JUADAH MINDA JKE 2020
‘Empowering Technology Towards IR4.0’
Diterbitkan Oleh:
POLITEKNIK PORT DICKSON
KM14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan.
Tel: 06-662 2000 / 2111
Fax: 06-662 2026 / 2027
HAK CIPTA
© Politeknik Port Dickson
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar
dalam apa jua bentuk dengan apa cara jua sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah
Politeknik Port Dickson.
JUADAH MINDA JKE 2020
‘Empowering Technology Towards IR4.0’
ISBN: 978-967-2246-58-9
Diterbitkan Oleh:
Politeknik Port Dickson
Km14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan.
06-662 2000 / 2111
06-662 2026 / 2027
www.polipd.edu.my
Dicetak oleh:
UH Trading Sdn. Bhd
No. 36, Jln TU 42, Taman Tasik Utama,
Hang Tuah Jaya, MITC,
Ayer Keroh, Melaka
75450 Malaysia
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
SIDANG REDAKSI
Penaung
Tn. Mohamad Isa Bin Zahari
Penasihat 1
Dr. Nor Haniza Binti Mohamad
Penasihat 2
Munirah Binti Md Nujid
Penyelaras COT JKE
Zainab Binti Musri
Pengerusi
Rozanita Binti Baharudin
Timbalan Pengerusi
Elyani Binti Abu Bakar
Ketua Editor
Siti Zalina Binti Mokhtar
Editor
Muhaini Binti Muhammad
Norashida Binti Ismail
Fadilah Binti Mat Assain @ Hashim
Maizun Binti Jamil
ISBN/Percetakan/Edaran
Noremy Binti Che Azemi
Suhaida Binti Abdul Halim
Nin Hayati Binti Mohd Yusoff
Norhayati Binti Abdul Manaf
Merhayati Binti Sipon
Panel Pruf
Dr. Siti Rosminah Binti Md Derus
Dr. Mazlina Binti Mohd Tahir
Dr. Nur Zakiah Hani Binti Kamarolzaman
Pereka Grafik
Ahmad Fadiatuddin Bin Mat Tahir
Mohd Noralimi Bin Mohd Ali
Page
i
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
KATA ALUAN
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK PPD
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa kerana berjaya menerbitkan Juadah Minda JKE
2020 bertemakan Empowering Technology Towards IR4.0. Tanggungjawab sebagai
penyelidik dan pengetahuan tentang etika menjalankan penyelidikan perlu dititikberatkan
agar budaya penyelidikan dapat diperkasakan. Inisiatif ini dapat menghasilkan ciri
politeknik yang menggabungkan aspek produktiviti, kreativiti dan inovasi selari dengan
kehendak penghasilan modal insan yang diperlukan negara.
Sehubungan itu, penerbitan ini merupakan permulaan yang tepat dalam membantu dan
menyokong aktiviti penyelidikan dan inovasi yang dijalankan oleh pensyarah di jabatan ini.
Diharapkan garapan maklumat yang disajikan di dalam buku ini dapat memberikan input
yang amat berguna dalam pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang
tujahan bertunjangkan kekuatan setiap politeknik.
Akhir kata, saya amat berharap agar buku ini dapat digunakan sepenuhnya dalam
menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi. Terokailah ilmu penyelidikan yang terkini,
seterusnya jadikanlah penyelidikan di Politeknik Port Dickson sebagai satu loncatan ilmu
yang digunakan oleh generasi akan datang.
Page
ii
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
KANDUNGAN i
ii
Sidang Redaksi iii
Kata Aluan 1
Kandungan
10
1 Pandemik COVID-19 (2019-nCov), Norma Baharu Dalam
Pendidikan. 19
Nur Hidayah binti Moktar, Jumaliah binti Jahuri, Hasnida binti Saari
25
2 Keselamatan Siber Di Politeknik Port Dickson: Mudahkah Sistem
Talian Politeknik Port Dickson Digodam Dari Pihak Luar? 34
Ong Seng Keong
45
3 Impak Latihan & Sijil Kepakaran Gentian Optik Terhadap
Minat dan Penempatan Latihan Industri Pelajar 58
Erni Alina Hanim binti Abd Aziz, Mimi Suhana binti Abd Aziz, Munirah
binti Md Nujid 62
4 Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Bagi 69
Pembelajaran Berbentuk Kemahiran TVET: Suatu Tinjauan AwaL 79
Norhanani Abd Rahman, Noor Asilah Yaacob, Mohd Syahrizad Elias
5 Smart Energy Socket (Soket Tenaga Pintar)
Norlie Yuzzana Binti Ibrahim. Aqilah Husna Binti Abdul Halim, Ibnul
Asiff Bin Malek
6 Sistem IoT Pembuka Pintu Bagi Rumah Inap Desa Menggunakan
Kod QR
Muhaini binti Muhammad, Faezriyoshiwa bin Panjang, Badrul Raihan
bin Zainee
7 Stability Test on Energy Harvesting Nanocomposite Stress Driven
d33 Mode Generator Device: The Preliminary Study
Elyani Abu Bakar, Mohd Ambri Mohamed
8 Smart Gas Leakage System
Azrinawati bt Samaon, Barathgummar A/L Manimaran, Agihlan A/L
Krishnamurty
9 Papan Litar Kawalan 3Fasa-Motor Elektrik
Rahayu Binti Jonit, Mohd Zaini Bin Kemon
10 Sistem Pemantauan Dan Pengendalian Rumah Hijau Secara Masa
Nyata Berdasarkan IoT
Noremy Bt Che Azemi, Norashida Binti Ismail
Page
iii
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
11 Low Cost Smart Home System 94
Roselinda bt Samion, Mohd Hafiz bin Hassan, Karthega a/p Shanmugam 100
12 Smart Power Meter Socket 108
Amrah Binti Mat Safri, Nur Amira Natasha Binti Zairol, Norlaila Binti 119
Ismail
127
13 Pigeon Hole Alert System
Maizun Binti Jamil 138
146
14 Implementation of Variable Frequency Driver (VFD) for Induction 151
Motor Acceleration 167
Thiruchelve a/p Ramasamy, Mohd. Zaini Bin Kemon, Wong Kee Meng
174
15 Courier Safety Box 183
Siti Zalina Binti Mokhtar, Nursheda Binti Zainudin, Noor Hashima Binti
Harun 193
209
16 Encryption Challenges in Today’s Time
Rabindra A/L Gandhi Thangarajoo, Nurfarhanah Binti Omar
17 Plastik Biodegradasi
Azlina Binti Khairi, Nor Juhaliza Binti Nordin
18 Exploring Linux Operating System Using VMware
Rozanita Binti Baharudin
19 A Review: Constraints of Usage the Renewable Energy Technologies
at Rural Area
Nurul Huda bt Jamil, Nurzaimawani bt Hussin
20 Basics of Wired, Wireless Communication and E-waste Awareness
Karthega a/p Shanmugam, Roselinda bt Samion
21 Teknologi Ikatan Klip Komponen Separa Pengalir: Analisa Data
Kebarangkalian Punca Kecacatan Klip Terlucut
Mimi Suhana Abd Aziz
22 Visual Basic Programming: About Components
Fadilah Mat Assain@Hashim
23 Ledakan Revolusi Industri 4.0 Mempengaruhi Proses PdP Masa Kini
Suhaida binti Abdul Halim, Siti Rohani Binti Abu Bakar, Ahmad Fakrul
Zaman Bin Ariffin
Page
iv
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Pandemik COVID-19 (2019-nCov), Norma Baharu
Dalam Pendidikan
Nur Hidayah binti Moktar1, Jumaliah binti Jahuri2, Hasnida binti Saari 3
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
2Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
3Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
ABSTRAK
Pandemik COVID-19 sehingga ke hari ini terus menular di seluruh dunia. Sistem
pendidikan memainkan peranan yang besar dalam memastikan anak-anak bangsa terus
menguasai ilmu dalam apa jua keadaan sekalipun. Keadaan ini menyebabkan wujudnya
norma baharu dalam pendidikan bagi meneruskan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Para pendidik perlu mendapatkan strategik yang boleh menyebabkan ilmu terus disalurkan
kepada para pelajar. Pembelajaran alaf COVID- 19 seperti Microsoft Teams, big blue
button, cisco webex, telegram, google classroom, learning with zoom, whiteboard maya
akan terus digunakan dalam terus memberi ilmu pendidikan dan pelajar akan terus
menguasai ilmu yang diberi. Bagaimanapun aplikasi pembelajaran yang menjadi pilihan
ketika pandemik COVID-19 bagi pendidik di Malaysia adalah penggunaan platform
Google Classroom. Kelebihan platform Google Classroom adalah ianya terbuka kepada
umum, sangat mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Satu lagi aplikasi yang banyak
juga digunakan ketika berlakunya pandemik Covid-19 ini adalah Google Meet. Dalam
memastikan pembelajaran dan pembelajaran dapat terus dilaksanakan dalam keadaan yang
selesa dan selamat, langkah-langkah pencegahan perlu sentiasa dipatuhi oleh setiap
individu. Pematuhan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan juga dapat
membendung penularan pandemik Coronavirus (2019-nCov).
Katakunci : COVID-19, Pembelajaran, Pencegahan
1.0 PENDAHULUAN
Coronavirus(CoV) adalah sejenis virus yang mengakibatkan pelbagai penyakit dari
selesema hingga ke penyakit radang paru-paru yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan
SAR-CoV. Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum penah
ditemui oleh manusia dan ia pertama kalinya ditemui di China. Kes positif yang pertama
dikesan di Malaysia adalah pada 24 Januari 2020 yang merupakan lelaki berusia 41 tahun
yang mana dikesan menyebarkan jangkitan pertama dari manusia ke manusia pertama
coronavirus novel (2019-nCoV) yang berasal dari Wuhan di Malaysia (Geraldine Tong,
2020). Rajah 1 menunjukkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara dengan jumlah
kes tertinggi di dunia bagi data sehingga 21 Jun 2020 dengan jumlah kes jangkitan melebihi
2 juta orang. Merujuk kepada Rajah 2, Malaysia mempunyai jangkitan kes ke 4 tertinggi di
Page
1
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
ASEAN di mana untuk tempoh 150 hari bilangan jangkitan telah melonjak kepada 8572
kes.
Rajah 1. Negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia sehingga 21 Jun 2020
Rajah 2. Negara dengan kes tertinggi di ASEAN sehingga 21 Jun 2020
Pandemik Covid-19 pada ketika ini bukan sahaja memberi kesan pada sektor
kesihatan, sektor ekonomi, sektor pembinaan malahan juga telah menghentikan seketika
dan merubah sistem dan lanskap sistem pendidikan negara. Covid-19 telah menyebabkan
sistem pendidikan negara ditutup sepenuhnya untuk tempoh masa yang agak panjang
mengakibatkan para pendidik perlu mencari alternatif lain dalam terus menyampaikankan
ilmu kepada pelajar. Norma kelaziman baharu turut perlu dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Kualiti pendidikan bergantung sepenuhnya kepada daya usaha para
pendidik dengan mencari jalan keluar daripada kaedah yang telah sebati dengan kaedah
yang sesuai dengan norma kelaziman baharu ini. Pelbagai strategi mengikut kreativiti
Page
2
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
pendidik perlu dilaksanakan untuk meneruskan kemenjadian pelajar dalam halatuju masa
depan dalam pembangunan negara pada 2025. Para pendidik perlu melakukan anjakan
paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan teknologi maklumat yang terkini untuk terus
merealisasikan halatuju tersebut.
Pembelajaran dalam kelaziman baharu menyebabkan wujudnya pelbagai platform.
Para pendidik perlu lebih bersifat proaktif dengan membiasakan mengajar tanpa bersemuka
masa yang sama perlu mencari jalan supaya dapat menarik minat pelajar. Dengan itu
pelbagai teknologi untuk tujuan pendidikan perlu dipelajari dan digunakan. Pembelajaran
alaf covid 19 seperti Microsoft Teams, big blue button, cisco webex, telegram, google
classroom, learning with zoom, whiteboard maya akan terus digunakan dalam terus
memberi ilmu pendidikan dan pelajar akan terus menguasai ilmu yang diberi.
Bagaimanapun penggunaan e-learning sangat bergantung kepada capaian internet di
sesuatu kawasan. Bagi kawasan capaian internet yang rendah dan kurang stabil sangat
digalakkan menggunakan pembelajaran tidak segerak seperti Google Classroom dan
Edmodo manakala kawasan yang capaian internetnya adalah stabil digalakkan
menggunakan e-pembelajaran seperti Webex, Google Meet, Zoom.
2.0 APLIKASI PEMBELAJARAN KETIKA PANDEMIK COVID-19
Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan pembelajaran dan pengajaran
secara konvensional tertangguh. Keadaan ini telah memberikan cabaran baharu kepada para
pendidik kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang mana mereka
perlu meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
Google Classroom adalah aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Google untuk
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara dalam talian. Melalui
Google Classroom, pengajar boleh menghantar pengumuman, berkongsi bahan
pembelajaran, memberi tugasan serta menggred tugasan yang diberi kepada pelajar.
Menurut laporan satu portal berita, Malaysia tersenarai di tangga pertama di dunia
bagi carian frasa ’Google Classroom’ bagi tempoh Mac 2020 sehingga Jun 2020
(Norhidayah Hairom, 2020). Ini membuktikan terdapat usaha yang tinggi di kalangan para
pendidik di Malaysia untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan
walaupun ketika tempoh krisis wabak koronavirus (Covid-19).
