The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahasa Melayu Tahun 5 SJKC BUKU TEKS 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by deveshveni, 2023-03-18 00:55:55

Bahasa Melayu Tahun 5 SJKC BUKU TEKS 2021

Bahasa Melayu Tahun 5 SJKC BUKU TEKS 2021

143 Sekarang, adik lihat pula takal ini. • menaikkan bidai • menurunkan bidai • mudah dan ringan • Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai. • Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: Penyelesaian masalah EMK: Sains dan Teknologi 1.3.1 Sains Memudahkan Kita Ceritakan. Pada suatu petang, Gina dan kakaknya berbual tentang kepentingan sains. Adakah sains digunakan dalam aktiviti harian kita, kakak? Kakak Gina menerangkan konsep mesin ringkas seperti gandar, roda, takal dan tuas yang digunakan dalam aktiviti harian. Mari kita lihat tombol pintu ini. • membuka pintu • ada gandar dan roda • mudah dibuka Seterusnya, lihatlah cara ayah mencabut paku dengan mudahnya. Ya, Gina. Lihatlah contoh di sekeliling kita. takal guna tuas fulkrum beban daya gandar roda daya beban fulkrum tuas Wah, banyak kegunaan sains kepada kita! Ceritakan.


144 Baca dan berikan respons. • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid memberikan respons. KBAT: Menganalisis – Meramal Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Sains dan Teknologi 2.1.1 Pentingnya Tenaga Cuaca pada hari itu sangat panas. Lidim menjemur kasut sekolahnya yang baru dicuci di bawah cahaya matahari. Dia berharap agar matahari bersinar dengan teriknya supaya kasutnya cepat kering. Nyatakan kepentingan cahaya matahari kepada kita. Baca dan berikan respons. Mengapakah tenaga elektrik sangat penting kepada manusia? Lampu isyarat di simpang jalan tidak berfungsi. Lampu jalan juga tidak bernyala. Masalah itu berlaku kerana bekalan elektrik terputus. Keadaan di jalan raya itu menjadi tidak terkawal. Tidak lama kemudian, bekalan elektrik kembali pulih. Lampu isyarat dan lampu jalan dapat berfungsi seperti biasa. Pemandu kenderaan dapat memandu kenderaan mereka dengan selamatnya dan terkawal. Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat Respons Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat Respons


145 Tulis draf dan karangan. • Bimbing murid mendraf dan menulis karangan berformat. • Minta murid mendraf dan menulis karangan jenis laporan. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Sains dan Teknologi 3.3.1 Program Pintar Sains mendapat kerjasama – mahasiswa Laporan Program Pintar Sains Program Pintar Sains dibuat di SJKC Taman Sejahtera pada 20 Oktober 20 . Program ini dilakukan oleh Persatuan Sains dan Matematik SJKC Taman Sejahtera dengan kerjasama mahasiswa. Semasa program ini, ada banyak aktiviti dijalankan. mengadakan pameran sains – menarik minat murid konsep sains – tekanan – daya geseran – aerodinamik majlis penutupan – menerima sijil Draf Imbas Saya Tulis draf dan karangan.


146 Karya Sains • Bimbing murid mengenal tulisan Jawi. • Minta murid mempamerkan tulisan Jawi. KBAT: Menilai – Memahami Strategi PdP: Kontekstual EMK: Sains dan Teknologi Anas telah menghantar karyanya itu kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dia berharap agar karyanya itu terpilih untuk disiarkan dalam majalah. Dia amat meminati majalah terbitan DBP seperti Dewan Pelajar dan Dewan Kosmik. Baru-baru ini, Anas menerima sepucuk surat daripada pihak DBP. Isi surat tersebut menyatakan bahawa karyanya itu akan disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar. Dia berasa amat gembira kerana impiannya tercapai. Anas juga teruja apabila pertama kali melihat kepala surat DBP yang menggunakan tulisan Jawi. Seni Bahasa 4.4.1 & 4.4.2 Imbas Saya Anas ialah abang Dalila. Dia amat berbakat dalam bidang penulisan. Anas sering menghasilkan karya seperti cerpen dan puisi. Pada bulan lepas, dia menghasilkan sebuah puisi yang bertajuk “Gurindam Ilmu Sains”.


