelihara
syiar-syiar agama dengan diamalkan dan dipraktikkan dalam sebuah keluarga.

Bagi kes masalah keluarga, ia boleh dimulakan dengan persediaan bagi
pasangan merasakan tanggungjawab selain sebagai pasangan suami isteri dan bakal
menjadi ibu bapa mereka perlu menguasai ilmu fardu ain yang wajib ke atas setiap
kedua-duanya. Kursus wajib yang lebih komprehensif bagi pasangan yang ingin
berkahwin perlulah diberikan secara wajib supaya tanggungjawab sebagai seorang
hamba kepada tuhannya perlu diutamakan. Apabila mereka merasakan tanggungjawab
terhadap tuhannya, nescaya tanggungjawab kepada makhluk iaitu sama ada
pasangannya atau anaknya terjaga.

Selain daripada itu, penyediaan sesi kaunseling serta psikologi khususnya
untuk memantapkan kerohanian dan kejiwaan bagi yang sudah berkahwin
terutamanya bagi keluarga yang bermasalah. Adapun menjaga daripada ketiadaan
agama bermaksud nilai agama, penghayatannya dan pengamalannya sama ada yang
salah atau tidak wujud lagi yang perlu disekat. Dalam kes keluarga seperti berkahwin
berlainan agama dan murtad pasangan itu. Oleh itu, jika masalah itu berkaitan
penjagaan anak, maka pihak yang lebih baik adalah keluarga muslim.

Memelihara Nyawa Dalam Kes Pasangan Positif Dadah

Merujuk laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan tahun 2016, jumlah penagih dadah
yang terlibat dengan keganasan rumahtangga semakin meningkat setiap tahun dan
data menunjukkan bahawa peningkatan jumlah penagih dadah adalah sama atau sekata
dengan peningkatan kes keganasan rumahtangga. Hal ini menunjukkan bahawa
ketagihan merupakan salah satu faktor penyumbang berlakunya kes keganasan
rumahtangga.

159

Apabila seseorang itu menjadi penagih dadah, otak mereka akan direncanakan
untuk sentiasa menggunakan dan memerlukan dadah tersebut tanpa mengira kesannya
ke atas perangai, perbuatan atau tingkah laku mereka. Hal ini boleh menyebabkan
penagih menjadi seorang yang menjengkelkan, cepat marah, ganas serta suka
mengawal. Pergaduhan boleh berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan
seperti penagih mengambil duit pasangan bertujuan membeli dadah sehingga
menjejaskan kewangan keperluan harian keluarga (Nasir et.al 2019).

Bukan itu sahaja, terdapat situasi si ayah ketagih dadah telah meminta si anak
bawah umur untuk membeli dadah. Kehidupan ini yang berlarutan dikhuatiri akan
mempengaruhi si anak untuk mencuba dadah sebagai jalan solusi untuk keluar dari
kemelut keganasan rumahtangga yang di alami keluarganya. Hak si anak sepatutnya
dipelihara ibu ayah tetapi kini terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam
nyawanya sekiranya mengambil langkah silap dalam menyelesaikan masalah dihadapi
ibu ayahnya. ketagihan dadah bukan perkara mudah untuk dirawat sehinggalah pesakit
akan mengalami ilusi untuk membunuh diri dan pasangan turut berada dalam
ketakutan.

Penjagaan nyawa merupakan salah satu prinsip penting dalam Maqasid
Shariah. Islam mengharamkan apa sahaja bentuk penganiayaan terhadap nyawa dalam
apa-apa bentuk sekalipun. Contohnya seperti membunuh diri dan orang lain,
mencederakan diri sendiri dan orang lain, mengambil sesuatu yang boleh
membahayakan nyawa seperti dadah, rokok dan sebagainya. Syariat juga mengenakan
hukuman qisas, diat atau kafarah ke atas sesuatu kes pembunuhan. Ini menunjukkan
Islam memandang tinggi keperluan untuk menjaga nyawa dalam kehidupan
berkeluarga untuk mencegah mana-mana pihak melakukan pencerobohan serta
kezaliman terhadap diri sendiri, anggota keluarga dan orang lain (Rahman et al, 2017).

Situasi keluarga mangsa terutamanya isteri perlu menyedari awal hal ini
tentang bahayanya dadah pada kesihatan dan perkembangan anak-anaknya. Islam
menitikberatkan penjagaan nyawa dengan menjauhi perkara yang boleh
memudaratkan diri dan keluarganya. Peranan seorang isteri dan ibu menjadi
pertimbangan untuk menyelamatkan keadaan adalah memelihara nyawa keluarganya
dari menjadi mangsa keganasan separa sedar si ayah yang penagih.

Oleh itu, sama ada suami atau isteri boleh memfailkan perceraian untuk
memastikan anggota badan ahli keluarga terselamat dari kecederaan serta dapat
menjauhkan dari hilang nyawa. Kewajipan menjaga nyawa dan tidak
mendedahkannya kepada benda-benda yang memudaratkan juga ada disebut dalam al-
Quran. Firman Allah Taala dalam surah al-Maidah, ayat 32:

‫النا َس‬ ‫َقتَ َل‬ ‫ا ِالن ْاس َر َْۤاس ِء ْي َج َلِم ْياَنًعاه ٗ ََۗ َ َوملَ َْقندْ َقتَ َج َْۤال َءَنتْْف ُه ًسْما ْۢ َُر ِبُسلُغََن ْيا ِربِانَْل ْفَب ِي ٍٰنس ِتاَ ْثوُمفَ ِا َسان ٍد َك ِفِث ْيىًرااَّْ ِلَم ْنْر ُه ْم ِ َبض ْع َفدَ َكاَٰذنِل َم َاك‬ َْ َٓ ‫َع ٰلى َب ِني‬ ‫َ َكتَ ْب َنا‬ ‫ٰذ ِل َك‬ ‫ِم ْن اَ ْج ِل‬
‫اَّْلَ ْر ِض‬ ‫فِى‬ ‫فَ َكاَن َما َٓ اَ ْحيَا‬ ‫اَ ْحيَا َها‬ ‫َو َم ْن‬ َۗ ‫َج ِم ْي ًعا‬
‫َل ُم ْس ِرفُ ْو َن‬

Maksudnya:
“Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa

barang siapa membunuh seseorang, bukan karena orang itu membunuh orang

lain, atau bukan karena berbuat kerosakan di bumi, maka seakan-akan dia telah

160

membunuh semua manusia. Barang siapa memelihara kehidupan seorang
manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia.
Sesungguhnya Rasul Kami telah datang kepada mereka dengan (membawa)
keterangan-keterangan yang jelas. Tetapi kemudian banyak di antara mereka
setelah itu melampaui batas di bumi”

Memelihara Akal Dalam Kes Penderaan Terhadap Keluarga

Penderaan berasal daripada perkataan ‘dera’ sebagaimana yang dinyatakan di dalam
Kamus Dewan Bahasa (edisi Keempat) ianya bermaksud menyeksa; menghukum
(dengan apa jua cara). Penderaan juga didefinisikan sebagai suatu bentuk penyeksaan,
pencabulan atau pelanggaran terhadap hak seseorang individu secara khususnya dan
masyarakat secara umumnya (MAIS 2020).

Berdasarkan kepada maksud tersebut, terdapat empat kategori penderaan yang
boleh diklasifikasikan iaitu fizikal, emosional, seksual dan pengabaian. Penderaan
secara fizikal ini berlaku apabila seseorang itu dicederakan oleh individu lain secara
sengaja atau dengan niat untuk mencederakannya. Penderaan seksual pula bermaksud
suatu bentuk pencabulan atau kelakuan seksual yang dilakukan secara paksa oleh
seseorang ke atas individu lain. Penderaan ini boleh terjadi dalam bentuk fizikal, lisan
atau emosi (MAIS 2020).

Keganasan rumahtangga telah menimbulkan kesan yang buruk dan serius
bukan sahaja kepada mangsa wanita, tetapi juga kepada ahli keluarga lain seperti anak
dan orang tua. Bagi mangsa, kesan yang timbul meliputi rasa takut, mengalami
gangguan tidur, kecederaan fizikal dan psikologi, dan sebagainya. juga Mangsa
mengalami ketidakstabilan emosi, merasa ketakutan, cemas, fobia serta tertekan untuk
bergaul, berasa tegang dan kecewa serta sukar untuk berfikiran rasional. Mangsa yang
tidak dapat menerima kenyataan, akan cuba membunuh diri, mencederakan diri
sendiri dan mengelakkan diri dari terlibat dengan komuniti. Apabila seorang ibu
menjadi mangsa dera, tanggung jawab sebagai seorang ibu akan terjejas. Anak-anak
tidak mendapat kasih sayang seorang ibu, terabai atau terpaksa tinggal dengan orang
lain (Hanafi & Rohani 2020).

Sebagai contoh, penderaan berlarutan memberi kesan pada mental mangsa dan
keluarganya yang berhadapan isu keganasan rumahtangga, kanak-kanak yang
membesar dengan menyaksikan keganasan rumahtangga mempunyai kadar stres yang
tinggi dan mempunyai skor pengukuran kognitif rendah. Gangguan terhadap
perkembangan otak kanak-kanak ini juga membawa kepada kesukarannya dalam
pembelajaran. Realitinya, kecenderungan kanak-kanak itu telah terdedah kepada
masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kecelaruan kebimbangan dan
penyalahgunaan dadah (Enlow et. al 2012 & Devaney 2015).

Penjagaan akal bagi perkembangan kanak-kanak ini amat penting bagi
mencapai kebaikan nikmat akal serta menghindarinya dari lemah dan keburukan.
Islam juga mengharamkan apa saja yang boleh menggangu kesejahteraannya, baik
yang bersifat material mahupun moral (Mahmood Zuhdi et al 2012). Oleh itu,
pasangan yang menghadapi keganasan rumahtangga ini wajib mendapatkan
perlindungan dan sokongan dari jabatan agama, keluarga atau kenalan dipercayai agar

161

penderaan emosi atau fizikal yang berlaku tidak merencatkan perkembangan akal
anaknya. Allah Taala memberi peringatan dalam surah al-Baqarah ayat 195 untuk
memelihara fungsi akal dari sebarang kemudaratan:

‫َوََّل تُ ْلقُ ْوا بِاَ ْي ِد ْي ُك ْم اِ َلى الت ْهلُ َك ِة َواَ ْح ِسنُ ْوا اِن اللّٰهَ يُ ِح ُّب ا ْل ُم ْح ِسنِ ْي َن‬

Maksudnya:
“dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan
dan baikilah perbuatanmu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berusaha memperbaiki amalannya”

Memelihara Keturunan Dalam Kes Keganasan Seksual dan
Pasangan Berfitrah Songsang

Sebanyak 92,768 kes perceraian di antara 2012 dan 2014 yang dilaporkan adalah
kerana pasangan seorang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kes
keganasan rumahtangga secara seksual yang berlaku di Malaysia adalah liwat,
paksaan melakukan hubungan seksual ketika haid, paksaan melakukan hubungan
seksual selepas pantang serta memaksa pasangan menonton video pornografi dan
perbuatan tidak normal yang lain. Kesan daripada serangan fizikal dan seksual
tersebut, mangsa turut mengalami masalah psikologi seperti trauma, tekanan perasaan,
PTSD, gangguan tidur, menyalahkan diri sendiri, serta keyakinan diri yang hilang.
Pesakit ini terpaksa berhadapan dengan sindrom sexual dysfunction dan flash-back
memory yang mengganggu emosi dan kehidupan mangsa (Nurul Hasna’ 2017).

Golongan LGBT tidak berterus terang dengan identiti seksualnya pada
keluarga kerana faktor latar belakang keluarga, kariernya dan ketidakpercayaan pada
orang-orang terdekatnya. Apabila bernikah, golongan ini berlaku jujur pada
pasangannya untuk difahami agar tidak mendatangkan konflik yang parah. Sebaliknya
pula berlaku apabila masalah homoseksual pasangan tidak dapat dibendung sehingga
memberi tekanan emosi kepada pasangan perkahwinan ini. Melalui aktiviti yang
dilakukan oleh golongan LGBT ini, ia telah membawa kepada penyebaran pelbagai
penyakit berjangkit antaranya ialah HIV/AIDS kepada pasangan. (Mohd Afandi et.al
2019; Indira t.th).

Demi memelihara kemuliaan dan kesucian keturunan manusia, maka Islam
mensyariatkan perkahwinan dengan peraturan dan perundangannya yang lengkap.
Islam juga melarang keras apa jua bentuk aktiviti yang dianggap menghina dan
mencemarkan kesucian dan kemuliaan manusia dalam perkara yang membabitkan
keturunan seperti sumbang mahram, pergaulan bebas dan lainnya (Nizaita 2011). Oleh
itu, suami atau isteri berhak memfailkan perceraian untuk memastikan maruahnya dan
keturunannya terpelihara dari perbuatan terkutuk. Sabda Rasulullah SAW :

‫ ثََلثًا‬، ‫ َل َع َن اللهُ َم ْن َع ِم َل َع َم َل قَ ْو ِم لُو ٍط‬، ‫َلعَ َن اللهُ َم ْن َع ِم َل َع َم َل قَ ْو ِم لُو ٍط‬
Maksudnya:
“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda
mengulanginya sebanyak tiga kali)”.

