The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2022-01-12 03:24:21

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

Tajuk : Cadangan Menaiktaraf Outfall Longkang Utama
Di Hala Pengkalan Timur 18, Taman Pasir Puteh Selatan, Ipoh.

Tajuk : Cadangan Memasang Sistem Mfrt/Art Dan Geoprotect
Dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Tajuk : Kerja-Kerja Segera Bagi Menyelenggara Kolam Tadahan.

Tajuk : Kerja Kecemasan Baik Pulih, Jalan Mendap Dan Runtuh
Serta Baik Pulih Struktur Jambatan, Di Jalan Tawas Mewah 1, Taman Mewah Ipoh.

I 51LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SEKTOR KERJA DAN BANGUNAN

BAHAGIAN KERJA DAN BANGUNAN
Bahagian Kerja dan Bangunan, Jabatan Kerja Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-
kerja penyelenggaraan aset-aset Majlis seperti bangunan-bangunan Majlis seperti Rumah Pangsa,
Pasar Awam, Gerai dan Pusat Penjaja, Dewan Orang Ramai, Taman Rekreasi dan Riadah serta lain-lain
bangunan di bawah pengurusan Majlis.
Selain pelaksanaan di bawah peruntukan Majlis, jabatan turut menerima peruntukan dari sumber-
sumber lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian
Kewangan Malaysia. Projek-projek yang dijalankan adalah di bawah Program Kesejahteraan Bandar
bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi warga kota Ipoh. Antara kategori projek yang diuruskan adalah
seperti berikut:
i. Tandas-tandas Awam;
ii. Dewan-dewan Komuniti;
iii. Membaikpulih dan membina rumah-rumah daif; dan
iv. Taman Rekreasi dan Riadah.
Bagi tahun 2019, Jabatan Kerja Awam telah menyenaraikan permohonan bagi projek menaiktaraf dan
penyelenggaraan dengan anggaran RM1,925,417.64 di sekitar pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

52 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Cadangan Membina Dan Membaiki Pelantar Tempat Menaiki Bot Di Taman Rekreasi Gunung Lang.
Kerja Menggantikan Bumbung Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Gerai Makan Pasar Menglembu.

Projek Pembinaan Tandas Awam Di Taman Rekreasi Taman Pertama, Ipoh.

I 53LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Cadangan Mengecat Semula Pasar Bercham, Ipoh, Perak.

Cadangan Membaikpulih Laluan Pejalan Kaki Termasuk Kerja Yang Berkaitan
Di Taman Jepun, Taman D.R. Seenivasagam.

Kerja-kerja Menggantikan Bumbung Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Blok B, Pasar Kg. Simee.

54 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Cadangan Memasang Awning Di Bahagian Hadapan Dan Belakang Pasar Taman SPPK, Ipoh.
Projek Membaikpulih Bumbung Dan Palong Air Hujan Pasar Pasir Puteh.

Cadangan Mengecat Semula Dewan Orang Ramai Chemor, Ipoh.

Cadangan Membina Pagar Jenis Anti Climb Untuk Padang Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh.

I 55LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SENARAI PROJEK BAHAGIAN KERJA DAN BANGUNAN BAGI TAHUN 2019
i. PERUNTUKAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

ii. PERUNTUKAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU)
iii. PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

56 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN ELEKTRIKAL
Bahagian Elektrikal memainkan peranan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di
premis-premis milik Majlis seperti pejabat-pejabat MBI, rumah pangsa, pasar awam, gerai dan pusat
penjaja, dewan orang ramai, taman rekreasi dan riadah dan lain-lain bangunan di bawah pengurusan
Majlis.
Selain pelaksanaan di bawah peruntukan Majlis, jabatan juga menerima peruntukan daripada sumber-
sumber lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Perdana Menteri
(ICU), Kementerian Pelancongan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan juga daripada Kerajaan Negeri
Perak. Projek-projek ini dijalankan di bawah Program Kesejahteraan Bandar bagi meningkatkan taraf
hidup ekonomi warga kota Ipoh.
Bahagian Elektrikal telah menguruskan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf berjumlah hampir
RM928,950.00 untuk tahun 2019. Kategori projek yang dijalankan adalah:
i. Lampu Limpah Padang D.R. Seenivasagam;
ii. Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh; dan
iii. Medan Selera.
SENARAI PROJEK BAHAGIAN ELEKTRIKAL BAGI TAHUN 2019

BAHAGIAN MEKANIKAL
Bahagian Mekanikal bertanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan semua aset alih
Majlis terutamanya kenderaan-kenderaan saloon, kenderaan operasi, bot dan jentera berat. Bahagian ini
juga melakukan pembaikan kenderaan yang mengalami kerosakan termasuk menunda kenderaan yang
mengalami kerosakan di tapak kerja.
Pengurusan kerja-kerja servis berjadual berpandukan Kew.Pa-13 bagi semua kenderaan turut disediakan
bagi memastikan kenderaan Majlis berada di tahap yang amat baik untuk operasi. Selaku pegawai
penyelaras bahagian ini juga menguruskan pembelian kenderaan Majlis, menyediakan dokumentasi
pendaftaran dan pembaharuan cukai jalan, insurans kenderaan, rekod hayat, penyerahan kenderaan

I 57LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

kepada jabatan, kad minyak pemandu, latihan pengendalian kenderaan bagi setiap kenderaan baharu
yang diterima dan lain-lain yang bersangkutan dengan aset baharu kenderaan/lori milik Majlis turut
dikemaskini dan disediakan oleh bahagian ini.
Ia juga turut menjalankan proses pelupusan aset alih (kenderaan). Bagi tujuan itu, semua kenderaan
yang tidak ekonomik untuk dibaiki dan perlu dilupuskan, proses pelupusan kenderaan bermula dengan
mengeluarkan Kew.Pa-19, Perakuan Pelupusan (PEP) dan dilaksanakan mengikut kaedah yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Pelupusan.
PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN BAHAGIAN MEKANIKAL

PEMBELIAN 8 UNIT MESIN PEMOTONG RUMPUT (RABBIT MOWER)
DAN KURSUS BASIC OPERATION & MAINTENANCE

PEMBELIAN BAHARU LORI KARGO C/W TAIL LIFT BOARD
6 UNIT UNTUK JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP

58 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN KERJA AWAM
1. Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak 2019.
2. Kejohanan Tahunan Sukan MALA Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2019.
3. Program Masak Bubur Lambuk 2019.
4. Program Ipoh Car Free Day 2019.
5. Jamuan Hari Raya Aidilfitri MBI 1440H/2019.
6. Executive Talk.
7. Perhimpunan Khas Tahun Baharu Cina 2019.
8. Perhimpunan Khas Deepavali 2019.
9. Kejohanan Bowling KeReK 2019.
10. Lawatan ke The International Architecture, Interior Design & Building Exhibition 2019.
11. Seminar Bajet MARRIS 2019.
12. Hari Tandas Sedunia 2019 Peringkat Kebangsaan.
13. Majlis Persaraan Anggota Jabatan Kejuruteraan 2019.
14. Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Bandar 2019.
15. Moh Kita Bowling 2019.
16. Lintas Hormat Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat MBI 2019.
17. Gotong-Royong Perdana EKSA 2019.
18. Kursus Unit Pemantau.

