4343 Larang anak supaya tidak bermain di balkoni, di tangga, di dalam lif atau di koridor. Pastikan pintu hadapan dan pintu balkoni sentiasa berkunci. Pastikan jeriji dipasangkan pada koridor, balkoni dan tingkap. Jeriji tersebut perlulah mudah dibuka oleh bomba dari luar. Panduan Panduan Keselamatan di Rumah Pangsa Panduan Keselamatan di Rumah Pangsa Buang sampah di tempat yang disediakan. Pastikan pintu keselamatan dalam keadaan baik dan tertutup. Lekatkan pelan laluan keselamatan pada dinding di setiap aras rumah pangsa. Laporkan kehadiran orang yang mencurigakan di kawasan rumah pangsa kepada pihak polis. Pasang videofon bagi membolehkan identiti tetamu di pintu masuk bangunan dapat dikenal pasti sebelum membenarkan mereka masuk. Mengapakah jeriji dipasangkan pada koridor, balkoni dan tingkap? Pastikan pasu bunga tidak diletakkan di koridor atau di atas pagar balkoni. Salam sejahtera semua. Saya Penguasa Bomba Lam Zhi Xiang. Pada hari ini, saya akan menyampaikan taklimat tentang panduan keselamatan di rumah pangsa. Panduan keselamatan tersebut termasuklah (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa peka akan keselamatan supaya keselamatan diri kita sentiasa terjamin. Saya berharap agar panduan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan bagi mengatasi masalah keselamatan di rumah. Sekian, terima kasih. Baca dan persembahkan. Videofon ialah peranti telefon yang menghantar dan menerima suara serta imej visual antara pihak yang berkomunikasi. • Bimbing murid membaca dan mempersembahkan taklimat keselamatan. • Minta murid menyampaikan taklimat keselamatan dan murid lain menilai persembahan. KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Bahasa 2.3.2 Tahniah Bagus Cuba Lagi Penilaian Bercerita
44 • Bimbing murid menulis beberapa ayat yang dibaca oleh guru atau kawan. • Minta murid menulis teks yang diimlakkan. KBAT: Menilai – Membuat keputusan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Bertoleransi 3.2.4 Tulis teks yang diimlakkan. Lokasi Alat Keselamatan Kishan, Dalila dan Yi Ying melukis sebuah pelan rumah. Berdasarkan pelan itu, mereka berbincang tentang lokasi yang sesuai untuk meletakkan alat keselamatan. Kamera litar tertutup dipasang di laluan masuk, di sisi dan di belakang rumah. Alat pemadam api diletakkan di dalam dan di luar rumah. Alat pengesan asap diletakkan pada siling bilik tidur, di ruang tamu dan di dapur. Kamera Litar Tertutup Alat Pemadam Api Alat Pengesan Asap Peti pertolongan cemas diletakkan di dapur supaya mudah diambil apabila berlaku kecemasan. Bekas anak kunci dan mangga diletakkan di dalam kotak bersebelahan dengan peti pertolongan cemas. Senarai Talian Kecemasan Peti Pertolongan Cemas Bekas Anak Kunci dan Mangga Senarai talian kecemasan dilekatkan pada dinding dapur. PERTAHANAN AWAM MARITIM MALAYSIA Peti Pertolongan Cemas Setelah selesai tugasan tersebut, Kishan, Dalila dan Yi Ying bercadang untuk membandingkan pelan yang dihasilkan dengan pelan yang diperoleh daripada pihak bomba. (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Tulis teks yang diimlakkan. TALIAN KECEMASAN 999 BOMBA POLIS HOSPITAL
45 • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. • Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi 4.1.1 Seni Bahasa Pandai Besi dan Saudagar Emas Pada suatu hari, berita tentang peristiwa kecurian di Inderapura tersebar luas. Saudagar emas kecut hati. Tanpa membuang masa, saudagar emas berjumpa dengan pandai besi. Hamba bimbang akan keselamatan harta hamba. Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Bolehkah tuan hamba membuat alat keselamatan untuk melindungi harta hamba? Hamba perlu sediakan payung sebelum hujan. Pandai besi bermandi keringat untuk menyiapkan tempahan saudagar emas. Setelah siap, saudagar emas puas hati akan kerja tangan pandai besi. Pagar besi dan peti besi yang dibuat oleh pandai besi amat kukuh. Semenjak hari itu, saudagar emas senang hati dan tidak bimbang akan keselamatan hartanya. Terima kasih, tuan hamba. Hamba berasa besar hati apabila melihat hasil kerja tuan hamba. Ambillah sebuntil emas ini sebagai tanda membalas keringat tuan hamba. Terima kasih, tuan hamba. Nasib hamba hari ini bagai bulan jatuh ke riba. Boleh. Bagus tindakan tuan hamba itu. Beringat sebelum kena. Hamba akan membuat pagar besi dan peti besi untuk rumah tuan hamba. Seni Bahasa
