The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2022-01-12 03:24:21

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

PAMERAN DAN PENERANGAN AGENSI KERAJAAN PADA PROGRAM SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40
RPT KAMPUNG SRI AMAN, MENGLEMBU, IPOH, PERAK
1 September 2019 I Kawasan Lapang (Fasa 3), RPT Kampung Sri Aman, Menglembu, Ipoh, Perak
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung RPT Kg. Sri Aman telah mengadakan Program Sambutan Ulang
Tahun Ke-40 RPT. Majlis Bandaraya Ipoh telah dijemput untuk menghadiri sesi taklimat dan pameran
booth serta menyediakan kaunter bergerak untuk bayaran bil-bil MBI. Unit Korporat dan Aduan Awam
dan Unit Kawalan Vektor telah mengadakan pameran memerangi Aedes dan gejala demam denggi serta
taklimat ringkas berkaitan aktiviti pencegahan sampah haram dan pendidikan/promosi kesihatan.

PERTANDINGAN INNORACE PRODUCTIVITY IPOH FOOD HUNT 2019
31 Oktober 2019 I Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan Dan Sekitar Jejak Warisan Ipoh

Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengadakan Program
Pertandingan Innorace Productivity Ipoh Food Hunt. Program yang berlangsung pada 31 Oktober 2019
itu diadakan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan sekitar Jejak Warisan Ipoh. Menerusi
pertandingan itu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar 4 kumpulan yang terdiri daripada
kakitangan MBI. Dalam pertandingan tersebut, kumpulan 1 yang diwakili oleh Encik Radin Amir Afifi Bin
Ahmad Aruani, Encik Irwan Effendi Bin Mohammad Shukri, Encik Mohd Zulhusni Bin Mokhtar dan Encik
Muhammad Asyraf Bin Sapri dari MBI telah menjuarai pertandingan itu sekali gus membawa pulang
wang tunai RM700.00 dan sijil penyertaan.

I 201LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PAMERAN PROGRAM SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-30 BANDAR RAYA IPOH-FUKUOKA, JEPUN
3 Disember 2019 I Movie Animation Park (MAPS), Ipoh
4 Disember 2019 I Hotel Kinta Riverfront, Ipoh

Bahagian Pengurusan Kualiti, Unit Korporat dan Aduan Awam telah mengadakan pameran sempena
Program Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Bandar Raya Ipoh-Fukuoka, Jepun bertempat di Movie Animation
Park Studios (MAPS) dan Hotel Kinta Riverfront, Ipoh pada 3 dan 4 Disember 2019. Pameran yang julung
kali diadakan ini berjaya mengumpul gambar-gambar program yang dilaksanakan sepanjang tempoh 30
tahun.

PENYERTAAN PERTANDINGAN PENGIKTIRAFAN TANDAS AWAM BERSIH PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2019 ANJURAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar penyertaan bagi Pertandingan Tandas Awam Bersih
Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan. MBI telah menghantar penyertaan bagi 6 kategori iaitu kedai makan/restoran, kawasan
pelancongan, rumah ibadat, stesen minyak, sekolah menengah dan sekolah rendah.

31 MEI 2019

KATEGORI : RUMAH IBADAT KATEGORI: KATEGORI :
Saidina Umar Ibni Khattab KEDAI MAKAN/RESTORAN KAWASAN PELANCONGAN

DURBAR @ F.M.S Banjaran Hot Spring

202 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

KATEGORI: STESEN MINYAK KATEGORI: STESEN MINYAK
Petron Menglembu Petron Falim

KATEGORI: SEKOLAH MENENGAH KATEGORI: SEKOLAH RENDAH
SMK Raja Perempuan Ipoh Sekolah Kebangsaan Meru Raya

BENGKEL BRAINSTORMING BAGI PENYEDIAAN IPOH SMART CITY BLUEPRINT
Tarikh : 21-22 Ogos 2019
Masa : 8.00 pagi -5.00 Petang
Tempat : Ballroom 3 & 4, Tingkat 6, Hotel Weil, Ipoh
Fasilitator : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa PLAN Malaysia
Bengkel ini diadakan bertujuan menyediakan Ipoh Smart City Blueprint untuk mengenalpasti inisiatif Majlis
bagi merangka rancangan jangka panjang dalam menyelesaikan isu perbandaran bagi menggalakkan
pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran mampan dan selamat serta menggalakkan
pengurusan bandar yang cekap melalui penggunaan ICT dan kemajuan teknologi ke arah menjadikan
Ipoh sebuah Bandar Raya Pintar. Hasil daripada bengkel ini, satu dokumen draf Aspirasi Ipoh Smart City
telah disampaikan kepada YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

I 203LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

MAJLIS PELANCARAN DAN GOTONG ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH
Majlis Pelancaran Dan Gotong Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2019 Majlis
Bandaraya Ipoh telah diadakan pada 8 Mac 2019 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi bertempat di hadapan
Dewan Mesyuarat (Chamber), Bangunan MBI.
Program ini telah dihadiri oleh Ahli Majlis-Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-
Ketua Zon dan semua anggota MBI. Ianya telah dirasmikan oleh YBhg. Clr. Puan Puteri Holijah binti
Muhammad Rali.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat,
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran
hijau melalui pembudayaan amalan hijau dan elemen pengauditan yang memenuhi kepelbagaian fungsi
dan premis agensi Kerajaan.

