POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 51e. perkhidmatan Linen dan Perkhidmatan Dobi / Linen and Laundry Services (LLS)f. perkhidmatan Pengurusan Sisa Penjagaan Kesihatan / Healthcare Waste Management System (HWMS)g. Operasi HIS, Sokongan dan Penyelenggaraan / HIS Operation, Support and Maintenance (OSM)ii. Perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut akta-akta, peraturan dan standard yang diperlukan seperti:a. Perjanjian Konsesi / Concession Agreement (CA)b. Master Agreed Procedures (MAP)c. Pelan Pelaksanaan Khusus Hospital / Hospital Specific Implementation Plan (HSIP)d. Garis Panduan Operasi Projek / Project Operational Guidelines (POG)iii. Syarikat Konsesi adalah berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan / Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor fasiliti dengan pengkhusussan F02 (Fasiliti Kesihatan) di bawah Akta CIDB Malaysia [Act 520]iv. Ketua Fasiliti / Facility Manager (FM) adalah seorang yang cekap dan mahir berkaitan pengurusan fasiliti kesihatan, mempunyai kelayakan CIDB dan bertanggungjawab dalam pengurusan PSH.v. Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan / Validation Committee Meeting (VCM) dipengerusikan oleh Pengarah HTU diadakan setiap bulan bagi:a. menilai prestasib. perbelanjaanc. isu-isu berbangkit
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 52d. cadangan penambahbaikane. cadangan pemotongan akibat ketidak patuhan (deduction for non-conformance)vi. Jurutera/Penolong Jurutera hospital bertanggungjawab memantau pelaksanaan kerja-kerja oleh pihak konsesi.vii. Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti / Facility Management Services (FMS)viii. Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti / Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)ix. Perkhidmatan Penyelenggaraan Biomedikal Fasiliti / Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)a. Syarikat konsesi hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan penyelenggaraan pencegahan yang dirancang mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar peralatan.b. Perkhidmatan penyelenggaraan tetap peralatanmekanikal, elektrik, awam dan bio-perubatan dalam tempoh jaminan hendaklah dilakukan oleh vendor melalui Perkhidmatan Sokongan Hospital.c. Perkhidmatan Sokongan Hospital hendaklah membetulkan sebarang kerosakan (penyelenggaraan pembetulan) dalam masa yang sesingkat mungkin seperti yang dinyatakan dalam TRPI.d. Sebarang kerja pembaikan/pengubahsuaian dan kerja yang boleh dibayar balik yang diperlukan hendaklah dirujuk kepada Pengarah HTU untuk kelulusan.x. Perkhidmatan Pencucian / Cleansing Services (CLS)a. Pembersihan hendaklah dijalankan mengikut jadual seperti yang dipersetujui dalam Prosedur Pelaksanaan Khusus Hospital (HSIP).
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 53b. Pembersihan hendaklah dilakukan mengikut teknik yang betul, peralatan dan penggunaan detergen yang sesuaixi. Perkhidmatan Linen dan Perkhidmatan Dobi / Linen and Laundry Services (LLS)a. Semua linen hendaklah dihantar dengan cara tertutup agar tidak terdedah kepada pencemaran semasa pengendalian dan pengangkutan.b. Linen bersih yang telah disemak dan dilipat mengikut corak yang dipersetujui hendaklah dibekalkan mengikut jadual. Linen hendaklah dibawa dalam troli linen bersih atau kotor yang ditetapkan.c. Pembekalan linen bersih akan ditambah mengikut tahap PAR setiap wad/ unit/ OT seperti yang dipersetujui dalam perjanjian hospital bersama pihak konsesi (HSIP).d. Linen kotor dari wad, OT dan unit lain hendaklah diletakkan dalam beg berkod warna (Merah - dijangkiti, Hijau - linen OT, Coklat-reject linen dan Putih – kotor bukan penyakit berjangkit) yang disediakan oleh pihak konsesi dan dikutip di kawasan masing-masing mengikut jadual yang dipersetujui.xii. Perkhidmatan Pengurusan Sisa Penjagaan Kesihatan / Healthcare Waste Management System (HWMS)a. Perkhidmatan Pengurusan Sisa Penjagaan Kesihatan (HWMS) merangkumi tiga kategori utama sisa iaitu:• Buangan terjadual, yang merupakan sisa berbahaya dan dikawal melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan.• Sisa pepejal terkawal, yang dikawal selia melalui Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.• Sisa radioaktif yang dikawal selia melalui PeraturanPeraturan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 54(Pengurusan Sisa Radioaktif). Skop HWMS meliputi tiga kategori utama sisa iaitu:➢ Buangan terjadual yang dikawal oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan. Kumpulan sisa ini terdiri daripada sisa klinikal, sisa kimia berbahaya, sisa Peralatan Elektronik Elektrik (EEEW), sisa logam berat dan sisa farmaseutikal.➢ Sisa pepejal terkawal yang dikawal selia oleh Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2007. Kumpulan sisa ini terdiri daripada sisa dapur, bahan kitar semula (minyak masak terpakai dan sisa pukal) dan sisa pembinaan.➢ Sisa radioaktif yang dikawal oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Pengurusan Sisa Radioaktif)xiii. Operasi HIS, Sokongan dan Penyelenggaraan / HIS Operation, Support and Maintenance (OSM)xiv. Unit Kejuruteraan bertanggungjawab ke atas penyelarasan keseluruhan 5 perkhidmatan ini. Pegawai Perhubungan bagi setiap perkhidmatan hendaklah dilantik untuk memantau dan menyelaras semua aktiviti dan memastikan pematuhan kepada Perjanjian Konsesi (CA), Prosedur Induk Disetujui (MAP), Keperluan Teknikal dan Penunjuk Prestasi (TRPI), dan Pelan Pelaksanaan Khusus Hospital (HSIP). HSIP ialah dokumen dinamik yang hendaklah disemak setiap tahun dan boleh dipinda apabila perlu dan disahkan oleh Pengarah HTU.a. Mesyuarat secara berkala dengan pegawai perhubungan syarikat untuk membincangkan isu dan tindakan pembaikan yang perlu diambil untuk menambah baik perkhidmatan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 55b. Mesyuarat jawatankuasa bulanan untuk membincangkan dan memutuskan potongan bagi ketidakpatuhan.c. Unit Kejuruteraan Hospital bertanggungjawab secara teknikal untuk memantau, menilai, mengesahkan kerja yang dilakukan dan potongan kepada Syarikat Konsesi.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 564. TADBIR URUS HOSPITAL4.1Jadual Temujanjii. Temujanji bagi klinik pakar di HTU boleh dimohon secara panggilan telefon atau walk-in ke klinik pakar.ii. Semua temujanji baharu memerlukan surat rujukan sama ada dari fasiliti KKM atau dari mana-mana klinik swasta yang menyatakan tujuan rujukan kecuali kes-kes kecemasan.iii. Penjadualan semula temujanji boleh dilakukan dengan memaklumkan kepada Klinik Pakar untuk mendapatkan tarikh temujanji yang baharu.iv. Bagi pesakit yang tidak hadir temujanji melebihi 6 bulan, pesakit perlu mendapatkan surat rujukan baharu daripada mana-mana fasiliti bagi mendapatkan tarikh temujanji baharu (case-to-case basis).v. Selain surat rujukan, bagi memudahkan proses pendaftaran, pesakit perlu mengemukakan dokumen yang berkaitan seperti kad temu janji, surat jaminan (e-GL) dan lain-lain.4.2 Kaunter Perkhidmatani. Hospital Tumpat mempunyai beberapa kaunter bagi memudahkan pesakit dan waris:a. Kaunter Pegawai Khidmat Pelangganb. Kaunter khusus seperti:• Kaunter Pendaftaran• Kaunter Hasil• Kaunter Farmasi• Kaunter Klinik Pakarc. Kaunter ini berperanan dalam:• Memberi maklumat• Memberi bantuan• Menerima cadangan atau aduan dsb.