The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ABG MOHD SARAFUDDIN BIN ABG MOHD HASHIM, 2021-04-11 22:39:53

koku merge

koku merge

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

10.5 Jenis-jenis Rekreasi

Terdapat berbagai jenis rekreasi, antaranya ialah:-
i. Rekreasi Fizikal

Rekreasi fizikal adalah aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang
individu seperti berbasikal atau berjogging.

ii. Rekreasi Sukan
Reakreasi Sukan adalah aktiviti yang memerlukan beberapa pasukan untuk
bermain. Antara aktiviti rekreasi sukan adalah seperti bola sepak, bola jaring,
bola tampar dan bola keranjang.

iii. Rekreasi Sosial
Rekreasi Sosial memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam
kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti
Sukaneka, Suka Rakyat dan Aktiviti Hari Keluarga.

iv. Rekreasi Mental / Linguistik
Aktiviti ini memerlukan keupayaan mental dan minda seperti berdebat, berpidato
memanah dan bermain catur.

v. Rekreasi Terapuetik
Aktiviti rekreasi ini seperti mendengar muzik dan bersenam robik.

vi. Rekreasi Gerak Tari
Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki,
tangan, kepala anggota badan yang lain seperti senaman Tai Chi dan Yoga.

vii. Rekreasi Drama
Rekreasi ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu dengan
melakukan aktiviti seperti Teater.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 10

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Orieentering:

Lokasi: Di sekitar kawasan institut atau lokasi bersesuaian yang berdekatan
dengan institut.

1. Pelajar dibahagikan kepad kumpulan yang sama bilangannya. Setiap
kumpulan akan melantik seorang ketua.

2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap
kumpulan.

3. Pada kad kompas terdapat beberapa “check point” yang perlu dicari.
Setiap “check point” pelajar adalah dihendaki membuat pemerhatian di
stesen tersebut serta menjawab soalan yang disediakan.

4. Contonhya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-
bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun.

5. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan
dibekalkan dengan kompas untuk mencari arah

6. Fasilitator akan menerangkan cara penggunaan kompas sebelum aktiviti
dijalankan.

7. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
8. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut selang masa tertentu.
9. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja adan

menjawab semua soalan dengan betul adalah diistiharkan sebagai
pemenang dan mengumpul mata individu/kumpulan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 10

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT : 10.0

Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat
manusia.Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan
melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan
keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah
alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak
henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.

Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu
hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima
iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada
(wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim
setahun sekali. Sebelum Kota Mekah dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa
bermukim di bawah khemah.

BIBLIOGRAFI:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://studentipg.blogspot.com/2011/03/perkhemahan.html

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 10

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 12.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Rasional Kursus

Pendedahan dalam kelas sahaja secara teori berhubung pengetahuan ikhtiar hidup
tidak mencukupi bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi keadaan kecemasan.
Para pencinta kegiatan luar dan rekreasi sememangnya telah bersedia dengan setiap
cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah
diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar
mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan
luar. Diharapkan kursus ini akan dapat memberikan pendedahan tentang teknik ikhtiar
hidup yang betul kepada para peserta bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan
khususnya ketika keperluan terhadap kemahiran ikhtiar hidup ini. Kemahiran dan teknik
yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh
kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu.

Sinopsis Kursus

Kursus ini merangkumi perkembangan aktiviti asas kembara dan mempelajari
kepelbagaian teknik ikhtiar hidup dalam aspek keselamatan diri dengan menggunakan
sumber alam semulajadi mengikut situasi dan kemudahan yang terhad. Kursus ini juga
memberi penekanan kepada pelajar dalam melaksanakan penganjuran program asas
kembara.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat:-

i. membentuk sikap bertanggungjawab dalam pemeliharaan da pemuliharaan alam
sekitar.

ii. membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya.
iii. mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan

untuk terus hidup.
iv. bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi

yang kurang baik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Editor
Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor
BKT

Panel of Editor
Shalyzam bin Mohamad Shukri
IKM Sik

Cover Design & Developed by
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018
This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES
i
Synopsis ii
iii
Credit page
2
Index 7
9
12.0 TEORI IKHTIAR HIDUP 10
13
12.1 Mendapatkan Air 14
12.2 Menyalakan Api
12.3 Mendapatkan makanan
12.4 Membina tempat perlindungan
Aktiviti

Bibliografi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 12.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk
terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu
ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup.

Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para
peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan
hutan, bukit, dan gunung.

PENGENALAN



Ikhtiar hidup bukan hanya usaha untuk hidup sahaja tetapi satu usaha untuk
keluar dari situasi tersebut. Ilmu ikhtiar hidup adalah penting sekiranya berlaku
pengembara yang tersesat di hutan ilmu ikhtiar hidup ini adalah diperlukan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,
di bukit, di hutan atau di mana sahaja.

2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.
4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:-

i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup
ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup.
iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

12.1 Mendapatkan Air

Air adalah sumber kehidupan. Tanpa adanya air kehidupan tidak dapat bertahan
lama. Air merupakan sumber utama yang diperlukan didalam keadaan ikhtiar hidup.
Anda tidak boleh hidup lama tanpanya, terutamanya ketika cuaca panas dimana anda
akan kerap kehilangan air semasa berpeluh. Walaupun anda berada di tempata yang
bercuaca sejuk, anda sekurang-kurangnya memerlukan 2 liter air sehari.

Lebih daripada 3/4 tubuh anda mengandungi cecair. Kehilangan cecair didalam badan
anda mengakibatkan kepanasan melampau, kesejukan melampau, tekanan dan
keletihan. Untuk mendapatkan sistem tubuh berfungsi secara efektif, anda perlu
menggantikan kehilangan air dalam tubuh. Apa yang anda perlukan sekarang adalah
untuk mengenalpasti serta mendapatkan sumber dan punca-punca air tersebut.

Hampir dalam kesmua persekitaran mempunyai air dalam tahap-tahap tertentu. Jadual
a-1 menyenaraikan sumber air yang boleh diperolehi dalam sesuatu persekitaran. Ia
juga mengandungi cara untuk mendapatkan air tersebut.

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan

Kawasan Salji dan ais mendapatkannya Jangan makan ais tanpa
Berais mencairkannya terlebih
Cairkan dan dahulu. Memakan ais boleh
bersihkan menurunkan suhu badan
dan mengakibatkan lebih
banyak kehilangan air
dalam badan.

Salji dan ais bukan lagi air
tulin dari tempat asalnya.

Ais laut yang bewarna
kelabu ataupun legap
mengandungi garam.
Jangan gunakannya
sebelum melakukan proses
penyah garaman. Ais laut
yang seperti kristal kebiru--
biruan mengandungi sedikit
garam didalamnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan

mendapatkannya

Di Laut Air laut Gunakan alat penyah Jangan minum air laut

garam (desalter-kit) tanpa penyahan garam.

Air hujan Kumpulkan air hujan Jika bekas mengumpulkan

menggunakan alat air diselaputi garam, cuci

penadah air hujan dengan air laut sebelum

ataupun sebarang menggunakannya (hanya

bekas boleh sedikit garam akan

menyimpan air. tertinggal pada bekas

tersebut).

.

Ais laut Lihat catatan untuk

Dalam kawasan berais diatas.
tanah/pasir
Pantai Gali lubang sedalam Cara lain ialah jika terdapat

mungkin hingga bekas ataupun tempat

mengandungi air mendidihkan air. Masukkan

didalamnya. bekas tersebut dengan air

Dapatkan beberapa laut kemudian didihkan.

ketul batu, nyalakan Perangkap wap air yang

api dan panaskan batu terhasil menggunakan kain

tersebut. Setelah bersih dan kemudian

panas, masukkan batu perahkan untuk

itu kedalam lubang mendapatkan air tersebut.

tersebut, hadangkan

sehelai kain bersih

pada permukaan

lubang tersebut untuk

memerangkap wap

air yang terhasil,

kemudian perah kain

tersebut untuk

mendapatkan air.

Rajah a-1 sumber-sumber air dalam keadaan yang berlainan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan
Gurun mendapatkannya
Dalam tanah Gali lubang Dikawas bukit pasir (dune
-Kawasan lembah sedalam mungkin
dan bertanah hingga air boleh belt), air boleh diperolehi
rendah meniris masuk
-Bekas alur sungai kedalamnya. dibahagian bawah
yang kering
-Kaki tebing tinggi Potong pada timbunan pasir tersebut
atau bukit batuan bahagian atas
tinggi kaktus dan iaitu dikawasan tanah yang
-lekukan terdalam keluarkan isinya
sekali dikawasan (pulp). Perahkan asal.
tasik yang kering isinya untuk
-Permukaan pasir mendapatkan air. Tanpa menggunakan
yang lembap seberang alat memotong
-Kawasan yang adalah sukar untuk
mempunyai memotong kaktus kerana
tumbuhan batangnya yang keras.

