The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan dan Pengurusan Pusat Anak GENIUS Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azahzahari, 2022-05-28 11:08:47

Surat Pekeliling Pentadbiran Spp

Panduan dan Pengurusan Pusat Anak GENIUS Negara

_____________________________________
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA

_____________________________________

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA

BAHAGIAN GENIUS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MALAYSIA

KEMASKINI JANUARI 2022
____________



SURAT PEKELILING PENTADBIRAN ISI KANDUNGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
MUKA SURAT
BIL. PERKARA

4.1 Kurikulum ....................................................................................................... 2
4.2 Tenaga Pendidik ............................................................................................ 4
4.3 Kemudahan Fizikal ......................................................................................... 5
4.4 Kolaborasi Ibu Bapa dan Komuniti ................................................................. 6
4.5 Bahasa Pengantar.......................................................................................... 8
4.6 Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK) . 9

5.1 Penetapan Kuota Anak................................................................................. 13
5.2 Permohonan Kemasukan Anak .................................................................... 14
5.3 Prosedur Kemasukan Anak .......................................................................... 15
5.4 Pendaftaran Anak......................................................................................... 17
5.5 Pakaian Anak ............................................................................................... 18
5.6 Kehadiran Anak............................................................................................ 18
5.7 Ketidakhadiran Anak .................................................................................... 20
5.8 Penglibatan Ibu Bapa ................................................................................... 22
5.9 Penamatan Anak .......................................................................................... 23
5.10 Kesihatan Anak ............................................................................................ 24
5.11 Lawatan Rumah ........................................................................................... 26
5.12 Konvokesyen Anak....................................................................................... 27

6.1 Hari dan Waktu Operasi ............................................................................... 28
6.2 Penutupan .................................................................................................... 29
6.3 Keperluan Peralatan Pembelajaran di PAGN ............................................... 29
6.4 Keselamatan Anak ....................................................................................... 30
6.5 Amalan Pemakanan ..................................................................................... 35
6.6 Perkhidmatan Sokongan .............................................................................. 35
6.7 Penyelenggaraan ......................................................................................... 38

iii

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN ISI KANDUNGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

6.8 Pengurusan Aset .......................................................................................... 39
6.9 Pengurusan Fail ........................................................................................... 43
6.10 Laporan Bulanan PAGN ............................................................................... 47
6.11 Buku Pelawat ............................................................................................... 47

7.1 Proses Pemilihan Ketua Pendidik................................................................. 48
7.2 Tugas-tugas Ketua Pendidik ........................................................................ 48

8.1 Tugas-tugas Pendidik................................................................................... 50
8.2 Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)........................................................ 52
8.3 Buku Rekod Pentaksiran Perkembangan Kanak-kanak ............................... 53
8.4 Buku Log Harian Anak GENIUS Negara ...................................................... 54
8.5 Rekod Kehadiran Anak................................................................................. 55
8.6 Waktu Bertugas............................................................................................ 56
8.7 Pakaian Pendidik.......................................................................................... 57

9.1 Tujuan .......................................................................................................... 59
9.2 Pendaftaran.................................................................................................. 59
9.3 Carta Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik..................................... 60
9.4 Keanggotaan ................................................................................................ 61
9.5 Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa................................................................... 62
9.6 Fungsi Jawatankuasa PIBP.......................................................................... 63
9.7 Tempoh Perkhidmatan ................................................................................. 64
9.8 Mesyuarat Agung Tahunan .......................................................................... 64
9.9 Mesyuarat PIBP ........................................................................................... 66
9.10 Kuorum......................................................................................................... 67
9.11 Punca-punca Pendapatan Persatuan ........................................................... 67
9.12 Perbelanjaan Wang Persatuan..................................................................... 68
9.13 Peraturan Pelaksanaan Aktiviti di bawah PIBP ............................................ 69
9.14 Pembubaran PIBP........................................................................................ 71

10.1 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) ........................... 72
10.2 Pengurusan Penilaian Prestasi..................................................................... 72

iv

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN ISI KANDUNGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

10.3 Cuti Pendidik ................................................................................................ 74
10.4 Pertukaran Pendidik ..................................................................................... 79
10.5 Kursus Wajib Pendidik GENIUS ................................................................... 79
10.6 Lain-lain Kursus............................................................................................ 80

11.1 Tuntutan Perjalanan ..................................................................................... 81
11.2 Tatacara Perkhidmatan/Pembekalan dibuat Melalui Sistem ePerolehan
Secara Kontrak Bermasa......................................................................................... 82
11.3 Tatacara Perolehan Kerja-kerja Penyelenggaraan Kecemasan/ Darurat ..... 83

12.1 Tatacara Aduan............................................................................................ 85

v

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 1: DEFINISI
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

1. DEFINISI

i. Bahagian GENIUS
Bahagian GENIUS merupakan satu Bahagian di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menguruskan pengoperasian Pusat Anak
GENIUS Negara (PAGN) di seluruh negara.

ii. Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN)
Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) merupakan pusat asuhan dan didikan
awal kanak-kanak di bawah Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

iii. Anak GENIUS Negara
Anak GENIUS Negara merupakan kanak-kanak yang telah diterima masuk
dalam Program GENIUS Negara berumur 4 tahun ke bawah dan selepas
ini dirujuk sebagai “anak”.

iv. Ketua Jabatan
Ketua Jabatan merujuk kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian GENIUS,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

v. Pegawai Paksi
Pegawai Paksi merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk
memantau dan menguruskan pengoperasian PAGN.

vi. Ketua Pendidik
Ketua Pendidik merupakan ketua dalam kalangan pendidik di sesebuah
PAGN.

1

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 1: DEFINISI
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

vii. Pendidik
Pendidik merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan lantikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sama ada pada gred lantikan DG29
atau DG41 secara tetap atau kontrak. Pendidik telah dibahagikan mengikut
kumpulan umur anak mengikut modul pembelajaran dan nisbah antara
anak dan pendidik. Bilangan pendidik yang ditempatkan di sesebuah PAGN
adalah mengikut kuota anak.

viii. Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan ibu dan bapa kandung atau penjaga kepada anak
GENIUS Negara. Ibu bapa/penjaga ini bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas anak GENIUS Negara.

ix. Kurikulum
Pada masa ini, kurikulum yang diguna pakai merupakan Kurikulum
PERMATA Negara (Edisi 2013) dan selepas ini dirujuk sebagai Kurikulum
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak.

x. Modul Latihan
Modul yang diguna pakai adalah Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak PERMATA Negara.

2

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

2. TUJUAN

Panduan Pengurusan dan Pentadbiran ini disediakan sebagai dokumen rujukan
bagi membantu para pegawai, kakitangan dan pendidik mendapat penjelasan dan
kefahaman berhubung tatacara dan prosedur yang boleh digunakan dalam
mengurus dan mentadbir Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN).

3. LATAR BELAKANG

Peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur penting dalam aspek pengurusan dan
pentadbiran PAGN ini dikeluarkan bagi menambah baik dan memantapkan
pengurusan dan pentadbiran PAGN. Panduan pengurusan dan pentadbiran
PAGN ini dapat membantu para pegawai, kakitangan dan pendidik meningkatkan
lagi kualiti pengurusan dan pentadbiran PAGN.

Penggunaan nama PERMATA telah ditukar kepada GENIUS melalui Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 5 April 2019. Sehubungan itu, SPP ini akan menggunakan
nama GENIUS bagi menggantikan nama PERMATA.

4. DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2008

Program GENIUS Negara merupakan sebuah program asuhan dan didikan awal
kanak-kanak khusus kepada kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun
sebagaimana ditetapkan dalam Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan.

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas
penting sebagai landasan jangka panjang daripada pelaburan awal dalam
pembangunan modal insan seperti yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9). Kanak-kanak hari ini merupakan bakal pewaris dan modal
insan negara pada masa hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini

1

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang
hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta
berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosioekonomi global.
Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
kanak Kebangsaan ialah:

“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang
komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-
kanak dari lahir hingga empat (4) tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada
pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini
adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia
ada”.