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 57d. Kaunter dikendalikan oleh kakitangan yang cekap dan mempunyai kemahiran perhubungan awam serta komunikasi yang baik.e. Unit Pengurusan berperanan dalam menyelia dan mengawasi perkhidmatan kaunter berkaitan.f. Semua kaunter beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan bagi kemudahan pesakit dan waris untuk berurusan setiap masa.g. Lorong Keutamaan (fast-lane) di kaunter pendaftaran disediakan kepada pelanggan berikut:• Kanak-kanak berumur satu tahun dan ke bawah• Warga emas (60 tahun ke atas)• Kakitangan kerajaan dan pesara• Penderma darah (mengikut garis panduan sedia ada)• OKU (Orang Kelainan Upaya)• Orang dalam tahanan (Orang Kena Tahan)Rujuk: (i) SPKPK Bil.1/2005 Garis Panduan Pengurusan Masa Menunggu di Klinik- klinik Pakar dan di Jabatan Kecemasan di Hospital-hospital KKM bertarikh 1 Jun 2005; selaras dengan SPKPK Bil 6/2004 Langkah-langkah untuk Mengurangkan Masa Menunggu di Kemudahankemudahan Kesihatan bertarikh 20 Julai 2004.4.3Pendaftarani. Setiap pesakit akan diberikan satu Nombor Rekod Perubatan (MRN) sebagai tanda pengenalan diri menggunakan tanda nama hospital di permulaan. Cth Hospital Tumpat; HTUXXX123456789.ii. Selain itu, tanda pengenalan pesakit juga adalah nombor kad pengenalan diri, pasport (bagi warga asing) dan nombor kad pengenalan angkatan tentera/polis.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 58iii. Nombor pendaftaran ini digunakan dalam semua borang/dokumen yang berkaitan dengan perawatan pesakit sepanjang berada di HTU.iv. Encounter Number (EN) juga dikeluarkan kepada setiap pesakit bagi sebarang urusan di HTU.v. Terdapat dua (2) jenis pendaftaran di HTU:a. Pendaftaran Awam➢ Dewasa• Semua pesakit dewasa akan didaftarkan menggunakan tanda pengenalan diri seperti nombor Kad Pengenalan atau pasport.• Kanak-Kanak• Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun didaftarkan menggunakan MyKid atau surat beranak mereka sendiri.➢ Bayi yang Baru Dilahirkan• Bayi yang baru dilahirkan didaftarkan menggunakan nombor Kad Pengenalan ibu dan diikuti oleh tanda “E” atau “M” dan bilangan kelahiran semasa. Cth: Ibu dengan kelahiran kedua, MyKad ibu 90081717XXXX, maka nombor pendaftaran bayi beliau didaftarkan sebagai 90081717XXXX E02 atau M02.• Semua bayi yang dilahirkan akan didaftarkan dan no MRN akan dikeluarkan.• Semua kelahiran stillbirth akan didaftarkan bagi tujuan klinikal, laporan dan casemix, dan akan diberikan juga no MRN.• Tiada Encounter Number (EN) akan diberikan kepada bayi stillbirth.• Bagi bayi yang sakit dan memerlukan kemasukan ke wad, Encounter Number (EN) akan diberikan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 59➢ Kelahiran sebelum Ketibaan/Born Before Arrival (BBA)• Ambulans yang membawa pesakit akan ke fasiliti kesihatan berdekatan dan kelahiran didaftarkan di fasiliti tersebut.• Jika tali pusat dipotong oleh kakitangan kesihatan, kelahiran tersebut akan dikira kelahiran di hospital, dan• Di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Pesakit (HMIS), kelahiran dikira sebagai BBA dan nama serta no kakitangan tersebut akan dicatatkan.b. Pendaftaran Khusus➢ Pendaftaran Bencana• Penggunaan Pre-Register ketika berlakunya bencana dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.• Format Pendaftaran kes Bencana menggunakan tatacara; Hospital prefix + D (menandakan Pendaftaran Bencana) + tarikh (ddmmyy) + tanda pengenalan bencana + ID yang dijana oleh sistem HMIS.• Cth: HTUXXX D 010126 A 0001.c. Pendaftaran Segera (Quick Registration)• Pendaftaran ini adalah bagi kes kecemasan teruk di Unit Kecemasan atau di PAC.• Format pendaftaran bagi kes ini adalah menggunakan tatacara; Hospital Prefix + Q (menandakan Pendaftaran Segera) + tarikh (ddmmyy) + ID yang dijana oleh sistem HMIS.• Cth: HTUXXX Q 010126 0001.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 60d. Pendaftaran Pesakit Tanpa Identiti (Unknown)• Pesakit yang tidak dikenali (without identification/unknown) didaftarkan sebagai Unknownyang kemudiannya dikemaskinikan dengan segera setelah mendapat maklumat pengenalan diri.• Format pendaftaran bagi kes ini adalah menggunakan tatacara; Hospital Prefix + U (menandakan Pendaftaran Unknown) + tarikh (ddmmyy) + ID yang dijana oleh sistem HMIS.• Cth: HTUXXX U 010126 0001.e. Pendaftaran Tanpa Pesakit (Virtual)• Pendaftaran ini adalah bagi kes tanpa kehadiran pesakit atas tujuan tertentu dengan arahan daripada Pengarah HTU.• Format pendaftaran bagi kes ini adalah menggunakan tatacara; Hospital Prefix + V (menandakan Pendaftaran Tanpa Pesakit) + tarikh (ddmmyy) + ID yang dijana oleh sistem HMIS.• Cth: HTUXXX V 010126 0001.f. Pendaftaran Pesakit Luar (External Patient) bagi tujuan Prosedur atau Siasatan.• Pendaftaran ini adalah bagi pesakit yang dari fasiliti lain dan hadir ke HTU bagi tujuan siasatan atau prosedur tertentu.• Format pendaftaran bagi kes ini adalah menggunakan tatacara; Hospital Prefix + EXT (menandakan
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 61Pendaftaran External Patient) + tarikh (ddmmyy) + ID yang dijana oleh sistem HMIS.• Cth: HTUXXX EXT 010126 0001.g. Pendaftaran Pesakit ketika Masalah Sistem (During or After Downtime)• Pendaftaran ini dilakukan sebahagian daripada prosedur Business Continuity Plan (BCP).• Pendaftaran pesakit ketika ini dilakukan secara manual.• Selepas sistem kembali pulih, pendaftaran pesakit dimasukkan kembali ke dalam sistem HMIS.h. Pendaftaran bagi Kluster Hospital• Pendaftaran bagi pesakit Kluster Hospital, pesakit didaftarkan menggunakan ID Kluster dan mengikut polisi kluster yang telah ditetapkan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 624.4 Fasiliti Hospital dan Perubatan4.4.1 Klinik Pakari. Perkhidmatan Klinik Pakar berfungsi merawat pesakit-pesakit yang dirujuk dari klinik kesihatan berdekatan dan juga pesakit yang telah diberi tarikh temujanji semasa discaj dari wad. Klinik Pakar adalah di bawah pemantauan Pakar dan Pegawai Perubatan Yang Menjaga (Y/M).ii. Bilik perundingan & pemeriksaan di Klinik Pakar adalah berkonsep guna pakai sama antara jabatan-jabatan yang terlibat. Privasi pesakit dijaga sepanjang perundingan berdasarkan jadual klinik yang telah ditetapkan.iii. Kehadiran ke klinik pakar adalah melalui rujukan dan temujanji. Penyelaras Klinik Pakar akan menyediakan jadual kehadiran pakar mengikut jabatan masing-masing, sistem temujanji dan pengurusan pesakit di klinik.iv. Bagi temujanji segera, pegawai perubatan yang terlibat akan merujuk pesakit kepada pakar HRPZ II.v. Pesakit yang tidak dapat hadir atau terlepas tarikh temujanji akan diberi tarikh yang baru.vi. Semua pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di klinik pakardiberikan kad temujanji dengan dokumen yang berkaitan untuk memudahkan pemberian tarikh temujanji dan pendaftaran. Contohnya surat rujukan, kad temu janji, surat jaminan (e-GL) dll.vii. Caj bayaran rawatan akan dikenakan mengikut Akta Perubatan Fi 1982 dan resit yang dikeluarkan.viii. Penyelaras klinik akan memastikan tempoh bagi mendapatkan tarikh temujanji untuk semua pesakit baharu adalah dalam
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 63tempoh yang munasabah. Ini mesti dipantau secara berkala oleh klinik untuk penambahbaikan berterusan.ix. Butiran perundingan klinik akan didokumenkan di dalam rekod perubatan pesakit. Pada penghujung sesi klinik, pesakit sama ada didiscaj, diberi tarikh temujanji berikutnya, dirujuk di fasiliti lain atau dimasukkan ke wad untuk siasatan/prosedur.Rujukan: SPKPK Bil.3/1985 Lawatan Pegawai-pegawai Pakar ke Hospital- hospital Daerah bertarikh 28 Jun 1985).4.4.2 Unit Kecemasan dan Traumai. Hospital Tumpat menyediakan Perkhidmatan Kecemasan PraHospital dan penjagaan kecemasan secara 24 jam. ii. Unit Kecemasan & Trauma bertanggungjawab menyediakan penjagaan kecemasan kepada pesakit untuk menyelamatkan nyawa, memelihara fungsi badan dan mencegah komplikasi. iii. Perkhidmatan yang diberikan adalah di bawah pemantauan Ketua Unit/Pakar Perubatan Kecemasan.iv. Hospital menyediakan perkhidmatan ambulans bagi perkhidmatan Pre-Hospital bersama pemandu yang terlatih. Pergerakan ambulans ini juga digunakan bagi tujuan rujukan pesakit ke fasilitifasiliti yang berkaitan bagi perawatan pesakit.v. Pusat panggilan yang terletak di Unit Kecemasan & Trauma akan menerima panggilan kecemasan daripada Medical Emergency Call Centre (MECC).vi. Unit Kecemasan & Trauma HTU mempunyai zon yang ditetapkan untuk pengurusan pesakit mengikut tahap keterukan penyakit
