The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUL Zidan, 2020-07-14 22:18:16

modul+berfokus+bm+smu+2020

modul+berfokus+bm+smu+2020

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Cerpen JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL ( Maskiah Haji Masrom )

SINOPSIS
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa

pulang ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya
sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang
lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian cenderahati tersebut serta
sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan
beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya
berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga
dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya. Melintasi sebuah kedai menjual
jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku
mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan
kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan
dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya
kerana tidak mengetahui akan harganya. Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket
berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah
berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut.
Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu
masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di
dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus
asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari
pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati
rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit
tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang
banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga
jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak
membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan
mengeluarkan kata-kata kesat. Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja
kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Blackmarket. Melewati rakan Aku, Kak
Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut
atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat
Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan
Aku. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak
sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku
terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak
praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu
dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak
dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia
akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang, sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang
penuh dengan kemodenan.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit
kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta
dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan
kehidupan moden.

PERSOALAN
1. Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
2. Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati
pekedai Turki itu.
3. Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan
memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
4. Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki. Contoh:- Masyarakat Turki
memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.
5. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa
pulang ke Malaysia.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama - Aku ( Mas )
1. Seseorang gemar membaca. - Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca
buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.
2. Baik dan murah hati. - Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira
kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira.
3. Berbudi bahasa. - Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak
mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
4. Tidak boros berbelanja. - Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar
membeli jaket kulit kijang itu.
5. Sayang akan haiwan. - Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk
memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
6. Bersederhana apabila berbelanja. - Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar
tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukkan.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
2. Masyarakat yang berkerjaya untuk menampung kehidupan seharian. Encik Yuksel bekerja sebagai
pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
3. Masyarakat tidak berkemampuan. -Wanita tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus
serta lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap,
4. Masyarakat yang suka melancong. -Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara
Turki.
5. Masyarakat yang suka akan kemewahan. -Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli
sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

6. Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan. -Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan
dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan
diri.

NILAI
1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannya agar
membeli barangan kulitnya.
2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk
dijadikan jaket.
3. Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang
agar tidak melebihi perbelanjaan.
4. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-
kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian mahupun semasa
melancong ke luar negara. Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk
keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
2. Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan
seseorang. Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira
kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira serta
ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama
datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
3. Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan
tercapai. Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya
dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
4. Kita patut bersikap prihatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus. Contoh
: Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang
hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat
memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Aku bercadang untuk membelikan Profesor Siti Zainon,
Dr. Shaiful Bahri dan Dr. Rosnah sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan. Jenis
barangannya, aku tidak pasti. Namun, sesuatu yang sesuai dengan taraf intelektual dan minat
mereka. Aku menetapkan anggaran harga maksimum sekitar USD40.

Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah buku yang
diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak gambar dengan menggunakan kamera
digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana harga buku biasanya mahal.
Sebenarnya, setiap kali berpergian, aku berpeluang mengumpulkan banyak cenderamata secara
percuma. Dari hotel, biasanya aku memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis,
selipar, pen, pensel, uncang teh, uncang gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut.

Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol air mineral, pembungkus

coklat, pembungkus gula-gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium, beg plastik, dan baki duit

syiling negara luar, ke dalam kategori cenderamata.

Dipetik daripada cerpen ‘ Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’

oleh Maskiah Haji Masrom

(i) Apakah yang difikirkan oleh ‘aku’ sebelum membeli cenderamata untuk para pensyarahnya ?
[ 2 markah ]

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

(ii) Melancong ke luar negara menjadi idaman semua orang.

Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum melancong

ke luar negara ? [ 3 markah ]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [ 4 markah]

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA - Affix Zulkarnain Adam

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan

pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab
berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman
beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya. Walaupun ibu Aiman,
Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali
memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali,
watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan
kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara. Akhirnya, setelah melayari laman sesawang yang
memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman
terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat
cinta akan tanah air.

PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negatif tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk
menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.

PERSOALAN
1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan
kepada negara. Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa seronok apabila mereka
terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.
2. Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan. Contoh:
Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah
sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasannya di universiti.
3. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contoh: Datin Masnah menyokong
hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan
juga isterikepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi
kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
4. Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar. Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya
agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama - Aiman

-kira 16 tahun, berasal daripada keluarga yang berada
-Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah yang melayannya dengan
baik dan mesra

- Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila
berdepan dengan sesuatu masalah ,dia akan tidur.