Page
3
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rajah 3. Statistik Carian Frasa ‘Google Classroom’
Kelebihan platform Google Classroom adalah ianya terbuka kepada umum, sangat
mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Perisian ini boleh diakses menerusi pelayar web
dan aplikasi pintar pada Chrome OS, iOS serta Android dengan syarat pengguna perlu
memiliki akaun Google untuk mengakses perkhidmatan ini.
Sebuah aplikasi persidangan video yang diasaskan oleh Eric Yuan, Zoom mula
dikenali ketika bermulanya pandemik Covid-19. Seperti mana Google Classroom, aplikasi
ini juga sangat mudah digunakan dan boleh diakses pada mana-mana peranti seperti
komputer riba, komputer meja, iPAD, iPhone mahupun peranti Android. Apa yang perlu
dilakukan oleh pengguna adalah mereka hanya perlu memuat turun dan memasangnya.
Untuk menyertai sebarang persidangan menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu
klik pada pautan Zoom dalam jemputan. Aplikasi ini juga agak menyeronokkan kerana
pengguna boleh menambah latar belakang yang menarik seperti berada di luar negara atau
berada di pantai. Selain menyediakan perkongsian skrin dan ruang Chat, aplikasi
berasaskan panggilan video ini juga menawarkan tempoh masa percuma yang lama iaitu
selama 40 minit dengan paparan kualiti strim yang baik serta boleh disertai sehingga 100
orang dalam 1 masa yang sama.
Walaubagaimanapun, Zoom telah berhadapan dengan isu keselamatan siber yang
menyebabkan akaun bank beberapa pengguna telah dicerobohi. Susulan kes ini, pihak
Cybersecurity Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Penggunaan
Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian. Pihak kerajaan Malaysia juga telah
Page
4
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan aplikasi Zoom dan menyarankan agar
menggunakan aplikasi percuma yang lain. Antara aplikasi alternatif yang lain adalah
Google Meet, Microsoft Teams, Jitsi, Webex dan banyak lagi.
Rajah 4. Garis Panduan Keselamatan Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian
Satu lagi aplikasi yang banyak digunakan ketika berlakunya pandemik Covid-19 ini
adalah Google Meet yang dulunya dikenali sebagai Hangouts Meet. Persidangan video
yang premium ini, kini telah menjadi percuma kepada semua orang. Aplikasi in mempunyai
fungsi perkongsian skrin, dokumen dan kolaborasi dokumen dalam masa semasa. Di antara
ciri-ciri yang dimiliki oleh Google Meet adalah menyokong video dan audio berdefinisi
tinggi sehingga 250 peserta, kapsyen masa nyata yang dikuasakan oleh Google speech-to-
text technology dan integrasi dengan Google Calendar serta mempunyai kebolehan
merekod terus video panggilan yang dibuat ke dalam Google Drive. Akses ke Google Meet
juga mudah. Pengguna hanya perlu klik pada pautan yang dikongsikan oleh pentadbir.
Google Meet bakal menawarkan ciri menukar latar belakang kepada gambar khas seperti
aplikasi Zoom.
Rajah 5. Logo Google Meet
Page
5
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
3.0 LANGKAH PENCEGAHAN
Disebabkan dunia telah mencatatkan jumlah kematian yang di luar pemikiran
normal manusia, pelbagai langkah telah digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) bagi membendung penularan pandemik Coronavirus (2019-nCov). Malaysia juga
tidak terkecuali berinteraksi dan menggunapakai garis panduan yang telah ditetapkan oleh
WHO bagi memastikan kemaslahatan rakyat terpelihara. Dengan termaktubnya garis
panduan yang digunapakai mampu menjadi penunjuk aras kepada Malaysia dalam
memastikan tindakan lebih bersepadu dilaksanakan sebagai usaha membendung penularan
pandemik berjangkit ini. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai pakar
yang berkaliber dalam usaha menentang perang biologi 2019-nCov antaranya ialah Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau telah dinobatkan antara
doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) dan merupakan antara tiga
doktor terbaik peringkat global dalam membasmi coronavirus, selain pakar penyakit
berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New
Zealand, Ashley Bloomfield (Khairil Anwar Mohd Amin, 2020).
Terdapat beberapa langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha membendung penularan wabak ini
termasuklah di rumah, di institusi awam dan swasta, di tempat kerja, di tempat-tempat
awam dan lain-lain lagi. Di pejabat contohnya, majikan bertanggungjawab memastikan
pejabat sentiasa bersih dan dinyahkuman. Antara tempat yang perlu disinfeksi ialah
permukaan yang mudah dicemari oleh kuman seperti ruangan kerja, tombol pintu, kaunter
perkhidmatan, papan kekunci berkomputer, di ruangan guna sama dan tempat-tempat lain
yang dikhuatiri bergejala. Majikan juga perlulah sentiasa memastikan kesihatan perkerja
yang hadir bekerja. Sekiranya terdapat pekerja yang bergejala, pekerja tersebut perlulah
diberi kemudahan cuti kuarantin bagi mengelakkan penularan wabak tersebut kepada
individu lain. Kawasan tempat pekerjaan tidak perlu ditutup sebaliknya, proses nyahkuman
secara lebih kerap perlulah dilaksanakan. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan bagi
memastikan potensi penularan ‘local trasmission’ dapat dikurangkan. Pemeriksaan suhu
badan, pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) dan sanitasi tangan perlu diambilberat
oleh pekerja sebelum memasuki premis bagi menjaga kesihatan diri dan individu lain.
Di samping itu, antara langkah proaktif yang boleh dilaksanakan ialah penjarakan
sosial di antara setiap individu yang hadir bekerja. Majikan perlulah memastikan
penjarakan diri pekerja sekurang-kurangnya satu meter sekiranya bergejala. Aktiviti
berkumpulan seperti mesyuarat di ruangan sempit wajar dihindarkn bagi mengelakkan
berlaku kesesakan pekerja dalm satu-satu masa. Majikan juga boleh menyediakan tempat
untuk pekerja membasuh tangan dengan sabun dan ‘hand sanitizer’ secara kerap. Dengan
mengamalkan kebersihan tangan dan diri, mampu membendung individu dari menjadi
potensi ke arah pandemik berjangkit 2019-nCov ini.
Di dalam institusi pendidikan umumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Kementerian Pengajian Tinggi telah memberi garis panduan kepada sekolah-sekolah dan
institusi awam dan swasta sebelum pembukaan persekolahan pada 24 Jun 2020. Setiap
institusi perlu memastikan pematuhan garis panduan bagi memastikan keselamatan pelajar
Page
6
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
dan pendidik terjamin. Antara yang digariskan merangkumi penjarakan sosial satu meter di
dalam bilik kuliah, susun atur di asrama, dewan makan dan makmal. Pemeriksaan kesihatan
para pelajar meliputi suhu badan, pemakaian hand pensanitasi tangan dan pemantauan
seperti gejala demam, sakit tekak dan batuk dan sesak nafas dilaksanakan sebelum
pembelajaran berlangsung. Kementerian juga telah menggariskan untuk menggupakai
kaedah pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran bagi pelajar yang tidak dapat
mengikuti pembelajaran di bilik darjah/kuliah atas faktor penjarakan sosial. Pelbagai
platform boleh digunapakai oleh para pendidik antaranya termasuk Google Classroom,
Cidos, Edmodo, Kahoot, Skype dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian. Para pendidik
boleh menggunakan kreativiti masing-masing bagi merancang teknik yang menarik untuk
melaksanakan proses pembelajaran secara atas talian bersama pelajar.
Selain itu, setiap individu juga perlulah sentiasa cakna dalam usaha membasmi
wabak ini. Di rumah misalnya, individu perlulah memastikan tutup mulut dan hidung
menggunakan tisu sekiranya batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan mestilah dibuang
ke dalam tong sampah dan hendaklah basuh tangan dengan sabun dan mengamalkan
pemakaian ‘hand sanitizer’ sekiranya perlu. Elakkan dari menyentuh mata, hidung dan
mulut dengan kerap sekiranya bergejala bagi mengelakkan penularan wabak. Individu juga
boleh mengelakkan diri dari melawat ke negara-negara yang berwabak seperti Amerika
Syarikat, China dan lain-lain negara yang tersenarai dalam 18 negara yang dijangkiti wabak
(Mohd Iskandar Ibrahim, 2020). Kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan Malaysia antara alternatif yang dianggap berjaya membendung penularan wabak
ini.
Menurut Imam Al-Bukhari, Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan
kepada Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar tentang
(penyebaran) wabak di sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu
sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar
darinya. Al-Imam Ibn al-Qayyim telah menjelaskan beberapa hikmah Rasulullah SAW
menyarankan agar kawalan pergerakan dilaksanakan iaitu antaranya ialah mengutamakan
kesihatan manusia sejagat dimana kesejahtaeraan dan kesihatan manusia merupakan asas
kepada kehidupan. Selain itu, manusia disarankan menjauhi sebab-sebab yang boleh
membinasakan seperti menjauhi udara yang dicemari kerana dibimbangi akan mengjangkiti
orang lain dan menyebabkan ramai yang lebih sakit (Azmi, A. S. ,2020).
Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara Islam wajib bersatu hati
membendung gejala n-Cov ini bersama-sama. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri, kita
menjadi punca kepada kesengsaraan orang lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
berjuang bagi memerangi gejala ini. Barisan hadapan Malaysia yang telah bermati-matian
mengeluarkan keringat masa malahan nyawa mereka bagi membendung penularan kuman
ini wajarlah diberi pujian di atas segala penat lelah mereka dalam usaha membendung
penularan n-Cov ini. Memetik kata Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan
Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, perjuangan seterusnya adalah
tanggungjawab rakyat. Barisan hadapan telah berhempas pulas dan amanah seterusnya
adalah digalas di bahu seluruh rakyat Malaysia bagi membasmi penularan wabak n-Cov ini.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlulah berganding bahu
Page
7
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
membendung gejala ini sehingga ‘KITA MENANG DALAM PEPERANGAN INI’.
ALLAH HUAKBAR!!!
4.0 PENUTUP
Pastinya penularan pandemik covid-19 ini membuka lembaran dan cabaran baru
kepada seluruh warga pendidik. Warga pendidik perlu mengharungi kebiasaan baharu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP. E-learning masa kini bukan lagi pilihan
tetapi sudah menjadi kemestian sebagai alternatif untuk mengajar. Pelbagai platform yag
sesuai boleh terus dikuasai penggunaannya oleh para pendidik dan boleh digunapakai bagi
tujuan sistem pengurusan pembelajaran secara digital.
Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menetapkan arahan yang mana garis
panduan pengurusan operasi IPT serta garis panduan pengendalian pengajaran dan
pembelajaran perlu dipatuhi. Antara garis panduan yang telah ditetapkan adalah berkenaan
dengan keselamatan institusi, pengurusan akademik dan penilaian, pengurusan pendaftaran
serta pengajuran aktiviti pelajar. Garis panduan ini perlulah dipatuhi dari semasa ke semasa
sehingga setiap individu menjadikan norma baharu ini sebagai kebiasaan baharu dalam
meneruskan rutin harian.
REFERENCES
Azmi, A. S. (2020). 40 Hadis tentang Wabak Penyakit, 13-14. Diambil dari
https://www.researchgate.net/publication/340877686_40_HADIS_WABAK_PENY
AKIT_-_DR_SANUSI.html
Geraldine Tong (Feb 2020) Kontak rapat warga Malaysia pertama dijangkiti koronavirus
dikesan. Diambil dari https://www.malaysiakini.com/news/510091
Hakim Zazli(2020, Jun 20). Google Meet ikut Zoom, bakal hadir dengan ciri kaburkan latar
belakang. https://bm.technave.com/google-meet-ikut-zoom-akan-hadir-dengan-ciri-
kabur-dan-latar-belakang-12641
Imran Abdul Jabar (2020). Zoom Aplikasi Mesyuarat Online: Isu Keselamatan dan
Aplikasi Alternatif. https://sifoo.com/zoom-aplikasi-mesyuarat-online-isu-
keselamatan-dan-aplikasi-alternatif/
Jay J. Van Bavel et al. Using social and behavioural science to support COVID-19
pandemic response. May 2020, 460-471
Mohd Iskandar Ibrahim (2020). Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/651509/who- isytihar-darurat-
perkongsian-maklumat-gerak-kerja-akan-lebih.html
Page
8
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Muhammad Yusri Muzamir (2020). Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653461/malaysia-kongsi-
maklumat-coronavirus-dengan-asean-who.html
Norhidayah Hairom(2020, April 17). Carian 'Google Classroom' di Malaysia tertinggi di
dunia. https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-
Google-Classroom-di-Malaysia-tertinggi-di-dunia
PKP beri peluang guru berjinak dengan pendidik digital(2020, April 22). Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680093/pkp-beri-peluang-
guru-berjinak-dengan-pendidikan-digital.html
Zailah Zainudin, James Ang Jit Eng (May 2020). Wacana Profesional: Norma Baharu
Dalam PAK21: Pasca Covic-19. Retrieved from
https://www.youtube.com/user/drzailah.
Khairil Anwar Mohd Amin (2020, April 15). Diambil dari
https://www.sinarharian.com.my/article/79092/KHAS/Koronavirus/Noor-Hisham-
antara-tiga-doktor-terbaik-diyakini-di-dunia.html
Page
9
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Keselamatan Siber Di Politeknik Port Dickson :
Mudahkah Sistem Talian Politeknik Port Dickson
Digodam Dari Pihak Luar?
