SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
6.9.2 Setiap fail di PAGN hendaklah menggunakan nombor rujukan fail
seperti di Lampiran B-13.
6.9.3 Antara fail yang perlu diwujudkan di PAGN adalah seperti berikut :
i. Fail Peribadi Anak: Setiap anak perlu disediakan satu fail
peribadi. Maklumat yang perlu ada dalam fail tersebut adalah
seperti berikut:
a. borang permohonan PAGN;
b. borang pendaftaran anak;
c. surat tawaran kemasukan anak;
d. salinan MYKID anak dan salinan Kad Pengenalan ibu
bapa;
e. slip gaji terkini ibu bapa;
f. salinan buku kesihatan anak dari klinik kesihatan;
g. salinan surat aku janji yang telah ditandatangani oleh ibu
bapa dan disahkan oleh Ketua Pendidik;
h. surat tunjuk sebab ketidakhadiran dan penglibatan ibu
bapa; dan
i. lain-lain maklumat yang dirasakan perlu.
44
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
ii. Fail Utiliti: Bil elektrik, Air & Multimedia
iii. Fail Khidmat Sokongan: Makanan, Pembersihan dan
Keselamatan. Maklumat yang perlu ada dalam fail khidmat
sokongan adalah seperti berikut:
a. profil pembekal perkhidmatan dan pekerja;
b. salinan kontrak perjanjian;
c. laporan kehadiran bulanan pekerja sokongan;
d. laporan prestasi pembekal perkhidmatan;
e. laporan kadar bayaran;
f. laporan penerimaan peralatan pembersihan;
g. laporan aduan berkaitan pembekal perkhidmatan; dan
h. memo pemotongan.
iv. Fail Pengurusan Aset: Maklumat yang perlu ada dalam fail
tersebut adalah seperti berikut:
a. Dokumentasi penerimaan aset alih seperti salinan nota
serahan, invois, kad jaminan, manual penggunaan dan
dokumen lain yang berkaitan;
45
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
b. Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-5 (Lampiran B-14)
dan Senarai Daftar Aset Alih Bernilai Rendah KEW.PA-6
(Lampiran B-15); dan
c. Senarai Aset Alih KEW.PA-7 difailkan dan dipamerkan di
lokasi.
v. Fail Kerosakan dan Penyelenggaraan Bangunan: Maklumat
yang perlu ada dalam fail tersebut adalah seperti berikut:
a. borang permohonan penyelenggaraan kerosakan;
b. sebut harga oleh pihak kontraktor; dan
c. laporan siap kerja penyelenggaraan.
vi. Fail Aduan.
vii. Fail Pendidik Praktikal/PSH: Maklumat yang perlu ada dalam
fail tersebut adalah seperti berikut:
a. surat permohonan ke Bahagian;
b. surat kebenaran menjalani praktikal;
c. borang permohonan PSH seperti di Lampiran B-16 dan
d. lain-lain maklumat berkaitan.
viii. Fail Timbul (semua surat keluar dan masuk).
46
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 6: PENGOPERASIAN PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
ix. Fail PIBP: Maklumat yang perlu ada dalam fail tersebut
adalah seperti berikut:
a. Rekod Penyata Kewangan PIBP; dan
b. Rekod Minit Mesyuarat PIBP.
6.10 Laporan Bulanan PAGN
Ketua pendidik hendaklah memastikan laporan bulanan PAGN dihantar
sebelum atau pada 10hb setiap bulan. Format laporan bulanan PAGN
adalah seperti di Lampiran B-17.
6.11 Buku Pelawat
Pendidik hendaklah menyediakan Buku Pelawat dan memastikan semua
pelawat ke PAGN merekodkan butiran mereka dalam buku itu. Butiran yang
perlu ada dalam Buku Pelawat ialah tarikh lawatan, waktu masuk, waktu
keluar, nama, jawatan, agensi, tandatangan, tujuan lawatan, dan catatan
tindakan yang perlu diambil oleh Pendidik (jika ada).
47
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 7: KETUA PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
7. KETUA PENDIDIK
7.1 Proses Pemilihan Ketua Pendidik
7.1.1 Ketua Pendidik dilantik dalam kalangan pendidik berdasarkan
kekananan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pelantikan
tertakluk kepada kelulusan Bahagian GENIUS.
7.2 Tugas-tugas Ketua Pendidik
7.2.1 Ketua Pendidik yang dilantik akan bertanggungjawab sebagai Ketua
Pentadbir PAGN dan bertanggungjawab ke atas pengurusan dan
pentadbiran operasi PAGN seperti di perkara 5 dan 6. Secara
keseluruhannya, Ketua Pendidik perlu melaksanakan tugas seperti
berikut:
i. memastikan pengoperasian PAGN dalam keadaan yang baik;
ii. memastikan pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak dilaksanakan sepenuhnya;
iii. memastikan segala perancangan dan aktiviti yang telah diatur
untuk PAGN dilaksanakan;
iv. memastikan data Sistem Pusat Data Kanak-kanak
Kebangsaan (NCDC) disedia dan dikemas kini;
v. bertindak sebagai Pegawai Penerima, pemantau dan
penyelaras semua perkhidmatan pembekalan makanan
bermasak Islam, kebersihan bangunan dan kawasan,
kawalan keselamatan, serta aset dan stor;
48
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 7: KETUA PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
vi. memastikan semua peralatan pembelajaran berada dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan;
vii. memastikan semua rekod dan fail PAGN disediakan dengan
teratur dan dikemas kini;
viii. memantau tata kelakuan dan disiplin pendidik;
ix. memastikan keselamatan PAGN berada dalam keadaan baik
dan terkawal; dan
x. menyelaras lain-lain urusan pentadbiran dari semasa ke
semasa.
7.2.2 Ketua Pendidik juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas pendidik
seperti dalam perkara 8.
7.2.3 Bagi tujuan menjalankan tugas-tugas di 7.2.1 di atas, Ketua Pendidik
hendaklah sentiasa berhubung dengan Bahagian GENIUS untuk
sebarang pandangan dan nasihat daripada pegawai yang berkaitan.