147 • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan. • Minta murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan kata berimbuhan. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: KP – Konstruktivisme EMK: Bahasa 5.2.1(i)(ii)(iii)(iv) Kata Berimbuhan Graviti di Bumi Murid-murid sedang mempelajari topik graviti. Cikgu Shanti memberikan penjelasan tentang topik tersebut. Menurut Cikgu Shanti, graviti ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan setiap objek berada pada kedudukannya. Oleh sebab itu, objek tidak akan terapung-apung di udara. Cikgu Shanti memainkan klip video menerusi tablet pintarnya. Tablet itu diletakkan pada telapak tangannya. Kata Berimbuhan “Sila laman sesawang ini. Kamu akan dapat memahami kepentingan graviti kepada kita,” kata Cikgu Shanti. Klip video dalam laman sesawang itu memaparkan kehidupan di stesen angkasa lepas. Angkasawan di stesen itu kerana tiada graviti. Video itu jelas perbandingan antara kehidupan di stesen angkasa lepas dengan di bumi. Bumi mempunyai graviti. graviti akan menyebabkan setiap objek berada pada kedudukannya. Manusia dan haiwan dapat di atas permukaan bumi dan tidak . Daun-daun akan gugur lalu di atas tanah. Dengan adanya graviti, manusia dapat menjalani di bumi dengan mudahnya. Bumi tarikan berjalan terapung berselerak kehidupan terapung angkasawan layari menunjukkan Stesen Angkasa Lepas


148 % • Bimbing murid membaca maklumat berdasarkan bahan rangsangan. • Minta murid membuat simulasi berdasarkan bahan (e-dompet, cara penggunaan dan keistimewaannya). • Minta murid menilai persembahan rakan mereka. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.3.2 E-Dompet • tidak perlu beratur untuk mengeluarkan wang daripada Mesin Teler Automatik (ATM) • urusan seharian menjadi lebih cepat dan tidak perlu menunggu wang baki Keistimewaan e-dompet: E-Dompet Kawan-kawan, saya hendak menceritakan kebaikan e-dompet. Saya mendapat maklumat ini daripada bahan bacaan, video dan rakan-rakan. E-dompet BAYAR • tidak perlu membawa wang tunai Apakah e-dompet? E-dompet atau dompet digital berfungsi seperti dompet biasa. Fungsinya adalah sebagai tempat menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan maklumat akaun bank dalam satu aplikasi. Jadi, kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan lagi. Imbas Saya Cara penggunaan: Pindahkan wang kita dalam dompet digital melalui aplikasi yang dimuat turun dalam telefon bimbit. Selepas melakukan pembelian, kita hanya perlu mengimbas kod QR untuk urusan pembayaran. Berceritalah berdasarkan bahan.


149 • Bimbing murid membaca teks cerita. • Minta murid membuat rumusan. KBAT: Mencipta – Merumuskan Strategi PdP: Kajian Masa Depan EMK: Sains dan Teknologi 2.3.1 Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, Yi Ying mengikut ibunya ke kedai peralatan sukan. Ibunya hendak membeli alat pengesan bakat atlet dalam bidang sukan. Alat tersebut penting untuk ibunya memilih atlet sukan di sekolah. Apabila sampai di kedai itu, ibunya menuju ke arah peralatan sukan yang berbentuk bulat. Yi Ying buntu memikirkan cara penggunaan alat itu untuk membantu ibunya. “Ibu, apakah keistimewaan alat ini?” tanya Yi Ying. “Oh, alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu! Selain itu, alat ini dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu,” jelas ibunya. Ciptaan ini juga berkemampuan untuk mengukur tahap kecergasan murid. Oleh itu, guru dapat menentukan jenis sukan yang sesuai untuk mereka. Ukuran tahap kecergasan ini akan membolehkan murid memilih jenis sukan yang sesuai seperti badminton, skuasy dan tenis. Keputusan tersebut dikira berdasarkan ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan yang diperoleh daripada bacaan mesin tersebut. “Baguslah alat ini, ibu,” kata Yi Ying. Alat Pengesan Bakat Atlet Baca dan buat rumusan. Rumusannya, alat ini