(Riwayat Ahmad, no. 2913)

162

Memelihara Harta dalam Kes Penyelewengan Harta dan Hak Nafkah

Berdasarkan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumahtangga
berbentuk ekonomi meliputi perkara di mana pemangsa melakukan khianat,
kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat disedari untuk mengundang
kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu. Berikutan kes sebegini, Mahkamah
Syariah mula memperkenalkan Bahagian Sokongan Keluarga apabila hampir dua
belas ribu kes berkaitan isu nafkah anak, nafkah idah dan nafkah isteri dipaparkan
dalam akhbar tempatan. Majoriti isu yang dipaparkan tersebut melibatkan perintah
nafkah yang tidak dilaksanakan dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil (Nur
Zulfah et.al 2020).

Contohnya, kes dilaporkan akhbar Harian Metro (2021), mangsa menceritakan
beliau dipaksa suami untuk berhenti kerja serta tidak dapat mengakses kad ATM
sendiri kerana ditukar kata laluan oleh suami. Malahan kad ATM sendiri dipegang
oleh suami. Menurut, Alkan, Ozar & Unver (2021), keganasan ekonomi membolehkan
pemangsa mengawal pasangan dan menyebabkan mangsa sukar keluar daripada
kitaran keganasan tersebut. Keganasan turut berlaku apabila suami gagal memberikan
nafkah kepada isteri sama ada nafkah sara hidup atau nafkah batin. Kebanyakan kes-
kes kegagalan memberikan nafkah melibatkan suami yang berpoligami, meninggalkan
isteri atau menghilangkan diri.

Prinsip menjaga harta dalam Maqasid Syariah juga menjadi tonggak
kesejahteraan keluarga. Harta merupakan antara keperluan hidup manusia dan Islam
sendiri mengiktiraf pemilikan harta oleh individu kerana harta merupakan wasilah
bagi umat Islam mencapai keredaan Allah SWT. Oleh sebab itu, bagi memelihara
harta daripada hilang atau rosak setelah wujudnya harta itu, pasangan tidak berhak dan
haram mengambil harta isteri secara batil (Awing Nib Zuhairi et. al 2021). Firman
Allah SWT dalam surah al-Nisa, ayat 29:

‫ٰ ٓياَيُّ َها ال ِذ ْي َن ٰا َمنُ ْوا ََّل تَأْ ُكلُ ْٓوا اَ ْم َوا َل ُك ْم بَ ْي َن ُك ْم ِبا ْل َبا ِط ِل اَِّ ٓل اَ ْن تَ ُك ْو َن تِ َجا َرةً َع ْن تَ َرا ٍض ِم ْن ُك ْم‬

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan
yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu”

KESIMPULAN

Keganasan rumahtangga merupakan isu sosial yang memerlukan sokongan dan
keterlibatan semua pihak dalam komuniti. Implikasi daripada analisis yang dibuat ini
sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan dan panduan tentang realiti bentuk-
bentuk keganasan rumahtangga yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Justeru
memahami konsep rumahtangga dalam Islam khususnya elemen maqasid syariah iaitu
menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta dalam mendepani konflik keganasan

163

rumahtangga dapat membantu mangsa untuk membuat pertimbangan dan keputusan
yang sewajarnya berpandukan ajaran Islam.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Anon. (2020). Islam Dan Penderaan. Dicapai di https: // www.mais.gov.my

/wpcontent/uploads / 2021 / 03/ islam-dan-penderaan.pdf.ce Experiences

from The Perspective of Abused Women in Malaysia. PhD Dissertation.

Loughborough University.

Alkan O, Ozar S, Unver S. (2021). Economic Violence Against Women: A case in

Turkey. PLoS ONE. 16(3): 1-23.

Awang Nib Zuhairi Bin Awang Ahmad. (2021). Kesejahteraan Keluarga Menurut

Maqasid Syariah Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Sarawak: Satu

Tinjauan Awal. AZKA. International Journal of Zakat & Social Science.1(2):

163-185.

Ayob, N., & Abdul Rauf, S. H. (2019). Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap

Keganasan Rumahtangga: Kajian Rintis. Malaysian Journal of Social Sciences

and Humanities (MJSSH). 4(7): 62 - 67.

Devaney, J. (2015). Research Review: The Impact of Domestic Violence on Children.

Irish Probation Journal. 12: 79-94.

Enlow, M. B., Egeland, B., Blood, E. A., Wright, R. O. & Wright, R. J. (2012).
‘Interpersonal trauma exposure and cognitive development in children to age 8
years: a longitudinal study’. Journal of Epidemiology and Community Health,
66: 1005–1010.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. (1977). al-Mustasyfa Min Ilm

Al-Usul. Beirut:Dar Ihya Al-Turath al-Arabi.

Haliza A. Shukor, Hasnizam Hashim & Intan Nadia Ghulam Khan. t.th. Krlsis Rumah

Tangga: Punca-Punca Dan Cara Untuk Mencatasinya Nienurut Perspektlf

Syariah Dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wllayah

Persekutuan) 1984. Dicapai di

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9408/1/Kajian%20Syariah%20

Dan% 0Undang-Undang%20-%20Part%203.pdf

Hanafi Arief & Rohani Abdul Rahim (2020). Wanita dan Keganasan Rumahtangga di

Malaysia dan Indonesia. Edisi pertama. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Indira Widiyanti. T.th. Coming Out Gay Berstatus Menikah dengan Pasangan

Heterogen. Dicapai di http:// repository.unair.ac.id/78106/3 /

JURNAL_Fis.K.96%2018%20Wid %20c.pdf.

Jasser Auda. 2014. Memahami Maqasid Syariah:Peranan Maqasid Dalam

Pembaharuan Islam Kontemporari. Ter: Marwan Bukhari A. Hamid. Batu

Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom. (2008). Penggunaan

Hukuman Fizikal dalam Pendidikan Anak-anak. Kertas Kerja dalam 1st

National Seminar on Child Law 2008. Primula Beach Resort, Kuala

Terengganu. 13 Julai.

Lateefah Kasamasu, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Syed Mohd Azmi Syed Ab

Rahman & Zulkifli Mohd Norizan Abd Ghani. (2017). Permohonan Fasakh

Perkahwinan Kerana Penyalahgunan Dadah Menurut Enakmen Undang-

164

Undang Keluarga Islam (Pahang) 2005. Proceedings of the International

Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia

2017 : (66-73). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Latifah Arifin. (2021, 4 Mei). Kes Keganasan Rumahtangga Meningkat Sepanjang

PKP. Berita Harian Online. Diakses pada 20 Ogos 2021, daripada.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/813664/keskeganasanru

mah-tangga-meningkat-sepanjang-pkp.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Who Mahmud & Akhtarzaite Abdul Aziz. 2012.

Maqasid al-Syariah. Batu Caves: Terbitan Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia.

Mohamad Afandi Md Ismail, Mohd Sabree Nasri, Muhamad Hasif Yahaya, Ikmal

Hafiz Jamal & Muhammad Najib Abdul Wakil. (2020). Isu Lgbt Di Malaysia

: Satu Tinjauan Terhadap Aspek Kajian. Dicapai di https:

//www.researchgate.net/publication / 350088778 _ isu _ lgbt _

di_malaysia_satu_tinjauan_terhadap_aspek_kajian_lgbt_issue_in_malaysia_a_

review_of_researh_aspects.

Mohamad Afandi Md Ismail & Mohd Sabree Nasri. (2019). Gejala Lgbt Di Malaysia:

Isu Dan Cadangan Penyelesaian. Dicapai di

https://www.researchgate.net/publication/342588387_gejala_lgbt_di_malaysia

_isu_ dan_cadangan_penyelesaian.

Natasha Davandha. (2017). Perspektif Mengenai Keganasan Rumahtangga. Dicapai di

https://wao.org.my/wp-content/uploads/2018/08/Perspektif-Mengenai-

Keganasan Rumah-Tangga.pdf.

Nasir Mohamad, Liyana Hazwani Mohd Adnan, Wan Hanis Aisyah Binti Wan Rosdi,

Nor Suliana Binti Mustafa, Nurul Farah Aina Md Fauzi & Nur Husna

Zakaria. (2019). Hubungan antara Penagihan Dadah dengan Keganasan

Rumahtangga. Dicapai di https: // www.researchgate.net /

publication/338479601.

Nizaita Omar. (2011). Prinsip-Prinsip Umum Islam (Siri Akidah). Terengganu:

Universiti Malaysia.

Nur Ainaa Binti Abd Malek. (2020). Kekerasan Dalam Rumahtangga Menurut Akta

521 Tahun 1994 Dan Praktek Penyelesaiannya Di Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sembilan, Malaysia. Dicapai di http: //

repository.uinjambi.ac.id/3199 /1 / skripsi%20watermark%20nurainaa.pdf.
Nurul Hasna’ Hazni. (2017). Pembubaran Perkahwinan Akibat Keganasan Seksual

Dalam Rumahtangga: Kajian Di Mahkamah Syariah Negeri-Negeri Utara

Malaysia. Dicapai di http: // dspace.unimap.edu.my/xmlui/bitstream/handle

/123456789/1776/Keganasan %20Keluarga.pdf?sequence=1.

Nurul Hasna', H., & Akram, D. (2017). Keganasan Seksual Dalam Rumahtangga:

Faktor Penyumbang Berdasarkan Kes-Kes Pembubaran Perkahwinan. Journal

of Islamic, Social, Economics and Development (JISED. 2(6): 335 - 351.

Nur Zulfah Md Abdul Salam & Syazwani Mohd Khatib (2020). Isu Tunggakan

Nafkah: Keperluan Penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Journal

of Muwafaqat. 3(1): 38-51.

Nurul Qolbi Mohd Ngalim. (2018). Representasi Maqasid Syariah Oleh Sisters In

Islam Menurut Pakar Perundangan Islam. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

165

Rahman, A. A, Ismail, C. T., Rahim, A. A. & Mahdzir, N. (2017). Combating

Domestic Violence in Malaysia: Issues and Challenges. Man in India.

97(24):54-64.

Rozumah Baharudin & Rumaya Juhari, (2002). Pengantar Perkahwinan dan

Keluarga. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Roslee Abbas. 1999. Keganasan Keluarga dari Perspektif Psikologi. Dicapai di

http://dspace. unimap.edu.my / xmlui/bitstream/handle/ 123456789/ 1776 /

Keganasan%20Keluarga.p ?sequence=1.

Raihanah Azahari. (2007). Permasalahan Rumaht Angga: Kajian Di Unit Undang-

Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Daerah Petaling, Selangor.

Jurnal Syariah, 15:1 (115 128).

Asy-Syatibi, Abu Ishak. 1997. Al-Muafaqat Fi Usul Al-Syariah. Beirut: Dar Al-

Makrifah.

Slabbert, I & Green, S. (2014). Types Of Domestic Violence Experienced By Women

In Abusive Relationships. Social Work/Maatskaplike Werk. 49. 10.15270/49-2-

67.

Mahaizura Abd Malik dan Nurul Hidayah Bahaudin (2021, 30 April). Asyik Naik

Tangan. Harian Metro Online. Dikses pada 21 Ogos 2021, daripada.

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/700719/asyik-nak-naik-tangan.

Harian Metro Online (2021, 26 Januari). Rumah Sendiri Tidak Selamat. Diakses pada

21 Ogos 2021, daripada. https: // www.hmetro.com.my/ rencana / 2021 /

01/668054/rumah-sendiri-tak-selamat

166

Kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice Theory And Reality
Therapy (BKCTRT) Terhadap Daya Tahan dan Motivasi dalam

Kalangan Pelajar Ibu Bapa Bercerai

HAZIQ AZREE BIN YAZID

*Haziq Azree bin Yazid, Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling UPSI
Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), emel:
[email protected].

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice

Theory and Reality Therapy (BKCTRT) terhadap daya tahan dan motivasi dalam

kalangan pelajar ibu bapa bercerai. Kajian eksperimen kuasi pra dan pasca ujian ini

melibatkan 60 orang subjek (30 lelaki dan 30 perempuan) yang diagihkan kepada tiga

kelompok iaitu kelompok rawatan lelaki (n=13), kelompok rawatan perempuan

(n=17) dan dua kelompok kawalan (n=30). Data pra dan pasca ujian diukur dengan

Skala Daya Tahan (SDT) dibina oleh Zaiton dan Balan (2015) dengan nilai kesahan

0.84 dan nilai kebolehpercayaan . Sementara Inventori Motivasi Penyertaan

(PMI), dibina oleh Siti Aishah (2018) dengan nilai kesahan 0.84 dan nilai

kebolehpercayaan . Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan min

dan ujian-t, pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan berlaku

peningkatan min daya tahan iaitu daripada 73.33 kepada 83.40, peningkatan min

motivasi daripada 107.97 kepada 117.50 pra ujian dan pasca ujian. Hasil ujian-t

menunjukkan terdapat perbezaan signifikan ukuran pra ujian dan pasca ujian daya

tahan kumpulan rawatan lelaki pada nilai [t(13)= -4.282 (p<.001)] dan kumpulan

rawatan perempuan pada nilai [t(17)=-6.628 (p<.000)]. Bagi motivasi kumpulan

rawatan lelaki pada nilai [t(13)=-4.004(p<.001)] manakala kumpulan rawatan

perempuan pada nilai [t(17)=-4.004(p<.000)]. Kesimpulannya, dapatan kajian

menunjukkan BKCTRT didapati berkesan meningkatkan daya tahan dan motivasi

dalam kalangan kumpulan rawatan lelaki dan perempuan berbanding kumpulan

kawalan. Kajian diharap dijadikan panduan dan rujukan kepada para Kaunselor

Berdaftar, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, Pegawai-Pegawai Psikologi dan

Pegawai-Pegawai di Pejabat Agama Islam Negeri untuk menjalankan intervensi

kepada anak-anak mangsa penceraian khususnya kepada anak-anak baharu menjadi

mangsa penceraian ketika pandemik COVID-19.