49
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
8. PENDIDIK
8.1 Tugas-tugas Pendidik
8.1.1 Pendidik hendaklah menjalankan tugas-tugas berikut:
i. mengurus operasi PAGN mengikut peraturan dan pekeliling
yang ditetapkan;
ii. menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA);
iii. memberi perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-
kanak berasaskan kaedah yang ditetapkan dalam Modul
Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
PERMATA Negara bersesuaian dengan umur anak-anak
tersebut;
iv. mewujudkan suasana ceria dan selamat di mana minat dan
kebolehan anak-anak untuk belajar boleh berkembang;
v. merancang dan melaksanakan aktiviti yang mampu
memupuk budaya pembelajaran ke arah pembentukan anak-
anak yang berdikari, berdaya kreatif, berkeyakinan,
bersemangat dan berjaya;
vi. merancang dan melaksanakan aktiviti asuhan dan didikan
awal yang boleh merangsang anak-anak untuk meningkatkan
keceriaan dan pencapaian mereka;
50
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
vii. memantau perkembangan fizikal, emosi dan kebolehan
intelek setiap anak yang menyertai program GENIUS Negara
dan membuat penilaian ke atas perkembangan tersebut;
viii. mencadangkan penambahbaikan kaedah asuhan dan didikan
awal yang dilaksanakan (jika perlu) berasaskan pemantauan
dan penilaian berterusan yang dijalankan;
ix. merekod perkembangan setiap anak dan berkongsi hasil
penilaian dengan ibu bapa anak-anak bagi memastikan
mereka mengetahui dan turut membantu dalam proses
perkembangan anak mereka;
x. merancang dan melaksanakan aktiviti dan program yang
boleh melibatkan sumbangan dan penyertaan ibu bapa dan
ahli masyarakat setempat;
xi. menguruskan hal-hal berkaitan penyediaan pelbagai
perkhidmatan seperti perkhidmatan pemeriksaan dan
penjagaan kesihatan keluarga, khidmat kaunseling dan
program latihan kepada ibu bapa untuk dimanfaatkan oleh
kaum keluarga anak-anak di PAGN;
xii. melaksanakan rutin asuhan anak dengan merangsang dan
menggalakkan pengurusan kendiri melalui bimbingan
berterusan;
xiii. membantu ibu bapa mengamalkan kaedah asuhan dan
didikan yang boleh menambah baik kesihatan serta
keupayaan fizikal dan mental anak-anak;
51
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
xiv. memastikan kebajikan anak-anak di PAGN dijaga dengan
sebaik mungkin;
xv. merekod Buku Log Harian PAGN;
xvi. memastikan makanan yang disediakan di PAGN mengikut
menu yang ditetapkan;
xvii. memastikan bangunan dan peralatan PAGN diselenggara
mengikut keperluan; dan
xviii. menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Bahagian
GENIUS dari semasa ke semasa.
8.1.2 Pendidik selaku penjawat awam dilarang sama sekali
mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis
dalam media cetak atau media sosial yang boleh menjejaskan imej
Bahagian GENIUS.
8.2 Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)
8.2.1 Pendidik hendaklah merekodkan segala perancangan dan jadual
pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan setiap hari
bagi memastikan cadangan aktiviti yang akan dijalankan dapat
memenuhi enam (6) bidang perkembangan kanak-kanak di samping
memudahkan penyediaan bahan-bahan pembelajaran.
8.2.2 Pendidik hendaklah memastikan:
52
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
i. RPA yang telah direkod selama seminggu diserahkan kepada
Ketua Pendidik pada hari terakhir setiap minggu untuk
disemak dan disahkan; dan
ii. RPA yang telah dirancang pada minggu berikutnya turut
diserahkan kepada Ketua Pendidik pada hari terakhir setiap
minggu untuk disemak.
8.2.3 RPA Ketua Pendidik perlu diserahkan kepada Timbalan Ketua
Pendidik untuk disemak dan disahkan.
8.2.4 Semua pendidik hendaklah merujuk kepada Panduan Penulisan
Buku RPA yang terdapat dalam buku RPA.
8.2.5 Perkara utama yang perlu ditekankan dalam penulisan RPA ialah
catatan refleksi setelah aktiviti dijalankan. Pendidik perlulah
menulis selepas melaksanakan RPA yang melibatkan refleksi
kepada pendidik dan anak-anak. Penulisan refleksi akan membantu
pendidik membuat penilaian terhadap kekuatan atau kelemahan
RPA yang telah dilaksanakan dan juga menilai penguasaan anak-
anak.
8.3 Buku Rekod Pentaksiran Perkembangan Kanak-kanak
8.3.1 Rekod perkembangan kanak-kanak yang sebelum ini direkodkan
dalam Buku Rekod Pentaksiran Kanak-kanak GENIUS Negara
hendaklah direkodkan dalam Modul Perkembangan sistem NCDC.
Ia hendaklah sentiasa dikemas kini oleh pendidik. Pendidik
hendaklah memastikan:
i. rekod peribadi anak-anak adalah lengkap;
53
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
ii. maklumat ibu bapa/penjaga adalah lengkap;
iii. penaksiran perkembangan anak dicatat dalam buku nota
sendiri setiap kali terdapat perkembangan terkini sebelum
direkodkan dalam Buku Rekod Pentaksiran Perkembangan
Kanak-kanak GENIUS Negara. Setiap pendidik hendaklah
memastikan buku nota ini dibawa bersama sepanjang masa
bersama anak-anak; dan
iv. perkembangan anak direkod dalam Buku Rekod Pentaksiran
Perkembangan Kanak-kanak GENIUS Negara dan sistem
NCDC sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
berdasarkan catatan yang dibuat dalam nota pendidik.
8.3.2 Pendidik hendaklah membentang dan membincangkan hasil
pentaksiran dan perkembangan bersama ibu bapa sewaktu hari
perjumpaan ibu bapa. Hari perjumpaan bersama ibu bapa ini
hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
8.4 Buku Log Harian Anak GENIUS Negara
8.4.1 Pendidik hendaklah memastikan ibu bapa mengisi maklumat
berkaitan anak sebelum hadir ke PAGN pada setiap hari.
8.4.2 Pendidik juga perlu memastikan:
i. jenis aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak dan kaedah
mereka melakukannya serta reaksi mereka sepanjang hari
dicatat di ruang yang disediakan; dan
54
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
ii. Buku Log Harian Anak GENIUS Negara dilengkapkan pada
setiap hari.
8.4.3 Ketua Pendidik dan Timbalan Ketua Pendidik perlu menyemak dan
mengesahkan Buku Log Harian Anak GENIUS Negara sekurang-
kurangnya sebulan sekali.
8.5 Rekod Kehadiran Anak
8.5.1 Pendidik hendaklah memastikan ibu bapa mencatat masa dan
menandatangani rekod kehadiran anak setiap kali menghantar dan
mengambil anak.
8.5.2 Rekod kehadiran anak ini sangat penting bagi:
i. mengetahui pergerakan keluar masuk anak di PAGN bagi
tujuan keselamatan;
ii. mengetahui prestasi kehadiran anak pada setiap hari; dan
iii. memudahkan Ketua Pendidik mengambil tindakan lanjut
terhadap ibu bapa yang tidak menghantar, lewat menghantar
dan mengambil anak pada setiap hari.
8.5.3 Format rekod kehadiran anak harian adalah seperti di Lampiran C-
1.
8.5.4 Rekod ketidakhadiran Anak GENIUS Negara mengandungi
maklumat seperti berikut:
55
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
a. borang Permohonan Cuti/Ketidakhadiran anak ke PAGN;
dan
b. salinan sijil sakit atau surat pemakluman ibu bapa.
8.5.5 Rekod Kemalangan/Kecederaan Anak GENIUS Negara perlu
mengandungi borang laporan kemalangan/kecederaan anak.
Format adalah seperti di Lampiran C-2.
