`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 101ix. Pakar atau Pegawai Perubatan HTU akan sentiasa berkomunikasi dengan pesakit dan keluarga dalam menerangkan keadaan penyakit dan pilihan rawatan yang ada. Pesakit dan keluarga digalakkan terlibat dalam membuat semua keputusan dan keputusan yang dibuat oleh pesakit dan keluarga akan dihormati.x. Maklumat kesihatan pesakit akan disimpan secara rahsia dan sulit sepanjang masa mengikut tatacara pengurusan Rekod Pesakit seperti yang telah digariskan dalam tatacara pengurusan rekod pesakit. Maklumat hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit sahaja.xi. Pesakit dibenarkan untuk menerima kunjungan pelawat serta ahli keluarga pada bila-bila masa sekiranya Pegawai Perubatan telah menerangkan bahawa pesakit berada pada tahap serius (DIL)xii. Memperkenankan hasrat pesakit dan keluarga untuk tidak dilakukan resusitasi (DNR) kepada pesakit dimana yang sesuai.xiii.Pesakit dan keluarga pesakit berhak untuk diberi penghormatan semasa peringkat akhir kehidupan pesakit.Rujuk: (i) SPKPK Bil.8/1995 Garis panduan/Peraturan Bagi Pekerja Sukarela Yang Menjalankan Aktiviti Keagamaan Di Hospital bertarikh 30 Disember 1995, (ii) SPKPK Bil.6.1992 Pengurusan Pesakit Dan Waris Mereka Semasa Berada di Hospital bertarikh 10 Disember 1992, (iii) SPKPK Bil.8/1987 Keselamatan PesakitPesakit Di Hospital-Hospital bertarikh 24 Jun 1987, (iv) SPKPK Bil.4/1983 Pengiring Kepada Pembantu-pembantu Hospital Yang Memeriksa/Mengendalikan Pesakit-pesakit Perempuan bertarikh 20 Ogos 1983,6.2. Consenti. Setiap pesakit mempunyai pilihan sama ada untuk menjalani prosedur, pembedahan, rawatan atau pemeriksaan yang dicadangkan atau tidak.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 102ii. Informed Consent biasanya merujuk kepada seseorang pesakit mesti dimaklumkan sepenuhnya dan memahami potensi manfaat dan risiko pilihan rawatan mereka. iii. Pesakit yang tidak dimaklumkan berisiko tersalah membuat pilihan yang tidak mencerminkan nilai atau kehendaknya.iv. Mendapatkan persetujuan pesakit adalah keperluan undangundang khusus dan adalah hak pesakit.v. Consent diperoleh daripada pesakit atau waris terdekat sebelum menjalankan sebarang prosedur klinikal.vi. Consent hanya diperoleh daripada pesakit yang berumur 18 tahun atau lebih dan mempunyai kewarasan mental yang baik.vii. Dalam situasi kecemasan (life-threatening condition) di mana semua usaha untuk mengesan saudara dan waris gagal, Consent akan diperolehi dari dua Pakar klinikal (salah seorang daripada disiplin berkaitan). viii. Persetujuan dan usaha yang dilakukan untuk mengesan saudara mara/waris terdekat didokumenkan dalam rekod pesakit.ix. Semua Consent melakukan prosedur diambil oleh Pegawai Perubatan atau Pakar yang akan menjalankan prosedur menggunakan borang Consent.x. Maklumat yang disampaikan kepada pesakit adalah seperti berikut:a. keadaan pesakitb. rawatan/prosedur yang dicadangkanc. potensi faedah dan risikod. kemungkinan berjaya/gagale. alternatif yang mungkinf. kemungkinan masalah yang berkaitan dengan pemulihang. kemungkinan hasil tanpa rawatanxi. Bagi pesakit di bawah umur 18 tahun atau pesakit yang tidak waras, kebenaran untuk perawatan klinikal diperoleh daripada penjaga yang sah.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 103xii. Keizinan juga diperolehi daripada pesakit atau waris terdekat apabila bahagian badan atau organ diambil untuk kegunaan akademik atau penyelidikan.xiii. Bagi pesakit gangguan mental yang memerlukan prosedur pembedahan dilakukan, rawatan elektrokonvulsif (ECT) atau ujian klinikal, persetujuan untuk mana-mana daripada mereka boleh diberikan oleh:-a. pesakit itu sendiri jika dia mampu memberi kebenaran seperti yang dinilai oleh pakar psikiatri;b. penjaganya dalam kes kanak-kanak atau waris dalam kes orang dewasa, jika pesakit tidak dapat memberi kebenaran;c. 2 Pakar Psikiatri (salah seorang adalah yang merawat) jika pesakit tidak mampu memberikan Consent atau waris tidak dapat dihubungixiv. Bagi pesakit di bawah umur 18 tahun yang memerlukan rawatan perubatan, kebenaran hendaklah diperoleh seperti di bawah:-a. Jika, pada pendapat pegawai perubatan, pesakit memerlukan pembedahan atau rawatan psikiatri kerana penyakit serius, kecederaan atau keadaan, kebenaran hendaklah diberikan oleh ibubapa/penjaga kanak-kanak itu/mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran untuk rawatan itu;b. Jika, pegawai perubatan telah memperakui secara bertulis bahawa terdapat risiko kecemasan kepada kesihatan kanakkanak dan rawatan perubatan/pembedahan/psikiatri adalah perlu, pelindung boleh memberi kebenaran tanpa mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga kanak-kanak itu/manamana orang. Pelindung mempunyai kuasa, tetapi hanya dalam mana-mana keadaan berikut:-● bahawa ibubapa/penjaga kanak-kanak itu/mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk memberi keizinan terhadap rawatan itu telah menolak untuk memberi, atau
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 104mengelak daripada memberi keizinan kepada rawatan tersebut;● bahawa ibubapa/penjaga kanak-kanak itu/mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah;● Pelindung percaya atas alasan munasabah bahawa ibu bapa/penjaga/orang yang diberi kuasa telah menganiaya, mengabaikan, meninggalkan atau mendedahkan, atau mendera kanak-kanak itu secara seksual. (Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Pelindung ditakrifkan sebagai Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian Kebajikan Masyarakat, Jabatan atau Kebajikan Masyarakat, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri setiap Negeri, manamana pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik)6.3. Konsultasii. Hospital Tumpat sentiasa memastikan keselamatan, kerahsiaan dan privasi pesakit sepanjang perundingan dan pemeriksaan adalah terjamin.ii. Pesakit di Klinik Pakar diuruskan oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga (Y/M) dan setiap disiplin lawatan dibantu oleh Pegawai Perubatan HTU khusus bagi membantu Pakar yang melawat setiap sesi.iii. Semua maklumat perawatan pesakit di Klinik Pakar HTU, Unit Kecemasan dan Trauma dan Unit Allied Health didokumenkan di dalam sistem MPIS modul pesakit luar. Manakala bagi pesakit dalam di dalam wad, laporan ward round oleh Pegawai Perubatan dan Pakar didokumenkan secara manual di dalam RPP kecuali
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 105permohonan investigation dan laporan jururawat menggunakan sistem MPIS sepenuhnya.iv. Pemeriksaan pesakit wanita oleh Pegawai Perubatan lelaki dilakukan dengan kehadiran chaperon, iaitu di kalangan kakitangan perubatan HTU yang sama jantina dengan pesakit.6.4. Sistem Rujukan6.4.1 Umumi. Rujukan pesakit di HTU dilakukan sebahagian daripada menyediakan perawatan yang terbaik dan optimum ke hospital yang mempunyai kepakaran dan fasiliti yang lebih lengkap.ii. Rujukan pesakit antara hospital dilakukan dari tahap penjagaan yang lebih rendah ke tahap yang lebih tinggi (step up), tahap penjagaan yang lebih tinggi ke tahap yang lebih rendah (step down) dan juga pada tahap penjagaan yang sama bergantung kepada keperluan pesakit dan/atau penyedia penjagaan.iii. HTU yang merupakan Non-Lead Hospital di dalam Kluster Kelantan Utara (KKU) mempunyai garis panduan yang telah ditetapkan dalam prosedur pemindahan pesakit sama ada dalam hospital (inter-hospital) dan ke hospital lain (intra-fasiliti) termasuk pengurusan pengangkutan. iv. Garis panduan sedia ada seperti “Pekeliling KPK Bil. 2/2009: Garis Panduan Rujukan Dan Perpindahan Pesakit Di Antara HospitalHospital KKM” dan juga CMC menjadi rujukan yang digunakan.v. Pesakit dan juga waris akan diterangkan oleh Pakar atau Pegawai Perubatan HTU jika keputusan untuk step-up care diputuskan dan direkodkan di dalam RPP.vi. Penggunaan surat rujukan secara manual masih lagi digunakan di dalam proses rujukan di bawah program KKU selain daripada perbincangan/konsultasi awal dengan Pakar di LH.