Ong Seng Keong
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknk Port Dickson; [email protected]
ABSTRAK
Revolusi Industri merupakan elemen yang membantu dalam perkembangan serta kemajuan
sesebuah negara moden. Kini, dunia telah berada di ambang Revolusi Industri 40 yang
melibatkan teknologi automasi melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital
itu untuk kekal berdaya saing. Malaysia telah merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Ini menunjukkan bahawa
Malaysia menyokong perubahan Revolusi Industri 4.0 di Negara ini. Penubuhan Centre of
Excellence (CoE) di Politeknik – politeknik bersama dengan Rangkaian Universiti Teknikal
Malaysia atau MTUN menunjukkan pentingnya Industri 4.0 dalam pendidikan teknikal.
Salah satu tonggak utama Industri 4.0 adalah keselamatan siber. Kegoyahan keselamatan
siber akan memberi kesan kepada lapan tonggak Industri 4.0 lain.
Kata kunci: IR 4.0, Keselamatan siber, Politeknik, Pentesting
1.0 PENDAHULUAN
Industri 4.0 atau IR40 adalah satu topik yang hangat diperkatakan. Bukan sahaja
sector pengilangan, malahan sektor sektor ekonomi lain seperti sektor pertanian atau sektor
perubatan, maupun sektor pembinaan kerajaan Malaysia menggalakkan konsep IR40
diterapkan dalam sektor – sektor berkaitan. Dasar Nasional Malaysia terbaru dalam IR4.0,
"Industry Forward" (Industry4WRD) yang dilancarkan pada 31 Oktober 2018 oleh Mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, menunjukkan betapa pentingnya kerajaan Malaysia
memandang perkara ini.
Seperti mana yang diketahui, ada sembilan tonggak yang menyokong Industri 4.0
atau IR40, iaitu Robotik Autonomi (Autonomous Robot), Simulasi (Simulation),
Penkomputeran di awan (Cloud computing), Integrasi Sistem (System Integration), Industri
Teknologi Peranti Pintar (Internet of things), Sekuriti Siber (Cyber Security), Pembuatan
Additif (Percetakan 3D), Realiti Maya (Augmented Reality) dan Analisis data besar (Big
data). Kesemua elemen tonggak tersebut saling berhubung-kait dalam Industri 4.0.
Page
10
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rajah 1. Sembilan Tonggak Industri 4.0
2.0 HUBUNGAN KESELAMATAN SIBER DENGAN TONGGAK IR 4.0 LAIN
Elemen – elemen Tonggak IR40 menggunakan data yang banyak maupun
memerlukan pemprosesan data yang banyak untuk membolehkan ianya dilaksanakan.
Tidak kira Robotic Autonomi, Simulasi, Perkomputeran di awan, Integrasi Sistem, Industri
Teknologi Peranti Pintar, Pencetakan 3D, Realiti Maya ataupun Analisis Data Besar,
semuanya memerlukan pemprosesan data besar. Satu cabaran yang perlu dilihat adalah
keutuhan data yang perlu diproses. Di sini, dapat dilihat bahawa keselamatan dan keutuhan
data (data integrity) yang perlu diproses perlu dijamin. Oleh kerana kini, data data yang
digunakan oleh elemen tonggak IR40 disimpan di awan melalui system perkomputeran di
awan, adalah amat penting data tersebut sentiasa selamat dan utuh.
Merujuk kepada artikal di Berita Harian pada 7 Mei 2015, dilaporkan lebih dari 60
laman web agensi kerajaan digodam. Kebanyakan laman web tersebut adalah daripada
domain ‘gov.my’ dan ‘edu.my’ kerana ianya popular dan mudah digodam. Artikal pada 5
Mei 2015 di Berita Harian juga melaporkan bahawa untuk mengodam data agensi kerajaan,
seseorang hanya memerlukan 5 minit untuk berbuat demikian. Domain ‘edu.my’ adalah
domain untuk institusi pendidikan dan Politeknik Port Dickson merupakan salah satu
institusi pengajian tinggi di Malaysia. Lebih – lebih lagi, sebagai institusi pengajian tinggi
di Malaysia, pengetahuan dan kandungan IR40 diterapkan di dalam pendidikan di
Politeknik Port Dickson.
Page
11
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Penggunaan internet untuk mencari maklumat ataupun untuk media sosial ataupun
untuk penkomputeran di awan menyebabkan jumlah serangan siber bertambah secara
mendadak. Kebanyakan serangan siber tersebut adalah menggunakan kaedah ‘malware’
atau singkatan untuk ‘malicious software’ (Julian Jang-Jaccard, 2014).
Mengikut statistic dari MyCert, iaitu Malaysia Computer Emergency Response
Team, badan yang merupakan pusat rujukan untuk mengesan dan membantu Malaysia
dalam mengurus keselamatan siber di Malaysia, dalam tahun 2019, terdapat 10,772 laporan
keselamatan siber tergugat dan lebih daripada 1.5 juta komputer telah di serang oleh
‘malware’ tersebut dimana setiap IP unik mewakili komputer tersebut.
Rajah 2. Statistik Keselamatan Siber Tergugat yang dilaporkan pada tahun 2019
Jadual 1. Statistik Keselamatan Siber Tergugat yang dilaporkan pada tahun 2019 TOTAL
104
JAN FEB MAC APR MAY JUN JUL AUG SEP OCT NOV DEC 129
7774
Intrusion 6 9 10 9 6 11 5 9 4 6 20 9 19
Attempt 1359
Spam 12 7 8 10 10 5 5 11 15 17 13 16 91
Fraud
Denial Of 567 472 477 447 570 594 846 698 835 851 735 682 260
Service
Intrusion 2 1 1 1 101 3 3 2 3 1 738
Vulnerabiliti
Report 81 92 84 82 93 89 111 188 205 100 129 105 298
Cyber 10772
Harrassment 9 7 2 3 5 4 16 8 13 3 7 14
Malicious
Codes 21 22 23 22 13 17 18 17 28 14 34 31
Content
Related 121 97 123 49 19 20 20 19 47 70 70 83
26 22 20 32 19 4 28 18 39 40 24 26
845 729 748 655 736 744 1050 971 1189 1103 1035 967
Page
12
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0JAN 144,600 49,833 194,433FEB 125,945 130,419 256,364MAC 144,604 135,753 280,357APR 134,175 51,504 185,679MAY 126,663 41,618JUN 109,692 88,941 198,633JUL 129,141 169,642 298,783AUGSEP 110,900 170,401 281,301OCTNOVDEC TOTAL 1,519,559 1,741,464 3,261,023
Rajah 3. Jangkitan Malware mengikut alamat internet unik (Unique IP)Malware 116,371 159,215 129,289 213,986 343,275 127,627 245,817 120,552 284,335 404,887
Jadual 2. Jangkitan Malware mengikut alamat internet unik (Unique IP)Infection
by Unique
Seseorang penggodam yang ingin menceroboh dan melaksanakan tindakanIP
berniat jahat akan melalui beberapa proses sebelum mengambil tindakan agresif untuk
berbuat demikian. Seperti mana pakar sekuriti siber yang perlu menguji ketahananBotnet
rangkaian laman dan perkhidmatan atas talian dari serangan, “Pentesting” iaitu singkatandrones
untuk “Penetration Testing” adalah langkah – langkah untuk menguji dan melihat sama adacount by
sesuatu rangkaian senang ditembusi.unique IP
Page 168,281 275,586 373,444
13
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Ada lima fasa dalam proses “Pentesting” iaitu:
i. Perancangan dan pengintaian (Planning and Reconnaissance)
ii. Pengimbasan (Scanning)
iii. Mendapat akses (Gaining Access)
iv. Mengekalkan akses (Maintaining Access)
v. Analisis
Rajah 4. Fasa Pentesting
Pakar rangkaian akan menganalisa dan memberikan laporan mengenai
kelemahan rangkaian kepada serangan siber kepada pengendali laman atau perkhidmatan
atas talian agar rangkaian tersebut dapat diperkuatkan dari serangan siber. Bagi pengodam
yang berniat jahat; iaitu ‘Black Hat’, mereka mungkin akan menggunakan analisa
rangkaian yang diserang tersebut untuk dijual maklumat kepada rakan sekutu lain yang
berniat jahat. Serangan siber hanya akan berjaya sekiranya elemen – elemen yang menjadi
benteng keselamatan yang tidak dikawal baik.
3.0 FAKTOR PENYEBAB KESELAMATAN DI INTERNET TERGUGAT
Dalam satu kajian yang dibuat dalam tahun 2017, di dapati tindakan para pelajar
institute pengajian tinggi di Malaysia di dalam mempertahankan keselamatan di alam siber
secara umum adalah tidak memuaskan (Lalitha Muniandy, 2017). Satu kajian yang dibuat
di Amerika Syarikat oleh Pew Research mengenai tahap kesedaran keselamatan siber di
kalangan 4,272 responden telah dibuat pada tahun.2019 mendapati kebanyakan daripada
responden tidak dapat menjawab lebih daripada 50% daripada soalan keselamatan siber dan
dengan ini, tidak tahu bagaimana untuk menjaga keselamatan semasa di alam siber.
Memandangkan Politeknik Port Dickson sebagai institusi pengajian tinggi di Malaysia
menpraktikkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara ‘blended learning’, lebih- lebih
lagi sejak polisi PdP dilaksanakan secara jarak jauh melalaui internet dan video
conferencing, isu keselamatan di alam siber adalah lebih penting.
Page
14
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Satu kajian berasaskan Pew Research telah dibuat pada 25 Mei 2020 di kalangan
responden daripada pensyarah tiga jabatan akademik; iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan mendapati bahawa hanya 32.4%
daripada responden mempunyai skor 50% dan dapat menjawab soalan keselamatan siber
dengan betul. Ini merupakan satu statistik yang mendebarkan kerana ini bermakna
bahawa 67.6% atau lebih daripada 2/3 para pensyarah teknikal di Politeknik Port Dickson
tidak tahu kaedah untuk melindungi diri semasa di alam siber dan menjadi rangkaian rapuh
(weak link) dalam keselamatan siber sekiranya menggunakan rangkaian komputer
Politeknik Port Dickson (Seng-Keong Ong,2020).
Daripada 12 soalan dalam tinjauan mengenai kemahiran keselamatan asas di alam
siber, tidak sampai 33 peratus pensyarah Politeknik Port Dickson yang respon kepada soal
selidik dapat menjawap lebih daripada 6 soalan dengan betul. Ini bermaksud bahawa lebih
daripada 67% atau 2/3 pensyarah yang menjawap soalan tinjauan tersebut hanya mampu
menjawap kurang daripada 6 soalan dengan betul. Setiap soalan dalam tinjauan yang
berasaskan soalan daripada Pew Research ini merujuk kepada lompong keselamatan yang
dapat dimanupulasi oleh para pengodam untuk menembusi dan menggugat rangkaian di
alam siber. Ini adalah amatlah mendebarkan kerana para pensyarah Politeknik Port Dickson
banyak menggunakan internet dalam kerja seharian mereka dan infrastruktur rangkaian
yang digunakan semasa bekerja adalah melalui sistem rangkaian Politeknik Port Dickson.
Seseorang pengodam yang akan mengimbas (scanning) pada peringkat 2 untuk mencari
rangkaian rapuh satu sistem akan dengan senangnya menyasarkan para pengguna yang
tidak mahir melindungi diri semasa di alam siber; yang mana sasaran di sini adalah para
pensyarah Politeknik Port Dickson.
Rajah 5. Keputusan Tinjauan Kesedaran Keselamatan Siber di Politeknik Port Dickson pada 25
Page
15
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Sekiranya para pengodam cuba kaedah ‘brute force’ untuk memasuki rangkaian
Politeknik Port Dickson pula, di dapati rangkaian Politeknik Port Dickson telah dilindungi
oleh ‘firewall’ yang menyekat paket maklumat yang tidak dikenali daripada masuk ataupun
keluar. Alamat IP Politeknik Port Dickson tidak mudah dirempoh seperti mana yang dilihat
pada Rajah 6 di bawah.
Rajah 6. Cubaan untuk mengimbas disekat oleh ‘firewall’ server Politeknik Port Dickson
Jadual 3. Cubaan untuk mengimbas disekat oleh ‘firewall’ server Politeknik Port Dickson
● Technical Contact ● Nameserver
● Aina Md Noor
● Politeknik Port Dickson dns.polipd.edu.my
Km 14 Jalan Pantai
71050 Sri Rusa 122.129.120.231
Negeri Sembilan
Malaysia server-
● Email: [email protected] o.polipd.edu.my
● Tel : 06-6625399
● Fax : 06-6625744 1.9.4.232
Microsoft Windows [Version 10.0.18362.836]
(c) 2019 Microsoft Corporation. All rights reserved.
C:\Users\Asus FlipBook>ping 1.9.4.232 C:\Users\Asus FlipBook>ping
122.129.120.231
Pinging 1.9.4.232 with 32 bytes of data:
Request timed out. Pinging 122.129.120.231 with 32 bytes of
Request timed out. data:
Request timed out. Request timed out.
Request timed out. Request timed out.
Ping statistics for 1.9.4.232: Request timed out.
Request timed out.