8.5.6 Rekod Permohonan kemasukan anak ke PAGN perlu mengandungi
Borang permohonan PAGN berserta dokumen-dokumen sokongan.
8.5.7 Rekod Kad Penglibatan Ibu bapa perlu dicatat tarikh, masa dan
aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa serta disahkan oleh pendidik.
8.6 Waktu Bertugas
8.6.1 Pendidik hendaklah bertugas mengikut waktu seperti di bawah
(termasuk waktu rehat sejam):
i. 7.30 pagi hingga 4.30 petang
ii. 8.00 pagi hingga 5.00 petang
iii. 8.30 pagi hingga 5.30 petang
8.6.2 Ketua Pendidik perlu memastikan terdapat pendidik bertugas seawal
jam 7.30 pagi dan selewat-lewatnya pulang pada jam 5.30 petang.
56
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
8.7 Pakaian Pendidik
8.7.1 Semua pendidik hendaklah berpakaian sesuai dan sopan semasa
bertugas. Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:
i. baju kebangsaan;
ii. blaus;
iii. baju kemeja ‘t’ berkolar dan berlengan panjang;
iv. kemeja;
v. seluar slack; dan
vi. skirt (di bawah paras lutut).
8.7.2 Pakaian yang tidak dibenarkan sama sekali adalah seperti berikut:
i. baju kemeja ‘t’ berlengan pendek;
ii. seluar jeans;
iii. seluar pendek;
iv. seluar ketat/tight; dan
v. pakaian yang mencolok mata.
57
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 8: PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
8.7.3 Ketika menjalankan aktiviti permainan luar seperti permainan air,
permainan pasir, nature walk dan sebagainya, pendidik digalakkan
memakai pakaian sukan yang bersesuaian.
8.7.4 Pemakaian Baju Korporat perlu mengikut arahan dari semasa ke
semasa.
58
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9. PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
9.1 Tujuan
9.1.1 Objektif penubuhan PIBP adalah seperti berikut;
i. mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan pendidik di
PAGN;
ii. memberi pengajaran dan pengalaman kepada ibu bapa
tentang aktiviti yang boleh dijalankan bersama anak-anak di
luar norma pembelajaran;
iii. membantu dalam menyelesaikan sebarang isu yang timbul di
PAGN;
iv. menjalankan aktiviti yang melibatkan anak di dalam dan luar
PAGN; dan
v. menjaga kebajikan ahli PIBP.
9.2 Pendaftaran
PIBP digalakkan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (ROS) untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti yang melibatkan
komuniti luar dan pengumpulan dana. Ia juga akan memudahkan urusan
pembukaan akaun bank untuk PIBP.
59
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.3 Carta Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik
Penasihat Juruaudit
Pengerusi
Timbalan
Pengerusi
Setiausaha Bendahari
Penolong Penolong
Setiausaha Bendahari
Ahli Jawatankuasa
60
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.4 Keanggotaan
9.4.1 Keanggotaan Jawatankuasa PIBP hendaklah terdiri daripada wakil
pendidik dan ibu bapa.
9.4.2 Keanggotaan Jawatankuasa PIBP adalah seperti berikut:-
Bil Jawatan PIBP Anggota
1 Penasihat Ketua Pendidik
2 Pengerusi Ibu bapa
3 Timbalan Pengerusi Pendidik
4 Setiausaha Ibu bapa
5 Penolong Setiausaha Pendidik
6 Bendahari Pendidik
7 Penolong Bendahari Ibu bapa
Ahli Jawatankuasa Ibu bapa
● Kebajikan
● Keselamatan Ibu bapa
8
● Ekonomi
● Lain-lain yang dirasakan
perlu
9 Juruaudit
9.4.3 Persatuan juga hendaklah melantik dua (2) orang Juruaudit dalam
kalangan ahli persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa
PIBP pada Mesyuarat Agung Tahunan.
61
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.5 Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa
Bil Jawatan Bidang tugas
1 Penasihat Menjadi wakil Bahagian dalam memberi maklumat,
bimbingan dan nasihat bagi melancarkan perjalanan
2 Pengerusi pentadbiran dan pengurusan Jawatankuasa PIBP PAGN.
1) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PIBP.
2) Mengawasi pentadbiran dan perjalanan
Jawatankuasa PIBP.
3) Menandatangani minit mesyuarat, penyata akaun
bulanan dan tahunan serta laporan-laporan lain
yang berkaitan PIBP.
4) Menjadi salah seorang penandatangan akaun bank
bersama Bendahari dan Setiausaha.
3 Timbalan 1) Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
Pengerusi sekiranya Pengerusi tidak hadir.
4 Setiausaha 2) Menjalankan tugas-tugas Pengerusi sekiranya
pengerusi tidak ada.
3) Membantu Pengerusi dalam urusan pentadbiran
PIBP.
1) Menguruskan segala surat menyurat PIBP.
2) Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa PIBP.
3) Menyedia dan menyimpan minit mesyuarat serta
menghantar salinan kepada Bahagian GENIUS.
4) Menyelenggara dan menyimpan dokumen dan
rekod-rekod lain.
5) Mengurus jemputan mesyuarat PIBP.
6) Menjadi salah seorang penandatangan akaun bank
bagi pengeluaran wang bersama Bendahari dan
Pengerusi.
62
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
Bil Jawatan Bidang tugas
5 Bendahari 1) Menguruskan pembukaan akaun bank PIBP.
2) Menyediakan resit pembayaran.
3) Menyedia dan mengemukakan penyata akaun
bulanan setiap kali mesyuarat AJK PIBP.
4) Bertanggungjawab ke atas segala wang yang
diterima dan dibayar serta menyelenggara buku
akaun.
5) Menjadi penandatangan wajib dalam akaun bank
bersama Pengerusi atau Setiausaha.
6) Mengurus buku-buku rekod berikut:
a) Buku Akaun Tunai;
b) Buku Rekod Penerimaan Wang; dan
c) Buku resit dan lain-lain.
6 Ahli Jawatankuasa 1) Menghadiri mesyuarat.
7 Juruaudit 2) Membantu dalam aktiviti PIBP.
3) Membantu dalam aspek kebajikan dan
keselamatan.
4) Membantu meningkatkan sumber kewangan PIBP.
1) Mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir
tahun kewangan.
2) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti
mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
9.6 Fungsi Jawatankuasa PIBP
9.6.1 Fungsi Jawatankuasa PIBP adalah seperti berikut:
63
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
i. merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian bagi
anak-anak;
ii. membantu dan bekerjasama dengan pendidik dalam
penyediaan bahan/alat bantu mengajar; dan
iii. merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah
penglibatan komuniti khususnya berkaitan kebajikan,
kesihatan, pemakanan dan keselamatan anak-anak di dalam
dan luar PAGN.
9.7 Tempoh Perkhidmatan
9.7.1 Tempoh lantikan adalah selama setahun.
9.7.2 Kaedah pelantikan adalah melalui undian ahli-ahli PIBP pada setiap
Mesyuarat Agung Tahunan PIBP.
