POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 2
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 3
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 4PRAKATAPolisi Am Operasi Hospital ini bertujuan untuk:-1. Membantu dan memudahkan pihak pengurusan mentadbir urus hospital dengan lebih cekap, teratur dan efisien.2. Berfungsi sebagai rujukan atau panduan yang perlu sentiasa dikemaskini mengikut garis panduan dan keadaan semasa sekiranya berlaku pertambahan perkhidmatan yang disediakan*Polisi ini disediakan berpandukan General Hospital Operational Policy (GHOP), 3rd Edition, 2025.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 5KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAOBJEKTIFUntuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. VISINegara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.MISIMisi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:i. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:■ mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan■ menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga■ mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan merekaii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:■ mengutamakan pelanggan■ saksama■ tidak membebankan■ cekap■ wajar mengikut teknologi■ boleh disesuaikan mengikut persekitaran■ inovatifiii. Dengan menekankan:■ sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan■ sifat menghormati maruah insan■ penglibatan masyarakat
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 6ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURATPRAKATA………………………………………………....... 41.0 GAMBARAN KESELURUHAN ORGANISASI1.1 Objektif……………………………………………………… 131.2 Visi…………………………………………………………… 131.3 Misi………………………………………………………….. 131.4 Piagam Pelanggan……………………………………….. 132.0 ORGANISASI PENGURUSAN2.1 Struktur Organisasi………………………………………. 152.2 Pentadbiran Hospital…………………………………….. 182.2.1 Latar Belakang Hospital……………………………. 182.2.2 Kemudahan Fasiliti………………………………….. 192.2.3 Perkhidmatan yang Disediakan……………………. 202.2.4 Sumber Manusia…………………………………….. 212.2.5 Pencapaian…………………………………………… 222.2.6 Perancangan…………………………………………. 242.3 Jawatankuasa 253.0 PENGURUSAN DAN OPERASI3.1 Pengurusan Awam………………………………………... 273.1.1 Kaunter Informasi……………………………………. 273.1.2 Waktu Operasi & Masa Melawat…………………… 273.1.3 Kod Pakaian………………………………………….. 283.1.4 Penggunaan Alat Telekomunikasi…………………. 283.1.5 Rakaman Gambar & Video Penggambaran………. 293.1.6 Pendedahan Maklumat……………………………… 293.1.7 Kemudahan Awam………………………………….. 303.1.8 Kemudahan Parkir…………………………………… 303.1.9 Pengurusan Kematian……………………………… 30
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 73.1.10 Pengurusan Maklumbalas, Aduan & Cadangan... 303.1.11 Pengurusan Kehilangan Barang dan Barang yang Dijumpai………………………………………………. 313.2 Tadbir Urus Korporat……………………………………. 323.2.1 Surat & Dokumen…………………………………… 323.2.2 Peralatan & Bekalan Pejabat………………………. 333.2.3 Kemudahan Bilik Mesyuarat……………………….. 333.2.4 Penamaan Fasiliti…………………………………… 343.2.5 Papan Tanda………………………………………… 343.3 Kewangan 353.3.1 Peruntukan & Perbelanjaan………………………… 353.3.2 Perolehan…………………………………………….. 353.3.3 Tuntutan & Pinjaman………………………………… 363.3.4 Caj Hospital………………………………………….. 373.3.5 Pembayaran Caj Hospital………………………….. 383.4 Sistem Pengangkutan………………………………..... 393.4.1 Pengangkutan Am…………………………………… 393.4.2 Ambulans……………………………………………... 393.4.3 Van Jenazah………………………………………..... 403.4.4 Kawalan Lalu Lintas………………………………..... 413.5 Pengurusan Aset………………………………................ 423.5.1 Perolehan……………………………….................... 423.5.2 Keperluan & Spesifikasi……………….................... 423.5.3 Penghantaran & Pembekalan………...................... 433.5.4 Pelupusan………………………............................... 443.6 Sistem Komunikasi……………………………................ 443.6.1 Teknologi Informasi & Komunikasi Hospital………. 443.6.2 Telefon……………………….................................... 453.6.3 Emel………………………....................................... 45
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 83.6.4 Sistem Panggilan Jururawat……………………….. 453.6.5 Sistem Pemakluman Awam………………………… 463.6.6 Media Sosial………………………………………….. 473.7 Perkhidmatan Penswastaan…………………………….. 483.7.1 Keselamatan…………………………………………. 483.7.2 Katering……………………………………………….. 493.7.3 Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) ………… 504.0 TADBIR URUS HOSPITAL4.1 Jadual Temujanji………………………………………….. 564.2 Kaunter perkhidmatan…………………………………… 564.3 Pendaftaran………………………………………………… 574.3.1 Pendaftaran Awam………………………………….. 584.3.2 Pendaftaran Khusus…………………………………. 594.4 Fasiliti Hospital & Perubatan……………………………. 624.4.1 Klinik Pakar…………………………………………… 624.4.2 Unit Kecemasan & Trauma………………………… 634.4.3 Perkhidmatan Rawatan Harian……………………. 654.4.4 Perkhidmatan Dewan Bedah………………………. 664.4.5 Perkhidmatan Forensik……………………………… 674.4.6 Unit Patologi………………………………………….. 684.4.7 Unit Radiologi………………………………………… 704.4.8 Unit Farmasi…………………………………………. 704.4.9 Fasiliti Kakitangan…………………………………… 714.5 Ahli Lembaga Pelawat…………………………………… 724.5.1 Ahli Lembaga Pelawat Hospital……………………. 724.6 Inisiatif Khusus……………………………………………. 734.6.1 Hospital Kluster………………………………………. 734.6.2 Hospital Mesra Ibadah………………………………. 744.6.3 Hospital Rakan Bayi…………………………………. 75
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 94.6.4 Casemix………………………………………………. 754.6.5 L.E.A.N Initiative…………………………………….. 764.6.6 Bed Management Unit………………………………. 774.7 Pengurusan Rekod dan Laporan………………………. 774.7.1 Rekod Perubatan…………………………………….. 774.7.2 Pelupusan Rekod Perubatan……………………….. 784.7.3 Laporan Perubatan………………………………….. 794.7.4 Statistik Perubatan…………………………………... 804.8 Dokumentasi Perawatan…………………………………. 814.8.1 Dokumentasi manual………………………………... 814.8.2 Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ………………. 814.8.3 Rumusan dalam EMR……………………………..... 834.8.4 Akses dan Perkongsian Data……………………..... 844.8.5 Pindaan dan Tambahan……………………............. 864.8.6 Pelan Kontigensi ketika Kegagalan Sistem............ 874.9 Pengurusan Kualiti………………………………………. 894.9.1 Standard dan Indikator……………………………… 894.9.2 Aktiviti Penambahbaikan Kualiti…………………… 894.9.3 Business Continuity Management System………... 905.0 TADBIR URUS SUMBER MANUSIA5.1 Sumber Manusia…………………………………………... 915.1.1 Strategi Latihan Perjawatan………………………… 915.1.2 Orientasi………………………………………………. 915.1.3 Penempatan………………………………………….. 925.1.4 Kehadiran dan Cuti………………………………….. 925.2 Perkembangan Kerjaya dan Kompetensi…………….. 935.2.1 Program CPD………………………………………… 935.2.2 Penilaian Prestasi……………………………………. 945.2.3 Credentialing and Privileging……………………….. 95