I 59LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Perancangan Bandaraya

LATAR BELAKANG
Jabatan Perancangan Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh adalah merupakan nadi dan penggerak utama
pembangunan di Bandar Raya Ipoh. Jabatan ini bertanggungjawab dalam perancangan dan pengawalan
pembangunan berasaskan peruntukan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa undang-undang kecil yang berkaitan.
Jabatan Perancangan Bandaraya pada asalnya telah ditubuhkan sebagai salah satu bahagian di Jabatan
Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Ipoh pada tahun 1962 yang diketuai oleh Encik D.A. Aitken.
Pada tahun 1972, Bahagian Perancang telah dinaiktaraf sebagai Jabatan Perancang Bandar dan diketuai
oleh Encik C.T. John. Pada ketika itu jabatan ini hanya mempunyai 7 orang pegawai/anggota yang terdiri
daripada seorang Pegawai Perancang, seorang Pembantu Teknik, seorang Juruukur (Juruteknik Ukur),
3 orang Pelukis Pelan dan seorang Jurusurih.
Kini peranan Jabatan Perancangan Bandaraya telah berkembang dan semakin mencabar untuk
menguruskan transformasi bandar yang semakin rancak selaras dengan pelbagai fungsi dan aktiviti.
Berikut adalah senarai nama Pengarah Jabatan yang bertanggungjawab bermula tahun 1972 sehingga
kini untuk memastikan Bandar Raya Ipoh seiring dengan bandar raya lain.

60 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

OBJEKTIF

Merancang Pembangunan Bandar Raya Ipoh dengan mengambil kira faktor fizikal, ekonomi dan sosial
untuk mencapai taraf kehidupan warga kota yang lebih berkualiti dengan cara:

i. Merancang dan melaksanakan dasar pembangunan kerajaan dari segi kemajuan bandar, perumahan,
pertanian dan perindustrian di peringkat tempatan bagi menentukan penggunaan tanah yang optima
serta berekonomik supaya pembangunan sosial dan ekonomi dapat dijalankan dengan cekap dan
berkesan bagi memberikan keselesaan hidup warga kota Ipoh khususnya;
ii. Memberi khidmat perancangan dari segi fizikal di peringkat Majlis dan juga Daerah untuk mencapai
objektif Wawasan 2020; dan
iii. Menggalak dan mempertingkatkan pertumbuhan kemajuan bandar di dalam kawasan pentadbiran
MBI dan sekitarnya.

FUNGSI

Jabatan Perancangan Bandaraya dianggotai seramai 63 orang anggota dan mempunyai 4 bahagian
untuk melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:
i. Bahagian Kawalan Pembangunan, Penguatkuasaan Perancangan dan Caj Pemajuan
Memastikan pelan-pelan pembangunan mematuhi kehendak-kehendak dan piawaian perancangan
seperti mana yang diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Akta Bangunan Seragam
termasuklah juga garis panduan yang diluluskan oleh Majlis.
ii. Bahagian Rancangan Tempatan
Memproses permohonan, menyelaras dan mengawal semua pembangunan fizikal bagi menentukan
pembangunan yang sesuai dan teratur dalam kawasan Majlis berdasar kepada rancangan yang
wajar.
iii. Bahagian Warisan Bandar
Memastikan pelan-pelan pembangunan mematuhi kehendak-kehendak dan piawaian perancangan
dan memberi perkhidmatan sokongan teknikal seperti penyelidikan dan garis panduan perancangan.
iv. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Memberi perkhidmatan sokongan teknikal seperti pengurusan maklumat berkomputer, penyelidikan
dan garis panduan perancangan serta program perancangan.
v. Bahagian Pengurusan Pejabat
Menguruskan dengan cekap segala urusan surat menyurat, mengendali fail, penyelenggaraan dan
pengurusan kewangan dan mengemaskini rekod-rekod jabatan serta menaip surat dan kertas
kerja.

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN, PENGUATKUASAAN PERANCANGAN DAN CAJ PEMAJUAN

Bahagian ini dibahagikan kepada 3 unit iaitu:
i. Unit Kawalan Pembangunan;
ii. Unit Penguatkuasaan Perancangan; dan
iii. Unit Caj Pemajuan.

I 61LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

i. UNIT KAWALAN PEMBANGUNAN
MATLAMAT
1. Memproses dan meluluskan permohonan kelulusan Kebenaran Merancang bagi pelan bangunan
baru dan ubahsuai bangunan yang diuruskan secara cekap dan teratur.

2. Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan berpandukan Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976
(Akta172). Kanun Tanah Negara, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan (Akta133), Kaedah-Kaedah
Perancangan Am Negeri Perak 1991, Pelan Struktur Ipoh, Rancangan Tempatan Ipoh 2020, Order
Kelas Kegunaan Dan Akta Kerajaan Tempatan 171 dalam tempoh-tempoh tertentu sehingga ke
peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
TUGAS KERJA
• Memproses Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur Skim Perumahan/Perniagaan/
Perusahaan(KM01);
• Memproses Pengesahan Pelan Pinta Ukur/Pecah Sempadan Tanah/Pecah Bahagian Tanah/
Percantuman Tanah (KM02);
• Memproses Permohonan Kebenaran Merancang bagi Pembangunan Free Standing (KM05);
• Memproses Permohonan Kebenaran Merancang/pengecualian KM;
• Memproses Permohonan Exemption Planning Approval (EXPA);
• Memproses Permohonan Tukar Syarat Tanah/Tukar Kegunaan Tanah;
• Memproses Permohonan Perlanjutan Kebenaran Merancang;
• Memproses Permohonan Membina Menara Telekomunikasi;
• Memproses Permohonan Papan Iklan;
• Menyediakan Dokumen dan Pembayaran Caj Pemajuan;
• Menyediakan surat-surat kelulusan (KM), Notis Pinda, Penolakan KM dan Pengecualian KM11; dan
• Mengumpul maklumat dan perbincangan fail terlebih dahulu di dalam Mesyuarat Teknikal OSC
2 minggu sekali berkaitan permohonan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum Mesyuarat
Jawatankuasa OSC. Mesyuarat ini telah berkuatkuasa pada 23 September 2016.

62 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jumlah Permohonan Yang Diterima dan diproses pada tahun 2019

ii. UNIT PENGUATKUASAAN PERANCANGAN
Sepanjang tahun 2019, unit ini telah mengambil tindakan kepada perkara-perkara seperti di dalam jadual

PERBANDINGAN E-ADUAN 2017, 2018 DAN 2019 (ADUAN ONLINE)

I 63LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

iii. UNIT CAJ PEMAJUAN
Unit Caj Pemajuan diluluskan dan ditubuhkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Tujuan-
Tujuan Am Bil. 323/13/16 bertarikh 19 Disember, 2016. Tujuan penubuhan unit yang dianggotai seramai
14 orang ahli ini adalah bagi menguatkuasakan dan melaksanakan Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri
Perak 2013 serta peruntukan di bawah Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) berkaitan Caj
Pemajuan iaitu:

SUBSEKSYEN 32(1)7
“Jika suatu rancangan tempatan atau sesuatu pengubahan rancangan tempatan mengakibatkan suatu
perubahan penggunaan, ketumpatan, atau luas lantai berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga
menaikkan nilai tanah itu, suatu caj pemajuan hendaklah dilevi berkenaan dengan mana-mana pemajuan
tanah yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan mengikut perubahan itu.”