-nilai barat. - Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman
meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan
alasan selalu bercuti di luar negara.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat bandar yang sibuk bekerja . -contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan
sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah
manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
2. Masyarakat yang penyayang -Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di
rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya
serta melayannya seperti cucu sendiri.
3. Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab -Contoh: Posmen dalam drama ini
mengedarkan surat kepada penerima dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa
surat itu adalah amanah masyarakat terhadapnya.
4. Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan. -Contoh: Aiman berkelakuan biadap
terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan
tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit.
5. Masyarakat yang berfikiran positif. - Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh dan
kedudukan untuk membantu Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN, namun Khir
Ghazali mahu anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa anaknya akan
memperolehbanyak manfaat daripada PLKN.

NILAI
1. Nilai amanah. Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat.
2. Nilai kasih sayang. Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak
makanan kegemarannya.
3. Nilai bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa
mendengar masalah Aiman.
4. Nilai cinta akan tanah air. Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana
terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa
kita perlu menghargai tanah air kita.

PENGAJARAN
1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Aiman biadap terhadap
pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri.
2. Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. Contoh: Posmen menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah.
3. Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan. Contoh: Masnah tidak memberi
galakan kepada anaknya untuk menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program
tersebut mungkin membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-
kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak
asam pedas.

AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma
orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak

Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang
dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga

sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk
saja. Macamlah esok dah nak kiamat.

NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi

makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil
lagi.

(NEK SINAH meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap AIMAN yang
tidak menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit).

AIMAN: Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak diberitahu kepada aku. Suruh aku
buat macam ini, macam itu. Hish, rimas aku dengan orang tua tu! Daripada aku fikir pasal Nek

Sinah, baik aku tidur.

(i) Berdasarkan petikan drama, mengapakah Aiman tidak mahu Nek Sinah memanggilnya dengan

panggilan ‘nak Aiman’? [2 markah]

(ii) Kebanyakan rakyat yang berkemampuan menggaji pembantu rumah untuk menguruskan hal

ehwal rumah tangga mereka.

Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan memiliki orang gaji atau

pembantu rumah di rumah? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Nek Sinah yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu

perwatakan Nek Sinah yang lain daripada drama tersebut yang tidak

terdapat dalam petikan. [4 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

PEMAHAMAN
PROSA
KLASIK

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 2 (c) PROSA TRADISIONAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata
Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana
pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan
pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu
sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula
juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum
manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi
ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.”

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berikan maksud mati dengan pekerjaan? [2 markah]

ii) Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan

oleh Kertala Sari? [3 markah]

iii) Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai

penggawa agung? [3 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Soalan 2c (i) [2 markah]
Berikan maksud mati dengan pekerjaan?

Panduan

Cari maksud rangkai kata berdasarkan konteks ayat menggunakan idea sendiri
Ketika menulis jawapan i, gugurkan kata arahan soalan dan tanda soal
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada maksud yang dicari.

Berikan maksud mati dengan pekerjaan? pekerjaan
mati dengan perbuatan

meninggal dunia / terbunuh akibat

Jawapan 2 (c) i

Maksud mati dengan pekerjaan ialah meninggal dunia akibat perbuatan.

Soalan 2(c) ii

Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh

Kertala Sari? [3 markah]

Panduan

Jawapan untuk soalan ini terdapat dalam petikan yang telah diberikan.
Cari kata kunci dalam soalan tersebut untuk dijadikan panduan untuk mencari jawapan dalam
petikan (perlu cari tiga jawapan).

Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana
itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan
segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh
Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka (1) ia pun terlalu sukacita, (2)
seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan (3) diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara.

Ketika menulis jawapan, gugurkan kata arahan soalan dan tanda soal yang telah dicari
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada jawapan
dalam petikan
Gunakan dua penanda wacana.

Apakah Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh
Kertala Sari ? ialah .......................................... . Selain itu, .............................................................
Seterusnya, .........................................................

Jawapan 2c (ii)

Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Kertala
Sari ialah (1) ia pun terlalu sukacita, (2) seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-
sukaan dan (3) diberinya persalin.