Kata kunci: Bimbingan Kelompok, Choice Theory Reality Therapy, Mangsa
penceraian, motivasi, daya tahan, COVID-19.

PENGENALAN.

Mutakhir ini, pandemik COVID-19 bukan sahaja mengundang isu krisis kesihatan dan
kegawatan ekonomi neagara semata-mata. Malah pandemik COVID-19 telah
menyebabkan 71, 806 pasangan suami isteri beragama islam di seluruh negara

167

mendaftar perceraian sejak awal tahun 2020 sehingga Jun 2021 (Kosmo, 2021). Hal
ini bermakna secara purata kira-kira 12 pasangan suami dan isteri dalam proses untuk
berpisah. Menurut Abdul Fattah yang merupakan Pegawai Khas kepada Ketua Hakim
Syarie Malaysia, masalah kewangan menjadi punca utama 71,806 kes penceraian yang
didaftarkan seluruh negara. Pendapat ini disokong dengan kajian Jabatan
Perangkawan Malaysia (2020), hampir 46.6% daripada 168,182 responden yang
menyertai kajian khas kesan Coronavirus terhadap ekonomi negara mendapati bahawa
mereka hilang pekerjaan disebabkan wabak berkenaan. Implikasinya menurut Husim
Salleh (2021), kes penceraian di Malaysia merekodkan peningkatan luar biasa pada
awal tahun 2020, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerana
ramai suami hilang pendapatan akibat COVID-19. Data dan statistik ini jelas
membuktikan bahawa sistem kekeluargaan di negara kita amat terkesan dengan
penularan pandemik COVID-19.

Menurut Nurul Syuhaida (2017), ramai pasangan memilih untuk bercerai
kerana beranggapan penceraian merupakan jalan penyelesaian yang paling mudah.
Hal ini kerana mereka tidak perlu lagi berhadapan konflik antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, tanpa mereka sedari penceraian akan menjadi sejarah hitam
dalam hidup anak-anak yang akan terkesan sepanjang hidup. Jika dilihat isu
penceraian ini berdasarkan perspektif Teori Pilihan dan Terapi Realiti (CTRT),
Glasser (1998), menyatakan bahawa individu akan bermasalah sekiranya dia tidak
mendapat apa yang dia inginkan (want). Dalam buku yang bertajuk A New
Psychological Approach, Glasser menyatakan dalam diri manusia, terdapat lima basic
needs (want) yang perlu dipenuhi dalam satu-satu masa iaitu kehendak ingin disayangi
dan dihargai (love and belonging), keinginan berseronok (fun), keinginan kebebasan
dalam melakukan sesuatu (freedom), keinginan mandiri (survival) atau keinginan
dihargai (power). Dalam situasi yang dihadapi oleh anak-anak mangsa penceraian ibu
bapa, Glasser (1998) mendapati bahwa kebanyakan anak-anak ini, tidak mendapat
kepuasan love and belonging sepenuhnya dariapda ibu dan bapa setelah penceraian
berlaku (Glasser,1998). Hal ini demikian kerana setelah penceraian terjadi ibu dan
bapa tidak lagi akan tinggal sebumbung, malah mereka hanya akan berpeluang
berjumpa dihujung minggu sahaja. Lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak akan
berjumpa dengan salah seorang ibu atau ayah setelah penceraian berlaku. Hal ini
kerana pasangan yang menjaga anak-anak kadang kala, tidak akan membenarkan
anak-anak mereka berjumpa lagi dengan ibu atau ayah yang tidak menjaga mereka
(Norhayati & Zaidah, 2016).

Selain itu, menurut Muhamat Hamzah (2016) ada anak-anak yang lebih
malang lagi kerana mereka ditinggalkan bersama dengan datuk dan nenek. Hal ini
demikian kerana ibu dan ayah mula sibuk dengan kehidupan sendiri. Malah ada dalam
kalangan mereka, tidak lagi mengambil peduli soal hati dan perasaan anak-anak,
setelah bercerai dengan pasangan. Bukan itu sahaja, bahkan ada pasangan yang
bercerai, sanggup mengagih-agihkan anak-anak mereka kepada orang lain untuk
dijaga. Kesannya, anak-anak ini akan terpisah dengan adik-beradik kandung sendiri.
Berdasarkan senario yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa basic needs utama
yang tidak dapat dipenuhi oleh anak-anak mangsa penceraian berdasarkan Teori
CTRT ialah love and beloging. Contohnya, apabila anak-anak mangsa penceraian

168

melihat rakan-rakan mereka bercuti dengan keluarga mereka, anak-anak ini akan mula
rasa sedih dan terpinggir kerana tidak lagi dipedulikan oleh ibu dan ayah.

Menurut Glasser (1998) dan Wubolding (2011), apabila seseorang itu, tidak
mendapat apa yang mereka inginkan, ia akan menyebabkan satu konflik yang amat
besar di dalam dirinya. Hal ini kerana dalam diri setiap individu, ada satu keinginan
yang kuat dipanggil sebagai dunia kualiti (Quality World). Apabila keinginan-
keinginan ini, tidak terjadi seperti yang mana yang dipersepsikan (Perceive World) di
alam realiti (reality world), maka ia akan mempengaruhi tingkah laku seseorang (total
behaviour). Menurut Nor Afiti (2015), anak-anak mangsa penceraian sering kali
menunjukkan tingkah laku negatif seperti memprotes, bersifat agresif malah ada
dalam kalangan mereka cenderung bertingkah laku langsang kerana tidak mendapat
apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun, menurut Ahmad Jazimin (2012), dalam
CTRT kesan tingkah laku yang dimaksudkan bukan sahaja merujuk kepada perbuatan
namun bersifat lebih menyeluruh (total behaviour) merangkumi kesan psikologikal,
kesan emosi dan akhirnya mampu mempengaruhi fiologi seseorang. Hasil penelitian
ke atas kajian-kajian lepas terhadap isu penceraian, pengkaji mendapati bahawa kesan
psikologi anak-anak mangsa penceraian, merupakan kesan yang paling banyak
dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji lepas.

Dalam kajian Schaan & Vogele (2016) yang mengkaji tahap daya tahan dalam
kalangan anak-anak mangsa penceraian, mendapati bahawa anak-anak mangsa
penceraian berhadapan lebih banyak masalah psikologi, berbanding dengan anak-anak
yang bukan daripada keluarga yang bercerai-berai. Dapatan kajian juga mendapati
bahawa 66 orang daripada 199 subjek kajian yang memiliki daya tahan yang rendah
adalah dalam kalangan anak-anak yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa. Selain
itu, dapatan kajian Yunus & Sefa (2014) yang mengkaji hubungan antara daya tahan
dengan perasaan kesunyian dalam kalangan 144 pelajar sekolah menengah di Turki
merumuskan bahawa anak-anak mangsa penceraian menghadapi masalah rendah daya
tahan diri dan rasa kesunyian.

Yuni Kartika (2017) juga telah mengkaji fenomena anak-anak mangsa
penceraian dan kematian ibu bapa di Indonesia. Kajian ini telah dijalankan bertujuan
untuk memahami sejauh mana daya tahan, mempengaruhi kehidupan pelajar-pelajar
yang kematian ibu bapa dan juga berhadapan penceraian ibu bapa mereka. Hasil
kajian mendapati bahawa anak-anak mangsa penceraian memiliki daya tahan yang
lebih rendah, berbanding pelajar-pelajar yang kematian ibu bapa. Igbinosa (2018)
telah mengkaji pengaruh penceraian terhadap motivasi dan perkembangan personaliti.
Kajian ini melibatkan 200 pelajar-pelajar sekolah menengah mangsa penceraian di
Nigeria. Hasil kajian mendapati bahawa 198 orang daripada 200 orang pelajar mangsa
penceraian ini, memiliki motivasi diri yang sangat rendah. Dapatan kajian juga
mendapati bahawa penceraian ibu bapa mereka menyababkan mereka sering kali rasa
tertekan, dan emosi sering kali tidak stabil apabila duduk di rumah.

Potter & Morris (2017), turut mengkaji sejauh mana penceraian mempengaruhi
motivasi anak-anak di sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar yang mulanya
memiliki keluarga yang harmoni akan bermotivasi tinggi di sekolah. Walau
bagaimanapun, apabila keluarga mereka mula menghadapi krisis penceraian, motivasi
mereka untuk belajar dan hadir ke sekolah akan turut menurun. Malah, kajian

169

mendapati bahawa impak setelah penceraian berlaku adalah jauh lebih besar. Anak-
anak mangsa penceraian, tidak lagi dapat memberikan tumpuan di dalam kelas kerana
fokus mereka sering kali terganggu memikirkan masalah di rumah. Kajian mereka
juga mendapati bahawa anak-anak mangsa penceraian mula menunjukkan perubahan
sikap seperti tidak menyelesaikan kerja rumah yang diberi oleh guru kerana tidak
ingin duduk di rumah dan ponteng sekolah sebagai tanda protes tidak bersetuju
dengan tindakan ibu dan bapa mereka.

Malik & Asif (2018), mengkaji hubungan antara motivasi dengan hubungan
kekeluargaan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 400
pelajar sekolah menengah di Pakistan terdiri daripada lapan buah sekolah di daerah
berbeza. Soal selidik yang mengandungi 20 item telah diedarkan kepada pelajar untuk
mengukur tahap motivasi dan pengaruh keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa
pelajar-pelajar mangsa penceraian, memiliki motivasi yang jauh lebih rendah
berbanding dengan pelajar yang mempunyai keluarga yang harmoni. Kajian
menyimpulkan bahawa, semakin akrab hubungan kekeluargaan, semakin tinggi
motivasi anak-anak untuk belajar di sekolah.

Teori CTRT percaya apabila individu yang bermasalah ini tidak diberikan
rawatan, untuk memulihkan semula tingkah laku keseluruhannya, maka mereka
mungkin akan mula membentuk identiti gagal (Ahmad Jazimin, 2012). Menurut
Glasser (1998), setiap individu mempunyai pilihan dan mereka perlu
bertanggungjawab dalam setiap plihan yang dibuat di dalam hidupnya. Dalam
menangani isu anak-anak penceraian ini, Nur Afiti (2015) menyatakan kaunselor perlu
memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu anak-anak mangsa
penceraian agar dapat membuat pilihan-pilihan yang lebih baik dalam hidupnya.
Dalam Teori CTRT percaya jika rawatan yang efektif dapat diberikan kepada individu
yang bermasalah, klien akan dapat berkembang dengan lebih baik untuk membina
identiti jaya.

Love Nwamandi (2018) telah mengkaji motivasi dan daya tahan dalam
kalangan pelajar-pelajar mangsa penceraian dan implikasi terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di Afrika. Beliau mencadangkan agar kaunselor hendaklah
membangunkan rawatan-rawatan khusus untuk meningkatkan motivasi dan daya tahan
dalam kalangan pelajar-pelajar mangsa penceraian di sekolah. Hal ini kerana, beliau
mendapati bahawa anak-anak mangsa penceraian memerlukan perhatian yang lebih
berbanding pelajar-pelajar yang lain. Malah beliau merumuskan bahawa, sekiranya
unit bimbingan dan kaunseling berjaya membangunkan rawatan-rawatan yang efektif
ke atas pelajar-pelajar mangsa penceraian, banyak masalah sosial seperti aktiviti
jenayah dapat dihentikan kerana kebanyakan jenayah sebenarnya bermula dengan
tingkah laku delikuensi oleh pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah.

MASALAH KAJIAN

Keruntuhan keluarga bukan sahaja mendatangkan kesan pada sesebuah keluarga,
bahkan penceraian boleh menimbulkan banyak masalah sosial dalam kalangan
masyarakat. Senario ini amat membimbangkan kerana gejala penceraian saban tahun
menunjukkan bilangan yang semakin ramai. Berdasarkan statistik Menurut statistik
Perkahwinan dan Penceraian Malaysia (2020) mendapati bahawa purata kes

170

penceraian di Malaysia meningkat 12 % kepada 56,975 berbanding 50,862 pada tahun
2019. Apa yang lebih membimbangkan ialah statistik perkahwinan pula menunjukkan
tren penurunan daripada 206,352 orang pada tahun 2019 kepada 203,821 orang.

Isu penceraian ini bukanlah hal yang boleh dipandang remeh kerana penelitian
terhadap kajian-kajian lepas, mendapati bahawa penceraian boleh menyebabkan
masalah psikologi terhadap anak-anak. Misalnya, kajian tinjauan telah dilaksanakan
oleh Schaan & Vogele (2016) yang mengkaji daya tahan dan kesan penceraian ibu
bapa dalam tempoh jangka panjang di German. Kajian ini melibatkan seramai 199
pelajar-pelajar berusia bawah usia 18 tahun. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar
yang tinggal di German (58.9%) dan di Luxembourg (34.5%). Hasil kajian mendapati
bahawa pelajar-pelajar mangsa penceraian ini memiliki daya tahan diri yang rendah
(M=5.08, SD= 0.94) berbanding dengan pelajar yang tidak pernah berhadapan
penceraian ibu bapa dengan nilai (M=5.41). Kajian merumuskan bahawa, daya tahan
dalam kalangan anak-anak mangsa penceraian adalah lebih rendah rendah berbanding
daya tahan anak-anak yang memiliki keluarga yang harmoni.