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 106vii. Teleconsultation (TLC) seperti penggunaan Video call atau Whatsapp Images digunakan bagi menyampaikan informasi yang lebih lengkap kepada Pakar di LH. Namun ianya dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.viii. Pengangkutan pesakit bagi tujuan rujukan disediakan oleh Unit Kecemasan dan Trauma HTU bagi tujuan rujukan kecemasan mahupon terancang daripada wad-wad.ix. Bagi kes-kes kritikal dan juga memerlukan bantuan klinikal, Pegawai Perubatan HTU akan mengiring bersama paramedik ketika proses rujukan dilakukan.x. Pengiring dari kalangan waris pesakit tidak digalakkan. Namun jika perlu, keselamatan pengiring adalah dibawah tanggungjawab mereka sendiri.xi. Ambulans yang digunakan dipandu oleh pemandu HTU yang terlatih dan keadaan kenderaan sentiasa diperiksa setiap hari bagi memastikan keselamatan perjalanan.xii. Segala ubat-ubatan dan peralatan ambulans diperiksa oleh Penyelia Pembantu Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab ke atas kenderaan ambulans ini.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1076.4.2 Rujukan Dalaman (Intra Facility)i. Di HTU, tiada kemasukan pesakit yang kritikal dilakukan kecuali kes-kes yang telah diisytiharkan sebagai DIL atau DNR.ii. Bagi kes-kes seperti ini, pesakit perlu ditemani oleh seorang waris dan tatacara pelawat adalah seperti yang telah digariskan dalam polisi pelawat dan juga hak-hak pesakit.iii. Bagi kes-kes kritikal di HTU sama ada di Unit Kecemasan dan Trauma ataupun dari wad-wad, pesakit akan di step-up ke LH bagi meneruskan perawatan di sanal.iv. Proses step-up memerlukan pengiring bersama pesakit di kalangan Pegawai Perubatan HTU yang bertugas.6.4.3. Rujukan Luaran (Inter Facility)i. Konsep Rujukan Luaran adalah rujukan Pegawai Perubatan HTU dengan Pakar Perubatan LH. ii. Keputusan untuk memindahkan pesakit (step up) diputuskan selepas perbincangan bersama pakar berkenaan dilakukan.iii. Pegawai Perubatan HTU akan menghubungi Pegawai Perubatanoncall di LH untuk memaklumkan persetujuan pemindahan pesakit dari HTU ke LH yang telah diputuskan oleh Pakar jabatan terbabit.iv. Jika kes yang dirujuk oleh HTU tidak diterima oleh Pegawai Perubatan LH, a. Pegawai Perubatan HTU akan merujuk kembali kepada Pakar berkenaan untuk memaklumkan perihal tersebut, dan didokumentasikan.b. Pegawai Perubatan LH yang tidak menerima kes rujukan tersebut juga akan memaklumkan kepada Pakar beliau mendokumenkan sebab penolakan rujukan tersebut.c. Jika kata putus masih tidak dicapai, kes ini akan dimaklumkan kepada Pengarah HTU untuk perbincangan
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 108lanjut bersama Pakar terbabit ataupun Pengarah LH bagi memutuskan keputusan terakhir perawatan pesakit tersebut.v. Pesakit dan juga waris akan dimaklumkan mengenai proses dan juga tujuan rujukan ke LH dari semasa ke semasa.vi. Semua pesakit yang akan dirujuk akan dipastikan berada di dalam keadaan stabil sebelum proses pemindahan dilakukan. vii. Pegawai pengiring bagi kes-kes rujukan diputuskan oleh Pegawai Perubatan atau Pakar selepas berunding dengan LH.viii. Semua pegawai pengiring pesakit adalah mereka yang terlatih di dalam prosedur resusitasi pesakit kritikal dan pemantauan pesakit dilakukan sepanjang perjalanan dan direkodkan sewajarnya.ix. Dokumen yang berkaitan dengan keadaan pesakit disediakan bersama untuk memudahkan pemindahan. Ini termasuk surat rujukan dengan sejarah terperinci pesakit dan sebab rujukan. Semua imej radiologi yang berkaitan dan hasil penyiasatan lain (contohnya keputusan darah) turut disertakan.x. Pesakit rujukan dari HTU ke LH boleh dihantar ke Jabatan Kecemasan & Trauma atau terus ke wad/unit jagaan yang berkenaan berdasarkan arahan Pakar yang menerima rujukan dan juga keadaan pesakit sepanjang perjalanan.xi. Pasukan pengiring HTU tidak akan meninggalkan pesakit sehingga pihak LH menerima secara rasmi dan mengambil alih penjagaan pesakit.xii. Jika keadaan klinikal pesakit merosot di dalam perjalanan dan proses resusitasi diperlukan, ambulans HTU akan ke kemudahan kesihatan terdekat atau terus ke Jabatan Kecemasan & Trauma hospital penerima atau klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.xiii. Sekiranya kematian berlaku di dalam perjalanan, kematian akan disahkan oleh Pegawai Perubatan pengiring dan mayat akan dibawa balik ke HTU.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 109Rujukan (i) SPKPK Bil. 2/2009 Garis Panduan Rujukan dan Perpindahan Pesakit di antara Hospital-Hospital KKM bertarikh Mei 2009.6.5. Kemasukan6.5.1 Kemasukan Pesakiti. Di HTU, pendaftaran kemasukan pesakit dilakukan di Unit Hasil pada waktu pejabat dan di Unit Kecemasan & Trauma selepas waktu pejabat.ii. Kemasukan semua pesakit ke wad adalah berdasarkan kes, umur dan jantina kecuali kes penyakit berjangkit (HIV, tuberkulosis, COVID-19, etc) yang akan dimasukkan ke Wad 5.iii. Pesakit yang stabil dari hospital/Klinik Kesihatan juga boleh dimasukkan terus ke wad selepas consultation dilakukan dengan Pakar HTU yang bertugas/oncall. Nota: Semua rujukan untuk kemasukan adalah mengikut garis panduan sedia ada seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan 2/2009; Rujukan Dan Perpindahan Pesakit Di Antara Hospital-Hospital Kementerian Kesihataniv. Pesakit yang tidak stabil akan distabilkan di Unit Kecemasan & Trauma terlebih dahulu sebelum kemasukan ke wad.v. Semua kes ibu hamil (28 minggu dan ke atas) akan dihantar terus ke Bilik Saringan/Pusat Penilaian Pesakit (PAC) di Wad 3 dan formaliti kemasukan yang diperlukan akan diuruskan kemudiannya. vi. Pesakit atau waris perlu membuat bayaran deposit atau mengemukakan surat jaminan semasa kemasukan ke wad selaras dengan a. Perintah Fi (Perubatan) 1982 (Amendment) Arahan 2017
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 110b. Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) Arahan 2014, danc. Perintah Fee (Perubatan) (Full Paying Patient) Arahan 2007vii. Pesakit yang dibawa masuk ke wad dengan menggunakan stretcher, troli khas (inkubator/katil bayi) atau kerusi roda akan diiringi oleh kakitangan perubatan HTU.viii. Kakitangan wad dan unit HTU bertanggungjawab mengangkut/mengiringi pesakit di dalam hospital serta ke fasiliti lain.ix. Kemasukan pesakit ke wad tertentu tidak akan dilakukan sekiranya/apabila wad di HTU diwartakan sebagai wad penyakit berjangkit apabila wabak penyakit berjangkit diisytiharkan.Rujukan: (i) Garis Panduan Penyelenggaraan Akaun Deposit KKM bertarikh 25 Disember 2022. (ii) Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) Kos Perkhidmatan 2014 bertarikh 8 April 2019
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1116.5.2. Ketibaan di Wadi. Kemasukan pesakit ke wad ditentukan oleh Pakar atau Pegawai Perubatan yang bertugas.ii. Pembahagian katil dilakukan oleh jururawat wad apabila pesakit tiba di wad.iii. Jururawat wad akan memaklumkan semua kemasukan pesakit yang baru ke wad untuk dilihat dan dinilai.iv. Pesakit akan ditempatkan di katil beserta pakaian hospital dan kemudahan seperti kerusi dan loker disediakan. v. Taklimat orientasi seperti lokasi tandas, tempat mandi, ruang solat dan lain-lain yang dikongsi bersama diberikan ketika kemasukan ke wad.vi. Gelang tangan pengenalan (wristband) dipakaikan kepada semua pesakit HTU dan hendaklah dipakai sepanjang masa semasa berada di hospital.vii. Semua pesakit yang dimasukkan ke wad juga diberikan orientasi mengenai hospital yang merangkumi maklumat berhubung dengan kemudahan wad dan hospital, arahan keselamatan dan lain-lain oleh kakitangan wad HTU.viii. Pesakit-pesakit di HTU dinasihatkan supaya tidak memakai/membawa barang kemas atau membawa bersama barangan berharga dan wang tunai semasa di wad. Sekiranya pesakit ada membawa barang berharga, pesakit dinasihatkan supaya segera memberikannya kepada waris untuk dibawa pulang.ix. Bagi pesakit yang tidak sedarkan diri dan tiada waris/penjaga, pengurusan harta berharga pesakit adalah dibawah tanggungjawab pihak wad/hospital.x. Rondaan pesakit akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari oleh Pakar/Pegawai Perubatan atau apabila perlu mengikut keadaan klinikal pesakit.