(Jawapan yang begini markah calon akan ditolak ½ daripada markah keseluruhan kerana
calon hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa menukar kepada ayat sendiri)

Jawapan 2c (ii)

Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Kertala
Sari ialah (1) terlalu sukacita/gembira. Selain itu, (2) Kertala Sari dihidangkan makanan dan
minuman. Seterusnya (3) Kertala Sari diberi persalinan.

(Jawapan yang begini calon akan mendapat 3 markah. Hal ini demikian kerana calon
membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan)

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Soalan 2c (iii)

Pada pendapat anda, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai penggawa

agung? [3 markah]

Panduan

Jawapan untuk soalan ini berdasarkan idea atau pendapat sendiri.
Murid perlu mengemukakan idea berdasarkan jumlah markah (3 markah = 3 idea)
Ketika menulis jawapan, salin separuh daripada ayat soalan
Gantikan perkataan anda kepada saya
Gugurkan kata tanya dan tanda soal
Sambungkan kepada idea atau pendapat sendiri serta menggunakan dua penanda wacana.

Pada pendapat anda saya, mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai
penggawa agung ? adalah kerana ......................................... Selain itu,..................................
...................................................Seterusnya, ............................................. .............................

Jawapan 2c (iii)

Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung adalah
kerana (1) ingin membakar semangat juang Kertala Sari untuk melawan musuh. Selain itu, (2)
pelantikan ini supaya Kertala Sari boleh membalas dendam atas kematian bapanya yang telah
dibunuh oleh Laksamana. Seterusnya, (3) pelantikan ini untuk menghargai jasa bapa Kertala
Sari yang terkorban di tangan Laksamana Melaka.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

TINGKATAN 4
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk

menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh
oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala
Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih
Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala
Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha
seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh
Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di
Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-
isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar
Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari
kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal
ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap.
Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana
kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya
menggagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja, membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar,
manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala
Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk
dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana
telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya
membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan
membunuh Kertala Sari

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan
Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda
sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari
barang-barang tersebut kepada laksamana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada
fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikit pun dari harta tersebut.

Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan
Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat
membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak
dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu
berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta
yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia
pun kembali ke tempatnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan
halnya kecuriaan semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai
Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh
memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata terlalu banyak dengan lembing perisai. [2 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(i) Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian semalam.

Nyatakan reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut. [3 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(ii)Sekiranya anda Temenggung, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk

meredakan kemarahan raja? [3 markah]

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang
yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”

Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia
dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana
kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan
Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala
hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagikan tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka
yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala
fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan
sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada
diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada
Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud negeri Melaka pun kararlah. [2 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(ii)Bagaimanakah Laksamana membahagikan harta yang dicuri oleh Kertala Sari? [3 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

(iii)Sekiranya anda seorang pemerintah sebuah negara, apakah langkah-langkah yang perlu

dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan negara anda? [3 markah]

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 3

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1 Petikan 2

Setelah Kertala Sari mendengar kata Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke
Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun dalam. Maka dilihat oleh Kertala Sari orang

terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah berkawal terlalu banyak dengan alat
kaki Patih Gajah Mada. senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca

Maka sembah Kertala Sari, “Endah pustakanya lalu berjalan di tengah orang
apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah

Laksamana itu? Pada hati manira, jika seorang kaya. Maka dicurinya harta yang
negerinya pun dapat manira alahkan dengan kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali

seorang kula juga, syahadan segala anak dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya.
bininya orang Melaka itu pun dapat manira Maka ia pun kembali ke tempatnya.

ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Setelah hari pun siang maka orang-orang
Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada kaya itu pun datang menghadap raja
mahu manira menjadi penggawa.” mengadukan halnya kecurian semalam itu.

Setelah Patih Gajah Mada mendengar Maka baginda pun hairan serta bertitah pada
demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah

seraya diperjamunya makan minum dan menyuruh orangnya berkawal tadi?”
bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

(i) Berdasarkan Petikan 1, apakah maksud rangkai kata “dapat manira alahkan dengan seorang

kula?” [2 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(ii) Dalam Petikan 2, apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari pada malam itu?

[3 markah]
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk akan berlaku jika negara tidak aman?