Selain itu, pengkaji-pengkaji lepas mendapati bahawa anak-anak mangsa
penceraian yang rendah daya tahan sering kali menunjukkan sifat-sifat negatif.
Misalnya, Doll & Carol (2013) yang mengkaji kepentingan daya tahan terhadap anak-
anak mangsa penceraian, mendapati bahawa pelajar-pelajar rendah daya tahan diri
berisiko terlibat dengan gejala dilikuensi, berpencapaian akademik yang rendah,
bermasalah dalam pembelajaran, berisiko bermasalah dalam kesihatan mental,
mempunyai masalah dalam hubungan kekeluargaan, berhenti sekolah dan bermasalah
dalam perhubungan sosial. Menurut Noran Fauziah et. al (2009), hal ini demikian
kerana pelajar-pelajar mangsa penceraian sering kali berfikir dengan cara yang salah
dan akhirnya menyebabkan tingkah laku mereka bermasalah.

Selain masalah psikologi rendah daya tahan diri, beberapa pengkaji lain
mendapati bahawa pelajar-pelajar mangsa penceraian ibu bapa juga, mengalami
masalah psikologikal rendah motivasi diri. Misalnya, Malik & Asif (2018) telah
mengkaji hubungan antara motivasi dengan pengaruh hubungan kekeluargaan ke atas
pelajar-pelajar sekolah menengah. Kajian melibatnya 400 orang pelajar daripada 8
buah sekolah di Pakistan. Kajian merumuskan bahawa pelajar-pelajar mangsa
penceraian memiliki motivasi yang lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang
memiliki keluarga yang harmoni.

Dapatan ini turut disokong oleh dapatan kajian Mustafa (2018) yang mengkaji
kesan hubungan kekeluargaan yang harmoni terhadap motivasi dalam kalangan
pelajar di Arab Saudi. Kajian ini telah menggunakan kaedah tinjauan ke atas 727
pelajar di Universiti Raja Fad. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang
memotivasikan pelajar untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang ialah
sokongan keluarga yang positif dan keinginan yang kuat untuk mencapai kejayaan.
Kajian juga merumuskan, pelajar-pelajar bukan dalam kalangan mangsa penceraian
keluarga, menunjukkan motivasi yang lebih tinggi iaitu 38% berbanding pelajar
mangsa penceraian yang hanya memiliki 2.5% motivasi dalam diri

Selain itu, pengkaji-pengkaji lepas mendapati bahawa pelajar-pelajar mangsa
penceraian, yang memiliki motivasi diri yang rendah akan menunjukkan banyak sifat

171

negatif. Rowell & Hong (2013), dalam kajiannya mendapati pelajar-pelajar mangsa
penceraian rendah motivasi diri akan menunjukkan sifat seperti hilang minat belajar,
mempunyai konsep kendiri yang rendah, sering melakukan masalah disiplin, tidak
mempunyai efikasi kendiri, mempunyai masalah dalam pembelajaran, mempunyai
persepsi yang negatif terhadap pelajaran dan keciciran sekolah dan sering melakukan
kesalahan sahsiah dan disiplin. Rowell & Hong (2013) turut merumuskan bahawa
majoriti dalam kalangan pelajar-pelajar yang tidak bermotivasi ke sekolah adalah
berpunca daripada terkesan dengan penceraian ibu bapa.

Sehubungan dengan itu, Nor Afiti (2015) menegaskan rawatan melibatkan
aspek psikologi perlu diberi perhatian yang serius, khususnya dalam kalangan pelajar-
pelajar yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa. Hal ini demikian kerana jika
mereka tidak mendapat rawatan sejak peringkat permulaan, masalah ini akan
membawa kepada penyakit mental yang lebih serius seperti depressive disorder,
dysthymic disorder, bipolar disorder dan cyelothymic disorder. Tambah beliau,
pembangunan rawatan seperti sesi kaunseling dan pembangunan modul perlu
dipergiatkan lagi oleh pengkaji pada masa akan datang khususnya menggunakan
pendekatan Teori CTRT. Nor Afiti (2015), mencadangkan pendekatan CTRT adalah
kerana Glasser (1998) yang merupakan Ketua Psikiatri di Venture School telah
berjaya merawat ramai remaja perempuan mengalami masalah kesihatan mental
menggunakan pendekatan CTRT.

Selain keberkesanan teori CTRT dalam merawat isu rendah daya tahan diri,
beberapa kajian membuktikan bahawa Teori CTRT juga berupaya meningkatkan
motivasi. Mulawarman et. al (2018), dalam kajiannya mendapati bahawa penggunaan
Terapi Realiti berkesan meningkatkan motivasi intrinsik dalam kalangan anak-anak
mangsa penceraian. Sareh et. al (2016) dalam kajiannya juga mendapati bahawa Teori
CTRT berkesan meningkatkan motivasi dan meningkatkan kaedah menyelesaikan
masalah dalam kalangan pelajar mangsa penceraian. Selanjutnya, Sunawan & Junmei
Xiong (2016), dalam kajiannya mendapati bahawa modul CTRT berkesan
meningkatkan motivasi pelajar-pelajar mangsa penceraian setelah menjalani tiga kali
sesi rawatan.

Pengkaji lain seperti Nor Afiti (2015), turut menegaskan betapa pentingnya
membangunkan rawatan khususnya untuk pelajar-pelajar mangsa penceraian. Hal ini
demikian kerana pelajar-pelajar mangsa penceraian, boleh bertindak di luar jangkaan
seperti mencederakan orang lain dan berisiko tinggi untuk bunuh diri berbanding
rakan-rakan lain, yang memiliki keluarga yang harmoni. Meskipun, rawatan modul-
modul CTRT telah berjaya dibangunkan di luar negara dan didapati berkesan dalam
meningkatkan kesejahteraan diri dan mental khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar
mangsa penceraian, realitinya di Malaysia menurut Nor Afiti (2015) kajian-kajian
pembangunan modul-modul CTRT amatlah kurang dan terhad. Beberapa pengkaji
telah berjaya membangunakan modul CTRT seperti Ahmad Jazimin et. al (2012) yang
membangunkan Modul Kaunseling Individu CTRT dan Nor Afiti (2015) telah berjaya
membangunkan Modul Kaunseling Kelompok CTRT. Walau bagaimanapun, modul-
modul yang berjaya dibangunkan adalah pendekatan kaunseling individu dan
kaunseling kelompok CTRT sahaja. Namun, modul pendekatan Bimbingan Kelompok
CTRT masih terhad dan sukar ditemui untuk dijadikan rujukan. Walhal menurut
Maryam (2016), di luar negara pendekatan Modul Bimbingan Kelompok CTRT

172

semakin giat dibangunkan untuk menangani isu-isu psikologi khususnya untuk
merawat anak-anak mangsa penceraian.

Merino et al (2017) juga menyarankan kepada pengkaji akan datang agar
membangunkan kaedah bimbingan kelompok khusus untuk anak-anak mangsa
penceraian pula, kerana rawatan fokus untuk anak-anak mangsa penceraian masih lagi
kurang dibangunkan. Tambahnya, pembangunan rawatan untuk mereka penting agar
dapat membina kesejahteraan mental yang lebih baik. Dalam usaha membangunkan
modul-modul rawatan untuk pelajar-pelajar mangsa penceraian ini, Jamaludin et. al
(2012), menyatakan pembangunan sesuatu modul perlu melalui empat proses iaitu
pembinaan, mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan, pengujian kesan dan yang
terakhir menguji keberkesanannya. Jamaludin et. al (2012) menegaskan sekiranya
modul-modul yang dibangunkan tidak mengikut prosedur yang dinyatakan, maka
modul tersebut tidak boleh diguna pakai. Sehubungan dengan itu, kajian pembinaan
Modul Bimbingan Kelompok CTRT yang mengikut prosedur dan tatacara pembinaan
modul yang betul perlu dijalankan untuk memenuhi keperluan dalam perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Malah, kajian ini perlu dijalankan segera kerana
menurut Nor Afiti (2015), sekiranya ada dalam kalangan anak-anak mangsa
penceraian yang mengalami kecederaan psikologikal yang serius, namun tidak
diberikan rawatan sebaik mungkin, mereka berisko tinggi untuk mencederakan orang
lain dan mungkin juga berisiko membunuh diri sendiri.

METODOLOGI KAJIAN (KUANTITATIF)

Dalam kajian Bimbingan Kelompok CTRT, pemilihan reka bentuk kuasi eksperimen
adalah reka bentuk paling sesuai, kerana pengkaji sukar mengawal extraneous
character dalam kalangan pelajar-pelajar mangsa penceraian yang merupakan subjek
kajian (Omar & Barzan, 2012; Fahimie Yoosefi et. al, 2018; Mulawarman, 2018;
Sareh Masoudi et. al, 2016). Hal ini demikian kerana subjek kajian datang dari latar
belakang yang berbeza seperti dari segi usia melibatkan mereka berusia 13 hingga 16
tahun, ada yang tinggal bersama ibu, bapa, datuk, nenek dan ada juga dijaga oleh
penjaga serta subjek kajian juga dari kelas yang berbeza. Selain itu, pemilihan reka
bentuk kuasi eksperimen dipilih adalah kerana menurut Chua Yan Piaw, (2014) reka
bentuk kuasi eksperimental adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai diguna pakai,
untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan. Seterusnya, dari sudut jenis
penyelidikan kuasi eksperimen, pengkaji telah menggunakan reka bentuk ujian pra-
pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang. Pemilihan reka bentuk ini menurut
Campbell & Stanley (1959) dan Mohd Majid (2005) adalah hampir sama dengan reka
bentuk kumpulan kawalan praujian dan pasca ujian. Namun, dalam kaedah ini dua
kumpulan rawatan akan menjalani pra ujian terlebih dahulu sebelum rawatan
dijalankan. Kemudian, subjek kajian akan diuji kembali atau dikenali sebagai ujian
pasca

HASIL KAJIAN

Dalam kajian ini, subjek yang digunakan terdiri daripada 60 orang pelajar yang
merupakan mangsa perceraian dalam kalangan berusia 13, 14 dan 15 tahun sebuah
sekolah yang terletak di Negeri Sembilan. Subjek kajian melibatkan seramai 30 orang
(50%) responden terdiri daripada lelaki dan 30 orang responden adalah perempuan

173

(50%). Kumpulan yang paling ramai terlibat adalah pelajar yang berusia 16 tahun iaitu
seramai 22 orang (36.7 %). Kumpulan kedua teramai ialah pelajar berusia 14 tahun
iaitu seramai 21 orang (35.0 %) dan kumpulan paling sedikit ialah kumpulan
responden pelajar tingkatan 1 iaitu seramai 17 orang (28.3 %).

Dari segi pembahagian kumpulan pula, seramai 30 orang subjek (2 kumpulan)
dipilih sebagai kumpulan rawatan, dan 30 subjek (2 kumpulan) dipilih sebagai
kelompok kawalan. Data pra ujian dan pos ujian kedua-dua kelompok (eksperimen
dan kawalan) diambil menggunakan soal selidik SDT dan PMI. Modul BKCTRT di
jalankan ke atas kumpulan eksperimen sebelum data pos ujian ditadbir ke atas peserta.
Sebaliknya, modul BKCTRT dijalankan terhadap kelompok kawalan selepas data pos
ujian diambil terhadap mereka. Dari segi pembahagian kumpulan mengikut jantina,
daripada 60 orang pelajar sekolah yang telah dikenal pasti merupakan mangsa
perceraian ibu bapa dan telah dipilih sebagai subjek kajian eksperimen. Seramai 13
orang pelajar lelaki dipilih sebagai kelompok rawatan iaitu 22%, 17 orang pelajar
perempuan dipilih sebagai kelompok rawatan iaitu 28%, manakala 17 pelajar lelaki
iaitu 28% selebihnya diletakkan sebagai kelompok kawalan dan 13 orang lagi pelajar
perempuan iaitu 23% dipilih sebagai kelompok kawalan.

Dalam kajian ini, pengkaji membanding dapatan prakajian dan pasca kajian
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan
telah dianalisis dengan menggunakan kaedah pengujian min dan pengujian-t.

Jadual 1: Ringkasan Analisis Deskriptif Skor Min Pra ujian dan Pos ujian Daya Tahan
antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Pemboleh Ubah Kumpulan Min Perubahan Min

Pra ujian Pos ujian 10.067
1.2
Daya Tahan Rawatan 73.333 83.400
Kawalan
70.700 71.900

Jadual 1 menunjukkan bahawa Modul BKCTRT telah menyebabkan perubahan,
ke atas psikologi daya tahan dan motivasi pelajar ibu bapa bercerai antara kumpulan
kawalan dan rawatan. Min konstruk DT kumpulan rawatan telah meningkat sebanyak
10.067 daripada 73.333 kepada 83.400. Min kumpulan kawalan juga menunjukkan
peningkatan sebanyak 1.2 daripada 70.700 kepada 71.900. Meskipun, kumpulan
kawalan turut menunjukkan peningkatan namun peningkatan kumpulan rawatan
adalah jauh lebih besar iaitu 10.067 berbanding kumpulan kawalan 1.2.