Berikut adalah merupakan empat (4) komponen penting bagi melaksanakan Dasar
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008:

i. Kurikulum ;

ii. Tenaga Pendidik;

iii. Kemudahan Fizikal; dan

iv. Penglibatan Ibu Bapa.

4.1 Kurikulum

4.1.1 PAGN mengguna pakai sepenuhnya Kurikulum Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak yang telah digubal dan ditambah baik dari
semasa ke semasa dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

2

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

4.1.2 Pendidik hendaklah memastikan kurikulum dan teknik pembelajaran
GENIUS Negara diguna dan diaplikasikan sepenuhnya. Bagi tujuan
ini, dokumen Kurikulum PERMATA Negara (Edisi 2013)
hendaklah sentiasa dirujuk dan dilaksanakan sepenuhnya.

4.1.3 Struktur Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak adalah
berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan mengandungi
enam (6) bidang pembelajaran seperti berikut :

i. Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian;

ii. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal;

iii. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik;

iv. Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran;

v. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor; dan

vi. Perkembangan Kreativiti dan Estetika.

4.1.4 Berdasarkan kurikulum ini, minda kanak-kanak dirangsang
menggunakan teknik pembelajaran GENIUS Negara melalui
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Strategi
pelaksanaan hendaklah sentiasa dipastikan sesuai untuk kanak-
kanak melalui kaedah-kaedah pembelajaran berikut:

i. meneroka (exploration);

ii. mencuba (experimentation); dan

3

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

iii. mengalami (experiential).

4.1.5 Teknik pembelajaran GENIUS Negara ini hendaklah diaplikasikan
dengan menggunakan peralatan pembelajaran yang telah
dibekalkan di setiap PAGN atau melalui alatan-alatan hasil kerja
pendidik dan anak.

4.1.6 Pendidik hendaklah sentiasa memastikan peralatan pembelajaran
GENIUS Negara yang dibekalkan berada dalam keadaan yang
memuaskan dan selamat untuk diguna pakai.

4.2 Tenaga Pendidik

4.2.1 Tenaga pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik
sekurang-kurangnya di peringkat diploma dalam bidang
perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak telah dibuktikan
sebagai faktor terpenting menyumbang kepada kejayaan program
pendidikan awal yang bertujuan membina asas perkembangan
emosi dan minda kanak-kanak yang kukuh. Tenaga pendidik yang
berkelayakan dalam perkembangan kanak-kanak diperlukan atas
sebab-sebab berikut:

i. pendidik memainkan peranan utama dalam membentuk
sahsiah dan sikap anak, khususnya bagi anak yang baru
mengenali diri, emosi dan kebolehan interaksi sosial mereka;

ii. hasil pembelajaran awal yang positif hanya boleh dipastikan
oleh pendidik yang berkualiti dan berkelayakan dan mereka
perlu membantu anak yang buat pertama kalinya berada
dalam kumpulan berlainan bangsa, budaya dan agama;

4

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

iii. mempunyai kebolehan berkomunikasi secara berkesan
dengan anak, rakan sekerja dan keluarga anak;

iv. berkeupayaan melaksanakan program, menggunakan
peralatan pembelajaran secara berkesan; dan

v. berdaya kreatif serta mampu membawa perubahan sesuai
dalam kehidupan anak dan keluarga mereka.

4.2.2 Pendidik perlu merujuk Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
kanak Kebangsaan 2008, Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak dan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
kanak PERMATA Negara.

4.3 Kemudahan Fizikal

4.3.1 Hasil pelbagai kajian mengenai amalan pengasuhan awal kanak-
kanak menunjukkan bahawa kemudahan fizikal dan persekitaran
pembelajaran perlu merangkumi aspek:

i. keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan;

ii. kawasan luar serta persekitaran yang boleh merangsang
minda, fizikal dan emosi anak; dan

iii. kemudahan peralatan pembelajaran luar yang berkualiti dan
memenuhi keperluan anak.

4.3.2 Pendidik boleh merujuk Garis Panduan Penyediaan Kemudahan
Fizikal untuk rujukan lanjut.

5

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

4.4 Kolaborasi Ibu Bapa dan Komuniti

4.4.1 Penglibatan Ibu Bapa

i. kajian menunjukkan perkembangan dan prestasi
pembelajaran anak adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka
terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka
sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan sokongan ibu bapa di
peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran
anak melalui kaedah pembelajaran yang berterusan di rumah.
Asuhan dan didikan yang serupa di pusat dan di rumah akan
membantu kesinambungan proses pembelajaran dan
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anak. Di samping
itu, ia juga dapat menjalin perhubungan yang rapat di antara
ibu bapa dan tenaga pendidik serta membolehkan pendidik
mengenali dan memahami anak dengan lebih mendalam.

ii. penglibatan ibu bapa di bawah Program GENIUS Negara
adalah diwajibkan iaitu sekurang-kurangnya satu (1) jam
seminggu atau empat (4) jam sebulan mengikut kesesuaian
masa dan aktiviti yang mereka selesa jalankan. Jadual untuk
ibu bapa hadir ke PAGN akan disediakan oleh pihak PAGN
dengan persetujuan ibu bapa mengikut giliran tertentu.

iii. untuk tidak membebankan ibu bapa, pendidik boleh memberi
peluang kepada ibu bapa untuk memilih cadangan aktiviti
mengikut jam seperti berikut:

a. empat (4) jam atau lebih penglibatan di PAGN; atau

6

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

b. tiga (3) jam penglibatan di PAGN, dan satu (1) jam aktiviti
bersama keluarga di luar PAGN; atau

c. dua (2) jam penglibatan di PAGN, satu (1) jam aktiviti
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP), dan
satu (1) jam aktiviti bersama keluarga di luar PAGN; atau

d. satu (1) jam penglibatan di PAGN, satu (1) jam aktiviti
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP), satu
(1) jam aktiviti bersama keluarga di luar PAGN dan satu
(1) jam aktiviti yang dianjurkan oleh PAGN atau PIBP.

iv. walau bagaimanapun, Ketua Pendidik boleh
mempelbagaikan aktiviti penglibatan ibu bapa
berdasarkan budi bicara Ketua Pendidik selagi ia memberi
manfaat kepada perkembangan anak.

4.4.2 Agensi Sokongan dan Komuniti Setempat

i. agensi sokongan dan komuniti setempat merupakan
pemegang taruh dalam Program GENIUS Negara.
Penglibatan agensi sokongan dan komuniti setempat bukan
sahaja akan mewujudkan kerjasama yang sihat tetapi juga
memberi pendedahan kepada semua pihak untuk memahami
pentingnya perkembangan awal kanak-kanak dan juga
Program GENIUS Negara. Agensi sokongan dan komuniti
setempat boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti pembelajaran
anak-anak di PAGN, secara langsung atau tidak langsung,
melalui sokongan kepakaran, peralatan, kewangan dan
kesukarelawanan. Terdapat beberapa agensi sokongan dan

7

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

komuniti setempat yang boleh dilibatkan dalam Program
GENIUS Negara seperti:

a. Klinik Kesihatan

b. Klinik Pergigian

c. Polis

d. Bomba

e. Sekolah

f. Penduduk Setempat

ii. antara aktiviti yang memerlukan penglibatan agensi sokongan
dan komuniti setempat ialah program pemeriksaan kesihatan,
pemeriksaan keselamatan, sambutan perayaan dan
perkongsian maklumat.

iii. pendidik perlu merujuk Kurikulum Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak, Modul Kursus Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak PERMATA Negara dan Dasar Asuhan
dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 untuk
maklumat lanjut.

4.5 Bahasa Pengantar

4.5.1 Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar semasa sesi
pembelajaran. Bahasa Inggeris juga akan digunakan semasa sesi
pembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum dan modul

8

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

pembelajaran. Dalam hal ini Pendidik adalah amat digalakkan untuk
sentiasa berkomunikasi dengan kanak-kanak dalam Bahasa
Inggeris semasa di PAGN. Penggunaan bahasa ketiga juga amat
digalakkan semasa di PAGN.

