The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fahmyshaharudin, 2023-04-08 19:49:57

MODUL B&K SEKOLAH

MODUL B&K SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


3 KANDUNGAN MUKA SURAT Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 5 6 7 Bab 1 : Pengenalan Kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Latar Belakang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Falsafah Bimbingan dan Kaunseling Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Mukadimah Skop Kaunseling Kod Tatalaku Piagam Pelanggan 10 14 22 22 22 23 23 23 25 26 26 26 27 31 Bab 2 : Pengurusan Dan Pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Senarai Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Aliran Perhubungan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Dalam Organisasi Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Cadangan Format Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Cadangan Sasaran Kerja Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Menengah Cadangan Rancangan Tahunan Sekolah Rendah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Carta Aliran Sesi Bimbingan Individu, Bimbingan Kelompok, Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok. Pengurusan dan Pentadbiran Program dan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Sistem Fail Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pengurusan Kewangan 34 36 38 39 40 41 46 53 60 60 61 62 64 67


4 KANDUNGAN MUKA SURAT Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2012 Kadar Bantuan Perkapita Borang Anggaran Belanja Mengurus, Borang Nota Minta Cadangan Maklumat dan Inventori Khas Murid Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah / Rendah Rangkaian Strategik 68 69 70 72 73 Bab 3 : Bilik Bimbingan dan Kaunseling Cadangan Standard Minimum Bilik Bimbingan dan Kaunseling Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling I Pelan Asas Bilik Bimbingan dan Kaunseling II Gambar Bilik Bimbingan dan Kaunseling 76 79 80 81 Bab 4 : Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah 89 90 Bab 5 : Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak 94 Senarai Rekod, Pelaporan dan Senarai Semak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Contoh Borang / Rekod / Senarai Semak 95 96 Bab 6 : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bab 7 : Program Kaunseling Berfokus Bab 8 : Panduan Kajian Tindakan LAMPIRAN Senarai Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Di Sekolah Contoh Tajuk Aktiviti Kelas Ganti Guru Bimbingan dan Kaunseling Rujukan Modul-Modul Bimbingan dan Kaunseling PENGHARGAAN 128 135 147 161 163 166 167 168


5 KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan utama semua pihak, khususnya pihak kerajaan. Pelbagai usaha, perancangan, peruntukan dan tindakan telah diatur bagi mencapai tahap pendidikan yang tinggi, seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan antara pemangkin pendidikan berkualiti Negara terutama dalam aspek pembangunan modal insan. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid amalahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang tepat dalam menjalankan perkhidmatan. Murid diibaratkan rebung yang masih boleh dilentur. Oleh itu, peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah amat penting untuk melentur mereka menuju ke arah kejayaan melalui usaha perekayasaan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tidak dapat dinafikan, murid sekolah adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Justeru, apa sahaja yang berlaku dalam masyarakat akan terdedah kepada mereka. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah diharapkan akan dapat menyediakan pengetahuan, kemahiran, dan persekitaran yang sesuai kepada murid bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang dhasratkan. Saya berasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang selari dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia merupakan satu sumbangan yang sangat bermakna kepada perkembangan pendidikan di Malaysia. Sekian terima kasih. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN


6 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah merupakan unit yang penting dalam pembentukan kecemerlangan diri dan sahsiah murid. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memfokuskan enam ciri utama iaitu; pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dewibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional yang diperlukan oleh setiap murid supaya dapat bersaing pada peringkat global. Sehubungan itu, pelaksanaan perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah yang memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya dan psikososal seharusnya berada pada tahap yang terbaik. Semua murid sewajarnya mendapat panduan, bimbingan kaunseling yang berkualiti. Oleh itu, semua Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa diharap dapat menggunakan buku panduan ini sebagai rujukan utama untuk mewujudkan perkhidmatan yang efektif dan sistematik. Impak perkhidmatan yang berkesan dan profesional ini akan mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif, selamat dan berdaya saing. Harapan kita, kecemerlangan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan murid yang mampu bersaing hingga ke pingkat global pada masa hadapan. Tahniah, saya ucapkan atas kejayaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kerana Berjaya menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah edisi terbaru ini. Sekian terima kasih. DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