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 64iaitu Zon Hijau bagi kes biasa/ringan, Zon Kuning bagi kes separa kritikal dan Zon Merah bagi kes kritikal.vii. Bagi kes penyakit berjangkit (Infectious Disease), pesakit akan ditempatkan di dalam Bilik Isolasi.viii. Semua pesakit akan disaring (triage) oleh kakitangan terlatih dan ditempatkan mengikut zon yang telah ditetapkan.ix. Pemantauan berterusan dilakukan oleh kakitangan unit sepanjang pesakit berada di unit tersebut sehingga pesakit di discaj, dimasukkan ke wad atau dirujuk ke fasiliti lain.x. Unit ini juga menyediakan bilik penempatan dan pemeriksaan bagi pesakit kes One Stop Crisis Centre (OSCC).xi. Unit Kecemasan & Trauma memainkan peranan utama dalam pengurusan dan rawatan kepada mangsa ketika bencana, samada di di luar (external) mahupun dalaman (internal) hospital.xii. Pasukan Perubatan (Medical Team) disediakan berdasarkan arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK)Rujukan: (i) SPKPK Bil.4/1996 Penubuhan One Stop Crisis Centre / Pusat Perkhidmatan Sepadu Untuk Pengendalian Mangsa-mangsa Rogol dan Penderaan di Hospital KKM, (ii) SPKPK Bil.5/1993 Garis Panduan Penggunaan Mercy Flight Bagi Hospital-hospital Kementerian Kesihatan bertarikh 17 Januari 1994,(iii) SPKPK Bil.4/1990 Pengurusan Ke atas kes-kes Kecederaan Kepala di Hospital-hospital bertarikh 9 September 1990,(iv) SPKPK Bil.5/1988 Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan Di Hospital- hospital bertarikh 20 Januari 1988, (v) SPKPK Bil.3/1989 Maklumat Untuk Orang Ramai Mengenai Penggunaan Perkhidmatan Kecemasan Di Hospital-hospital Kerajaan bertarikh 14 Oktober 1989. (vii) Polisi Operasi Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma, 2012.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 654.4.3 Perkhidmatan Rawatan Harian (PRH)i. Perkhidmatan Rawatan Harian di Hospital Tumpat dimulakan dengan program inisiatif Hospital Kluster Kelantan Utara melibatkan multidisiplin klinikal untuk rawatan perubatan dan pembedahan sejak tahun 2019. ii. Hospital Tumpat mempunyai senarai dinamik prosedur yang dilakukan sebagai Rawatan Harian.iii. Pesakit Rawatan Harian adalah pesakit yang didaftarkan dan discaj dalam hari yang sama selepas pembedahan/prosedur dalam masa 24 jam dari masa pendaftaran.iv. Perkhidmatan Rawatan Harian Hospital Tumpat disediakan setiap hari Ahad hingga Rabu (hari bekerja) dari jam 0730 hingga 1700 dan Hari Khamis dari jam 0730 hingga 1530 kecuali pada hari cuti umum dan kelepasan mingguan.v. Semua pesakit yang dijadualkan untuk perkhidmatan Rawatan Harian telah dijadualkan oleh pakar multidisiplin dari Lead Hospital.vi. Pesakit yang menjalani prosedur Rawatan Harian telah dipilih dan dinilai sebagai pesakit berisiko rendah dari kategori Jabatan Bius HRPZ II dan dari direktorat pembedahan HRPZ II.vii. Kebenaran pembedahan (consent) akan diambil oleh pegawai yang akan melakukan prosedur tersebut sama ada pada awalnya di HRPZ II atau sebelum prosedur tersebut di HTU.viii. Pesakit yang telah menjalani rawatan/prosedur Rawatan Harian akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan disahkan stabil sebelum discaj.ix. Pesakit akan diberikan tarikh temujanji sebelum discaj bagi meneruskan rawatan di HRPZ II kebiasaannya.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 66x. Jika pesakit didapati menghadapi komplikasi, pesakit akan dirujuk kepada pegawai yang melakukan prosedur tersebut dan pesakit dimasukkan ke wad Hospital Tumpat atau dirujuk ke HRPZ II bagi prosedur pemantauan.xi. Senarai nama pesakit untuk pembedahan Rawatan Harian akan dihantar dari Lead Hospital ke Hospital Tumpat dalam masa 24 jam sebelum prosedur.xii. Caj bil untuk pesakit ini hendaklah mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) kos perkhidmatan 2014 (87) KKM.400-8/1/89 Jld 8 bertarikh 8 April 2019.Rujukan: (i) SPKPK Bil.32/2010 Polisi Penyampaian Perkhidmatan Rawatan Harian di Hospital-hospital KKM bertarikh 15 November 2010 dan Day Care Anesthesia Protocols, 2012 (ii) Day Care Surgery Standard Operating Procedure (1st Edition Published In August 2016)4.4.4 Perkhidmatan Dewan Bedahi. Dewan bedah disediakan bagi memenuhi prosedur elektif serta penjagaan harian yang melibatkan pemberian anestesia (ubat bius). ii. Pakar Anestesia dari HRPZ II akan hadir bertugas di HTU pada hari pembedahan bersama dengan Pegawai Perubatan HTU yang terlatih bagi tujuan pemberian ubat bius dan pemantauan pesakit semasa dan juga selepas pembedahan/prosedur dilakukan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 67iii. Semua pesakit yang menjalani pembedahan elektif diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang telah menjalani latihan sangkut anestesia di HRPZ II dan telah mendapat C&P.iv. Semua prosedur yang dijalankan dalam OT adalah mematuhi garis panduan dan polisi sedia ada (Contohnya “Garis Panduan Kawalan Jangkitan Jangkitan Diperolehi Hospital dan Polisi dan Amalan Pembasmian Kuman dan Pensterilan”, KKM, 2002 dan SPKPK Bil.7/2008 Perlaksanaan Pembedahan Elektif pada Hari Sabtu di Hospital- hospital Kerajaan yang bertarikh 7 Julai 2008).4.4.5 Perkhidmatan Mortuaryi. Perkhidmatan mortuary disediakan di HTU di bawah tanggungjawab Pegawai Perubatan Yang Menjaga (Y/M) yang dilantik oleh Pengarah HTU.ii. Pegawai Perubatan Y/M terlibat di dalam pemantauan, perancangan, pengurusan dan penyediaan perkhidmatan bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat diberikan.iii. Perkhidmatan yang disediakan adalah termasuk penerimaan jenazah, penyimpanan jenazah, kawasan pengurusan jenazah, kawasan untuk melihat jenazah dan ruang bedah siasat (jika berkenaan).iv. Perkhidmatan ini juga menyediakan peralatan pengangkutan jenazah yang sesuai untuk memindahkan jenazah dari wad atau Unit Kecemasan bagi memelihara maruah pesakit.v. Rekod yang lengkap disimpan:a. Pendaftaran jenazah yang diterima.b. Rekod spesimen yang diserah kepada pihak polis dan yang dihantar ke makmal.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 68c. Semua spesimen dan bukti yang diambil daripada jenazah atau pesakit.d. Semua laporan berkaitan dengan rekod jenazahvi. Bila prosedur bedah siasat diperlukan, dasar dan prosedur bagi pemeriksaan bedah siasat tersebut adalah mengikut daris perundangan yang telah ditetapkan.vii. Terdapat aktiviti peningkatan kualiti dan keselamatan berkaitan termasuk ketepatan masa untuk menyerahkan jenazah kepada waris/pihak menuntut dan berkaitan bedah siasat sentiasa dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa.4.4.6 Unit Patologii. Perkhidmatan Patologi (Makmal) di HTU dilakukan di makmal Unit Perkhidmatan Patologi. ii. Perkhidmatan asas dan khusus disediakan di makmal HTU mengikut kategori hospital yang dikelaskan secara pentadbiran oleh KKM bagi memberikan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif dan berkualiti untuk penjagaan pesakit yang berkualiti dan selamat.iii. Unit Patologi bertanggungjawab untuk menyediakan manual Pengguna Makmal terkini dan manual Prosedur Operasi Standard yang didokumenkan untuk rujukan kakitangan sebagai panduan untuk pengumpulan, pengendalian dan pengangkutan spesimen ke makmal.iv. Ujian dilaksanakan selepas permohonan dihantar oleh paramedik atau pegawai perubatan yang terlibat dalam pengurusan pesakit. Permintaan dibuat secara atas talian (sistem iLab). Permohonan ujian lisan hendaklah disusuli dengan borang permohonan yang lengkap.