9.8 Mesyuarat Agung Tahunan
9.8.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebelum 31 Mac
pada setiap tahun.
9.8.2 Notis panggilan mesyuarat hendaklah dikeluarkan kepada ahli
selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
9.8.3 Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
tidak mencukupi dalam tempoh satu (1) jam daripada masa yang
ditetapkan, mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
Jawatankuasa PIBP hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada
64
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung
Tahunan dalam masa 30 hari daripada tarikh asal tersebut .
9.8.4 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi agenda seperti
berikut:
i. ucapan Pengerusi;
ii. membentang dan mengesahkan minit mesyuarat terakhir
tahun lalu;
iii. membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan
berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;
iv. membahas usul (jika ada);
v. pemilihan Jawatankuasa PIBP bagi tahun berkenaan;
vi. pemilihan Juruaudit dalaman;
vii. hal-hal lain; dan
viii. ucapan penangguhan.
9.8.5 Sebarang usul hendaklah disampaikan secara bertulis kepada
Jawatankuasa PIBP sedia ada selewat-lewatnya tujuh (7) hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa
PIBP sedia ada diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang
dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
65
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.8.6 Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih ahli
Jawatankuasa PIBP yang baru. Pemilihan jawatankuasa hendaklah
dibuat seperti berikut:
i. anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam
Jawatankuasa PIBP hendaklah hadir dalam mesyuarat;
ii. setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan
penyokong; dan
iii. pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan
yang ditandingi. Calon yang mendapat undian terbanyak
dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
9.9 Mesyuarat PIBP
9.9.1 Mesyuarat PIBP hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2)
bulan sekali.
9.9.2 Mesyuarat PIBP hendaklah mengandungi agenda seperti berikut:
i. ucapan Pengerusi;
ii. membentang dan mengesahkan minit mesyuarat terdahulu;
iii. membentang penerimaan dan perbelanjaan persatuan yang
terkini;
iv. perbincangan berkaitan keadaan anak-anak di PAGN
(kesihatan, aktiviti, penglibatan ibu bapa dan lain-lain);
66
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
v. hal-hal lain; dan
vi. ucapan penangguhan.
9.10 Kuorum
9.10.1 Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh persatuan adalah seperti
berikut:
i. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri tidak kurang
daripada 2/3 bilangan keluarga (ibu/bapa/penjaga) di PAGN.
Kehadiran kedua-dua ibu bapa adalah digalakkan.
ii. Mesyuarat PIBP hendaklah tidak kurang daripada 2/3
bilangan ahli keluarga (ibu/bapa/penjaga).
9.11 Punca-punca Pendapatan Persatuan
9.11.1 Punca-punca pendapatan persatuan boleh terdiri daripada sumber-
sumber seperti berikut:
i. sumbangan ibu bapa dengan kadar yang ditentukan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan dan perlu dibayar sebelum 28 hari
bulan setiap bulan;
ii. sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan
lain; dan
iii. pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti dan program
mencari dana anjuran persatuan yang telah mendapat
kelulusan Bahagian GENIUS.
67
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.11.2 Jawatankuasa hendaklah membuka satu (1) akaun bank atas nama
persatuan.
9.11.3 Apa-apa wang yang diterima atau diperoleh oleh persatuan
hendaklah dikreditkan ke dalam akaun persatuan pada hari wang
diterima atau diperoleh. Walau bagaimanapun, Bendahari boleh
menyimpan wang tunai tidak melebihi RM100.00 pada satu-satu
masa.
9.11.4 Ahli PIBP digalakkan untuk membuat pembayaran sumbangan
secara dalam talian atau bank draf dan bukti pembayaran hendaklah
dikemukakan kepada Bendahari untuk tujuan rekod.
9.12 Perbelanjaan Wang Persatuan
9.12.1 Jawatankuasa PIBP diberi kuasa untuk membelanjakan wang
persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada
anak di PAGN yang tidak bercanggah dengan tujuan penubuhan
persatuan.
9.12.2 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun
persatuan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Bendahari
atau Setiausaha semasa ketiadaan Pengerusi.
9.12.3 Bendahari dan Pengerusi hendaklah memastikan pengeluaran wang
seperti yang diluluskan dalam mesyuarat dan akaun persatuan
sentiasa berbaki.
9.12.4 Tahun kewangan persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31
Disember tahun semasa.
68
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.13 Peraturan Pelaksanaan Aktiviti di bawah PIBP
9.13.1 Aktiviti/program luar yang dijalankan oleh PIBP hendaklah tidak
melebihi 20 km dari premis PAGN.
9.13.2 Aktiviti/program luar yang dijalankan hendaklah pada hari minggu
atau cuti umum sahaja. Aktiviti tidak dibenarkan dibuat pada hari
bekerja.
9.13.3 Tempoh aktiviti/program luar hendaklah tidak melebihi satu (1) hari.
9.13.4 Jika PIBP berhasrat untuk melaksanakan aktiviti/program yang
melebihi 20 km, PIBP perlu mengemukakan kertas kerja
permohonan kepada Bahagian GENIUS untuk kelulusan selewat-
lewatnya 30 hari daripada tarikh aktiviti/program dijalankan. Kertas
kerja hendaklah mempunyai maklumat seperti berikut:
i. nama, tarikh, masa dan tempat aktiviti/program;
ii. bilangan dan senarai peserta (pendidik, ibu bapa dan anak);
iii. senarai ajk aktiviti/program;
iv. tujuan;
v. objektif;
vi. justifikasi;
69
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
vii. persetujuan ibu bapa (minit mesyuarat/ kelulusan secara
edaran);
viii. jenis pengangkutan;
ix. jadual aktiviti/program;
x. kos dan sumber kos; dan
xi. lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.
9.13.5 Sebelum aktiviti/program luar dijalankan, PAGN perlu memastikan
perkara seperti berikut:
i. mendapat persetujuan ahli PIBP. Sebarang keputusan dibuat
hendaklah dibincangkan bersama dan mengambil kira semua
keadaan ibu bapa seperti kemampuan kewangan, kekangan
masa, kesihatan dan sebagainya;
ii. menyediakan insurans berkelompok;
iii. kenderaan yang digunakan hendaklah berada dalam
keadaan baik dan selamat;
iv. sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang
boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini;
dan
v. ibu atau bapa atau penjaga diwajibkan hadir bagi setiap
aktiviti/program yang dihadiri oleh anak-anak.
70
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN PENDIDIK (PIBP)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
9.14 Pembubaran PIBP
9.14.1 Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :
i. melalui Mesyuarat Agung Tahunan PIBP;
ii. atas arahan bertulis daripada Bahagian GENIUS; atau
iii. PAGN berhenti beroperasi.
9.14.2 Sekiranya PAGN berhenti beroperasi:
i. wang dalam akaun persatuan hendaklah digunakan
sebagaimana yang ditetapkan oleh PIBP dan kegunaannya
hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan anak-anak di
PAGN tersebut; dan
ii. aset yang telah diamanahkan oleh PIBP kepada PAGN
hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh
Bahagian GENIUS.
