The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu Tahun 5 SJKC BUKU TEKS 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by deveshveni, 2023-03-18 00:55:55

Bahasa Melayu Tahun 5 SJKC BUKU TEKS 2021

Bahasa Melayu Tahun 5 SJKC BUKU TEKS 2021

9 789834 928285 ISBN 978-983-49-2828-5 AT015001 RM12.50


i Penulis Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim Mat Ariffin bin Ismail Kamarudin bin Jeon Editor Fazilah binti Mohamedeni Pereka Bentuk Hasnah binti Mohamed Ilustrator Zamri bin Mukapit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2020 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2O17)


ii KK 499-221-0102011-49-2828-20101 ISBN 978-983-49-2828-5 Cetakan Pertama 2020 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: HZ Idea Creative Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 14 poin Dicetak oleh: Unggul Printing (KL) Sdn. Bhd., No. 17, Jalan Hitech 6/1, Kawasan Perindustrian Hitech 6, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan. PENGHARGAAN Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada pihak yang terlibat: • Pakar Rujuk Bahasa, Tuan Haji Muhammed Salehudin bin Aman • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera (NSK), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka • Jawatankuasa Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) • Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) • Polis Diraja Malaysia (PDRM) • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) • Bank Negara Malaysia (BNM) • SMK Taman Tasik Ampang • SJKC Kai Ming No. Siri Buku: 0007


iii Pendahuluan iv TEMA 1 KELUARGA TERCINTA 1 Unit 1 Riangnya Keluargaku 2 Unit 2 Keluarga Bestari 7 Unit 3 Hadapi Bersama-sama 12 TEMA 2 PERPADUAN TUNJANG KEHARMONIAN 21 Unit 4 Bersama-sama Pupuk Perpaduan 22 Unit 5 Hidup Berjiran Amalan Kita 27 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju 32 TEMA 3 PASTIKAN SELAMAT DI MANA-MANA 41 Unit 7 Sentiasa Peka Setiap Masa 42 Unit 8 Prihatin Pasti Selamat 47 Unit 9 Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan 52 TEMA 4 INTEGRITI DALAM KEHIDUPAN 61 Unit 10 Bersikap Jujur 62 Unit 11 Integriti Menyejahterakan Sekolah 67 Unit 12 Nilai Integriti 73 TEMA 5 LESTARIKAN ALAM 82 Unit 13 Cintailah Alam Kita 83 Unit 14 Celik Alam Sekitar 88 Unit 15 Amalan Lestari Hijau 93 TEMA 6 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN 102 Unit 16 Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan 103 Unit 17 Produk Pertanian dan Penternakan 108 Unit 18 Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan 114 TEMA 7 BERSAMA MENJANAKAN PENDAPATAN 122 Unit 19 Perniagaan Sumber Rezeki 123 Unit 20 Usahawan Berjaya 128 Unit 21 Bijak Mengurus Wang 133 TEMA 8 BIJAK SAINS, MESRA TEKNOLOGI DAN INOVASI 142 Unit 22 Bermanfaatnya Sains 143 Unit 23 Teknologi dalam Kehidupan 148 Unit 24 Janakan Idea Kreatif dan Inovasi 154 KANDUNGAN


iv Buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) kegunaan mulai tahun 2021 dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini dihasilkan bertujuan untuk melahirkan murid tahun 5 SJK yang dapat menguasai kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Buku yang mengandungi lapan tema ini juga menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Setiap tema mengandungi tiga unit dan jumlah keseluruhannya 24 unit. Setiap unit mengandungi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. Pada akhir setiap tema, disediakan aktiviti 4P, iaitu Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan dan Penilaian. Kandungan buku ini dipersembahkan secara modular bagi memudahkan murid menguasai Standard Pembelajaran (SP) dalam proses pembelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sentiasa diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diterapkan dalam buku ini. Hal ini bertujuan untuk melatih murid agar berfikiran kritis dan kreatif. Seterusnya, bahan berunsur didik hibur turut dimuatkan bagi menyokong kemahiran dan menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran. Bahan seperti jalur komik, lagu, cerita dan permainan bahasa dipersembahkan dengan bantuan grafik, ilustrasi dan gambar foto yang menarik. Bahan ini mampu menarik minat murid untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu. 1 Keluarga Bahagia, Hidup Sejahtera • Minta murid bercerita dengan berdasarkan gambar dan penyataan. 82 • Minta murid bercerita dengan berdasarkan gambar dan frasa. kitar semula jimat elektrik jimat air teknologi hijau tong sampah kompos Peliharalah Alam Kita 21 • Minta murid bernyanyi dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Minta murid bercerita tentang gambar. Perpaduan Kita Tanya guru kita tentang perpaduan Nanti jawab guru perlu berkawan Tanya guru kita cara hidup murni Nanti jawab guru ikhlaskan hati Guru ajar kita perlu pakat semua Tanpa fikir bangsa mahupun rupa Saling tolak ansur usahlah curiga Hidup satu hati aman sentosa (Melodi lagu “Tanya Sama Pokok”) Imbas Saya ulang dua kali 102 • Bimbing murid berbincang tentang gambar. Internet Buku Majalah Televisyen Keistimewaan Pertanian dan Penternakan 41 Berhati-hati setiap masa Bersiap sedia hadapi kemungkinan Prihatin pasti selamat • Bersoal jawab dengan murid tentang amalan keselamatan berdasarkan gambar dan penyataan. 122 • Bersoal jawab tentang gambar dan cara menambah pendapatan. 61 Rumput muda dimamah lembu, Jujurlah kepada ayah dan ibu. Ikan tenggiri di lautan biru, Usah ingkari arahan guru. Pohon berduri tumbuh di jalan, Integriti diri jadikan amalan. 61 • Minta murid berbincang tentang pantun dan gambar. Bunga kemboja gugur ke tanah, Lakukan kerja secara amanah. 142 • Minta murid berbincang tentang gurindam dan gambar. Andai mahu menambah ilmu, Terokai sains usahlah jemu. Apabila teknologi diutamakan, Banyak tugas dapat diselesaikan. alat pengesan bakat atlet 156 Edit dan murnikan perenggan. • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. • Minta murid mengedit dan memurnikan ayat dalam perenggan. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat rujukan EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.3.2 Inovasi untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan Pada tahun 2015, Institut Teknologi di Amerika telah mencipta Finger Reader. Alat ini mereka dicipta untuk orang kurang upaya penglihatan. Alat ini, seperti sebentok cincin dipakai di jari telunjok. Jari boleh gerakkan pada ayat yang ingin dibaca. Mereka juga boleh membaca dengan menggunakan talifon pintar. Seterusnya, alat ini melengkapkan kamera dan audio. Kamera akan terimbas ayat yang ditunjuk oleh jari. Setiap ayat yang mengimbas akan bertukar dalam bentuk suara. Mereka akan dapat mendengar tiap perkataan bila jari digerakkan pada baris ayat di buku. Selain itu, alat ini dapat dibawa oleh orang buta bawa ke mana sahaja kerana saiz alat ini kecil. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas juga lancar. Guru hanya menerangkan tentang isi pelajaran tanpa membacakannya. Hal ini berlaku kerana, murid boleh membaca sendiri dengan menggunakan alat ini. Jelaslah, alat ini boleh murid kurang upaya penglihatan membantu baca dengan mudah. Mereka dapat baca pelbagai-bagai jenis bahan. Kini bahan bacaan mereka tidak terhad lagi kepada tulisan braille. Bahan dan sumber bacaan mereka kini semakin bertambah dan luas. Edit dan murnikan perenggan. Kalau bijak berinovasi, Banyak masalah dapat diatasi. Jika kreativiti ditingkatkan, Ciptaan kreatif dapat dihasilkan. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Pertanian dan Penternakan Sains, Teknologi dan Inovasi iv Kekeluargaan Perpaduan Keselamatan Integriti Kelestarian Alam PENDAHULUAN