[3 markah]
_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 4
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1 Petikan 2

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan

demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu oleh Patih Gajah Mada melihat pakanira,
marah, katanya, “Siapa menyuruh sudahkah datang dari Daha atau belumkah,

membunuh bapaku itu supaya negeri kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu
Majapahit ini habis kubinasakan?” dengan manira.” Maka Kertala Sari segera

Maka oleh ibunya itu segala hal ehwal dari mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan
mulanya datang kesudahnya diceritakannya oleh orang itu.

pada anaknya. Setelah Kertala Sari Setelah datang kepada Patih Gajah Mada,
mendengar ceritera ibunya demikian itu, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka

maka Kertala Sari pun terlalu sangat kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala
amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku

Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa ini, kerana pesan bapamu kepada aku,
kedep tembung laku. Syahadan negeri ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana
Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri

kuperbuat demikian, bukanlah aku anak Betara. Akan sekarang anakku hendak
penjurit yang berani dan kepetangan.” dijadikan penggawa agung.”

Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata
demikian itu, maka orang penyuruh

daripada Patih Gajah Mada itu pun
datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari

sedang berkata-kata dengan ibunya seperti
laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh

Kertala Sari orang datang itu, maka kata
Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan

hamba ini?”

(i) Berdasarkan petikan 1, apakah maksud ayat “Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku

anak penjurit yang berani dan kepetangan?” [2 markah]

(ii) Berdasarkan Petikan 2, apakah tujuanPatih Gajah Mada ingin bertemu dengan Kertala Sari?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah nasihat-nasihat yang boleh anda berikan kepada seseorang yang

sedang berada dalam keadaan kemarahan? [3 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

PEMAHAMAN
PUISI

(pantun/syair/
gurindam/seloka/

sajak)

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 2 (d)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sejadah Rindu

Terkedu aku } perwatakan 1

Di sejadah rindu
Mengungkap kalimah syahdu
Bait bicara tersentuh kalbu
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan } jawapan 1 2(d) i
Kupohon kembali nafas kehidupan

Dalam keterhadan dan keterbatasan insan
Moga terbuka ruang keampunan

Sebelum saat aku dinisankan
Di masa yang kautetapkan

Air mata menjadi saksi } perwatakan 2

Keikhlasan menjadi bukti
Akhirnya

Aku sujud menghadap Ilahi
Di keheningan yang sepi

Lafaz taubat mengiringi
Nafas sebak kian mengikuti

Hati ini luluh } perwatakan 3
Jiwa yang kaku tersentuh
Ayat-ayat cinta tersusun kukuh

Di sejadah rindu yang lusuh
Kemaafan yang kupohon sungguh
Dari Pencipta dalam gemuruh

Ungkapan doa pada Yang Esa } jawapan 2 2(d) i
Izinkankan aku menjadi manusia } perwatakan 4

Yang taat sentiasa
Pada perintah Maha Kuasa

Agar aku tidak lupa
Dunia ini hanya bersifat sementara

MOHD. HAIKAL AMINUDDIN
Antologi Sejadah Rindu

Tingkatan 5

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

i) Apakah doa penyajak dalam sajak “Sejadah Rindu”? [2 markah]

ii) Berikan pendapat anda tentang kriteria-kriteria taubat seseorang itu akan diterima oleh Tuhan.
[3 markah]

iii) Jelaskan perwatakan penyajak berdasarkan sajak di atas. [4 markah]

Soalan 2(d) i

Apakah doa penyajak dalam sajak “Sejadah Rindu”? [2 markah]

Panduan

Jawapan untuk soalan ini terdapat dalam puisi.
Cari kata kunci dalam soalan tersebut untuk dijadikan panduan untuk mencari jawapan dalam
puisi (perlu cari dua jawapan)
Ketika menulis jawapan i, gugurkan kata arahan soalan dan tanda soal
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada jawapan yang dicari.
Gunakan penanda wacana

Apakah doa penyajak dalam sajak “Sejadah Rindu” ? ialah (1) moga terbuka ruang keampunan dan
(2) izinkankan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa.

(Jawapan yang begini markah calon akan ditolak ½ daripada markah keseluruhan kerana
calon hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa menukar kepada ayat sendiri)

Jawapan 2(d) i

Doa penyajak dalam sajak “Sejadah Rindu” adalah (1) memohon kepada Tuhan agar diberi
peluang dan dibukakan ruang keampunan sebelum dia meninggal dunia. Selain itu, (2)
penyajak memohon agar Tuhan mengizinkannya menjadi manusia yang taat kepada perintah-
Nya.