Kaktus / Cacti

Peringatan:
Jangan makan isi
kaktus. Isi kaktus
boleh dikunyah
didalam mulut
untuk menyedut
airnya tetapi
mesti dibuang
selepas itu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Persekitaran Sumber Air Cara untuk Catatan
Gurun
Celah atau rekahan mendapatkannya Suhu lampau yang
pada batu berubah-ubah diantar
Masukkan tiub malam dan siang
Batuan berliang atau yang sesuai untuk mengakibatkan
celahan kecil mengeluarkan air berlakunya kondensasi
Kondensasi/penyejatan pada rekahan pada permukaan logam.
pada logam tersebut. Jika
rekahan pada
batu tersebut
cukup besar, anda
bolehlah
menggunakan
sebarang bekas
untuk mencedok
air keluar.

Masukkan tiub
untuk menyedut
air keluar.

Gunakan kain
untuk menyerap
lembapan pada
logam, kemudian
perah kain untuk
mendapatkan air.

Berikut adalah tanda-
tanda yang perlu
diketahui semasa berada
di gurun untuk
membantu anda
menemui sumber air:

 Kesan jejak
selalunya
menemukan anda
kepada sumber
air. Anda mesti
mengikut arah
dimana jejak
tersebut akan
bersatu. Kesan-

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

kesan tapak
perkhemahan
tinggalan, abu
unggun api, najis
binatang dan
kesan jejakan
haiwan atau
manusia boleh
dijadikan tanda
kesan laluan yang
telah
ditinggalkan.
 Burung selalunya
terbang
berpusing-pusing
secara
berkumpulan
pada kawasan
yang berair.
Sesetengah
burung mencari
air pada sebelah
pagi dan senja.
Pada masa ini
mereka akan
terbang dengan
laju dan rendah.
Burung yang
bersiul pada
sebelah awal pagi
ataupun senja
menandakan
terdapatnya
sumber air
berdekatan.

Rajah a-1 sumber-sumber air dalam keadaan yang berlainan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

12.2 Menyalakan api

Kemahiran Menghidupkan Api

Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan
menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri
daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan
untuk menghidupkan api iaitu:

i. Ranting kering – Ranting yang digunakan untuk menyalakan api
ii. Kayu lambat terbakar – Kayu yang menghasilkan bara untuk
memanggang
iii. Kayu cepat terbakar – Kayu yang terbakar dengan kuat.

Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering,
jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya
apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul
masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan
yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba.
Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah
dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah
kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat
‘ bunga jarau’. Gunakan bahagian dalam yang kering.

Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat dibuat dengan menggunakan
kaedah berikut:

Geselan buluh dengan buluh

Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur
hingga kering.Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit
sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit
supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan
diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang
lagi buluh lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan
kedua dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh
lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata
parang.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam
pada buluh yang telah dicantumkan tadi.Pada permulaan buluh digeselkan dengan
perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi
panas akan mengeluarkan api. Api
itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan , cara untuk mengetahui
bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran.

Panah dengan busar (Kayu dengan kayu / kayu dengan buluh)

Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Bahagian Panah

Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di
hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar
buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi
diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu
sebagai pengimbang.

ii. Bahagian kedua (Pelapik)

Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya
ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi
dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing
dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan
panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan.

Gobek Api

Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga
menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti
cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang
3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk
Dijadikan anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan
lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang
dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut,
dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul
dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak
gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek

Pembalik cahaya

Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok
pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk
pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu
dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup
panas dan terus membakar.

12.3 Mendapatkan makanan

Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh
mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh
ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan
diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.
Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak
sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya
disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan
banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan.
Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib
seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang
buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan
diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau
pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang
kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian.
Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti
yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di kawasan tebing
sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk,
teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh
dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan.
Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan
untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

12.4 Membina tempat perlindungan

Keutamaan dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan
atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Bagi tujuan membina tempat
untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin. Pemilihan
tempat berteduh yang bersesuaian adalah penting sebagai perlindungan sementara.

Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting
ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan
yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat
dikawasan berhampiran.

Membina tempat perlindungan

Binaan tempat perlindungan sementara boleh didapati dari kawasan sekeliling
dan selamat daripada serangan binatang-binatang liar dan serangga yang merbahaya.
Pemilihan tempat perlindungan sementara ini sebaiknya adalah berhampiran dengan
sumber air dan kemudahan mendapatkan makanan.

Jenis-jenis tempat perlindungan

i. Pondok Sementara

Ini adalah jenis perlindungan yang paling mudah dibina untuk kegunaan pada
jangkamasa pendek dan dibina di atas tanah yang rata dan kering.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Pondok pelindung angin/sementara

Didirikan dengan rangka bumbung berbentuk “V” terbalik. Bumbung ditongkat
oleh 2 batang tiang dan dibuat daripada apa saja jenis daun seperti daun bertam,
nipah, senduduk dan lain-lain.

Sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit,
kawasan tanah lapang dan tepi pantai.

ii. Pondok jangka panjang

Pondok ini dibina sekiranya tempoh untuk tinggal dijangkakan dalam jangka
masa yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembap dan tidak rata.

iii. Pondok pisang sesikat / jangka panjang

Pondok ini didirikan dalam keadaan 4 tiang. Tiang hadapan adalah lebih tinggi
dari tiang belakang manakala bumbungnya curam ke belakang. Dalam
sesetengah keadaan ianya didirikan menggunakan 2 tiang dengan cara
bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Ianya sesuai didirikan di
kawasan tinggi dan lereng bukit.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Pondok dalam kawasan paya.
Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan
berpaya (rawang). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air
pasang.

Antara bahan-bahan binaan pondok perlindungan sementara yang boleh
digunakan ialah:-

i. Atap

Salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam
hutan boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-

a. Daun palas gajah dan palas biasa
b. Daun rumbia atau nipah
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau
e. Daun mengkuang
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain yang lebar dan bahan-bahan yang bersesuaian.

ii. Tiang dan Alang

Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok, kayu-kayu yang terdapat di dalam
hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz
yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk
jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas
hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan baha-bahan untuk
membuat atap.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

iii. Tali
Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang,alang dan
atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, rotan dan akar-
akar kayu yang boleh diperolehi dari hutan. Selain dari itu, pokok-pokok menjalar
yang kuat akarnya juga boleh digunakan sebagai tali pengikat tiang dan alang
pondok.

AKTIVITI PELAJAR

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda
dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-
i. Buat pembentangan melalui kerja berkumpulan tentang perkara berikut:-

a) Kaedah mendapatkan air
b) Kaedah menyalakan api
c) Kaedah mendapatkan makanan
d) Kaedah membina tempat perlindungan sementara.
ii. Bina model tempat perlindungan sementara di dalam hutan.

iii. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi pemuliharaan
Alam Sekitar di kawasan sekitar tempat perkehmahan anda.

iv. Bincangkan dalam kumpulan and acara-cara memasak tanpa menggunakan
bekas.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 12.0

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin
melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.

Ini adalah kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan
risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang
yang terlibat dalam kegiatan luar dan rekreasi.

Selain dari itu juga, ilmu ini membolehkan seseorang individu dapat meneruskan
kesinambungan “survival” hidup apabila berlakunya sesuatu kecemasan samaada di
daratan mahupun di lautan.

BIBLIOGRAFI:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://rekreasi3a2014.blogspot.com/2014/06/ikhtiar-hidup.html
4. http://blatkrs.blogspot.com/2010/06/ikhtiar-hidup.html
5. http://www.sabah.net.my/huzaimi/survival/air_tumbuhan/air01.html
6. myadha.blogspot.com/2010/08/ikhtiar-hidup-di-hutan.html

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 12

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 13.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Rasional Kursus

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri
dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi
menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Diharapkan kursus ini
akan dapat memberikan pendedahan tentang teknik ikhtiar hidup yang betul kepada
para peserta bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan khususnya ketika
keperluan terhadap kemahiran ikhtiar hidup ini. Kemahiran dan teknik yang dipelajari
juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap
peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu.