46 • Bimbing murid memahami penggunaan kata penguat dalam ayat. • Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat. KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 5.1.4(ii) Telefon di dalam Tandas Yi Ying dan Dalila berbual-bual di halaman rumah. harga telefon agak mahal tidak terlalu hampir dengan paip sangat puas hati Yi Ying: Dalila, saya sangat sedih hari ini. Dalila: Mengapa, Yi Ying? Yi Ying: Nenek saya telah terperangkap di dalam tandas. Pintu tandas rosak dan tidak boleh dibuka. Agak lama juga nenek berada di dalam tandas. Dalila: Kasihan benar nenek kamu. Tidak ada sesiapakah di rumah pada masa itu, Yi Ying? Yi Ying: Pada masa itu, saya, ibu dan ayah ke pasar raya untuk membeli barang keperluan. Apabila kami masuk ke rumah, kami terdengar pintu tandas diketuk kuat sekali. Kami amat terkejut apabila melihat keadaan nenek. Nenek terlalu lesu dan tidak bermaya. Dalila: Sepatutnya ayah kamu memasang telefon di dalam tandas. Yi Ying: Bagus sungguh cadangan kamu itu, Dalila. gembira sungguh Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh kata penguat: paling, terlalu, agak, sungguh, amat, nian, benar, sekali Kata Penguat
47 Cikgu Zura menayangkan video tentang wabak Coronavirus (COVID-19) kepada murid-muridnya. Video itu memaparkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani wabak COVID-19. Pencegahan COVID-19 Langkah Pencegahan COVID-19 menyediakan kaunter saringan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengamalkan penjarakan fizikal melakukan nyahkuman di kawasan berisiko tinggi Berceritalah berdasarkan bahan. COVID-19 ialah virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Imbas Saya Imbas Saya Kawan-kawan, saya ingin menceritakan usaha kerajaan untuk mencegah wabak COVID-19. Kerajaan Malaysia Berceritalah berdasarkan bahan. 47 • Bimbing murid menceritakan bahan dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai. • Minta murid membuat simulasi. • Minta murid lain memberikan bintang tahap bercerita. KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan Strategi PdP: BCB – Mendengar dengan berkesan EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.3.2
48 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat pada paparan peraturan keselamatan. • Minta murid memberikan respons berdasarkan maklumat. KBAT: Menilai – Membincangkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Rasional 2.1.1 Baca dan berikan respons. Keselamatan di Stesen Transit Laju Massa (Mass Rapid Transit – MRT) Fahim dan keluarganya mahu menziarahi saudara mereka yang tinggal di Sungai Buloh. Ayah Fahim bercadang untuk mengajak keluarganya menaiki Transit Laju Massa (Mass Rapid Transit – MRT). Semasa di stesen MRT, Fahim melihat paparan peraturan keselamatan. “Ayah, cuba lihat simbol itu. Mengapakah kita dilarang mengejar MRT yang sedang bergerak?” tanya Fahim. “MRT yang sedang bergerak membahayakan keselamatan kita. Kita akan tercedera jika tidak sempat atau tidak berjaya memasuki MRT itu,” jawab ayah Fahim. “Oh, begitu! Jadi, kita perlu memastikan MRT berhenti sebelum menaikinya supaya keselamatan kita terjamin,” kata Fahim. “Benar, Fahim,” jawab ayahnya. Awasi langkah anda. Dilarang mengejar MRT yang sedang bergerak. Dilarang bersandar pada pintu MRT. Jaga keselamatan bagasi dan barangan yang dibawa. Dilarang melintasi garisan kuning di platform. Dilarang berdiri Awasi kanak-kanak di pintu MRT. semasa di stesen, di platform dan di dalam MRT. Baca dan berikan respons. Maklumat tersurat: Dilarang mengejar MRT yang sedang bergerak. Maklumat tersirat: Membahayakan keselamatan. Respons: Memastikan MRT berhenti sebelum menaikinya.