(Jawapan yang begini calon akan mendapat 2 markah. Hal ini demikian kerana calon
membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan)

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Soalan 2(d) ii

Berikan pendapat anda tentang kriteria-kriteria taubat seseorang itu akan diterima oleh Tuhan.
[3 markah]

Panduan

Jawapan untuk soalan ini berdasarkan idea atau pendapat sendiri.
Murid perlu mengemukakan idea berdasarkan jumlah markah (3 markah = 3 idea)
Ketika menulis jawapan, salin separuh daripada ayat soalan
Gantikan perkataan anda kepada saya
Gugurkan kata tanya.
Sambungkan kepada idea atau pendapat sendiri serta menggunakan dua penanda wacana.

Berikan pendapat anda saya tentang kriteria-kriteria taubat seseorang itu akan diterima oleh Tuhan
ialah......................................... Selain itu,................................................................................
......................................................................................Seterusnya, ......................................................

Jawapan 2(d) ii

Pendapat saya tentang kriteria-kriteria taubat seseorang itu akan diterima oleh Tuhan ialah (1) tidak
mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. Selain itu, (2) seseorang itu bersungguh-sungguh
memohon keampunan. Seterusnya, (3) seseorang itu bersikap baik kepada semua orang.

Soalan 2(d) iii

Jelaskan perwatakan penyajak berdasarkan sajak di atas. [4 markah]

Panduan

Ketika menulis jawapan iii, gugurkan kata arahan soalan.
Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada jawapan yang dicari.
Gunakan penanda wacana
Sila rujuk jadual no.5 tentang cara menjawab soalan berbentuk KOMSAS

Jelaskan Perwatakan penyajak berdasarkan sajak di atas tersebut ialah .............................. Selain itu,
................................................................................Seterusnya, .............................................................
Di samping itu, ................................................................................ .

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Jawapan 2(d) iii
Perwatakan penyajak berdasarkan sajak ialah (1) seorang yang berasa insaf dalam hati. Selain itu,
(2) penyajak seorang yang ikhlas bertaubat. Seterusnya, (3) penyajak seorang yang jiwanya
kaku. Di samping itu, (4) penyajak seorang yang taat kepada Yang Maha Esa.

SYAIR BIDASARI - Jamilah Hj Ahmad
Rangkap 1
syair ini mengisahkan riwayat seorang raja di desa Negeri Kembayat yang menjadi contoh teladan
kepada rakyatnya.
Rangkap 2
Raja di desa Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang yang hebat dan bijaksana. Baginda juga
berwajah tampan dan bersikap adil terhadap orang asing/pedagang.
Rangkap 3
Sebagai seorang raja yang hebat, baginda tidak pernah merasai kesusahan. Namun hal tidak dapat
dijangka pada masa akan datang.
Rangkap 4
Raja kemudiannya beristeri dan tidak beberapa lama kemudian permaisuri baginda berbadan dua.
Rangkap 5
Setelah beberapa lama memerintah negara dalam keadaan aman damai, akhirnya bala menimpa dan
baginda terpaksa meninggalkan kerajaannya.
Rangkap 6
Pada suatu hari, negeri baginda diserang oleh burung garuda hingga menyebabkan kemusnahan yang
teruk.
Rangkap 7
Keadaan negara menjadi huru-hara dan semua rakyat lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Rangkap 8
Rakyat jelata datang menghadap raja mengkhabarkan suasana huru-hara dalam negara. Raja dengan
perasaan marah menyatakan rasa terkejutnya.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

TEMA

Tema yang terdapat dalam Syair Bidasari ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja dalam
memerintah negara. Pemerintahan raja di desa Negeri Kembayat menjadi huru-hara apabila negara
baginda ditimpa musibah.

