The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2022-01-12 03:24:21

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

TAHUNAN

I 1LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

ISI

KANDUNGAN

LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

LATAR BELAKANG ORGANISASI
Isi Kandungan 02
Peristiwa Bergambar 04
Ahli Majlis-Ahli Majlis MBI 10
Ketua Jabatan 12
Carta Organisasi Majlis Bandaraya Ipoh 16
Visi, Misi, Objektif 17
Peta Keluasan 18
Latar Belakang 19
Pejabat Datuk Bandar 20
Pejabat Setiausaha Bandaraya 22
Pejabat Pengarah Kanan 24

2 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Khidmat Pengurusan 26
Jabatan Penilaian Dan Percukaian 38
Jabatan Kerja Awam 44
Jabatan Perancangan Bandaraya 60
Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan 74
Jabatan Perbendaharaan 104
Jabatan Taman Dan Landskap 130
Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran 138
Jabatan Kawalan Bangunan 156
Jabatan Pelesenan Dan Penguatkuasaan 166
Unit Perundangan 176
Unit Pentadbiran UTC Perak 188
Unit Korporat Dan Aduan Awam 194
Unit Audit Dalam 208
Unit Pusat Setempat (OSC) 214
Unit Teknologi Maklumat 224
Unit Ukur Bahan 236
Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) 238

I 3LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

4 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 5LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

6 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 7LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

8 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 9LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ahli Majlis

M AJLIS BANDARAYA IPOH

YBHG. DATUK AHMAD SUAIDI YBHG. CLR. MEJAR YBHG. CLR. PUAN PUTERI YBHG. CLR. ENCIK MOHAMMAD
BIN SHARIF
BIN ABDUL RAHIM KAMARUDDIN BIN ABD. AZIZ (B) HOLIJAH BINTI MUHAMAD RALI (ZON 1 & 4)

DATUK BANDAR IPOH (ZON 20) (ZON 2)

YBHG. CLR. ENCIK ARIFIN YBHG. CLR. ENCIK TIW YBHG. CLR. ENCIK LEE TZE HOO YBHG. CLR. ENCIK NGO
BIN MD. RAFI’I TEE SIANG (ZON 17) KOK FOONG
(ZON 11) (ZON 19) (ZON 15)

10 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ahli Majlis

M AJLIS BANDARAYA IPOH

YBHG. CLR. ENCIK WONG YBHG. CLR. ENCIK GANESAN YBHG. CLR. ENCIK ALDRIN NG YBHG. CLR. ENCIK WONG
HON LONG A/L ATHINARAYANAN @ WU YA ZHUIN KAR KEAT
(ZON 12) (ZON 8 & 10) (ZON 18) (ZON 16)

YBHG. CLR. CIK LIM YBHG. CLR. CIK CHAN YBHG. CLR. ENCIK CHIN YBHG. CLR. ENCIK AHMAD
MEI HIANG WEI SUM YEE HING KHAIR FAIZAL BIN YAHAYA
(ZON 13) (ZON 23)
(ZON 21 & 22) (ZON 7)

I 11LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ahli Majlis

M AJLIS BANDARAYA IPOH

YBHG. CLR. TUAN HAJI MOHD YBHG. CLR. ENCIK SHAHARI YBHG. CLR. ENCIK SHAMSUL
RIDZUAN BIN JAMALUDDIN ANUAR BIN IBRAHIM EFFENDEY BIN ABD. RAHIM
(ZON 14) (ZON 25)
(ZON 5 & 6)

YBHG. CLR. DATUK HAJI YBHG. CLR. ENCIK MAHADER
MOHAMED ODMAN AHMAD BIN MOHAMMAD AYOB
BIN ABDUL KADIR
(ZON 9) (ZON 12)

12 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ketua Jabatan
M AJLIS BANDARAYA IPOH

YBHG. DATUK AHMAD SUAIDI ENCIK MOHD. ZAKUAN PUAN HAJAH SAIDATUL AKMA PUAN HAJAH ZURAINA
BIN ABDUL RAHIM BIN HAJI ZAKARIA BINTI JAMALUDIN BINTI KAMARUL ARIFF
PENGARAH KANAN
DATUK BANDAR IPOH SETIAUSAHA BANDARAYA (PENTADBIRAN DAN PENGARAH KANAN
KEWANGAN) (INFRASTRUKTUR DAN

OPERASI)

ENCIK SYAHRUL ‘AZRIN ENCIK ZULKIFLE ENCIK KHAIRUDIN TUAN HAJI MUSA BIN DUN
BIN GHAZALI BIN JAAFAR SIDEK BIN MANSOR PENGURUS BESAR
PENGARAH KORPORAT UTC PERAK
PENASIHAT UNDANG-UNDANG PENGARAH AUDIT
BANDARAYA BANDARAYA BANDARAYA

I 13LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ketua Jabatan

M AJLIS BANDARAYA IPOH

ENCIK MUHAMMAD NASRUL CIK SITI NOORAELIN PUAN FARIDAH BINTI SULAIMAN PUAN SURIANI BINTI ISMAIL
HADI BIN JUKUN NAIN BINTI AHMAD KETUA UNIT KETUA UNIT
KETUA UNIT KETUA UNIT
PUSAT SEHENTI (OSC) TEKNOLOGI MAKLUMAT (TM) UKUR BAHAN (QS)
PESURUHJAYA BANGUNAN
(COB)

ENCIK ABDUL HALIM BIN SAAD ENCIK ROMZI BIN ZAMRI ENCIK MOHD SYAZLAN BIN ENCIK MEOR ABDULLAH ZAIDI
PENGARAH KHIDMAT PENGARAH KOMUNITI MOHD ISA SUFIAN BIN MEOR RAZALI
PENGURUSAN BANDARAYA
PENGARAH PERBENDAHARAAN PENGARAH LANDSKAP
BANDARAYA BANDARAYA

14 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ketua Jabatan
M AJLIS BANDARAYA IPOH

ENCIK AHMAD ZAIYADI TUAN HAJI KHAIRUL BIN TUAN HAJI MOHD ALIAS TUAN HAJI MOHD ZAINAL
BIN SUDIN HAJI LODIN BIN KAMARUDDIN BIN ABDUL HAMID

PENGARAH PELESENAN DAN PENGARAH KERJA AWAM PENGARAH KESIHATAN PENGARAH PERANCANG
PENGUATKUASAAN BANDARAYA BANDARAYA BANDARAYA BANDARAYA

ENCIK MUHAMMAD SYAHRIL SR ROHAYAH BINTI
BIN SAPIRAN HAJI ABDUL KADIR
PENGARAH PENILAIAN
PENGARAH KAWALAN
PEMBANGUNAN BANDARAYA BANDARAYA

I 15LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Carta Organisasi t

M AJLIS BANDARAYA IPOH

DATUK BANDAR

t

SETIAUSAHA
BANDARAYA

t t tt

PENGARAH KANAN PENGARAH KANAN PENGARAH KANAN UNIT
(PENTADBIRAN DAN (INFRASTRUKTUR DAN (PERANCANGAN DAN

KEWANGAN) OPERASI) PEMBANGUNAN)

Mengikut SKP Bil. B47/2018 Mengikut SKP Bil. B47/2018 Mengikut SKP Bil. B47/2018
di Jabatan Perbendaharaan di Jabatan Kerja Awam di Jabatan Perancangan Bandaraya

JABATAN t JABATAN t JABATAN t UNIT PERUNDANGAN
PELESENAN DAN t PERANCANGAN UNIT KORPORAT DAN
t PENGUATKUASAAN t
BANDARAYA t
KHIDMAT PENGURUSAN JABATAN
KERJA AWAM JABATAN ADUAN AWAM
JABATAN KAWALAN t UNIT AUDIT DALAM
t PERKHIDMATAN KOMUNITI t JABATAN PEMBANGUNAN
KESIHATAN AWAM UNIT PENTADBIRAN
DAN KEMASYARAKATAN DAN PERKHIDMATAN JABATAN
PENILAIAN DAN t
t JABATAN PERBANDARAN
PERBENDAHARAAN PERCUKAIAN UTC PERAK
t t UNIT PUSAT SETEMPAT

JABATAN (OSC)

t

TAMAN DAN LANDSKAP

UNIT PESURUHJAYA

t

BANGUNAN (COB)

UNIT TEKNOLOGI

t

MAKLUMAT

Mengikut SKP Bil. B47/2018
di Jabatan Khidmat Pengurusan

t UNIT UKUR BAHAN

Mengikut SKP Bil. B47/2018
di Jabatan Perbendaharaan

TARIKH KUATKUASA: 1 MAC 2019

16 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Visi Misi

“Ipoh Bandar Raya Mampan, “Menerajui Urus Tadbir Bandar

Dinamik Dan Cemerlang Menjelang Secara Strategik Dan Inovatif Ke

Tahun 2020” Arah Bandar Raya Yang Kondusif

dan Mampan Untuk Kesejahteraan

Warga Kota”

Objektif

“Menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan
taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara:

• Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang
lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis.

• Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam
semua bidang.

• Menggalakkan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam.
• Mengindahkan Bandar Raya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat

pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan di samping menggalakkan industri dan pentadbiran.
• Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.
• Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan Dasar Pembangunan

Nasional.

I 17LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Peta Keluasan

M AJLIS BANDARAYA IPOH

Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan

Keluasan: 643km Persegi
Penduduk: 720,000

18 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Latar Belakang

M AJLIS BANDARAYA IPOH

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan
Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang
bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar Raya Ipoh berasaskan kepentingan
tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk
merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat
bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk
berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat
pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah
pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandar raya
ini sebagai sebuah bandar raya yang dinamik dan unggul.

Direktori

KETUA JABATAN M AJLIS BANDARAYA IPOH

DATUK BANDAR PENGARAH PENGURUS BESAR UTC PERAK
05 - 208 3200 PERANCANG BANDARAYA 05 - 249 4965

SETIAUSAHA BANDARAYA 05 - 208 3388 PENGARAH
05 - 208 3300 KORPORAT BANDARAYA
PENGARAH
PENGARAH KANAN KOMUNITI BANDARAYA 05 - 208 3344
(PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)
05 - 242 2734 PENGARAH AUDIT BANDARAYA
05 - 208 3377 05 - 208 3330
PENGARAH
PENGARAH KANAN PERBENDAHARAAN BANDARAYA KETUA UNIT PUSAT SETEMPAT
(INFRASTRUKTUR DAN OPERASI) 05 - 208 3495
05 - 208 3322
05 - 208 3366 KETUA UNIT
PENGARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGARAH KANAN LANDSKAP BANDARAYA
(PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN) 05 - 208 3331
05 - 506 2088
05 - 208 3232 KETUA UNIT UKUR BAHAN
PENGARAH 05 - 208 3222
PENGARAH KESIHATAN BANDARAYA
KHIDMAT PENGURUSAN KETUA UNIT
05 - 208 3399 PESURUHJAYA BANGUNAN
05 - 208 3477
PENGARAH KAWALAN 05 - 208 3320
PENGARAH PEMBANGUNAN BANDARAYA
PENILAIAN BANDARAYA
05 - 208 3210
05 - 208 3311
PENGARAH PELESENAN DAN
PENGARAH PENGUATKUASAAN BANDARAYA
KERJA AWAM
05 - 208 3223 05 - 208 3182

PENASIHAT UNDANG-
UNDANG BANDARAYA

05 - 208 3424

I 19LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pejabat Datuk Bandar

FUNGSI UTAMA

Datuk Bandar bertanggungjawab untuk melaksanakan pengawasan, pengawalan dan penyeliaan secara
berkesan terhadap setiap Jabatan, Bahagian dan Unit dalam organisasi Majlis Bandaraya Ipoh bagi
memastikan setiap tindakan yang dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang, dasar kerajaan
persekutuan dan negeri serta sebarang resolusi yang dibuat oleh Majlis.

Fungsi Pejabat Datuk Bandar adalah untuk membantu Datuk Bandar dalam menguruskan
setiap urusan rasminya. Datuk Bandar bertanggungjawab untuk mengawal dan mengawasi
semua hal ehwal Bandar Raya Ipoh ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan warga kota
dengan menyediakan perkhidmatan perbandaran yang boleh dikecapi oleh semua lapisan masyarakat.
Dalam melaksanakan urusan tersebut, Datuk Bandar perlu terlibat dengan pelbagai aktiviti setiap hari
dari awal pagi hingga ke petang. Beliau perlu menghadiri pelbagai jemputan rasmi iaitu
daripada menghadiri upacara-upacara Jamuan DiRaja sehinggalah ke mesyuarat komuniti dan aktiviti
kebajikan penduduk. Selain daripada itu, Datuk Bandar juga perlu mempengerusikan pelbagai mesyuarat
Jawatankuasa Penasihat, Jawatankuasa Eksekutif dan Majlis Penuh.

URUSAN PEJABAT

Urusan Pejabat Datuk Bandar banyak ditumpukan kepada tiga perkara utama iaitu aktiviti tugasan Datuk
Bandar, aktiviti tugasan Setiausaha Bandaraya dan tugasan spesifik yang diwujudkan. Peranan yang
dimainkan oleh semua portfolio di Pejabat Datuk Bandar adalah untuk membantu Datuk Bandar dalam
pengurusan masa dan temu janji sahaja manakala tugasan untuk mencapai arah tuju Bandar Raya Ipoh
digerakkan melalui Ketua Jabatan yang profesional dalam bidang masing-masing.

PERANAN DATUK BANDAR

Untuk mencapai matlamat menjadikan Bandar Raya Ipoh sebuah bandar raya yang Bersih, Hijau dan
Maju, Datuk Bandar perlu memainkan peranan dalam perkara-perkara berikut:

i. Memainkan peranan sebagai “Duta Bandar Raya” untuk mengetuai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam
sebarang perwakilan di dalam dan luar negara. Kebolehan beliau untuk menerajui penganjuran acara-
acara yang melibatkan penyertaan warga kota amat disanjungi oleh setiap warga Ipoh;
ii. Mempengerusikan mesyuarat yang melibatkan perbincangan dengan bahagian pengurusan, operasi,
teknikal dan sebarang mesyuarat yang melibatkan fungsi MBI;

20 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

iii. Mengurus organisasi supaya dapat melaksanakan perancangan mengikut keutamaan serta
melakukan pembahagian tugasan kepada pegawai-pegawai lain tetapi mengekalkan keberkesanan
perancangan tersebut;
iv. Meningkatkan keupayaan anggota bagi membina pasukan yang kuat dan meningkatkan hubungan
yang erat di antara Ahli-Ahli Majlis, anggota, orang-orang yang berurusan serta berkepentingan dan
seluruh warga kota. Beliau juga perlu bertindak tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik dan
berkebolehan membuat perbincangan dengan mana-mana kumpulan politik;
v. Menjalinkan kemesraan dengan media atau agensi perhubungan awam untuk mempertingkatkan
keupayaan penyampaian hasrat dan arah tuju Majlis kepada seluruh warga kota melalui bantuan Rakan
Media; dan
vi. Memelihara adat resam dan budaya tempatan dengan mendalami kepelbagaian budaya masyarakat
Ipoh serta memanfaatkan semua kepelbagaian dan keunikan yang dikenalpasti.

I 21LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pejabat Setiausaha Bandaraya

PERANAN SETIAUSAHA BANDARAYA
i. Ketua Pegawai Operasi kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan mewakili Datuk Bandar sekiranya
beliau tidak dapat hadir sama ada dalam majlis-majlis di dalam atau di luar negara;
ii. Memantau dan mempertimbangkan semua keputusan belanjawan yang dibuat oleh Jabatan/Unit
MBI sebelum membuat sokongan kepada Datuk Bandar;
iii. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Awam dan Mesyuarat
Pemantauan Aduan Ahli Majlis;
iv. Membantu Datuk Bandar mempengerusikan mesyuarat bagi Jawatankuasa OSC dan Iain-Iain
Jawatankuasa sekiranya Datuk Bandar tidak hadir; dan
v. Menguruskan dan mengelola Unit Pantas di Pejabat Datuk Bandar.
PERANAN UNIT PANTAS (TASK FORCE)
Unit Pantas iaitu satu unit yang memberikan perkhidmatan kecemasan penebangan dan cantasan
pokok serta merta di dalam situasi yang membahayakan keselamatan warga kota. Unit ini dianggotai
seramai 32 anggota dan sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk memberikan bantuan 24 jam
sehari.
Unit ini telah dikekalkan di Pejabat Datuk Bandar sejak 1 April 2014 tetapi dengan bilangan anggota
yang kecil iaitu seorang Pembantu Tadbir N19, 2 orang pemandu dan empat orang Pekerja Awam.
Unit ini menerima aduan-aduan secara ad-hoc melalui telefon dan surat dari kesemua 22 Zon
yang melibatkan sampah sarap, pemotongan rumput dan pembersihan longkang sahaja. Unit ini
menyelesaikan 2 hingga 3 aduan dalam masa satu hari.

22 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 23LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pejabat Pengarah Kanan

PUAN HAJAH SAIDATUL PUAN HAJAH ZURAINA (PENGARAH KANAN
AKMA BINTI JAMALUDIN BINTI KAMARUL ARIFF PERANCANGAN DAN

(PENGARAH KANAN (PENGARAH KANAN PEMBANGUNAN)
PENTADBIRAN DAN INFRASTRUKTUR DAN

KEWANGAN) OPERASI)

LATAR BELAKANG

Cadangan penstrukturan semula Majlis Bandaraya Ipoh telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Penuh
(Khas) pada 29 Oktober 2010. Berikutan dengan keputusan tersebut penstrukturan semula ini telah
dilaksanakan secara pentadbiran berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. Pada 1 Jun 2011, Majlis Mesyuarat
Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 1661 dan disahkan pada 8 Jun 2011 telah meluluskan cadangan ini.

Di bawah struktur organisasi ini diwujudkan tiga (3) sektor terdiri dari Sektor Operasi, Teknikal dan
Pengurusan. Setiap sektor diketuai oleh Ketua Sektor yang diberi gelaran Timbalan Setiausaha Bandaraya
(TSUB).

Berikutan kelulusan cadangan pengukuhan perjawatan melalui Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Bil.
P20, tahun 2014, Pengurusan Majlis telah meluluskan penambahbaikan struktur organisasi MBI mulai
15 Jun 2015.

Melalui struktur organisasi baru ini, gelaran jawatan Timbalan Setiausaha Bandaraya telah dipinda
kepada Pengarah Kanan dan menjadi sebahagian daripada Pengurusan Tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh
yang terdiri daripada Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya dan tiga orang Pengarah Kanan.

24 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

TANGGUNGJAWAB SEKTOR SERTA JABATAN-JABATAN DIPINDA SEPERTI BERIKUT:

BIL JAWATAN/PENYANDANG JABATAN
1. Pengarah Kanan (Pentadbiran dan Kewangan)
Puan Hajah SaidatuI Akma Binti Jamaludin Sektor Pentadbiran dan Kewangan:
i. Khidmat Pengurusan;
2. Pengarah Kanan (Infrastruktur dan Operasi) ii. Perkhidmatan Komuniti dan
Puan Hajah Zuraina Binti Kamarul Ariff Kemasyarakatan;
iii. Perbendaharaan;
3. Pengarah Kanan (Perancangan dan Pembangunan) iv. Taman dan Landskap.

Sektor Infrastruktur dan Operasi:
i. Pelesenan dan Penguatkuasaan;
ii. Kerja Awam; dan
iii. Kesihatan Awam dan Perkhidmatan
Perbandaran.

Sektor Perancangan dan Pembangunan:
i. Perancang Bandar;
ii. Kawalan Bangunan; dan
iii. Penilaian dan Percukaian.

FUNGSI UTAMA

i. Setiap Pengarah Kanan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pemantauan, pengawasan
dan penyeliaan ke atas setiap jabatan di bawah sektor masing-masing;
ii. Membuat penyelarasan perancangan dan menetapkan Petunjuk Prestasi setiap jabatan selaras
dengan matlamat dan hala tuju Pengurusan Tertinggi;
iii. Melapor, membuat syor serta perakuan kepada Setiausaha Bandaraya dan Datuk Bandar berkaitan
aktiviti-aktiviti setiap jabatan di bawah sektor masing-masing; dan
iv. Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat Majlis/Sektor.

PERANAN

Bagi membantu Datuk Bandar Ipoh mencapai matlamat menjadikan Bandar Raya Ipoh sebuah bandar
raya yang Bersih, Hijau dan Maju, Pengarah Kanan memainkan peranan dalam perkara-perkara berikut:
i. Merancang program dan aktiviti setiap jabatan di bawah sektor masing-masing, selaras dengan pelan
strategik yang telah ditetapkan;
ii. Memantau pencapaian pelaksanaan program dan aktiviti yang ditetapkan; dan
iii. Memastikan setiap keputusan berhubung dasar.

I 25LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Khidmat Pengurusan

LATAR BELAKANG

Jabatan Khidmat Pengurusan telah diwujudkan pada 1 Januari, 2011 berikutan pelaksanaan penyusunan
semula struktur organisasi Majlis yang diluluskan oleh Majlis dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat
Tujuan-tujuan Am pada 29 Oktober 2010.

Jabatan Khidmat Pengurusan terdiri dari tiga Bahagian iaitu:
i. Bahagian Pentadbiran;
ii. Bahagian Sumber Manusia; dan
iii. Bahagian Majlis.

FUNGSI UTAMA

i. Pengurusan Hal Ehwal kebajikan dan kemudahan perkhidmatan anggota Majlis;
ii. Pengurusan perihal perjawatan, perkhidmatan, pengurusan prestasi dan tatatertib, pengurusan latihan,
peperiksaan dan kompetensi anggota Majlis; dan
iii. Pengurusan mesyuarat-mesyuarat Majlis dan hal ehwal Ahli Majlis.

PRESTASI TAHUN SEMASA

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bahagian ini terdiri Unit Pentadbiran Am, Unit Pembelian dan Stor serta Unit Perkhidmatan dan Kebersihan/
Keselamatan Bangunan. Bahagian Pentadbiran mempunyai tujuh (7) fungsi utama iaitu:
1. Pengurusan Hal Ehwal Anggota;
2. Urusan Mel Setempat Majlis;
3. Pembersihan Bangunan Ibu Pejabat dan Pejabat Lama;
4. Pengurusan TASKA Majlis;
5. Pengurusan Program-program Majlis;
6. Penyewaan Ruang Promosi dan Dewan di Bangunan Majlis; dan
7. Pengurusan Rekod.

26 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

1. PENGURUSAN HAL EHWAL ANGGOTA
u Pengurusan Pinjaman Perumahan Anggota Majlis
• Menguruskan semua permohonan anggota MBI untuk proses pinjaman perumahan ke pihak
Perbendaharaan Malaysia;
• Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan permohonan pinjaman kepada anggota Majlis
sebanyak RM5,311,75281 tahun 2019;
• Sebanyak 32 permohonan pinjaman perumahan telah diterima dari anggota Majlis dengan
pecahan seperti berikut:
e Pinjaman Pertama - 32 permohonan;
e Pinjaman Kedua - 0 permohonan.
u Pengurusan Kenderaan Penumpang Majlis
• Menguruskan 23 orang pemandu;
• Menguruskan 4,852 permohonan penggunaan kenderaan penumpang Majlis;
• Menguruskan 27 buah kenderaan penumpang Majlis;
• Menguruskan 137 permohonan pembaikan/servis kenderaan penumpang Majlis;
• Menguruskan 203 permohonan untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi pegawai/
anggota yang bertugas di luar Ibu Pejabat;
• Menguruskan 110 permohonan bagi tuntutan Elaun Perbatuan/Basikal anggota Majlis; dan
• Menguruskan permohonan/penyata Elaun Lebih Masa dan Elaun-Elaun Pemandu.
u Pengurusan Tempat Letak Kenderaan Anggota Majlis
• Menguruskan tempat letak kereta dan motosikal untuk anggota-anggota Majlis di kawasan
bangunan Ibu Pejabat.
u Pengurusan Pelekat Kenderaan Anggota Majlis
• Menguruskan permohonan pelekat kenderaan untuk anggota Majlis yang terdiri daripada
dua (2) kategori iaitu Kereta dan Motosikal.
e Pelekat Kereta Tahun 2019 - 1,305 permohonan;
e Pelekat Motosikal Tahun 2019 - 490 permohonan.
u Perbelanjaan Mengurus dan Pembayaran Untuk Rawatan Perubatan Pakar
• Pembelian dan Perbelanjaan Mengurus Majlis Bandaraya Ipoh sebanyak RM2,200,000.00
e Peruntukan - RM2,200,000.00 + RM656,100 (Viremen);
e Dibelanjakan - RM2,856,100.69
• Menguruskan pembayaran rawatan mengikut pecahan seperti berikut:
e Anggota - RM695,408.25;
e Pesara - RM1,162,424.75;
e Tanggungan - RM998,267.69.
• Menguruskan Tuntutan Elaun Baju Panas, Telefon, Pasport Antarabangsa dan Elaun Pindah
Rumah anggota Majlis seperti berikut:
e Baju Panas - 10 permohonan (RM15,000.00);
e Baju Istiadat - 2 permohonan (RM2,200.00);
e Telefon - 4 permohonan (RM6,000.00);
e Pasport Antarabangsa - 6 permohonan (RM1,200.00);
e Elaun Pindah Rumah - 8 permohonan (RM4,260.00).

I 27LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

u Pengurusan Stor Utama Alat Tulis Majlis
• Menguruskan perolehan, daftar stok, merekod serta menguruskan pengedaran alat tulis
serta kerja-kerja percetakan untuk kegunaan anggota Majlis
e Stok Barangan - 119 item;
e Kuantiti Barang sehingga 31 Disember 2019 - 35,711 unit; dan
e Nilai Barangan - RM87,523.800.
u Perolehan Pakaian Seragam Untuk Anggota Majlis
• Menguruskan perolehan pakaian seragam anggota Majlis berdasarkan kelayakan serta
mengikut keperluan perkhidmatan seperti berikut:
e Pakaian Seragam - 2,052 pasang;
e Baju-T - 4,246 helai;
e Kasut - 1,960 pasang; dan
e Lounge Suit - 24 Pasang.
u Pengurusan Jamuan Untuk Mesyuarat dan Program Majlis
• Menguruskan permohonan untuk penyediaan jamuan bagi mesyuarat dan program-program
Majlis termasuk penyediaan jamuan untuk tetamu jemputan Majlis.
e Mesyuarat - 234 permohonan;
e Lawatan - 75 permohonan; dan
e Program - 107 permohonan.
u Pengurusan Edaran Kad Jemputan
• Pengedaran Kad Jemputan adalah sebanyak 2,040 bagi 46 program Majlis dan senarai
jemputan adalah seperti berikut:
e YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan;
e Orang Besar Jajahan;
e EXCO Negeri Perak;
e Ahli Parlimen/ADUN (Ipoh);
e YB Ex-Officio;
e TSUK;
e YDP PBT Negeri Perak;
e Pegawai Daerah;
e Ketua Jabatan Kerajaan Negeri/Persekutuan;
e Ketua Jabatan/Unit Majlis Bandaraya Ipoh;
e Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Bandaraya Ipoh;
e Ahli Majlis MBI; dan
e Ketua Biro/Media.

2. URUSAN MEL SETEMPAT MAJLIS
u Menguruskan penghantaran dan penerimaan surat-surat rasmi Majlis dari semua Jabatan
seperti berikut:
i. Surat Pos (Frank)
e 49,577 jumlah surat yang dipos;
e 3,279 - Mel Berdaftar;
e 10 - Mel Udara; dan
e 0 - Bungkusan.

28 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi urusan tersebut adalah sebanyak RM32,257.40
ii. Surat Pos Laju - 357 jumlah surat yang dipos dengan kos RM1,363,30; dan
iii. Surat Terima (Karung)/Poslaju - 17,170 diterima dari Jabatan luar.

3. PEMBERSIHAN BANGUNAN IBU PEJABAT DAN PEJABAT LAMA
u Menguruskan kerja-kerja pembersihan bangunan dan kawasan sekitar bangunan Ibu Pejabat dan
Pejabat Lama MBI
• Tandas dibersihkan sebanyak 3 kali sehari;
• Ruang pejabat dibersihkan sekali pada setiap pagi;
• Kutipan sampah dibuat sebanyak 2 kali pada setiap hari;
• Pembersihan di laluan pejalan kaki sekeliling bangunan Ibu Pejabat dibuat sebanyak 4 kali
setahun; dan
• Pembersihan lantai dibuat sekali pada setiap bulan.

4. PENGURUSAN TASKA MAJLIS
u Sejumlah 36 orang kanak-kanak dan bayi dikawal selia oleh 8 orang Pembantu Awam (Tetap).

5. PENGURUSAN PROGRAM-PROGRAM MAJLIS
u Majlis Berbuka Puasa/Morei
Sebanyak 7 buah masjid dan 5 buah surau telah mengadakan majlis berbuka puasa/morei yang
melibatkan sumbangan berjumlah RM43,000.00.
• Masjid Muhibbuddin Shah, Jalan Hospital;
• Masjid Al-Ansar, Buntong;
• Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan;
• Masjid Al-Hidayah, RPT Pengkalan Pegoh Seberang;
• Masjid Al-Ansar, Meru Raya;
• Masjid Jamek Chemor, Pekan Lama Jalan Besar;
• Masjid Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi;
• Surau Al-Hamidiah, Tanjung Rambutan;
• Surau Al-Taufiqiah, Kg. Kepayang;
• Surau SRAR Al-Huda; Taman Bercham Raya;
• Surau Diri Jumaat Al-Ansar, Bandar Seri Botani; dan
• Surau Al-Ridzuaniah, Kampung Tersusun Tawas.
u Menguruskan Perhimpunan Bulanan Anggota dan Executive Talk/Perhimpunan Khas Anggota
Majlis
• Program Executive Talk dan Perhimpunan Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2019;
• Program Perhimpunan Khas Aidilfitri Anggota MajlisBandaraya Ipoh Tahun 2019M/1440H;dan
• Perhimpunan Khas Sempena Perayaan Deepavali Peringkat MBI Tahun 2019.

I 29LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

u Menyelaraskan Program-program Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Yang Ke-31
• Pertandingan Tarik Tali Piala Datuk Bandar Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-31;
• Pertandingan Bola Sepak Piala Datuk Bandar;
• Pertandingan Menembak;
• Pertandingan Moh Kita Boling;
• Program Berbuka Puasa dan Solat Terawih Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-31,
dan
• Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anggota Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2019M/1440H.
u Menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anggota Majlis Bandaraya Ipoh Tahun
2019M/1440H
• Program ini telah diadakan pada 20 Jun 2019 (Khamis), jam 1.00 petang bertempat di
Stadium Indera Mulia, Ipoh;
• Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal
Bin Dato’ Azumu dan Isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, YB Exco
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Orang Besar Jajahan, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan
Negeri dan Persekutuan, Yang Dipertua dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Perak Darul Ridzuan serta jemputan-jemputan kenamaan lain; dan
• Pelbagai acara menarik disediakan seperti cabutan bertuah, penyampaian duit raya kepada
anak-anak anggota Majlis dan persembahan oleh Kumpulan Ady Buskers dan Gema Warisan
Budaya MBI telah diadakan bagi memeriahkan program pada hari tersebut.
u Menguruskan Program Hari Keluarga Dan Majlis Konvokesyen Taska MBI-PADUAN Tahun 2019
• Program ini telah diadakan pada 21 Disember 2019 (Sabtu), jam 8.00 pagi bertempat di
Tingkat 6, Hotel Tower Regency, Ipoh; dan
• Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Kanan, Pegawai, kakitangan MBI, ibu bapa serta
anak-anak Taska MBI.

6. PENGURUSAN PENYEWAAN RUANG PROMOSI DAN BILIK GERAKAN DI BANGUNAN IBU PEJABAT
MAJLIS BANDARAYA IPOH
u Sebanyak 97 permohonan sewa ruang kaunter promosi dengan sewaan sebanyak RM7,380.00
sepanjang tahun 2019; dan
u Tiada sewaan Bilik Gerakan.

7. PENGURUSAN REKOD
u Bahagian pentadbiran telah dipertanggungjawabkan dalam pengurusan rekod bagi pihak
Majlis yang berhubung secara langsung dengan pihak Arkib Negeri Perak Darul Ridzuan
• Bilangan permohonan pelupusan dokumen yang dihantar kepada pihak Arkib - 9 permohonan;
• Bilangan permohonan pelupusan dokumen yang telah diluluskan oleh pihak Arkib - 8
permohonan; dan
• Bilangan permohonan pelupusan dokumen yang telah ditolak oleh pihak Arkib - 1 permohonan.

30 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Majlis Berbuka Puasa/Morei Program Perhimpunan Khas Hari Raya Aidilfitri 2019M/1440H.
di Masjid Muhibbudin Shah (Jalan Hospital).

Executive Talk dan Perhimpunan Khas Executive Talk dan Perhimpunan Khas
Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2019. Sempena Perayaan Deepavali 2019.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019M/1440H. Hari Keluarga Dan Majlis Konvokesyen
Taska MBI-Paduan 2019.

I 31LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PRESTASI TAHUN SEMASA
UNIT LATIHAN DAN KOMPETENSI
Melaksanakan pengurusan program latihan dalam bentuk seminar, bengkel, kursus, ceramah dan
lawatan-lawatan tinjauan. Unit ini juga menyelenggara rekod latihan pegawai dan anggota Majlis.
Majlis Bandaraya Ipoh telah meletakkan sasaran program latihan anggota melalui ‘Pelan Perancangan
Strategik Majlis Bandaraya Ipoh’ dan Sasaran Kerja Tahunan dengan penetapan 95% anggota menghadiri
program latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.
Pada tahun 2019 ini, seramai 1,769 orang anggota daripada 1,857 orang anggota keseluruhan bertaraf
tetap iaitu sebanyak 95.26% anggota telah berjaya diberikan latihan/kursus secara dalaman dan
luaran melebihi 7 hari. Kos keseluruhan yang terlibat adalah berjumlah RM1,200,000.00 termasuk kos
penyediaan jamuan makan program yang telah dilaksanakan.
Mengikut pecahan gred kumpulan anggota Majlis, kumpulan Pengurusan dan Profesional telah mencapai
peratusan 100% berjaya menghadiri program latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun, Kumpulan
Sokongan 1 99.38% manakala Kumpulan Sokongan 2 mencapai 92.77%.

BILANGAN KESELURUHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG MENGHADIRI KURSUS 7 HARI SETAHUN
BAGI TAHUN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH
TEMPOH: BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

LAPORAN AKTIVITI LATIHAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2019

32 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

KURSUS KUMPULAN SOKONGAN 2 (GRED 1-18)
TEMPAT : MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CERAMAH AGAMA

CERAMAH KESEDARAN BAHAYA DENGGI KURSUS TEAMBUILDING UNTUK KUMPULAN SOKONGAN
1 (GRED 19 – 32)

KURSUS PERANCANGAN DAN PENGURUSAN
KEWANGAN UNTUK BAKAL PESARA
TEMPAT: THE PINES HOTEL, MELAKA

I 33LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PRESTASI TAHUN SEMASA

BAHAGIAN MAJLIS

LATAR BELAKANG

Bahagian Majlis pada ketika ini dianggotai seramai 7 orang, diketuai seorang Pegawai Tadbir Gred N41/44
dan dibantu oleh anggota Kumpulan Sokongan I dan II iaitu seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/
Operasi) Gred N19/22; 2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19; 1 orang Pembantu
(Perkeranian/Operasi) Gred N19 bertaraf kontrak serta 2 orang Pembantu Operasi Gred N11.

FUNGSI

1. Mengurus Dan Menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Majlis;
2. Mengurus Dan Menyelaras Mesyuarat Pentadbiran Majlis;
3. Mengurus Dan Menyelaras Dokumen Mesyuarat Dewan Undangan Negeri;
4. Mengurus Hal Ehwal Ahli Majlis;
5. Mengurus Dan Menyelaras Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis;
6. Menyelaras Dan Mengumpul Maklum Balas Minit Mesyuarat Di Peringkat MBI dan Agensi Luar; dan
7. Mengurus Dokumen-Dokumen Terperingkat Majlis.

PROGRAM DAN AKTIVITI

1. Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Keterampilan Diri
Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Keterampilan Diri pada
20-21 Februari 2019 bertempat di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh dan dikendalikan oleh
seorang penceramah yang berkepakaran dalam bidang protokol, etiket dan imej iaitu Puan Hajah
Rosita binti Haji Rahim yang merupakan bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Istiadat Dan
Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Perunding Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN).

Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan
(Pentadbiran Dan Kewangan) dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd. Zakuan bin
Haji Zakaria, Setiausaha Bandaraya.

Kursus ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan Ahli Majlis dan Pegawai Majlis semasa
menghadiri majlis/acara rasmi. Para peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik/tips yang
berguna dari aspek protokol majlis, penampilan diri, kemahiran komunikasi dan adab di meja makan.

34 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

2. Lapor Diri Dan Majlis Angkat Sumpah Pelantikan YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim Sebagai
Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh
Pada 8 Julai 2019, YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh ke-11 telah
melapor diri di Bangunan Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Ipoh dan seterusnya mengangkat sumpah
jawatan sebagai Ahli Majlis di hadapan YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Besar
Perak di dalam majlis ringkas di pejabat Menteri Besar.
Beliau juga telah membuat kunjungan hormat kepada YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

I 35LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

3. Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh
Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis
Bandaraya Ipoh Bagi Tempoh 1 Ogos 2019 Sehingga 31 Julai 2021 pada 16 Ogos 2019 yang lalu
bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Ipoh.
Ke semua Ahli Majlis telah mengangkat sumpah di hadapan YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul
Rahim, Datuk Bandar Ipoh dan disaksikan oleh YB Encik Yong Choo Kiong, Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu,
serta YB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Dan
Pembangunan Koridor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan
Negeri Kerajaan Negeri Perak di bawah kawasan pentadbiran Majlis, wakil Setiausaha Bahagian,
Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan, Ketua-Ketua
Jabatan/Unit, Pegawai dan Anggota Majlis serta pihak Media.

36 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

MAKLUMAT MESYUARAT-MESYUARAT SEPANJANG TAHUN 2019

I 37LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Penilaian Dan Percukaian

LATAR BELAKANG

Jabatan Penilaian dan Percukaian memainkan peranan yang penting dalam memastikan pendapatan
Majlis daripada percukaian dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana cukai taksiran masih
merupakan hasil utama Majlis Bandaraya Ipoh.

Jabatan Penilaian dan Percukaian juga bertanggungjawab atas segala urusan berkaitan dengan hartanah
yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Penilaian dan Percukaian adalah menyokong mencapai semua objektif Majlis dengan
cara:
i. Berusaha mempertingkatkan pendapatan Majlis dari punca hasil Cukai Taksiran dan Caruman
Bantuan Kadar;
ii. Berusaha mengagihkan beban pembayar cukai ke tahap yang wajar dan berpatutan;
iii. Berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan harta-harta Majlis dari segi kutipan sewaan dan
penyelenggaraan ke tahap yang memuaskan semua pihak;
iv. Menyediakan cadangan dan kajian pembangunan tanah milik Majlis; dan
v. Mempertingkatkan kualiti kerja ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

FUNGSI UTAMA

Jabatan Penilaian dan Percukaian bertanggungjawab untuk memastikan pendapatan Majlis daripada
aktiviti percukaian dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan pembangunan yang
semakin pesat dan membangun di dalam kawasan Bandar Raya Ipoh. Selain itu juga menguruskan
segala perkara yang berkaitan dengan hartanah.

1. BAHAGIAN PENILAIAN
i. Penilaian bagi maksud Cukai Taksiran;
ii. Penilaian bagi penentuan Caj Pemajuan;
iii. Penilaian pegangan bangunan-bangunan Kerajaan bagi maksud Sumbangan Membantu Kadar;
iv. Laporan tuntutan Bayaran Balik Elaun Kekosongan;
v. Mengemaskini Daftar Senarai Nilaian,
vi. Menguruskan Sistem Fail Pegangan; dan
vii. Pengurusan Bantahan Nilai Tahunan.

38 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PENILAIAN CUKAI TAKSIRAN

PENILAIAN UNTUK MAKSUD SUMBANGAN MEMBANTU KADAR

Sumbangan Membantu Kadar KUTIPAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR 2019
merupakan sumbangan yang dibayar RM6,156,057.95
oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan

Negeri dan Agensi/Badan-Badan

Berkanun bagi bangunan didudukinya

di dalam kawasan pentadbiran Majlis

mengikut peruntukan Artikel 13, Fasa

156, Perlembagaan Persekutuan

Malaysia.

PENDENGARAN BANTAHAN NILAI TAHUNAN
Pemilik pegangan yang tidak berpuashati dengan pindaan Nilai Tahunan boleh mengemukakan bantahan
secara bertulis menurut peruntukan Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Sepanjang tahun 2019
Jabatan Penilaian dan Percukaian telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran
sebanyak 4 kali dan telah membentangkan sebanyak 18 kertas kerja dengan jumlah pembantah seramai
149 orang secara berkumpulan dan individu.

Mesyuarat Jawatakuasa Bantahan Cukai Taksiran.

I 39LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

2. BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
i. Pengurusan penyewaan harta Majlis
• Rumah Pangsa; • Wisma Bougainvillea;
• Premis Perniagaan; • Kantin; dan
• Bengkel; • Tandas Awam.
ii. Penyeliaan dan pengawasan harta Majlis.

FUNGSI TUGAS MENGIKUT BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
i. Memproses permohonan dan mengurus penyewaan serta melaksanakan semua aspek pemasaran
termasuk penjualan harta-harta Majlis;
ii. Menyelaras temuduga permohonan penyewaan ruang niaga dan kediaman;
iii. Menyelaras Mesyuarat Pengesahan Temuduga Ruang Niaga dan Kediaman;
iv. Menyelaras Mesyuarat Penyelarasan Rumah Pangsa melibatkan pihak pengurusan kawasan
Rukun Tetangga (KRT) dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit;
v. Menguruskan aduan bagi tujuan penyelenggaraan, keselamatan dan kebersihan premis Majlis;
vi. Memantau penyewaan premis seperti lawatperiksa, penyediaan notis, operasi penguatkuasaan
berdasarkan perjanjian penyewaan dan sitaan;
vii. Menyelia dan daftar harta Majlis melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Tak Alih (Fasiliti)
Peringkat Majlis; dan
viii. Melaksanakan penilaian untuk maksud insurans bagi harta-harta tak alih, penilaian pasaran serta
sewaan harta.
Rujukan Yang Digunapakai:
i. Malaysia Property Management Standards (Edisi Tahun 2016) Terbitan Lembaga Penilaian, Pentaksir,
Ejen Hartanah dan Pengurusan Harta Malaysia.
ii. Pekeliling Am Bil.2, Tahun 2012 Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.
UNIT PENGURUSAN SEWA
Bahagian Pengurusan Harta telah dipertanggunggjawabkan untuk mengendali harta sewaan yang
meliputi rumah kediaman dan premis perniagaan yang berjumlah 1,619 unit. Secara amnya, Unit Sewaan
telah mencapai jumlah kutipan sebanyak RM2,317,815.40 bagi tahun 2019.

Perolehan daripada denda bayaran lewat yang dikenakan ke atas penyewa yang gagal menjelaskan
bayaran sewa pada masa yang ditetapkan telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM22,763.00.

Jumlah keseluruhan pendapatan melalui sewaan kediaman dan perniagaan ialah RM2,340,578.40.

40 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SESI PUBLIC ENGAGEMENT BAGI TUJUAN PENGISIAN BORANG PEMBAHARUAN PERJANJIAN
PENYEWAAN DI RUMAH PANGSA WALLER COURT, JALAN DATO’ ONN JAAFAR, IPOH
Anggota Majlis Bandaraya Ipoh dari Jabatan Penilaian dan Percukaian (Bahagian Pengurusan Harta)
bersama-sama Ahli Majlis iaitu Clr. Cik Chan Wei Sum dan Ahli Majlis Clr. Encik Wong Kar Keat telah
melaksanakan Sesi Public Engagement selama 2 hari iaitu pada 18 Jun 2019 hingga 19 Jun 2019 di
kawasan perkarangan Waller Court. Sesi ini merupakan salah satu gerak kerja bersama komuniti. Ianya
bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan memudahkan urusan mengemaskini pembaharuan
perjanjian penyewaan. Seramai 150 hingga 200 penyewa telah hadir untuk tujuan tersebut.

3. BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAH
i. Menguruskan cadangan dan kajian pembangunan harta tanah milik Majlis;
ii. Mengkaji permohonan secara usahasama atau penswastaan;
iii. Menguruskan perolehan tanah Majlis; dan
iv. Menguruskan proses pengambilan balik tanah bagi pelaksanaan projek Majlis.
PEMBANGUNAN HARTA TANAH
i. Cadangan dan kajian pembangunan tanah milik Majlis melalui beberapa bentuk penswastaan dalam
tahun 2019 bergantung kepada corak kegiatan yang diswastakan dan memilih cadangan yang
mampu memberi hasil pendapatan dan kemajuan masa depan Majlis;
ii. Menguruskan permohonan hakmilik dan rizab tanah-tanah Majlis;
iii. Menguruskan pembayaran cukai tanah, bil cukai taksiran dan ansuran hasil Majlis dan
bertanggungjawab atas penjualan tanah di Taman Perpaduan dan pindah milik Perindustrian
Pengkalan.
Berikut adalah senarai projek yang dicadang dan dilaksanakan secara penswastaan dan masih berterusan
dalam pemantauan pihak jabatan bersama Jabatan Teknikal berkaitan:
SENARAI PROJEK PENSWASTAAN

I 41LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SENARAI PENGISYTIHARAN RIZAB OLEH PEJABAT DAERAH DAN TANAH
SENARAI PEROLEHAN HAKMILIK DAN NOTIS 5A

Cadangan projek pencahayaan oleh Syarikat Palazo Development Sdn. Bhd.

Sewaan paip stim oleh Syarikat Top Glove.

42 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 43LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Kerja Awam

LATAR BELAKANG

Jabatan Kerja Awam yang terajui oleh Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Lodin, AMP, PPT., selaku Pengarah
Kerja Awam dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan menyelenggara infrastruktur dan
kemudahan awam di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Beliau dibantu oleh 6 orang
Jurutera, 51 orang Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Seni Bina, 5 orang Juru Ukur dan 134 orang
pelbagai jawatan sokongan.

ORGANISASI

Jabatan Kerja Awam terdiri daripada 2 sektor utama dan Bahagian Pentadbiran Am jabatan iaitu:
u SEKTOR INFRA
• Bahagian Jalan;
• Bahagian Lalu Lintas; dan
• Bahagian Saliran.

u SEKTOR KERJA DAN BANGUNAN
• Bahagian Mekanikal dan Elektrikal; dan
• Bahagian Kerja dan Bangunan.

u BAHAGIAN PENTADBIRAN AM

OBJEKTIF

i. Melaksanakan pembangunan dan pembinaan infrastruktur serta kemudahan awam secara teratur
dan sistematik;
ii. Memastikan perancangan dan polisi yang dijalankan merupakan mesra alam/insan dan meningkat
ke arah mempromosikan Pembangunan Mampan dan Bandar Rendah Karbon; dan
iii. Melaksanakan hubungan antara agensi luar mengenai kawalan kerja tanah, mengurus dan
menambahbaik pelan saliran, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya dan infrastruktur lain
berdasarkan pendekatan perpaduan atau penyatuan.

44 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

VISI
Untuk menyediakan prasarana dan persekitaran kehidupan yang selamat dan sesuai dengan
pembangunan bandar yang mampan.

MISI
Mengenalpasti dan menyesuaikan amalan terbaik Best Management Practice daripada bandar-bandar
maju sama ada dari dalam atau luar negara yang berkaitan dan pembangunan infrastruktur bandar.

FUNGSI UTAMA

1. Merancang dan membina kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam;
2. Menyelenggara segala kemudahan infrastruktur, kemudahan awam dan aset-aset Majlis;
3. Merancang dan memberikan kelulusan permit pengorekan jalan;
4. Melaksanakan projek-projek warisan dan pemuliharaan;
5. Melaksanakan projek-projek Kemiskinan Bandar; dan
6. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan oleh syarikat konsesi dalam kawasan
pentadbiran Majlis.

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan
umum jabatan termasuk pentadbiran pejabat, kursus, kewangan, pengawalan stor, perjawatan, gaji,
penilaian prestasi, disiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan insan.

Bahagian pentadbiran ini juga berperanan memberikan perkhidmatan sokongan dan bantuan yang
efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan dan perancangan sumber
manusia, kewangan, peralatan teknologi maklumat di Jabatan Kerja Awam dan dilaksanakan dengan
telus, cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras dengan piawaian Majlis
Bandaraya Ipoh serta piagam pelanggan.

Selain dari itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan laporan projek pembangunan
peruntukan agensi kerajaan yang lain dan Majlis Bandaraya Ipoh secara bulanan/tahunan dan juga
menyelaras penyediaan Sasaran Kerja Tahunan dan Laporan Tahunan Jabatan serta selaku urus setia
aduan awam jabatan.

SEKTOR INFRA

BAHAGIAN JALAN
Bahagian Jalan dipertanggungjawabkan bagi merancang pembangunan infrastrutktur seperti
pembangunan jalan raya dan juga sistem perparitan di dalam kawasan pentadbiran Majlis sama ada
yang dibangunkan oleh Majlis mahupun agensi awam yang lain atau swasta. Juga memastikan kerja-
kerja penyelenggaraan dan pembangunan yang dijalankan adalah menepati spesifikasi dan standard
yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan warga kota.

I 45LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pembangunan infrastruktur yang dibangunkan oleh pihak Majlis melibatkan kerja-kerja pembinaan
pondok bas, jaringan jalan raya dan sistem perparitan baharu, kerja-kerja penyelenggaraan jalan seperti
penurapan semula jalan raya dan pembaikan longkang di jalan-jalan utama, pusat bandar, kawasan
komersial, kawasan perumahan dan kampung-kampung tersusun serta kampung baru. Ianya perlu
diselenggara dengan baik kerana bukan sahaja sebagai salah satu medium pengangkutan, malah ianya
menjadi nadi kepada pembangunan bagi menggerakkan ekonomi setempat.

Bagi pembangunan yang melibatkan skim pemajuan hartanah pula, Bahagian Jalan bertanggungjawab
dalam mengeluarkan ulasan pemajuan dan sokongan kelulusan bagi permohonan pelan kejuruteraan
merangkumi kerja tanah, pembinaan jalan dan sistem perparitan berdasarkan Akta Jalan Parit dan
Bangunan 1974 (Akta 133), Arahan Teknik JKR dan lukisan-lukisan piawaian yang ditetapkan.

Bahagian Jalan juga bertanggungjawab melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas
pelaksanaan pembangunan melibatkan kerja tanah dan pembinaan infrastruktur yang dilaksanakan oleh
pihak pemaju dengan pengeluaran Surat Peringatan, Notis Berhenti Kerja dan Kompaun sekiranya berlaku
keingkaran berdasarkan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil
Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) yang telah diwartakan
pada tahun 2013.

Di samping memastikan penguatkuasaan dan pemantauan dapat dilaksanakan dengan cekap dan telus,
semua perancangan yang telah ditetapkan mesti dijalankan mengikut jadual dan dipantau dari semasa
ke semasa bagi meningkatkan tanggungjawab pihak pemaju dan pemain industri pembinaan di kawasan
pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Mulai 15 Ogos 2019, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan jalan raya bagi kerja-kerja rutin dan
kerja-kerja berkala telah diambilalih oleh pihak konsesi, Syarikat Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. Dengan
pengambilalihan ini, kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembaikan jalan raya, kerja potong rumput,
pembersihan longkang, pembaikan lampu jalan dan lain-lain adalah menjadi tanggungjawab syarikat
konsesi dan Bahagian Jalan telah mewujudkan Unit Pemantauan yang bertindak selaku penyelia dan
memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat konsesi.

Data Untuk Permohonan Kelulusan Bagi Pelan Kerja Tanah Dan Pelan Jalan Dan Pengaliran

Data Untuk Permohonan Kelulusan Bagi Pelan Kerja Tanah

46 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Data Untuk Permohonan Kelulusan Bagi Pelan Jalan Dan Pengaliran
Data Untuk Permohonan Kelulusan Bagi Pelan Jalan Dan Pengaliran

Data Maklumat Projek Peruntukan MARRIS 2019
Projek Di Bawah Peruntukan MARRIS
1. Projek Khas Penurapan Jalan;
2. Kerja Undi 2 Pusingan; dan
3. Kerja-Kerja Kecil (Di Bawah RM20k).

Data Permit Pengorekan Jalan Majlis Bandaraya Ipoh

I 47LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Data Maklumat Selenggara Jalan Dan Longkang Peruntukan MARRIS 2019

BAHAGIAN LALU LINTAS
Bagi memastikan rangkaian lalu lintas di Bandar Raya Ipoh mampu memenuhi keperluan pengguna,
Bahagian Lalu Lintas bertanggungjawab memastikan kesempurnaan pergerakan lalu lintas yang
melibatkan penyuraian aliran trafik di jalan-jalan perbandaran termasuk kawasan perumahan dan
kawasan perniagaan. Di samping itu, bahagian ini turut menyelenggara perabot-perabot jalan raya
seperti garisan tandaan jalan, papan tanda tunjuk arah, lampu jalan dan lampu isyarat.
Fungsi utama bahagian ini adalah penyelenggaraan persimpangan berlampu isyarat termasuk lintasan
pejalan kaki (push button) dan penyelenggaraan sebanyak 12,352 tiang lampu awam jenis galvani
dan dekoratif di seluruh Bandar Raya Ipoh. Keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2019 menggunakan
peruntukan Majlis Bandaraya Ipoh, MARRIS dan lain-lain agensi adalah sebanyak RM5,580,000.00.

Penyelenggaraan longkang utama.

48 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Kerja-kerja penurapan jalan.

Kerja-kerja membaiki cerun.

Bahagian Lalu Lintas juga bertanggungjawab melaksanakan beberapa projek khas yang menggunakan
peruntukan MARRIS berjumlah RM3,347,228.00 bagi membaik pulih persimpangan, membaik pulih
lampu jalan dan sistem lampu isyarat. Pihak Majlis juga telah memperuntukkan sebanyak RM200,000.00
di bawah kod peruntukan kemudahan yang lain bagi pembinaan 72 buah bonggol dan sebanyak 200
pemasangan lampu awam telah dilaksanakan dengan sempurna.
Sebagai inisiatif ke arah Bandar Rendah Karbon (Low Carbon City), pelaksanaan projek lorong basikal
di Jalan Lim Bo Seng dan Jalan Raja Musa Aziz sepanjang 2.2km dibuat sebagai kemudahan tambahan
kepada warga kota. Pembinaan lorong basikal ini akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa
ke semasa setiap tahun berpandukan Pelan Induk yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan
Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh.

I 49LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Peruntukan Kos Projek Lalu lintas

BAHAGIAN SALIRAN
Bagi menjana pembangunan yang lestari dan memastikan kepentingan saliran di Bandar Raya Ipoh,
Bahagian Saliran dipertanggungjawabkan untuk memastikan pengawalan sistem saliran dalam bandar
yang melibatkan longkang-longkang monsoon dan kolam tadahan sebanyak 100 buah di sekitar
kawasan bandar raya yang berkeluasan 643km persegi dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir
berpandukan kaedah Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), edisi ke-2.
Pada tahun 2019, Bahagian Saliran telah membelanjakan sebanyak RM4,353,825.06 daripada peruntukan
yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh, MARRIS, KPKT (BP1) dan Dana Sumbangan Saliran yang
diurus selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.
Aktiviti pembersihan kolam-kolam tadahan di sekitar Bandar Raya Ipoh sebanyak RM392,976.52 telah
dibelanjakan untuk tujuan itu. Selain daripada itu, projek-projek pembinaan longkang baharu, pembaikan
longkang monsoon, pembaikan outlet runtuh dan apa juga yang berkaitan dengan isu-isu saliran telah
dilaksanakan demi kepentingan warga kota keseluruhannya.

Peruntukan Kos Projek Saliran

50 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH


Click to View FlipBook Version