v 122 • Bersoal jawab tentang gambar dan cara menambah pendapatan. Ikon-ikon yang menarik juga digunakan untuk menjelaskan bahagian-bahagian tertentu. PENERANGAN IKON BUKU TEKS Permulaan Tema 2 • Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 1.1.1 Rumah Idaman Wah, bagusnya! Inilah rumah idaman kita. Chan Meng, sebut semula lokasi rumah yang mahu kita beli. Chan Ho, nyatakan keistimewaan rumah tersebut. Terima kasih. Kami sedang mencari rumah yang sesuai untuk kami beli. Selamat datang ke Syarikat Perumahan Warnasari Berhad. Boleh saya bantu encik sekeluarga? Simulasikan. Dengar, cam dan sebut. Apakah nama syarikat itu, abang? Saya mencadangkan supaya encik membeli rumah berkembar ini. Lokasinya di Taman Sejahtera. Rumah ini besar dan cantik. Halamannya luas. Rumah ini terletak tidak jauh dari sekolah. Terdapat juga taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan ini. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang dapat berkomunikasi dan menyampaikan maklumat serta idea yang kreatif dan kritis. Aktiviti Unit Murid perlu melakukan aktiviti berdasarkan bahan yang disediakan pada unit. Cerdik Ilmu Rujukan yang menerangkan makna perkataan atau maklumat tambahan. KBAT Menunjukkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aktiviti Menulis Murid perlu memberikan jawapan secara bertulis. Aktiviti Tema Murid perlu melakukan aktiviti berdasarkan bahan yang disediakan pada halaman rangsangan. 43 Larang anak supaya tidak bermain di balkoni, di tangga, di dalam lif atau di koridor. Pastikan pintu hadapan dan pintu balkoni sentiasa berkunci. Pastikan jeriji dipasangkan pada koridor, balkoni dan tingkap. Jeriji tersebut perlulah mudah dibuka oleh bomba dari luar. Panduan Panduan Keselamatan di Rumah Pangsa Panduan Keselamatan di Rumah Pangsa Buang sampah di tempat yang disediakan. Pastikan pintu keselamatan dalam keadaan baik dan tertutup. Lekatkan pelan laluan keselamatan pada dinding di setiap aras rumah pangsa. Laporkan kehadiran orang yang mencurigakan di kawasan rumah pangsa kepada pihak polis. Pasang videofon bagi membolehkan identiti tetamu di pintu masuk bangunan dapat dikenal pasti sebelum membenarkan mereka masuk. Mengapakah jeriji dipasangkan pada koridor, balkoni dan tingkap? Pastikan pasu bunga tidak diletakkan di koridor atau di atas pagar balkoni. Salam sejahtera semua. Saya Penguasa Bomba Lam Zhi Xiang. Pada hari ini, saya akan menyampaikan taklimat tentang panduan keselamatan di rumah pangsa. Panduan keselamatan tersebut termasuklah (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa peka akan keselamatan supaya keselamatan diri kita sentiasa terjamin. Saya berharap agar panduan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan bagi mengatasi masalah keselamatan di rumah. Sekian, terima kasih. Baca dan persembahkan. Videofon ialah peranti telefon yang menghantar dan menerima suara serta imej visual antara pihak yang berkomunikasi. • Bimbing murid membaca dan mempersembahkan taklimat keselamatan. • Minta murid menyampaikan taklimat keselamatan dan murid lain menilai persembahan. KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Bahasa 2.3.2 Tahniah Bagus Cuba Lagi Penilaian Bercerita Nota Guru Nota guru memberikan cadangan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti yang terdapat pada halaman berkaitan. 90 • Bimbing murid memberikan alasan secara kritis dan kreatif. • Minta murid menulis jawapan. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Berjimat cermat 3.2.2 Ayah Kishan bekerja di sebuah syarikat multimedia. Pihak pentadbiran pejabat ayah Kishan mengamalkan konsep Pejabat Tanpa Kertas. Konsep ini amat berfaedah kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Adakah penggunaan tandatangan digital dapat menjimatkan kertas? Jelaskan. Perlukah ayah Kishan menggunakan e-mel untuk menghantar surat? Mengapa? Pejabat Tanpa Kertas Mengapakah ayah Kishan menyimpan maklumat dalam fail digital? Ayah Kishan menyimpan maklumat dalam fail digital kerana cara itu lebih mudah dan teratur daripada penggunaan fail kertas. Konsep pejabat tanpa kertas wajar diamalkan demi menjaga alam sekitar. Mengapa? Tulis jawapan dan alasan. Kemahiran Membaca Kemahiran ini menguji keupayaan murid membaca, memahami dan menaakul pelbagai bahan. Aktiviti Mendengar dan Bertutur Murid perlu memberikan respons secara lisan. Kemahiran Menulis Kemahiran ini menguji keupayaan murid menghasilkan penulisan dan menyampaikan maklumat.


