Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
RUMUSAN
DAN
PETIKANUMUM
Calon mesti cekap mengesan kata kunci isi tersurat. Contohnya jika kata kunci isi tersurat
adalah kelebihan/kebaikan/kepentingan/manfaat/faedah/keistimewaan, maka antara kata
kunci isi tersurat dalam petikan ialah:
- dapat/boleh/akan/mampu/berupaya/juga/untuk/menunjukkan dan seumpamanya/PW
Kata kunci isi tersurat ialah usaha/langkah/cara/kaedah/peranan/tanggungjawab:
- perlu/hendaklah/mestilah/haruslah/juga/boleh/PW
kata kunci isi tersurat ialah faktor/punca/sebab:
-kerana/juga/PW
kata kunci isi tersurat kesan/risiko/akibat/impak/implikasi:
-menyebabkan/akan/sebenarnya/PW
Calon juga boleh menanyakan diri (dalam fikiran) berpandukan kata tanya ‘APA’.
Contohnya apakah keistimewaan …. Jika isi yang dipilih tidak menjawab arahan
soalan tersebut, maka jelas isi yang dipilih itu tidak atau kurang tepat
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Markah penuh dibahagikan kepada: sebelum
a) Isi -20 markah perlu
b) Bahasa -10 markah
(a) Isi [20 markah]
Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
• nama khas
• perkataan berulang
• penggunaan kata sendi di dan ke
• tarikh
• angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
• gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja
diperiksa
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.Yang tidak
diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/ 2
Kesimpulan
Jumlah Markah 20
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
(b) Bahasa [10 markah]
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:
Peringkat Markah Markah Huraian
Isi Bahasa
-Kesinambungan isi baik
18-20 9-10 -Struktur ayat/tatabahasa baik
Baik 15-17 7-8 -Kosa kata luas
-Tanda baca/ejaan betul
-Kesinambungan isi masih baik
Sederhana 12-14 6-7 -Struktur ayat/ tatabahasa masih
8-11 4-5 memuaskan
-Kosa kata masih memuaskan
-Tandabacaan/ ejaan juga memuaskan
Lemah -Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan/ tidak memuaskan.
1-7 1-4
# ½ daripada markah isi.
Nota:
i. Jika bahasanya baik, tambah 1 markah lagi.
ii. Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
iii. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
iv. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
MEMBINA PENDAHULUAN RUMUSAN
LANGKAH 1 : MENULIS AYAT PENDAHULUAN
• Pendahuluan rumusan perlu mengandungi pernyataan isi tersurat dan isi tersirat yang
dibincangkan dalam petikan.
• Oleh sebab itu, pelajar perlu membaca keseluruhan petikan untuk mengenal pasti isu yang
dibincangkan dalam petikan.
Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan
a. Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
b. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
c. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti/sinonim dengannya.
Faktor Kesan Faedah Kekangan Peranan Langkah
Sebab Akibat Keistimewaan Kelemahan Fungsi Cara-cara
Punca Impak Kelebihan Keburukan Tanggungjawab Kaedah
Elemen Implikasi Manfaat Kekurangan Tugas Usaha-usaha
Kebaikan Halangan Tindakan
Kepentingan Batasan Pendekatan
Masalah Strategi
d. Mesti ada kata pangkal ayat:
Rumusan ini membincangkan______________________________________.
e. Ditulis dalam satu ayat atau satu perenggan.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Contoh soalan dan arahan :
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang
menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah
membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi
musuh utama manusia
Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-
punca / sebab-sebab .
Kemudian, tulis pendahuluan rumusan.
Rumusan ini membincangkan punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama
manusia dan langkah-langkah membanterasnya.
Latihan
1. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kelemahan
institusi keluarga dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Rumusan ini membincangkan………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
2. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
belajar secara berkumpulan dan sebab murid-murid tidak berminat belajar secara
berkumpulan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Rumusan ini membincangkan...........................................................................
.................................................................................................................. ..
....................................................................................................................
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
3. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang kepentingan
hutan bakau kepada negara ini dan langkah-langkah memuliharanya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Rumusan ini membincangkan……………………………………………................
………………………………………………………………………………...........
………………………………………………………………………………...........
4. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang faktor-
faktor yang mempengaruhi keghairahan orang ramai mengunjungi pusat beli-belah
dan ciri-ciri pusat beli-belah yang selamat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan
Lengkapkan ayat pendahuluan
Rumusan ini membincangkan……………………………………………................
………………………………………………………………………………............
………………………………………………………………………………...........
5. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah mengatasi gejala buli dan kesan-kesan gejala itu ke atas pelajar. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan:
Rumusan ini membincangkan……………………………....................................
................................................................................................................ ....
....................................................................................................................
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LANGKAH 2 :
TEKNIK MENGESAN ISI TERSURAT
• Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan / teks.
• Isi tersurat dapat dikesan berdasarkan arahan soalan.
• Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.
• Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi tersurat.
• Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
• Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi
penting sahaja.
Langkah 2a - Mengesan isi tersurat ( isi penting ) berdasarkan arahan dalam soalan
Untuk mengesan isi tersurat, guru boleh membantu pelajar mengenal pasti perkatan-perkataan yang
berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)
Bil . Arahan dalam soalan Perkataan yang sering kali digunakan dalam
ayat-ayat isi tersurat
`1. Punca Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/
menyumbang /
2. Kesan Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh
mendatangkan / menjadikan / menyebabkan /
membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi
dan sebagainya.
3. Langkah Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh /
sepatutnya / wajib
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Contoh 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan punca-punca yang menyebabkan
masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar, kesan-kesannya serta langkah-langkah
untuk menangani masalah tersebut. Tuliskan isi yang tersurat itu dalam jadual yang berikut.
Sejak akhir-akhir ini, masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sering disiarkan
di dada akhbar dan disiarkan oleh media elektronik. Masalah yang kian meruncing ini mendapat
perhatian serius semua lapisan masyarakat, baik ibu bapa, pendidik, pihak polis, mahupun ahli-ahli
politik. Pelajar di sekolah dianggap melanggar disiplin jika mereka melanggar peraturan-peraturan
sekolah seperti yang digariskan dan ditetapkan dalam Buku Peraturan Sekolah. Antara kesalahan
yang jelas tidak boleh dilakukan ialah seperti menghisap rokok, membawa senjata tajam, bergaduh,
dan sebagainya yang dianggap kesalahan berat. punca
Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah disiplin pelajar ialah kemerosoton
asuhan, didikan dan kawalan ibu bapa. Ibu bapa lebih banyak memberi tumpuan terhadap kerjaya
dan menyerahkan soal pembesaran anak-anak kepada pembantu rumah, pusat asuhan, tadika dapnunca
sekolah. Selain itu, pengaruh persekitaran turut menyumbang kepada peningkatan masalah
juvana dan disiplin pelajar. kesan
Masalah pelanggaran disiplin yang semakin serius berlaku di sekolah akan mempengaruhi suasana
belajar yang tidak selesa, sekali gus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Gejalakiensian
turut meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar yang menjadi mangsa. Perkara ini
menuntut pihak-pihak yang tertentu, khususnya Kementerian Pendidikan hendaklah mengamlbanilgkah
tindakan yang tegas dan segera. Langkah memberikan kuasa merotan kepada Guru Disiplin
Sekolah, di samping menempatkan lebih ramai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,
mungkin merupakan strategi yang terbaik untuk menangani masalah ini.
Pelajar-pelajar hari ini ialah pewaris masa hadapan. Kita harus bersama-sama
bertanggungjawab mencorakkan pemikiran dan arah tuju mereka agar menjadi generasi negara pada
masa hadapan yang lebih baik.