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 69v. Prosedur kerja disediakan bagi memastikan semua ujian yang berkaitan dijalankan dengan baik dan akan disahkan oleh pegawai yang kompeten.vi. Kaedah ujian semi-automatik atau automatik digunakan bagi menggantikan kaedah manual.vii. Penyeragaman amalan dan prosedur dilaksanakan di semua makmal dari semasa ke semasa.viii. Tafsiran keputusan/laporan ujian hanya dibuat oleh kakitangan yang berkelayakan (Pegawai Perubatan atau staf Patologi yang terlatih). ix. Kakitangan makmal akan memaklumkan kepada pihak wad/klinik bagi keputusan ujian yang melebihi “nilai kritikal” yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan. x. Semua ujian SEGERA akan diberi perhatian, dan keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan di Peringkat Kebangsaan.xi. Penyumber luaran ujian turut dilakukan di antara makmal kerajaan sekiranya perlu atau secara perkhidmatan penyumber luaran jika tiada di peringkat makmal kerajaan melalui Ketua Jabatan Patologi HRPZ II dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.xii. Ujian Point of Care Testing (POCT) yang berteknologi tinggi hanya dibenarkan di kawasan penjagaan kritikal dan kawasan yang diperlukan untuk pengurusan pesakit yang segera.xiii. Amalan keselamatan makmal sentiasa ditekankan dan pematuhan keperluan keselamatan makmal dan semua akta dan peraturan berkanun yang berkaitan akan diamalkan. Semua kakitangan akan diberi latihan yang mencukupi dalam keselamatan makmal.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 70Rujukan: Polisi Jabatan Perkhidmatan Patologi di Kementerian Kesihatan Malaysia4.4.7 Unit Radiologii. Semua juru x-ray di HTU yang melakukan pemeriksaan radiologi adalah mereka yang berkelayakan.ii. Semua permohonan pemeriksaan radiologi adalah dari Pegawai Perubatan dengan maklumat klinika serta justifikasi dinyatakan di dalam permohonan tersebut.iii. Bagi pemeriksaan radiologi yang tertentu, senarai semak dan kebenaran melakukan prosedur tersebut akan diminta daripada pesakit.iv. Unit Radiologi berfungsi sepenuh masa bagi semua pemeriksaan x-ray.v. Semua pemeriksaan radiologi di HTU akan diiringi oleh peneman (cheperone) apabila terdapat perbezaan jantina di antara juru xray dan pesakit.4.4.8 Unit Farmasii. Berperanan dalam membekal ubat- ubatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam wad oleh anggota berkelayakan seperti Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi, mengikut garis panduan atau surat pekeliling berkaitan.ii. Pembantu Tadbir akan membantu Pegawai Farmasi Logistik dalam Pengurusan Stor dan Pemantauan Perkhidmatan Farmasi Logistikiii. Semua preskripsi perlu disaring oleh Pegawai Farmasi.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 71iv. Pembekalan Bahan Psikotropik dan Dadah Merbahaya perlu dilakukan oleh Pegawai Farmasi dan mengikut akta racun 1952 atau Peraturan-peraturan Racun( Bahan Psikotropik) 1989v. Kaunseling ubat-ubatan akan diberikan kepada pesakit baharu dan susulan samada secara individu atau berkumpulan oleh Pegawai Farmasivi. Aktiviti Bedside Dispensing@pemberian ubat di katil pesakit discaj akan dilakukan oleh Pegawai Farmasi Wad dan boleh dijalankan serentak dengan kaunseling ubat-ubatan (jika perlu)vii. Aktiviti Pemantauan Perkhidmatan Farmasi yg berkualiti, selamat dan efisien dilakukan sepanjang masa4.4.9 Fasiliti Kakitangani. Kemudahan kakitangan disediakan bagi sebagai kebajikan atau keperluan tugasan. Antaranya seperti bilik pejabat, asrama jururawat, bilik rehat kongsisama dan bilik persalinan kakitangan di lokasi tertentu.ii. Kawasan umum adalah di bawah tanggungjawab Unit Pengurusan atau unit–unit berdekatan yang ditetapkan oleh pengurusan.iii. Bilik pegawai atas panggilan disediakan bagi kegunaan Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan (oncall).iv. Penginapan atau kuarters juga disediakan di HTU kepada sesetengah kakitangan berdasarkan keperluan perkhidmatan, ketersediaan dan kelayakan.v. Fasiliti sukan seperti padang bola, gelanggang bola tampar dan kawasan lapang disediakan di HTU bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk beriadah dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 724.5 Ahli Lembaga Pelawat4.5.1 Ahli Lembaga Pelawat Hospitali. Ahli Lembaga Pelawat Hospital merupakan ahli yang dilantik oleh Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan garis panduan KKM yang dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan.ii. Ahli Lembaga Pelawat bertindak sebagai penghubung di antara pihak hospital dengan masyarakat. iii. Ahli Lembaga Pelawat boleh melawat ke wad-wad yang telah ditetapkan juga kawasan sekitar hospital diiringi oleh pihak pengurusan hospital sama ada ketika atau selepas waktu pejabat.iv. Setiap perkara berbangkit atau isu yang dibawa oleh pihak ALPH akan dinilai dan diambil tindakan oleh pihak pengurusan hospital.Rujukan: Surat Pekeliling Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1 Tahun 2025-Penambahbaikan Pelantikan Dan Peranan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 734.6 Inisiatif Khusus4.6.1 Hospital Klusteri. Program Hospital Kluster telah bermula di negeri Kelantan pada tahun 2017 dibawah arahan dan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).ii. Bermula dengan Kluster Kelantan Utara (HKKU) yang mana Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang merupakan hospital berpakar sebagai Lead Hospital (LH) dan beberapahospital daerah lain sebagai Non Lead Hospital (NLH):a. NLH 1 : Hospital Tumpat (HTU)b. NLH 2 : Hospital Pasir Mas (HPM)c. NLH 3 : Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh (HTA)d. NLH 4 : Hospital Bachok (bermula pada tahun 2025)iii. Pelaksanaan program ini bertujuan bagi meningkatkan perkhidmatan kepakaran ke hospital-hospital daerah bagi mengurangkan kesesakan di LH, kesinambungan perawatan serta mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber.iv. Kluster Hospital juga berperanan dalam berkongsi penggunaan fasiliti dan sumber seperti tenaga kerja, peralatan dan sebagainya dalam melaksanakan operasi dengan lebih berkesan.v. Koordinasi pelaksanaan program ini adalah di bawah Jawatankuasa Pengurusan Kluster (CMC) dalam memastikan pengurusan program selaras di semua hospital dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.vi. KKU diketuai oleh Ketua Kluster yang merupakan Pengarah LH dan dibantu oleh timbalan yang dilantik dari kalangan PengarahPengarah NLH.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 74vii. Di peringkat negeri, Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) adalah pengerusi kepada Governing Body (GB) yang berperanan memastikan inisiatif kluster ini berfungsi dengan baik di dalam kluster mahupun di antara kluster-kluster lain seperti Kluster Kelantan Barat dan juga Kluster Kelantan Selatan.viii. Di antara perkhidmatan yang di klsuter kan adalah:a. Perkhidmatan Unit Kecemasan & Traumab. Perkhidmatan Perubatan Amc. Perkhidmatan Perubatan Respiratorid. Perkhidmatan Perubatan Penyakit Berjangkite. Perkhidmatan Pediatrikf. Perkhidmatan O&Gg. Perkhidmatan Pembedahan Rawatan Harianix. Perkhidmatan kepakaran ini dijalankan setiap hari kepada pesakit-pesakit yang dirawat di hospital ini.x. Hospital Tumpat merupakan hospital yang merawat pesakit penyakit berjangkit seperti HIV, TB, Hepatitis, denggi, leptospirosis dan lain-lain. xi. HTU mempunyai Wad Perubatan Pengasingan dan pesakitpesakit ini dirawat oleh Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit (ID Specialist) yang melakukan lawatan dua (2) kali seminggu.4.6.2 Hospital Mesra Ibadah (HMI)i. Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah program di bawah KKM yang mula dilaksanakan pada tahun 2014 ke semua hospital-hospital KKM.ii. Program ini adalah kaloberasi di antara KKM dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menerapkan amalanamalan Islam dalam perawatan pesakit-pesakit.