MATLAMAT
Menguatkuasa dan Melaksanakan Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Perak di Peringkat Majlis
Bandaraya Ipoh.

OBJEKTIF
Menguatkuasa Kaedah Caj Pemajuan yang dikenakan ke atas pemilik/pemaju yang membangunkan
tanahnya apabila terdapat kenaikan nilai tanah akibat dari perubahan penggunaan tanah (zoning),
perubahan ketumpatan (densiti) dan perubahan luas lantai/nisbah plot dalam sesuatu Rancangan
Tempatan yang telah diwartakan.

TUGAS KERJA
• Membuat nilaian dan penyediaan dokumen pembayaran caj pemajuan.
• Melaksanakan penguatkuasaan permohonan kebenaran merancang dan permohonan tukar syarat
nyata tanah.
• Menyediakan, menghantar dan memantau dokumen/notis tuntutan caj pemajuan.
• Merekod dan mengemaskini maklumat tuntutan, tunggakan serta pembayaran caj pemajuan.
JUMLAH TERIMAAN PEMBAYARAN CAJ PEMAJUAN
MENGIKUT BULANAN TAHUN 2017 - TAHUN 2019

JADUAL KUTIPAN CAJ PEMAJUAN MENGIKUT BULAN

64 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN RANCANGAN TEMPATAN
Bahagian ini dibahagikan kepada 2 unit iaitu Unit Rancangan Tempatan dengan dianggotai seramai
4 orang dan Unit Kadaster dengan dianggotai 8 orang. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perancang
Bandar gred J41.
i. UNIT RANCANGAN TEMPATAN
Tugas utama Bahagian Rancangan Tempatan adalah menyediakan rancangan tempatan, membuat
pengubahan rancangan tempatan berdasarkan keperluan perancangan/permohonan dan arahan dari
Majlis dan Pihak Berkuasa Negeri.
Mempercepatkan dan menyelaras pengubahan/penggantian Rancangan Tempatan supaya mematuhi
prosedur yang ditetapkan agar permohonan kebenaran merancang dapat dikemukakan, diproses dan
diluluskan oleh bahagian/jabatan/agensi yang terlibat.
Bahagian ini juga bertugas memproses permohonan ulasan perancangan daripada unit/jabatan dalaman
Majlis dan jabatan/agensi luar Majlis. Mengemaskini maklumat perancangan melalui penyelarasan
maklumat dari bahagian, jabatan dan agensi lain.
Maklumat pengubahan dan penggantian Rancangan Tempatan pada tahun 2019 seperti berikut:

a

Bahan-Bahan Publisiti Draf
Rancangan Tempatan Ipoh
(Pengubahan (9) 2020).

I 65LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Contoh-contoh publisiti dan hebahan awam semasa DRT Ipoh Contoh-contoh publisiti dan hebahan awam semasa DRT
(Pengubahan 9) 2020. Ipoh (Pengubahan 9) 2020.

Banner.

Bunting.

Notis Akhbar.

Papan Tanda.

Portal Majlis Bandaraya Ipoh.

Sekitar Mesyuarat Focus Group Discussion bagi Kajian Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2035 (Penggantian) yang dirasmikan
oleh YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh.

66 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Bengkel Verifikasi Gunatanah Rancangan Tempatan Ipoh (Penggantian 2035)
bertempat di Hotel Copthorne Pulau Pinang pada 24-26 November 2019.

BAHAGIAN WARISAN BANDAR
Antara Program Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang melibatkan Unit Warisan Bandar pada tahun 2019
adalah:
a. Perasmian Program Bandar Selamat dan International Design Festival dianjurkan oleh Politeknik
Ungku Omar bersempena Sambutan Jubli Emas Perak. Program dirasmikan oleh YB Tan Kar Hing,
EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Pada 16 Jun 2019 bertempat di Padang Ipoh turut hadir
sama Setiausaha Bandaraya, Tuan Mohd. Zakuan Zakaria dan Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO),
Dr. Zairon Mustapha. Pada majlis tersebut, YB Tan Kar Hing turut merasmikan lukisan mural oleh
pelajar Politeknik Ungku Omar di kawasan Lorong Hale serta peletakan tujuh arca bertemakan Ipoh:
The Town That Tin Built selain melepaskan peserta Jejak Warisan Techno Trail.

I 67LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Bahagian ini memberi perkhidmatan sokongan teknikal seperti pengurusan maklumat, penyelidikan
dan cadangan, kempen kesedaran, mengadakan program berkaitan kempen, garis panduan, proses
fail permohonan pusat hiburan, taska dan tadika dan sebagainya. Pada tahun 2019, bahagian ini
memfokuskan tugas-tugas utama seperti berikut:
1. IPOH KE ARAH BANDAR RAYA RENDAH KARBON
Majlis Bandaraya Ipoh telah menyahut seruan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) untuk menjadikan Bandar Raya Ipoh sebuah Bandar Rendah Karbon. Selain dari kempen
menanam pokok, pengasingan sampah, haramkan penggunaan bekas polisterin, mengurangkan
penggunaan beg plastik dan sebagainya.
Bahagian ini telah meneruskan juga kempen tersebut melalui penganjuran Hari Tanpa Kenderaan (HTK)
atau Ipoh Car Free Day bagi mewujudkan Ruang Kadar Rendah Karbon dan sebagai landasan mewujudkan
pelbagai aktiviti. Program HTK ini telah ditetapkan akan diadakan pada minggu ke empat setiap bulan
kecuali bulan puasa atau bulan Ramadhan mengikut kalendar Islam. Secara tidak langsung penganjuran
program Hari Tanpa Kenderaan telah menarik pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk merealisasikan
pelbagai kempen kesedaran kepada warga kota yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat untuk
menjadikan Ipoh sebuah Bandar Raya Sihat dari segi mental dan fizikal juga alam sekitar yang bersih
serta mengelakkan dari jangkitan penyakit dan pelbagai penyakit dalaman, mewujudkan masyarakat
penyayang dari pelbagai peringkat usia dan kategori dari semasa ke semasa.
Penganjuran Program ini telah berlangsung siri ke 47 pada Disember 2019 dengan tema yang merujuk
kepada hari yang diiktiraf dunia.

68 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

ANUGERAH YANG DITERIMA UNTUK PROGRAM CAR FREE DAY.