(Diubahsuaikan daripada Dewan Siswa :
Jenayah dan salah laku pelajar, Mac 2003)
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang berkaitan dengan kata
kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.
Bil Kata kunci / arahan Contoh ayat
1 Punca-punca - kemerosoton asuhan, didikan dan kawalan ibu
2 Kesan-kesan
bapa
3 Langkah-langkah - pengaruh persekitaran turut menyumbang
kepada peningkatan masalah juvana dan
disiplin pelajar.
- mempengaruhi suasana belajar yang tidak
selesa
- mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.
- meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar
yang menjadi mangsa .
- Kementerian Pendidikan hendaklah
mengambil
tindakan yang tegas dan segera
- Perlu memberikan kuasa merotan kepada
Guru
Disiplin Sekolah
- Akan menempatkan lebih ramai Guru
Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LANGKAH 3:
TEKNIK MEMBINA ISI TERSIRAT
Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang
diberikan.
Contoh: FOKUS 2 dalam soalan yang diberikan ialah:langkah mengatasi kekurangan air
bersih
Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
Kata tugas untuk FOKUS 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.
Tiada markah isi sekiranya isi tersebut diambil daripada petikan.
Pelajar digalakkan mengolah ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut gramatis dan lengkap.
Tumpuan isi tersirat(Peranan/Langkah/Cara/Kesan)
Kebiasaan pelajar sederhana atau lemah tidak dapat memberikan isi tersirat.
Ibu bapa Pihak sekolah Media Massa
Asuhan Pengajaran di dalam Pengiklanan
Didikan awal kelas
Kasih saying Promosi
Aktiviti kokurikulum berterusan
Peranan guru
Kerajaan Pertubuhan Badan Bukan Rakan Sebaya
Kerjasama Pengaruh positif
Penguatkuasaan Sokongan
undang-undang Sokongan kepada usaha
kerajaan
Dendaan/hukuman
Dana/modal
Dana/Modal
Kempen
Kempen kesedaran
Jalin kerjasama dengan
Kerjasama dengan pihak lain
Negara lain/luar
Hubungan diplomatic
Masyarakat * Sikap ambil tahu dan peduli/prihatin + Kerjasama/Sokongan
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Cara menulis isi tersirat
Antara langkah mengatasi kekurangan air bersih ialah ibu bapa memberikan didikan awal
kepada anak-anak atau pihak sekolah boleh memberikan pendedahan tentang langkah penjimatan air
sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
LANGKAH 4
MENULIS KESIMPULAN/ PENUTUP
Untuk menulis bahagian kesimpulan rumusan, pelajar dicadangkan:
• Mulakan dengan perkataan – Kesimpulannya…
• Menyatakan siapa yang perlu bertindak ?
• Menyatakan tindakan yang berkaitan dengan arahan soalan
• Gunakan penanda wacana – agar atau supaya
• Menyatakan apakah hasil tindakan itu?
Contoh bahagian kesimpulan:
Kesimpulannya,
Semua pihak – ( siapa)
hendaklah menjaga kebersihan sungai - (tindakan)
agar ( penanda wacana)
kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih. ( hasil tindakan )
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Contoh ayat lengkap.
1. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menjaga kebersihan sungai agar kita
sentiasa mendapat sumber air yang bersih.
2. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menangani masalah ponteng
dalam kalangan pelajar agar dapat melahirkan remaja yang bertanggungjawab.
3. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menjaga keindahan alam sekitar supaya
dapat mewujudkan suasana yang bersih.
4. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengalakkan pelajar mengambil
bahagian dalam aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan pelajar yang
berdisiplin.
5. Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah mengalakkan penggunaan Teknologi
Maklumat agar kita dapat melahirkan anggota masyarakat yang bermaklumat.
(1) (2) (3) (4)
Penanda wacana
Cadangan/Harapan/ Kata hubung Kesan/akibat/hasil
tindakan
Siapa yang harus
bertindak/fokus soalan
Kesimpulannya, semua pihak haruslah agar/supaya rakyat dapat hidup
bekerjasama menangani dengan selesa dan
isu air bersih harmoni
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN RUMUSAN SET 1
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat
dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan
minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh
dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu, coklat
ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang
dihasilkan daripada buah koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak
negara.
Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksida, kalsium, fosfat dan
vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun
demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat
sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak
antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia.
Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat
sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut.
Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda
seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana
bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-
olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks
kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan
kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat
melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.
Manfaat lainnya ialah coklat mempu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya.
Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka
diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung.
Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat
mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma
juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru.
Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun
begitu, manusia perlu berhati-hati kerna pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan
obesiti.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Rumusan ini membincangkan..........................................................................................................
................................................................................................................... (2 markah)
Kebaikannya ialah........................................................................................................................
Di samping itu,............................................................................................................................................
.........................................................Selain itu,..........................................................................................
.......................................................Tambahan pula,.....................................................................................
......................Seterusnya, ........................................................................................................................
Akhir sekali,.............................................................................................................................................
............................................................................................................... ........................
Antara cara memajukan industri coklat ialah............................................................................................
................................................................................................Di samping itu, ...........................................
............................................................................................................................. ..........
Kesimpulannya,.....................................................................mesti.................................................
...............................................supaya..........................................................(2 markah)
(Jangan melebihi 120 patah perkataan)
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Pendahuluan:-Rumusan ini membincangkan kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan
industri coklat.
Senarai isi-isi Tersurat:(Kebaikan makan coklat)
1. mengandungi pelabagai jenis zat makanan seperti serat dan vitamin.
2. pengambilan coklat boleh melegakan otot.
3. pemakan coklat akan berasa gembira.
4. aroma coklat mampu merehatkan minda pemakannya.
5. pengambilan coklat dapat menimbulkan perasaan yang rileks.
6. memakan coklat dikatakan boleh memanjangkan usia seseorang.
7. coklat yang boleh mencairkan darah mampu mengurangkan risiko serangan strok.
8. mampu mengurangkan asma kerana coklat boleh melegakan saluran pernafasan.
Senarai isi-isi Tersirat(Cara-cara memajukan industri coklat)
1. Memberi galakan kepada petani untuk mempertingkatkan hasil koko negara.
2. Membuka kawasan penanaman baharu bagi tanaman koko.
3. Mempelbagaikan kegunaan coklat kepada semua pengguna.
4. Mengkaji harga bahan-bahan berasaskan coklat di negara kita.
5. memberi penjelasan kepada pengguna tentang diet coklat.
6. peranan iklan atau media untuk menghebahkan kepentingan dan keistimewaan coklat.
Kesimpulan rumusan:
Kesimpulannya, pelbagai pihak mesti menyokong industri coklat di negara kita supaya industri ini
dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PETIKAN RUMUSAN SET 2
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa
kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan
dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah
bahasa setempat atau bahasa peribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional
yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.
Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah
berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah
dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik
yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai bahasa lingua franca, iaitu bahasa perhubungan
antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi
bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Walau
bagaimanapun, akibat penjajahan Barat, perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat. Tindakan
onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan kita untuk
menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.
Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk
mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah,
bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan
semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk
semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya
dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai
bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut
bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam negara kita.
Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk
menyatupadukan rakyat.
Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat, komunikasi yang berkesan dapat
dizahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah
memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan.
Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah
maruah negara dan maruah rakyat negara kita. Dalam konteks ini, martabat dan nama baik bahasa
Melayu perlu dijaga. Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas, yakni di atas mana-
mana bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Rumusan ini membincangkan..........................................................................................................
....................................................................................................................(2 markah)
Kepentingannya ialah..................................................................................................................
.