150 Hari Pameran Teknologi SJKC Taman Sejahtera 150 Draf SJKC Taman Sejahtera, pada Hari sabtu yang lalu, telah mengadakan Draf Selepas perasmian upacara, semua tetamu yang hadir melawat ke reruai di situ. Sebuah reruai Draf • hadir • berhimpun • merasmikan • melawat • mempamerkan • tangan robotik • berfungsi • bergerak • mesin basuh pinggan • memudahkan suri rumah 1 2 3 Draf • berpusu-pusu • bekas makanan kucing 4 Draf • mengerumuni • telefon terkini • kamera canggih 5 Tulis draf dan karangan. • pulang • beli telefon pintar • mendapat ilmu 6 Draf


151151 • Bimbing murid membina draf. • Minta murid menulis karangan keperihalan dan catatan. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Sains dan Teknologi 3.3.1 Pada hari Sabtu yang lalu, SJKC Taman Sejahtera telah mengadakan Hari Pameran Teknologi. Semua tetamu berhimpun di dewan sekolah. Guru Besar, Puan Poon Sau Mee, telah merasmikan program itu. Selepas upacara perasmian, semua tetamu melawat ke reruai pameran yang berdekatan dengan dewan sekolah. Tangan robotik dipamerkan di sebuah reruai yang terdapat di situ. Tangan itu dapat berfungsi seperti tangan manusia. Seterusnya, tetamu bergerak ke Bagi peminat kucing pula, mereka berpusu-pusu ke reruai yang menjual makanan kucing. Di situ, terdapat juga bekas makanan kucing yang boleh mengawal masa. Bekas itu dipamerkan untuk dijual. Kucing tidak akan lapar walaupun terpaksa ditinggalkan beberapa hari. Sabtu 7:30 pagi Sekolah saya telah mengadakan Hari Pameran Teknologi. Saya dan tetamu berhimpun di dewan sekolah. Guru Besar, Puan Poon Sau Mee, telah merasmikan program tersebut. 8:30 pagi Selepas perasmian, saya 9:45 pagi Seterusnya, saya bergerak ke reruai yang lain. Di situ, dipamerkan mesin basuh pinggan mangkuk. Ibu kawan-kawan saya tertarik akan keistimewaan mesin tersebut. 10:15 pagi 11:00 pagi Saya pergi ke tempat yang menjadi tumpuan pada hari itu, iaitu reruai telefon bimbit. Saya melihat pelbagai jenis telefon bimbit dipamerkan. Saya tertarik akan keistimewaan kamera pada telefon bimbit itu. Kamera itu dapat merakam gambar walaupun berada di dalam air. Keperihalan Catatan SEKOLAH


152 • Bimbing murid mengubah suai cerita autobiografi. • Minta murid mempersembahkan cerita. • Minta murid menulis teks semula dalam bentuk karangan. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Naturalis EMK: Sains dan Teknologi 4.3.2 Aku Seutas Jam Tangan Seni Bahasa Aku seutas jam tangan. Aku berjenama Sosa dan berwarna hitam. Di kilang jam tangan, di Shah Alam aku dibuat. Setelah siap dipasang dengan tali yang cantik, aku dihantar ke sebuah kedai jam di Tanjong Malim. Pekedai itu mempamerkan aku di dalam almari kaca. Pada suatu hari, seorang budak perempuan datang ke kedai itu dengan ibunya. Mereka membelek-belek aku dan kawan-kawan aku. Akhirnya, mereka mengambil kata putus untuk membeli aku dengan harga RM150.00. Nama tuan aku Kavina. Dia murid yang rajin seperti semut. Dia murid yang terpandai di dalam kelasnya di SJKT Taman Wawasan. Tugas aku menunjukkan masa kepada tuan aku. Tuan aku akan menetapkan masa untuk aku mengejutkannya setiap hari. Selain itu, dia memakai aku untuk pergi berjoging pada waktu petang. Jika aku kotor, dia akan mengelap aku dengan kain khas. Dia akan menyimpan aku di dalam kotak yang cantik. Dia menjaga aku seperti menatang minyak yang penuh. Aku sayang akan tuan aku. Aku berjanji akan berkhidmat kepada tuan aku sehingga akhir hayatku. menilai fungsi jantung (ECG) mengukur tekanan darah memantau kadar degupan Aku Seutas Jam Tangan Kesihatan mengetahui jumlah pembakaran lemak memantau jumlah masa untuk tidur memantau kadar oksigen dalam darah dan badan Seni Bahasa