Karnival NGO-NGO Prihatin Perak a

Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri

Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu. Tujuan Program ini adalah

memberi kesedaran dan langkah-langkah mencegah

jenayah. Program ini juga mendapat sokongan yang

sepenuhnya oleh YAB Menteri Besar Perak. Karnival

ini turut dihadiri YBhg. Datin’ Seri Nomee Ashikin

Mohammed Radzi (Isteri kepada YAB Menteri Besar

Perak) dan Encik Zulqarnain bin Mohamad (Pengarah

Jabatan Perancangan Bandaraya, Majlis Bandaraya

Ipoh).

a

Permainan Human Table Football yang dibawa khas oleh
En. Lim dari Gereja St. Andrews Prebytarian, Jalan Golf
Club kini telah menjadi daya tarikan pengunjung beraktiviti
dari pelbagai lapisan usia dan jantina.

a

Acara Senamrobik yang ketuai oleh Persatuan Warga Emas
di bawah Jabatan Pembangunan Wanita pada Hari Tanpa
Kereta Ipoh bersama-sama Warga Emas.

I 69LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

a a
a
Sebahagian dari kanak-kanak cilik turut sama
memeriahkan acara pada bulan Ogos iaitu
sambutan Kemerdekaan dengan melakukan
perarakan Hari Kebangsaan yang dirasmikan
oleh Datuk Bandar Ipoh.

Sebahagian daripada Pegawai, kakitangan, Ahli
Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh yang menjayakan
Program Hari Tanpa Kereta Ipoh.

a

Permainan Street Carom Challenge yang diperkenalkan
oleh Persatuan NGO Gema Perak turut menjadi daya
tarikan pengunjung beraktiviti dari pelbagai lapisan
usia dan jantina.

Tanjung Tualang Tin Dredge 5 telah memberi sokongan
penganjuran Hari Tanpa Kereta dengan membuat
pameran mendulang Bijih Timah kepada pengunjung.

70 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

2. PAMERAN DI KLCC - IGEM 2019
Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih oleh Kerajaan Negeri
Perak untuk mewakili negeri Perak bagi mengadakan
Pameran di peringkat Antarabangsa iaitu di IGEM
International Greentech & Eco Products & Exhibition &
Conference Malaysia.
Jabatan Perancangan Bandaraya, Bahagian Projek
Khas telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
booth pameran tersebut dengan bantuan kewangan dari
Kerajaan Negeri Perak. Pada pameran tersebut MBI telah
mengetengahkan idea Bandar Rendah Karbon iaitu program Ipoh Car Free Day dan Inovasi dari Jabatan Kejuruteraan,
Jabatan Bangunan dan Jabatan Landskap juga dari agensi dan NGO lain seperti JPS Hilir Perak dan Tourism Perak.
YB Puan Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Pn. Isnaraissah Munirah
binti Majilis selaku Timbalan Menteri dan juga YB Paul Yong Choo Kiong, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Negeri Perak juga telah sudi singgah ke booth
pameran.

Pencapaian kajian Murninets bagi tahun 2018
peringkat Negeri Perak mengikut Pihak Berkuasa
Tempatan telah memberikan anugerah kepada
Majlis Bandaraya Ipoh pada tahun 2019, iaitu
penganugerahan Ipoh sebagai Bandar Mampan
Terbaik 2018 (Kategori Majlis Bandaraya) sempena
Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia
Peringkat Kebangsaan Di Dataran Kemerdekaan
Shah Alam, Selangor.

I 71LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

3. PAMERAN PERAK INTERNATIONAL EXPO (PIEX) DARI 14 HINGGA 17 NOVEMBER 2019
Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih bagi mengadakan Pameran di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak iaitu Pameran
Perak International Expo (PIEX) 2019.
Jabatan Perancangan Bandaraya, Bahagian Projek Khas telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Booth
Pameran tersebut.

72 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

4. PAMERAN PELAN TINDAKAN HIJAU DI IPOH CAR FREE DAY
Pada 24 November 2019, bertempat di Jalan Raja DiHilir Ipoh telah diadakan Pameran Pelan Tindakan Hijau yang
dirasmikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Booth Pameran tersebut telah disediakan oleh Bahagian Projek Khas, Jabatan Perancangan Bandaraya. Pameran
tersebut bertujuan untuk memberi info kepada masyarakat warga kota mengenai pelan-pelan tindakan yang akan
dilakukan Majlis Bandaraya Ipoh untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang 2030.

BAHAGIAN PENGURUSAN PEJABAT
Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan kewangan jabatan. Bahagian ini juga berperanan untuk menerima
semua permohonan yang melibatkan urusan perancangan dan pembangunan Bandar Raya Ipoh.
TUGAS DAN FUNGSI
• Menerima, merekod dan mengeluarkan surat-menyurat berhubung dengan ulasan/syarat nyata tanah dari PDT/
PTG, Pelan Pinta Ukur, Kebenaran Merancang, penomboran rumah/bangunan, penamaan jalan, penamaan skim,
surat-surat dari agensi kerajaan/bukan kerajaan dan memo berkaitan dengan jabatan;
• Menerima dan merekod permohonan yang diterima dari Bahagian Pusat Setempat (OSC) meliputi:
- Pelan Pinta Ukur.
- Kebenaran Merancang dan Perlanjutan Kebenaran Merancang bagi Taska/Tadika/Pusat Jagaan/Susunatur/
Tukar Syarat Tanah/Aktiviti Perniagaan dan lain-lain aktiviti yang perlu memohon Kebenaran Merancang.
- Kebenaran Merancang bagi Penomboran rumah/bangunan, penamaan jalan/skim, pusat hiburan, susunatur,
papan iklan (billboard), mendirikan bangunan dan free standing.
• Menerima Fail Subjeket ulasan dari Bahagian Jalan untuk tindakan jabatan;
• Menerima dan merekod fail Exemption From Planning Approval (EXPA) dari Jabatan Bangunan;
• Menaip kertas untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan;
• Menerima/merekod fail-fail dan urusan penghantaran surat/memo berkaitan dengan Caj Pemajuan;
• Menguruskan penyediaan bagi mesyuarat-mesyuarat jabatan; dan
• Melayani orang awam yang ingin mendapat maklumat/status berhubung urusan perancangan.

I 73LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Perkhidmatan Komuniti
Dan Kemasyarakatan

LATAR BELAKANG

Jabatan ini diwujudkan pada tahun 2001 dengan nama Jabatan Hal Ehwal Komuniti Bandaraya. Jabatan
ini telah dijenamakan semula sebagai Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan pada tahun
2019. Jabatan ini terbahagi kepada 4 bahagian utama dalam melaksanakan fungsi dan peranannya bagi
melicinkan proses kerja iaitu:
i. Bahagian Pembangunan Komuniti, Pelancongan dan Antarabangsa;
ii. Bahagian Pentadbiran Am;
iii. Bahagian Fasiliti, Sukan dan Kemiskinan Bandar; dan
iv. Bahagian Perpustakaan Tun Razak.
OBJEKTIF
Merancang, melaksana dan memastikan perkhidmatan pihak Majlis kepada warga kota Ipoh sentiasa
berada ditahap yang baik.
VISI
Merealisasikan persekitaran Bandar Raya Ipoh yang bersih, komuniti yang sejahtera dengan memupuk
budaya kerja yang cemerlang.
MISI
Mewujudkan persekitaran Bandar Raya Ipoh yang bersih, sihat dan sejahtera serta menyemarakkan
aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi yang teratur.