............................................................................Di samping itu,..................................................................
........................................................................................................Selain itu .................................................
....................................................................Tambahan pula,............................................................................
..............................Seterusnya,..................................................................................................................
Akhir sekali,...................................................................................................................................
Antara masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan
ialah........................................................................................................... Di samping itu,..............................
............................................................................................................................. .........
Kesimpulannya,.....................................................................mesti...........................................................
.
..........................................supaya...............................................................(2 markah)
(Jangan melebihi 120 patah perkataan)
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PETIKAN RUMUSAN SET 3
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari
segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah
anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada
kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan
kelembapan otak ini ada kaitan dengan faktor tidur.
Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan
aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam
sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi
melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang
mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian
mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu
dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak
juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang
kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu.
Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan
terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada
kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.
Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana
seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan
ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut pakar, badan kita
mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang
aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur
secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.
Selain tidur pada waktu malam. Amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat
menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa
tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko penyakit
jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan waktu
lewat petang. Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh
menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting
bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Rumusan ini membincangkan........................................................................................................
.....................................................................................................................(2 markah)
Kepentingannya ialah....................................................................................................................
............................................................................Di samping itu,....................................................................
...........................................................................................................Selain itu,..........................................
............................................................................................................................. ...........................................
Tambahan pula,................................................................................................................................................
........................................Seterusnya,...........................................................................................................
Akhir sekali,..............................................................................................................................................
..........................................................................
Antara cara mengatasi masalah sukar tidur
ialah..................................................................................................................................................................
................Di samping itu,................................................................................................................................
Kesimpulannya,.................................................................................mesti......................................
.........................supaya................................................................................(2 markah)
(Jangan melebihi 120 patah perkataan)
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PETIKAN RUMUSAN SET 4
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan halangan
melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan tanah air. Semangat ini sering dikaitkan
dengan semangat nasionalisme, iaitu semangat kenegaraan bagi membina dan membangunkan
negara.Semangat patriotik dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara
yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu. Semangat patriotik ini dapat menanamkan rasa tegas
diri dalam diri anak-anak muda. Tegas diri ini ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Kita akan berasa bangga apabila lagu kebangsaan dimainkan dan Jalur Gemilang
dikibarkan atau apabila negara mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang juga kejayaan di arena
antarabangsa. Pendek kata, semangat patriotik mampu meningkatkan daya juang dan jati diri serta
berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.
Semangat patriotik ini perlu disematkan dengan kukuh dalam kalangan generasi muda.
Contoh yang paling ketara ialah sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya dihayati oleh generasi
ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan
negara yang pernah dilakukan oleh negarawan kita beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, mereka
mungkin kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut.
Namun demikian, kesedaran tentang pentingnya kemerdekaan negara dalam hubungan tidak terlalu
bergantung pada negara lain amat perlu. Hal ini demikian kerana tanpa kebebasan membuat
keputusan sendiri dalam hala tuju pembangunan negara, kita akan terus menjadi hamba atau orang
suruhan kuasa lain. Kita juga akan mudah diperalatkan oleh negara lain untuk mencapai sesuatu
agenda mereka.
Semangat patriotisme ini bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal
dan minda. Hal ini membolehkan generasi kini mengukuhkan jati diri dan semangat kenegaraan bagi
membendung perkembangan gejala sosial untuk meruntuhkan akhlak dan akidah. Anak muda yang
tebal semangat patriotiknya tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial. Mereka tentunya sedar
akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju masyarakat masa
hadapan. Semangat patriotik dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk pelbagai
etnik. Dalam konteks budaya, perpaduan perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan hidup seharian.
Dalam hal ini, kita agak kurang bermasalah kerana generasi muda hari ini nampaknya lebih erat
hubungannya walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana wawasan
budaya kebangsaan nampaknya mempunyai kesan yang positif dalam kalangan mereka. Kedudukan
kumpulan etnik ini dalam pelbagai bidang kehidupan juga nampaknya sudah agak setanding seperti
peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Semangat patriotik ini perlu dijadikan landasan bagi meningkatkan kesetiaan terhadap
negara, tanpa mengira kaum dan dalam apa-apa jua situasi. Semangat ini juga amat perlu bagi
mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum. Hal ini dapat
memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menanam sikap serta
tanggungjawab bersama bagi menjayakan wawasan dan cita-cita negara. Akhirnya, semangat
patriotik mesti ditanamkan dalam generasi muda kita kerana semangat ini menyentuh soal maruah,
martabat, pembangunan, identiti dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ms 165 – 166)
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Rumusan ini membincangkan.........................................................................................................
.....................................................................................................................(2 markah)
Kepentingannya ialah ...................................................................................................................
............................................................................Di samping itu,.................................................................
...........................................................................................................Selain itu,..............................................
............................................................................................................................. ..........................................
Tambahan pula,............................................................................................................................................
........................................ Seterusnya,.........................................................................................................
.............................................................................. Akhir sekali,...............................................................
......................................................................................................................................
Antara halangan dalam melaksanakannya ialah.................................................................................
................................................................................................Di samping itu,....................................
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
.......................................................................................................................................
Kesimpulannya,................................................................................mesti.....................................
.........................supaya................................................................................(2 markah)
(Jangan melebihi 120 patah perkataan)
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan perkataan anda sendiri.
I. Berikan maksud meningkatkan daya juang seperti dalam petikan.
II. Mengapakah generasi muda perlu menghayati kemerdekaan?
III. Pada pendapat anda, bagaimanakah usaha yang perlu dilakukan bagi mengekalkan
kemerdekaan?
Jawapan:
I. Maksud meningkatkan daya juang ialah menambahkan semangat untuk bersaing.
II. Generasi muda perlu menghayati kemerdekaan agar mereka menghargai pengorbanan
generasi terdahulu di samping dapat melahirkan semangat cinta akan negara dan sentiasa
berusaha mengekalkan kemerdekaan negara.
III. Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan bagi mengekal kemerdekaan ialah dengan
mempertontonkan keperitan generasi lalu memperjuangkan kemerdekaan, mengekalkan
keharmonian hidup antara kaum di negara ini serta memberikan peluang pendidikan sama
rata/ tertinggi kepada rakyat. Kerajaan pula perlu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk dan
mempertingkatkan kekuatan pertahanan negara.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM
Soalan 2:
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d):
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/gramatis/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh(50%) daripada
markah yang diperuntukkan sahaja.
Panduan pemarkahan soalan pemahaman
1. Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
Jawapan tidak tepat/salah 0
2. Soalan 3 markah-
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup/kurang relevan tetapi ayat gramatis
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan,ayat gramatis 0
3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
Isi tidak cukup/kurang relevan tetapi ayat gramatis 2
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan,ayat gramatis 0
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PETIKAN UMUM (SOALAN 1-RUMUSAN)
1. Baca soalan dengan teliti untuk mendapat gambaran akan kehendak soalan
2. Soalan terbahagi kepada tiga iaitu:
a. Menjawab soalan rangkai kata- 2 markah
b. Menjawab soalan pemahaman petikan – 3 markah
c. Soalan kemahiran Berfikir – 4 markah.
3. Jawapan perlu menggunakan ayat yang lengkap.
4. Untuk soalan(ii) jawapan mesti diambil daripada petikan. Anda perlu
menggunakan ayat sendiri dan bukannya menyalin bulat-bulat daripada
petikan.
5. Pastikan jumlah markah yang diberikan. Jika soalan itu, tiga markah, anda
dicadangkan agar memberikan 2 atau 3 isi.