204 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SENARAI PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2019

I 205LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SENARAI PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2019

206 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 207LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Unit Audit Dalam

LATAR BELAKANG

Majlis telah menubuhkan Bahagian Audit Dalam pada tahun 1987 ketika Majlis masih dalam status
Perbandaran dan jawatan Juruaudit diwujudkan serta diisi mulai 1 Januari 1988.

Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 (Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian Atau
Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri), penubuhan Unit Audit Dalam adalah untuk membantu Majlis
mencapai matlamat melalui pendekatan yang sistematik, memberi khidmat perunding yang menambah
nilai kepada organisasi dan mengemukakan cadangan atau syor hasil daripada pemerhatian audit.
Ini bagi memastikan proses kawalan dan tadbir urus Majlis berkesan dengan melaksanakan tindakan
pembetulan dan penambahbaikan yang berterusan.

Unit Audit Dalam diketuai oleh Pengarah Audit Bandaraya bertanggungjawab terus kepada YBhg. Datuk
Bandar Majlis Bandaraya Ipoh.

VISI
Meningkatkan atau mewujudkan kompetensi seterusnya mewujudkan pengurusan yang cekap lagi
efisien agar sumber dapat digunakan secara optimum.

MISI
Merancang program auditan pengurusan, kewangan, susulan dan penyiasatan dengan sistematik, tepat,
ketelusan maklumat boleh dibuat secara bebas, adil dan saksama kepada semua warga organisasi.

OBJEKTIF
Memastikan pelaksanaan pengauditan dijalankan secara sistematik, tepat dan profesional.

FUNGSI UTAMA
i. Memperkasakan sistem pemantauan dan pematuhan secara berkesan melalui Audit Pengurusan,
Audit Pengurusan Kewangan, Audit Prestasi, Audit Susulan, Audit Kawalan ICT dan Audit Khas/
Siasatan;
ii. Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian prestasi dalam memantapkan sistem penyampaian
perkhidmatan Majlis;
iii. Membantu pihak pengurusan mengenalpasti kelemahan dalam pengurusan dan sistem penyampaian
supaya tindakan pencegahan (preventive) serta pembetulan (corrective) dapat diambil dengan segera
dan berkesan; dan

208 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

iv. Memberi syor keputusan dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan
mempertingkatkan tahap operasi organisasi dan keberkesanan proses kawalan dalaman. Menentukan
wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT AUDIT DALAM
Pengauditan dilaksanakan berdasarkan Rancangan Audit Tahunan yang dibentang dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Audit. Aktiviti audit juga dijalankan berdasarkan arahan YBhg. Datuk Bandar dari semasa
ke semasa. Rancangan Audit Tahunan adalah merupakan salah satu strategi audit yang dijalankan
berdasarkan sumber-sumber yang diterima. Ia juga dijadikan sebagai elemen dalam penetapan Sasaran
Kerja Tahunan setiap anggota di Unit Audit Dalam. Ini bagi memastikan segala strategi yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan efisien dan sistematik.
Sepanjang tahun 2019, aktiviti dan program Unit Audit Dalam merangkumi pengauditan pengurusan,
pengurusan kewangan, prestasi, dan susulan. Namun pelaksanaan aktiviti audit juga dikaji semula
berdasarkan faktor isu-isu berbangkit yang memerlukan pemerhatian audit, penilaian keberkesanan
tindakan pembaikan dan pembetulan dan keperluan maklum balas lanjutan daripada Jabatan/Unit di
Majlis Bandaraya Ipoh.
Selain itu, Unit Audit Dalam bersama-sama Jawatankuasa yang dilantik juga bertindak sebagai pemantau
terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti tambah nilai seperti Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA), Pemantauan Tindakan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015,
Pemantauan Audit Dalaman Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, dan Pemantauan
Pelaksanaan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti (MyAudit).
PROGRAM AUDIT DALAM
Berikut adalah perbandingan kedudukan rancangan dan pelaksanaan pengauditan oleh Unit Audit Dalam
sepanjang tahun 2019 yang meliputi perancangan aktiviti yang asal dan aktiviti tambahan seperti berikut:

I 209LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PENGGUNAAN SISTEM BERKOMPUTER - PENGURUSAN MAKLUMAT AUDIT
Sistem PANTAU @ SPBT dibangunkan secara dalaman melalui kerjasama anggota-anggota Unit Audit
Dalam dan Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Bandaraya Ipoh. Sistem Pengurusan Maklumat Audit
(PANTAU @ SPBT) telah digunakan sepenuhnya oleh Unit Audit Dalam MBI dalam melaksanakan tindakan
pemantauan terhadap status maklum balas Laporan Audit Dalam dan tindakan pemantauan terhadap
status maklum balas Laporan Audit Dalam MS ISO 9001:2015.
Sistem PANTAU @ SPBT telah dirancang untuk diperluaskan penggunaannya melibatkan Sub-Modul
baru melibatkan, Audit EKSA, Audit Indeks Akauntabiliti dan Audit Sistem Penarafan Bintang - PBT.