7 KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Remaja, khususnya murid sekolah merupakan aset penting Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan agar dapat menyediakan modal insan yang menguasai kemahiran insaniah dan memenuhi keperluan industri di era globalisasi ini. Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting dalam membangunkan murid secara holistik. Bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, disamping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Peranan dan beban tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah dikaji semula dan hasil daripada itu, wujudlah Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Johor yang diperbaharui dengan maklumat terkini termasuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Sukacita saya mengucapkan tahniah kepada Sektor Pengurusan Kaunseling Disiplin kerana berjaya menerbitkan edisi terbaru ini. Saya berharap semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memanfaatkan buku ini dan memantapkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di negeri Johor. Sekian, terima kasih. TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS


8


9 PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


10 LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. SEJARAH Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79. “Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja” Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah : Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982. Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973. Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun


11 Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3 bulan termasuk praktikum. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah. Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2 kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997 Mulai bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma dan Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara. Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah. Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).


12 Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah Nisbah Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil. KP (PP) 0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah. Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah. Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Pada Januari 2005, kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunseling ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa. Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secara rasmi. Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling 500 1 501 - 1000 2 1001 - 1500 3 1501 - 2000 4 2001 - 2500 5 2501 - 3000 6 Bilangan Murid Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling 350 1 851 - 1350 2 1351 - 1850 3 1851 - 2350 4 2351 - 2850 5 2851 - 3350 6


13 2. PEREKAYASAAN Surat Siaran Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 16 April 2012 adalah merupakan panduan perkhidmatan terkini yang perlu dilaksanakan oleh semua Guru Bimbingan dan Kaunseling. Ini kerana bidang yang diperkenalkan melalui perekayasaan kaunseling berbeza daripada yang terdahulu. Penekanan diberi kepada pembangunan sahsiah dan disiplin murid dari sudut kemenjadian pelajar dan fokusnya adalah menjurus kepada pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.


14 LAMPIRAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TUJUAN 1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah. KONSEP 2. Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. 3. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya. 4. Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.


15 5. Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah. OBJEKTIF 6. Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah; 6.1 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah. 6.2 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka, seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul. 6.3 Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya. 6.4 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka. FOKUS PERKHIDMATAN B&K 7. Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut; 7.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid 7.2 Peningkatan disiplin diri murid 7.3 Pendidikan kerjaya murid 7.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid Fokus 1 : Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid: 8. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (character)


16 murid daripada aspek berikut : 8.1 Sikap penyayang (kepedulian) 8.2 Budi bahasa 8.3 Konsep kendiri 8.4 Kepemimpinan 8.5 Komunikasi 8.6 Kekemasan diri 8.7 Ketepatan masa Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji. Fokus 2 :Peningkatan Disiplin Diri Murid 9. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti-sosial yang lain. Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera. Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid 10. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah; 10.1 Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya. 10.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka. 10.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam atau swasta.


17 Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa hadapan Fokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid 11. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah; 11.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi 11.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi 11.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif Outcome : Murid yang sihat pemikirannya KAEDAH PELAKSANAAN Pengurusan Profil Murid 12. Fokus ini adalah menyediakan pangkalan Profil Murid yang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah; 12.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin 12.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah 12.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid 12.4 Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi 13. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian. Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan 14. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.


18 15. Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada terlibat dengan jenayah rogol dan bunuh diri. Konsultasi Keibubapaan 16. Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana; 16.1 Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan. 16.2 Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid. Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 17. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah; 17.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS 17.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan; a. PRS sebagai role model kepada orang lain b. Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain Murid Berkeperluan Khas 18. Fokus ini adalah memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah. 19. Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skill dan hala tuju kerjaya murid berkeperluan khas. 20. Membimbing murid normal yang lain untuk menerima, membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas. Penyampaian (outreach) perkhidmatan 21. Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K.


19 22. Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok 23. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B&K. 24. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P). PENGURUSAN Menjalankan Tugas Luar 25. Seorang guru B&K boleh dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas. 26. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B&K diarahkan; 26.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang. 26.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat. 26.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara itu boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu. 27. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarahkan atau diminta oleh KPM, JPN atau PPD. Kelas Ganti 28. Guru B&K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak melebihi 8 waktu seminggu. 29. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah


20 melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan Perkhidmatan B&K. 30. Guru B&K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti. Jadual Waktu 31. Tempoh masa bertugas Guru B&K adalah sama seperti guru P&P. Walau bagaimana pun, jadual waktu bertugas bagi Guru B&K di sekolah perlu lebih fleksibel (flexi). Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang Guru B&K di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas guru P&P di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian Guru B&K. 32. Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksibel (flexi) kerana fungsi mereka termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan komuniti di luar sekolah di mana aktiviti tersebut hendaklah hanya untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah. Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Kaunseling Sekolah 33. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi Bimbingan dan Kaunseling hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti perkhidmatan B&K yang berfokus kepada 4 bidang utama seperti di perenggan 7 (Fokus Perkhidmatan B&K). Sokongan Pentadbir Sekolah 34. Pentadbir sekolah hendaklah memastikan perkhidmatan Guru B&K berfokus kepada Program Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid. Dalam hal ini pentadbir sekolah hendaklah memastikan Guru B&K memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan serta memberi tumpuan kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan perkhidmatan B&K. 35. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada Guru B&K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.


21


22 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" MISI "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbinga dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


23 RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala-gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah. 2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid. 3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri. 4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan. OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah:- 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah. 2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya. 4. Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka. PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. 2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan. 3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.


24 4. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya. 5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan. 6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurangkurangnya dalam jangka masa panjang. 7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan. 8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain. 9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan. 10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut : 10.1. Orientasi Deria Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa. 10.2. Gerak Balas (Response) Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja. 10.3. Corak Pemikiran Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu. 11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan,tetapi ini bergantung kepada nilai,jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyelesaikan diri.


25 12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini. 13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid. PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut : 1.1. Pendekatan Pencegahan Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri. 1.2. Pendekatan Perkembangan Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi. 1.3. Pendekatan Pemulihan Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu. 1.4. Pendekatan Krisis Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.


26 KOD ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MUKADIMAH 1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng piawaian perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhan. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. 2. Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan diri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni. 3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung semasa Kod Etika . 4. Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya. 5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima. SKOP KAUNSELING 1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien. 2. Skop perkhidmtan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.


27 KOD TATALAKU 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan di Malaysia. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir dari Jabatan Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. A. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien. 4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. 5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. 6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya. 7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun. 8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.


28 9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan. 10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama. 11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. 12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian. 13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain. 14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama. 15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan. 16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam. B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Rakan Profesional 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. 3. Guru Bimbingan dan Kunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika. 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan . Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.


29 C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadap Masyarakat 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut. D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan. 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. 5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. 6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti. 7. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. 8. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa. 9. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya. E. Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar) i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa 1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik. 2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.


30 3. Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang hendak dijalankan. 4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling. 5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya. 6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah. 7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan Pergerakan) 8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain. 9. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling. 10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai status kes. 11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah berkenaan berdasarkan kekananan atau senioriti. ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program. 2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti guru akademik lain. 3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.


31 5. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah. 7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling Sekolah. 8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan bimbingan dan kaunseling, berasaskan peraturan kewangan sedia ada. ETIKA PENGUKURAN DAN PENILAIAN 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi penerangan yang lengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul. 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu. 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada klien (warga sekolah). 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan. PIAGAM PELANGGAN 1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik. 2. Menerima semua klien tanpa syarat. 3. Memenuhi temujanji klien.


32 4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain. 5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional. 6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit setiap sesi individu atau kelompok. 7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta. 8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.


33 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


34 SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA 1. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid. 2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 3. Merancang, melaksana dan mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok, secara profesional dan beretika. 4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum. 5. Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui media yang sesuai. 6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. 7. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid. 9. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid. 10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid. 11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental murid. 12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid. 13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 15. Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.


35 16. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah. 18. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 20. Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


36 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH 1 PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID Pembangunan Diri Keibubapaan Bimbingan Akademik Kemahiran Komunikasi Perkembangan Individu Perkembangan Remaja Masa Kini & Akan Datang Kemahiran Penyelesaian Masalah Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kemahiran Sosial Pengurusan Diri Kemahiran Pemilihan Aktiviti Keutamaan Kemahiran Belajar Pengumpulan Maklumat Belajar Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Latihan Dalam Kumpulan Bengkel Ceramah Seminar Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor-Mentee Amalan Guru Penyayang 2 PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID Psikososial & Kesejahteraan Mental Pembangunan Diri Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/AIDS Keibubapaan Kemahiran Pengurusan Masa Kemahiran Sosial Pengurusan Diri Kemahiran Komunikasi Kemahiran Tegas Diri / Asertif Pengurusan Tekanan Kemahiran Membuat Keputusan Penyebaran Maklumat Kemahiran Analisis Kritikal Perhargaan Kendiri Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Kaunseling Kelompok Kaunseling Individu Lawatan ke rumah Ceramah Forum Seminar Tayangan Video Pameran Kolokium Tutor Sebaya Mentor-Mentee Amalan Guru Penyayang 3 PENDIDIKAN KERJAYA MURID Kerjaya Inventori Minat Kerjaya (IMK) Inventori Tret Personaliti (ITP) Inventori Nilai Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Pengumpulan Maklumat Kerjaya Pendedahan Maklumat Kerjaya dan Peluang Latihan Kerjaya Penyebaran Maklumat Bengkel Penempatan IPTA / ILKA Pentaksiran Psikometrik Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Bimbingan Kerjaya merentasi kurikulum dan kokurikulum Lawatan Ceramah Forum Seminar Tayangan Video Bengkel E-Profil