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 75iii. Program ini bertujuan untuk:a. Keperluan pendidikan kerohanian (spiritual) kepada pesakit dan juga ahli keluarga semasa menerima rawatan di hospital.b. Menjadikan suasana hospital yang mesra-ibadah kepada pesakit dan juga ahli keluarga.c. Memberi tunjuk ajar kepada pesakit dan ahli keluarga mengenai pelaksanaan ibadah ketika sakit.d. Melatih kakitangan hospital supaya mahir untuk mendidik dan mengajar pesakit serta ahli keluarga dalam keperluan dan tatacara melakukan ibadah ketika sakit.4.6.3 Hospital Rakan Bayii. Program Hospital Rakan Bayi (Baby-Friendly Hospital Initiative, BFHI) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan menyokong, melindungi dan mempromosikan penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak kelahiran. ii. Program ini dilaksanakan melalui pematuhan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Berjaya, termasuk pendidikan ibu, sokongan kakitangan kesihatan dan amalan penjagaan bayi yang mesra ibu serta bayi. iii. Melalui pengiktirafan Hospital Rakan Bayi, KKM memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti bagi meningkatkan kesihatan ibu dan bayi.4.6.4 Casemixi. Casemix adalah sistem yang pengurusan hospital yang dibina untuk meningkatkan keberkesanan dalam menggunakan sumber dengan kos yang efektif.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 76ii. Ia mengamalkan strategi value-based, data-driven decisionmaking dalam pengoperasian hospital dari pelbagai bahagian.iii. Casemix memainkan peranan penting dalam mengkategorikan kes-kes pesakit berdasarkan tahap kompleks sesuatu kes bagi membantu pengurusan kes-kes secara sistematik, pemantauan yang berkualiti dan pengurusan kewangan.iv. Dengan menggunakan Casemix ini, hospital berpeluang untung merancang perkhidmatan perawatan dengan lebih baik dan efektif selain membantu pembentukan kewangan yang lebih baik.v. Casemix juga dapat membantu pihak pengurusan tertinggi KKM dalam:a. Merancang perkembangan kesihatan yang lebih baik kepada fasiliti-fasiliti lain.b. Mentafsir belanja dan keupayaan kewangan yang diperlukan negara dalam sistem kesihatan berdasarkan actual outputbased services yang diberikan.c. Membantu KKM ke arah perubahan dasar Sistem Kesihatan Negara.4.6.5 Lean Initiativei. Inisiatif Lean adalah program yang diterapkan oleh KKM dalam mengenalpasti dan menghapuskan komponen waste dalam sistem-sistem atau amalan di dalam setiap aktiviti organisasi termasuk di dalam pengurusan kakitangan, antara jabatan, teknologi dan pengurusan hospital.ii. Konsep Lean adalah prinsip, kaedah dan peralatan yang boleh digunakan dalam memperbaiki dan menambahbaik proses-proses kerja di dalam hospital.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 774.6.6 Bed Management Unit (BMU)i. Bed Management Unit atau BMU ditubuhkan dalam membantu pengurusan katil di dalam hospital bagi mengurangkan isu kesesakan pesakit dan juga waktu menunggu yang lama untuk dimasukkan ke wad.ii. BMU beroperasi bukan sahaja bagi proses kemasukan ke wad, tetapi juga mengkoordinasikan perjalanan prosedur discaj pesakit dan juga rujukan ke fasiliti lain bagi menyediakan katil untuk menerima kemasukan pesakit lain.iii. BMU adalah di bawah pemantauan Pengarah HTU dan dibantu oleh Unit Kejururawatan.4.7 Pengurusan Rekod dan Laporan4.7.1 Rekod Perubatan Pesakit (RPP)i. Setiap pesakit yang menerima rawatan di HTU akan mempunyai RPP mereka tersendiri.ii. Segala maklumat penjagaan yang diberikan dan prosedur yang dilakukan ke atas pesakit akan didokumenkan dalam RPP ini. iii. Pegawai Perubatan yang merawat adalah bertanggungjawab dalam mendokumentasikan maklumat tersebut di dalam RPP.iv. Hospital Tumpat (HTU) menggunakan sistem rekod secara hybrid di mana gabungan antara penggunaan rekod manual dan juga digital melalui MPIS.a. Maklumat pesakit ketika Ward Round dicatat secara manual.b. Selain daripada itu, adalah menggunakan MPIS.v. Semua rekod rawatan pesakit disusun sebagai satu rekod perubatan di mana sistem penggunaan nombor kad pengenalan
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 78pesakit diwujudkan untuk memudahkan proses mencari semula rekod perubatan dengan cepat.vi. Semua dokumen yang berkaitan dengan penjagaan pesakit akan disimpan bersama RPP kecuali maklumat-maklumat sulit di mana akan dimasukkan di dalam fail sulit.vii. Pengurusan RPP adalah di bawah tanggungjawab Unit Rekod Perubatan. Rekod-rekod diuruskan bagi memastikan keselamatan, kerahsiaan pesakit terjamin selain memudahkan proses pencarian semula yang cepat.viii. Semua kakitangan lain yang terlibat dalam pengendalian rekod perubatan adalah bertanggungjawab dalam mengekalkankerahsiaan dan keselamatan rekod.ix. Satu Jawatankuasa Rekod Perubatan Hospital ditubuhkan bagi menyelaras semua isu berkaitan perkhidmatan rekod perubatan.Garis panduan sedia ada “Pekeliling KPK Bil. 17/2010: Garis panduan Pengendalian Dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit bagi Hospital-Hospital dan Institusi Perubatan” hendaklah dipatuhi dalam RPP.4.7.2 Pelupusan Rekod Perubatani. Rekod Perubatan Pesakit akan disimpan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.ii. Ketua Unit Rekod adalah bertanggungjawab ke atas pengurusan semua rekod-rekod perubatan hospital dan akan memastikan penjagaan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 794.7.3 Laporan Perubatan (LP)i. Laporan Perubatan akan disediakan apabila menerima permohonan bertulis daripada pesakit atau orang yang diberi kuasa (consent). ii. Laporan perubatan disediakan berdasarkan kandungan di dalam RPP.iii. Laporan Perubatan akan disediakan oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan yang terlibat dalam penjagaan. iv. Laporan akan disediakan dalam masa yang ditetapkan iaitu 4 minggu (28 hari bekerja) untuk hospital negeri dan 2 minggu (14 hari bekerja) untuk hospital pakar dan bukan pakar seperti yang ditentukan oleh KKM.v. Laporan Perubatan yang telah dikeluarkan secara rasmi tidak boleh diubah atau diusik. Mana-mana pihak iaitu pesakit, peguam atau syarikat insurans boleh meminta pengesahan apabila terdapat kemusykilan laporan perubatan. vi. Pihak hospital akan membuat pengesahan dengan membuat surat penjelasan secara rasmi bahawa ia adalah “serupa” atau “tidak serupa” dengan laporan asal yang dikeluarkan oleh pihak hospital.vii. Laporan Perubatan bagi kes medico legal atau potensi medico legal akan disediakan oleh pegawai perubatan/pakar yang akan ditentukan oleh Pengarah HTU.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 80viii. Laporan Perubatan dikenakan caj penyediaan mengikut Akta Fi 1982/pindaannya atau mengikut pekeliling Kementerian. Caj adalah berdasarkan kerumitan laporan dan julat antara RM40 –RM1000.(Rujuk Garis panduan sedia ada “Pekeliling KPK Bil. 16/2010: Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan di HospitalHospital dan Institusi Perubatan”)4.7.4 Statistik Perubatani. Data dan perangkaan dikumpul dan disediakan mengikut ketetapan Kementerian atau Jawatankuasa Rekod Perubatan Hospital.ii. Unit/wad akan menyerahkan data kepada Unit Rekod Perubatan dalam masa yang telah ditetapkan. iii. Permintaan untuk data perubatan dan statistik hospital akan dipohon melalui unit rekod perubatan dan kebenaran tertakluk kepada kelulusan Pengarah HTU.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 814.8 Dokumentasi Perawatan4.8.1 Dokumentasi Manuali. Hospital Tumpat (HTU) yang menggunakan kaedah hybrid dalam merekod, pengurusan klinikal pesakit direkodkan secara:a. Maklumat ward round : secara manualb. Maklumat lain di dalam wad : MPISc. Pesakit luar : MPISii. Semua maklumat berkaitan perawatan pesakit akan diletakkan bersama di dalam satu (1) fail yang sama seperti:-a. Laporan Jururawatb. Keputusan Makmalc. Keputusan Radiologid. Rekod pemantauan pesakit e. dan etc.iii. Pegawai yang bertanggungjawab akan memastikan penjagaan rekod, pengisian maklumat perawatan dilakukan dengan baik termasuk pengisian tarikh maklumat, ditandatangani dan di cop pada setiap maklumat yang dicatat.iv. Setiap perubahan pada maklumat yang dicatat pada awalnya, akan dibatalkan dan ditandatangani oleh pegawai terbabit.v. Tiada pemadaman maklumat di dalam RPP dibenarkan dalam apa jua kaedah.vi. RPP akan diserahkan kepada Unit Rekod dalam tempoh 72 jam selepas pesakit di discaj dari wad.4.8.2 Rekod Perubatan Elektronik (EMR)i. Rekod Perubatan Elektronik (EMR) digunakan di fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem Hospital Information System (HIS).