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 112Rujuk: (i) SPKPK Bil.2/2000 Garis Panduan Menguruskan Harta Benda dan Wang Tunai Pesakit bertarikh 18 Februari 2000, (ii) SPKPK Garis panduan mengikut Surat KKM Bahagian Kewangan, Surat Rujukan (39) dlm KKM 58/900/31 Jld. 4 bertarikh 9 April 2013.6.5.3. Kemasukan Pesakit Tanpa Identitii. Semua maklumat yang ada berkaitan pesakit yang tidak dikenali di HTU seperti pesakit yang koma, masalah psikiatri, lupa ingatan dan warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang diterima masuk akan didokumenkan ke dalam buku kemasukan sebagai ‘Pesakit Tidak Dikenali’ dan nombor pendaftaran/nombor pendaftaran perubatan (MRN) diberikan.ii. Polis akan dimaklumkan dengan segera untuk pencarian waris dan dimaklumkan semula jika pesakit masih tidak dikenali selepas 24 jam.iii. Sekiranya pesakit masih tidak dikenali selepas 48 jam, pihak pengurusan hospital akan menguruskan pemakluman melalui media massa bagi pencarian waris pesakit.iv. Bagi pesakit warga asing tanpa izin (PATI), pemakluman kepada agensi terbabit seperti imigresen dan konsulat terlibat bagi pengenalan diri dan proses pencarian waris dilakukan sebelum dihantar pulang.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1136.5.4. Pesakit Kritikali. Pakar/Pegawai Perubatan HTU yang bertanggungjawab ke atas semua pesakit yang dianggap sakit tenat akan menyampaikan maklumat ini kepada saudara/waris dengan cara yang mudah difahami oleh mereka. ii. Pemakluman ini akan direkodkan dalam RPP.6.6. Pesakit Dalam6.6.1 Komunikasi Serah Tugasi. Prosedur serah tugas di kalangan jururawat bertugas di antara shift dilakukan dengan teliti dan didokumenkan secara terperinci maklumat yang berkaitan.6.6.2. Pesakit Tenati. Semua pesakit yang tenat dan kritikal (terminal ill) akan dirawat/dirujuk oleh/kepada Pakar Palliative bagi pemberian rawatan yang sewajarnya diberikan pada pengakhiran hayat pesakit.6.6.3. Do Not Resuscitate (DNR) dan Penolakan RawatanProsedur DNR dan penolakan rawatan dilakukan apabila:i. keputusan kualiti pemeliharaan nyawa dan kualiti hidup diambil kira sebelum memberhentikan perawatan pesakit,ii. proses perawatan pemeliharaan nyawa diteruskan ketika penilaianpenuh dilakukan,iii. pesakit tidak lagi bertindak balas atas perawatan yang diberikan secara optima dan pemeliharaan nyawa yang lebih lama akan memberi kesan kepada pesakit dan ahli keluarga,
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 114iv. keputusan untuk memberhentikan proses perawatan dilakukan bersama pasukan yang terdiri daripada:a. Pakar daripada unit/jabatan utamab. Pakar Jabatan Bius yang merawatc. Pakar wad ICUv. semua perbincangan di antara pasukan perawat, bersama ahli keluarga akan direkodkan di dalam RPP,vi. polisi ini juga merangkumi pesakit yang kritikal dan ditempatkan di wad umum kerana ketiadaan katil di wad ICU/HDW dan keputusan ini dilakukan bersama:a. Pakar daripada unit/jabatan utama,b. ahli keluarga,c. Pakar Bius atau Kecemasan (yang berkenaan).6.6.4. No Active Resuscitation (NAR)i. Apabila seseorang pesakit menghidapi penyakit yang tidak lagi dapat dirawat secara perawatan perubatan aktif atau pembedahan atau apabila diputuskan bahawa dengan meneruskan perawatan akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada pesakit dan ahli keluarga, pasukan perawat akan memutuskan untuk tidak meneruskan lagi perawatan aktif ke atas pesakit seperti intubation, ventilation and cardiopulmonary resuscitation dan membenarkan penamatan hayat secara natural.ii. Namun, tanggungjawab pemantauan dan penjagaan terhadap pesakit masih lagi diteruskan sepanjang pesakit berada di dalam wad.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1156.6.5. End of Life Carei. Pasukan perawat akan mengenal pasti pesakit-pesakit yang kritikal dan kemungkinan kematian akan berlaku dan akan memaklumkan kepada ahli keluarga dengan tatacara yang sesuai bagi menjaga sensitiviti keluarga.ii. Apabila pesakit berada dalam keadaan brain death, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama pakar-pakar berkaitan dan pemakluman kepada ahli keluarga dilakukan bagi menerangkan keadaan pesakit dah keputusan penamatan perawatan.iii. Ahli keluarga perlu bersama dalam semua perbincangan dan membuat keputusan ke atas perawatan pesakit.iv. Permohonan berkaitan keagamaan selagi tidak mengganggu perkhidmatan dan pesakit lain akan dibenarkan sebagai penghormatan kepada pesakit.6.6.6. Pendermaan Organi. Pendermaan organ bagi mana-mana pesakit yang dirasakan sesuai akan dibincangkan bersama pasukan Tissue and Organ Procurement (TOP) bersama ahli keluarga dan dirujuk kepada Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) di HRPZ II jika ahli keluargabersetuju.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1166.7. Discaj6.7.1 Pelan Discaji. Pakar/Pegawai Perubatan HTU yang bertanggungjawab ke atas pesakit bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berkaitan kebenaran keluar wad yang dirancang tidak kurang daripada 24 jam lebih awal.ii. Gelang tangan pengenalan (wristband) akan ditanggalkan semasa keluar wad kecuali untuk kes bayi/bayi baru lahir.iii. Jururawat wad akan memastikan hanya ibu bapa/penjaga sahaja dibenarkan membawa pulang pesakit kanak-kanak/bayi/bayi baru lahir yang discaj.iv. Semua pesakit yang dianggap layak untuk dibenarkan pulang akan diberikan preskripsi dan maklumat yang berkaitan tentang ubat mereka sebelum discaj dan akan mendapat penerangan oleh Pegawai Farmasi HTU yang bertugas.Rujukan: (i)SPKPK Bil.9/1988 Prosedur Mengenai pesakit Yang Ingin Keluar Dari Hospital Dengan Kemahuan Sendiri dated 11 April 1988 (ii) Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Bil.1/2007.v. Discaj Note akan dibuat sebelum pesakit dibenarkan keluar. Pegawai Perubatan juga akan melengkapkan ringkasan keluar wad (Discaj Summary) dalam tempoh 72 jam selepas keluar.vi. Semua pesakit yang discaj perlu menjelaskan bil mereka mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) Kos Perkhidmatan 2014 (87) KKM.400-8/1/89 Jld 8 bertarikh 8 April 2019.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 117vii. Pesakit warganegara tempatan yang tidak dapat menjelaskan bil atas sebab kewangan akan dirujuk ke Pegawai Kerja Sosial Perubatan / Unit Hasil / pengurusan hospital6.7.2. Discharge Against Medical Advice (DAMA)i. Bagi pesakit yang memohon DAMA, Pakar/Pegawai Perubatan akan memberi nasihat dan penjelasan yang jelas.ii. Borang DAMA akan diisi oleh Pakar/Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab dan ditandatangani oleh pesakit/waris/penjaga dan saksi.iii. Bagi pesakit kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah, prosedur DAMA tidak dibenarkan selari dengan Child Act (Amendment) 2016.iv. Bagi pesakit kanak-kanak yang mana ibubapa/waris memohon DAMA, pesakit ini akan dinilai kembali oleh Pakar dan penerangan akan diberikan kepada ibubapa/penjaga.v. Jika selepas penilaian Pakar dan didapati pesakit kanak-kanak ini tidak sesuai untuk didiscaj awal, pemakluman kepada Pengarah Hospital perlu dilakukan bagi perbincangan lebih lanjut dan keputusan dibuat dan dicatat di dalam RPP.vi. Jika pesakit kanak-kanak ini stabil dan sesuai untuk didiscaj, Pakar akan mengaturkan temujanji awal sebagai pesakit luar bagi menilai status kesihatan pesakit ini kembali.vii. Bagi pesakit kanak-kanak ini tidak sesuai untuk didiscaj tapi dalam keadaan stabil, Pakar boleh mengaturkan rujukan ke fasiliti yang sesuai dan juga sebarang bantuan daripada agensi-agensi lain untuk memudahkan ibubapa dan keluarga.viii. Jika pesakit kanak-kanak ini tidak stabil dan tidak sesuai untuk didiscaj dengan risiko kematian tinggi, Pakar dan pengurusan hospital perlu melibatkan Jabatan Kebajikan selaras dengan Child Act (Amendment) 2016.