Packets: Sent = 4, Received = 0, Lost = 4 (100% Ping statistics for 122.129.120.231:
loss),
Packets: Sent = 4, Received = 0, Lost = 4
(100% loss),
Kesimpulan : Permohonan mendapatkan sahutan dari server Politeknik Port Dickson disekat oleh
bentang keselamatan siber ‘fire wall’
Page
16
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
4.0 KESIMPULAN
Artikel ini berfokuskan senario keselamatan siber dan serangan siber yang berlaku
di Malaysia dalam dua tahun kebelakangan dan proses pengodam dan bakal pengodam
akan melalui dalam menguji ketekalan rangkaian siber secara ‘pentesting’ Senario serangan
siber berlaku di Malaysia diperkecilkan skop kepada keadaan di Politeknik Port Dickson
memandangkan penggunaan internet menjadi aspek penting bagi Pengajaran dan
Pembelajaran di institusi pengajian tinggi ini. Tidak kira aktiviti video conferencing,
platform Learning Management System, emel, perkomputeran di awan, semua warga
Politeknik Port Dickson bergantung kepada internet untuk melaksakan tugas masing –
masing. Oleh itu, aspek keselamatan semasa di internet adalah amat penting.
Pencerobohan siber melalui kelemahan infrastruktur fisikal dengan menggunakan
kaedah ‘brute force attack’ sukar untuk dicapai seperti mana satu percubaan untuk ‘ping’
yang dilaksanakan pada 25 Mei 2020 tidak berjaya mencari lompong untuk tembusi.
Walaupun, seseorang dapat mengetahui alamat IP umum bagi Politeknik Port Dickson,
adalah agak sukar untuk menembusi sistem rangkaian Politeknik Port Dickson dengan
kaedah keras (brute force attack).
Faktor utama keselamatan siber di Politeknik Port Dickson dapat digugat adalah
dari aspek sosial, iaitu dari atribut pengguna rangkaian sendiri, iaitu para pensyarah yang
tidak prihatin kepada aspek keselamatan di alam siber. Ciri – ciri keselamatan yang boleh
meningkatkan tahap keselamatan siber, secara keseluruhannya tidak disedari oleh para
pengguna di Politeknik Port Dickson. Oleh itu, seseorang bakal pengodam yang berniat
untuk menyerang sesuatu rangkaian di sesebuah organisasi, contohnya di Politeknik Port
Dickson akan menyasarkan pengguna rangkaian organisasi sebagai sasaran untuk mencari
maklumat sulit yang menyenangkan pengodam mencerobohi dan menembusi rangkaian
organisasi tersebut. Oleh itu, latihan dan kursus kesedaran keselamatan siber bagi setiap
pengguna adalah amat penting untuk mengurangkan risiko ini.
RUJUKAN
CIDB gubal pelan tindakan IR 4.0 industri pembinaan (2020)
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/513247/cidb-gubal-pelan-
tindakan-ir-40-industri-pembinaan dicapai Mei 2020
Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (2020)
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/ucaptama-
healthcare-toward-ir-40-yang-disampaikan-oleh-yb-dr-lee-boon-chye-
timba/10156422830611237/ dicapai Mei 2020
Julian Jang-Jaccard, Surya Nepal (2014), A survey of emerging threats in cybersecurity,
Journal of Computer and System Sciences 80, 973-993
Page
17
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Lalitha Muniandy, Balakrishnan Muniandy and Zarina Samsudin (2014), Cyber Security
Behaviour among Higher Education Students in Malaysia, Journal of Information
Assurance & Cyber Security,1-13
Manokaran Mottain (2020) IR4.0: On the brink of technological revolution
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/05/25/ir40-on-the-brink-
of-technological-revolution dicapai Mei 2020
Mohd Fahmi Mohd Yusof (2020) Naratif baharu sektor pertanian depani IR4.0
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633135/naratif-baharu-sektor-
pertanian-depani-ir40, dicapai Mei 2020
Shahirah (2020) Revolusi Perindustrian 4.0. Apa Yang Anda Perlu Tahu?
https://rootofscience.com/blog/2018/sains-komputer/zaman-industri-4-0/ dicapai
Mei 2020
Seng-Keong Ong (2020) Tinjauan Tahap Kesedaran Keselamatan Siber di Politeknik Port
Dickson
https://docs.google.com/forms/d/1wPBuXrujTOXPY4LN_cHH2a4slL_SxkZebsDK
Yv44IVs/edit#question=1582397695&field=2092380863 dicapai Jun 2020
Vogels & Anderson (2019) Americans and Digital Knowledge
https://www.pewresearch.org/internet/2019/10/09/americans-and-digital-
knowledge/ dicapai Jun 2020
Wan Noor Hayati Wan Alias (2015) Lebih 60 laman web agensi kerajaan kena godam
https://www.bharian.com.my/node/53333/ dicapai Mei 2020
Wan Noor Hayati Wan Alias (2015) Lima minit godam data agensi kerajaan
https://www.bharian.com.my/node/52812/ dicapai Mei 2020
Webmaster (2020) Malaysia Computer Emergency Response Team
https://www.mycert.org.my/portal/statistics-content?menu=b75e037d-6ee3-4d11-
8169-66677d694932&id=0d39dd96-835b-44c7-b710-139e560f6ae0 dicapai Mei
2020
Webmaster (2020) Malaysia Computer Emergency Response Team
https://www.mycert.org.my/portal/statistics-content?menu=b75e037d-6ee3-4d11-
8169-66677d694932&id=1f224cc2-6fef-4246-8bfc-24a6b347dced dicapai Mei 20
Page
18
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Kelebihan Latihan & Sijil Kepakaran Gentian Optik
Terhadap Minat dan Penempatan Latihan Industri
Pelajar
Erni Alina Hanim binti Abd Aziz1, Mimi Suhana binti Abd Aziz2, Munirah binti Md
Nujid3
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
2 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
ABSTRAK
Teknologi gentian optik dalam sistem telekomunikasi seluruh dunia semakin meluas
digunakan. Lebih-lebih lagi dengan pembangunan projek 5G bagi semua agensi
telekomunikasi di Malaysia bermula pada awal tahun 2019. Malahan teknologi gentian
optik kini memberikan begitu banyak peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM
mahupun graduan lepasan Diploma dan Kolej Vokasional. Namun kebersediaan golongan
belia dalam menceburi bidang pekerjaan agak membimbangkan dengan kurangnya
pendedahan dan penglibatan mereka dengan bidang industri. Justeru, satu kajian telah
dijalankan kepada pelajar-pelajar semester 4 dan semester 5 bagi program Kejuruteraan
Elekrtik Perhubungan (DEP) Politeknik Port Dickson terhadap keberkesanan menjalani
latihan sijil kepakaran pemasangan talian gentian optik dalaman dan luaran yang dianjurkan
oleh pihak Jabatan Penagajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Telekom
Malaysia (TM). Hasil daripada kajian, mendapati secara keseluruhannya para pelajar
menunjukkan minat terhadap latihan kemahiran yang diperoleh dengan lebih 80% pelajar
mendapat sijil kepakaran tersebut daripada pihak TM dan memperoleh keputusan lulus
cemerlang bagi kursus DEP40053 Fiber Optic Communication System dengan lebih 70%
pelajar juga berjaya menjalani latihan industri dalam bidang gentian optik.
Kata Kunci : Teknologi Gentian Optik, Kebolehpasaran Graduan, Latihan Kemahiran
1.0 PENDAHULUAN
Bagi memenuhi permintaan yang mendadak terhadap penggunaan jalur lebar sistem
komunikasi di seluruh dunia, terdapat begitu banyak syarikat-syarikat sub-kontraktor yang
berdaftar wujud dalam bidang pemasangan kabel gentian optik lebih-lebih lagi di Malaysia.
Ini sekaligus dapat menampung penggunaan penghantaran maklumat digital ke serata dunia
dan secara tidak langsung dapat memberi peluang pekerjaan terhadap golongan belia lebih-
lebih lagi bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dan graduan Diploma begitu juga Kolej
Vokasional. Namun, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemasangan dan
pengendalian kabel gentian optik tersebut perlulah dipelajari bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pihak industri kelak. Hazrul (2012) dalam kajiannya menyatakan kebolehpasaran
graduan tidak akan berjaya tanpa kelengkapan diri dengan kemahiran-kemahiran semasa
Page
19
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
yang diperlukan oleh pihak industri mahupun para majikan. Justeru itu, program-program
dan latihan-latihan kemahiran bagi para belia perlu diwujudkan. Ini sekaligus dapat
menyediakan kebolehpasaran graduan yang cenderung terhadap keperluan industri.
Kerjasama antara mana-mana institusi pendidikan dan industri adalah pendorong
utama dalam menyediakan tenaga kerja yang mahir serta serba boleh seiring dengan
kehendak pasaran masa kini. Sejajar dengan itu, pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengambil langkah memperkukuhkan hubungan baik
bersama pihak industri dengan menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) bagi
membangunkan aktiviti jangkauan dan merangka pelan strategik yang berkaitan (Buku
Informasi Politeknik edisi 2018). Jawatankuasa ini akan memastikan hubungan baik antara
politeknik-politeknik Malaysia menjalankan aktiviti tidak kira dari sudut inovasi,
pendidikan dan keusahwanan. Oleh yang demikian, beberapa usahasama antara JPPKK
bersama industri telah dijalankan antaranya adalah; latihan industri pelajar dan pensyarah,
program pelawat industri (industrial talk mahupun lawatan pelajar), latihan kemahiran,
inovasi pelajar dan pensyarah serta sebagai penasihat program bagi program – program di
politeknik. Kerjasama ini juga diprogramkan bagi mempelawa pemimpin – pemimpin
industri dan sektor awam untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di politeknik dan kolej
komuniti dengan objektif; memberi inspirasi kepada pelajar, menutup jurang antara teori
dan praktikal dengan membenarkan kes sebenar diperlihatkan dan menghubungkaitkan
aplikasi pengetahuan terkini dengan pengalaman praktikal.
Selain daripada itu, kolaborasi dengan industri melalui latihan – latihan kemahiran
yang di berikan sebenarnya memberikan impak yang besar terhadap graduan politeknik
untuk menceburi dalam bidang pekerjaan. Ini dapat dibuktikan melalui kajian oleh Clark
(2011) menyatakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh dan
mampu mendepani perubahan sosial dan keadaan sosio ekonomi yang sentiasa berubah.
Begitu juga dengan perubahan teknologi telekomunikasi dunia yang sedang di alami dari
satu era ke satu era mengikut kepada permintaan dan kepesatan penggunaan sistem
perhubungan. Mengikut kepada kajian yang di jalankan pada bahgian Research and
Development (RnD) TM Cyberjaya, satu – satu sistem komunikasi perlu sentiasa di ubah
mengikut kepada lima tahun penggunaan. Ini kerana, sistem yang digunapakai perlu
sentiasa di tambah baik bagi memenuhi permintaan dan kepesatan bilangan pengguna
lebih-lebih lagi pada musim penularan pandermik COVID-19 yang menyaksikan
peningkatan penggunaan perhubungan komunikasi aplikasi jalur lebar ataupun internet.
Melalui kenyataan akhbar Berita Harian 9 April 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, aliran trafik internet seluruh negara
meningkat sebanyak 23.5 peratus pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), serta 8.6 peratus pada minggu kedua. Selain itu juga SKMM merekodkan terdapat
lonjakan lapan kali ganda jumlah lagganan jalur lebar talian tetap dengan kelajuan lebih
100Mbps daripada 150,000 pada 2017 kepada 1.2 juta pada tahun lalu. Ini dapat di sokong
juga melalui temubual bersama salah seorang jurutera teknikal bahagian Next Generation
Telecommunication Network , NGN NOC TM Cyberjaya menyatakan bahawa di bawah
unit NGN NOC setiap staf teknikal di bawah unit ini perlu sentiasa mempelajari dan
megikuti latihan bersama syarikat vendor bagi satu-satu rangkaian dan sistem yang baru
selama 5 tahun perkhidmatan berturut - turut. Ini menyakinkan lagi bahawa perkembangan
Page
20
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
dalam teknologi komunikasi adalah salah satu faktor utama dalam perkembangan sosio
ekonomi sesebuah negara maju.
Rajah 1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
1.1 Tujuan Kajian
Sebagai salah seorang tenaga pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) di salah sebuah politeknik di Malaysia. Terdapat satu kursus Fiber
Optic Communication System DEP40053 bagi pelajar pengajian Diploma Kejuruteraan
Elektrik Komunikasi (DEP). Kursus ini merupakan subjek teras dan perlu diambil bagi
pelajar semester 4 program DEP Politeknik Port Dickson. Menyedari akan kelebihan serta
peluang pekerjaan yang wujud dalam bidang teknologi gentian pada ketika ini, maka selaku
pensyarah bagi kursus ini mengambil inisiatif untuk menyediakan semua pelajar ke arah
kebolehpasaran graduan dengan mengikut bidang sepanjang pengajian. Oleh yang
demikian, bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
telah menurunkan sub warran bagi melaksanakan latihan Sijil Kepakaran Pemasangan
Kabel gentian Optik Sijil CA1C (Dalaman) dan CA2C (Luaran) khususnya bagi pelajar-
pelajar program DEP. Justeru itu, kajian bagi melihat kelebihan latihan dan sijil kepakaran
terhadap minat dan kecenderungan pelajar bagi kursus Gentian Optic Communication
System Politeknik Port Dickson telah di jalankan.
1.2 Skop Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 25 orang pelajar semester 4 dan 5 bagi program
pengajian DEP Politeknik Port Dickson yang telah dan sedang mengambil kursus Fiber
Optic Communication System DEP40053. Latihan sijil kepakaran yang diambil adalah
inisiatif Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama
Telekom Malaysia (TM). Latihan ini juga merangkumi sesi teori dan praktikal serta akan
dinilai melalui peperiksaan atas talian bagi mendapatkan Sijil Kepakaran Pemasangan
Kabel gentian Optik Sijil CA1C (Dalaman) dan CA2C (Luaran)tersebut.
