Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
10 Biar titik jangan tumpah Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
11 Bulat air kerana pembetung, bulat Kerjasama
manusia kerana muafakat
12 Carik-carik bulu ayam, lama-lama Adik-beradik yang bergaduh lama-lama akan
bercantum juga berbaik semula
13 Condong ditumpil, lemah dianduh Mendapat pertolongan ketika berada dalam
kesusahan
14 Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga Apabila seseorang teraniaya seluruh
keluarganya juga terasa
15 Di mana ada kemahuan, di situ ada Sekiranya ada usaha pasti berjaya
jalan
16 Di mana bumi dipijak, di situ langit Kita perlu menyanjung tempat tinggal kita
dijunjung
17 Dibakar tak hangus, direndam tak Tidak boleh diapa-apakan
basah
18 Harimau mati meninggalkan belang, Orang yang baik meninggalkan nama baik
gajah mati meninggalkan gading, manakala orang yang jahat meninggalkan
manusia mati meninggalkan nama nama buruk
19 Hendak seribu daya, tak hendak seribu Sekiranya seseorang itu mahukan sesuatu dia
dalih akan berusaha bersungguh-sungguh jika tidak
mahu pelbagai alasan akan diberikan
20 Jika ada kemenyan sebesar lutut, jika Kebolehan seseorang yang tidak digunakan
tidak dibakar tidak akan berbau tentulah tidak berguna
21 Kalau tiada rotan, akar pun berguna Jika benda yang dicari tidak dapat diperoleh,
juga penggantinya boleh digunakan
22 Kalau tidak kerana angin, pokok tidak Jika sesuatu perkara tidak berlaku, tidak
akan bergoyang mungkin orang bercakap tentangnya
23 Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja Kerja kalau selalu ditangguhkan akan
beransur tidak bertahan terbengkalai
24 Masuk kandang kambing mengembek, Dapat menyesuaikan diri dengan tempat dan
masuk kandang kerbau menguak keadaan
25 Perempuan perasan, lelaki pemalu Setiap orang mempunyai kelebihan yang
tersendiri
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
26 Pipit sama pipit, enggang sama Pasangan yang sama taraf dan kedudukan
enggang
27 Sehari selembar benang, lama-lama Apabila sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
menjadi kain berhasil juga
28 Tak lekang dek panas, tak lapuk dek Adat atau sesuatu yang tetap dengan
hujan keutuhannya
29 Takut kerana salah berani kerana benar Takut kerana telah melakukan sesuatu
kesalahan sebaliknya berani mempertahankan
hak jika berada di pihak yang benar
30 Tidak tahu menari, dikatakan lantai Menyalahkan pihak yang lain kerana
jongkang jongkit kelemahan sendiri
31 Yang bulat datang bergolek, yang pipih Seseorang yang bertuah akan mendapat tuah
datang melayang dengan mudah dan ada di mana-man
32 Yang dikejar tak dapat, yang Yang diusahakan tidak kedapatan manakala
dikendong berciciran yang ada kehilangan
Bidalan MAKNA
BIL BIDALAN
1 Air beriak tanda tak dalam Orang yang bercakap besar tetapi tidak berilmu
2 Alang-alang berminyak biar licin Membuat sesuatu kerja biar sampai maksudnya
3 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di Penderitaan seseorang di tanah air sendiri
air mati kehausan
4 Ayam menang kampong tergadai Keuntungan yang tiada faedahnya
5 Belakang parang diasah lagikan tajam Orang yang bodoh jikalau ada kesungguhan
mempelajari sesuatu lama-kelamaan akan
pandai juga
6 Belayar sambil memapan, merapat Melakukan dua perkara dalam satu masa
perahu belajar
7 Belum duduk dah berlunjur Akibat membuat sesuatu pekerjaan yang tidak
mengikut peraturan diri sendiri yang susah
8 Belut kena ranjau Orang cerdik yang ditipu
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
9 Berkayuh sambil bertimba Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai
10 Besar pasak daripada tiang Berbelanja lebih besar daripada pendapatan
11 Biar mati anak jangan mati adat Sangat taat pada adat, adat yang ada tidak boleh
dilanggar
12 Biduk berlalu kiambang bertaut Jangan terlibat dalam pergaduhan adik-beradik
kerana apabila mereka berbaik semula kita
akan dipinggirkan
13 Bulan dipagari bintang Kecantikan gadis
14 Enggang lalu ranting patah Orang yang jahat selalu dituduh apabila berlaku
sesuatu musibah walaupun tidak melakukannya
15 Enggang sama enggang, pipit sama Pasangan yang sama taraf dan sama kedudukan
pipit
16 Gembala diberi keris Mendapat sesuatu yang tidak berguna
17 Genggam bara api biar sampai jadi Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-
arang sungguh
18 Hendak belajar berenang dapatkan Jika hendak belajar, belajarlah daripada
itik, hendak belajar memanjat pakarnay
dapatkan tupai
19 Hendak melentur buluh biarlah dari Jika hendak mengajar mulakan dari peringkat
rebung kanak-kanak
20 Ikan pulang ke lubuk Perantau yang pulang ke kampong halaman
21 Ingat sementara belum kena, jimat Sentiasa berhati-hati sebelum mengambil
sementara belum habis sesuatu tindakan
22 Kalau tiada rotan, akarpun berguna Jika benda yang dicari tidak dapat diperoleh,