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1186.7.3. Pesakit Melarikan Diri (Absconded)i. Pesakit tidak dibenarkan meninggalkan wad tanpa kebenaran. Mereka yang keluar dari wad tanpa kebenaran akan diisytiharkansebagai Absconded.ii. Sekiranya pesakit didapati hilang dari wad/katil, segala usaha akan dilakukan oleh pihak pengurusan hospital untuk mengesannya di sekitar Hospital. Kakitangan wad juga akan memaklumkan waris dengan segera.iii. Sekiranya pesakit masih hilang selepas 24 jam, laporan polis akan dibuat.6.7.4. Discaj Automatik dari Sistemi. Bagi pesakit luar, sistem MPIS akan discaj pesakit dari sistem pada jam 12.00 malam.ii. Fungsi ini juga berlaku pada pesakit dalam yang di discaj pada hari berkenaan.6.7.5. Discaj Kematian Pesakiti. Bagi pesakit yang meninggal, sistem akan menyalurkan data pesakit ke Unit Forensik dan di discaj dari unit berkenaan.ii. Pendaftaran mayat dilakukan di Unit Forensik HTU menggunakan sistem MPIS.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1196.7.6. Diagnosis Discaji. Semua pesakit yang discaj di HTU, diagnosis discaj akan direkodkan di dalam MPIS.ii. Kemudiannya akan diklasifikasikan kepada primary dan secondary diagnosis mengikut garis panduan MyCMX.6.7.7. Rujukan dan Discaj ke Hospital/Institusi Laini. Tujuan rujukan pesakit di HTU ke fasiliti/hospital lain adalah bagi tujuan:a. Step-Up Care: dirujuk bagi tujuan high level care yang mempunyai kepakaran dan fasiliti yang lebih tinggi.b. Perawatan yang Sama: dirujuk sementara kerana kekurangan sumber seperti katil, peralatan, ubat-ubatan dan sbg.6.7.8. Discaj dari Data HISi. Di dalam sistem HIS, data discaj pesakit HTU merangkumi semua termasuk bagi ke:a. discaj ke rumah,b. DAMAc. Melarikan diri (absconded)d. Step-Up Care6.7.9. Pembatalan Discaji. Pembatalan discaj dibenarkan sebelum jam 12.00 malam dalam keadaan seperti:a. Clerical Error, seperti discaj pesakit yang berbeza atau transcription error,
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 120b. Perubahan pada keadaan pesakit dalam proses discaj,c. Pesakit tidak mempunyai kenderaan/waris untuk membawa pulang.6.8. Kematian6.8.1. Kematian Pesakit Dalami. Kematian di HTU adalah merangkumi kematian di dalam wad dan juga di Unit Kecemasan dan Trauma.ii. Pentafsiran kematian adalah:a. Kematian di dalam Wad: adalah kematian yang berlaku di dalam wad yang mana pesakit telah didaftarkan kemasukkannya.b. Death in Department (DID) adalah kematian yang berlaku si Unit Kecemasan dan Trauma yang mana kedatangannya didaftarkan, tiba dengan tanda-tanda kehidupan dan kemudiannya telah meninggal dunia.iii. Death in Department (DID) adalah kematian tanpa pengetahuan punca kematian yang dikategorikan sebagai kematian mengejut dan laporan polis akan dilakukan,iv. Kematian sama ada di dalam wad atau di Unit Kecemasan dan Trauma disahkan (pronounce) oleh Pegawai Perubatan yang merawat.v. Bagi kes yang bukan medicolegal; yang tidak dilaporkan kepada polis, kematian, Pegawai Perubatan yang merawat akan mengisi borang pendaftaran kematian berdasarkan dokumen yang ada.vi. Bagi kes berkaitan medicolegal; Pegawai Perubatan yang merawat hanya akan mengesahkan punca kematian yang tidak melalui proses bedah siasat setelah mendapat kebenaran daripada pihak mortuary.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 121vii. Jika terdapat kesalahan pada borang pendaftaran kematian atau maklumat tidak mencukupi, pihak mortuary tidak akan menyerahkan mayat kepada waris sehingga perkara tersebut diperbetulkan.viii. Bagi kes tidak berkaitan medicolegal, pihak Pegawai Perubatan yang merawat akan mengesahkan status penderma organ, menyelesaikan semua dokumen yang berkaitan dan seterusnya akan memaklumkan kepada pihak mortuary dan waris.ix. Bagi kes berkaitan medicolegal pula, setelah selesai pengesahan status penderma organ dan perkara berkaitan, laporan polis akan dilakukan dan seterusnya pemakluman kepada pihak mortuary dan waris.x. Jika waris tidak dapat dihubungi atau dikesan, bantuan daripada pihak polis akan dipohon bagi mengesan dan memaklumkan kepada pihak keluarga.xi. Bagi kematian mengejut (unnatural), laporan polis dilakukan bagi kes-kes seperti berikut:a. Bunuh Diri● Disebabkan mencederakan diri sendiri sama ada sengaja atau tidak.● Cth: Mengambil ubat melebihi dos, meracun diri, menggantungkan diri atau dijumpai tergantung di dalam wad.b. Kemalangan● Disebabkan oleh kejadian yang tidak dijangka.● Cth: Kemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat tinggi/rumah/wad, lemas, kecederaan sukan atau lainlain.c. Jenayah● Disebabkan oleh kecederaan akibat kelakuan orang lain.● Cth: Mangsa yang dicederakan sama ada sengaja atau tidak.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 122d. Haiwan● Disebabkan oleh serangan haiwan atau disengat.● Cth: Sengatan tebuan/lebah, gigitan ular atau anjing.e. Iatrogenik● Disebabkan kecederaan daripada prosedur perubatan.● Cth: Kematian yang mencurigakan akibat daripada kecuaian perubatan.f. Penjagaan● Disebabkan semasa dalam penjagaan sama ada semulajadi atau tidak.● Cth: Kematian di dalam wad psikiatri.xii. Arahan daripada pihak mortuary akan dipatuhi oleh semua kakitangan sama ada di wad atau Unit Kecemasan dan Trauma.xiii. Pesakit yang meninggal dunia di hospital akan dipindahkan ke bilik mayat dengan diiringi kakitangan hospital dalam tempoh satu (1) jam disahkan meninggal dunia/pengesahan kematian. Mayat tidak akan dibiarkan lama di dalam wad atau Unit Kecemasan dan Trauma bagi mengelak proses pereputan awal dan juga bagi menjaga kehormatan jenazah.xiv. Semua mayat akan diserahkan kepada waris atau pihak berwajib melalui mortuary dan bagi kes-kes tertentu, penyerahan mayat di dalam wad/unit adalah dengan kebenaran Pengarah Hospital.xv. Bagi kes kematian tanpa punca dan tidak perlu melaporkan kepada polis, Pegawai Perubatan yang merawat akan memohon bedah siasat klinikal (clinical post-mortem) dengan pihak mortuary jika diperlukan.xvi. Semua kematian disebabkan biohazard akan dikendalikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelak jangkitan silang.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 123xvii. Kematian di dalam ambulans ketika rujukan kes dan ketiadaan Pegawai Perubatan pengiring, ambulans akan ke fasiliti kesihatan berdekatan bagi proses pengesahan kematian oleh Pegawai Perubatan dan seterusnya kembali ke HTU bagi proses pengurusan jenazah.xviii. Pegawai Perubatan yang merawat, apabila mengesahkan kematian pesakit, akan mendaftarkan kematian menggunakan borang “Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11)”. Ini terpakai untuk Semenanjung Malaysia. xix. Mayat si mati akan ditandakan dengan tanda mayat yang mengandungi identiti si mati, tanda putih untuk kes yang tidak memerlukan bedah siasat dan tanda merah untuk kes yang memerlukan bedah siasat.xx. Mayat yang tidak dituntut (kes bukan perubatan) akan dimaklumkan kepada polis dan notis diletakkan di akhbar selepas 3 hari (Muslim) dan 14 hari (bukan Islam). Mayat akan diserahkan kepada badan agama masing-masing untuk dikebumikan atau dibakar jika tiada tuntutan dibuat selepas hari-hari tersebut selepas pemberitahuan.xxi. Bagi mayat bukan warganegara yang tidak dituntut, kedutaan masing-masing akan dimaklumkan mengenai kematian tersebut.xxii. Garis panduan sedia ada seperti Polisi dan Prosedur Kawalan Jangkitan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polisi dan Amalan Pembasmian Kuman dan Pensterilan 2002 hendaklah dipatuhi.Rujuk (i) SPKPK 5/2008 Garis Panduan Penyerahan Mayat-mayat Yang Tidak Dituntut Di Hospital KKM kepada Fakulti Perubatan Universiti Tempatan bagi Maksud Pendidikan dan Penyelidikan Perubatan bertarikh 5 Mei 2008) ii) SPKPK Bil.1/1998 Format Garis Panduan Penggunaan PNM1/97 Bagi Melapor Kematian Perinatal.