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 82ii. HTU adalah salah satu hospital yang menggunakan HIS di negeri Kelantan dam semua maklumat pesakit akan dimasukkan dan disimpan di dalam EMR ini.iii. Semua pesakit yang mendapatkan rawatan di HTU perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran dan nombor MRN akan diterbitkan.iv. Bagi pesakit yang pernah menerima rawatan di HTU, nombor MRN yang sama akan digunakan bagi setiap kali mereka mendapatkan rawatan.v. Semua maklumat pesakit di dalam EMR adalah SULIT dan sebarang bentuk salinan, rakaman dan edaran adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Pengarah HTU.vi. Buat masa ini, hanya beberapa modul sahaja yang sudah diintegrasikan dengan sistem MPIS di HTU seperti forensik, fisioterapi dan pulih cara kerja.vii. Hanya pegawai yang berkenaan dan dibenarkan sahaja yang dibenarkan menggunakan EMR mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh HTU.viii. Pemegang kuasa bagi EMR adalah Unit Rekod Perubatan dan dibantu oleh Pegawai Pengurusan Teknologi Maklumat (IT Tech)hospital.ix. Bagi pegawai yang telah bertukar keluar atau tamat perkhidmatan di HTU, ID bagi pegawai tersebut akan dinyahatifkan dan penggunaan sistem tidak lagi dibenarkan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 834.8.3 Rumusan dalam EMRTerdapat dua (2) jenis rumusan iaitu:Encounter Summary (ES) Discharge Summary (DS)i. ES adalah rumusan dibuat oleh pegawai yang merawat di Unit Pesakit Luar dan Rawatan Harian.i. DS adalah rumusan lengkap bagi satu pesakit sepanjang menerima rawatan di dalam wad.ii. ES dibuat setelah pesakit selesai dirawat oleh Pegawai Perubatan seperti di Unit Kecemasan, Rawatan Harian, Klinik Pakar, Klinik Rehabilitasi dan sbgii. Pegawai Perubatan yang merawat akan menyediakan DS dan mengesahkannya.iii. ES akan diterbitkan secara automatik setelah Pegawai Perubatan dismisses rekod pada ketika itu.iii. Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan dari pelbagai unit, setiap jabatan akan menyediakan DS mengikut unit.iv. Sebelum mengesahkan maklumat perawatan pesakit, Pegawai Perubatan dibenarkan untuk melakukan pembetulan kecuali pada ruangan demografi.iv. Semua DS bagi pelbagai unit akan disatukan dalam satu rumusan akhir yang akan disediakan oleh Pegawai Perubatan unit utama (Managing Unit).v. ES akan diselesaikan pada hari yang sama.v. Pengisian maklumat seperti Principal Diagnosis, Secondary Diagnosis, Comorbidities, Complication dan sebagainya akan diisi sebahagian daripada keperluan pengurusan Casemix dan perbelanjaan.vi. DS bagi pesakit yang meninggal akan menggunakan format yang sama dan maklumat kematian akan dinyatakan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 844.8.4 Akses dan Perkongsian Datai. Prinsip perkongsian data:a. Kerahsiaan data pesakit adalah menjadi keutamaan.b. Risiko dan kebaikan perkongsian data pesakit akan dipertimbangkan dengan baik oleh individu, pegawai perawat dan juga pihak pengurusan hospital.c. Perkongsian data pesakit adalah dibawah tanggungjawab pegawai yang merawat.ii. Secara dasarnya, EMR hanya akan digunakan dalam keadaan apabila:a. Pesakit dimasukkan ke HTU.b. Pesakit ingin dirujuk ke fasiliti lain.c. Mengemaskini data di peringkat kebangsaan, inisiatif kualiti dan lain-lain dengan kebenaran Pengarah HTU.d. Bagi tujuan coding oleh Pegawai Perubatan Unit Rekod (MRO), Pegawai yang merawat atau mereka yang dibenarkan.e. Dalam keadaan tertentu dan bagi kes-kes tertentu untuk dijadikan rujukan dengan pemantauan oleh MRO.f. Bagi kegunaan siasatan kes berkaitan medico legal dengan kebenaran dan tanggungjawab Pengarah HTU.iii. Cetakan dan Salinan EMR:a. Sebarang cetakan atau salinan EMR atau sebahagiannya adalah tidak dibenarkan di HTU kecuali bagi tujuan rujukan dan dengan kebenaran.b. Sebarang cetakan atau salinan adalah dengan kebenaran Pengarah HTU.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 85c. Semua urusan cetakan atau salinan akan dilakukan oleh dan di Unit Rekod.iv. Tujuan capaian EMR:a. Bagi capaian kesinambungan perawatan pesakit.● Capaian menggunakan UACP pengguna.● Pegawai Sokongan Klinikal boleh menggunakan data demografi dan klinikal pesakit yang mendapatkan rawatan di unit tersendiri.● Kakitangan sokongan yang menggunakan di dalam kawasan kerja masing-masing.● Capaian penggunaan adalah dalam masa 72 jam (hari bekerja) bagi perkhidmatan pesakit dalam dan selepas 24 jam (hari bekerja) bagi perkhidmatan pesakit luar selepas di discaj.● Perkongsian maklumat seperti DS di antara fasiliti kerajaan dan swasta dibenarkan dengan kebenaran pesakit.b. Capaian data di dalam fasiliti kerajaan berdasarkan kebenaran Pengarah HTU dengan mematuhi arahan-arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Kegunaan adalah bagi:● Penggunaan dalaman➢ Permohonan dibuat melalui sistem Medical Record Module HTU.➢ Capaian EMR adalah menggunakan nama pemohon dengan kebenaran Pengarah HTU.➢ Hanya maklumat EMR tertentu sahaja dibenarkan oleh pihak HTU.➢ Capaian hanya dibenarkan dalam masa dua (2) minggu sahaja dari tarikh kelulusan capaian.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 86● Penggunaan luaran➢ Didefinasikan sebagai pemohon yang tidak bekerja di HTU.➢ Permohonan bertulis adalah kepada Pengarah HTU dan melalui kebenarannya.➢ Capaian hanya dibenarkan dalam tempoh yang pendek sahaja.➢ Tatacara penggunaan adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh National Medical Research Registry (NMMR) dan juga Medical Research and Ethic Committee (MREC).➢ Perkongsian maklumat hanya dibenarkan di antara KKM dan agensi kerajaan lain sahaja seperti mana yang termaktub di dalam MOU.4.8.5 Pindaan dan Tambahani. Pindaana. Pindaan adalah sebarang ubahsuai yang dilakukan pada rekod asal sama ada tambahan, pemadaman dan penggantian.b. Tiada pindaan dibenarkan pada ES dan DS.c. Di dalam EMR, sebarang pindaan akan dilakukan dengan memotong (strikethrough) dan maklumat baru ditulis selepas itu dengan format italics.d. Data EMR akan memaparkan tarikh dan masa sebarang pindaan dilakukan.e. Sistem EMR tidak membenarkan fungsi Cut and Paste di dalam tujuan pindaan.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 87f. Pindaan hanya dibenarkan dalam masa 72 jam selepas discaj dengan kehadiran pesakit.Jika pindaan ingin dilakukan selepas tempoh 72 jam selepas discaj:● memerlukan kebenaran MRO dan juga Pengarah HTU.● diberi tempoh tangguh selama 14 hari untuk membuat pindaan tersebut.ii. Tambahana. Tambahan adalah proses memasukkan data atau imej ke dalam EMR.b. Tidak termasuk bagi tujuan mengubah keputusan makmal dan kajian lain, penambahan Sijil Sakit (MC) dan surat rujukan.c. Tambahan kepada ES dan DS dilakukan setelah maklumat di dalam dokumen asal ditambah terlebih dahulud. Tiada masa tertentu dan had bagi tujuan tambahan.e. Jika pindaan ingin dilakukan selepas tempoh 72 jam selepas discaj:● memerlukan kebenaran MRO dan juga Pengarah HTU.● diberi tempoh tangguh selama 14 hari untuk membuat pindaan tersebut.f. Sistem EMR boleh● mengenal pasti individu yang melakukan proses tambahan ini beserta tarikh dan masa yang dilakukan.● tujuan tambahan ini dilakukan.4.8.6 Pelan Kontigensi ketika Kegagalan Sistemi. Sebahagian daripada objektif Business Continuity Management System (BCMS), pihak HTU mengambil berat pelan yang