153 Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang Ladang Solar Kuala Ketil • Bimbing murid memahami ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. • Minta murid membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Nilai Murni – Menghargai 5.3.4 Ayat Susunan Biasa Yi Ying dan keluarganya melawat ke ladang solar di Kuala Ketil. Mereka melihat ladang solar yang terbentang luas. Ayat Susunan Songsang Di Kuala Ketil, Yi Ying dan keluarganya melawat ke ladang solar. Ladang solar ini paling besar di Malaysia. Di kawasan itu juga, pokok nanas ditanam. Di Kedah, ladang solar itu membekalkan tenaga elektrik untuk kawasan kediaman dan kawasan perusahaan. Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang


154 Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Fahim: Sekolah kita akan mengadakan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi. Pada pendapat kamu, mengapakah kita patut menyertainya? Yi Ying: Kita patut menyertainya kerana dapat Chan Ho: Benar, kawan-kawan. Fahim, apakah langkah yang perlu kita lakukan untuk menghasilkan inovasi yang terbaik? Fahim: . Setujukah kamu jika kita menghasilkan inovasi penggera untuk basikal? Dalila: Bagus cadangan kamu tetapi masa . Bagaimanakah kita mahu menyiapkannya? Yi Ying: . Sebelum pertandingan, kita perlu menyiapkan • Bimbing murid memberikan respons tentang soalan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Kreativiti dan Inovasi 1.1.3 Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Sains dan Teknologi) SJKC Taman Sejahtera Tarikh: 27 Oktober 20 Hari: Sabtu Tempat: Dewan Besar SJKC Taman Sejahtera Tujuan: • Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif • Memupuk budaya kerja secara berpasukan dalam kalangan murid Pelaksanaan: Pertandingan diadakan secara berkumpulan, iaitu sebanyak empat orang murid setiap kumpulan. Masa untuk menyiapkan reka cipta dan inovasi ialah satu jam. Sasaran: Murid Tahun 5 dan Tahun 6 Sertailah sekarang! Hasilkan reka cipta dan inovasi yang terbaik. penggera basikal Dengar, tafsir dan berikan respons. Salam sejahtera, murid-murid. Sekolah kita akan mengadakan pertandingan reka cipta dan inovasi. Sertailah pertandingan itu.


155 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan. • Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Kreativiti dan Inovasi KMD – Meramal 2.2.1 Inovasi Perabot Ayah Lidim ingin membeli perabot untuk bilik Lidim. Beliau melayari Internet untuk mencari maklumat tentang perabot yang sesuai dengan bilik Lidim. Sekiranya kamu diberi pilihan, perabot yang manakah yang akan kamu pilih? Perabot Pelbagai Fungsi Perabot keluaran tempatan ini bersaiz padat dan kukuh. Pereka menggabungkan 24 fungsi dalam sebuah perabot. Fungsi tersebut termasuklah laci, cermin, tempat pakaian, meja belajar, katil, rak buku dan ruang untuk komputer. Pereka menggunakan kayu bermutu agar tahan lama. Perabot ini boleh dibuka dan ditutup. Harga yang ditawarkan ialah harga mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah. Kerja Projek Lakarkan bentuk perabot masa depan. Nyatakan ciri-ciri dan keistimewaannya. Baca dan berikan keputusan. Perabot Mesra Pengguna Perabot ini dapat menjimatkan ruang bilik yang sempit. Pereka meletakkan katil di bahagian atas, manakala di bahagian bawah dibina almari untuk pakaian, buku dan meja belajar. Perabot ini diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi serta tahan lama. Perabot ini buatan negara luar.


156 Edit dan murnikan perenggan. • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. • Minta murid mengedit dan memurnikan ayat dalam perenggan. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat rujukan EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.3.2 Inovasi untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan Pada tahun 2015, Institut Teknologi di Amerika telah mencipta Finger Reader. Alat ini mereka dicipta untuk orang kurang upaya penglihatan. Alat ini, seperti sebentok cincin dipakai di jari telunjok. Jari boleh gerakkan pada ayat yang ingin dibaca. Mereka juga boleh membaca dengan menggunakan talifon pintar. Seterusnya, alat ini melengkapkan kamera dan audio. Kamera akan terimbas ayat yang ditunjuk oleh jari. Setiap ayat yang mengimbas akan bertukar dalam bentuk suara. Mereka akan dapat mendengar tiap perkataan bila jari digerakkan pada baris ayat di buku. Selain itu, alat ini dapat dibawa oleh orang buta bawa ke mana sahaja kerana saiz alat ini kecil. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas juga lancar. Guru hanya menerangkan tentang isi pelajaran tanpa membacakannya. Hal ini berlaku kerana, murid boleh membaca sendiri dengan menggunakan alat ini. Jelaslah, alat ini boleh murid kurang upaya penglihatan membantu baca dengan mudah. Mereka dapat baca pelbagai-bagai jenis bahan. Kini bahan bacaan mereka tidak terhad lagi kepada tulisan braille. Bahan dan sumber bacaan mereka kini semakin bertambah dan luas. Edit dan murnikan perenggan.