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 105.3 Etika dan Disiplin…………………………………………. 955.3.1 Pematuhan Pemakaian dan Budaya Kerja……….. 955.3.2 Tindakan Disiplin…………………………………….. 965.4Kesihatan, Kesejahteraan dan Keselamatan Kakitangan…………………………………………………. 965.5 Latihan………………………………………………………. 985.5.1 Perkembangan Kerjaya……………………………... 985.5.2 Penilaian……………………………………………… 985.6 Hadiah dan Sumbangan…………………………………. 995.7 Kajian……………………………………………………….. 996.0 TADBIR URUS PESAKIT6.1 Hak-Hak Pesakit………………………………………….. 1006.2 Consent……………………………………………………. 1026.3 Konsultasi…………………………………………………. 1056.4 Sistem Rujukan…………………………………………… 1056.4.1 Umum………………………………………………… 1056.4.2 Rujukan Dalaman…………………………………… 1076.4.3 Rujukan Luaran……………………………………… 1076.5 Kemasukan………………………………………………… 1096.5.1 Kemasukan Pesakit…………………………………. 1096.5.2 Ketibaan di Wad……………………………………… 1116.5.3 Kemasukan Pesakit Tanpa Identiti………………… 1126.5.4 Pesakit Kritikal……………………………………….. 1136.6 Pesakit Dalam……………………………………………… 1136.6.1 Komunikasi Serah Tugas…………………………… 1136.6.2 Pesakit Tenat………………………………………… 1136.6.3 Do Not Resuscitate (DNR) dan Penolakan Rawatan……………………………………………………... 1136.6.4 No Active Resuscitation…………………………….. 114
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 116.6.5 End of Life Care…………………………….............. 1156.6.6 Pendermaan Organ……………………………........ 1156.7 Discaj……………………………………………………….. 1166.7.1 Pelan Discaj…………………………….................... 1166.7.2 Discharge Against Medical Advice (DAMA)………. 1176.7.3 Pesakit Melarikan Diri (Absconded)……………….. 1186.7.4 Discaj Automatik dari Sistem……………………….. 1186.7.5 Discaj Kematian Pesakit…………………………….. 1186.7.6 Diagnosis Discaj…………………………….............. 1196.7.7 Rujukan dan Discaj ke Hospital/Institusi Lain…….. 1196.7.8 Data Discaj Pesakit……………………………......... 1196.7.9 Pembatalan Discaj…………………………….......... 1196.8 Kematian……………………………………………………. 1206.8.1 Kematian Pesakit Dalam……………………………. 1206.8.2 Brought In Dead (BID) …………………………….... 1246.8.3 Pemeriksaan Bedah Siasat Forensik……………… 1256.8.4 Pemeriksaan Bedah Siasat Klinikal……………….. 1256.9 Pengurusan Harta Pesakit………………………………. 1266.10 Keselamatan Pesakit……………………………………... 1267.0 TADBIR URUS KLINIKAL7.1 Prosedur dan Pembedahan……………………………... 1297.2 Ubat-Ubatan………………………………………………... 1307.2.1 Patient Own Medication…………………………….. 1307.2.2 Penggunaan…………………………….................... 1317.2.3 Preskripsi……………………………......................... 1327.2.4 Pendispensan…………………………….................. 1327.2.5 Pemantauan…………………………….................... 1337.3 Kawalan dan Pencegahan Infeksi……………………… 1337.3.1 Pensterilan dan Disinfeksi…………………………... 133
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 127.3.2 Kawalan Infeksi………………………………………. 1347.3.3 Antimicrobial Resistance Containment……………. 1357.4 Pendidikan Kesihatan……………………………………. 1367.5 Pendermaan Organ dan Darah…………………………. 1367.6 Etika dan Perundangan………………………………….. 1378.0 PENGURUSAN BENCANA8.1Pelan Tindakan Persediaan Bencana dan Kecemasan…………………………………………………. 1388.2 Pemindahan Kecemasan Hospital……………………... 1398.3 Pelan Kontigensi Khusus……………………………….. 1408.3.1 Keselamatan Kebakaran……………………………. 1408.3.2 Keselamatan Radas Sinaran……………………….. 1408.4 Keselamatan Fasiliti……………………………………… 1418.5 Keselamatan Pekerja/Pesakit/Orang Awam………….. 1429.0 PERANCANGAN PEMBANGUNAN9.1 Perancangan Hospital……………………………………. 1439.2 Zon Perkhidmatan………………………………………… 143Lampiran……………………………………………………. 144Rujukan……………………………………………………... 147
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 131. GAMBARAN KESELURUHAN ORGANISASI1.1. Objektifi. Untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan yang cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.ii. Serta membantu pesakit dalam mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang lebih baik.1.2. Visii. Untuk menjadi organisasi kesihatan yang cemerlang dan berkualiti berteraskan nilai-nilai murni dan juga ke arah hospital cekap tenaga.1.3. Misii. Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan pesakit yang cekap dan berkesan. 1.4. Piagam Pelanggani. Setiap pesakit akan diberikan rawatan perubatan yang berkualiti tanpa mengira umur, keturunan, agama dan taraf sosioekonomi.ii. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus dan rawatan tersebut tidak tersedia di HTU, akan dirujuk ke pusat perubatan yang bersesuaian.iii. Setiap pelanggan akan menerima layanan dengan penuh hormat, sopan dan profesional.iv. Setiap pesakit akan diberi jaminan bahawa maruahnya akan dipelihara semasa menerima rawatan di HTU.v. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak-pihak tertentu dengan keizinannya, tertakluk kepada undang-undang.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 14vi. Setiap pesakit berhak mendapat penerangan mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain yang ada.vii. Setiap pesakit mempunyai hak untuk memberi maklumbalas. Setiap maklumbalas pelanggan yang diterima akan dijawab dalam tempoh yang ditetapkan.Catatan: Untuk melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit perlu:a. Mematuhi peraturan jabatan.b. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab• Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan hospital akan disemak serta dikemas kini setiap tiga (3) tahun atau apabila perlu.28
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 152. ORGANISASI PENGURUSAN2.1Struktur Organisasii. Hospital Tumpat adalah hospital Jenis 4 mengikut Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 5/2025: Struktur Organisasi dan Tadbir Urus Klinikal (Clinical Governance) bagi hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (rujuk Lampiran)
