The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipohcouncil, 2022-01-12 03:24:21

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

LAPORAN TAHUNAN MBI 2019

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(Nursiah binti Hassan. No. 10, Laluan Chempaka, Kg. Che Zainal, Chemor, Perak)

Semasa Siap

No. Kontrak : DC/ /2019/AM
Kos Projek : RM12,950.00
Tempoh Projek : 12/09/2019 – 23/10/2019
Kontraktor : SINAR TAKWA ENTERPRISE
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan bumbung zink kepada
bumbung jenis metal deck.

PROJEK BAIK PULIH RUMAH
Cadangan Kerja Bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar Fasa 4 Tahun 2019

Di Bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
(Noraini binti Saari. No. 9, Jalan Haji Mahmud, Kg. Kuala Pari, Ipoh, Perak)

Sebelum Selepas

No. Kontrak : DC/ /2019/AM
Kos Projek : RM12,900.00
Tempoh Projek : 02/08/2019 – 29/08/2019
Kontraktor : CAHAYA BERUNTUNG
Keterangan : Kerja-kerja menggantikan bumbung zink kepada
bumbung jenis metal deck.

I 101LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PERPUSTAKAAN TUN RAZAK BAGI TAHUN 2019
1. KEAHLIAN BAHARU
2. PEREDARAN BUKU
3. PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN BAGI TAHUN 2019
4. PEROLEHAN BUKU BAGI TAHUN 2019

102 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 103LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Perbendaharaan

LATAR BELAKANG

Jabatan Perbendaharaan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir hal-hal kewangan
dan perakaunan dalam usaha untuk memperkukuhkan dan memperkasakan Pengurusan Kewangan MBI.
Aktiviti utama jabatan ini dikhususkan kepada pengawalan, penyediaan serta penyenggaraan rekod-
rekod dan penyata-penyata berhubung dengan kewangan. Di samping itu, jabatan ini juga melaksanakan
tugas-tugas mengutip segala hasil Majlis dan pembayaran terhadap perbelanjaan Majlis dengan betul
dan teratur.

Jabatan ini terdiri dari 4 bahagian utama iaitu:
i. Bahagian Perakaunan;
ii. Bahagian Operasi Kewangan;
iii. Bahagian Am dan Bekalan; dan
iv. Bahagian Sistem.

OBJEKTIF

Jabatan Perbendaharaan mempunyai 6 objektif utama iaitu:
i. Memastikan semua Perolehan dibuat mengikut prosedur dan kos efektif;
ii. Memastikan semua transaksi dan rekod pengurusan kewangan dibuat mengikut prosedur dan garis
panduan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Arahan Perbendaharaan MBI berdasarkan Akta
Kerajaan Tempatan (171), Akta Acara Kewangan serta lain-lain peruntukan yang digunapakai;
iii. Memastikan tindakan penguatkuasaan tunggakan cukai taksiran dilaksanakan mengikut pelan
tindakan yang ditetapkan serta pemantauan yang berterusan terhadap tunggakan lain-lain hasil;
iv. Memastikan kutipan hasil sistem letak kereta dilaksanakan dengan baik dan teratur;
v. Memperkemas dan memantapkan Pengurusan Aset Majlis mengikut keperluan, aliran kerja dan
mematuhi Pekeliling Perbendaharaan dalam konteks Pengurusan Aset; dan
vi. Memantapkan Pengurusan Pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan Sistem SPBT
Majlis.

104 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Perjumpaan Pengarah Perbendaharaan Bandar Raya bersama
anggota-anggota Perbendaharaan Majlis Bandaraya Ipoh pada 11 Januari 2019.

VISI
Meningkatkan hasil, menjimatkan belanja dan memperkasakan kualiti kerja.

MISI
Ke arah kecemerlangan sistem kerja dan urus tadbir Pengurusan Kewangan berlandaskan pelan
perancangan yang strategik, konsisten dan relevan.

FUNGSI UTAMA
i. Pengurusan pembayaran Majlis;
ii. Melaksana, menyelaras dan memantau pengurusan tempat letak kereta dalam memastikan
perkhidmatan tempat letak kereta di Bandar Raya Ipoh teratur dan terancang untuk kepentingan warga
kota bersama;
iii. Melaksana dan menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik-pemilik pegangan yang
gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran selain memantau tunggakan hasil Majlis yang lain;
iv. Memantapkan pengurusan pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem SPBT bagi
membolehkan operasi Majlis dapat dijalankan pada tahap cemerlang;
v. Pengurusan kutipan hasil dan perkhidmatan kaunter bayaran Majlis;
vi. Mengurus dan memantau kumpulan wang/akaun amanah Majlis mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan serta merancang pengurusan pelaburan Majlis;
vii. Merancang, menyediakan dan memantau bajet tahunan Majlis serta pengurusan insurans dan
pinjaman Majlis;
viii. Pengurusan perolehan secara tender, sebut harga dan kerja undi di peringkat Majlis, penyediaan
dokumen perjanjian kontrak dan pengurusan pendaftaran pembekal/kontraktor;
x. Mengurus, menyemak, menyelaras, memantau, mengemaskini dan melaksanakan transaksi akaun,
maklumat dan pelaporan berkaitan kewangan dan penyediaan penyata kewangan Majlis mengikut
piawai perakaunan yang diluluskan; dan
xi. Melaksanakan, menyelaras dan memantau pengurusan aset dan stor Majlis mengikut tatacara yang
berkuatkuasa dalam mewujudkan pengurusan aset dan stor yang komprehensif, cekap dan teratur.

I 105LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN PERAKAUNAN
Bahagian ini terlibat secara keseluruhannya dalam penetapan dan pelaksanaan sasaran kerja tahunan
Jabatan Perbendaharaan bagi memastikan Teras Strategik Ke-4 Majlis iaitu SKT Pengurusan Kewangan
secara efisien dan berhemah tercapai.

FUNGSI BAHAGIAN PERAKAUNAN
UNIT BELANJA
i. Pengurusan Pembayaran;
ii. Pengurusan Tuntutan dan Elaun Anggota;
iii. Pengurusan Gaji Anggota; dan
iv, Kawalan Borang Hasil Terkawal.

UNIT AMANAH
i. Penyelenggaraan Kod-kod Perakaunan;
ii. Pengurusan Kumpulan/Akaun Amanah Majlis; dan
iii. Pengurusan Pelaburan.

UNIT AKAUN
i. Mengurus Penyediaan Penyata Kewangan mengikut standard perakaunan yang diluluskan;
ii. Menyelaras Kawalan Kod Carta Akaun;
iii. Menguruskan Elaun Kekosongan;
iv. Menguruskan Bil Caruman Bantu Kadar;
v. Menguruskan Bil Pindaan Nilaian Cukai Taksiran (ACM);
vi. Penyelenggaraan Akaun Cagaran Majlis;
vii. Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Majlis; dan
viii. Penyelaras Pelaporan Jabatan Perbendaharaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat
Kewangan (JPK) Majlis.

UNIT BELANJA
Unit Belanja menguruskan pembayaran kepada pembekal/kontraktor yang berurusan dengan pihak
Majlis serta pembayaran emolumen dan elaun kepada anggota Majlis.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
Pada tahun 2019, jumlah keseluruhan
pembayaran yang diproses oleh Unit
Belanja adalah RM207.98 juta dan telah
mencapai 100% transaksi pembayaran
yang diproses dalam tempoh masa
7 hari bekerja dari tarikh dokumen
pembayaran yang lengkap diterima
seperti yang termaktub dalam Piagam
Pelanggan Kewangan Majlis Bandaraya
Ipoh.

106 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Unit Belanja juga telah mengambil inisiatif dalam
penyediaan kaedah pembayaran melalui Electronic
Funds Transfer (EFT) yang menyumbang kepada
pembayaran yang cepat kepada kontraktor dan
pembekal yang berurusniaga dengan Majlis
Bandaraya Ipoh.
Pelaksanaan sepenuhnya pembayaran melalui
kaedah pindahan wang secara elektronik (“EFT”)
telah mulai dari bulan Mac 2014 lagi.
Dari segi kawalan perbelanjaan dan penjimatan pula, Majlis telah merekodkan penjimatan hasil dari
usaha-usaha penjimatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan-jabatan lain
Majlis. Usaha-usaha penjimatan ini masih giat dilaksanakan dan berterusan ke tahun-tahun seterusnya.
UNIT AMANAH
Unit ini bertanggungjawab ke atas pengurusan Simpanan Tetap dan Kumpulan Wang/Akaun Amanah
agar mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan supaya kumpulan wang/akaun amanah yang ditubuhkan
mencapai objektif penubuhannya selari dengan Arahan/Pekeliling/Surat Perbendaharaan berkaitan serta
Seksyen 9 & 10, Akta Tatacara Kewangan 1957.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
PERBANDINGAN KEDUDUKAN PELABURAN 2018 DAN 2019

PELABURAN SIMPANAN TETAP MAJLIS (MENGIKUT TEMPOH PELABURAN)

I 107LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT AKAUN
Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk memantap dan melicinkan pengurusan proses penyediaan Penyata
Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh.
PENCAPAIAN
Majlis telah berjaya memperoleh Sijil Bersih Audit bagi Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2018 yang menjadikan tahun ke-11 berturut-turut memperoleh Sijil Audit Bersih dari tahun
2008.

Penyerahan Sijil Bersih Audit Penyata Kewangan Tahun 2018 oleh Pengarah Audit Negara Perak
di Dewan Sultan Azlan Shah, Tingkat 10 Majlis Bandaraya Ipoh pada 8 November 2019.

108 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN OPERASI KEWANGAN
Bahagian ini terdiri daripada 3 unit utama seperti berikut:
i. Unit Letak Kereta;
ii. Unit Kawalan Tunggakan; dan
iii. Unit Aset.

FUNGSI BAHAGIAN OPERASI KEWANGAN

UNIT LETAK KERETA
i. Penjualan kupon letak kereta;
ii. Penjualan pas bulanan dan pas letak kereta bertingkat;
iii. Pengurusan Ejen Jualan Kupon;
iv. Pengurusan sewaan petak khas, petak kosongkan dan sementara;
v. Mengecat nombor dan garisan petak serta memasang papan tanda kupon; dan
vi. Mengurus pelekat VIP dan media.

UNIT KAWALAN TUNGGAKAN
i. Pengurusan pengeluaran Bil Cukai Taksiran;
ii. Tindakan penguatkuasan tunggakan Cukai Taksiran;
iii. Pemantauan tunggakan hasil;
iv. Pengurusan ansuran Cukai Taksiran; dan
v. Pengurusan penghantaran Notis dan kompaun dan saman serta arahan dan perintah.

UNIT ASET
i. Pengurusan Pendaftaran Aset;
ii. Urus Setia Bagi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan; dan
iii. Urus Setia bagi Tatacara Pengurusan Stor.

UNIT LETAK KERETA
Unit ini bertanggungjawab bagi memastikan pengurusan bayaran letak kereta di petak-petak awam
berjalan lancar di samping menyelaras, menyelenggara dan menyelia petak-petak letak kereta di sekitar
Bandar Raya Ipoh.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA

Jadual 1 : Perbandingan Prestasi Kutipan Bayaran Jadual 2 : Perbandingan Pertambahan Petak Letak

Letak Kereta dalam tempoh lima (5) tahun. Kereta dari tahun 2015-2018 (4) tahun.

I 109LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Kerja Mengecat Petak Khas/ Kerja Mengecat Nombor Petak. Mengecat Garisan Petak.
Petak Kosong.

Kaunter Penjualan Kupon Dan Pas Bulanan. Penghantaran Kupon.

110 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Satu lagi produk inovasi aplikasi pintar yang dikenali sebagai PARK@PERAK dengan konsep bayaran
parkir melalui hujung jari sahaja telah pun diperkenalkan pada awal Januari 2019.

Logo rasmi PARK@PERAK

Aplikasi ini ditadbir urus sendiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak dan diselaraskan
oleh Majlis Bandaraya Ipoh yang telah dilantik sebagai Badan Pengawal bagi tujuan penubuhan Akaun
Amanah untuk menyelaras pengurusan kewangan tempat letak kereta seluruh negeri Perak.

Pencapaian luar jangka pada tahun pertama ini telah membuktikan bahawa rakyat mempercayai dan
menerima baik aplikasi pintar PARK@PERAK ini dengan menjadikannya sebagai alternatif utama untuk
membayar parkir selain kupon sedia ada.

Program Pelancaran Park@Perak Dan Kupon Seragam Negeri Perak Pada 20 Februari 2019
Oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

I 111LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT KAWALAN TUNGGAKAN
Unit ini memberi keutamaan yang lebih kepada tunggakan Cukai Taksiran dan memastikan setiap pemilik
pegangan di kawasan Bandar Raya Ipoh menjelaskan Cukai Taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan
bagi penggal pertama tempoh bayaran sebelum 28 Februari dan penggal kedua tempoh bayaran sebelum
31 Ogos setiap tahun. Unit Kawalan Tunggakan akan membuat penghantaran Notis Tunggakan Cukai
Taksiran kepada pemilik pegangan yang ingkar bayar pada tempoh yang ditetapkan.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
Unit ini juga berfungsi memantau tindakan tunggakan Hasil Majlis yang lain. Menjadi Urus Setia
Mesyuarat Task Force Tunggakan Hasil yang bermesyuarat 6 kali setahun. Mesyuarat dipengerusikan
oleh Setiausaha Bandaraya Ipoh.

Berikut adalah perbandingan Jumlah Tunggakan Keseluruhan Majlis dan Jumlah Tunggakan Cukai
Taksiran Majlis bagi tempoh 5 tahun (2015-2019):

Jadual 1: Perbandingan Jumlah Tunggakan Majlis Jadual 2: Perbandingan Jumlah Tunggakan Cukai

dan Kutipan Tunggakan (RM). Taksir Dan Kutipan Tunggakan (RM).

Sebanyak 1,970 pegangan telah dikenakan tindakan Tahanan Harta Alih kerana gagal menjelaskan
tunggakan selepas Notis diserahkan. Anggota Unit Kawalan Tunggakan turut menggunakan kaedah
menelefon pemilik pegangan bagi menggalakkan pemilik membayar tunggakan Cukai Taksiran. Kriteria
untuk pemilihan pegangan untuk operasi tahanan harta alih adalah seperti berikut:
• Tunggakan melebihi 2 penggal;
• Gagal mematuhi perjanjian ansuran; dan
• Pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan Cukai Taksiran walaupun telah berulang kali diberikan

peringatan seperti Notis E, surat peringatan, panggilan telefon.

112 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Menampal Notis E Pada Barangan Untuk Disita.

Unit Kawalan Tunggakan telah menambahbaik usaha mengesan pemilik terkini pegangan dengan
melaksanakan carian:
i. Pejabat Tanah dan Galian;
ii. Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
iii. Jabatan Pendaftaran Negara; dan
iv. Jabatan Pengangkutan Jalanraya.
Ini bagi mengesan pemilik pegangan bertunggakan yang gagal mendaftar pertukaran hakmilik di Majlis
Bandaraya Ipoh.
Bagi membantu meningkatkan kutipan tunggakan, Jabatan Perbendaharaan telah mempelbagaikan
kaedah tindakan bagi mendapatkan impak maksima. Ini termasuk menghantar surat peringatan, surat
tuntutan dan melaksanakan tindakan sitaan harta alih. Bagi memudah dan meringankan beban pemilik
pegangan, Jabatan Perbendaharaan memberikan kaedah pembayaran secara ansuran.
Pada tahun 2018 jumlah kutipan tunggakan Cukai Taksiran adalah sebanyak 46.83%, manakala pada
tahun 2017 adalah sebanyak 44.75%.

Perbandingan Peratus Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran.

Memberi Penerangan Dan Berbincang Dengan Pemilik/Penyewa Premis Bertunggakan.

I 113LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT ASET
Satu unit yang menguruskan pengurusan Aset/Stor Kerajaan secara komprehensif di Majlis Bandaraya
Ipoh mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
Unit ini berfungsi menjadi urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengursan Aset dan Stor Kerajaan
(JKPAK) yang diadakan sebanyak 4 kali setahun. Ianya bertujuan untuk melaporkan Pengurusan Aset
dan Stor Kerajaan di Majlis Bandaraya Ipoh bagi setiap suku tahun.
Laporan adalah seperti berikut:
a. Laporan Kedudukan Semasa Aset
b. Laporan Pemeriksaan Aset
c. Laporan Penyelenggaraan Aset
d. Laporan Pindah Aset
e. Laporan Pelupusan Aset
f. Hapus Kira Aset

LAPORAN TAHUNAN PELUPUSAN ASET BAGI
TAHUN 2018 - 2019

114 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pemeriksaan Aset secara tahunan telah dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan bagi semua PTJ
pada sepanjang tahun 2019 yang meliputi dari segi pemeriksaan:
i. Fizikal,
ii. Rekod; dan
iii. Lokasi.

Aktiviti Pemeriksaan Aset Alih.

Aktiviti Pemeriksaan Aset Alih.

I 115LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN AM DAN BEKALAN
Bahagian ini terdiri daripada 2 unit utama seperti berikut:
i. Unit Am; dan
ii. Unit Bekalan dan Perolehan.

FUNGSI BAHAGIAN AM DAN BEKALAN
UNIT AM
i. Merancang, menyediakan dan memantau Bajet Tahunan Majlis;
ii. Pengurusan Insurans Majlis;
iii. Pengurusan Perolehan Jabatan;
iv. Pengurusan Pindah Tambah Peruntukan (Viremen);
v. Pengagihan peruntukan MARRIS dan penyediaan perancangan kerja;
vi. Pengurusan Utiliti bagi semua Bil Utiliti Majlis;
vii. Pengurusan Pinjaman Anggota bagi kenderaan dan komputer; dan
viii. Menguruskan Aduan Awam Jabatan.

UNIT BEKALAN DAN PEROLEHAN
i. Pengurusan perolehan secara sebut harga, tender dan kerja undi;
ii. Menyediakan dokumen perjanjian kontrak kerja, bekalan dan perkhidmatan;
iii. Pengurusan Pendaftaran pembekalan/kontaktor; dan
iv. Menjual dokumen sebut harga dan tender.

UNIT AM
Unit Am bertanggungjawab menyelaras, menyedia dan memantau Bajet Tahunan Majlis, Pengurusan
Pindah Tambah (Viremen) Majlis, Pengurusan Insurans, Pinjaman Majlis, Utiliti Majlis, Pengurusan
MARRIS dan Aduan Awam Jabatan.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA

Setiap tahun Unit Am dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyedia dan memantau Anggaran
Bajet Majlis bagi menentukan hasil yang boleh dikutip dan perbelanjaan yang dijangka untuk tahun
ke hadapan. Anggaran Bajet amat penting untuk menentukan strategi-strategi, pelan-pelan tindakan
dan pelaksanaan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi memperkukuhkan kewangan
Majlis. Ia juga membantu Majlis untuk mencapai tahap Pengurusan Kewangan yang lebih realisik dan

116 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

berhemah serta mematuhi format yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Pada 30 Ogos 2019, Anggaran
Bajet telah disiapkan manakala penyediaan Anggaran Bajet Tahun 2019 Unjuran Tahun 2020 yang lebih
komprehensif dan menyeluruh telah dilaksanakan menerusi Inovasi ‘Smart Budget@MBI’ yang
membolehkan bajet disediakan melalui Sistem SPBT di mana justifikasi setiap jabatan dapat
dikenalpasti keperluannya secara sistematik.
Bagi Pengurusan Perlindungan Insurans Majlis, ianya terdiri daripada berikut:
i. Perlindungan Insurans Kemalangan diri Berkelompok; dan
ii. Perlindungan Insurans Harta-Harta Majlis.

Prestasi jumlah pampasan insurans yang diterima oleh Majlis adalah seperti berikut:

Unit Am juga bertanggungjawab dalam menguruskan pemberian Pinjaman kepada Anggota Majlis
Bandaraya Ipoh yang layak dan mematuhi syarat pinjaman. Pinjaman yang diberikan adalah bagi
maksud pembiayaan pembelian kenderaan dan komputer. Berikut adalah analisa bilangan anggota yang
diluluskan pinjaman.

Pinjaman Kenderaan Motosikal.

Pinjaman Kenderaan Kereta. Pinjaman Komputer.

I 117LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Statistik Aduan Awam Bagi Tempoh 3 Tahun (2017-2019).

Pindah Tambah Peruntukan (viremen) telah dapat dikurangkan
dari 137 viremen ke 115 viremen pada tahun 2019.

UNIT BEKALAN DAN PEROLEHAN
Unit Bekalan Dan Perolehan dianggotai seramai 6 orang anggota. Unit ini bertanggungjawab menguruskan
perolehan yang melebihi RM20,000.00 iaitu perolehan secara tender, sebut harga, rundingan terus dan
undian berdasarkan kepada tatacara/pekeliling yang telah ditetapkan.
PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
Di sepanjang tahun 2019, Unit Bekalan Dan Perolehan telah menguruskan sebanyak 393 urusan perolehan
untuk MBI. Bilangan ini melibatkan jumlah nilai perolehan sebanyak RM47,150,639.08. Ini melibatkan
kaedah perolehan secara tender, sebut harga, rundingan terus dan kaedah perolehan secara undi.

118 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Berikut adalah Carta Perolehan bagi tahun 2019 mengikut jenis dan nilai perolehan:

BAHAGIAN SISTEM
Bahagian ini terdiri daripada 2 unit utama seperti berikut:
i. Unit SPBT; dan
ii. Unit Kutipan.
FUNGSI BAHAGIAN SISTEM
UNIT SPBT
i. Menguruskan pembangunan sistem aplikasi baru di Sistem SPBT bagi membolehkan Sistem SPBT
sentiasa diperkembangkan mengikut kehendak pengguna;
ii. Menguruskan penambahbaikan Sistem SPBT bagi memastikan operasi kerja harian di setiap Jabatan
dalam Majlis boleh dijalankan; dan
iii. Menguruskan penyelenggaraan Sistem SPBT bagi membolehkan operasi harian Majlis berjalan
lancar dan efisen.
UNIT KUTIPAN
i. Pengurusan Kutipan Kaunter Majlis;
ii. Pengemaskinian Kutipan Melalui Agensi; dan
iii. Pengurusan Jernal Hasil.

I 119LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT SPBT
Unit SPBT, di bawah Jabatan Perbendaharaan ditubuhkan pada 1 Julai 2015 bertujuan untuk mengkaji
dan menganalisis Sistem Perakaunan Bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) yang sedia ada
dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem
pemprosesan data Sistem SPBT dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Majlis berteraskan
Pematuhan SAGA.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA

Berikut adalah pencapaian Unit SPBT bagi projek tahun 2019:

Penyata Gaji Disemak Melalui Online. Sistem Diskaun 50% Cukai Taksir Anggota Majlis.

120 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Sistem Lebih Masa. Modul Kompaun (Diskaun Kompaun secara automatik).

Selain itu juga, Unit SPBT telah membuat perkongsian pintar bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan
yang lain iaitu:

UNIT HASIL
Unit Kutipan merupakan salah satu nadi penting bagi memastikan kutipan hasil-hasil Majlis mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.

Bagi mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan, pelbagai kemudahan pembayaran telah
dilaksanakan oleh Unit ini diantaranya melantik agensi-agensi kutipan dan menyediakan perkhidmatan
pembayaran online (projek usahasama bersama bank-bank tempatan) kepada warga kota yang ingin
membuat bayaran Cukai Taksiran.

PENCAPAIAN TAHUN SEMASA
Pada tahun 2019, bagi meneruskan usaha memudahkan warga Ipoh untuk membuat pembayaran, pihak
Majlis telah menambahkan satu lagi saluran pembayaran iaitu melalui QRPay yang merupakan salah
satu produk Maybank yang membolehkan pengguna akaun Maybank untuk membuat pembayaran atau
penerimaan bayaran melalui aplikasi Maybank2u di telefon pintar dengan mengimbas kod khas QR yang
disediakan.

I 121LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pihak Majlis juga menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui mesin kiosk yang diletakkan di Ibu
Pejabat Majlis dan juga di beberapa lokasi sekitar Pejabat Cawangan Majlis yang beroperasi 24 jam sehari
serta sepanjang tahun. Ini menjadikan urusan pembayaran bil lebih mudah dan fleksibel serta memenuhi
keperluan pelanggan yang ingin membuat pembayaran di luar waktu operasi Kaunter Pembayaran.

Di samping penambahan saluran pembayaran ini, pihak Majlis juga ingin menerapkan unsur-unsur
penggunaan teknologi maklumat yang baru dan moden serta mewujudkan sebuah kerajaan yang
mempunyai sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan responsif dengan keperluan
rakyat.
Bagi prestasi kutipan pula, Unit Kutipan telah berjaya merekodkan peningkatan kutipan hasil Majlis
sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2018 dan berjaya mencatatkan kutipan yang
tertinggi setakat ini.

Prestasi Hasil Dan Kutipan 2016-2019 (RM Juta)

122 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Bagi pecahan kutipan mengikut kategori pula, peratusan tertinggi pecahan kutipan kekal sama iaitu hasil
Cukai Taksiran yang menyumbang kepada 65% dari jumlah keseluruhan kutipan yang dibuat dalam tahun
2019.

I 123LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Manakala bagi prestasi pembayaran secara online, sebanyak 101,182 transaksi telah berjaya bagi tahun
2019 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun 2018.

Bilangan Pembayaran Secara Online.

Bagi Kaunter Bergerak yang baru juga menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Bilangan
operasi yang telah diadakan sepanjang tahun 2019 adalah sebanyak 239 kali dan berjaya mengutip
sebanyak RM1,896,045. Kaunter Bergerak juga memenuhi permintaan untuk membuka kaunter di
program-program yang diadakan oleh masyarakat setempat atau agensi-agensi kerajaan/bukan
kerajaan contohnya program gotong-royong, ekspo, karnival dan lain-lain.

Kaunter Bergerak di Agrofest, RTC Gopeng. Kaunter Bergerak di Pasar Ampang.

Sebagai galakan kepada warga kota untuk membayar Cukai Taksiran, pihak Majlis telah menyediakan
cenderahati kepada pembayar yang membuat pembayaran awal dan juga berpeluang memenangi
Hadiah Cabutan Bertuah jika membuat pembayaran cukai setahun. Bagi tahun 2019, jumlah pembayaran
setahun telah mencatatkan sebanyak 129,702 bil dengan jumlah bayaran lebihan sebanyak RM31.9 juta.

124 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN PERBENDAHARAAN

Cenderahati Untuk Pembayar Awal
Cukai Taksiran Bagi Tahun 2019.

Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Bagi Tahun 2019.

Majlis Cabutan Bertuah Bagi Pembayaran Bil Cukai Taksiran Setahun Tanpa Tunggakan Tahun 2019.

Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Bil Cukai Taksiran Tahun 2019.

Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah Bil Cukai Taksiran Tahun 2019 - Kereta Perodua Axia.

I 125LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN PERBENDAHARAAN
SAMBUTAN HARI KELUARGA JABATAN PERBENDAHARAAN 2019

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN PERBENDAHARAAN

SELAMAT
HARI RAYA

AIDILFITRI

LAWATAN PENANDA ARAS KE DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

126 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

SIJIL KETUA AUDIT NEGARA

I 127LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

128 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

I 129LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Taman dan Landskap

LATAR BELAKANG
Jabatan Taman dan Landskap dahulunya dikenali sebagai Jabatan Taman dan Rekreasi adalah salah
satu jabatan di dalam organisasi Majlis Bandaraya Ipoh yang diberi tanggungjawab bagi merancang,
menyedia, menyelia dan menyelenggara projek-projek pengindahan bandar.
Di samping itu, penubuhan jabatan ini adalah untuk melaksanakan dua di antara objektif-objektif Majlis
Bandaraya Ipoh iaitu:
i. Mengindahkan Bandar Raya Ipoh selaras dengan kedudukannya sebagai ibu negeri Perak; dan
ii. Menggalakkan dan menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah awam.
OBJEKTIF
i. Menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Raya Bougainvillea selaras sebagai bunga rasmi Bandar
Raya Ipoh.
ii. Melaksanakan penghijauan dengan meningkat dan menambah bilangan penanaman pokok teduhan.
iii. Mewujudkan pembangunan landskap yang mampan bagi kemudahan warga kota selaras dengan
aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia Negara Taman melalui Dasar Landskap Negara.
iv. Mewujudkan kemudahan yang berkualiti serta lengkap di taman rekreasi untuk tujuan riadah bagi
warga kota.
VISI
Mewujudkan perancangan dan pembangunan landskap, taman dan rekreasi yang indah serta selesa.
MISI
Menjadikan Bandar Raya Ipoh sebagai sebuah ‘Bandar Raya Dalam Taman’ di samping menyediakan
kemudahan rekreasi dan riadah untuk warga kota.

130 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

FUNGSI UTAMA

BAHAGIAN PENTADBIRAN
1. Menguruskan urusan pentadbiran seperti penerimaan dan pendaftaran surat masuk dan keluar serta
pengedaran dokumen penting dan fail-fail jabatan;
2. Menerima dan merekod aduan-aduan awam yang diterima dari orang awam seperti pemotongan
rumput dan kerosakan alat permainan;
3. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan termasuk MBS, One Off, Dasar Baru dan anggaran
projek-projek pembangunan dan pengindahan;
4. Menyelaraskan semua jenis rekod-rekod cuti pegawai, SKT anggota, laporan prestasi dan tatatertib;
5. Menyediakan laporan perbelanjaan jabatan;
6. Menguruskan baucer pembayaran bagi semua pembelian;
7. Menyemak stok barang-barang dan kemaskini senarai inventori;
8. Menguruskan pelupusan barang-barang yang telah disenaraikan di bawah inventori; dan
9. Memantau aduan orang awam yang memerlukan tindakan segera secara menyeluruh.

BAHAGIAN REKABENTUK
1. Menyediakan pelan rekabentuk landskap untuk projek yang dikenalpasti dan yang perlu dinaiktaraf;
2. Menyediakan dokumen tender/BQ bagi projek-projek yang akan dilaksanakan;
3. Membuat ulasan fail dan permohonan kelulusan pelan landskap berdasarkan permohonan dari pihak
pemaju dan perunding landskap;
4. Membuat pengumpulan maklumat mengenai kawasan perumahan baru yang telah mendapat
kelulusan bagi tujuan penyelenggaraan dan pembangunan riadah di masa hadapan;
5. Mengemaskini dan menyelaraskan garispanduan pembangunan landskap Majlis Bandaraya Ipoh
dengan garispanduan dari Jabatan Landskap Negara serta arahan-arahan terkini dari Kementerian
dari semasa ke semasa;
6. Menyelaras program landskap semasa di antara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah seperti
‘bersih dan indah’;
7. Menguatkuasakan pemakaian perintah pemeliharaan pokok, Akta Perancang Bandar dan Desa, Akta
172;
8. Melaksanakan penanaman pokok renek di sekitar kawasan Bandar Raya Ipoh;
9. Melaksanakan penanaman pokok teduhan termasuk instant planting sama ada untuk jangka panjang
atau pendek;
10. Menyelenggara kemudahan rekreasi dan alat permainan kanak-kanak di taman-taman perumahan;
11. Menyelia dan melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan lapang mengikut zon
masing-masing; dan
12. Menyelia kerja-kerja penyelenggaraan landskap oleh pihak kontraktor di jalan-jalan utama/protokol
dan taman rekreasi utama di sekitar Bandar Raya Ipoh.

BAHAGIAN SELENGGARAAN
1. Mengenalpasti spesis tanaman yang sesuai untuk dijadikan koleksi tanaman;
2. Dokumentasi maklumat Herbarium;
3. Merancang pembangunan dan kemajuan taman botani serta taman-taman awam dan penyediaan
kemudahan infrastruktur taman;
4. Melaksanakan aktiviti konservasi;

I 131LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

5. Melaksanakan kerja-kerja selenggaraan taman;
6. Membiak bakaan spesis tanaman;
7. Pengeluaran anak benih dan selenggaraan tapak semaian;
8. Membuat Hiasan bunga di majlis-majlis rasmi di peringkat Majlis Bandaraya Ipoh dan kerajaan
negeri;
9. Melaksanakan kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan agronomi dan tanaman:
i. Pembajaan;
ii. Cantasan;
iii. Pengairan;
iv. Kawalan Perosak; dan
v. Kawalan Rumpai.
10. Melaksanakan pengurusan aset hidup kerajaan mengikut pekeliling perbendaharaan;
11. Merancang program dan promosi imarah taman-taman rekreasi dan tempat awam;
12. Melaksanakan amalan aborikultur dan membuat pemeriksaan secara teknikal;
13. Melaksanakan program inventori tanaman; dan
14. Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan dan kemudahan padang sukan milik Majlis.
1. PENYELENGGARAAN RUMPUT
Kerja-kerja pemotongan rumput dilaksanakan secara dalaman di peringkat Jabatan untuk
melaksanakannya yang melibatkan pemotongan rumput di kawasan lapang/padang permainan dan
sebahagian tanah rizab kerajaan. Keluasan Kawasan Rumput pada 2019 dan kos perbelanjaan bagi
kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan kawasan Majlis Bandaraya Ipoh adalah seperti
berikut :

2. PENANAMAN POKOK TEDUHAN
Penanaman pokok-pokok teduhan yang dijalankan oleh pihak Majlis dan pemaju perumahan pada tahun
2019:

132 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

3. PENANAMAN POKOK-POKOK RENEK
Jumlah penanaman pokok-pokok renek yang telah dijalankan oleh Jabatan Taman dan Landskap pada
tahun 2019 adalah seperti berikut:

4. LAPORAN SEMAIAN ANAK BENIH POKOK
Jumlah anak benih pokok yang telah disemai di Tapak Semaian MBI pada tahun 2019 adalah seperti
berikut:

I 133LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Kerja-kerja menyemai anak benih pokok.

5. HASIL KUTIPAN JUALAN TIKET BOT
Hasil kutipan jualan tiket bot di Taman Rekreasi Gunung Lang pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

Pemandangan indah di Taman Rekreasi Gunung Lang. Kandang rusa di Taman Rekreasi Gunung Lang.
Pemandangan di Taman Rekreasi Gunung Lang.
134 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

6. HASIL KUTIPAN SEWAAN BASIKAL
Jumlah hasil kutipan sewaan basikal di Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman D.R. Seenivasagam
pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

7. HASIL KUTIPAN JUALAN POKOK DAN ANAK BENIH
Jumlah hasil kutipan jualan pokok dan anak benih di Tapak Semaian MBI pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

I 135LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

8. HASIL KUTIPAN SEWAAN TAPAK TAMAN AWAM/KAWASAN LAPANG
Jumlah hasil kutipan sewaan tapak taman awam dan kawasan lapang pada tahun 2019 adalah seperti
berikut:

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP

136 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP

I 137LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Jabatan Kesihatan Awam dan
Perkhidmatan Perbandaran

LATAR BELAKANG

Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran berperanan untuk mengwujudkan suasana
kesihatan persekitaran yang bersih, indah dan selamat. Aktiviti perkhidmatan yang dirancang dan
dijalankan mengikut jadual dan secara rutin adalah perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, pembersihan
longkang, pengawasan premis perniagaan melalui syarat-syarat pelesenan, kawalan penyakit bawaan
vektor, kawalan keselamatan dan kualiti makanan, kawalan kacauganggu kesihatan persekitaran dan
lain-lain aktiviti kesihatan persekitaran yang berkaitan. Jabatan juga menerima dan menguruskan aduan
orang ramai yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran.

Jabatan ini juga merancang dan melaksanakan penguatkuasaan peruntukan Undang-undang di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil yang berkaitan di samping Undang-Undang
Kesihatan Awam seperti Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
dan lain-lain. Objektif Jabatan ini ialah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan persekitaran warga
kota dari segala aspek selaras dengan misi dan visi Majlis Bandaraya Ipoh. Sebanyak 2 bahagian dan
10 unit dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan semua aktviti, melalui pendekatan yang terbaik
termasuklah mempratikkan budaya inovasi dan transformasi.

OBJEKTIF

• Unit Pentadbiran Am; dan
• Unit Suntikan.

• Bahagian Kesihatan Persekitaran
i. Unit Kesihatan Am;
ii. Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan;
iii. Unit Kawalan Vektor; dan
iv. Unit Promosi Kesihatan Dan Kawalan Mutu Air Minuman.

• Bahagian Perkhidmatan Bandar
i. Unit Pengurusan Sisa Pepajal;
ii. Unit Pembersihan Awam;
iii. Unit Pengurusan Penjaja; dan
iv. Unit Pengurusan Pasar.

138 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIT PENTADBIRAN AM

PENGENALAN
Unit Pentadbiran Am Jabatan Kesihatan Persekitaran terdiri daripada 13 orang kakitangan di mana
ianya merupakan unit yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kesihatan
Persekitaran yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Bandaraya.

FUNGSI UTAMA
i. Menguruskan perjalanan pentadbiran jabatan;
ii. Menguruskan pergerakan fail dan surat menyurat;
iii. Menguruskan dan menyediakan surat sokongan kepada Jabatan Pendidikan Perak bagi pendaftaran
pusat tuisyen dan tadika;
iv. Mengurus dan menyediakan surat kelulusan dan penolakan:
a. Permohonan ulasan kesihatan persekitaran premis perniagaan tidak berisiko.
b. Permohonan Pusat Jagaan Kanak-kanak, Taska, Orang-Orang Tua dan Orang Kurang Upaya
(OKU).
v. Menguruskan hal ehwal semak samun tanah persendirian, notis tender, surat tawaran dan bil-bil
yang berkaitan dengannya; dan
vi. Merekod dan menyerahkan notis, kompaun dan waran kepada Penghantar Notis (Pusat) untuk
serahan.

UNIT SUNTIKAN

LATAR BELAKANG
Unit Suntikan ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan suntikan vaksin Typhoid kepada semua pengendali
makanan di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh. Unit ini dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai
Perubatan dan dibantu oleh tiga orang pembantu awam.

OBJEKTIF
i. Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tahap kesihatan pengendali makanan di tahap yang optima
serta keselamatan makanan terjamin;
ii. Memastikan penyakit bawaan makanan (Food Borne Diseases) dapat dicegah dan dikawal; dan
iii. Pemantau dan penguatkuasaan secara bersistematik di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-
Peraturan Makanan 1985 dan Undang-Undang Kecil Majlis.

FUNGSI UTAMA
Menjalankan pemeriksaan kesihatan serta memberi suntikan vaksin Typhoid kepada semua pengendali
makanan yang terdiri daripada penjaja-penjaja bergerak/gerai, restoran, kilang memproses makanan,
pengusaha taska serta pengendali kantin/dapur asrama sekolah.

PENCAPAIAN
Bagi tahun 2019, Unit Suntikan telah melakukan pemeriksaan dan suntikan kepada pengendali makanan
seramai 3,036 orang dengan hasil kutipan sebanyak RM170,515. Daripada jumlah tersebut seramai 2,935
orang terdiri daripada warganegara dengan hasil kutipan sebanyak RM161,425. Manakala seramai 101
orang warganegara asing dengan hasil kutipan sebanyak RM9,090.

I 139LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Selain itu, Unit Suntikan juga melakukan perkhidmatan suntikan vaksin Typhoid di luar pejabat seperti
kilang minyak Yee Lee di kawasan perindustrian Tasek yang mempunyai ramai pekerja setelah pengusaha
kilang membuat permohonan.

Bagi perancangan tahun 2020, Unit Suntikan akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik
dengan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam mendokong aspirasi jabatan dan
meningkatkan imej MBI di mata masyarakat amnya.

UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

PENDAHULUAN
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab terhadap pelesenan, pengawasan dan
pengawalan premis makanan dan minuman dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Unit ini mempunyai 11 orang anggota dan diketuai oleh seorang Penguasa Kesihatan (PPKP U32) dan 7
orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29) serta 3 orang Pembantu Tadbir (Operasi).

FUNGSI UTAMA
i. Menjalankan pemeriksaan ke atas semua premis makanan bagi memastikan pengendali makanan
mematuhi undang-undang kebersihan makanan dan pelesenan premis;
ii. Menjalankan penilaian dan penggredan premis makanan bagi menentu dan menjamin taraf kebersihan
premis makanan;
iii. Menjalankan pemeriksaan makanan bagi memastikan jualan makanan mengikut standard kualiti
makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta pengambilan
sampel dan pemantauan makanan yang dinotifikasikan sebagai Food Alert Jabatan kesihatan
Negeri Perak;
vi. Menyiasat semua aduan kacauganggu berkaitan makanan dan premis makanan;
vii. Menjalankan operasi Penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis
Perbandaran Ipoh) 1981, Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017,
Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya termasuk
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; dan
viii. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan secara individu, berkumpulan secara insitu atau di majlis-
majlis tertentu.

PRESTASI TAHUN SEMASA

PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN PREMIS MAKANAN Rajah 1 : Aktiviti Pemeriksaan dan
Bagi tahun 2019, jumlah premis perniagaan jualan Penilaian Premis Makanan UKKM Tahun 2019.
makanan dan minuman adalah 5,612 premis dan
582 daripadanya adalah premis kilang memproses
makanan berbanding tahun 2018 adalah 5,318
premis dan 582 daripadanya adalah premis kilang
memproses makanan.
(Sila Lihat Rajah 1).

140 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

Bagi tahun 2019, sebanyak 1,515 penilaian tahap
kebersihan premis telah dijalankan iaitu 1,405 premis
(93.0%) yang dinilai, tahap kebersihan adalah memuaskan
dengan markah melebihi 71%, manakala sebanyak 55
premis yang dinilai (3.6%) adalah kurang memuaskan
dengan markah penilaian di bawah 71%.

Aktiviti Pemeriksaan Premis Makanan.

PROGRAM PENGGREDAN PREMIS

RESTORAN/KEDAI MAKAN DAN KAFE

Mulai Jun 2014, sistem penggredan premis

makanan (restoran/kafe) dijalankan

mengikut Garis Panduan KPKT. Mulai Jun

2014 sehingga 2019 sebanyak 483 premis

telah diberi penarafan Gred A.

Sepanjang tahun 2019 sebanyak 1,317 Rajah 2: Menunjukkan Pecahan Aktiviti Penggredan
premis telah di Gred. (Sila lihat rajah 2). Premis Yang Telah Digredkan. Premis Makanan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Tahun 2019, sebanyak 6,044 pemeriksaan premis makanan telah dijalankan di mana 911 tawaran
kompaun bernilai RM209,150.00 telah dikeluarkan kepada pengusaha dan pengendali makanan yang
melanggar syarat-syarat pelesenan.

Pelbagai jenis kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengusaha premis makanan yang dikenakan tawaran
(Sila lihat Jadual 1 di bawah).

Jadual 1: Jenis kesalahan yang di kompaun. Jadual 2: Jenis Tindakan Mahkamah.

Tindakan Mahkamah yang diambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Makanan 1983 bagi
tahun 2018 adalah pada Jadual 2 di atas.

I 141LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

RAMPASAN (SITAAN/ORGANOLEPTIK)
Sebanyak 12 operasi telah dijalankan yang melibatkan 64
premis pasaraya/pasar mini di mana nilai rampasan ialah
RM4,800.12 atas kesalahan melanggar Akta Makanan
1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Barangan
makanan yang disita telah dilupuskan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.

a

Operasi Sitaan Di Premis Pasar Raya
Di Sekitar Bandar Raya Ipoh.

OPERASI INTER AGENSI
Bagi tahun 2019, sebanyak 13 operasi Inter-Agensi bersama
Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Pejabat Kesihatan Kinta,
KPDNKK dan lain-lain telah dijalankan.

a

Operasi Penguatkuasaan Inter-Agensi bersama
Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat
Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia dan

Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN HOLDING SAMPLE
Jumlah sampel makanan yang perlu diambil mengikut
spesifikasi output sesuatu program.

a

PPKP Sedang Mengambil Sampel Makanan
Di Majlis Perasmian Balai Bomba Di Meru Perak.

SIASATAN ADUAN
Sebanyak 159 aduan berhubung premis dan kilang makanan
telah diterima bagi tahun 2019 dan kesemua aduan telah
disiasat dan diambil tindakan.

a

PPKP Menjalankan Siasatan Aduan.

142 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN (CETAKAN RISALAH) Operasi Penguatkuasaan Permit ODC.
CERAMAH DAN DIALOG
Aktiviti pendidikan kesihatan secara individu dan kumpulan
kecil termasuk ceramah dijalankan oleh Unit Keselamatan
Dan Kualiti Makanan. Sebanyak 16 sesi ceramah dan 168
sesi dialog kumpulan kecil telah dijalankan sepanjang tahun
2019.

a

PK (KKM) Sedang Memberi Ceramah
Kepada Para Perniaga.

KAWALAN PERMIT OUT DOOR CAFÉ (ODC)
Tindakan penguatkuasaan ke atas permit ODC (Out Door Cafe)
berterusan dengan penguatkuasaan dan penambahbaikan.
Bagi tahun 2018, hanya 142 premis memiliki permit ODC.
Sebanyak 98 tawaran kompaun bernilai RM23,750.00 telah
dikeluarkan kerana telah melanggar syarat-syarat kelulusan
permit ODC. Kutipan hasil permit ODC bagi tahun 2019 adalah
sebanyak RM200,9355.00.

PENGUATKUASAAN ALAT PERANGKAP SISA MAKANAN,

MINYAK DAN LEMAK

Sehingga tahun 2019, sebanyak 2,364 (95.8%) premis

restoran telah mematuhi syarat memasang grease trap.

Walaubagaimanapun sebanyak 215 tawaran kompaun

bernilai RM51,000.00 telah dikeluarkan ke atas premis

restoran dan kafe yang gagal mematuhi syarat pemasangan

grease trap. Dalam meningkat tahap kesedaran tentang

kepentingan pemasangan grease trap di premis makanan

model serta cara-cara penyelenggaraan grease trap telah PK (KKM) Memberi Penerangan Kepada Pelesen
dipamer dan diberi penerangan kepada pelesen dan orang awam. Berkaitan Dengan Grease Trap Dan Juga PPKP
Sedang Menerangkan Tentang Aliran Grease Trap

Yang Betul Kepada Peniaga.

AKTIVITI TAMBAHAN Opreasi Rokok Di Stadium Perak OPS TAC Yang Dijalankan Oleh PPKP.
UNIT KESELAMATAN DAN Bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
KUALITI MAKANAN (AD-
HOC)
Sepanjang tahun 2019
terdapat aktiviti/program
AD-HOC yang melibatkan
Unit Keselamatan Dan
Kualiti Makanan.

I 143LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PERANCANGAN TAHUN 2020
i. Kesemua premis restoran dan kafe yang dilesenkan digredkan mengikut Garis Panduan Sistem
Penggredan Premis Makanan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan
Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan;
ii. Melaksanakan dan menguatkuasakan sistem MyGred;
iii. Mengadakan program Pendidikan Kesihatan atas Keselamatan dan Kualiti Makanan kepada
pengendali makanan yang premis makanan kurang daripada 71% penggredan tahap kebersihan
premis makanan;
iv. Unit hendaklah diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran (U41/42) dan penambahan
bilangan anggota PPKP dan PT(Oprerasi); dan
v. Menjalankan Operasi Penutupan premis yang tidak menepati syarat-syarat Pelesenan Majlis
Bandaraya Ipoh.

UNIT PROMOSI KESIHATAN DAN KAWALAN MUTU AIR MINUMAN

PENDAHULUAN
Unit Kawalan Mutu Air Minimun/Kesihatan Sekolah/Promosi Kesihatan bertanggungjawab terhadap
pengawasan dan pengawalan premis kantin sekolah, air minuman dan program pendidikan kesihatan
dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Unit ini mempunyai 3 orang anggota dan diketuai oleh seorang Penguasa Kesihatan (PPKP U32) dan
2 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (1-U32 (KUP) dan 1-U29).

FUNGSI UTAMA
i. Membantu menyelia dan menyelaras Unit Kawalan Mutu Air Minuman yang dipertanggungjawabkan
untuk menjalankan aktiviti program pengambilan contoh air minuman mengikut spesifikasi output
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Program Kualiti Mutu Air Minuman Kebangsaan;
ii. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan secara individu, berkumpulan secara insitu atau di majlis-
majlis tertentu; dan
iii. Membantu menyelia dan menyelaras Unit Perkhidmatan Kesihatan Kantin Sekolah dan Dapur Asrama
yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti pemeriksaan kantin sekolah dan dapur asrama
bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan untuk pelajar.

PRESTASI TAHUN SEMASA
KAWALAN MUTU AIR MINUMAN (KMAM)
Aktiviti ini melibatkan persampelan air minuman di 30 stesen persampelan
air di rangkaian retikulasi air yang di pantau dengan kerjasama Jabatan
Kesihatan Negeri, Jabatan Kimia dan Lembaga Air Perak. Tahun 2019
sebanyak 477 contoh air (343 contoh air bakteria, 23 pesticide dan 111
contoh kimia dan fizikal).

Sebanyak 1 pelanggaran (Analisa kimia) pada tahun 2019 dan pelanggaran Aktiviti Pengambilan
telah diambil tindakan segera dengan persampelan semula dan memastikan Sampel Air Kimia Di Stesen
Percontohan Air Di Sekitar
144 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH Bandar Raya Ipoh Oleh PPKP.

ianya mematuhi standard kualiti air minuman National Drinking Water Quality Guidelines (NDWQG).
PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KANTIN SEKOLAH DAN DAPUR ASRAMA
Perkhidmatan pemeriksaan kantin sekolah adalah satu lagi aktiviti unit ini. Di dalam kawasan pentadbiran
MBI, terdapat 154 buah sekolah iaitu 54 Sekolah Menengah dan 101 Sekolah Rendah [55 SRK, 31 SJK(C),
14 SJK (T)]. Pemeriksaan juga dijalankan terhadap kolej dan IPT.

Aktiviti Pemeriksaan Kantin Dan Dapur Asrama Oleh PPKP.

AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN (CETAKAN RISALAH) CERAMAH DAN DIALOG
Pada tahun 2019 sebanyak dua jenis risalah bertajuk ‘Etika Penggunaan Tandas’ dan ‘Program Komuniti
Kendiri Sampah Kebun dan Sampah Pukal’ berjumlah 2,000 naskah telah dicetak. Aktiviti pendidikan
kesihatan secara individu dan kumpulan kecil dijalankan secara rutin oleh Penguasa Kesihatan KMAM
dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit KMAM. Sebanyak 17 ceramah dan 25 sesi dialog
kumpulan kecil telah dijalankan sepanjang tahun 2019. Selain daripada itu juga, unit ini terlibat dalam
mengadakan pameran di mana sebanyak 12 pameran telah diadakan. Pameran ‘Larangan Penggunaan
Beg Plastik dan Polisterin’ telah dijalankan sempena Program Ipoh Car Free Day.

Aktiviti Ipoh Car Free Day.

I 145LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

BAHAGIAN PENGURUSAN PENJAJA

PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Penjaja merupakan salah satu cabang dalam Jabatan Kesihatan Awam Dan
Perkhidmatan Perbandaran. Teras utama Bahagian Pengurusan Penjaja ialah mengurus gerai-gerai/
ruang niaga/tapak niaga milik Majlis, mengawal tahap kebersihan gerai serta memproses permohonan
lesen-lesen gerai/penjaja.

OBJEKTIF
i. Melesenkan dan mengulas permohonan penjaja di gerai milik Majlis dan gerai swasta, penjaja tepi
jalan, penjaja beredar, penjaja tapak niaga/dataran niaga, penjaja pasar malam/pasar pagi, penjaja
sementara dan lain-lain;
ii. Mengawal aktiviti penjajaan peniaga tanpa lesen dan mengambil tindakan terhadap aktiviti penjajaan
tanpa kelulusan Majlis;
iii. Menguruskan proses temuduga bagi gerai milik Majlis; dan
iv. Melesen dan mengulas permohonan pembukaan tapak baru bagi pasar malam, pasar pagi, tapak
penjaja dan gerai swasta.

FUNGSI UTAMA
i. Merancang, menyusun, mengawal aktiviti penjajaan di gerai-gerai Majlis/swasta, tapak penjaja,
tapak pasar malam yang beroperasi dalam kawasan Majlis agar sentiasa bersih, teratur dan mengikut
Undang-Undang Kecil Majlis Bandaraya Ipoh;
ii. Memproses semua jenis permohonan lesen penjaja beredar, pasar malam dan pusat penjaja swasta/
statik;
iii. Memastikan tahap kebersihan gerai makan dan pusat-pusat penjaja pada tahap terbaik dan
selamat;
iv. Menjalankan urusan temuduga gerai/petak niaga Majlis bila ada kekosongan;
v. Melaporkan segala kerosakan struktur pusat penjaja Majlis kepada Bahagian Kerja dan Bangunan
untuk kerja-kerja pembaikan;
vi. Menjalankan kerja-kerja pembersihan setiap hari di setiap gerai/pusat penjaja milik Majlis;
vii. Memastikan kutipan sewa, bayaran bil air/elektrik dan lesen berjalan lancar tanpa tunggakan; dan
viii. Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Penjaja, Undang-Undang Kecil Gerai Kepunyaan Majlis,
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985, Undang-Undang Kecil Tandas Awam. Undang-Undang Kecil Pasar Malam dan sebagainya.

PRESTASI TAHUN SEMASA
i. Pada tahun 2019, Bahagian Pengurusan Penjaja telah melesenkan 66 penjaja beredar, 31 penjaja
statik, 417 Gerai Medan Selera Majlis, 326 Gerai Medan Selera Swasta, 100 Dataran Niaga/Tapak
Penjaja dan 195 penjaja Pasar Malam/Pasar Pagi;
ii. Sebanyak 201 operasi pemeriksaan dilakukan sepanjang tahun 2019 dengan 133 kali operasi
pembersihan premis penjaja milik Majlis;
iii. Pada tahun 2019, bahagian ini telah melakukan sebanyak 271 kali Penilaian Premis Gerai dan 223
Penilaian Tandas;
iv. Sebanyak 221 tawaran kompaun di bawah Undang Undang Kecil Penjaja dikeluarkan oleh Bahagian
Pengurusan Penjaja bernilai RM19,660.00;

146 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

v. Sebanyak 168 aduan telah diterima dalam tahun 2019 dan semua aduan telah diambil tindakan.
Aduan ini melibatkan semua aktiviti penjajaan di dalam kawasan pentadbiran Majlis; dan
vi. Bagi pemeriksaan ke Memory Lane, sebanyak 34 kali operasi pemeriksaan melibatkan 2,553
pemeriksaan, Gerbang Malam sebanyak 18 kali melibatkan 987 pemeriksaan dan MBI Tarrace
sebanyak 19 kali melibatkan 247 pemeriksaan.

BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 2019

1. Pemeriksaan ke atas lesen gerai dan pusat penjaja 3,787

2. Jumlah permohonan Lesen diterima 389
3. Bilangan Tawaran Kompaun dikeluarkan 221
4. Amauan Tawaran kompaun (RM) 19,660.00
5. Bilangan Notis- Tunggakan Sewa/Lesen 256
6. Bilangan Gerai dikunci 68
7. Bilangan Gerai dipotong bekalan Air 25
8. Bilangan Operasi Pembersihan 201
9. Penilaian Premis Gerai 271
10. Bilangan Aduan Awam diselesaikan 168

Program Perasmian Dan Operasi Bazar Ramadhan Tahun 2019 Aktiviti Pemantauan Syarat Lesen Penjaja
Bersama KKM Dan YB EXCO Kerajaan Negeri. Di Tapak Niaga Majlis.

Operasi Program Deepavali 2019 Bersama KKM/JKN Perak.

Aktiviti Pemeriksaan Penjaja Di Kawasan Majlis.

I 147LAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PERANCANGAN TAHUN 2020
i. Menyusun semula penempatan penjaja terutaman penjaja tepi jalan dengan menyediakan tapak-
tapak baru yang lebih tersusun dan berpusat;
ii. Mengumpul penjaja yang berselerak di kawasan yang dikhaskan sebagai potensi untuk mewujudkan
pelbagai pilihan pengguna;
iii. Pengukuhan strategi mengenalpasti masalah penjaja supaya dapat diselesaikan melalui perundingan
secara group approach atau melalui Persatuan Penjaja;
iv. Meningkatkan tahap kebersihan premis penjaja seperti gerai Majlis, gerai swasta dan tapak penjaja
bagi memstikan tahap sanitasi yang lebih baik bagi memastikan penjualan makanan yang bersih dan
selamat;
v. Meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke premis penjaja sama ada milik Majlis atau swasta dan aktiviti
Pendidikan Kesihatan bagi meningkatkan tahap pengetahuan penjaja dan sanitasi gerai; dan
vi. Berusaha untuk mengurangkan tunggakan sewa gerai milik Majlis dan bil air dan mendapatkan
kembali tunggakan sewa terdahulu.

BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR

PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Pasar merupakan Unit dalam Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan
Perbandaran. Tugasan utama Bahagian Pengurusan ini ialah mengurus dan menyediakan gerai-gerai/
ruang niaga/tapak niaga milik Majlis, termasuk petak-petak jualan sambilan serta mengawal tahap
kebersihan persekitaran pasar-pasar awam milik Majlis. Selain itu bahagian ini juga menyelia, memproses
permohonan lesen-lesen perniagaan dalam pasar-pasar awam serta mengutip sewaan tapak gerai dan
bil-bil yang berkaitan seperti bil air pasar.

FUNGSI UTAMA
i. Merancang, menyusun, mengawal aktiviti perniagaan di gerai-gerai Majlis/swasta, petak sambilan,
tapak pasar pagi yang beroperasi dalam kawasan Majlis agar sentiasa bersih, teratur dan mengikut
Undang-Undang Kecil Majlis Bandaraya Ipoh;
ii. Memproses semua jenis permohonan lesen niaga di dalam pasar termasuk petak-petak sambilan;
iii. Memastikan tahap kebersihan kawasan persekitaran pasar pada tahap terbaik dan selamat serta
menjalankan kerja-kerja pembersihan setiap hari di kawasan pasar milik Majlis;
iv. Menjalankan urusan temuduga gerai/petak niaga Majlis bila ada kekosongan;
v. Melaporkan segala kerosakan struktur pasar-pasar awam milik Majlis kepada Bahagian Kerja dan
Bangunan untuk kerja-kerja pembaikan;
vi. Memastikan kutipan sewa, bayaran bil air dan lesen semasa berjalan lancar serta membuat kutipan
yang bertunggakan; dan
vii. Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam dan Pasar Swasta (Majlis
Perbandaran Ipoh), 1984, Undang-Undang Kecil Gerai Kepunyaan Majlis, Undang-Undang Kecil
Pengendali Makanan, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Undang-Undang
Kecil Tandas Awam, Undang-Undang Kecil Pasar Malam dan sebagainya.

148 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH

PRESTASI TAHUN SEMASA
PencPapeanicaanpBaiaahnaBgiaahnaPgeiannguPreunsgaunruPsaasnarPsaespaarnsjeapnagntjaahnugnta2h0u1n9 2019

BIL. AKTIVITI PENCAPAIAN 2019
1. Pemeriksaan ke atas lesen pasar 9,328
2. Jumlah permohonan lesen diterima (Baru) 107
3. Bilangan kompaun dikeluarkan/amaun 51

4. Bilangan Notis - Tunggakan sewa/lesen RM11,350.00
5. Bilangan gerai dikunci 573
6. Bilangan lesen yang dibatal 24
7. Bilangan pemeriksaan premis gerai 73

17,558

Kebiasaan pelesen akan membuat pembayaran penuh setelah mendapat notis tunggakan dan tidak
kurang juga yang mohon untuk membuat ansuran bayaran seandainya peniaga menghadapi kesulitan
membuat pembayaran penuh. Pihak Majlis akan mempertimbangkan kewajarannya untuk bayaran lebih
fleksible.

PERANCANGAN TAHUN 2020
i. Mempergiatkan usaha mengurangkan bil-bil sewa tertunggak sama ada akaun aktif atau akaun tidak
aktif ke tahap minima;
ii. Mempromosikan gerai-gerai/tapak-tapak/ruang niaga agar lebih meriah suasana dalam pasar. Ini
dapat memberikan saingan yang sihat dalam perniagaan dan dapat meningkatkan tahap sosio-
ekonomi peniaga;
iii. Mengecat semula petak-petak niaga yang telah pudar bagi mengenal pasti sempadan niaga dengan
jelas;
iv. Mempertingkatkan tahap kebersihan kawasan persekitaran pasar agar lebih menarik untuk dikunjungi
terutama pasar besar di mana ianya menjadi tumpuan kerana ianya sebahagian dari Pusat Tranformasi
Bandar (UTC Perak);
v. Menjalinkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Imigresen, KPDNHEP, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PDRM dan lain-lain agensi
yang terlibat dalam membenteras gejala dadah serta gelandangan yang mencacatkan pemandangan
pengunjung terutama yang ke UTC pada sebelah malam;
vi. Menjalinkan usaha sama dengan NGO dan Persatuan Peniaga Pasar dalam merancakkan aktiviti/
program yang berkaitan keceriaan dan kebersihan pasar awam seperti aktiviti gotong-royong dan
sebagainya;
vii. Merancang untuk penambahbaikan pasar sedia ada atau dibina semula pasar yang telah usang; dan
viii. Membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap tandas awam di pasar-pasar milik Majlis dan pasar
swasta.

Aktiviti Turun Padang Bersama Menteri KPKT, Menjalankan Aktiviti Penguatkuasaan
Datuk Bandar Dan Exco Serta Ahli Majlis Ke Pasar- Bersama Bahagian Penguatkuasa.
Pasar Awam Majlis Dalam Meninjau Pembangunan

Pasar Awam.

ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH 149

UNIT KAWALAN VEKTOR

PENGENALAN
Unit Kawalan Vektor dipertanggungjawabkan untuk menguruskan aktiviti pencegahan dan kawalan
penyakit bawaan vektor iaitu Demam Denggi, di samping lain-lain aktiviti seperti pembersihan parit tanah
(pencegahan malaria), kawalan tikus dan aduan kacauganggu nyamuk, ulat bulu dan lain-lain serangga.

Jumlah angggota adalah seramai 60 orang, terdiri daripada seorang Penguasa Kawalan Vektor (PKV)
(U32), 2 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) (KUP U32), seorang Pembantu
Kesihatan Awam (PKA) (U26), 2 orang PKA (U24), seorang PKA (KUP U24), 13 orang PKA (U19), 2 orang
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (PTPO), 6 orang Pemandu Kenderaan (PK), seorang Pembantu
Operasi (PO), seorang Penghantar Notis (PN) dan 34 orang Pembantu Awam (PA).

OBJEKTIF
i. Menyiasat dalam tempoh 24 jam kes-kes Demam Denggi yang dinotifikasikan;
ii. Mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan bagi memastikan supaya bilangan kes-
kes Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah berada di paras paling minima;
iii. Meningkatkan usaha memberi Pendidikan Kesihatan kepada orang ramai di dalam kawasan MBI
mengenai penyakit Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah; dan
iv. Menyiasat semua aduan online dalam tempoh 7 hari.

FUNGSI UTAMA
i. Menyiasat dan melapor setiap kes notifikasi demam Denggi/Demam Denggi Berdarah;
ii. Pemeriksaan pembiakan aedes di sekitar kawasan premis;
iii. Menjalankan kerja-kerja semburan kabus untuk membunuh nyamuk dewasa di kawasan berlaku kes
Demam Denggi, indeks Aedes tinggi dan indeks ovitrap tinggi;
iv. Menjalankan kerja-kerja semburan Larvaciding di tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk;
v. Menjalankan kerja-kerja pengurangan punca pembiakan nyamuk;
vi. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975;
vii. Memberi nasihat, tunjuk ajar serta promosi kesihatan kepada orang ramai tentang bahaya penyakit
Demam Denggi;
viii. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan parit/longkang tanah ‘anti malaria’ dalam kawasan MBI;
dan
ix. Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan-aduan berkaitan kacauganggu
nyamuk, ulat bulu, kutu kucing dan tikus.

PRESTASI TAHUN SEMASA
i. Pada tahun 2019, kes notifikasi denggi adalah 691 kes berbanding 423 pada 2018, peningkatan
sebanyak 63.4% dan tiada kematian kes denggi dilaporkan bagi tahun 2019 seperti mana tahun 2018.
Perubahan cuaca dan pergerakan pesakit denggi adalah antara penyebab yang menyumbangkan
kepada peningkatan kejadian kes denggi di kawasan Majlis. Walaubagaimanapun hasil kerjasama
semua pihak mengikut Pelan Tindakan Wabak Denggi peringkat Majlis Bandaraya Ipoh serta tindakan
secara menyeluruh melibatkan semua Jabatan dalaman Majlis, Ahli Majlis dan warga Bandar Raya Ipoh
dengan slogan “Denggi Urusan Semua Orang” telah berjaya memberi impak yang positif dalam
penurunan kes dan tindakan pencegahan serta kawalan;

150 ILAPORAN TAHUNAN 2019 MAJLIS BANDARAYA IPOH


Click to View FlipBook Version