210 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

JAWATANKUASA AUDIT
Jawatankuasa Audit ditubuhkan melalui Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Audit Majlis
Bandaraya Ipoh melalui Mesyuarat Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh Bil 01/110
bertarikh 8 Februari 2010 dengan merujuk kepada Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan BPKS (8.15)
4/5-4jd.3(28) bertarikh 5 Mei 2009 dan selaras dengan ketetapan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.2
(Penubuhan Jawatankuasa Audit Di Peringkat Kementerian Persekutuan Dan Kerajaan Negeri). Ahli-ahli
Jawatankuasa di peringkat Majlis terdiri daripada pegawai seperti berikut:
Pengerusi : Datuk Bandar
Setiausaha : Pengarah Audit Bandaraya
Ahli : Setiausaha Bandaraya
Pengarah-Pengarah Kanan
Semua Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian
Pekeliling Perbendaharaan 1PP: PS 3.2 (Penubuhan Jawatankuasa Audit Di Peringkat Kementerian
Persekutuan Dan Kerajaan Negeri) di Para 6.1 menetapkan Jawatankuasa Audit hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Majlis Bandaraya
Ipoh telah diadakan sebanyak empat kali setahun seperti berikut:

I 211LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PERANCANGAN AUDIT DALAM TAHUN 2020
Perancangan bagi tahun 2020 akan direncanakan melalui Rancangan Audit Tahunan 2020 yang
disediakan setiap tahun sebelum berakhir 31 Januari untuk kelulusan Datuk Bandar selaras dengan
ketetapan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013. Perancangan ini dibuat bagi memastikan
pengauditan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan mengambil faktor usaha penambahbaikan
yang perlu diambil bagi menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi Majlis dalam membantu
Majlis mencapai objektif secara sistematik dan berkesan. Selain daripada aktiviti pengauditan,
aktiviti-aktiviti baru juga dirancang bagi memantapkan fungsi kawalan dalaman Majlis Bandaraya Ipoh.
Tumpuan dan fokus juga bukan sahaja diberikan kepada aktiviti pengauditan malah turut melibatkan
aktviti-aktiviti seperti berikut:
i. Menyelaras Aktiviti Jawatankuasa Kerja Audit Dalam EKSA;
ii. Menyelaras Aktiviti Audit Dalam MS ISO 9001 : 2015;
iii. Menyelaras Aktiviti Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan Pekerja; dan
iv. Melaksanakan pengauditan berdasarkan Rancangan Audit Tahunan dan melaporkannya dalam
Laporan Tahunan Unit Audit Dalam.

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT AUDIT DALAM

Semakan susulan Audit Baucar Bayaran Bagi Alat Taman Permainan Awam
di taman-taman sekitar Bandar Raya Ipoh.

Pengauditan prestasi bagi semakan status penurapan jalan raya
melalui ujian ketebalan teras (coring test).

212 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 213LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Unit Pusat Setempat (OSC)

LATAR BELAKANG

Bahagian OSC ditubuhkan pada tahun 2007 dan mempunyai 11 orang kakitangan. Telah ditadbir urus

secara giliran oleh 5 orang Pegawai Gred J48 daripada pihak Persekutuan seperti berikut:

1. En. Khairulzaman bin Ibrahim Tahun Berkhidmat 2007 - 2008

2. En. Zainuddin bin Nali Tahun Berkhidmat 2009 - 2010

3. En. Wong Kam Lee Tahun Berkhidmat 2011 - 2015

4. En. Mohamad Sabri bin Ahmad Tahun Berkhidmat Feb 2016-15 Mei 2017

5. En. Muhammad Nasrul Hadi bin Jukun Nain Tahun Berkhidmat 15 Mei 2017 - Sekarang.

Bahagian OSC berperanan sebagai Pusat Setempat (One Stop Centre) bagi penerimaan dan pemantauan
semua permohonan cadangan pemajuan di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh seperti Permohonan
Kebenaran Merancang, Permohonan Pelan Bangunan, Permohonan Pelan Kejuruteraan dan Permohonan
Pelan Landskap.

OBJEKTIF

i. Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan tukar syarat dan pecah (seksyen 124A
KTN), permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN), permohonan
kebenaran merancang, pelan pinta ukur, permohonan pengeluaran perakuan siap dan pematuhan
(Certificate of Completion and Compliance - CCC), pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan
parit, pelan lampu jalan, pelan landskap dan pelan penamaan jalan dan penomboran bangunan;
ii. Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah
konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian
Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
iii. Menyeragam prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-
peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

VISI

“Ipoh Bandar Raya Mampan, Dinamik dan Maju Menjelang Tahun 2020”.

MISI

”Menerajui Urus Tadbir Bandar Secara Strategik Dan Inovatif Ke Arah Bandar Raya Yang Kondusif Dan
Mampan Untuk Kesejahteraan Warga Kota”.

214 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

FUNGSI UTAMA
Fungsi utama Pusat Setempat (OSC) adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan
proses permohonan cadangan pemajuan.
Antara fungsi-fungsi Bahagian OSC adalah seperti berikut:
i. Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan
bangunan dengan merujuk senarai semak permohonan;
ii. Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
iii. Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk
memproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;
iv. Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal;
v. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
vi. Mendapatkan maklum balas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat apa-apa isu dan
masalah;
vii. Menyelaras dan mengedarkan kertas kerja cadangan pemajuan beserta pelan pra-hitungan untuk
mendapat pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat;
viii. Mengemaskini status permohonan di dalam portal OSC;
ix. Mengumpul dan menyerahkan dokumen kelulusan kepada Principal Submitting Person (PSP)/
Submitting Person (SP);
x. Menyerahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) kepada pemohon;
xi. Menerima notifikasi permulaan kerja binaan;
xii. Menerima notifikasi pemeriksaan interim kepada agensi berkaitan;
xiii. Menyelaras pemeriksaan akhir I dan II; dan
xiv. Mendeposit Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC).
PENGIKTIRAFAN DAN PENGANUGERAHAN