PERSOALAN
1. Kehebatan seorang raja yang memerintah negara
Rangkap 2, baris 3 – Sultan halifah akas bestari
2. Keadilan seorang pemerintah
Rangkap 2, baris 4 – Melimpah ngadil dagang senteri
3. Masa depan seseorang ditentukan oleh takdir
Rangkap 3 -, baris 4 Entah pada esok dan lusa

NILAI
1. Tanggungjawab – Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri dengan sempurna.
2. Ketaatan – seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.
3. Kebijaksanaan – Raja Negeri Kembayat yang pertama bijaak dan cekap memimpin rakyat.
4. Keadilan – Raja negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama
kepada rakyat termasuklah para dagang.
5. Kasih sayang – Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah
isterinya itu mengandung.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah.
2. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian negara.
3. Kita perlulah bijaksana dalam merangka dan membuat perancangan supaya tugas dapat dijalankan
dengan sempurna.
4. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa
membeza-bezakan darjat atau kedudukan.
5. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka
yang tidak diduga.
6. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan
ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,

Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,
Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,
Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,

Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,
Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. “Gempar ini apakah kurang.”

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)

i Berikan maksud unggas gurda. [2 markah]

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

ii Sebagai rakyat yang prihatin,apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana.
[3 markah]

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Iii Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)

Rangkap 1
Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh
tuhan.

Rangkap 2
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.

Rangkap 3
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.

Rangkap 4
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Rangkap 5
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Rangkap 6
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Rangkap 7
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA
Nasihat memelihara anggota diri.
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN
1. Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan.
2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
3. Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.
4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

NILAI
1. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata.
2. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
3. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana.
2. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
4. Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

SAJAK – SANG GEMBALA KUDA - Mohd Hashim Othman
MAKSUD
Rangkap 1
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang.

Rangkap 2
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa
setia.kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk memburu kuda lain.

Rangkap 3
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut .
Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang berani
menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

Rangap 4
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda
yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak
menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas
kasihan.

TEMA
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat
sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

PERSOALAN
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.

NILAI
1.Keberanian – penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu
menjaga kuda-kuda itu.
2.Tanggungjawab – penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan
mengurus makan dan minum secara baik.
3.Kebijaksanaan – penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-
kuda itu masuk ke kandang.
4.Kegigihan – penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun
terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah putus asa.
2. Kita hendaklah setia dan patuh dengan pemerintah atau ketua.
3. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melaksanakan sesuatu tuga agar kejayaan dapat dikecapi.
4. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
5. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

(i) Siapakah Sang Gembala Kuda itu? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sukan berkuda masih kurang diminati oleh masyarakat?
[4 markah]

(iii) Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

SAJAK – AKU MEMBACA LAGI - Razali Mohd Yussof

MAKSUD

Rangkap pertama - Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan

perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Rangkap kedua - Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui
burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

Rangkap ketiga - Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara
semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang

semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin

kedaulatan bahasa Melayu.

Rangkap keempat - Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib
bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Rangkap kelima - Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin
diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.

TEMA - Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

PERSOALAN
1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan. Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang

diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan
banjaran gunung.

2. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang. Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama
semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan

bahasa kebangsaan.
3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu. Contoh : Para pejuang bahasa yang

cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

NILAI
1. Nilai kesyukuran - Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan

alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.

2. Nilai cinta akan Bahasa - Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

3. Nilai cinta akan alam sekitar – Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan
oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran

gunung.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan. Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang
bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2. Kita mestilah cinta akan bahasa. Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu
berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
3. Kita mestilah cinta akan alam sekitar. Contohnya, penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan
banjaran gunung.

LATIHAN 1

Baca sajakdi bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

i. Apakah yang dinyatakan oleh penyajak dalam rangkap ke-3 sajak di atas? [2 markah]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

ii. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk kemusnahan alam sekitar terhadap kehidupan

manusia? [4 markah]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

iii. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY - Abdul Ghafar Ibrahim

MAKSUD
Rangkap pertama -Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan
dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Rangkap kedua -Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi
masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Rangkap ketiga -Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang
menguji kesabaran dan keimanannya.

Rangkap keempat -Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun
begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya
lagi.

Rangkap kelima -Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke
arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang
mendatang.

Rangkap keenam -Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik
dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

Rangkap ketujuh -Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam
mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap kelapan -Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup
yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh
itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
mendekati Tuhan.