juga penggantinya boleh digunakan
23 Ke sungai sambil mandi Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai
24 Lembu punya susu, sapi dapat nama Orang lain yang berusaha orang lain pula yang
mendapat nama
25 Membuka pekung di dada Memberitahu orang lain tentang keburukan diri
sendiri atau kaum keluarga tersendiri
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
26 Menconteng arang di muka Perbuatan yang memalukan
27 Mengangkat bendera putih sebelum Mengaku kalah sebelum berjuang
berada di medan juang
28 Nasi sudah menjadi bubur Sesuatu yang tidak boleh diperbaiki
29 Orang sejodoh bagai cincin Sama padan
30 Orang berbudi kita berbahasa, orang Kita harus berterima kasih kepada orang yang
member kita merasa memberi bantuan kepada kita
31 Sambil berdendang biduk hilir Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai
32 Sambil berdiang nasi masak Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai
33 Sambil menyelam minum air Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai
34 Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa bersedia
35 Sekali membuka pura, dua, tiga Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
hutang berbayar tercapai
36 Sepandai-pandai tupai melompat, Orang yang melakukan kesalahan pasti akan
akhirnya jatuh ke tanah juga tertangkap
37 Sesal dahulu pendapatan, sesal Fikir baik-baik sebelum menyesal kemudian
kemudian tidak berguna
38 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal Apabila menyedari bahawa kita telah
jalan melakukan kesalahan kita hendaklah insaf dan
berusaha untuk membetulkannya
39 Siapa makan nangka, maka kena getah Orang yang bersalah dialah yang dihukum
40 Siapa yang makan lada, dialah berasa Orang yang melakukan perbuatan itulah yang
pedas berasa tersendiri
41 Sirih pulang ke gagang Kena pada tempatnya
42 Sudah jatuh ditimpa tangga Menerima nasib malang yang bertimpa-timpa
43 Tanam cempedak tumbuh nangka Dapat lebih daripada yang dihajati
44 Tanam lalang takkan tumbuh padi Buat jahat tentu dibalas dengan jahat
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
45 Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu mengikut kemampuan
sendiri
46 Ular menyusur akar tidak akan hilang Orang yang berpangkat tinggi jika dengan
bisanya orang bawahan tidak akan hilang martabatnya
Kata-kata Hikmat MAKNA
BIL KATA-KATA HIKMAT
1 Berfikir sebelum berkata, berunding Berfikir masak-masak sebelum mengambil
sebelum dibuat tindakan
2 Bersatu teguh bercerai roboh Kalau kita bersatu kita menjadi kuat tetapi jika
bercerai berai kita akan lemah
3 Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain dalam
melakukan sesuatu pekerjaan akan menghasilkan
kejayaan cemerlang
4 Ilmu itu pelita hati Manusia yang berilmu hatinya tenang dan
hidupnya gembira
5 Kepimpinan melalui teladan Pemimpin yang menjadi contoh positif kepada
rakyat
6 Pantang berundur sebelum berjuang Tidak akan menyerah kalah sebelum berlawan
7 Pemuda harapan bangsa pemudi tiang Pemuda pemudi menjadi tonggak negara
negara
8 Pencegahan lebih utama daripada Lebih baik mengelak sesuatu bencana daripada
pengubatan mengatasi bencana tersebut
9 Sabar itu separuh daripada iman Kepentingan sifat sabar
10 Setiap penyakit mesti ada hikmahnya Setiap masalah ada sebabnya
11 Usaha tangga kejayaan Berusaha pasti berjaya
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
TINGKATAN 4
Perumpamaan MAKNA
BIL PERUMPAMAAN
1 Bagai angin meniup lembut Suasana nyaman
2 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa
3 Bagai enau dalam belukar melepaskan Tiada semuafakat dalam sesuatu
pucuk masing-masing perbincangan
4 Bagai melukut di tepi gantang Tidak dianggap penting
5 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara seseorang dengan penuh kasih
sayang
6 Bagai pauh dilayang Pipi yang gebu / licin
7 Bagai telur di hujung tanduk Keadaan yang amat genting
8 Bagai unggas bersiul merdu, bagai angin Suasana yang nyaman / indah
meniup lembut
9 Bak unggas bersiul merdu Bunyi pelbagai serangga
10 Merah bak darah dingin bak salju Merah seperti darah
11 Seperti abu atas tunggul Kedudukan yang tidak selamat
12 Seperti api dalam sekam Dendam yang telah lama terpendam
13 Seperti bangau di ekor kerbau Tidak mempunyai pendirian sendiri
14 Seperti harimau menyenbunyikan Orang yang menyembunyikan kelebihannya
kukunya
15 Seperti kaca terhempas ke batu Kesedihan yang amat sangat
16 Seperti ketam meyuruh anaknya berjalan Orang yang menyuruh orang lain melakukan
betul sesuatu perkara dengan baik padahal dia
tidak dapat melakukannya
17 Seperti lembu dicucuk hidung Orang bodoh dan selalu mengikut orang lain
18 Umpama api membara ganas Api yang marak menyala
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Simpulan Bahasa MAKNA
BIL SIMPULAN BAHASA
1 Air muka Rupa muka / maruah / harga diri