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 16ii. Hospital hendaklah diketuai oleh Pengarah HTU yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan keseluruhan hospital dan dibantu oleh Timbalan Pengarah atau Pegawai Perubatan Pentadbir Kanan (PPTK). Pengarah HTU juga disokong oleh ketua-ketua unit klinikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.iii. Semua unit klinikal diketuai oleh pakar perubatan atau pakar perubatan pelawat atau pegawai perubatan yang dilantik oleh Pengarah HTU sekiranya tiada Pakar Perubatan. Unit bukan klinikal pula diketuai oleh pegawai yang terlatih di dalam bidang masing-masing.iv. Perkhidmatan kejururawatan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital (KPJH) atau Penyelia Jururawat (PJ) atau Ketua Jururawat (KJ) sekiranya tiada Penyelia Jururawat. Mereka bertanggungjawab untuk pelbagai bidang melibatkan kejururawatan seperti perkhidmatan pesakit dalam, klinik pakar, kawalan jangkitan, dewan bedah, Central Sterile Services Unit (CSSU), pengurusan dan juga latihan.v. Penyelia Hospital bertanggungjawab menyelaras perkhidmatan yang disediakan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Di samping itu, Penyelia Hospital adalah bertanggungjawab untuk perkhidmatan seperti ambulans, pengangkutan dan Porter Services. Selain itu, beliau juga berperanan memantau keadaan hospital, kesihatan dan keselamatan termasuk Keselamatan Kebakaran dan Pengurusan Bencana.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 17vi. Unit Pentadbiran diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir yang terlatih dalam bidang pengurusan yang berkaitan dengan pentadbiran, sumber manusia, kewangan, hasil, aset alih kerajaan, stor dan pengurusan pengawal keselamatan.vii. Perkhidmatan Kejuruteraan diketuai oleh Jurutera atau Penolong Jurutera yang mana bertanggungjawab untuk pemantauan pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH), pengurusan sisa buangan, keselamatan kebakaran, penyelenggaraan kawasan, landskap, penyelenggaraan dan pembaikan sivil, mekanikal, elektrikal dan biomedikal.viii. Perkhidmatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab memastikan rangkaian perkhidmatan internet dan Health Information System (HIS) dapat dicapai pada setiap masa. Selain itu, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat juga memberi bantuan teknikal.ix. Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) berperanan penting dalam pengurusan penyelenggaraan hospital, menyediakan infrastruktur dan sokongan operasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang selamat, efisien dan tidak terganggu.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 182.2 Pentadbiran Hospital2.2.1 Latar Belakang Hospitali. Hospital Tumpat mula dibina pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1984 dengan kos binaan sebanyak RM8.9 juta.ii. Hospital Tumpat mula beroperasi sepenuhnya pada 1985 dan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan negeri Kelantan Darul Naim. iii. Hospital Tumpat dibina di atas tapak seluas 12.75 hektar dan terletak di Daerah Tumpat sejauh 18 km daripada hospital negeri iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).iv. Hospital Tumpat adalah hospital daerah yang mempunyai pakar yang memberi perkhidmatan kesihatan kepada lebih 189, 100 penduduk di daerah Tumpat. (Rujukan: Department of Statistics Malaysia (DOSM), Population by district as in 2024)v. Hospital ini mempunyai sebanyak 119 katil rasmi merangkumi enam (6) buah wad.vi. Hospital Tumpat menerima rujukan dari 11 buah Klinik Kesihatan dan klinik-klinik swasta di sekitar daerah Tumpat. vii. Pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran, akan dirujuk ke HRPZ II dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 192.2.2 Kemudahan Fasilitii. Hospital Tumpat mempunyai kemudahan infrastruktur seperti berikut:a. Bangunan Pentadbiran yang menempatkan:-● Unit Pengurusan, ● Bilik Mesyuarat, ● Perkhidmatan Kejuruteraan, ● Perkhidmatan IT● Bilik server dan● Stor alat tulis. b. Bangunan yang menempatkan Unit Kecemasan & Trauma, Farmasi Pesakit Luar dan Bilik Pegawai Khidmat Pelanggan.c. Blok Unit Rekod Perubatan.d. Bangunan yang menempatkan:-● Unit Patologi,● Unit Radiologi,● Unit Hasil, ● Unit Penyeliaan,● UKKP, ● Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal, ● Unit Kawalan Infeksi e. Bangunan yang menempatkan Bilik Penyusuan dan bilik Pegawai Perubatan.f. Blok Unit Sajian.g. Bangunan Dewan Bedah dan Unit CSSUh. Bangunan Farmasi Logistik dan Farmasi Pengeluarani. Blok Unit Hemodialisis.j. Blok Mortuary.k. Stor Gas Medikall. Stor Mudah Terbakarm. 6 blok Wad Pesakit Dalam
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 20n. Blok Klinik Pakaro. Blok Bilik Pemandup. Bangunan yang menempatkan Pusat Latihan terdiri daripada:-● 2 blok asrama yang mempunyai 120 bilik● 2 dewan serbaguna● Unit Fisioterapi dan ● Unit Terapi Cara Kerja.q. Blok kuarters yang terdiri daripada 3 kelas;● 4 unit kelas C, ● 8 unit kelas H dan ● 8 unit kelas G. r. Loji Rawatan Kumbahan Berpusats. Bangunan Pejabat Radicaret. Blok Stor Linenu. Rumah Sampahv. Kemudahan riadah● 1 padang bola sepak● 1 gelanggang bola tamparw. 3 tangki air2.2.3 Perkhidmatan yang Disediakani. Perkhidmatan klinikala. Perkhidmatan Pesakit Dalam b. Perkhidmatan Pesakit Luar● Unit Kecemasan & Trauma● Klinik Pakar● Perkhidmatan Rawatan Harian Perubatan● Perkhidmatan Rawatan Harian Pembedahan● Unit Hemodialisis c. Unit Patologi
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 21d. Unit Kawalan Infeksiii. Perkhidmatan Sokongan Klinikala. Unit Sajianb. Unit Radiologic. Unit Farmasi d. Unit Fisioterapi e. Unit Terapi Cara Kerjaf. Dewan Bedahg. Perkhidmatan Mortuaryh. Unit Rekod Perubatani. CSSUiii. Perkhidmatan Tadbir Urus Klinikal & Pengurusana. Unit Pengurusanb. Unit Pentadbiran, Aset dan Storc. Unit Sumber Manusia & Pembangunan d. Unit Kewangan & Perolehane. Unit Hasilf. Unit Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikalg. Unit Penyeliah. Unit Kejururawatani. Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP)iv. Lain-lain unita. Unit Kejuruteraan b. Unit Teknologi Maklumat2.2.4 Sumber Manusiai. Perjawatan Dan Pengisiana. Hospital Tumpat mempunyai sebanyak 355 jawatan yang diluluskan.b. Sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 333 (93.8%) jawatan yang diisi.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 22c. Manakala jawatan yang tidak diisi sebanyak 25 (6.2%). d. Kedudukan perjawatan terkini di Hospital Tumpat adalah seperti di Jadual 1.Jadual 1: Perjawatan dan Pengisian Jawatan di Hospital Tumpat 2023-2025PENGURUSAN HOSPITAL2023 2024 2025Perjawatan Pengisian Perjawatan Pengisian Perjawatan PengisianPengurusan dan Profesional45 45 46 45 46 45Sokongan 1 223 213 223 210 223 213Sokongan 2 86 70 86 73 86 75JUMLAH 354 328 355 328 355 3332.2.5 Pencapaiani. Penjagaan Kualiti Hospital ● Anugerah 5 Bintang Hospital Cemerlang bagi Kualiti dan Prestasi (2023). ● Anugerah 4 Bintang Hospital Cemerlang bagi Kualiti dan Prestasi (2024). ii. Hospital Rakan Bayi - 26 Julai 2025 - 25 Julai 2028iii. Star Energy Saving - 1 November 2025 - 31 Oktober 2027
