The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitan.paksi, 2021-09-16 23:28:56

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

51

manfaat zahir, amalan berwaspada dan sentiasa berhati-hati dalam setiap
tindakan juga merupakan amalan yang disarankan dalam Islam.

Jika diamati, pelbagai garis panduan atau Standard Operating Procedur
(SOP) yang bersifat manusiawi dan fizikal telah dilaksanakan bagi membendung
penularan wabak ini. Namun, apabila dilihat dengan lebih jauh dan terperinci
terhadap impak Covid-19 yang merangkumi segenap aspek kehidupan
masyarakat, suatu alternatif yang holistik amat diperlukan supaya dapat
menstabilkan semula kehidupan masyarakat malah, ke arah yang lebih baik
(Rosa, W. et.al., 2021). Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau apakah
intipati SOP Rabbani/Ilahi berdasarkan perspektif disiplin ilmu Psikospiritual
Islam yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan masyarakat secara umum dan
keluarga pesakit kanser khususnya dalam mendepani impak dan cabaran Covid-
19?

LATAR BELAKANG KAJIAN DAN KAJIAN LITERATUR

Menurut Mohd Zain, M., & Ismail, M. A. (2020), Covid-19 merupakan salah satu
tanda kebesaran Allah SWT yang dikenali sebagai al-Manzurah dan wajib bagi orang
beriman untuk mengambil pelajaran dan bermuhasabah diri. Suasana kehidupan
masyarakat semasa pandemik Covid-19 memaparkan secara jelas bentuk ujian yang
dirakamkan oleh Allah SWT dalam ayat 155 Surah al-Baqarah. Tidak sekadar terhenti
dengan perkhabaran ujian yang akan ditimpakan, ayat seterusnya iaitu 156-157, Allah
SWT turut memberi jaminan balasan yang baik bagi mereka yang bersabar
menghadapi ujian tersebut, Firman Allah SWT:

‫ةاس‬ٞۖٞ َّ‫ۡةم َوَق َٱاوۡلُۡ َٓلرَوناْۡفُح ِإَِمن‬ٞ‫تتَُهنم ِمٱ ُّۡۡمنلَ ۡمِ َََّٰصرويِب َبِِله‬ٞ‫ َ ُكجٱلَّوِذ َيععَِل َۡين َِهوۡإِمنَ َۡذقآ ٖأَ َص َلص ََََٰٰصو َبِ ۡم‬٥‫َٰوٓلَٱۡئِل‬١‫أُ ْ َو‬١‫ ِف‬٥٥‫و‬١١‫َخ َۡن‬١١‫ِلَََلَوّووٱأَلُِهلَْن ۡوثبََّٰ ٓلَلََُمئِوَ َِٰإوَرَنََّّنكآ ُكِۗ ِتمإُِهلَ ُۡميَ ِبوِهٱَبۡلَش َُِٰشَمۡريِۡهٖرِءتجَ ُٱدعُل ِومو ََََٰننَّنص ِبٱِۡرلي‬

Maksudnya:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
(dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-
orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayah-Nya.”

Keadaan ini dapat dilihat dan dirasai oleh seluruh penduduk global kerana
Covid-19 memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat (Elengoe, A.,
2020). Kini, majoriti masyarakat sentiasa berwaspada daripada terkena jangkitan,
malah segelintirnya terlalu takut sehingga mengalami was-was atau gangguan obsesif
kompulsif (OCD) (Chen, B., Sun, J., & Feng, Y., 2020; Fineberg, N. et. al., 2020) dan

52

kebimbangan berlebihan(anxiety) (Andersen, A. J. et.al., 2021; Mohd Zain, M., &
Ismail, M. A., 2020), terdapat dalam kalangan masyarakat yang diuji dengan
kelaparan disebabkan kehilangan sumber pendapatan (Jans-Beken, L., 2021) dan
sebahagian masyarakat yang mengalami cabaran emosi dan spiritual akibat kematian
ahli keluarga yang dikasihi. Cabaran adaptasi terhadap suasana baru seperti bekerja
dan belajar dari rumah juga turut memberi kesan terhadap kualiti hidup masyarakat.
Tanpa ilmu, keimanan yang teguh terutamanya penghayatan terhadap qadak dan qadar
serta sokongan sosial, seseorang individu berisiko mengalami tekanan emosi dan
spiritual berpanjangan.

Seterusnya, apabila merujuk secara khusus terhadap keluarga pesakit kanser,
tentu sekali lebih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana pesakit kanser
merupakan salah satu golongan yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan (Rosa,
W. et.al., 2021). Covid-19 juga boleh mengakibatkan gejala yang serius serta
komplikasi yang lebih parah kepada pesakit kanser. Menurut kajian Dehghan, M., et.
al., (2021) sebanyak 38% pesakit kanser mengalami anxiety tahap sederhana dan teruk
berdasarkan simptom fizikal. Manakala, lebih membimbangkan apabila sebanyak
61.4% pesakit didapati mengalami anxiety tahap sederhana dan teruk berdasarkan
Corona Disease Anxiety Scale (CDAS). Peratusan yang tinggi ini tidak boleh
diabaikan kerana akan menjejasakan kualiti hidup pesakit kanser tersebut dan keluarga
mereka. Di samping fokus terhadap kesihatan pesakit kanser, kesihatan perawat
kesihatan dan penjaga tidak formal juga perlu dititik beratkan kerana mereka juga
terdedah dengan ‘burnout’ akibat stres perawatan dan penjagaan pesakit yang
berpanjangan, (Amiel, G. E., & Ulitzur, N., 2020; Dhavale, P., Koparkar, A., &
Fernandes, P., 2020; Ferrell, B. R. et. al., 2020). Tambahan pula, dalam suasana
Covid-19 ini memerlukan langkah penjagaan dan rawatan yang lebih ketat. Kesihatan
penjaga dan perawat amat penting kerana turut mempengaruhi kecekapan mereka
merawat dan kadar kesembuhan pesakit. Masyarakat awam juga sebenarnya tidak
terkecuali daripada simptom anxiety dan ‘burnout’ seperti pesakit dan mereka yang
terlibat dalam penjagaan pesakit (Mohd Zain, M., & Ismail, M. A., 2020).

Bertitik tolak daripada itu, masyarakat terutamanya keluarga pesakit kronik
seperti kanser perlu membina ketahanan diri yang mantap untuk menangani situasi
mencabar sebegini iaitu berdepan dengan risiko wabak dan cabaran menangani kanser
(Cheung, A. T. et.al., 2020). Kajian Bekui, B. A., (2020) menunjukkan bahawa
kesejahteraan psikologi dan spiritual individu boleh terjejas apabila terdapat ahli
keluarga yang menghidap sakit kronik seperti kanser. Seterusnya, hasil kajian tersebut
juga memberi satu indikator yang penting iaitu penjaga utama pesakit kanser kanak-
kanak banyak bergantung dengan kepercayaan agama dan amalan kerohanian untuk
meningkatkan harapan dan penghayatan spiritual terhadap tujuan hidup mereka. Ini
kerana, Covid-19 dan kanser merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa
terutamanya bagi golongan yang berisiko. Jadi, bagaimanakah ilmu Psikospiritual
Islam dapat membantu masyarakat khususnya keluarga pesakit kanser dalam membina
ketahanan (resilience) fizikal, mental, sosial dan spiritual dalam suasana pandemik
yang dialami sekarang?

53

METODOLOGI

Kajian kualitatif ini menggunakan empat kata kunci utama iaitu Covid-19, kanser
(cancer), Psikospiritual Islam (Islamic Psychospiritual) dan resilience dalam mencari
sorotan literatur. Kebanyakan data kajian terkini berkaitan dengan isu Covid-19
diperoleh daripada enjin pencarian WoS dan Scopus sejak tahun 2020 sehingga 2021.
Di samping itu, data juga diambil berdasarkan temu bual dan mesej melalui aplikasi
WhatsApp bersama penjaga kanak-kanak kanser yang mendapatkan rawatan anak
mereka di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sorotan literatur berkaitan
Psikospiritual Islam pula diambil daripada kitab-kitab agama dan buku terkini.
Kesemua data dianalisis secara deskriptif oleh pengkaji.

HASIL DAN PERBINCANGAN

Cabaran COVID-19 Kepada Keluarga dan Pesakit Kanser

Menurut kajian terkini, impak Covid-19 bagi penjaga kanak-kanak kanser survivor
ialah penangguhan temu janji rawatan, kekangan kewangan, anxiety, insomnia dan
kurang mendapat sokongan sosial (Wimberly, C. E., et.al., 2021), rasa bersalah kerana
tidak dapat memenuhi keperluan pesakit disebabkan masalah kewangan dan kesihatan
fizikal penjaga pesakit semakin merosot. Manakala, dari sisi pesakit pula, mereka
makin terasa dengan pengasingan diri (isolasi) yang berpanjangan serta bimbang jika
tidak dapat menjalani rawatan dengan sempurna sehingga memburukkan lagi keadaan
kesihatan mereka (Dhavale, P., Koparkar, A., & Fernandes, P., 2020).

Berdasarkan temubual dan mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan
beberapa orang ibu bapa kanak-kanak kanser yang mendapatkan rawatan anak mereka
di Pusat Perubatan Universiti Malaya, terdapat dua persepsi yang berbeza yang dapat
disimpulkan. Pertama, pandemik Covid-19 merupakan rahmat bagi keluarga mereka
kerana apabila kerja boleh dilakukan secara dalam talian atau online, mereka dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rawatan kanser anak. Selain itu,
peningkatan kesedaran masyarakat untuk menjaga kesihatan dan kebersihan serta
Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa di seluruh negara meminimakan
aktiviti sosial termasuklah menziarahi pesakit sebenarnya secara tidak langsung
membantu mengurangkan risiko jangkitan yang tidak diingini terhadap anak mereka.
Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan dilema untuk mengelakkan risiko
jangkitan yang tidak diingini atau menjaga hati keluarga dan kenalan yang ingin
datang menziarahi anak mereka (Kassim, I., temubual 28 Ogos 2021; Syed, S.,
temubual 25 Ogos 2021).

Di samping itu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, isolasi sosial yang
perlu dipraktikkan oleh segenap warganegara bagi membendung penularan wabak
Covid-19 secara tidak langsung membuatkan pesakit kanser sekeluarga tidak berasa
bersendirian menghadapi situasi tersebut (Yahya, R., temubual 28 Ogos 2021;
Kassim, I., 2021; Syed, S., 2021). Walau bagaimanapun, sebagai makhluk sosial,
pesakit, penjaga atau sesiapa sahaja yang lama berkurung, tidak keluar rumah dan
tidak bersosial tetap berisiko untuk mengalami kebimbangan (anxiety) dan kesedihan
(depression) dalam menghadapi situasi ini (Wimberly, C. E., et.al., 2021; Rosa, W.,
et.al., 2021; Coppola, I., Rania, N., Parisi, R., & Lagomarsino, F., 2021). Seharusnya,

54

masyarakat perlu lebih cakna terhadap keluarga pesakit kronik seperti kanser dan
memberi sokongan mengikut cara yang sesuai kerana sebanyak 11% penjaga kanak-
kanak kanser menghadapi masalah tidur yang tidak berkualiti dan kekurangan akses
bagi mendapatkan sokongan sosial (Wimberly, C. E., et.al., 2021). Oleh itu, dalam
suasana pandemik yang tidak dibenarkan untuk berkumpul beramai-ramai dan perlu
mengamalkan penjarakan fizikal, masyarakat digalakkan untuk tetap berhubung
dengan keluarga dan kenalan masing-masing menggunakan aplikasi media sosial bagi
mengekalkan silaturahim dan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat yang
tepat serta menyalurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan. Tambahan pula,
sokongan emosi dan sosial terutamanya daripada keluarga dan kenalan rapat
sememangnya amat diperlukan bagi pesakit kanser sekeluarga. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengelakkan mereka daripada berasa kesunyian, anxiety serta
depression.

Persepsi kedua pula ialah cabaran yang besar disebabkan mengalami
kekangan kewangan untuk membiayai rawatan dan kos sara hidup keluarga akibat
diberhentikan kerja serta sukar untuk mendapatkan kerja lain (Azmi, H., temubual 17
Mac 2021; Marambal, K., temubual 11 Mac 2021), tiada sumber pendapatan apabila
tempat kerja tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh PKP (Ghani, R., temubual 16
Mac 2021) dan masalah untuk mencari penjaga bagi anak kecil yang lain apabila
terpaksa bermalam di wad (Kassim, I., &Asmawi, A., temubual 28 Ogos 2021).
Apabila berlakunya situasi sebegini, ibu bapa terdedah dengan risiko keresahan dan
kebimbangan kerana perlu memikirkan kos rawatan, sara hidup dan kepentingan anak-
anak lain. Walaupun mereka menganggap situasi ini sebagai cabaran, para penjaga
tetap komited dan tidak patah semangat untuk memastikan rawatan kanser anak
mereka dapat berjalan lancar. Justeru sekali lagi, keluarga terdekat dan masyarakat
perlu menunjukkan keprihatinan dan sokongan kepada keluarga pesakit kanser dengan
memberikan bantuan sama ada dari segi tenaga mahupun kewangan mengikut
kemampuan masing-masing dengan tujuan dapat meringankan beban pesakit
sekeluarga.

Peranan Psikospiritual Islam Membentuk Ketahanan (Resilience)
Mendepani Pandemik

Psikospiritual Islam yang menjadi dasar kaedah Psikoterapi Islam merupakan suatu
disiplin ilmu yang menekankan aspek kerohanian dalam proses membangunkan jati
diri individu yang mantap serta merawat krisis jiwa yang dialami masyarakat (Syed
Muhsin, S. B., & Sa`ari, C. Z., 2015). Jika diteliti sejarah para nabi, sahabat dan para
salafus soleh, proses pembangunan dan perawatan jiwa yang berlandaskan amalan,
penghayatan dan perjuangan rohani telah berjaya membentuk peribadi yang unggul
serta memupuk ketenangan jiwa, membawa kemenangan dalam perjuangan dan
kebahagian dalam kehidupan mereka. Sehingga kini, unsur rohani atau spiritual kekal
sebagai faktor dorongan dalaman yang amat berpengaruh dalam kehidupan manusia
sejagat. Sebagai contoh, walaupun negara Barat dikenali sebagai negara sekular, aspek
penjagaan spiritual turut dititik beratkan dalam bidang kesihatan supaya pesakit yang
dirawat mendapat penjagaan yang sempurna. Ini kerana, model penjagaan spiritual
yang diperkenalkan mengintegrasikan aspek penjagaan holistik yang menekankan
kesimbangan elemen Bio-Psiko-Sosio-Spiritual bertepatan dengan unsur penciptaan
psikofizik manusia (Roman, N. V., Mthembu, T. G., & Hoosen, M., 2020).

55

Bekui, B. A., ( 2020) Konteks agama perlu diambil kira dalam sesuatu pelan
tindakan kerana majoriti populasi masyarakat di dunia berpegang pada agama. Agama
memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesihatan
masyarakat serta membantu seseorang membuat tafsiran yang positif (Toledano-
Toledano, F. et. al., 2021; Tan, M. M., Musa, A. F., & Su, T. T., 2021).) terhadap
makna sebuah kehidupan dan kematian. Agama dan spiritual ialah sumber yang
menjadi penghubung antara seseorang dengan Tuhan atau suatu kuasa besar yang
diyakini dapat membantu dirinya dalam kesusahan. Kekuatan hubungan tersebut
sekali gus, mempengaruhi kepercayaan, tingkah laku dan emosi individu. Oleh itu,
aspek spiritual mempunyai pengaruh yang sangat besar untuk membantu seseorang
mengatasi masalah yang dihadapi, membina ketahanan dalaman dan mencegah
seseorang daripada ‘burnout’ apabila menghadapi trauma dan perubahan drastik
dalam kehidupan (Roman, N. V., Mthembu, T. G., & Hoosen, M., 2020). Kesihatan
spiritual juga membantu mengurangkan risiko anxiety, depression dan terjejasnya
kualiti hidup (Dehghan, M., et. al., 2021). Dalam Islam, kepercayaan dan penyerahan
total seseorang hamba seperti yang disebutkan di atas dikenali sebagai tawakal.

Ghazali, A. H. (2010) Elemen tauhid iaitu meyakini sepenuhnya bahawa
Allah SWT sebagai sebaik-baik al-wakil merupakan asas tawakal. Sumber sahih
berdasarkan ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW juga merakamkan jaminan
bahawa seseorang individu yang bertawakal dengan sempurna akan dikurniakan jalan
keluar yang terbaik bagi setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya. Melalui usaha
dan tawakal yang mantap juga akan memberikan kesan fikiran yang positif dan
membuatkan hati menjadi lebih tenang untuk menghadapi sesuatu ujian yang dilalui.
Firman Allah SWT dalam surah at-Talaq ayat 2-3:

ُ‫ َّن َوٱَيلۡلَّرهَُز ۡ َٰقبَ ِلهُ ُغ ِمأَۡ ۡنم ِر َِهح ۡيۦُۚ ُثَق ۡدََل َج َي َع ۡحَلتَ ِٱسللَُّۚ ُبه‬٢ِ‫إ‬ ٓ‫َيَيتتََّ َوِق َّكٱۡلللَّهَ َع َلَي ۡىج َعٱلللَّ ِهلَّهُفَۥ ُه ََمو ۡخ ََحر ۡٗسجبُاهُُۚۥ‬ ‫َو َمن‬
‫َو َمن‬
٣ ‫ِل ُك ِل َش ۡي ٖء قَ ۡد ٗرا‬

Maksudnya:
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Seterusnya, menurut ajaran Islam, gandingan sabar dan syukur ialah salah
satu kayu ukur kesempurnaan iman seseorang dan merupakan aspek yang sangat
penting dalam kehidupan seharian. Dunia merupakan medan ujian untuk Allah SWT
mengukur ketulenan iman para hambaNya. Setiap mukalaf wajib bersabar dalam tiga
keadaan iaitu mentaati perintah Allah SWT, meninggalkan laranganNya serta bersabar
dengan musibah yang ditimpakan kepada dirinya Di samping itu, ujian dikatakan

56

daripada sebagai salah satu bentuk penzahiran kasih sayangNya kerana melalui ujian,
dosa seseorang itu akan diampunkan dan menjadi asbab dikurniakan rahmat apabila
seseorang hamba bersabar, reda dan bersyukur dengan takdir yang telah ditetapkan
untuk dirinya (Mandili, 1958). Allah SWT berfirman dalam ayat kedua Surah al-
Mulk:

٢ ‫ٱلَّ ِذي َخلَ َق ٱۡل َم ۡو َت َوٱۡل َح َي َٰوةَ ِليَ ۡبلُ َو ُك ۡم أَيُّ ُك ۡم أَ ۡح َس ُن َع َم ٗٗ ُۚل َو ُه َو ٱۡل َع ِزي ُز ٱۡل َغفُو ُر‬

Maksudnya:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara
kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal
kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

Di samping itu, bersyukur juga merupakan salah satu teknik berkesan untuk
menangani tekanan hidup serta meningkatkan tahap kesihatan mental. Ini kerana,
bersyukur dapat membantu mengurangkan simptom stress, anxiety dan depression.
Hal ini sekali gus, akan membentuk individu, masyarakat yang optimis dan suasana
persekitaran yang positif dan harmoni. (Barmania, S., & Reiss, M. J., 2020; Jans-
Beken, L., 2021). Amalan bersyukur hendaklah diterapkan bermula dari sekecil-kecil
perkara (Jans-Beken, L., 2021) bermula dari bangun tidur dengan mengucapkan lafaz
“alhamdulillah” sehinggalah sebesar-besar perkara seperti nikmat iman, Islam dan
kesihatan. Hakikatnya, walaupun dilihat kecil pada pandangan zahir, setiap perkara
yang berlaku adalah mengikut tadbir urus, kehendak dan kuasa Allah SWT dan wajib
disyukuri oleh setiap individu (Mandili, 1958). Sebenarnya, dengan memandang ujian
yang berlaku dari perspektif yang positif atau hikmah dapat memupuk rasa syukur
dalam diri seseorang individu. Hal ini sekali gus, membantu individu tersebut
memperoleh kesihatan mental serta dapat membina kekuatan dalaman (resilience)
untuk menangani cabaran hidup (Jans-Beken, L., 2021). Salah satu kaedah untuk
mendidik jiwa agar sentiasa bersabar dan bersyukur adalah dengan menulis jurnal
kesyukuran pada setiap hari (Jans-Beken, L., 2021). Kesabaran akan dapat
diperkukuhkan dengan melihat kejayaan dalam mengharungi setiap cabaran yang
telah dilalui. Manakala, kesyukuran pula dapat disemai dengan menghargai setiap
perkara atau urusan yang dipermudahkan dan menggembirakan hati pada setiap hari.
Justeru, elemen sabar dan syukur sangat penting dalam suasana pandemik ini
terutamanya bagi mereka yang melalui ujian yang berat seperti keluarga pesakit
kanser.

Cadangan Amalan Praktikal Psikospiritual Islam

Umum mengetahui bahawa penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan kerap
mencuci tangan merupakan antara langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan
Covid-19. Jika ditinjau dari perspektif Islam pula, tuntutan taharah atau kewajipan
bersuci mempunyai banyak hikmah dan sebagai salah satu cara untuk Allah SWT
menyempurnakan nikmat kepada para hambaNya. Sebagai contoh, amalan bersugi
amat dituntut oleh Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW bersabda:

57

‫ْوََل أ ْن أ ُش َّق ع َلى أُ َّمتي أ ْو علَى النَّا ِس َۡلَ َم ْرتُ ُه ْم بال ِس َوا ِك مع‬
‫ُك ِل َص َٗلة‬

Maksudnya:
“Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan
mereka bersiwak pada setiap sembahyang.”
(Hadith Riwayat Muslim, Hadith No. 252)

Selain itu, Rasulullah SAW juga mengamalkan bersugi sebelum menunaikan
solat tahajud atau selepas bangun tidur (Hadith Riwayat Muslim, Hadith No. 255) dan
sebelum memasuki rumah (Hadith Riwayat Muslim, Hadith No. 253). Maka amalan
bersugi atau memberus gigi juga merupakan amalan yang praktikal untuk
mengelakkan diri, keluarga dan pesakit daripada dijangkiti virus yang tidak diingini
ketika berada di luar rumah. Bersugi bukan sahaja berfungsi sebagai langkah menjaga
kebersihan dan kesihatan, meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan orang lain
selesa berinteraksi dengan kita malah serta yang paling utama dapat meraih reda Allah
SWT. Seseorang yang berjaya mendapat keredaan Allah SWT tentunya akan
memperoleh kehidupan yang sejahtera.

Seterusnya ialah berwuduk. Berwuduk bukan sahaja menjadi syarat sah ibadat
tertentu malah, amalan ringkas dan mudah ini dapat memberi kesan positif terhadap
fizikal, emosi dan spiritual individu. Berdasarkan kajian saintifik, berwuduk
merupakan salah satu hidroterapi yang dapat meningkatkan kualiti tidur seseorang dan
merawat masalah insomnia, menstabilkan tekanan darah sekali gus, memberi kesan
ketenangan emosi seseorang individu dan meningkatkan kesihatan mental seseorang
individu. Manakala, melalui doa yang diucapkan apabila membasuh anggota wuduk
pula akan meningkatkan penghayatan spiritual dan harapan seseorang terhadap rahmat
dan keampunan Allah SWT (Ibrahim, N. & Syed Mohideen, F. B., 2021). Ini kerana,
dosa-dosa kecil setiap anggota wuduk akan diampunkan setiap kali melakukan
basuhan. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk menyempurnakan wuduk supaya
beroleh manfaat zahir dan batin. Bagi individu, keluarga dan pesakit kanser yang
menghadapi gejala kelesuan, kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang tinggi,
insomnia dan keresahan emosi dan spiritual amat disarankan untuk sentiasa
mengekalkan wuduk masing-masing.

Di samping itu, solat amat ditekankan dalam Psikoterapi Islam kerana solat
merupakan tiang agama. Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk menunaikan solat
serta digalakkan untuk memperbanyakkan amalan solat sunat. Solat yang bermaksud
doa merupakan amalan zahir dan batin seseorang hamba dan Allah SWT memelihara
kesihatan jiwa dan fizikal manusia melalui solat. Solat berperanan sebagai makanan
rohani yang menjadi dasar pembentukan peribadi yang sempurna, senaman jasmani
yang berkesan untuk menstabilkan komposisi tubuh badan serta dapat menghindarkan
seseorang daripada mengalami masalah kecelaruan mental, (Moinuddin, A. A. G.;
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013 & Isa, R. M., 2014). Justeru, setiap individu
digalakkan untuk sentiasa meningkatkan kualiti solat agar sentiasa ikhlas, khusyuk
dan menyempurnakan pergerakan solat. Allah SWT juga menyeru manusia agar
meminta pertolongan dengan sabar dan melalui solat berdasarkan firmanNya dalam
Surah al-Baqarah ayat 45. Hal ini kerana, solat yang khusyuk mampu membuahkan
ketenangan hati dan menyihatkan jasmani melalui pergerakan solat yang memberikan

58

kesan relaksasi kepada tubuh manusia. Bukan itu sahaja, solat juga berfungsi sebagai
medium komunikasi seseorang hamba dengan penciptanya dan setiap bacaan atau doa
yang dilafazkan dalam solat merupakan terapi yang berkesan untuk merangsang
kesihatan mental dan psikologi manusia (Syukur, A., & Usman, F., 2012).

KESIMPULAN

Konklusinya, seluruh masyarakat terkesan dengan pandemik Covid-19 yang telah
berlarutan lebih dari setahun. Justeru, ilmu Psikospiritual Islam merupakan salah satu
ilmu yang praktikal dan sesuai bagi masyarakat awam termasuklah keluarga pesakit
kanser. Integrasi penekanan terhadap aspek zahir dan batin (spiritual) seperti
memupuk elemen tawakal, sabar, syukur, optimis serta penghayatan terhadap ibadah
zahir dilihat berpotensi untuk membina kekuatan semangat ahli keluarga serta pesakit
kanser untuk meneruskan usaha rawatan dan membentuk ketahanan (resilience)
fizikal, mental, sosial dan spiritual dalam suasana wabak. Walaupun amalan bersugi,
wuduk dan solat dilihat sebagai amalan zahir, ketiga-tiga amalan asas dan ringkas ini
mempunyai nilai spiritual yang tinggi apabila diniatkan dengan ikhlas sebagai ibadah
kepada Allah SWT dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Di samping itu, amalan
tersebut juga memberi kesan yang baik terhadap kesihatan fizikal manusia yang telah
terbukti secara saintifik. Akhir sekali, diharapkan agar masyarakat terus menjaga
hubungan silaturahim serta peka terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat
sekeliling agar kehidupan kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada pihak Universiti Malaya atas geran yang diperuntukkan oleh
Impact-Oriented Interdisciplinary Programme (IIRG) 2019-2021 (IIRG026B-2019)
serta peserta kajian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

RUJUKAN

Amiel, G. E., & Ulitzur, N. (2020). Caring for the Caregivers: Mental and Spiritual
Support for Healthcare Teams During the COVID-19 Pandemic and Beyond.
Journal of Cancer Education, 35(5), 839–840. https://doi.org/10.1007/s13187-
020-01859-2

Andersen, A. J., Mary-Krause, M., Bustamante, J. J. H., Héron, M., el Aarbaoui, T., &
Melchior, M. (2021). Symptoms of anxiety/depression during the COVID-19
pandemic and associated lockdown in the community: longitudinal data from
the TEMPO cohort in France. BMC Psychiatry, 21(1).
https://doi.org/10.1186/s12888-021-03383-z

’Attar, S. M. J., & al-Qushayrī, M. Ḥ. (2003). Sahih Muslim. Dar al-Fikr.
Barmania, S., & Reiss, M. J. (2020). Health promotion perspectives on the COVID-19

pandemic: The importance of religion. Global Health Promotion, 28(1), 15–
22. https://doi.org/10.1177/1757975920972992
Bekui, B. A., Aziato, L., Ohene, L. A., & Richter, M. S. (2020). Psychological and
spiritual wellbeing of family caregivers of children with cancer at a teaching
hospital in Ghana. International Journal of Africa Nursing Sciences, 13,
100231. https://doi.org/10.1016/j.ijans.2020.100231

59

Chen, B., Sun, J., & Feng, Y. (2020). How Have COVID-19 Isolation Policies
Affected Young People’s Mental Health? – Evidence from Chinese College

Students. Frontiers in Psychology, 11.

https://doi.org/10.3389/fpsyg.2020.01529

Cheung, A. T., Li, W. H. C., Ho, L. L. K., Chan, G. C. F., & Chung, J. O. K. (2020).

Health support to pediatric cancer survivors and their families during the
COVID‐19 pandemic. Pediatric Blood & Cancer, 67(11).

https://doi.org/10.1002/pbc.28441

Coppola, I., Rania, N., Parisi, R., & Lagomarsino, F. (2021). Spiritual Well-Being and

Mental Health During the COVID-19 Pandemic in Italy. Frontiers in

Psychiatry, 12. https://doi.org/10.3389/fpsyt.2021.626944

Dehghan, M., Namjoo, Z., Zarei, A., Tajedini, H., Bahrami, A., & Zakeri, M. A.

(2021). The Relationship between Coronavirus Anxiety, Mindfulness and

Spiritual Health in Patients with Cancer: A Survey in Southeast Iran.

Psychiatry Investigation, 18(5), 443–452.

https://doi.org/10.30773/pi.2020.0441

Dhavale, P., Koparkar, A., & Fernandes, P. (2020). Palliative care interventions from

a social work perspective and the challenges faced by patients and caregivers

during COVID-19. Indian Journal of Palliative Care, 26(5), 58.

https://doi.org/10.4103/ijpc.ijpc_149_20

Elengoe, A. (2020). COVID-19 Outbreak in Malaysia. Osong Public Health and

Research Perspectives, 11(3), 93–100.

https://doi.org/10.24171/j.phrp.2020.11.3.08

Falimbani, A. S., & Zamzam, A. F. (2015). Sairus-salikin. Khazanah Banjariah.

Ferrell, B. R., Handzo, G., Picchi, T., Puchalski, C., & Rosa, W. E. (2020). The

Urgency of Spiritual Care: COVID-19 and the Critical Need for Whole-Person
Palliation. Journal of Pain and Symptom Management, 60(3), e7–e11.

https://doi.org/10.1016/j.jpainsymman.2020.06.034

Fineberg, N., van Ameringen, M., Drummond, L., Hollander, E., Stein, D., Geller, D.,

Walitza, S., Pallanti, S., Pellegrini, L., Zohar, J., Rodriguez, C., Menchon, J.,

Morgado, P., Mpavaenda, D., Fontenelle, L., Feusner, J., Grassi, G., Lochner,
C., Veltman, D., . . . Dell’Osso, B. (2020). How to manage obsessive-
compulsive disorder (OCD) under COVID-19: A clinician’s guide from the

International College of Obsessive-Compulsive Spectrum Disorders (ICOCS)

and the Obsessive-Compulsive and Related Disorders Research Network

(OCRN) of the European College of Neuropsychopharmacology.

Comprehensive Psychiatry, 100, 152174.

https://doi.org/10.1016/j.comppsych.2020.152174

Ghazali, A. H. (2010). Kitab al-Tawhid wa al-Tawakkul. In A.-S. A. As-Sagharji
(Ed.), Ihya’ `Ulum al-Din (Vol. 5, pp. 475–567). Dar al-Fayha’.

Ibrahim, N. & Syed Mohideen, F. B. (2021). Pencegahan Penyakit Covid-19 Melalui
‘Amalan Mencuci Tangan’ Daripada Perspektif Hadith. Ulum

Islamiyyah, 33(1), 99-118. https://doi.org/10.33102/uij.vol33no1.197

Jans-Beken, L. (2021). A Perspective on Mature Gratitude as a Way of Coping With

COVID-19. Frontiers in Psychology, 12.

https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.632911

Al-Mandali, S. A. K. A. M. (1958). Penawar bagi hati. Matba`ah bin Halabi.

Mohd Zain, M., & Ismail, M. A. (2020). Islam & Pandemics Lessons from Covid-19.

Ikim.

60

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). Manual Kaunseling Syari’e. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.

Moinuddin, A. A. G., & Isa, R. M. (2014). Kitab ilmu perubatan kesufian. Thinker’s
Library.

Roman, N. V., Mthembu, T. G., & Hoosen, M. (2020). Spiritual care – ‘A deeper
immunity’ – A response to Covid-19 pandemic. African Journal of Primary
Health Care & Family Medicine, 12(1).
https://doi.org/10.4102/phcfm.v12i1.2456

Rosa, W., Dahlin, C., Battista, V., Finlayson, C., Wisniewski, R., Greer, K., & Ferrell,
B. (2021). Primary Palliative Care Clinical Implications: Oncology Nursing
During the COVID-19 Pandemic. Clinical Journal of Oncology Nursing,
25(2), 119–125. https://doi.org/10.1188/21.cjon.119-125

Syed Muhsin, S. B., & Sa`ari, C. Z. (2015). Kaedah Psikoterapi Islam Berasakan
Konsep Maqamat Abu Talib al-Makki. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syukur, A., & Usman, F. (2012). Terapi Hati. Penerbit Erlangga.
Tan, M. M., Musa, A. F., & Su, T. T. (2021). The role of religion in mitigating the

COVID-19 pandemic: the Malaysian multi-faith perspectives. Health
Promotion International. Published. https://doi.org/10.1093/heapro/daab041
Toledano-Toledano, F., Luna, D., Moral De La Rubia, J., Martínez Valverde, S.,
Bermúdez Morón, C. A., Salazar García, M., & Vasquez Pauca, M. J. (2021).
Psychosocial Factors Predicting Resilience in Family Caregivers of Children
with Cancer: A Cross-Sectional Study. International Journal of Environmental
Research and Public Health, 18(2), 748.
https://doi.org/10.3390/ijerph18020748
Wimberly, C. E., Towry, L., Caudill, C., Johnston, E. E., & Walsh, K. M. (2021).
Impacts of COVID‐19 on caregivers of childhood cancer survivors. Pediatric
Blood & Cancer, 68(4). https://doi.org/10.1002/pbc.28943

61

Keefektifan Psikoterapi Spiritual Bagi
Kesihatan Mental Penagih Dadah

HIELDA NOVIYANTY
ZAINAB ISMAIL

SALASIAH HANIN HAMJAH
ABU DARDAA MOHAMAD

Hielda Noviyanty, calon PhD. Fakulti Pengajian Islam, UKM, emel:
[email protected], Zainab Ismail, Prof. Dr. emel:
[email protected], Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr. emel:
[email protected], Abu Dardaa Mohamad, Dr., emel: [email protected]

ABSTRAK

Kesihatan mental merupakan kesejahteraan berfikir secara normal dan menjalani
seharian mampu mengolah setiap permasalahan dalam kehidupannya. ia pula menjadi
satu element penting yang ada pada diri setiap manusia. Manusia sememangnya
bersifat dinamis mampu melalui masalah yang datang silih berganti. Oleh itu ketika
mental seseorang bermasalah dan mengalami gangguan kecelaruan, seperti penagih
dadah maka diperlukan satu rawatan yang sesuai seperti psikoterapi spiritual.
Psikoterapi spiritual ialah satu rawatan bagi merawat sama ada mental dan fizikal
seseorang, termasuk kepada seseorang dengan gangguan kesihatan mental. kajian ini
bertujuan untuk (1) menghuraikan psikoterapi spiritual dan kesihatan mental penagih
dadah (2) menganalisis keberkesanan sejauh mana psikoterapi boleh efektif dalam
menangani masalah kesihatan mental. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
deskrptif untuk menjelaskan secara rinci mengenai psikoterapi dan kesihatan mental
penagih dadah. Reka bentuk kajian ini memilih analisis kandungan ini bertujuan untuk
meneroka keberkesanan psikoterapi spiritual bagi kesihatan mental penagih dadah.
Data diperolehi daripada kajian lepas melalui database Scholar, Clarivate, dan Scopus.
Hasil kajian ini mendapati rawatan psikoterapi mengikut tahap gangguan kesihatan
mental penagih dadah. begitupula keberkesanan psikoterapi spiritual tergantung
daripada tahap gangguan kesihatan mental penagih dadah dan proses pengamalannya.
Kajian ini memerlukan kajian lanjut untuk mendalami kesan daripada psikoterapi
spiritual bagi kesihatan mental penagih dadah.

Kata Kunci: Gangguan Mental, Kesihatan Mental, Psikoterapi Spiritual, Penagih
Dadah,

PENGENALAN

Kesihatan mental merupakan satu pondasi utama bagi kehidupan manusia. Ia menjadi
pusat berlakunya aktiviti seharian dalam sosial secara normal dan sejahtera. Secara
umum World Health Organization (2012) mendefinikan kesihatan mental sebagai

62

suatu kondisi sejahtera bebas daripada segala penyakit sama ada fizikal ataupun
spiritual yang sedar pada potensi dirinya. Kesihatan mental pula dimaknai sebagai
keadaan diri yang tenang, mandiri dan bebas dari situasi negative. Pada hakikatnya
keadaan mental yang sihat menunjukkan dari segi aspek kesihatan secara menyeluruh
terdapat perkembangan fizikal dan spiritual yang kuat dalam menjalani kehidupan.
Sebagaimana pandangan Daradjat, kesihatan mental melibatkan kondisi harmoni yang
menyumbang pada fungsi jiwa sehingga mampu memberi kebahagiaan sama ada
untuk diri sendiri dan orang lain (Mawangir 2015).

Pada masa sekarang ini, masalah kesihatan mental sangat membimbangkan.
Ini kerana pada dasarnya bahawa setiap individu dapat mengesan satu sama lain
sehingga mengesan pula pada sisi spiritual seseorang. Terbukti hampir 450 juta orang
mengalami masalah kesihatan mental dan tidak dapat meneruskan kehidupan
normalnya. World Health Organization mencatat pada tahun 2000 masalah kesihatan
mental meningkat setiap tahunnya sehingga pada tahun 2002 mencapai sehingga 13%
pada tahun 2017, seramai 10.7% atau 792 juta orang telah hidup dengan masalah
kesihatan mental (Our World in Data, 2018). Dimana data pada tahun 2017, jenis
masalah kesihatan mental tertinggi iaitu anxiety mencapai 284 juta orang,
kemurungan seramai 264 juta orang, seramai 46 juta orang mengalami bipolar dan 20
juta orang dengan skizofrenia. 15 juta orang hidup sebagai penagih dadah, dan
877.000 orang melakukan bunuh diri setiap tahunnya (World Health Organization
2018).

Berdasarkan jumlah masalah kesihatan mental yang mengalami peningkatan
setiap tahunnya semestinya mendapat perhatian lebih dari segi rawatan. Seseorang
dengan masalah kesihatan mental pula mengalami masalah di pesekitarannya. Dilihat
dari segi biologi, penagih dadah dengan gangguan mental mengalami masalah pada
syaraf otak. Penyalahgunaan dadah telah merosak cara system kerja neurotransmitter
sehingga mengalami gejala-gejala psikosis (Demyttenaere, & Van Duppen 2019;
Schooler 2020). Begitupula dari segi sosial pesakit selalu memilih sendiri dan menarik
diri daripada pesekitarannya, adanya bullying terhadap pesakit sehingga muncul
kemurungan, dan stigma masyarakat sehingga pesakit merasa putus asa dengan
rawatan yang dijalankan. Setiap orang menginginkan hal terbaik dalam kehidupannya,
dengan cara yang berbeza dan pemikiran yang berbeza pula. Begitupula bagi seorang
penagih dadah, Kesihatan mental penagih dadah seringkali kurang mendapat
perhatian. Seringnya penagih dadah yang mengalami masalah kesihatan mental
dianggap hal biasa dan hanya diberikan rawatan untuk pulih daripada mengambil
dadah. walaupun sebahagian telah pun diambil perhatian, namun masih belum merata
dan masih lagi banyak penagih dadah mengalami masalah kesihatan mental dan
disebabkan pula oleh penggunaan dadah.

Masalah kesihatan mental penagih dadah pula mengalami kendala mulai dari
segi rawatan hingga segi sosial seperti stigma masyarakat yang tidak menyokong
kesembuhan,. Dari segi rawatan, pesakit yang datang kebiasaannya hanya dianjurkan
untuk makan ubat sesuai anjuran psikiatris. Namun disisi lain pesakit justru
mengalami perasaan penat kerana tergantung kepada ubat. Hal ini dirasa tidak cukup
hanya dengan ubat-ubatan sahaja. Manakala dari segi sosial keadaan ini juga
mengesan keluarga pesakit dan orang-orang disekitarnya. Pesakit pula memilih untuk
menjauh dari kehidupan sosialnya dan keluarga yang justeru malah menyokong

63

keadaan tersebut. Padahal masalah kesihatan mental berkait rapat dengan masalah
spiritual. Oleh itu kajian ini meneroka keefektifan rawatan dari segi spiritual bagi
melengkapkan rawatan fizikal pesakit masalah kesihatan mental.

DAPATAN KAJIAN

Psikoterapi Spiritual dan Kesihatan Mental Penagih Dadah

Psikoterapi spirtitual merupakan satu rawatan jiwa melibatkan psikoanalisis untuk
mencapai kepulihan pesakit. Penglibatan psikoanalisis bagi memperolehi
kesejahteraan diri atas kesihatan pesakit (Buchanan, & Haslam 2019). Kajian
Kamenov, Twomey, Cabello, Prina dan Ayuso-Mateos (2016) membandingkan kesan
daripada intervensi psikoterapi dengan farmakoterapi, dimana kedua-dua intervensi
mempunyai kesan kesembuhan bagi penagih dadah dengan gangguan kesihatan
mental. Dalam hal ini psikoterapi memiliki keutamaan dalam kesan meningkatkan
kualiti diri pesakit dibandingkan dengan rawatan lain. Namun selain daripada
meningkatkan kualiti diri pesakit, psikoterapi justeru memiliki keunggulan lain dalam
menangani pemulihan pesakit apabila melibatkan spiritual didalamnya.

Sebagaimana kajian Yono, Rusmana dan Noviyanty (2020) mendapati
psikoterapi spiritual mampu membangun potensi dalam diri pesakit sehingga
meningkatkan kemampuan diri pesakit sehingga mempengaruhi cara bertindak dan
berfikir positif pesakit. Begitupula selain meningkatkan kualiti diri, gabungan rawatan
psikoterapi dengan spiritual merupakan satu intervensi yang dapat menumbuhkan
kepercayaan diri serta kesihatan fizikal dan spiritual pesakit (Sharifah Basirah
2015;Rajab, & Saari 2017). Hal ini kerana psikoterapi spiritual memiliki keutamaan
dalam memperbaiki mental yang bermasalah. Sebagaimana pandangan Said Hawwa
(2005) mengenai konsep tazkiyatun nafs yang berkaitan dengan rawatan jiwa iaitu
proses peralihan jiwa dari kotor menjadi suci bersih.

Dengan begitu bagi mendapati kesan daripada keutamaan psikoterapi spiritual
dengan konsep tazkiyatun nafs, perlu adanya keseimbangan antara praktikal dan
secara rohaninya (Zarrina, & Zaini 2016). Sebagaimana pandangan al Ghazali dalam
(Dardaa Mohamad, Hanin Hamjah & Irdha Mokhtar 2017) berkait tazkiyatun nafs
ialah upaya membersihkan jiwa melalui proses dengan beberapa tahap iaitu
mujahadah al-nafs (takhalli), dan diisi dengan perbuatan baik dan ibadah melalui
riyadah al nafs(tahalli) serta disusuli dengan kesabaran dalam menjalani praktikal.
Oleh itu psikoterapi spiritual merupakan satu upaya pengubatan yang mengesan
samada spiritual dan fizikal bagi pesakit khasnya penagih dadah yang mengalami
gangguan kesihatan mental.

Seterusnya dadah merupakan salah satu punca daripada berlakunya masalah
kesihatan mental. Kesan daripada dadah yang memunculkan gejala tarikan,
merosakkan syaraf-syaraf dalam tubuh khasnya pada otak. Sebaliknya diri yang tidak
sejahtera akibat masalah kesihatan mental menarik individu untuk mengambil dadah.
Jenis dadah cannabies kebanyakannya menyebabkan gangguan kesihatan mental.
Sebagaimana Birtel, Wood dan Kempa (2017) mendapati penyalahgunaan dadah
memberi risiko tinggi bagi mengalami masalah kesihatan mental. Oleh itu
kebiasaannya penagih dadah mula-mula akan mengalami gangguan mood. Bermula

64

dari tahap ringan, sedang hingga berat. Simptom-simptom yang muncul pada diri
penagih dadah pula pelbagai sama ada dari segi biologi, psychology, dan juga sosial.

Dari segi biology, ketagihan mengesan otak seseorang. Terdapat kajian yang
mengungkapkan dadah menghalang system kerja neurotransmitter. Begitu pula dadah
jenis mariyuana dan heroin memiliki kandungan hampir sama dengan
neurotransmitter untuk mengaktifkan neuron dalam otak (Burkholder, 2021). Sedikit
proses yang berlaku pun telah mengesan system otak sehingga berdampak pada
masalah kesihatan mental, bermakna bagi penagih yang mengambil dadah dengan
pelbagai jenis atau tempoh masa panjang boleh mendapat keterukan symptom
gangguan mental. Sebagaimana kajian yang dilakukan di Amerika mendapati masalah
kesihatan mental sebahagian besar berlaku disebabkan dadah dengan jenis opioid
(Davis et al. 2017). Keadaan ini justeru berdampak pada perubahan berfikir, perilaku,
dan system kerja tubuh lainnya.

Dari segi psychologi, perubahan perilaku, cara berfikir, dan cara bicara yang
tidak dapat difahami atau tidak dapat memahami lawan bicara, menjadi satu hal yang
mudah untuk mengenal pasti symptom gangguan mental pada penagih dadah
(Mohammadi et al. 2017). kecelaruan berfikir menyebabkan perubahan perilaku yang
tidak biasa, terkadang berlaku diluar kesedaran. Hal ini boleh menyebabkan
munculnya symptom psikotik. sebagaimana kajian Saunders (2017) mendapati kondisi
comorbid ini justeru mempersulit pesakit untuk memperoleh kesembuhan. Seterusnya
dari segi sosial, pesakit gangguan mental selalunya menarik diri dari pesekitaran.
Rendah kualiti hidup pesakit telah merubah pemikiran dan perilaku dengan memilih
untuk mengurung diri. Sebagaimana kajian (Kavanagh et al. 2020) dalam kajiannya
mendapati seseorang dengan gangguan kesihatan mental mempunyai kualiti hidup
yang rendah. Hal ini menimbulkan isu stigma dikalangan masyarakat dan pesekitaran.

Pandangan negative terhadap pesakit masalah mental tidak membantu pesakit
dalam proses kesembuhannya. Malah stigma dan diskriminasi pula telah dilekatkan
pada diri seorang penagih dadah dengan masalah kesihatan mentalnya dimanapun
(Murney et al. 2020). Begitupula bagi penagih dadah yang mengalami masalah
kesihatan mental, stigma bagi mereka merupakan satu perkara yang menjauhkan
mereka daripada kehidupan sosialnya (Corrigan et al. 2017). Dengan begitu penagih
dadah dengan masalah kesihatan mental mesti mendapatkan pelayanan dari segi
rawatan dan sokongan masyarakat. Selain itu perbuatan bullying yang berlaku
terhadap pesakit semakin menurunkan keyakinan pesakit utnuk memperoleh
kesembuhan (Ford et al. 2017;Extremera et al. 2018). Keadaan ini boleh menimbulkan
isu bunuh diri yang banyak berlaku akhir-akhir ini disebabkan perbezaan tahap-taha
gangguan yang dialami oleh pesakit (Becker, Holdaway & Luebbe 2018).
Sebagaimana kajian Hester (2017) perbuatan bunuh diri pula dapat berlaku
disebabkan lambat mendapatkan rawatan atau kurangnya akses peskait untuk
mendapat bantuan awal daripada gangguan.

Psikoterapi Spiritual Bagi Masalah Kesihatan Mental Penagih Dadah

Psikoterapi spiritual terhadap masalah kesiahatan mental penagih dadah merupakan
perkara yang diperlukan dalam proses rawatan. Hal ini disebabkan adanya domain
spiritual dalam setiap diri manusia. Psikoterapi spiritual ialah satu rawatan jiwa yang

65

bertujuan untuk memperolehi ketenangan dan kesihatan pada jiwa manusia. Kerana
psikoterapi spiritual merupakan taskiyatu nafs, mensucikan jiwa dengan amalan-
amalan yang merujuk kepada al Qur’an dan Hadith. Sebagaimana pandangan al
Ghazali dalam kajian Salasiah Hanin Hamjah (2016) membersihkan jiwa dengan
selalu bermujahadah, merupakan salah satu cara untuk melawan segala unsur
keburukan dalam diri sehingga memperolehi ketenangan jiwa. Ini bermakna adanya
ketenangan dan bersihnya jiwa mampu meningkatkan kesihatan mental seseorang.

Sebagaiman kajian Yono, Rusmana dan Noviyanty (2020) mendapati
psikoterapi spiritual bagi masalah kesihatan mental memberi kesan positif bagi sama
ada kesembuhan ataupun proses pemulihan. Begitu pula Mas’udi (2017) menguatkan
kesan terapi Quran bagi kesembuhan penagih dadah yang mengalami masalah
kesihatan mental mampu mengarahkan pesakit untuk dapat mengawal diri daripada
gangguan psikotik. Selaras dengan kajian tersebut Purnamasari (2019) dalam
kajiannya mendapati psikoterapi dengan tasawuf memberikan impak pada perubahan
kualitas kehidupan pesakit. Berdasarakan kajian (Wazir, Abur, Norsaleha, Suriani,
Abdul dan Syamim (2020) yang mengambil pandangan al Ghazali mendapati
psikoterapi spiritual mampu mengesan perasaan rasa percaya diri, mandiri dan mampu
mengawal diri daripada dadah terhadap kesihatan mental penagih dadah. Hal ini
menjadi satu dapatan kajian yang memberi impak positif bagi penagih dadah.

Begitu pula terdapat impak positif psikoterapi spiritual terhadap gangguan
keresahan atau anxiety yang berlaku pada penagih dadah. anxiety merupakan satu
gejala psikosis perasaan takut yang muncul secara tiba-tiba. Oleh itu psikoterapi
spiritual diperlukan bagi cara memulihkan pesakit. Sebagaimana kajian Noviyanty
dan Zainab Ismail (2020) mendapati psikoterapi spiritual berkesan bagi kepulihan
penagih dadah dengan beberapa domain dalam prosesnya iaitu mandi awal pagi, solat
taubat, solat tahajud, zikir, terapi ruqyah. Kajian ini pula disokong oleh Wan Fatimah
dan Mohd Amin (2020) psikoterapi spiritual yang diterapkan kepada pesakit gangguan
anxiety pula menumbuhkan perasaan tenang disebabkan pendekatan ini sesuai bagi
spiritual penagih dadah. Secara teknikal psikoterapi spiritual dengan melakukan mandi
sebelum subuh, solat taubat, tahajud dan zikir merupakan 4 tahap yang memiliki kesan
kuat pada kesembuhan anxiety (Yono et al. 2020;Alawiyah, & Handayani 2019).

Selain itu psikoterapi spiritual pula memberi kesan positif kepada masalah
kesihatan mental penagih dadah seperti gangguan kemurungan. Mengikut kajian
Abdul Aziz, Amin, Zuraina, Noor (2020) mengemukakan komponen penting bagi
pesakit gangguan kemurungan dengan menerapkan kaedah solat, zikir, doa serta
amalan filantropi yang diikuti rasa redha bagi memperolehi kesejahteraan spiritual
penagih dadah. Begitu pula kajian Nadiea Ismail dan Salasiah Hanin Hamjah (2017)
mengemukakan proses tazkiyatun nafs dengan memfokuskan tiga proses iaitu
ma’rifah al-nafs, mujahadah al-nafs dan riyadah al-nafs untuk dapat mengawala diri
daripada gangguan kemurungan. Manakala kajian Abdullah dan Zaki (2020)
menyoroti kaedah rawatan Al-Tibb al-Nabawiy bagi gangguan kemurungan iaitu
dengan zikir, ayat-ayat ruqyah, ayat-ayat al Quran, makanan berkhasiat, tafakur,
menjaga solat dan amalan-amalan sunat sehingga memberi kesan maksimal bagi
kepulihan gangguan kemurungan.

66

Seterusnya masalah kesihatan mental bipolar pula dikesan pula berlaku
terhadap penagih dadah. oleh itu terdapat beberapa rawatan psikoterapi spiritual bagi
pesakit bipolar berdasarkan kajian-kajian lepas. Sebagaimana kajian Wardhani,
Prabowo dan Brilianti (2020) mendapati dengan Wardhani, Prabowo dan Brilianti
(2020) Amalan sunat tahajud menjadi salah satu cara yang dapat mengawal emosional
pesakit, disebabkan adanya ketenangan dan faedah daripada sonata tahajud itu sendiri
(Saputri, 2021). Adapun metode menceritakan kisah-kisah Nabi dan Rasul didapati
mampu membantu management mood pesakit (Afifah, 2020). Oleh itu mampu
mengelola hati dan fikiran penagih dadah dengan masalah kesihtan mental.

Begitu pula pada gangguan skizofrenia yang dialami penagih dadah, dapat
diatasi dengan penerapan psikoterapi spiritual sebagiamana mengikut beberapa kajian
lepas. Psikoterapi spiritual merupakan pelengkap bagi kesembuhan pesakit
skizofrenia. Selain dengan rawatan konvensional, rawatan psikoterapi spiritual pula
diterapkan bagi pesakit dengan melakukan terapi al Quran yang didapati mampu
menghilangkan segala hal negative dalam diri pesakit, menurunkan gejala psikosis,
dan memberi impak positif suasana hati (Rosyanti et al. 2018). Begitupula kajian
Suryani (2015) mengemukakan metode pengalihan untuk menghindari atau
mengurangi gejala psikosis halusinasi diterapkan beberapa kaedah dan diantaranya
ialah kaedah psikoterapi spiritual iaitu dengan terapi audio al-Quran, mendengarkan
ayat-ayat al Quran dengan menggunakan earphone. Hal ini dirasa mampu menurunkan
psikosis halusinasi atau bisikan, suara-suara yang mengganggu. Kajian ini selaras
dengan metode audio terapi al-Quran yang didapati memberikan ketenangan dan
menurunkan psikosis bagi pesakit (Nurajizah, 2017). Seterusnya spiritual care pula
menjadi bagian daripada psikoterapi spiritual yang ternyata mampu mengurangi
tingkat emosi skizofrenia dengan menerapkan zikir, doa, istigfar, terapi al-Quran,
terapi ruqyah syari (Rosyanti et al. 2018).

PERBINCANGAN KAJIAN

Psikoterapi spiritual merupakan satu rawatan jiwa dan juga melengkapi rawatan
konvensional bagi penagih dadah dengan masalah kesihatan mental. Rawatan
psikoterapi spiritual pula menjadi satu alternative bagi jiwa-jiwa yang didapati
mengalami masalah (Mardliyah 2016). Berdasarkan definisi psikoterapi spiritual, ia
bertujuan untuk membangkitkan potensi dalam diri pesakit, membersihkan jiwa dan
menjaga jiwa daripada perkara negative (Zarrina, & Zaini 2016). Oleh sebab itu
berdasarkan hasil keseluruhan pembahasan didapati kesihatan mental penagih terdapat
tiga aspek dalam melihat sisi penagih dadah dengan masalah kesihatan mental.
Antaranya dari segi psikologi, segi biologi dan segi sosial.

Dimana dari segi psikologi, kesan psikoterapi spiritual terhadap penagih dadah
gangguan masalah kesihatan mental mampu menurunkan tingkat tekanan psikologis
pesakit, meningkatkan kesejahteraan spiritual pesakit dengan diikuti rawatan yang
terus menerus (Captari et al. 2018). Kajian serupa pula dilakukan oleh Duke
University (2016) mendapati dampak daripada rawatan psikoterapi spiritual pula
meningkatkan kesabaran dalam diri pesakit, menumbuhkan kerendahan hati sehingga
mengesan perilaku positif dalam keseharian. Begitu pula rawatan dengan penglibatan
spiritual telah terbukti memberikan ketenangan dalam diri pesakit, menurunkan
tingkat emosional dan temperamental pesakit sehingga mampu mengawal diri ketika

67

menghadapi kehidupan sosialnya (Burke et al. 2017). Psikoterapi spiritual memiliki
kesan yang mampu mengubah dari segi dalaman pesakit. oleh itu kajian Griffiths,
Matthew, William, Brian, Robert, Katherine, Frederick, Mary dan Maggie (2018)
berusaha untuk menghadirkan spiritual dalam diri seseorang untuk dapat merasakan
ketenangan, kenikmatan alam semesta, dan merasakan menghadapi kematian.

Seterusnya dari segi biology penagih dadah yang mengalami gangguan
kesihatan mental perlahan mengalami perubahan pada meningkatnya kualiti hidup,
dengan sentiasa menjaga kesihatan fizikal (Gonçalves et al. 2017). Rawatan
psikoterapi spiritual dirasa tidak menjadikan pesakit takut disebabkan tidak terdapat
rasa sakit ataupun efek apapun bagi tubuh sehingga kajian Shoesmith, Awang,
Pauline, Ahmad, Nohayati, Beena dan Dawn (2018) mendapati keuntungan daripada
rawatan spiritual memberikan peluang kesembuhan lebih besar bagi penagih dadah
yang mengalami masalah kesihatan mental meskipun diperlukan masa yang lama.
Oleh itu dengan rawatan dari segi biologi dengan melibatkan psikoterapi spiritual,
terdapat motivasi dalam diri pesakit untuk mencapai kepulihan

Manakala dari segi sosial, rawatan psikoterapi spiritual secra signifikan
mampu memediasi antara masalah kesihatan mental yang dialami penagih dadah
dengan kesihatan mental dan juga kesehajteraan spiritual (Salman, & Lee 2019).
Dengan begitu pesakit dapat mengawal diri dan mampu mengatasi dirinya ketika
menghadapi masyarakat. Begitu pula kajian Paine, Steven, Elizabeth dan Petter
(2018) mendapati meningkatnya fungsi kesejahteraan pesakti sehingga mampu
berinteraksi dengan pesekitaran. Oleh itu keinginan untuk keluar daripada keadaan
sebagai penagih dadah dan mengalami masalah kesihatan mental adalah perkara yang
mesti mendapat sokongan daripada mana-mana pihak.

Berlakunya tiga aspek yang mengesan hilangnya minat pesakit kearah
kesembuhan maka dari hasil pembahasan keseluruhan yang membahas mengenai
psikoterapi spiritual didapati keefektifan rawatan psikoterapi spiritual. Terdapat
beberapa domain psikoterapi spiritual antaranya solat, solat taubat, solat tahajud,
terapi al-Quran, zikir, doa, dan mandi sebelum subuh. Domain-domain tersebut
mengikut jenis masalah kesihatan mental penagih dadah (Hazli Zakaria 2020). Jenis
masalah kesihatan mental anxiety, psikoterapi spiritual yang dapat diterapkan
antaranya solat-solat sunat seperti taubat, tahajud, mandi sebelum waktu subuh dan
zikir . Domain ini diterapkan sehingga pesakit merasakan sama ada gejala ataupun
gangguan kecemasan itu berkurang dan hilang walaupun perlahan.

Seterusnya gangguan kemurungan, berdasarkan hasil pembahasan daripada
kajian lepas didapati bahawa gangguan kemurungan dapat diatasi dengan kaedah
solat, zikir dan doa serta membaca ayat-ayat ruqyah, ayat al Quran, memakan
makanan berkhasiat, tafakur,mejaga solat dan mengalakan amalan-amalan sunat lain.
Hal ini dapat membantu pesakit untuk menurunkan kemurungan yang dialami
(Demyttenaere, & Van Duppen 2019). Dengan mengamalkan baca al Quran dan ayat
ruqyah dapat menghilangkan kesedihan dan memberi ketenangan dalam jiwa. Begitu
pula dengan gangguan bipolar, pada umumnya individu yang mengambil dadah
megnalami gangguan mood.

68

Oleh sebab itu mengikut kajian lepas bagi merawat gangguan bipolar dapat
melakukan psikoterapi spiritual dengan mengamalkan wudhu, hal ini pula berdasarkan
kepada tahap-tahap jenis bipolar. Oleh itu untuk rawatan gangguan bipolar diperlukan
tinjauan lebih lanjut. Selanjutnya gangguan skizofrenia, psikoterapi spiritual yang
diterapkan lebih kepada audio al Quran iaitu dengan mendengarkan ayat-ayat al Quran
hal ini dilakukan untuk mengalihkan suara-suara yang mengganggu atau halusinasi
ketika gangguan itu datang (Rosyanti et al. 2018). Selain itu juga pada ketika pesakit
tengah dalam kondisi sedar dapat mengamalkan zikir, doa, memperbanyak istigfar dan
membaca al Quran.

Beberapa tahap dalam psikoterapi spiritual diterpakan kepada pesakit masalah
kesihatan mental khasnya penagih dadah mengikut tahap-tahap penyakit mentalnya.
Walaupun begitu rawatan psikoterapi spiritual ialah fleksibel dapat diterapkan oleh
semua jenis masalah kesihatan mental. Namun rawatan ini tetap diikuti dengan
rawatan konvensional sehingga memperoleh kesembuhan yang maksima. Kajian ini
masih lagi memerlukan tinjauan lebih dalam dan kajian lebih lanjut mengenai tahap-
tahap dalam masalah kesihatan mental secara spesifik.

KESIMPULAN

Dari keseluruhan bahawa psikoterapi spiritual pada dasarnya memiliki keefektifan
dalam merawat masalah kesihatan mental penagih dadah. masalah yang melibatkan
jiwa memerlukan rawatan yang juga berkaitan dengan kejiwaan. Dengan begitu
pesakit tidak hanya akan mendapatkan kesihatan dari segi fizikal tetapi juga dari segi
spiritual.

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Universiti
Kebangsaan Malaysia atas geran yang diperuntukkan untuk projek “Kesihatan Mental:
Punca Tahap Mudarat dan Hukum Taklifi” (PP-2021-001), 23 Disember 2020 – 31
Disember 2021 yang diketuai oleh Profesor Dr. Zainab Ismail dan saya (Hielda
Noviyanty) sebagai Pembatu Penyelidik.

RUJUKAN

Abdul Aziz, A. R., Shafie, A. A. H., Ali, Z. & Dzainal, N. D. S. 2020. Pengamalan
Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 31–44.
doi:10.47405/mjssh.v5i12.593

Abdullah, W. H. W. & Zaki, H. 2020. Depression Symptoms : Methods of Treatment
Through Al-Tibb Al-Nabawi Medicine 21(3), 215–234.

Afifah, D. 2020. Pendekatan Konseling Islami Pada Gangguan Mood Dengan
Menggunakan Teknik Pemberian Kisah Nabi dan Rasul. Academia,.

Alawiyah, D. & Handayani, I. 2019. Penanaman Nilai Spiritual dalam Dimensi
Psikoterapi Islam di PP. Rehabilitasi Salafiyah Syafi’iyah Nashrun Minallah.
KONSELI: Jurnal Bimbingan dan Konseling (E-Journal), 6(1), 23–32.

69

doi:10.24042/kons.v6i1.4073
Becker, S. P., Holdaway, A. S. & Luebbe, A. M. 2018. Suicidal Behaviors in College

Students: Frequency, Sex Differences, and Mental Health Correlates Including
Sluggish Cognitive Tempo. Journal of Adolescent Health, 63(2), 181–188.
doi:10.1016/j.jadohealth.2018.02.013
Birtel, M. D., Wood, L. & Kempa, N. J. 2017. Stigma and social support in substance
abuse: Implications for mental health and well-being. Psychiatry Research,
252(c), 1–8. doi:10.1016/j.psychres.2017.01.097
Buchanan, R. & Haslam, N. 2019. Psychotherapy (The Development of
Psychotherapy in the Modern Era) (July).
Burke, A., Lam, C. N., Stussman, B. & Yang, H. 2017. Prevalence and patterns of use
of mantra, mindfulness and spiritual meditation among adults in the United
States. BMC Complementary and Alternative Medicine, 17(1), 1–18.
doi:10.1186/s12906-017-1827-8
Burkholder, T. & Burkholder, T. 2021. Research Commons at Kutztown University
Drug Addiction & Mental Health Drug Addiction & Mental Health.
Captari, L. E., Hook, J. N., Hoyt, W., Davis, D. E., McElroy-Heltzel, S. E. &
Worthington, E. L. 2018. Integrating clients’ religion and spirituality within
psychotherapy: A comprehensive meta-analysis. Journal of Clinical Psychology,
74(11), 1938–1951. doi:10.1002/jclp.22681
Corrigan, P. W., Schomerus, G., Shuman, V., Kraus, D., Perlick, D., Harnish, A.,
Kulesza, M. et al. 2017. Developing a research agenda for reducing the stigma of
addictions, part II: Lessons from the mental health stigma literature. American
Journal on Addictions, 26(1), 67–74. doi:10.1111/ajad.12436
Dardaa Mohamad, A., Hanin Hamjah, S. & Irdha Mokhtar, A. 2017. Konsep Tazkiyah
al-Nafs Menurut al-Harith bin Asad al-Muhasibi The Concept Of Tazkiyah al-
Nafs According To al-Harith Bin Asad al-Muhasibi. Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah, 4(1), 115–125.
Davis, M. A., Lin, L. A., Liu, H. & Sites, B. D. 2017. Prescription opioid use among
adults with mental health disorders in the United States. Journal of the American
Board of Family Medicine, 30(4), 407–417. doi:10.3122/jabfm.2017.04.170112
Demyttenaere, K. & Van Duppen, Z. 2019. The Impact of (the Concept of) Treatment-
Resistant Depression: An Opinion Review. International Journal of
Neuropsychopharmacology, 22(2), 85–92. doi:10.1093/ijnp/pyy052
Duke University. 2016. Exploring research on religion, spirituality and health,
Crossroads. Crossroads, 1(4), 1–4.
Extremera, N., Quintana-Orts, C., Mérida-López, S. & Rey, L. 2018. Cyberbullying
victimization, self-esteem and suicidal ideation in adolescence: Does emotional
intelligence play a buffering role? Frontiers in Psychology, 9(MAR), 1–9.
doi:10.3389/fpsyg.2018.00367
Ford, R., King, T., Priest, N. & Kavanagh, A. 2017. Bullying and mental health and
suicidal behaviour among 14- to 15-year-olds in a representative sample of
Australian children. Australian and New Zealand Journal of Psychiatry, 51(9),
897–908. doi:10.1177/0004867417700275
Gonçalves, J. P. D. B., Lucchetti, G., Menezes, P. R. & Vallada, H. 2017.
Complementary religious and spiritual interventions in physical health and
quality of life: A systematic review of randomized controlled clinical trials. PLoS
ONE, 12(10), 1–21. doi:10.1371/journal.pone.0186539
Griffiths, R. R., Johnson, M. W., Richards, W. A., Richards, B. D., Jesse, R.,

70

MacLean, K. A., Barrett, F. S. et al. 2018. Psilocybin-occasioned mystical-type
experience in combination with meditation and other spiritual practices produces
enduring positive changes in psychological functioning and in trait measures of
prosocial attitudes and behaviors. Journal of Psychopharmacology, 32(1), 49–69.
doi:10.1177/0269881117731279
Hawwa, S. 2005. Tazkiyatun Nafs. Pena Pundi Aksara.
Hazli Zakaria. 2020. Buku panduan kesihatan mental. Malaysian Psychiatric
Association, 48. Retrieved from
https://www.myhealthmylife.com.my/sites/default/files/2020-
09/Mental_Health_Booklet%28MLY%29.pdf
Hester, R. D. 2017. Lack of access to mental health services contributing to the high
suicide rates among veterans. International Journal of Mental Health Systems,
11(1), 4–7. doi:10.1186/s13033-017-0154-2
Ismail, N. B. & Hamjah, S. H. 2017. Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs dalam
Menghadapi Postpartum Depression: Satu Analisis Literatur. Fikiran
Masyarakat, 5(3), 132–138. Retrieved from
http://kemalapublisher.com/index.php/fm/article/view/267/pdf_53
Kamenov, K., Twomey, C., Cabello, M., Prina, A. M. & Ayuso-Mateos, J. L. 2016.
The efficacy of psychotherapy, pharmacotherapy and their combination on
functioning and quality of life in depression: A meta-analysis. Psychological
Medicine, 47(3), 414–425. doi:10.1017/S0033291716002774
Kavanagh, B. E., L.Stuart, A., Berk, M., Turner, A., Dean, O. M., Pasco, J. A.,
Jackson, H. J. et al. 2020. Personality Disorder Increases Risk of Low Quality of
Life among Women with Mental State Disorder. Comprehensive Psychiatry, 102,
1–6.
Mardliyah, D. A. 2016. TERAPI PSIKOSPIRITUAL DALAM KAJIAN SUFISTIK
XIV.
Mas’udi. 2017. Terapi Qur ’ ani Bagi Penyembuhan Gangguan Kejiwaan ( Analisis
Pemikiran Muhammad Utsman Najati tentang Spiritualitas al-Qur ’ an bagi
Penyembuhan Gangguan Kejiwaan ). Penelitian STAIN Kudus, 8(1), 133–150.
Mawangir, M. 2015. Zakiah Daradjat dan Pemikirannya Tentang Peran Pendidikan
Islam Dalam Kesehatan Mental. Jurnal Ilmu Agama: Mengkaji Doktrin,
Pemikiran, dan Fenomena Agama, 16(2), 1–15.
Mohammadi, M. R., Salmanian, M., Ghobari-Bonab, B. & Bolhari, J. 2017. Spiritual
psychotherapy for adolescents with conduct disorder: Designing and piloting a
therapeutic package. Iranian Journal of Psychiatry, 12(4), 255–261.
Murney, M. A., Sapag, J. C., Bobbili, S. J. & Khenti, A. 2020. Stigma and
discrimination related to mental health and substance use issues in primary health
care in Toronto, Canada: a qualitative study. International Journal of Qualitative
Studies on Health and Well-being, 15(1). doi:10.1080/17482631.2020.1744926
Noviyanty, H. & Ismail, Z. 2020. Pendekatan Psikoterapi Spiritual Dalam kaunseling
Pemulihan Penagih Dadah di Padepokan As Syifa Bogor. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Paine, D. R., Sandage, S. J., Ruffing, E. G. & Hill, P. C. 2018. Religious and Spiritual
Salience, Well-Being, and Psychosocial Functioning Among Psychotherapy
Clients: Moderator Effects for Humility. Journal of Religion and Health, 57(6),
2398–2415. doi:10.1007/s10943-018-0612-4
Purnamasari, E. 2019. Psikoterapi dan Tasawuf Dalam Mengatasi Krisis Manusia
Modern. El-Afkar: Jurnal Pemikiran Keislaman dan Tafsir Hadis, 8(2), 89–102.

71

Rajab, K. & Saari, C. Z. 2017. Islamic psychotherapy formulation: Considering the
Shifaul Qalbi Perak Malaysia psychotherapy model. Indonesian Journal of Islam
and Muslim Societies, 7(2), 175–200. doi:10.18326/ijims.v7i2.175-200

Rosyanti, L., Hadju, V., Hadi, I. & Syahrianti, S. 2018. Tinjauan Sistematis
Pendekatan Terapi Spiritual Alquran pada Pasien Skizofrenia. Health
Information : Jurnal Penelitian, 10(1), 51–64. doi:10.36990/hijp.v10i1.103

Salman, A. & Lee, Y. H. 2019. Spiritual practices and effects of spiritual well-being
and depression on elders’ self-perceived health. Applied Nursing Research, 48,
68–74. doi:10.1016/j.apnr.2019.05.018

Saunders, J. B. 2017. Substance use and addictive disorders in DSM-5 and ICD 10
and the draft ICD 11. Current Opinion in Psychiatry, 30(4), 227–237.
doi:10.1097/YCO.0000000000000332

Schooler, N. R. 2020. Persistent Negative Symptoms in Schizophrenia.pdf. Neuro,
519–534.

Sharifah Basirah, C. Z. S. 2015. Kaedah Psikoterapi Islam Berasaskan Konsep
Maqomat Abu Thalib Al-Mikki. Mahkota enterprise.

Shoesmith, W. D., Borhanuddin, A. F. B. A., Yong Pau Lin, P., Abdullah, A. F.,
Nordin, N., Giridharan, B., Forman, D. et al. 2018. Reactions to symptoms of
mental disorder and help seeking in Sabah, Malaysia. International Journal of
Social Psychiatry, 64(1), 49–55. doi:10.1177/0020764017739643

Suryani, S. 2015. A Critical Review of Symptom Management of Auditory
Hallucinations in Patient with Schizophrenia. Jurnal Keperawatan Padjadjaran,
v3(n3), 150–157. doi:10.24198/jkp.v3n3.3

Wan Yusoff, W. F. Z. & Mohd Amin, M. A. 2020. Kesan Terapi Spiritual Islam
Terhadap Kesihatan Rohani : Satu Tinjauan Kajian. Proceedings of the 7th
International Prophetic Conference, (October), 561–571.

Wardhani, I. K., Prabowo, A. & Brilianti, G. B. 2020. Efektifitas Terapi Spiritual
Wudhu Untuk Effectiveness of Spiritual Therapy for Ablution To Control
Emotion in Patient With Violent Behavior in Surakarta ’ S Psychiatric Hospital.
Trends of Nursing Science, (1), 74–78.

Wazir, R., Usman, A. H., Salleh, N. M., Sudi, S., Awang, A. H. & Rosmana, S. Z.
2020. Pencegahan dadah golongan berisiko menurut pendekatan psikospiritual
al-Ghazālī ( W . 505 H .) 5(2), 391–403.

World Health Organization. 2018. Mental Health Atlas. Geneva.
Yono, Y., Rusmana, I. & Noviyanty, H. 2020. Psikoterapi Spiritual dan Pendidikan

Islam dalam mengatasi dan menghadapi gangguan Anciety Disorder di saat dan
pasca Covid 19. SALAM: Jurnal Sosial dan Budaya Syar-i, 7(8).
doi:10.15408/sjsbs.v7i8.15801
Zarrina, C. & Zaini, N. A. 2016. TERAPI SPIRITUAL MELALUI KAEDAH
Tazkiyah Al-Nafs Oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili dalam Kitab Penawar
Bagi Hati. Afkar, 18, 35–72.

72

KEBAHAGIAAN SPIRITUAL MELALUI KONSEP TAWAKKAL
SEMASA PANDEMIK COVID-19

MOHD MANAWI MOHD AKIB
CHE ZARRINA SA’ARI

SHARIFAH BASIRAH SYED MUHSIN

*Dr. Mohd Manawi Mohd Akib, Pensyarah Universiti, Pusat Kajian Al-Quran dan Al-
Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, emel:
[email protected], Che Zarrina Sa’ari, Prof. Madya , Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, [email protected],
Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, [email protected].

ABSTRAK

Wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak 2019 hingga hari ini telah memberikan
kesan yang besar kepada negara, masyarakat dan individu. Pelbagai insiatif telah
dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani perkara ini khususnya dari sudut
keselamatan, kesihatan fizikal dan mental, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Namun,
masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di negara ini dilihat agak
merunsingkan dan perlu diberi perhatian serius ekoran laporan peningkatan kes bunuh
diri yang dilaporkan sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan masalah kemurungan
yang melibatkan hampir 500 ribu penduduk negara ini dan yang mengalaminya
termasuklah golongan remaja. Dalam disiplin keilmuan Islam, persoalan mental amat
sinonim dengan persoalan spiritual. Justeru, dengan menggunakan kaedah kualitatif,
artikel ini akan menjelaskan konsep kebahagiaan, konsep tawakkal menurut Islam dan
peranannya terhadap kebahagiaan spiritual. Artikel ini mendapati bahawa kefahaman
dan pengamalan kepada konsep tawakkal yang benar adalah sejajar dengan elemen
tauhid dan mampu memberi kesan yang positif kepada kebahagiaan dan kesihatan
seseorang khususnya dari sudut mental.

Kata kunci: Kebahagiaan, Spiritual, Tawakkal, Pandemik, Covid-19.

PENGENALAN

Keadaan pandemik Covid-19 telah memberi pelbagai kesan kepada masyarakat dalam
semua sektor seperti pendidikan, pekerjaan, kekeluargaan, ekonomi dan spiritual atau
mental. Namun, kesan terhadap kesihatan mental atau spiritual dilihat merupakan
impak yang besar daripada pandemik Covid-19 dan ia memakan masa yang lebih lama
untuk pulih. Keakuran kepada standard operating procedure (SOP) menyebabkan
sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental seperti
kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan stres yang melampau dan isolasi
daripada sokongan keluarga dan kenalan. Penyakit kemurungan ini berisiko kepada
tingkah laku bunuh diri sekiranya ia gagal dirawat dengan baik (KKM, 2021).

73

Hans Kluge, yang merupakan pengarah WHO Serantau Eropah menjelaskan
bahawa kesihatan mental harus dilihat sebagai hak asasi manusia dan perkhidmatan
sokongan psikologi yang lebih baik di sekolah, universiti, tempat kerja dan petugas
barisan hadapan perlu didorong dan diperkukuhkan bagi menampung akses kepada
rawatan melalui teknologi (Astro Awani, 2021). Namun, kebelakangan ini muncul
pelbagai jenis varian Covid-19 baru dari pelbagai negara agak membimbangkan
seperti Alpha dari United Kingdom, Beta dari Afrika Selatan, Delta dari India dan
Gamma dari Brazil. Namun varian yang mendominasi di Malaysia ialah varian mutasi
berganda atau Delta dari India berbanding varian Alpha dan Beta (Berita Harian,
2021). Ini menunjukkan rakyat Malaysia harus lebih komited dalam mengikuti SOP
yang telah ditentukan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Justeru, selain daripada garis panduan dan perkhidmatan sokongan yang telah
diusahakan oleh pihak berwajib seperti Talian Kasih, KSK-Care JAKIM, Befrienders
dan sebagainya (KKM, 2021), masyarakat juga perlu didedahkan dan dibekalkan
dengan persediaan spiritual yang baik dalam berhadapan dengan isu ini. Oleh itu,
artikel ini akan membincangkan dua perkaraa utama yang dilihat penting untuk
difahami oleh masyarakat iaitu kebahagiaan yang merupakan sebahagian daripada
perbahasan spiritual dan konsep tawakkal, seterusnya mengetahui hubungkait antara
konsep tawakkal dengan kebahagiaan spiritual. Semoga pemahaman berkaitan
tersebut dapat membantu masyarakat dalam berhadapan dengan segala perkara dan
rintangan yang ditempuhi dalam kehidupan khususnya dalam situasi pandemik Covid-
19 ini.

KEBAHAGIAAN SPIRITUAL DALAM ISLAM

Kebahagiaan merupakan perkara utama yang ingin dicapai oleh setiap manusia. Tiada
manusia yang tidak meletakkan kebahagiaan sebagai sasaran yang ingin dicapai dalam
kehidupannya. Setiap tingkah laku, usaha yang dilakukan seharian menunjukkan
bahawa manusia berusaha untuk menggapai kebahagiaan dalam kehidupan masing-
masing. Bagi orang yang beragama Islam, semestinya kebahagiaan di akhirat
dijadikan tujuan utama berbanding kebahagiaan di dunia. Namun pada masa yang
sama, kebahagiaan di dunia juga dituntut oleh agama Islam selaras dengan firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2: 201) iaitu;

‫َو ِم ۡن ُهم َّمن يَقُو ُل َربَّ َنآ َءا ِت َنا ِفي ٱل ُّد ۡن َيا َح َسنَ ٗة َو ِفي ٱ ۡۡلٓ ِخ َرةِ َح َس َن ٗة َوقِنَا َع َذا َب ٱلنَّا ِر‬

Bermaksud:
Di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Dan juga firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (: 77) iaitu;

… ‫ا‬ٞۖ َ‫ۖةَ َوََل تَن َس نَ ِصي َب َك ِم َن ٱل ُّد ۡني‬ٞ ‫َوٱ ۡبتَغِ ِفي َمآ َءاتَ َٰى َك ٱللَّهُ ٱل َّدا َر ٱ ۡۡلٓ ِخ َر‬

74

Bermaksud:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia…

Jika disoroti kedua-dua ayat tersebut, didapati bahawa agama Islam tidak
melarang umatnya mencari kenikmatan dunia bahkan menggalakkan umatnya agar
berusaha mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat bersandarkan kepada batasan
syariat yang telah ditetapkan seperti mencari harta yang halal dengan cara yang halal
dan berinfaq ke jalan Allah SWT (al-Suyuti, al-Mahalli, 2000)

Dalam perbahasan falsafah Islam, persoalan kebahagiaan disentuh di bawah
tema estatika (Imam, 1972; Mohd Manawi, 2018). Secara umumnya, terdapat dua
jenis nilai yang dibahaskan di bawah tema ini iaitu nilai mutlak dan nilai nisbi.
Perbahasan nilai mutlak (al-qiyam al-mutlaqah) iaitu suatu nilai yang disukai oleh
manusia kerana nilai itu sendiri (li dhatiha) tanpa terbatas oleh waktu dan tempat dan
manusia tidak suka berjauhan darinya, antaranya ialah nilai kebahagiaan. Dalam apa
jua keadaan sekalipun, sama ada kaya atau miskin, sihat atau sakit, lapang atau
sempit, setiap manusia mahukan kebahagiaan. Terdapat individu yang bahagia dalam
kehidupan yang kaya, sederhana dan miskin. Begitu juga dengan keadaan kesihatan,
terdapat individu sentiasa bahagia sama ada dia sihat atau sebaliknya. Ini
menunjukkan bahawa nilai kebahagiaan merupakan nilai mutlak yang sememangnya
disukai oleh manusia kerana nilai itu sendiri.

Berbeza dengan nilai nisbi (al-qiyam al-nisbiyyah) yang merupakan nilai yang
hanya disukai oleh manusia pada masa tertentu sahaja kerana terdapat tujuan yang
tertentu. Contohnya seorang pesakit yang mengambil ubat dengan dos yang ditetapkan
sebagai perantara baginya untuk sembuh. Maka nilai ubat tersebut hanyalah nilai nisbi
kerana nilainya bergantung kepada tujuan yang ingin dicapai dari pengambilan ubat
tersebut. Namun, nilai yang dibahaskan oleh failasuf ialah nilai mutlak sahaja kerana
nilai tersebut tetap disukai oleh manusia walaupun berubah tempat dan waktu (Imam,
1972; Mohd Manawi, 2018).

Begitu juga dengan pandangan salah seorang tokoh pemikir Islam iaitu Fakhr
al-Din al-Razi di mana beliau telah membuktikan bahawa kebahagiaan yang sebenar
ialah merujuk kepada kebahagiaan spiritual dan bukannya kebahagiaan berbentuk
fizikal dan jasadi. Al-Razi juga terlebih dahulu mengemukakan hujah yang
menjelaskan kekurangan yang terdapat dalam kebahagiaan jasadi sekaligus
membuktikan ia bukan kebahagiaan yang sebenar (Al-Razi, 1968; Mohd Manawi,
2018).

Beliau mengatakan tabiat manusia di dunia sememangnya cenderung kepada
menunaikan kehendak nafsunya dari sudut jasadi iaitu pemakanan, syahwat dan
pemilikan harta. Namun beliau menegaskan bahawa kelazatan jasadi tersebut
bukanlah kelazatan dan kebahagiaan yang paling sempurna. Terdapat kekurangan
pada kelazatan jasadi di mana ia bukanlah satu kelazatan pada zatnya, sebaliknya
hanya sekadar menghilangkan kesakitan seperti lapar, dahaga dan sebagainya dan ia
lebih banyak dikecap dengan sempurna oleh haiwan berbanding manusia. Perbuatan

75

dan amalan seperti menghabiskan waktu untuk mengecap kelazatan jasmani tidak
dipandang mulia, malah dianggap sebagai sesuatu yang memalukan dan menyebabkan
nilai dan kemuliaan seseorang semakin rendah. Semakin banyak usaha yang dilakukan
oleh manusia untuk mencapai kelazatan jasmani hanya akan menambahkan
kemudaratan kepada diri dan jasad (Al-Razi, 1968; Mohd Manawi, 2018).

Ini jelas menunjukkan bahawa kelazatan jasmani bukanlah pengukur kepada
kebahagiaan dan kemuliaan manusia. Sekiranya kelazatan jasmani dijadikan sebagai
kayu ukur, maka haiwan juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mendapat
kemuliaan yang setanding dengan manusia. Begitu juga jika dibandingkan dengan
malaikat, semestinya haiwan lebih mulia berbanding Malaikat kerana para Malaikat
tidak pernah mengecapi kelazatan jasmani.

Di samping itu, al-Razi juga menghuraikan bahawa kelazatan jasmani tidak
terlepas daripada pelbagai kecelaan dan kehinaan. Beliau membuktikan kecelaan dan
kehinaan kelazatan jasmani tersebut dari dua sudut, pertama, zatnya; dan kedua,
perkara-perkara yang melaziminya (Al-Razi, 1968; Mohd Manawi, 2018).

Bagi sudut pertama, terdapat dua hujah yang boleh dibawa.

i- Beliau menjelaskan bahawa hakikat kelazatan jasmani itu sebenarnya
adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanan tindakan itu
menghilangkan kesakitan seperti menghilangkan rasa lapar dan rasa
sakit menahan air kecil. Justeru, semakin tinggi rasa sakit itu, maka
semakin tinggi kelazatan yang dirasa apabila rasa sakit itu hilang. Ini
menunjukkan bahawa kelazatan itu terhasil ketika tertolaknya
kesakitan. Maka jelaslah bahawa perkara yang dianggap sebagai
kelazatan itu sebenarnya bukanlah dengan hakikatnya, malah ia
merupakan usaha untuk menghilangkan kesakitan. Oleh itu, jelaslah
bahawa kelazatan tersebut bukanlah suatu kebahagiaan dan
kesempurnaan.

ii- Beliau juga menjelaskan bahawa kelazatan jasadi itu bergantung
kepada sekuat mana hajat dan keinginan seseorang terhadapanya. Jika
seseorang diberikan sesuatu yang tidak bertepatan dengan
keinginannya, maka dia tidak akan mengendahkannya dan dia tidak
melihatnya sebagai suatu yang boleh diambil kelazatan baginya sama
ada kelazatan jasadi atau spiritual. Dalam hal ini, al-Razi memberi
contoh apabila diletakkan rantai berlian di hadapan seekor anjing, ia
tidak akan mengendahkannya kerana ia tidak mempunyai keinginan
dan hajat kepadanya. Sebaliknya apabila diletakkan tulang, maka ia
akan mendapatkannya, malah ia akan mempertahankannya sekiranya
terdapat ancaman yang cuba merampas tulang itu daripadanya. Begitu
juga manusia, apabila diberikan tulang, semestinya dia tidak akan
mempedulikannya, tetapi jika diberikan kalung berlian, pasti dia akan
mengambil kerana ia mempunyai hajat dan keinginan untuk
mendapatkan manfaat daripadanya. Ini menunjukkan bahawa kelazatan
tersebut tiada padanya kebaikan dan kebahagiaan, malahan ia
dimanfaatkan ketika terhasilnya keinginan kepadanya. Justeru, ketika
hilang keinginan tersebut, perkara yang dianggap sebagai kelazatan itu

76

akan menjadi suatu bebanan dan menyebabkan kemalasan ke atas jiwa
dan roh.

Bagi sudut kedua yang membuktikan bahawa kelazatan jasmani adalah tercela
berdasarkan perkara-perkara yang melaziminya pula pula, pengkaji hanya membawa
satu hujah al-Razi.

i- Hujah beliau yang menjelaskan terdapat kekurangan dan kecelaan pada
kelazatan dunia ialah wujudnya kekurangan dan kecelaan di sebalik
suatu kelazatan jasmani. Semakin tinggi usaha dilakukan untuk
menutup kekurangan tersebut, maka semakin banyak kekurangan dan
kecelaan yang timbul. Al-Razi turut membawa contoh yang mudah dan
berkait rapat dengan kehidupan harian manusia dalam penjelasan beliau
ini iaitu apabila seseorang memiliki kuda sebagai kenderaan, maka ia
perlu memikirkan makanan, tempat tinggal dan pelbagai fasiliti
berkaitan bagi memastikan kudanya itu berada dalam kondisi yang
baik. Maka ini menunjukkan bahawa, di sebalik kelazatan jasmani,
terdapat kekurangan dan kecelaan yang perlu dipenuhi.

Berdasarkan perkara di atas, pengkaji mendapati al-Razi berpandangan
bahawa kelazatan jasadi bukanlah suatu bentuk kelazatan pada zatnya dan ia dikecapi
dengan lebih sempurna oleh haiwan. Selain itu, ia juga tidak terlepas daripada
sebarang kecelaan dan kekurangan yang akan mengakibatkan penyesalan kepada jiwa
manusia.

Ini membuktikan bahawa kelazatan dan kebahagiaan manusia tidak berkaitan
dengan urusan syahwat, sebaliknya ia merujuk kepada urusan spiritual. Mereka yang
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan amalan yang baik merupakan mereka
yang memperoleh kenikmatan dan kebahagiaan spiritual dan dipandang mulia di sisi
Allah SWT dan juga manusia. Ini menunjukkan bahawa kebahagiaan spiritual dapat
dikecapi dengan menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan ilmu tauhid
dan cuba memahami hubungkait pentadbiran Allah SWT dengan usaha dan tindakan
manusia di dunia ini yang dilihat sebagai sunnatullah.

KONSEP TAWAKKAL MENURUT PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Tawakkal ialah kebergantungan dan keyakinan sepenuhnya seseorang kepada Allah
SWT tanpa bergantung selain dariNya, sabar dengan segala dugaanNya, reda
kepadaNya, sentiasa bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mengingati kepada
hikmatNya di atas sesuatu yang berlaku dalam kehidupan ini. Dalam waktu yang sama
mereka mengetahui dengan yakin bahawa setiap yang diperolehinya adalah rezeki dan
ketentuan daripada Allah SWT yang merupakan salah satu cabang dari qada’ dan
qadar Allah SWT. Salah seorang tokoh sufi terawal iaitu Abu Talib Al-Makki
menyatakan bahawa tawakkal merupakan satu kefardhuan ke atas manusia diiringi
dengan keyakinan serta kepercayaan kepada qada’ dan qadar Allah SWT (al-Makki,
1997; Sharifah Basirah & Che Zarrina, 2015).

Dalam perbincangan konsep tawakkal, al-Makki juga turut membincangkan
persoalan usaha seperti mencari pekerjaan sebagai sebab untuk mendapatkan rezeki,

77

usaha merawat penyakit untuk sembuh dan usaha untuk memelihara harta. Usaha
tersebut juga meliputi konsep tawakkal kerana unsur usaha tersebut dilakukan hanya
semata-mata kerana Allah SWT. Namun, jika sesuatu usaha itu dilakukan kerana
mengikut syahwat dan untuk menentangNya, perbuatan tersebut adalah terkeluar dari
hakikat tawakkal (al-Makki, 1997).

Bentuk-Bentuk Tawakkal

Terdapat dua bentuk tawakkal yang akan dibahaskan dalam artikel ini iaitu:

a) Tawakkal dalam memperolehi rezeki.

Menurut al-Makki, tawakkal dalam memperolehi rezeki ialah dengan
menyakini bahawa rezeki itu milik Allah SWT sepenuhnya dan telah ditentukan
kepada hambaNya sejak dahulu. Maka bagi seseorang yang bertawakkal tidak akan
meminta dari Tuhannya untuk rezeki pada keesokkan harinya. Ini bermakna,
bertawakkal dalam memperolehi sesuatu rezeki ialah kebergantungan sepenuhnya
kepada Allah SWT samada mengurniakan atau menghalang sesuatu rezeki tersebut ke
atas hambaNya.

Walaubagaimanapun, tawakkal dalam memperolehi rezeki perlu diiringi
dengan usaha, pekerjaan dan perancangan. Ini kerana kesan tawakkal dapat dilihat
apabila adanya unsur usaha dan pergerakannya untuk mencapai sesuatu tujuan. Al-
Makki berpendapat ada ketikanya usaha mencari rezeki itu menjadi wajib disebabkan
kepada beberapa situasi antaranya ialah kerana adanya keluarga, untuk memenuhi
keperluan hidup dan untuk memenuhi keperluan dalam melaksanakan yang fardhu (al-
Makki, 1997).

b) Tawakkal dalam perubatan.

Mencari rawatan ketika sakit juga termasuk dalam konsep tawakkal. Ini selaras
dengan sabda Baginda Rasullulah saw iaitu:

‫ما من داء اَّل وله دواء عرفه من عرفه وجهله من جهله اَّل السام يعني الموت‬

Maksudnya: “Tiada penyakit melainkan dijadikan baginya ubat bagi
orang yang mengetahuinya dan tidak tahu bagi orang yang jalil
melainkan mati.”

Hadith Riwayat al-Bukhari

Konsep tawakkal dalam perubatan ini iaitu berusaha mencari rawatan terlebih
dahulu telah dilakukan oleh kebanyakan orang Islam apabila ditimpa kesakitan.

78

Namun al-Makki turut meletakkan syarat yang telah digariskan dalam usaha mencari
rezeki dan rawatan iaitu (al-Makki, 1997):

i. Pertama, sekiranya seseorang itu ingin cepat sembuh kerana hawa nafsunya
dan menentang Tuhannya, maka hukum berubat baginya adalah menjadi
haram. Ini kerana keadaan ini telah terkeluar dari konsep tawakkal.

ii. Kedua, namun jika niatnya itu adalah ke arah kebaikan seperti untuk mencari
perbelanjaan hidup, bekerja maka ianya tidak terkeluar dari konsep tawakkal
tersebut. Al-Makki menyambung lagi, keluhan rasa sakit juga mengeluarkan
seseorang dari sifat tawakkal. Menurut beliau, adalah lebih afdal jika
seseorang untuk menyembunyikan penyakitnya. Keadaan ini menunjukkan
muamalah diantara seorang hamba dengan Penciptanya.

iii. Ketiga, tawakkal dalam meninggalkan sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT
dan menghindari kemudaratan yang mungkin akan berlaku.

Seseorang yang meninggalkan sesuatu pekerjaan dalam keadaan bertawakkal
kepada Allah SWT serta bersabar ke atas segala kemungkinan, akan diberi balasan
dan jaminan rezeki baginya di dunia serta ganjaran di akhirat. Al-Makki menambah
lagi, jika seseorang yang menjaga harta bendanya sebagai langkah berhati-hati agar
terselamat seperti mengunci pintu rumah apabila keluar bagi memastikan rumahnya
berada dalam keadaan selamat sepanjang peninggalan juga termasuk dalam konsep
tawakkal. Perbuatan tersebut tidak mengurangkan sifat tawakkal sekiranya hati hamba
tersebut tetap kepada Allah SWT. Jika berlaku musibah seperti kehilangan harta di
dalam rumahnya dan menganggap harta tersebut sebagai sedekah serta sabar dalam
menghadapinya, Allah SWT akan menerima tawakkalnya dan memberi ganjaran di
atas kesabaran dan kesyukurannya. Dalam keadaan ini, seseorang itu hendaklah
bertawakkal kepada Pencipta kerana Allah SWT, bukannya sebab itu sendiri, di
samping tidak mengetepikan usaha sebagai mematuhi Sunnatullah (al-Makki, 1997).

Hal ini bertepatan dengan Hadith Rasullulah saw.:

‫ قل اعقلها وتوكل‬,‫يا رسول الله! أعقلها وأتوكل أو أطلقها وأتوكل‬

Bermaksud:

“Wahai Rasullulah saw, adakah saya perlu menambatnya (unta) dan
bertawakkal atau membiarkannya dan bertawakkal? Jawab Baginda
saw: Ikatlah ia terlebih dahulu, kemudian bertawakkallah.

Hadith Riwayat Ibn Hibban.

79

Kedudukan Tawakkal

Sifat tawakkal adalah di antara sifat yang terpuji, manakala orang yang bertawakkal
itu pula dikasihi oleh Allah SWT serta dilimpahkan rahmatNya. Selain itu, al-Makki
juga menyatakan sifat tawakkal merupakan suatu kedudukan yang mulia dan menjadi
amalan para nabi serta tergolong di dalam orang-orang yang siddiq. Beliau
menukilkan kata al-Tustari (al-Makki, 1997):

“Tidaklah berada pada kedudukan yang paling mulia dengan
bertawakkal. Sesungguhnya para Nabi telah beramal dengan tawakkal
secara hakikatnya dan kekal tawakkal itu kepada para siddiqun dan
shuhada’. Sesiapa yang telah berpegang dengan sifat ini, maka dia
adalah siddiq atau shahid.

Sifat dan Perkara yang Mengurangkan Tawakkal.

Di antara sifat-sifat orang yang bertawakkal yang digariskan oleh al-Makki ialah (al-
Makki, 1997):

i. Orang yang bertawakkal kepada Allah SWT adalah orang yang benci pada
yang dibenci oleh Allah SWT, taat kepadaNya, dan reda atas segala
ketentuanNya.

ii. Menyakini segala pentadbiran dan janji-janji Allah SWT terhadapnya.
iii. Tunduk dan patuh apabila menyaksikan kekuatan dan kebesaran Allah SWT.
iv. Menyakini bahawa Allah SWT yang menjaga hartanya.
v. Sentiasa mentauhidkan Allah SWT serta penyaksian terhadap kewujudanNya.

Di antara sifat-sifat yang mengurangkan tawakkal seseorang pula ialah:

i. Keluar dari sifat qana‘ah (perpada-pada).
ii. Meminta sesuatu sebelum daripada waktunya.
iii. Membenci apabila lambat mendapat apa yang dihajati.

Oleh yang demikian, tawakkal adalah kebergantungan sepenuhnya kepada
Allah SWT tanpa mengharapkan sesuatu yang lain dariNya di samping diiringi
dengan unsur usaha sebagai sebab dalam memperolehi sesuatu. Dalam masa yang
meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku adalah bertepatan dengan qada’ dan
qadar Allah SWT.

METODOLOGI

Artikel ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode
kepustakaan sepenuhnya. Kerangka dan susunan artikel ini berdasarkan data dan yang
diperoleh melalui bahan bacaan berbentuk tesis, artikel dan buku berfokuskan kepada
kata kunci kebahagiaan, tawakkal, spiritual, pandemik dan Covid-19. Seterusnya data

80

yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menjelaskan
hubungkait pemahaman konsep tawakkal dengan kebahagiaan spiritual semasa
pandemik Covid-19.

KEHARMONIAN SPIRITUAL MELALUI KONSEP TAWAKKAL

Sifat tawakkal merupakan salah satu sifat mahmudah yang perlu difahami dan
dihayati serta dijadikan sebagai pakaian diri setiap muslim. Konsep tawakkal yang
sebenar bukan hanya berserah sepenuhnya kepada Allah SWT tanpa sebarang usaha,
sebaliknya ia melibatkan tindakan dan usaha yang terlebih dahulu dalam melakukan
sesuatu perkara dan akhirnya menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT.

Sekiranya konsep tawakkal dan tauhid khususnya qada’ dan qadar dapat
difahami dengan baik, individu yang diuji oleh Allah SWT akan dapat menerima
dengan baik pelbagai ujian dengan hati yang lapang sekaligus menggambarkan
kebahagiaan spiritualnya. Apabila dikaitkan dengan isu pandemik Covid-19 yang
melanda seluruh negara hari ini, konsep tawakkal yang perlu diaplikasikan ialah
seseorang muslim itu perlu berusaha untuk mengelak diri dan mencegah daripada
terkena jangkitan Covid-19 dengan melakukan dua bentuk usaha.

Pertama; usaha yang berbentuk ukhrawi iaitu menjaga hubungan dengan Allah
SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dengan memperbanyakkan solat sunat,
berzikir, bersedekah, berdoa agar dijauhkan daripada wabak tersebut dan lain-lain.
Sultan Hassanal Bolkiah menyebut usaha sebegini sebagai ‘vaksin ketuhanan’ dalam
mengekang penularan pandemik Covid-19 (Utusan, 2021). Perkara ini sememangnya
telah diajar dan dianjurkan dalam agama Islam selaras dengan tujuan penciptaan
manusia untuk beribadat kepada Allah SWT.

Ini sejajar dengan ajaran Islam yang menjelaskan tentang kelebihan
bersedekah di mana fadilatnya ada yang akan diperoleh di akhirat seperti mendapat
ganjaran pahala di sisi Allah SWT, dihapuskan dosa, mendapat naungan Allah SWT
pada hari akhirat dan memadamkan kepanasan alam kubur. Di samping itu ada juga
fadilat yang dapat dikecapi semasa di dunia seperti ia menjadi asbab kepada
penolakan bala dan bahaya, dipanjangkan umur selaian dapat membantu mereka yang
memerlukan.

Kedua; usaha yang berbentuk asbab duniawi seperti mengikut
standardoperating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.
Antaranya seperti menjaga penjarakan diri, memakai topeng pelitup muka,
menggunakan hand sanitizer, pengambilan vaksin dan sebagainya. Kedua-dua bentuk
usaha dan tindakan yang diambil sama ada ukhrawi dan duniawi tersebut perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan setelah itu menyerahkan segala urusan
kepada Allah SWT agar dipelihara daripada penyakit tersebut.

Sekiranya pelbagai usaha telah dilakukan, dan seseorang itu masih lagi diuji
oleh Allah SWT dengan penyakit Covid-19, maka dengan kefahaman konsep
tawakkal dan tauhid yang jelas akan menjadi panduan kepadanya untuk menerima
ujian tersebut dengan sabar dan reda sebagai ujian yang terdapat pelbagai hikmah di
sebaliknya. Mungkin Allah SWT ingin mengampunkan dosa-dosanya atau

81

mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT pada akhirat kelak. Pemahaman dan
pemikiran sebegini secara tidak langsung dapat membantu untuk membahagiakan
spiritual dan mental serta meredakan dirinya untuk menerima ketetapan Allah SWT
dan tidak memberontak. Namun, sekiranya dia terselamat dari penyakit tersebut, dia
mengetahui bahawa ia adalah bertepatan dengan qada’ dan qadar yang ditentukan
kepadanya sejak azali dan bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan yang
dikurniakan. Dia juga memahami bahawa usaha yang dilakukan hanyalah asbab dan
keperluan yang dituntut oleh agama kepadanya sebagai seorang hamba Allah SWT.

Bagitu juga, jika diteliti kepada situasi sebelum pandemik Covid-19 sekali
pun, terdapat mereka yang dikurniakan kemewahan dan kesihatan, akan tetapi tidak
memperoleh kebahagiaan spiritual bahkan hidupnya semakin resah dan gelisah kerana
takutkan kehilangan kemewahan dan kesihatan fizikal yang dikecapi. Pelbagai cara
dilakukan bagi memastikan harta dan kesihatan fizikal tersebut agar selamat dan
terpelihara. Mengapa perkara ini berlaku? Berkemungkinan kerana meraka tidak
mempunyai gambaran dan pemahaman yang jelas berkaitan agama Islam khususnya
ilmu fardhu ain, seterusnya menyebabkan dirinya berada dalam keadaan sakit
spiritualnya walaupun fizikalnya sihat.

Namun bagi mereka yang mempelajari ilmu fardhu ain dan memahaminya,
mereka akan dapat mengharungi kehidupan di dunia ini dengan hati yang tenang dan
bahagia kerana menyedari tujuan penciptaannya dan hakikat kehidupan di dunia dan
di akhirat. Mereka juga mengetahui apa yang ditetapkan kepadanya adalah merupakan
ketentutan dari Allah SWT dan menerimanya dengan hati yang tenang dan cuba
menunaikan tanggungjawab dan hak yang ditaklifkan dengan sebaiknya .

Apabila perkara ini dapat difahami dan dihayati oleh setiap muslim, maka ia
akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada spiritual dalam berhadapan
dengan setiap perkara. Ini kerana mereka meyakini bahawa setiap yang berlaku adalah
ditentukan dan ujian dari Allah SWT. Islam juga telah mengajar kepada umatnya agar
bersabar ketika berhadapan dengan ujian yang menimpa dan bersyukur dengan
kenikmatan yang dikurniakan.

KESIMPULAN

Sebagai umat Islam yang masih hidup di dunia, seharusnya menjadikan agama Islam
itu sebagai panduan dalam berhadapan dengan segala situasi dan pedoman yang
ditinggalkan oleh Baginda saw wajib diikuti. Tuntutan mempelajari ilmu fardhu ain
yang merangkumi ilmu Tauhid, Syariah dan Tasawuf perlu dipenuhi dengan
sebaiknya sebagai bekalan berhadapan dengan segala ujian di dunia ini. Pemahaman
konsep tawakkal yang jelas seiring dengan ilmu tauhid yang benar akan membantu
memberi ketenangan kepada diri seseorang khususnya dari sudut spiritual. Ramai
mereka yang berlumba-lumba untuk mencapai kebahagiaan dan kesihatan fizikal
semata-mata tetapi lompong dari sudut spiritual. Akhirnya menyebabkan diri kecewa
ketika apa yang ingin dicapai itu tidak kesampaian sehingga boleh menyebabkan
terjadi masalah kecelaruan jiwa dan sebagainya. Begitu juga dalam mendepani
pandemik covid-19, bekalan ilmu keagamaan yang mencukupi amatlah berperanan,
khususnya pemahaman konsep tawakkal, tauhid dan kebahagiaan yang sebenar dilihat

82

sebagai elemen utama bagi membuahkan kebahagiaan dalam diri sama ada ujian yang
dihadapi berbentuk kenikmatan dan kesihatan ataupun sebaliknya.

RUJUKAN

Al-Makki, Abu Talib (1997), Qut al-Qulub fi Mu‘amalah al-Mahbub wa Wasf Tariq
al-Murid ila Maqam al-Tawhid, Mesir: al-Matba`at al-Maymaniyah.

Al-Razi, Fakhr al-Din al-Razi (1968), Kitab al-Nafs wa al-Ruh wa Sharh Quwahuma,
tahqiq. Muhammad Saghir Hasan al-Ma‘sumi. Pakistan: Matbu‘ah Ma‘had al-
Abhath al-Islamiyyah.

_________________________ (1343H), Al-Mabahith al-Mashriqiyyah fi ‘Ilm al-
Ilahiyyat wa al-Tabi‘iyyat, jilid 1 & 2. Haydr Abad: Matba‘ah Majlis Da’irah
al-Ma‘arif al-Nazamiyyah.

__________________________(1999), Al-Matalib al-‘Aliyah min al-‘Ilm al-Ilahi,
tahqiq Muhammad ‘Abd al-Salam Shahin. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Suyuti, Jalal al-Din & Jalal al-Din al-Mahalli (2000), Tafsir al-Jalalyn al-
Muyassar, Tahqiq. Fakhr al-Din Qabawah, Beirut: Maktabah Lubnan Nasyirun.

Astro Awani (2021), “Covid-19: Kesan Terhadap Kesihatan Mental Berpanjangan-
WHO”, diakses pada 11 September 2021, https://www.astroawani.com/berita-
dunia/covid19-kesan-terhadap-kesihatan-mental-berpanjangan-who-309859.

Berita Harian (2021), “Covid-19: Kes melambung mungkin disebabkan varian Delta”,
diakses pada 12 September 2021,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837962/covid-19-kes-
melambung-mungkin-disebabkan-varian-delta

Che Zarrina Sa’ari, Mohd Manawi Mohd Akib (2018), “Konsep Jiwa Menurut al-
Razi: Tumpuan Terhadap Perihal Jiwa Setelah Berpisah Daripada Jasad”,
Online Journal Research in Islamic Studies (RIS).

Imam, ‘Abd al-Fatah Imam (1972), Madkhal ila al-Falsafah (Kaherah: Dar al-
Thaqafah li al-Nashr wa al-Tawzi‘.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2021), “Kesihatan Mental dan Sokongan
Psikososial Ketika Pandemik Covid-19”, diakses pada 12 September 2021,
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/mhpss-kesihatan-mental-
dan-sokongan-psikososial-ketika-pandemik-covid-19

Mohd Manawi Mohd Akib (2018), Konsep Jiwa Menurut Fakhr al-Din al-Razi:
Terjemahan dan Analisis Kitab al-Nafs wa al-Ruh wa Sharh Quwahuma, Tesis
PhD, Universiti Malaya

Sharifah Basirah Syed Muhsin & Che Zarrina Sa’ari (2015), Kaedah Psikoterapi
Islam Berasaskan Konsep Maqamat Abu Talib Al-Makki, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Basirah Syed Muhsin (2012), Kaedah Psikoterapi Berasaskan Konsep
Maqamat: Kajian Terhadap Kitab Qut al-Qulub Abu Talib Al-Makki, Tesis
Sarjana, Universiti Malaya.

_________________________(2017), Kepulihan Al-Halu‘ Berasaskan Maqamat Abu
Talib Al-Makki (W.386H), Tesis PhD, Universiti Malaya

83

Kelestarian Kesejahteraan Mental Golongan Akademik Muslim
Melalui Konsep Psikospiritual Islam

SITI NUR AAFIFAH HASHIM
WAN NORHANIZA WAN HASAN

*Siti Nur Aafifah Hashim, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, emel: [email protected],
Wan Norhaniza Wan Hasan, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, emel: [email protected].

ABSTRAK

Kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi menuntut golongan akademik untuk
merangka pelbagai strategi agar seiring dengan perkembangan semasa. Tugas sebagai
golongan akademik bukan sahaja semakin mencabar dengan pelbagai bentuk tekanan
apabila perlu memenuhi tanggungjawab mengajar, melaksanakan penyelidikan dan
tugas pentadbiran. Golongan ini juga dilihat sebagai golongan yang bertanggungjawab
menunjukkan contoh teladan kepada masyarakat serta menyumbang dalam
pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, golongan ini memerlukan kekuatan
serta jati diri yang tinggi, bahkan kesejahteraan mental golongan akademik sangat
penting untuk diberi perhatian agar tugas dan tanggungjawab yang dipikul dapat
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan meneliti
konsep psikospiritual Islam sebagai kaedah melestarikan kesejahteraan mental
golongan akademik dengan menumpukan kepada golongan akademik Muslim. Bagi
memenuhi tujuan ini, kaedah kualitatif digunakan dengan mengumpulkan sumber
sekunder yang terdiri daripada karya dan kajian sedia ada yang berkaitan. Kertas kerja
ini mendapati kaedah psikospiritual Islam berupaya membentuk personaliti golongan
akademik sebagaimana yang dituntut oleh Islam seterusnya menyumbang dalam
mencapai kesejahteraan mental. Pelaksanaan kaedah ini secara konsisten
membolehkan kelestarian kesejahteraan mental golongan akademik ini tercapai.

Kata Kunci: Kesejahteraan Mental, Golongan Akademik, Psikospiritual Islam.

PENGENALAN

Kemelut pembangunan yang menjangkau era revolusi industri 4.0 secara tidak
langsung telah memberi kesan masyarakat di seluruh dunia. Seiring dengan
pembangunan yang dijalankan, lahirnya masalah kesihatan mental yang
membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Secara global, seramai 450 juta
individu di seluruh dunia mengalami gangguan mental, di mana gangguan mental,
penyakit neurologi dan penyalahgunaan dadah adalah menyumbang kepada 13%

84

daripada beban penyakit global. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health
Organization, WHO menganggarkan 1 daripada setiap 4 individu mengalami
gangguan mental pada satu-satu ketika dalam kehidupan mereka. Selain itu, penyakit
kemurungan (depression) menyumbang sebanyak 4.3% daripada beban penyakit
global keseluruhan di mana ianya merupakan salah satu penyebab terbesar morbiditi.

Kesan ini tidak terkecuali juga berlaku ke atas sektor akademik yang turut
bersaing bagi memastikan sistem pembelajaran selari dengan pembangunan revolusi
industri 4.0. Sebanyak 4.4 peratus atau 2,123 daripada 48,258 warga pendidik telah
dikenal pasti mengalami tekanan mental tahap sederhana tinggi pada tahun 2017
(Mohd Anwar Patho Rohman, 2018). Kajian juga mendapati tekanan yang dihadapi
oleh warga pendidik berpunca dari pelbagai faktor seperti isu keluarga, kewangan,
pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan dan kekurangan kemahiran
dalam menjalankan tugas. Namun, dikatakan punca utama terhadap tekanan yang
dialami adalah disebabkan golongan ini tidak dilatih untuk menghadapi tekanan
dengan baik. Justeru itu, kertas kerja ini mengemukakan satu kaedah untuk kelestarian
kesejahteraan mental golongan akademik dengan tumpuan khusus bagi yang
beragama Islam.

KESEJAHTERAAN MENTAL

Kesejahteraan merujuk kepada kemampuan seseorang untuk mencapai tahap kesihatan
dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang
diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat
(Myers et al. 2000). ‘Wellness’ atau kesejahteraan bukan sahaja bermaksud bebas
daripada penyakit dan keuzuran, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) ia juga melibatkan aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Konsep
kesejahteraan juga dirujuk sebagai satu bentuk pengukuhan kualiti hidup yang diukur
secara psikologi (internal) yang melibatkan beberapa dimensi seperti kegembiraan,
kepuasan hidup, harga diri, kecekapan diri, kehidupan berkeluarga, pekerjaan,
pendidikan dan kewangan (Atchley 2004).

Selain itu, menurut Myers (2000), kesejahteraan didefinisikan sebagai suatu
keadaan yang sihat, selesa dan gembira hasil daripada penggunaan barangan dan
perkhidmatan yang melibatkan pencapaian kualiti hidup. Selain itu, kesejahteraan juga
dirujuk sebagai perasaan bebas daripada sebarang tekanan dan kemelaratan, rasa
gembira mengatasi rasa sedih dalam jangka panjang, perasaan positif dengan
kehidupan dan memperolehi apa yang diinginkan seiring dengan matlamat. Myers
(2000) merujuk kesejahteraan sebagai suatu keadaan optima yang diukur daripada
aspek kepuasan, keyakinan, ketahanan dan kesihatan fizikal.

Kesejahteraan mental pula berasaskan kepada dua konsep utama yang saling
berkait iaitu penyakit mental dan masalah kesihatan mental (Hales 2005). Penyakit
mental merupakan ketidakfungsian otak yang boleh mengakibatkan kekeliruan kepada
perasaan, kepercayaan dan motivasi seseorang. Individu yang menghadapi sakit
mental tidak mampu untuk menghadapi perubahan kemahiran interpersonal, gagal
menerima idea-idea yang diterima pakai dalam kehidupan seharian serta juga tidak
berupaya menangani masalah seharian mereka. Sebagai akibat daripada keadaan ini,
seseorang yang menghidapi penyakit mental ini, pada tahap yang tertentu akan

85

kehilangan kawalan terhadap tingkah laku mereka, melakukan atau menyatakan
sesuatu yang menunjukkan dia tidak tahu sebenarnya yang berlaku serta bertindak
balas terhadap sesuatu dengan cara yang tidak sepatutnya (Yeh & Liu 2003).

Kesihatan mental pula merujuk kepada keadaan di mana ketidakhadiran
penyakit mental (WHO 2005). Aldan dan Filmer (2013) pula menyatakan bahawa
kesihatan mental merujuk tahap fungsi individu sama ada berasa selesa atau tidak
dengan diri sendiri dan cara hidup mereka. Beliau mengkategorikan kepada empat
jenis iaitu tingkah laku dan isu yang berkaitan dengan gangguan terhadap kebolehan
individu. Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkah laku sosial dan emosi. Tingkah
laku sosial merujuk kepada merendahkan tahap kemahiran sosial atau perhubungan
manakala tingkah laku emosi pula menghasilkan keadaan kemurungan (depression),
kebimbangan (anxiety), fobia dan gangguan seksual yang berdasarkan emosi (Yeap &
Low 2009).

Isu yang berkaitan dengan gangguan pula terbahagi kepada dua iaitu isu
berkaitan dengan kesihatan dan tugas. Isu yang berkaitan dengan kesihatan seperti
insomnia, keupayaan menahan sakit, kawalan berat badan dan tingkah laku buruk
seperti merokok, penggunaan alkohol serta penyalahgunaan dadah. Isu yang berkaitan
dengan tugas pula merangkumi ‘burn-out’, kebosanan, ketidakhadiran,
ketidakupayaan membuat keputusan, tahap atau mutu kerja yang rendah dan
sebagainya. Secara kesimpulannya, kesejahteraan mental merupakan cara hidup ke
arah mencapai tahap kesihatan yang optimum dalam setiap kepentingan dimensi
melibatkan emosi, kerjaya sosial fizikal, intelektual, persekitaran dan spiritual.

REALITI KESEJAHTERAAN MENTAL GOLONGAN AKADEMIK

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu medium dalam
pembangunan sesebuah Negara. Bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
tinggi, aspek pendidikan harus di utamakan. Oleh yang demikian, pelbagai usaha yang
telah diambil oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam pembentangan bajet 2016, di mana kerajaan
memperuntukkan bajet yang begitu besar demi meningkatkan kualiti bidang
pendidikan.

Sehubungan itu, golongan akademik merupakan penyumbang utama dalam
memastikan misi kerajaan tercapai. Golongan akademik jika menurut kepada
pendefinisian oleh bekas Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Idris Jusoh dalam
Persidangan Antarabangsa mengenai Penyelidikan dan Amalan (ICERP) 2017
merangkumi pendidik, penyelidik, peneraju institusi, pengamal, staf sokongan
akademik dan pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat di
Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai golongan pendidik. Namun, menerusi
perbincangan kertas kerja ini, golongan akademik hanya difokuskan kepada golongan
yang kurang diberi perhatian masyarakat dalam masalah kesihatan mental iaitu
pensyarah dan mahasiswa.

Profesion sebagai seorang guru merupakan satu bidang yang sering dilihat
banyak berhadapan dengan tekanan kerana bidang ini merupakan satu bentuk

86

perkhidmatan sosial yang mencabar. Menurut Thurayya Othman (2007), individu
yang sentiasa berhadapan dengan manusia sebagai pelanggannya seperti guru, lebih
berpotensi menghadapi tekanan. Kajian menunjukkan bahawa kedudukan profesion
ini berada di tempat keempat dalam kerjaya yang tahap tekanan tinggi selepas polis,
pegawai penjara dan jururawat manakala profesion tentera menduduki tempat kelima
(Utusan, 2012). Keadaan ini berlaku kerana banyak perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan di Malaysia yang menyebabkan guru harus sentiasa peka dan
bersedia menghadapi perubahan serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran.

Situasi ini juga hakikatnya turut dirasai oleh golongan pensyarah dan
mahasiswa. Namun, realiti kesejahteraan mental golongan ini masih kurang mendapat
perhatian di peringkat global. Golongan pensyarah turut mengalami masalah
melibatkan kesejahteraan mental kerana golongan ini juga terbeban dengan pelbagai
tugasan selain mengajar. Selain kerja hakiki meliputi pengajaran, penyeliaan
penulisan penerbitan dan perundingan, pensyarah perlu memastikan petunjuk prestasi
utama (KPI) tercapai sepanjang masa. Pensyarah juga mesti menjadi ahli
jawatankuasa tertentu dalam fakulti dan bekerja tidak kira masa. Adakalanya
pensyarah perlu mengadakan kuliah sehingga malam dan bekerja pada hari cuti
hujung minggu (Hariyati Ariffin, 2020). Keadaan ini merupakan antara faktor yang
menyumbang kepada tekanan dan berisiko menyebabkan masalah mental tidak
sejahtera seperti kemurungan. Menurut Presiden Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, tugas
pensyarah selain mengajar, pensyarah perlu menulis artikel untuk jurnal dan buku
dalam bidang kepakarannya, menyediakan proposal untuk mendapatkan geran
penyelidikan, menjadi perunding selia pelajar (ijazah pertama, sarjana muda dan
doktor falsafah). Pada masa sama memantau kejayaan pelajar bermula semester satu
hingga tamat pengajian (Ruhaiza Rusmin, 2017).

Mahasiswa boleh dikategorikan sebagai individu yang terlibat dalam masalah
kesihatan mental disebabkan oleh beberapa faktor. Kajian-kajian terdahulu telah
mengemukakan faktor utama yang menyumbang kepada tekanan dalam kalangan
mahasiswa ialah faktor beban kerja (Rahim et al. 2016), faktor pembelajaran e-
learning (Md Daud et al. 2016), faktor peribadi atau hubungan interpersonal (Noor
Haslinda & Zulkurnain 2014), faktor peperiksaan dan harapan ibu bapa untuk melihat
mahasiswa cemerlang dalam peperiksaan (Lin et al. 2009), serta faktor kelemahan
dalam pengurusan masa, menghadapi masalah kewangan dan masalah keluarga
(Womble 2010). Selain itu, menurut Hamidah et al. (2015), faktor yang menyumbang
tekanan kepada mahasiswa juga berlaku disebabkan oleh faktor personaliti seperti
bersikap kurang sabar, melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan melaksanakan
pelbagai kerja dalam satu masa, faktor kawalan lokus luaran (mahasiswa percaya
bahawa kehidupan mereka ditentukan oleh orang lain) dan faktor kekaburan peranan
(sesuatu matlamat, objektif, tanggungjawab dan skop kerja yang perlu dilaksanakan
tidak jelas).

Beban kerja boleh ditakrifkan sebagai jumlah tugasan yang diberikan oleh
pensyarah kepada mahasiswa, dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa tertentu.
Sebagai contoh, tugasan, tutorial, kuiz, peperiksaan dan praktikal yang mana
mahasiswa perlu penuhi untuk menamatkan pengajian (Yusoff et al. 2010a). Beban

87

tugasan yang melampau boleh mengakibatkan mahasiswa terjerumus dalam masalah
kesihatan mental seperti kemurungan, anxiety, over stress dan deprassion. Apabila
mahasiswa memasuki alam universiti, faktor peribadi seperti kemahiran hubungan
interpersonal adalah sangat penting. Hal ini kerana mahasiswa akan berinteraksi
dengan pensyarah dan rakan-rakan yang datang daripada latar belakang yang berbeza.
Kemahiran interpersonal membolehkan mahasiswa memperluaskan pergaulan sosial
mereka serta diterima dalam sesebuah kumpulan. Kegagalan mereka untuk
berinteraksi secara baik dengan pensyarah dan rakan-rakan akan menyebabkan
mahasiswa mengalami tekanan. Permasalahan ini adalah merupakan perkara biasa
yang tidak dapat dielakkan dalam semua faktor peribadi (hubungan interpersonal)
(Dayaksini & Hudaniah 2009).

Perubahan corak pembelajaran di universiti seperti penggunaan teknologi
dalam e-learning yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Tinggi adalah
selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa dalam dunia industri kesan daripada
Revolusi Perindustrian 4.0 yang memerlukan pengetahuan dan penggunaan teknologi
untuk berdaya saing. (Berita Harian Online, 2017). Hal ini dapat dilihat apabila
berlakunya perubahan sistem pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada kaedah
pembelajaran berpusatkan pelajar (Lee et al. 2009). Perubahan ini berlaku selari
dengan penciptaan teknologi baru dalam komunikasi dan membawa kepada
pembangunan sistem pembelajaran-eloktronik. Kebolehgunaan e-learning
menyumbang kepada tekanan terhadap mahasiswa untuk menyesuaikan diri dengan
kaedah e-learning yang berbeza dengan kaedah tradisional (Md Daud et al. 2016).

Sebagai contoh, mahasiswa perlu mengakses sistem melalui platfom yang
disediakan oleh universiti untuk hampir keseluruhan pengurusan universiti seperti
pendaftaran semester, pembayaran yuran, mendapatkan nota, slip peperiksaan dan
juga untuk melaporkan sebarang aduan kepada universiti. Bagi setiap urusan tersebut
juga terdapat website yang berbeza dibawah satu platfom yang sama disediakan oleh
universiti. Bagi mahasiswa yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi, corak
pembelajaran begini akan memberikan tekanan, bahkan jika mahasiswa terbut juga
mengalami kesukaran dalam hubungan interpersonal.

Hubungan interpersonal didefinisikan sebagai sikap dan tingkah laku individu
(Asri 2010). Normarina (2015) pula mendefinisikan hubungan interpersonal merujuk
kepada hubungan diantara majikan dengan pekerja bawahan dan rakan sekerja.
Melalui definisi ini, dapat difahami bahawa hubungan interpersonal dalam konteks
akademik merujuk kepada sikap mahasiswa serta hubungan diantara mahasiswa
dengan pensyarah, ibu bapa dan rakan-rakan.
Tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa melalui masalah hubungan interpersonal ini
antaranya ialah harapan ibu bapa terhadap pencapaian akademik (Lin, Lin, Wang dan
Chen 2009), terlalu rindukan keluarga (homesick) (Mitchie et al. 2001), kegagalan
menguruskan masa dengan baik, menghadapi masalah kewangan, krisis dengan
keluarga (Womble 2010), dan krisis dengan rakan sebaya (Kamarudin, Aris dan
Ibrahim 2009). Selain itu, persepsi mahasiswa terhadap pensyarah dan hubungan yang
tidak baik diantara mahasiswa dan pensyarah juga menjadi penyumbang kepada
tekanan terhadap mahasiswa (Suriani & Suraini 2005). Seterusnya, kebimbangan
mahasiswa terhadap persaingan kerja yang sengit juga menyumbang tekanan kepada
mahasiswa (Mohamad Zaid et al. 2015). Hal ini kerana menurut Jabatan Perangkaan,

88

kadar pengangguran terutamanya dalam kalangan mahasiswa semakin meningkat
(Sinar Online, 2016).

Model Stres Boyle et al. (1995) menggariskan lima faktor tekanan termasuklah
faktor perhubungan interpersonal yang tidak dapat dipuaskan oleh mahasiswa dengan
pensyarah atau rakan-rakan yang akan menyumbang tekanan kepada mahasiswa.
Selari dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Mastura et al. (2007) menyatakan
bahawa faktor interpersonal yang melibatkan rakan sebaya dan pensyarah
menunjukkan faktor yang lebih menyumbang kepada tekanan yang dialami oleh
mahasiswa. Hal ini kerana, kehidupan seharian mereka lebih tertumpu bersama
pensyarah dan rakan sebaya. Kajian ini disokong oleh Khairuddin (2014) menyatakan
hubungan yang tidak baik diantara mahasiswa dengan pensyarah merupakan punca
tekanan kepada mahasiswa. Selebihnya, masalah-masalah yang berpunca dari sikap
mahasiswa sendiri mengundang kepada tekanan hingga mengakibatkan masalah
kesihatan mental ke atas pelajar.

KONSEP PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Psikospiritual terdiri daripada dua perkataan iaitu psikologi dan spiritual. Psikologi
berasal dari bahasa Yunani kuno, psyche yang bererti jiwa dan logos yang bererti ilmu
(Sururin, 2004). Psikologi menurut Morgan (1984) pula ialah tingkah laku manusia,
iaitu interaksi manusia dengan dunia sekitarnya. Sama ada interaksi yang berlangsung
sesama manusia lain ataupun interaksi di antara bukan manusia seperti haiwan, iklim,
kebudayaan, dan sebagainya. Manakala spiritual pula merupakan kepercayaan
terhadap agama yang memberi kesan terhadap tingkah laku seseorang (Jalaluddin,
2010). Selain itu Dale (1991) mendefinisikan spiritual merupakan satu aspek yang
mendorong manusia untuk mencari makna dan tujuan untuk setiap tingkah laku.

Psikospiritual Islam pula merujuk kepada pemikiran atau kajian yang
mengintegrasikan unsur psikologi dan kerohanian tentang proses mental dan
pemikiran yang bersifat rohaniah daripada perspektif agama Islam. Psikospiritual
Islam juga difahami sebagai satu konsep dan akhlak kaedah perawatan penyakit
mental, spiritual, emosi mahupun perilaku moral berteraskan sumber dan amalan
dalam Islam yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, amalan para salafus saleh dan
ilmu pengetahuan yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah.

Psikospiritual Islam juga merupakan satu pendekatan yang boleh diaplikasikan
dalam menyelesaikan pelbagai konflik kejiwaan, emosi dan pemikiran manusia.
Konsep psikospiritual Islam ini juga boleh difahami sebagai satu kaedah merawat
mental dan kerohanian dengan berteraskan kepada sumber-sumber Islam serta
amalan-amalan Islam yang berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak, serta amalan para
ulama’ yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah (Mohd Rushdan Mohd Jailani &
Ahmad Bukhari Osman, 2015). Selain itu, psikospiritual Islam juga merupakan satu
terminologi yang menunjukkan aspek praktikal atau aplikasi daripada psikologi dan
spiritual Islam (Che Zarrina Sa’ari & Joni Tamkin Borhan 2008). Menurut Khamsiah
Ismail et al. (2008), konsep psikospiritual Islam ini bertujuan untuk melahirkan
personaliti Islam yang berakhlak atau keperibadian yang harmoni, sihat dan seimbang
antara emosi dan pemikiran serta berusaha untuk mencapai keredaan Allah SWT.

89

Selain itu, psikospiritual Islam juga memiliki kekuatan emosional dalam diri
manusia selaku subjek pengamal agama menerusi tiga dimensi iaitu, pertama;
kepercayaan dan keyakinan yang merupakan keimanan, kedua; ritual iaitu ibadah dan
ketiga; norma akhlak iaitu segala yang berlaku dalam kehidupan melibatkan kesihatan
mental atau segala usaha untuk mencari aspek psikologi yang tidak bercanggah
dengan syariat Islam (Khamsiah Ismail et al., 2008). Mahmud (1984), telah
membahagikan terapi psikospiritual kepada dua bahagian utama iaitu pertama bersifat
duniawi dengan aplikasi teknik-teknik rawatan psikis dan bahagian kedua bersifat
ukhrawi dengan aplikasi bimbingan terhadap nilai-nilai moral, spiritual dan agama.
Psikospritual Islam dapat disimpulkan sebagai satu konsep untuk melahirkan
personaliti yang bukan sahaja berakhlak, bahkan memiliki pengaruh yang besar untuk
menentukan kesejahteraan mental manusia.

CADANGAN KAEDAH PENGURUSAN KESEJAHTERAAN MENTAL
BERDASARKAN KONSEP PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Manusia dilihat sebagai makhluk yang menentukan diri sendiri, atau dalam erti kata
yang lain, manusia memiliki kebebasan untuk memilih alternatif-alternatif dalam
kehidupannya termasuk menentukan matlamat hidup. Oleh kerana manusia pada
asasnya bersifat bebas, maka manusia harus bertanggungjawab atas segala arahan
hidup dan penentuan takdirnya sendiri (Gerald Corey, 2005). Manusia juga
dipengaruhi dan dipandu oleh maksud peribadi yang dihubungkan kepada
pengalaman-pengalaman mereka sendiri (Wasty Soemanto, 1998). Dan pengalaman-
pengalaman seseorang itu diperolehi kesan daripada interaksi dengan individu lain.
Seorang individu menjadi tidak mampu menyesuaikan diri ketika merasakan diri tidak
selaras dan tidak sesuai dengan pengalaman hidupnya. Lantaran itu, ketegangan
mental melahirkan situasi yang lebih buruk dan boleh mendatangkan kesan yang amat
buruk kepada kesihatan mental seseorang (Zafar Afaq Ansari, 2003). Oleh itu,
pentingnya untuk manusia memahami matlamat kehidupan bagi mengawal situasi
ketegangan yang dihadapi sesuai dengan konsep psikospiritual Islam.

Kajian ini mencadangkan tiga asas sebagai strategi pengurusan kesihatan
mental bagi golongan akademik berasaskan kepada ilmu tasawuf yang dibangunkan
dalam konsep psikospiritual Islam. Pertama ialah memiliki jiwa tauhid yang merujuk
kepada perpaduan dan kedaulatan Allah SWT dengan meletakkan peraturan-peraturan
diantara Allah SWT dan manusia (hablum-minallah) serta hubungan manusia dengan
manusia (hablum-minannas). Menurut Kamariah Kamarudin (2011) hubungan
manusia dengan Allah SWT dimaksudkan dengan meluruskan hati kepada Allah SWT
agar manusia lebih mudah untuk mendapat hidayah (petunjuk) daripada Allah SWT.
Hubungan manusia dengan manusia pula menurut Kamariah Kamarudin (2011) juga
dikenali sebagai ibadah ghair makhda iaitu amalan zahir yang berhubung kait dengan
perkara muamalah setiap hari dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pandangan
daripada al-Ghazali (1988) konsep hubungan manusia sesama manusia ini terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu perbuatan sehari-hari, perbuatan yang menyelamatkan
(rubu’Al-Munjiyat) dan perbuatan yang membinasakan (rubu’ Al-Muhlikat).

Memiliki jiwa tauhid dapat merawat kegelisahan dan tekanan dalam hidup
sekali gus mengembalikan fitrah kepada kehidupan yang tenang dan jiwa yang
tenteram. Situasi ini akan meletakkan manusia kembali berperanan sebagai hamba dan

90

khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini (Muhammad Uthman Najati 1987). Jika
dikaitkan dengan kesejahteraan mental, individu yang sedang mengalami masalah
kesihatan mental seperti kemurungan dan tekanan adalah golongan yang terdedah
kepada perlakuan negatif seperti mencederakan diri dan orang sekeliling. Dengan
menanamkan jiwa tauhid, di samping dapat memperbaiki hubungan diantara manusia
dengan Allah SWT serta hubungan manusia dengan manusia dalam diri, perlakuan
negatif juga dapat dihalang (Mohd Nasir Masroom, 2013).

Kedua, memahami konsep rububiyyah iaitu meyakini bahawa Allah SWT
sebagai pentadbir dan pengurus alam ini. Peranan manusia di atas muka bumi adalah
untuk berusaha menguruskan bumi dengan sebaiknya, setelah itu menyerahkan kepada
Allah SWT untuk menentukan hasil usaha yang telah dijalankan (Khurshid Ahmad,
1980). Sekiranya golongan akademik memahami konsep rububiyyah dengan baik,
mereka tidak akan cenderung kepada kegelisahan dan tekanan yang melampau dalam
memastikan segala usaha yang dijalankan mencapai keputusan yang sempurna.
Sebaliknya, golongan akademik ini akan lebih cenderung melakukan amal ibadat
sebagai tanda pengharapan kepada Allah untuk setiap usaha yang dijalankan.
Sebagaimana firman Allah

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan
apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-
orang yang mengerjakan sembahyang” (Al-Maarij, 70:19-22)

Menurut Ibn Kathir (2008), ayat ini menjelaskan bahawa manusia
mempunyai beberapa akhlak buruk yang diciptakan kepadanya seperti sifat resah
gelisah dan kedekut. Jika manusia ditimpa suatu keadaan yang menyusahkannya,
maka dia akan gelisah dan mengeluh. Hati manusia mudah hancur kerana rasa
takut yang melampau dan mudah putus asa dari mendapatkan kebaikan. Namun,
apabila manusia mendapat kenikmatan dari Allah SWT, maka dia sangat
kedekut untuk memberikannya kepada orang lain dan gagal melaksanakan hak-
hak Allah SWT dari nikmat yang diterima itu. Sifat-sifat buruk manusia ini dapat
dihindari oleh orang-orang yang mendapat perlindungan Allah SWT dan
diberikan taufik serta hidayah untuk menuju kebaikan serta diberikan
kemudahan untuk mendapatkannya. Mereka itulah orang-orang yang mengerjakan
solat.

Seterusnya asas yang ketiga ialah aplikasi konsep tazkiyah an nafs dalam diri
setiap manusia. Konsep tazkiyah ini merujuk kepada pembersihan dan pertumbuhan
jiwa seseorang manusia yang akan mempengaruhi setiap tingkah laku seseorang itu.
Khurshid Ahmad (1980) mengatakan aplikasi tazkiyah merupakan misi kepada semua
Nabi Allah SWT untuk dilaksanakan dalam memastikan kelancaran hubungan
manusia dengan Allah SWT, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam.
Oleh itu, Khurshid Ahmad (1980) meletakkan aplikasi konsep tazkiyah an nafs ini
sebagai asas yang utama untuk mencapai kesejahteraan insan termasuk kepada
golongan akademik. Melalui proses tazkiyah an nafs ini taubat merupakan langkah
pertama bagi manusia mendekatkan diri kepada Allah SWT seterusnya mencapai
keredhaan Allah SWT apabila sebahagian besar dosa telah disucikan melalui taubat
(H. A. Rivary, 1999).

91

Manusia, termasuk golongan akademik merupakan makhluk yang tidak pernah
terlepas daripada melakukan dosa. Maka apabila tidak terlepas daripada melakukan
dosa, ia akan memberi kesan dari sudut fizikal dan mental. Menurut Sukamdi (2010)
manusia yang mempunyai banyak dosa akan merasa gelisah dalam dirinya, ini bererti
ianya akan memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang. Jika dosa itu terus
menghantui jiwanya maka orang tersebut akan mengalami gangguan pada akalnya.
Memiliki rasa sebuah dosa, merupakan salah satu penyebab gangguan kesejahteraan
mental. Cara terbaik untuk membersihkan rasa berdosa inilah adalah merasakan
penyesalan dan bertaubat. Tambahan Sukamdi (2010) lagi, apabila unsur-unsur taubat
mula terjalin dalam diri orang yang bertaubat, maka kesan taubat akan memainkan
peranan yang besar dalam kehidupan dan kesihatan mental individu yang berdosa dan
bersalah. Secara tidak langsung, kesejahteraan mental juga akan dapat dibangunkan
semula dalam diri seseorang itu.

Seyogianya, menurut Abdul Mujib dan Jusuf Mudzakir (2001), psikospiritual
Islam ini mampu menyembuhkan semua aspek psikopatologi, sama ada yang bersifat
duniawi, ukhrawi ataupun penyakit manusia moden merujuk daripada ungkapan dari
`Ali bin Abi Talib iaitu seperti yang berikut:

“Ubat hati itu ada lima jenis iaitu membaca al-Quran sambil mencuba
memahami ertinya, melakukan solat malam, bergaul dengan orang yang baik
atau soleh, memperbanyak shaum atau puasa dan zikir malam hari yang
berpanjangan. Barang siapa yang mampu melakukan salah salah satu dari
kelima jenis ubat hati tersebut maka Allah akan memperkenankan hajatnya
(permintaannya dengan menyembuhkan penyakit yang diderita).”

Berdasarkan analisis yang dikemukakan ini, jadual 1 merumuskan kaedah
pengurusan kesejahteraan mental berdasarkan konsep psikospiritual Islam yang boleh
dilaksanakan oleh golongan akademik Muslim.

Jadual 1: Kaedah pengurusan kesejahteraan mental untuk golongan akademik
Muslim berdasarkan konsep psikospiritual Islam

Asas psikospiritual Islam Kaedah pengurusan untuk golongan akademik
Memiliki jiwa tauhid Menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama
manusia.
Memahami konsep rububiyyah
Aplikasi konsep tazkiyah al-nafs Meyakini bahawa Allah SWT sebagai pentadbir dan
pengurus alam ini.

Membersihan dan membangunkan jiwa.

KESIMPULAN

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang berkemungkinan mendedahkan
golongan akademik terhadap isu kesejahteraan mental, namun golongan ini amat
diperlukan oleh agama, bangsa dan negara khususnya sebagai penggerak kemajuan.
Justeru, cabaran yang dihadapi oleh golongan ini perlu diuruskan dengan sebaiknya.

92

Bagi golongan akademik Muslim, kaedah psikospiritual yang berpaksikan kepada
pembangunan jiwa melalui kaedah tasawuf membangunkan kesejahteraan mental
secara spiritual. Hasilnya, kaedah ini dapat digunakan untuk memastikan kelestarian
kesejahteraan mental golongan akademik Muslim. Melalui cara ini, diharapkan agar
golongan akademik Muslim bukan sahaja maju secara akademik dan intelek, malah
teguh jiwa dan nilai agamanya.

RUJUKAN

Aldan, C.M. & Filmer, D.F. (2013). Health, Illness and Optional Aging : Biological &

Psychosocial Perspective. 2nd Edition. New York : Springer.

Atchley, R.C. (1976). The Sociology of Retirement. Cambridge Massachusetts:

Schenkmen Publishing Company.

Charles, S.T. & Carstensen, L.L. (2010). Social and Emotional Aging. Annual Review

of Psychology. 61 (383-409).

Hales, D. (2005). An Invitation to Health. 11th edition. Belmont, CA : Thomson &

Wadsworth.

Hariyati Ariffin. (2020). Usah Biar Bidang Pendidikan Dipenuhi Individu Murung. Berita

Harian Online Jumaat, 7 Februari 2020. Diakses melalui pautan

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/02/528562/usah-biar-bidang-

pendidikan-dipenuhi-individu-murung.

Mohd Alwi Mohd Mustafa. (2018). Hubungan Antara Kesejahteraan Subjektif dengan

Kesihatan Mental di Kalangan Penjawat Awam yang Akan Bersara.

Human Sustainability Procedia (INSAN 2018 E-Proceeding). Johor Bahru.

Mohd Anwar Patho Rohman. (2018). 4.4 peratus guru stres. Berita Harian Online.

Diakses dari https:// www.bharian.com.my/ berita/nasional/2018/08 /467001/

44-peratus-guru- stres.

Myers, D.G. (2000). The Funds, Friends, and Faith Of Happy People. American

Psycologist. 55- 57.

Ruhaiza Rusmin. (2017). Cabaran Pensyarah. My Metro 6 Mac 2017. Diakses daripada

https://www.hmetro.com.my/node/211199.

Thurayya Othman. (2007). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan

Staf Jabatan Agama Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi

Malaysia.

Yeap, R. & Low, W., (2009). Mental Health Knowledge, Attitude and Help-Seeking Tendency

: A Malaysia Context. Kuala Lumpur : Internatioan Medical University, Kuala

Lumpur. Malaysia.

Yeh, S-C & Liu, Y-Y. (2003). Influence of Social Support on Cognitive Function in

The Elderly. BMC Health Service Research.

93

Pernafasan Sufi Sebagai Salah Satu Teknik Relaksasi
dalam Mengawal Tekanan

SHARIFAH BASIRAH BINTI SYED MUHSIN
CHE ZARRINA BINTI SA’ARI

MOHD MANAWI BIN MOHD AKIB

* Dr. Sharifah Basirah Binti Syed Muhsin, Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, emel:
[email protected], Prof. Madya Dr. Che Zarrina Binti Sa’ari, Profesor Madya,
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
emel: [email protected], Dr. Mohd Manawi Bin Mohd Akib, Pensyarah Universiti,
Pusat Kajian al-Quran Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, emel: [email protected]

ABSTRAK

Tekanan adalah satu tindak balas emosi, fizikal dan mental yang di akibatkan dari
perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.
Tekanan ini di kenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah merangkumi
bebanan, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak
bermaya. Oleh sebab tekanan ini telah menjadi satu perkataan harian yang selalu
digunakan oleh manusia, perkara ini perlu diberi perhatian yang ,secukupnya.
Walaupun terdapat banyak bentuk tekanan yang dialami manusia, ia perlu diatasi
dengan apa cara sekali pun, kerana jikalau ia dibiarkan dengan begitu sahaja, ia akan
menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan dan seterusnya memberi kesan kepada
kualiti kehidupan seharian. Antaranya ialah dengan cara menenangkan tubuh dan
fikiran atau dengan teknik relaksasi. Terdapat banyak teknik relaksasi yang telah
dibincangkan oleh pengkaji seperti meditasi, senaman ringan, melakukan aktiviti yang
disukai dan pernafasan. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan
cadangan teknik releksasi yang boleh dibuat dan diamalkan untuk mengawal tekanan
iaitu melalui cara pernafasan yang diamalkan oleh kebanyakkan para sufi dikenali
sebagai ‘pernafasan sufi’. Proses pernafasan sufi ini dilakukan dengan melalui
pernafasan yang tepat dan mendalam serta memerlukan tumpuan yang tinggi diselami
dengan kalimah-kalimah suci yang dapat menghasilkan relaksasi pada diri individu.
Hasilnya mendapati teknik ini dapat memberi kesan yang optimum terhadap
mengawal stres yang dihidapi oleh individu dapat menjamin kesejahteraan mental dan
emosi individu malahan individu perlu mempunyai keyakinan dalam melakukannya
serta melaksanakan dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT oleh kerana segala
usaha yang dilakukan tidak akan berjaya selagimana ia tidak mendapat keizinan Allah
SWT kerana Allah SWT jualah yang Maha Pemberi Kesembuhan.

Kata Kunci: Pernafasan sufi, tekanan, relaksasi, Psikospiritual Islam, Tasawuf

94

PENGENALAN

Tekanan atau stres tatkala berdepan dengan masalah atau cabaran hidup, termasuk
pelbagai kesan dan akibat pandemik Covid-19, mencetus perubahan rutin atau
mencengkam perasaan. Ramai dalam kalangan masyarakat telah mengalami tekanan
mental dan perasaan yang rata-rata tidak dapat lagi meneruskan kehidupan seperti
sedia kala. Dalam berdepan dengan norma baharu hari ini, masih ramai masyarakat
yang terkesan dengan situasi ini. Malah ada yang sanggup membunuh diri kerana
tidak mampu lagi meneruskan hidup dan merasakan mati adalah penamat segala
masalah dan tekanan yang dihadapi.

Stres bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang satu masalah yang remeh
oleh kerana ia dapat memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang
individu jika tidak dikawal dengan baik. Melihat sudut pandang psikologis, perkataan
stres merujuk kepada individu yang mengalami suatu tekanan atau kemurungan.
Walaupun pelbagai maksud yang merujuk kepada stres namun kemurungan atau
berada dalam kesedihan yang memberi tekanan kepada seseorang individu menjadi
fokus utama (Noor Izzati, Fariza, A’dawiyah, 2019). Stress berlaku secara tidak
spesifik dan boleh menyebabkan berlaku tuntutan terhadap jasad individu sama ada
memberi kesan kepada sudut mental dan somatik (Selye, 1956). Secara umumnya,
stres terbahagi kepada dua keadaan iaitu eustress dan distress. Eustress merupakan
stres yang boleh membawa kesan positif dan bertindak sebagai agen motivasi diri
(Everly & Lating, 2013).

Namun, ketidaktentuan stress ini tidak menjamin individu sentiasa berada
dalam keadaan lapang dada kerana ia juga berpotensi menjadi distress. Distress
merupakan stres yang membawa kepada kesan negatif yang boleh menyebabkan
gangguan terhadap kesihatan dan gaya hidup seseorang termasuklah perubahan dari
sudut kognitif, emosi, psikologi dan tingkah laku (Harrington, 2013). Stres boleh
dihidapi tanpa mengira jantina,bangsa mahupun umur seseorang individu. Stres juga
boleh dikatakan hampir menjadi punca kepada semua masalah yang melibatkan
mental. Perbahasan mengenai stres dari persepktif lazim agak berbeza dengan
perbincangan dari perspektif Islam. Jika perspektif lazim tersebut menggunakan
pelbagai teori dan model dalam menguruskan stres dengan mengenal pasti faktor dan
punca terlebih dahulu. Namun perbincangan dari sudut Islam, perbincangan stres dari
sudut pandang Islam lebih menumpukan kepada konsep ujian itu sendiri dan
bersumberkan kepada al-Quran dan al-Hadith. Penyelesaian stres turut sama
ditonjolkan di dalam al-Quran dan al-Hadith bagi menunjukkan penyelesaian terhadap
perkara-perkara yang dibangkitkan. Islam telah membincangkan struktur personaliti
manusia dan juga unsur-unsur yang ada pada manusia. Setiap dugaan yang dihadapi
oleh manusia adalah datang dari Allah SWT untuk meningkatkan darjat dan martabat
seseorang hamba di sisi Allah SWT. Setiap hamba yang diuji adalah bagi mencari
hamba yang terbaik untuk memenuhi syurga Allah SWT sebagaimana Islam telah
menetapkannya (Aziz, 2011).

