The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Hafiz Seman@Kamaruzzaman, 2021-02-15 21:36:13

Modul DéGuru PKJR Sekolah Menengah [cikguayu.my]

Modul DéGuru PKJR Sekolah Menengah

Keywords: pkjr

Penghargaan

Cetakan Pertama 2019

©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Penghasilan buku ini melibatkan usahasama
antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia mengucapkan
isi kandungan modul ini dalam apa juga bentuk dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut
dengan cara apa jua, sama ada secara elektronik, Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum kerana telah berjaya mengkoordinasi dan
mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah menyelaras proses pembangunan modul ini
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. menerusi Projek Semakan dan Pembangunan
Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan
Penerbit: Raya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia pihak yang telah bertungkus lumus bekerjasama
dalam menyempurnakan penghasilan modul ini.
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
Persiaran Perdana, ditujukan kepada semua yang berikut:
Presint 4, 62100 WP,
Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Tel : 03-8323 8000 Institut Pendidikan Guru Malaysia
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Faks : 03-8888 8806 Jabatan Pendidikan Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my Universiti Malaya
Universiti Putra Malaysia
Laman sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Kebangsaan Malaysia
Reka letak dan atur huruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

CLEAVE AMITY
Muka taip teks : Arial
Saiz muka taip teks : 11 poin

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

FALSAFAH PENDIDIKAN
KESELAMATAN JALAN RAYA

Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna
jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

KANDUNGAN HALAMAN

PENGENALAN MODUL DĕGURU PKJR

• Objektif Modul DĕGuru PKJR

• Kandungan Modul DĕGuru PKJR

• Jadual Pelaksanaan Bengkel Modul DĕGuru PKJR

BAHAGIAN A

Slot 1: Latar Belakang PKJR 13
1.1 Panduan Pelaksanaan Slot 1 13
1.1.1 Objektif 13
1.1.2 Masa 13
1.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 13
1.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan 13
1.1.5 Bahan yang Diperlukan 14

1.2 Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 1 14
1.2.1 Senario Keselamatan Jalan Raya 14
1.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 14
1.2.3 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia 16
1.2.4 Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR 17
1.2.5 Rumusan 17

Slaid Slot 1 21

BAHAGIAN B 51
51
Slot 2: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 1 51
51
2.1 Panduan Pelaksanaan Slot 2 51
51
2.1.1 Objektif 51

2.1.2 Masa 52
52
2.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 53

2.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan 57

2.1.5 Bahan yang Diperlukan

2.2 Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 2
2.2.1 Kandungan Ceramah
2.2.2 Sumber Rujukan

Slaid Slot 2

BAHAGIAN C 109
109
Slot 3: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 2 109
3.1 Panduan Pelaksanaan Slot 3 109
3.1.1 Objektif 109
3.1.2 Masa 109
3.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 110
3.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan
3.1.5 Bahan yang Diperlukan 110
110
3.2 Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 3 110
3.2.1 Kandungan Ceramah
3.2.2 Contoh sumber rujukan 113

Slaid Slot 3 131
131
BAHAGIAN D 131
131
Slot 4: Panduan Penggunaan Modul PKJR Sekolah Rendah 131
4.1 Panduan Pelaksanaan Slot 4 131
4.1.1 Objektif 131
4.1.2 Masa
4.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 132
4.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan 132
4.1.5 Bahan yang Diperlukan 132
133
4.2 Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 4 133
4.2.1 Pengenalan 134
4.2.2 Falsafah PKJR 136
4.2.3 Slogan PKJR ‘WASPADA BUDAYA KITA’
4.2.4 Rakan PKJR, Ikon Kemahiran Bahasa, dan Simbol BBM 143
4.2.5 Kandungan Modul PKJR
4.2.6 Mengenali dan Memahami Kandungan Modul PKJR 167
167
Slaid Slot 4 167
167
BAHAGIAN E 167
167
Slot 5: Input Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 167
5.1 Panduan Pelaksanaan Slot 5
5.1.1 Objektif 168
5.1.2 Masa 168
5.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 168
5.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan 168
5.1.5 Bahan yang Diperlukan 168
169
5.2 Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 5
5.2.1 Komponen Kurikulum 169
5.2.2 Strategi PdP 169
5.2.3 Konsep 5P 170
5.2.4 Tema-tema dalam DSKP
5.2.5 Peruntukan Masa Penyerapan PKJR dalam Mata Pelajaran

Bahasa Melayu
5.2.6 Penyerapan Ilmu PKJR
5.2.7 Penyerapan Ilmu PKJR (Tema Sama)
5.2.8 Penyerapan Ilmu PKJR (Tema Berbeza)

5.3 Sumber Rujukan 170
173
Slaid Slot 5

BAHAGIAN F

Slot 6 – Slot 8: Merancang Strategi PdP dengan Penyerapan Ilmu Keselamatan 183
Jalan Raya

6.1 Panduan Pelaksanaan Slot 6 – 8 183
6.1.1 Objektif 183
6.1.2 Masa 183
6.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 183
6.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan 184
6.1.5 Bahan yang Diperlukan

6.2 Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 6 – Slot 8 184

6.3 Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Berdasarkan Kemahiran 185
Dan Tema

Slaid Slot 6 191



LAMPIRAN

Lampiran A 203
Instrumen 1: Penilaian Kendiri (Pra) 203
Instrumen 2: Penilaian Kendiri (Pasca) 205

Lampiran B 207
Lampiran C 208
Lampiran D 209

SENARAI SINGKATAN

BAM – Buku Aktiviti Murid
BBM – Bahan Bantu Mengajar
BM – Bahasa Melayu
BPG – Buku Panduan Guru
BPK – Bahagian Pembangunan Kurikulum
DSKP – Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
HP – Hasil Pembelajaran
JKJR – Jabatan Keselamatan Jalan Raya
KJR – Keselamatan Jalan Raya
KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia
MIROS – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
PdP – Pengajaran dan Pembelajaran
PKJR – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
RPH – Rancangan Pengajaran Harian
SK – Standard Kandungan
SP – Standard Pembelajaran
VAA – Video, Audio dan Animasi

PENGENALAN MODUL DĕGURU PKJR

Modul Pendedahan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya atau Modul DĕGuru PKJR, dirancang
oleh JKJR dan MIROS bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih jelas kepada para guru agar
dapat mengaplikasi penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Bahasa Melayu (BM) secara optimum. Peserta bengkel terdiri daripada seorang Ketua Panitia Bahasa
Melayu dan seorang guru Bahasa Melayu menengah rendah bagi setiap sekolah seluruh negara. Modul
ini akan dilaksanakan selama tiga hari atau mengambil masa selama 18 jam.

OBJEKTIF MODUL DĕGuru PKJR

Objektif modul ini adalah seperti yang berikut:
• meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya dalam
kalangan guru,
• mengaplikasikan ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan modul PKJR dalam PdP BM
secara optimum;
• melahirkan guru yang mahir menyerapkan ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP BM.

KANDUNGAN MODUL DĕGuru PKJR

Modul ini telah dirangka untuk mencapai objektif program PKJR di Malaysia. Kandungan modul adalah
seperti yang berikut:

Bahagian A

Slot 1: Latar Belakang PKJR (1 jam 30 minit)
Slot ini menerangkan latar belakang PKJR yang merangkumi senario keselamatan jalan raya,
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, pengenalan PKJR di Malaysia dan proses semakan dan
pembangunan semula Modul PKJR.

Bahagian B

Slot 2: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 1 (2 jam)
Slot ini mengandungi lima input iaitu input pertama berkaitan statistik keselamatan jalan raya dunia,
input kedua berkenaan dengan statistik keselamatan jalan raya di Asia, input ketiga tentang statistik
kemalangan jalan raya di Malaysia, input keempat mengenai keselamatan jalan raya bagi pengguna
motosikal dan input kelima berkenaan keselamatan jalan raya bagi pengguna kereta.

Bahagian C

Slot 3: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 2 (2 jam 30 minit)
Slot ini mengandungi tiga input iaitu input pertama tentang keselamatan jalan raya bagi pengguna
basikal, manakala input kedua berkenaan keselamatan jalan raya bagi pejalan kaki dan input ketiga
mengenai papan tanda di jalan raya, jenis-jenis garisan, penggunaan lampu kecemasan dan lorong
kecemasan.

Bahagian D

Slot 4: Panduan Penggunaan Modul PKJR Sekolah Menengah (2 jam)
Slot ini bertujuan untuk memberikan panduan tentang penggunaan Modul PKJR sekolah menengah
kepada peserta. Peserta akan diberikan pendedahan tentang cara untuk menggunakan Buku Aktiviti
Murid (BAM), Buku Panduan Guru (BPG) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terdiri daripada video,
audio dan animasi (VAA), poster dan kad imbasan.

Bahagian E

Slot 5: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Penyerapan ilmu PKJR (1 jam)
Slot ini menerangkan kandungan kemahiran Bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis dalam PdP BM. Langkah pelaksanaan aktiviti PdP diperincikan
untuk setiap tema yang terkandung dalam DSKP BM dengan menyerapkan ilmu PKJR.

Bahagian F

Slot 6 – Slot 8: Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan Penyerapan Ilmu
PKJR (9 jam)
Slot ini bertujuan untuk memberikan input tentang strategi PdP yang menyerapkan ilmu PKJR dalam PdP
BM sekolah menengah bagi tiga kemahiran bahasa kepada peserta. Para peserta akan berbengkel dalam
kumpulan untuk menyediakan strategi PdP mengikut tema dalam DSKP di samping menyerapkan ilmu
PKJR. Seterusnya, peserta akan membentangkan hasil tugasan kumpulan dalam sesi pembentangan.

PENUTUP

Modul DĕGuru PKJR ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru untuk
mengaplikasikan penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dengan lebih berkesan. Seterusnya, modul ini dapat mengubah tingkah laku pengguna jalan raya
di Malaysia menerusi pendekatan pendidikan dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga ke
peringkat sekolah menengah.

JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MODUL
DěGuru PKJR – (Tidak menginap)

PAGI / TENGAH HARI PETANG

HARI / 08:30 – 09:00 09:00 – 10:30 10:30 – 11:00 – 12:00 – 01:00 01:00 – 2:30 – 5:00
MASA 11:00 12:00 2:30

1 Pendaftaran Ujian pra Minum Slot 2 Rehat Slot 3
Slot 1 pagi Ceramah Keselamatan Jalan Raya 1 dan Ceramah Keselamatan Jalan
2 makan
Latar Belakang PKJR Minum tengah Raya 2
HARI / pagi hari
MASA Slot 4 Slot 5 Slot 6 Slot 7
Panduan Penggunaan Modul PKJR DSKP dan Strategi PdP dengan Rehat Merancang RPH PdP Bahasa
3 Penyerapan dan
Ilmu PKJR penyerapan ilmu makan Melayu
PKJR tengah
hari

08:30 – 10:30 10:30 – 11:00 – 1:00 1:00 – 2:30 – 4:30 4:30 – 5:00
11:00 2:30

Slot 8 Minum Slot 8 Rehat Slot 8 Ujian pasca,
Pembentangan Strategi PdP dan Pengajaran pagi Pembentangan Strategi PdP dan dan Pembentangan Refleksi dan
makan
Mikro Pengajaran Mikro tengah Strategi PdP Rumusan
hari dan Pengajaran

Mikro

Jumlah Peserta: Jumlah Jurulatih Penambahbaikan Kualiti
40 orang guru Tingkatan Minimum 2 orang Berterusan (CQI)

1/2/3 bagi setiap bengkel Ujian Pra & Ujian Pasca

JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL
MODUL DěGuru PKJR – (Menginap)

PAGI TENGAH HARI/PETANG MALAM

HARI / 08:30 -10:30 10:30 11:00 - 12:00 - 1:00 02:00 - 02:30 - 04:00 - 05:30 - 08:30 -10:30 10:30 -
12:00 02:30 4:00 05:30 08:30 11:00
MASA -11:00

1 Pendaftaran Ujian pra Slot 2 Minum Slot 3 Bersurai
peserta Slot 1 Ceramah petang, Ceramah dan minum
Latar Keselamatan Keselamatan
Jalan Raya 1 rehat Jalan Raya 2 malam
Belakang dan
PKJR makan

malam

08:30 -10:30 10:30 11:00 - 12:00 -1:00 01:00 - 2:30 – 4:30 4:30 - 08:30 -10:30 10:30 -
-11:00 12:00 02:30 08:30 11:00

2 Slot 4 Minum Slot 5 Slot 6 Makan Slot 7 Minum Slot 8 Bersurai
Panduan pagi DSKP dan Strategi tengah hari Merancang RPH PdP petang, Pembentangan dan minum
Penggunaan Penyerapan PdP dengan dan solat
Modul PKJR Ilmu PKJR penyerapan ilmu Bahasa Melayu rehat Strategi malam
PKJR dan PdP dan
makan Pengajaran
malam
Mikro

Slot 8

Pembentangan Slot 8 Ujian pasca,

3 Strategi PdP Minum Pembentangan Strategi PdP dan Refleksi dan

dan Pengajaran pagi Pengajaran Mikro Rumusan

Mikro

Jumlah Peserta: Jumlah Jurulatih Penambahbaikan Kualiti
40 orang guru Tingkatan Minimum 2 orang Berterusan (CQI)

1/2/3 bagi setiap bengkel Ujian Pra & Ujian Pasca



11 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah



13 SLOT 1

BAHAGIAN A

SLOT 1: LATAR BELAKANG PKJR

1.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 1

1.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
i) menghuraikan tentang latar belakang serta pengenalan PKJR,
ii) merumuskan kepentingan PKJR kepada murid sekolah menengah rendah.

1.1.2 Masa: 1 jam 30 minit

1.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa

i) Ujian Pra : 15 minit

ii) Sesi Taaruf : 15 minit

iii) Pengenalan PKJR : 1 jam

1.1.4 Langkah-langkah Pelaksanaan MASA CATATAN
15 minit Soalan ujian pra
BIL. KANDUNGAN/AKTIVITI diberikan kepada
peserta (Borang Google
1 Pengenalan /salinan keras)
• Ujian Pra diberikan kepada semua peserta Teknik Perbincangan

Sesi Taaruf (Citra Kumpulan) Aktiviti kumpulan
• Fasilitator melaksanakan sesi taaruf.
Mencipta dan kreatif
i) Peserta membentuk kumpulan yang terdiri 15 minit
daripada 4-5 peserta.

ii) Setiap kumpulan berbincang untuk
menghasilkan satu tagline dan juga sorakan
/ tepukan kumpulan yang paling menarik dan
sesuai dengan nama kumpulan dengan tema
keselamatan jalan raya.

iii) Sorakan / tepukan kumpulan perlu dijalankan
sebelum bermulanya sesuatu pembentangan
kumpulan bagi menaikkan semangat ahli
kumpulan.

Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi dalam
kumpulan

2 Pembentangan 1 jam Pembentangan slaid
powerpoint oleh jurulatih
• Matlamat bengkel
Tayangan Video
• Pengenalan Jabatan Keselamatan Jalan Sesi soal jawab

Raya (JKJR)

• Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

• Sejarah PKJR

• Modul PKJR Semakan 2016

• Perbandingan Modul PKJR Lama dan Baharu

• Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR)

• Rumusan

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 14

1.1.5 Bahan yang Diperlukan

BIL. BAHAN JUMLAH
1 Borang ujian pra Disertakan (Lampiran A)
2 Slaid powerpoint Disertakan
3 Disertakan
Video

1.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 1

1.2.1 Senario Keselamatan Jalan Raya

Dari perspektif global, secara purata sebanyak 3,500 pengguna jalan raya terkorban akibat kemalangan
jalan raya di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 500 orang kanak-kanak kehilangan
nyawa dan ribuan yang cedera di jalan raya (UN News Center, 2015). Menurut UN World Health
Organization (WHO), bagi setiap 4 minit, seorang kanak-kanak terkorban sehingga mengakibatkan 186,
300 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mati disebabkan kemalangan jalan raya setiap tahun. Justeru,
kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah faktor utama kematian di seluruh dunia bagi golongan
dewasa muda yang berumur antara 15 hingga 44 tahun (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO)

Dalam konteks Malaysia pula, secara purata 18 hingga 20 kematian akibat kemalangan jalan raya
dicatatkan setiap hari. Kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi isu besar yang sangat
membimbangkan. Kemalangan jalan raya membawa banyak impak negatif kepada negara terutamanya
keluarga mangsa. Ia juga membawa impak terhadap ekonomi negara di mana kita kehilangan modal
insan negara. Peningkatan jumlah kenderaan sebanyak 1 kali ganda semasa musim perayaan juga
sering menyebabkan peningkatan jumlah kemalangan. Justeru, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
2006 hingga 2010 dan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 hingga 2020 telah dirangka bagi
mengatasi isu ini.

1.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

1.2.2.1 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010

Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 hingga 2010 telah dirangka khusus untuk dijadikan garis panduan
dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan program keselamatan jalan raya di bawah Rancangan
Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pelan tindakan tersebut telah menetapkan satu perancangan menyeluruh dengan
pendekatan yang seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya berdasarkan konsep
empat 4E, iaitu pendidikan (education) penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering) dan
persekitaran (environment).

Terdapat sembilan strategi yang diperkenalkan sebagai asas dan rangka kepada program keselamatan
jalan raya dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 seperti berikut:

i) Penambahan dan pengekalan pendidikan serta langkah-langkah psikologi dalam menangani
isu keselamatan jalan raya;

ii) Mengurangkan kecuaian manusia dengan menggabungkan dan menggunapakai kepakaran
teknologi;

iii) Mempertingkat dan meneruskan pendekatan kejuruteraan;
iv) Meningkatkan penyertaan masyarakat yang melibatkan majikan, pemimpin masyarakat, ahli

politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan professional, organisasi sukarela dan
kumpulan pemuda untuk mencapai pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan jalan raya
yang lebih komprehensif dan berkesan;

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

15 SLOT 1

v) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam bagi mengurangkan pendedahan terutamanya
bagi golongan berisiko tinggi iaitu penunggang motosikal;

vi) Fokus kepada perbezaan jurang keselamatan jalan raya (selain dari yang telah dinyatakan)
dengan matlamat untuk mencapai faedah kos yang optimum dalam pengangihan sumber;

vii) Tumpuan kepada pengguna jalan raya yang berisiko tinggi dengan kemalangan iaitu penunggang
dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kenderaan dan pejalan kaki;

viii) Mengkaji semula dan mempertingkatkan peraturan-peraturan keselamatan jalan raya; dan
ix) Mempromosikan perkongsian dana di antara orang awam dan pihak swasta bagi menjalankan

program keselamatan jalan raya.

Strategi pertama telah dijadikan asas dalam program keselamatan jalan raya. Pendidikan mengenai
keselamatan jalan raya merupakan asas kepada perubahan tingkah laku, kemahiran dan sikap pengguna
jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan raya ini bukan sahaja dapat memberikan input berkenaan
dengan keselamatan jalan raya, malah turut dapat memberikan kesedaran tentang risiko yang wujud di
jalan raya. Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seperti pejalan kaki, penunggang
basikal dan motosikal serta pemandu perlu diberikan pendedahan dan pendidikan yang secukupnya
melalui program pendidikan yang dibangunkan khas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan
raya di sekolah.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.
1/2006 bertarikh 15 Mei 2006 telah memutuskan supaya Program PKJR dilaksanakan di sekolah.
Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama pintar antara dua kementerian, iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Keselamatan Jalan
Raya.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM (RSRC UPM)
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan projek rintis PKJR di Pasir
Mas, Kelantan bagi murid-murid sekolah rendah. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat
di semua sekolah mulai tahun 2007. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan peralatan khusus
bagi memperlengkap sekolah dan para guru untuk memupuk kesedaran keselamatan di jalan raya.

1.2.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Hasil daripada pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010, Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi-
agensi kerajaan serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan. Langkah yang
diambil dalam merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 serta pelaksanaannya
adalah berpandukan kepada Tindakan Sedekad Global yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) juga menekankan keperluan program-program keselamatan jalan raya yang
berorientasikan hasil. Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 adalah berfokuskan
hasil dan langkah-langkah intervensi. Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dirangka
bagi tujuan:

i) meningkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan
raya di Malaysia;

ii) menyokong saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjayakan Tindakan
Sedekad bagi Keselamatan Jalan Raya; dan

iii) mendapatkan sokongan politik dan sumber yang mencukupi bagi memberi inisiatif-inisiatif
keselamatan jalan raya.

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 16

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini dirangka berasaskan kepada lima Tonggak
Strategik ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan melalui pelaksanaan strategi yang menyeluruh.
Lima tonggak tersebut ialah:

i) Tonggak strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya;
ii) Tonggak strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat;
iii) Tonggak strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat;
iv) Tonggak strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat;
v) Tonggak strategik 5 – Pengurusan Punca Kemalangan.

Lima Tonggak Strategik ini telah diterjemahkan kepada enam Hasil Akhir dan sepuluh Hasil Pertengahan.
Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 memberi satu kerangka kerja yang
kukuh bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya di negara ini. Tonggak Strategik 4 iaitu
‘Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat’ memberikan penekanan terhadap penambahbaikan tingkah
laku pengguna jalan raya. Justeru, program-program yang menyeluruh bagi memperbaiki tingkah laku
pengguna jalan raya telah dirancang dengan teliti. PKJR telah dikenalpasti sebagai satu program
pendidikan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mengubah tingkah laku dan mewujudkan
budaya berwaspada di jalan raya. Tonggak strategi 4 telah dijadikan landasan untuk terus memperkasa
PKJR bagi melahirkan generasi yang bertingkah laku positif dan bertanggungjawab di jalan raya.

1.2.3 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia

PKJR ialah satu inisiatif jangka panjang bagi melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang
berhemah kerana mengamalkan budaya selamat dan sentiasa berwaspada serta berhati-hati di
jalan raya. Usaha ini merupakan satu langkah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri,
keharmonian keluarga, kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara.

PKJR merupakan proses pendidikan sepanjang hayat yang bermula daripada peringkat pendidikan
awal kanak-kanak. Diharapkan keselamatan jalan raya dapat menjadi sebahagian daripada budaya
dan amalan generasi pengguna jalan raya. Program ini bertujuan untuk melengkapkan pengetahuan
dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak bagi melahirkan
generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, PKJR juga adalah penting agar kanak-kanak
dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri serta
menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

PKJR yang dirangka merupakan satu usaha kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),
Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kerjasama
strategik. Objektifnya adalah untuk mendedahkan murid-murid di sekolah rendah dan menengah kepada
pengetahuan keselamatan jalan raya. PKJR ini diajar melalui penyerapan ilmu keselamatan jalan raya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan persetujuan bersama dengan KPM.

Mesyuarat penyelarasan PKJR peringkat pertama telah diadakan pada 16 Ogos 2006 yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Mesyuarat tersebut memutuskan
bahawa peringkat permulaan pelaksanaan PKJR dibuat secara rintis dengan melibatkan 1000 sekolah
rendah di seluruh negara pada tahun 2007. JKJR bertindak sebagai urus setia bagi pihak Kementerian
Pengangkutan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula mewakili pihak KPM. Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan oleh KPPM Bil. 1/2008 bertarikh 4 Ogos
2008 telah meluluskan cadangan Pelaksanaan PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di
sekolah rendah dan menengah. Program PKJR dilaksanakan sebagai sisipan dalam mata pelajaran BM
secara menyeluruh kepada murid-murid Tahun 1 bermula pada 9 Jun 2008.

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

17 SLOT 1

1.2.4 Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan PKJR pada 11 September 2014 telah memutuskan
supaya semakan semula modul PKJR dilakukan setelah hampir 10 tahun pelaksanaan program
tersebut. Kajian keperluan semakan semula Modul PKJR telah dijalankan oleh MIROS pada tahun
2015. Hasil kajian mendapati bahawa modul PKJR perlu disemak semula dengan penambahbaikan.
Langkah ini selaras dengan peredaran zaman yang lebih menjurus kepada perkembangan teknologi
maklumat, globalisasi serta isu-isu keselamatan jalan raya yang terkini. Selain itu, semakan perlu
dilakukan supaya modul PKJR ini adalah selari dengan perubahan kurikulum baharu pembelajaran
di sekolah iaitu daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).
Memandangkan pelaksanaan program PKJR adalah sangat penting, kerajaan telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM42 juta dalam pembentangan bajet Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11)
untuk melaksanakan Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR. Peruntukan ini telah
disalurkan kepada JKJR bagi tempoh lima tahun bermula 2016 hingga 2020. Rentetan daripada itu,
MIROS telah diberikan mandat oleh JKJR untuk melaksanakan projek tersebut. Pada tahun 2016,
Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR telah berjaya menghasilkan Modul PKJR
Semakan bagi peringkat sekolah rendah dan sebanyak 24 buah sekolah di Malaysia telah terlibat dalam
kajian rintis penggunaan modul tersebut. Modul PKJR Semakan sekolah rendah ini akan digunakan di
seluruh negara bermula tahun 2019. Pada tahun 2017, pihak projek telah berjaya menghasilkan Modul
PKJR Semakan peringkat sekolah menengah rendah hasil sinergi pegawai daripada MOT dan MOE.
Modul tersebut telah dirintiskan di 12 buah sekolah menengah di enam buah negeri di Malaysia dan
akan digunakan di seluruh negara bermula tahun 2020.
1.2.5 Rumusan
PKJR di Malaysia telah dirangka bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga sekolah
menengah supaya PKJR menjadi sebahagian daripada amalan budaya positif masyarakat di Malaysia.
Inisiatif jangka masa panjang ini diharap dapat membentuk dan melahirkan generasi baharu pengguna
jalan raya yang berhemah kerana mengamalkan budaya selamat, beradab, berhati-hati dan berwaspada
semasa menggunakan jalan raya. Pelaksanaan PKJR ini, diharap dapat melahirkan masyarakat Malaysia
yang akan sentiasa mengamalkan sikap mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Waspada Budaya Kita

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah



19 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah



21 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 22

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

23 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 24

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

25 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 26

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

27 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 28

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

29 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 30

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

31 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 32

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

33 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 34

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

35 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 36

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

37 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 38

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

39 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 40

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

41 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 42

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

43 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 44

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

45 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

SLOT 1 46

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah

47 SLOT 1

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah



49 SLOT 2

Modul Deguru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Menengah


Click to View FlipBook Version