6. Untuk soalan 4 markah, anda dicadangkan untuk menghuraikan isi anda.(Isi +
Huraian). Sekiranya tiada huraian anda dicadangkan untuk menulis 3 atau 4 isi.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 1 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam
kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan ialah
tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan
tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk
mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih
menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan,
sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir
di setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi.
Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada dilakukan secara
berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat
yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan dan
memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak
sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu
dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk
bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan
diri sendiri.
Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang,
berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja
berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih
mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Secara tidak
langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan
sebaik-baiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam
pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan
aktiviti rekreasi.
Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju alam
kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah
tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa
terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki
badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan
mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi
menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan
masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh Berekreasi’,
Dewan Siswa, Januari 2010)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan . [2 markah]
(ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat
berekreasi ? [ 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
menggalakkan para pelajar berekreasi . Berikan tiga cadangan. [4 markah ]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 2 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan
perkhidmatan pengangkutan awam dan masalah-masalah perkhidmatan pengangkutan awam.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi perkara yang semakin serius. Keadaan ini berlaku
disebabkan tiadanya sistem perhubungan yang efisien antara pelbagai jenis pengangkutan awam, perjalanan
lambat disebabkan kesesakan, dan sikap warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri.
Akhirnya, peningkatan jumlah kenderaan persendirian yang begitu ketara turut menambahkan kesesakan ini
yang menjadi sebahagian daripada tekanan kehidupan harian masyarakat kota. Lantaran itu, pihak
Kementerian Pengangkutan menyasarkan sebanyak 25 peratus penduduk di negara ini menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam menjelang 2015 bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.
Setakat ini, hanya 16 peratus penduduk Malaysia menggunakan pengangkutan awam dan masih
belum mencukupi untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Menyedari keperluan tersebut, sebuah
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan oleh kerajaan untuk meningkatkan sistem
pengangkutan awam tanah air. SPAD bertanggungjawab mengawal selia dan merancang perkhidmatan
pengangkutan awam. Pihak kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam
bersepadu di bandar raya Kuala Lumpur dengan pembinaan pusat beli-belah baharu, Nu Sentral yang
bersambung dengan pengangkutan rel di Brickfields sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan
Utama Nasional (NKRA).
Melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam, kerajaan telah menimbangkan
beberapa inisiatif termasuklah memperluas perkhidmatan LRT dengan memanjangkan laluan. Jawatankuasa
tersebut turut membaiki mutu perkhidmatan komuter dengan pembelian koc-koc baharu dan melanjutkan
perkhidmatan komuter ke bandar-bandar baharu, selain bandar-bandar yang sedia diliputi. Selain itu, kerajaan
berusaha memantapkan perkhidmatan bas-bas awam dengan menambahkan bilangan bas dan hentian, serta
laluan-laluan perjalanan bas. Jawatankuasa tersebut juga bersetuju memperuntukkan RM10 bilion kepada
Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB). SPNB bertanggungjawab untuk menggantikan bas-bas usang
dengan bas baharu yang berharga RM400,000 sebuah. Pada masa yang sama, rasanya tidak lengkap jika tidak
disentuh soal teksi. Kerajaan memberikan suntikan dana tambahan sebanyak RM100 juta ke dalam Tabung
Pembangunan Pengangkutan Awam. Dana tambahan itu bertujuan untuk memberi pinjaman mudah kepada
pemilik teksi individu untuk membeli teksi. Diharap dengan berbuat demikian persepsi warga kota terhadap
pengangkutan awam dapat diubah.
Tegasnya, kerajaan amat berharap orang ramai sentiasa menggunakan pengangkutan awam sebagai
pilihan utama mereka apabila usaha penambahbaikan dilakukan. Kerajaan turut komited untuk
mengintegrasikan sistem pengangkutan awam dan menambah baik kemudahan untuk orang kurang upaya.
Harapan kita agar semua pengusaha pengangkutan awam turut meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
(Dipetik dan diubah suai daripada „Meningkatkan Perkhidmatan Pengangkutan Awam‟ Oleh Hj.
Samat Buang, Fokus SPM, November 2009)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata pilihan utama? [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang menyebabkan kesesakan jalan raya di negara ini.
Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]
(iii) Soal pemandu teksi mengenakan tambang sesuka hati masih terus menjadi rungutan. Pada pendapat anda,
apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi membanteras sikap pemandu teksi yang menaikkan tambang
sewenang-wenangnya? [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 3 : MPSM JOHOR
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa dalam
mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi
masa depan pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mernentingkan pencapaian akademik anak mereka. Namun
akhir-akhir ini banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik pelajar seperti masalah tidak beminat
belajar, ponteng sekolah, dan masalah disiplin. Masalah ini perlu ditangani segera supaya tidak menular
sehingga menggugat pembangunan modal insan di negara ini. Masalah tidak berminat terhadap pelajaran
bukan sahaja menyebabkan masa depan pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal ini
demikian kerana pelajar yang tidak berminat terhadap pelajaran banyak melibatkan diri dalam kes jenayah
terutama pelajar yang suka ponteng sekolah.
Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan seseorang anak itu
tidak rnempedulikan pencapaian akademiknya dan rnelakukan vandalisme malah terjerumus dalam kegiatan
jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak
secara sempuma. Tambahan pula, perubahan sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah
laku anak-anak menyebabkan mereka melakukan perbuatan negatif, bersikap agresif dan enggan mendengar
nasihat. Hal ini mengecewakan ibu bapa mereka.
Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapalan akademik ini, ibu bapa perlu memberikan tumpuan
kepada punca berlakunya kemerosotan tersebut. Apabila mengetahui puncanya akan memudahkan masalah
itu diatasi. lbu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak.
lbu bapa juga perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah
sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kumiaan Tuhan yang tidak ternilai.
Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak yang bijak.
Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni di samping mendidik
anak-anak dengan cara meluangkan banyak masa bersama dengan mereka seperti ketika belajar dan beriadah
akan dapat membuahkan hasil yang positif. Tidak kurang pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari
cara--cara yang berkesan untuk membimbing anak-anak.
Menurut pakar psikologi, langkah praktis yang lain adalah dengan memberikan pujian yang ikhlas
atas sesuatu kejayaan terutama dalam pelajaran atau tingkah laku yang baik. Anak-anak juga suka
memberikan pendapat mereka, jadi berilah peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat walaupun
pendapat itu mungkin kurang munasabah mengikut pandangan orang dewasa. Anak-anak yang selalu diminta
memberikan pendapatnya akan berasa diri mereka lebih dihargai. lbu bapa juga perlu mendengar keluhan
anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka. Dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, segala
usaha perlu bermula daripada institusi keluarga kerana mereka merupakan tonggak penting dalam sesebuah
keluarga.
(Dipetik dan diubahsuai daripada „Dilema Kemerosotan Pencapaian Akademik‟ oleh Tamcai
Lian,Dewan Masyarakat, April 2009)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata boleh menjejaskan nilai moral. [2 markah]
(ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan anak-anak melakukan perbuatan negatlf? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan o!eh pe!ajar untuk meningkatkan
pencapaian akademik mereka? [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 4 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya
tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Modul Kesihatan
Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan
Modul Kesihatan Mental ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Menurut
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari
pendekatan terbaik supaya modul tersebut dapat diajarkan di sekolah. Berdasarkan rekod KKM, bilangan
pesakit mental yang menerima rawatan di hospital awam meningkat daripada 15.6 peratus kepada 400,227
orang pada 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya. Kebanyakan pesakit mental terdiri daripada golongan
tua, dewasa, dan remaja.
Kebanyakan remaja yang mengalami tekanan mental datang daripada keluarga yang bermasalah.