71
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
10. PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
10.1 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
10.1.1 Pendidik hendaklah sentiasa mengemas kini data peribadi dalam
Sistem HRMIS seperti yang diarahkan dan mengikut masa yang
diperuntukkan. Modul yang perlu sentiasa dikemas kini adalah
seperti berikut:
i. Modul Rekod Peribadi; dan
ii. Modul Pengisytiharan Harta.
10.2 Pengurusan Penilaian Prestasi
10.2.1 Penilaian prestasi bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah menggunakan
sistem Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP). Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua penilaian
prestasi termasuk Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada
semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di KPM. Oleh yang
demikian, sistem ini terpakai kepada pendidik di PAGN.
10.2.2 Sistem penilaian prestasi bermaksud suatu sistem untuk
merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi
anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu (1) tahun.
10.2.3 Penetapan Pegawai Penilai Pertama (PPP) adalah pegawai atasan
atau penyelia yang terdekat kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan
mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi
kerjanya manakala Pegawai Penilai Kedua (PPK) adalah pegawai
72
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
atasan yang terdekat kepada PPP dan mempunyai hubungan kerja
dengan PYD.
10.2.4 Penilaian prestasi pendidik di PAGN dilaksanakan seperti dalam
jadual di bawah:
No PYD PPP PPK
1. Pendidik Gred DG29 Ketua Pendidik Pegawai Paksi
2. Pendidik Gred DG41 Ketua Pendidik Pegawai Paksi
3. Pendidik Gred DG44 Ketua Pendidik Pegawai Paksi
Ketua Penolong Setiausaha
Ketua Pendidik Gred Pegawai Paksi Kanan Cawangan
4. Penyelarasan dan
Pemantauan
DG29/DG41/DG44
10.2.5 Penilaian prestasi pendidik yang berstatus kontrak masih
menggunakan LNPT (menggunakan borang manual) dan
dilaksanakan seperti dalam jadual di bawah:
No PYD PPP PPK
1. Pendidik Gred DB27
Ketua Pendidik Pegawai Paksi
10.2.6 Penilaian prestasi pendidik yang menerima aduan dan telah disiasat
di bawah Jawatankuasa Siasatan Dalaman Bahagian GENIUS
dilaksanakan seperti dalam jadual di bawah:
No PYD PPP PPK
1. Pendidik Pegawai Paksi Ketua Penolong Setiausaha
Kanan Cawangan
Penyelarasan dan
Pemantauan
73
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
10.3 Cuti Pendidik
10.3.1 Cuti Rehat
i. kemudahan cuti rehat adalah satu keistimewaan yang
diberikan kepada penjawat awam berdasarkan kepada
kelayakan. Namun, ia bukanlah satu hak. Pengambilan cuti
rehat oleh pendidik hendaklah tidak menjejaskan
pengoperasian PAGN pada bila-bila masa. Pendidik juga
perlu:
a. membuat perancangan cuti rehat tahunan bagi
mengelakkan pertindihan cuti antara pendidik;
b. mengemukakan permohonan cuti rehat kepada Bahagian
selewat-lewatnya tiga (3) hari dari tarikh bercuti yang
dipohon dan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum ke luar
negara bagi permohonan cuti rehat ke luar negara;
c. mengemukakan permohonan melalui Sistem HRMIS bagi
pendidik tetap. Manakala bagi pendidik lantikan kontrak
permohonan boleh dibuat menggunakan borang manual
seperti di Lampiran D-1;
d. memastikan kelulusan daripada pegawai atasan
Bahagian GENIUS telah diperoleh sebelum bercuti;
e. Bahagian GENIUS berhak untuk tidak meluluskan
permohonan cuti oleh pendidik; dan
74
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
f. Bahagian GENIUS berhak untuk membatalkan cuti rehat
yang telah diluluskan dan memanggil pendidik kembali
bertugas atas keperluan perkhidmatan.
10.3.2 Cuti Bersalin
i. pendidik hendaklah mengemukakan permohonan
menggunakan borang yang terdapat dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017 berserta salinan dokumen
perubatan;
ii. setelah bersalin, pendidik diwajibkan untuk mengemukakan
dokumen Akuan Bersalin (yang asal) bagi menyelaras urusan
cuti;
iii. bagi pendidik yang memohon Cuti Menjaga Anak (CMA)
terikat dengan Cuti Bersalin atau tidak terikat dengan Cuti
Bersalin perlu mengemukakan borang permohonan yang
terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 tahun 2014 dua
(2) bulan sebelum CMA; dan
iv. kelewatan dan kegagalan mengemukakan dokumen tersebut
akan menyebabkan cuti bersalin / CMA tidak dapat diproses
dan akan menjejaskan operasi di PAGN.
10.3.3 Cuti Rehat Atas Sebab Kecemasan.
i. cuti rehat atas sebab kecemasan yang tidak memenuhi syarat
permohonan seperti di para 10.3.1 hanya boleh diambil atas
sebab-sebab berikut:
75
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
a. kematian ahli keluarga terdekat;
b. kesihatan yang kurang memuaskan;
c. menjaga suami/anak/ibu/bapa yang sakit; dan
d. bencana alam seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan
seumpamanya.
ii. pendidik dikehendaki mengemukakan permohonan cuti rehat
setelah kembali bertugas dan akan ditolak daripada cuti rehat
tahunan pendidik.
10.3.4 Cuti Tanpa Rekod
i. Cuti Tanpa Rekod boleh diberikan atas sebab-sebab seperti
berikut;
a. kematian suami/isteri/anak/ibu bapa kandung/ibu bapa
mentua/ (kelayakan selama 3 hari) (Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2015);
b. menghadiri peperiksaan berkaitan jabatan (dengan
kebenaran Ketua Jabatan);
c. menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikthisas;
d. Cuti Kuarantin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun
2016)
76
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
e. Pesta Kaamatan dan Hari Gawai (surat edaran
JPA.SARAAN(S) 43/35 JLD 6(13) bertarikh 16 Mei 2017);
f. Cuti Umrah (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017);
dan
g. Cuti Keagamaan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun
2018).
ii. permohonan Cuti Tanpa Rekod hendaklah menggunakan
Borang seperti di Lampiran D-2;
10.3.5 Rekod Cuti
i. Ketua Pendidik hendaklah merekod cuti pendidik mengikut
format penyata cuti tahunan seperti di Lampiran D-3.
ii. penghantaran dokumen yang berkaitan seperti surat/ sijil sakit
yang asal (jika belum dikemukakan) hendaklah dikemukakan
ke Seksyen Sumber Manusia, Bahagian GENIUS selewat-
lewatnya pada 10 Disember setiap tahun; dan
iii. borang kebenaran Ketua Jabatan untuk mengumpul Gantian
Cuti Rehat (GCR) (Lampiran D-4) di bawah Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2004 juga perlu dikemukakan ke
Seksyen Sumber Manusia, Bahagian GENIUS selewat-
lewatnya pada 10 Disember setiap tahun.