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1246.8.2. Brought in Dead (BID)i. Brought in Dead (BID) didefinasikan sebagai pesakit yang dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma HTU tanpa tanda-tanda kehidupan atau seseorang yang dibawa oleh pihak polis ke mortuary dalam keadaan yang sama.ii. Masa pesakit/seseorang itu didaftarkan digunakan sebagai waktu kematian.iii. Kematian seseorang yang tidak didaftarkan sebagai pesakit dalam atau luar yang berlaku di dalam fasiliti HTU juga akan dikategorikan sebagai BID dan mayat akan dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma sebelum laporan polis dilakukan.iv. Semua kes BID yang dibawa oleh polis akan terus dihantar ke mortuary.v. Kes BID yang dibawa oleh keluarga/orang awam akan dihantar dan didaftarkan di Unit Kecemasan & Trauma dan laporan polis akan dilakukan sebelum mayat dipindahkan ke mortuary.vi. Punca kematian tidak akan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan dan pihak Polis akan memutuskan keperluan untuk pemeriksaan bedah siasat atau tidak.vii. Bagi kes-kes yang memerlukan Penyiasatan TKP (CSI) seperti yang diminta oleh polis, Pegawai Perubatan HTU yang bertugas akan memaklumkan kepada Pakar Perubatan Forensik HRPZ II dengan segera.viii. Mayat akan dikeluarkan selepas semua prosedur dan dokumentasi yang berkaitan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.(Rujukan SPKPK Bil.10/2012 Prosedur Operasi Standard Forensik Perkhidmatan Perubatan)
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1256.8.3. Pemeriksaan Bedah Siasat Forensiki. Keperluan proses bedah siasat forensik adalah berdasarkan keperluan siasatan pihak polis dan bukannya ketentuan pihak klinikal.ii. Prosedur bedah siasat tidak memerlukan kebenaran ahli keluarga apabila arahan dikeluarkan oleh pihak polis (pol.61).iii. Apabila punca kematian tidak dapat ditentukan, bedah siasat klinikal mungkin diminta oleh pakar yang bertanggungjawab.iv. Bagi kes medicolegal, polis akan dimaklumkan tentang kematian. Polis akan mengeluarkan permintaan bedah siasat.v. Bedah siasat boleh dilakukan oleh Pegawai Perubatan HTU yang telah menghadiri latihan sangkut Forensik atau mendapat privilegging dengan atau tanpa kehadiran Pakar Patologi Forensik atau Pegawai Perubatan dari Jabatan Forensik HRPZ II mengikut keperluan kes.Rujukan: (i) SPKPK Bil.10/2012 Prosedur Operasi Standard Forensik Perkhidmatan Perubatan.6.8.4. Pemeriksaan Bedah Siasat Klinikali. Bedah siasat klinikal adalah prosedur yang dipohon oleh Pakar Perubatan ke atas mayat pesakit yang meninggal di HTU yang mana punca kematian tidak dapat ditentukan dan kebenaran prosedur ini diminta kepada ahli keluarga.ii. Kes seumpama ini tidak berkaitan dengan siasatan pihak polis.iii. Bagi kes kematian tanpa sebab, kes akan dilaporkan kepada pihak polis dan prosedur bedah siasat mungkin diperlukan.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1266.9. Pengurusan Harta Pesakiti. Pihak pengurusan hospital terutama wad-wad di HTU adalah tidak bertanggungjawab ke atas harta benda pesakit atau orang awam termasuk yang ditinggalkan di dalam wad.ii. Termasuk juga ke atas kehilangan, kecurian atau kerosakan ke atas harta benda tersebut.iii. Dalam keadaan tertentu, pihak hospital akan menyerahkan harta benda pesakit kepada pihak waris bila pesakit tidak mampu untuk menjaga harta benda mereka.iv. Pesakit dan waris di HTU dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang berharga ke hospital semasa kemasukan atau melawat.v. Bagi pesakit yang membawa bersama ketika kemasukan ke wad, pesakit akan dinasihatkan untuk menyerahkannya kepada waris untuk dibawa pulang.vi. Bagi pesakit yang tidak sedar (unconscious), harta benda pesakit akan disimpan sementara oleh pihak HTU sehingga pesakit sedarkan diri atau diserahkan kepada waris dengan segera.6.10. Keselamatan Pesakiti. Memastikan keselamatan pesakit adalah perkara utama yang ditekankan dalam memberikan kualiti perawatan dan perkhidmatan yang terbaik di HTU. Pihak HTU mengamalkan tindakan proaktif dalam membudayakan keselamatan pesakit.a. Pesakit yang Melarikan Diri (Absconded)● Polisi berkaitan pesakit yang melarikan diri telah dinyatakan pada para 6.7.3.● Tindakan pemakluman, pencarian, pelaporan dan dokumentasi dilakukan dengan segera.b. Pesakit yang Mempunyai Masalah Mental
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 127● Pihak HTU akan mendaftarkan, merujuk ke fasiliti dan memantau pesakit dengan segera dan terkawal dalam memastikan keselamatan pesakit terjamin.c. Keselamatan Bayi yang Baru Dilahirkan● Dalam memastikan keselamatan bayi yang baru dilahirkan dari kelahiran sehingga didiscaj:➢ Tanda (tagging) bayi disediakan lebih awal sebelum kelahiran dan terus dipakaikan kepada bayi sejurus kelahiran.➢ Prosedur discaj yang ketat dilakukan di dalam wad oleh jururawat dan Pegawai Perubatan.➢ Prosedur melepaskan bayi pulang juga dilakukan oleh Pegawai Keselamatan di pintu luar wad menggunakan identiti, pengenalan dan maklumat yang disediakan.➢ Kawalan keselamatan juga diketatkan bagi pelawat.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1287. TADBIR URUS KLINIKALi. Tadbir urus klinikal ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pendekatan sistematik untuk mengekalkan dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit dalam sistem kesihatan.ii. Ia pada asalnya dihuraikan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom, dan takrif formalnya yang paling banyak disebut menggambarkannya sebagai Rangka kerja di mana organisasi NHS bertanggungjawab untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dan menjaga standard penjagaan yang tinggi dengan mewujudkan persekitaran di mana kecemerlangan dalam penjagaan klinikal akan berkembang.iii. Dalam konteks tempatan, objektif rangka kerja Tadbir Urus Klinikal seperti yang dinyatakan dalam “Dokumen Rangka Kerja untuk Pengurusan Bersepadu Kualiti, Keselamatan dan Risiko dalam Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia” adalah:• Untuk memastikan bahawa terdapat rangka kerja yang sistematik bagi sektor penjagaan kesihatan bagi menyelaraskan program kualiti, keselamatan dan pengurusan risiko bagi menyokong dan memacu penyediaan perkhidmatan yang selamat, berkesan dan berkualiti tinggi.• Untuk memacu program teras bagi pengurusan kualiti, keselamatan dan risiko• Untuk memastikan kebertanggungjawaban, kepimpinan dan pengaturan pengawasan yang sewajarnya disediakan untuk menginstitusikan dan menghayati kualiti dan keselamatan.• Bahagian ini akan memberi tumpuan kepada dasar yang berkaitan secara langsung dengan penjagaan pesakit. Rujuk “Mencapai Kecemerlangan dalam Tadbir Urus Klinikal” oleh Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia & Kualiti dalam Seksyen Penjagaan Perubatan, Bahagian Pembangunan Perubatan, KKM.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1297.1. Prosedur dan Pembedahani. Hospital Tumpat mempunyai kemudahan dewan bedah. Dewan bedah ini digunakan sepenuhnya oleh jabatan direktorat pembedahan dari HRPZ II. ii. Senarai nama pesakit yang perlu menjalani pembedahan di hospital ini akan dimaklumkan kepada Penyelaras Dewan Bedah dan wad sehari sebelum pembedahan dijalankan. iii. Senarai nama ini akan dihantar ke wad yang terlibat untuk proses kemasukan pesakit dan mematuhi tatacara seperti:a. Setiap prosedur atau pembedahan pesakit dirancang dan didokumenkan dalam RPP. Pegawai Perubatan yang telah menjalani latihan sangkut anesthesia akan menilai keadaan pesakit (anesthetic review) sebelum pembedahan elektif.b. Semua persetujuan akan diambil menggunakan persetujuan/borang yang sesuai sebelum prosedur atau pembedahan.c. Pegawai Perubatan dan jururawat akan memastikan perkaraperkara berikut bagi memastikan pembedahan selamat seperti:● Pesakit yang betul● Prosedur yang betul● Anggota badan yang betulc. Apabila tiba di dewan bedah, jururawat dewan bedah akan mengesahkan dengan pesakit atau waris berkenaan perkara berikut berdasarkan senarai semak (SSSL):● Butiran pesakit● Persetujuan● Jenis pembedahan● Lokasi pembedahan● Alergi d. Pembedahan yang dilakukan direkodkan menggunakan format yang disediakan dan dilampirkan pada RPP.