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 23iv. QAP Farmasi● Konvensyen Kualiti Farmasi Negeri Kelantan 2025 Pencapaian: Tempat Kedua (Kategori Poster) ● Konvensyen Kualiti Farmasi East Coast 2025Pencapaian: Penyertaan v. QAP Pathology/ED▪ Konvensyen QAP 2022/2023 - Reducing Percentage of Contamination of Coagulase Negative Staphylococci (CONS.) in Blood C&S Sample at Emergency Department, ED Hospital Tumpat. Pencapaian : Johan, Bahagian Perubatan, JKNK (Kategori Lisan)vi. KIK Farmasi ● Konvensyen Kualiti Farmasi Negeri Kelantan 2025 Pencapaian : Tempat Ketiga (Kategori KIK)● Konvensyen KIK Peringkat JKNKPencapaian : Penyertaanvii. Pensijilan Penyediaan Makanan● GMP : 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027● HACCP : 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027viii. Sustainability ProgrammePenarafan Bangunan Hijau Malaysian Carbon Reduction & Environmental Sustainability Tool (MyCREST)Pencapaian: 3 STAR RATING (2024)ix. LEAN HealthcarePencapaian: Johan (2020) - “Mempercepatkan pemberian diet kepada pesakit dalam di hospital”
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 242.2.6 Perancangani. Pembangunana. Pembesaran Unit Kecemasan dan Trauma- Permohonan Projek Kerja-kerja Naiktaraf dan membina bangunan tambahan Unit Kecemasan Hospital Tumpat serta lain-lain kerja yang berkaitan dengan anggaran kos sebanyak RM 980,000.00 b. Renovasi Wad 5- Permohonan kerja-kerja naik taraf empat bilik asingan sedia ada di wad 5 serta lain-lain kerja berkaitan dengan anggaran kos RM 850,000.00c. Blok Farmasi dan Blok Patologi - Perancangan bagi membina Blok 2 tingkat menggabungkan Unit Farmasi (Tingkat Bawah) dan Unit Patologi (Tingkat Atas) ii. PerkhidmatanHospital Tumpat sentiasa berusaha untuk meningkatkan nilai tambah bagi perkhidmatan di hospital serta menjadi sebuah institusi yang bukan sahaja memberi rawatan perubatan, tetapi juga memberi perkhidmatan yang menyeluruh dan holistik bagi memenuhi hak-hak asasi pesakit.HTU kini dalam persediaan untuk mendapatkan beberapa pensijilan seperti;a. Pensijilan Hospital Mesra Ibadah (HMI)b. Pensijilan Hospital Bebas Kesakitanc. Pensijilan Halal
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 252.3 JawatankuasaBIL SENARAI JAWATANKUASA1 Jawatankuasa Pengurusan Hospital2 Jawatankuasa Medical Advisory Committee (MAC)3 Jawatankuasa Credentialing & Privileging (C&P)4 Jawatankuasa Ubat & Terapeutik5 Jawatankuasa Kawalan Infeksi6 Jawatankuasa Dewan Bedah7 Jawatankuasa Pemindahan Darah (Hospital Transfusion Comittee)8 Jawatankuasa Keselamatan Hospital9 Jawatankuasa Keselamatan Pesakit10 Jawatankuasa Pelaporan Insiden11 Jawatankuasa Pemindahan Organ12 Jawatankuasa Bebas Kesakitan13 Jawatankuasa HPIA/CliSQI14 Jawatankuasa Clinical Audit15 Jawatankuasa Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)16 Jawatankuasa Quality Assurance Programme (QAP)
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 2617 Jawatankuasa Inovasi18 Jawatankuasa Akreditasi19 Jawatankuasa Continuous Medical Education (CME)20 Jawatankuasa Kepuasan Pelanggan (PSQ-18)21 Jawatankuasa POCT22 Jawatankuasa Kebakaran23 Jawatankuasa Surgical Site Infection (SSI)24 Jawatankuasa Safe Surgery Saves Life (SSSL)25 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)26 Jawatankuasa Tibi27 Jawatankuasa Rekod Perubatan28 Jawatankuasa CASEMIX29 Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)30 Jawatankuasa Medical Morbidity & Mortality (MMA)31 Jawatankuasa Patients and Family Right32 Jawatankuasa Kejururawatan33 Jawatankuasa Bencana(Rujuk Polisi Medical Staff-By-Law, Hospital Tumpat)
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 27Setiap jawatankuasa mempunyai terma rujukannya sendiri dan dilaporkan kepada jawatankuasa pengurusan hospital.(Rujukan:SPKPK Bil.7/2000 Garis Panduan Struktur Organisasi PengurusanHospital bertarikh 22 Disember 2000).3. PENGURUSAN DAN OPERASI3.1. Pengurusan Awam3.1.1. Kaunter Khidmat Pelanggani. Kaunter Khidmat Pelanggan disediakan bagi memberikan maklumat dan bantuan kepada pesakit dan orang awam.● 7.00 pagi hingga 9.00 malam.ii. Kakitangan yang ditempatkan adalah yang terlatih dalam menyampaikan informasi berkaitan perkhidmatan di hospital3.1.2 Waktu Operasi & Masa Melawati. Kebanyakan unit-unit klinikal di hospital beroperasi 24 jam.ii. Waktu melawat bagi Hospital Tumpat adalah seperti berikut termasuk pada hari minggu dan cuti-cuti kelepasan am:-● 12.30 tengahari - 2.00 petang● 4.30 petang - 7.00 malam(Tertakluk kepada pindaan/arahan semasa.)iii. Hanya dua (2) orang pelawat sahaja dibenarkan untuk setiap pesakit pada satu-satu masa.iv. Kebenaran melawat pesakit di Wad Seroja (Acute Medical Care) dan Wad Jasmin (Isolasi) adalah bergantung kepada arahan daripada Pakar Perubatan. v. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan melawat pesakit.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 28vi. Di dalam keadaan tertentu atau terdapat keperluan mendesak, lawatan di luar waktu melawat hendaklah mempunyai kebenaran Pengarah Hospital/Pakar Perubatan atau atas budi bicara Pegawai Perubatan yang merawat/Ketua Jururawat yang bertugas. 3.1.3 Kod Pakaiani. Kakitangana. Kakitangan hendaklah memakai pakaian seragam atau pakaian kerja yang bersesuaian semasa bekerja. Pemakaian batik adalah digalakkan pada hari Khamis.b. Tanda nama dan Pas Kerja Hospital hendaklah dipakai sepanjang masa.ii. Orang Awama. Orang awam hendaklah sentiasa berpakaian sopan semasa berurusan, melawat atau ketika berada di dalam kawasan hospital.3.1.4 Penggunaan Alat Telekomunikasi i. Penggunaan telefon peribadi bagi orang awam di dalam kawasan hospital adalah tertakluk kepada lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.ii. Penggunaan di dalam kawasan klinikal adalah tidak dibenarkan kecuali di dalam situasi yang memerlukan/mendesak.iii. Papan tanda pemakluman mengenai larangan penggunaan alat telekomunikasi di kawasan ini dipaparkan di papan makluman awam dan juga di dalam kawasan tersebut.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 293.1.5 Rakaman Gambar & Video Penggambarani. Semua rakaman audio & visual sama ada oleh kakitangan, waris, orang awam dan juga pihak media adalah TIDAK DIBENARKANkecuali dengan kebenaran Pengarah HTU dan dengan persetujuan pesakit. Rujukan: Surat Edaran Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia - Arahan Menggunakan Tanda Larangan Membuat Rakaman Video dan Mengambil Gambar di Fasiliti KKM.(No. Rujukan: KKM.600-40/5/1 Jld.2(17))ii. Penggambaran komersil atau drama di perkarangan hospital perlu mendapat kebenaran Pengarah HTU dan tertakluk kepada garis panduan KKM.3.1.6 Pendedahan Maklumati. Pihak hospital/pegawai awam tidak boleh membuat sebarang pernyataan awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain tanpa kebenaran dari Pengarah HTU, Pengarah Kesihatan Negeri atau Kementerian seperti;a. yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;b. yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan;c. membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan; ataud. mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.ii. Maklumat pesakit tidak boleh diberikan tanpa kebenaran daripada pesakit.