77
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
10.3.6 Kebenaran Meninggalkan Pejabat dalam Waktu Bekerja
i. Garis Panduan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan
Pejabat Dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G
– Mematuhi Waktu Bekerja bertarikh 9 Disember 2009 yang
telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
menjelaskan berkenaan kebenaran untuk meninggalkan
kerja.
ii. pendidik hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua
Pendidik manakala kebenaran untuk Ketua Pendidik perlu
diperoleh daripada Pegawai Paksi terlebih dahulu.
iii. tempoh maksima yang dibenarkan adalah tidak melebihi
empat (4) jam sehari sebanyak dua (2) kali sebulan.
Sekiranya pendidik berhasrat untuk memohon kebenaran
meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja atas pelbagai
sebab perlulah mengisi borang permohonan seperti di
Lampiran D-5.
iv. sekiranya pendidik meninggalkan pejabat dalam waktu
bekerja melebihi empat (4) jam sehari, pendidik hendaklah
memohon cuti rehat.
v. Ketua Pendidik dan Pegawai Paksi berperanan untuk
memastikan pengoperasian PAGN tidak akan terjejas apabila
pendidik meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
10.3.7 Pendidik boleh merujuk kepada Perintah Am Bab C dan Pekeliling
Perkhidmatan / peraturan semasa yang berkuat kuasa berkenaan
cuti.
78
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
10.4 Pertukaran Pendidik
10.4.1 Pertukaran pendidik dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan
Januari dan Jun. Walau bagaimanapun, pendidik boleh membuat
permohonan pertukaran sepanjang tahun ke Seksyen Sumber
Manusia dengan menggunakan borang seperti di Lampiran D-6.
10.4.2 Tempoh sah laku permohonan adalah satu (1) tahun. Sekiranya
pendidik ingin membatalkan permohonan yang telah dihantar,
pendidik perlu mengemukakan pemakluman secara bertulis kepada
Seksyen Sumber Manusia.
10.4.3 Permohonan pertukaran suka sama suka adalah dibenarkan.
10.4.4 Pendidik boleh memohon tuntutan perpindahan jika menerima
arahan untuk bertukar, manakala pendidik yang memohon untuk
bertukar dan berjaya, tidak layak untuk membuat tuntutan
perpindahan.
10.4.5 Bahagian GENIUS boleh menukarkan pendidik tanpa sebarang
permohonan atas kepentingan perkhidmatan.
10.5 Kursus Wajib Pendidik GENIUS
10.5.1 Pendidik hendaklah hadir ke kursus wajib iaitu Program
Transformasi Minda (PTM) bagi pengesahan perjawatan dan Kursus
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP).
79
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 10: PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
10.6 Lain-lain Kursus
10.6.1 Pendidik hendaklah menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan
dan diarahkan oleh Bahagian GENIUS. Pegawai Paksi boleh
mengesyorkan mana-mana kursus yang bersesuaian kepada
pendidik.
10.6.2 Pendidik juga boleh menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak
luar sama ada di dalam atau di luar negara dengan mendapatkan
kelulusan daripada Bahagian GENIUS terlebih dahulu.
10.6.3 Pendidik diwajibkan menghadiri kursus sekurang-kurangnya lima (5)
hari setahun.
10.6.4 Pendidik perlu mengemukakan permohonan secara rasmi kepada
Ketua Jabatan untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak
luar sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja untuk
kelulusan.
80
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 11: PERATURAN-PERATURAN AM KEWANGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
11. PERATURAN-PERATURAN AM KEWANGAN
11.1 Tuntutan Perjalanan
11.1.1 Pendidik yang dikehendaki bertugas di luar perlu mendapatkan
kelulusan daripada Bahagian GENIUS bagi membolehkan tuntutan
perjalanan dibuat pada kadar yang layak dituntut dengan mengisi
borang tuntutan seperti di Lampiran E-1. Kadar kelayakan tuntutan
mengikut gred adalah seperti di Lampiran E-2.
11.1.2 Pendidik hendaklah mengisi borang kebenaran menggunakan
kenderaan sendiri seperti di Lampiran E-3. Kelulusan daripada
Bahagian GENIUS hendaklah diperoleh tujuh (7) hari sebelum
perjalanan dibuat.
11.1.3 Bagi tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri, nama
pemilik kereta dan kad Touch & Go hendaklah didaftarkan di atas
nama pendidik sendiri. Sekiranya menggunakan kenderaan dan kad
Touch & Go milik pihak lain, surat pengesahan kebenaran
mengguna daripada pemilik asal hendaklah disertakan bersama-
sama tuntutan yang dikemukakan kepada Bahagian GENIUS.
Contoh surat pengesahan kebenaran mengguna daripada pemilik
asal adalah seperti di Lampiran E-4.
11.1.4 Tuntutan perjalanan yang lengkap hendaklah dihantar ke Seksyen
Kewangan, Bahagian GENIUS selewat lewatnya 7 hari pada bulan
berikutnya. Sekiranya tuntutan yang diterima di Seksyen Kewangan
melebihi daripada tarikh tersebut, pendidik perlu mendapatkan
kelulusan daripada Ketua Jabatan di bawah peruntukan AP100 bagi
membolehkan tuntutan tersebut dapat diproses.
81
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 11: PERATURAN-PERATURAN AM KEWANGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
11.1.5 Senarai semak bagi keperluan dokumen tuntutan adalah seperti di
Lampiran E-5.
11.2 Tatacara Perkhidmatan/Pembekalan dibuat Melalui Sistem ePerolehan
(eP) Secara Kontrak Bermasa
11.2.1 Urus setia perolehan bagi kontrak bermasa akan dilaksanakan oleh
Unit Perolehan, Seksyen Kewangan, Bahagian GENIUS.
11.2.2 Proses perkhidmatan/pembekalan kontrak bermasa melalui sistem
eP adalah seperti berikut:
i. pegawai yang memohon perkhidmatan/bekalan (Pendidik/
Kerani Paksi) hendaklah mencipta permintaan kontrak/
Contract Request (CR) sebelum bulan perkhidmatan
bermula;
ii. Seksyen Kewangan akan meluluskan CR dan permintaan ini
akan dikategorikan sebagai pesanan kontrak/ Contract Order
(CO);
iii. pembekal perlu membuat pengesahan CO;
iv. perkhidmatan dilaksanakan dengan sempurna oleh
pembekal;
v. pembekal perlu mengunci masuk nota penerimaan bekalan/
Delivery Order (DO) selepas selesai memberi perkhidmatan
pada bulan tersebut;
82
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 11: PERATURAN-PERATURAN AM KEWANGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
vi. pegawai penerima perkhidmatan/bekalan (Pendidik/ Kerani
Paksi) mengesahkan DO tersebut dengan merujuk dokumen
bayaran fizikal (laporan perkhidmatan/gambar/lain-lain
dokumen sokongan);
vii. pegawai penerima perkhidmatan/bekalan perlu menghantar
dokumen bayaran fizikal (laporan
perkhidmatan/gambar/lain-lain dokumen sokongan) kepada
Ketua Pendidik/Pegawai Paksi bagi tujuan kelulusan DO;
viii. sekiranya perkhidmatan/bekalan yang diluluskan kurang
daripada CR, arahan pemberhentian bekalan akan
dilaksanakan oleh pembekal/ Seksyen Kewangan;
ix. pembekal mengunci masuk invois ke dalam sistem eP;
Sekiranya terdapat nota debit, Seksyen Kewangan perlu
meluluskan nota debit terlebih dahulu;
x. Seksyen Kewangan membuat padanan bayaran ke atas
perkhidmatan/bekalan tersebut; dan
xi. pegawai di Unit Bayaran, Seksyen Kewangan akan
melaksanakan proses bayaran dalam tempoh 14 hari.