49 • Bimbing murid membina ayat daripada bahan multimedia. • Minta murid menulis ayat dengan betulnya. KBAT – Menilai (Menilai) Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni - Kerajinan 3.2.1 Draf dan hasilkan penulisan. Punca Kemalangan Jalan Raya 3.3.1 • Bimbing murid menulis draf karangan surat kiriman tidak rasmi. • Minta murid menulis karangan. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Tulis draf dan karangan. Punca Kemalangan Jalan Raya Pendahuluan Isi Pertama Murid-murid Tahun 5 Zamrud telah diminta untuk menulis draf dan karangan tentang punca kemalangan jalan raya. Draf Isi Kedua Isi Ketiga Draf • puncanya mengantuk • membahayakan • berlaku kemalangan • berehat Karangan Draf • telefon bimbit • leka • kurang memberikan tumpuan • terbabas Tulis draf dan karangan. Fahim bin Fauzi, 2, Jalan Harmoni, Taman Sejahtera, 43200 Cheras, Kuala Lumpur. 15 Jun 20 Menemui sahabatku, Malik. Apa khabar? Saya berharap semoga saudara sentiasa sihat. Saudara, Saya menulis surat ini untuk membalas surat saudara yang bertanyakan punca kemalangan jalan raya. Draf 2, Jalan Harmoni, Taman Sejahtera, Cheras 43200. Menemui sahabatku semoga sihat seterusnya selalu gembira.
50 • Bimbing murid melafazkan dan melagukan syair dengan irama yang sesuai. • Minta murid menyatakan maksud syair. KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi 4.2.1 Seni Bahasa Jaga Keselamatan Diri Jaga Keselamatan Diri 1 2 4 5 mematuhi peraturan jalan raya pandu dengan 3 Wahai kawan bijak bestari, Undang-undang usah diingkari, Mari menjaga keselamatan diri, Pasti kemalangan dapat dihindari. Sikap terpuji harus disemat, Pengguna juga mesti cermat, Masa memandu biar berhemat, Sudah pasti jiwa selamat. Berawaslah di jalan setiap ketika, Hindari bergurau bersuka-suka, Elakkan bermain sampai terleka, Takut mengundang malapetaka. Berhati-hati ketika melintas, Usah diikut jalan yang pintas, Banyak roda berputar pantas, Lebih selamat guna jejantas. Jangan kita mengambil mudah, Lampu isyarat terus diredah, Tidak sabar membawa padah, Pasti kita sesal tak sudah. Nukilan: KBJ2020 Syair ini mengisahkan Imbas Saya Seni Bahasa
51 • Bimbing murid memahami penggunaan kata bantu dalam teks. • Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata bantu. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Berwaspada 5.1.4(iii) Kata Bantu Keselamatan di Bilik Sains mesti patut ingin perlu pakaian yang sesuai eksperimen membersihkan peralatan memberitahu guru Kata bantu digunakan untuk menunjukkan perbezaan waktu dan ragam perasaan. Kata bantu aspek (waktu): telah, akan, pernah, sedang, belum Kata bantu ragam (perasaan): hendak, mahu, boleh, harus, mesti Kata Bantu Kawan-kawan, Cikgu Tan meminta saya untuk memaklumkan perkara yang boleh kita lakukan dan tidak boleh kita lakukan semasa menjalankan eksperimen di dalam bilik sains. Perkara yang mesti kita hindari termasuklah perbuatan berlari, bermain-main atau bergurau senda semasa di dalam bilik sains. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan kemalangan dan mengganggu rakan yang sedang menjalankan eksperimen. Kita patut senyap dan bersikap sopan semasa di bilik sains. Kita juga harus mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jika peraturan tidak kita patuhi, kita akan dikenakan tindakan.