2.0 ANALISA KAJIAN TERDAHULU
Kajian ini dilakukan dengan merujuk kepada beberapa kajian lepas mengenai minat
dan keberkesanan latihan kemahiran terhadap pelajar serta kebolehpasaran pelajar terhadap
industri. Melalui kajian yang dibuat oleh Muhammad Hazrul Ismail (2012) terhadap
beberapa perspektif majikan terhadap kebolehpasaran graduan mendapati, terdapat jurang
Page
21
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
antara prestasi sebenar para pelajar dengan jangkaan prestasi mahupun kehendak industri.
Antara kebolehpasaran graduan yang dikaji adalah kebolehan berfikir dan membuat
keputusan secara kritis dan kreatif, pencapaian dan kemahiran akademik serta penggunaan
bahasa oleh para pelajar. Di dapati jurang perbezaan yang paling ketara adalah dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah diikuti dengan kemahiran berfikir serta
komunikasi dan interpersonal. Oleh yang demikian dalam kajian tersebut, Hazrul
menyarankan bahawa semua institut pengajian tinggi awam mahupun swasta tempatan
supaya memperkenal dan memperluaskan kaedah pembelajaran berasaskan masalah bagi
beberapa program akademik berbanding hanya tertumpu kepada teori-teori akademik
sahaja.
Melalui kajian oleh Abdul Latif Abdul Kadir dan Maimunah Ismail (1997) terhadap
Hubungan Keberkesanan Latihan dan Prestasi Kerja menyatakan terdapat hubungan positif
dan perbezaan yang signifikan diantara dimensi prestasi kerja sebelum dan selepas latihan
kemahiran yang diikuti. Kajian ini telah dijalankan kepada pelatih-pelatih yang telah
mengikuti latihan pentauliahan sebelum berkhidmat di Akademi Kastam Diraja Malaysia
(AKMAL) dan hasil kajian mereka telah berjaya membuktikan bahawa di AKMAL mampu
menyediakan anggota yang kompeten. Kajian mereka memfokuskan terhadap keberkesanan
latihan mampu memberikan pretasi kerja yang positif. Kajian ini juga mengesyorkan
kepada AKMAL agar dapat meneruskan latihan yang dilakukan dengan menambahbaik
mutu metodologi pengajian dan alat bantuan mengajar (ABM), fisilitator, modul kastam
dan modul pengurusan terutamanya dari aspek kandungan, metodolgi dan teknik
pengajaran.
Melalui artikel yang ditulis oleh Nur Syahidah Abdul Jalil daripada Institut
Kefahaman Islam Malaysia bertarikh Ogos 6, 2019 menyatakan Kebolehpasaran Graduan
dalam Realiti Semasa. Dapatan daripada laporan audit ketua negara 2018 siri 1 menyatakan
Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) mempunyai objektif dalam meningkatkan
kebolehpasaran graduan tempatan bagi mendapatkan pekerjaan. Di dalam laporan tersebut
itu juga menyarankan penambahbaikan perlu dilakukan dalam program SL1M dengan
mengemaskini aktiviti pengumpulan data pencapaian sebenar graduan yang dilatih
menerusi program ini.
Melalui artikel ini juga menyatakan program-program yang boleh meningkatkan
kebolehpasaran graduan seharusnya bertindak seperti serampang dua mata. Selain dapat
menyediakan platform meningkat kemahiran graduan, program ini seharusnya dapat
mengumpul data-data berkaitan secara berpusat dan cekap untuk dijadikan panduan dalam
menangani masalah yang sama pada masa akan datang. Daripada dapatan analisa kajian-
kajian diatas , membantu dalam penyediaan kajian ini dimana latihan – latihan kemahiran
adalah salah satu medium terbaik di dalam menentukan kebolehpasaran graduan dalam
menceburi bidang pekerjaan justeru dapat memenuhi perspektif pihak majikan. Selain
melalui latihan – latihan kemahiran ini juga, ianya dapat menyuntik minat para pelajar
terhadap satu – satu kursus mahupun progam dalam pengajian yang mereka pelajari.
Page
22
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
3.0 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar semester 4 dan 5 bagi program pengajian DEP
Politeknik Port Dickson yang telah dan sedang mengambil kursus Fiber Optic
Communication System DEP40053. Para pelajar ini juga merupakan peserta-peserta yang
telah mengikuti latihan Sijil Kepakaran Pemasangan Kabel Fiber Optik Sijil CA1C
(Dalaman) dan CA2C (Luaran). Sijil kepakaran ini adalah salah satu latihan kepakaran
anjuran Telekom Malaysia (TM). Sijil CA1C (Dalaman) dan CA2C (Luaran) yang
dikeluarkan oleh Telekom Malaysia sebagai badan pertauliahan dan diiktiraf oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memenuhi keperluan
pekerja mahir dalam bidang fiber optik. Kursus ini merangkumi pembelajaran dalam
bidang fiber dari segi pemasangan fiber optik dibahagian luaran dan atas tiang yang
memenuhi piawaian SKMM.
Seramai 25 orang pelajar telah menyertai Kursus Pembangunan Pelajar Seliaan
Bahagian Kurikulum-Fiber Optic Cable : Internal Network Certification (CAC1) dan
External Network Certification (CA2C) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komunikasi) (DEP). Kursus ini telah dijalankan pada 21 hingga 23 September 2019 di
Institut Latihan Peridustrian, Pedas. Kursus ini merangkumi dua hari pembelajaran secara
teori dan praktikal manakala peruntukan sehari bagi menduduki ujian berkomputer bagi
mendapatkan sijil kepakaran CA1C dan CA2C jika berjaya. Oleh yang demikian seramai
25 orang pelajar telah berjaya mendapatkan sijil CA1C dan 23 orang daripada 25 orang
pelajar berjaya mendapatkan sijil CA2C seperti JADUAL 1. Daripada Jadual 1 mendapati
hampir keseluruhan pelajar memberi komitmen dan minat yang tinggi terhadap sistem fiber
optik melalui keputusan yang di capai. Kenyataan ini juga dibantu dengan hasil keputusan
peperiksaan akhir mereka bagi kursus Fiber Optic Communication System DEP40053 yang
menunjukkan hampir 80% keputusan 3.0 pointer keatas seperti Jadual 2. Begitu juga
seramai lebih daripada separuh bilangan peserta dapat menjalani latihan industri dalam
bidang telekomunikasi gentian optik seperti Jadual 3.
Jadual 1. Keputusan Sijil Kepakaran
Sijil Kepakaran Peserta Berjaya Peserta Tidak
Berjaya
CA1C (Dalaman) 25 -
CA2C (Luaran) 23 2
Jadual 2. Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus Fiber Optic Communication System DEP40053
Keputusan Peperiksaan Pointer >3.0 Pointer 3.0-3.5 Pointer 3.5-
Akhir 4.0
Semester 4 - 11
Semester 5 3 3 10
Jadual 3. Latihan Industri dalam Bidang Gentian Optik
Latihan Industri Dalam Bidang Luar Bidang
Semester 4 4 2
Semester 5 15 4
Page
23
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
4.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, daripada kajian ini didapati bahawa terdapat kelebihan yang
amat positif terhadap latihan kepakaran yang didedahkan kepada pelajar sebelum mereka
menceburkan diri dalam alam pekerjaan. Selain dapat meningkatkan kemahiran terhadap
teknologi terkini bidang industri, para graduan mampu mendepani perubahan teknologi
seiring kepada perkembangan teknologi tersebut. Semua institusi pengajian tinggi juga
perlu memperbanyakkan kolaborasi dengan industri mahupun pihak majikan bagi
menyediakan program – program latihan kemahiran mahupun kepakaran bagi
menambahkan nilai tambah kepada pelajar sekaligus menyediakan golongan belia yang
berketrampilan dan berdaya saing. Melalui kajian ini juga, mampu membuktikan bahawa
latihan – latihan kemahiran mahupun sijil kepakaran dapat menyuntik minat pelajar
terhadap bidang mahupun kursus yang diambil sekaligus. Ini dapat membina keyakinan diri
mereka untuk bersama mengembeling tenaga bersama tenaga – tenaga mahir di luar sana
dengan ilmu yang diperoleh daripada latihan – latihan tersebut.
RUJUKAN
Abdul Latif Abdul Kadir, Maimunah Ismaiu (1997). Hubungan Keberkesanan Latihan
dengan Prestasi Kerja. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 5(2): 73-82 (1997) ISSN:
0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press
Akhmal Annas Hasmori (2012). Persepsi Pelatih-pelatih Terhadap Siatem Latihan Dual-
Nasional(SLDN): Kajian Kes DiSebuah Politeknik Malaysia. Malaysia: Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Enah Ali, Ridzwan Che’ Rus, Mohd Adib Haron, Mohd Azlan Mohammad Hussain (2018).
Kebolehpasaran Graduan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional: Satu Analisis. e-
ISSN ISSN: 2289-6996 Full paper Sains Humanika 10: 3-3 (2018) 9–15
Informasi Politeknik Edisi Oktober 2018. Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti. Kementerian Pendidikan Malaysia
Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia:
Tinjauan dari Perspektif Majikan. PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 906 -
913 ISSN: 2231-962X
Muzafar Mat Yusof, Nur Hidayah Mohiddin (2018). Refleksi Pelajar Terhadap
Keberkesanan Kursus Latihan Industri: Kajian Kes Pelajar Politeknik Muadzam
Shah. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 2 (2018), 46-
54
Nur Syahidah Abdul Jalil (2019). Kebolehpasaran Graduan dalam Realiti Semasa
Diambil dari http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/08/06/kebolehpasaran-
graduan-dalam-realiti-semasa/
Page
24
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Talian Bagi Pembelajaran Berbentuk Kemahiran TVET:
Suatu Tinjauan Awal
Norhanani Abd Rahman1, Noor Asilah Yaacob2, Mohd Syahrizad Elias3
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
2Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
3Bahagian Perancangan Program & Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti;
[email protected]
ABSTRAK
Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNEVOC) telah menggariskan bahawa kebanyakan negara-negara membangun melihat
pendidikan teknik dan vokasional berpotensi membasmi kemiskinan dan melahirkan
pekerja berpengetahuan dan berkemahiran serta mampu memenuhi kehendak pasaran
pekerjaan semasa. Namun, usaha bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran
TVET ini sedikit terjejas dengan menularnya pandemik COVID-19 yang melanda dunia,
bukan sahaja ekonomi dan kesihatan malah juga telah mengubah landskap penyampaian
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Persoalan kini, adakah PdP dengan berbantukan
teknologi yang diintegrasikan bersama kandungan pengajaran berupaya meningkatkan
kualiti penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan
terutamanya penyampian pembelajaran yang berbentuk kerja tangan atau hand on. Untuk
itu, kajian tinjauan bagi mendapatkan maklum balas penggunaan teknologi yang dintegrasi
bersama teknologi telah dijalankan terhadap pensyarah yang mengajar kursus-kursus
berbentuk kerja tangan atau hand on dan telah mengajar melebihi 15 tahun sebagai
prasyarat melalui kaedah temubual berstruktur. Dapatan kajian tinjauan ini, mendapati
wujudnya kelemahan penyampaian PdP dalam talian bagi pembelajaran berbentuk
praktikal, kerja tangan atau hand on, walau bagaimanapun responden mencadangkan
kelemahan ini boleh diatasi dengan bantuan teknologi yang betul dan memerlukan satu
kajian yang lebih komprehensif. Ini adalah disebabkan penggunaan bantuan teknologi
dalam penyampaian PdP bagi pembelajaran berbentuk praktikal, kerja tangan atau hand on
yang memerlukan pengalaman sebenar pelajar belum lagi dikaji sepenuhnya. Pembelajaran
berkesan harus menjadi keutamaan bagi sesebuah pembangunan bahan pengajaran berbantu
teknologi.
Kata Kunci: Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian, Kemahiran TVET
1.0 PENGENALAN
Teknologi pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran kini berupaya
memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar lebih berdaya saing serta mampu
menyediakan graduan, dan perkhidmatan pendidikan keperingkat global. Antara objektif
Page
25
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
dasar e-pembelajaran negara (DePAN) adalah mempersiapkan pelajar agar lebih aktif dan
bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. DePAN diterjemahkan dalam bentuk aktiviti
e-pembelajaran seperti forum, video digital dan simulasi (DePAN, 2011). Dasar ini
diperkasakan lagi dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015), melalui tunggak yang ke
10. Tunggak menyasarkan agar e-pembelajaran di negara ini bertaraf global. Perkembangan
e-pembelajaran kini, didukung oleh kepesatan perkembangan komputer dan teknologi
komunikasi maklumat (ICT), tetapi yang lebih penting disebabkan oleh keupayaan e-
pembelajaran itu sendiri yang mampu menarik perhatian dan minat untuk belajar
(Alexander et al., 2019; Sun & Cheng, 2007). Salah satu ciri-ciri menarik di dalam e-
pembelajaran ialah keupayaannya mengintegrasikan kepelbagaian media seperti teks,
gambar, audio, animasi dan video sekaligus menghasilkan satu bahan multimedia yang
mempromosikan kepentingan sesuatu bacaan dan mempersiapkan pelajar dengan bahan
pelajaran (Alexander et al., 2019; Kettanurak, Ramamurthy, & Haseman, 2001; Nincarean,
Phon, Ali, Dayana, & Halim, 2013). Pembelajaran bukan sahaja keupayaan
mengintegrasikan maklumat, tetapi merupakan interaksi berterusan di antara persekitaran
dan pelajar untuk belajar.