157 Seni Bahasa • Bimbing murid mencari makna perkataan yang berwarna dan mengubah suai lagu. • Minta murid mempersembahkan lagu dengan gaya yang kreatif. KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kreativiti dan Inovasi 4.3.3 Boria Inovasi Kami Marilah kawan kita berkarya Demi manusia miskin dan kaya Impian kami sedaya upaya Cipta inovasi pasti berjaya Cekal teliti janakan minda Cawan berlipat pelbagai guna Untuk kemudahan semua pengguna Boleh dipakai di mana-mana (korus) Pensel berinovasi mudah digunakan Garis lurus siap dilakarkan Bengkang-bengkok kita hindarkan Hasil yang kemas kita tonjolkan Mari kawan kita praktikkan Idea terkini kita janakan Kasut ajaib kita hasilkan Selipar sepatu kita gabungkan (ulang korus) Wahai sahabat bijak bestari Tanamkan semangat di dalam diri Idea kreatif kita pelajari Reka inovasi setiap hari (ulang tiga kali) Imbas Saya Seni Bahasa


158158 Chan Ho: Fahim, kita patut membuat projek penapis air. Fahim: Ya, Chan Ho. Projek penapis air patut kita buat. Chan Ho: Kita boleh membuat penapis air daripada buluh. Fahim: Apakah barang-barang yang kita perlukan, Chan Ho? Chan Ho: Kita memerlukan buluh. Saya ada penyambung tiub air dan kepala paip kecil. Fahim: Saya ada dua batang buluh yang panjangnya 30 sentimeter. Chan Ho: Tiub salur air kecil juga kita perlukan. Fahim: Saya ada tiub salur air, Chan Ho. Chan Ho: Buluh itu perlu kita bersihkan dahulu. Kita akan memasukkan penyambung tiub air ke lubang pada bahagian bawah buluh. Fahim: Ya. Kita perlu membuat penutupnya. Bahagian dalam penutup perlu kita kikis. Chan Ho: Kita perlu memastikan bahawa panjang buluh itu 24 sentimeter. Kavina, Veeran dan Nabil berbincang tentang inovasi bersempena dengan Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta anjuran Kelab Sains dan Inovasi. Projek Kami alat suai pili dari paip di singki paip kecil tiub salur air penyambung tiub penutup dari paip di singki lubang air masuk lubang air masuk lubang air keluar lubang air keluar 158 • Bimbing murid memahami ayat aktif dan ayat pasif yang bercetak tebal. • Minta murid menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dan ayat pasif kepada ayat aktif. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Kreativiti dan Inovasi 5.3.3 Buluh itu ditebuk pada bahagian bawah untuk dimasukkan tiub air oleh mereka. Kemudian, Chan Ho memasukkan arang buluh ke dalam buluh sebagai bahan penapis. Seterusnya, paip kecil dipasang pada bahagian lubang air keluar pada buluh yang kedua. Selepas itu, tiub air dipasang pada kepala paip. Mereka berpuas hati kerana berjaya menyiapkan projek tersebut. 20 cm 4 cm Ayat Aktif dan Ayat Pasif


159 Pemulihan Berceritalah berdasarkan gambar. Lemang Inovasi Ibu saya memasukkan Ibu saya menyusun Selepas itu, ibu saya menutup Kad 4 Akhirnya, ibu saya menghidangkan Ibu saya menyediakan bahan untuk membuat lemang inovasi seperti Kad 3 Kad 1 Ibu saya memasukkan Ayah saya menuang Kad 2 buluh lemang pulut santan buluh lemang periuk kukus santan garam daun pisang pulut


160 Penggunaan dron banyak memberikan kebaikkan. Dron digunakan untuk mengangkat dan menyembur racun serangga disawah. Oleh itu, padi tomboh dengan suburnya. dron juga digunakan untuk mencari dan menyelamat, oleh ahli polis dan bomba. Wah! hebat dron? Oleh kerana itu, dron semakin popular di malaysia. 1 2 4 3 Selain itu, peminat video pula, menggunakan dron untuk merakam gambar. Dron dapat merakam gambar daripada pelbagai-pelbagai sudut. Jadi, rakaman itu lebeh cantik 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Guru menyediakan kad bernombor 1, 2, 3 dan 4. 3. Ketua kumpulan mencabut nombor untuk menentukan tempat mula mengedit. 4. Setiap kumpulan diberi masa lima minit untuk berbincang dan menulis teks yang diedit. 5. Murid bergerak untuk mengedit teks mengikut pusingan jam. 6. Setiap kumpulan membentangkan hasil yang diedit. Pengayaan Edit perenggan. Itu apa! Itu dron terkini. Dron atau robot terbang adalah sebuah pesawat tampa pemandu. Dron dapat mengkawal dengan mengunakan alat kawalan jauh. Pengayaan


161 Pengukuhan Baca petikan dan jawab soalan di bawah. Kerusi Serba Guna (Sumber: SMK Taman Tasik) KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pasukan Inovasi SMK Taman Tasik, Ampang menjuarai pertandingan inovasi Piala Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Ciptaan inovasi mereka ialah kerusi serba guna. Mereka menyertai pertandingan inovasi itu pada 7 Ogos 2019. Pertandingan tersebut berjaya mendapat penyertaan 80 inovasi daripada 15 buah sekolah rendah dan 26 buah sekolah menengah. Ketua Pengarah FRIM mengucapkan tahniah kepada adik Aniq Jebat, Shafi Bhaizid dan Fadhlul Raihan, serta guru pembimbing, Puan Jamilah Kamaruddin. Mereka membuat kerusi daripada kayu yang ringan dan mudah dibentuk. Hasil inovasi mereka bukan sahaja murah tetapi juga mempunyai ciri keselamatan. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan yang digunakan tidak berbahaya dan tidak memudaratkan kesihatan. Selain itu, penggunaan kerusi ini dapat menjimatkan ruang. Semua barang dan peralatan untuk belajar boleh diletakkan oleh pengguna di kerusi itu. Kerusi serba guna sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM berkata bahawa pertandingan ini diadakan oleh FRIM untuk memupuk daya cipta murid. 1. Tukarkan ayat aktif bercetak merah kepada ayat pasif. 2. Tukarkan ayat pasif bercetak biru kepada ayat aktif. 3. Senaraikan perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam buku tulis.


162 Bacaan Luas Inovasi Kebanggaan Negara Kita Sekumpulan murid dari SJKC Kai Ming, Bintulu, Sarawak telah mencipta “B-Beep”. Idea untuk mencipta alat itu timbul semasa mereka menunggu ibu bapa selepas waktu persekolahan. Nathanael Lim Yee Ning, 10 tahun, Ling Guan Yee, 12 tahun dan Ling Yan Ru, sembilan tahun, telah mengharumkan nama sekolah. Mereka telah memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi bersempena dengan Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa (IPITEX 2020) di Thailand. Ciptaan “B-Beep” juga menerima Anugerah Khas “Young Innovator Award” daripada kerajaan Singapura. Ciptaan itu telah berjaya menewaskan 514 rekaan dan produk dari 21 buah negara lain. Negara yang mengambil bahagian termasuklah Britain, Kanada, Jepun, Poland, China, Indonesia, Macau, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina, Sudan, Republik Czech, India, Iran, Arab Saudi, Romania dan Malaysia. “B-Beep” yang dicipta merupakan alat keloi Bluetooth. Aplikasi ini disambungkan kepada telefon bimbit ibu bapa mereka. Mereka telah mengujinya semasa menunggu ibu bapa di sekolah. Melalui alat ini, mereka dapat mengetahui kehadiran ibu bapa di pekarangan sekolah. Dengan alat ini, kesesakan trafik pada waktu tamat persekolahan dapat dikurangkan. Murid dapat membuat kerja sekolah atau mengulang kaji pelajaran semasa menunggu kedatangan ibu bapa. Mereka tidak perlu tertunggu-tunggu ketibaan ibu bapa mereka. 162 (Sumber: SJKC Kai Ming) Bacaan Luas


Click to View FlipBook Version