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 130e. Dokumentasi adalah termasuk ● diagnosis selepas pembedahan, ● penerangan tentang prosedur pembedahan, ● penemuan pembedahan● sebarang spesimen pembedahan yang dihantar serta ● nama pakar bedah dan pembantu.● Pelan penjagaan selepas pembedahan pesakit juga didokumenkan.f. Rawatan kesakitan juga perlu disertakan di dalam pelan rawatan selepas pembedahan.g. Semua kematian berkaitan pembedahan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Perioperative Mortality Review(POMR).Rujukan SPKPK 23/2009 Pelaksanaan Inisiatif Keselamatan Pesakit: Selamat Pembedahan Menyelamatkan Nyawa bertarikh 12 November 2009. Protokol Klinik Anestetik 2012 Safe Surgery Save Life (SSSL).7.2. Ubat-Ubatan7.2.1. Patient Own Medicationi. Pesakit perlu membawa ubatan mereka apabila dimasukkan ke wad di HTU bagi pemakluman kepada Pegawai Perubatan dan ianya akan diberikan kepada pesakit sebahagian daripada proses perawatan.ii. Penggunaan ubatan pesakit berdasarkan kesesuaian keadaan pesakit ketika di kemasukan ke wad dan juga penilaian Pakar dan Pegawai Perubatan.iii. Kakitangan yang menerima ubatan pesakit akan memeriksa keadaan ubatan tersebut dan merekodkan di dalam Medication
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 131History Assessment Form, Form CP1 dan menguruskannya dengan baik bagi mengelak kesalahan pengubatan.iv. Ubatan akan dilabel dengan baik berdasarkan nama dan nombor pendaftaran pesakit.v. Pesakit di dalam wad HTU juga tidak dibenarkan mengambil ubatan tanpa kebenaran Pakar atau Pegawai Perubatan yang merawat.vi. Ubatan ini akan dipulangkan kepada pesakit semula apabila pesakit discaj seperti saranan Pakar atau Pegawai Perubatan yang merawat berdasarkan keadaan pesakit ketika discaj.vii. Jika ubatan yang diberikan awal berbeza dari pelan perawatan ketika discaj, ubatan tersebut akan dipulangkan kembali kepada pihak farmasi HTU.7.2.2. Penggunaani. FUKKM merupakan senarai ubat-ubatan yang telah diluluskan untuk digunakan di semua fasiliti KKM. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada preskriber bagi mempreskripsi ubat-ubatan yang berkesan, kos efektif serta selamat. Juga membantu fasiliti KKM dalam mengawal dan mengoptimakan peruntukan ubat-ubatan kerana penyenaraian ubat-ubatan ke dalam FUKKM dilakukan secara evidence-based. ii. Formulari Ubat KKM (FUKKM) HTU diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik (JKUT) jika ada perubahan. iii. Bagi ubat yang berada di luar FUKKM Hospital Tumpat tetapi berada dalam FUKKM maka, preskriber akan memohon menggunakan Borang Permohonan Ubat Bukan Standard dan akan dibincangkan dalam JKUT HTU untuk kelulusan.iv. Bagi ubat yang berada di luar FUKKM, maka HTU akan mengisi dan menghantar Borang Permohonan Ubat Khas KPK (Ketua
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 132Pengarah Kesihatan) dan melalui PhIS dengan lengkap sebelum kelulusan diterima/tidak.7.2.3. Preskripsii. Pakar/Pegawai Perubatan/Preskriber akan mempreskrib ubat kepada pesakit HTU dan maksimum tempoh preskripsi adalah selama 6 bulan berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 6/2016 atau 1 tahun semasa wabak covid mengikut Polisi Operasi Farmasi Ambulatori (Edisi Kedua) 2022 muka surat 28.ii. Pembekalan ubat kepada preskripsi pesakit luar atau pesakit dalam adalah tertakluk kepada garis panduan yang ada dan Polisi Unit Farmasi dan Bekalan yang terkini.iii. Preskripsi daripada fasiliti swasta tidak dibenarkan di HTU.7.2.4. Pendispensani. Ubat-ubatan hanya akan didispenkan di kaunter farmasi yang ditetapkan kecuali bagi pesakit yang discaj.ii. Kaunseling ubatan akan diberikan oleh Pegawai Farmasi HTU bagi pesakit di wad sebelum discaj pulang.iii. Keperluan ubatan selepas waktu pejabat bagi kes-kes kecemasan dilakukan mengikut kes-kes terpencil sahaja.iv. Petugas dalam penyediaan bekalan steril perlu memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang telah ditetapkan oleh garis panduan unit masing-masing semasa menyediakan bekalan steril.v. Unit berkaitan perlu memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta merancang untuk penggantian bagi yang tidak berfungsi. Pensterilan peralatan akan dijalankan oleh anggota terlatih mengikut teknik/peraturan yang telah ditetapkan.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1337.2.5. Pemantauani. Pemantauan penggunaan ubatan di HTU dilakukan oleh pihak farmasi dari semasa ke semasa.ii. Jawatankuasa Ubatan Teraputik (JKUT) ditubuhkan di HTU bagi membincangkan, mengkoordinasikan, pemantauan dan pengurusan hal-hal berkaitan ubatan dan penggunaan.7.3. Kawalan dan Pencegahan Infeksi7.3.1. Pensterilan dan Disinfeksii. Unit Bekalan Steril (CSSU) bertanggungjawab secara keseluruhan untuk perkhidmatan pensterilan dan pembasmian kuman di HTU.ii. Pensterilan dan pembasmian kuman peralatan dan barangan pembedahan dijalankan menggunakan teknik atau kaedah yang sesuai dan terkini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.iii. Kakitangan CSSU yang terlibat dalam proses pensterilan akan mengikut prosedur standard untuk memastikan peralatan adalah steril.iv. Kakitangan CSSU sentiasa memakai pakaian yang sesuai untuk perlindungan keselamatan terhadap jangkitan dan bahaya lain.v. Unit CSSU akan sentiasa memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan merancang untuk penggantian peralatan yang tidak berfungsi.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 134vi. Pensterilan peralatan (mikro) dijalankan oleh kakitangan terlatih menggunakan teknik yang sesuai. Pembalut lembut dibungkus terlebih dahulu dan disterilkan secara berpusat.vii. Bagi pesakit berisiko tinggi, seperti kes HIV/AIDS dan Hepatitis B yang diketahui, set pakai buang akan digunakan.7.3.2. Kawalan Infeksii. Unit Kawalan Infeksi (UKI) HTU ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan kawalan jangkitan. Isu-isu berkaitan jangkitan di HTU akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Komiti untuk tindakan selanjutnya.ii. Penyelaras UKI, Ahli Jawatankuasa dan Link-Nurse dari setiap wad/unit dilantik bagi membentuk pasukan kawalan jangkitan.iii. Pasukan bertanggungjawab akan memantau pelaksanaan prosedur kawalan jangkitan, menjalankan aktiviti pengawasan, memantau corak rintangan antibiotik dan menjalankan latihan kepada kakitangan HTU.iv. Pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit akan ditempatkan dan dirawat di Wad Jasmin (Isolasi). Penggunaan bilik yang mempunyai lebih satu katil untuk jenis jangkitan yang sama diamalkan bagi memaksimumkan penggunaan ruang.v. Kakitangan di Wad Jasmin akan sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan jangkitan silang dan langkah berjaga-jaga sepanjang masa. Ini termasuk kekerapan mencuci tangan dan penggunaan PPE (personal protective equipment) oleh mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit berjangkit.vi. Linen yang digunakan oleh pesakit penyakit berjangkit akan diletakkan di dalam karung linen merah yang dilapisi dengan alginate plastic bag.