2 Anak emas
Anak kesayangan ibu atau bapa / orang yang
3 Asam garam amat disayangi sesuatu oihak
4 Awan larat
Segala pengalaman
5 Ayam tambatan
Ukiran yang berkait-kait ; awan yang ditiup
6 Berat tulang angin
7 Berhati waja
8 Bersengkang mata Orang yang menjadi harapan dalam satu
9 Bertali arus pasukan kerana kekuatan, kepintaran ataupun
keahliannya
10 Bertikam lidah
11 Cakap besar Orang yang malas
12 Darah daging Pendirian yang teguh
13 Gulung tikar
14 Hati kecil Berjaga malam
15 Ipar duai
16 Kaki ayam Tidak putus-putus ; tidak henti-henti ;
17 Kaum kerabat berterusan
18 Khabar angin
Berdebat, berbantah, bertengkar
19 Langkah bendul
Percakapan untuk menunjuk-nunjukkan
kepandaian atau kebolehan sendiri
Anak kandung
Menutup perniagaan kerana rugi
Perasaan dalam batin
Saudara suami atau isteri
Tidak memakai alas kaki atau kasut
Saudara mara dan sahabat handai
Perkhabaran yang belum dapat dipastikan
kebenaran
Gadis yang berkahwin sebelum kakaknya
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
20 Lidah pendeta Kata-kata hikmat daripada orang bijaksana
dan mempunyai pengertian yang tinggi untuk
21 Makan gaji dijadikan panduan hidup
22 Murah hati
23 Pelanduk dua serupa Bekerja untuk mendapatkan gaji
24 Rendah hati Suka member bantuan
25 Ringan tulang
26 Sehelai sepinggang Dua orang yang mempunyai wajah yang sama
27 Tangan kosong dan susuk badan serta perwatakan yang
28 Tangan terbuka serupa
29 Tepian gelanggang Tidak sombong
30 Terang hati
31 Tulang belakang Rajin bekerja
Keadaan sangat miskin
Hampa
Sedia menerima kedatangan seseorang
dengan sukacita
Tempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan
Lekas pandai
Sumber kekuatan
Pepatah MAKNA
BIL PEPATAH
1 Belakang parang sekalipun, kalau Walau bodoh macam manapun kalau diajar
diasah nescaya akan tajam juga akan pandai juga
2 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang Menempuh kesulitan dahulu baru mencapai
ke tepian, bersakit-sakit dahulu, kesenangan
bersenang-senang kemudian
3 Berat sama dipikul, ringan sama Sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu
dijinjing perkara
4 Dayung sudah di tangan, perahu sudah Segalanya sudah sedia
di air
5 Duduk sama rendah, berdiri sama Sama taraf atau kedudukan
tinggi
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
6 Kalau kail panjang sejengkal lautan Jika berpengetahuan cetek jangan cuba hendak
yang dalam diduga jangan melawan orang yang lebih luas
pengetahuannya
7 Malu berkayuh perahu hanyut, malu Kalau malas berusaha pasti akan susah
bertanya sesat jalan / malu berdayung
perahu hanyut
8 Seekor kerbau membawa lumpur, Hanya kerana seorang yang melakukan
semuanya terpalit kesalahan tetapi orang lain juga turut dituduh
melakukannya
9 Sekali air bah, sekali pantai berubah Suasana akan berubah apabila keadaan berubah
10 Sesal dahulu pendapatan, sesal Berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan
kemudian tiada gunanya sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat
perbuatan itu
11 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek Adat atau sesuatu yang tetap dengan
panas keutuhannya
12 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti
kata buruk padahnya menyakiti orang lain / kesilapan yang sukar
dibetulkan lagi
13 Yang berat sama dipikul yang ringan Sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu
sama dijinjing perkara
Bidalan MAKNA
BIL BIDALAN
1 Air yang tenang jangan disangka tiada Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau
buaya penakut
2 Burung terbang dipipiskan lada Belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi telah
berangan-angan menggunakannya
3 Cepat kaki ringan tangan Rajin membuat kerja
4 Genggam bara api biar sampai jadi Melakukan sesuatu kerja yang sukar hendaklah
arang bersabar sehingga Berjaya
5 Indah khabar daripada rupa Cerita atau gambaran lebih hebat dari keadaan
yang sebenar
6 Jauh panggang daripada api Jawapan yang sangat berbeza
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
7 Jika melentur buluh biarlah dari Melatih hendaklah sejak kecil kerana jika sudah
rebungnya besar susah hendak mendidiknya
8 Patah tumbuh hilang berganti Tiap-tiap yang hilang aka nada gantinya
9 Rosak badan kerana mulut Tersalah cakap maka diri sendiri yang mendapat
susah
10 Sudah terantuk baru terngadah Sudah terkena baru hendak beringat
Kata-kata Hikmat MAKNA
BIL KATA-KATA HIKMAT
1 Badan sihat otak cerdas Tubuh badan yang sihat akan membentuk
minda yang cerdas
2 Berkata benarlah walaupun kebenaran Semasa bercakap kita hendaklah menyatakan
itu menyakitkan pendapat secara jujur walaupun ada pihak
yang mungkin tersinggung dengan pendapat
kita
3 Hilang bahasa lenyaplah bangsa Sekiranya bahasa pupus maka bangsa akan
turut terkubur
4 Kata itu kota Kata-kata mestilah ditunaikan
5 Kebersihan dan keceriaan kunci Sekiranya bersih dan indah akan