52 1. Penggera • Tujuh kali bunyi pendek diikuti satu bunyi panjang. 2. Mengikut Arahan • Bertenang dan tidak panik. 3. Tempat Berkumpul ketika Kecemasan • Ikut pelan ke arah tempat berhimpun ketika kecemasan. • Pakai jaket keselamatan dan tunggu arahan. 4. Tempat Pemindahan • Bersedia menaiki bot atau rakit keselamatan. 5. Bot atau Rakit Keselamatan • Naik setelah mendapat arahan. (Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) • Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan. • Minta murid menyebut ujaran dan membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kepatuhan 1.1.1 Segera Bertindak Boleh, tuan. Prosedur pertama penggera Betul. Penumpang akan menaiki Penumpang perlu Ya, Yi Ying. Mereka perlu . Selepas itu, mereka perlu Selamat datang, murid-murid. Ini ialah prosedur meninggalkan kapal ketika kecemasan. Semasa kecemasan, penggera dibunyikan sebanyak tujuh kali. Penumpang perlu berkumpul di tempat yang ditetapkan. Mereka perlu menaiki bot atau rakit keselamatan setelah mendapat arahan. Kemudian, mereka dipindahkan ke tempat yang selamat. Bolehkah kamu menyebut prosedur itu semula? Yi Ying, Fahim, bolehkah kamu menyebut prosedur itu semula? Saya mahu membuat catatan. Imbas Saya Dengar, cam dan sebut. Prosedur Meninggalkan Kapal ketika Kecemasan
53 • Bimbing murid merujuk kamus dan laman PRPM DBP untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat. • Minta murid menyatakan makna perkataan. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Kelestarian Global 2.1.2 Baca dan cari makna. Dalila dan Yi Ying dikehendaki untuk mencari maklumat tentang kejadian tanah runtuh. Mereka sedang meneliti maklumat tersebut dalam sebuah brosur. Awas, Tanah Runtuh! amaran 1. tugas yang mesti dilaksanakan; 2 peringatan keras yang diberikan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin. amaran lisan peringatan keras yang diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi). Maklumat Kata Juga ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu (3) Kamus Bahasa Inggeris (2) Istilah MABBIM (66) amaran Cari Carian Bestari AWAS, TANAH RUNTUH! Semasa kejadian: • Hubungi pihak berkuasa dengan segeranya. • Berikan amaran kepada keluarga dan jiran. • Berpindah segera jika keadaan semakin bahaya. Selepas kejadian: • Jauhi kawasan runtuhan. • Periksa keadaan keluarga dan jiran. • Berikan rawatan pertolongan cemas. • Berikan bantuan kepada golongan kurang upaya. • Laporkan sebarang kerosakan. [Sumber:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)] Layari laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui http://prpm.dbp.gov.my/untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat. Petanda kejadian: • Berlaku pancuran air atau resapan di kawasan tanah. • Berlaku bonggolan atau rekahan tanah. • Tanah berganjak. • Tapak asas konkrit retak atau terjongket. • Terdapat rekahan pada tembok, dinding atau tiang. • Jalan mendap. Cara mengatasi: • Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuhan. • Tanam tumbuhan tutup bumi seperti rumput pada cerun. • Bina tembok penahan atau bina saliran air. Baca dan cari makna.