Menyedari hakikat dan kelebihan teknologi yang diintegrasikan bersama kandungan
pengajaran menjadi inovasi yang berupaya meningkatkan kualiti penyampaian bahan
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan (Nincarean et al., 2013; Nubi &
Vincent, 2020). Antara integrasi teknologi dan penyampaian bahan pengajaran kaedah
penyampaian ini dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Visual (Virtual Learning
Environments) (de Mello & Gobara, 2014; Martín-Gutiérrez, Mora, Añorbe-Díaz, &
González-Marrero, 2017). Persekitaran pembelajaran visual ini merupakan interaksi maya
berterusan antara pelajar dengan kandungan pembelajaran secara berkesan dengan
melibatkan penyelesaian tugasan atau arahan tertentu bergantung kepada bidang dipelajari
atau lebih popular dikenali sebagai Virtual Reality (VR) (P. Wang, Wu, Wang, Chi, &
Wang, 2018).
VR mempunyai potensi penyampaian kandungan pembelajaran yang tidak disedari
kelebihannya di dalam aktiviti e-pembelajaran terutamanya dari segi fleksibiliti, interaktif,
meningkatkan motivasi dan ianya mampu menyokong gaya pembelajaran kendiri
(Margaryan, Littlejohn, & Vojt, 2011; Nubi & Vincent, 2020; Thomas, 2001). Penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mampu bertindak sebagai pemangkin
meningkatkan potensi keberkesanan proses penyampaian isi pembelajaran pendidikan
formal (Akilli, 2007), merangsang pembelajaran aktif (Dori & Belcher, 2005),
mempersiapkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran, kemahiran dan pengetahuan yang
telah dipelajari (Gredler, 2004). Malah penggunaan mampu memberikan kefahaman
terhadap isi pembelajaran yang berbentuk abstrak (Janitor, Jakab, & Kniewald, 2010) dan
menggunakan bantuan teknologi secara efektif di dalam membantu menambah baik proses
pengajaran dan pembelajaran (Rieber, 2005). Namun timbul persoalan, adakah VR ini
sesuai digunakan sebagai bantuan teknologi yang efektif dalam pengajaran dan
pembelajaran digital bagi penyampaian kursus berbentuk kerja tangan atau hand on.
Page
26
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
2.0 TINJAUAN MASALAH
Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNEVOC) telah menggariskan bahawa kebanyakan negara-negara membangun
melihat pendidikan teknik dan vokasional berpotensi membasmi kemiskinan dan
melahirkan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran serta mampu memenuhi kehendak
pasaran pekerjaan semasa (DiCerbo, 2009; Maclean, 2005). Perkara ini secara tidak
langsung telah menunjukkan kepentingan peranan institusi politeknik di negara ini, bukan
sahaja sebagai institusi pendidikan teknikal awam terpenting, malah penubuhannya juga
selari dengan keperluan pendidikan teknikal yang dilihat berkembang dan semakin
diberikan perhatian di seluruh dunia. Usaha berterusan yang diambil ialah dengan
memperkasakan lagi institusi politeknik, antara langkah praktikal yang telah diambil oleh
sistem pendidikan negara ialah dengan menjadikan bidang pemerkasaan institusi politeknik
perlu dilihat responsif terhadap keperluan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai
bidang keberhasilan utama negara seiring dengan permintaan terhadap tenaga kerja
berkemahiran dalam bidang TVET yang semakin melonjak sejajar kepesatan revolusi
industri 4.0 (IR4.0) (Siti Nur Mas Erah, 2013; Zakbah, 2018). Bagi memacu perkembangan
Malaysia seiring dengan negara maju yang lain, tenaga kerja dalam TVET perlu diberi
tumpuan utama dan dipertingkatkan (Zakbah, 2018).
Namun, usaha bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran TVET ini sedikit
terjejas dengan menularnya pandemik COVID-19 yang melanda dunia, bukan sahaja
ekonomi dan kesihatan malah juga telah mengubah landskap penyampaian pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Berdasarkan Times Higher Education Survey keatas 200 responden
daripada universiti terkemuka dari 48 buah negara menyatakan beberapa kekangan keatas
PdP norma baharu, e-pembelajaran tidak akan sama keberkesanannya seperti penyampaian
pengajaran secara tradisional. Ini dikukuhkan lagi dengan dapatan daripada kajian
University of Illinois menyenaraikan lima isu utama dalam PdPDT, pertama kesediaan
pelajar daripada segi mental dan fizikal dalam menerima e-pembelajaran, kedua kesediaan
pengajar untuk menyampaikan serta menggunakan kaedah penyampaian yang sesuai, ketiga
melibatkan pentadbir dari segi pembentukan polisi dan peruntukan kewangan, keempat
merujuk kepada persekitaran pembelajaran dalam talian dan yang kelima, merupakan
kesediaan keberkesanan penggunaan teknologi yang canggih sekalipun, jika tidak betul
kaedah penyampaiannya, sudah keberkesanan penyampaian akan gagal (University of
Illinois, 2020). Walau bagaimanapun, isu-isu utama yang disenaraikan oleh Universiti
Illinois ini, menunjukkan sebaliknya. Kajian yang dijalankan oleh Kogan, Klein, Hannon
dan Nolte terhadap pembelajaran bidang ortopedik, pembedahan elektif yang menjadi rutin
para pelajar telah digantikan secara drastik dengan alat pembelajaran berasaskan web dan
simulasi pembedahan bagi memastikan kualiti penyediaan rawatan pesakit sentiasa berada
ditahap tertinggi, hasilnya adalah sama dengan kaedah penyampaian secara tradisional
(Kogan, Klein, Hannon, & Nolte, 2020). Oleh yang demikian, tidak mustahil penggunaan
kaedah penyampaian e-pembelajaran mampu menjadi salah satu bahan bantu mengajar
yang berpotensi dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan sentiasa berada
di tahap yang baik. Seiring dengan penyenaraian isu utama dalam PdPDT oleh Universiti
Illinois, maka adalah perlu satu kajian awalan bagi meninjau pendapat para pensyarah
politeknik khususnya dalam menghadapi norma baharu dalam PdP. Pemilihan responden
Page
27
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
adalah berdasarkan pensyarah yang mengajar kursus-kursus berbentuk kerja tangan atau
hand on dan telah mengajar melebihi 15 tahun sebagai prasyarat. Dapatan kajian yang telah
dijalankan ke atas tujuh pensyarah Politeknik melalui kaedah temubual berstruktur adalah
seperti berikut;
i. Pensyarah 1: Pensyarah Kanan
Situasi pandemik COVID-19 yang melanda kini telah mengubah landskap
penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP). PdP secara dalam talian adalah pilihan
utama. Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak sesuai untuk kursus praktikal dan hand on.
Oleh itu, kita perlukan satu penyampaian baharu yang lebih berkesan dan menarik bagi
menggantikan kaedah penyampaian praktikal secara tradisional ini.
ii. Pensyarah 2: Ketua Program
Pembelajaran yang paling berkesan perlu dijalankan secara Flipped classroom
kerana struktur pembelajaran yang bertumpu kepada kumpulan pelajar dalam
melaksanakan aktiviti kumpulan atau secara praktikal. Oleh kerana itu, sesi pertemuan
kaedah pembelajaran ini amat penting di mana pelajar perlu hadir untuk kelas praktikal
sahaja dan teori boleh dipelajari di rumah secara online. Tetapi untuk menggantikan kaedah
PdP secara Flipped classroom agak mustahil untuk dilaksanakan secara online, perlu ada
satu kaedah yang bersesuaian untuk menggantikan cara PdP tersebut.
iii. Pensyarah 3: Pensyarah Kanan
Pembelajaran digital terutama secara dalam talian memerlukan tumpuan dan
disiplin pelajar itu sendiri. Pensyarah tidak dapat memantau dan mengawal sepenuhnya
keterlibatan pelajar tersebut dalam setiap aktiviti PdP. Oleh yang demikian, perlunya satu
kaedah PdP yang menarik perhatian pelajar yang bukan sahaja melibatkan PdP dua hala
tetapi melibatkan pergerakkan pelajar agar mereka tidak merasa bosan.
iv. Pensyarah 4: Pensyarah
Pada pendapat saya, sesetengah kursus ada yang pelajar dikehendaki melaksanakan
kajian kes atau aktiviti PdP yang melibatkan sesuatu proses sama ada dalam ataupun di luar
kampus. Cabaran yang dihadapi ketika ini adalah keterbatasan pergerakkan pelajar dengan
aktiviti luar kampus dan penjarakkan sosial semasa melaksanakan aktiviti, menjadi
penghalang utama perlaksanaan kajian kes tersebut. Sekiranya ada kaedah pembelajaran
secara maya yang dapat membantu pelajar dalam meneroka situasi atau persekitaran bagi
membantu kajian kes tersebut, cabaran ini dapat diatasi.
v. Pensyarah 5: Ketua Program
Pada pandangan saya, kaedah PdP normal baharu ini memerlukan konsep PdPDT
yang bukan sahaja memenuhi kehendak sukatan pelajaran, tetapi perlu menitik beratkan
emosi penerimaan pelajar itu sendiri. Bayangkan mereka mengikuti pembelajaran secara
Page
28
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
dalam talian sepanjang hari tanpa interaksi sosial secara nyata. Kemungkinan pelajar akan
berasa tertekan dan emosi mereka terganggu. Kita perlu mewujudkan satu situasi PdP yang
dapat mempengaruhi fizikal dan emosi pelajar, sekaligus dapat mengekalkan momentum
mereka ketika belajar terutama bagi kursus yang berbentuk kerja tangan atau hand on.
vi. Pensyarah 6: Pensyarah Kanan
PdP secara dalam talian memang boleh dilaksanakan tetapi tidak secara keseluruhan
kursus terutamanya yang melibatkan praktikal sepenuhnya. Jika mahu dilaksanakan,
pembelajaran praktikal secara rakaman video atau simulasi melalui perisian adalah kaedah
yang sesuai. Namun begitu, kaedah ini kurang memberi impak kepada pelajar dari segi
penumpuan terutama pembelajaran secara kendiri.
vii. Pensyarah 7: Pensyarah
Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, keterbatasan penggunaan makmal bagi
menampung bilangan pelajar dalam kapisiti yang terhad bagi sesuatu kerja amali memberi
cabaran dalam perlaksanaan kerja praktikal.
3.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, dapatan temuduga berstuktur menunjukkan responden
bersetuju dengan PdPDT dapat membantu proses penyampaian isi pembelajaran normal
baharu. Walaubagaimanapun, para pensyarah perlu persiapan dari segi motivasi kendiri,
pengawalan tekanan emosi, kesediaan mental dan disiplin yang tinggi dalam PdPDT. Ini
secara tidak langsung akan membantu meningkatkan kefahaman terhadap kesukaran pelajar
dalam penerimaan kandungan pembelajaran yang hendak disampaikan. Hasil dapatan juga
bersetuju, pembelajaran berbentuk praktikal, kerja tangan atau hond on adalah sukar untuk
disampaikan. Namun, berdasarkan analisis meta keatas 66 kertas kajian yang melihat kesan
penyampaian PdPDT bagi pembelajaran berbentuk praktikal, kerja tangan atau hond on
dibantu dengan penggunan teknologi yang betul berupaya memberikan hasil pembelajaran
yang memberangsangkan (P. Wang et al., 2018). Berdasarkan dapatan ini, menunjukkan
kelemahan penyampaian PdPDT bagi pembelajaran berbentuk praktikal, kerja tangan atau
hond on boleh diatasi dengan bantuan teknologi yang betul.
4.0 CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN
Penggunaan bantuan teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
walaupun direkabentuk dengan baik tetapi mempunyai kelemahan elemen pedagogi boleh
diperbaiki dengan melibatkan teknologi tersebut dengan strategi pembelajaran aktif (Naps
et al., 2002). Elemen visualisasi seharusnya mampu memberikan kesan pembelajaran yang
lebih baik, walaubagaimanapun jika tidak melakukan latihan yang kerap maka pastinya
hasil pembelajaran yang mengecewakan (Janitor et al., 2010; Merchant, Goetz, Cifuentes,
Keeney-Kennicutt, & Davis, 2014). Pembelajaran boleh dicapai melalui penggunaan
interaksi yang aktif diantara dimana pendidik menyediakan sokongan, sumber dan galakkan
untuk pelajarnya belajar (Rieber, 2005).
Page
29
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Berdasarkan dapatan kajian tinjauan ini, teknologi VR dilihat mempunyai potensi
yang baik untuk dijadikan alat bantu mengajar bagi pembelajaran berbentuk praktikal, kerja
tangan atau hand on yang memerlukan pengalaman sebenar pelajar. VR yang dibangunkan
oleh Jaron Lanier pada tahun 1989 merupakan istilah yang digunakan untuk persekitaran 3-
Dimensi (3D) yang dijanakan oleh komputer serta membolehkan pengguna memasuki dan
berinteraksi dengan realiti alternatif (Isdale, 2003). VR mampu memberi pengalaman yang
baharu kepada pengguna dengan mencipta perasaan teruja dan seronok untuk mencuba
sesuatu yang baharu dan meyeronokkan (de Mello & Gobara, 2014). VR juga dilihat
berupaya menyampaikan bahan pembelajaran dalam bentuk tiga dimensi (3D), menyokong
pembelajaran dalam konteks pandangan orang pertama, visualisasi konsep yang abstrak,
menyokong persembahan bahan pembelajaran pelbagai dimensi, menyokong pembelajaran
aktif dan pembelajaran penerokaan (Hundhausen, Douglas, & Stasko, 2002; P. Wang et al.,
2018; Peng Wang et al., 2018).