74 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI, PELANCONGAN DAN ANTARABANGSA
UNIT PELANCONGAN
1. KEHADIRAN PENGUNJUNG DI PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN IPOH/IPOH TOURIST
INFORMATION CENTRE (ITIC)

2. LUKISAN MURAL DI LORONG MASJID
Terdapat beberapa Lukisan Mural yang sedia ada di Lorong
Masjid telah agak pudar dan kerja-kerja mengecat semula
telah dilakukan. Walau bagaimanapun penambahan
lukisan baru telah dibuat dengan bertemakan kebudayaan
dan permainan rakyat. Kerja-kerja melukis mural art yang
baru telah dilukis oleh pelukis tempatan seperti berikut:
1. Mural Tarian Naga - 24 April 2019
2. Mural Ikan Pelaga - 9 Julai 2019
3. Kanak-Kanak Bermain Kapal Terbang Kertas
- 19 Ogos 2019

3. POP BAZAAR DI MEDAN SELERA TAHWIL AZAR
Pride of Perak atau POP Bazaar menjayakan jualan
barang kraf tangan di samping menyajikan pelbagai
genre persembahan dengan konsep-konsep tertentu pada
minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula dari
6 April - 7 Disember 2019 (2 kali sebulan) bertempat di
Medan Selera Tahwil Azar. Ia hasil usaha PORT sebuah
Government Link Corporation (GLC) dengan kerjasama
MBI dan Tourism Perak. Program ini adalah membantu
mempromosikan Bandar Raya Ipoh sebagai aktiviti
pelancongan dan Bandar Raya Seni di samping itu, ia
juga membantu menambah pendapatan kepada peniaga
dan penjaja yang bertapak di Medan Selera Tahwil
Azar termasuk penjaja di Gerbang Malam. Setiap kali
persembahan terdapat ramai pengunjung dan pelancong
dari dalam dan luar negara.

I 75LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

4. PENGGAMBARAN BAGI KALENDAR PELANCONGAN 2020
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) telah membuat penggambaran di
Taman Rekreasi Gunung Lang dan juga di Lorong Panglima (Concubine Lane) untuk dimasukkan dalam
kalendar pelancongan 2020. Tujuan penggambaran ini dibuat adalah untuk mempromosikan Bandar
Raya Ipoh di dalam dan luar negara sebagai produk pelancongan terkenal di Malaysia.

5. PERAK INTERNATIONAL EXPO
Kerajaan Negeri Perak melalui Invest
Perak dengan kerjasama Dewan-Dewan
Perniagaan dan Perindustrian di Negeri Perak
telah menganjurkan Perak International Expo
2019 (PIEX`19) yang telah pun berlangsung
di Stadium Indera Mulia pada 14 hingga 17
November 2019 bermula 10.00 pagi hingga
10.00 malam.
Pihak Majlis di bawah Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan telah membuka booth
pameran pelancongan bagi mempromosikan produk pelancongan di Bandar Raya Ipoh.

6. PENGGAMBARAN XIAOMI MALAYSIA BAGI EXPLORE THE BEAUTY OF MALAYSIA WITH MI NOTE 10
Penggambaran telah dibuat di Taman Rekreasi Gunung Lang dengan kerjasama Tourism Malaysia dan
Xiaomi pada 20 November 2019. Penggambaran ini mempromosikan Cuti-Cuti Malaysia dan VM2020
melalui telefon pintar keluaran Xiaomi.

7. PROGRAM FAMTRIP EKSPLORASI GEOPARK LEMBAH KINTA
Tourism Malaysia Perak telah menganjurkan Famtrip Eksplorasi Geopark Lembah Kinta pada
26 November 2019. Lokasi yang terlibat di sekitar Bandar Raya Ipoh termasuk di Taman Rekreasi Gunung
Lang. Peserta bagi program ini adalah lebih kurang 20 orang terdiri dari agensi pelancongan, media dan
blogger. Program ini bertujuan mempromosikan produk-produk Geopark Lembah Kinta.

76 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

ANTARABANGSA
LAWATAN KERJA DATUK BANDAR FUKUOKA, JEPUN KE BANDAR RAYA IPOH
Datuk Bandar Fukuoka, Jepun, YBhg. En. Soichiro
Takashima bersama delegasi seramai 5 orang telah
mengadakan kunjungan ke Bandar Raya Ipoh pada
22-24 Januari 2019. Tujuan kunjungan ini adalah
untuk mempertingkatkan hubungan Bandar Raya
Berkembar Ipoh-Fukuoka, Jepun dan di samping itu
untuk berkenal mesra dengan YBhg. Datuk Bandar.
Selain itu, delegasi Fukuoka, Jepun juga telah
menandatangani MOU di antara Zoo Taiping dan Zoo
Fukuoka, Jepun berkaitan program pertukaran haiwan.
Delegasi juga telah mengadakan kunjugan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak di pejabat beliau.

LAWATAN KERJA DELEGASI SEKRETARI GENERAL TOURISM PROMOTION ORGANISATION (TPO) KE
BANDAR RAYA IPOH
Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan
hormat dari delegasi Tourism Promotion Organization
(TPO) Busan, Korea pada 19 Februari 2019 (Selasa)
jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Bunga Raya,
Tingkat 10, Bangunan MBI. Kunjungan tersebut
adalah siri jelajah bagi memperkenalkan Sekretari
General TPO yang baru dilantik En. Kim Soo-il
berkuatkuasa mulai 1 Disember 2018 yang lalu.

LAWATAN KERJA TEKNIKAL DAN PERBINCANGAN LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PERAK KE
FUKUOKA, JEPUN SEMPENA ULANG TAHUN KE-30 BANDAR BERKEMBAR IPOH-FUKUOKA, JEPUN
Lawatan kerja ini adalah merupakan lawatan teknikal ke beberapa lokasi Taman Jepun di Fukuoka, Jepun.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai penjagaan dan penambahbaikan yang
akan diterapkan kepada Taman D.R. Seenivasagam. Delegasi juga telah mengadakan sesi perbincangan
mengenai lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Perak dan Agensi berkaitan yang diketuai oleh
YAB Menteri Besar sempena Ulang Tahun Ke-30 Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka, Jepun pada
25-28 Februari 2019.

I 77LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BRIDGE CHALLENGE TRIP 2019-SPRING (APCC MISSION PROJECT)
Program Bridge Challenge Trip 2019-Spring telah melibatkan 15 orang pelajar yang berusia di antara
10 hingga 18 tahun beserta 3 orang Pegawai Pengiring (Chaperon) yang berkunjung ke Bandar Raya
Ipoh pada 23-28 Mac 2019 yang lalu. Program ini merupakan salah satu program mendalami budaya
masyarakat di Malaysia di mana pelajar telah tinggal bersama keluarga angkat sepanjang berada di
Bandar Raya Ipoh.