kecemerlangan menghasilkan kecemerlangan dalam semua
aspek
6 Makan untuk hidup buka hidup untuk Kita meneruskan kehidupan dengan makanan
makan bukannya hidup hanya untuk makan
7 Malaysia boleh Malaysia berupaya melakukan apa-apa sahaja
8 Mata pena lebih tajam daripada mata Pendapat yang dikemukakan secara bertulis
pedang kadangkala lebih berbisa / sakit daripada
dipotong dengan pedang
9 Membazir itu amalan syaitan Perbuatan berlebih-lebihan dianggap salah di
sisi agama
10 Mencegah lebih baik daripada Menghalang penyakit lebih baik daripada
mengubati mengubat penyakit
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
11 Pandu cermat jiwa selamat Memandu dengan berhati-hati akan
mengelakkan kemalangan jiwa
12 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Pemuda pemudi merupakan tonggak negara
negara
13 Tangan yang menghayun buaian itu Wanita yang dianggap lemah sebenarnya
boleh menggoncang dunia amat perkasa
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi
tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat
dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah
dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala
rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa
nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan
daripada ketahui orang.
[6 markah]
LATIHAN 2 : MRSM
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi
tersebut.
Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan
perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam
menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak
ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan itu berakhir apabila
mereka mula insaf dan bermaafan-maafan.
[6 markah]
LATIHAN 3 : MPSM MELAKA
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi
tersebut.
Adiba anak yang rajin dan sering membantu ibu bapanya. Dia telah mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajarannya tetapi Adiba berasa serba salah sama ada hendak memilih tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara atau di dalam negara. Ibu bapa Adiba menyerahkan kepada
Adiba untuk membuat keputusan kerana dia sahaja yang dapat membuat pilihan yang tepat.
[6 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 4 : MPSM JOHOR
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut
(i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
(ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda. tetapi cuba membaikinya hingga benda itu
menjadi rosak.
(iii) Jangan sengaja mencari kesusahan.
[6 markah)
LATIHAN 5 : MPSM PERLIS
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan
situasi yang terdapat dalam ayat.
(i) Kenderaan yang lalu-lalang di pusat bandar tidak berhenti-henti mulai pukul 5.00 petang hingga ke
pukul 8.00 malam kerana kebanyakan pekerja awam dan swasta akan pulang ke rumah setelah selesai
bertugas.
(ii) Kami amat gembira menerima kedatangan tuan-tuan dan puan-puan, malahan kami himpunkan
saudara-mara untuk menyambut tuan-tuan," kata Pak Maun kepada wakil rombongan peminangan
anaknya itu.
(Iii) Apabila majlis penyampaian hadiah selesai, pengetua dijemput menyampaikan cenderamata
kepada tetamu kehormat yang hadir merasmikan majlis itu. Perkara ini sudah menjadi kelaziman
sebagai penghargaan atas budi baik tetamu berkenaan menerima undangan ke majlis yang dianjurkan.
[6 markah]
LATIHAN 6 : MPSM SABAH
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-
ayat tersebut.
(i) Kita perlulah pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang.
(ii) Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi jika tidak mahu anak-anak menimbulkan
masalah apabila mereka dewasa nanti.
(iii) Kita janganlah menjadi orang yang asyik mengikut kata orang lain tanpa membuat pertimbangan
terlebih dahulu.
[6 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN 7 : MPSM SARAWAK
(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah
(i) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(ii) Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
(iii) seperti api dalam sekam
[6 markah]
LATIHAN 8 : MPSM SELANGOR
(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.
(i) ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
(ii) Bagai mencurah garam ke laut.
(iii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
[6 markah]
LATIHAN 9 : MPSM TERENGGANU
(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i) indah khabar daripada rupa.
(ii) meninggi diri.
(iii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
[6 markah]
LATIHAN 10 : MPSM PULAU PINANG
(e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu lagi peribahasa yang sama
maksudnya dengan peribahasa dalam ayat tersebut.
(i) Orang yang baik, walau di mana-mana berada akan dimuliakan juga, umpama minyak setitik, di
laut sekalipun timbul juga.