5.0 CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN
Teknologi pendidikan senantiasa mengalami evolusinya yang tersendiri. Bagi tujuan
mengenalpasti punca sebenar masalah yang telah dibincangkan diatas. Naps et al. (2002)
mencadangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk melihat keberkesanan iaitu
perkembangan pelajar, jumlah masa pembelajaran kendiri yang digunakan, gaya
pembelajaran, orientasi pembelajaran dan kepuasan pelajar. Kajian yang melihat
keberkesanan potensi VR termasuklah keupayaan untuk mempersembahkan bahan
pembelajaran dalam bentuk tiga dimensi (3D), menyokong pembelajaran dalam konteks
pandangan orang pertama, visualisasi konsep yang abstrak, menyokong persembahan bahan
pembelajaran pelbagai dimensi, menyokong pembelajaran aktif dan pembelajaran
penerokaan. Perlaksanaan hasil cadangan kajian ini perlu mengambil kira kesemua aspek
seperti yang dinyatakan tadi. Namun, aspek normal baharu merupakan perkara utama yang
harus diambil kira, penjarakan sosial dan tiada kaedah penyampaian tradisional. Ini adalah
secara tidak langsung merupakan sokongan institusi TVET bersama membendung
penularan COVID-19 tetapi pada masa yang sama merapatkan jurang keperluan IR4.0.
Kajian masa depan ditumpukan kepada pelajar. Pelajar diharap dapat memberikan
maklumat yang lebih jelas terhadap cadangan penyelesaian permasalahan ini.
6.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dapatan kajian tinjauan ini mendapati, para pensyarah
politeknik menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pembelajaran berbentuk praktikal,
kerja tangan atau hand on yang memerlukan pengalaman sebenar pelajar. Kesukaran ini
disebabkan kaedah pembelajaran PdPDT yang digunakan tidak memainkan peranan yang
diharapkan sebagai pemangkin keberkesanan pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh
bantuan penggunaan teknologi yang tepat diperlukan dapat menjadi pemangkin kepada
pembelajaran berkesan. Walaubagaimanapun kajian ini hanya tertumpu daripada perspektif
para pensyarah yang mengajar. Kajian lanjut perlu dijalankan menerusi perspektif yang
berlainan pula. Penggunaan bantuan teknologi dalam penyampaian PdPDT bagi
pembelajaran berbentuk praktikal, kerja tangan atau hand on yang memerlukan pengalaman
Page
30
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
sebenar pelajar belum lagi dikaji sepenuhnya. Pembelajaran berkesan harus menjadi
keutamaan bagi sesebuah pembangunan bahan pengajaran berbantu teknologi.
RUJUKAN
Akilli, G. K. (2007). Games and simulations: A new approach in education? In D. Gibson,
C. Aldrich, & M. Prensky (Eds.), Games and simulations in online learning:
Research and development frameworks (pp. 1–20). Hershey: Idea Group Inc.
Alexander, B., Ashford-Rowe, K., Barajas-Murphy, N., Dobbin, G., Knott, J., McCormack,
M., … Weber, N. (2019). Educase Horizon Report 2019 Higher Education Edition.
In NMC Horizon Report.
De Mello, D. A. A., & Gobara, S. T. (2014). Teacher Mediation in a Collaborative
Learning Laboratory of Physics, a Virtual Environment for Teaching and Learning.
Creative Education, 05(20), 1812–1820. https://doi.org/10.4236/ce.2014.520202
DePAN. (2011). Dasar e-pembelajaran negara - Institusi Pengajian Tinggi (p. 34; K. P. T.
Malaysia, Ed.). p. 34. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
DiCerbo, K. E. (2009). Hands-on instruction in the Cisco Networking Academy. ICNS’09.
Fifth International Conference on. IEEE, 581–586.
https://doi.org/10.1109/ICNS.2009.23
Dori, Y., & Belcher, J. (2005). Learning electromagnetism with visualizations and active
learning visualization in science education. In J. Gilbert (Ed.), Visualization in
Science Education (Vol. 1, pp. 187–216). https://doi.org/10.1007/1-4020-3613-2_11
Gredler, M. E. (2004). Games and simulations and their relationships to learning. In
Handbook of research on educational communications and technology (pp. 571–
582).
Hundhausen, C. D., Douglas, S. A., & Stasko, J. T. (2002). A meta-study of algorithm
visualization effectiveness. Journal of Visual Languages and Computing, 13, 259–
290. https://doi.org/10.1006/S1045-926X(02)00028-9
Isdale, J. (2003). Introduction to VR technology. 302.
https://doi.org/10.1109/vr.2003.1191178
Janitor, J., Jakab, F., & Kniewald, K. (2010). Visual learning tools for teaching/learning
computer networks: Cisco Networking Academy and Packet Tracer. Networking
and Services (ICNS), 2010 Sixth International Conference, 351–355.
https://doi.org/10.1109/ICNS.2010.55
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Page
31
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Kettanurak, V. N., Ramamurthy, K., & Haseman, W. D. (2001). User attitude as a mediator
of learning performance improvement in an interactive multimedia environment: An
empirical investigation of the degree of interactivity and learning styles.
International Journal of Human Computer Studies, 54(4), 541–583.
https://doi.org/10.1006/ijhc.2001.0457
Kogan, M., Klein, S. E., Hannon, C. P., & Nolte, M. T. (2020). Orthopaedic Education
During the COVID-19 Pandemic. Journal of the American Academy of Orthopaedic
Surgeons, 456–464. https://doi.org/10.5435/JAAOS-D-20-00292
Maclean, R. (2005). Orientating TVET for sustainable development introduction to the
open file. PROSPECTS, 35(3), 269–272. https://doi.org/10.1007/s11125-005-4264-
2
Margaryan, A., Littlejohn, A., & Vojt, G. (2011). Are digital natives a myth or reality?
University students’ use of digital technologies. Computers and Education, 56(2),
429–440. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2010.09.004
Martín-Gutiérrez, J., Mora, C. E., Añorbe-Díaz, B., & González-Marrero, A. (2017).
Virtual technologies trends in education. Eurasia Journal of Mathematics, Science
and Technology Education, 13(2), 469–486.
https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00626a
Merchant, Z., Goetz, E. T., Cifuentes, L., Keeney-Kennicutt, W., & Davis, T. J. (2014).
Effectiveness of virtual reality-based instruction on students’ learning outcomes in
K-12 and higher education: A meta-analysis. Computers and Education, 70, 29–40.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2013.07.033
Naps, T. L., Rößling, G., Almstrum, V., Dann, W., Fleischer, R., Hundhausen, C., …
Velazquez-Iturbide, J. A. (2002). Exploring the role of visualization and
engagement in computer science education. ITiCSE-WGR ’02 Working Group
Reports from ITiCSE on Innovation and Technology in Computer Science
Education, 131–152. https://doi.org/10.1145/960568.782998
Nincarean, D., Phon, E., Ali, M. B., Dayana, N., & Halim, A. (2013). Potensi Teknologi
Augmented Reality dalam Pembelajaran Sains: Satu Tinjauan Terhadap
Penyelidikan Lepas. Second International Seminar on Quality and Affordable
Education, (Isqae), 326–336.
Nubi, O. J., & Vincent, O. R. (2020). Virtual Reality: A Pedagogical model for Simulation
Based Learning. 2020 International Conference in Mathematics, Computer
Engineering and Computer Science, ICMCECS 2020.
https://doi.org/10.1109/ICMCECS47690.2020.240895
Page
32
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rieber, L. P. (2005). Multimedia learning in games, simulations and microworlds. In R. E.
Mayer (Ed.), The Cambridge Handbook of Multimedia Learning (Vol. 16, p. 663).
https://doi.org/10.1075/idj.16.1.13pel
Siti Nur Mas Erah, A. (2013). Politeknik tawar pengajian pelbagai bidang. Sinar Harian.
Sun, P.-C., & Cheng, H. K. (2007). The design of instructional multimedia in e-Learning: A
media richness theory-based approach. Computers & Education, 49(3), 662–676.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2005.11.016
Thomas, R. (2001). Interactivity & Simulations in e-Learning. Multiverse Solutions Ltd.
Bellshill.
University of Illinois. (2020). Strengths and Weaknesses of Online Learning. Retrieved
July 5, 2020, from University of Illinois Springfield website:
https://www.uis.edu/ion/resources/tutorials/online-education-overview/strengths-
and-weaknesses/
Wang, P., Wu, P., Wang, J., Chi, H. L., & Wang, X. (2018). A critical review of the use of
virtual reality in construction engineering education and training. International
Journal of Environmental Research and Public Health, 15(6).
https://doi.org/10.3390/ijerph15061204
Wang, Peng, Wu, P., Wang, J., Chi, H. L., & Wang, X. (2018). A critical review of the use
of virtual reality in construction engineering education and training. International
Journal of Environmental Research and Public Health.
https://doi.org/10.3390/ijerph15061204
Zakbah, H. (2018). RI 4.0: TVET tumpuan utama. Sinar Harian.
Page
33
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Smart Energy Socket (Soket Tenaga Pintar)
Norlie Yuzzana Binti1, Ibrahim Aqilah Husna Binti Abdul Halim2, Ibnul Asiff Bin
Malek3
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
2Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
3Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
ABSTRAK
Soket Tenaga Pintar telah dibina untuk memberi peringatan kepada pengguna sekiranya
terlupa untuk memutuskan bekalan elektrik setelah menggunakan peralatan elektrik dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Idea ini diperolehi daripada pemerhatian dan pengalaman
kami dimana pengguna kurang peka dan lalai untuk menutup kembali suis elektrik setelah
menggunakan sesuatu perlatan elektrik. Objektif projek ini adalah untuk mencegah
daripada berlakunya kerosakan kepada peralatan elektrik dan soket dengan memberi
peringatan kepada pengguna dengan menggunakan aplikasi Arduino Mega, Memberi notis
peringatan segera menggunakan pesanan di telefon sebelum berlaku kerosakan dengan
menggunakan aplikasi ‘Blynk’ dan memaparkan isyarat peringatan kepada pengguna
melalui bunyi dan cahaya daripada Buzzer dan LED. Inovasi ini menggunakan Arduino
Mega Module, IR sensor, litar buzzer dan litar Relay. Inovasi Soket Tenaga Pintar dapat
digunakan untuk membantu pengguna untuk mengurangkan risiko kerosakan pada soket
seterusnya menjimatkan tenaga elektrik akibat pengguna terlupa untuk mematikan plug
bekalan setelah tamat menggunakan peralatan elektrik.
Kata Kunci: Soket Tenaga Pinta
1.0 PENDAHULUAN
Di dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, banyak peralatan telah dicipta
untuk membantu kehidupan seharian manusia. Demi kelangsungan hidup dan
memudahkan cara bekerja kebanyakan isi rumah telah membeli dan menggunakan
peralatan yang berdasarkan penggunaan elektrik, seperti seterika, televisyen, periuk nasi
dan bermacam-macam lagi. Dan semua ini menggunakan kuasa yang tenaga elektrik yang
dibekalkan oleh pihak TNB. Tetapi disebabkan kesibukan dalam menguruskan kehidupan
seperti terlambat untuk ke kelas atau terbangun lewat untuk ke pejabat, pengguna
seringkali terlupa untuk mematikan suis bekalan elektrik. Ini boleh menyebabkan
kerosakan pada soket mahupun boleh menyebabkan kebakaran terutama penggunaan
saterika yang dibiarkan terlalu lama tanpa menutup suis.
Page
34
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Oleh itu, untuk mengelakkan daripada kejadian seperti ini berlaku inovasi Soket
Tenaga Pintar telah dibangunkan dan ianya akan dapat mengelakkan daripada kerosakan
atau kebakaran peralatan serta turut membantu dalam penjimatan tenaga elektrik melalui
telefon pintar mereka dengan memberi notis pemberitahuan sekiranya pengguna terlupa
mematikan atau mencabut plug pada soket dalam tempoh masa tertentu. Soket tenaga Pintar
adalah sebuah projek yang dapat mengesan kehadiran arus pada plug dan suis semasa suis
di hidupkan. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Arduino serta
menggunakan sistem IOT untuk berfungsi. Ini berdasarkan beberapa kajian lepas mengenai
rekabentuk sistem kawalan rumah pintar berdasarkan teknologi android [1] yang
menggunakan telefon pintar unuk mematikan atau menghidupkan bekalan. Selain itu
pelbagai skema komunikasi yang boleh dugunakan sebagai perkakasan sambungan tanpa
wayar seperti wifi, ZigBee, Bluetooth dan juga sambungan berwayar seperti LAN untuk
menghantar data dari perkakasan ke peralatan kawalan [2].
Soket Tenaga Pintar akan memberi notis amaran yang telah ditetapkan mealui
kaedah tanpa wayar pada aplikasi di telefon pintar pengguna. INTERNET of Things atau
sering disebut IoT yang dicetuskan Kevin Ashton sekitar tahun 1999, adalah konsep
jaringan komunikasi antara benda sekeliling, menerusi internet yang tersambung secara
terus-menerus [3]. Dengan terhasilnya projek ini ianya juga dapat menyahut seruan
kerajaan didalam industri 4.0 bahawa Industri Teknologi Peranti Pintar (Internet of things)
adalah termasuk dalam sembilan tonggak utama di dalam industry 4.0 atau IR4.0 didalam
Dasar Nasional Malaysia terbaru yang dilancarkan pada 31 Oktober 2018 oleh Mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir [4].