vi 10 • Bimbing murid melafazkan dan melagukan syair. • Minta murid menyatakan idea keseluruhan syair. KBAT: Menganalisis – Membuat kesimpulan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.2.1 Syair Keluarga Hebat Seni Bahasa Imbas Saya Syair ini mengisahkan sukan sains dan teknologi seni Dengarlah ini sebuah cerita, Kisah terjadi di sebuah kota, Sejarah hebat telah tercipta, Keluarga berbakat menjadi berita. Anak-anak handal bersukan, Galakan keluarga amat diperlukan, Jaguh badminton dapat dilahirkan, Nama negara berjaya diharumkan. Ibu dan ayah pasangan jurutera, Di persada dunia nama tertera, Telah mencipta sejenis jentera, Terkenal di dalam dan di luar negara. Datuk dan nenek juga berbakat, Pandai mengukir pandai menekat, Sesiapa melihat pasti terpikat, Pengunjung datang jauh dan dekat. Nukilan: AR Kamil Aspek Tatabahasa Aspek ini untuk melahirkan murid yang dapat menguasai dan menggunakan tatabahasa dengan betulnya. KOD QR Maklumat tambahan berkaitan dengan kandungan pembelajaran. • Buku teks merupakan bahan sokongan kurikulum yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bahan dalam buku teks boleh dijadikan panduan bagi mencapai Standard Pembelajaran (SP). • Guru boleh menggunakan mana-mana bahan yang sesuai daripada buku teks tanpa terikat dengan susunan halamannya. • Guru boleh menggunakan dan mengubah suai bahan dalam buku teks mengikut kemampuan murid. • Guru boleh memanfaatkan maklumat yang disediakan dalam Nota Guru bagi menghasilkan rancangan pengajaran yang lebih berkesan. Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid tahun 5 SJK. Dengan ini, usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dimatlamatkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Panel Penulis CADANGAN PENGGUNAAN BUKU TEKS vi Pemulihan 155 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan. • Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Kreativiti dan Inovasi KMD – Meramal 2.2.1 Inovasi Perabot Ayah Lidim ingin membeli perabot untuk bilik Lidim. Beliau melayari Internet untuk mencari maklumat tentang perabot yang sesuai dengan bilik Lidim. Sekiranya kamu diberi pilihan, perabot yang manakah yang akan kamu pilih? Perabot Pelbagai Fungsi Perabot keluaran tempatan ini bersaiz padat dan kukuh. Pereka menggabungkan 24 fungsi dalam sebuah perabot. Fungsi tersebut termasuklah laci, cermin, tempat pakaian, meja belajar, katil, rak buku, dan ruang untuk komputer. Pereka menggunakan kayu bermutu agar tahan lama. Perabot ini boleh dibuka dan ditutup. Harga yang ditawarkan juga harga mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah. Kerja Projek Lakarkan bentuk perabot masa hadapan. Nyatakan ciri-ciri dan keistimewaannya. Baca dan berikan keputusan. Perabot Mesra Pengguna Perabot ini dapat menjimatkan ruang bilik yang sempit. Pereka meletakkan katil di bahagian atas, manakala di bahagian bawah dibina almari untuk pakaian, buku dan meja belajar. Perabot ini diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi serta tahan lama. Perabot ini buatan dari luar negara. Aspek Seni Bahasa Aspek ini untuk melahirkan murid yang berupaya mengungkapkan, memahami dan menghargai bahasa yang indah. Cerdik Bahasa Bahagian ini mengandungi maklumat berkaitan dengan tatabahasa yang boleh dirujuk. Pengayaan Pengukuhan Penilaian Bacaan Luas Imbas Saya Standard Pembelajaran dan Halaman Buku Kerja Projek Aktiviti projek yang dicadangkan. 113 Ayat Majmuk dengan Peluasan • Pekerja itu mengambil sambal belacan. • Pekerja itu memasukkan sambal belacan ke dalam bekas. Pekerja kilang itu mengambil sambal belacan, kemudian memasukkan sambal belacan itu ke dalam bekas. Peluasan Predikat Peluasan Predikat • Zila pengusaha sambal belacan udang. • Aminah pengusaha sambal belacan udang. Puan Aminah dan Puan Zila pengusaha sambal belacan udang. Puan Aminah dan Puan Zila pengusaha sambal belacan udang terkenal. Peluasan Subjek Peluasan Subjek Pekerja kilang itu sedang mengambil sambal belacan, kemudian memasukkan sambal belacan itu ke dalam bekas. Ayat Majmuk dengan Peluasan • Pekerja itu mengambil kotak sambal belacan. • Pemandu menghantar sambal belacan. lelaki lori rak pasar raya • Pemandu itu memandu kenderaan syarikat. 113 • Minta murid mengenal pasti peluasan ayat. • Minta murid membina ayat majmuk dengan peluasan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK4 5.3.1 Pengusaha Sambal Belacan Udang • Asrul memancing ikan dengan menggunakan joran. (Ayat majmuk) • Abang Asrul memancing ikan dengan menggunakan joran. (Ayat majmuk dengan peluasan subjek) • Asrul sedang memancing ikan dengan menggunakan joran baharu. (Ayat majmuk dengan peluasan predikat) • Pekerja itu menyusun kotak sambal belacan. Augmented Reality (AR) AR ialah imbasan teknologi dalam bentuk 2D atau 3D. Aplikasi AR boleh dimuat turun melalui: Play Store (Android) App Store (iOS)


1 Keluarga Bahagia, Hidup Sejahtera • Minta murid bercerita dengan berdasarkan gambar dan penyataan.


2 • Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 1.1.1 Rumah Idaman Wah, bagusnya! Inilah rumah idaman kita. Chan Meng, sebut semula lokasi rumah yang mahu kita beli. Chan Ho, nyatakan keistimewaan rumah tersebut. Terima kasih. Kami sedang mencari rumah yang sesuai untuk kami beli. Selamat datang ke Syarikat Perumahan Warnasari Berhad. Boleh saya bantu encik sekeluarga? Simulasikan. Dengar, cam dan sebut. Apakah nama syarikat itu, abang? Saya mencadangkan supaya encik membeli rumah berkembar ini. Lokasinya di Taman Sejahtera. Rumah ini besar dan cantik. Halamannya luas. Rumah ini terletak tidak jauh dari sekolah. Terdapat juga taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan ini.


3 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid memberikan respons. KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 2.1.1 Ceria Bermain Chan Ho suka bermain permainan uji minda bersama-sama dengan adiknya. Mereka bermain permainan itu untuk mengisi masa lapang. Pada suatu hari, mereka bermain permainan “Selamatkan Wafi”. Dalam permainan itu, mereka perlu mencari dan menyelamatkan Wafi yang tersesat di hutan. Chan Ho dan adiknya mengamalkan sikap yang positif dalam permainan itu. Mereka tidak bertengkar atau bergaduh jika berselisih pendapat. Mereka sentiasa berbincang dan bertukar-tukar fikiran untuk menyelesaikan masalah. Chan Ho dan adiknya bermain bersungguh-sungguh. Permainan itu agak sukar dan mencabar. Namun begitu, mereka berjaya menyelesaikan cabarannya bersama-sama. Chan Ho dan adiknya sungguh gembira. Mereka berpuas hati kerana usaha mereka berjaya. Mereka bersorak gembira sambil berpelukan. Maklumat Tersurat Mereka bermain permainan itu untuk mengisi masa lapang. Maklumat Tersirat Chan Ho dan adiknya tidak suka membuang masa. Respons Kita perlu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Baca dan berikan respons.


4 Tulis ayat. Chan Ho sangat teruja. Dia membayangkan keseronokan bercuti di sana nanti. Dia dan keluarganya akan bermain pelbagai jenis permainan yang terdapat di sana. Mereka pasti akan gembira kerana dapat berhibur bersama-sama. 4 • Bimbing murid menulis perenggan dalam bentuk tulisan berangkai. • Minta murid menulis perenggan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betulnya dan kemasnya. KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Nilai Murni – Bermuafakat 3.1.1 Gembira Bercuti Tulis ayat.


5 Seni Bahasa • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dengan bahasa yang santun. • Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.1.1 Aduhai, kita langkah kiri! Baik, ibu. Apabila mereka keluar dari gua itu,... Keluarga Adiputera Ayah, nyawa kita bagai telur di hujung tanduk. Kita mesti meninggalkan tempat ini. Jangan bimbang, anakku. Ayah ada jalan untuk menyelamatkan diri. Jangan berputus asa. Ingat, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Setelah bermandi peluh, akhirnya, mereka berjaya tiba di seberang. Mereka pun berganding bahu untuk membuat titi daripada pokok yang telah tumbang. Syukurlah, kita telah selamat. Mereka masuk ke dalam sebuah gua. Berhati-hati, anakku. Keadaan di dalam gua ini gelap seperti malam. Seni Bahasa Pada minggu lalu, Chan Ho dan keluarganya menonton filem animasi “Keluarga Adiputera”. Filem itu mengisahkan sebuah keluarga yang saling membantu ketika menghadapi kesusahan. Chan Ho dan keluarganya berasa gembira kerana filem itu amat menghiburkan.


6 • menaiki kereta • keluarga sepupu • lokasi restoran • tepi laut Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Enaknya Menjamu Selera sepupu 7:15 malam • memilih makanan • pelbagai pilihan • sangat segar • hidangan enak • menyelerakan • makan bersama-sama Mak Cik Ang 6 • Bimbing murid memahami penggunaan kata nama am dan kata nama khas. • Minta murid menulis catatan. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan 5.1.1(i)(ii) 7:30 malam 8:00 malam pokok ru Restoran Makanan Laut Lau Yen Pantai Irama Proton X70 Pak Cik Yong Yi Ying jeti Proton Persona udang siput buluh ikan siakap Udang Cili Lau Yen Siakap Bakar Pantai Irama pelayan Sabtu, Januari 20 7:00 malam Kami bertolak ke Restoran Makanan Laut Lau Yen. Restoran itu dimiliki oleh bapa saudara kami, Pak Cik Lau. 7:15 malam Kami sekeluarga tiba di restoran itu. Kami Kategori Kata nama am Kata nama khas orang cikgu Cikgu Halim haiwan kucing Si Comel benda kereta Proton Iriz tempat hotel Hotel Mulia tumbuhan bunga Rafflesia hasseltii Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


7 Dengar dan berikan respons. Hadirin sekalian. Sekarang, tibalah masanya untuk saya mengumumkan pemenang Pertandingan Adik Pintar. Johan Pertandingan Adik Pintar disandang oleh Nalini a/p Subramaniam. Dengar pengumuman itu, adik. Diharapkan semoga adik menjadi johan. Tahniah, Nalini. Nalini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.00! Nalini juga layak untuk bertanding dalam Pertandingan Adik Pintar Peringkat Kebangsaan. Pertandingan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan September nanti. • Bimbing murid memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 1.1.2 Baiklah, abang. Simulasikan. Bijaknya Adik Dengar dan berikan respons.