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 135vii. Semua peralatan/instrumen dari pesakit penyakit berjangkit akan dinyah kuman dengan menggunakan disinfektan yang bersesuaian.viii. Semua sisa klinikal daripada pesakit penyakit berjangkit akan dibuang ke dalam beg plastik kuning (clinical waste) untuk dilupuskan. Pengurusan sisa klinikal dilakukan seperti yang ditetapkan dalam kontrak penswastaan.Rujukan: (i) SPKPK Bil.6/1994 Garis Panduan Untuk Membuang Alat-alat Suntik, Alat-alat Tajam dan Jarum Yang Telah Digunakan Di Hospital, Klinik Dan Pusat Kesihatan Di Dalam Sektor Kerajaan Dan Swasta bertarikh 13 September 1994,(ii) SPKPK Bil.2/1990 Garis Panduan Mengenai Kawalan Jangkitan Dijangkiti Hospital bertarikh 7 Februari 1990.7.3.3. Antimicrobial Resistance Containmenti. Jawatankuasa Kawalan Jangkitan (Hospital Infection Antibiotic Control Committee - HIACC) yang mempunyai peranan penasihat, perancangan, penyelarasan dan penyeliaan yang merangkumi kawalan jangkitan dan berkaitan Antimicrobial Resistance Containment, terutamanya:a. Merumus dan menyemak dasar dan prosedur mengenai jangkitan yang diperolehi hospital dan penggunaan terapi antimikrobial yang betul.b. Menyebarkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menerapkan nilai yang diingini dalam pekerja penjagaan kesihatan tentang subjek itu melalui pendidikan dan latihan.c. Menyebarkan dan memastikan pematuhan dasar dan prosedur di kalangan pekerja penjagaan kesihatan dan (jika berkenaan) pesakit, saudara mara dan pelawat.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 136d. Merancang program dan aktiviti kawalan jangkitan seluruh hospital setiap tahun. Fungsi ini digabungkan dalam aktiviti harian kakitangan, pesakit dan pelawat.7.4. Pendidikan Kesihatani. Dalam promosi kesihatan, HTU menganjurkan ceramah atau pameran untuk memberi pendidikan kesihatan kepada orang awam.ii. Aktiviti promosi kesihatan juga dianjurkan untuk mewujudkan kesedaran awam dan menggalakkan penyertaan orang awam terhadap kesejahteraan kesihatan.iii. Perkhidmatan pendidikan kesihatan pesakit akan diberi secara berterusan di HTU.iv. Sesetengah Pendidikan Kesihatan Pesakit adalah dirancang seperti pendidikan penyusuan susu ibu, kawalan infeksi dan sebagainya.7.5. Pendermaan Organ dan Darahi. Pengurusan Hospital Tumpat telah menubuhkan pasukan Perolehan Organ (TOP) dan mekanisme untuk menyokong pilihan pesakit dan keluarga untuk menderma organ dan tisu untuk penyelidikan/pemindahan.ii. Kakitangan yang dilantik telah dilatih untuk proses perolehan organ. Pemindahan dan perbankan akan diuruskan melalui Pengurusan Tertinggi Pasukan Pendermaan Organ Negeri Kelantan.iii. Polisi dan prosedur perlu disediakan untuk membimbing perolehan, proses pendermaan dan pemindahan organ dan tisu. Pasukan ini sentiasa konsisten dengan undang-undang dan
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 137peraturan yang berkaitan dan menghormati nilai masyarakat, kepercayaan rohani dan agama .Rujukan: Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 5/2019: Pengukuhan Tadbir Urus Perkhidmatan Perolehan Organ Dan Tisu Kementerian Kesihatan Malaysia7.6. Etika dan Perundangani. Hospital Tumpat sentiasa mematuhi undang-undang, dasar dan garis panduan KKM, etika perubatan dan garis panduan lain yang berkaitan. Perundangan, peraturan, dasar dan garis panduan boleh dipinda oleh pihak berkuasa yang berkaitan apabila perlu.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1388. PENGURUSAN BENCANA8.1. Pelan Tindakan Pengurusan Bencana dan KecemasanPelan kesiapsiagaan bencana dan kecemasan di HTU adalah penting dalam memastikan semua kakitangan dan unit mampu untuk bertindak dengan efektif dan terancang dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Garis panduan ini disediakan dengan pelan tindakan spesifik, keperluan dan strategi komunikasi bagi mengurangkan kesan bencana, menyelamatkan nyawa dan pemulihan yang pantas.i. Jawatankuasa Pengurusan Bencana dipengerusikan oleh Pengarah HTU yang akan melihat segala kesiapsiagaan.ii. Keahlian adalah terdiri daripada kakitangan klinikal, wakil-wakil unit dan juga PSH.iii. Semua ahli akan:a. Bertanggungjawab dan menjalankan Pelan Pengurusan Bencana, Pelan Kontigensi Hospital, dan Business Continuity Plan (BCP) bagi IT dan mesyuarat secara berkala akan dilakukan.b. Menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi bencana-bencana seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, ancaman bom, bahan kimia atau biologi, mass casualty dan lain-lain.iv. Maklumat berkaitan kesiapsiagaan daripada Unit Kecemasan, PKD, UKI dan agensi-agensi lain juga digunapakai mengikut kesesuaian HTU.v. Semua pelan berkaitan bencana dikongsikan dan disampaikan kepada semua kakitangan HTU.vi. Apabila berlakunya bencana, Pengarah HTU akan mengaktifkan Pelan Pengurusan Bencana.vii. Pelan Pengurusan Bencana HTU mempunyai:a. Sistem Pemakluman Kecemasan
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 139b. Tugas dan tanggungjawab setiap individuc. Pasukan perubatand. Perawatan mangsae. Dokumentasi dan data statistikviii. Semua kakitangan HTU dilatih mengenai Pelan Pengurusan Bencana termasuk penggunaan peralatan berkaitan bencana.ix. Latihan (drill) dilakukan setiap tahun di HTU bagi memperkasakan persediaan kakitangan HTU dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.Rujukan SPKPK Bil. 12/2001 Pelan Tindakan Bencana Untuk Hospital-hospital di Bawah KKM bertarikh 4 Disember 20018.2. Pemindahan Kecemasan Hospitali. Hospital Tumpat juga mempunyai pelan bagi pemindahan bangunan dan pesakit apabila berlaku kecemasan.ii. Kakitangan diberi taklimat mengenai pelan pemindahan, laluan keluar dan tapak berkumpul.iii. Pelan laluan keluar dipamerkan di lokasi strategik di setiap unit dan wad termasuk lokasi Kawasan Perhimpunan.iv. Latihan pemindahan dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1408.3. Pelan Kontigensi Khusus8.3.1. Keselamatan Kebakarani. Hospital Tumpat telah melantik Pegawai Keselamatan Kebakaran (FSO) dan menyediakan pelan kontigensi kebakaran.ii. Peralatan kebakaran yang sesuai telah disediakan di semua kawasan HTU dan kebakaran peralatan sentiasa diselenggara oleh pihak PSH.iii. Orang yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing akan memastikan pemeriksaan berkala dijalankan ke atas semua kemudahan memadam kebakaran, pintu kalis api dan laluan melarikan diri. Orang itu juga bertanggungjawab terhadap prosedur keselamatan kebakaran dan memastikan kakitangan HTU mematuhi prosedur ini.iv. Pintu kalis api sentiasa tertutup tetapi tidak dikunci. Pintu keluar perlu dikunci dan kunci disediakan di ruang berdekatan.8.3.2. Keselamatan Radas Radiasii. Jawatankuasa Perlindungan Sinaran ditubuhkan di HTU dan Pegawai Perlindungan Sinaran dilantik untuk menyelia dan menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan perlindungan sinaran.ii. Polisi dan prosedur yang berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan sinaran disediakan kepada semua jabatan dan unit yang berkaitan. Taklimat mengenai dasar dan prosedur mengenai keselamatan dan perlindungan sinaran dijalankan untuk kakitangan tertentu.iii. Kakitangan yang terdedah kepada radiasi akan diperiksa secara berkala dan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.Rujukan: (i) SPKPK Bil.10/2002 Panduan Tatacara Pengendalian Filem X-Ray Di Hospital- hospital dan Klinik Kesihatan Malaysia
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 141bertarikh 14 Oktober 2002, (ii) SPKPK Bil.9/1994 Garis Panduan Dan Pelan Tindakan Mengenai Pengurusan Kecemasan Sinaran bertarikh 28 November 1994,(iii) SPKPK Bil.10/1987 Penggunaan Mesin X-Ray MMR di Hospital-hospital bertarikh 6 Oktober 1987,(iv) SPKPK Bil.6/1986 Menghadkan Penggunaan Mesin X-Ray Jenis Mudah Alih/ Mudah Alih untuk Kegunaan Radiologi di Wad-wad bertarikh 25 Mac 19868.4. Keselamatan Fasilitii. Kawasan yang berbeza di HTU sentiasa diperiksa bagi mengenalpasti tahap keselamatan sama ada tinggi, sederhana atau rendah. Contoh kawasan keselamatan tinggi ialah pintu masuk, stor, unit hasil, wad dan dewan bedah.ii. Kawasan yang dikenal pasti sebagai keselamatan tinggi atau sederhana mempunyai langkah keselamatan dipasang dan pengawal keselamatan ditempatkan sepenuh masa. Kawasan lain pula mempunyai rondaan tapak secara berkala oleh pengawal keselamatan.iii. Papan tanda 'LARANGAN MASUK' yang jelas diletakkan dikawasan dan di pintu bilik, yang dihadkan untuk kakitangan atau kakitangan yang diberi kuasa sahaja.iv. Ketua Unit bertanggungjawab ke atas prosedur keselamatan di dalam unit dan pematuhan kakitangan kepada prosedur.v. Setiap unit akan melantik dua (2) orang pemegang kunci unit. Kad akses elektronik (di dewan bedah) dan kamera keselamatan (diletakkan di pelbagai lokasi) di bawah pengawasan Penyelia Hospital.Rujukan: (i) SPKPK Bil.4/2006 Larangan Penggunaan Telefon Bimbit dan Telefon Selular di Hospital-hospital dan Institusi-institusi KKM bertarikh 23 Ogos 2006,(ii) SPKPK Bil.6/2005 Garis panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di KKM hospital-hospital bertarikh 1
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 142September 2005,(iii) SPKPK Bil.14/2002 Garis panduan Sistem Kawalan Keselamatan di Hospital- hospital KKM bertarikh 20 November 2002)8.5. Keselamatan Pekerja/Pesakit/Orang Awami. Pengurusan HTU menyediakan persekitaran hospital dan pejabat yang selamat untuk kakitangan bagi mencapai matlamat organisasi.ii. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ditubuhkan di HTU untuk memudahkan peraturan keselamatan dan meminimumkan risiko kepada pesakit, kakitangan, pelawat dan kontraktor. Rujuk garis panduan OSHA untuk butiran.iii. Hospital Tumpat menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk melindungi kakitangan, pelawat, kontraktor dan pesakit daripada kemungkinan bahaya dan kecederaan.iv. Kakitangan HTU pada setiap masa akan mematuhi langkah berjaga-jaga sejagat dan semua garis panduan mengenai kawalan jangkitan.Rujukan: SPKPK Bil.9/2010 Pemberitahuan Penyakit Pekerjaan & Kerajinan Pekerjaan di Bawah Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. (Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan) (NADOPOD) 2004 untuk Pegawai Perubatan di KKM.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1439. PERANCANGAN PEMBANGUNAN9.1. Perancangan Hospitali. Keperluan masa depan perkhidmatan adalah berdasarkan analisis situasi yang dilakukan. Memandangkan HTU merupakan hospital yang merawat penyakit berjangkit dalam pelan fasiliti JKNK, satu komplek penyakit berjangkit ideal dirancang bagi pembinaan di masa hadapan.ii. Projek ini telah pun dibentangkan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia dan berada dalam senarai projek RMK ke-12, namun beberapa aspek penambahbaikan perlu dilihat semula dan perancangan baharu akan dimasukkan di dalam pelan projek RMK ke-13.iii. Permohonan Projek pembangunan di bawah peruntukan BP6 sentiasa dibuat dan dipohon setiap tahun.9.2. Zon Perkhidmatani. QR code diletakkan di lokasi strategik untuk mendapatkan maklum balas, cadangan dan komen daripada orang awam
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 144LAMPIRAN
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 145LAMPIRAN
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 146
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 147RUJUKAN1. General Hospital Operational Policy (GHOP), 3rd Edition, 2025.2. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 5/2025: Struktur Organisasi dan Tadbir Urus Klinikal (Clinical Governance) bagi hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).3. Department of Statistics Malaysia (DOSM), Population by district as in 20244. SPKPK Bil.7/2000 Garis Panduan Struktur Organisasi Pengurusan Hospital bertarikh 22 Disember 20005. Surat Edaran Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia - Arahan Menggunakan Tanda Larangan Membuat Rakaman Video dan MengambilGambar di Fasiliti KKM.(No. Rujukan: KKM.600-40/5/1 Jld.2(17)6. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.1-2.8: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.7. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK1.1 – Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan/ PK2.21 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Tahun 20268. Penambahbaikan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia W.P 1.4 - Kemudahan Bertugas Rasmi dan Berkursus bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan9. W.P 9.1/2013 - Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Mengenai Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar bagi Anggota Perkhidmatan Awam, PK10.1- Pinjaman Kenderaan, Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2015.10. Perintah Fi (Perubatan) 1982, (Jadual A Caj Pesakit Luar, Pengecualian)11. Akta Tatacara Kewangan12. Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 2012 Pelaksanaan Caj Pengecualian Pendaftaran Jabatan Pesakit Luar Pakar sebanyak RM5.00 dan Pengurangan Caj sebanyak 50% bagi Pesakit Kelas 3 di Hospital/Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Semua Pesakit Warganegara yang Berumur 60 tahun dan Ke atas13. SPKPK Bil.6/2007 Garis Panduan Latihan Pemanduan Ambulan KKM, bertarikh 16 Julai 2007
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 14814. SPKPK Bil.10/2004 Garis Panduan Mengenai Peraturan Lalu Lintas dan Meletak Kenderaan di Hospital-hospital KKM bertarikh 15 Disember 200415. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM-2.7 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan16. SPKPK Bil.13/2011 Dasar dan Garis Panduan Polisi Kawalan Akses Pengguna bagi Sistem Maklumat Hospital dan Klinik (HIS/CIS) KKM17. SPKPK Bil.1/2010 Dasar Keselamatan ICT di KKM bertarikh 31 Mac 201018. SPKPK Bil.14/2002 Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan di KKM hospital-hospital bertarikh 20 November 200219. Day Care Surgery Standard Operating Procedure (1st Edition Published In August 201620. Polisi Jabatan Perkhidmatan Patologi di Kementerian Kesihatan Malaysia21. Surat Pekeliling Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1 Tahun 2025-Penambahbaikan Pelantikan Dan Peranan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia22. Pekeliling KPK Bil. 16/2010: Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan di Hospital-Hospital dan Institusi Perubatan23. Credentialing & Privileging Guidelines for Nurses, Assistant Medical Officers & Allied Health Professionals, Ministry Of Health Malaysia24.SPKPK Bil. 2/2009 Garis Panduan Rujukan dan Perpindahan Pesakit di antara Hospital-Hospital KKM bertarikh Mei 2009.25.SPKPK 5/2008 Garis Panduan Penyerahan Mayat-mayat Yang Tidak Dituntut Di Hospital KKM kepada Fakulti Perubatan Universiti Tempatan bagi Maksud Pendidikan dan Penyelidikan Perubatan bertarikh 5 Mei 200826.SPKPK Bil.1/1998 Format Garis Panduan Penggunaan PNM1/97 Bagi Melapor Kematian Perinatal.27.SPKPK 23/2009 Pelaksanaan Inisiatif Keselamatan Pesakit: Selamat Pembedahan Menyelamatkan Nyawa bertarikh 12 November 2009. Protokol Klinik Anestetik 2012 Safe Surgery Save Life (SSSL).
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 14928.SPKPK Bil.6/1994 Garis Panduan Untuk Membuang Alat-alat Suntik, Alat-alat Tajam dan Jarum Yang Telah Digunakan Di Hospital, Klinik Dan Pusat Kesihatan Di Dalam Sektor Kerajaan Dan Swasta bertarikh 13 September 199429.SPKPK Bil. 12/2001 Pelan Tindakan Bencana Untuk Hospital-hospital di Bawah KKM bertarikh 4 Disember 200130.SPKPK Bil.9/1994 Garis Panduan Dan Pelan Tindakan Mengenai Pengurusan Kecemasan Sinaran bertarikh 28 November 199431.SPKPK Bil.10/1987 Penggunaan Mesin X-Ray MMR di Hospital-hospital bertarikh 6 Oktober 198732.SPKPK Bil.6/1986 Menghadkan Penggunaan Mesin X-Ray Jenis Mudah Alih/ Mudah Alih untuk Kegunaan Radiologi di Wad-wad bertarikh 25 Mac 198633.SPKPK Bil.4/2006 Larangan Penggunaan Telefon Bimbit dan Telefon Selular di Hospital-hospital dan Institusi-institusi KKM bertarikh 23 Ogos 200634.SPKPK Bil.6/2005 Garis panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di KKM hospital-hospital bertarikh 1 September 200535.SPKPK Bil.14/2002 Garis panduan Sistem Kawalan Keselamatan di Hospitalhospital KKM bertarikh 20 November 200236.SPKPK Bil.9/2010 Pemberitahuan Penyakit Pekerjaan & Kerajinan Pekerjaan di Bawah Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. (Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan) (NADOPOD) 2004 untuk Pegawai Perubatan di KKM