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 88dirangka dalam memastikan perkhidmatan di HTU terus beroperasi dengan baik semasa kegagalan sistem berlaku.ii. Unit Teknologi Maklumat (ITD) HTU telah merangka BCP ICT sebahagian daripada Pelan Kontigensi ketika berlakunya kegagalan sistem IT.iii. Pelan BCP merangkumi kaedah dan cara-cara pelaksanaan perkhidmatan bagi memastikan perawatan pesakit dapat diteruskan semasa berlakunya downtime terhadap HIS.iv. Semua borang manual dan maklumat pesakit tersedia bagi kegunaan semua pengguna ketika berlakunya kejadian ini sama ada secara hardcopy atau softcopy di dalam komputer.v. Pelan BCP sentiasa diuji dan latihan simulasi dilakukan secara berkala bagi menyediakan semua kakitangan dalam menghadapi situasi ini di HTU.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 894.9 Pengurusan Kualiti4.9.1 Standard dan Indikatori. Petunjuk Kebangsaan (National Indicators), Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators), Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) digunakan di HTU untuk memantau prestasi hospital dalam penjagaan berkualiti.ii. Semua kes kekurangan kualiti (SIQ) disiasat untuk mengetahui punca dan untuk menjalankan tindakan pembaikan.iii. Hospital Tumpat mewujudkan petunjuk khusus untuk memantau kualiti dalam jabatan dan unit.4.9.2 Aktiviti Penambahan Kualitii. Hospital Tumpat telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kualiti untuk menyelia dan menyelaras semua aktiviti mengenai kualiti. Penyelaras dilantik untuk aktiviti yang berbeza.ii. Aktiviti kualiti berikut hendaklah dilaksanakana. Quality Assurance Studiesb. Malaysian Patient Safety Goals 2.0c. Incident reportingd. Patient satisfaction surveye. Clients Charter/Piagam Pelangganf. MS ISO 9001:2019 certificationg. Hospital Accreditation certificationh. Clinical Auditi. Budaya Korporatj. Semakan Kematian (kematian yang mencurigakan, kematian peri-pembedahan dan selepas pembedahan, kematian ibu, kematian perinatal dan neonatal, kematian
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 90penyakit berjangkit tertentu seperti denggi, batuk kering, leptospirosis dan lain-lain mengikut Notifiable Disease Act.iii. Semua aktiviti peningkatan kualiti di HTU mematuhi garis panduan dan prosedur KKM sedia ada (Rujuk : Garis Panduan Pelaksanaan Akreditasi Hospital & Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Edisi Pertama Tahun 2023)iv. Unit Kualiti di HTU adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat.v. Unit-unit di hospital adalah bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang berkualiti dan selamat. Unit-unit di HTU juga telah mewujudkan piawaian dan petunjuk mereka sendiri untuk memantau kualiti.4.9.3 Business Continuity Management Systemi. Business Continuity Management System (BCMS) di hospital KKM memastikan perkhidmatan kesihatan kritikal dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan atau bencana.ii. Sistem ini merangkumi perancangan, kesiapsiagaan dan tindak balas bagi mengurangkan risiko serta impak terhadap operasi hospital.iii. Melalui BCMS, hospital KKM dapat mengekalkan keselamatan pesakit, kakitangan dan kesinambungan perkhidmatan.(Rujuk Business Continuity Plan Hospital Tumpat)
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 915. TADBIR URUS SUMBER MANUSIA5.1 Sumber Manusia5.1.1 Strategi Latihan Perjawatani. Keperluan sumber manusia dirancang dan diagihkan di bawah arahan Pengarah HTU berpandukan kemahiran dan keperluan sesuatu unit. a. Keperluan tambahan kakitangan dari semua kategori dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada peningkatan perkhidmatan yang dilaksanakan di Hospital Tumpat.b. Latihan secara berkala dirancang setiap tahun bagi meningkatkan pemahaman dan kompetensi setiap kakitangan dalam pelaksanaan tugas-tugas serta melengkapkan diri dengan arahan-arahan terkini daripada pihak Kementerian mahupon Kerajaan.5.1.2 Orientasii. Semua kakitangan yang baru melaporkan diri ke Hospital Tumpat akan mengikuti sesi orientasi berkaitan hospital merangkumi perkara-perkara berkaitan tentang terma dan syarat pelantikan seperti dalam Perintah Am dan PKPA (Perintah-Perintah Am) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan).a. Bagi kakitangan yang baru dilantik; pengenalan berkaitan Perintah Am dan PKPA (Perintah-Perintah Am) Peraturanperaturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)b. Bagi kakitangan yang baru berpindah; maklumat berkaitan hospital, polisi-polisi hospital, prosedur, garis panduan dan
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 92peraturan hospital, peranan dan tanggungjawab anggota dan sebagainya.c. Di peringkat Unit; Orientasi Khusus berkaitan unit disampaikan oleh Ketua Unit.d. Selain itu, latihan yang berkaitan pengoperasian dan keperluan keselamatan juga diberikan kepada warga baru hospital seperti:-● Kemahiran ICT● Kawalan Penyakit Berjangkit (Infection Control)● Keselamatan Kebakaran5.1.3 Penempatani. Penempatan ke unit dilakukan oleh pihak pengurusan berdasarkan kelayakan, skim jawatan, latihan khusus yang diterima dan keperluan perkhidmatan.a. Di peringkat unit, Ketua Unit bertanggungjawab terhadap:● Penerangan huraian tugas (Job Description)● Pembahagian dan penggiliran tugas● Penerangan keselamatan di peringkat unit.5.1.4 Kehadiran dan Cuti Kerjai. Hospital Tumpat menggunakan Sistem Kedatangan Cap Jari (Thumbprint) bagi merekod kehadiran tugas bagi semua kakitangan.ii. Semua kakitangan akan merekod kehadiran tugas setiap hari sama ada bagi tugas hakiki mahupon pada waktu bertugas lebih masa.iii. Ketua Unit adalah bertanggungjawab dalam pemantauan kehadiran/pergerakan harian kakitangan unit.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 93iv. Bagi anggota yang ingin keluar pada waktu bertugas bagi apaapa tujuan, pemakluman kepada Ketua Unit dilakukan dan seterusnya pengisian di dalam sistem HRMIS dilakukan berdasarkan Perintah Am 5 Bab G; Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Dibawahv. Pengambilan Cuti Rehat dilakukan dengan perancangan awal oleh kakitangan unit bersama dengan Ketua Unit bagi memastikan perkhidmatan tidak terganggu. Kemudian permohonan cuti dilakukan di dalam sistem HRMIS sebelum disokong dan diluluskan oleh pegawai yang telah ditetapkan.vi. Cuti Sakit atau Cuti Kecemasan (Emergency Leave) boleh dipohon oleh kakitangan dengan pemakluman awal kepada Ketua Unit dan disusuli serahan Sijil Sakit (Medical Certificate) dan pengisian di dalam sistem HRMIS.vii. Cuti Khas Perubatan diberikan kepada kakitangan yang bertugas di Wad Jasmin (Isolasi) dan Unit Radiologi yang diberikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu selama 14 hari setahun dan tidak boleh dikumpul.5.2 Perkembangan Kerjaya dan Kompetensi5.2.1 Program CPDi. Hospital Tumpat telah menubuhkan organisasi struktur untuk menyediakan hala tuju dan tadbir urus bagi program CPD.ii. Untuk mengekalkan kecekapan kakitangan, yang merangkumi kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan kemahiran komunikasi, setiap kakitangan (pentadbiran dan klinikal) akan diberi peluang untuk menghadiri program latihan dalam bidang yang berkaitan dengan fungsi mereka, tidak kurang daripada 3 hari.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 94iii. Peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diperolehi setiap tahun digunakan bagi perancangan latihan/kursus yang dirancang oleh Ketua Unit setiap hujung tahun sebelumnya.iv. Hospital Tumpat menggalakkan hubungan dan kerjasama formal dan tidak formal antara organisasi berkaitan kesihatan tempatan dan antarabangsa untuk memudahkan aktiviti latihan.v. Pangkalan data program latihan dalaman dan luaran yang dianjurkan dan/atau dihadiri oleh setiap kakitangan mesti diselenggara dan dikemas kini.SPKPK Bil.4/2007 Pelaksanaan Pembelajaran Professional Berterusan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bertarikh 11 Julai 2007).5.2.2 Penilaian Prestasii. Setiap kakitangan akan mempunyai Myportfolio yang dimuatnaik dalam sistem HRMIS yang mengandungi huraian kerja, tanggungjawab dan garis panduan dan prosedur kerja yang berkaitan.ii. Kakitangan yang berunding dengan Ketua Unit masing-masing akan menyediakan Sasaran Kerja Utama (SKU) dan petunjuk. Contoh Petunjuk Prestasi Utama untuk mengukur pencapaian pada awal tahun.iii. Setiap Unit di HTU mempunyai sistem sendiri bagi tujuan pemantauan dan penilaian tahap kecekapan teknikal kakitangan.iv. Penilaian prestasi dilaksanakan secara tahunan dan pada selang masa yang sesuai menggunakan format standard dengan cara yang adil dan saksama.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 955.2.3 Credentialing and Privilegingi. Melalui inisiatif Hospital Kluster, proses untuk mendapatkan Credentialing & Privileging kepada Pegawai Perubatan dan Paramedik dijalankan di HRPZII selaku LH. ii. Hospital Tumpat melantik seorang Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti ini. iii. Perbincangan di peringkat hospital dilakukan oleh Pegawai Perubatan yang menyelaras bersama Penyelia Hospital dan Penyelia Jururawat Hospital bagi memastikan tiada anggota yang tercicir untuk mendapatkan Credentialing & Privileging. iv. Credentialing & Privileging ini merupakan agenda tetap yangdibincangkan semasa MAC. v. Pengarah HTU merupakan Pengerusi dalam Jawatankuasa Credentialing & Privileging Hospital Tumpat dan juga ahli Jawatankuasa Credentialing & Privileging HPKKU. vi. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang – kurangnya 2 kali setahun.(Rujukan: Credentialing & Privileging Guidelines for Nurses, Assistant Medical Officers & Allied Health Professionals, Ministry Of Health Malaysia)5.3 Etika dan Disiplin5.3.1 Etika Berpakaian dan Tingkah Laku Kerjai. Kakitangan HTU sentiasa memakai pakaian seragam atau pakaian kerja yang bersesuaian ketika bekerja. Pemakaian batik adalah digalakkan khususnya pada hari Khamis.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 96ii. Tanda nama dan Pas Kerja Hospital sentiasa dipakai sepanjang masa.5.3.2 Tindakan Disiplini. Pemantauan prestasi kakitangan dilakukan secara berterusan.ii. Kakitangan yang mempunyai masalah disiplin akan diberikan kaunseling dari pihak pengurusan sebelum dirujuk untuk tindakan tatatertib. iii. Bagi tindakan tatatertib, peraturan yang dirujuk adalah PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib),1993.5.4 Kesihatan, Kesejahteraan dan Keselamatan Kakitangani. Hospital Tumpat mempunyai Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada kakitangan untuk berkumpul, menyertai sukan atau menjalankan aktiviti rekreasi lain dan kebajikan kakitangan.ii. Bagi menilai tahap kesihatan kakitangan, perkhidmatan Klinik Warga disediakan bagi membantu kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan mendapat rawatan awal. iii. Kakitangan diberi temujanji untuk mengambil sampel darah dan juga untuk menerima kaunseling daripada Pegawai Perubatan sekiranya keputusan darah tidak normal.iv. Skim Bencana Kerja Ex-Gratia ialah skim yang memberi pampasan kepada kakitangan hospital yang ditimpa bencana semasa menjalankan kerja yang menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian, termasuk mereka yang menjadi mangsa kerana tindakan balas akibat tindakan yang diambil dalam menjalankan tugas rasmi.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 97v. Bencana Kerja ialah bencana yang dialami oleh pegawai yang disebabkan oleh kemalangan semasa menjalankan tugas rasmiatau penyakit pekerjaan. Seseorang pegawai dilindungi dalam tempoh masa berikut:a. semasa dalam perjalanan ke dan dari rumah ke tempat kerja;b. semasa dalam perjalanan ke dan dari tempat kerja ke kediaman pada waktu makan yang diluluskan;c. dan pada setiap masa semasa menjalankan tugas rasmi.vi. Seseorang pegawai atau warisnya mesti melengkapkan Bahagian 'A' iaitu borang BTX. Borang ini boleh didapati melalui laman web Perbendaharaan (www.treasury.gov.my) dalam Garis Panduan Skim Bayaran Ex-Gratia Penjawat Awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 2001. vii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan. viii. Ketua Jabatan hendaklah menyiasat dan menyediakan laporan bencana dan melengkapkan Bahagian 'B' borang permohonan. ix. Borang tersebut perlu diserahkan bersama-sama dokumen yang diperlukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 985.5 Latihan5.5.1 Pembangunan Profesionali. Perancangan kursus/latihan/bengkel bagi tahun berikutnya dilakukan oleh kakitangan HTU bertujuan peningkatan kompetensi kakitangan yang dirancang awal oleh Ketua Unit.ii. Perancangan ini diserahkan oleh Ketua Unit kepada Unit Pengurusan selewat-lewatnya pada bulan Oktober tahun semasa bagi penilaian dan pemilihan menggunakan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berdasarkan kepentingan kursus dan kemampuan kewangan.iii. Kakitangan HTU bertanggungjawab ke atas pembangunan profesional mereka sendiri dengan berbincang dengan Ketua Unit dalam merancang dan mencadangkan latihan yang dirasakan bersesuaian dan penting kepada mereka dalam mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.iv. Keperluan latihan sekurang-kurangnya adalah tujuh (7) hari dalam setahun atau mengikut keperluan berkaitan dan kakitangan perlu mengemaskini maklumat di dalam:-a. Buku Log Latihan: bagi tujuan C&Pb. Laman Sesawang MyCPD: pengumpulan mata CPD bagi tujuan pembaharuan sijil/lesen amalanc. Sistem HRMIS: kemaskini profil peribadi5.5.2 Penilaiani. HTU hanya menerima pelajar jurusan latihan Perubatan dan juga Kejururawatan namun lebih kepada Latihan Sangkut (attachment) sebahagian daripada silibus pembelajaran mereka.ii. Pergerakan aktiviti mereka dikendalikan oleh Koordinator universiti masing-masing namun tetap dipantau oleh kakitangan HTU yang dilantik.
POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 99iii. HTU tidak mempunyai postgraduate student mahupon Pegawai Perubatan Sarjana (houseman).5.6 Hadiah dan Sumbangani. Kakitangan HTU tidak dibenarkan menerima mana-mana sumbangan daripada pihak-pihak tertentu tanpa mendapat kelulusan dan mengikut tatacara penerimaan.5.7 Kajiani. Pihak pengurusan HTU sentiasa menerima permohonan manamana individu atau agensi yang ingin melakukan kajian di hospital ini jika telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat.ii. Semua kajian daripada kakitangan KKM atau dikendalikan di fasiliti KKM atau dibiayai oleh KKM perlu memastikan:a. mendaftar di bawah NMRRb. mendapat kelulusan dari pihak KKMiii. Semua hasil kajian yang ingin di bentangkan, dilaporkan atau diterbitkan dalam mana-mana artikel perlulah disemak oleh pihak NIH dan seterusnya mendapat kelulusan oleh KPK KKM.iv. Jika kajian tersebut berkaitan intervensi klinikal, pemohon perlu mempunyai sijil Good Clinical Practice (GCP).v. Semua dokumen atau rekod yang digunakan di HTU akan ditanda bagi memudahkan pemakluman dan semakan di kemudian hari.vi. Pelupusan semua dokumen yang digunakan semasa kajian akan dipastikan oleh pihak Unit Rekod HTU dilaksanakan sepertiarahan.
`POLISI OPERASI AM HOSPITAL TUMPAT 1006. TADBIR URUS PESAKIT6.1. Hak-Hak Pesakiti. Hak pesakit adalah hak sebagai seorang pesakit yang menerima rawatan di HTU dan menjadi tanggungjawab Pegawai Perubatan dan pengurusan hospital memastikan maklumat mengenai rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah sama rata dan membenarkan pesakit dalam membuat keputusan ke atas diri mereka sendiri.ii. Kakitangan HTU sentiasa menghormati hak pesakit termasuk kepercayaan budaya, rohani dan agama pesakit serta keluarga.iii. Semua pesakit akan dirawat secara adil tanpa ada unsur diskriminasi berdasarkan kaum, jantina, kepercayaan agama, status sosial dan ekonomi atau atas sebarang faktor lain.iv. Pihak HTU menyediakan jurubahasa dan ahli keagamaan bagi keperluan pesakit (jika diperlukan) sebahagian daripada proses perawatan dan juga berkaitan kematian.v. Keselamatan pesakit semasa mendapatkan rawatan di HTU adalah dibawah tanggungjawab pihak hospital dan ianya dipastikan terjamin.vi. Rawatan diberikan berdasarkan keadaan klinikal pesakit dan adalah secara individu berdasarkan penyakit yang dihidapi dan diberikan rawatan dengan cara yang berkualiti dan selamat.vii. Pesakit akan ditemani oleh peneman (chaperon) yang sama jantina dari kalangan kakitangan HTU sendiri ketika pemeriksaan dilakukan.viii.Semua pesakit kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya dan pesakit tidak dapat menjaga diri sendiri dibenarkan mempunyai peneman (ibu bapa atau penjaga) semasa berada di dalam wad.