Jadual 2: Ringkasan Analisis Inferensi Skor Ujian-t Pra ujian dan Pos ujian daya tahan
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

Pemboleh Ubah Kumpulan Min Perubahan Min

Pra ujian Pos ujian 9.533
-0.633
Daya Tahan Rawatan 107.967 117.500
Kawalan
104.533 103.900

174

Min konstruk DT kumpulan rawatan lelaki telah meningkat sebanyak 7.846
daripada 73.462 kepada 81.308. Min kumpulan rawatan perempuan juga menunjukkan
peningkatan sebanyak 11.765 daripada 73.235 kepada 85.00. Bagi Min bagi konstruk
Daya Tahan bagi kumpulan kawalan turut menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2
daripada 70.700 kepada 71.900. Meskipun peningkatan turut berlaku pada kumpulan
kawalan, namun peningkatan yang berlaku dalam kumpulan rawatan adalah jauh lebih
tinggi iaitu 7.846 bagi kumpulan rawatan lelaki, 11.765 bagi kumpulan rawatan
perempuan manakala hanya 1.2 bagi kumpulan kawalan. Selain itu, perbandingan
secara nilai signifikan juga menunjukkan kumpulan rawatan memperoleh nilai
signifikan yang jauh lebih rendah iaitu 0.01 bagi kumpulan rawatan lelaki, .000 bagi
kumpulan rawatan perempuan manakala 0.45 bagi kumpulan kawalan. Dapatlah
disimpulkan bahawa, pemboleh ubah psikologi DT dalam kumpulan rawatan lelaki
dan perempuan telah menunjukkan peningkatan secara signifikan dalam kalangan
pelajar mangsa perceraian setelah modul Bimbingan Kelompok CTRT dijalankan ke
atas mereka.

Jadual 3: Ringkasan Analisis Deskriptif Skor Min Pra ujian dan Pos ujian Motivasi
antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Pemboleh Kumpulan Ujian Min S.P T Dk P
-4.282 13 (Sig.)
Ubah 73.462 6.527 -6.628 17 .001
81.308 7.587 -2.097 30
Daya Rawatan Pra Ujian 73.235 5.685 .000
85.000 6.901
Tahan Lelaki Pos Ujian 70.700 4.8647 .045
71.900 4.7943
Rawatan Pra Ujian

Perempuan Pos Ujian

Kawalan Pra Ujian

Pos Ujian

Nilai aras signifikan P<.05

Jadual 3 menunjukkan bahawa min konstruk Motivasi kumpulan rawatan telah
meningkat sebanyak 9.533 daripada 107.967 kepada 117.500. Min kumpulan kawalan
juga menunjukkan penurunan sebanyak -0.633 daripada 104.533 kepada 103.900.
Kumpulan rawatan menunjukkan min meningkat sebanyak 9.5333 sebaliknya
kumpulan kawalan menunjukkan penurunan -0.6333.

Jadual 4: Ringkasan Analisis Inferensi Skor Ujian-t Pra ujian dan Pos ujian motivasi
antara kumpulan rawatan dan kumpulan Kawalan

Pemboleh Kumpulan Ujian Min S.P T Dk P
Ubah -4.004 13 (Sig.)
105.077 9.412 -7.792 17 .001
Motivasi Rawatan Pra Ujian 113.154 7.392 .793 30
Lelaki Pos Ujian 110.177 8.4458 .000
Rawatan Pra Ujian 120.824 7.256
104.533 11.494 .434
Perempuan Pos Ujian 103.900 11.520
Kawalan Pra Ujian

Pos Ujian
Nilai aras signifikan P<.05

175

Selanjutnya, Bimbingan Kelompok CTRT telah menyebabkan perubahan, ke
atas psikologi motivasi pelajar ibu bapa bercerai antara kumpulan rawatan lelaki,
rawatan perempuan dan kumpulan kawalan. Min konstruk motivasi kumpulan rawatan
lelaki telah meningkat sebanyak 8.077 daripada 105.077 kepada 113.154. Min
kumpulan rawatan perempuan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 10.707
daripada 110.177 kepada 120.824. Bagi min bagi konstruk motivasi bagi kumpulan
kawalan, menunjukkan penurunan sebanyak -0.633 daripada 104.533 kepada 103.900.
Hal ini jelas menunjukkan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan iaitu 8.077
bagi kumpulan rawatan lelaki, 10.707 bagi kumpulan rawatan perempuan sebaliknya
berlaku penurunan sebanyak -0.633 bagi kumpulan kawalan. Selain itu, perbandingan
secara nilai signifikan juga menunjukkan kumpulan rawatan memperoleh nilai yang
signifikan iaitu .001 bagi kumpulan rawatan lelaki, .000 bagi kumpulan rawatan
perempuan manakala kumpulan kawalan menunjukkan nilai tidak signifikan iaitu
.434. Dapatlah disimpulkan bahawa, pemboleh ubah psikologi motivasi dalam
kumpulan rawatan lelaki dan perempuan telah menunjukkan peningkatan secara
signifikan dalam kalangan pelajar mangsa perceraian setelah Modul BKCTRT
dijalankan ke atas mereka.

PERBINCANGAN

Kajian ini membuktikan bahawa Modul BKCTRT terbukti meningkatkan daya tahan
diri dalam kalangan pelajar yang menghadapi masalah penceraian ibu bapa. Dapatan
kajian ini didapati menyokong dapatan-dapatan kajian lepas bahawa Bimbingan
Kelompok CTRT berupaya meningkatkan daya tahan. Misalnya, Sousan Heydarpour
et. al (2018) yang mengkaji kesan Bimbingan Kelompok CTRT ke atas daya tahan
telah menggunakan kaedah yang sama iaitu pengujian t-test menunjukkan berlaku
peningkatan daya tahan sebanyak 8.33 dalam kumpulan rawatan. Malah kajian turut
mendapati terdapat perbezaan signifikan konstruk daya tahan antara kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dengan nilai (p<0.01). Selain itu, kajian Ramazan
et.al (2019) yang mengkaji kesan Bimbingan Kelompok CTRT mendapati bahawa
terdapat kesan yang signifikan peningkatan daya tahan dengan nilai (z=2.67;p<0.05).
Dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian ini, adalah menyokong dapatan-dapatan
kajian lepas dan dapat dibuktikan melalui analisis secara numerikal. Selain itu, kajian
ini juga membuktikan bahawa Modul BKCTRT berupaya meningkatkan motivasi
pelajar mangsa penceraian. Dapatan kajian ini didapati menyokong dapatan-dapatan
kajian lepas bahawa Bimbingan Kelompok CTRT berupaya meningkatkan motivasi.
Misalnya, Fahimie Yoosefi et. al (2018) yang mengkaji kesan Bimbingan Kelompok
CTRT ke atas motivasi telah menggunakan kaedah yang sama iaitu pengujian t-test
menunjukkan berlaku peningkatan motivasi sebanyak 64.53 daripada 43.13 meningkat
kepada 107.66 dalam kumpulan rawatan. Kajian turut mendapati terdapat perbezaan
signifikan konstruk motivasi antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan
nilai (p<0.05). Selain itu, kajian Nor Afiti (2015), yang mengkaji kesan kaunseling
kelompok CTRT mendapati bahawa terdapat kesan yang signifikan antara pra ujian
dan pos ujian motivasi pelajar ibu bapa bercerai antara kumpulan rawatan tingkatan
satu, kumpulan rawatan tingkatan dua dan kumpulan kawalan pada nilai F (1,30) =
23.374 (p < .05). Dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian ini, adalah menyokong
dapatan-dapatan kajian lepas dan dapat dibuktikan melalui analisis secara numerikal.

176

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan penjelasan
kesan psikologi pelajar mangsa perceraian, mengetahui implikasi perceraian terhadap
anak-anak dan kaedah rawatan dalam bentuk bimbingan kelompok yang boleh
diberikan kepada mereka. Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada Guru Bimbingan dan Kauseling, Pegawai Psikologi dan Pegawai di
Pejabat Agama Islam untuk memberikan intervensi kepada anak-anak mangsa
penceraian khususnya pasca pandemik COVID-19 kelak. Hal ini kerana pandemik
COVID-19 telah memberikan banyak implikasi terhadap kesihatan dan kesejahteraan
mental khususnya kepada anak-anak mangsa penceraian. Sekiranya kita membiarkan
mereka tanpa intervensi, risiko berlakunya kes-kes seperti cubaan mencederakan diri,
cubaan membunuh diri dan peningkatkan masalah kesihatan mental mungkin akan
bertambah sekiranya kita mengabaikan tahap kesejahteraan psikologi dan mental
anak-anak mangsa penceraian yang berlaku sepanjang pandemik COVID-19.

RUJUKAN

Ahmad Jazimin, (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kaunseling

Kelompok Choice Theory Reality Therapy dalam menangani pelajar yang

bermasalah disiplin di sekolah. Tg. Malim; Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

Campbell & Stanley (1959). Experimental and Quasi-Eksperimental Designs for

Reasearch. London; USA. by Houghton Mifflin Company All rights

reserved.

Corey dan Gladding (2016). Grouping work in schools. New Work; Pearson.

Doll & Caroll (2013). Why are resilient children important? ProQuest Research

Library. 41 (2), 20-22.

Doll, B., Zucker, S. dan Brehm, K., (2004). Resilient classrooms creating healthy

enviroments for learning. New York; The Guilford Press.

Fahime Yoosefi Jooybari, Ramazan Hassanzadeh dan Mohammad Kazem Fakhri

(2018). Comparison of the Effectiveness of Creativity Therapy Training

and Group Counseling Based on Choice Theory on Students’

Motivation Improving International Clinical Neuroscience Journal. 5

(2), 67-71.
Gladding, T (2013). Counselling: A Comprehensive Profession, 7th Edition. New

York; Pearson.

Glasser, W (1998). Choice Theory: A New Psychology of Personal Freedom. United

State of America. Harper Perennial Publisher.

Igbinosa Victor Omoruyi (2018). Influence of broken homes on motivation and

personality development of adolescents in Lagos state. European Journal

of Research and Reflection in Educational Science. 2 (2), 10-23.

Jab Jabatan Pendaftaran Negara (2020). Statistik permohonan tribunal 2013.

Diperoleh pada Mac 23, 2020 daripada https://www.jpn.gov.my/

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (2017). Diperoleh pada Ogos 24, 2019 daripada

http://pahang.jksm.gov.my/index.php/perceraian

177

Jabatan Pendaftaran Negara (2019). Statistik permohonan tribunal 2013. Diperoleh

pada Mac 23, 2020 daripada https://www.jpn.gov.my/

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020). Perangkaan perkahwinan dan penceraian

Malaysia 2020.

Jabatan Perangkawan Malaysia (2020). Marriage and Divorce Statistics, Malaysia

2020. Kuala Lumpur, Malaysia.

Jamaludin Ahmad, Sidek Mohd Noah, Rusnani Abd Kadir dan Hamsuddin Ahmad
(2012). Keberkesanan Modul Maju Diri ke atas Motivasi Pencapaian di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Serdang,
Universiti Putra Malaysia.

Jamaludin Ahmad, Tajularipin Sulaiman dan Siti Ramlah Alias (2010). The

Effectiveness of Drug Rehabilitation Module on the Motivation Achievement

among Male Inmates in Malaysia. International Journal of Psychological

Studies. 2(2), 70-80.

Jatan Kehakiman Syariah Malaysia (2016). Laporan Tahunan Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia. Diperoleh pada Jan 23, 2018 daripada www.islam.gov.my

Love Nwamandi (2018). Comparatives study of motivation students from broken

and intact homes in bilogy in Omuma local goverment area rivers state

implication for counselling. European Journal of Research and

Reflection in Educational Science. 6 (2), 40-47.

Mahathir Mohammad (2012). Doktor Umum: Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad.

MPG Group. Kuala Lumpur.

Malik Amer dan Asif Jamil (2018). Effects of Motivation and Parental Divorce on

the educationa attainments of students at secondary level. Academic

Research International Journal. 2 (3), 427-431.

Maryam Farahanifar (2016). The Effect of Group Consulting based on Reality

Therapy on Self- Control and Resiliency of women having disable

children of Arak City. International Journal of Humanities and

Cultural Studies. 2217-2227.

Merino, Aguado, Iriate dan Corral (2017). A Psycho-Educational Reality Therapy,

Group Program for Divorced Parents in Spain: A Pilot Study. Contemporary

Family Therapy. 39(3).

Mohammad Nasir, Mohammad Aziz Shah, Abdul Malek, Mohd Muzafar et al

(2015). Kesan kaunseling kelompok berstruktur REBT terhadap aspek

psikologi dalam kalangan remaja ibu bapa bercerai. Thesis tidak

diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamat Hamzah (2016). Fenomena Penceraian di Malaysia \: Masalah

Sosial atau isu sosial. Kuala Lumpur; Universiti Malaya.

Mulawarman, Zakki Nurul Amin dan Sunawan (2018). The Effectiveness of Reality

Therapy for Decreasing Self- motivation problem of Lower Group Students.

International Conference on Education Innovation. 173.242-245.

Mustafa M. Achoui (2018). Family Impact on students motivation. King Fahd

University of. Petroleum dan Minerals, Saudi Arabia.1-22.

Nor Afiti Basri (2015). Kesan Kaunseling Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti

Terhadap aspek psikologi pelajar ibu bapa bercerai. Thesis Ijazah

Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim Perak.

178

Norhayati Zulkefli dan Zaidah Mustapha (2016). Remaja daripada ibu bapa bercerai

di Malaysia: Suatu penelitian ekspresi emosi. Malaysia Journal of Society

and Space. 12, (9), 150-160.

Nurul Syuhaida (2017). Prosiding Seminar Islamic Creative Art Theraphy (I-Cat)

Peringkat Kebangsaan Mains. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

(154-160)

Omar Kianipour dan Barzan Hoseini (2012). Effectiveness of training the Choice

Theory of Glasser to Teachers on Improvement of Students Academic

Qualification. Journal of educational and instructional studies in the

world. 2 (2), 117-123.

Potter, D. dan Morris, D. (2017). Family and Schooling Experiences in Racial/

Ethnic Academic Achievement Gaps: A Cumulative Perspective. Journal

Sociological Perspective. 60 (1), 132-167.

Rowell, L. & Eunsook Hong, (2013). Academic Motivation; Concepts, Strategies,

and Counseling Approaches. Journal of American School Counselor

Association (ASCA), 16 (3), 158-171.

Russell J. D. (1974). Modular Instruction: A Guide to the Design, Selection,

Utilization and Evaluation of Modular Materials. Minneapolis, MN:

Burgess Publishing Company.

Sareh Masoudi, Reza Mirzaei, Hasan Aminpoor, Mohammad Hafeznia dan Maryam

Majd (2016). Effect of Reality Therapy on Achiement Motivation and

Problem- Solving Skills in Students. The Caspian Sea Journal. 10 (1),

124-127.

Schaan, K dan Vogele, C (2016). Resilience and rejection sensitivity mediate long-

term outcomes of parental divorce. Journal of Eur Child Adolesc

Psyschiatry. 25, 1267-1269.

Siti Aishah (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pencapaian dalam

kalangan pelajar bidang hospitaliti kolej vokasional. Tesis Ijazah Master Sains.

Universiti Putra Malaysia.

Sunawan & Junmei Xiong (2016). An Application Model of Reality Theraphy to

Develop Effective Achievement Goals in Tier Three Intervention.

International Journal of Educations Studies. 9(10), 16-26.

Wubbolding, R.E. (2011). Reality Therapy. Washington, DC; American

Psychological Association.

Yuni Kartika (2017). Resilence: Phenomenological study on the child of perantal

divorce and the death of parents. International Conference on Advance

in Education and Sosial Sciences. 287-295.

Yunus Altundag dan Sefa Bulut (2014). Prediction of resilience of Adolscent Whose

Parent are Divorced. Journal Scientific Research. 5, 1215-1223.

Zaiton dan Balan (2015). Hubungan daya ketahanan dan sokongan sosial terhadap

kesunyian pelajar dalam Institusi Pengajian Tinggi. Seminar Kebangsaan

Integriti Keluarga. Universiti Malaysia Sabah.

179

Pembangunan Modul Bimbingan Kemurungan Remaja
Tazkiyah An Nafs : Satu Pendekatan Fuzzy Delphi

MEGAT MARWAN B MEGAT NIZAR
MD NOOR SAPER

ABSTRAK

Isu kesihatan mental dalam masyakarat semakin membimbangkan terutamanya
peningkatan kes golongan remaja yang mengalami gejala kemurungan samada di
tahap awal mahupun teruk. Oleh itu, pendekatan dalam intervensi awal terhadap
remaja haruslah dilihat secara holistik merangkumi perubahan dari aspek
pemikiran, emosi, fizikal dan spiritual. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk
mengenalpasti komponen utama dalam Modul Bimbingan Kemurungan remaja
yang berasaskan pendekatan spiritual Tazkiyah An Nafs berdasarkan kesepakatan
pakar. Kajian ini menggunakan teknik Fuzzy Delphi bagi mengumpulkan data dan
seterusnya menganalisis data yang diperolehi. Pakar-pakar yang terlibat dalam
kajian ini seramai 12 orang yang dipilih berdasarkan kepakaran mereka di dalam
bidang bimbingan dan kaunseling, psikospiritual Islam, kaunseling perspektif
Islam, dan kesihatan mental. Analisis data adalah berdasarkan respon pakar
terhadap soal selidik yang menggunakan tujuh skala likert linguistik Fuzzy. Nilai
ambangan d dihitung untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap semua item
yang terdapat dalam soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan panel pakar
mencapai konsensus bersama dengan nilai ambangan d ≤0.2 melebihi 75% dari
segi kesesuaian objektif utama modul, kandungan utama modul, jenis aktiviti dan
penilaian dalam modul. Implikasi kajian menunjukkan bahawa komponen utama
modul ini berupaya menjadi panduan kepada pengamal kaunseling dalam
membangunkan kerangka modul bimbingan terhadap masalah kemurungan
remaja di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

PENGENALAN

Golongan remaja adalah peringkat perkembangan individu yang seringkali dikaitkan
dengan pelbagai isu dan cabaran samada aspek fizikal, sosial, emosi, dan psikologi.
Isu-isu dan cabaran golongan remaja samada konteks pembinaan identiti diri,
tanggungjawab, pelajaran, kekeluargaan, perhubungan sosial dan proses merancang
masa depan adakala menjadikan proses kehidupan mereka begitu tertekan dan
menyukarkan. Oleh itu, boleh dianggap bahawa golongan remaja juga merupakan
populasi yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah emosi dan kesihatan mental.

Isu kesihatan mental dalam kalangan remaja di Malaysia menjadi fenomena
penting yang diperbincangkan dipelbagai peringkat terutamanya oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian
dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2017 amat
membimbangkan di mana dapatan kajian menyatakan kadar prevalens kemurungan
remaja adalah 18.3% (95% CI:17.20-19.38), kebimbangan 39.7% (95% CI:38.39-
41.06), dan stres 9.6% (95% CI:9.03-10.25) berbanding kadar prevalens kemurungan,

180

kebimbangan dan stress dalam kalangan remaja pada tahun 2012 sebanyak 17.7%
(95%CI: 16.71-18.67), 39.6% (95% CI: 38.23-41.06), dan 10.1% (95% CI: 9.53-
10.67) (Institute for Public Health (IPH), 2017).

Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani isu
kemurungan remaja terutamanya di pihak berkepentingan. Dalam satu kenyataan
rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perbahasan di Parlimen, menjelaskan
bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui surat siaran Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah Tahun 2017 bertarikh 8
Mac 2017 menegaskan bahawa pihak sekolah perlu memberi fokus utama terhadap
aspek kesihatan mental dan psikososial murid (Parlimen Malaysia, 2018).

Namun, penerapan pendekatan modul intervensi spiritual dan keagamaan
didapati kurang diberikan penekanan secara jelas dalam pelaksanaannya di peringkat
sekolah. Program Minda Sihat ini juga hanya memfokuskan kepada aspek kogntif,
afektif dan tingkah laku individu berbanding perlunya intervensi yang mengambilkira
aspek holistik yang melibatkan aspek spritual dan keagamaan untuk murid-murid yang
beragama Islam. Dalam konteks kajian-kajian ilmiah terhadap intervensi kemurungan,
terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan untuk mengatasi kemurungan samada
pendekatan bioperubatan, psikologikal, psikodinamik dan pendekatan psikoanalitikal
(Chan et al., 2017). Menurut Bonelli et al., (2012), bahawa sejumlah besar kajian yang
telah dijalankan mencadangkan pendekatan spiritual dan religositi sememangnya
dapat membantu individu dalam mengatasi dan menghadapi keadaan yang sukar
dalam kehidupan.

Walaupun perkembangan kaedah bantuan dan rawatan terhadap isu
kemurungan kini telah mula melihat aspek spiritual dan religositi sebagai faktor
penting untuk membantu individu mengurangkan tahap kemurungan. Namun, dalam
konteks di Malaysia penekanan terhadap model dan modul bimbingan dan kaunseling
berpendekatan keagamaan masih terhad terutamanya berkaitan masalah kesihatan
mental yang melibatkan isu kemurungan remaja. Berdasarkan kajian oleh Haque et al.,
(2016) telah meneliti perkembangan kajian-kajian yang berkaitan integrasi pendekatan
Islam tradisional dengan pendekatan psikologi moden sepanjang tempoh 10 tahun
bermula tahun 2006 hingga tahun 2015. Dapatan kajian tersebut telah mengenalpasti
hanya 3 kajian yang berkaitan pembangunan intervensi dan teknik iaitu Terapi
Penanda Terapuitik berasaskan Islam Tradisional (Haque & Keshavarzi, 2014), Terapi
Pengurusan Marah berasaskan Islam Tradisional (Naz & Khalily, 2015), dan
Intervensi Psikoterapi Islam bagi merawat Kecelaruan Kebimbangan (Abdullah,
Abidin, Hissan, Kechil, Razali & Zin, 2013).

Kajian oleh Zakaria & Mat Akhir (2017) pula menjelaskan bahawa dalam
konteks teori dan modul kaunseling perspektif Islam di Malaysia. Kajian mendapati
pembinaan modul kaunseling Islam lebih banyak dipraktiskan dengan menggunakan
pendekatan modifikasi selain daripada 2 pendekatan atau model yang lain iaitu
integratif dan tradisional. Berdasarkan model integratif terdapat 3 model yang telah
dikenalpasti, manakala pendekatan tradisional terdapat 3 kajian iaitu model kaunseling
Al ghazali, Terapi kaunseling Asmaul Husna dan Kaunseling Gaya Nabi. Kajian oleh
Azmi & Wahab (2020), telah meneliti keperluan modul latihan pengukuhan kepulihan

181

terhadap orang kena pengawasan berbantukan latihan psikospiritual dan biofeedback.
Dapatan kajian tersebut telah mengenalpasti 8 kajian pembangunan modul berasaskan
spiritual dan keagamaan yang memfokuskan melibatkan intervensi terhadap isu
kejiwaan, kebimbangan, resilensi, pemulihan akhlak, pemulihan dadah dan alkohol.

Justeru, berdasarkan perbincangan dan penelitian terhadap modul intervensi
bimbingan berperspektif Islam yang berkaitan kesihatan mental terdahulu
menunjukkan bahawa penghasilan modul-modul ini secara umum masih berada pada
tahap yang rendah dan terhad terutamanya dalam konteks intervensi spiritual berkaitan
kemurungan. Pengkaji mendapati terdapat 12 kajian pembangunan intervensi spiritual
yang berkaitan isu kesihatan mental (Abdelati, 2016; Afifuddin & Nooraini, 2016;
Babamohamadi et al., 2016; Fauziah Mohd Sa’ad et al., 2015; Haslina et al., 2013;
Koenig et al., 2016; Muhsin, 2017; Nasir & Masroom, 2016; Naz & Khalily, 2015;
Rasik & Ismail, 2019; Salami Mutiu Olagoke, 2017; Haque & Keshavarzi, 2014) di
mana hanya 6 daripada jumlah tersebut yang memfokuskan intervensi terhadap
kemurungan (Abdelati, 2016; Afifuddin & Nooraini, 2016; Babamohamadi et al.,
2016; Fauziah Mohd Sa’ad et al., 2015; Koenig et al., 2016; Salami Mutiu Olagoke,
2017).

Selain itu, berdasarkan kajian-kajian intervensi spiritual kesihatan mental yang
sedia ada, pembinaan modul tersebut dilihat lebih bercirikan intervensi psikologi
klinikal terhadap isu kecelaruan mental seperti kecelaruan kebimbangan, skizofrenia
dan kecelaruan kemurungan. Ini menunjukkan satu kelompangan dalam bidang kajian
pembinaan modul kesihatan mental bercirikan keagamaan yang lebih menekankan
pembinaan modul bercirikan proses bimbingan dan kaunseling kelompok/Individu.
Malah, pembinaan modul yang bercirikan proses bimbingan dan kaunseling dilihat
mempunyai ciri-ciri unik, dinamik, bertahap dan berstruktur yang dapat memberikan
panduan untuk melaksanakan satu-satu modul secara berkesan.

Selain itu, berdasarkan penelitian pengkaji mendapati kajian-kajian modul
tersebut lebih tertumpu kepada isu kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan,
daya tahan, dan konsep kendiri yang lebih mensasarkan kelompok golongan dewasa
dan pesakit mental jika dibandingkan modul yang memfokuskan kelompok khusus
seperti remaja diperingkat sekolah menengah atau rendah. Perbezaan kelompok
sasaran terhadap remaja berbanding dewasa memerlukan penelitian yang khusus
terhadap keperluan modul seperti kandungan, pendekatan dan teknik yang
bersesuaian.

Atas kesedaran ini juga, pengkaji berhasrat untuk memenuhi kelompangan
dalam kajian-kajian terdahulu iaitu dengan membina modul intervensi bimbingan
berasaskan model Tazkiyah Nafs Al Ghazali. Pembinaan modul intervensi dalam
kajian ini juga akan memfokuskan kepada pendekatan perspektif Islam bagi menjadi
panduan dan rujukan kepada guru bimbingan dan kaunseling, pengamal kaunseling,
dan fasilitator di sekolah-sekolah untuk memulakan intervensi awal terhadap golongan
remaja yang dikenalpasti mengalami kemurungan pada tahap awal dan sederhana.