Remaja ini tidak diberi peluang dalam keluarga untuk meluahkan perasaan, pandangan, atau masalah mereka
malah kebanyakan mereka hanya memendam rasa. Sekiranya perasaan ini sudah tidak dapat dikawal, remaja
tersebut akan cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan lalu bertindak
membuta tuli. Ibu bapa yang terlalu menekankan akademik juga menyebabkan mereka mudah mengalami
tekanan. Selain itu, penderaan secara fizikal dan mental juga menjadi faktor yang boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami tekanan. Individu yang pernah didera sama ada dipukul atau diperkosa
berkemungkinan besar akan mengalami tekanan. Tidak mustahil juga jika dikatakan bahawa kesihatan emosi
setiap insan amat berkait rapat dengan kesihatan mentalnya. Seseorang yang hidup mewah tetapi kurang
mendapat perhatian dan kasih sayang juga akan mengalami gejala ini. Mereka ini akan hilang semangat untuk
hidup.
Kematian seseorang yang disayangi dan penceraian ibu bapa merupakan antara contoh pengalaman
yang boleh memberikan kesan buruk termasuklah tekanan mental kepada seseorang. Pengalaman yang berupa
tragedi ngeri yang pernah dialami oleh seseorang itu menyebabkan mereka sering mengalami gangguan
emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang
disayanginya telah meninggal dunia. Kesannya, mereka akan diselubungi kesedihan yang berpanjangan lalu
membawa kepada tekanan mental dan sakit jiwa. Terdapat juga segelintir remaja yang gagal mencapai
keputusan akademik yang diharapkan juga akan menghadapi situasi yang sama. Mereka akan mengambil
keputusan untuk membunuh diri. Kecenderungan untuk mengambil tindakan yang tidak matang ini disokong
pula dengan faktor lain seperti sejarah keturunan keluarga. Pakar sakit jiwa membuktikan bahawa tekanan
mental boleh dikaitkan dengan keturunan. Jika keluarga ibu atau bapa seseorang itu pernah mengalami
tekanan mental yang teruk maka berkemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mudah mengalami
tekanan mental. Begitu juga kesan daripada kes bunuh diri yang dipaparkan dalam filem, siri televisyen,
mahupun Internet kadangkala membuatkan remaja terpengaruh oleh perbuatan tersebut lantas mereka
mengambil tindakan yang sama jika masalah tekanan yang dialami mereka itu berpanjangan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menangani Masalah Mental, oleh Yasmin Norhazleena Bahri
Md. Noor dan Tuan Nurizan Raja Yunus,Dewan Masyarakat, Mei 2011)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata, mencari pendekatan terbaik berdasarkan petikan di atas.
[2 markah]
(ii) Apakah kesan yang dihadapi oleh remaja jika mereka tidak dapat meluahkan perasaan, pandangan dan masalah
mereka kepada keluarga?. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah tekanan anak-
anak dalam pelajaran? . [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 5 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengelakkan individu
daripada keracunan makanan dan kepentingan makanan yang bersih kepada keluarga. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pelbagai pihak menyuarakan rasa kebimbangan terhadap kejadian keracunan makanan yang berlaku
di restoran atau di kantin sekolah sejak akhir-akhir ini. Apabila berlaku keracunan makanan, kes ini sering
dikaitkan dengan sikap tidak mengambil berat akan kebersihan makanan. Aspek kebersihan perlu diberi
perhatian bagi mengelakkan berlakunya pencemaran makanan. Kebersihan yang dimaksudkan bukan sahaja
pada makanan yang disajikan di atas meja, tetapi juga di persekitaran dapur. Kita perlu memastikan sinki
sentiasa bersih bagi mengelakkan bakteria membiak pada lubang sinki tersebut. Sekiranya kita membawa ahli
keluarga menikmati makanan di mana-mana restoran, kita wajar meninjau ruang dapur sama ada bersih
ataupun tidak.
Berdasarkan kajian dan laporan makmal, keracunan makanan berlaku akibat jangkitan bakteria,
protozoa, penggunaan racun serangga kepada sayuran dan buah-buahan yang berlebihan; virus daripada kulat
yang membiak pada makanan dan penggunaan bahan kimia. Kementerian Kesihatan mewajibkan pengendali
makanan berada dalam keadaan yang sihat. Di samping itu, mereka perlu mengambil suntikan bagi
menghindari penyakit berjangkit. Malangnya, kebanyakan daripada mereka tidak mementingkan kualiti
kebersihan diri dan kita sebagai pelanggan tidak pernah menegur pengendali makanan yang tidak peka
terhadap nilai kebersihan itu sendiri. Mereka sewajarnya membasuh tangan, memakai apron dan penutup
kepala supaya tidak menimbulkan keraguan kepada pengunjung ketika pengendali makanan menyediakan
makanan. Sesetengah pengendali makanan mengabaikan penutupan makanan. Sepatutnya, setiap makanan
hendaklah ditutup supaya tidak terdedah kepada habuk yang menjadi punca pembiakan kuman. Penyedia
makanan juga tidak mengambil berat terhadap kebersihan peralatan memasak sedangkan semua peralatan
memasak seharusnya dicuci dengan air panas bersabun sebelum dan selepas penyediaan makanan. Pengabaian
aspek ini akan mengundang lalat atau serangga memakan sisa-sisa makanan yang ada pada peralatan tersebut.
Selain itu, kita perlu merancang penyimpanan stok makanan mengikut keperluan. Jika membeli
daging sebanyak 3 kilogram dan keperluan memasak cuma 1 kilogram, daging selebihnya dibungkus dan
disimpan kembali di dalam peti sejuk. Dengan kaedah ini, makanan akan lebih segar, bersih dan bebas
daripada jangkitan kuman. Sebelum dimasak, daging daripada peti sejuk perlu dinyahbekukan pada suhu
tidak melebihi dua jam di dalam ketuhar gelombang mikro. Elakkan daripada menyimpan daging yang sudah
dinyah beku kerana bakteria sudah menapak di dalam daging tersebut. Pada hakikatnya memang sukar untuk
membezakan makanan yang telah dicemari atau tidak. Hanya cara pengendalian makanan yang menentukan
kebersihan makanan tersebut. Sesungguhnya, setiap individu perlulah berhati-hati ketika mengendali
makanan yang bersih untuk menjamin kesejahteraan hidup.
(Dipetik dan diubah suai daripada „Pengendalian Makanan Bersih Elak Jangkitan Bakteria‟ oleh
Sidang Pengarang, Pengguna, Ogos 2009)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan keraguan. [2 markah]
(ii) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan keracunan makanan. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang dapat anda lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami
keracunan makanan? . [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 6 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Klinik 1 Malaysia
dan cabaran dalam pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rancangan penubuhan Klinik 1 Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa
pembentangan Belanjawan 2010 pada 23 Oktober yang lalu telah menjadi kenyataan. Objektif utama Klinik 1
Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan
bandar. Pendekatan ini bersesuaian dengan konsep “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk
menampung kos operasi bagi 50 buah Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.
Penubuhan klinik ini mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.
Selain itu, klinik ini juga dapat mempertingkatkan akses penduduk bandar yang berpendapatan rendah dan
sederhana untuk mendapatkan rawatan perubatan ringan. Klinik 1 Malaysia dikendalikan oleh seorang
penolong pegawai perubatan dan seorang jururawat terlatih. Antara skop perkhidmatan yang disediakan
adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes penyakit kronik, dan melakukan prosedur rawatan
ringan. Klinik ini beroperasi setiap hari bekerja bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan melibatkan
penggiliran syif bekerja. Semua Klinik 1 Malaysia dibuka di kawasan berpenduduk melebihi 10 ribu orang
dan boleh dihubungi dengan cepat dan mudah.