LAWATAN KERJA DELEGASI KERAJAAN NEGERI PERAK DAN MAJLIS BANDARAYA IPOH KE BANDAR
RAYA FUKUOKA, JEPUN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-30 BANDAR RAYA BERKEMBAR
IPOH-FUKUOKA, JEPUN
Bandar Raya Ipoh telah menjalinkan hubungan Bandar Raya Berkembar dengan Bandar Raya Fukuoka,
Jepun sejak 26 Mac 1989. Tujuan utama jalinan ini diwujudkan adalah untuk memperkukuhkan dan
memajukan perkongsian serta kerjasama antara kedua-dua bandar raya tersebut. Perhubungan ini juga
dapat mempromosikan persefahaman dan persahabatan, sains dan teknologi, sukan, kesihatan dan
pendidikan.
Lawatan kerja ini bertujuan menyambut Ulang Tahun Ke-30 Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka,
Jepun yang turut dihadiri bersama delegasi Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh YAB Menteri Besar
Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu pada 30 Mac 2019 hingga 3 April 2019. Majlis Bandaraya
Ipoh telah menghantar seramai 13 orang delegasi yang terdiri daripada Ahli Majlis dan Pegawai Majlis
Bandaraya Ipoh.

78 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Antara acara semasa lawatan tersebut adalah kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Fukuoka, Jepun,
mesyuarat bersama sekretariat Bandar Raya Fukuoka, Jepun dan Ahli Majlis Bandar Raya Ipoh, lawatan
ke tempat-tempat menarik di Bandar Raya Fukuoka, Jepun, lawatan ke Universiti Asia Pasifik dan Majlis
Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Bandar Raya Ipoh dan Bandar Raya Fukuoka, Jepun.

TPO TRAVEL TRADE & 33rd TPO
EXECUTIVE COMMITTEE MEETING
Program ini telah diadakan pada
28 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019
bertempat di Jakarta, Indonesia.
Antara acara yang diadakan
semasa mesyuarat tersebut adalah
TPO Travel Trade. Tujuan utama
acara ini adalah mempromosikan
destinasi pelancongan serta
penjenamaan bandar raya. Acara ini
juga termasuk B2B Session di mana setiap ahli TPO perlu mempamerkan bahan-bahan promosi bagi
produk-produk pelancongan. Ini merupakan peluang terbaik bagi memperkenalkan produk-produk
pelancongan yang terdapat di Bandar Raya Ipoh.

I 79LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

LAWATAN KERJA DELEGASI FUKUOKA, JEPUN
5 orang delegasi dari Bandar Raya Fukuoka, Jepun yang terdiri daripada 3 orang Pegawai Perancang
Bandar dan Perumahan, seorang Pegawai Perhubungan Antarabangsa dan seorang penterjemah
membuat lawatan kerja ke Bandar Raya Ipoh pada 29-30 Mei 2019 bertempat di Taman Jepun, Taman D.R.
Seenivasagam. Tujuan kunjungan ini adalah untuk melawat dan membincangkan mengenai penjagaan
Taman Jepun di Taman D.R. Seenivasagam.

LAWATAN KERJA TEKNIKAL KE BANDAR RAYA FUKUOKA, JEPUN
Satu lawatan kerja teknikal telah diadakan pada 19 Jun 2019 hingga 21 Jun 2019 bertempat di Bandar Raya
Fukuoka, Jepun. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang konsep
Taman Jepun secara fizikal dan falsafahnya untuk dijadikan panduan kepada kerja naik taraf Taman
Jepun di Ipoh. Selain itu lawatan kerja ini untuk menyediakan latihan kepimpinan dan pembangunan
sumber manusia serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembinaan landskap yang ada di
taman-taman sekitar Bandar Raya Fukuoka Jepun kepada pegawai Majlis Bandaraya Ipoh. Memberi
pendedahan tentang falsafah dan nilai-nilai positif yang dimiliki oleh bangsa Jepun serta mengeratkan
hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

80 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PAMERAN BUILT ENVIRONMENT: AN ALTERNATIVE GUIDE TO JAPAN OLEH THE JAPAN FOUNDATION,
KUALA LUMPUR
Pameran ini telah diadakan pada 15 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 bertempat di Perpustakaan Tun
Razak, Ipoh. Pameran sebanyak 80 contoh pameran bangunan, kejuruteraan awam, landskap dan
sebagainya daripada seluruh wilayah negara Jepun melalui medium gambar, penulisan dan imej video.
Ia mewakili aspek Jepun yang jarang diketengahkan, keadaan geografi yang berbeza-beza dan kawasan
yang sering dilanda bencana alam. Tujuan pameran ini adalah bagi berkongsi pengalaman jerih perih
masyarakat Jepun membangunkan negara mereka.

16th CHINA-ASEAN EXPO, CHINA-ASEAN BUSINESS AND INVESTMENT SUMMIT AND NANNING
INTERNATIONAL FOLK SONG ARTS FESTIVAL DI NANNING, CHINA
Program dwi-tahunan China-Asean Expo (CAEXPO) dan Nanning Folk Song Festival merupakan
aktiviti komprehensif yang menggabungkan aktiviti-aktiviti ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan
pelancongan telah diadakan pada 19 September 2019 hingga 23 September 2019 bertempat di Nanning,
China. Program ini dianjurkan oleh Commerce and Trade Department of China serta 10 negara Asean dan
Sekretariat Asean. CAEXPO merupakan acara antarabangsa tahunan utama yang diadakan di Nanning,
Guangxi, China dan telah berjaya meningkatkan aktiviti ekonomi serta perdagangan. CAEXPO kini telah
menjadi landasan untuk pertukaran persahabatan, promosi perniagaan dan hubungan dua hala dalam
pelbagai bidang antara ASEAN dan China.

I 81LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

THE 9th TOURISM PROMOTION ORAGANIZATION (TPO) GENERAL ASSEMBLY
TPO General Assembly telah diadakan pada 25 September 2019 hingga 28 September 2019 bertempat di
Busan, Korea. Ia merupakan perhimpunan dwi-tahunan yang menghimpunkan program seperti General
Assembly, Mayors Roundtable Discussion, Bilateral Meetings, dan The 34th Executive Committe Meeting.
Majlis Bandaraya Ipoh merupakan Executive Comittee Member yang terdiri dari 11 bandar raya di bawah
organisasi ini sejak tahun 2002.

JEMPUTAN KERAJAAN NEGERI PERAK KE PROGRAM THE 7th CHINA-CENTRAL ASIA COOPERATION
FORUM
Pihak Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh YB Puan Wong May Ing, Pengerusi Jawatankuasa
Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak bersama-
sama dua (2) orang wakil dari pihak Majlis telah menyertai forum ini pada 17 Oktober 2019 hingga
20 Oktober 2019 bertempat di Nanning, China.