8 • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik. • Minta murid mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2.1.2 Baca dan cari makna. Pustaka Mini Keluarga Google Classroom Ayah Kishan, iaitu Encik Subramaniam amat mementingkan pendidikan anak-anaknya. Beliau menggalakkan Kishan dan adiknya membaca bahan bacaan yang bermutu. Oleh sebab itu, beliau telah menyediakan bilik bacaan di rumah. Bilik bacaan itu dinamai Pustaka Mini Keluarga. Kishan dan adiknya berasa amat gembira. Mereka membantu ibu bapa mereka menghias dan mengemas pustaka mini itu. Mereka menampalkan poster yang menarik dan bermaklumat. Ibu Kishan sering menyediakan tugasan untuk mereka. Tugasan itu disediakan dalam perisian komputer. Setiap minggu, Kishan dan adiknya perlu menyiapkan tugasan itu. Mereka melakukan tugasan itu di pustaka mini tersebut. Pada minggu lalu, ibu Kishan memberikan tugasan kosa kata. Beliau menyenaraikan perkataan seperti jinjing, tatang, pangku, dukung dan kandar . Beliau meminta Kishan dan adiknya mencari maksud perkataan itu dengan merujuk kamus dan media elektronik. jasa 538 kandar 539 jasa perbuatan yang baik (terhadap negara, manusia, dsb); bakti jentera alat yang bahagianbahagiannya bergerak bersamasama dan daripadanya kita memperoleh tenaga atau daya jinjing membawa sesuatu dengan tangan terhulur ke bawah; membimbit joging lari perlahan-lahan terutamanya sebagai senaman junjung 1 membawa sesuatu di atas kepala 2 mematuhi atau menurut kandar kayu atau tongkat yang digunakan untuk menggalas (memikul) barang kedap 1 sangat rapat 2 tertutup rapat sehingga tidak dapat dimasuki air, gas dll kilau cahaya yang bersinar; cahaya yang gemerlap komponen bahagian yang melengkapi atau mencukupkan sesuatu kuiz ujian tentang pengetahuan seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab. Baca dan cari makna.


9 Bina dan tulis pendapat. Syabas, Abang! • Bimbing murid membina ayat daripada bahan multimedia. • Minta murid menulis ayat dengan betulnya. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerajinan 3.2.1 Berdasarkan gambar, apakah pendapat kamu tentang sikap ibu bapa Shamala? Pada pendapat saya, ibu bapa Shamala amat bertanggungjawab dan mengambil berat tentang pelajaran anak mereka. Nyatakan pendapat kamu tentang punca kejayaan abang Shamala dalam pelajaran. Pada pendapat saya, tekun cemerlang Pada suatu hari, Shamala melihat gambar abangnya dalam album digital keluarga. Gambar tersebut menunjukkan abang Shamala semasa kecil dan semasa dewasa. Pada pendapat kamu, mengapakah abang Shamala berjaya dalam kerjaya? Bina dan tulis pendapat.


10 • Bimbing murid melafazkan dan melagukan syair. • Minta murid menyatakan idea keseluruhan syair. KBAT: Menganalisis – Membuat kesimpulan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.2.1 Syair Keluarga Hebat Seni Bahasa Imbas Saya Syair ini mengisahkan sukan sains dan teknologi seni Dengarlah ini sebuah cerita, Kisah terjadi di sebuah kota, Sejarah hebat telah tercipta, Keluarga berbakat menjadi berita. Anak-anak handal bersukan, Galakan keluarga amat diperlukan, Jaguh badminton dapat dilahirkan, Nama negara berjaya diharumkan. Ibu dan ayah pasangan jurutera, Di persada dunia nama tertera, Telah mencipta sejenis jentera, Terkenal di dalam dan di luar negara. Datuk dan nenek juga berbakat, Pandai mengukir pandai menekat, Sesiapa melihat pasti terpikat, Pengunjung datang jauh dan dekat. Nukilan: AR Kamil


11 • Bimbing murid memahami penggunaan kata ganti nama. • Minta murid melengkapkan dialog dengan kata ganti nama. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: KP – Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Menghargai 5.1.1(iii) Ayah Cemerlang, Ibu Gemilang Shamala: Itu borang , Dalila, Yi Ying? Dalila: Oh, ini borang pencalonan Anugerah Ayah Cemerlang dan Anugerah Ibu Gemilang! Shamala: Kalian mengambil borang itu di ? Yi Ying: mengambil borang ini di bilik guru. Shamala: Kalian pergi ke sana ? Dalila: Kami ke sebentar tadi. Shamala: Kamu mahu mencalonkan untuk anugerah itu? Dalila: Yi Ying: Kishan: Itu gambar apa, Fahim? Fahim: Itu gambar Anugerah Ayah Cemerlang dan Anugerah Ibu Gemilang. Chan Ho: Majlis anugerah itu diadakan di mana? Fahim: Majlis itu diadakan di Kuala Lumpur. Kishan: Adakah kamu pergi ke sana, Fahim? Fahim: Ya, saya pergi ke sana dengan ibu bapa saya. Chan Ho: Penerima anugerah itu siapa? Fahim: Penerima anugerah itu ialah Encik Tan Ming Ho dan Puan Masitah binti Ali. IBU GEMILANG PENERIMA ANUGERAH PENERIMA PUAN MASITAH BINTI ALI KEJAYAAN: Mendidik 10 orang anak hingga mereka berjaya dalam pelbagai bidang. AYAH CEMERLANG PENERIMA ANUGERAH PENERIMA ENCIK TAN MING HO KEJAYAAN: Berjaya membesarkan lima orang anak hingga mereka menjadi tokoh perniagaan. Kata Ganti Nama


12 Dengar, tafsir dan berikan respons. Mengapakah saudara-mara kita diundang ke majlis ini? • Bimbing murid mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Bermuafakat 1.1.3 Mengapakah keluarga kita mengadakan majlis tersebut? Bagaimanakah majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan? Raikan Kejayaan Keluarga kita mengadakan majlis kesyukuran. Keluarga kita mengadakan majlis apa, abang? Dengar, tafsir dan berikan respons. Majlis kesyukuran ialah aktiviti yang diadakan untuk menunjukkan perasaan syukur kepada Tuhan.


13 Yuran Pertandingan: RM100.00 Syarat Pertandingan: • Peserta perlu berswafoto bersama dengan keluarga di tempat peranginan sama ada di dalam negara atau di luar negara. • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hadiah Utama Pakej Pelancongan ke Eropah Pertandingan Swafoto Bersama Keluarga Bahagia Daftarlah segera. Hantarkan swafoto bersama keluarga anda kepada kami. Pada suatu petang, Fahim sedang melayari Internet. Dia mahu menyiapkan tugasan sekolahnya. Tiba-tiba, satu paparan iklan muncul pada skrin komputernya. Swafoto Bersama Sekiranya kamu Fahim, apakah pertimbangan dan keputusan kamu? Jelaskan. Baca dan berikan keputusan. Anda mempunyai swafoto bersama keluarga yang menarik? Hantarkannya kepada kami. Syarat Pertandingan: • Peserta dan keluarga bebas berswafoto bersama di mana-mana sahaja. • Peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Pertandingan Swafoto Bersama Keluarga Ceria Hadiah Utama Pakej Pelancongan ke Sarawak “Wah, menarik sungguh pertandingan ini! Peluang ini tidak akan aku lepaskan. Pertandingan yang manakah yang patut aku sertai?” tanya Fahim dalam hatinya. Swafoto bersama ialah gambar dua orang atau lebih yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital. 13 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat. • Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan. KBAT: Menganalisis – Membanding Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Rasional 2.2.1


14 1. Mengapakah Lidim dan keluarganya menyertai Pertandingan Mencari Harta Karun? 2. Perlukah mereka bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tersebut? Mengapa? • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan. • Minta murid menulis jawapan. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Bermuafakat 3.2.2 1. Wajarkah keluarga Gina melakukan aktiviti membuat kraf tangan? Jelaskan. 2. Apakah kraf tangan yang sesuai dijadikan hadiah kepada keluarga? Mengapa? Keluarga Sepakat Tulis jawapan dan alasan.


15 • Bimbing murid mendeklamasikan sajak. • Minta murid menyatakan maksud sajak. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.2.2 Maksud rangkap 1: Kita perlulah sanggup berkorban dan menghadapi kesusahan bersama-sama dengan keluarga. Maksud rangkap 2: bekerjasama – untuk melakukan tugas Maksud rangkap 3: menjaga – nama baik – sepenuh hati Maksud rangkap 4: Demi Keluarga Tercinta Imbas Saya Seni Bahasa Demi keluarga tercinta kami rela berkorban menempuh rintangan menghadapi kepayahan. Demi keluarga tercinta kami rela berbakti berganding bahu membanting tulang. Demi keluarga tercinta akan kami pertahankan maruah keluarga sepenuh jiwa. Demi keluarga tercinta bukit rela kami daki lurah rela kami turuni mengejar kejayaan demi kebahagiaan. Nukilan: AR Kamil


16 • Bimbing murid memahami penggunaan penjodoh bilangan. • Minta murid membina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerajinan 5.1.1(iv) Pada minggu lalu, Dalila dan keluarganya pergi ke dusun datuk. Di dusun itu, mereka melakukan aktiviti seperti mengait, memetik, dan mengumpulkan buah-buahan. Dalila memasukkan lima ikat rambutan ke dalam guni. Ayah dan abang Dalila pula memasukkan dua tandan pisang ke dalam bakul. Nenek Dalila membelah sebiji buah cempedak yang diperoleh dari dusun itu. Mereka makan buah itu bersama-sama. Setelah penat, mereka pun berehat seketika. Ibu Dalila membawa tiga buku roti dan beberapa tongkol jagung rebus sebagai bekalan. Mereka menikmati bekalan itu bersama-sama. Sebelum pulang, datuk Dalila memberikan lapan gugus langsat kepada datuk saudara Dalila, iaitu Tuk Ali. Sebagai balasan, Tuk Ali memberikan enam papan petai kepada datuk Dalila. Penjodoh Bilangan Bekerjasama di Dusun Datuk


17 Selamat datang ke Majlis Hari Penghargaan Keluarga. Pemulihan 17 Lakukan aktiviti berikut: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi tugasan. 3. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. 4. Murid perlu menyebut ujaran semula. 5. Setiap kumpulan perlu membuat aktiviti simulasi berdasarkan tugasan yang telah diberikan. 6. Guru memberikan penilaian terhadap hasil kerja murid. Fahim, sebut semula nama majlis yang diadakan ini. Terima kasih, puan. 1 2 Pemulihan Penerima hadiah penghargaan dalam majlis ini ialah anggota keluarga yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya. Fahim, sebut semula penerima hadiah penghargaan dalam majlis ini.


18 Yi Ying dan adiknya bermain permainan yang menyeronokkan. Permainan itu menguji kemahiran tatabahasa mereka. 18 1. Permainan ini dimainkan secara berpasangan. 2. Sediakan wang syiling dan dadu. 3. Mulakan permainan dengan membaling dadu. 4. Pemain membaling dadu secara bergilir-gilir. 5. Gerakkan wang syiling di atas petak mengikut bilangan pada dadu. 6. Pemain yang gagal menyelesaikan tugasan akan hilang giliran. 7. Pemain yang paling awal menamatkan permainan dianggap sebagai pemenang. Panduan Permainan Tugasan 1 : Nyatakan kata nama am. Tugasan 2: Nyatakan kata nama khas. Tugasan 3: Bina ayat dengan kata nama am. Tugasan 4: Bina ayat dengan kata nama khas. Tugasan 5: Bina ayat dengan kata nama am dan kata nama khas. 2 3 MULA Undur satu petak 1 4 Tugasan 6 1 9 8 11 10 12 Tugasan 2 Jalan Pintas Tugasan 3 13 14 Undur tiga petak 15 16 17 18 Maju satu petak 20 Jalan Pintas 24 23 22 Tugasan 25 5 5 Undur dua petak 7 Tugasan 4 21 19 26 TAMAT Pengayaan


19 Ibu bapa Lidim bercadang untuk membawa Lidim bercuti. Mereka mahu Lidim merehatkan mindanya. Namun begitu, tarikh ujian Lidim semakin hampir. Lidim perlu membuat keputusan untuk memilih sama ada pergi bercuti atau mengulang kaji pelajaran di rumah. Dia perlu membuat keputusan yang bijak. Lakukan aktiviti berikut: 1. Guru menayangkan paparan multimedia di dalam kelas. 2. Murid berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan situasi yang ditunjukkan. 3. Murid berkongsi idea dengan pasangan masing-masing. 4. Murid berkongsi idea dengan rakan sekelas. 5. Murid menilai hasil kerja rakan. 19 Pengukuhan mengulang kaji pelajaran di rumah mengikut ibu bapa bercuti di tempat peranginan Sekiranya kamu Lidim, apakah pilihan kamu? Buat pertimbangan dan nyatakan keputusan.


20 A. Tulis pendapat. B. Lengkapkan ayat dengan penjodoh bilangan yang betul. 1 5 2 3 4 Kakak membeli lima anggur di pasar raya. Ibu meletakkan se serai di atas meja. Ayah Chan Ho menggantungkan se mercun di halaman rumah. Nenek menyimpan tiga benang di dalam laci. Yi Ying memasukkan se arang ke dalam tong. 20 Kishan: Apakah pendapat kamu tentang aktiviti keluarga tersebut, Shamala? Shamala: Penilaian


21 • Minta murid bernyanyi dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Minta murid bercerita tentang gambar. Perpaduan Kita Tanya guru kita tentang perpaduan Nanti jawab guru perlu berkawan Tanya guru kita cara hidup murni Nanti jawab guru ikhlaskan hati Guru ajar kita perlu pakat semua Tanpa fikir bangsa mahupun rupa Saling tolak ansur usahlah curiga Hidup satu hati aman sentosa (Melodi lagu “Tanya Sama Pokok”) Imbas Saya ulang dua kali


22 Berikan keputusan. 1.2.1 Minggu Perpaduan Sekolah Tujuan: Memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid Syarat-syarat penyertaan: 1. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan. 2. Peserta mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. 3. Setiap aktiviti hendaklah bertemakan perpaduan kaum. Kawan-kawan, sekolah kita akan menganjurkan . Tujuannya Ya, kawan-kawan. Saya pernah memenangi pertandingan boling kelapa. Saya akan Untuk membuktikan kita cinta akan perpaduan, kita sepatutnya menyertai Persembahan Kebudayaan 1. tarian tradisional 2. pakaian beragam Sukaneka 1. terompah gergasi 2. boling kelapa Permainan Tradisional 1. yoyo Cina 2. galah panjang Aktiviti: Saya tidak akan menyertai permainan galah panjang kerana Berikan keputusan. • Bimbing murid bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab


23 Di sebuah pasar, terdapat tiga kumpulan kucing. Kucing-kucing tersebut tinggal di kawasan masing-masing. Ketua mereka terdiri daripada Si Hitam, Si Gebu dan Si Manja. Di hujung pasar itu juga, terdapat seekor anjing yang garang. Si Salak namanya. Setiap hari, Si Salak akan menceroboh kawasan Si Hitam, Si Gebu dan Si Manja. Si Salak akan merampas makanan yang dikumpulkan oleh mereka. Ketiga-tiga kumpulan kucing itu selalu bekerjasama. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan tidak curiga-mencurigai. Mereka juga bersikap jujur dan tolong-menolong. 1 5 6 2 4 3 Baca dan buat rumusan. Bersatu Teguh Ketiga-tiga kumpulan kucing tersebut sudah tidak tahan lagi dengan perbuatan Si Salak. Si Hitam, yang lebih tua, telah memanggil semua anggota keluarga kucing untuk berkumpul. “Kita perlu bersatu menentang Si Salak,” tegasnya. Semua kucing bersetuju dengan cadangan Si Hitam. Mereka membuat benteng dan menyerang Si Salak. Akhirnya, Si Salak berjaya dihalau ke tempat lain. Kehidupan mereka aman dan harmoni. Berdasarkan cerita, sikap ketua kucing . Selain itu, watak-watak yang terdapat dalam cerita Sebagai ketua, mereka bertanggungjawab menjaga anak buah sendiri. Setiap hari, mereka akan mencari makanan di pasar. Baca dan buat rumusan. 23 • Bimbing murid membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Minta murid membuat rumusan berdasarkan cerita. KBAT: Mencipta – Merumus Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kerjasama 2.3.1


24 • Bimbing murid mencatat maklumat berdasarkan petunjuk dan gambar. • Minta murid membentangkan maklumat yang dicatat. KBAT: Menganalisis – Memaparkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Bertoleransi 3.2.3 Catat maklumat. Bersempena dengan Minggu Perpaduan Sekolah, Kavina, Nabil dan Veeran menyertai peraduan “Siapa Cepat Dia Dapat”. Mereka perlu melalui stesen berdasarkan peta kawasan sekolah dan mencatat maklumat yang dikehendaki. Siapa Cepat Dia Dapat Petunjuk: Nyatakan kaum yang terdapat di negara kita. Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Petunjuk: Bagaimanakah perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum? Petunjuk: Berikan lima cara untuk memupuk perpaduan. Tamat Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Mula Catat maklumat.


25 • Bimbing murid mengubah suai pantun 1 mengikut contoh pantun dan mengubah suai pantun 2 dan 3 berdasarkan gambar dan perkataan. • Minta murid melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 4.3.1 Seni Bahasa Berkat Hidup Bersepakat Itik angsa di tepi paya, Di tepi halaman membuat sangkar; Pelbagai bangsa kawan saya, Hidup aman tidak bertengkar. Di tepi paya itik angsa, Membuat sangkar di tepi halaman; Kawan saya pelbagai bangsa, Tidak bertengkar hidup aman. Duduk di batu mengail ikan, Ikan berenang ikan ; Saling membantu sesama rakan, Susah senang hadapi . Buah mengkudu buah berangan, Pisang sesikat sama dirasa; Bersatu padu menjadi , Hidup sepakat aman . Contoh: Ampang Jajar tempat bertemu, Melabuh bahtera di hujung muara; Tekun belajar menuntut ilmu, Bergaul mesra bagaikan saudara. Pantun 1: Pantun 2: Pantun 3: pegangan sentosa Imbas Saya Seni Bahasa gelama bersama


26 Sukan Mengeratkan Kita • Bimbing murid memahami penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. • Minta murid membina ayat berdasarkan gambar. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Menghargai 5.1.2 Aktiviti ini bermanfaat kepada murid kerana dapat memupuk sikap bekerjasama dan mengeratkan hubungan. berjalan menyampaikan bermain menaiki membaca berpegangan Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek (kata nama). Contoh: mencuci pinggan, menanam pokok, menyapu sampah Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek. Contoh: duduk, tersenyum, berbaring, mendongak Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif Bersempena dengan Minggu Perpaduan Sekolah, SJKT Taman Wawasan telah mengadakan aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti tersebut melibatkan murid pelbagai kaum. Pihak sekolah juga mengundang murid dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang berdekatan. Nabil, Veeran dan kawan-kawannya berjalan dengan memakai terompah gergasi.


27 • Bimbing murid bertutur dengan berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid membuat simulasi. Merah – Maklumat tersurat Biru – Maklumat tersirat KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat 1.2.2 Huraikan maklumat. Chan Ho: Hai, kawan-kawan! Ini ialah carta organisasi persatuan penduduk taman kita. Penduduk taman kita terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka sentiasa bekerjasama menjalankan aktiviti yang dirancang. Kishan: Biro kebajikan bertugas menjaga kebajikan penduduk. Jika ada penduduk yang sakit, kita perlu agar Fahim: Betul. Sekiranya ada aktiviti gotong-royong untuk menceriakan taman, semua penduduk mestilah untuk Chan Ho: Ya, aspek keselamatan begitu juga. Kita hendaklah supaya Ketua Biro Kebajikan Encik Leong Thian Lai Ketua Biro Keceriaan Encik Subramaniam a/l Munusamy Ketua Biro Jamuan Puan Norhayati binti Abu Ketua Biro Pendidikan Encik Mat Khir bin Osman Ketua Biro Keselamatan Encik Ensut bin Japor Persatuan Penduduk Taman Sejahtera Pengerusi Encik Mazlan bin Ismail Bagai Aur dengan Tebing Tugas: Tugas: Tugas: Tugas: Tugas: Huraikan maklumat.


28 • Bimbing murid membaca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Minta murid menyenaraikan isi penting. • Minta murid membuat rumusan. KBAT: Mencipta – Merumus Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 2.3.1 Baca dan buat rumusan. Isi penting 1. 2. 3. 4. Yang dihormati pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada hari yang mulia ini, dengarkanlah syarahan saya yang bertajuk “Hidup Bermuafakat”. Para hadirin yang dihormati, Hidup bermuafakat merupakan asas perpaduan masyarakat setempat. Setiap individu dalam komuniti perlu mengamalkan semangat kejiranan dan semangat perpaduan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu, sikap mementingkan diri sendiri perlulah dielakkan. Setiap taman perumahan mempunyai persatuan penduduk yang berfungsi untuk menyatupadukan masyarakat setempat. Mereka mestilah memberikan kerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Hadirin sekalian, Kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan bermasyarakat. Ciri tersebut termasuklah amalan ziarah-menziarahi sesama jiran tetangga. Amalan ini bertujuan untuk kita bertanya khabar dan membantu jiran yang menghadapi masalah. Amalan seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk. Selain itu, setiap penduduk juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti seperti bergotong-royong, menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan menjayakan majlis rumah terbuka. Kesimpulannya, mereka dapat berkenal-kenalan, bertukar-tukar pendapat dan saling menghormati. Sekian, terima kasih. Rumusan Kita Cerita Ziarah Cakna You Lihat semua Chan Ho Aktiviti Kempen Minery... Baca dan buat rumusan. Hidup Bermuafakat


29 Ziarah Cakna 18,888 likes Ziarah Cakna Ziarah Cakna 18,888 likes Ziarah Cakna Ziarah Cakna 18,888 likes Ziarah Cakna • Bimbing murid mencatat maklumat berdasarkan gambar. • Minta murid menyatakan maklumat yang dicatat. KBAT: Menilai – Memilih Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama, Keprihatinan 3.2.3 Catat maklumat. Ziarah Cakna Cerita Ziarah Cakna You Lihat semua Chan Ho Aktiviti Kempen Minery... 52 11 Program Ziarah Cakna Anggota Jawatankuasa Biro Kebajikan Taman Sejahtera telah mengadakan Program Ziarah Cakna. Program tersebut bertujuan untuk membantu penduduk taman yang memerlukan bantuan dan keprihatinan. Video tentang program tersebut telah dikongsikan oleh Encik Leong kepada semua penduduk melalui aplikasi telefon bimbit. Catat maklumat.


30 Seni Bahasa • Bimbing murid mengubah suai cerita berdasarkan gambar. • Minta murid mempersembahkan cerita dan menilai persembahan rakan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 4.3.2 Pada suatu hari, Sang Singa memanggil semua penduduk rimba untuk berkumpul. “Wahai penghuni rimba, ada perkara penting yang akan aku sampaikan!” ujar Sang Singa dengan wajah yang serius. “Apakah perkara yang penting itu, Tuk Ketua? Kami sedia mendengarnya,” tanya Sang Belang dengan penuh kebimbangan. “Belakangan ini, banyak binatang di dalam belantara ini hilang. Ada juga yang ditemukan mati. Perkara inilah yang membuatkan aku bimbang,” jelas Sang Singa. “Mengapakah perkara ini terjadi, Tuk Ketua? Sudahkah Tuk Ketua menyiasatnya?” soal Sang Helang. “Ya, aku sudah menyiasatnya. Rakan-rakan kita yang hilang itu telah ditangkap oleh pemburu. Ada juga rakan-rakan kita yang cedera kerana terkena perangkap,” jelas Sang Singa. “Mulai hari ini, kita perlu bersatu, berwaspada dan bersama-sama menjaga kedamaian tempat tinggal kita,” kata Sang Singa dengan penuh harapan. Kisah dari Belantara Apakah... Seni Bahasa


31 Kata Adjektif Jiran Baharu Kami Encik Muthu dan keluarganya baru sahaja berpindah ke Taman Sejahtera. Rumah mereka amat dekat dengan rumah Chan Ho dan Fahim. Suasana di majlis itu sungguh meriah. Tetamu yang hadir bersalam-salaman sambil berbual-bual. Mereka menikmati jamuan yang disediakan. Setelah lewat malam, para tetamu pun bersurai. Encik Muthu mengadakan jamuan di rumahnya. Tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dengan penduduk taman itu. Penduduk taman itu sangat mesra. 3 • menggoreng ayam – garing – • menyiang ikan – hanyir – • memasukkan kuih – lemau – • menyediakan minuman – • jus buah-buahan segar – • Bimbing murid memahami penggunaan kata adjektif. • Minta murid membina ayat berdasarkan gambar dan frasa. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 5.1.3 2 • memasang khemah – • mencuci longkang – bau busuk – • berpeluh – hapak – 1 Kata adjektif ialah kata yang menunjukkan sifat atau keadaan. Contoh: cantik, segar, besar, meriah, lewat, mesra, dekat Kata Adjektif


32 • Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan bahan grafik dan teks dialog. • Minta murid melakonkan dialog secara simulasi. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Patriotisme 1.2.3 Pelbagai Bangsa Satu Negara Abor: Ayah, lihat poster itu. Apakah etnik yang terdapat di negara kita? Encik Ensut: Encik Ensut berkunjung ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Beliau hendak membuat permohonan untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di taman mereka. Abor yang menemani bapanya sempat melihat poster yang terdapat di situ. Bersoal jawablah dan berikan idea. RUKUN NEGARA • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN •KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA •KELUHURAN PERLEMBAGAAN •KEDAULATAN UNDANG-UNDANG •KESOPANAN DAN KESUSILAAN • apa • mengapa • siapa • mana • bila Tonggak Perpaduan Negara • mengamalkan prinsip Rukun Negara • berkomunikasi dalam satu bahasa, iaitu bahasa Melayu • menghormati budaya dan adat resam pelbagai kaum


33 Baca dan persembahkan. Berkat Hidup Bersatu Padu Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada semua yang berada di dalam dewan ini. Yang dihormati pengacara majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Izinkan saya menceritakan kisah yang bertajuk “Muafakat Membawa Berkat”. Di sebuah kampung, tinggal sekumpulan masyarakat peribumi daripada suku kaum Penan. Mereka sentiasa bekerjasama. Pada suatu hari, ketua mereka berkata, “Wahai anak buahku semua! Esok, kita akan bergotong-royong.” Keesokan harinya, semua anak buah Tuk Hui berkumpul, kecuali Mantui. Mantui tidak pernah ambil peduli tentang kehidupan masyarakatnya. “Tolong! Tolong! Api! Api!” Anak buah Tuk Hui yang sedang membersihkan hutan itu terdengar jeritan Mantui. Mereka bergegas ke pondok Mantui. Pondoknya terbakar. Kelihatan asap berkepul-kepul. “Mari kita selamatkan Mantui dan keluarganya,” laung seorang lelaki. Semenjak hari itu, Mantui berasa insaf. Dia tidak lagi bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Dia sedar bahawa hidup bermasyarakat bagai cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. 2.3.2 • Bimbing murid membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Minta murid mempersembahkan cerita. Sebutan Intonasi ___/5 ___/5 • Minta murid menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan cerita. KBAT: Menilai – Menilai Strategi PdP: BCB – Bacaan luncuran EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Baca dan persembahkan.


34 Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Persatuan penduduk taman kita akan menganjurkan program “Jom, Ngoca ke Sawah”. Program tersebut akan bermula pada hari Sabtu, 16 Mac hingga 20 Mac 20 . Kita akan bertolak dari taman ini pada pukul 8:00 pagi. Kita akan bergerak mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh pelbagai kaum dan mempunyai seorang ketua. Catat maklumat. Jom, Ngoca ke Sawah Penduduk Taman Sejahtera berkumpul di balai raya. Mereka sedang mendengar taklimat daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sejahtera, iaitu Encik Mazlan. JOM, M, NGOCA KE SAWAH PENYERTAAN PERCUMA Anjuran: Persatuan Penduduk Taman Sejahtera ACARA MENARIK Mengoca Ikan Futsal Sawah TARIKH: 16-20 MAC 20 MASA: 9:00 PAGI TEMPAT: KUALA PILAH • Bimbing murid mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam teks dan bahan grafik. • Minta murid mencatat maklumat dalam jadual. KBAT: Menganalisis – Memaparkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 3.2.3 Bagi menjayakan program ini, kita akan bersama-sama membuat persiapan. Perancangan dan persediaan aktiviti akan diurus oleh Encik Subra. Urusan pembelian barangan akan diurus oleh Encik Leong. Saya pula akan mengurus perjalanan ke sana. Saya berharap agar semua peserta dapat bekerjasama untuk menjayakan program ini dengan menunjukkan semangat perpaduan. Sekian, terima kasih. Ngoca ialah perkataan dialek Negeri Sembilan yang bermaksud aktiviti menangkap ikan. Pada pendapat kamu, adakah program tersebut akan berjaya? Mengapa? Borang Penyertaan Nama Peserta: Nama Aktiviti: Tarikh: Hari Bermula: Masa Bertolak: Tempat: Tujuan: Catat maklumat.


35 Semarak Perpaduan Semarak Kasih Bersatu kita kuat Bercerai kita roboh Satu hati berharmoni Bak lagu ini Tanah airku Teguhkan persefahaman Bebas sentiasa Tarikh Sanggup kaum Tunjang Hindarkan persengketaan Semarak Cinta Lagu dan lirik: Lee Chai Huat Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh Satu hati berharmoni Bak melodi ini Negaraku Malaysia Padamu kusetia Rela korban jiwa raga Tersemat di dalam jiwa Amalkan perpaduan Jauhkan perbalahan Semarakkan cinta Merdeka selalu Tanggal tiga puluh satu Merdeka negaraku Satu bangsa berbudaya Tonggak Malaysia kita (Melodi lagu “Semarak Cinta – Pendidikan Muzik Tahun 6”) Imbas Saya hati Seni Bahasa 35 • Bimbing murid mengubah suai seni kata lagu dengan menukarkan diksi yang diwarnakan. • Minta murid menyanyikan lagu dalam bentuk koir. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat 4.3.3


36 Kata Pemeri • Bimbing murid memahami penggunaan kata pemeri. • Minta murid melengkapkan ayat dengan kata pemeri yang betul. KBAT: Menilai – Memilih Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Patriotisme 5.1.4(i) Anugerah “MyHero” Beliau mengadakan kelas tuisyen mata pelajaran Bahasa Melayu secara percuma untuk membantu murid miskin daripada pelbagai kaum. Beliau pengasas Persatuan Kebajikan Vinashini yang membantu orang kurang upaya, anak yatim dan warga emas. Senarai Penerima Anugerah “MyHero” Gambar di sebelah antara wira dan wirawati yang terdapat dalam senarai penerima Anugerah “MyHero”. Usaha murni mereka memupuk perpaduan kaum satu perkara yang sangat membanggakan kita. Mereka wira negara walaupun tidak dihebahkan. Anugerah “MyHero” yang diwujudkan ini juga untuk menarik minat rakyat di negara ini memupuk perpaduan. Wira-wira negara kita hebat dan perlu dicontohi. Beliau membuka kelas bahasa Hokkien secara percuma dan khusus untuk pegawai polis di Pulau Pinang bagi menyokong usaha pihak berkuasa untuk mendekati masyarakat. Winnie Yap Im Nee, Sungai Bakap, Pulau Pinang Angela Devi Ariyan, Seremban, Negeri Sembilan Abdul Muhen Abdul Mohssin, Alor Setar, Kedah Kishan, adakah kamu tahu tentang Anugerah “MyHero”? [Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)] Kata pemeri adalah diikuti oleh frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: • Bunga itu adalah wangi sekali. • Hadiah itu adalah untuk tetamu istimewa. Kata pemeri ialah diikuti oleh frasa nama. Contoh: Beliau ialah ketua murid sekolah ini. Ya, Shamala. Anugerah tersebut telah diperkenalkan pada tahun 2014. Jabatan yang memperkenalkannya ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Oh, begitu! Anugerah ini untuk siapa? Kata Pemeri Anugerah itu adalah untuk wira dan wirawati yang tidak dicanang. Sebenarnya, mereka telah menabur bakti dalam usaha memupuk perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita.


37 Pemulihan Baca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Pak Cik Ah Peng pekebun sayur. Beliau menanam pelbagai jenis sayur seperti kubis, terung, cili, labu dan kacang botor. Betul, Batas. Tugas aku pula melindungi kalian daripada panas terik. Kedudukan aku di atas para ini seperti bumbung. 37 Ya, Kubis. Kita juga bersatu padu menjaga diri kita. Lihat sahaja aku, kamu dan rakan-rakan kita yang lain. Semuanya sihat dan subur. Tugas aku menghalang air daripada melimpah. Pak Cik Ah Peng tersenyum apabila melihat sayur-sayurannya subur. Selain menjual sayur-sayurannya di pasar, dia juga memberikan sayur-sayuran tersebut kepada jiran-jirannya. Hai, kawan-kawan! Aku yang menjalar di pagar ini juga melindungi kalian. Aku dapat menghalang binatang daripada memakan kalian. Tuan kita selalu memuji aku. Pemulihan Wahai kawan-kawan, lihatlah tuan kita itu. Dia dan keluarganya sangat rajin bekerja. Mereka sentiasa bekerjasama menjaga kita.


38 Cari kata kerja yang terdapat dalam silang kata berdasarkan gambar. Tulis kata kerja tersebut dan bina ayat dalam buku tulis. Contoh: bersanding 38 g e i m k l u b e s k c o m e m t s u k r u b e r s a n d i n g o e d i o n b k c e m r u t e r s e n y u m o p q r e v r i w a d y x z h j u m t u i e l w r k j p e k e t a w a g s e r k b s e i b c n h s a j w q x j l r n b u g d u d u k b u f m q k l m e n g g a l a s m t a v a s d f g h j k l m n i v c x z q w l e e b e r n y a n y i l p k p o i u y t r q a s d f g h b e r s a l a m a n j k l v i l o q c a b u o s s k e o c q w e r Pengayaan


39 Pengukuhan Teliti gambar di bawah dan bersoal jawab. Kemudian, simulasikan permainan hentian. Program Silang Budaya Aktiviti Minggu Perpaduan SJKC Taman Sejahtera Hentian 1 Hentian 3 Hentian 6 Hentian 5 Hentian 4 Kawan-kawan, marilah kita lihat gambar yang dipamerkan ini. Bilakah gambar ini dirakamkan? Baiklah, Kishan. Program tersebut bertujuan untuk . Fahim, apakah kebaikan program tersebut kepada murid-murid pelbagai kaum di sekolah kita? Aktiviti tersebut . Dalila, jelaskan tujuan program tersebut diadakan. Oh, semua gambar ini dirakamkan semasa aktiviti minggu perpaduan sekolah kita! Kishan, apakah aktiviti yang telah diadakan? 39 Hentian 2 Pengukuhan


40 Penilaian A. Bina ayat berdasarkan gambar. B. Tulis maklumat berdasarkan gambar. 40 Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan Penilaian Encik Rajesh, tolong lihat-lihat rumah saya.


41 Berhati-hati setiap masa Bersiap sedia hadapi kemungkinan Prihatin pasti selamat • Bersoal jawab dengan murid tentang amalan keselamatan berdasarkan gambar dan penyataan.


42 • Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Berwaspada 1.3.1 Prihatin agar Selamat Ceritakan. Kawan-kawan, saya dan keluarga akan bercuti di Pulau Manukan. Tahukah kamu Pulau Manukan terletak di mana? Pulau Manukan terletak di negeri Sabah. Sebelum bercuti, ayah saya telah mengambil langkah keselamatan. Ayah saya • memasang kamera litar tertutup • menghalang penceroboh • berfungsi dengan baiknya • merakam kawasan persekitaran 1 2 selepas itu kemudian • memaklumkan • kereta peronda polis • mengawasi kawasan rumah 3 akhir sekali • memberitahu jiran • memantau keadaan rumah 4 kamera litar tertutup Kami memastikan keselamatan rumah terjamin supaya dapat bercuti dengan tenangnya dan gembiranya. Ceritakan. Kamera litar tertutup ialah sistem kamera yang dipasang untuk kawalan keselamatan.


Click to View FlipBook Version