2.0 PENYATAAN MASALAH
Hari-hari ini, kebanyakan kita harus menyelesaikan banyak tugas sepanjang hari.
Kadang-kadang tugas ini cenderung membuat kita melupakan perkara asas pada waktu
tertentu. Sebagai contoh, kita lupa mematikan sebarang peralatan elektrik yang biasa kita
gunakan ketika kita terlalu sibuk atau bergegas menyelesaikan perkara yang perlu
dilakukan secepat mungkin. Oleh itu, ini boleh menyebabkan kerosakan kritikal atau
kerosakan elektrik jika peralatan dihidupkan terlalu lama terutama peralatan yang
menggunakan tenaga haba dan menggunakan penggunaan elektrik yang tinggi. Lebih
malang lagi akibat terlupa mematikan dan mencabut plug boleh mengakibatkan kes
kebakaran. “Disebabkan terlupa menutup suis periuk elektrik, seorang peniaga di
Kompleks Niaga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Limbongan, di sini,
terpaksa berputih mata selepas kedai makannya hangus, awal pagi tadi” [5]. Ini antara
contoh yang sering berlaku akibat kecuaian pengguna untuk mematikan suis ketika
meninggalkan rumah atau premis perniagaan.
Oleh itu, keselamatan harta benda dan mengelak daripada pembaziran elektrik
adalah menjadi perhatian utama di mana-mana premis kediaman atau komersial.
Kepanasan dan penggunaan elektrik yang tinggi adalah elemen penting dalam
pertimbangan keselamatan dan ini boleh menyebabkan litar pintas. Kajian di dalam inovasi
ini membantu merancang sistem berasaskan sistem IOT menggunakan litar Arduino Mega
ATmega2560 untuk memberi amaran kepada pengguna melalui aplikasi di telefon pintar
Page
35
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
pengguna agar pengguna menerima amaran seterusnya mematikan bekalan setelah tidak
menggunakan peralatan tersebut. Ini dapat menjamin keselamatan peralatan disamping
dapat menjimatkan tenaga elektrik seterusnya menggelak daripada kejadian kebakaran
akibat daripada litar pintas. Sistem ini juga dapat menjimatkan tenaga elektrik daripada ia
terbiar tidak digunakan.
3.0 OBJEKTIF INOVASI
Objektif inovasi ini adalah:
i. Untuk mencegah daripada berlakunya kerosakan kepada peralatan elektrik dan plug
soket dengan memberi peringatan kepada pengguna dengan menggunakan litar
kawalan mikro Arduino Mega ATmega 2560.
ii. Memberi notis peringatan segera menggunakan pesanan di telefon pintar
menggunakan wifi module ESP8266 dengan menggunakan aplikasi ‘Blynk’
iii. Untuk memaparkan isyarat amaran secara visual dengan pemasangan buzzer untuk
memaparkan isyarat bunyi pada soket tenaga pintar.
4.0 KEPENTINGAN INOVASI
Inovasi ini sangat penting untuk membantu pengguna dalam meningkatkan tahap
keselamatan penggunaan peralatan elektrik, seterusnya tempat kediaman. Soket Tenaga
Pintar ini dibina sebagai prototype yang akan digunakan di rumah, ia lebih tertumpu pada
kawasan rumah atau pejabat kecil yang cenderung mempunyai peralatan elektrik. Projek
ini dibina berdasarkan model pengesan haba dan sistem penjimatan tenaga. Projek ini
dibina untuk mengesan arus elektrik yang berlebihan dan terbiar lama pada soket atau suis.
Beberapa litar elektronik dan juga perisian diperlukan untuk menghasilkan projek ini.
Projek ini terbahagi kepada dua (2) bahagian utama yang terdiri daripada plug pintar dan
juga telefon pintar. Ia boleh terdiri daripada beberapa jenis yang lain tetapi mempunyai
teknologi yang sama [6].
Projek ini juga menggunakan konsep ‘Internet of Things (IOT)’, kerana projek
kami difokuskan pada rangkaian yang disertakan dengan pengaturcaraan dan IOT. Arduino
MEGA ATmega2560 berfungsi sebagai bahagian utama untuk mengawal fungsi ini. Selain
itu, Wifi module ESP8266 sebagai mikrokawalan untuk digunakan wifi, selain itu sensor
IR digunakan dan memberikan output kepada buzzer untuk membuat bunyi sebagai
penggera. Pengaturcaraan yang digunakan dalam projek ini akan disusun menggunakan
perisian Arduino MEGA dan kemudian akan dimuat ke dalam mikrokontroler Arduino
MEGA untuk melaksanakan keseluruhan proses. Setelah proses tersebut dilaksanakan,
isyarat di proses dengan menghantar pesanan melalui telefon pintar pengguna dengan
menggunakan aplikasi Blynk melalui telegram manakala litar akan mengeluarkan bunyi
yang kuat daripada buzzer untuk memberi amaran kepada pengguna sekiranya mereka
terlupa untuk mematikan / menutup suis bekalan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.
Page
36
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
5.0 METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN
Metodologi atau kaedah kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
aturcara perisian dan perkakasan. Untuk bahagian perisian, projek ini menggunakan
perisian ‘proteus’ versi 7 dan juga perisian Arduino (ide) yang merupakan perisian sumber
terbuka (open source) yang boleh diprogramkan melalui operasi sistem window, Mac, OS
X. Di dalam platform perisian ini aturcara dibina bagi memberi arahan kepada litar wifi
mikrokawalan ESP8266 untuk beroperasi seperti yang dikehendaki.
Manakala untuk bahagian perkakasan pula ia terdiri daripada litar kawalan
‘Arduino Mega’ berdasrkan ATmega2560 yang mempunyai 54 pin digital
keluaran/masuan, 16 input analog, 4 siri port, sambungan USB, jek kuasa dan butang reset
[7]. Selain daripada itu ia terdiri daripada litar wifi module mikrokawalan ESP8266 yang
berfungsi untuk mengawal projek elektronik dimana sahaja di dalam dunia [8]. Terdapat
protocol TCP/IP yang membolehkan modul berkomunikasi dengan isyarat wifi. Litar IR
sensor pula akan mengesan samada suis on atau off dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan, seterusnya buzzer akan berbunyi dan isyarat dihantar ke litar kawalan melalui
aplikasi Blynk, notis pop akan dihantar ke telefon pengguna. Selain itu AC relay juga
diperlukan untuk sambungan ke bahagian bekalan arus ulang alik.
5.1 BLOK DIAGRAM
Rajah 1. Gambarajah Blok Projek Soket Tenaga pintar
5.2 Huraian Projek
Projek ini dinamakan Projek Tenaga Pintar kerana ianya adalah salah satu projek
yang boleh digunakan untuk menjimatkan tenaga elektrik melalui notis yang dihantar
melalui telefon pintar agar pengguna mematikan suis bekalan elektrik akibat tidak di tutup
dalam masa yang lama. Ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna dan masyarakat
sekeliling tentang keselamatan peralatan elektrik setelah mereka menggunakannya
terutama yang menggunakan voltan dan juga yang mengeluarkan haba yang tinggi seperti
seterika dan periuk nasi elektrik. Ini bagi membantu pengguna menjimatkan penggunaan
Page
37
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
tenaga elektrik dirumah, juga untuk keselamatan peralatan dan paling utama untuk
mencegah kebakaran akibat kelalian tidak menutup suis bekalan. Dengan ada nya projek
seperti ini diharap agar membantu pengguna terutama golongan yang seringkali terlupa
mematikan dan mencabut plag peralatan elektrik.
5.3 Huraian Blok Diagram
Berdasarkan Gambarajah blok Litar Sensor IR dan litar relay AC bertindak sebagai
masukan kepada litar kawalan ESP 8266 sebelum dihantar kepada Litar Arduino Mega.
Litar IR sensor bertindak sebagai data masukan kepada Arduino Mega ke litar keluaran
Buzzer, litar wifi mikrokawalan ESP8266 serta telefon pengguna. Manakala Litar Relay
AC bertindak sebagai penukar tenaga daripada litar buzzer dan aplikasi blynk yang
dipaparkan pada bahagian keluaran setelah menerima data daripada litar wifi
mikrokawalan ESP8266.
5.4 Operasi Litar
Pengguna akan meletakkan plug peralatan elektrik seperti seterika, periuk nasi pada
soket yang telah disambungkan dengan soket tenaga pintar. Setelah soket tenaga pintar di
aktifkan dan pengguna terlupa untuk mematikan bekalan isyarat akan diaktifkan melalui
aplikasi blynk seterusnya pesanan akan di sampaikan kepada pengguna. Dalam masa yang
sama isyarat dari buzzer turut bekerja dan mengeluarkan bunyi untuk memberi peringatan
kepada pengguna.
5.5 Peralatan
Rajah 2. Arduino Mega module.
Page
38
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rajah 3. ESP8266 Microcontroller Module
Rajah 4. AC Relay
Rajah 5. Buzzer
Page
39
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rajah 7. Litar Skematik Soket Tenaga Pintar
Rajah 8. Soket Tenaga Pintar
6.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN
6.1 Hasil Dapatan
Projek Soket Tenaga Pintar ini telah berfungsi dengan baik nya dan telah
bersambung dengan kesemua module dan peralatan yang digunakan seperti buzzer dan AC
Relay. Isyarat yang diberi keluaran kepada buzzer dan aplikasi telefon Blynk
Page
40
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rajah 8. Prototype Soket Tenaga Pintar
Rajah 9. Soket Tenaga Pintar sedang digunakan.
Rajah 10. Pesanan ‘Please Take Out plug’ Melalui Aplikasi Blynk
Page
41
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Rajah 11. Plug Dibuka tanpa menutup suis
Rajah 12. Pesanan “Please Switch Off” di terima Melalui Aplikas
6.2 Perbincangan
Daripada analisi yang dilakukan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
melalui module wifi yang telah diprogramkan untuk mengawal keseluruhan operasi inovasi
Soket Tenaga Pintar ini. Untuk menghasilkan hasil dapatan sebegini ia memerlukan usaha
dan juga kemahiran dalam menyambung setiap module dan komponen dengan litar
kawalan utama Arduino Mega dan kemahiran dalam memprogramkan setiap arahan yang
diperlukan.
Projek Soket Tenaga Pintar akan menjadi bertambah nilai jika diberi tambahan
beberapa output yang lain seperti suis dapat di padamkan secara automatik dengan
menggunakan telefon pintar apabila mendapat pesanan amaran di telefon pintar pengguna.
Ini memerlukan penggunaan IOT yang lebih besar dan juga pengaturcaraan yang lebih
rumit seperti penggunaan module ‘Respberry pi’ untuk penggunaan rangkaian tanpa wayar
Page
42
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
yang lebih meluas. Disamping itu juga ia boleh dijadikan projek rumah pintar. Salah satu
ciri rumah pintar adalah dengan menghasilkan inovasi soket pintar yang boleh digunakan
dalam sistem pengurusan tenaga rumah pintar [9]. Selain daripada itu juga rumah pintar
boleh dihasilkan dengan menerapkan litar kawalan jauh dimana fungsi butang on/off dapat
di lakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar disamping ditambah litar meter
untuk pengurusan tenaga [10].
7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan Projek Soket Tenaga Pintar ini dapat membantu dan memberi
kebaikan kepada pengguna. Objektif projek ini juga tercapai dengan penghasilan keluaran
seperti yang telah dirancang. Ianya dapat mencegah daripada berlakunya kerosakan kepada
peralatan elektrik dan plug soket, Soket Litar Pintar juga dapat memberi notis peringatan
segera menggunakan pesanan di telefon pintar pengguna dengan menggunakan aplikasi
‘Blynk’ serta memaparkan isyarat amaran secara visual dengan pemasangan buzzer pada
soket. Untuk perancangan masa depan beberapa penambahan boleh dilakukan pada projek
ini dengan penambahan aplikasi suis on/off hanya dengan menggunakan telefon pintar serta
penggunaan litar wifi yang lebih stabil agar ianya boleh menjadi bertambah bernilai dan
sedia dipasarkan untuk kegunaan masyarakat setempat.
RUJUKAN
[1] Sukandar Sawidin, Deitje Sofie Pangoh, Ali Akbar Sreven Ramschie “Design of
Smart Home Control System Based on Android” International Conference on
Applied Science and Technology (ICAST),
[2] A. Mahmood, N. Javaid, and S. Razzaq, "A review of wireless communications for
smart grid," Renewable and Sustainable Energy Reviews, vol. 41, pp. 248-260,
2015.
[3] Dr Zakiah Mohd Yusoff (2019) Manfaat teknologi IoT sejajar IR 4.0 dimuat turun
daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/560682/manfaat-
teknologi-iot-sejajar-ir-40.
[4] Manokaran Mottain (2019) IR4.0: On the brink of technological revolution dimuat
turun daripada
https://www.thestar.com.my/business/businessnews/2019/05/25/ir40-on-the-brink-
of-technological-revolution
[5] Nurul Fhatihah Zakinan (2019) Padah lupa tutup suis periuk elektrik dimuat turun
daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/534154/padah-lupa-tutup-suis-
periuk-elektrik
[6] Ayush Kumar (2016). Home Automation Via Bluetooth Using The Arduino Uno
Microcontroller.California State University: Degree Master Report.
Page
43