182

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti komponen utama modul
bimbingan kemurungan remaja berasaskan takziyah An Nafs. Oleh itu, objektif kajian
ini adalah;

i. Mengenalpasti objektif (hasil pembelajaran) dalam modul bimbingan
intervensi kemurungan tazkiyah an nafs yang sesuai mengikut pandangan pakar.
ii. Mengenalpasti kandungan utama dalam modul bimbingan intervensi
kemurungan tazkiyah an nafs yang sesuai mengikut pandangan pakar.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian reka bentuk dan pembangunan
(Richey et al. 2004; Richey & Klein 2014) yang berfokuskan reka bentuk dan
pembangunan modul. Dalam fasa kedua ini kaedah Teknik Fuzzy Delphi (FDM)
digunakan untuk mendapatkan pandangan, pengesahan dan konsesus pakar terhadap
kesesuaian objektif dan kandungan modul. Menurut Mohd Ridhuan & Nurulrabihah
(2020) kaedah FDM juga adalah suatu metode yang unik kerana ia mampu digunakan
dalam proses membuat keputusan terhadap sesuatu isu yang dikaji berdasarkan
pandangan daripada mereka yang arif dalam sesuatu bidang kajian.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik Fuzzy Deplhi di
mana elemen dan item soal selidik diperolehi dalam tinjauan literatur. Menurut
Dullfield’s (1993) menegaskan bahawa antara pendekatan altenatif lain yang boleh
digunakan adalah menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian
literatur. Borang soal selidik ini kemudian berikan kepada kumpulan pakar yang
terpilih.

Sampel kajian ini melibatkan responden seramai 12 orang pakar untuk proses
Teknik Fuzzy Delphi (FDM) bagi mendapatkan konsensus pakar berdasarkan
instrumen kandungan modul yang dibina. Menurut Phillips (2000) menyarankan
sampel pakar di antara 7 hingga 12 orang. Oleh kerana kajian ini menggunakan
pendekatan DDR iaitu bersifat formatif, maka kaedah pemilihan sampel atau
responden adalah secara persampelan bermatlamat (purposive sampling). Menurut
Van den Akker, J., Branch, R.M., Gustafson, K., Nieveen, N., Plomp (1999), kajian
formatif selalunya terhad kepada sampel kecil dan bertujuan.

Kumpulan pakar bagi fasa ini merupakan mereka yang mempunyai kepakaran,
dan pengalaman dengan bidang berkaitan modul yang dibina dan berpengalaman
dalam bidang selama 5 tahun ke atas. Menurut Berliner (2004) bahawa individu yang
telah berkhidmat antara 5 hingga 10 tahun boleh dikategorikan sebagai pakar di mana
mereka telah mengamalkan pengajaran dan pengurusan pentadbiran dalam bidang
berkaitan secara berterusan. Berdasarkan kajian ini, berikut merupakan ringkasan
demografi pakar yang terlibat dalam teknik Fuzzy Delphi ;

183

Demografi pakar bagi teknik Fuzzy Delphi

Demografi Bidang Kepakaran Peratusan

Psikologi Islam dan 3 orang

Psikospiritual Islam (25 %)

Bimbingan dan Kaunseling 2 orang

Bidang Kepakaran Perspektif Islam, Pembinaan (17 %)

Modul

Kesihatan mental, Bimbingan & 3 orang

Kaunseling, Pembinaan Modul (25 %)

Bimbingan & Kaunseling 4 orang

Sekolah, Bimbingan dan (33%)

Kaunseling Perspektif Islam

Tempoh Pengalaman 10 tahun dan ke atas 10 orang

dalam bidang (83 %)

kepakaran 5-9 tahun 2 orang

(17 %)

Proses analisis data menggunakan Templet Analisis FDMv2.0 yang
dibangunkan oleh Mohd Ridhuan Mohd Jamil & Nurulrabihah Mat Noh (2020).
Analisis data berdasarkan analisis Teknik Fuzzy Delphi (TFD) yang merangkumi 7
peringkat (Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil, Saedah Siraj, Zaharah Hussin & Sapar,
2019). Proses bermula dengan membina instrumen dan seterusnya sesi penilaian
bersama kumpulan pakar secara atas talian. Data-data yang didapati melalui soal
selidik FDM dimasukkan ke dalam perisian Microsoft Excel dengan pemboleh ubah
linguistik ditukarkan ke dalam penomboran segi tiga fuzzy (triangular fuzzy
numbers). Skala fuzzy yang digunakan dalam kajian ini ialah 7 mata. Menurut Mohd
Ridhuan & Nurulrabihah (2020), semakin tinggi bilangan skala yang digunakan,
semakin jitu dan tepat data yang diperolehi. Setelah pengkaji memperolehi data
daripada pakar, langkah ketiga dalam analisis fuzzy Delphi ialah dengan menentukan
nilai purata ( 1, 2, 3) skala fuzzy bagi setiap item.

Setelah nilai purata n, ditentukan langkah keempat dijalankan iaitu
menentukan nilai d atau nilai ambangan ditentukan. Tujuan nilai ambangan
(threshold) adalah untuk mendapatkan nilai konsensus antara pakar. Menurut Cheng
dan Lin (2002) jika nilai jarak antara purata dengan data penilaian pakar adalah
kurang daripada atau sama dengan nilai threshold, (d) = 0.2, maka semua pakar-pakar
di anggap telah mencapai konsensus (dalam Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil, Saedah
Siraj, Zaharah Hussin & Sapar, 2019). Setelah nilai ambangan, d diterima, pengkaji
menilai nilai konsensus 75% atau kesepakatan kumpulan pakar yang dipanggil
kumpulan konsensus.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual berikut menunjukkan komponen utama Modul Bimbingan Kemurungan
Tazkiyah An Nafs Remaja berdasarkan kesepakatan pakar.

2

Syarat Triangular Fuzzy Syarat Fuzzy Evaluation Process Kesepakatan
Numbers Pakar
m1 m2 m3 Skor
Kandungan Nilai Peratus Fuzzy
Komponen Utama Threshold, Kesepakatan (A)
Modul d Kumpulan
Pakar, %

Menyedari 0.147 100.0% 0.767 0.908 0.975 0.883 TERIMA
0.141 0.750 0.900 0.975 0.875 TERIMA
keistimewaan diri 0.141 100.0% 0.750 0.900 0.975 0.875 TERIMA

(potensi dalaman) 0.134 100.0%

sebagai insan yang 0.154 100.00%
0.098
sempurna. 91.7%
91.7%
Mampu berfikir 91.7%
100.00%
secara positif 91.7%
83.3%
(bersangka baik) 91.7%
100.00%
terhadap masalah 83.3%
83.3%
yang dihadapi.

Objektif Modul (Hasil Pembelajaran) Meningkatkan

pengharapan yang

tinggi bahawa

dirinya mampu

melakukan

perubahan untuk

berjaya dan bahagia.

Mampu untuk 0.733 0.892 0.975 0.867 TERIMA

melakukan perkara

kebaikan (manfaat)

kepada diri sendiri

dan orang lain di

sekeliling.

Mengenalpasti ahli 0.767 0.908 0.967 0.881 TERIMA
0.800 0.942 0.992 0.911 TERIMA
kelompok 0.817 0.942 0.975 0.911 TERIMA
0.833 0.967 1.000 0.933 TERIMA
Memberi taklimat

Mendapatkan 0.124
0.068
persetujuan ahli
0.128
Pra Sesi Mengetahui gejala 0.148
0.095
kemurungan ahli 0.074
0.117
berdasarkan ujian
0.117
Dass21/ PHQ-9

Sesi perkenalan 0.800 0.933 0.975 0.903 TERIMA
0.817 0.933 0.967 0.906 TERIMA
antara ahlikelompok

Sesi Pertama Membina hubungan
(Membina Hubungan)
terapeutik

antara ahli kumpulan

Penetapan Niat 0.817 0.950 0.992 0.919 TERIMA

(Matlamat)

Mengubah stigma

masalah kemurungan 0.817 0.958 1.000 0.925 TERIMA

dengan tahap

spiritual individu.

Merenung keindahan 0.817 0.942 0.983 0.914 TERIMA

Sesi Kedua alam & pelbagai
(Mengenal
Keistimewaan makhluk ciptaan
Diri)
Tuhan.

Memahami 0.817 0.942 0.983 0.914 TERIMA

keistimewaan diri

sebagai manusia

3

ciptaan Tuhan.

Mencungkil nilai

kemuliaan diri 0.122 100.0% 0.783 0.925 0.983 0.897 TERIMA
0.095 91.67% 0.817 0.950 0.992 0.919 TERIMA
daripada aspek 0.122 83.3% 0.800 0.933 0.983 0.906 TERIMA
0.182 91.7% 0.767 0.900 0.958 0.875 TERIMA
fizikal (aspek
0.154 91.7% 0.800 0.925 0.967 0.897 TERIMA
luaran) dan rohani (

Hati dalaman)

Memahami fitrah

manusia yang

bersifat sedih dan

keluh kesah

Sesi Ketiga Perkongsian ahli
(Membina Pemikiran Positif berasaskan
Iman) kelompok cabaran

dalam kehidupan.

Memahami kesan

cara berfikir

dapat mempengaruhi

emosi.

Latihan teknik

berfikir berasaskan

Iman (menyedari

Tuhan mendatangkan

sesuatu kerana kasih

sayang & rahmat

Nya)

Mengenal ikon yang 0.244 91.7% 0.708 0.850 0.925 0.828 TERIMA
0.095 91.7% 0.817 0.950 0.992 0.919 TERIMA
berjaya dan bahagia 0.068 100.0% 0.833 0.967 1.000 0.933 TERIMA
0.042 100.00% 0.867 0.983 1.000 0.950 TERIMA
menurut Al Quran
0.076 100.00% 0.800 0.950 1.000 0.917 TERIMA
Meneladani kisah 0.097 100.00% 0.783 0.933 0.992 0.903 TERIMA
0.075 91.7% 0.850 0.967 0.992 0.936 TERIMA
bantuan Allah

berdasarkan sirah

nabi dan sahabat

Memahami contoh

janji-janji

bantuan dalam Al

Quran dan Hadis

Perkongsian

pengalaman ahli

kelompok dibantu

Sesi Keempat ketika dalam
(Membina Pengharapan)
kesusahan

Merancang

perubahan dari aspek

pemikiran, emosi,

tingkah laku dan hati

nurani.

Latihan amalan

kerohanian

(Zikir dan Doa)

Memahami

Sesi Kelima kelebihan (dalam
(Khairah
Ummah) hadis) tindakan

berbuat baik/

membantu orang

lain/berkasihsaying

4

Meneladani contoh-

contoh kisah orang 0.095 91.7% 0.817 0.950 0.992 0.919 TERIMA
0.087 91.7% 0.833 0.958 0.992 0.928 TERIMA
yang bahagia dengan
0.087 91.7% 0.833 0.95 0.99 0.92 TERIMA
memberi kebaikan 828

kepada oranglain.

Merancang rutin

harian yang

dapat

mengaplikasikan

amalan memberi

kebaikan kepada diri

sendiri dan orang

lain

Meneliti nikmat

(perkara /

pengalaman

positif) yang

pernah dialami

dan dimiliki

dalam hidup.

Sesi Keenam Berkongsi 0.087 91.7% 0.833 0.95 0.99 0.92 TERIMA
(Penamatan & Refleksi Kendiri) perkara yang 0.227 91.7% 828
dipelajari dalam 0.150 91.7%
kelompok secara 0.742 0.87 0.93 0.85 TERIMA
keseluruhan dan 530
harapan terhadap
ahli yang lain. 0.750 0.90 0.96 0.87 TERIMA
Pembimbing 072
kelompok
memberikan
maklumbalas
aspek positif ahli
berdasarkan
senarai semak
perkembangan
ahli.

Menilai
kebolehpercaya
an modul
berdasarkan
soal selidik
penilaian setiap
sesi.

PERBINCANGAN

Di dalam kajian ini, terdapat empat objektif utama modul, satu pra sesi dan enam sesi
utama yang telah dihasilkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua objektif

5

modul dan kandungan modul mengikut sesi diterima dan disepakati oleh kumpulan
pakar dengan memenuhi syarat iaitu nilai Threshold ≤ 0.2 dan peratus kesepakatan
kumpulan Pakar ≥ 75 %. Objektif modul memfokuskan perubahan dalam aspek identiti
diri, corak pemikiran, pengharapan dan keupayaan dalam hubungan sosial untuk
membantu remaja berhadapan dengan isu kemurungan.

Di dalam kajian ini pakar bersetuju bahawa remaja yang mengalami
kemurungan perlu dibantu dalam aspek membina identiti diri yang positif, melatih cara
berfikir secara berhikmah terhadap masalah kehidupan, mengukuhkan rasa pengharapan
dalam diri serta membantu remaja berkeupayaan untuk memberi kebaikan kepada diri
sendiri dan orang di sekeliling. Elemen ini juga disokong berdasarkan The Handbook’s
systematic review yang mendapati hubungan spiritual dan keagamaan dalam 256 dari
326 kajian (79%) mempunyai hubungan dengan elemen kesejahteraan/ kepuasan hidup,
29 dari 40 kajian (73%) hubungan dengan elemen pengharapan, 26 dari 32 kajian (81%)
hubungan dengan elemen optimisme, dan 42 dari 45 kajian (93%) hubungan dengan
elemen makna dan tujuan hidup. Oleh itu, konstruk ini dapat mencerminkan dalam
hubungan antara penglibatan spiritual dan keagamaan dengan aspek kemurungan dan
perilaku bunuh diri (Bonelli et al., 2012).