11.3 Tatacara Perolehan Kerja-kerja Penyelenggaraan Kecemasan/ Darurat
11.3.1 Bagi memastikan proses perolehan penyelenggaraan kecemasan
atau darurat dapat dilaksanakan segera dan pembayaran
dikendalikan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan
kewangan yang berkuat kuasa, Bahagian Pengurusan Aset,
KPM telah mengeluarkan Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP
83
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 11: PERATURAN-PERATURAN AM KEWANGAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
55) dan Perolehan Darurat (AP 173.2) di bawah KPM bertarikh 8
Julai 2019.
11.3.2 Sekiranya berlaku kerosakan bangunan yang memerlukan
penyelenggaraan kecemasan/ darurat, pihak PAGN hendaklah
membuat laporan awal berhubung kerosakan yang berlaku kepada
Bahagian GENIUS melalui Pegawai Paksi dalam tempoh satu (1)
hari selepas berlakunya kerosakan.
11.3.3 Laporan boleh dibuat melalui medium komunikasi yang pantas
seperti aplikasi telefon bimbit, faksimile, e-mel dan media baharu
bersesuaian.
84
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 12: ADUAN
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
12. ADUAN
12.1 Tatacara Aduan
12.1.1 Setiap aduan daripada ibu bapa yang diterima oleh PAGN
hendaklah dikemukakan ke Bahagian GENIUS melalui Pegawai
Perhubungan Awam.
12.1.2 Setiap aduan akan disiasat bagi menentukan kesahihan aduan
untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Siasatan yang akan ditubuhkan
di Bahagian GENIUS bagi memastikan aduan yang diterima
diuruskan dengan adil.
12.1.3 Jawatankuasa Siasatan akan mengeluarkan laporan yang
mengandungi syor tindakan yang perlu diambil.
12.1.4 Berdasarkan laporan tersebut dan bukti yang mencukupi, tindakan
seterusnya akan diambil terhadap pegawai/pendidik yang terlibat.
Carta Alir Pengurusan Aduan adalah seperti di Lampiran F-1.
12.1.5 Pendidik juga hendaklah memastikan sebarang aduan berkaitan tata
kelakuan dan disiplin di antara pendidik dimaklumkan terus kepada
Pegawai Paksi masing-masing atau Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian GENIUS bagi mengekalkan keharmonian perhubungan
kerja di dalam PAGN.
85
KUOTA ANAK PAGN Lampiran A-1
BIL NEGERI PAGN SPP PAGN
1 Putrajaya Kemaskini Disember 2022
2 Putrajaya Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (Integrasi) GENIUS KUOTA
40
3 Presint 1
142
4 Sungai Besi
40
5 DTHO 30
25
6 K. Lumpur Kerinchi 25
25
7 Seri Semarak 25
30
8 Air Panas 30
25
9 Selangor Hulu Selangor 20
15
10 Rahang 25
15
11 Rembau 15
25
12 Bagan Pinang 25
35
13 Negeri Kuala Pilah 35
14 Sembilan Jelebu 35
15 Raja Alias 20
35
16 Chembong 35
35
17 Tampin 35
35
18 Gemencheh 35
20
19 Taboh Naning 25
18
20 Alor Gajah 20
20
21 Gadek 25
26
22 Bukit Peringgit 30
35
23 Melaka Bukit Katil 35
24 Duyong 20
30
25 Merlimau 35
30
26 Serkam 25
35
27 Jasin 45
45
28 Sungai Udang 45
35
29 Segamat 45
45
30 Parit Guntong 35
35
31 Batu Pahat
25
32 Johor Kulaijaya
30
33 Pasir Gudang
34 Tenggaroh
35 Pengerang
36 Bentong
37 Temerloh
38 Raub
39 Mempaga
40 Pahang Bera
41 Kuantan
42 Chini
43 Cameron Highland
44 Maran
45 Ketereh
46 Pasir Mas
47 Kelantan Tumpat
48 Chiku
49 Bachok
50 Jeli
51 Dungun
52 Terengganu Kerteh
53 Besout
54 Kota Tampan
1
BIL NEGERI PAGN KUOTA
55 Pengkalan Hulu 40
56 Parit Buntar 40
40
57 Pangkor 45
45
58 Perak Bercham 40
59 Gopeng 45
30
60 Padang Rengas 40
40
61 Sungai Siput 45
45
62 Bagan Datok 83
45
63 Teluk Intan 40
25
64 Pokok Sena 25
25
65 Kedah Kuala Ketil 40
66 Yan 40
40
67 Langkawi 30
40
68 Arau 40
30
69 Perlis Padang Besar 30
70 Kangar 25
45
71 Tambun Tulang 40
30
72 Kepala Batas 35
35
73 Pulau Pinang Balik Pulau 35
35
74 Nibong Tebal 35
75 Beaufort
76 Membakut
77 Papar
78 Putatan
79 Kota Kinabalu
80 Penampang
81 Sabah Tuaran
82 Kota Belud
83 Ranau
84 Matunggong
85 Kudat
86 Sandakan
87 Batu Sapi
88 Sarawak Kota Samarahan
89 Sibu
2 daripada 2
LAMPIRAN A-2
SPP PAGN
Kemaskini Januari 2021
SENARAI SEMAK PERMOHONAN ANAK
KE PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
BAHAGIAN GENIUS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA ANAK :
PAGN YANG DIPOHON :
TARIKH PERMOHONAN DIHANTAR :
BIL DOKUMEN ADA/TIADA
1 Salinan surat beranak anak
2 Salinan Mykid anak
3 Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
4 Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
5 Salinan Pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan
*Pengesahan pendapatan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua
Kampung & JKKK
6 Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (Sekiranya bekerja sendiri)
*Pengesahan pendapatan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua
Kampung & JKKK
7 Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan
*Pengesahan pendapatan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua
Kampung & JKKK
Dihantar oleh, Diterima oleh,
Nama Ibu/Bapa/Penjaga: Ketua Pendidik
Tarikh:
Cop:
1
PAGN-PMHN- BORANG 2
BORANG PERMOHONAN (APPLICATION FORM)
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)
BAHAGIAN GENIUS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sila tanda (√) di kotak berkenaan (Please tick (√) where applicable)
Nyatakan pusat yang dipohon:
(Please state the requested centre)
A. BUTIRAN MAKLUMAT ANAK (CHILD PARTICULARS)
1. Nama Anak:
(Child's Name)
2. Umur: 3. Tarikh Lahir: 4. Jantina: Lelaki (Male)
(Age) (Date of Birth) (Sex) Perempuan
(Female)
5. No. Mykid: 6. No. Sijil Lahir:
(Mykid No.) (Birth Cert No.)