37 BIL FOKUS BIDANG INPUT CADANGAN KAEDAH 4 PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MURID Psikososial & Kesejahteraan Mental Ujian Tret Personaliti (ITP) Inventori Personaliti Warna (IPW) Ujian Psikologi (Minda Sihat) Dasar Warga Emas Negara Kemahiran Komunikasi Kemahiran Tegas Diri / Asertif Pengurusan Tekanan Kemahiran Membuat Keputusan Kemahiran Kerohanian Kemahiran Pengawalan Diri Kemahiran Aplikasi Kemahiran Sintesis Kemahiran Analisis Kritikal Perhargaan Kendiri Perkembangan Keremajaan Konsep Kendiri Program Orientasi Pendidikan Kekeluargaan Perkembangan Seksual Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Latihan Dalam Kumpulan Bengkel Ceramah Seminar Taklimat Kolokium Tutor Sebaya Mentor-Mentee Kursus Kaunseling Keluarga Tayangan Video Kuiz Pameran Bengkel Brosur Poster Perkongsian Program Jati Diri Amalan Guru Penyayang


38 ALIRAN PERHUBUNGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA DALAM ORGANISASI SEKOLAH PENGETUA/GURU BESAR SK/SMK ……………………………………………. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENOLONG KANAN HEM GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENOLONG KANAN PETANG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


39 PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI NAIB-NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA SEMUA GURU KANAN MATA PELAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL KETUA GURU ASRAMA (WARDEN) GURU MEDIA GURU DATA KETUA GURU DISIPLIN GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS KELAS PERALIHAN GURU PENYELARAS TINGKATAN 1 GURU PENYELARAS TINGKATAN 2 GURU PENYELARAS TINGKATAN 3 GURU PENYELARAS TINGKATAN 4 GURU PENYELARAS TINGKATAN 5 GURU PENYELARAS TINGKATAN 6 Pengetua Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa JAWATANKUASA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH


40 PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI NAIB-NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA KETUA PANITIA GURU PENDIDIKAN ISLAM / MORAL GURU MEDIA GURU DATA KETUA GURU DISIPLIN GURU BIASISWA/KEBAJIKAN GURU PENYELARAS TAHUN 1 GURU PENYELARAS TAHUN 2 GURU PENYELARAS TAHUN 3 GURU PENYELARAS TAHUN 4 GURU PENYELARAS TAHUN 5 GURU PENYELARAS TAHUN 6 Guru Besar Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa JAWATANKUASA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH


41 CADANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Bi l Petunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR 1 Masa Kuantiti Kualiti Kos PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Memberi khidmat Sesi Bimbingan Kaunseling Semua murid dan ibu bapa Matlamat: 100% murid yang dirujuk mendapat perkhidmatan kaunseling. Jenis Aktiviti: Kaunseling kelompok Kaunseling individu Bimbingan individu Bimbingan kelompok Sesi konsultasi Jangkamasa Pelaksanaan: Sepanjang tahun 40% 40% 2 PEMBANGUNAN DIRI DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH Merancang, melaksana, mengawalselia pengurusan dan aktiviti pembangunan diri murid - Bidang Pembangunan Diri Murid - Bidang Keibubapaan - Bidang Bimbingan Akademik Semua murid Matlamat: Memberi input dan pendedahan pembangunan diri Jangkamasa Pelaksanaan: Sepanjang tahun 15% 15%


42 Bil Petunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR 3 Masa Kuantiti Kualiti Kos PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID Merancang, melaksana, mengawalselia pengurusan dan aktiviti pembangunan diri murid - Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental - Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS - Bidang Keibubapaan Semua murid Matlamat: Memberi input dan pendedahan pembangunan diri Jangkamasa Pelaksanaan: Sepanjang tahun 15% 15%


43 Bil Petunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR 4 Masa Kuantiti Kualiti Kos KERJAYA Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pengajian dan kerjaya . Matlamat: 100% murid didedahkan dengan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya Jenis Aktiviti Bimbingan kelompok Bimbingan Individu Ujian Psikometrik Lawatan Ceramah Forum Pameran Seminar Tayangan Video Pertandingan -Media maklumat Kerjaya -Buku Skrap Kerjaya -Eksplorasi Alam Kerjaya -Poster kerjaya - Sketsa Kerjaya Semua murid GKSM Penolong Kanan PK HEM PK KOKO Profesional jemputan 10% 10%


44 Bil Petunjuk Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR 5 Masa Kuantiti Kualiti Kos PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL Merancang, menyedia, mengurus, mengenalpasti, mengawalselia berkaitan dengan bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental termasuk Perkembangan Diri Murid Matlamat: 100% murid akan didedahkan input dalam bidang Psikososial, Kesihatan Mental dan Perkembangan Diri Murid. Jenis Aktiviti : Bimbingan merentasi Kurikulum dan kokurikulum Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bimbingan Kelompok Bimbingan Individu Forum, Kursus Bengkel, Seminar Kem Bina Insan / Diri Kolokium, Rehlah Lawatan Tayangan Video Kaunseling Keluarga Latihan dalam kumpulan Aktiviti simulasi Kumpulan Perkhemahan Ibadah Ceramah Jangkamasa Pelaksanaan: Sepanjang tahun GBKSM Pegawai Kesihatan Pegawai Kebajikan Masyarakat PRS 10% 10%


45 Bil Petunjuk Prestasi Sasaran Kerja Sasaran Standard Pelaksanaan SM SR 6 Masa Kuantiti Kualiti Kos PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Merancang, melaksana, mengawalselia pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling -Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental -Bidang Pembangunan Diri Murid -Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS -Bidang Keibubapaan Matlamat: Memberi perkhidmatan kepada semua warga sekolah yang memerlukan. Jenis Aktiviti : Sistem fail Sebaran Maklumat Matlamat: Memberi perkhidmatan kepada semua warga sekolah yang memerlukan. Jenis Aktiviti : Sistem fail Sebaran Maklumat Jangkamasa Pelaksanaan: Sepanjang tahun 10% 10%


46 CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Januari Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid *Memberi pengiktirafan pelantikan murid Pelantikan Pemimpin Murid Kajian Keperluan Murid Senarai Semak Masalah Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Peningkatan Disiplin Diri *Menggalakkan murid hadir ke sekolah Jom Ke Sekolah Kajian Tindakan Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Pendidikan Kerjaya Murid *Memberi maklumat halatuju selepas Ting 3 Kemasukan murid ke SM Teknik / Kolej Vokasional/ SBP/ MRSM dan lain-lain Tingkatan 4 GBK Psikososial dan Kesejahteraan Mental *Penyesuaian diri murid dengan persekitaran sekolah menengah *Pengenalan pakej mata pelajaran menengah atas Orientasi Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 GBK BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Januari hingga November Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling *Membudayakan amalan penyayang dalam warga sekolah *Meningkatkan motivasi murid *Menggalakkan murid hadir ke sekolah *Menghargai kehadiran murid Pengurusan dan Pentadbiran Kaunseling / Bimbingan Individu Kaunseling / Bimbingan Kelompok Konsultasi Ibu Bapa / Guru / Agensi Kerajaan / NGO Modul Kelas Ganti Amalan Guru Penyayang Program Mentor Mentee Murid berfokus Murid berfokus Peralihan, Tingkatan 1-6 Peralihan, Tingkatan 1-6 Murid berfokus GBK