(ii) Dis sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan kerana dia belum pasti
mendapat pekerjaan di bandar itu, takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
(iii) Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan itu umpama mengeji diri sendiri..
[6 markah]
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
NOVEL
1. Aspek-aspek penting dalam novel
1. Biodata pengarang
2. Sinopsis
3. Tema
4. Persoalan
5. Plot
6. Latar
7. Watak & perwatakan
8. Sudut pandangan
9. Gaya bahasa
10. Teknik penceritaan
11. Nilai
12. Pengajaran
2. Terdapat dua soalan yang dikemukakan iaitu soalan (a) dan soalan (b).
3. Soalan (a) biasanya membawa nilai 7 markah dengan tumpuan kepada satu novel sahaja.
4. Soalan (b) biasanya membawa nilai 8 markah dengan tumpuan kepada dua buah novel.
5. Jika markah diperuntukkan sebanyak 7 markah bermakna markah untuk isi ialah 4, dan 3
markah lagi untuk bahasa. Jika markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah bermakna
markah untuk isi ialah 6 dan markah untuk bahasa ialah 2.
6. Jawab kedua-dua doalan dalam bentuk esei
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
1. KRITERIA PERMARKAHAN NOVEL
SOALAN PEMARKAHAN
4(a)
Markah isi - 4 markah
4(b)
Markah bahasa - 3 markah ( baik 3 markah, sedarhana 2 markah,
JUMLAH lemah 1 markah)
2. Bentuk soalan a)
Markah penuh - 7 markah
Markah isi - 6 markah
Markah bahasa - 2 markah ( baik 2 markah, sedarhana/lemah 1
markah)
Markah penuh - 8 markah
Keseluruhan Markah 15 markah
Kemahiran Berfikir dan komsas atau
b) 2 soalan komsas
3. Kelemahan calon semasa menjawab soalan 4(a) dan soalan 4(b).
a) Calon tidak dapat membezakan kehendak soalan yang memerlukan huraian.
b) Soalan huraian/ jelaskan memerlukan dua elemen penting iaitu pernyataan jawapan dan
huraian/contoh. Terdapat calon yang hanya memberikan huraian tanpa pernyataan
jawapan atau pernyataan jawapan tanpa huraian.
4. Contoh kata tugas soalan novel
a. Nyata / Berikan / Kemukakan jawaban – calon tidak perlu memberi huraian/contoh
b. Jelaskan / Huraikan – calon perlu memberi pernyataan jawapan, huraian
Pernyataan dan contoh
5. Teknik menulis jawaban
a. Jawaban mesti ditulis dalam beberapa perenggan ( 3 hingga 4 perenggan)
b. Perenggan pertama, tulis nama novel yang dikaji dan hala tuju jawaban.
c. Perenggan kedua dan seterusnya ialah perenggan isi.
d. Perenggan ini mesti mempunyai - > isi dan huraian/ contoh peristiwa yang berkaitan.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
ISTILAH SASTERA
Sinopsis Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya
Tema Sesuatu yang menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita.
Plot Jalinan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab
Binaan plot 1. Permulaan cerita (eksposisi)
Memperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus seperti latar
masa, tempat dan watak-watak dalam cerita.
2. Perkembangan
Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan suspend
3. Klimaks
Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat daripada konflik-
konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.
4. Peleraian
Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu
masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan.
5. Pengakhiran/penyelesaian
Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian.
Watak Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta
untuk memainkan peranan bagi menyokong idea pokok dan
mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh manusia
atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.
Jenis watak 1. Watak bulat
Watak yang dibangunkan secara keseluruhannya dan diberi pelbagai
kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak
sepenuhnya jahat. Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.
2. Watak pipih
Watak yang dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenal melalui satu
aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan
dengan tindak- tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut.
Biasanya watak sampingan bolekh dianggap watak pipih.
3. Watak dinamis
Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami perubahan mengiut
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.
4. Watak statis
Watak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan sepanjang cerita.
Watak statis boleh dianggap watak pipih.
5. Watak utama
Watak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah lakonan.
6. Watak Sampingan dalam menjalankan
Watak pembantu yang membantu watak utama
peranannya membangunkan sesebuah cerita.
Perwatakan Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan,
Teknik plot keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
Nilai murni 1. Imbas muka
Nilai Peristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.
kemanusiaan
2. Imbas kembali
Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui
penceritaan semula.
3. Pemerian
Peristiwa, watak, objek atau perubahan yang diceritakan atau digambarkan
secara menyeluruh oleh pengarang
4. Dialog
Pertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan,
pertengkaran dan sebagainya.
5. Monolog dalaman
Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.
6. Monolog
Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya
sendiri atau orang lain.
Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan
teladan.
1. Baik hati
2. Jujur
3. Bijaksana
4. Yakin diri
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Nilai 5. Mesra
Kemasyarakatan 6. Berani
7. Bertanggungjawab
Pengajaran 8. Tegas
9. Bersih
10. Tabah
11. Sabar
12. Sopan
1. Tolong-menolong/Bekerjasama
2. Taat setia
3. Adil
4. Simpati
5. Hormat-menghormati
6. Patriotik
7. Kebebasan
8. Unsur kekeluargaan
9. Unsur cinta dan kasih sayang
Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan
Pedomen, peringatan ataupun yang perlu dijauhi.
Latar Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah cerita
termasuklah masa, tempat dan masyarakat.
1. Masa
Merujuk kepada masa atau zaman, contohnya zaman pemerintahan Perdana
Menteri ke-4 Tun Mahathir Mohamad, ataupun waktu, contohnya waktu
pagi. Contoh: Sutera Dalam Lukisan: ‘Okey, Good Moorning Bujei’.
2. Tempat
Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh ; Renyah : Pejabat Datuk
Dolhi
3. Masyarakat
Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita. Ini
termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja,
status atau kedudukan mereka dan sebagainya. Contoh: Sutera Dalam
Lukisan ; Masyarakat kampung yang mempunyai norma kehidupan.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
NOVEL : PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)
SINOPSIS:
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran
sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya
di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila
melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh
berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun,
oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika
itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah
doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali,
pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan
peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh
doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapi
masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha
amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali
keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang
sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun
selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut
tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke
bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin
telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu
rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor
Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan
bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan profesional berpendapat
bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan
kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan
tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya
dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha
apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister
Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital
kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku
janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar
semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak.
Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan
matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi
keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan
sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga
jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi
sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang
kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Raiha.
BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang
gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah
swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya
apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada
PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya
tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor
Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan
yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh
kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap
Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku
kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang
amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap
Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK
miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah
meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga
turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
BAB3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia
menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia
mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu
ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim
kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia
bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang
rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais
krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu.
Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang
kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering
mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam
sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua
wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang
punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak
kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas
kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada
Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari
hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron,
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati
dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit
adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama
antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas
kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika
itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga menyatakan
bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba
menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya
hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan
melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak
memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
BAB4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian
anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia
berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah
neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk
Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul.
Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga
teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandunginya itu
kerana kehadirannya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang
kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas
isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi
tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama
Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih
miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas
daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor
Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.
Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus
ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan
perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga
keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa
sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda
masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money
Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di
hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor
Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang.
Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha.
Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya
menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan
yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah
khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila
didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati
secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak
dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan
Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam.
Dia tidak mahu bayangan mereka mengganggu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang
yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab
malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi
gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran
mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini
seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia
mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih
sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam
dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia
menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan
sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo
tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche
yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu
bingkas menuju ke kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi
dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri
untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi
tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk
pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai
membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister
Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat
Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila
ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor
Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha
teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor
Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia
memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak
Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong
ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat
cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit
dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia
menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya
menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar
bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak
sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan
tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
BAB7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan
hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang
berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam
yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan
bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya
yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor
muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan
tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan
bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan
bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi.
Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha
ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha
berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan
anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila
dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani
pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi
pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang
simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak
gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan
oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara
dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia
kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke
dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital
tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh
itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan
akhir semester.
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah
yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas
walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah
pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga mengimbas kembali tentang infeksi
yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan
menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah
pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-
wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di
sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak
lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-
wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang
kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali.
Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan
tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor
Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai
Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal
dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap
Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih
ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori
lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu
trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia
dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan
tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan
apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan
memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan
menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri
terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut
menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha
akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
TEMA
Konflik dalaman yang timbul akibat berlakunya peristiwa hitam yang dialami dalam
kehidupan.
Buktinya, Raiha seorang pakar bedah mengalami peristiwa pahit dalam hidupnya apabila anaknya
Rohayu mati terbakar. Peristiwa itu mengganggu hidupnya dan menjadikannya seorang yang tidak
mendapat ketenangan. Pelbagai konflik timbul dalam kehidupannya sehingga dia menerima tekanan
untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun semua masalah tersebut berjaya ditangani oleh Raiha.
PERSOALAN
1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap lebih
mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak
menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.
Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah
berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak
menginginkan anak apabila berumah tangga.
2. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Sikap
Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan
bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah
tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan
kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.
3. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju untuk melakukan
pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Doktor Uwanglah yang selayaknya
melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh
tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi
menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya
Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang
menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu
dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak perempuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana
takut.
5. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui punca
kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar
kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian
tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah
mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima
berita tersebut.
6. Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.Raiha begitu tabah menerima rintangan
dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah
tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut
mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan
dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati
dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan
Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana mereka bekerja sebumbung.
Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.
7. Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi rumah tangga
seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah
silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan
meminta menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali
selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam
masa singkat.
8. Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun
didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk
lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan
banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan
agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan
kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan
pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.
PLOT
1. Permulaan
Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda
dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan
bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa
menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan
komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar
ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang
keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi.
2. Perkembangan
Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun
dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika
disambar oleh api sukar dipadamkan dalam ingatan. Apa-apa sahaja yang direnung atau
dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi
melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat
dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan
sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang
statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.
Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu.
Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh
Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap
Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah
lagi.
Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang
disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan
sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya
terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya
turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan
pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang
anak pak ciknya yang rentung dalam jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan
kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom.
Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan
bekas isterinya yang lama adalah normal.
Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang
menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila
penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara
kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut
bidang perubatan.
Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan
menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya
kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada
pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya
yang mati secara tragis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat
rawatan itu.
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk
pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan
penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk
pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun
akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika
bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu
berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa
keadaan.
3. Konflik
Konflik dengan diri sendiri
a. Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi
dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria
disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan
kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.
b. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai
wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan
menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.
c. Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya
Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha
gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.
d. Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan
oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan
sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya.
Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami
kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu.
Konflik dengan orang lain
a. Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian
anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan
akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan
menceritakan kisah yang sebenar.
b. Konflik antara Sister Felicia dan Raiha
Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan
terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih
menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu
Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak
menerima teguran tersebut.
C. Konflik antara Raiha dengan ayahnya
Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh
ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu
tercapai.
d. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang
untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang
tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap
emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip
hidupnya bahawa wang bukan urusannya.
e. Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong
Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya
tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk
kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong
mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan
sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya
sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan
peribadi.
f. Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit.
Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu
berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang
ditegur oleh Doktor Uwang.
4. Klimaks / Puncak
Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan
Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.
o Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat
Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar
menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi
dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api
setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak
perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan
Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan
tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
o Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital
miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan
menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.
o Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana
kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan
tempurung lututnya.
5. Peleraian
o Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa
Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk
dan lutut kakinya yang hancur.
o Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam
kematian anak perempuannya itu.
o Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan
geram dengan membakar kereta mewah mereka.
o Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak
perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah
tersebut.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
o Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi
kerana takut.
o Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
o Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6
bulan
o Doktor pakar bedah
o Anak kepada doktor pakar bedah
o Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar Perunding
Pembedahan.
o Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
o Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
o Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
o Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anak kesayangannya.
o Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
o Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
o Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka
berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
o Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
o Guru yang pernah mengajar Raiha unsur-unsur
o Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
o Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
o Berwajah kacak dan segak
o Berusia pertengahan empat puluhan
o Bertubuh sederhana
o Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
o Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
o Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Unong Siron
o Bekas Pesakit Doktor Uwang
o Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
o Kurus cengkung dan pucat
o Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
o Mempunyai masa depan yang cerah
o Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
o Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar negara
Doktor Sadiz
o Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
o Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
o Pakar Perunding Pembedahan
o Pakar Bedah Otak
o Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
o Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
o Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
o Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
o Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
o Seorang yang optimistik.
o Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor
Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
o Sudah meninggal dunia
o Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
o Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
o Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak
berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
o Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Sister Felicia Landosi
o Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
o Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
o Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat
kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
o Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
o Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu Unong Siron
yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah
lima kali menjalani pembedahan.
LATAR
Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Raiha bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali
pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga
terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah
mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor.
2. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya
tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi
peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
3. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah
agam milik Doktor Sadiz
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat
kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada
di situ pada waktu itu.
4. Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang
menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.
5. Mahkamah Keluarga
o Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
6. Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
7. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini
8. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
Latar Masa
1. Malam Hari
Kemalangan Doktor Uwang
o Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya
kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan
tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan
tersebut.
o Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor
Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan
untuk membuat pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister
Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara
psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai
doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia
ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia
disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan
turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah
membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia
membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah
miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya
itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta
mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannya itu.
Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan.
Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha
mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali
keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan
Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.
2. Waktu Senja
Pembedahan keenam
o Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja.
Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat
Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada
pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia
mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
2. Latar masyarakat yang takut berterus terang
Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku
sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu bahawa Doktor
Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah
yang membawa terhadap Raiha.
3. Latar masyarakat yang ego
Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor Sadiz
menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan
kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah
miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan
mereka yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.
4. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga
menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai
dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha,
dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
5. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu
terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada
kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.
6. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan
bebas sewaktu mudanya.
Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga
menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.
7. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila
ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai
Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan
doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia
Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis
menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu
muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat
memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum
belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan.
Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya.
Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis menggunakan
teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakan api
yang sedang memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga
menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh
disambar api yang dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan
menyimbah minyak petrol ke arah kereta mewah tersebut.
Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang
Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik
pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak
perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan
tangannya terasa ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat
mengawal kenderaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar
tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pemerian tentang kematian Rohayu
Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis
menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang
begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah
Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan
Felicia yang membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz
hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak
petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan apa yang
sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.
2. Dialog
Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor
Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak
mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut
mempunyai roh dan berhak untuk hidup.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Dialog Raiha dan ayahnya
Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah
Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai
disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut
mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah
tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.
Dialog Raiha dan Sister Felicia
Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi
memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia
menjelaskan bahawa ‘sapi tua’ panggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur
kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha
berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.
Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas
pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini.
Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia
berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu.
3. Imbas kembali
Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas
kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak
istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak
perempuannya itu sering menghantui fikirannya.
Doktor Uwang juga sering mengimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz
di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ihsan
daripadanya. Dia juga mengimbas kembali sewaktu melakukan outopsi ke atas anak
perempuan itu.
Imbas kembali zaman sekolah rendah
Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka
memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status
kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas
yang diamalkan.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
4. Saspens
Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak
perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah
mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf
kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut.
Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.
Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia
juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega
apabila Raiha berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron
memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.
NILAI
1. Nilai Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan
pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi
seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya
iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-
apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
2. Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga
menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui
oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi
pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
3. Nilai Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan
kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak
disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi
Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes
tersebut.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
4. Nilai Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai
pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat
tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar
yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di
tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
5. Nilai Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak
enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut
adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan
agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan
berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6. Nilai Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan
ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar
bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk
menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha
akhirnya Berjaya dikecapi.
2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk
mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan
wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos
enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan
menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran
pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk
membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik.
Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya
demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk
mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya
sebagai pakar bedah tercapai juga.
7. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya,
Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di
Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu
menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi bahan kemarahan Doktor
Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada
Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan
tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
SOALAN LATIHAN 1
Huraikan contoh yang tepat dari nilai murni yang diberikan
Nilai Murni Contoh Huraian
Kerajinan
Kasih Sayang
Ketabahan
Bertanggungjawab
Keprihatinan
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN KENDIRI 2 Lengkapkan pengajaran dan contoh huraian yang sesuai berdasarkan
novel
Bil Pengajaran Huraian
1. Kita hendaklah mempunyai
matlamat hidup
2. Kita hendaklah menghormati
hak orang lain
3.
4.
5.
6.
7.
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
LATIHAN KENDIRI 3
a) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel
tersebut. (7 markah)
Tukarkan jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Latar masyarakat Huraian
Latar masyarakat yang
mementingkan keuntungan Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas
mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu
Latar masyarakat yang tabah Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan
menghadapi dugaan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia
mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan
munasabah untuknya.
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat
untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas
sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya
itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi
seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di
sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil
keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
Novel yang saya pelajari ialah novel ______________________________ karya
_______________________. Terdapat beberapa _______________________ yang dipaparkan oleh
pengarang dalam novel tersebut.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_______________________
Seterusnya,__________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
b) Dalam sesebuah novel terdapat konflik antara watak.
Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak
tersebut menangani konflik. (8 Markah)
Tulis semula jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Konflik Peristiwa Cara menangani
Konflik antara Raiha berkonflik hebat dengan
Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah
Raiha dengan punca kematian anak perempuannya
itu. Sebaliknya Raiha menuduh
Doktor Sadiz Doktor Sadizlah yang menyebabkan
kematian anaknya itu dan merancang
Konflik antara kematian anaknya itu. Konflik itu
hingga ke mahkamah dan akhirnya
Raiha dengan Sister Doktor Sadiz menang dalam
perbicaraan itu kerana saksi utama
Felicia tidak muncul dan menceritakan kisah
yang sebenar.
Sister Felicia berkonflik dengan
Raiha apabila Raiha memarahi sikap
Felicia yang keterlaluan terhadap
emak Unong Siron. Raiha
berpendapat bahawa sepatutnya Sister
Felicia lebih menghormati pelanggan
pusat rawatan tersebut dan tidak
meninggi atau menengking ibu
Unong. Teguran Raiha itu telah
menyebabkan Sister Felicia berasa
bengang dan tidak menerima teguran
tersebut.
Jawapan :
Novel yang saya pelajari ialah novel ______________________________ karya
_______________________. Terdapat beberapa _______________________ yang dipaparkan oleh
pengarang dalam novel tersebut.
Antara konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu ____________ yang terdapat dalam
novel tersebut__________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Seterusnya,__________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
LATIHAN KENDIRI 4
a) Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan dua latar masa dan peristiwa-peristiwa yang berlaku
pada latar tersebut.
(7 markah)
Tulis semula jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Latar Peristiwa
Malam Hari
Kemalangan Doktor Uwang
Waktu Senja
Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa
berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Sewaktu membelok
ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya
juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat
rawatan tersebut. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan
hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat
pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.
Pembedahan keenam
Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada
waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta
oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia
mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan
mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk
gadis lincah Unong Siron
Jawapan :
Novel yang saya pelajari ialah novel ______________________________ karya
_______________________. Terdapat beberapa _______________________ yang dipaparkan oleh
pengarang dalam novel tersebut.
Antara latar masa yang terdapat dalam novel tersebut
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020
Seterusnya,__________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
b) Nyatakan tiga pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang novel yang anda kaji dan kepentingannya
dalam novel tersebut. (8 markah)
Tulis semula jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Pengajaran Kepentingan
Jawapan:
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________