Perkhidmatan perubatan merupakan keperluan asas bagi semua masyarakat di dunia. Malangnya,
golongan yang berpendapatan rendah di bandar sering menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan
rawatan di klinik mahupun hospital swasta. Tambahan pula, hospital dan klinik kesihatan kerajaan disediakan
di kawasan yang terlalu jauh bagi penduduk di kawasan penempatan tertentu. Mereka juga terpaksa
berhadapan dengan masalah kesesakan klinik kesihatan di kawasan bandar. Hal yang demikian ini
menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti.
Kewujudan kemudahan ini membuktikan bahawa kerajaan begitu komited dan mengambil berat masalah
kesihatan rakyat. Jabatan Kesihatan sentiasa memantau klinik ini bagi memastikan segala kemudahan dan
bekalan ubat mencukupi. Klinik 1 Malaysia juga menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan
berpendapatan rendah tanpa mengira kaum. Selain itu, Klinik 1 Malaysia dapat mengurangkan kesesakan di
hospital kerajaan.
Kenaikan harga barangan pengguna yang ketara menyebabkan penduduk berpendapatan sederhana
jatuh ke status golongan berpendapatan rendah. Keadaan ini mengjadi penghalang mereka mendapatkan
perkhidmatan perubatan yang lebih berkualiti di klinik dan hospital swasta kerana melibatkan kos yang tinggi.
Di samping itu, Klinik 1 Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap klinik-klinik
swasta yang mengenakan harga sesuka hati. Sewajarnya, kewujudan klinik ini dipandang positif kerana
mengambil kira kebajikan rakyat tanpa sebarang prejudis. Klinik ini juga tidak mementingkan keuntungan
kerana mengenakan bayaran serendah RM1.
(Dipetik dan diubah suai daripada „Klinik 1 Malaysia Memenuhi Aspirasi Rakyat‟ oleh Noor
Mohamad Shakil Hameed, Dewan Masyarakat, Mac 2010)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tanpa sebarang prejudis. [2 markah]
(ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah di bandar untuk mendapatkan
perkhidmatan kesihatan?. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan
kualiti perkhidmatan Klinik 1 Malaysia? . [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 7 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang keistimewaan sejarah dalam
kehidupan dan langkah-langkah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sejarah. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejarah ialah peristiwa yang sudah berlaku dalam kehidupan harian kita. Sejarah berkaitan dengan
diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. “Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya,” itulah kata-kata George Santayana yang dipetik daripada setiap bab dalam buku teks sejarah
yang digunakan di sekolah. Kita perlu menyelidik dan mendapatkan bukti yang sah tentang sejarah negara
daripada sumber yang sahih. Kita juga harus tidak mudah terpengaruh oleh maklumat yang dapat
melemahkan semangat patriotisme kita.
Menghayati sejarah negara, akan melatih kita menyanjung tinggi jasa masyarakat terdahulu dan
kebenaran fakta sejarah. Sejarawan ada mengatakan bahawa manusia tanpa sejarah akan kehilangan jati diri
mereka. Sejarah merupakan satu daripada elemen penting pembentukan jati diri dan menjadikan kita bangga
akan masa silam negara kita yang cemerlang. Sejarah negara turut menyemarakkan semangat patriotisme
dalam diri kita. Dalam hal ini, pengetahuan tentang warisan sejarah negara dapat membentuk keperibadian
diri yang masih utuh dengan nilai, adat, budaya, agama, bangsa dan negara dalam kalangan rakyat, terutama
generasi muda.
Sejarah mengajar kita tentang tindak-tanduk manusia yang dapat dijadikan teladan dan garis panduan
dalam menguruskan perlakuan dan keputusan kita pada masa sekarang. Pengetahuan sejarah yang mendalam
dapat dijadikan panduan bagi menbentuk jati diri seseorang tentang negaranya. Pengetahuan sejarah tentang
kemusnahan dan kesengsaraan manusia akibat konflik dan peperangan menjadi pengajaran untuk
mengelakkan persengketaan antara kita. Kekuatan keperibadian diri yang cita akan kedamaian membuatkan
kita benci akan persengketaan dan perbalahan sesama manusia. Jati diri individu membolehkan mereka
mengenal diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Sejarah keluarga dapat memperlihatkan kekuatan institusi keluarga yang kita warisi. Apabila kita
mengetahui asal-usul diri dan keluarga, hal ini sudah tentu akan menguatkan semangat kekitaan dan
tanggungjawab dalam kalangan anggota keluarga. Oleh itu, keperibadian diri yang kukuh juga turut
menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya. Catatan sejarah yang
memaparkan latar belakang proses pemasyarakatan dapat menyedarkan remaja tentang warisan kebudayaan
negara. Dengan cara ini, sejarah akan melahirkan individu yang berjiwa besar terhadap negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada „Sejarah Membina Jati Diri‟ oleh Koo Kee Ping, Dewan Siswa, Januari,
2009)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan semangat patriotisme?. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa contoh kesan kekuatan jati diri kepada individu.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menghargai jasa pejuang
kemerdekaan negara? . [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 8 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bersarapan dan
usaha-usaha untuk menggalakkan tabiat bersarapan dalam kalangan masyarakat. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tabiat pemakanan yang sihat adalah dengan pengambilan sarapan, makan tengah hari, dan makan
malam secara tetap. Sarapan merupakan pengambilan makanan pada waktu pagi sebagai alas perut sebelum
melakukan aktiviti seharian. Jumlah yang dimakan lebih kurang satu pertiga daripada jumlah makanan
seharian. Kebiasaannya, di negara kita sajian sarapan berupa kuih-muih, nasi lemak, roti canai, dan nasi
goreng. Tabiat bersarapan mempunyai pelbagai kepentingan dalam kehidupan manusia.
Sajian sarapan membekalkan zat gizi yang mempengaruhi stamina dan tumpuan seseorang murid di
dalam darjah. Mereka yang kekurangan zat gizi biasanya akan cepat berasa lemah, lesu, pucat, pening, penat,
dan hilang tumpuan. Sajian sarapan yang baik adalah dengan mengikut panduan piramid makanan. Sekurang-
kurangnya seseorang harus bersarapan dengan sepotong roti, sebutir telur, dan segelas susu. Semua orang
harus tahu bahawa sarapan merupakan penyumbang utama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan
lebih baik. Sememangnya tidak mudah untuk menerapkan amalan bersarapan sebagai rutin komuniti moden,
terutama dalam kalangan kanak-kanak. Mengambil sarapan yang berkhasiat dapat membantu seseorang
menurunkan berat badan. Hal ini merupakan amalan yang tidak disedari oleh orang ramai. Malahan,
pengambilan sarapan setiap hari akan mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung, dan strok.
Para saintis mentakrifkan sarapan sebagai sajian yang mampu mengaktifkan saraf otak. Pengambilan
sajian makanan secara betul pada awal pagi mempunyai kaitan dengan kecergasan mental. Hal ini demikian
kerana sarapan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka, dan fokus. Sarapan
juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif semasa melaksanakan tugas sama ada di sekolah
ataupun di tempat kerja. Kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M)
Berhad pada tahun 2001 terhadap 12 000 orang murid sekolah rendah mendapati bahawa lebih 30 % kanak-
kanak sekolah rendah tidak bersarapan. Kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan sarapan secara tidak
teratur menyebabkan 2% kanak-kanak mengalami masalah berat badan dan 13.2% kanak-kanak mengalami
masalah kurang berat badan.