82 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

GEMA WARISAN BUDAYA
PROGRAM DAN PERSEMBAHAN YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2019

JANUARI

FEBRUARI
MAC

APRIL
MEI

I 83LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER

84 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

OKTOBER
NOVEMBER
DISEMBER

I 85LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT KOMUNTI

1. SESI TOWNHALL PEMBINAAN SEMULA PASAR PASIR PINJI
Sesi Townhall merupakan usaha-usaha penyampaian dan dapatan maklumat antara Pihak Berkuasa
Tempatan dan komuniti. Mengenai isu-isu yang membabitkan perkhidmatan dan pembangunan
setempat di bawah bidang kuasa Majlis. Ia adalah usaha untuk memaparkan imej bandar raya yang telus,
berhemah dan bertanggungjawab dalam pelaksanaan setiap pembangunan awam. Penglibatan awam
atau public engagement penting dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan sesuatu projek. Pasar
Pasir Pinji telah dimamah usia dan memerlukan pembinaan semula bagi memastikan keselesaan dan
keselamatan peniaga serta pengunjung.

Satu sesi Townhall telah diadakan pada 14 Mac 2019 dan 16 Mac 2019 bertempat di Dewan KRT Pasir
Pinji. Ia melibatkan 75 orang termasuk pemilik premis peniaga Pasar Pasir Pinji yang turut dihadiri oleh
YB En. Howard Lee Chuan How, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak
dan Setiausaha Bandaraya, Tuan Mohd Zakuan bin Haji Zakaria.

Pihak MBI telah membentangkan tentang latar belakang projek dan juru perunding pula telah
membentangkan konsep reka bentuk pasar. Pelaksanaan sesi soal jawab dan soal selidik juga telah
dilaksanakan.

2. PROJEK PENGURUSAN BERSEPADU LEMBANGAN SUNGAI HULU KINTA
Sungai Kinta telah menjadi sumber yang terancam
akibat pencemaran sungai yang disebabkan oleh
pelepasan industri, rawatan kumbahan yang tidak
betul, pelepasan kediaman, pasar basah, ladang
ternakan, perlombongan pasir, pembangunan
tanah dan hakisan tanah. Penurunan kualiti sungai
menjejaskan integriti bekalan air tadahan, biodiversiti
dan masyarakat setempat. Objektif projek adalah
untuk membangunkan dan mengadaptasi strategi
pengurusan hutan dan sumber air di Lembangan
Sungai Hulu Kinta. Selain daripada ia bagi mewujudkan program penglibatan masyarakat untuk
menangani isu-isu mengenai pengurusan hutan dan perlindungan sungai.
Memperkenalkan Projek Pengurusan Bersepadu Lembangan Sungai Kinta. Melibatkan KRT dan Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung.

86 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pembentangan kertas kerja oleh penceramah dari JPS, LAP, GEC dan MBI. Perbincangan bersama
komuniti tentang peranan komuniti dalam “Kelestarian Lembangan Sungai Hulu Kinta” telah diadakan
pada 14 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak.
Turut hadir bagi program ini adalah YB Dr. Abdul Aziz bin Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak dan Setiausaha Bandaraya, Tuan Mohd Zakuan bin Haji
Zakaria.

3. PROGRAM INTERNATIONAL DESIGN FESTIVAL 2019
Pelaksanaan program mural art senibina arca bertemakan Ipoh The Town That Tin Built bertempat
di Lorong Hale pada 16 Jun 2019 melibatkan 300 orang peserta. Objektif program adalah untuk
merealisasikan konsep Bandar Selamat, antaranya:
i. Menaiktaraf lorong belakang agar lebih mesra pengguna dan menghindarkan dari gejala vandalisme
dan jenayah;
ii. Memaparkan imej bijih timah sebagai penyumbang kepada ekonomi Bandar Raya Ipoh suatu ketika
dahulu; dan
iii. Memperkenalkan Pekan Lama sebagai laluan jejak warisan yang menyingkap lipatan sejarah Ipoh.
Aktiviti melukis mural berkonsepkan lombong bijih timah pam di dinding Lorong Hale melibatkan seorang
pensyarah dan 4 orang pelajar Politeknik. Aktiviti pertandingan arca berkonsepkan perlombongan bijih
timah dan hasil seni melibatkan penuntut-penuntut politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Turut hadir bagi program ini adalah YB En. Tan Kar Hing, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian
dan Kebudayaan Negeri Perak dan Setiausaha Bandaraya, Tuan Mohd Zakuan bin Haji Zakaria.

I 87LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

4. TIGERS ON IPOH HERITAGE WALK DI BAWAH PROGRAM LA21
(CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) )
Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Maybank Foundation dan pemilik bangunan telah menjalankan
satu projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) – Tigers On Ipoh Heritage Walk di bawah program
LA21. Projek ini akan dibiayai oleh Maybank Foundation sempena CR Day seluruh dunia di bawah
cawangan Maybank Bhd. (Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan
Pihak Berkuasa Tempatan. Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang dan menguruskan
kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan).
Acara pelancaran program telah diadakan pada 24 Ogos 2019 bertempat di Jalan Bandar, Ipoh yang
membabitkan:
i. Pelancaran QR Pay di Foodtruck;
ii. Program Heritage Trail;
iii. Pelancaran QR Code dan Mural Art di Lorong Hale; dan
iv. Program Save The Tiger.
Turut hadir bagi program ini adalah YBhg. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh dan
En. Ng Hua Chooi, Ketua Perbankan Konsumer Maybank.

5. PROGRAM SUNGAI ANGKAT
Program Sungai Angkat telah diadakan pada 21 September 2019 bertempat di Sungai Kinta, Kampong
Pengkalan Gate. Ia merupakan langkah yang memanfaatkan komuniti setempat untuk pengurusan
bersama alam sekitar melalui pengurusan bersepadu komuniti melibatkan diri di dalam menangani isu-
isu Kesejahteraan Bandar dan seterusnya membantu dalam menzahirkan Kelestarian Bandar. Ia juga
mampu mewujudkan hubungan kejiranan yang baik melalui aktiviti menghidupkan semangat kerjasama
dan keprihatinan dalam pelbagai isu kejiranan. Program ini merupakan inisiatif bersama di antara KRT,
MPPK dan didokongi oleh MBI, GEC dan JPS serta menerima suntikan dana dari Yayasan Hasanah.

88 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI SUNGAI ANGKAT

BAHAGIAN SUKAN, FASILITI DAN KEMISKINAN BANDAR
UNIT SUKAN
FUNGSI
• Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti/program sukan seperti Kejohanan Bola Sepak Piala
Datuk Bandar, Ipoh International Run dan lain-lain; dan
• Membantu agensi-agensi Kerajaan dan swasta dalam penyediaan logistik.

Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Bandar 2019.

I 89LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT TEMPAHAN
FUNGSI
• Menyelaraskan segala permohonan untuk tempahan penggunaan Kompleks Sukan yang melibatkan
Kejohanan Sukan/Konsert/Pameran/Ekspo/Karnival;
• Menyelaraskan segala permohonan untuk tempahan penggunaan peralatan seperti khemah, kerusi,
meja dan bunga hiasan untuk program-program rasmi Majlis, Kerajaan Negeri dan sebagainya;
• Menyelaraskan segala permohonan untuk tempahan penggunaan Dewan Bandaran, Dewan
Komuniti dan Dewan Orang Ramai yang melibatkan aktiviti/program komersial/perkahwinan/
keraian/mesyuarat/seminar/kursus/latihan sukan seperti badminton.
• Menyelaraskan permohonan yang melibatkan penggunaan Padang Ipoh, Padang Taman D.R.
Seenivasagam, Padang Abdul Jalil dan Dataran Bandaraya Ipoh.
UNIT KOMPLEKS SUKAN
FUNGSI
• Memastikan persiapan diselaraskan dengan baik mengikut permohonan yang diterima dari Unit
Tempahan untuk penggunaan Kompleks Sukan yang melibatkan Kejohanan Sukan/Konsert/
Pameran/Ekspo/Karnival;
• Memastikan semua fasiliti di Kompleks Sukan berada dalam keadaan yang baik dan sempurna untuk
penggunaan.
• Menguruskan pembersihan sebelum, semasa dan selepas penggunaan serta sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan teratur.