7. Warganegara: 8. Kaum: 9. Agama:
(Nationality) (Race) (Religion)
10. Alamat Rumah:
(Home Address)
11. Alamat Surat-
Menyurat:
(Mailing Address)
12. Jarak Kediaman Ibu Bapa/Penjaga dari Pusat GENIUS: km
(Distance from GENIUS Centre)
13. Bilangan dan Kedudukan anak dalam keluarga (Numbers and position of child in Family)
(Sila isi petak berikut/ please fill in the box )
Bil. Nama Anak-Anak Perempuan Umur Bil Nama Anak-Anak Lelaki Umur
(No.) (Name of female siblings) (Age) (No.) (Name of male siblings) (Age)
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6
1 daripada 3
Sila tanda (√) di kotak berkenaan (Please tick (√) where applicable) PAGN-PMHN- BORANG 2
14. Pernahkan anda menghantar anak ke mana-mana TASKA? Ya (Yes ) Lain-lain
(Have you sent your child to any childcare centre before?) Tidak (No ) (Others)
Jika YA: a) Nama TASKA (Childcare centre Name) :
(If YES) b) No. Tel. TASKA (Childcare Centre Tel. No) :
c) Tempoh berada di TASKA (Period of being in the
Childcare Centre):
B. MAKLUMAT KESIHATAN KANAK-KANAK (CHILD'S HEALTH INFORMATION)
16. Jenis Penyakit yang dihidapi Tiada Penyakit Lelah Sawan
(Type of illness) (No Illness) (Asthma) (Seizure)
Nyatakan jika lain-lain:
(Please state if Others)
17. Kecacatan Ya (Yes)
(Disabilities ) Tidak (No)
Nyatakan jika YA:
(Please state if YES )
C. MAKLUMAT IBU BAPA / PENJAGA (PARENTS/GUARDIAN PARTICULARS)
Bil Perkara (Subject ) Bapa/Penjaga (Father/Guardian) Ibu/Penjaga (Mother/Guardian)
a. Nama Rumah (Home) : Rumah (Home) :
(Name ) Telefon bimbit (Handphone ) : Telefon bimbit (Handphone ) :
b. Pekerjaan
(Occupation )
c. No. Telefon (Telephone. No.)
d. E-mel (Email)
c. Nama dan alamat majikan
(Employer's Name and
Address )
e. Pendapatan bulanan Adakah anda sedang menerima sebarang bantuan kewangan?
(Monthly Income ) (Do you receive any financial assistance? )
f. Bantuan kewangan
(Financial assistance )
Ya (Yes)
Tidak (No)
Jika Ya, sila nyatakan perkara berikut:
(If Yes, please complete the following particulars )
i. Penaja Bantuan:
(Sponsor )
ii. Jumlah diterima setiap bulan: RM
(Amount received monthly)
g. Status perkahwinan Berkahwin Duda Janda Ibu Tunggal Bapa Tunggal
(Marrital Status ) (Married) (Widower) (Widow) (Single Parent) (Single Parent)
2 daripada 3
PAGN-PMHN- BORANG 2
D. DEKLARASI (DECLARATION) mengaku bahawa maklumat yang telah saya berikan adalah benar.
Saya,
(I declare that every information given is true )
Tarikh (Date ): Tandatangan (Signature ):
( )
E. MAKLUMAN (NOTIFICATION)
Pemilihan calon anak GENIUS adalah tertakluk kepada keputusan panel pemilihan dan juga tahap kesihatan anak. Keputusan panel
pemilihan adalah muktamad.
(Selection of candidate is subject to decision by selection panel and child's health condition. Decision made by selection panel is
final. )
3 daripada 3
LAMPIRAN A-3
SPP PAGN
Kemas kini Februari 2021
TERMA RUJUKAN
JAWATANKUASA PEMILIHAN ANAK GENIUS NEGARA
BAHAGIAN GENIUS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. TUJUAN JAWATANKUASA
Tujuan Jawatankuasa Pemilihan Anak GENIUS Negara ditubuhkan adalah untuk
membuat keputusan pemilihan kemasukan anak ke Pusat Anak GENIUS Negara.
2. KEAHLIAN
(i) Pengerusi:
Setiausaha Bahagian
Pengerusi Ganti:
Ketua Penolong Setiausaha Kanan
Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan (PP)
(ii) Ahli Tetap:
(a) Penolong Setiausaha Kanan (PP) (mengikut negeri seliaan)
(b) Wakil Seksyen Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan, Sumber
Manusia dan Kewangan
(iii) Ahli Jemputan:
(a) Wakil Seksyen Pentadbiran
(b) Ketua Pendidik, Pusat Anak GENIUS Negara yang berkaitan
3. FUNGSI JAWATANKUASA
Fungsi Jawatankuasa Pemilihan Anak GENIUS Negara adalah seperti berikut;
1
(i) memilih anak GENIUS Negara berdasarkan kriteria seperti Lampiran A.
(ii) mengadakan pemilihan walaupun bilangan permohonan yang diterima
kurang berbanding dengan kapasiti tempat yang ditawarkan;
(iii) mesyuarat diadakan sebelum atau pada minggu pertama Disember pada
setiap tahun;
(iv) senarai anak yang berjaya dan tidak berjaya hendaklah dimaklumkan
kepada ibu bapa/ penjaga;
(v) sekiranya masih berlaku kekosongan kuota pada pertengahan tahun,
pengambilan anak baru bagi mengisi kekosongan tersebut boleh diadakan
pada bila-bila masa. Pengambilan ini memadai dengan kelulusan
Pengerusi Jawatankuasa atau pun Pengerusi Ganti;
(vi) Jawatankuasa berhak menolak permohonan sekiranya didapati maklumat
yang dikemukakan adalah PALSU;
(vii) sekiranya terdapat permohonan rayuan serta boleh dipertimbangkan,
permohonan tersebut hendaklah dikemukakan secara keliling kepada
Jawatankuasa; dan
(viii) keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.
4. URUS SETIA
(i) Urus setia terdiri daripada Ahli Tetap Jawatankuasa Pemilihan
Anak GENIUS Negara dari Cawangan PP secara bergilir;
(ii) Urus setia bertanggungjawab untuk:
(a) menetapkan tarikh mesyuarat;
(b) mengambil minit mesyuarat; dan
(c) membuat edaran minit mesyuarat.
2