Sinopsis Kursus

Kursus ini merangkumi perkembangan aktiviti asas kembara dan mempelajari
kepelbagaian teknik ikhtiar hidup dalam aspek keselamatan diri dengan menggunakan
sumber alam semulajadi mengikut situasi dan kemudahan yang terhad. Kursus ini juga
memberi penekanan kepada pelajar dalam melaksanakan penganjuran program asas
kembara.

Hasil Pembelajaran

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat:-

i. membentuk sikap bertanggungjawab dalam pemeliharaan da pemuliharaan alam
sekitar.

ii. membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya.
iii. mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan

untuk terus hidup.
iv. bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi

yang kurang baik.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Editor
Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor
BKT

Panel of Editor

Cover Design & Developed by
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

First Edition, November 2018
This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Web Page: http://www.mara.gov.my

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

INDEX

UNIT CONTENTS PAGES
i
Synopsis ii
iii
Credit page
1
Index 2
3
9.0 TEORI IKHTIAR HIDUP 5
8
9.1 Pengenalan kepada Ikhtiar Hidup
9.2 Definisi Ikhtiar Hidup 12
9.3 Mental Survivor 13
9.4 Pengawalan Situasi
9.5 Teori Ikhtiar hidup
9.6 Jenis-jenis Ikhtiar Hidup
Self Assessment
Bibliografi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

UNIT 9 : TEORI IKHTIAR HIDUP

Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk
terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu
ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup.

Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para
peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan
hutan, bukit, dan gunung.

PENGENALAN



Ikhtiar hidup bukan hanya usaha untuk hidup sahaja tetapi satu usaha untuk
keluar dari situasi tersebut. Ilmu ikhtiar hidup adalah penting sekiranya berlaku
pengembara yang tersesat di hutan ilmu ikhtiar hidup ini adalah diperlukan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,
di bukit, di hutan atau di mana sahaja.

2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.

3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya.
4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:-

i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup
ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup.
iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

9.1 Pengenalan Kepada Ikhtiar Hidup

Ikhtiar hidup atau survival adalah segala usaha yang berkaitan untuk
meneruskan hidup apabila berada di dalam keadaan sekeliling yang boleh
menyebabkan kita mati. Kita memerlukan tempat berlindung seperti rumah untuk
membolehkan kita berlindung dari ancaman yang pelbagai. Ikhtiar hidup ini merupakan
satu keadaan di mana kita mencari jalan bagi meneruskan kesinambungan hidup di
tempat yang asing buat kita dan tempat yang dilanda bencana seperti peperangan dan
bencana alam. Ikhtiar hidup ini berlaku biasanya dalam keadaan kita tidak bersedia.
Oleh itu, ikhtiar hidup ini adalah penting untuk kita memahami psikologi ikhtiar hidup
dan teknik-tekniknya kerana mati itu bukan satu pilihan.

9.2 Definisi Ikhtiar Hidup

Menurut Kamus Dewan ikhtiar adalah pilihan atau berusaha mencari jalan bagi
mencapai sesuatu maksud. Di dalam konteks kegiatan luar, usaha atau ikhtiar yang
harus dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan itu supaya dia terus hidup ketika
menghadapi ancaman.

Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu
keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Di Malaysia yang mempunyai
kawasan hutan hujan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Ikhtiar
hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi
keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

9.3 Mental Survivor

Situasi yang mungkin dihadapi ketika melakukan kegiatan luar adalah seperti
kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang buas dan masalah
perlindungan. Sebagai contoh, makanan dan minuman memberi tenaga kepada kita,
rumah disediakan untuk kita lindungi daripada ancaman binatang dan cuaca buruk.
Terdapat beberapa cara untuk kita mencegah situasi tersebut seperti kita perlu
membuat perancangan dan persiapan secara teliti. Mental perlulah cekal dan berupaya
untuk menghadapi berbagai situasi yang timbul. Apabila sesat dalam hutan, factor yang
paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak
ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri
kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maksiima kemampuan
pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan
mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan
untuk terus hidup.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu
tidak mungkin akan terjadi pada diri kita. Kita perlu sedar, keperluan ikhtiar hidup
didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan
berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu
diatasi, dengan memahami undang-undang asas untuk ikhtiar hidup.