54 Tulis draf dan karangan. Kemalangan di Lebuh Raya • Bimbing murid menulis draf karangan. • Minta murid menulis karangan. KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Keselamatan Jalan Raya 3.3.1 Draf Pendahuluan Penutup Draf Isi 1 Draf Isi 2 Draf Isi 3 Pada hari sabtu yang lalu, saya dan ayah membersihkan dusun. Kebun ayah terletak tidak jauh dari lebuh raya. Bunyi kenderaan berulang-alik di lebuh raya jelas kedengaran. Kami tidak menghiraukannya sehinggalah kami terdengar bunyi dentuman yang sungguh kuat di lebuh raya. • bergegas ke atas bukit • lori tangki terbalik • cecair berasap tertumpah • memberhentikan kenderaan • polis • HAZMAT berusaha • mengenyahkan bahan berbahaya • pembersihan tumpahan asid • pasukan HAZMAT tiba • polis tiba • lebuh raya sesak • kenderaan memberikan laluan kepada HAZMAT • bahan berasap itu asid • semakin banyak tumpah Imbas Saya (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Tulis draf dan karangan. Pasukan HAZMAT (Hazardous Material Unit Team) atau Pasukan Khas Mengendalikan Bahan Berbahaya ialah unit khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menangani bahan berbahaya.
55 • Bimbing murid mengubah suai sajak dengan menggantikan perkataan berwarna merah. • Minta murid mempersembahkan sajak. KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi: PdP – Muzik EMK: Patriotisme 4.3.1 Seni Bahasa Bakti Perwira Negara Inilah perwira kita di baris hadapan menjaga keselamatan demi nusa tercinta. Bersedia cekal berbakti walau luluh jiwa raga demi maruah negara kita mengekang musuh nusa. Mari kita semua jaga negara usah abaikan keselamatan berdaulat Malaysia negara berjaya kekalkan keselamatan negara yang tercinta. Nukilan: KBJ2020 Inilah pahlawan kita Di baris hadapan Menjaga keselamatan Demi Bersedia berbakti Walau jiwa raga Demi maruah negara kita musuh nusa Mari kita semua jaga negara Usah jaga keselamatan Malaysia Negara berjaya Kekalkan keselamatan Negara yang Imbas Saya negara tercinta tersayang hancur menghalang bertuah teguh lalai
56 Kata Berimbuhan Awalan dan Akhiran Dalila: Kawan-kawan, kita boleh membuat panggilan kecemasan jika ternampak kemalangan berlaku. Yi Ying: Bolehkah kamu memberitahu kami cara membuat panggilan tersebut? Dalila: Baiklah, akan saya jelaskannya. Kishan: Ya, terangkan tindakan yang patut kita ambil jika kemalangan berlaku di tempat kita menunggu bas ini. Dalila: Jauhi tempat kemalangan sebelum mendail 999. Tindakan ini patut kita lakukan agar laluan lalu lintas tidak terhalang. Penyelamat yang tiba nanti mudah melakukan tugas mereka. Selepas tempat kemalangan itu kita elakkan, kita perlu nombor talian kecemasan itu. Kita juga mestilah butiran peribadi. Kemudian, lokasi kemalangan itu kepada pihak polis. Maklumat yang tepat hendaklah kita agar dapat memudahkan ke tempat kejadian. Jangan sesekali kita membuat palsu. Perbuatan itu patut kita . Panggilan Kecemasan 999 Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata dasar. Contoh: berhati-hati, merawat, dilihat, peronda Imbuhan akhiran pula imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar. Contoh: laluan, selamatkan, jalani 56 • Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan. • Minta murid melengkapkan ayat dengan kata berimbuhan berdasarkan kata berimbuhan yang terdapat dalam dialog. KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: KP – Kontekstual EMK: Keselamatan Jalan Raya 5.2.1(i)(ii) Kata Berimbuhan Awalan dan Akhiran