Lawatan Ketua Audit Negara Ke Stadium Perak (6 Disember 2019).

90 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Lawatan Ketua Audit Negara Ke Arena Badminton (6 Disember 2019).

Lawatan Pelajar UNIKL Ke Pusat Akuatik Tuanku Zara (24 Disember 2019).

Lawatan MBJB Ke Pusat Akuatik Tuanku Zara (16 Disember 2019).

Perasmian Pusat Akuatik Tuanku Zara (24 Ogos 2019).

I 91LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pemeriksaan Alat Pemadam Api Oleh Bomba Di Stadium Perak (13/11/2019)

Lawatan Wakil Universiti Tsukuba, Itabashi, Tokyo (23/04/2019)

Program Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 (30/4 – 3/5/2019)

Sukan Kerajaan Tempatan 2019 (27/9 – 6/10/2019)

92 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT DEWAN
FUNGSI
• Memastikan persiapan diselaraskan dengan baik mengikut permohonan yang diterima dari Unit
Tempahan untuk penggunaan Dewan Bandaran, Dewan Komuniti dan Dewan Orang Ramai.
• Memastikan semua fasiliti di Dewan berada dalam keadaan yang baik dan sempurna untuk
penggunaan.
• Menguruskan pembersihan sebelum, semasa dan selepas penggunaan serta sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan teratur.

Dewan Bandaran.

I 93LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Dewan Serbaguna Desa Sri Rishah. Dewan Komuniti Taman Meru.

Dewan Komuniti Taman Perpaduan. Dewan Komuniti Taman Cempaka.

Dewan Komuniti Chemor Dewan Orang Ramai Sungai Tapah.

Dewan Orang Ramai Bercham. Dewan Orang Ramai Gunung Rapat

94 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Dewan Orang Ramai Ampang Baru. Dewan Orang Ramai Menglembu.

Dewan Orang Ramai Jelapang. Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun.

UNIT KHEMAH

FUNGSI
• Memastikan persiapan diselaraskan dengan baik mengikut permohonan yang diterima dari Unit
Tempahan untuk penggunaan peralatan seperti khemah, kerusi dan meja;
• Memastikan semua peralatan berada dalam keadaan yang baik dan sempurna untuk penggunaan;
dan
• Menguruskan pembaikan kecil untuk peralatan yang rosak.

Penggunaan
Khemah Majlis.

Ipoh Car Free Day. Penggunaan
Padang Majlis.

I 95LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

96 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Antara program-program yang menggunakan peralatan milik Majlis:
UNIT KEMISKINAN BANDAR
FUNGSI
• Menyelaraskan dan mengambil tindakan terhadap isu Kemiskinan Bandar (PPKB) dan isu setinggan
sifar yang diselaraskan di peringkat Daerah;
• Membuat bancian bagi mengenalpasti KIR yang layak dipertimbangkan untuk mendapat bantuan;
• Menyelaraskan dan melaksanakan program bantuan Kemiskinan Bandar yang diluluskan oleh KPKT;
dan
• Menyelaras dan memantau program menjana pendapatan melalui kiosk kekal eKasih.
DATA eKasih 2019

PROGRAM-PROGRAM BANTUAN eKASIH
• PROGRAM BAIK PULIH RUMAH FASA 4/2019
Sebanyak 8 orang peserta eKasih telah terpilih untuk menerima bantuan Program Baik Pulih Rumah yang
berjumlah RM13,000.00 setiap seorang dari pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan yang
keseluruhan berjumlah RM104,000.00.
PROGRAM MENJANA PENDAPATAN – KIOSK eKasih
• Seramai 28 peserta eKasih berniaga dengan aktif seperti yang tertera di bawah:

I 97LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SIRI AKTIVITI UNIT KEMISKINAN BANDAR
• Januari-Disember
Hadir mesyuarat Focus Individual Countdown & Focus Group setiap bulan di Pejabat Daerah &Tanah
Batu Gajah bagi dan pengesahan senarai eKasih.

Lawatan dan pemantauan setiap hari ke semua kiosk eKasih.

• 08/11/19 Lawatan bersama Pegawai KPKT ke rumah peserta Bantuan Baik Pulih Rumah.

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(Aniah bt. Din, No. 49, Jalan Balam, Pengkalan Pegoh Tambahan, Lahat, Perak)

Sebelum Selepas

No. Kontrak : DC/164/2019/AM
Kos Projek : RM12,900.00
Tempoh Projek : 05/11/2019 – 02/12/2019
Kontraktor : HALALAN RIZQAN ENTERPRISE
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan bumbung
asbestos kepada bumbung metal deck.

98 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(Athiletcmy a/p Sinnasy. No. 9, Regat Jaya 2, Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak)

Sebelum Selepas

No. Kontrak : DC/163/2019/AM
Kos Projek : RM12,900.00
Tempoh Projek : 05/11/2019 – 02/12/2019
Kontraktor : ZANA BINA ENTERPRISE
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan bumbung
asbestos kepada bumbung metal deck.

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(Azman bin Abdul Rahman. No. 18, Laluan Hulu Bercham 12, Bandar Baru Putra, Bercham, Ipoh, Perak)

Sebelum Selepas

No. Kontrak : DC/161/2019/AM
Kos Projek : RM12,976.00
Tempoh Projek : 05/11/2019 – 02/12/2019
Kontraktor : AAMI ENTERPRISE
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan bumbung, pintu,
singki, jubin lantai, lantai dapur, bilik air/
tandas, mengecat dinding dan siling dapur.

I 99LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(Cristo Das a/l Anthony Dass. No. 37, Laluan Sg. Pari 1, Teluk Keruin, Buntong, Ipoh, Perak)

Sebelum Selepas

No. Kontrak : DC/ /2019/AM
Kos Projek : RM12,956.00

Tempoh Projek : 02/08/2019 – 29/08/2019
Kontraktor : AFRILIA ENTERPRISE
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan bumbung zink yang
bocor dan dinding papan kepada batu bata.

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(No. 11, Jalan Melati, Kg. Pasar Minggu, Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak)

Sebelum Selepas

No. Kontrak : DC/ /2019/AM
Kos Projek : RM12,950.00
Tempoh Projek : 02/08/2019 – 29/08/2019
Kontraktor : TISATA ENTERPRISE
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan dinding papan kepada batu
bata, menggantikan pintu dan memasang siling.

100 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH


Click to View FlipBook Version