Ketahanan fizikal dan mental mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak
ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai
daya ketahanan fizikal.Ketahanan fizikal dan mental ini boleh dilatih dan
diperkembangkan dengan melatih diri dengan aktiviti latihan yang boleh meningkatkan
keupayaan fizikal dan mental. Walaupunfizikal kuat tetapi mental yang lemah mampu
mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak.

9.4 Pengawalan Situasi

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri
dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi
menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Situasi ikhtiar hidup boleh berlaku apabila terdapat:-

i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
ii. Ancaman binatang buas
iii. Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup pula dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

i. Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.
ii. Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
iii. Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan.
iv. Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
v. Material – peralatan,pakaian dan bekalan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Punca situasi ikhtiar hidup boleh berlaku,

i. Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat
perancangan,persiapan dan pelaksanaan kegiatan.

ii. Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bidang yang diceburi.

Situasi ikhtiar hidup dapat dikawal dan dicegah daripada berlaku melalui perancangan
dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),
fizikal (kecergasan/stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan,pakaian dan
bekalan).

9.5 Teori Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan
hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak.

Oleh kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja.
Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk
keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan
sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.

Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk
berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita
mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau
kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka
untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan
yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan
seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa
kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil
untuk mereka mengatasi keadaan tersebut.

Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu
dipatuhi:-

1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat,
kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga
kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam
setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan.

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.

a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih
dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa
berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak
pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu
malam.

2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur
yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan
serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan
dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini
mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam
menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup
khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti
di bawah:-a. Perubatan:-
i. Panadol untuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini
kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-
tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup,
tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak.
Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan
untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-
peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu.Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu.
Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau
bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan.
Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit.Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian
kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit,
bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut.Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir
dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu
pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan
bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut
yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.a. rasa kelat dan sepatb.
rasa loya. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit.Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama
hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan
tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan
itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

5. Makan sedikit.Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita
boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada
sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh
dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-

1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan
kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGAN

Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita
dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang
kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan
seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan
menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

9.6 Jenis-jenis Ikhtiar Hidup (survival)

Ikhtiar hidup atau survival dikategorikan dalam 4 bahagian:

i. Jungle Survival
ii. Sea Survival
iii. Desert Survival
iv. Antartik Survival

i. Jungle survival ( ikhtiar hidup di hutan )

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat
aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.

Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi
berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai
masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat.
Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi
sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.

Kita perlu ketahui bahawa di dalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung
dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna
bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus
membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian
yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh
kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

ii. Sea Survival ( ikhtiar hidup di lautan)

Bertahan hidup di atas laut bukanlah hal yang mudah. Apakah Anda terdampar di laut
akibat kecelakaan pesawat, perahu tenggelam, maupun ditarik ke laut oleh arus, hal itu
pasti akan menjadi pengalaman yang paling menakutkan. Dengan mengikuti tips untuk
bertahan hidup di bawah ini, Anda akan mempelajari beberapa strategi untuk menjaga diri
agar tetap hidup hingga pasukan penyelamat tiba.

Suhu di laut dapat di kategorikan sebagai dingin jika suhunya kurang dari 21 darjah
celcius. Namun untuk suhu air laut di negara kita berkisar antara 26 hingga 29 darjah
celcius. Walaupun negara kita termasuk dalam negara beriklim khatulistiwa namun jika
berada terlalu lama di dalam air maka ramai di antara kita yang tidak akan dapat
bertahan apatah lagi jika di saat malam hari.

Penyebab Utama Kecelakaan di laut

Terjebak dalam situasi survival di lautan adalah disebabkan oleh kemalangan samaada
berlakunya kemalangan kapal laut, kapal terbang ataupun tsunami (ditarik oleh ombak
laut dari pantai).