57 Pemulihan Tulis ayat atau perenggan yang diimlakkan. 57 Gunakan dengan Betulnya Sekolah Jalus mementingkan keselamatan murid-muridnya. Murid-murid diwajibkan memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot. Murid-murid perlu memakai jaket mengikut saiz yang sesuai. Jaket keselamatan perlu lengkap. Jaket itu mesti mempunyai wisel, pemantul cahaya dan tali pinggang keselamatan. Mereka juga diajar memakai jaket keselamatan dengan betulnya. Mereka perlu mencantumkan klip keselamatan. Sekiranya berlaku kecemasan, mereka dinasihati agar bertenang dan tidak panik bagi mengelakkan kemalangan. wisel tali pinggang keselamatan Pemulihan pemantul cahaya (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
58 Pengayaan 58 Lakukan aktiviti berikut: 1. Berdasarkan pelbagai sumber seperti laman sesawang dan poster, hasilkan sebuah buku skrap tentang papan tanda keselamatan. 2. Buat rujukan tentang jenis dan maksud papan tanda tersebut. PAPAN TANDA KESELAMATAN Tempat Kerja Jalan Raya Makmal Kolam Renang Stesen Minyak Pakai untuk Contoh: Jenis papan tanda: Keselamatan di tempat kerja Jenis papan tanda: Keselamatan di jalan raya Maksud papan tanda: Jalan licin Respons: Berhati-hati dan pandu kenderaan perlahan-lahan Maksud papan tanda: Pakai topi keledar keselamatan Respons: Melindungi kepala daripada ditimpa benda yang jatuh dari atas Bahan mudah terbakar Racun Jalan bengkang-bengkok Pandulah kenderaan dengan Pengayaan
59 Pengukuhan Tulis draf dan karangan. – mengadakan Program Sekolah Selamat – pelbagai aktiviti – menyediakan alat kawalan kebakaran – menunjukkan cara penggunaan alat pemadam api – mengelakkan kebakaran merebak – sediakan payung sebelum hujan Program Sekolah Selamat – meletakkan papan tanda – amaran bahaya – sebabnya – sebagai contohnya – meningkatkan kawalan keselamatan – sebabnya – sebagai contohnya – kesimpulan, keselamatan tanggungjawab bersama – bagai aur dengan tebing – agar keadaan selamat dapat diwujudkan 59 Pengukuhan
60 Penilaian A. Baca petikan. Kemudian, cari makna perkataan yang diwarnakan daripada kamus. Keselamatan Perkelahan di Pantai 60 Keselamatan perkelahan di pantai perlu dititikberatkan oleh setiap pengunjung.Langkah berjaga-jaga amat perlu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sebelum ke tempat perkelahan, kita perlu menyemak laporan kaji cuaca. Kita tidak digalakkan berada di pantai ketika angin kencang, hujan lebat dan petir. Keadaan cuaca sedemikian membahayakan keselamatan kita. Ketika merancang perkelahan, peringatan awal tentang keselamatan ketika bermain di tepi pantai harus diberikan kepada setiap anggota keluarga. Sebagai contohnya, anggota keluarga patut kita ingatkan supaya menjauhi ombak yang besar. Seterusnya, kita patut memilih kawasan yang dekat dengan pengawal keselamatan pantai yang berada di menara kawalan. Kita juga mestilah memakai pakaian renang yang berwarna cerah semasa berenang atau bermain di pantai. Selain itu, kita mestilah berwaspada akan arus ombak serta hidupan laut. Elakkan tempat yang berbahaya agar tidak terpijak kerang-kerangan atau terkena sengatan ubur-ubur. Setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan untuk menjaga keselamatan diri agar kecelakaan dapat dielakkan. Penilaian B. Senaraikan perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan di atas. awalan akhiran
61 Rumput muda dimamah lembu, Jujurlah kepada ayah dan ibu. Ikan tenggiri di lautan biru, Usah ingkari arahan guru. Pohon berduri tumbuh di jalan, Integriti diri jadikan amalan. 61 • