The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penerbitan.paksi, 2021-09-16 23:28:56

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM 2021

101

ujian yang dilalui ini adalah dari Allah SWT dan kepadaNya juga manusia akan
kembali dan memohon pertolongan serta juga menerapkan rasa kesyukuran kepada
Allah SWT. Situasi ini akan memberi motivasi kepada seseorang dengan memikirkan
serta melafazkan kata-kata yang positif dan keadaan ini akan menjurus kepada
perubahan corak pemikiran seseorang kea rah yang lebih baik dan rasional. Akhirnya,
apabila dilatih berulang kali akan menimbulkan rasa ketenangan dan kerehatan kepada
tubuh dan emosi seseorang.

Pengaplikasian Pernafasan Sufi

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika mengaplikasikan
pernafasan sufi:

Pertamanya, individu itu perlu berwudhuk dan pilih tempat yang sunyi dari
gangguan luar. Kemudian berada dalam keadaan duduk atas kerusi atau sejadah yang
selesa. Jika perlu, pejamkan mata. Kemudian bernafas secara perlahan melalui hidung
dengan menghirupnya udara masuk ke dalam badan dan kemudian
menghembuskannya secara perlahan-lahan.

Kemudian, pilih Asma’ al-Husna yang kebiasaan disebut atau zikir pendek
yang menjadi kelaziman. Antara yang menjadi kelaziman seperti “Allah, Allah”
ataupun “Lailahaillallah”. Mulakan fokus kepada pernafasan dan ucapkan syukur
“Alhamdulillah” kepada Allah SWT atas ni’mat kehidupan.

Semasa menarik nafas sebut secara lisan atau dalam hati “Allah” dengan
sebutan “Allaaaaah” yang panjang dan hayati kewujudan Allah Yang Maha
Penyayang, Pengasih dan Pengampun.

Apabila telah biasa, teruskan menyebut “Allah” semasa menarik nafas,
sewaktu tahan nafas dan dalam hembusan nafas.

Teknik pernafasan hendaklah dilakukan sebanyak empat kali ataupun
berterusan sehingga individu itu merasai badannya berada dalam keadaan rehat dan
mindanya mulai rasa tenang. Setelah selesai, ucapkan “Alhamdulillah”.

KESIMPULAN

Peranan Tasawuf dalam kehidupan manusia sering menjadi perhatian oleh kerana
sifatnya sebagai satu bidang yang sangat membantu, terutama dalam membimbing
manusia untuk menyucikan hati mereka dari segala kekotoran maksiat duniawi yang
menjadi salah satu sumber kepada tekanan yang sering dihidapi oleh setiap manusia.
Sehingga kini, apabila dibicarakan mengenai teori, metode dan praktikal Tasawuf,
maka ia tidak dapat lari daripada dibicarakan teori oleh para sarjana barat dalam
memberikan pandangan mereka mengenai Tasawuf itu sendiri. Namun sejak akhir ini,
masyarakat sering mengalami tekanan di dalam kehidupan oleh kerana kian hari
mendatang semakin banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi bagi
meneruskan kehidupan yang penuh tipu daya dan hasutan.

102

Namun, terdapat segelintir manusia yang tidak berjaya mengawal tekanan
yang dihadapi, hal ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah kepada psikologi,
kognitif, emosi yang tidak stabil dan sebagainya sehingga pelbagai masalah mulai
timbul seperti kecelaruan jiwa, terlibat dengan gejala maksiat dan perkara yang boleh
membawa kerosakan hidup mereka. Maka ulama dan para Tasawuf mengambil
pelbagai pendekatan dalam ilmu Tasawuf bagi membendung serta menyelamatkan
manusia daripada mengalaminya dengan pelbagai pendekatan yang berteraskan
konsep dan amalan ahli sufi antaranya ialah kaedah pernafasan sufi.

Pernafasan sufi dilihat sebagai satu kaedah yang mudah diamalkan oleh semua
masyarakat dalam menjadikan sebagai medium yang mampu membantu mereka
dalam mengawal tekanan mereka malahan boleh juga dijadikan sebagai rawatan awal
dan cepat sekirannya mereka menghadapi tekanan. Kaedah pernafasan sufi yang
menggunakan kalimah suci yang mengagungkan Allah SWT merupakan satu kaedah
yang dapat mempengaruhi minda dan emosi manusia daripada terus tertekan
disebabkan kalimah yang baik diulang-ulang ini dapat memberi ransangan tindakbalas
yang positif kepada otak dan emosi manusia lantas ia akan mencerminkan tingkah
laku manusia yang lebih produktif dan positif.

Peranan Tasawuf yang membantu manusia menyingkirkan segala kerosakan
jiwa dapat mengelakkan dari manusia itu sendiri daripada mudah menerima unsur
negatif yang mendorong kepada stres. Diselarikan pula dengan mengambil kaedah
pernafasan sufi yang berhubung terus akal fikiran manusia dengan keluar masuk nafas
ditambah pula ungkapan yang positif maka ia akan menjadikan otak manusia kembali
rasional dan emosi menjadi lebih tenang dan dengan mudah mereka akan menghadapi
segala ujian dan dugaan tanpa dihempak oleh tekanan yang memberatkan diri mereka.

RUJUKAN

Ad-Dimasyqi, Abi al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathsir Al-Qursyi. 1420-1999.
Tafsir Al-Quran Al-Azim. Vol. 1. Al-Suwaidi, Riyadh: Dar Taibah Lilnasru
Wal Tauzigh,.

Annisa Maimunah, Sofia Retnowati. Pengaruh Pelatihan Relaksasi Dengan Dzikir
Untuk Mengatasi Kecemasan Ibu Hamil Pertama. PSIKOISLAMIKA, Jurnal
Psikologi Islam 8, no. 1 (2011): 6.

Aziz, Nor Azah Abdul. 2011. Kaedah Menangani Stress dengan Solat. Journal of
Islamic and Arabic Education 3 (2): 2.

Ekawaldi, Ikromi Zufri. 2014. Efektifitas Teknik Relaksasi Pernafasan Untuk
Mengurangi Kecemasan Atlet Futsal Yang Hendak Bertanding. Disertasi
Jurusan Psikologi.Universitas Negeri Samarang.

Everly, G. S & Lanting, J. M (2013), The Moderator role of Emotion regulation
ability in the link between stress and well-being, Frontiers in Psychology,
6(1632).

Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Fadli min Istabrak Lidinihi, no. hadis
52.

Harrington, R. (2013), Stress, Health & Wellbeing, triving in the 21st century,
Wadsworth: Cencage Learning.

103

Irham, M Iqbal. 2016. Nafas Kesadaran dan Menghidupkan Spiritualitas Melalui
Integrasi Tasawuf dan Psikologi. Teosofi: Jurnal Tasawuf dan Pemikiran
Islam 6 (1).

Lutfie, Mu'amar Za'imuddin. 2020. Peningkatan Kontrol Diri pada Salik Remaja
Tarekat Qadiriyah Wa Naqsyabandiyah di Pondok Pesantren Darussalam
Gombong Kebumen. Disertasi. Institut Agama Islam Negeri Purwokerto untuk
Memperoleh Gelar Magister Pendidikan (M.Pd.)

Mohd Juraimy Hj Kadir, Ahmad Azan Ridzuan. 2014. Strategi Menguruskan Tekanan
dari Perspektif Islam. Jurnal Hadhari 6 (1): 27 - 41.

Noor Izzati Mohd Zawawi, Fariza Md.Sham, A’dawiyah Ismail. 2019. Stres Menurut
Sarjana Barat dan Islam. International Journal of Islamic Thought.

Sahih Muslim, Kitab Musaqotu, Bab Ahzu Al-Halali Wa Tarku Ash-Syubuhati,
no.hadis 1599.

Selye, H. (1956), The Stress of Life, New York: Mc Graw Hill.
Siti Noorsyafenas Safe, Ahmad Yunus bin Mohd Nor. 2016. Pengurusan Stres

Menurut Al-Quran dan Hadith. Jurnal Al-Hikmah 8 (1): 4.
Sukarni. 2020. Tasawuf dan kesehatan (Sufi Healing). Makalah memenuhi Tugas

Mata Kuliah Tasawuf dan Etika Islam 5.
Sunan Ad-Darimi, Wa min Kitab Buyu’, Bab Fi Halali Baiyinun Wal Harami

Baiyinun, no.hadis 2573.
Sunan Ibn Majah, Kitab Fitan, Bab Wuquf Inda Ash-Syubuhati, no. hadis 3984.
William T.O'Donohue, Jane E. Fisher. 2009. General Principles and Empirically

Supported Techniques of Cognitive Behavior Therapy. New Jersey: John
Wiley & Sons Inc.

104

Kaedah Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik
COVID-19 Daripada Perspektif Islam

SALASIAH HANIN HAMJAH

*Salasiah Hanin Hamjah (Prof. Madya Dr.), Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, emel:
[email protected]

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini mengundang pelbagai
perasaan bimbang dalam kalangan masyarakat. Antara contoh kebimbangan yang
melanda seperti bimbang dijangkiti dan mati kerana COVID-19, bimbang kematian
orang yang tersayang dalam kalangan keluarga dan sahabat terdekat, bimbang dibuang
kerja, bimbang mengambil vaksin memberi kesan sampingan yang buruk, bimbang
kegagalan dalam pembelajaran secara dalam talian dan sebagainya. Disebabkan terlalu
banyak isu berkaitan kebimbangan yang berlaku semasa pandemik COVID-19, artikel
ini bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan kebimbangan dibuang kerja,
bimbangkan kematian akibat COVID-19 dan bimbangkan kematian insan tersayang
sahaja serta mengemukakan kaedah mengatasi kebimbangan tersebut menurut
perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis
kandungan. Kajian ini mendapati ada kaedah tertentu yang boleh dilakukan bagi
mengatasi kebimbangan dibuang kerja, kebimbangan tentang kematian diri sendiri dan
kematian orang terdekat disebabkan COVID-19. Kaedah ini boleh dilakukan secara
kendiri ataupun dengan berjumpa kaunselor Muslim bagi mengatasi kebimbangan
agar kesejahteraan psikologi dapat dinikmati dan akhirnya menghasilkan sebuah
kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

Kata Kunci : COVID-19, kebimbangan, kematian, buang kerja, pandemik

PENGENALAN

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia malah seluruh dunia bukanlah perkara
baharu. Penularan wabak ini telah menghampiri dua tahun ditempuh oleh seluruh
masyarakat di dunia dan virus yang bahaya ini telah meragut jutaan nyawa. Banyak
perubahan berlaku dalam kehidupan manusia setelah wabak ini melanda. Dalam
konteks Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mencetuskan pelbagai
perubahan dan sekaligus masalah psikologi dalam kehidupan masyarakat. Ada dalam
kalangan masyarakat terpaksa menempuh cabaran hidup yang lebih perit apabila
ditimpa penyakit COVID-19 seperti dibuang kerja, hilang mata pencarian (Abdul
Rashid, 2020) bercerai (Raiham, 2020), didera, kematian ketua keluarga, kematian
insan tersayang, hilang kesabaran melayan karenah anak-anak di rumah (Zubaidah,
2020), adik beradik bergaduh, suami isteri berkelahi malah ada yang sanggup
membunuh diri kerana tidak berupaya menghadapi tekanan hidup.

105

Kes keganasan rumahtangga dilaporkan meningkat semasa PKP. Statistik yang
dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 5,260 kes keganasan
rumahtangga dilaporkan berlaku antara Januari hingga Disember tahun 2020.
Manakala pada suku tahun pertama, tahun 2021 (Januari hingga April) sebanyak 902
kes keganasan telah dilaporkan (Latifah 2021). Kes bunuh diri di Malaysia juga
dilaporkan meningkat. Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes,
sejak Januari hingga Mei 2021 dan punca tindakan ini adalah disebabkan tekanan,
masalah keluarga dan masalah kewangan (Safeek 2021).

Pandemik COVID-19 menyebabkan gaya hidup masyarakat turut berubah (Yau
et al. 2021). Masyarakat terpaksa duduk di rumah menjalankan tanggungjawab
masing-masing secara online. Bekerja dari Rumah (BDR) dan Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR) adalah merupakan gaya hidup baharu masyarakat
masa kini. Ringkasnya segalanya dilakukan secara online sama ada pekerjaan,
pembelajaran, hubungan sosial, malah membeli belah juga dilakukan secara dalam
talian. Perubahan yang berlaku dalam kitaran kehidupan manusia ini tentunya
menyumbang kepada masalah kesihatan mental jika manusia tidak dapat menghadapi
perubahan dengan positif dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Lantaran
itu, apapun masalah yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan yang mencabar
semasa pandemik COVID-19 ini, usaha perlu dilakukan bagi mengatasinya agar
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dapat terus dinikmati.

PUNCA KEBIMBANGAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Dalam kehidupan manusia, kebimbangan boleh berpunca daripada pelbagai sebab.
Dalam konteks ini, al-Ghazali (2000) menghuraikan punca kebimbangan atau
ketakutan dalam kalangan manusia ialah takut kepada azab Allah SWT, takut kepada
kematian, takut kecederaan pada anggota badan, takut menjadi miskin, ketakutan
disebabkan persaingan mengejar harta dan pangkat, takut kehilangan pangkat dan
harta yang dimiliki, takut wujudnya perbezaan di antara dirinya dengan orang lain
dan seumpamanya. Kenyataan ini jelas menggambarkan bahawa menurut al-Ghazali,
manusia sering dilanda kebimbangan menjadi miskin, kehilangan harta dan
kekuasaan, kematian, kekalahan dalam persaingan mengumpul harta dan
kemasyhuran serta bimbang jika dirinya tidak menjadi seperti orang lain dan
ketinggalan dalam pelbagai aspek (al-Ghazali 2000; Salasiah 2010).

Sungguhpun demikian, dalam konteks pandemik COVID-19, kebimbangan
yang dialami oleh masyarakat pada masa kini adalah lebih cenderung berkait dengan
isu dibuang kerja dan hilang punca pencarian hidup. Perkara ini dinyatakan menerusi
Astro Awani bahawa antara Januari sehingga November 2020, seramai 99, 696
pekerja diberhentikan akibat penularan COVID-19. Pembuangan pekerja ini
melibatkan golongan berkemahiran tinggi seperti pengurus, profesional dan juruteknik
(Hasimi 2020). Selain itu, kebimbangan juga muncul disebabkan ketakutan PKP
disambung lagi sehingga tidak dapat menziarahi orang tua, terus duduk diam di
rumah, tidak dapat berjalan ke mana-mana dan kadang-kadang mengalami rasa
kesunyian (Tay et al. 2021).

106

Norhazirah (2020) dalam kajiannya mendapati pandemik COVID-19 yang
menular begitu pantas di Malaysia mencetuskan kebimbangan kepada seluruh warga
malah juga kepada seluruh dunia. Kebimbangan dikuasai oleh perasaan takut mati jika
djangkiti COVID-19 kerana saban hari angka kematian yang direkodkan
menunjukkan peningkatan yang drastik. Menerusi aplikasi MySejahtera, statistik
kematian akibat COVID-19 di Malaysia sehingga tarikh 5 September 2021,
mencatatkan sebanyak 18,219 kes. Angka kematian yang meningkat saban hari
semakin merangsang perasaan bimbang dalam kalangan warga Malaysia. Keadaan
yang sama juga berlaku di luar negara. Kajian yang dilakukan oleh Roy et al. (2020)
mendapati lebih 80% orang responden di India terlalu memikirkan tentang COVID-
19. 72% bimbang jika COVID-19 menjangkiti diri mereka sendiri dan orang terdekat.
Sekitar 12% peserta kajian mengalami kesukaran tidur kerana bimbang akan wabak
itu. Akibat kebimbangan yang tinggi, 82% telah mengurangkan hubungan sosial
malah 90% menghindari perjumpaan dengan rakan dan keluarga akibat kebimbangan
dijangkiti COVID-19. Kajian yang dilakukan oleh Silva et al. (2021) mendapati
kesihatan mental masyarakat sangat terjejas terutama mengenai perasaan
kebimbangan dengan kematian jika dijangkiti COVID-19. Dalam situasi yang sama,
dapatan kajian Cox et al. (2021) menunjukkan secara keseluruhan, walaupun ramai
orang mengalami masalah kesihatan mental seperti tekanan dan kebimbangan tentang
kematian akibat pandemik COVID-19, namun responden mendapat manfaat positif di
mana penghargaan terhadap kehidupan dan kesihatan meningkat dengan lebih baik.
Dengan perkataan lain, meskipun mereka bimbangkan kematian, tetapi dalam masa
yang sama mereka lebih menghargai kehidupan dan kesihatan yang dianugerahkan
kepada mereka.

Ada juga yang bimbang tentang vaksin sehingga timbul pelbagai persoalan
dalam fikiran seperti adakah vaksin itu perlu? Adakah kesan sampingan jika
mengambilnya? Adakah implikasi jika tidak mengambilnya sebagai warganegara?
Kajian oleh Piltch-Loeb et al (2021) di Amerika Syarikat menunjukkan ada dalam
kalangan masyarakat di sana berasa ragu untuk mendapatkan vaksin COVID-19 dan
kajian mereka mendapati saluran media sosial memainkan peranan penting dalam
mendidik masyarakat yang ragu-ragu untuk menerima vaksin. Dalam konteks
Malaysia pula, kajian yang dilakukan oleh Alwi et al. (2021) mendapati tahap
penerimaan masyarakat terhadap vaksin COVID-19 secara keseluruhan adalah tinggi
(83.3%), dengan kadar terendah dalam kalangan warga tua berumur 60 tahun ke atas
(63.4%) dan pesara (64.6%). Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan warga
Malaysia mengalami keraguan untuk mendapatkan vaksin seperti kebimbangan
mengenai kesan sampingan (95.8%), keselamatan (84.7%), kekurangan maklumat
(80.9%), keberkesanan (63.6%) dan faktor keagamaan (20.8%). Sungguhpun kadar
penerimaaan vaksin COVID-19 adalah tinggi di Malaysia, usaha perlu dilakukan
dengan memberikan maklumat yang mencukupi mengenai vaksin untuk mengatasi
kebimbangan dan perasaan ragu-ragu dalam kalangan masyarakat dengan membina
kepercayaan terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Selain itu, kebimbangan juga berlaku dalam kalangan pelajar. Kajian yang
dilakukan oleh Sundarasen et al. (2020) kepada 983 orang pelajar di Malaysia
mendapati sebanyak 20.4%, 6.6% dan 2.8% pelajar mengalami kebimbangan di tahap
minima kepada sederhana, sederhana teruk dan sangat teruk semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Antara perkara yang menimbulkan kebimbangan kepada pelajar

107

adalah disebabkan oleh masalah kewangan, pembelajaran dalam talian, ketidakpastian
tentang pencapaian akademik dan prospek kerjaya pada masa hadapan.

Sebenarnya banyak lagi kebimbangan yang dialami oleh masyarakat ketika
pandemik COVID-19 melanda dan kebimbangan ini sering menghantui pemikiran
sehingga menjadikan masyarakat gelisah dan tidak tenteram. Dalam situasi yang
mencabar ini, kebimbangan yang wujud dalam diri masyarakat jika tidak dikawal
dengan efektif boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan mental seperti
kemurungan, rasa ingin bunuh diri, stres yang melampau serta isolasi diri daripada
rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Realitinya masyarakat perlu dibantu
agar dapat keluar daripada gelora perasaan yang tidak terkawal dan salah satu kaedah
yang boleh dilakukan adalah menerusi perkhidmatan kaunseling. Justeru itu kajian ini
dilakukan bagi mencadangkan beberapa strategi mengatasi kebimbangan semasa
pandemik COVID-19 daripada perspektif Islam menerusi kaunseling.

KAEDAH MENGATASI KEBIMBANGAN

Kebimbangan boleh mendatangkan mudarat kepada diri seseorang sekiranya
kebimbangan itu berada di tahap yang tinggi lebih-lebih lagi jika kebimbangan itu
menyebabkan seseorang itu menjadi murung, sedih, berputus asa, tidak mampu
bergembira seperti orang lain serta sering berasa lesu dan pesimistik terhadap diri
sendiri (Mubayyad 1995). Justeru itu kebimbangan yang wujud di dalam diri
seseorang perlulah diatasi supaya seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan
tenang dan bahagia. Secara umumnya, rawatan untuk meredakan kebimbangan yang
dihadapi oleh seseorang adalah bergantung kepada puncanya. Berikut dibincangkan
tiga aspek sahaja iaitu kebimbangan jika dibuang kerja, bimbangkan kematian diri
sendiri dan bimbangkan kematian insan yang disayangi.

Bimbang Dibuang Pekerjaan

Statistik menunjukkan telah ramai orang dibuang pekerjaan kerana krisis ekonomi
yang melanda Malaysia semenjak dilanda wabak COVID-19. Statistik Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendapati pada tahun
2020, hampir 100,000 orang hilang pekerjaan dan data ini belum melibatkan angka
sebenar pada tahun 2021. Realitinya, pembuangan pekerja memberi kesan kepada
kadar kemiskinan negara di mana kadar tersebut meningkat daripada 5.6 peratus
(2019) kepada 8.4 peratus (2020). Lebih merisaukan apabila 600,000 isi rumah
golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah termasuk ke dalam kategori
golongan berpendapatan rendah B40 (Sakini, 2021). Fenomena ini sungguh
merisaukan banyak pihak lebih-lebih lagi yang bekerja di syarikat atau agensi yang
mempunyai kewangan kurang kukuh atau menjalankan perniagaan yang tidak dapat
beroperasi sepanjang PKP seperti sektor pelancongan, perubatan swasta, perniagaan
kecil-kecilan, penerbangan, industri kreatif, perumahan, pertanian dan perladangan
(Mohd Zaky, 2020).

Dalam menghadapi situasi ini, khususnya kepada yang telah dibuang kerja,
Islam mencadangkan agar tidak berputus asa tetapi teruskanlah usaha mencari
pekerjaan kerana mencari pekerjaan itu merupakan perkara penting dalam Islam
sebagaimana diperintahkan Allah SWT dalam surah al-Jumaah 62:10;

108

‫َفا ْنتَ ِش ُروا ِفي الأَ ْر ِض َوا ْبتَغُوا ِم ْن َف ْض ِل الل ِه َوا ْذ ُك ُروا اللهَ َكثِي ًرا َلعَل ُك ْم تُ ْف ِل ُحون‬

Maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-
masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta
ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu
berjaya (di dunia dan akhirat)

Islam amat melarang umatnya berputus asa sebaliknya meletakkan kepercayaan
dan harapan kepada Allah. Perkara ini ada dijelaskan dalam al-Quran (al-Zumar
39:53)

‫اقُل ْذلُّنُ َيوا َب ِع َب َاج ِِدمي َيعًاالِإنِذيهُ َن ُه َأَو ْسا ْلَر َغفُفُووا ُر َعا َللرى ِحأَيْنفُُم ِس ِه ْم َّل تَ ْق َن ُطوا ِم ْن َر ْح َم ِة الل ِه ِإن اللهَ َي ْغ ِف ُر‬

Katakanlah Hai hamba-hambaKu, yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dalam menghadapi situasi dibuang kerja, seseorang itu tidak seharusnya
berputus asa kerana putus asa menutup segala jalan ikhtiar. Jika suami dibuang kerja,
dia harus berterus terang dengan isteri dan anak-anak. Dia tidak sewajarnya
merahsiakan perkara itu dengan alasan tidak mahu merisaukan perasaan isteri dan
anak-anak. Sebaiknya jelaskan keadaan sebenar kepada isteri dan anak-anak dan
sama-sama lakukan tindakan agresif bagi mengatasi masalah tersebut. Ahli keluarga
perlu memberikan sokongan moral kepada bapa atau suami agar terus berusaha
mencari pekerjaan. Dalam keadaan ini sokongan keluarga sangat penting
(Zainulfaqar, 2021; Saadiah, 2021) kerana keluarga merupakan sumber kekuatan
seseorang ketika menghadapi cabaran hidup. Perbincangan sesama ahli keluarga
boleh dilakukan agar mencari pekerjaan yang sesuai dengan keadaan semasa seperti
menjalankan perniagaan secara dalam talian atau apa-apa sahaja pekerjaan halal buat
sementara waktu bagi menampung perbelanjaan harian keluarga sebelum mendapat
pekerjaan yang lebih baik sekiranya keadaan ekonomi negara semakin pulih kelak.
Kisah kejayaan orang lain mendapatkan pekerjaan setelah dibuang kerja boleh
dijadikan teladan dan semangat untuk terus berusaha tanpa putus asa (Muhammad
Farid, 2021).

Dalam menghadapi situasi yang sukar ini, tentunya kesedihan sangat terasa
dan ditambah pula dengan kebimbangan terhadap masa hadapan diri dan keluarga.
Pujuklah hati agar yakin dengan jaminan Allah SWT yang akan memberi rezeki
kepada sesiapa sahaja yang berusaha tanpa putus asa meskipun rezeki tersebut
kadang-kadang lambat diperolehi. Sematkan keyakinan setiap usaha pasti ada
hasilnya. Pesanan Rasulullah SAW boleh dijadikan motivasi untuk terus berusaha
mencari pekerjaan sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadith ;

109

‫افَلاَعلت ْقهَُنو َاوَجأَاابِلْجلِ ِرمهَلُ ْب َوو ِاأَن ْفِج َِعم ْيبلُ ِداولااللِفط َلِهي َقِباال َفَلإِطلَقَنا ِبَنَل ْف َُخًسراذُ ُسوَلاو ْن َُلماتَا ُلمل َحوِهل َت َوَصلَدَحت ُعىىواالتلَ َهمْساتَ ْ َعو َلَحِف ْي ُرِهَي َم َ ِور َْسزل َق َم َهأاَيُّ ََهواإِ ْانلنأَا ْب ُ َطسأَات َقُع ْنو َاها‬

Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan berusahalah
bersungguh-sungguh memperbaiki pekerjaan. Sesungguhnya seseorang itu tidak
akan meninggal dunia sehingga ditunaikan rezekinya meskipun lambat,
bertaqwalah kepada Allah dan berusahalah bersungguh-sungguh memperbaiki
pekerjaan dan carilah rezeki yang halal dan jauhilah yang haram.

(Hadith Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Tijarah)

Dengan ini jelaslah betapa pentingnya umat Islam meyakini keadilan Allah dan
menjauhkan diri daripada sifat putus asa kerana sifat putus asa adalah sifat yang
dibenci Allah dan boleh menjerumuskan umat Islam ke dalam kekecewaan dan
kegagalan.

Bimbangkan Kematian Diri Sendiri

Wabak COVID-19 yang melanda dunia mencetuskan kebimbangan luar biasa kepada
seluruh manusia. Ada dalam kalangan masyarakat yang tidak mahu keluar rumah
walaupun untuk membeli barang keperluan kerana takut dijangkiti COVID-19. Ada
juga yang terlalu takut dijangkiti sehingga mengurung diri di dalam bilik dan tidak
mahu berjumpa sesiapa. Dalam fikiran mereka, perlu elakkan berurusan dengan
manusia supaya COVID-19 tidak berpeluang menghampiri diri. Akhirnya timbul rasa
curiga kepada semua orang dan semua orang dianggap pembawa virus ini. Kemuncak
kepada curiga ini bukan sahaja disebabkan takut dijangkiti COVID-19 malah
sebenarnya takut mati akibat virus tersebut.

Hakikatnya kehidupan ini perlu diteruskan. Tanggungjawab perlu juga
dilaksanakan. Ayah atau suami perlu membeli barangan keperluan harian demi
kelangsungan hidup ahli keluarga. Para pekerja perlu juga keluar bekerja demi
memastikan tanggungjawab asas dilaksanakan agar urusan penting tidak terbengkalai.
Supermarket yang menjual barangan keperluan harian perlu beroperasi demi
kemudahan masyarakat membeli keperluan asas. Kedai-kedai telekomunikasi juga
perlu beroperasi demi memudahkan masyarakat berinteraksi secara maya. Justeru itu,
pada ketika ini tawakkal adalah pilihan yang ada selepas usaha dilakukan dengan teliti.
Menjaga SOP, memakai pelitup muka, sering membasuh tangan, menggunakan
aplikasi my sejahtera, menjaga jarak dan mendapatkan vaksin adalah antara usaha
yang perlu dititikberatkan. Selain itu, Islam juga mengajar umatnya supaya membaca
doa agar dilindungi daripada penyakit berjangkit seperti;

‫ الل ُهم ِإ ِني أَ ُعوذُ ِب َك ِم َن‬:‫ا ْلأَ ُجنُنو َِرن ُسَواو ْل َل ُجذَاال ِلم ِه َو َس ِيَصل ِئىا ْلاأَلل ْسهَُقا ِم َعلَ ْي ِه َو َسل َم َكا َن َيقُو ُل‬،‫ا ْلَع َب َْنر أَ َِنصٍسَو‬

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda “Aku berlindung dengan-Mu
daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala
penyakit bahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Kitab ma rawa anhu qatadah)

110

Umat Islam juga digalakkan membaca doa keluar rumah supaya Allah SWT
melindungi mereka daripada perkara-perkara buruk di luar rumah dengan membaca;

‫ إِذَا َخ َر َج الر ُج ُل ِم ْن بَ ْي ِت ِه َف َقا َل‬:‫ قَا َل‬،‫َو َسل َم‬ ‫َع َل ْي ِه‬ ُ‫الله‬ ‫ َيَّل ََصحلْوىَل‬،ِ‫ َل أَىنالالل ِنهب‬،‫تَْب َوِنك ْل َما ُِلت ٍك َع‬ ‫أَ َن ِس‬ ‫َع ْن‬
،‫ َو ُك ِفي َت‬،‫ ُه ِدي َت‬:‫ يُقَا ُل ِحي َن ِئ ٍذ‬:‫ َقا َل‬،‫ِإَّل ِبالل ِه‬ َ‫قُوة‬ ‫َوََّل‬ ‫الل ِه‬ ‫بِ ْس ِم‬
‫ َك ْي َف َل َك ِب َر ُج ٍل قَ ْد ُه ِد َي َو ُك ِف َي‬:‫ َفيَقُو ُل لَهُ َش ْي َطا ٌن آ َخ ُر‬،‫ فَتَتَ َنحى َلهُ الش َيا ِطي ُن‬،‫َو ُوقِي َت‬
‫َو ُو ِق َي؟‬

Jika seseorang keluar daripada rumahnya lalu membaca (zikir) 'Dengan nama
Allah, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali
dengan pertolongan-Nya," maka, malaikat akan berkata kepadanya '(Sungguh)
kamu telah diberi petunjuk (oleh dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan
dijaga (daripada semua keburukan) sehingga syaitan-syaitan tidak akan
menghampiri dan syaitan-syaitan itu berkata kepada syaitan-syaitan lain,
'Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi
petunjuk, dicukupkan dan diberi perlindungan oleh Allah SWT?

(Hadith Riwayat Abu Daud, Bab ma yaqulu iza kharaja min baitihi)

‫ا ْس ِم ِه‬ ‫َم َع‬ ‫ََّل يَ ُض ُّر‬ ‫الل ِه ال ِذي‬ ‫ِم‬،‫عَ ِل ِبي ُمْس‬:‫ا"ل َمس ِْمني َُقعاا َْلل‬ :‫َع َل ْي ِه َو َسل َم‬ ُ‫الله‬ ‫قَا َل َر ُسو ُل الل ِه َصلى‬
‫َش ْي ٌء‬ ُ‫َل ْم َي ُضره‬ ‫الس َما ِء َو ُه َو‬ ‫فِي‬ ‫َش ْي ٌء ِفي ا ْلأَ ْر ِض َوَّل‬

Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang membaca doa ini ‘Dengan nama Allah
apabila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya. Dia
lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, nescaya sesuatu itu tidak
akan memudaratkannya.
(Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Uthman Bin Affan)

Selepas segala ikhtiar dilakukan, tiada lain yang diharapkan ialah berserah sahaja
kepada Allah supaya melindungi diri kita daripada terkena jangkitan COVID-19.
Dalam menghadapi situasi kebimbangan ini, beberapa langkah berikut boleh dilakukan
iaitu;

1. Menginsafi bahawa kematian itu adalah pasti dan tidak seorangpun dapat
mengelakkan diri (al-Ghazali 2000; Wan Hussain Azmi 1994) sebagaimana
dinyatakan dalam al-Quran sebanyak tiga kali iaitu dalam surah al-‘Ankabut

29:57, al-Anbiya’ 21 :35‫ ِت‬d‫و‬aْ n‫ْل َم‬A‫ ا‬lُ‫ة‬i‫ َق‬Iِ‫ئ‬m‫ذَا‬ra‫س‬nٍ ‫ْف‬3‫ َن‬:1‫ ُّل‬8‫ ُك‬5;

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati.

Kesedaran tentang hal ini akan menjadikan seseorang itu tinggi
tawakkalnya kepada Allah. Dia juga sedar jika Allah matikan dia kerana
COVID-19, dia akan reda kerana yang difikirkan dalam hatinya ialah dia perlu
menjalankan tanggungjawabnya dengan baik di dunia ini meskipun terpaksa
berhadapan dengan risiko dijangkiti COVID-19.

111

2. Mempersiapkan diri dengan bekalan menghadapi kematian (al-Ghazali 1994; al-
Ghazali 2000) sebagaimana dinyatakan dalam hadith;

‫ااِْذْللَع ْكُأمَ ِْننًْرؤاِام ْبَصِنَاويِنأَِ َرنْح ُعأَفََسَْفمنُ ََسرُهل َْضَممأَنُِللهَُم َعقَالَقَااَب َلىَْعلدأََاهُُكلْحْنناِب َسُْستنُيِتِ ُه َْعمْمدََعا َصدًُخلَالُرقًأُىاُسولَوقَا ِئلاِلل ََلكهالالَفلأَِهأَْعلَُّْكيْييَ ِهااَص ْلل ُُمَسوىْؤ َِساملل ِنلَميه َنثُمَعأَ َل ْْكي َيقَِها ََُلسو َسقَيَلاا َم َل َفَرأَ َجْكُساثَ َوءُرهَُل ُه َْمرال ُِلجل ْل ِهٌَلم ْوِأَم َُِّنتي‬

Datang seorang lelaki daripada Bani Ansar dan bertanya kepada Rasulullah,
Siapakah orang mukmin yang paling baik? Jawab Rasulullah “ Yang paling
baik akhlaknya”. Dia bertanya lagi ‘Siapakah orang mukmin yang paling bijak?
Jawab Rasulullah SAW “Seorang yang paling banyak mengingati mati dan
membuat persiapan menghadapinya, itulah orang yang bijak”

(Hadith Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Bab 31, hadith ke 4259)

Individu yang memahami maksud hadith ini akan dapat
mengurangkan kebimbangan terhadap kematian disebabkan COVID-19. Hal
ini kerana, apabila dia takutkan kematian, akan diusahakan untuk membuat
bekalan. Lalu amalan kebaikan dipertingkatkan seperti menjaga solat lima
waktu, bersedekah, berzikir, bangun malam bertahajjud dan lain-lain.
Lantaran itu akhirnya dia menjadi orang yang sentiasa bersedia jika
ditakdirkan Allah akan mencabut nyawanya.

Bimbangkan Kematian Insan Tersayang

Dalam menempuh cabaran kehidupan yang terdedah kepada wabak COVID-19,
kebimbangan sentiasa bermain dalam fikiran. Kebimbangan yang menghantui bukan
sahaja takut kematian akibat COVID-19 berlaku kepada diri sendiri malah kadang-
kadang lebih bimbang jika kematian berlaku kepada keluarga terdekat seperti suami,
isteri, ibu, ayah, anak, kakak, abang, adik dan sahabat rapat. Statistik dalam
MySejahtera menunjukkan angka kematian akibat COVID-19 semakin meningkat.
Banyak juga kisah sedih berkaitan kematian isteri tersayang, kematian ibu bapa,
kematian suami dan kematian adik beradik dipaparkan dalam akhbar dan media sosial.
Insan yang mengalami kehilangan orang tersayang merasai kesedihan yang sangat
dalam malah ada yang tidak dapat menerima hakikat tersebut dan menjadikan jiwanya
tidak tenteram sehingga ada yang menyalahkan taqdir Allah SWT. Memang benar,
bukan mudah menerima hakikat kematian insan tersayang disebabkan COVID-19. Hal
ini demikian kerana rata-rata ahli keluarga tidak bersedia menghadapi kehilangan
tersebut kerana kematian itu berlaku dengan begitu cepat, seolah-olah seperti mimpi.

Dalam hal ini al-Ghazali ada kaedah tersendiri bagi mengubat perasaan sedih
akibat kematian insan yang disayangi. al-Ghazali (2000) menyarankan individu yang
kematian suami, anak atau ahli keluarga yang disayangi hendaklah menggambarkan
bahawa mereka sekeluarga sedang menuju ke suatu tempat yang akan dijadikan
tempat tinggal yang abadi. Anak atau ahli keluarga yang telah meninggal itu
merupakan individu yang dipilih Allah untuk pergi awal mendahului yang lain. Jadi
dengan perasaan bahawa tempat yang dituju itu adalah tempat tinggal abadi untuk
selama-lamanya maka apalah gunanya rasa keberatan ditinggalkan oleh sesiapa yang
hendak pergi dahulu. Dengan perasaan seperti ini, tentu tidak dianggap berat dan
terlalu sedih dengan kematian tersebut kerana yakin dirinya juga akan menyusul

112

kemudian kelak. Ini kerana kematian adalah pasti dan tiada seorang pun dapat
mengelaknya. Apa yang berbeza hanyalah dari sudut masa, ada yang dahulu dan ada
yang kemudian. Sekiranya kesedaran begini wujud dalam hatinya maka akan
kuranglah kesedihannya menghadapi kematian orang yang dikasihi.

Memang benar, sangat sukar menempuh kehilangan insan tersayang dalam
kehidupan ini. Sungguhpun begitu, sebagai hamba Allah yang taat dan redha dengan
segala ketentuan-Nya, pujuklah hati. Pujuklah hati berkali-kali sehingga dapat
merasai ketenangan emosi. Katakan kepada hati bahawa setiap yang berlaku pasti ada
hikmah-Nya. Katakan juga kepada hati, jika kematian itu adalah yang terbaik
untuknya, moga Allah tempatkan dia dalam kalangan hamba-Nya yang dikasihi dan
beriman. Pujuklah hati dengan penuh keyakinan bahawa insan yang disayangi itu
lebih dikasihi Allah sehingga Allah menjemputnya kembali lebih awal daripada kita,
lebih-lebih lagi jika kematiannya itu disebabkan COVID-19. Pujuklah hati dengan
berdoa semoga kematiannya itu dapat mengakhiri penderitaan dan kesakitannya
hingga Allah menggantikannya dengan tempat rehat abadi yang lebih
membahagiakan.

Pujuklah hati dengan menginsafi bahawa orang yang meninggal dunia
disebabkan terkena penyakit berjangkit akan tergolong dalam kalangan orang yang
mati syahid. Ini dinyatakan dalam Hadith Rasulullah SAW;

‫ َوالش ِهيدُ ِفي َسبِي ِل الل ِه‬،‫ َو َصا ِح ُب ال َه ْد ِم‬،‫ َوال َغ ِري ُق‬،‫ َوال َم ْب ُطو ُن‬،‫ ال َم ْطعُو ُن‬:ٌ‫ال ُّش َهدَا ُء َخ ْم َسة‬

Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun
(wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati
syahid di jalan Allah.

(Hadith Riwayat al-Bukhari (2829) Bab Fadl Tahjir Ila Zuhr).

Hadith ini menjelaskan bahawa orang yang meninggal dunia disebabkan
wabak seperti COVID-19 adalah tergolong dalam kalangan orang yang mati syahid
akhirat. Al-Nawawi (1981) dalam Kitabnya menjelaskan kematian ini dianggap
sebagai syahid disebabkan kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kerana mereka
mengalami kesakitan yang amat dahsyat. Dalam konteks COVID-19, pesakit akan
mengalami sukar bernafas, paru-paru rasa sesak, sakit sendi, demam yang teruk, sakit
kepala tidak tertanggung, mata panas seperti terbakar, telinga sakit seakan hendak
meletup, hilang deria bau, sesak nafas dan batuk, dan akhirnya berat badan juga turun
(Jeniri, 2021). Justeru itu, apabila mengetahui bahawa kematian insan tersayang
adalah sebagai kematian yang mulia dan mendapat syahid, tidaklah perlu bersedih
yang lama kerana tentunya orang yang disayangi itu ditempatkan di tempat yang
mulia dan kehidupannya di alam abadi adalah jauh lebih baik daripada kehidupannya
di dunia ini.

Selain itu, dalam menghadapi kematian insan tersayang, pujuklah hati supaya
reda dengan ketentuan Allah. Yakinkan hati bahawa reda akan membantu
mempertingkatkan keimanan dan memberikan ketenangan dan sumber kesabaran
dalam menghadapi ketentuan Allah yang sukar. Reda dengan ketentuan Allah jua
adalah tanda cinta seorang hamba kepada Pencipta-Nya. Sungguhpun demikian, jika
terasa juga di hatinya sedikit keluhan dan rasa kesusahan mengharungi cabaran hidup,
bersegeralah bertaubat dan beristighfar, nescaya Allah akan kurniakannya ganjaran
pahala di atas sifat redhanya itu (al-Ghazali 2000).

113

KESIMPULAN

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini mengundang pelbagai
perasaan bimbang dalam kalangan masyarakat. Antara contoh kebimbangan yang
melanda seperti bimbang dijangkiti dan mati kerana COVID-19, bimbang kematian
orang yang tersayang dalam kalangan keluarga dan sahabat terdekat, bimbang dibuang
kerja, bimbang mengambil vaksin memberi kesan sampingan yang buruk, bimbang
kegagalan dalam pembelajaran secara dalam talian dan sebagainya. Disebabkan terlalu
banyak isu berkaitan kebimbangan yang berlaku semasa pandemik COVID-19, artikel
ini hanya memilih isu berkaitan kebimbangan dibuang kerja, bimbangkan kematian
akibat COVID-19 dan bimbangkan kematian insan tersayang serta mengemukakan
kaedah mengatasi kebimbangan tersebut menurut perspektif Islam. Kaedah ini boleh
dilakukan secara kendiri ataupun dengan berjumpa kaunselor Muslim bagi mengatasi
kebimbangan agar kesejahteraan psikologi dapat dinikmati dan akhirnya
menghasilkan sebuah kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Abdul Rashid Aziz @Dorashid. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja
Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(11), 1-9.

Abu Daud, (202-275H) Sulaiman Ibn al-Asy‘ath bin Ishaq al-Azdiyy al-Sijistani
(2000) Kitab al-Sunan. Sunan Abi Daud. Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal (164-241H) Abu Abdullah al-Syaibani (t.th) Musnad
Ahmad Bin Hanbal. Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali Ibn Muhammad Bin Hajr (1978) Fath al-Bari Bi Syarh
Sahih al-Bukhari. Mesir : Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

Alwi, SARS, Rafidah, E., Zurraini, A., Juslina, O., Brohi, IB., Lukas, S. (2021) A
survey on COVID-19 vaccine acceptance and concern among Malaysians. BMC
PUBLIC HEALTH. 21 (1), Article Number 1129.

Cox C.R., Swets J.A., Gully B., Xiao J., Yraguen M. (2021) Death Concerns, Benefit-
Finding, and Well-Being During the COVID-19 Pandemic. Frontiers in
Psychology. Volume 1219, Article number 648609.

Al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad Bin Ahmad. (2000). Ihya’ ‘Ulum al-Din.
Kaherah : Dar al-Taqwa li al-Turath.

Hasimi Muhamad (2020) COVID-19: Hampir 100,000 hilang kerja sejak Januari -
Timbalan Menteri. Astro Awani. Disember 3, 2020.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/COVID19-hampir-100000-hilang-
kerja-sejak-januari-timbalan-menteri-271403. [Diakses pada 5 September 2021].

Ibn Majah (207-275H) Abu ‘Abdullah Muhammad bin Yazid al-Qazwini (1998)
Sunan Ibn Majah. Kaherah : Dar al-Hadith.

Jeniri Amir (2021). Getir bertarung nyawa melawan COVID-19. Berita Sarawak. May
24, 2021 https://sarawakvoice.com/2021/05/24/getir-bertarung-nyawa-melawan-
COVID-19/. [Diakses pada 3 September 2021].

Latifah Arifin (2021) Kes keganasan rumah tangga meningkat sepanjang PKP. Berita
Harian online. Mei 4, 2021.

114

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/813664/kes-keganasan-

rumah-tangga-meningkat-sepanjang-pkp. [Diakses pada 5 September 2021].
Mubayyad, Ma’mun. 1995. Al-Mursyid fi al-‘Amrad al-Nafsiyyah wa Idtirabat al-

Suluk. Beirut : al-Maktab al-Islami.

Muhammad Farid Ahmad Tarmiji (2021) Bangkit selepas dibuang kerja. Kosmo

online. 2 Julai 2021. https://www.kosmo.com.my/2021/07/02/bangkit-selepas-

dibuang-kerja/. [Diakses pada 5 September 2021].

Mohd Zaky Zainudin. (2020). COVID-19: Kerajaan Analisis Kesan Terhadap Sektor

Terjejas. Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695534/COVID-19-

kerajaan-analisiskesan-ke-atas-sektor-terjejas. [Diakses pada 3 September 2021]

al-Nawawi (1233-1277M) Mahy al-Din Abu Zakaria Yahya bin Syarf bin Mari al-

Hazami (1981) Sahih Muslim Syarah al-Nawawi. Dar al-Fikr.

Norhazirah Mustaffa. 2020. Mengatasi Kebimbangan Semasa Pandemik COVID-19

dengan Pendekatan Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT).

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 5(11), 10-16.

Piltch-Loeb, R., Savoia, E., Goldberg, B., Hughes, B., Verhey, T., Kayyem, J.,

Juliette, Miller-Idriss, C., Testa, M. (2021) Examining the effect of information

channel on COVID-19 vaccine acceptance. PLOS ONE. 16(5) Article Number

e0251095.

Raiham Mohd Sanusi. (2020). Cabaran keluarga ketika pandemik COVID-19. Sinar

Harian. 15 Oktober. https://www.sinarharian.com.my/article/105378/KHAS/

[Diakses pada 3 September 2021].

Roy, D., Tripathy, S., Kar, S. K., Sharma, N., Verma, S. K., & Kaushal, V. (2020).

Study of knowledge, attitude, anxiety & perceived mental healthcare need in

Indian population during COVID-19 pandemic. Asian Journal of Psychiatry,
51(51), 1–7.

Saadiah Ismail. 2021. Semakin ramai bapa murung, cepat marah. Berita Harian online.

Julai 1, 2021.

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/07/834203/semakin-ramai-

bapa-murung-cepat-marah. [Diakses pada 5 September 2021].

Safeek Affendy Razali. (2021) 1,099 bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021. Berita

Harian, Julai 1, 2021.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/834248/1099-bunuh-diri-

sejak-2020-hingga-mei-2021[Diakses pada 5 September 20201].

Sakini Mohd Said (2021) Mental masyarakat makin 'tenat' - Analisis dampak wabak.

Malaysia Kini online. Diterbitkan 2 Jul 2021.

https://www.malaysiakini.com/news/581357. [Diakses pada 5 September 2021].

Salasiah Hanin Hamjah. 2021. Spiritualiti Wanita dalam Menghadapi Kematian Insan

Disayangi. Dlm. Khadijah Alavi, Salina Nen & Nur Saadah Mohamad Aun.

Psikologi Wanita di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM, 15-23.

Salasiah Hanin Hamjah. (2010). Kaedah Mengatasi Kebimbangan dalam Kaunseling:

Analisis dari Perspektif al-Ghazali (Methods to Overcome Anxiety in

Counseling: An Analysis from al-Ghazali Perspectives). Jurnal Hadhari. 3 (1),

41-57

Silva W.A.D., Brito T.R.D.S., Pereira C.R. (2021) Anxiety associated with COVID-19

and concerns about death: Impacts on psychological well-being. Personality and

Individual Differences. 176, Article number 110772,

115

Sundarasen, S., Chinna, K., Kamaludin, K., Nurunnabi, M., Baloch, G. M., Khoshaim,
H. B., Sukayt, A. (2020). Psychological impact of COVID-19 and lockdown
among university students in Malaysia: Implications and policy
recommendations. International Journal of Environmental Research and Public
Health, 17(17), 1–13.

Tay, YL., Abdullah, Z., Chelladorai, K., Low, LL., Tong, SF. (2021) Perception of
the Movement Control Order during the COVID-19 Pandemic: A Qualitative
Study in Malaysia. International Journal of Environmental Research and Public
Health. 18(16), Article Number 8778.

Wan Hussain Azmi Abdul Kadir (1994) Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wang, C. Riyu Pan, R., Wan X., Tan, Y. (2020). Mental health in the COVID-19
pandemic. QJM : Monthly Journal of the Association of Physicians, 113(5),
311–312.

Yau, EKB., Ping, NPT., Shoesmith, WD., James, S., Hadi, NMN., Lin, LJ. The
Behaviour Changes in Response to COVID-19 Pandemic within Malaysia.
Malaysian Journal of Medical Sciences. 27 (2), 45-50.

Zainulfaqar Yaacob (2021) Sokongan ahli Keluarga semasa PKP amat penting –
Ketua Menteri. Buletin Mutiara. 31 Julai 2021.
https://www.buletinmutiara.com/sokongan-ahli-keluarga-semasa-pkp-amat-
penting-ketua-menteri/ [Diakses pada 5 September 2021].

Zubaidah Ibrahim. (2020). Cabaran ibu bekerja dalam norma baharu. Kosmo online. 9
November 2020. https://www.kosmo.com.my/2020/11/09/cabaran-ibu-bekerja-
dalam-norma-baharu/. [Diakses pada 5 September 2021].

116

Pembangunan Kerangka Penjagaan Jiwa Berasaskan Komuniti
Semasa Pandemik COVID-19

MUHAMAD AFIQ BIN ABD RAZAK
MOHD SYUKRI BIN ZAINAL ABIDIN

*Muhamad Afiq bin Abd Razak Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari,
Universiti Teknologi MARA, [email protected], Mohd Syukri bin Zainal
Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, [email protected].

ABSTRAK

Statistik kes baharu COVID-19 Negara masih mencatatkan lima angka kes sehari
meskipun Perintah Kawalan Pergerakan dan Fasa Pemulihan Negara dilaksanakan.
Pandemik ini semakin hari telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat
merangkumi keseluruhan gaya hidup meliputi ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Ini secara langsung telah mewujudkan keresahan dan tekanan seterusnya memberi
implikasi besar terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan terutamanya dari aspek
kesihatan jiwa. Oleh yang demikian, Pembangunan Kerangka Penjagaan Jiwa
Berasaskan Komuniti (KPJK) perlu dilakukan bagi memastikan masyarakat berada
dalam keadaan baik. Pembangunan kerangka ini adalah bagi mengatasi masalah jiwa
atau spiritual yang dihadapi dalam sesebuah komuniti yang terkesan dengan COVID-
19 sama ada secara langsung atau tidak langsung, seterusnya mengelakkan dari
berlakunya gejala sosial seperti bunuh diri. Justeru, pelaksanaan kerangka KPJK ini
akan menjadi suatu mekanisme mobilisasi komuniti yang bertanggungjawab dan
empati di dalam tanggungjawab sosial bagi membantu memelihara kesihatan jiwa
dalam kalangan ahli komuniti secara holistik dan terpandu. Artikel ini mengemukakan
kerangka yang terdiri daripada lima prinsip iaitu (1) Pengesanan, (2) Pengkelasan, (3)
Rawatan, (4) Tindakan susulan dan (5) Penyaluran. Pendekatan kepada penjagaan
jiwa di dalam kerangka ini akan mengambil kira pendekatan psikospiritual Islam yang
tidak hanya tertumpu kepada aspek rohani semata-mata, malah melibatkan aspek
fizikal. Kerangka KPJK ini dilihat sebagai suatu pendekatan yang cukup berpotensi
sebagai pelan mitigasi kecederaan jiwa dalam membantu masyarakat menjalani
kehidupan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 serta pemulihan pasca pandemik.

Kata kunci: Pembangunan kerangka; penjagaan jiwa; berasaskan komuniti; pandemik;
COVID-19

PENGENALAN

Hari ini keadaan pandemik Koronavirus 2019 (COVID-19) yang melanda negara
bahkan dunia belum menunjukkan keadaan yang reda atau pun terkawal. Varian demi
varian telah muncul mengikut negara tertentu. Varian yang membimbangkan seperti
Alpha dari United Kingdom, Beta dari Afrika Selatan, Gamma dari Brazil, manakala
varian yang yang perlu mendapat perhatian seperti Theta dari Thailand, Eta dari

117

Nigeria, Kappa dari India, Zeta dari Brazil, serta Epsilon dan Iota dari Amerika
Syarikat. Walau bagaimanapun, kes hari ini semakin meningkat dikatakan adalah
berpunca daripada varian Delta dari India (Berita Harian, 2021). Lambda merupakan
satu lagi varian baharu yang disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun
yang mana ia lebih mudah berjangkit dan lebih kuat melawan imuniti individu yang
sudah divaksin (Berita Harian, 2021). Berdasarkan kewujudan varian yang pelbagai
ini menimbulkan tanda tanya bilakah pandemik ini akan berakhir dan kehidupan bakal
kembali seperti biasa.

Tidak dinafikan bahawa pandemik COVID-19 telah menyebabkan berlakunya
gangguan kesihatan mental dan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat. Ia
tidak lain adalah berpunca daripada hilangnya punca pendapatan, pengasingan sosial
dan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan. Menurut Mohd Khairi, Syamsulang &
Nor Shuhada (2020), perasaan takut dan bimbang mengenai COVID-19, peningkatan
beban kerja sehingga menyebabkan keletihan serta kekurangan tidur mampu
mengakibatkan masalah mental terhadap diri individu dan masyarakat. Bukan itu
sahaja, warga emas menurut Anne C. Krendl & Brea L. Perry (2020) menjadi murung,
kesunyian dan menghidapi masalah kesihatan akibat pandemik COVID-19.

Jika diimbau ketika fasa awal berlakunya pandemik di Malaysia, Perintah
Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan bermula 18 Mac 2020
dengan mengarahkan semua pejabat kerajaan dan premis swasta ditutup
pengoperasian kecuali bagi perkhidmatan penting sahaja air, elektrik, kewangan,
kesihatan, keselamatan, bekalan makanan dan beberapa lagi. Kesannya menurut Noor
‘Aza (2020) sesetengah pekerja dikurangkan gajinya, ada juga akibat daripada
ketiadaan hasil penjanaan pendapatan perniagaan. Pekerja sektor pelancongan dan
penerbangan contohnya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Apa yang lebih teruk lagi
kadar pengangguran meningkat.

Sehubungan dengan itu, pelan penjagaan jiwa berasaskan komuniti semasa
pandemik COVID-19 perlu dirangka serta dibangunkan bagi memenuhi keperluan
fizikal dan jiwa masyarakat. Kerangka ini boleh dijadikan sebagai satu instrumen
pengurusan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Beberapa prinsip yang
perlu diambil peranan dan tanggungjawab oleh setiap individu setempat bagi
membantu menyalurkan bantuan asas dalam memelihara kesihatan jiwa di kalangan
ahli komuniti.

KEPERLUAN PEMBANGUNAN KERANGKA PENJAGAAN JIWA
BERASASKAN KOMUNITI

Penjagaan jiwa merupakan aspek yang penting dalam suasana pandemik. Pandemik
COVID-19 yang melanda dunia termasuklah Malaysia memberi kesan kepada
manusia serta mengubah berbagai aspek kehidupan. Istilah ‘new normal’ (normal
baharu) telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam membiasakan Prosedur
Kendalian Standard (SOP) di segenap lapisan masyarakat dalam membendung
penularan wabak yang kian meningkat saban hari sungguhpun hakikatnya ia sesuatu
yang begitu asing dalam kehidupan manusia amnya sebelum tercetusnya pandemik.

118

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah mengakibatkan pelbagai
implikasi negatif dan kesan yang signifikan terhadap kehidupan dan kesejahteraan
(wellbeing) masyarakat di segenap latar belakangnya. Ianya memberi kesan kepada
hampir seluruh masyarakat awam. Antara kesan yang dilihat membimbangkan adalah
kesan dari sudut kesihatan mental, spiritual serta kebajikan yang terabai. Mutakhir ini,
terdapat laporan akhbar yang menyatakan tentang peningkatan jumlah bunuh diri,
begitu juga tular video-video di media sosial tentang gejala yang tidak sihat ini.
Peningkatan terhadap jumlah bunuh diri dalam kalangan masyarakat merupakan suatu
fenomena yang memerlukan kepada rawatan segera dan mendasar, kerana ia jelas
menunjukkan bahawa hilangnya pedoman dalam diri dan berputus asa dengan
kehidupan.

Selain daripada itu, kerisauan (anxiety) yang tinggi, meningkat dalam
masyarakat akibat peningkatan yang mendadak jumlah kematian dan kes baharu yang
dilaporkan oleh pihak berautoriti. Kemunculan varian delta COVID-19 yang dikenal
pasti sebagai lebih berbahaya, tanpa simptom dan kadar kematian yang cukup tinggi
khususnya kepada golongan muda menambahkan lagi kerencaman sedia ada sehingga
orang ramai ketakutan untuk keluar rumah lebih-lebih lagi terhadap mereka yang
didiagnos positif COVID-19 menggunakan kit Rapid Antigen Kit (RTK), Polymerase
Chain Reaction (PCR) atau yang mengalami simptom seperti selsema teruk dan sesak
nafas. Mereka bukan sahaja merisaukan tentang diri mereka sendiri, tetapi juga ahli
keluarga terdekat yang tinggal dalam kediaman sama kerana kebiasaannya apabila
salah seorang ahli keluarga didapati positif, ahli keluarga yang tinggal bersama akan
mendapat positif COVID-19 juga.

Ada di antaranya, sebuah keluarga yang terpisah-pisah, sebahagian dihantar ke
Pusat Kuarantin, ada yang berkuarantin di rumah; begitu juga anak-anak yang menjadi
yatim akibat kehilangan orang tua akibat penyakit COVID-19. Tambahan itu, terdapat
juga mereka yang meninggal dunia sendirian di dalam rumah, kerana tiada siapa yang
mengambil tahu atau tidak mendapat maklumat tentang individu berkenaan kerana
Perintah Kawalan Pergerakan dan kekangan-kekangan lain. Situasi-situasi genting ini
merupakan suatu menjadi fenomenal, dan ini tidak pernah sama sekali berlaku dalam
lipatan sejarah negara (unprecedented). Justeru, ahli komuniti setiap lokaliti perlu
memainkan peranan agar dapat membantu golongan-golongan yang terkesan ini agar
dapat memelihara kesihatan jiwa serta kebajikan mereka tidak terabai, seterusnya
dapat mengelakkan daripada berlakunya gejala-gejala sosial yang kronik semasa
pandemik.

Islam, sebagai ad-din yang syumul, menyediakan solusi yang mengambil kira
maqsad insan (keperluan manusiawi) dalam menuju kepada objektif pensyariatan.
Hadith dari Ummul mukminin Aisyah (RA) menyebutkan:

‫ فلي َس ِمن َع ْب ٍد‬،‫ فَ َجعَلَهُ اللهُ َر ْح َمةً ِل ْل ُم ْؤ ِم ِني َن‬،‫أنه كا َن َعذَا ًبا َي ْب َعثُهُ اللهُ ع َلى َمن يَ َشا ُء‬
‫ إَّل‬،‫ ُليَ ْأع َل ْجُم ِرأناهل لَش ِْهني ِيُد ِصي َبهُ إَّل ما َكتَ َب اللهُ له‬،ْ‫ َف َي ْم ُك ُث في بَ َل ِد ِهكا َن َصلابِه ًرِماث‬،‫َي َق ُع الطا ُعو ُن‬
Maksudnya:
“Itu (taun) adalah azab yang Allah kirimkan kepada sesiapa pun
yang Dia Kehendaki, dan Dia menjadikannya sebagai rahmat bagi
orang-orang mukmin. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan

119

duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan
ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan
Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala syahid. ” (Hadith
Riwayat al-Bukhari)

Muslim, sebagai sebuah keluarga besar atau disebut makrokosmos, perlu
memainkan peranan secara bersama dalam menghadapi ujian pandemik COVID-19
dan mengambil tanggungjawab memastikan mana-mana komponennya terjerumus ke
dalam mafsadah dan semakin jauh hubungannya dengan Allah SWT. Menurut
Huguelet et al. (2016), pendekatan kerohanian yang menumpukan makna dalam
kehidupan memainkan peranan penting dalam memulih pesakit yang menghadapi
gangguan mental.

Fokus kajian ini adalah menjuruskan kepada peranan ahli komuniti di setiap
lokaliti dalam memobilisasikan bantuan, sama ada sokongan moral dan fizikal,
informasi supaya dapat mengenal pasti mereka yang terkesan dalam lingkungan
kejiranan masing-masing. Perkara ini sangat dituntut dalam Islam, sebagaimana
firman Allah SWT yang menyebutkan:

‫ِان اللّٰهَ يُ ِح ُّب ال ِذ ْي َن يُقَاتِلُ ْو َن ِف ْي َسبِ ْي ِله َص ًفّا َكاَن ُه ْم بُ ْنيَا ٌن م ْر ُص ْو ٌص‬

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di
jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti
sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff: 4)

Hal ini dikukuhkan lagi dengan sebuah hadis yang menegaskan bahawa orang-
orang mukmin itu umpama satu tubuh:

‫ إِذَا ا ْشتَ َكى ِم ْنهُ ُع ْض ٌو‬،‫ه ِرَمثََو ُلا ْلا ُْلح َمج َىس ِد‬،َ ‫ا ْل َو َجتَ َ َرساِد ُح ِب ِامل ِه ْسم‬،‫دَا َوَعتَعَىا ُطَس ِفائِِه ُْمر‬،َ‫َمثَ ُل ا ْل ُم ْؤ ِم ِني َن ِفي تَ َوا ِد ِه ْمت‬

Maksudnya:
“Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai,
mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota
tubuh itu sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau
merasakan demam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kajian ini meletakkan objektif untuk membangunkan sebuah kerangka
(framework) yang bertindak sebagai instrumen yang dapat mengesan (assessment
tool) dan mengidentifikasi golongan-golongan rentan jiwa (spiritually vulnerable)
akibat kesan pandemik COVID-19.

METODOLOGI

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu membangunkan Kerangka Penjagaan
Jiwa Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik COVID-19, artikel ini menggunakan
kajian kepustakaan sepenuhnya bagi mendapatkan data. Kerangka ini disusun
berdasarkan pengumpulan dan penelitian terhadap rujukan literatur. Pada awalnya,

120

penulis melakukan pencarian melalui database jurnal yang ada dengan menggunakan
beberapa kata kunci seperti ‘penjagaan jiwa’, ‘berasaskan komuniti’, ‘pandemik’ dan
‘COVID-19’ supaya artikel ini dapat memfokuskan isu yang berkaitan sahaja. Hasil
daripada pencarian tersebut, penulis telah meneliti beberapa literatur yang terkini serta
berkaitan dengan tema bagi tujuan pembangunan kerangka dilakukan. Ini bagi
memastikan literatur yang dikumpul lebih berstruktur, bersistematik, relevan dan
bertepatan dengan objektif kajian penulis. Seterusnya, data dianalisis dengan
menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis kandungan bagi membangunkan
Kerangka Penjagaan Jiwa Berasaskan Komuniti.

PEMBANGUNAN KERANGKA PENJAGAAN JIWA BERASASKAN
KOMUNITI SEMASA PANDEMIK COVID-19

Menurut Nurul Adilah & Asmak (2020), setiap individu di dunia mengimpikan
kehidupan yang sejahtera yang mana ia boleh dikecapi melalui keamanan sosial dan
kestabilan ekonomi. Keamanan sosial dilihat pada aspek keselamatan awam,
kesihatan dan alam sekitar, manakala kestabilan ekonomi pula terdiri daripada
pengangkutan, pendidikan serta pendapatan dan pengagihan. Kewujudan sebuah
Negara yang sejahtera dan berkebajikan mampu memastikan kedua-dua elemen ini
dicapai dengan jayanya. Menurut Azizan & Nurwati Ashikkin (2020), kerjasama yang
baik daripada semua pihak perlu diwujudkan bagi menjaga kemaslahatan sosial
semasa pandemik COVID-19. Ini kerana seseorang memerlukan antara satu sama lain
bagi menjalani kehidupan dengan bahagia dan sejahtera. Menurut Mohammad Ashraf
et al. (2021), terdapat tiga prosedur agihan bantuan yang boleh digunakan seperti
penyaluran kewangan melalui akaun bank, penghantaran barangan secara terus ke
rumah dan penerimaan makanan di pusat bantuan yang terdekat. Walau
bagaimanapun, menurut tinjauan yang dilakukan, penduduk berpuas hati dengan
prosedur agihan bantuan yang dilaksanakan kerana memudahkan komuniti untuk
mendapatkannya. Oleh yang demikian.

Kerangka Penjagaan Jiwa Berasaskan Komuniti (KPJK) adalah terdiri
daripada 5 prinsip utama. Asas kepada pembinaan kerangka ini adalah berlandaskan
kepada tuntutan maqasid syariah. Hal ini kerana keperluan kepada penjagaan jiwa
merupakan tuntutan yang selari dengan objektif syarak (Muhamad Afiq dan Syukri,
2020). Falsafah dan latar belakang kepada kerangka ini mengadaptasi pendekatan
masyarakat Islam sedia ada seperti konsep jiran yang dianjurkan menurut al-Quran
dan Sunnah, konsep al-ukhuwwah malah memperkukuhkan lagi dari sudut
praktikalnya kerana waktu pandemik COVID-19 lebih-lebih lagi memerlukan
sokongan komuniti.

Peranan jiran sangat penting bagi memastikan kejiranannya tidak mengalami
putus bekalan dari sudut keperluan fizikal, kebajikannya dan spiritual mengikut
kepada kemampuan. Walau bagaimanapun, dalam kerangka ini, peranan komuniti
juga dihubungkan dengan pihak-pihak yang berkelayakan kerana adalah suatu perkara
yang makruf di mana aspek penjagaan spiritual serta kesihatan jiwa ini memerlukan
khidmat mereka daripada mereka yang mempunyai kepakaran khusus seperti ahli
psikologi, psikiatri, kaunselor (termasuk kaunselor syar’i) dan terapis psikospiritual
Islam mengikut kepada tahap kecederaan jiwa (spiritual injury) yang dihadapi. Hal ini

121

kerana gangguan psikologi seperti kemurungan kronik (depression), stres melampau
(severe stress), panic attack dan anxiety memerlukan intervensi klinikal melalui
preskripsi perubatan serta saranan dari pakar. Maka, secara keseluruhannya kerangka
ini membentuk suatu ekosistem yang sangat koperatif saling berganding bahu dalam
menjamin kesejahteraan warga komunitinya di samping mengurangkan risiko
berlakunya gejala-gejala sosial yang berlarutan.

Reka bentuk pembangunan kerangka KPJK adalah diadaptasikan dari
kerangka analisis risiko (risk analysis). Analisis risiko banyak digunakan dalam
pelbagai lapangan pengurusan, antara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Bertitik tolak dari itu, kerangka
analisis risiko ini seterusnya diperkembangkan aplikasinya kepada aspek penjagaan
jiwa serta disesuaikan kepada tahap makro iaitu komuniti. Risiko dalam konteks
kerangka ini adalah merujuk kepada risiko kecederaan jiwa yang dihadapi oleh warga
komuniti. Kerangka KPJK ini juga digubah supaya pelaksanaan untuk rawatan
(treatment) adalah bersifat proaktif dan bukan reaktif.

Proaktif di sini adalah bermaksud komponen komuniti secara keseluruhan itu
sendiri yang memobilisasikan bantuan-bantuan serta sokongan yang diperlukan oleh
warga yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sama ada secara langsung; iaitu
terkena penyakit atau secara tidak langsung. Berbeza dengan pendekatan reaktif, ia
lebih bersifat menunggu maklumat disampaikan atau dengan hanya bergantung
kepada rekod-rekod lampau. Sebaliknya, kerangka KPJK akan mengisi kelompongan
ini dan gejala sosial dapat dihindarkan dengan lebih berkesan dan bersistematik.
Dalam kerangka KPJK ini, ia melibatkan 5 prinsip (5 Principles) iaitu (1) Pengesanan,
(2) Pengkelasan, (3) Rawatan, (4) Susulan dan (5) Penyaluran. Perincian kepada setiap
prinsip akan dijelaskan dalam bahagian berikutnya.

Rajah 1: Kerangka Penjagaan Jiwa Berasaskan Komuniti (KPJK) melibatkan 5
prinsip. (Sumber: Analisis pengkaji)

122

PRINSIP 1: PENGESANAN (SCREENING AND IDENTIFICATION)

Prinsip pertama adalah dinamakan sebagai pengesanan. Dalam prinsip ini, ia
melibatkan dua pendekatan iaitu saringan (screening) dan identifikasi (identification).
Prinsip ini menjelaskan bahawa individu atau keluarga yang terkesan dengan COVID-
19 dan mengalami kecederaan jiwa dikenal pasti dan dikesan dalam komuniti.
Pengesanan ini boleh dibuat oleh mana-mana pihak seperti masjid atau surau kariah,
jawatankuasa taman, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),
organisasi bukan kerajaan atau mana-mana entiti kesukarelawanan dimobilisasikan ke
dalam sesebuah komuniti itu. Rumah atau kediaman bagi individu yang dikenal pasti
direkodkan sebagai titik kritikal jiwa (spiritual critical control point) dengan maksud
bahawa mereka itu perlu kepada rawatan atas kecederaan jiwanya.

PRINSIP 2: PENGKELASAN (CLASSIFICATION)

Prinsip kedua adalah pengkelasan (classification). Dalam prinsip ini, individu atau
keluarga yang didapati mengalami kecederaan jiwa akan dikelaskan mengikut kepada
tahap keparahannya. Penulis mengusulkan tahap ini dapat dibahagikan kepada tiga
iaitu: (1) tahap minor, (2) tahap major dan (3) tahap serius. Pembahagian tahap ini
juga dibahagikan mengikut tahap keperluan berdasarkan situasi, latar belakang dan
kondisi individu berkenaan. Ianya boleh diperincikan kepada berikut:

Tahap Keparahan /Contoh situasi Rawatan yang diperlukan

Minor Jiwa: Tahap yang sederhana Jiwa: Rawatan Psikospritual,
Fizikal: Kekurangan dari sudut Khidmat nasihat
kewangan Fizikal: Bantuan kewangan

Major Jiwa: Tahap yang rendah Jiwa: Rawatan Psikospiritual,
Fizikal: Putus bekalan, hilang mata Kaunseling, Khidmat Nasihat
pencarian Fizikal: Bantuan kewangan,
dan keperluan rumah untuk
kelangsungan hidup

Serius Jiwa: Tahap yang sangat rendah atau Jiwa: Rawatan Perubatan
mengalami kecederaan jiwa yang Klinikal, Konsultasi Psikiatri,
memerlukan kepada rawatan klinikal Rawatan Psikospiritual,
atau pakar perubatan Kaunseling, Khidmat Nasihat
Fizikal: Putus bekalan, hilang mata Fizikal: Bantuan kewangan,
pencarian, Pasca-traumatik, berasa dan keperluan rumah untuk
tiada harapan untuk hidup kelangsungan hidup

Jadual 1: Matriks Pengkelasan kepada tahap kecederaan jiwa yang dihadapi dalam
komuniti: minor, major dan serius. (Sumber: Analisis pengkaji)

PRINSIP 3: RAWATAN (TREATMENT)

Prinsip ketiga adalah rawatan (treatment). Rawatan di sini bermaksud intervensi dan
bantuan yang akan disalurkan kepada individu atau keluarga dalam komuniti terbabit

123

bertepatan dengan tahap kecederaan jiwa yang dialami. Pengistilahan ‘rawatan’ di sini
tidak dihadkan kepada rawatan berbentuk fizikal seperti perubatan semata-mata, tetapi
yang utama adalah rawatan kepada jiwa untuk mengembalikan kesejahteraan diri.
Kerangka KPJK ini turut menjadikan bantuan dari sudut kewangan, bekalan keperluan
harian sebagai salah satu rawatan fizikal kerana ia juga termasuk sebagai perkara
dharuriyyat. Menurut Mohd Hefzan & Muhammad Nubli (2019), dalam Islam,
penekanan kepada aspek jiwa dalam rawatan penting kerana unsur kejadian manusia
terdiri juga daripada jasad di samping elemen roh, nafsu dan akal. Jiwa turut memberi
kesan yang besar kepada tingkah laku dan peribadi seseorang.

PRINSIP 4: SUSULAN (FOLLOW-UP)

Prinsip keempat adalah dinamakan sebagai susulan (follow-up). Setelah mengenal
pasti jenis rawatan yang diperlukan, adalah penting untuk melaksanakan tindakan
susulan bagi memastikan individu atau keluarga yang terkesan dengan pandemik
COVID-19 dapat dikembalikan tahap kesihatan jiwanya. Pengurusan strategik perlu
dirancang dan disusun oleh organisasi terlibat dalam menentukan sama ada
pelaksanaan adalah melibatkan rawatan jangka pendek atau jangka panjang mengikut
kepada kapasiti, kemampuan dari sudut tenaga kerja, kepakaran yang ada dan faktor-
faktor lain.

PRINSIP 5: PENYALURAN (CHANNELING)

Prinsip kelima adalah dinamakan sebagai penyaluran (channeling). Komunikasi dan
perekodan merupakan aspek yang penting yang perlu diwujudkan bagi memudahkan
pergerakan dan penyaluran maklumat. Penyaluran maklumat di sini juga penting
sekiranya, khidmat pakar atau bantuan luar yang diperlukan bagi menampung
rawatan. Hal ini adalah sebagai pelan kedua sekiranya organisasi yang membantu
tidak mencukupi dari sudut teknikal dan lain-lain, justeru memerlukan bantuan pihak
ketiga. Setiap maklumat mestilah dipastikan benar dan tepat dan kerahsiaan juga
dipelihara hanya untuk kegunaan terhad sahaja. Dengan adanya data yang tepat, ia
akan membantu dalam memberikan justifikasi, justeru bantuan tambahan yang
disalurkan oleh orang ramai lebih telus dan transparent. Menurut Hamidi, Tuan Pah
Rokiah & Mat Khalid (2012), proses penyaluran maklumat merupakan suatu perkara
penting diberikan perhatian kerana ia mempengaruhi tahap kesedaran seseorang
anggota masyarakat. Proses penyaluran maklumat merupakan bagaimana maklumat
daripada peringkat bawahan iaitu masyarakat disampaikan kepada peringkat lebih
tinggi dalam kerajaan dan bagaimana maklumat daripada peringkat atasan
disampaikan dengan baik kepada peringkat bawahan supaya wujud persefahaman
antara kesemua pihak terlibat.

124

Rajah 2: Aplikasi KPJK dalam komuniti semasa pandemik COVID-19. (Sumber:
Analisis pengkaji)

Secara ringkasnya, aplikasi KPJK dalam komuniti semasa pandemik COVID-19 dapat
dirujuk sebagaimana Rajah 2. Kerangka KPJK ini adalah bersifat terbuka iaitu boleh
diaplikasikan kepada mana-mana organisasi, entiti, malah boleh juga digunakan oleh
warga kejiranan itu sendiri sebagai inisiatif bersama dalam membantu individu atau
keluarga yang mengalami kecederaan jiwa akibat COVID-19 secara langsung
mahupun tidak secara langsung.

KESIMPULAN

Pengurusan kesihatan mental dan jiwa merupakan perkara yang cukup penting ketika
pandemik COVID-19. Masyarakat atau komuniti memainkan peranan yang mustahak
dalam berfungsi sebagai institusi sosial memastikan agar kesihatan mental dan
jiwanya adalah terpelihara lantas mengurangkan gejala-gejala yang tidak sihat
daripada berlaku. Gejala-gejala sosial yang berlaku dikenal pasti berpunca dari
kecederaan jiwa dan begitu juga keperluan fizikal seperti faktor kewangan, keperluan
harian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bagi mensistemkan dan
mengorganisasikan penyaluran rawatan kepada mereka yang terkesan, Kerangka
Penjagaan Jiwa Berasaskan Komuniti Semasa Pandemik COVID-19 (KPJK)
dibangunkan. Pembinaan KPJK ini menggunapakai pendekatan analisis risiko (risk
analysis) melibatkan 5 prinsip utama; iaitu pengesanan, pengkelasan, rawatan, susulan
dan penyaluran. Kajian lanjut adalah diperlukan untuk memantapkan lagi kerangka ini
agar dapat memperkemaskan lagi praktikaliti KPJK di lapangan.

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini dibiayai oleh RU Geran - Fakulti Program (GPF070A-2020),
Universiti Malaya. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
menyalurkan bantuan dan pandangan dalam membantu penyelidikan ini.

RUJUKAN

Abdul Rahman, A. & Ahmad Zaluki, N. A. (2020). Pencegahan penularan virus
corona (COVID-19) menurut perspektif Islam. Journal of Fatwa Management and
Research, 22(1), 1-13.

125

Berita Harian. (2021). “COVID-19: Kes Melambung Mungkin Disebabkan Varian
Delta”, diakses pada 30 Ogos 2021,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837962/COVID-19-kes-
melambung-mungkin-disebabkan-varian-delta.

Berita Harian. (2021). “Varian Lambda Belum Masuk Malaysia”, diakses pada 30
Ogos 2021, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/850902/varian-
lambda-belum-masuk-malaysia.

Ismail, H., Syed Hussain, T. P. R. & Md Noh, M. K. (2012). Proses penyaluran
maklumat dalam skop tadbir urus dasar pengurusan alam sekitar bandar. Journal of
Governance and Development 8, 38-43.

Huguelet, P. et al. (2016). Spiritual meaning in life and values in patients with severe
mental disorders. J Nerv Ment, 204(6), 409-414.

Sarakawi, M.A, Jaroman, N., Madjais, A., Mapjabil, J. & Datu Eranza, D. A. (2021).
Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19.
Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 6(23), 104-116.

Azmi, M. H & Abdul Wahab, M. N. (2019). Pembangunan model rawatan
psikospiritual untuk meningkatkan ciri kepulihan orang kena pengawasan: Satu
tinjauan literatur. International Journal of Humanities Technology and Civilization,
1(5), 74-88.

Ismail, M. K., Sarifuddin, S. & Ahmad Shaupi, N. S. (2020). Perbezaan bangsa
signifikan terhadap kesihatan mental semasa pandemik COVID-19 di Malaysia.
International Journal of Muamalat, 4(1), 36-45.

Abd Razak, M. A. & Zainal Abidin, M. S. (2020). Psikospiritual Islam menurut
perspektif Maqasid al-Ssyariah: Satu sorotan awal. Dalam Ismail. Z., Saper, M. N.,
A. Kadir, M., Hanin Hamjah, S., Sa`ari, C. Z. & Zainal Abidin, M. S. (Ed.),
Prosiding Seminar Antarabangsa Kaunseling Islam 2020 (pp 223-232). Bangi:
Persatuan Kaunseling Syarie.

Ahmad, N. ‘A. (2020). Anak dewasa kembali menetap bersama ibu bapa semasa
pandemik COVID 19: Satu cabaran dalam kehidupan ibu bapa. International
Journal of Law, Government and Communication, 5(21), 210-219.

Hasbullah, N. A. & Ab Rahman, A. (2020). Peranan pemegang taruh dalam menjaga
kebajikan ekonomi rakyat semasa pandemik COVID-19 dari perspektif ekonomi
Islam. Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 17(101), 71-89.

126

Kajian Literatur Sistematik: Cabaran Perkahwinan di Malaysia

MOHD HATTA OTHMAN
KU SUHAILA KU JOHARI

SALLEH AMAT

*Mohd Hatta Othman, Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan, emel: [email protected], Dr. Ku Suhaila Ku Johari,
emel: [email protected], Prof. Madya Dr. salleh Amat, emel:
[email protected], Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600,
Bangi, Malaysia.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah menganalisis tiga objektif utama kajian iaitu 1) kaedah dan
reka bentuk kajian berkaitan cabaran perkahwinan, 2) kaedah pengumpulan kajian
cabaran perkahwinan dan 3) dapatan utama kajian cabaran perkahwinan yang telah
dijalankan. Kajian ini menggunakan reka bentuk meta-sintesis dan telah menganalisis
secara sistematik dengan melibatkan 21 artikel dari tahun 2008 sehingga 2021.
Terdapat 11 artikel kualitatif dan sembilan artikel kuantitatif. Dapatan bagi objektif
pertama menunjukkan kebanyakan kajian cabaran perkahwinan menggunakan kaedah
kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Dapatan bagi objektif kedua ialah
kebanyakan kajian cabaran perkahwinan melibatkan kaedah temubual dan soal selidik.
Manakala dapatan objektif ketiga pula menunjukkan empat tema yang dikenalpasti
iaitu kepuasan perkahwinan, faktor-faktor konflik perkahwinan, punca penceraian
perkahwinan dan pendekatan menangani penceraian perkahwinan. Artikel ini juga
dicadangkan untuk kajian selanjutnya yang berkaitan dengan cabaran perkahwinan di
Malaysia.

Kata kunci : Kajian literatur Sistematik, cabaran perkahwinan, konflik dan metadologi

PENGENALAN

Perkahwinan mempunyai cabaran yang harus ditempuhi oleh suami dan isteri untuk
mencapai matlamat perkahwinan. Dalam mencapai matlamat yang diinginkan,
pasangan suami isteri pasti berhadapan dengan masalah, konflik dan krisis.
Perkahwinan yang kekal semestinya telah menjadi salah satu matlamat bagi pasangan
yang telah berkahwin (Siti et. al 2018). Namun, perubahan zaman tentunya turut sama
membawa perubahan kepada jangkaan dan persepsi masing-masing terhadap
perkahwinan yang berkualiti dan membahagiakan. Cabaran perkahwinan sering
dialami oleh setiap pasangan suami isteri dalam mendapatkan kebahagiaan rumah
tangga. Namun tidak semua pasangan dapat mengurus cabaran yang dialami. Menurut
Mohamad Pairuz Suhairi Abdullah & Zainab Ismail (2020), konflik yang belaku
dalam perkahwinan membantu pasangan mengenali antara satu sama lain tetapi
penceraian boleh berlaku sekiranya pasangan tidak berusaha menyelesaikannya.
Antara cabaran perkahwinan ialah mendapatkan kepuasan dalam perkahwinan.

127

Kepuasan dalam perkahwinan berkait rapat dengan keadaan individu tersebut,
keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga (Thomas N. Bradbury, Frank D.
Fincham & Steven R. H. Beach, 2000). Hubungan yang sentiasa terkawal dan
membentuk kepuasan dalam perkahwinan bagi seseorang individu dapat mengelak
dari berlakunya pelbagai kejadian yang tidak diingini kepada pasangan suami isteri.

Namun, konflik berlaku sekiranya wujud perselisihan antara suami isteri.
Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah Azahari (2016), perselisihan dan pertentangan
pendapat dan kehendak perancangan antara suami isteri boleh mengundang konflik
dalam sistem keharmonian rumahtangga. Elemen seperti perasaan, pemikiran, tingkah
laku dan sistem kepercayaan dan konsep nilai terganggu disebabkan konflik yang
berlaku. Konflik atau krisis adalah satu keadaan yang tidak tenang atau tidak tenteram
atau tidak stabil dalam rumahtangga yang disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh
membawa kepada masalah penderaan, keganasan dan penceraian sekiranya tidak
dibendung (Haliza A. Shukor, 2012). Situasi ini tentunya turut memberi implikasi
yang besar kepada keluarga dan kerjaya. Perkahwinan yang tidak membahagiakan dan
kurang kualitinya akan memberi impak yang besar juga kepada kesejahteraan
hidup anak-anak serta perkembangan emosi dan mental mereka. Dengan itu, banyak
perkahwinan yang diakhiri dengan penceraian.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Perhubungan antara pasangan suami isteri semakin diuji keutuhannya kerana wujud
kepincangan dalam trend masyarakat kini. Di Malaysia, keruntuhan dan kepincangan
institusi kekeluargaan makin membimbangkan dan merosot kerana menjadi
fenomena biasa mudahnya berlaku penceraian dalam masyarakat. Ini dibuktikan
dengan laporan statistik perkahwinan dan perceraian di negara ini pada tahun 2020
yang dikemukakan oleh Ketua Perangkaan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin
menjelaskan bahawa jumlah perceraian di kalangan rakyat Malaysia meningkat 12%
kepada 56,975 kes pada tahun 2019, berbeza dengan 50,862 kes pada tahun
sebelumnya. Khususnya, kadar perceraian meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu
populasi lelaki yang sudah berkahwin berusia 18 tahun ke atas dan trend yang serupa
juga direkodkan bagi wanita dengan mencatatkan peningkatan dari 7.0 hingga 7.7 per
seribu dari populasi penduduk sekarang wanita yang sudah berkahwin (Harian
Metro, 2020).

Individu yang berkahwin dan tidak berasa bahagia dengan perkahwinan
tersebut akan mengalami kesan negatif seperti gangguan kesihatan dan kemurungan
(Ismail, 2004; Low & Stocker, 2005). Davila et al., (2003) mendapati perkahwinan
yang tidak berkualiti membawa kepada masalah kesihatan mental seperti
kemurungan, tekanan, trauma, keresahan, kebimbangan dan sebagainya. Konflik
perkahwinan ada kalanya bukan tiada jalan penyelesaian tetapi pasangan suami isteri
tidak mempunyai inisiatif untuk mengubah ke arah yang lebih positif. Justeru
terdapat keperluan untuk menganalisis kajian-kajian terdahulu berkaitan cabaran
perkahwinan yang telah dijalankan di Malaysia bagi mengenalpasti corak dan jurang
yang wujud. Kajian ini dijalankan bagi menjawab objektif kajian berikut:

i. Mengenalpasti kaedah dan reka bentuk kajian yang telah digunakan
berkaitan cabaran perkahwinan di Malaysia.

128

ii. Mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang telah digunakan
berkaitan cabaran perkahwinan di Malaysia.

iii. Mengkaji dapatan utama kajian berkaitan cabaran perkahwinan
berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk meta-sintesis berkaitan cabaran
perkahwinan di Malaysia yang telah dianalisis secara sistematik menggunakan
kaedah kualitatif. Secara ringkasnya meta-sintesis adalah analisis terhadap
analisis yang lain, ia melibatkan penggabungan hasil kajian yang setanding dan
diambil kira untuk menemui kesan yang utama (Cohen, Manion, & Morrison,
2011). Kaedah yang digunakan oleh Webster & Watson's (2002) telah diadaptasi
dalam pemilihan artikel yang berkaitan untuk dianalisis. Oleh itu, artikel
berkaitan konflik rumahtangga di Malaysia telah dianalisis secara sistematik.
Beberapa pangkalan data yang dilanggan seperti Growing Science, Science
Direct, Proquest, ERIC dan Sage telah digunakan untuk mencari artikel yang
berkaitan. Selain itu, enjin carian Google Scholar dan Google Search serta web
pangkalan data universiti awam seluruh Malaysia juga turut digunakan bagi
memastikan carian yang lebih meluas dapat dilakukan. Artikel berkaitan kajian
ini diterbitkan sekitar tahun 2008 hingga 2021 telah dimuat turun untuk
dianalisis. Kata kunci yang telah digunakan untuk mencari artikel tersebut adalah,
“cabaran perkahwinan”, “konflik suami isteri”, “pengurusan konflik dalam
keluarga”, “pengurusan konflik dalam kalangan suami isteri”, “komunikasi dalam
kalangan suami isteri”, “pengurusan komunikasi suami isteri”, “punca penceraian
suami isteri”, “cabaran rumahtangga”, “faktor penceraian suami isteri” dan
“cabaran hubungan suami isteri”. Antara kriteria pemilihan artikel untuk
dianalisis adalah kajian dalam bidang kaunseling keluarga dan perkahwinan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Sebanyak 21 artikel telah dikenalpasti memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Artikel tersebut telah dianalisis secara sistematik bagi menjawab soalan kajian
yang telah ditetapkan. Berdasarkan 21 artikel yang perolehi, kajian ini
membahagikan kepada tiga bahagian utama berdasarkan objektif kajian.

1. Mengenalpasti kaedah dan reka bentuk kajian yang telah digunakan
berkaitan cabaran perkahwinan di Malaysia.

Bagi objektif pertama, dapatan menunjukkan kajian cabaran perkahwinan yang
telah dijalankan di Malaysia menggunakan tiga kaedah iaitu kuantitatif, kualitatif
dan gabungan. Terdapat sembilan artikel yang menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu satu artikel telah menggunakan reka bentuk korelasi, tujuh artikel
menggunakan reka bentuk tinjauan dan satu artikel menggunakan reka bentuk
eksperimen. Manakala terdapat 11 artikel yang telah menggunakan kaedah
kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan terdapat satu arikel yang
menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif dengan reka bentuk

129

tinjauan dan kajian kes. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, didapati
kebanyakan pengkaji memilih kaedah kajian kualitatif.

Jadual 1. Senarai aktikel yang diperolehi yang menunjukkan kaedah dan reka
bentuk yang digunakan.

Bil. Kaedah Reka bentuk ƒ Pengkaji , Tahun

1. Kuantitatif a) Korelasi 1 Rumaya Juhari et al., (2019)

b) Tinjauan 7 1. Suzana Mohd Hoesni et al., (2020)
2. Rozmi Ismail et al., (2015)
3. P.L. Rika Fatimah, (2012)
4. Cai-Lian Tam et al., (2011)
5. Tam Cai Lian & Lim Siew Geok,
(2008)
6. Siti Marziah Zakaria et al., (2008)
7. Noralina Omar, (2008)

c)Eksperimen 1 Rosliza Ahmad & Siti Aishah Hassan,
(2017)

2. Kualitatif Kajian Kes 11 1. Roslina Che Soh @ Yusof et al., (2021)
2. Zainab Ismail et al., (2020)
3. Asila Nur Adlynd & Siti Marziah
Zakaria, (2019)
4. Iqtidar Taufiq et al.,(2018)
5. Norizan Abdul Ghani et al., (2017)
6. Siti Nubailah Mohd Yusof et al., (2017)
7. Mariam Abd. Majid & Mohammad
Syafirul Zarif Saleh Hudin, (2017a)
8. Suzana Mohd Hoesni et al., (2017)
9. Mariam Abd. Majid & Mohammad
Syafirul Zarif Saleh Hudin, (2017b)
10. Noor Syaibah Shabuddin et al., (2016)
11. Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah
Azahari, (2016)

3. Gabungan Tinjauan dan 1 Yunchao Cai et al., (2020)
Kajian Kes

130

2. Mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang telah digunakan
berkaitan cabaran perkahwinan di Malaysia.

Bagi objektif kedua, dapatan menunjukkan kajian cabaran perkahwinan yang
telah dijalankan di Malaysia menggunakan kaedah pengumpulan data soal
selidik, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah soal selidik dan temubual
telah digunakan dalam 10 artikel manakala lima artikel menggunakan kaedah
analisis dokumen. Dapatan menunjukkan sebanyak empat artikel telah
menggunakan lebih daripada satu kaedah pengumpulan data.

Jadual 2. kaedah pengumpulan data yang telah digunakan.

Kaedah ƒ Kajian (Tahun)

Pengumpuan Data

1. Soal selidik 10 1. Suzana Mohd Hoesni, (2020)

2. *Yunchao Cai et al., (2020)

3. Rumaya Juhari et al., (2019)

4. Rosliza Ahmad & Siti Aishah Hassan, (2017)

5. Rozmi Ismail et al., (2015)

6. P.L. Rika Fatimah, (2012)

7. Siti Marziah Zakaria, (2012)

8. Cai-Lian Tam et al., (2011)

9. Tam Cai Lian & Lim Siew Geok, (2008)

10. Noralina Omar, (2008)

2. Temubual 10 1. *Yunchao Cai et al., (2020)

2. Asila Nur Adlynd Mohd Shukry & Siti Marziah

Zakaria, (2019)

3. *Norizan Abdul Ghani et al., (2017)

4. Siti Nubailah Mohd Yusof et al., (2017)

5. Iqtidar Taufiq et al., (2018)

6. Suzana Mohd Hoesni et al., (2017)

7. *Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul

Zarif Saleh Hudin, (2017a)

8. *Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul

Zarif Saleh Hudin, (2017b)

9. Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah Azahari,

2016

10. Noor Syaibah Shabuddin et al., 2016

3. Analisis Dokumen 5 1. Roslina Che Soh @ Yusof et al., (2021)

2. Zainab Ismail et al., (2020)

3. *Norizan Abdul Ghani et al., (2017)

4. *Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul

Zarif Saleh Hudin (2017a)

5. *Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul

Zarif Saleh Hudin (2017b)

*menggunakan lebih daripada satu kaedah pengumpulan data

3. Mengkaji dapatan utama kajian berkaitan cabaran perkahwinan
berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia

Objektif ketiga menunjukkan terdapat tema dapatan utama kajian cabaran
perkahwinan di Malaysia. Dapatan menunjukkan empat tema yang

131

dikenalpasti iaitu kepuasan perkahwinan, faktor-faktor konflik perkahwinan,
punca penceraian perkahwinan dan pendekatan menangani penceraian
perkahwinan.

a) Kepuasan perkahwinan

Hasil analisis tema kepuasan perkahwinan yang dijalankan, terdapat kajian
hubungan kepuasan perkahwinan dengan pembolehubah yang lain. Seperti
kajian Iqtidar Taufiq et al., (2018) yang mendapati kepuasan perkahwinan
mempunyai hubungan yang positif dengan kesihatan mental manakala kajian
Rozmi Ismail et al., (2015) pula mendapati usia, jantina, tempoh perkahwinan,
pendapatan keluarga, bilangan anak menyumbang kepada ketidakpuasan
perkahwinan dan kualiti hidup yang rendah. Namun, kajian oleh Yunchao Cai et
al., (2020) pula mendapati hutang isi rumah mempunyai hubungan negatif
dengan kepuasan perkahwinan. Kajian oleh Rumaya Juhari et al., (2019)
mendapati golongan isteri yang bekerja menunjukkan kepuasan dan komitmen
yang sederhana. Namun kajian oleh P.L. Rika Fatimah (2012) mendapati hubungan
perkahwinan adalah keutamaan pertama, kerana dimensi ini memiliki tahap
kepuasan terendah, diikuti oleh keintiman perkahwinan dan kemudian penyesuaian
perkahwinan sebagai keutamaan ketiga yang harus ditingkatkan.

b) Faktor-faktor konflik perkahwinan

Analisis tema faktor-faktor konflik perkahwinan menunjukkan terdapat
pelbagai faktor konflik perkahwinan. Kajian oleh Zainab Ismail et al.,
(2020) mendapati masalah pengabaian tangungjawab memberi nafkah
merupakan masalah tertinggi diikuti masalah kewangan, kemudian diikuti
oleh masalah komunikasi, campur tangan keluarga, kecurangan, poligami,
penderaan atau keganasan dan sihir. Manakala kajian oleh Noor Syaibah
Shabuddin et al., (2016) mendapati personaliti sendiri, masalah seksualiti,
masalah komunikasi, campur tangan pihak ketiga, penyalahgunaan dadah,
kurang didikan agama, pengabaian tanggungjawab dan juga ditinggalkan
pasangan meruapakan faktor konflik perkahwinan. Faktor komunikasi pula
disokong oleh kajian daripada Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah
Azahari, (2016) iaitu sikap pasangan yang negatif seperti panas baran, keras
kepala dan sukar dibawa berbincang merupakan faktor konflik dalam
perkahwinan. Dapatan beliau turut disokong oleh Suzana Mohd Hoesni et
al., (2020) yang mendapati ketakutan komunikasi yang berlaku dengan
pasangan adalah faktor penting berlaku konflik perkahwinan. Manakala
faktor kewangan disokong oleh Noralina Omar, (2008) yang mendapati
kelemahan sosioekonomi memberi kesan yang signifikan terhadap dinamika
perkahwinan dan kualiti keibubapaan.

c) Punca penceraian

Analisis ke atas tema punca penceraian perkahwinan pula mendapati
pasangan suami isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik
akan menyumbang kepada penceraian. Ini diperolehi dapatan daripada
kajian Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin,
(2017) iaitu kecuaian tanggungjawab di antara pasangan adalah faktor

132

tertinggi yang menyumbang kepada perceraian di Selangor. Dapatan ini
disokong oleh Norizan Abdul Ghani et al.,(2017) iaitu tiga faktor utama
yang menyumbang kepada perceraian iaitu tidak memahami, tidak
bertanggungjawab dan pasangan yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya
Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin, (2017) juga
turut mengenalpasti pengabaian tanggungjawab antara pasangan merupakan
faktor paling tinggi berlakunya perceraian rumah tangga dalam kalangan
pasangan suami isteri di Negeri Selangor diikuti dengan faktor masalah
komunikasi, akhlak dan sosial, campurtangan pihak ketiga, lemah didikan
agama, ekonomi, seksual, kerjaya, kesihatan dan faktor yang paling rendah
ialah disebabkan perbezaan budaya.

d) Pendekatan menangani penceraian

Terdapat pelbagai kaedah bagi menangani isu penceraian dalam kalangan
pasangan suami isteri. Kaedah-kaedah yang dikaji membantu pasangan
suami isteri merawat hubungan dalam perkahwinan. Kajian oleh Siti
Nubailah Mohd Yusof et al.,(2017) mendapati kursus pendidikan
perkahwinan adalah penting untuk diberikan platform untuk pengetahuan
dan kemahiran hubungan antara suami dan isteri. Manakala aspek
perundangan juga diberi tumpuan sebagai langkah menangani penceraian
seperti kajian yang diperolehi oleh Roslina Che Soh @ Yusof, et al.,(2021)
yang mendapati kecukupan undang-undang yang ada berkaitan dengan
perlindungan institusi perkahwinan dan keluarga di Malaysia. Terdapat juga
kajian yang membincangkan pendekatan perubahan sikap iaitu Asila Nur
Adlynd Mohd Shukry & Siti Marziah Zakaria, (2019) yang mendapati
toleransi antara pasangan, saling memahami, saling melengkapi, saling
hormat-menghormati dan kematangan diri membantu hubungan
perkahwinan yang berkualiti. Manakala kajian oleh Tam Cai Lian & Lim
Siew Geok, (2008) pula mendapati pasangan yang mempunyai skala taktik
konflik yang lebih baik dan sokongan sosial yang lebih dirasakan cenderung
mempunyai kesihatan yang lebih baik. Dapatannya disokong oleh Cai-Lian
Tam et al.,(2011) pasangan yang mempunyai taktik kemahiran komunikasi
dan konflik yang lebih baik mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.

Terdapat juga kajian yang menekankan pendekatan komunikasi
dalam menangani penceraian dalam kalangan pasangan suami isteri. Kajian
oleh Siti Marziah Zakaria et al., (2012) mendapati gaya komunikasi terbuka
dan penyesuaian hidup boleh menjadi elemen penting dalam menjamin dan
mengekalkan sesebuah perkahwinan dalam jangka masa panjang. Dapatan
ini disokong oleh Suzana Mohd Hoesni et al.,(2017) komunikasi bersemuka
didapati digunakan untuk mengeratkan perhubungan pasangan berkahwin
iaitu dengan berjenaka, berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan
konflik. Komunikasi teknologi pula digunakan individu berkahwin untuk
meluahkan cinta, berhubung dengan mesra, berkongsi ilmu dan
menyelesaikan masalah. Informan juga melaporkan bahawa komunikasi
yang positif meningkatkan kepuasan dalam perkahwinan. Selain itu dapatan
kajian oleh Rosliza Ahmad & Siti Aishah Hassan, (2017) ialah pendekatan
psikospiritual Islam yang menekankan amalan kerohanian dan unsur nafs

133

(jiwa), aql (akal), qalb (hati) dan ruh (semangat) membantu meningkatkan
komunikasi pasangan muslim.

Jadual 3. tema dan subtema dapatan kajian

Tema Subtema Dapatan Pengkaji (Tahun)
1. Kepuasan a) Hutang isi rumah mempunyai hubungan Yunchao Cai et
al., (2020)
perkahwinan negatif dengan kepuasan perkahwinan. Rumaya Juhari et
b) Isteri yang bekerja menunjukkan tahap al., (2019)
2) Faktor-faktor Iqtidar Taufiq et
konflik sederhana antara kepuasan dan komitmen. al., (2018)
perkahwinan Rozmi Ismail et al.,
c) Kepuasan perkahwinan mempunyai hubungan (2015)
yang positif dengan kesihatan mental.
P.L. Rika Fatimah,
d) Usia, jantina, tempoh perkahwinan, (2012)
pendapatan keluarga, bilangan anak
menyumbang kepada ketidakpuasan Zainab Ismail et al.,
perkahwinan dan kualiti hidup yang (2020)
rendah.
Noor Syaibah
e) Hasilnya menunjukkan bahawa hubungan Shabuddin et al.,
perkahwinan adalah keutamaan pertama, (2016)
kerana dimensi ini memiliki tahap
kepuasan terendah, diikuti oleh keintiman Nurhanisah
perkahwinan dan kemudian penyesuaian Hadigunawan &
perkahwinan sebagai keutamaan ketiga Raihanah Azahari,
yang harus ditingkatkan. (2016)
Suzana Mohd
a) Pasangan mengalami stres dan konflik Hoesni et al.,
ialah masalah pengabaian tangungjawab (2020)
memberi nafkah. Masalah yang kedua Noralina Omar,
tinggi ialah kewangan, kemudian diikuti (2008)
oleh masalah komunikasi,campur tangan
keluarga, kecurangan, poligami,
penderaan/keganasan dan sihir.

b)Faktor personaliti sendiri, masalah
seksualiti, masalah komunikasi, campur
tangan pihak ketiga, penyalahgunaan
dadah, kurang didikan agama, pengabaian
tanggungjawab dan juga ditinggalkan
pasangan.

c) Sikap pasangan yang negatif seperti panas
baran, keras kepala dan sukar dibawa
berbincang

d)Ketakutan komunikasi yang berlaku
dengan pasangan adalah faktor penting.

e) Kelemahan sosioekonomi memberi kesan
yang signifikan terhadap dinamika
perkahwinan dan kualiti keibubapaan.

134

3) Punca a) Kecuaian tanggungjawab di antara Mariam Abd. Majid
penceraian pasangan adalah faktor tertinggi yang & Mohammad
menyumbang kepada perceraian di Syafirul Zarif Saleh
4) Pendekatan Selangor. Hudin, (2017a)
menangani Mariam Abd. Majid
penceraian b)Pengabaian tanggungjawab antara & Mohammad
pasangan merupakan faktor paling tinggi Syafirul Zarif Saleh
berlakunya perceraian rumah tangga dalam Hudin, (2017b)
kalangan pasangan suami isteri di Negeri
Selangor diikuti dengan faktor masalah Norizan Abdul
komunikasi, akhlak dan sosial, Ghani et al.,
campurtangan pihak ketiga, lemah didikan (2017)
agama, ekonomi, seksual, kerjaya,
kesihatan dan faktor yang paling rendah Siti Nubailah Mohd
ialah disebabkan perbezaan budaya. Yusof et al., (2017)

c) Tiga faktor utama yang menyumbang Roslina Che Soh @
kepada perceraian, iaitu; tidak memahami, Yusof, et al., (2021)
tidak bertanggungjawab, dan pasangan
yang tidak bertanggungjawab. Asila Nur Adlynd
Mohd Shukry & Siti
a) Kursus pendidikan perkahwinan adalah penting Marziah Zakaria,
untuk diberikan platform untuk pengetahuan (2019)
dan kemahiran hubungan antara suami dan Tam Cai Lian &
isteri. Lim Siew Geok,
(2008)
b)Kecukupan undang-undang yang ada yang
berkaitan dengan perlindungan institusi Siti Marziah Zakaria
perkahwinan dan keluarga di Malaysia. et al., (2012)

c) Kualiti perkahwinan: Toleransi antara Rosliza Ahmad &
pasangan, saling memahami, saling Siti Aishah Hassan,
melengkapi, saling hormat-menghormati (2017)
dan kematangan diri.
Cai-Lian Tam et
d)Pasangan yang mempunyai skala taktik al., (2011)
konflik yang lebih baik dan sokongan
sosial yang lebih dirasakan cenderung Suzana Mohd
mempunyai kesihatan yang lebih baik. Hoesni et al., (2017)

e) Gaya komunikasi terbuka dan penyesuaian
hidup boleh menjadi elemen penting dalam
menjamin dan mengekalkan sesebuah
perkahwinan dalam jangka masa panjang.

f) Pendekatan psikospiritual Islam yang
menekankan amalan kerohanian dan unsur nafs
(jiwa), aql (akal), qalb (hati) dan ruh
(semangat) membantu meningkatkan
komunikasi pasangan muslim.

g)Pasangan yang mempunyai taktik
kemahiran komunikasi dan konflik yang
lebih baik mempunyai kesihatan mental
yang lebih baik.

h)Komunikasi bersemuka didapati digunakan
untuk mengeratkan perhubungan pasangan
berkahwin iaitu dengan berjenaka,

135

berkomunikasi secara positif dan
menyelesaikan konflik. Komunikasi
teknologi pula digunakan individu
berkahwin untuk meluahkan cinta,
berhubung dengan mesra, berkongsi ilmu
dan menyelesaikan masalah. Informan juga
melaporkan bahawa komunikasi yang
positif meningkatkan kepuasan dalam
perkahwinan

KESIMPULAN

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan kajian tentang perkahwinan
menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Ini menunjukkan
bahawa kaedah kualitatif sesuai digunakan kerana isu perkahwinan adalah subjektif
dan memerlukan analisis secara mendalam dan membantu pengkaji memahami
fenomena yang berlaku. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat empat tema
cabaran perkahwinan iaitu kepuasan perkahwinan, faktor-faktor konflik perkahwinan,
punca penceraian dan pendekatan menangani penceraian. Berdasarkan dapatan ini
membantu mengenalpasti isu-isu yang berlaku dalam perkahwinan dan kaedah
mengatasinya.

Terdapat beberapa limitasi antaranya kajian ini lebih tertumpu kepada artikel
yang diterbitkan sahaja manakala artikel yang tidak diterbitkan yang berpotensi
relevan tidak dibincangkan. Selain itu, kajian ini hanya fokus pada cabaran
perkahwinan tentang kepuasan, konflik dan penceraian sahaja. Hasil daripada dapatan
kajian yang diperolehi, terdapat beberapa cadangan atau idea yang dikemukakan
berkaitan cabaran perkahwinan. Cadangan dan idea tersebut boleh dipertimbangkan
untuk memperbaiki dan merancang beberapa tindakan yang wajar diambil sama ada
pasangan suami isteri, ahli keluarga dan kaunselor terutamanya kaunselor keluarga
dan tidak ketinggalan kepada pengkaji akan datang.

Berdasarkan kajian ini dapat dicadangkan kaunselor dan pengkaji akan datang
dapat merangka modul yang bersesuaian untuk diaplikasikan dan dilaksanakan dalam
intervensi perkahwinan agar dapat membantu isu-isu dalam perkahwinan terutamanya
berkaitan cabaran perkahwinan. Selain itu, kajian ini juga penting kepada kaunselor
sewaktu berhadapan dengan isu yang dibawa oleh klien semasa sesi kaunseling
perkahwinan kerana kaunselor dapat menyedari bahawa klien bukan sahaja datang ke
sesi kaunseling untuk berkongsi isu yang dialami tetapi juga ada klien yang ingin
mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu yang melibatkan perkahwinan seperti
kepuasan perkahwinan, faktor konflik, punca penceraian dan pendekatan merawat
hubungan. Oleh itu, kaunselor harus bersedia dengan pelbagai maklumat terkini
berkaitan isu perkahwinan yang mempengaruhi hubungan pasangan suami isteri.
Selain itu kajian yang telah dilaksanakan ini diharap dapat menjadi platform kepada
pengkaji akan datang untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan melibatkan
keseluruhan subtema dapatan kajian yang berkaitan cabaran perkahwinan.

136

RUJUKAN

Asila Nur Adlynd binti Mohd Shukry & Siti Marziah Zakaria. (2019). Konflik,
penyesuaian hidup dan kualiti perkahwinan pada awal usia perkahwinan.
Jurnal Wacana Sarjana Volume 3(4) December 2019: 1-16; e-ISSN 2600-
9501.

Cai-Lian Tam, Teck-Heang Lee, Yie-Chu Foo & Yet-Mee Lim (2011).
Communication Skills, Conflict Tactics and Mental Health: A Study of
Married and Cohabitating Couples in Malaysia. Asian Social Science Vol. 7,
No. 6; June 2011.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education
(Seventh). Routledge.

Davila, J., Karney, B. R., Hall, T. W., & Bradbury, T. N. (2003). Depressive
symptoms and marital satisfaction: Within-subject associations and the
moderating effects of gender and neuroticism. Journal of Family Psychology,
17:557–570. doi:10.1037/0893-3200.17.4.557.

Haliza A. Shukor et al. 2012. Krisis Rumah Tangga: Punca-punca Dan Cara Untuk
Mengatasinya Menurut Perspektif Syariah Dan Akta Undang-undang Keluarga
Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Kajian Syariah dan Undang-undang Siri 4.
Vol. 4. 68-85.

Harian Metro, 2020.
I.Zainab, W.A. Wan-Ibrahim And H.A.R. Asyraf (2014). Marital Breakdown In

Muslim Community In Malaysia. Middle-East Journal Of Scientific Research
20 (11): 1440-1444.
Ismail, R. (2004). Hubungan Kesulitan Ekonomi Dengan Kefungsian Keluarga,
Hubungan Perkahwinan dan Tingkah Laku Keibubapaan Etnik Rungus, Iranun
Dan Melayu. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Iqtidar Taufiq, Farhan Khashim Al Swailmi, Muhammad Asif Kamal, Asma Perveen
& Ishtiaq Ali Khan (2018) Marital Satisfaction And Mental Health Among
Working Community In Malaysia. Pak J Health Sci. 2018; 2(2): 70-72.
Low, S.M & Stocker, C. 2005. Family functioning and children's adjustment:
associations among parents' depressed mood, marital hostility, parent-child
hostility, and children's adjustment. Journal of Family Psychology, 19(3): 394-
403.
Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin. (2017). Trend And
Marriage Divorce Factor In Selangor From 2011 To 2015. Al-Irsyad: Journal
Of Islamic And Contemporary Issues. Vol. 2, No. 2, Dec 2017 Issn 0128-116X.
Mariam Abd. Majid & Mohammad Syafirul Zarif Saleh Hudin. (2017). Divorce
Selangor and the Governing Approach. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi
Vol. 4 No.2 (September 2017): Pp 285-303.
Mohamad Pairuz Suhairi & Zainab Ismail. (2020). Fungsi Rundingcara Bagi
Mengukuhkan Hubungan Pasangan Bermasalah Dalam Perkahwinan vol 12 No
2: Al-Hikmah 12(2).
Noralina Bt. Omar. (2008). Impak sosioekonomi ke atas dinamik perkahwinan dan
kualiti keibubapaan wanita melayu. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19.
Noor Syaibah Shabuddin, Norazilah Johari, Norhasima Abdullah dan Syazwana Aziz.
(2016). Perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan di Pejabat
Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAIDHL): Eksplorasi Faktor. Jurnal Sains
Sosial Malaysian, Journal of Social Science. Jilid 1 2016: 36-52..

137

Norizan Abdul Ghani , Iylia Nur Hanis Norris, Berhanundin Abdullah, Mohd. Fazil
Ahmad, Nurdina Iman Zulkifli & Mohammad Rakibul Hasan (2017). Divorce
Trends among the Malay Community in Perlis, Malaysia over a Ten Year
Period (2006 ~ 2015). International Journal of Academic Research in Business
and Social Sciences 2017, Vol. 7, No. 4.

Nurhanisah Hadigunawan & Raihanah Azahari. (2016). Penghayatan Islam dan
hubungannya dengan konflik rumahtangga: kajian di Unit Runding Cara,
Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Jurnal
Syariah, Jil. 24, Bil. 3 (2016) 393-422.

L. Rika Fatimah (2012). Improvement On Marital Satisfaction By Using Quality
Approach. Journal Social Sciences & Humanities Volume 7, Number 1, 133-
148, 2012 ISSN: 1823-884x.

Roslina Che Soh @ Yusof, Nora Abdul Hak, Noraini Mohd Hashim & Muhammad
Helmi Md. Said (2021). Repercussions Of Marital Infidelity In Malaysia: A
Legal Response. 29 (S1) 2021 IIUMLJ 91-109.

Rosliza Ahmad & Siti Aishah Hassan (2017). Effects Of Psychoeducational Group On
Muslim Spouses’ Communication. Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 20 : 15–
28.

Rozmi Ismail, Azlan H. A.N. & Yusoff, F.(2015). Assessing The Relationship
Between Quality Of Life And Marital Satisfaction Among Malaysian Married
Couples. Journal Social Sciences & Humanities Special Issue 2 (2015) 065-
071, ISSN: 1823-884x.

Rozaina Zainul Abidin, Khamsiah Ismail , Sharifah Sariah Syed Hassan & Salmi
Ahmad Sudan (2018). Marital Satisfaction, Communication and Coping
Strategy Among Malaysian Married Couples: Factors Prediction and Model
Testing. International Journal of Engineering & Technology, 7 (3.21) (2018)
408-414.

Rumaya Juhari, Siti Nor Yaacob, Nur Aqilah Mohd Arif & Mohamad Fazli Sabri
(2019). Marital Commitment as a Function of Marital Satisfaction, Marital
Investment and Marital Alternatives among Working Women in Malaysia.
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 27 (S1): 61 – 76.

Siti Marziah Zakaria, Salina Nen, Abdul Rahman Ahmad Badayai & Nor Hazila Mat
Lazim. (2012). Kualiti perkahwinan pada fasa pertama perkahwinan (1-10
tahun): pengaruh gaya komunikasi dan penyesuaian hidup. Journal Of Social
Sciences And Humanities Vol. 16. No.7 (1-11), Issn: 1823-884x.

Siti Marziah, Z., Juliana Rosmida, J., Nurul Shafini, S. & Nur Diyanah, H. (2018).
Indikator Kualiti Perkahwinan Daripada Pelbagai Perspektif. Prosiding Insight
2018, USIM, Nilai. Malaysia.

Siti Nubailah Mohd Yusofa , NurHidayah Abd Hamida & Nurhafizah Mohd Sukor
(2017). Investigating the Needs to Develop an Integrated Holistic Marriage
Education Module (IHMEM). International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences 2017, Vol. 7, Special Issue – Islam and
Contemporary Issues) ISSN: 2222-6990.

Sonia Khodabakhsh & Yong Le Ong (2021). Impact of Partner Phubbing on Marital
Quality among Married Couples in Malaysia: Moderating Effects of Gender
and Age. Revista de Psicologia, Ciències de l’Eduació i de l’Esport ISSN:
1138-3194.

Suzana Mohd Hoesni,Jamiah Manap & Siti Marziah Zakaria. (2020). Kebimbangan
berkomunikasi dengan pasangan dan kepuasan perkahwinan dalam kalangan

138

individu melayu yang berkahwin di Lembah Klang, Malaysia. Jurnal
Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 218- 226 ISSN-2289-8174.
Suzana Mohd Hoesni, Jamiah Manap & Ezarina Zakaria. (2017). Positive
communication among married urban malays in Lembah Klang. Journal of
Social Science and Humanities. Special Issue 3 (2017): 004 ISSN: 1823-884x.
Tam Cai Lian, Lim Siew Geok (2008). A Study Of Marital Conflict On Measures Of
Social Support And Mental Health. Sunway Academic Journal 5.
Thomas N. Bradbury, Frank D. Fincham & Steven R. H. Beach (2000). Research on
The Nature and Determinants of Marital Satisfaction: A Decade In Review.
Journal of Marriage and The Family 62 (November 2000): 964–980.
Yunchao Cai, Selamah Abdullah Yusof, Ruzita Mohd Amin & Mohd Nahar Mohd
(2020). The association between household debt and marriage satisfaction in
the context of urban household in Klang Valley, Malaysia. Journal of
Emerging Economies & Islamic Research 8(1) 2020, 12 – 22.
Zaini Yusnita Mat Jusoh, Zanariah Dimon & Sharifah Hana Abd Rahman. (2021).
Kesalahan gangguan orang ketiga dalam perkahwinan: cabaran dan isu-isu
penguatkuasaan. Journal of Muwafaqat Vol. 4, No. 1, 2021, pp. 14-28.
Zainab Ismail,Wan Ibrahim Wan Ahmad, Salasiah Hanin Hamjah, Norazman Amat,
Fadilah Mohamed, Che Rozita Che Abd Rahman, Rosmawati Mohamad Rasit,
Muhamad Faisal Ashaari, Zulkifli Aini, Che Maryam Ahmad, Mahnessa A.
Kadir & Hielda Noviyanti. (2020). Fungsi intervensi kaunseling syarie
terhadap pasangan bermasalah dalam perkahwinan. Journal of Syarie
Counseling 2(1)2020, 1-13 e-ISSN 2710-7272

139

Kajian Kes: Menggalakkan Murid Tingkatan 3 Belajar Bersungguh -
Sungguh Kerana Allah dalam Intervensi Psikometrik Minat Kerjaya

dan Kematangan Kerjaya

MOHD SYUKRI BIN KAMIS

*Mohd Syukri bin Kamis, KB, PA, SPT, PLF, Persatuan Kaunseling Syar`ie Malaysia
(PAKSI, Kaunselor Sukarelawan KSKCare JAKIM, Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) Sik, emel: [email protected].

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menggalakkan para pelajar di sebuah sekolah belajar
bersungguh - sungguh kerana Allah SWT. Seramai 400 murid tingkatan 3 terlibat
dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan apabila maklumbalas awal diterima daripada
para pelajar bahawa mereka tidak perlu belajar bersungguh – sungguh kerana mereka
tidak pandai, tidak memahami perkara yang dipelajari di dalam kelas, malas, keluarga
susah, ramai lepasan siswazah menganggur ataupun tidak mendapat pekerjaan yang
diingini serta dibebani dengan hutang menyambung pengajian iaitu hutang PTPTN.
Perancangan tindakan difokuskan kepada menunjukkan bahawa perintah menuntut
ilmu dengan bersungguh - sungguh adalah perintah Allah SWT, kewajipan belajar
sepanjang hayat atau menambahkan ilmu adalah perintah Allah SWT, perbandingan
orang yang berilmu dengan orang yang jahil di sisi Allah SWT dan kesan niat yang
betul ketika menuntut ilmu dalam kehidupan. Keputusan menunjukkan bahawa 100
peratus pelajar berusaha meneruskan pengajian sehingga SPM atau sijil kemahiran
kerana menyedari kepentingan ilmu dalam kehidupan walaupun mendapat keputusan
pencapaian rendah dalam peperiksaan PT3 dan PBS tingkatan 3.

PENGENALAN

Menuntut ilmu sepanjang hayat adalah suatu tuntutan Allah SWT kepada semua
manusia khususnya lagi ke atas orang Islam. Ini kerana, hanya dengan ilmu, seseorang
manusia akan mengenali Tuhannya, dirinya, tujuan kejadiannya, amanah yang
dipikulnya, cara melaksanakan tanggungjawabnya dan menguruskan kehidupan
dengan efktif seterusnya mencapai ketenangan dalam kehidupan. Namun, apabila
proses pembelajaran bersungguh -sungguh, menyambung peringkat tinggi atau
sepanjang hayat hanya dikaitkan semata – mata dengan tujuan pekerjaan dan
pengumpulan kekayaan, akhirnya, ianya menjadi terbantut dan dipandang sepi oleh
manusia yang dapat melakukan pelbagai pekerjaan dan mengumpulkan kekayaan
tanpa perlu belajar bersungguh-sungguh, menyambung pengajian peringkat tinggi atau
sepanjang hayat. Salah faham terhadap konsep asal pembelajaran peringkat tinggi atau
sepanjang hayat ini menghasilkan natijah yang negatif. Justeru itu, kajian ini
dilakukan bagi melihat hasil ke atas murid apabila konsep belajar bersungguh –

140

sungguh, menyambung pengajian peringkat tinggi atau pembelajaran sepanjang hayat
diperbetulkan kembali sejajar dengan kehendak Allah SWT.

ISU KEPRIHATINAN

Saya mengambil inisiatif menggubal modul untuk melaksanakan intervensi dan sesi
kaunseling ini apabila mendapati ramai murid yang mengatakan tidak perlu belajar
bersungguh – sungguh dan sambung belajar kerana beberapa sebab seperti berikut:

1. tidak pandai
2. tidak memahami perkara yang dipelajari di dalam kelas
3. keluarga susah
4. melihat ramai graduan menganggur
5. ibu bapa tidak beri kebenaran kerana perkara pertama
6. ibu bapa tidak beri kebenaran kerana isu kewangan
7. ibu bapa tidak beri kebenaran kerana isu pinjaman
8. rasa malas belajar

Ruang untuk melakukan intervensi dan sesi kaunseling ini ke atas semua
murid atau responden pula semakin terbuka luas apabila semua kaunselor sekolah
perlu melaksanakan ujian psikometrik Inventori Minat Kerjaya (tingkatan 1 dan
tingkatan 3) dan Inventori Kematangan Kerjaya (tingkatan 5) kepada semua murid
serta melakukan intervensi setelah murid selesai menjawab psikometrik berkenaan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

1. Menunjukkan kepada klien bahawa perintah menuntut ilmu dengan
bersungguh - sungguh adalah perintah Allah SWT.

2. Menyedarkan klien bahawa kewajipan belajar sepanjang hayat atau
menambahkan ilmu adalah perintah Allah SWT,

3. Membawa klien membuat perbandingan orang yang berilmu dengan orang
yang jahil di sisi Allah SWT.

4. Menyampaikan kepada klien kesan niat yang betul ketika menuntut ilmu
dalam kehidupan.

5. Klien dibawa menyedari hakikat kehidupan dan matlamat kejadian di dunia ini
oleh Allah s.w.t. sebagai hamba dan khalifah Allah.

6. Klien dibawa berbincang kesan perbuatan selepas mati nanti sama ada di alam
kubur, padang mahsyar dan selepas penghisaban.

7. Klien dibawa menilai perbezaan keadaan kematian orang yang bermujahadah
berbanding orang yang tidak bermujahadah untuk berubah.

141

Objektif Khusus

1. Klien dapat merancang kehidupan dengan positif.
2. Klien belajar dengan bersungguh – sungguh sehingga selesai menduduki

peperiksaan SPM.
3. Klien mencari jalan untuk sambung belajar selepas tamat PT3 dan SPM.
4. Klien menyambung pengajian selepas tamat SPM samada secara formal atau

tidak formal.
5. Klien menyambung pengajian selepas tamat SPM tanpa mengira bidang

pengajian samada akademik atau kemahiran.
6. Klien melakukan perkara yang bermanfaat dalam kehidupan selepas tamat

SPM atau pengajian formal.

ANALISIS PENDEKATAN TEORI

Pengkaji menggunakan pendekatan Kaunseling Islam dalam kajian ini bagi membantu
klien melakukan proses muhasabah, mujahadatun nafs dan membina kekuatan diri
bagi melakukan perubahan diri secara syumul merangkumi aspek rohani, intelek,
sosial, jasmani dan emosi. Ini kerana pendekatan Kaunseling Islam sesuai dengan
fitrah kejadian diri manusia dan ianya merupakan wahyu daripada Allah s.w.t.. Apatah
lagi, sunnah Nabi s.a.w. adalah model daripada Allah s.w.t. kepada manusia dalam
bentuk kejadian manusia itu sendiri yang menunjukkan bahawa Islam adalah realistik
untuk diamalkan oleh semua manusia tanpa mengira bangsa, bahasa dan geografi.
Pendekatan ini juga sudah menyatakan secara jelas untuk rujukan dan pegangan
semua ahli kelompok tentang dalil – dalil kewajipan menuntut ilmu dengan
bersungguh – sungguh, belajar sepanjang hayat dan dalil – dalil tentang
tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tingkatan 3 sebuah sekolah menengah kawasan pedalaman di salah
sebuah daerah dalam negeri Kedah.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai batasannya yang tertentu iaitu:

1. Murid tingkatan 3 sebuah sekolah menengah kawasan pedalaman di salah
sebuah daerah dalam negeri Kedah.

2. Ianya hanya dilaksanakan ke atas 400 orang murid yang mengikuti sesi
kaunseling kelompok iaitu 100 orang calon PT3 2016, 100 orang calon PT3
2017, 100 orang calon PT3 2018 dan 100 calon PT3 2019.

3. Keputusan yang dibuat oleh murid tertakluk kepada kebebasan memilih yang
diberi oleh waris untuk menyambung pengajian dan kerjaya.

4. Bahan rujukan perancangan hidup yang terhad.

142

5. Kandungan bahan pendidikan lanjutan dan maklumat kerjaya berubah dari
masa ke masa.

PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Masalah

Pengakuan Pelajar

Temubual
Temubual dilakukan dengan para murid semasa program motivasi yang dilakukan
semasa minggu kedua persekolahan dibuka dan juga apabila para murid bertanya pada
waktu senggang mereka. Semasa slot motivasi terdapat murid – murid yang
memberikan maklumbalas bahawa mereka tidak mahu sambung belajar atau tidak
diberikan kebenaran atau tidak digalakkan menyambung pengajian oleh waris mereka
kerana beberapa sebab seperti:

1. mereka tidak pandai
2. tidak memahami perkara yang dipelajari di dalam kelas
3. keluarga susah
4. mereka melihat ramai graduan menganggur
5. ibu bapa tidak beri kebenaran kerana melihat ramai graduan menganggur
6. ibu bapa tidak beri kebenaran kerana isu kewangan
7. ibu bapa tidak beri kebenaran kerana isu pinjaman
8. rasa malas belajar

Maklumbalas Guru

Temubual
Maklumat yang diperolehi daripada temubual dengan para guru berlaku apabila para
guru datang berbincang tentang situasi murid mereka di dalam kelas atau kes yang
dilakukan oleh murid mereka atau pendekatan yang boleh dilakukan bagi
meningkatkan proses PDPC mereka untuk keseluruhan kelas atau murid tertentu di
dalam kelas mereka. Para guru turut menjelaskan bahawa murid mereka menyatakan
tidak perlu menyambung pengajian kerana perkara yang sama. Maklumbalas ini
diberikan oleh guru kelas dan juga guru mata pelajaran yang datang berbual dengan
kaunselor.

Analisis Setelah Tindakan Dilaksanakan

Pengakuan Pelajar

Temubual
Maklumbalas yang diberikan oleh murid semasa di akhir sesi kaunseling kelompok
untuk menyambung pengajian selepas PT3 dan SPM.

143

Maklumbalas borang penilaian

Maklumbalas yang diberikan oleh murid di dalam borang penilaian seperti:

1. Belajar bersungguh – sungguh
2. untuk menyambung pengajian selepas tamat PT3 dan SPM
3. senarai tindakan yang akan dilakukan selepas tamat sesi untuk meningkatkan prestasi

pelajaran
4. hasil kerja perancangan pendidikan, kerjaya dan kehidupan

Pengisian borang ke Kolej Vokasional

Para murid juga mengisi borang Kolej Vokasional untuk menyambung pengajian
sama ada di bidang akademik atau bidang kemahiran.

Pengisian borang sambung belajar secara manual

Murid berpencapaian akademik lemah mengambil inisiatif mengisi borang untuk diisi
secara manual bagi menyambung pengajian dalam bidang kemahiran selepas tamat
PT3 atau membuat rayuan ke Kolej Vokasional atau Pusat Giat MARA.

Maklumbalas Guru

Masa temubual
Para guru kelas dan guru mata pelajaran telah menyatakan bahawa para murid sudah
memberikan maklumbalas positif untuk menyambung pengajian selepas tamat PT3
walaupun melalui bidang kemahiran di Pusat Giat MARA.

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Langkah – Langkah Sebelum Sesi Kaunseling Dilaksanakan

Kaunselor terlebih dahulu melakukan proses penyediaan bahan yang merupakan
bahan rujukan dan tugasan kepada ahli kelompok semasa sesi kaunseling dilakanakan
seperti:
1. syarat menyambung pengajian ke Kolej Vokasional
2. syarat sambung belajar selepas SPM
3. syarat kerja JPA
4. takaful dan sebagainya
5. borang markah merit
6. borang perancangan hidup dan contoh perancangan hidup
7. borang penilaian sesi (skala likert dan esei)

Seterusnya bahan – bahan berkenaan disusun dengan teratur agar mudah
dirujuk dan disusun mengikut langkah perbincangan topik slot sesi kaunseling.
Borang penilaian sesi juga disediakan untuk diisi selepas selesai sesi akhir kaunseling
kelompok.

144

Kaunselor turut mendapatkan senarai nama murid dan melakukan proses
pemecahan kelompok pelajar dengan memastikan setiap kelompok terdiri daripada
murid pelbagai kelas agar perkongsian ilmu di dalam kelompok menjadi lebih luas,
pelbagai dan wujud saling bantu antara ahli kelompok.

Aktiviti di dalam Sesi Kaunseling

Membaca/Mencari Bahan Rujukan

Membaca bahan yang diberikan atau dicari berkaitan pendidikan tinggi, kerjaya dan
kehidupan.
1. Syarat menyambung pengajian ke Kolej Vokasional / Pusat Giat MARA
2. Syarat menyambung pendidikan tinggi peringkat diploma
3. Syarat menyambung pendidikan tinggi peringkat sarjana muda
4. Syarat menyambung pendidikan tinggi peringkat sijil kemahiran
5. Syarat memohon pekerjaan berdasarkan SPA dan lain – lain
6. Pembinaan keluarga
7. Pengurusan kewangan dan aset seperti simpanan, pelaburan, zakat, waqaf,

sedekah, saham, aset tetap dan aset sementara
8. Pengurusan ibadah fardhu seperti haji, umrah, zakat
9. Pengurusan kecemasan seperti takaful, khairat kematian
10. Penglibatan aktiviti kemasyarakatan atau badan bukan kerajaan

Menulis Perancangan Pendidikan Lanjutan, Kerjaya dan Kehidupan

Ahli kelompok dikehendaki menulis perancangan pendidikan lanjutan, kerjaya dan
kehidupan mereka dengan dibantu bahan rujukan yang disediakan atau pengetahuan
sedia ada mereka. Perancangan boleh ditulis secara berbentuk isi penting sahaja atau
dalam bentuk esei.

Menulis Strategi untuk Mencapai Perancangan Pendidikan Lanjutan, Kerjaya
dan Kehidupan

Setiap klien dikehendaki menulis strategi secara holistik untuk mencapai perancangan
pendidikan lanjutan, kerjaya dan kehidupan. Mereka dikehendaki menulis jadual rutin
harian bermula dari bangunan tidur sehingga tidur kembali. Contohnya
memperincikan masa bangun tidur dan disesuaikan dengan tuntutan dalam Islam,
jumlah jam belajar seharian, susunan waktu belajar, jadual pada hari persekolahan dan
hari cuti, jadual menolong ibu bapa dalam kehidupan harian, waktu untuk membaca
AL-Qur`an, senarai ibadah sunat yang dilakukan, waktu riadhah dan sebagainya lagi
sehinggalah waktu tidur dan jumlah jam tidur.

Pembentangan

Setiap ahli juga dikehendaki membentang perancangan masing – masing di dalam
kelompok untuk dijadikan panduan, rujukan, perbincangan dan juga dimurnikan
seandainya perlu.

145

PROSES PELAKSANAAN KAUNSELING KELOMPOK

Slot 1 (RAPO)

Slot ini diisi dengan sesi rapo atau taaruf dilaksanakan agar setiap ahli kelompok
saling mengenali antara satu sama lain. Semasa slot rapo, para ahli kelompok diminta
untuk menyatakan maklumat berikut:

1. Latarbelakang diri, ibu bapa, adik – beradik (pendidikan dan kerjaya)
2. Hobi
3. Cita – cita
4. Keadaan pelajaran – keputusan peperiksaan, matapelajaran diminati
5. Hubungan dengan ibubapa dan guru
6. Kaunselor menyatakan tujuan sesi

Slot 2 (Niat)

Setelah selesai sesi suai kenal, para ahli kelompok seterusnya dibawa untuk menilai
kembali dan memperbetulkan niat masing – masing dalam menuntut ilmu. Para klien
dibawa berbincang;

1. Muhasabah diri - menilai keperluan sebenar untuk berubah atau atas faktor apa
dirinya hendak berubah.

2. Mengetahui dan menyedari dengan jelas sebab diri perlu berubah dan kesannya
ke atas diri dari aspek rohani, emosi, intelek, sosial dan jamani.

3. Setelah itu, bawa klien untuk memperbetulkan niatnya untuk berubah.
4. Niat klien diperbetulkan agar mencari keredhoan dan keberkatan di sisi Allah

kerana ianya adalah teras keimanan dan kehidupan.
5. Klien disedarkan bahawa niat perlu diperbetulkan kerana ianya penentu sama ada

usaha yang dilakukan akan berterusan (istiqomah), berkekalan, mampu dilakukan
walaupun perit, mampu dilakukan walaupun tiada sokongan luaran, mampu
dilakukan walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan akhirnya diterima oleh
Allah serta seandainya mati ketika melakukan proses berkenaan dianggap sebagai
mati syahid.

Slot 3 (Pendidikan Lanjutan)

Klien seterusnya diminta untuk melakukan beberapa perkara berikut di dalam slot
ketiga, iaitu:

1. Mengisi borang meritokrasi.
Selesai mengisi borang meritokrasi, klien dibawa berbincang tentang kekuatan
dan kelemahan dalam pelajaran masing – masing serta fokus dan strategi yang
perlu dilakukan untuk meningkatkan markah merit masing – masing samada
aspek pencapaian akademik dan kokurikulum.

2. Bahan tentang syarat menyambung pengajian di peringkat tinggi samada
kemahiran atau akademik.

146

Ianya disusuli dengan para ahli kelompok diberikan dan dikehendaki membaca
bahan yang diberikan/dicari berkaitan penddikan tinggi, kerjaya dan kehidupan.
Sebelum sesi pembacaan bahan dan pencarian maklumat yang dikehendaki dilakukan,
ahli kelompok diberikan arahan agar mengenalpasti dan menyenaraikan perkara
berikut daripada bahan yang dibaca. Perkara itu adalah:

i. Pilih 4 pilihan di Kolej Vokasional atau Pusat Giat MARA
ii. Pilih 8 pilihan pendidikan tinggi peringkat diploma
iii. Pilih 12 pilihan pendidikan tinggi peringkat sarjana muda
iv. Pilih 5 pilihan pendidikan tinggi peringkat sijil kemahiran

Slot 4 (Pendidikan Kerjaya)

Aktiviti kaunseling kelompok diteruskan dengan perkara berikut apabila ahli selesai
menyenaraikan bidang pilihan pengajian.

1. Klien diberikan bahan tentang kerjaya dalam SPA dan syarat-syaratnya serta
tangga gajinya daripada lepasan PT3/PMR hinggalah Sarjana Muda.
Kemudian, mereka dikehendaki membaca, mencari, memilih dan
menyenaraikan 5 pilihan pekerjaan yang mereka kehendaki berserta maklumat
lengkapnya.

2. Perbandingan antara bidang pengajian dengan syarat kerjaya. Setelah selesai,
klien dikehendaki membuat perbandingan sama ada terdapat keserasian atau
pertentangan antara bidang pengajian dengan kerjaya yang dipilih. Mereka
juga dminta membuat kesimpulan tentang syarat-syarat dalam sesuatu kerjaya
secara keseluruhannya.

3. Kemudian, semua ahli kelompok diminta untuk menyenaraikan strategi untuk
mencapai sasaran dalam peperiksaan SPM agar dapat melanjutkan pengajian
dalam bidang yang diingini dan seterusnya menceburi kerjaya tertentu bagi
menunaikan tanggungjawab kehambaan dan kekhalifahan di sisi Allah SWT.

Slot 5 (Muhasabah)

Sesi diteruskan dengan perbincangan beberapa perkara bagi menggalakkan dan
meningkatkan semangat murid untuk menyambung pengajian selepas tamat SPM.
Antara perkara yang dbincangkan adalah:

1. Tujuan belajar dan perintah Allah tentang menuntut ilmu di sisi Allah SWT.
2. Tujuan kerja dan perintah Allah tentang kerjaya di sisi Allah SWT.
3. Punca pengangguran.
4. Perbezaan orang berilmu dengan orang jahil.
5. Perbezaan ilmu dipelajari di sekolah dengan di IPT walaupun cuma Sijil

Kemahiran Tahap 1.
6. Perbezaan ilmu dipelajari di Sekolah atau Kolej Vokasional atau Pusat Giat

MARA berbanding berhenti belajar semasa umur 16 tahun atau 18 tahun.
7. Bincang sumber kewangan sambung belajar dan pinjaman, hukum dan kesa

serta alternatif yang ada.
8. Bincang tentang menuntut ilmu dan kerjaya sebagai tanggungjawab kekhalifahan

tanpa terlalu memilih kerjaya atau ‘demand’

147

Slot 6 (Perancangan Hidup)

Setelah klien mencapai celik jiwa tentang kedudukan belajar dan kerjaya di sisi Allah
SWT, klien seterusnya dibawa melakukan aktiviti berikut:

1. Penerokaan bahan berkaitan kehidupan seperti takaful, saham, umrah, haji,
pembinaan aset, perancangan keluarga hingga perancangan mati.

2. Perbincangan konsep keberkatan dan kesan dalam kehidupan.
3. Perbincangan perbandingan orang malas atau jahil yang kaya dengan orang rajin

atau berilmu yang miskin.
4. Perbincangan perbandingan orang yang belajar atau bekerja kerana dunia

dengan yang belajar atau bekerja kerana Allah.
5. Pilih 3 pilihan dalam kehidupan. Klien seterusnya menyediakan perancangan

kehidupan mereka secara lengkap dengan menggabungkan dapatan slot 3
(perancangan pendidikan lanjutan) dan slot 4 (perancangan kerjaya) berserta
dengan perancangan kehidupan yang merangkumi aspek ibadah fardhu dan
sunat, pembinaan keluarga, pembinaan ekonomi, hubungan sosial
kemasyarakatan, perancangan kecemasan, perancangan di kala usia emas dan
kehidupan selepas kematian.

Slot 7 (Penutup)

Slot akhir, setiap ahli kelompok akan melakukan beberapa perkara berikut, iaitu:

1. Pembentangan pendidikan tinggi dan rancangan hidup serta matlamat hidup.
Pembentangan mereka juga akan dibincangkan sama ada dari aspek kesesuaian,
ketepatan dan pemurnian yang perlu dilakukan.

2. Kesimpulan daripada sesi bermula slot pertama sehingga slot akhir.
3. Isi borang penilaian. Klien dikehendaki mengisi borang penilaian yang

mempunyai bahagian skala likert, jawapan pendek dan esei bagi menilai
keberkesanan sesi dan dapatan yang diperolehi klien berdasarkan objektif sesi
dan pandangan klien sendiri merangkumi aspek rohani, intelek, sosial, jasmani
dan emosi.

Soalan –Soalan Semasa Sesi Kaunseling

Beberapa soalan yang dikemukakan semasa perbincangan dalam sesi kaunseling
berkenaan adalah seperti berikut:

1. Apa niat sebenar kamu ingin berubah? Apakah niat yang akan menjadikan tindakan
kamu ini sebagai satu ibadah atau diterima oleh Allah?

2. Kerana apa kita perlu belajar? Sebenarnya, siapa yang suruh kita belajar
bersungguh –sungguh? Jika kita belajar bersunggh – sungguh, apa yang kita akan
dapat? Walaupun kita gagal dalam peperiksaan setelah berusaha bersungguh-
sungguh, sebenarnya kita gagal atau berjaya di sisi Allah SWT?

3. Apa ganjaran Allah SWT kepada orang yang belajar bersungguh –sungguh kerana
Allah SWT?

4. Seandainya kita belajar bersungguh-sungguh dengan menjaga segala adab
menuntut ilmu dan berguru, tiba-tiba kita mati. Mati kita itu dikira mati apa?

148

5. Apa ganjaran kepada orang yang mati syahid? Kamu nak mati syahid? Untung
ke orang yang mati syahid? Jadi, untungkan orang yang mati ketika sedang
belajar bersungguh- sungguh?

6. Apa tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah Allah SWT? Bagaimana
kita nak memakmurkan muka bumi Allah SWT? Apa pekerjaan yang Allah
SWT redhoi? Jadi, walaupun kita belajar bersungguh – sungguh, adakah kita
mesti bekerja dalam bidang yang kita belajar?

7. Apa sebenarnya yang Allah SWT nilai? Kamu nak cari penilaian manusia atau
penilaian Allah SWT? Mana lebih berharga, penilaian manusia atau penilaian
Allah SWT?

8. Apa beza orang yang jahil dengan orang yang berilmu? Walaupun kamu miskin,
tetapi berilmu dibandingkan dengan orang kaya yang jahil, siapa yang Allah
SWT sayang? Kenapa Allah SWT sayang? Jadi, kamu nak Allah sayang kamu?
Siapa yang sayang orang yang jahil? Jadi, adakah kamu nak jadi sahabat kepada
syaitan? Kalau tidak mahu jadi sahabat syaitan, apa yang perlu kamu lakukan
mulai sekarang?

9. Apa cara untuk menghilangkan sifat malas? Sifat malas datangnya daripada
siapa? Siapa yang boleh tolong kita lawan atau buang sifat malas? Jadi, kena
minta tolong pada siapa? Apa yang kita kena buat supaya Allah SWT tolong kita
untuk melawan sifat malas?

10. Kenapa ramai siswazah menganggur? Allah suka atau murka kepada orang yang
menganggur? Jadi, kamu nak jadi yang mana? Allah pandang pada pekerjaan
yang hebat atau pekerjaan yang berkat? Apa beza pekerjaan yang berkat dan
sebaliknya?

11. Berbanding orang yang kerja biasa-biasa walaupun berkelulusan tinggi dengan
orang yang menganggur kerana memilih kerja, siapa yang Allah sayang? Jadi,
sebenarnya kita belajar untuk apa? Adakah Allah memandang kepada pekerjaan
dan gaji yang ada? @ Allah memandang kepada usaha kita? Maknanya di sini
apa?

12. Pangkat dan kekayaan dunia ini adalah rezeki yang Allah bagi kepada
sebilangan orang. Sebilangan orang lagi, Allah bagi di akhirat. Jadi, di situ apa
yang Allah swt nak bagitau pada kita? Kesimpulannya, yang penting dalam hal
ini apa dia?

13. Apa yang kamu dapat perhatikan dalam syarat kelulusan kerjaya di bawah SPA?
Adakah semua kerjaya mesti memiliki kelulusan yang sama dengan bidang
perjawatan dipohon? Apa maknanya di situ?

14. Jika diperhatikan, hanya kerjaya professional berlesen sahaja yang memerlukan
kelulusan pengajian bidang yang sama dengan kerjaya dipohon. Selebihnya
adalah tidak. Jadi, adakah perlu untuk kamu terlalu memilih bidang pengajian
dan kerjaya? Apa yang penting di sini?

15. Siapa yang lebih mudah ditipu? Orang berilmu atau jahil? Supaya berilmu, apa
yang kamu perlu lakukan?

16. Apa beza ibu bapa berilmu walaupun kerjaya biasa – biasa ataupun cuma
menjadi suri rumah berbanding dengan ibubapa yang jahil?

17. Allah SWT suruh kita rancang kehidupan kita bagaimana? Dengan ilmu atau
tanpa ilmu? Bila kita belajar di peringkat tinggi, ilmu apa lagi yang boleh kita
pelajar?

18. Ada perbezaan ilmu atau tidak antara orang yang cuma belajar sehingga
peringkat SPM dengan orang yang belajar di peringkat lebih tinggi samada di

149

pusat kemahiran, univerisiti atau pondok atau belajar secara berterusan di
masjid/surau? Maka, siapa yang lebih beruntung dalam kehidupan dunia dan
akhiratnya?
19. Apa kesan kita jahil di dunia dan di akhirat? Jadi, adakah itu yang kita
mahukan? Kalau tidak mahu, apa yang kita kena lakukan? Siapa yang dapat
merancang kehidupan dengan baik? Orang jahil atau berilmu? Kesimpulanya,
untuk berjaya dunia dan akhirat, kita kena ada apa? Kita kena buat apa?

Ianya dikemukakan berdasarkan kepada keadaan klien dan maklumbalas klien
daripada masa ke masa semasa sesi kaunseling berlangsung.

REFLEKSI KAJIAN

Daripada sesi kaunseling yang telah dilaksanakan, dapatan menunjukkan bahawa:

1. 100% murid menyambung belajar selepas tamat PT3 sama ada di sekolah
sedia ada atau kemahiran di Kolej Vokasional atau Pusat Giat MARA.

2. Murid berusaha belajar bersungguh -sungguh setelah mendapat keputusan PT3
atau ketika di tingkatan 4.

3. 95% pelajar mengisi borang untuk sambung belajar selepas tamat PT3 dalam
bidang kemahiran di Kolej Vokasional dan Pusat Giat MARA.

IMPLIKASI KEPADA PROFESION

Alhamdulillah, kejayaan klien melakukan perubahan dalam kehidupannya membantu
kaunselor untuk menggunakan pendekatan yang sama kepada kes yang sama. Ianya
juga mendorong kaunselor untuk menyebar luaskan pendekatan ini kepada kaunselor
lain dan orang ramai serta memudahkan kaunselor untuk menjadikannya sebagai
contoh teladan bahawa dengan kembali kepada pendekatan yang sesuai dengan fitrah
manusia iaitu kaunseling Islam, maka manusia akan lebih mudah mendekatkan diri
kepada Allah dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah.

CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Dicadangkan agar kajian ini dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua calon
SPM dan juga meliputi pelbagai peringkat umur bermula dari tingkatan satu agar tiada
murid yang berhenti persekolahan selepas tingkatan tiga.

KESIMPULAN

Klien yang mengalami situasi tidak mahu belajar peringkat tinggi boleh dibantu
apatah lagi seandainya klien datang secara sukarela. Intervensi awal sebelum merujuk
klien (seandainya perlu dirujuk) menggunakan logik akal yang berpandukan agama
atau ilmu mantik dapat menimbulkan kesedaran kepada klien. Tindakan kaunselor
mengadakan sesi kaunseling dalam bentuk tenang (tidak mengasak/memaksa klien),
temu bual santai, menerima klien seadanya/tidak menghukum klien, berusaha
memahami keadaan yang sedang dialami oleh klien, berusaha mengenalpasti punca
klien menjadi begitu akan membantu klien melihat sama ada kefahaman dirinya betul

150

atau salah. Ini seterusnya membantu klien menilai kesahihan pengetahuan yang
diperolehi oleh dirinya. Kesimpulannya, dengan menggunakan pendekatan kaunseling
Islam, klien dapat membina kekuatan dalamannya bagi memantapkan keazamannya
untuk berubah bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

Aziz Salleh (1996) Kaunseling Islam Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd, Kuala Lumpur

Fariza Md. Sham et. al. (2006). Dakwah dan Kaunseling di Malaysia.UKM. Bangi
Hairunnaja Najmuddin (2007). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya.

PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Hanina H. H. dan Mastura M. (2010). Belia Berisiko; Profil, Faktor Penyebab &

Intervensi. Institut Penyelidikan Belia Malaysia, Putrajaya.
Haron Din (1985). Manusia dan Islam. Hizbi Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor
Haslinda Abdullah et. al. (2009). Belia dan Pembangunan Modal Insan. Penerbit

UPM, Serdang.
Kamal Abdul Manaf (1996). Manusia dan Personaliti Membentuk Insan yang

Sempurna. Utusan Publications & Dsitributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Kamal Abdul Manaf (2000). Kaunseling Islam Satu Alternatif Baru di Malaysia.

Utusan Publications & Dsitributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Kamaruzzaman Jalaludin (2006). Proses Kelompok Teori Kaunseling Bina Jiwa.

Rasaling Press Sdn. Bhd., Perlis.
Kamaruzzaman Jalaludin (2006). Teori Kaunseling Bina Jiwa; Falsafah dan Orientasi

Klinikal. Kangar, Perlis
Kamaruzzaman Jalaludin (2014). Kaunseling Berasaskan Al-Qur`an dan Sunnah,

Suatu Kewajipan kepada Semua Kaunselor untuk mengamalkannya.
Pembentangan ucaptama dalam Persidangan Psikologi dan Kaunseling Islam
Malaysia 2014.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et. al. (2012). Kaunseling Dalam Islam.Edisi Kedua.
USIM. Nilai, Negeri Sembilan
Mohammad Shatar Sabran dan Samir MA (2010). Kemahiran Insaniah dan Masa
Depan Negara. ZH Publishing House, Kuala Lumpur.
Mohammad Shatar Sabran et. al. (2010). Pelajar Holistik; Kejayaan Pelajar holistic
berdasarkan 11 teras utama. Wavelenght Publishing, Kuala Lumpur
Mohammad Shatar Sabran et. al. (2012). 5C, Formula Kebolehpasaran Graduan Masa
Kini. Global Pres, Petaling Jaya.
Mohd Syukri Kamis (2010). Kaunseling Islam; Soalan – soalan untuk klien semasa
sesi kaunseling. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 18th APECA Biennal
Conference-Workshop, Pulau Pinang.
Mohd Syukri Kamis (2011). Islamic Counselling Practice: An Experience and Sharing
to Others. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 3rd Conference of The
International Association of Muslim Psychologists on Islamization and
Indegenization of Psychological Knowledge, Selangor.
Mohd Syukri Kamis (2013). “Ooo…Anak Sayang…Apakah maknanya bila Tuhan
menjelaskan…”. SMK Tunku Sulong, Kedah.
Mohd Syukri Kamis (2016). Modul Intervensi Psikometrik Pendidikan Lanjutan dan
Kerjaya Tingkatan 3. SMK Batu Lapan, Sik.


Click to View FlipBook Version