Faktor-faktor individu dapat bertahan di lautan lepas

i. Keadaan fizikal diri

Keadaan fizikal diri seseorang sangat berpengaruh bagi menentukan tempoh
bertahan di lautan. Fizikal yang sihat akan bertahan lebih lama dari yang sakit
atau tercedera.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

ii. Keadaan berat badan
Seseorang individu yang bertubuh yang lebih besar (gemuk) akan dapat bertahan lebih
lama daripada yang bertubuh kecil (kurus). Ini adalah kerana lemak adalah salah satu
sumber penghasilan kepanasan tubuh seseorang.

iii. Pakaian
Apabila berada di dalam air, jangan berfikir untuk melepaskan pakaian kerana pakaian
diperlukan bagi mengekalkan suhu tubuh.

iv. Jaket Apungan (Life Jacket)

Penggunaan “Life Jacket” adalah penting semasa berada di dalam air. Badan yang
terapung di dalam air yang dingin sangat memerlukan tenaga bagi memperlambatkan
keluarnya panas tubuh akibat gerakan yang tidak perlu.

iii. Desert Survival

Ketika berkenderaan atau berjalan melintasi gurun pasir, jalan akan terlihat seakan
tidak berpenghujung. Tiada apa-apa yang boleh dijadikan perlindungan di sepanjang
jalan berkilo-kilometer. Tidak ada sesuatu pun tanaman gurun, pasir yang kering dan
suhu panas. Sekiranya kenderaan anda rosak, anda akan terdampar atau terkandas di
pertengahan gurun yang tiada mempunyai apa-apa kemudahan. Kemungkinan untuk
anda keluar dari keadaan tersebut dalam tempoh yang singkat atau panjang tidak dapat
dijangkakan. Oleh itu, keperluan untuk mempelajari cara yang baik untuk mendapatkan
air dan bertahan hidup sehingga dapat diselamatkan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

Padang pasir atau gurun adalah salah satu tempat yang sangat berbahaya di muka
bumi ini kerana panas dan sinar matahari boleh membuat tubuh dehidrasi sehingga
metabolisme menjadi buruk dan berakhir dengan kematian. Kematian yang berlaku di
kawasan gurun pasir adalah disebabkan oleh dehidrasi dan kedinginan saat malam hari.
Seperti yang kita ketahui, manusia dapat bertahan tanpa makanan selama 3
bulan,tetapi tidak dapat bertahan tanpa air selama 1 minggu. Jadi apakah yang dapat
kita lakukan jika kita terputus bekalan air di kawasan gurun pasir.

Walaupun gurun pasir didapati gersang tanpa air tetapi sebenarnya tuhan telah
menyediakan air di penjuru bumi ini. Bezanya adalah ada yang mudah didapati dan ada
yang sukar didapati. Berikut adalah tips untuk mendapatkan air di gurun pasir:-

a. Sentiasa membawa air yang mencukupi
Oleh kerana terdapat kekurangan air di padang pasir, ia sentiasa lifesaver untuk
membawa air yang mencukupi dengan anda. Sekurang-kurangnya 1 gelen air setiap
orang diperlukan di padang pasir. Sekiranya anda tidak mempunyai air yang
mencukupi, batasi pengambilan anda. Jangan cakap banyak, merokok, minum alkohol,
atau makan makanan asin.

b. Pertimbangkan membawa telefon satelit
Anda mesti membawa telefon satelit bersama anda pada setiap masa. Terdapat banyak
kawasan di mana anda tidak akan menemui liputan telefon dan ketika itu anda
memerlukan telefon satelit.

c. Pakai cermin mata hitam pada waktu siang
Cahaya matahari yang terang boleh melemahkan penglihatan jauh dan menyebabkan
sakit kepala yang teruk. Anda mesti melindungi mata anda apabila anda berada di
padang pasir untuk menjaga kesihatan mereka.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

d. Gunakan lip gloss pada selang masa yang tetap
Jangan lupa untuk menambah jeli bibir-gloss / vaseline ke kit anda. Udara kering di
padang pasir cenderung menjadikan bibir anda kering dan retak. Untuk mengelakkan

ini, anda mesti menggunakan lip gloss pada selang masa yang tetap.

e. Sapukan pelindung matahari setiap 2 jam
Untuk menyelamatkan kulit anda yang terdedah daripada mendapat sinar matahari,
memohon pelindung matahari setiap 2 jam adalah satu kemestian. Matahari padang
pasir sangat panas dan boleh merosakkan sel-sel kulit anda dengan teruk. Adakah
menambah pelindung matahari dengan SPF yang tinggi dan spektrum luas di dalam
anda kit survival padang pasir. Anda juga boleh membaca tip untuk membungkus
bagasi untuk perjalanan percuma yang mudah.

f. Jangan keluarkan pakaian agar tetap sejuk
Sangat penting untuk menjaga badan dan kaki anda dilindungi dengan betul. Pastikan
memakai semua lapisan walaupun anda merasa panas. Mengeluarkan pakaian
mempercepatkan penyahhidratan dan akan memberikan anda terbakar matahari.

g. Bersiap sedia untuk kecemasan
Ia sangat penting untuk dilengkapi sepenuhnya dengan bekalan pertolongan cemas
dan ubat-ubatan yang diperlukan sebelum memulakan perjalanan anda. Sekiranya
anda mengalami asma atau diabetes, anda perlu berjumpa dengan doktor anda
sebelum memulakan perjalanan.

h. Berhati-hati dengan cuaca
Tutup wajah anda dengan berhati-hati jika anda melihat ribut debu. Anda mesti
mengelakkan zarah habuk daripada masuk ke dalam paru-paru anda. Ia boleh
memudaratkan anda. Cuaca di padang pasir sangat tidak dapat diramalkan. Walaupun
matahari bersinar terang, anda mesti bersedia untuk banjir kilat.

i. Menjalankan perkara yang diperlukan untuk menyalakan api
Pemetik api, rod Ferrocerium, blok Magnesium, kotak padanan kalis air dan pengikat
hendaklah menjadi sebahagian daripada kit anda. Kebakaran membantu dalam
pembersihan air, memberi isyarat dan melawan Hypothermia.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

iv. Antartika Survival
Dalam peta dunia terdapat satu kawasan kecil di bagian paling selatan bumi. Itulah
Antartika dikenali sebagai benua ke-7 keluasan 14000000 km2 yaitu meliputi
sepersepuluh daripada keluasan tanah dunia.

Manusia perlukan cahaya matahari atau haba, tetapi banyak organisme menghabiskan
seluruh hidup mereka dalam kesejukan dan kedinginan. Di Antartika terdapat sebuah
danau yang belum pernah tersentuh dengan cahaya matahari selama 120 000 tahun.
Bagi manusia, Antartika terlalu dingin dan berbahaya meskipun nampak indah tetapi
untuk haiwan seperti Penguin Kaisar ia adalah satu-satunya rumah yang mereka miliki.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PELAJAR

Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda
dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:-

Kumpulan anda ditugaskan untuk memasak menggunakan kaedah tradisional
iaitu menggunakan arang dan kayu api. Tujuan amali ini diadakan adalah untuk
melatih pelajar cara untuk memasak jika kita berada di dalam hutan.

Setiap kumpulan perlu menyediakan nasi, satu juadah utama iaitu terdiri
daripada protein yang perlu di bakar (ayam, ikan, daging), sejenis sayur, dan
satu hidangan tambahan sebagai penambah selera.

Gunakan peralatan asas memasak bagi tugasan ini. 10 markah akan diberikan
kepada setiap kumpulan bagi aktiviti amali ikhtiar hidup ini. Penilaian markah
adalah dinilai berdasarkan teknik memasak, kerjasama kumpulan, kekemasan
hidangan, dan juga kebersihan kawasan persekitaran memasak. Lokasi
perkemahan ditentukan oleh pengajar / jurulatih masing-masing.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 13

KO-KURIKULUM 1

_________________________________________________________________________________________________

RINGKASAN UNIT 9

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin
melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.

Ini adalah kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan
risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang
yang terlibat dalam kegiatan luar dan rekreasi.

Selain dari itu juga, ilmu ini membolehkan seseorang individu dapat meneruskan
kesinambungan “survival” hidup apabila berlakunya sesuatu kecemasan samaada di
daratan mahupun di lautan.

BIBLIOGRAFI:

1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html
2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm
3. http://rekreasi3a2014.blogspot.com/2014/06/ikhtiar-hidup.html
4. http://blatkrs.blogspot.com/2010/06/ikhtiar-hidup.html
5. http://segalanyadisini-chindek.blogspot.com/2011/08/ikhtiar-hidup-di-hutan.html
6. https://nadoutdoorlife.blogspot.com/2018/05/prinsip-dasar-dan-cara-bertahan

hidup.html
7. https://ms.tripnholidays.com/3018-desert-survival-10-tips-for-surviving-under-the-

scorching-sun-story-ms
8. http://news.lewatmana.com/ini-dia-cara-orang-eskimo-bertahan-hidup/

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 13


Click to View FlipBook Version