Orang yang bersarapan mempunyai tubuh yang lebih langsing dibandingkan dengan mereka yang
tidak bersarapan. Menurut Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik merupakan
antara faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, tabiat pemakanan yang baik dapat mencegah polip usus dan kanser kolon. Masyarakat
dinasihatkan supaya tidak mengabaikan sarapan supaya mendapat kehidupan yang lebih berkualiti.
(Dipetik dan diubah suai daripada„Kebaikan Bersarapan‟ oleh Mohammad Firdaus Md Tahir, Dewan
Siswa, November, 2009)
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata rutin komuniti moden. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan jika seseorang itu mengabaikan pengambilan sarapan.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii) Walaupun tabiat bersarapan mempunyai pelbagai kebaikan dalam kehidupan manusia namun masih
terdapat banyak pihak yang tidak mengambil sarapan. Pada pendapat anda, mengapakah hal ini berlaku?
Huraikan dua sebab. [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PEMAHAMAN
PROSA
MODEN
(cerpen/drama)
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PROSA MODEN
(CERPEN DAN DRAMA)
1. Prosa moden terdiri daripada cerpen dan drama. Terdapat enam buah cerpen dan dua buah
drama yang perlu dikaji di tingkatan 4 dan tingkatan 5.
2. Terdapat empat jenis soalan pemahaman yang dikemukakan dalam soalan:
a) Menganalisis petikan
i) Jawapan ada dalam petikan
ii) Elakkan menggunakan pendapat sendiri
b) Maksud rangkai kata
i) Seboleh-bolehnya jangan ambil satu pun perkataan yang diuji.
ii) Uji semula maksud yang diberi ke dalam petikan asal.
c) Unsur-unsur sastera
i) Soalan berkaitan dengan tema, persoalan, nilai, pengajaran dan perwatakan.
ii) Calon perlu memahami teks cerpen atau drama dan membaca nota-nota berkaitan teks
tersebut.
d) Pendapat (KBAT)
i) Jawapan yang diberi mesti berasaskan idea sendiri.
ii) Jangan ambil isi daripada petikan.
3. Jawapan perlu ditulis dalam ayat yang lengkap, iaitu dengan mengambil sebahagian daripada
perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan jawapan anda.
4. Calon-calon dalam kategori GALUS digalakkan menjawab soalan yang mempunyai jawapan
dalam petikan (menganalisis petikan).
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS
2b, 2c DAN 2d (26 MARKAH)
Soalan 2 (b) : Petikan Prosa Moden (9 markah) 2 markah
3 markah
(i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 4 markah
(ii) KBKK (pendapat)
(iii) Komsas
Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Klasik (8 markah) 2 markah
3 markah
(i) Pemahaman Teks (Maksud rangkai kata) 3 markah
(ii) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks)
(iii) KBKK (Pendapat)
Soalan 2 (d) : Petikan Puisi (9 markah) 2 markah
3 markah
(i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 4 markah
(ii) KBKK (pendapat)
(iii) Komsas
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS
1. Cara menulis jawapan :
Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap
Ambil sebahagian soalan/kata kunci soalan dan gabungkan dengan isi/fakta.
2. Bagi menjawab soalan maksud rangkai kata murid perlu
memahami maksud rangkai kata itu berdasarkan petikan yang diberikan
menukarkan rangkai kata itu kepada perkataan yang sama makna yang menepati maksud
dalam petikan yang diberikan.
3. Bagi menjawab soalan berkaitan pemahaman teks, murid diminta :
menggariskan kata kunci dalam soalan
cari kata kunci tersebut dalam petikan untuk mendapat jawapan
gariskan kata kunci tersebut
cari sekurang-kurangnya tiga isi.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
4. Bagi soalan berbentuk pendapat (langkah/usaha/cara dll) kata kuncinya ialah:
PIHAK CARA/FAKTOR
o Individu - belia/remaja/ pengguna CARA-CARA: o sedar akan
o Ibu bapa / guru / sekolah
o Rakan sebaya o Mesti o melaksanakan
o Masyarakat o Perlu o memastikan
o Media massa o Wajar
o Hendaklah o menyenaraihitamkan
- media cetak – surat khabar/ o Seharusnya o menguatkuasakan
majalah o Tidak sepatutnya
o memperbanyak
-media elektronik – televisyen / FAKTOR- o memperkemas
radio/ internet FAKTOR:
o Kerajaan - kementerian/ jabatan o menambahkan
o Pihak swasta o tidak o mengurangkan
o mendidik
o menubuhkan
o menyiarkan
o mengenakan
o menurunkan
o meningkatkan
o mengenakan
o membina
o menerapkan
o mengelakkan
o menjelaskan
o mewajibkan
o menggalakkan
o melindungi
o memupuk
5. Cara menjawab soalan berbentuk KOMSAS
NILAI PERWATAKAN LATAR PERSOALAN PENGAJARAN
MURNI
MASYARAKAT
Keprihatinan …ialah seorang …masyarakat Persoalan Kita mesti prihatin
Contohnya… pemuda yang yang prihatin sikap prihatin akan nasib malang
prihatin. akan nasib akan nasib orang lain supaya
malang orang malang orang mereka tidak berasa
Contohnya… lain. lain. tersisih.
Contohnya…. Contohnya… Contohnya…
Kasih sayang …ialah seorang …masyarakat Persoalan Kita hendaklah saling
Contohnya… ibu yang yang saling kasih sayang menyayangi supaya
penyayang. sesama hubungan silaturahim
menyayangi
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Contohnya… antara satu sama manusia. dapat dieratkan.
lain. Contohnya… Contohnya…
Contohnya…
Keberanian …ialah seorang …masyarakat Persoalan Kita hendaklah berani
Contohnya… lelaki yang yang berani keberanian menempuh cabaran
berani. menempuh menempuh supaya dapat
cabaran. cabaran. meningkatkan
Contohnya… kematangan diri.
Contohnya… Contohnya…
Contohnya…
Bantu- …ialah seorang …masyarakat Persoalan
membantu kawan yang suka yang bersedia kesediaan Kita harus membantu
membantu membantu membantu golongan yang
Contohnya… mereka yang mereka yang memerlukan supaya
Contohnya… berada dalam berada dalam mereka dapat
kesusahan. kesusahan. menjalani kehidupan
yang lebih sempurna.
Contohnya… Contohnya…
Contohnya…
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
PANDUAN MENJAWAB SOALAN 2 (b) PROSA MODEN
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Pada hari keenam, kami berpeluang melawat Egyptian Market, sebuah tempat membeli-
belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak seperti di Trafalgar Square. Kedudukannya di
pinggir Selat Bhosporus yang menemukan arus benua Asia dan Eropah membuatkan suhu di situ
begitu sejuk. Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket lain. Kedua-dua belah
kakiku yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin.
Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di
situ. Pakaiannya hanya kain kapas yang nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya
yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak pasti sama ada aku sedang
melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak, atau warna kasutnya.
Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu piring
cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke dada sebagai
tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari
kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah.
(Dipetik daripada cerpen ’Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh
Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan gambaran peristiwa mengenai wanita yang menjual makanan burung di Egyptian
Market. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah aku tidak sanggup menjadikan dirinya sebagai penjual
wanita tua yang menjual makanan burung di Egyptian Market?
Kemukakan tiga alasan anda. [3 markah]
(iii) Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain daripada
keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Soalan 2b (i)
Nyatakan gambaran peristiwa mengenai wanita yang menjual makanan burung di Egyptian Market.
[2 markah]
Panduan
Jawapan untuk soalan ini terdapat di dalam petikan yang telah diberikan.
Cari kata kunci dalam soalan tersebut untuk dijadikan panduan untuk mencari jawapan dalam
petikan (perlu cari dua jawapan).
Ketika menulis jawapan i, gugurkan kata arahan soalan.