Setiap manusia berbeza dari segi tindak balas dan persepsi mereka mengenai
stres yang dihadapi dalam hidup. Perbezaan ini menentukan kegagalan atau kejayaan
seseorang manusia, keupayaan dan kemampuan dalam mengurus diri mereka,

95

keluarga dan masyarakat, serta kekuatan mental mereka. Pengawalan dan pengurusan
stres berjaya dicapai hasil kaedah tersebut dipelajari mengikut latihan, kemampuan
diri, dan melewati suatu tempoh masa secara berperingkat. Oleh demikian, masa yang
diperlukan untuk diri seorang individu itu mahir dalam mengawal stres mereka turut
juga berbeza mengikut jenis-jenisnya. Oleh itu, pelbagai kaedah dan juga persediaan
yang baik diperlukan bagi mengawal stres ia termasuklah dari segi fizikal, mental dan
juga kerohanian (Siti Noorsyafenas, 2016). Stres merupakan masalah jiwa yang perlu
dikawal dengan segera bagi mengelakkan ia semakin serius lantas membawa ke arah
yang lebih teruk. Oleh itu wajarlah ia perlu ditangani dengan segera. Agama Islam
sendiri telah banyak mengajar manusia kaedah dalam merawat dan mengawal diri dari
kecelaruan jiwa seperti yang digariskan Islam selari dengan firah manusia itu sendiri.
Ajaran yang disampaikan oleh para anbiya membantu manusia mengetahui kaedah
mendekati Allah SWT, hubungan dengan sesama manusia, haiwan dan alam secara
keseluruhannya. Manusia dilengkapi diri mereka dengan fitrah beragama itu sendiri
tanpa agama jiwa manusia akan menjadi kosong dan hilang ketenangan. (Aziz, 2011).
Melihat kepada keperluan fitrah ini, pengkaji merasakan kaedah menurut ilmu
Tasawuf yang perlu diketengahkan dalam kajian ini bagi mengawal stres dari terus
membelenggu seseorang individu itu adalah melalui kaedah pernafasan sufi. Hal ini
dimana, manfaat dalam menggunakan kaedah ini jarang digunakan dikalangan
masyarakat bagi mengawal stres yang dihadapi dalam hidup mereka.

TEKANAN DARI SUDUT PSIKOSPIRITUAL ISLAM

Mohd Juraimy Hj Kadir (2014) menyatakan bahawa Islam memandang tekanan yang
dihadapi oleh manusia sebagai satu fitrah kehidupan yang tidak dapat dipisahkan lagi,
hal ini dengan jelas dapat dilihat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-
Baqarah ayat 155 yang bermaksud:

Terjemahan:
Demi Sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
(dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.

Ibnu Kathsir dalam tafsirnya (1420-1999) menyatakan ayat ini menerangkan
bahawa Allah SWT menguji hambanya dengan sedikit rasa ketakutan dan kelaparan
serta sebahagian harta lenyap dan kehilangan orang yang disayangi samada keluarga,
kekasih, kaum kerabat atau teman handal, begitu juga hasil tanaman yang tidak
menghasil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kelazimannya, maka orang yang
bersabar dalam menghadapinya akan mendapat pahala dan orang yang sebaliknya
tidak bersabar akan menimpa dirinya azab Allah SWT.

Tekanan boleh datang dalam keadaan membawa kebaikan kepada individu dan
tekanan boleh juga datang dalam keadaan membawa keburukan. Tekanan ini dapat
menyediakan tenaga dan motivasi kepada manusia dalam memenuhi cabaran seharian
samada di rumah mahupun di tempat kerja. Tekanan yang datang membawa kebaikan
dapat memotivasikan manusia dalam meningkatkan cabaran dan mencapai matlamat
yang ingin dikejar misalnya tarikh akhir, jualan-jualan, sasaran dalam pengeluaran
atau dalam mendapatkan pelanggan baru. Sesetengah manusia berpandangan bahawa

96

cabaran yang mereka hadapi bukan sebagai tekanan oleh kerana apabila mereka
bertemu dengan cabaran mereka akan berpuas hati dan gembira namun begitu tidak
dinafikan tekanan juga mampu memberikan kesan yang negatif kepada manusia
(Mohd Juraimy , 2014).

Malah Wan Nornajwa Wan Othman (2018) menyatakan bahawa Islam tidak
memandangkan kepada stres sebagai suatu tekanan yang hanya berlaku dalam bentuk
fisiologi, psikologi atau lingkungan sosial sahaja namun tekanan yang dihadapi
manusia merupakan sebagai suatu medium untuk seseorang hamba itu mendekatkan
diri kepada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Anbiya’ ayat 35:

‫ُك ُّل نَ ۡفس ذ ََآ ِئقَةُ ٱۡل َم ۡو ۗ ِت َونَ ۡبلُو ُكم بِٱلش ِر َوٱۡل َخ ۡي ِر ِف ۡتنَ ٗۖٗة َو ِإ َل ۡينَا تُ ۡر َجعُو َن‬
٥٣

(Al-Anbiya 21: 35)
Terjemahan:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji
kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-
benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Berdasarkan ayat tersebut, Ibnu Kathsir (1420-1999) menjelaskan bahawa
ujian yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut merujuk kepada ujian yang datang
dalam pelbagai bentuk sama ada ia dalam bentuk kesusahan ataupun kesenangan. Ibnu
Kathsir memperincikan lagi bahawa ujian ini merupakan sebuah satu medium bagi
menguji kesyukuran dan kesabaran hamba Allah SWT).

Dari sudut pandang Sarjana Islam kehidupan seorang muslim menjadi aspek
kepentingan buat mereka adalah perkara yang melibatkan hati (al-Qalb). Ini kerana
hati (al-Qalb) ini memainkan peranan sebagai sumber kerohanian kepada kehidupan
manusia secara keseluruhannya sebagaimana sabda dari baginda Nabi Muhammad
SAW :

‫ أَََّل‬،ُ‫ َف َسدَ ا ْل َج َسدُ ُك ُلّه‬،‫ َوإِذَا فَ َسدَ ْت‬،ُ‫ َصلَ َح ا ْل َج َسدُ ُك ُّله‬،‫ ِإذَا َصلَ َح ْت‬،ً‫أَََوَّلِه َ َويإِا ْلن َق ْل ِف ُبي ا ْل َج َس ِد ُم ْضغَة‬

Terjemahan:

“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia
baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah
seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).(Riwayat
Al-Bukhari)”

Imam Al-Ghazali memberikan pengertian hati (al-Qalb) kepada dua iaitu
pengertian pertama bagi hati adalah hati jasmani dimana ia merupakan segumpal
daging yang berada di sebelah kiri dalam seseorang manusia. Manakala pengertian
kedua bagi hati adalah hati rohani dimana ia membawa kepada makna hakikat seorang
insan tersebut yang mempunyai kemampuan dalam menuntut ilmu dan memikul
tanggungjawab terhadap segala perintah dan larangan oleh Allah SWT. Hal demikian
tahap stress dipengaruhi oleh baik dan buruk hati seseorang muslim tersebut. Dengan

97

lebih jelas, tahap stres yang dialami oleh seseorang muslim itu mengikut kepada
kualiti hati mereka (Noor Izzati, Fariza, A’dawiyah, 2019).

PERNAFASAN SUFI DAN TASAWUF

Menurut Sukarni (2020) antara elemen yang terdiri di dalam manusia ialah elemen al-
nafs dan juga al-ruh. Al-nafs merupakan kalimah daripada arab membawa erti kepada
diri manusia yang sentiasa sebati dengan nafsu yang menjadi temannya. Hal ini
dimana al-nafs pada manusia sentiasa memerlukan kepada memenuhi segala
keperluan tubuh badan manusia yang meliputi makanan, kekayaan, keinginan
syahwat, dorongan emosi dan lain-lain yang lebih bersifat kepada keperluan jasad.
Segala keperluan ini akan menjadi keutamaan kepada manusia dalam menjalani
kehidupan di dunia namun jika didasari dengan hawa nafsu maka ia akan melahirkan
pelbagai jenis penyakit samada berbentuk fizikal dan emosi khususnya perbincangan
dalam kajian ini iaitu memfokuskan penyakit yang sering dihidapi manusia iaitu
tekanan.

Keinginan nafsu perlu dikawal dengan panduan yang dibawa oleh agama bagi
tidak menjadikan diri manusia menghidapi penyakit-penyakit tersebut. Menurut tafsir
Ibnu Kathsir menyatakan bahawa nafsu sentiasa mengajak melakukan perkara
kejahatan kecuali orang yang mendapat peliharaan oleh Allah SWT daripada
melakukan kesalahan dan Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Ad-
Dimasyqi, 1420-1999). Maka jelas disini, sekiranya nafsu itu tidak dipandu oleh
agama pastinya ia akan membawa manusia ke arah kejahatan yang dapat
membinasakan diri manusia itu sendiri. Tasawuf telah memberikan pendekatan dalam
membantu perkembangan jiwa manusia dengan menyatakan bahawa ia mengingatkan
mengenai bagaimana evolusi al-nafs wujud dalam tingkah laku manusia dari semua
perwatakan, personaliti, dan tingkahlaku. Terdapat nafsu yang sentiasa mengajak
manusia ke arah kejahatan iaitu al-nafs ammarah yang mana mengawal jiwa manusia
kepada memenuhi kehendak nafsu yang penuh dengan tamak dan kerosakan. Hal ini
merupakan penjelasan kepada keadaan nafsu yang dikatakan sebagai kedudukan yang
egoism (Sukarni, 2020).

Manakala elemen al-ruh dilihat sebagai satu perkara yang setelah wujudnya di
dalam diri manusia dan hingga akhirnya kematian manusia itu sebagai tanda akhir
kepada fizikal dan mental bagi kehidupan tersebut. Al-ruh dan juga al-nafs sering
disamakan peranannya namun hakikat bagi kedua elemen tersebut adalah berbeza,
oleh kerana roh dapat memainkan peranannya dalam mempertingkatkan tahap fizikal
seseorang termasuklah proses berfikir manusia. Penggerak kepada al-ruh adalah
nafas, permulaannya pada pernafasan yang mana prosesnya melibatkan keluar masuk
nafas ke dalam tubuh manusia yang merupakan perkaitan yang rapat diantara
hubungan hidup dan mati manusia itu. Keperluan manusia kepada ruh sama seperti
keperluan manusia kepada nafas. Manusia masih boleh hidup sekiranya tiada gerakan
secara fizik mahupun aktiviti daripada mental namun apabila manusia terpisah
daripada nafas, kehidupan manusia akan berakhir dengan kematian dalam jangka
masa yang sangat singkat. Pembuktiaan secara mekanikal kepada manusia masih
hidup walaupun gelombang daripada otak mereka tidak berfungsi berdasarkan
keputusan daripada sebuah alat yang dikenali electroencephalograph, manusia seperti
ini dipanggil ‘mati otak’ namun masih hidup. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

98

terdapat sesuatu elemen atau unsur yang lebih penting berperanan terhadap kehidupan
manusia itu berbanding mental dan fizik manusia dan ia merupakan roh (Sukarni,
2020).

Melihat kepada perbincangan tersebut, ilmu Tasawuf memandang nafas
merupakan sebagai satu kaedah yang dapat menghubungkan jiwa manusia dengan
pernafasan. Pernafasan sufi yang sentiasa dilazimi dengan nama-nama Allah SWT
serta zikir dijadikan sebagai unusr penting yang disertai dengan keluar masuk semasa
berlaku pernafasan seseorang.

Pernafasan yang berbentuk relaksasi menurut Ekawaldi (2014) adalah satu
latihan pernafasan yang sesuai dengan pergerakan pernafasan yang betul dimana
penumpuan pemikiran individu dapat mempercepatkan proses kesembuhan yang
melegakan tekanan yang dihidapi, kegelisahan yang menyelubungi, malahan
mengekalkan dan memperbaiki kesihatan tubuh fizikal dan kesihatan mental. Menurut
Irham (2016) pernafasan ini mempunyai kaitan dengan al-nafs seperti yang dijelaskan
oleh Abu Bakar Bin Al-Baqilani bahawa beliau menyatakan akan al-nafs itu
merupakan nyawa apabila ia akan al-nafs itu keluar maka jadilah akan ia “nafas”
sehinggakan akan nafas itu adalah nyawa atau jiwa bagi kehidupan manusia.
Pernafasan ini juga didefinisikan sebagai udara di sekeliling yang keluar dan masuk ke
dalam tubuh badan manusia, turut membantu meningkatkan daya peredaran darah dan
membantu meningkatkan daya bertahan hidup manusia. Setiap makhluk yang hidup
terutama manusia semestinya memerlukan kepada nafas kerana kehidupan itu tidak
terlepas akan ia dari aktiviti pernafasan. Pernafasan merupakan pergerakan yang
berterusan silih berganti antara proses penarikan nafas dan penghembusan nafas untuk
manusia terus hidup. Maka dapat dikatakan akan nafas merupakan sesuatu hal yang
pertama dan yang terakhir dalam kehidupan yang membawa makna kepada setiap
perjalanan hidup ini terjadi dengan nafas yang pertama dan nafas yang terakhir.

Terma pernafasan sufi yang dibentuk berdasarkan perkataan pernafasan dan
sufi yang melihat pernafasan itu merujuk kepada proses bersilih ganti gas diantara
makhluk yang hidup serta ritma pernafasan yang betul dimana penumpuan pemikiran
individu dapat mempercepatkan proses kesembuhan yang melegakan tekanan dan
kegelisahan yang dihadapi dan dapat mengekalkan kesihatan tubuh fizikal dan mental.
Manakala pernafasan sufi merupakan kaedah dan pendekatan para ahli sufi dengan
menghubungkan diri kepada Allah SWT melalui pernafasan yang mana kebaikan
dalam pernafasan dapat memberi penumpuan penuh pemikiran ahli sufi dalam
menghubungkan diri kepada Allah SWT bagi memperolehi ketenangan dan relaksasi
jiwa.

METODOLOGI

Artikel ini menggunakan kajian kepustakaan sepenuhnya bagi mendapatkan data.
Kerangka ini disusun berdasarkan pengumpulan dan penelitian terhadap rujukan
literatur. Pengkaji mengumpul data menerusi metode analisis tema berdasarkan
beberapa tema stres, psikospiritual Islam dan pernafasan dan tasawuf daripada bahan-
bahan yang terdapat dalam rujukan kepustakaan, khususnya data primer. Pengkaji
turut melakukan pencarian melalui database jurnal dan buku-buku akademik. Konsep
pernafasan secara umum juga diambil dari pengkaji-pengkaji Barat untuk disesuaikan

99

dengan masalah semasa individu. Semua konsep dan dapatan diulas berdasarkan sudut
pandang tasawuf dalam menangani masalah stres.

PERNAFASAN SUFI DALAM MENGAWAL TEKANAN

Pernafasan yang relaksasi adalah dengan teknik mengawal langkah dan kedalaman
pernafasan yang mana pernafasan itu apabila ia tepat dengan kaedahnya maka ia dapat
mengurangkan stres yang dihidapi oleh individu tersebut (Annisa Maimunah, 2011).
Menurut William (2009) menyatakan latihan pernafasan merupakan satu teknik yang
sering digunakan dalam terapi untuk golongan yang menghidapi kegelisahan ‘anxiety’
dan pengurangan kepada tekanan ‘stress. Latihan pernafasan akan mendorong kepada
relaksasi apabila proses pernafasan yang perlahan dari dalam diafragma (otot perut
yang terletak di bawah paru-paru berhampiran tulang rusuk) dan memberi kesan
fisiologi yang bertentangan dengan hiperventilasi (bernafas dengan laju) dan juga
meransangkan sistem saraf autonomi manusia. Malahan latihan pernafasan ini juga
digunakan dalam mengawal kegelisahan yang kronik yang mana mengalami gangguan
kegelisahan umum (GAD) dan hiperventilasi yang berlaku kesan serangan panik yang
datang tiba-tiba.

Tambahan, dalam mengaplikasikan pengurangan kegelisahan ini, latihan
pernafasan ini sangat berguna sebagai salah satu strategi relaksasi yang umum untuk
individu yang berminat dalam mempelajari teknik pengurusan tekanan ‘stress’.
Individu yang mengalami gejala kegelisahan yang kronik seperti mengalami gangguan
panik serta gangguan kegelisahan umum, mereka ini mempunyai kemungkinan besar
mendapat manfaat daripada pengaplikasian latihan pernafasan. Individu yang
mengalami dengan gejala kegelisahan yang kronik tertentu mungkin diagnosis
mengalami hiperventilasi yang kronik sehingga menyumbang kepada gejala
kegelisahan somatik. Oleh demikian, kaedah rawatan melalui latihan pernafasan
digunakan untuk merawat gangguan panik dalam mengatasi hiperventilasi yang
menjadi pencetus kepada serangan panik, malahan kaedah ini digunakan bagi
mengawal dan mencegah serangan panik pada komuniti. Manakala dalam kes
gangguan kegelisahan umum, apabila kegelisahan atau kebimbangan dihadapi oleh
individu maka pernafasan diafragmatik boleh digunakan bagi meransang keadaan
relaksasi dan ia juga akan bertindakbalas dalam mengatasi simptom tersebut.
(William, 2009).

Dapat disimpulkan, latihan pernafasan ini dapat membantu menjadi kaedah
alternatif dalam mengawal tekanan bagi seseorang. Ini kerana pernafasan yang teratur
dan baik akan mempengaruhi minda dan emosi individu sehingga ia mampu
mengawal tekanan disebabkan oleh sesuatu masalah yang dialami.

Dalam membincangkan berkaitan dengan pernafasan sufi, unsur utama yang
digunakan adalah dengan memasukkan amalan para sufi dalam mempraktikkan teknik
pernafasan sufi ini. Terapi pernafasan dengan mengarahkan otak memfokus kepada
aktiviti pernafasan dimana seseorang itu menyedari keluar masuknya udara melalui
hidung, terapi ini digunakan juga pada ahli sufi namun disertakan aktiviti pernafasan
tersebut dengan zikrullah sebagaimana menurut Lutfie (2020) dalam kajiannya yang
menyatakan terdapat amalan yang dilaksanakan oleh ahli tarekat iaitu zikir hifz al–
anfas (menjaga pernafasan). Zikir hifz al-anfas ini dapat mengawal diri seseorang dari

100

mempunyai keinginan maksiat seperti meninggalkan ibadah, berbuat jahat dan
perkara-perkara yang lain yang tidak lepas dari keluar masuk nafas di antara hidung
dan mulut, ketika seseorang sedang menarik nafas maka perlu disertakan dengan zikir
samaada ia dilafazkan melalui lisan atau dilafazkan didalam hati dan dilakukan secara
berterusan di setiap tarikan dan hembusan nafas tersebut. Antara zikir yang
dicadangkan ialah seperti menyebut nama Allah, nama lain bagi Allah SWT dan zikir-
zikir lain seperti “La ilaha illallah”, “Allahu Akbar” dan lain-lain lagi. Oleh yang
demikian, perlaksanaan zikir ini tidak seharusnya disempitkan hanya dengan duduk
berzikir sahaja, bahkan zikir ini boleh disintesiskan dengan apa jua kaedah perubatan
termasuklah digunakan dalam kaedah pernafasan bagi menghasilkan suatu usaha yang
lebih dirahmati Allah SWT sehingga memberikan kesan.

Seseorang yang merasa tertekan dan berfikiran negatif sehingga memberi
kesan kepada kehidupan sehariannya dapat mengubati kekacauan jiwa dan ketidak
tenteraman hati tersebut dengan melakukan berzikir. Hal ini kerana dengan berzikir,
hati akan menjadi tenang dan segala keserabutan akan hilang. Sebagaimana Allah
SWT telah berfirman dalam surah Al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud “Hanya dengan
mengingati Allah SWT hati akan menjadi tenang”. Terdapat banyak kajian yang telah
dilakukan yang menunjukkan kesan positif kepada seseorang yang melakukan zikir.
Dengan berzikir juga akan mencergaskan minda dan memberi ketenangan dalam hati,
seterusnya jiwa yang resah dan tidak berupaya untuk membangun akan terus segar dan
sentiasa bermotivasi. Oleh yang demikian, gabungan teknik pernafasan dengan
disertai dengan amalan sufi iaitu zikir merupakan satu bentuk rawatan segera yang
holistik dan menyeluruh kerana melibatkan praktikal secara fizikal dan spiritual.
Perbincangan holistik dalam Islam yang merangkumi eleman fizikal dan spiritual
banyak dibincangkan oleh Abu Hamid al-Ghazali. Spiritual dalam perbincangan Imam
al-Ghazālī dalam kitabnya, Iḥyā’ `Ulūm al-Dīn terdiri daripada empat elemen iaitu
qalb (hati), `aql (akal), nafs (nafsu) dan rūḥ (rohani) dan meletakkan qalb sebagai asas
utama. Setiap unsur spiritual ini saling berkait antara satu sama lain bagi meraih
kesejahteraan fizikal, mental, akal, emosi dan spiritual seseorang.

Teknik pernafasan sufi ini juga merupakan sebahagian dari teknik pernafasan
biasa yang umumnya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan minda seseorang. Ia
merupakan pernafasan relaksasi dimana pernafasan ini dilakukan dengan mengawal
pernafasan dengan teratur serta mendalam dan pernafasan yang betul dan tepat. Hal
ini dapat mengurangkan stres dan pernafasan relaksasi ia menjadi sebagai active
coping skill apabila ia digunakan oleh individu. Apabila pernafasan sufi ini dilakukan
ketika mengalami stres, ketegangan atau kecemasan maka ia akan mendatangkan
tindakbalas fizikal yang berkurangan dan menjadi lebih tenang malah apabila fizikal
menjadi tenang maka memberikan kesan positif kepada keadaan minda menjadi
tenang. Pernafasan yang tenang adalah satu teknik yang bukan sahaja dapat membantu
anda bernafas tetapi juga membantu mengurangkan ketegangan fikiran.

Kaedah dalam melaksanakan pernafasan relaksasi ini yang diaplikasikan
dalam pernafasan sufi dilihat mampu menjadi penyumbang kepada seseorang dalam
mengawal tekanan yang dialami. Ini kerana kaedah ini boleh mempengaruhi emosi
dan minda seseorang yang digabungkan dengan dengan zikir-zikir. Disamping itu
juga, seseorang yang melakukan teknik pernafasan sufi ini mampu memfokuskan
hatinya dengan makna-makna zikir tersebut dengan meletakkan segala kesusahan dan


Click to View FlipBook Version