TEMA - Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

PERSOALAN
1. Kepentingan merancang kehidupan. Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai
perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.
2. Kegigihan untuk menyelesaikan masalah. Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba
memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang
lain.
3. Cara menjalani hidup dengan bermanfaat. Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

NILAI
1. Nilai rasional - Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
2. Nilai kegigihan - Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk
mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

3. Nilai keinsafan - Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya
mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan. Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan
kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
2. Kita mestilah memiliki pendirian. Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah
dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri. Contoh : Penyajak sering melakukan
muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

SAJAK GELANGGANG - Onn Malini

MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap pertama - Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil
perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.

Rangkap kedua - Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi
terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara.
Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat
supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba
memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.

Rangkap ketiga - Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan
melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan
oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya
tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar
Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.

Rangkap keempat - Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya
mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.

Rangkap kelima - Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab
memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan
mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat
Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam
meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua
pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

TEMA
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.

PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan. Contoh : Generasi dahulu berjuang
mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara. Contoh : Penyajak menyatakan bahawa
rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara. Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat
supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba
memusnahkan negara.

NILAI
1. Nilai keberanian - Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani
berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
2. Nilai perpaduan - Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti
dapat memelihara negara daripada ancaman luar.

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

3. Nilai tanggungjawab - Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan
negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu -Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu
telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
2. Kita mestilah berani bertindak -Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita
harus berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
3. Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara – contohnya, penyajak menyeru semua
rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara.

LATIHAN

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua sebab kita perlu mengelakkan perselisihan?

[2 markah]
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

(ii) Generasi muda bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab golongan ini dalam memastikan nama baik negara

sentiasa terpelihara? [3 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

TATABAHASA

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

TATABAHASA
3 (a)

1. Ayat yang dibina hendaklah matang dan sesuai dengan tahap pelajar.
2. Mestilah lengkap strukturnya (subjek, predikat dan keterangan) dan tidak tergantung.
3. Jangan gunakan perkataan yang diuji sebagai nama khas atau peribahasa.
4. Jangan bina ayat yang tidak logik dan tidak menunjukkan pemahaman terhadap perkataan yang

diuji
5. Pelajar boleh memberikan makna perkataan tetapi hendaklah dalam ayat yang lengkap
6. Jangan bina ayat yang kelihatan seperti satu ayat tetapi sebenarnya dua atau lebih ayat.
7. Jangan tambah / buang / ubah imbuhan dalam perkataan yang diuji.
8. Jika menggunakan ayat cakap ajuk, pastikan peraturan menulis ayat itu dipatuhi.
9. Jika tidak yakin ayat yang dibina itu tepat, calon boleh membina 2 ayat bagi perkataan yang diuji.

( bukan semua perkataan yang diuji )
10. Markah akan dipotong bagi kesalahan ejaan dan tatabahasa.
11. Pelajar wajar membina ayat dalam lingkungan 7 – 12 patah perkataan.

Contoh binaan ayat: “makan”

Ahmad sedang makan nasi di Warung Pak Musa. 1m

subjek predikat keterangan

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

MEMBINA AYAT

AKTIVITI 1 :

MENGANALISIS AYAT
Baca arahan soalan di bawah dengan teliti dan gariskan kata kunci dalam pernyataan soalan
tersebut.
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

I. seniman
II. budiman
III. hartawan
IV. karyawan
V. peragawati
VI. olahragawati

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

AKTIVITI 2:

MEMAHAMI MAKSUD PERKATAAN
Dengan merujuk Kamus Dewan , padankan maksud perkataan berikut.

PERKATAAN MAKSUD

SENIMAN Perempuan yang memperagakan
pakaian dan lain-lain.

BUDIMAN Perempuan yang terlatih atau
HARTAWAN mengambil bahagian dalam
KARYAWAN acara olahraga.
PERAGAWATI
OLAHRAGAWATI Orang yang mempunyai bakat
seni seperti pelukis ,penyanyi
dan penyair

Orang yang berbudi , berakal
dan bijaksana.