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat enam sesi utama iaitu 1) Membina
Hubungan, 2) Mengenal Keistimewaan Diri, 3) Membina Pemikiran Positif berasaskan
Iman, 4) Membina Pengharapan, 5) Khairah Ummah (Memberi Kebaikan) dan 6)
Penamatan dan Refleksi Diri. Setiap sesi mempunyai kandungan utama yang disepakati
oleh kumpulan pakar yang dipilih. Setiap sesi dapat disesuaikan dengan pendekatan
kaunseling berasaskan model Tazkiyah An Nafs Al Ghazali oleh Salasiah Hanim
Hamjah (2016). Di dalam kajian ini, kumpulan pakar bersetuju bahawa peringkat awal
sesi ialah proses membina hubungan terapeutik antara pembimbing dan klien. Menurut
Hanim Hamjah (2016), proses ini juga melibatkan personaliti yang baik dalam diri
kaunselor yang perlu diwujudkan seperti ikhlas, sabar dan tenang, lemah lembut dan
kasih sayang, mesra, amanah dan menyimpan rahsia, empati, sentiasa ingin membantu,
dan merendah diri.

Sesi seterusnya ialah proses membantu klien mengenal keistimewaan diri di
mana ini merupakan tahap Ma’rifatun Nafs. Peringkat ini adalah memfokuskan usaha
untuk klien mengenal dirinya terlebih dahulu di mana seseorang itu mengetahui
kelemahan dan kekuatan yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Menurut Hanim Hamjah (2016), berdasarkan pandangan Al Ghazali bahawa mengenal
diri ini juga merangkumi aspek lahiriah dan rohaniah iaitu meneroka aspek hati. Sesi
berikutnya ialah proses membentuk cara berfikir yang positif terhadap masalah hidup
yang disandarkan dengan asas keimanan. Proses ini disesuaikan dengan tahap
mujahadah al nafs (Takhalli) di mana individu mengubah corak pemikiran lama yang
menghasilkan simptom kemurungan kepada corak pemikiran baru yang dapat
menghasilkan fikiran, emosi dan tingkah laku yang positif. Menurut Hanim Hamjah
(2016), proses ini adalah peringkat keempat di mana kaunselor perlu meneliti punca dan
mengenalpasti jenis penyakit hati supaya dengan pengetahuan tersebut kaunselor dapat
menggunakan kaedah rawatan khusus yang bertepatan dengan masalah yang dihadapi
klien.

6

Sesi seterusnya ialah proses membina pengharapan dalam diri individu. Pakar
bersetuju komponen ini sesuai diterapkan dalam membantu remaja yang mengalami
kemurungan. Berdasarkan teori kemurungan hopelessness oleh Abramson, Metalsky
dan Alloy (1989), menjelaskan bahawa individu yang mempunyai kondisi kognitif yang
lemah, apabila mengalami peristiwa hidup yang negatif, akan mudah merasakan putus
harapan (hopelessness) dan wujudnya pemikiran putus harapan ini akan membawa
kepada gejala jenis kemurungan tertentu iaitu kemurungan putus harapan (hopelessness
depression) (dalam Gibb & Alloy, 2006). Sesi ini disesuaikan dengan tahap Mujahadah
An Nafs (Tahalli) di mana peringkat ini setelah individu dapat membuang atau
mengurangkan sifat-sifat penyakit hati pada peringkat sebelumnya. Maka, proses
seterusnya ialah mengisi atau menghiasi jiwa dengan sifat –sifat yang baik melalui
latihan iaitu riyadah an nafs (Hanim Hamjah, 2016). Pada peringkat ini klien diberi
pendedahan dengan latihan riyadah seperti amalan harian, doa dan zikir yang
bersesuaian dengan isu kemurungan.

Sesi seterusnya ialah proses membina keupayaan individu untuk melakukan
kebaikan kepada diri sendiri dan orang di sekeliling. Pakar bersetuju elemen memberi
kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain (aktiviti sukarela) adalah penting untuk
mengukuhkan aspek keupayaan diri (Autonomy) individu dan hubungan sosial yang
positif. Malah, menurut Ballard PJ, Daniel SS, Anderson G, Nicolotti L, Caballero
Quinones E, Lee M and Koehler AN (2021) mencadangkan bahawa pendekatan
volunteering sebagai komponen dalam pendekatan rawatan klinikal terhadap remaja
yang mengalami kemurungan dan ia merupakan satu intervensi yang kukuh terhadap
remaja yang dapat meningkatkan pelbagai aspek seperti mood/ pngalaman afektif
positif, orientasi ke arah orang lain/ empati, makna/ tujuan hidup, konsep kendiri positif/
harga diri, sumbangan, hubungan sosial, keberkesanan diri/ lokasi kawalan, dan
harapan/ orientasi masa depan.

Sesi terakhir ialah proses penamatan, muhasabah dan refleksi diri. Menurut
Hanim Hamjah (2016), peringkat ini merupakan tahap akhir dalam proses kaunseling di
mana ia merupakan proses penilaian terhadap peringkat-peringkat yang sebelumnya. Ia
boleh melalui perbincangan dan penyoalan sejauhmana klien berjaya mencapai
matlamat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pada tahap ini juga melibatkan usaha
menilai langkah-langkah untuk mencapai kebahagiaan. Proses muhasabah adalah satu
kaedah utuk menilai dan menyemak diri dalam perkembangan diri di setiap tahap.

KESIMPULAN

Dalam kajian ini, komponen utama Modul Bimbingan Kemurungan Remaja Tazkiyah
An Nafs yang merangkumi objektif modul, kandungan utama mengikut sesi terhasil
berdasarkan kesepakatan kumpulan pakar. Hasil kajian mendapati keseluruhan
komponen utama modul mendapat persetujuan pakar untuk dibangunkan sebagai modul
yang lengkap. Berdasarkan objektif modul, kumpulan pakar bersetuju bahawa empat
objektif modul yang dipilih sesuai untuk dijadikan hasil pembelajaran dalam
melaksanakan proses bimbingan remaja yang mengalami kemurungan tahap awal dan
sederhana. Selain itu, kesepakatan pakar terhadap kandungan modul berdasarkan enam
sesi yang dihasilkan dalam kajian ini boleh dijadikan panduan asas kepada pengkaji
untuk membangunkan modul aktiviti yang lengkap. Justeru, terdapat beberapa cadangan
untuk kajian lanjutan pada masa hadapan:

7

i. Pembangunan modul bimbingan yang lengkap untuk diaplikasikan dalam
konteks perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk membantu
remaja yang mengalami kemurungan.

ii. Kajian penilaian modul bagi tujuan untuk menilai kebolehgunaan atau
keberkesanan modul yang dibangunkan dalam konteks kebiasaan baharu.

iii. Kajian penilaian modul dalam konteks kelompok remaja yang berbeza tahap
kemurungan samada tahap awal, sederhana mahupun di tahap klinikal.

RUJUKAN

Abdelati, N. S. (2016). The Effectiveness of Islamic Cognitive Behavioral Therapy With
Selected Islamic Content for Depressed Adults in Libya. September, 1–251.

Afifuddin, M. M., & Nooraini, O. (2016). The Ruqyah Syar’iyyah Spiritual Method as
an Alternative for Depression Treatment. Mediterranean Journal of Social
Sciences. https: // doi.org / 10.5901/mjss.2016.v7n4p406

Azmi, M. H. bin, & Wahab, M. N. bin A. (2020). Keperluan Modul Latihan
Pengukuhan Kepulihan Terhadap (Orang Kena Pengawasan- OKP) Berbantukan
Latihan Psikospiritual Dan Biofeedback. International Journal of Humanities
Technology and Civilization (IJHTC), 1(8), 109–121.

Babamohamadi, H., Sotodehasl, N., Koenig, H. G., Zaben, F. Al, Jahani, C., &
Ghorbani, R. (2016). The Effect of Holy Qur ’ an Recitation on Depressive
Symptoms in Hemodialysis Patients : A Randomized. Journal of Religion and
Health. https://doi.org/10.1007/s10943-016-0281-0

Ballard PJ, Daniel SS, Anderson G, Nicolotti L, Caballero Quinones E, Lee M and
Koehler AN (2021) Incorporating Volunteering Into Treatment for Depression
Among Adolescents: Developmental and Clinical Considerations. Front.
Psychol. 12:642910. doi:10.3389/fpsyg.2021.642910

Berliner, D. C. (2004). Describing the behavior and documenting the accomplishments
of expert teachers. Bulletin of Science, Technology and Society, 24(3), 200–212.
https://doi.org/10.1177/0270467604265535

Bonelli, R., Dew, R. E., Koenig, H. G., Rosmarin, D. H., & Vasegh, S. (2012).
Religious and spiritual factors in depression: Review and integration of the
research. In Depression Research and Treatment (Vol. 2012). https: // doi.org /
10.1155/2012/962860

Chan, S. L., Hutagalung, F. D., & Lau, P. L. (2017). A Review of Depression and Its
Research Studies in Malaysia. International Journal of Education, 2(4), 40–55.
www.ijepc.com

Fauziah Mohd Sa’ad, Mohammad Aziz Shah Mohammad Arip, Norazani Ahmad,
Mohd Noor Idris, & Che Anuar Che Abdullah. (2015). Aplikasi Kaunseling
Kelompok Terhadap Konsep Kendiri, Kemurungan Dan Daya Tahan Remaja
Hamil Luar Nikah. Jurnal Bitara Edisi Khas (Psikologi Kaunseling), 8, 64–87.

Gibb, B. E., & Alloy, L. B. (2006). A prospective test of the hopelessness theory of
depression in children. Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology,
35(2), 264–274. https://doi.org/10.1207/s15374424jccp3502_10

Haslina, C., Abdullah, B., Binti, Z., Abidin, Z., Syakira, W., Hissan, M., Kechil, R.,
Haslina Binti Abdullah, C., Binti Zainan Abidin, Z., Syakira Meor Hissan, W.,
Kechil, R., Noorli Razali, W., & Zaid Mohd Zin, M. (2013). The effectiveness of
generalized anxiety disorder intervention through Islamic psychotherapy: The

8

preliminary study. Asian Social Science, 9(13). https: // doi.org / 10.5539 /
ass.v9n13p157.
Hanin Hamjah, S. (2016). Pendekatan kaunseling spiritual menurut Al-Ghazali. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Haque, A., Khan, F., Keshavarzi, H., & Rothman, A. E. (2016). Integrating islamic
traditions in modern psychology: Research trends in last ten years. Journal of
Muslim Mental Health,10(1), 75–100.
https://doi.org/10.3998/jmmh.10381607.0010.107.
IPH. (2017). National Health & Morbidity Survey 2017 (Adolescent Mental Health). In
Ministry of Health Malaysia: Vol.I. https: // doi.org / 10.1017/
CBO9781107415324.004.
Keshavarzi, H., & Haque, A. (2013). Outlining a Psychotherapy Model for Enhancing
Muslim Mental Health Within an Islamic Context. International Journal for the
Psychology of Religion,. 23(3),230–249. https: // doi.org /10.1080 /
10508619.2012.712000
Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil, Saedah Siraj, Zaharah Hussin, N. R. M. N. & A., &
Sapar, A. (2019). Pengenalan asas kaedah Fuzzy Delphi dalam penyelidikan reka
bentuk pembangunan. Minda Intelek.
Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil & Nurulrabihah Mat Noh. (2020). Kepelbagaian
Metodologi dalam Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan. (Cetakan
kedua). Qaisar Prestige Resources.
Sharifah Basirah, Syed Muhsin (2017) Kepulihan al-Halu‘ berasaskan maqamat Abu
Talib al-Makki (W.386H) (Disertasi doktor falsafah) : University of Malaya
Mohd Nasir, Masroom, (2016). Aplikasi Modul Terapi Jiwa Dalam Kalangan Pesakit
Mental Dan Faedahnya Terhadap Kesehatan Jiwa. (Disertasi doktor falsafah) :
Universiti Teknologi Malaysia
Naz, S., & Khalily, M. T. (2015). Indigenous Adoption of Novaco’s Model of Anger
Management Among Individuals with Psychiatric Problems in Pakistan.
Journal of Religion and Health, 55(2), :439-447. https: // doi.org/10.1007 /
s10943-015-0012-y
Parlimen Malaysia. (2018). Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat
Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua. https: // www.parlimen.gov.my
/files/hindex/ pdf/KKDR-06122018.pdf.
Phillips, R. (2000). New applications for the Delphi technique. Annual San Diego
Pfeiffer and Company, 2, 191–196.
Rasik, W. R. M., & Ismail, M. S. (2019). Model pembinaan modul Sidek di dalam
modul intervensi pengurusan stres pelajar. International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 4(26), 66–76. https: // doi.org /
10.13140/RG.2.2.10958.61763.
Salami Mutiu Olagoke. (2017). Integrating The Islamic Cognitive Behavioural Therapy
(I-CBT) And Its Effectiveness In Treating Depression. (Disertasi doktor
faslafah): Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Van den Akker, J., Branch, R.M., Gustafson, K., Nieveen, N., Plomp, T. (1999). Design
Approaches and Tools in Education and Training. Kluwer academic
publisher.
Zakaria, N., & Mat Akhir, N. S. (2017). Theories and Modules Applied in Islamic
Counseling Practices in Malaysia. Journal of Religion and Health, 56(2), 507–
520. https://doi.org/10.1007/s10943- 016-0246-3


Click to View FlipBook Version