4.5.2 PAGN juga digalakkan untuk mengadakan English Day satu (1) hari
pada setiap minggu bagi meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua.

4.5.3 Pendidik boleh merujuk Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak dan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak PERMATA Negara.

4.6 Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(SKPAK)

4.6.1 Bagi memastikan hasrat dan matlamat Kurikulum Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-kanak tercapai dan dilaksanakan dengan betul
oleh TASKA swasta dan TASKA di bawah kelolaan agensi awam,
satu sistem Jaminan Kualiti yang ditanda aras dengan amalan
jaminan kualiti antarabangsa telah diwujudkan. Panduan ini
dinamakan Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak (SKPAK) yang sebelum ini dikenali sebagai PERMATA
Q. Ia dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kualiti GENIUS Negara,
Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi
menetapkan standard dan prosedur jaminan kualiti yang berteraskan
Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak.

4.6.2 Objektif SKPAK adalah seperti berikut:

9

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

i. memastikan TASKA yang mengguna pakai Kurikulum
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak telah memenuhi
semua kriteria dan standard pengasuhan dan pembelajaran
seperti termaktub dalam dokumen SKPAK;

ii. memberi keyakinan kepada pemegang taruh tentang kualiti
TASKA yang melaksanakan Kurikulum Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak;

iii. membantu TASKA mengambil tindakan penambahbaikan
secara berterusan; dan

iv. menambah baik program latihan dan perkembangan
profesional yang diperlukan oleh pendidik GENIUS Negara
secara berterusan.

4.6.3 Terdapat enam (6) SKPAK sebagai asas untuk menilai pencapaian
oleh TASKA berdasarkan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak iaitu:

i. amalan rutin dan pengasuhan kanak-kanak;

ii. pembelajaran dan pentaksiran;

iii. asuhan dan penilaian bayi;

iv. keselamatan fizikal dan sumber pembelajaran;

v. sumber manusia; dan

vi. pengurusan.

10

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

4.6.4 Prosedur Penilaian Kualiti SKPAK

i. semua PAGN diwajibkan menjalankan proses jaminan kualiti
mengikut perancangan yang ditetapkan oleh Unit Jaminan
Kualiti, Bahagian GENIUS yang melibatkan tiga (3) peringkat
seperti berikut:

a. Penilaian Kendiri

Penilaian yang dilakukan oleh TASKA secara dalam
talian berdasarkan enam (6) kriteria yang ditetapkan.
Penilaian ini bersifat pematuhan terhadap perkara asas
dalam pelaksanaan Program GENIUS Negara;

b. Penilaian Validasi

Penilaian yang dijalankan oleh panel penilai yang dilantik
oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti. Panel penilai akan
melakukan pemerhatian, temu bual, menilai dokumen,
merakam dan lain-lain maklumat yang diperlukan. Hasil
penilaian akan dibentangkan ke Mesyuarat
Jawatankuasa Jaminan Kualiti; dan

c. Perakuan

Jawatankuasa Jaminan Kualiti akan bersidang bagi
mendengar hasil penilaian oleh panel penilai.
Jawatankuasa akan membincangkan kekuatan,
kelemahan dan penambahbaikan yang perlu
dilaksanakan oleh TASKA. Penganugerahan sijil dan
tempoh sah laku sijil akan dimuktamadkan oleh Ahli

11

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 2, 3 & 4: TUJUAN, LATAR BELAKANG DAN DASAR
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

Jawatankuasa Jaminan kualiti berdasarkan syor oleh
panel penilai.

12

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5. PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA

5.1 Penetapan Kuota Anak

5.1.1 Penetapan kuota anak bagi sesebuah PAGN adalah berdasarkan
kepada kesesuaian dan keluasan ruang sesebuah PAGN dengan
menjadikan perkara 27 (1) (b), Bahagian IX, AKTA 308 (Akta Taman
Asuhan Kanak-kanak 1984) sebagai panduan amalan terbaik. Kuota
bilangan anak ditetapkan seperti berikut:

i. tidak kurang daripada 25 orang anak pada satu-satu masa,
kecuali terdapat arahan-arahan terkini Kerajaan dari semasa
ke semasa;

ii. sekiranya terdapat ibu bapa yang menarik diri, permohonan
pengisian anak baharu hendaklah segera dilaporkan ke
Bahagian GENIUS dan pengambilan anak baharu hendaklah
dibuat bagi memastikan bilangan anak yang mengikuti sesi
pembelajaran sentiasa mengikut kuota yang ditetapkan;

iii. pendidik adalah bertanggungjawab untuk sentiasa memantau
bilangan anak yang hadir adalah mengikut kuota yang telah
ditetapkan di PAGN mereka;

iv. penetapan kuota anak bagi setiap PAGN yang telah
beroperasi adalah seperti di Lampiran A-1; dan

v. PAGN tidak dibenarkan menambah kuota yang telah
ditetapkan oleh Bahagian GENIUS. Sebarang penambahan
kuota hendaklah mendapatkan kelulusan Bahagian
GENIUS.

13

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.2 Permohonan Kemasukan Anak

5.2.1 Promosi kemasukan anak pada awal tahun akan dibuat pada bulan
April tahun sebelumnya. Hebahan kepada orang ramai hendaklah
dibuat melalui laman sosial PAGN, Bahagian GENIUS, Program
GENIUS dan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.2.2 Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di PAGN
dibuka sepanjang tahun. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi
borang secara manual yang boleh diperoleh di PAGN ataupun laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.2.3 Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen
sokongan hendaklah dihantar ke PAGN. Senarai semak borang
permohonan dan borang permohonan adalah seperti di Lampiran
A-2.

5.2.4 Tempoh sah laku permohonan adalah sehingga akhir tahun semasa
borang tersebut dikemukakan.

5.2.5 Bagi menggalakkan ibu bapa membuat permohonan, pendidik
perlulah mengadakan hebahan dan promosi secara berterusan
dengan melibatkan komuniti setempat.

5.2.6 Taklimat pengoperasian bagi PAGN yang baharu dibuka hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh PAGN
mula beroperasi dengan mengadakan jalinan kerjasama bersama
agensi kerajaan tempatan, dan penduduk setempat.

14

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.3 Prosedur Kemasukan Anak

5.3.1 Permohonan kemasukan anak bagi tahun berikutnya akan dibuka
bermula bulan April sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan
pada tahun semasa.

5.3.2 PAGN hendaklah memastikan setiap borang yang diterima adalah
lengkap dengan dokumen sokongan yang ditetapkan. Permohonan
yang telah lengkap SAHAJA hendaklah dikunci masuk dalam format
Microsoft Excel yang akan ditetapkan oleh Bahagian dari semasa ke
semasa. Senarai permohonan yang telah dikunci masuk
kemudiannya hendaklah dikemukakan kepada Bahagian GENIUS
selewat-lewatnya pada bulan Oktober.

5.3.3 Setiap permohonan yang diterima akan disaring oleh Jawatankuasa
Pemilihan Anak GENIUS Negara yang ditubuhkan di peringkat
Bahagian GENIUS. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menjalankan
urusan pemilihan anak bagi semua PAGN berdasarkan kepada
syarat dan lain-lain kriteria yang telah ditetapkan oleh ahli
jawatankuasa, iaitu berdasarkan arahan semasa Kerajaan. Lain-lain
kriteria ini hendaklah dibincangkan di peringkat jawatankuasa
dengan teliti dan mengambilkira semua aspek yang berkaitan
dengannya. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai-
pegawai di Bahagian GENIUS. Terma Rujukan Jawatankuasa
Pemilihan Anak GENIUS Negara adalah seperti di Lampiran A-3.

5.3.4 Permohonan yang lengkap SAHAJA dikemukakan kepada
Bahagian GENIUS untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa
Pemilihan Anak GENIUS Negara.

15

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.3.5 Proses pemilihan anak akan dibuat bermula pada bulan November.
Kriteria pemilihan anak adalah seperti Terma Rujukan
Jawatankuasa Pemilihan Anak GENIUS Negara di Lampiran A-3.

5.3.6 Jawatankuasa Pemilihan Anak GENIUS Negara boleh
mempertimbangkan permohonan daripada keluarga yang didapati
mempunyai merit-merit tertentu yang munasabah untuk diberikan
peluang mengikuti Program GENIUS Negara.

5.3.7 Pemakluman keputusan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada
awal bulan Disember kepada semua anak yang berjaya melalui
PAGN. Anak-anak yang layak dipertimbangkan tetapi tidak ada
kekosongan akan dimasukkan sebagai senarai simpanan. Sekiranya
ibu bapa tidak menerima sebarang keputusan sehingga akhir
Januari pada tahun berikutnya, permohonan dianggap tidak berjaya.

5.3.8 Pendidik perlu merujuk kepada Bahagian GENIUS apabila
menghadapi masalah-masalah berikut:

i. bilangan anak kurang daripada kuota;

ii. menerima tekanan daripada ibu bapa/penjaga atau mana-
mana pihak supaya mengambil anak walaupun tidak
berkelayakan atau selepas tarikh pendaftaran berakhir; dan

iii. sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan berhubung urusan
pengambilan anak.

5.3.9 Anak-anak pendidik adalah tidak dibenarkan untuk memohon
masuk ke PAGN di mana mereka bertugas bagi memastikan kualiti

16

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

perkhidmatan pendidikan tidak terjejas dan pendidik dapat
memberikan fokus kepada aspek pengajaran dan pembelajaran.

5.3.10 Proses kerja pengambilan anak adalah seperti di Lampiran A-4.

5.4 Pendaftaran Anak

5.4.1 Pendidik hendaklah menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan
permohonan yang berjaya supaya ibu bapa mendaftarkan anak
mereka pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian GENIUS.

5.4.2 Pendidik perlu menyedia dan melengkapkan dokumen anak
sebelum pendaftaran. Dokumen yang perlu disediakan adalah
seperti berikut:

i. Borang Pendaftaran Anak (Lampiran A-5);

ii. Surat Aku Janji (Lampiran A-6);

iii. Buku Log Harian Anak GENIUS;

iv. Buku Pentaksiran Perkembangan Kanak-kanak GENIUS;

v. Buku Kesihatan dan Tumbesaran Kanak-kanak GENIUS; dan

vi. Kad Laporan Penglibatan Ibu Bapa PAGN.

5.4.3 PAGN hendaklah mengadakan taklimat ibu bapa sebelum atau
semasa hari pendaftaran berpandukan Buku Panduan Ibu Bapa.

17

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.4.4 Surat tawaran akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang mendaftar
selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan Januari.

5.5 Pakaian Anak

5.5.1 Pendidik hendaklah sentiasa memastikan anak memakai pakaian
yang sesuai ke PAGN. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP)
dibenarkan untuk menempah baju t-shirt anak bagi tujuan aktiviti
rasmi di PAGN dengan syarat mendapat persetujuan ahli PIBP.
Warna baju t-shirt boleh disesuaikan mengikut warna korporat
Program GENIUS Negara serta menggunakan logo rasmi Program
GENIUS Negara seperti di Lampiran A-7.

5.5.2 Pendidik hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa jika
memerlukan pakaian tambahan anak-anak untuk aktiviti permainan
air dan pasir.

5.5.3 Pendidik hendaklah memastikan anak-anak memakai pakaian yang
bersesuaian untuk menjalankan aktiviti sama ada dalam atau luar
PAGN.

5.6 Kehadiran Anak

5.6.1 Program GENIUS Negara amat menekankan pembelajaran yang
berterusan bagi setiap anak untuk memastikan perkembangan anak
di tahap yang optimum. Bagi tujuan tersebut, kehadiran anak adalah
wajib setiap hari kecuali hari minggu dan cuti kelepasan am.

5.6.2 Pendidik perlu memastikan pemeriksaan fizikal dan kesihatan dibuat
semasa penerimaan anak berdasarkan Piawaian Pelaksanaan
Prosedur PAGN yang terkini.

18

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.6.3 Waktu ketibaan dan kepulangan anak adalah seperti berikut;

i. waktu ketibaan – 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi; dan

ii. waktu pulang – 5.00 petang sehingga 5.30 petang.

5.6.4 Pendidik yang bertugas semasa penerimaan anak hendaklah
memastikan ibu bapa melengkapkan rekod kehadiran anak dan
Buku Log Harian Anak GENIUS.

5.6.5 Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak lewat dari jam 8.30 pagi
dan mengambil anak lewat dari jam 5.30 petang tanpa sebab yang
munasabah. Kelewatan menghantar anak ke PAGN boleh
mengganggu keseluruhan operasi PAGN kerana aktiviti rutin
bermula pada jam 8.30 pagi dan anak-anak memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri sebelum rutin bermula. Manakala, kelewatan
mengambil anak lebih dari jam 5.30 petang boleh mempengaruhi
emosi anak-anak yang memerlukan perhatian ibu bapa kerana telah
berada di PAGN selama 9 jam.

5.6.6 Jika berlaku kelewatan, pendidik hendaklah memastikan terdapat
rekod kelewatan tersebut dalam rekod kehadiran anak bagi tujuan
pemantauan dan bukti. Sekiranya prestasi kehadiran dan
pengambilan anak tidak memuaskan dengan alasan yang tidak
munasabah mengikut budi bicara Ketua Pendidik, tindakan berikut
hendaklah diambil:

i. sebanyak tiga (3) hari dalam sebulan, ibu bapa akan diberikan
surat amaran kali pertama oleh PAGN;

19

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

ii. sekiranya masih berlaku ketidakpatuhan melebihi tiga (3) hari
dalam sebulan, surat amaran kedua akan dikeluarkan oleh
Pegawai Paksi; dan

iii. surat penamatan anak daripada Program GENIUS Negara
akan dikeluarkan oleh Pegawai Paksi sekiranya perkara yang
sama berulang untuk kali ketiga pada tahun tersebut.

5.6.7 Ibu bapa juga tidak dibenarkan menghantar anak lebih awal
daripada jam 7.30 pagi atas faktor keselamatan.

5.6.8 Ibu bapa boleh mengambil anak lebih awal sekiranya terdapat
pemeriksaan kesihatan. Manakala bagi kes-kes kecemasan lain
adalah tertakluk atas budi bicara Ketua Pendidik. Ibu bapa perlu
mengisi borang kebenaran mengambil anak lebih awal seperti di
Lampiran A-8 dan pendidik perlu memastikan borang tersebut
difailkan untuk tujuan pemantauan.

5.7 Ketidakhadiran Anak

5.7.1 Ibu bapa hendaklah memastikan ketidakhadiran anak ke PAGN
dimaklumkan lebih awal kepada pendidik sama ada secara bertulis
atau secara lisan.

5.7.2 Ibu bapa hendaklah mengisi Borang Permohonan
Cuti/Ketidakhadiran anak ke PAGN seperti di Lampiran A-9 sama
ada sebelum atau selepas anak tidak hadir ke PAGN.

5.7.3 Pendidik juga perlu menghubungi ibu bapa sekiranya didapati
anak tidak hadir ke PAGN tanpa notis.

20

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.7.4 Pendidik hendaklah memastikan ketidakhadiran anak tidak lebih dari
lima (5) hari dalam sebulan. Sekiranya prestasi kehadiran anak tidak
memuaskan dengan alasan yang tidak munasabah mengikut budi
bicara Ketua Pendidik, tindakan berikut hendaklah diambil:

i. sebanyak lima (5) hari dalam sebulan, ibu bapa akan
diberikan surat tunjuk sebab kali pertama oleh PAGN;

ii. sekiranya anak masih tidak hadir melebihi lima (5) hari dalam
sebulan, surat tunjuk sebab kedua akan dikeluarkan oleh
Pegawai Paksi; dan

iii. surat penamatan anak daripada Program GENIUS Negara
akan dikeluarkan oleh Pegawai Paksi sekiranya perkara yang
sama berulang untuk kali ketiga pada tahun tersebut.

5.7.5 Sebarang permohonan penangguhan kemasukan anak hendaklah
dikemukakan kepada Bahagian GENIUS untuk pertimbangan.

5.7.6 Bagi permohonan cuti anak yang sedang berada di PAGN atas
sebab ibu cuti bersalin di kampung, Ketua Pendidik dibenarkan
untuk memberi kelulusan dengan mengisi Borang Permohonan
Cuti/Ketidakhadiran Anak. Ketua Pendidik juga dibenarkan untuk
memberi kelulusan bagi permohonan cuti anak yang tidak melebihi
2 minggu dengan alasan-alasan yang munasabah mengikut budi
bicara Ketua Pendidik.

5.7.7 Bagi permohonan cuti anak yang melebihi dua (2) minggu dengan
alasan selain daripada perkara 5.7.6, hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian GENIUS untuk pertimbangan.

21

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

5.7.8 Walau bagaimanapun, Ketua Pendidik hendaklah sentiasa
mengutamakan kepentingan kehadiran anak di PAGN bagi
memastikan perkembangan anak yang optimum dalam membuat
pertimbangan terhadap permohonan cuti yang dipohon oleh ibu
bapa.

5.7.9 Walau apa pun peraturan yang ditetapkan dalam perkara 5.7,
ketidakhadiran anak boleh diberikan kelonggaran/pengecualian
berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian GENIUS
sekiranya berlaku kecemasan/musibah seperti bencana alam dan
penularan penyakit.

5.8 Penglibatan Ibu Bapa

5.8.1 Pendidik hendaklah memastikan ibu bapa melibatkan diri sekurang-
kurangnya satu (1) jam seminggu atau empat (4) jam sebulan
mengikut kesesuaian masa dan aktiviti yang mereka selesa jalankan
sebagaimana ketetapan dalam perkara 3.4. Sekiranya prestasi
penglibatan ibu bapa tidak memuaskan dengan alasan yang tidak
munasabah mengikut budi bicara Ketua Pendidik, tindakan berikut
hendaklah diambil:

i. kegagalan mematuhi empat (4) jam sebulan penglibatan ibu
bapa pada kali pertama, ibu bapa akan diberikan surat tunjuk
sebab kali pertama oleh PAGN;

ii. sekiranya ibu bapa masih gagal mematuhi penglibatan empat
(4) jam sebulan untuk kali kedua, surat tunjuk sebab kedua
akan dikeluarkan oleh Pegawai Paksi; dan

22

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

iii. surat penamatan anak daripada Program GENIUS Negara
akan dikeluarkan oleh Pegawai Paksi sekiranya perkara yang
sama berulang untuk kali ketiga pada tahun tersebut.

5.8.2 Walau apa pun peraturan yang ditetapkan dalam perkara 5.8, aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dijalankan
selama sebulan oleh ibu bapa bersama anak boleh dikira sebagai
empat (4) jam penglibatan ibu bapa semasa berlakunya
kecemasan/musibah, contohnya semasa pendemik COVID-19.
Pendidik hendaklah merujuk Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Pusat Anak
GENIUS Negara (PAGN) Seluruh Malaysia Sepanjang Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) bagi pelaksanaan PdPR.

5.9 Penamatan Anak

5.9.1 Anak boleh ditamatkan dari menyertai Program GENIUS Negara
disebabkan perkara-perkara berikut:

i. berlaku sebarang penipuan atau pemalsuan dokumen dalam
permohonan kemasukan anak;

ii. ketidakhadiran anak melebihi lima (5) hari dalam sebulan
sebanyak tiga (3) kali setahun tanpa sebab yang munasabah;

iii. ibu bapa gagal untuk memenuhi sesi penglibatan ibu bapa
selama empat (4) jam sebulan walaupun surat tunjuk sebab

23

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

telah dikeluarkan dan ibu bapa masih gagal memenuhi 4 jam
tersebut; atau

iv. ibu bapa menghantar dan mengambil anak lewat dari waktu
yang ditetapkan sebanyak tiga (3) hari dalam sebulan dan
berlaku tiga (3) kali dalam setahun.

5.9.2 Ibu bapa akan diberikan notis penamatan selama satu (1) bulan dan
sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

5.9.3 Surat penamatan HANYA boleh dikeluarkan oleh Bahagian
GENIUS.

5.10 Kesihatan Anak

5.10.1 Selaras dengan Piawaian Pelaksanaan Prosedur PAGN, semasa
ketibaan anak, pendidik hendaklah menjalankan pemeriksaan fizikal
bagi memastikan keadaan kesihatan anak.

5.10.2 Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (AKTA 308),
pendidik hendaklah memastikan ibu bapa melakukan perkara-
perkara seperti berikut;

i. mengisytiharkan maklumat kesihatan dan kecacatan anak-
anak pada borang pendaftaran;

ii. memaklumkan status kesihatan anak-anak yang perlu diberi
perhatian contohnya alergi, lelah (asma), G6PD, alahan susu
dan makanan tertentu; dan

24

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

iii. memaklumkan sekiranya anak-anak perlu mengambil ubatan
tertentu oleh klinik kerajaan atau swasta. Pendidik hendaklah
memastikan ibu bapa merekod Buku Log Harian Anak
yang disediakan mengenai jenis ubat, sukatan dan masa
yang perlu diberikan serta kekerapannya.

5.10.3 Anak yang mempunyai gejala penyakit berjangkit seperti demam,
selesema, batuk, cirit birit, muntah-muntah ruam/lepuh/kudis/
dengan demam, sakit tekak dengan demam dan kelenjar
membengkak dan sakit mata tidak dibenarkan hadir ke PAGN
sehingga habis tempoh jangkitan.

5.10.4 Anak yang sakit dan mengidap penyakit berjangkit seperti rubela,
beguk, campak, batuk kokol (pertussis), difteria, sakit mata, cacar air
(chicken pox), penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) dan
selesema yang teruk tidak dibenarkan hadir di PAGN sehingga
disahkan sembuh oleh doktor bagi mengelakkan jangkitan kepada
anak yang lain.

5.10.5 Atas faktor keselamatan anak, sekiranya didapati anak mengidap
penyakit berjangkit semasa berada di PAGN, pendidik hendaklah
menghubungi ibu bapa. Apabila dihubungi, ibu bapa perlulah datang
dengan segera dan membawa anak ke klinik atau hospital.
Sementara menunggu kedatangan ibu bapa mereka, anak tersebut
hendaklah diasingkan di bilik pengasingan dan tidak bercampur
dengan anak-anak yang lain.

5.10.6 Bahagian GENIUS juga telah menetapkan agar pasukan kesihatan
dari hospital kerajaan ataupun swasta untuk menjalankan
pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya
sekali (1) setahun. Pemeriksaan kesihatan anak-anak akan

25

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

direkodkan dalam buku Rekod Kesihatan dan Tumbesaran
Kanak-kanak GENIUS yang akan dipantau oleh pendidik.

5.10.7 Ketua Pendidik perlu mengemukakan permohonan untuk
mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi ke
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Sekiranya terdapat kekangan
daripada pihak PKD, Ketua Pendidik hendaklah mendapatkan
pemakluman secara bertulis untuk tujuan rekod.

5.10.8 Rujukan bagi penjagaan kesihatan boleh dirujuk pada Piawaian
Pelaksanaan Prosedur PAGN, Garis Panduan Pengendalian
Kanak-kanak di TASKA dan Prasekolah 2007 oleh Bahagian
Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5.11 Lawatan Rumah

5.11.1 Lawatan rumah bertujuan untuk membolehkan proses interaksi dan
komunikasi dijalankan secara terbuka antara pendidik dan ibu bapa
berhubung dengan perkembangan anak. Di samping itu, melalui
lawatan rumah juga pendidik akan dapat melihat keadaan
persekitaran kawasan kediaman anak-anak bagi membolehkan
pendidik lebih memahami kehidupan mereka dan kemudiannya
menyesuaikannya dengan proses pembelajaran di PAGN. Semasa
lawatan rumah, pendidik boleh berkongsi kepentingan pendidikan
awal kanak-kanak kepada ibu bapa dan seterusnya membincangkan
cara terbaik untuk mengembangkan potensi diri anak mereka.

5.11.2 Pendidik hendaklah mengadakan lawatan ke rumah anak sekurang-
kurangnya sekali sepanjang anak berada di PAGN bagi tujuan
mendapatkan maklum balas mengenai kemajuan perkembangan

26

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 5: PENGURUSAN ANAK GENIUS NEGARA
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

mereka. Pendidik hendaklah menyediakan laporan ringkas sesi
lawatan yang diadakan bagi tujuan rekod dan pemantauan.

5.11.3 Ibu bapa hendaklah dimaklumkan lebih awal akan tarikh dan masa
lawatan yang akan dibuat.

5.11.4 Lawatan ke rumah anak oleh pendidik juga perlu dibuat dalam
keadaan-keadaan tertentu yang munasabah seperti dalam soal
kecemasan, kebajikan dan masalah kanak-kanak dan lain-lain.

5.11.5 Pendidik hendaklah sentiasa bersikap profesional semasa
mengadakan lawatan ke rumah dan hendaklah tidak membuat apa-
apa penilaian terhadap suasana dan persekitaran kawasan
kediaman sebaliknya membantu untuk membincangkan suasana
dan persekitaran yang terbaik bagi anak.

5.11.6 Namun semua peraturan dalam perkara 5.11 ini, pendidik hendaklah
sentiasa mematuhi arahan semasa dan Prosedur Pengendalian
Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke
semasa berhubung lawatan ke rumah.

5.12 Konvokesyen Anak

5.12.1 Bahagian ini menggalakkan konvokesyen dibuat secara sederhana.
PAGN boleh menggabungkan sesi konvokesyen bersama PAGN
lain dalam negeri yang sama bagi menjimatkan kos. Kos
penganjuran konvokesyen hendaklah ditanggung oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP).

27

(PAGPSNUURS) AATT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

6. PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

6.1 Hari dan Waktu Operasi

6.1.1 PAGN beroperasi sepanjang tahun dan hanya ditutup pada hujung
minggu, cuti umum (Persekutuan dan Negeri) dan minggu ketiga
bulan Disember pada setiap tahun tertakluk kepada takwim yang
dikeluarkan pada setiap tahun.

6.1.2 Penutupan pengoperasian PAGN pada minggu ketiga dalam bulan
Disember hanya tertakluk kepada anak PAGN sahaja. Tujuan
penutupan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada pendidik
di PAGN bagi membuat persediaan pengoperasian PAGN pada
tahun berikutnya.

6.1.3 PAGN beroperasi mulai hari Ahad sehingga Khamis bagi negeri
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor manakala hari Isnin
sehingga Jumaat bagi negeri-negeri lain.

6.1.4 Waktu operasi di PAGN bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30
petang. Bagi bulan Ramadan, waktu operasi di PAGN bermula jam
7.30 pagi sehingga 5.00 petang kecuali terdapat arahan lain yang
dikeluarkan oleh Bahagian GENIUS.

6.1.5 Ketua Pendidik perlu membuat penggiliran waktu bekerja agar
terdapat sekurang-kurangnya seorang pendidik yang bertugas pada
setiap waktu anjal bekerja iaitu:

i. Waktu Bekerja 1 – 7.30 pagi hingga 4.30 petang;

ii. Waktu Bekerja 2 – 8.00 pagi hingga 5.00 petang; dan

28

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

iii. Waktu Bekerja 3 – 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

6.2 Penutupan

6.2.1 Penutupan PAGN untuk tempoh-tempoh tertentu hanya dibenarkan
untuk perkara-perkara seperti berikut:

i. anak-anak terlibat dalam aktiviti atau program anjuran
Bahagian GENIUS atau pihak lain di peringkat negeri atau
kebangsaan dengan kelulusan Ketua Jabatan;

ii. berlakunya tragedi atau bencana alam yang boleh
memudaratkan keselamatan anak seperti banjir, jerebu dan
tanah runtuh; dan

iii. lain-lain arahan penutupan atas pertimbangan Ketua Jabatan.

6.2.2 Kelulusan Ketua Jabatan bagi penutupan PAGN atas sebab perkara
6.2.1 hendaklah dipohon kepada Bahagian GENIUS menggunakan
Borang Permohonan Penutupan PAGN seperti di Lampiran B-1.

6.2.3 Sekiranya terdapat arahan penutupan oleh Pejabat Kesihatan
berikutan penyakit berjangkit yang boleh memudaratkan kesihatan
anak, pihak PAGN hendaklah mengemukakan salinan notis arahan
penutupan kepada Bahagian GENIUS.

6.3 Keperluan Peralatan Pembelajaran di PAGN

6.3.1 Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Guna Habis

29

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

Perolehan ABM dan bahan guna habis akan dibuat setahun sekali
untuk mengelakkan perolehan pecah kecil. Oleh itu, pendidik
perlulah merancang keperluan perolehan peralatan tersebut dengan
sewajarnya. Pendidik boleh membuat permohonan untuk perolehan
ABM dan bahan guna habis menggunakan borang seperti di
Lampiran B-2 dan Lampiran B-3 pada bulan Januari setiap tahun
untuk perolehan tahun berikutnya. Perolehan akan dibuat
berdasarkan keutamaan dan tertakluk kepada peruntukan yang
diluluskan.

6.4 Keselamatan Anak

6.4.1 Bagi memastikan keselamatan anak-anak:

i. pagar dan pintu utama perlu sentiasa dikunci dan kunci
hendaklah disimpan di tempat yang selamat serta mudah
untuk dicapai oleh pendidik;

ii. kenderaan pendidik, ibu bapa dan pelawat tidak dibenarkan
masuk ke kawasan premis PAGN;

iii. ibu bapa hendaklah menghantar anak sehingga ke dalam
bangunan PAGN dan begitu juga sewaktu pulang;

iv. ibu bapa hanya dibenarkan berada di premis PAGN untuk
menghantar dan mengambil anak, menjalankan aktiviti
penglibatan ibu bapa atau atas sebab-sebab kesihatan dan
kecemasan sahaja;

30

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

v. Ketua Pendidik perlu membuat jadual penggiliran untuk
menyambut ketibaan dan kepulangan anak di pintu utama
PAGN;

vi. anak-anak hanya dibenarkan pulang bersama ibu bapa
ataupun wakil ibu bapa seperti yang dinyatakan dalam borang
pendaftaran;

vii. mengawasi dengan kerap kawasan dalam pusat yang
terselindung, tersembunyi atau gelap yang boleh
membahayakan anak-anak seperti bilik mandi, tandas, stor
dan dapur. Sekiranya anak-anak telah dilatih ke tandas, maka
pendidik hendaklah sentiasa memastikan mereka selamat
masuk dan keluar daripada tandas;

viii. sudut-sudut pembelajaran tersusun dengan kemas dan tidak
menghalang pergerakan anak-anak terutamanya dalam
keadaan kecemasan;

ix. pintu kecemasan tidak dihalang dengan sebarang objek untuk
memudahkan kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku
sebarang kecemasan;

x. peti kecemasan disimpan di tempat yang selamat dan dalam
keadaan yang sempurna di mana alat-alat perubatan yang
asas adalah mencukupi;

xi. barang-barang kimia seperti pencuci lantai atau pinggan
disimpan di dalam stor ataupun tempat yang sepatutnya dan
tidak dapat dicapai oleh anak-anak. Objek tajam juga
hendaklah disimpan di tempat yang selamat;

31

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

xii. peralatan elektrik seperti cerek elektrik diletakkan di kawasan
yang tidak dapat diakses oleh anak-anak; dan

xiii. sekiranya peralatan elektrik digunakan untuk aktiviti
pembelajaran bersama anak-anak, pendidik hendaklah
mengawasi mereka agar tidak bermain dengan peralatan
tersebut. Soket-soket yang boleh dicapai oleh anak dan tidak
digunakan hendaklah ditutup dengan penutup soket.

6.4.2 Pendidik hendaklah setiap masa memberikan keutamaan kepada
keselamatan dan keselesaan anak dengan tidak membenarkan
pelawat masuk ke premis PAGN tanpa kebenaran. Perkara-perkara
yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

i. pendidik hendaklah pada setiap masa memaklumkan kepada
Pegawai Paksi sekiranya terdapat lawatan daripada agensi
sokongan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan
dan Bomba;

ii. lawatan ke PAGN daripada pihak luar hanya dibenarkan dua
(2) kali sebulan sahaja bagi mengelakkan proses
pembelajaran terganggu;

iii. jumlah pelawat yang dibenarkan dalam satu-satu masa
adalah mengikut kesesuaian masa, keluasan bangunan dan
bilangan anak di PAGN;

iv. pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar PAGN dan
tidak dibenarkan mengambil gambar anak tanpa kebenaran
bertulis daripada ibu bapa;

32

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

v. semua permohonan lawatan daripada pihak luar hendaklah
melalui ibu pejabat Bahagian GENIUS. Pendidik hendaklah
setiap masa memastikan hanya pelawat yang diberikan
kebenaran secara bertulis dari Pegawai Paksi sahaja
dibenarkan memasuki premis PAGN; dan

vi. memastikan orang luar yang diberikan kebenaran melawat
pusat (termasuk pekerja kontraktor yang membekalkan
perkhidmatan sokongan di pusat):

a. tidak menyentuh, memegang, menjaga sementara,
bermain, melaksana aktiviti atau apa-apa perbuatan yang
boleh melibatkan sentuhan fizikal dengan anak-anak; dan

b. tidak mengalami sebarang penyakit berjangkit yang boleh
menjangkiti dan menjejaskan kesihatan anak-anak di
pusat.

6.4.3 Sebarang aktiviti yang memerlukan pendidik membawa keluar anak
dari premis PAGN, hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa
dengan menggunakan Borang Kebenaran Ibu Bapa seperti di
Lampiran B-4.

6.4.4 Pendidik perlu menggalakkan ibu bapa dan komuniti supaya
sentiasa berkongsi maklumat yang berkaitan keselamatan agar
langkah-langkah pencegahan awal dapat diambil.

6.4.5 Sekiranya berlaku kejadian atau insiden yang menjejaskan dan
memberi kesan kepada keselamatan, kesejahteraan dan

33

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

keselesaan anak-anak dan pendidik di pusat, tindakan yang perlu
diambil oleh Ketua Pendidik adalah seperti berikut:

i. melaporkan dengan kadar segera insiden tersebut kepada
Bahagian GENIUS. Kejadian atau insiden yang memerlukan
kesegeraan dalam pelaporan meliputi kes jenayah,
keracunan makanan, kemalangan, bencana, pandemik
(contohnya HFMD, H1N1, Demam Campak, COVID-19) atau
lain-lain yang pada pandangan Ketua Pendidik perlu
dilaporkan segera;

ii. tindakan pelaporan pada kadar segera boleh dibuat melalui
sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel, telefon atau apa cara
yang boleh menyegerakan penyampaian pelaporan tersebut
pada bila-bila masa sebaik-baiknya sejurus selepas kejadian
berlaku; dan

iii. maklumat pelaporan seperti berikut:

a. maklumat kejadian atau insiden;

b. siapa dan bilangan yang terlibat dalam insiden;

c. di mana insiden terjadi;

d. bila terjadi insiden; dan

e. tindakan awal yang telah diambil, jika ada.

34

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

6.5 Amalan Pemakanan

6.5.1 Penyediaan kontrak makanan kepada anak di PAGN perlulah
menggunakan Garis Panduan Perancangan Menu di TASKA oleh
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebarang perubahan pada menu makanan yang terdapat dalam
kontrak hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada
Bahagian GENIUS terlebih dahulu.

6.5.2 Pendidik hendaklah memastikan makanan yang dibekalkan oleh
kontraktor adalah sesuai dengan anak-anak dan mengikut menu
yang ditetapkan.

6.5.3 Pendidik hendaklah terlebih dahulu mencuba makanan yang
dibekalkan oleh kontraktor sebelum diberikan kepada anak bagi
memastikan makanan tersebut sesuai dan selamat untuk dimakan
oleh anak-anak.

6.5.4 Pendidik hendaklah memastikan kesemua anak mendapat makanan
mengikut sukatan yang betul dan mencukupi sebagaimana yang
ditetapkan dalam kontrak.

6.6 Perkhidmatan Sokongan

6.6.1 Setiap PAGN mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) daripada tiga
(3) perkhidmatan sokongan bagi melancarkan urusan
pengoperasian PAGN. Perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:

i. Pembekalan Makanan : Syarikat yang telah dilantik
hendaklah menyediakan makanan mengikut menu dan juga

35

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

kekerapan seperti yang telah dinyatakan dalam kontrak.
Pengendali makanan dan tukang masak perlu mendapatkan
suntikan typhoid serta mengikuti kursus pengendalian
makanan untuk kanak-kanak selaras dengan Akta Makanan
1983 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988. Pengendali makanan dan tukang masak
juga mestilah warganegara Malaysia.

ii. Perkhidmatan Pembersihan : Syarikat pembersihan perlu
memastikan tahap kebersihan luar dan dalam PAGN berada
pada tahap yang terbaik. Pekerja pembersihan sama sekali
tidak dibenarkan mengurus perkara-perkara yang berkaitan
dengan anak. Bilangan pekerja adalah bergantung kepada
saiz dan keluasan PAGN.

iii. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan : PAGN yang berada
dalam kawasan yang berisiko akan disediakan dengan
perkhidmatan kawalan keselamatan.

6.6.2 Ketua Pendidik adalah bertanggungjawab untuk perkara-perkara
seperti berikut:

i. memastikan profil setiap pekerja bagi setiap khidmat
sokongan dikemukakan oleh syarikat yang dilantik bagi tujuan
rekod dan rujukan PAGN. Profil tersebut hendaklah
mengandungi maklumat berikut:

a. nama pekerja;
b. gambar berukuran pasport;
c. nombor dan salinan kad pengenalan;
d. warganegara;

36

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

e. nombor telefon untuk dihubungi;
f. salinan sijil kursus pengendalian makanan (pekerja

pembekalan makanan); dan
g. salinan dokumen suntikan typhoid (pekerja pembekalan

makanan).

ii. memastikan kehadiran pekerja bagi perkhidmatan
pembersihan dan kawalan keselamatan mengikut jadual yang
telah ditetapkan dalam kontrak;

iii. memastikan makanan dibekalkan mengikut jadual yang telah
ditetapkan dalam kontrak;

iv. memastikan kualiti perkhidmatan berada pada tahap yang
cemerlang dan merekod dalam laporan prestasi pembekal
perkhidmatan pada setiap hari;

v. mengeluarkan surat teguran sekiranya terdapat kelemahan
dalam perkhidmatan;

vi. memaklumkan kepada Pegawai Paksi sekiranya terdapat
pelanggaran syarat kontrak;

vii. mengesyorkan untuk penyambungan atau penamatan
kontrak;

viii. memastikan dokumen berikut dihantar ke Bahagian GENIUS
selewat-lewatnya pada 10hb setiap bulan berikutnya:

a. invois tuntutan pembayaran daripada pembekal; dan

37

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

b. laporan prestasi pembekal perkhidmatan (Lampiran B-
5(i), 5(ii) dan 5(iii)).

ix. semua laporan di perkara 6.6.2 (viii) hendaklah disahkan oleh
Ketua Pendidik dan kontraktor.

x. laporan prestasi pembekal yang disahkan oleh Ketua
Pendidik hendaklah berdasarkan prestasi sebenar
pembekal. Sekiranya pengesahan yang dibuat tidak selari
dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan, Ketua Pendidik
boleh dikenakan tindakan tatatertib dan surcaj kerana telah
menyebabkan kerugian kepada Kerajaan disebabkan
pembayaran penuh kepada pembekal.

xi. Ketua Pendidik hendaklah memastikan semua pendidik di
PAGN mengambil suntikan typhoid (Ty2) berdasarkan
Arahan Mendapatkan Suntikan Typhoid (Ty2) bagi
Penyediaan dan Pengendalian Makanan di Pusat Anak
GENIUS Negara bertarikh 6 Jun 2018.

6.7 Penyelenggaraan

6.7.1 Ketua Pendidik bertanggungjawab untuk memastikan semua
kerosakan dilaporkan kepada Pegawai Paksi bagi tindakan susulan.
Penyelenggaraan PAGN adalah termasuk kerosakan fizikal dan juga
penyelenggaraan berjadual untuk peralatan ICT, alat pemadam
kebakaran dan kawalan serangga. Ketua Pendidik hendaklah
mengisi borang permohonan penyelenggaraan seperti di Lampiran
B-6.

38

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

6.7.2 Laporan siap kerja penyelenggaraan yang disediakan oleh pihak
kontraktor hendaklah dikemukakan kepada Bahagian GENIUS serta
direkodkan dalam Fail Kerosakan dan Penyelenggaraan Bangunan.

6.8 Pengurusan Aset

6.8.1 Semua perkara berkaitan pengurusan aset alih PAGN hendaklah
merujuk kepada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan peraturan
serta pekeliling dalaman yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Bahagian GENIUS.

i. Penerimaan aset
Sekiranya terdapat sebarang penerimaan aset melalui
pembelian, hadiah, sumbangan, lucut hak dan pindahan,
adalah menjadi tanggungjawab PAGN untuk melaksanakan
tindakan berikut:

a. memeriksa dan memastikan aset tersebut menepati
spesifikasi yang ditetapkan. Bagi aset teknikal,
penerimaan dan pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh
pegawai-pegawai Kerajaan yang memiliki kepakaran
dalam bidang-bidang berkaitan;

b. menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi
memastikan aset yang diterima adalah betul;

c. sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan
serta merta maka dokumen penerimaan seperti nota
serahan/ hantaran hendaklah dicatatkan “Diterima

39

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

dengan syarat ia disahkan kemudian diperiksa, dikira,
diukur, ditimbang atau diuji”;

d. pengesahan penerimaan hanya boleh dilakukan oleh
Pegawai Penerima selepas pemeriksaan berjaya
dilaksanakan dengan menggunakan Borang Penerimaan
Aset Alih KEW.PA-1 seperti di Lampiran B-7;

e. jika terdapat kerosakan, kuantiti kurang atau lebih dan
tidak mematuhi spesifikasi, Pegawai Penerima hendaklah
menyediakan KEW.PA-2 (Lampiran B-8) dan
dikemukakan serta merta kepada agen penghantaran
atau syarikat dan kepada Bahagian GENIUS;

f. pegawai penerima hendaklah memastikan aset yang
diterima disertakan manual penggunaan dan
penyelenggaraan dan kad jaminan (jika berkaitan);

g. bagi aset yang tidak menepati kualiti atau spesifikasi yang
ditetapkan hendaklah dikembalikan dan direkodkan; dan

h. dokumen-dokumen perolehan seperti pesanan rasmi
kerajaan, nota serahan, invois, surat jaminan dan
dokumen-dokumen lain berkaitan hendaklah
dikemukakan ke Seksyen Pentadbiran dalam tempoh tiga
(3) hari dari hari penerimaan aset dan salinan tersebut
difailkan di PAGN.

ii. Pelabelan aset
Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara
melabel atau mengecat atau mencetak timbul bagi

40

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

menunjukkan Hak Kerajaan Malaysia di tempat bersesuaian
pada aset berkenaan dan mempunyai format seperti berikut:

a. perkataan ‘HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA’; dan

b. no. siri pendaftaran (akan dikemukakan oleh Seksyen
Pentadbiran, Bahagian GENIUS).

iii. Penempatan aset
PAGN perlu menyediakan dan mengemas kini senarai aset
alih KEW.PA-7 (Lampiran B-9) sekiranya terdapat sebarang
perubahan lokasi. Sesalinan KEW.PA-7 tersebut perlu
dipamerkan di lokasi manakala sesalinan KEW.PA-7 tersebut
perlu difailkan.

iv. Peminjaman dan pergerakan aset alih
Sebarang keperluan bagi peminjaman/ pergerakan aset alih
perlu direkodkan menggunakan Borang Permohonan
Pergerakan/ Pinjaman Aset Alih Kew.PA-9 (Lampiran B-10)
dan difailkan. Aset yang ingin dibawa keluar dari PAGN
hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Bahagian
GENIUS dan dipulangkan semula sebaik sahaja selesai
penggunaan atau mengikut tempoh kelulusan mana yang
lebih awal.

v. Aduan kerosakan aset
Setiap aduan kerosakan aset alih perlu menggunakan Borang
Aduan Kerosakan Aset Alih KEW.PA-10 (Lampiran B-11).
Kerosakan peralatan ICT perlu dilaporkan terus kepada Unit
Komunikasi Korporat dan Teknologi Maklumat, Seksyen
Pentadbiran.

41

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

vi. Penyimpanan aset
Aset hendaklah disimpan di tempat selamat dan sentiasa di
bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan
Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi
mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset alih
manakala bagi aset yang menarik perhatian atau bernilai
tinggi yang terdedah dengan risiko kehilangan hendaklah
sentiasa di bawah kawalan maksimum. Pegawai penempatan
atau pegawai yang menggunakan aset adalah
bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan
atau kehilangan aset di bawah tanggungjawabnya.

vii. Kehilangan aset
Sekiranya berlaku kes kehilangan di PAGN, tindakan yang
perlu diambil di peringkat PAGN ialah:

a. pendidik yang mengetahui kehilangan hendaklah
melaporkannya kepada Bahagian GENIUS dengan serta-
merta;

b. pendidik yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau
yang menjaga aset alih atau yang mengetahui kehilangan
berlaku, hendaklah membuat Laporan Polis dengan
seberapa segera, tidak lewat dari 24 jam dari masa
kehilangan diketahui; dan

c. pendidik yang bertanggungjawab menjaga aset alih di
PAGN perlu menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset
Alih KEW.PA-33 (Lampiran B-12) kepada Bahagian
GENIUS dan menghantar laporan tersebut bersekali

42

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

dengan salinan Laporan Polis dalam tempoh 24 jam
daripada masa kehilangan diketahui.

viii. Penerimaan Aset Sumbangan/Hadiah
a. Ketua Pendidik atau wakil PAGN perlu mendapatkan
kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan mengenai
penerimaan sumbangan/hadiah dari pihak tertentu untuk
kegunaan PAGN tersebut.

b. Penerimaan sumbangan/hadiah ini perlu merujuk kepada
punca kuasa berikut:

● Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998;
● Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008;

dan
● Surat Edaran Kementerian Pendidikan Malaysia

(Rujukan:KPM.300-3/1/2 JLD.4 (61) bertarikh 9
Januari 2020.
(Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

6.9 Pengurusan Fail

6.9.1 Ketua Pendidik selaku pentadbir PAGN hendaklah mentadbir rekod-
rekod berkaitan dengan aktiviti PAGN. Surat-menyurat, minit
mesyuarat dan dokumen-dokumen lain berkaitan dengan PAGN
hendaklah difailkan dan Ketua Pendidik adalah bertanggungjawab
terhadap keselamatan fail-fail lain. Ketua Pendidik hendaklah
memastikan dokumen-dokumen berikut diselenggara dengan baik,
dikemas kini dan juga disimpan di tempat yang sepatutnya.

43


Click to View FlipBook Version