I 215LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
Pada tahun 2019, dari 1 Januari hingga 31 Disember 2019, OSC MBI telah menerima sebanyak 2,249
permohonan cadangan pemajuan dan sebanyak 2,249 (100.00%) permohonan telah berjaya diselesaikan
dalam tempoh piagam yang telah ditetapkan.
Manakala bagi status penerimaan Sijil Siap Dan Pematuhan (CCC) bagi tahun 2019, sebanyak 295 Borang
B iaitu notis mula kerja yang telah diterima oleh Unit OSC. Daripada jumlah tersebut 60 (20.34%) telah
diberikan CCC iaitu melalui penerima Borang F.
Selain itu, Unit Pusat Setempat OSC juga telah berjaya melaksanakan 24 kali Mesyuarat Jawatankuasa
OSC sebagaimana yang telah disasarkan oleh pihak KPKT.
Bilangan Permohonan dan Selesai mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam di Majlis Bandaraya
Ipoh dari tarikh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019:

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)
MAJLIS PELANCARAN MANUAL URUSAN MENDAPATKAN PERMIT PEMBINAAN (DEALING WITH
CONSTRUCTION PERMITS (DCP) ) BAGI MAJLIS BANDARAYA IPOH
Lanjutan daripada mesyuarat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama Pegawai Daerah dan
Datuk Bandar/Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Bil 2/2016 bertarikh 31 Oktober
2016, Kawasan Ipoh khasnya pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih untuk menjadi pelaksana bagi
‘1 DCP PERAK’ bagi negeri Perak bersama dengan wakil dari pihak agensi swasta iaitu Persatuan Pemaju
Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) negeri Perak.
Majlis Bandaraya Ipoh, khususnya Unit Pusat Setempat telah dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan manual prosedur permohonan bagi kelulusan pembinaan projek berskala kecil bukan
kediaman untuk diterima pakai di pejabat MBI.

216 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Hasrat pelaksanaan ‘DCP Perak MBI’ ini adalah selaras dengan salah satu objektif Majlis Bandaraya Ipoh
untuk menggalakkan pertumbuhan Industri, Perdagangan dan Pembangunan di Ipoh.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan
dalam urusan permit pembinaan, memudahkan urusan permit pembinaan serta meningkat pertumbuhan
industri dengan melihat kepada penambahbaikan proses, prosedur dan tempoh masa yang terlibat untuk
mendapatkan kelulusan pembangunan.

Majlis ini telah diadakan pada 8 Oktober 2019 (Selasa) di Weil Hotel, Level 6, Ballroom 3 & 4, Jalan Sultan
Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh. Turut Hadir ialah
Puan Samilah Binti Mashuri, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), JKT, KPKT yang
menyampaikan ucapan. Tahniah dan syabas bagi pihak Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan.

Di antara peserta yang terlibat ialah: Sekitar Majlis Pelancaran Manual Urusan
1. Pengarah, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Mendapatkan Permit Pembinaan
Perak Darul Ridzuan;
2. Pengerusi REDHA Negeri Perak; ( Dealing With Construction Permits (DCP) ).
3. Wakil dari Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM);
4. Wakil Perbadanan Produktiviti Malaysia;
5. Wakil dari Malaysian Institut of Planners (MIP);
6. Wakil Lembaga Arkitek Malaysia;
7. Wakil Institusi Of Engineers Malaysia;
8. Wakil Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak;
9. Wakil Jabatan Perancang Bandar Dan Desa;
10. Wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta Ipoh;
11. Wakil Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad;
12. Wakil Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia;
13. Wakil Unit Perakuan (IWK);
14. Wakil Lembaga Air Perak (Wilayah Tengah Utara 1);
15. Wakil Jabatan Kerja Raya Perak;
16. Wakil Jabatan Pengairan Dan Saliran;
17. Wakil Jabatan Alam Sekitar;
18. Wakil Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia;
19. Wakil Jabatan Kerja Raya Kinta;
20. Wakil Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia;
21. Wakil Pengurusan Hartanah Dan Perancangan Projek;
22. Wakil Majlis Perbandaran Taiping;
23. Wakil Majlis Perbadanan Manjung;
24. Wakil Majlis Perbandaran Kuala Kangsar;
25. Wakil Perbandaran Teluk Intan;
26. Wakil Majlis Daerah Kampar;

I 217LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

27. Majlis Daerah Gerik;
28. Wakil Majlis Daerah Kerian;
29. Wakil Majlis Daerah Batu Gajah;
30. Wakil Majlis Daerah Lenggong;
31. Wakil Daerah Perak Tengah;
32. Wakil Daerah Selama;
33. Majlis Daerah Tanjong Malim;
34. Majlis Daerah Tapah;
35. Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;
36. Ketua Unit OSC, Majlis Bandaraya Ipoh;
37. Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang;
38. Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Seberang Perai;
39. Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Bandaraya Shah Alam;
40. Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Bandaraya Johor Baharu; dan
41. Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Sekitar Majlis Pelancaran Manual Urusan mendapatkan Permit Pembinaan
Dealing With Construction Permits (DCP).

218 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ SRI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN KE MAJLIS BANDARAYA IPOH BERKAITAN PELANCARAN PEMBANGUNAN
SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE

Majlis ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 8 Julai 2019 (Isnin)
Tempat : Dewan Mesyuarat, Chamber MBI
Masa : 3.00 petang

Sistem OSC 3 Plus Online merupakan sistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) selaras dengan inisiatif penambahbaikan Manual OSC 3.0 kepada Manual
OSC 3 Plus. Sistem OSC 3.0 Plus Online telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2019 di Konvensyen
Pemerkasaan PBT 2019 yang diadakan di Pulau Pinang. Majlis telah dilancarkan secara rasmi oleh
Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Hajah Zuraidah Binti Kamaruddin.
Penambahbaikan sistem akan dibuat pada Fasa 2 bermula Januari 2020 namun perancangan
penggunaan Sistem OSC 3.0 Plus Online akan mula digunapakai oleh PBT-PBT lain bermula Oktober
2019 secara berkala.

10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menerima jemputan dari JKT untuk menjadi PBT Perintis bagi
pembangunan sistem OSC 3 Plus Online:
1. Majlis Bandaraya Ipoh;
2. Majlis Bandaraya Alor Setar;
3. Majlis Bandaraya Seberang Perai;
4. Majlis Perbandaran Kajang;
5. Majlis Perbandaran Subang Jaya;
6. Majlis Perbandaran Dungun;
7. Majlis Perbandaran Kuantan;
8. Majlis Perbandaran Nilai;
9. Majlis Daerah Rembau; dan
10. Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Sistem OSC 3 Plus Online dibangunkan seiring dengan penambahbaikan Manual OSC 3 Plus dan
dijalankan dengan kolaborasi strategik 4 pihak iaitu:
i. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
ii. Perbadanan Putrajaya (PPj);
iii. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU); dan
iv. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Dibahagikan kepada 3 peringkat:
i. Peringkat 1 : KM Online;
ii. Peringkat 2 : Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan Online; dan
iii. Peringkat 3 : Sijil Penyiapan Siap dan Pematuhan (CCC) Online.

I 219LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ciri-ciri yang terdapat pada sistem ini adalah:
i. Kesediaan capaian operasi pada setiap masa (24/7) dan di mana sahaja;
ii. Penjanaan maklumat secara real time;
iii. Pemantauan, tracking dan notifikasi status permohonan dan peringkat pembinaan secara digital;
iv. Paperless dan counterless;
v. Pembayaran boleh dibuat dalam talian; dan
vi. Penggunaan digital signing.

Pelaksanaan Pembangunan Sistem OSC 3 Plus Online Di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
i. Pada 26 Februari 2019, Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima jemputan dari Jabatan Kerajaan
Tempatan (JKT) untuk menjadi Perintis Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembangunan dan
pelaksanaan Sistem OSC 3.0 Plus Online;
ii. Majlis Bandaraya Ipoh telah bersetuju untuk terlibat sebagai perintis pihak berkuasa tempatan bagi
pembangunan dan pelaksanaan Sistem OSC 3 Plus Online;
iii. Pelaksanaan sistem ini telah bermula pada 1 Julai 2019 dan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha
KPKT, Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek pada 8 Julai 2019;
iv. Permohonan pemajuan telah dikemukakan di MBI melalui sistem ini bermula pada 8 Julai 2019 dan
sehingga 31 Oktober 2019 jumlah permohonan yang telah diterima ialah sebanyak 764 permohonan;
dan
v. Jenis permohonan yang diterima online adalah:
• Kebenaran Merancang Susunatur;
• Kebenaran Merancang Free Standing Building;
• Kebenaran Merancang Mendirikan Bangunan;
• Permohonan Nama Tanam, Jalan dan Nama Bangunan;
• Permohonan Pelan Pinta Ukur;
• Permohonan Papan Iklan;
• Permohonan Menara Telekomunikasi;
• Semua Permohonan Pelan Bangunan Baru dan Pindaan;
• Semua Permohonan Infra-Kerja Tanah, Lampu Jalan Serta Jalan dan Saliran; dan
• Permohonan Pelan Landskap.

220 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM SESI HANDS ON TRAINING SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE KEPADA PRINCIPAL SUBMITTING
PERSON (PSP)

Majlis ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 31 Julai 2019 (Rabu)
Tempat : Majlis Bandaraya Ipoh
Bilik Gerakan, Tingkat 2,
Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown, 30450 Ipoh, Perak.
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang

Penceramah: Puan Nabilah binti Roszai
Penolong Ketua Bahagian OSC, MBI

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan hebahan kepada Principal Submitting
Person (PSP)/Submitting Person (SP) mengenai kefahaman serta pengetahuan berhubung dengan
tatacara penggunaan Sistem 3 Plus Online bagi permohonan berikut:
i. Kebenaran Merancang;
ii. Kawalan Pembangunan;
iii. Infra (EW, R&D, Pelan Lampu Jalan);
iv. Kelulusan Landskap; dan
v. Permit.

I 221LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Proses Pemajuan terbahagi kepada 3 peringkat:
1. KELULUSAN PELAN PEMAJUAN
i. Kebenaran Merancang;
ii. Pelan Bangunan; dan
iii. Pelan Infrastruktur.
2. PEMBINAAN
a. Notis Mula Kerja Bangunan; dan
b. Notis Mula Kerja Tanah.
3. PERINGKAT PENYIAPAN
i. Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
Program ini mendapat sambutan baik dengan
penyertaan seramai 98 orang peserta.

222 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

TAKLIMAT LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM OSC 3 PLUS ONLINE DI PERINGKAT TEKNIKAL DALAMAN,
MBI DAN TEKNIKAL LUARAN

Majlis ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 6 September 2019 (Jumaat)
Tempat : Makmal IT, Tingkat 4,
Bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Majlis Bandaraya Ipoh
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi

Penceramah:
i. En. Muhammad Nasrul Hadi Bin Jukun Nain
Ketua Unit OSC, MBI
ii. Pn. Nur Nabilah Binti Roszai
Penolong Ketua Bahagian OSC, MBI

Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan penggunaan sistem OSC Online secara handson
kepada agensi teknikal dalaman, MBI dan Agensi Teknikal Luaran selaras Majlis Bandaraya Ipoh sebagai
Perintis Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembangunan dan pelaksanaan Sistem OSC 3.0 Plus Online.

Agensi Teknikal Luaran. Agensi Teknikal Dalaman.

I 223LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Unit Teknologi Maklumat

LATAR BELAKANG

Unit Teknologi Maklumat merupakan salah satu unit penting Majlis kerana menyediakan perkhidmatan
sokongan yang merupakan penggerak utama kepada kelancaran urusan pentadbiran dan operasi
Majlis. Unit ini bertanggungjawab menyedia dan menyelaraskan keperluan ICT Majlis yang merangkumi
peralatan ICT, peralatan multimedia, rangkaian, internet, emel, sistem aplikasi, portal Majlis, keselamatan
ICT dan bantuan teknikal. Unit ini juga menentukan hala tuju pelaksanaan ICT Majlis menerusi Pelan
Strategik ICT yang dikemaskini dari semasa ke semasa selaras dengan dasar-dasar ICT Kerajaan dan
perkembangan ICT semasa yang berubah dengan sangat cepat.

Unit Teknologi Maklumat terdiri daripada tiga seksyen seperti berikut:
i. Seksyen Rangkaian dan Keselamatan ICT;
ii. Seksyen Sistem Aplikasi; dan
iii. Seksyen Khidmat Sokongan dan Am.

OBJEKTIF

1. Membangun dan menambahbaik aplikasi selaras dengan teknologi terkini;
2. Mengoptimumkan perkongsian maklumat melalui pembangunan aplikasi bersepadu dan pangkalan
data berpusat bagi organisasi;
3. Meningkatkan keupayaan infrastruktur dan keselamatan ICT yang setara serta berintegrasi bagi
menyokong inisiatif ICT semasa dan akan datang;
4. Memantapkan pelaksanaan latihan ICT secara berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran warga MBI;
5. Memperkasakan penghayatan budaya kerja di kalangan warga MBI dan kolaborasi strategik dengan
agensi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan;
6. Mewujudkan dasar dan prosedur ICT yang komprehensif bagi memantapkan tadbir urus ICT; dan
7. Memperkasakan organisasi ICT bagi menyokong perkhidmatan organisasi yang berkualiti.

224 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

VISI

Menjadikan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang efisen dalam
mengoptimumkan penggunaan ICT untuk mempertingkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan
Majlis.

MISI

Menyedia dan memperkemaskan infrastruktur dan kemudahan ICT serta membudayakan ICT di kalangan
anggota-anggota Majlis di samping memberi khidmat sokongan yang mantap kepada para pengguna
ICT yang berkenaan.

FUNGSI UTAMA

SEKSYEN RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT
1. Menyedia, melaksana dan mengemaskini Dasar Keselamatan ICT MBI/Garis Panduan Keselamatan
ICT dan prosedur/tatacara penggunaan ICT dari semasa ke semasa serta memantau pematuhan
garis panduan/prosedur/tatacara tersebut serta menyediakan laporan ketidakpatuhan;
2. Menyedia dan menyelaras keperluan infrastruktur ICT Majlis;
3. Mengkaji penggunaan rangkaian, internet dan kawalan keselamatan ICT serta melakukan
penambahbaikan dari semasa ke semasa;
4. Menangani sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku ke atas Majlis; dan
5. Membangun, mengemaskini dan menyediakan platform keperluan GIS Majlis semasa.

SEKSYEN SISTEM APLIKASI
1. Membangun, menyelenggara dan mempertingkatkan sistem-sistem aplikasi Majlis yang dibangunkan
secara in-house;
2. Memantau serta menyelaras pembangunan dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi yang
dibangunkan oleh pihak perunding Majlis;
3. Mengkaji penggunaan sistem-sistem aplikasi Majlis sedia ada dari semasa ke semasa untuk tujuan
penambahbaikan; dan
4. Menyediakan dan mengemaskini Manual Pengguna dan Manual Sistem untuk setiap sistem aplikasi
yang dibangunkan secara in-house.

SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN DAN AM
1. Menyedia, melaksana dan mengemaskini Pelan Strategik ICT Majlis Bandaraya Ipoh;
2. Menyedia dan mengurus bajet tahunan untuk Unit Teknologi Maklumat amnya dan keperluan ICT
Majlis khususnya;
3. Merancang, menyelaras serta menguruskan keperluan dan perolehan kemudahan dan perkhidmatan
ICT Majlis;
4. Menguruskan dan mengemaskini rekod aset dan inventori ICT Majlis;
5. Menguruskan pelupusan aset ICT Majlis;
6. Menguruskan dan mengemaskini Laman Web/Portal Majlis Bandaraya Ipoh;
7. Menyelaras, memantau dan menguruskan khidmat sokongan pengguna dan bantuan teknikal;

I 225LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

8. Menguruskan mesyuarat dan jawatankuasa ICT peringkat Majlis;
9. Menyediakan salinan data dan sistem (backup);
10. Merancang, menyelaras dan mengadakan taklimat, latihan dan kursus ICT untuk anggota-anggota
Majlis dan pihak luar;
11. Merancang, menyelaras dan memantau kerja-kerja promosi untuk semua perkhidmatan online
Majlis;
12. Menguruskan stor utama bagi alat tulis komputer, peralatan gantian dan peralatan standby/backup
ICT; dan
13. Menguruskan hal-hal pentadbiran Unit Teknologi Maklumat.
PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
SISTEM APLIKASI
Unit Teknologi Maklumat telah membangunkan pelbagai jenis sistem aplikasi yang dapat membantu MBI
dalam memudahkan pengurusan dan proses kerja. Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan
sistem sedia ada sentiasa dilakukan berterusan secara dalaman (inhouse) dan luaran (outsource).
Berikut adalah senarai sistem aplikasi sedia ada:

226 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada tahun 2019, sebanyak 5 sistem aplikasi baru telah dibangunkan iaitu:

Sistem EIS@MBI (Executive Information System).
Sistem MyKompaun@MBI.

AISCT@MBI.

I 227LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT
Pada tahun 2019, pelbagai perkara kerja-kerja berkaitan rangkaian telah dijalankan. Laporan
Perkembangan Rangkaian dan Keselamatan ICT Januari-Disember 2019 adalah seperti berikut:

228 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PORTAL RASMI MBI
Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh merupakan pusat data dan medan hebahan maklumat berkaitan
Majlis Bandaraya Ipoh. Portal Majlis sentiasa dikemaskini bagi memastikan maklumat terkini disalurkan
dengan cepat dan tepat kepada orang ramai. Selain itu semua sistem dan aplikasi yang penting kepada
orang ramai dan warga MBI boleh diakses melalui portal ini.

Halaman Utama Portal Rasm Majlis Bandaraya Ipoh.

I 229LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Sepanjang tahun 2019, lebih dari 2,300 pengemaskinian telah dilakukan terhadap Portal MBI. Media
sosial Majlis pula, seperti FB telah mendapat 19,231 pengikut, twitter 534 pengikut dan youtube 4,990
penonton. MBI juga telah mewujudkan satu akaun Instagram pada bulan Julai 2019. Sehingga Disember
2019 sebanyak 447 pengikut telah mengikuti Instagram ini.

RADIO MBI
Radio MBI On Air pada setiap hari isnin hingga jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Pemantauan dan penyelenggaraan Portal Radio MBI dilakukan setiap hari bekerja bagi memastikan
siaran On Air dalam keadaan baik. Ini termasuk melalui aplikasi mudah alih Radio MBI dan pautan dengar
dari Portal MBI.

Logo Radio MBI. Aplikasi Mobil Radio MBI. Portal Radio MBI.

Jumlah pendengar Radio MBI dari Ogos 2016 hingga Disember 2019 adalah sebanyak 112,051 pendengar.

230 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PEROLEHAN PERKAKASAN DAN PERKHIDMATAN ICT
Unit Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk menguruskan pembelian beberapa unit peralatan ICT
dan pelbagai lesen perisian untuk kegunaan pelbagai jabatan Majlis termasuk beberapa perkhimatan
penyelenggaran. Pada tahun 2019, senarai perolehan bagi perkhidmatan komputer yang telah
dilaksanakan adalah seperti berikut:

I 231LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

KURSUS DAN LATIHAN ICT
Makmal ICT MBI yang terletak di Perpustakaan Tun Razak telah memberi banyak kemudahan kepada
pengendalian pelbagai latihan yang berkaitan dengan ICT. Beberapa siri kursus ICT telah dianjurkan
untuk memantapkan kepakaran teknologi maklumat dikalangan anggota. Berikut adalah senarai kursus
yang telah diadakan:

Selain kursus dan latihan ICT dalaman, sebanyak 12 kursus lain yang melibatkan jabatan lain juga telah
diadakan di Makmal ICT MBI.

232 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Dua siri taklimat kesedaran ICT bertajuk Penggunaan Media Sosial Di Kalangan Penjawat Awam telah
diadakan pada tahun 2019 yang disampaikan oleh penceramah dari Suruhanjaya Komunikasi Dan
Multimedia Malaysia (MCMC).

Taklimat Kesedaran ICT: Penggunaan Media Sosial Di Kalangan Penjawat Awam.

Bengkel Untuk Semakan Dasar ICT Dan Semakan Deraf Pelan Strategik ICT
Majlis Bandaraya Ipoh 2019-2021 di Pangkor Sandy Beach Resort, Pulau Pangkor.

Kursus dan Latihan ICT Di Makmal ICT.

I 233LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Latihan Amali Drone dan Pengenalan Komputer.
Aktiviti Pelupusan.

Sumbangan Peralatan ICT Terpakai kepada Persatuan dan Kelab.

234 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Program Bubur Lambuk MBI Tahun 2019.

I 235LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Unit Ukur Bahan

LATAR BELAKANG
Bahagian ini diterajui oleh Puan Suriani Binti Ismail sebagai Ketua Bahagian. Unit Ukur Bahan
bertanggungjawab bagi menguruskan hal-hal berkaitan pra kontrak dan pos kontrak. Selain itu
menyemak dokumen sebut harga/tender dari sumber peruntukan Majlis, KPKT, JKT, ICU dan lain-lain.
Unit ini terdiri oleh 2 orang Penolong Juruukur Bahan dan 2 orang pekerja sokongan.
OBJEKTIF
Memberi nasihat berkaitan kontrak kepada Jabatan-Jabatan lain berkaitan kerja-kerja yang dilaksanakan
untuk kemudahan masyarakat setempat.
VISI
Untuk Mendapat Best Value For Money bagi perolehan di Majlis.
MISI
Memastikan perolehan mengikut peraturan/garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis/Negeri/
Persekutuan.
FUNGSI UTAMA
i. Menyediakan kerja undi bagi perolehan bawah RM100,000.00;
ii. Menyemak arahan Perubahan Kerja (V.O);
iii. Menyemak senarai kuantiti dan spesifikasi;
iv. Penjadualan sebut harga bawah RM20,000.00; dan
v. Menyemak dan membuat pelarasan harga Kontrak pada Dokumen Kontrak.

Anggota Unit Ukur Bahan.

236 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT UKUR BAHAN
Melaksanakan Kerja Undi yang dijalankan pada 29 Julai 2019 yang dihadiri seramai 193 Kontraktor
manakala 5 September 2019 seramai 144 kontraktor dan 2 Oktober 2019 seramai 65 kontraktor yang
turut serta bertempat di Dewan Bandaran, MBI jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
AKTIVITI KERJA UNDI
A) 29 Julai 2019 (193 Kontraktor) - Bilik Gerakan, MBI

B) 5 September 2019 (144 Kontraktor) - Bilik Gerakan, MBI

C) 2 Oktober 2019 (65 Kontraktor) - Dewan Bandaran MBI

I 237LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)

LATAR BELAKANG

Unit Pesuruhjaya Bangunan bertanggungjawab mengawal selia kesempurnaan pengurusan dan
penyenggaraan semua jenis bangunan berstrata. Memastikan wujudnya kesedaran di kalangan pembeli/
pemilik/pemaju/Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) selaras dengan
kehendak Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Unit ini juga memastikan peningkatan aspek
penguatkuasaan dan pelaksanaan akta tersebut.

OBJEKTIF

1. Memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan dengan berkesan bagi
semua jenis bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik
strata;
2. Memberi khidmat nasihat berkenaan urusan-urusan yang berkaitan serta mewujudkan kesedaran
di antara Pembeli/Pemilik/Pemaju/Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body –
JMB)/Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) berkenaan isu penyenggaraan dan
pengurusan bangunan selaras kehendak Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] & Peraturan-
Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015; dan
3. Memperkemas dan meningkatkan aspek penguatkuasaan serta Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta
757] & Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015.

VISI

Menjadi sebuah bahagian yang efisien dan profesional dalam memastikan kesempurnaan dan
keberkesanan penyenggaraan dan pengurusan bagi semua jenis bangunan berstrata yang dilaksanakan
oleh pihak pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau ejen.

MISI

Memastikan semua jenis bangunan berstrata adalah bersih, terurus dan harmoni melalui kawal seliaan
yang efisien, penguatkuasaan yang ketat serta khidmat nasihat yang profesional.

238 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

FUNGSI UTAMA
i. Menyelaras dan menganalisa data kawasan pemajuan yang tertakluk di bawah Akta Pengurusan
Strata 2013 [Akta 757] & Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan)
2015.
ii. Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) diwujudkan di setiap kawasan
pemajuan.
iii. Menguruskan aduan-aduan dan masalah-masalah berkaitan pengurusan dan penyenggaraan
bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan Hakmilik Strata.
iv. Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] & Peraturan-Peraturan
Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015.
v. Merancang, mentadbir dan mengesahkan urusan-urusan pentadbiran, kewangan serta integriti Unit
Pesuruhjaya Bangunan.
PRESTASI TAHUN SEMASA
Kawasan Pemajuan Di Dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2019

Jenis Bangunan Kawasan Pemajuan Di Dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2019

Status Pihak Pengurusan Setiap Kawasan Pemajuan Di Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun 2019

I 239LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Kawasan Pemajuan Berdasarkan Kategori Harta Tahun 2019

PEMFAILAN JADUAL PETAK
Peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) menghendaki pihak pemaju memfailkan jadual
petak kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebelum melaksanakan penjualan mana-mana petak di
dalam kawasan pemajuannya. Sepanjang tahun 2019, sebanyak 17 permohonan pemfailan jadual petak
diterima daripada pihak pemaju yang melibatkan 58 blok, 216 tingkat dan 4,221 petak.

DEPOSIT UNTUK MEMBAIKI KECACATAN
Pihak pemaju yang membuat penjualan bagi sesuatu bangunan yang berhakmilik strata bertanggung-
jawab ke atas deposit untuk membaiki kecacatan pada harta bersama. Ia telah dinyatakan di dalam Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan
Pengurusan) 2015.
Sejumlah wang atau jaminan bank hendaklah didepositkan oleh pihak pemaju kepada Pesuruhjaya
Bangunan (COB) bagi tujuan menjalankan apa-apa kerja untuk membaiki kecacatan bangunan pada

240 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

harta bersama di dalam sesuatu kawasan pemajuan selepas ianya disiapkan sepanjang tempoh liabiliti
cacat.
Deposit berkenaan perlu dikemukakan oleh pihak pemaju apabila menyerahkan milikan kosong sesuatu
petak kepada seseorang pembeli. Sepanjang tahun 2019, Unit Pesuruhjaya Bangunan telah menerima
sebanyak RM1,187,999.77 daripada 8 pihak pemaju perumahan.

Berikut merupakan jumlah deposit kecacatan harta bersama yang diterima
bagi tahun 2016 hingga tahun 2019.

I 241LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PERMOHONAN SIJIL BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) menghendaki pihak pemaju memfailkan permohonan
Sijil Badan Pengurusan Bersama kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam masa 30 hari dari tarikh
mesyuarat agung tahunan pertama diadakan. Sepanjang tahun 2019, sebanyak 6 permohonan yang
difailkan daripada pihak pemaju.

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

242 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

I 243LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

244 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 245LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

246 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH


Click to View FlipBook Version