Orang yang berharta, dan kaya

Penghasil karya atau pencipta
karya seni

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

AKTIVITI 3:
MEMBINA AYAT GRAMATIS
Tulis satu ayat yang gramatis menggunakan perkataan –perkataan berikut .
1. seniman
________________________________________________________________________________

2. budiman
________________________________________________________________________________

3. hartawan
________________________________________________________________________________

4. karyawan
________________________________________________________________________________

5. peragawati
________________________________________________________________________________

6. olahragawati
________________________________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Latihan Pengukuhan 1:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. tingkat
______________________________________________________________

2. bertingkat-tingkat
______________________________________________________________

3. meningkat
______________________________________________________________

4. mempertingkatkan
______________________________________________________________

5. tingkatan
______________________________________________________________

6. peningkatan
______________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

Latihan Pengukuhan 2:

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. sayang-menyayangi
______________________________________________________________

2. kecil-kecilan
______________________________________________________________

3. tembak-menembak
______________________________________________________________

4. keanak-anakan
______________________________________________________________

5. kebiru-biruan
______________________________________________________________

6. kebarat-baratan
______________________________________________________________

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan

imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gamat
(ii) diam

(iii) bidang

[6 markah]

LATIHAN 2 : MRSM

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan

perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) reda - redah

(ii) paras - parau
(iii) kerat - kelat

[6 markah]

LATIHAN 3 : MPSM MELAKA

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) latar - latar belakang
(ii) pusat - pusat serenti

(iii) jangka - jangka hayat

[6 markah]

LATIHAN 4 : MPSM JOHOR

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) seniman
(ii) budiman

(iii) hartawan
(iv) karyawan

(v) peragawati
(vi) olahragawati

[6 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 5 : MPSM PERLIS

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) cari gali
(ii) jati diri

(iii) ruang legar
(iv) ulasan selari

(v) ulang tayang
(vi) temu ramah

[6 markah]

LATIHAN 6 : MPSM SABAH

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) rancang
(ii) merancang

(iii) terancang
(iv) perancang

(v) rancangan
(vi) perancangan

[6 markah]

LATIHAN 7 : MPSM SARAWAK

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) baik - baik-baik
(ii) jarang - jarang-jarang
(iii) suka - suka-suka

[6 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

LATIHAN 8 : MPSM SELANGOR

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) soal siasat
(ii) soal jawab
(iii) temu duga
(iv) temu bual
(v) lemah lembut
(vi) lemah lesu

[6 markah]

LATIHAN 9 : MPSM TERENGGANU

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bekalan
(ii) pembekal
(iii) membekalkan
(iv) menaiki
(v) kenaikan
(vi) penaikan

[6 markah]

LATIHAN 10 : MPSM PULAU PINANG

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau

menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) keping
(ii) jambak
(iii) gelung
(iv) das
(v) cebis
(vi) gulung

[6 markah]

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

TATABAHASA
3 (b)

Kemungkinan soalan:
1. Menukar ayat

a. aktif – pasif
b. pasif – aktif
c. susunan biasa – susunan songsang
d. susunan songsang – susunan biasa
e. ajuk – pindah
f. pindah – ajuk
2. Mengenal pasti jenis / pola ayat
3. Memisahkan ayat
4. Menggabungkan ayat
5. Analisis ayat
Teknik menjawab
1. Baca dan fahami kehendak soalan
2. Soalan ini amat memerlukan pengetahuan asas kemahiran tatabahasa yang dipelajari semasa
peringkat menengah rendah.
3. Wajar menguasai kemahiran mengenal jenis / pola ayat serta golongan kata.
4. Penting bagi pelajar tidak meninggalkan mana-mana bahagian isi.
5. Jangan ubah struktur atau urutan isi dalam soalan.

Kerja tanpa hiburan menyebabkan seseorang itu
membosankan-Pepatah Inggeris

Modul Pengajaran Berfokus BM2 SMU 2020

JENIS - JENIS AYAT
PANDUAN MENGENAL PASTI JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat Penyata - ( menyatakan sesuatu )
CTH: Ali sedang belajar.

2. Ayat Tanya - ( ada tanda soal ? )
( ingin mengetahui sesuatu )

CTH: Ke manakah kamu pergi semalam?

3. Ayat Seruan - ( ada tanda seru ! )
- ( emosi tinggi atau meluncur akibat kehairanan, kekaguman,
rintihan, sindiran)

SOALACNTH1:: Aduh, sakitnya perutku !

4. Ayat Perintah - ( ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan)
CTH: i. Jangan merokok di pejaba.t (Ayat Larangan)
ii. Tolong ambilkan saya segelas air suam. ( Ayat Permintaan)
iii. Jemputlah/ Silalah naik ke rumah saya. (Ayat Silaan)
iv. Tebang pokok kelapa di belakang rumah itu. (Ayat Suruhan)


Click to View FlipBook Version