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 303.1.7 Kemudahan Awam i. Hospital menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kemudahan kepada pesakit, pelawat serta kakitangan. Antara kemudahan yang disediakan ialah:a. Tiga (3) tandas awamb. Ruangan/Pondok menunggu.c. Surau Hospital (Ibnu Sina)d. Kantine. Kedai Serbagunaf. Taska 3.1.8 Kemudahan Parkiri. Tiga (3) kawasan parkir bagi kakitangan.ii. Dua (2) kawasan parkir orang awam.3.1.9 Pengurusan Kematiani. Unit Perubatan Forensik (Mortuary)ii. Perkhidmatan Van Jenazah3.1.10 Pengurusan Maklumbalas, Aduan & Cadangani. Pihak hospital mempunyai saluran penyampaian maklumbalas, aduan dan cadangan daripada pesakit dan waris melalui;a. Kod QRb. Laman Sesawang Hospital ii. Unit Pengurusan bertanggungjawab untuk memantau dan mengendalikan aduan awam dengan menubuhkan pasukan siasatan berdasarkan arahan daripada Pengarah HTU.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 313.1.11 Pengurusan Kehilangan Barang dan Barang yang Dijumpaii. Sebarang kehilangan barang akan dilaporkan kepada Bahagian Kawalan Keselamatan sama ada melalui Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) atau secara terus di Unit Pengurusan. ii. Maklumat asas seperti jenis barang, lokasi dan deskripsi barang perlu diberikan secara terperinci.iii. Barang yang dijumpai perlu diserahkan kepada Bahagian Kawalan Keselamatan di Unit Pengurusan untuk direkodkan (tarikh, masa, lokasi) dan akan disimpan dengan selamat sehingga tuntutan/penyerahan.iv. Tempoh penyimpanan dan pengurusan barang adalah tertakluk kepada garis panduan semasa.v. Barang yang dijumpai tanpa laporan kehilangan akan dimaklumkan melalui siaraya oleh PKPvi. Pemilik perlu menunjukkan bukti pemilikan sebelum tuntutan dan barangan diserahkan.vii. Pihak hospital tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang peribadi.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 323.2 Tadbir Urus Korporati. Tadbir urus korporat ialah sistem, prinsip dan proses yang digunakan untuk mengurus dan mengawal sesebuah organisasi agar dapat beroperasi dengan bertanggungjawab, telus dan beretika.ii. Unit Pengurusan Hospital berperanan bagi menyelaras serta menyelia semua perkhidmatan termasuk perkhidmatan klinikal.3.2.1Surat dan Dokumeni. Unit Pengurusan bertanggungjawab ke atas pengurusan semua keluar masuk surat rasmi;b. Hospital mempunyai sistem pemfailan dan penyimpananbagi semua dokumen rasmi.c. Surat/dokumen yang masuk akan didaftarkan, diminitkan dan dihantar ke unit masing-masing dalam masa yang ditetapkan. d. Surat/dokumen yang memerlukan tindakan segera akan dihantar melalui emel atau melalui aplikasi WhatsAppterlebih dahulu dan disusuli dengan surat/dokumen fizikal.e. Semua surat rasmi yang keluar hendaklah menggunakan kertas rasmi jabatan (letterhead).f. Surat untuk edaran dalaman diedarkan sebagai memo dalaman.g. Surat/dokumen yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi akan dikendalikan mengikut keperluan Akta dan disimpan dalam fail berasingan.h. Surat/dokumen akan disimpan dalam tempoh yang telah ditetapkan. i. Pelupusan surat dan dokumen akan dilakukan mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 333.2.2 Peralatan dan Bekalan Pejabati. Unit Pengurusan bertanggungjawab menguruskan keperluan peralatan pejabat seperti; alat-alat tulis hospital, borang-borang yang perlu dicetak bagi kegunaan unit/wad dan sebagainya.ii. Ketua Unit bertanggungjawab memantau senarai aset kerajaan di unit serta memastikan penggunaan dan penjagaan peralatan diselenggara dengan baik.iii. Unit Pengurusan Aset bertanggungjawab ke atas penerimaan, pendaftaran, penggunaan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan pelupusan mengikut tatacara di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.1-2.8: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.3.2.3 Kemudahan Bilik Mesyuarat/Seminari. Bilik Mesyuarat Utama di blok Pengurusan diuruskan oleh Unit Pengurusan bagi;• Mesyuarat-mesyuarat utama hospital.• Bilik Gerakan Bencanaii. Bilik Mesyuarat Kualiti diuruskan oleh Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal bagi tujuan mesyuarat unit dan sesi CME.iii. Bilik Mesyuarat Unit Kecemasan dan Trauma digunakan sebagai tujuan;a. Sesi CME unitb. Bilik Operasi Bencana. iv. Dewan Senangin di Pusat Latihan Hospital Tumpat digunakan oleh Hospital, PKD, JKNK, dan fasiliti-fasiliti lain di bawah JKNK bagi tujuan;a. Seminar/Kursusb. Sambutan/Acara rasmi
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 34v. Dewan Teratai berada di aras 1 Pusat Latihan Hospital Tumpat dan digunakan bagi tujuan;a. Seminar/Kursus b. Mesyuarat3.2.4 Penamaan Fasilitii. Penamaan bagi wad-wad adalah menggunakan nama bunga.ii. Penamaan bagi unit-unit lain adalah berdasarkan fungsi unit tersebut.3.2.5 Papan Tandai. Papan-papan tanda di dalam kawasan HTU adalah menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sahaja.ii. Penggunaan bahasa lain tidak digunakan di HTU kerana ratarata penduduk di daerah Tumpat fasih berbahasa Melayu.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 353.3 Kewangan3.3.1 Peruntukan dan Perbelanjaani. Peruntukan kewangan yang diterima akan diagihkan dan dibelanjakan mengikut kod-kod aktiviti yang telah ditetapkan.ii. Pegawai Yang Menjaga (Person-in-charge) bertanggungjawab dalam menyediakan pelan aktiviti, perancangan pembelian dan perbelanjaan, menjalankan penilaian dan menyediakan laporan dengan pemantauan Ketua Unit.iii. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA) berperanan untuk membincangkan isu-isu kewangan dan akaun termasuk pembentangan status perbelanjaan, peruntukan dan tanggungan.3.3.2 Perolehani. Perolehan bekalan hospital atau barangan khusus diselaraskan oleh unit-unit berkaitan.ii. Proses perolehan dilaksanakan dengan penubuhan jawatankuasa seperti:-• Jawatankuasa Spesifikasi;• Jawatankuasa Teknikal; dan• Jawatankuasa Kewangan.iii. Keputusan perolehan dilakukan secara telus berdasarkan cadangan jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik mengikut tatacara Arahan Perbendaharaan.(Rujuk: Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK1.1 – Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan/ PK2.21 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Tahun 2026.)
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 363.3.3 Tuntutan dan Pinjamani. Tuntutana. Semua tuntutan oleh kakitangan dikemukakan kepada Unit Kewangan selewat-lewatnya pada 6 haribulan pada bulan berikutnya.b. Borang tuntutan diisi oleh kakitangan dengan lengkap, ditandatangani dan disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan.c. Ketua Unit bertanggungjawab untuk menyemak semua tuntutan kakitangan unit sebelum diserahkan kepada Unit Kewangan.ii. PinjamanSebarang permohonan pinjaman kerajaan dikemukakan oleh kakitangan kepada Unit Kewangan berdasarkan kelayakanbeserta dokumen sokongan.● Pinjaman komputer● Pinjaman kenderaan● Pinjaman perumahanRujuk : (i) Penambahbaikan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia W.P 1.4 - Kemudahan Bertugas Rasmi dan Berkursus bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (ii) W.P 9.1/2013 - PeraturanPeraturan Dan Syarat-Syarat Mengenai Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar bagi Anggota Perkhidmatan Awam, PK10.1-Pinjaman Kenderaan, Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2015.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 373.3.4 Kutipan Hasil Hospitali. Caj Hospitala. Perkhidmatan perawatan hospital dikenakan caj mengikut Perintah Fi:-● Perintah Fi (Perubatan) 1982, ● Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) (Orang Asing) 2014, ● Perintah Fi (Perubatan) (Pesakit Berbayar Penuh) 2007, ● Pekeliling Kewangan KKM. ● Buku Panduan Caj Kemudahan Perubatan (Edisi Kedua).b. Bagi prosedur yang tidak disenaraikan dalam Perintah Fi, pihak hospital akan merujuk kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan juga kepada Bahagian Kewangan KKM. c. Pesakit dan waris akan dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai caj rawatan sebelum proses discaj.d. Semua kemasukan ke wad akan dikenakan bayaran depositkecuali kes-kes kritikal (life-threatening condition) di mana deposit akan dikutip kemudian.e. Bayaran deposit dikecualikan bagi pesakit yang mempunyai Surat Jaminan (GL).f. Pengecualian bayaran kepada kumpulan pesakit tertentu boleh dilaksanakan mengikut Arahan Perbendaharaan/ Pekeliling KKM dan Perintah Fi (Perubatan) 1982.Rujuk : (i) Perintah Fi (Perubatan) 1982, (Jadual A Caj Pesakit Luar, Pengecualian) dan (ii) Akta Tatacara Kewangan (iii) Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 2012 Pelaksanaan Caj Pengecualian Pendaftaran Jabatan Pesakit Luar Pakar sebanyak RM5.00 dan Pengurangan Caj sebanyak 50% bagi Pesakit Kelas 3 di
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 38Hospital/Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Semua Pesakit Warganegara yang Berumur 60 tahun dan Ke atas.ii. Pembayaran Caj Hospitala. Bayaran caj hospital boleh dilakukan di Kaunter Hasil pada waktu pejabat dan di Unit Kecemasan & Trauma selain daripada waktu tersebut.b. Bayaran caj hospital dilakukan tanpa tunai seperti;● Kad debit/kredit, ● Wang pos, ● Cek, c. Resit hendaklah dikeluarkan selepas pembayaran.d. Hanya kakitangan yang diberi kuasa dibenarkan mengutip bayaran caj hospital di kaunter pemungut utama dan kecil seperti berikut;● Hasil (pemungut utama)● Unit Kecemasan & Trauma● Unit Fisioterapi● Unit Terapi Carakerja● Unit Hemodialisis● Klinik Pakar
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 393.4 Sistem Pengangkutani. Perkhidmatan pengangkutan disediakan oleh pihak hospital bagi kegunaan kakitangan, perkhidmatan hospital dan juga pesakit.ii. Pemandu yang dilantik adalah mereka yang mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai kemahiran memandu yang tinggi, mematuhi manual penggunaan bagi setiap jenis kenderaan, dipandu dengan berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya pada setiap masaiii. Setiap kenderaan dipastikan sentiasa diselenggara mengikut jadual oleh pihak konsesi dan penggunaan dicatat di dalam Buku Log Pergerakan Kenderaan bagi tujuan semakan Unit Pengurusan.3.4.1 Pengangkutan Ami. Kenderaan ini disediakan bagi kegunaan kakitangan atas urusan-urusan rasmi seperti:-a. Penghantaran dan pengambilan dokumen/surat/bekalan/peralatan di mana-mana fasiliti kesihatan berkaitan.b. Menghantar atau mengambil kakitangan di mana-mana lokasi kursus atau mesyuarat.3.4.2 Ambulansi. Ambulans hospital digunakan bagi tujuan penjagaan pra-hospital dan untuk membawa pesakit antara hospital.a. Mengambil pesakit daripada lokasi kejadian melalui panggilan kecemasan (MECC).b. Menghantar pesakit dari Unit Kecemasan & Trauma atau Wad bagi mendapatkan lawatan lanjut (Step-Up Care) di hospital berpakar.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 40c. Menghantar pesakit dari Wad bagi menghadiri temujanji rawatan atau prosedur-prosedur di hospital berpakar.d. Digunakan sebahagian daripada Pasukan Perubatan (Medical Team) pada program-program yang diperlukan.ii. Mengambil kira faktor keselamatan, hanya ibu/bapa/waris/penjaga pesakit kanak-kanak sahaja dibenarkan menaiki bersama pesakit di dalam ambulans. Namun sekiranyaperlu bagi pesakit lain, waris perlu menandatangani borang Aku Janji keselamatan diri.iii. Penggunaan pengangkutan bagi tujuan lain adalah di bawah budi bicara Pengarah HTU.Rujuk: (i) SPKPK Bil.6/2007 Garis Panduan Latihan Pemanduan Ambulan KKM, bertarikh 16 Julai 20073.4.3 Van Jenazahi. Hospital Tumpat mempunyai sebuah Van Jenazah yang digunakan sebagai kenderaan penghantaran jenazah bagi yang beragama Islam sahaja. ii. Penggunaan adalah bagi pesakit yang meninggal dunia sama ada di Unit Kecemasan & Trauma atau di dalam Wad.iii. Caj penggunaan van ini adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.iv. Bagi jenazah yang beragama lain, pihak hospital menyediakan senarai pengurus jenazah bagi setiap agama untuk kemudahan bagi pihak waris/keluarga menyelaraskannya.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 413.4.4 Kawalan Lalu Lintasi. Lalu lintas di dalam kawasan adalah dua (2) hala bagi semua laluan yang sentiasa dipantau oleh pihak keselamatan. ii. Tiada kenderaan dibenarkan menghentikan/memarkir sepanjang laluan hospital. Sebanyak dua (2) parkir awam disediakan di dalam kawasan hospital bagi kemudahan orang awam.iii. Laluan ambulans bagi menghantar pesakit ke Unit Kecemasan & Trauma adalah secara sehala melalui pintu utama unit dan bergerak keluar secara pusingan terus.iv. Zon menghantar pesakit (Drop Zone) ke Unit Kecemasan & Trauma juga menggunapakai laluan yang sama namun hanya dibenarkan untuk tempoh yang sekejap sahaja bagi mengelak pergerakan ambulans terhalang.Rujuk: SPKPK Bil.10/2004 Garis Panduan Mengenai Peraturan Lalu Lintas dan Meletak Kenderaan di Hospital-hospital KKM bertarikh 15 Disember 2004.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 423.5 Pengurusan Aset3.5.1 Perolehani. Proses perolehan dilakukan mengikut prosedur kewangan kerajaan semasa atau mengikut Pekeliling PerbendaharaanMalaysia PK.1.1/PK2.1.ii. Perolehan bagi peralatan perubatan di mohon melalui Sistem MPIS bagi mendapatkan kelulusan di peringkat KKM.iii. Perolehan semua barangan perubatan seperti ubat-ubatan, bahan habis pakai, reagen kimia hendaklah diselaraskan oleh stor perubatan.iv. Perolehan bagi alat tulis pejabat dan bukan perubatan lain diselaraskan oleh Unit Pengurusan berdasarkan permohonan daripada unit-unit lain.v. Pembelian bahan guna IT diuruskan oleh Unit Teknologi Maklumat bagi tujuan berkaitan pembaikian perkakasan IT.vi. Pembelian bahan makanan diselaraskan oleh Unit Sajian dan dilakukan berdasarkan pemantauan oleh Ketua Unit Sajian.3.5.2 Keperluan & Spesifikasii. Permohonan keperluan alat perubatan dan aset bukan perubatan akan dilakukan oleh unit/wad dan perlu mendapatkan kelulusan ketua jabatan.ii. Ketua Jabatan akan membuat pemilihan perolehan aset mengikut keutamaan dan keperluan perkhidmatan.iii. Keperluan bekalan Ubat, Bukan Ubat, Vaksin, Gas Perubatan akan diuruskan oleh Unit Farmasi Logistik manakala bekalan reagen diuruskan oleh Unit Patologi dan perlu mendapatkan kelulusan ketua jabatan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 43iv. Perolehan akan dibuat berdasarkan jenis item samada item Approved Product Purchase List (APPL) , Kontrak atau pembelian Terus.3.5.3 Penghantaran & Pembekalani. Bagi penyimpanan beberapa item, ketetapan penyimpanan adalah:-a. Item Standard: Disimpan selama 3 bulan bekalanb. Item Bukan Standard: Disediakan atas permintaan.ii. Lokasi penyimpanan item juga ditetapkan:-a. Unit Farmasi Logistik: Ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatanb. Unit Patologi: Bekalan reagen iii. Tatacara penyimpanan item yang diterima berdasarkan jenis stok:a. Peti Sejuk: Item yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2 - 8℃b. Stor Mudah Terbakar: Item mudah terbakarc. Almari/Peti Berkunci: Item psikotropikiv. Pembekalan dan penghantaran item adalah berdasarkan permohonan dari wad/unit:a. Unit Farmasi Logistik: Bekalan bukan ubat dan gas perubatanb. Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Unit Galenikal: Bekalan ubatc. Unit Farmasi Pesakit Luar, Pesakit Dalam dan Galenikal pula akan membuat pesanan bekalan ubat dan vaksin dari Unit Farmasi Logistik untuk dibekalkan kepada wad/unit serta pesakit.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 443.5.4 Pelupusani. Ketua Unit akan mengemukakan senarai peralatan yang akan dilupuskan kepada Unit Aset bagi semakan dan tindakan lanjut. (Rujuk: Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM-2.7 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan)ii. Peralatan yang telah diberi sijil Beyond Economic Repair (BER) boleh dilupuskan dengan sewajarnya mengikut tatacara yang telah ditetapkan.3.6 Sistem Komunikasi3.6.1 Teknologi Informasi & Komunikasi Hospitali. Hospital Tumpat sentiasa memastikan sistem IT mematuhi semua piawaian, dasar, garis panduan sedia ada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi pusat seperti MAMPU.ii. Hospital Tumpat juga memastikan sistem IT dapat menyokong bagi membolehkan hospital melaksanakan fungsi dan operasi hariannya.iii. Penyelenggaraan untuk sistem IT dijalankan secara berkala. Ini termasuk penyelenggaraan pencegahan untuk kedua-dua perkakasan dan perisian. Aplikasi dan sistem perisian sentiasa mengikut peningkatan keperluan pada selang masa/dikekalkan semasa.(Rujuk: SPKPK Bil.13/2011 Dasar dan Garis Panduan Polisi Kawalan Akses Pengguna bagi Sistem Maklumat Hospital dan Klinik (HIS/CIS) KKM; SPKPK Bil.1/2010 Dasar Keselamatan ICT di KKM bertarikh 31 Mac 2010.)
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 453.6.2 Telefoni. Talian A disediakan kepada Pengarah HTU sebagai ketua organisasi, dan 15 lokasi lain sebagai pengantaraan hubungan komunikasi di mana panggilan keluar boleh dibuat di seluruh Malaysia.ii. Ketua Unit tertentu dibekalkan dengan talian PABX jenis “B”. dimana panggilan boleh dibuat untuk daerah berdekatan seperti Daerah Pasir Mas dan Daerah Kota Bharu. iii. Lain-lain anggota menggunakan talian jenis “C” panggilan dalaman hospital sahaja.iv. Telefon adalah untuk kegunaan rasmi sahaja dan penggunaan akan dipantau.v. Penggunaan telefon bimbit di kawasan klinikal hospital hendaklah mengikut garis panduan KKM sedia ada.vi. Sistem komunikasi dua hala disediakan di dalam ambulans untuk komunikasi di antara petugas ambulans dengan Unit Kecemasan & Trauma.3.6.3 EmelPenggunaan emel rasmi MyGovUC adalah digalakkan bagi memudahkan urusan kerja rasmi dan memastikan kerahsiaan dokumen terpelihara.3.6.4 Sistem Panggilan Jururawati. Hospital Tumpat tidak mempunyai sistem panggilan jururawat berpusat di dalam setiap wad sejak pengoperasian.ii. Sehingga kini, pesakit atau waris masih perlu memanggil jururawat bila bantuan diperlukan.iii. Namun pihak hospital mengambil maklum mengenai kepentingan sistem panggilan ini sebahagian daripada ciri keselamatan pesakit di dalam wad.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 46iv. Satu kertas kerja sedang dirangka bagi permohonan pemasangan Sistem Panggilan Jururawat bagi setiap wad secara berfasa.3.6.5 Sistem Pemakluman AwamSistem Komunikasi Awam (PA System) digunakan untuk membuat pengumuman, makluman dan memberikan maklumat kepada kakitangan dan juga orang awam.i. Pemakluman sebarang informasi;ii. Kod-kod kecemasan;Warna Kod Panggilan TakrifanHitam / Black Ancaman Bom/CBRNE*Perak / Silver Ancaman keselamatan bersenjata /rusuhan /tebusan/pengganasKelabu / Grey Ancaman kekerasan terhadap pelawat /pesakit /anggotaPutih Ancaman keselamatan ICTJingga / Orange Amaran kebakaran / kecemasan di dalam fasiliti skala besarHijau / Green Kembali beroperasi / Stand DownMerah / Red Kecemasan obstetrikMerah Jambu / PinkAncaman keselamatan bayi atau kanak-kanak hilang atau diculikBiru / Blue Kejadian pelawat/kakitangan /pesakit tidak sedarkan diriUngu / Purple Kejadian pelawat/ pesakit/anggota cubaan atau telah bunuh diriiii. Waktu melawativ. Laungan azan
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 473.6.6 Media Sosiali. Laman Sesawanga. Laman sesawang hospital adalah laman rasmi yang memaparkan gambaran keseluruhan organisasi Hospital Tumpat.b. Informasi lain seperti:-• Infor Korporat• Perkhidmatan Dalam Talian• Pengumuman-Pengumuman• Info Kesihatan• Portal Aduan Hospital• dan sebagainyaii. Facebooka. Facebook Hospital Tumpat adalah social media yang dijadikan platform perkongsian berkaitan:• Aktiviti-Aktiviti Hospital• Pemakluman Informasi Berkaitan Hospital• Informasi Kesihatan• dan sebagainya.30
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 483.7 Perkhidmatan Penswastaan3.7.1 Keselamatani. Perkhidmatan keselamatan merupakan salah satu perkhidmatan yang diswastakan dan dilantik secara kontrak bagi tempoh 3tahun.ii. Unit Pengurusan bertanggungjawab dalam menyelaraskan perkhidmatan agensi keselamatan ini bagi pelaksanaan tugastugas di hospital.iii. Antara skop-skop tugas yang telah ditetapkan adalah:a. Antara tugas utama pihak keselamatan adalah:• Rondaan berjadual dalam kawasan hospital• Pemeriksaan outlet dan premis hospital• Pematuhan waktu lawatan bagi waris / pelawat• Memantau orang-orang awam yang mencurigakan masuk ke kawasan hospital• Memastikan lalu lintas hospital bergerak lancar dan tiada halangan terutama bagi pergerakan ambulans• Memastikan semua aset di dalam kawasan lapangan hospital berada di dalam keadaan selamat dan bebas daripada vandalisme• Menjaga keselamatan kakitangan, pesakit, waris dan orang awam daripada risiko, keganasan dan bahaya semasa berada di dalam kawasan hospitalb. Tugas-tugas lain bagi Keselamatan dalam membantu pihak pengurusan hospital sebahagian daripada pasukan bersama pihak hospital ketika operasi bencana/wabak/lawatan rasmi di hospital berdasarkan arahan yang diberikan seperti:• Kawalan keselamatan kawasan evakuasi• Keselamatan bangunan yang ditinggalkan• Ubah atur kawalan lalu lintas
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 49• Kawalan orang awam, pihak media dan mangsa• Mengawal pergerakan pihak tertentu ke lokasi kejadian• Seorang pengawal melakukan rondaan dan sebanyak 10 lokasi pos kawalan setiap masa ditetapkan untuk Pengawal Keselamatan bagi setiap shif:• Unit Kecemasan & Trauma• Pintu masuk utama hospital• Pintu masuk wad bahagian belakang• 6 pintu masuk setiap wad• Bahagian sisi kiri hospitalc. Semua anggota keselamatan dilantik berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian termasuk tapisan kesihatan dan keselamatan.d. Anggota keselamatan mesti membangunkan struktur dan mekanisme untuk bekerjasama rapat dengan polis dan bomba dan agensi lain yang berkaitan.(Rujukan: SPKPK Bil.14/2002 Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan di KKM hospital-hospital bertarikh 20 November 2002.)3.7.2 Kateringi. Pelantikan pengusaha kantin dilakukan oleh Unit Pengurusan dan di bawah pemantauan Pegawai Pemakanan.ii. Pengusaha yang dilantik adalah yang mempunyai sijil Halal daripada pihak berkuasa.iii. Pembekalan dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan berdasarkan kontrak semasa.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 50iv. Pihak hospital akan menyediakan lokasi bagi pengoperasian kantin tersebut dan penyelenggaraan di bawah tanggungjawab pihak konsesi hospital.v. Sebarang kerosakan disebabkan oleh pengusaha kantin dan juga bil-bil utiliti adalah dibawah tanggungjawab pihak pengusaha kantin melalui Unit Pengurusan hospital.vi. Pemantauan daripada pihak Unit Sajian merangkumivii. Bahan-bahan mentah dan bahan lain diperiksa dan dipastikan menepati piawaian yang ditetapkan dan disimpan dengan baik.• Persampelan bahan mentah dan makanan yang disediakan dilakukan dari semasa ke semasa dandihantar ke Makmal Kesihatan Awam bagi tujuan pemantauan.• Semua petugas penyediaan makanan disenaraikan beserta Sijil Kesihatan yang diperoleh termasuk status vaksin.• Semua penyediaan makanan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan di dalam garis panduan Kementerian; Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).3.7.3 Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)i. Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dilantik secara swasta mengikut spesifikasi di dalam kontrak yang disediakan oleh pihak Kementerian yang merangkumi perkhidmatan:a. perkhidmatan Pengurusan Fasiliti / Facility Management Services (FMS)b. perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti / Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)c. perkhidmatan Penyelenggaraan Biomedikal Fasiliti / Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)d. perkhidmatan Pencucian / Cleansing Services (CLS)