47 BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Februari Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid *Meningkatkan kemahiran kepimpinan Kursus Kepimpinan Murid Pemimpin murid GBK Peningkatan Disiplin Diri *Mengurangkan jumlah murid ponteng kelas Jom ke Kelas Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Pendidikan Kerjaya Murid *Memberi maklumat halatuju selepas SPM *Mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri murid Kemasukan murid IPTA/ IPTS/ ILKA dan lain-lain Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1 Tingkatan 5-6 GBK Psikososial dan Kesejahteraan Mental *Mendidik murid menjauhi penyalahgunaan dadah Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Mac Peningkatan Disiplin Diri *Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah Jom Ke Sekolah Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Guru tingkatan Pendidikan Kerjaya Murid *Memberi maklumat halatuju selepas tingkatan 5 dan 6 Kemasukan murid ke IPTA/IPTS/ILKA dan lain-lain Lepasan SPM/ STPM GBK Penceramah jemputan Psikososial dan Kesejahteraan Mental *Meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan *Mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah pengurusan tekanan untuk pelaksanaan intervensi Persediaan Menghadapi Peperiksaan Soal Selidik Minda Sihat Peralihan, Tingkatan 1-6 Tingkatan 4 GBK CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH


48 BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA April Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid *Meningkatkan kesedaran dan jati diri murid Jati Diri 1 Pelajar masalah disiplin/ berisiko GBK Penceramah jemputan Peningkatan Disiplin Diri * Peningkatan disiplin kendiri murid Ceramah Disiplin Murid merokok GBK Penceramah jemputan Pendidikan Kerjaya Murid *Pendedahan pendidikan melanjutkan pelajaran dan pemilihan kerjaya *Mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri murid Lawatan/ Pameran/ Ceramah/ Ujian Minat Kerjaya Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 4 Tingkatan 5-6 GBK Penceramah jemputan *Meningkatkan kemahiran komunikasi Psikososial dan Kursus Asas PRS Ahli PRS GBK Kesejahteraan Mental *Mendidik murid menyayangi dan menghargai warga emas Lawatan Gotong-royong Peralihan, Tingkatan 1-6 Panitia Sivik Panitia Pendidikan Islam / Moral PIBG BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Mei Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid * Kemahiran menghadapi peperiksaan Persediaan menghadapi peperiksaan Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Peningkatan Disiplin Diri *Mengenalpasti masalah murid ponteng tegar Jom ke Sekolah (soal selidik)/ lawatan ke rumah Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Pendidikan Kerjaya Murid *Merasai pengalaman sebenar di IPTA/ IPTS Lawatan Tingkatan 4-6 GBK Psikososial dan Kesejahteraan Mental *Pendedahan kemahiran mengurus stres Pengurusan Stres Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH


49 BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Jun Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid *Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan guru *Memaklumkan pencapaian murid Hari Permuafakatan Ibu bapa dan guru Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Penceramah jemputan Peningkatan Disiplin Diri *Meningkatkan tanggungjawab murid terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara Jati diri 2 Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Penceramah jemputan Pendidikan Kerjaya Murid *Memberi maklumat mengenai jenis kerjaya *Memberi pilihan program pengajian kepada murid *Mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri murid Ceramah Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3-6 Tingkatan 5 GBK Penceramah jemputan Psikososial dan Kesejahteraan Mental *Mengetahui trait personaliti diri *Membantu murid lebih mengenali diri Ujian Personaliti Tingkatan 1-6 GBK CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH


50 CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Julai Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid *Menghindari pergaulan bebas *Memantapkan pengisian rohani *Bijak memilih rakan Sentuhan Rohani/ Program Benci Zina Peralihan, Tingkatan 1-6 GBK Penceramah jemputan Peningkatan Disiplin Diri *Melahirkan rasa cinta kepada sekolah Sayangi Sekolah Peralihan, Tingkatan 1-6 (masalah disiplin) GBK Pendidikan Kerjaya Murid *Memberi maklumat terkini mengenai peluang kerjaya Taklimat/ ceramah/ bimbingan Tingkatan 3,5,6 GBK Penceramah jemputan BULAN BIDANG OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI SASARAN PERSONALIA Ogos Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid *meningkatkan motivasi *mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri Sentuhan Gemilang Calon PT3/ SPM/STPM GBK Peningkatan Disiplin Diri *Meningkatkan kesedaran kepentingan hadir ke Sekolah *Menyedarkan murid matlamat menimba ilmu Jom ke Sekolah Murid lewat/ ponteng sekolah/ kelas GBK Pendidikan Kerjaya Murid *Memberi maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran Taklimat IPTA/ Matrikulasi/ Kemahiran/ IPTS Calon SPM/ STPM GBK Penceramah jemputan Psikososial dan Kesejahteraan Mental *Memberi pendedahan cara menulis resume dan menghadiri temuduga Kemahiran temuduga/ penulisan resume Calon SPM/ STPM GBK


Click to View FlipBook Version