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada dua jawapan yang telah dicari
dalam petikan.
Masukkan penanda wacana dalam ayat.
Nyatakan Gambaran peristiwa mengenai wanita yang menjual makanan burung di Egyptian
Market ialah (1) pakaiannya hanya kain kapas yang nipis. (2)Tudungnya ditarik menutupi
sebahagian mukanya yang merah kesejukan.
(Jawapan yang begini markah calon akan ditolak ½ daripada markah keseluruhan kerana
calon hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa menukar kepada ayat sendiri)
Jawapan 2 (b) i
Gambaran peristiwa mengenai wanita yang menjual makanan burung di Egyptian Market ialah (1)
dia berpakaian hanya daripada kain kapas yang nipis. Selain itu, (2) tudung yang dipakainya
ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan.
(Jawapan yang begini calon akan mendapat 2 markah. Hal ini demikian kerana calon
membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan)
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Soalan 2(b) ii
Pada pendapat anda, mengapakah aku tidak sanggup menjadikan dirinya sebagai penjual wanita tua
yang menjual makanan burung di Egyptian Market?
Kemukakan tiga alasan anda. [3 markah]
Panduan
Jawapan untuk soalan ini berdasarkan idea atau pendapat sendiri.
Murid perlu mengemukakan idea berdasarkan jumlah markah (3 markah = 3 idea)
Ketika menulis jawapan, salin separuh daripada ayat soalan
Gantikan perkataan anda kepada saya
Gugurkan kata tanya dan tanda soal
Sambungkan kepada idea atau pendapat sendiri serta menggunakan dua penanda wacana.
Pada pendapat anda saya, mengapakah aku tidak sanggup menjadikan dirinya sebagai penjual wanita
tua yang menjual makanan burung di Egyptian Market ? .............. adalah kerana
......................................... Selain itu,.........................................................................................
Seterusnya,..........................................................................................
Jawapan 2(b) ii
Pada pendapat saya, aku tidak sanggup menjadikan dirinya sebagai penjual wanita tua yang menjual
makanan burung di Egyptian Market adalah kerana (1) cuaca yang sejuk. Selain itu, (2)
pendapatan dengan menjual makanan burung tidak menentu. Seterusnya, (3) kesihatan diri
aku akan terganggu kerana sudah tua.
Soalan 2 b (iii)
Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain daripada
keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Panduan
Satu nilai untuk soalan ini terdapat dalam petikan yang telah diberikan. Manakala satu nilai
lagi daripada keseluruhan cerpen kecuali petikan ini.
Ketika menulis jawapan iii, gugurkan kata arahan soalan.
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada jawapan yang dicari.
Gunakan penanda wacana
Sila rujuk jadual no.5 tentang cara menjawab soalan berbentuk KOMSAS
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Jawapan 2 (b) iii
Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai baik hati. Contohnya, aku menyerahkan
wang sebanyak LT5 untuk harga makanan burung yang hanya LT1. Satu nilai murni lain
daripada keseluruhan cerpen ialah nilai kesabaran. Contohnya, penulis bersabar dengan tindakan
peniaga yang menggunakan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket ketika urusan
jual beli. (Jawapan begini akan mendapat 4 markah)
SOALAN MUDAH / UJIAN KEFAHAMAN (CERPEN DAN DRAMA)
LATIHAN 1
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”.
1. Apakah bidang yang diceburi oleh Hakim?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
2. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
LATIHAN 2
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Munsyi”
1. Siapakah Munsyi?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
2. Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
TINGKATAN 4
CERPEN – KADUK, AYAM DAN RAJA (Zurinah Hassan)
SINOPSIS
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha
mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti
telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes
tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah
bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan
kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian
kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa
Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak
memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank
melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan
seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah
reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi
automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat
RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya Azam telah
pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan
masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung
terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim
menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan
ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit
sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah
wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air,
hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang
dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari
bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya
sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk
yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.
TEMA
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa
menempuh pelbagai cabaran.
PERSOALAN
1. Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan
memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
2. Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi
kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
3. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan
ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
4. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat
RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga
menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
WATAK DAN PERWATAKAN
Hakim
ng berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya
dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat
menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.
2. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut
apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk
bekerja di projek penternakan ayamnya.
4. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.
NILAI
1. Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah
ditipu.
2. Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah
dilakukannya sebelum ini.
3. Nilai kegigihan. Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa
menanggung hutang yang banyak.
4. Nilai keprihatinan. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan
memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar
negara untuk berkursus.
5. Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya
mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk hakim.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh Hakim menuntut hak
milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha
untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda
kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah
peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.
4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu
sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.
5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh Syarikat RAJA
mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut
keuntungan yang lebih.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
SOALAN BERFORMAT SPM
LATIHAN 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan ynag berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Azam memandang ke wajah sahabatnya , “Apa masalahnya? Bukankah kau boleh mendapat
bantuan ? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana menambah
bekalan makanan untuk rakyat.”
“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan, jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada masalah
yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak pada musim
hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu dinaik taraf.
Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi jawapannya
tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku dicaci-maki oleh orang kampung
kerana kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan”.
Azam menggeleng-geleng , bagaimanakah hasil jualan ayam?”
Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku
berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-anak
ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong
daripada hasil jualanku. Kau tengok ni (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang dikeluarkan
oleh Syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ialah RM 85000.00. Tetapi akhirnya hanya RM
13000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM 72000.00 adalah untuk RAJA kerana membayar
harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM 13000.00 itulah aku membayar
hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan air yang cukup tinggi
dan segala kos penyelenggaraan yang lain”.
(Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
(i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Hakim seperti yang dinyatakan dalam petikan?
[2 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(ii) Jika anda adalah rakan baik Hakim, apakah cara yang boleh anda lakukan untuk membantu
Hakim? [3 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(iii) Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan
lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja
membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti
dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di
mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas
tanah datukku dahulu.”
Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku
dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami
sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot
dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk
bin Kaduk.”
“Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja
itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk
mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan
mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk Ayam dan Raja’oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk. [2 markah]
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan
beban hutang yang ditanggungnya? [3 markah]
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
CERPEN – MUNSYI (Mawarni Sulaiman)
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh
bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada
bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga
kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah
berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya
pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar
memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan
sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu
terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang
adil. Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk
meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.
Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui
‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang
pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.
Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar,
‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak
bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan
dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di
kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat
buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi
tidak kelihatan di mana-mana.
TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan
warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama,
budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
PERSOALAN
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’
memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti
kebanyakan remaja yang lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya, pihak
penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku
secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya,
‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat
jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’
ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di
bandar.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Watak utama - ‘Saya’
-‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
-‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya
diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
-‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih
bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di
bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung
tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah
milik mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani
meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
NILAI
1. Patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk
dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4. Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi
ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika
ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu
cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali
lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh
ibunya.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama
saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang , saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda
saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya
warisan turun-temurun . Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan social yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah.
Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai
anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang
bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad
yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih
ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah,
tetapi bangsa yang dilaknati Allah”.
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di
pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota
yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya
untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
i. Nyatakan alasan-alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali penulis meluahkan
hasratnya untuk bermastautin di ibu kota. [2 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membentuk jati diri yang kukuh? [3 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
iii. Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai
kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad
lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang
berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak
sekian lama.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah,
bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga
kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan.
Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ ,Oleh Husna Nazri
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di negara kita?
[2 markah]
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan sejarah hitam
tersebut berulang kembali ? [3 markah]
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________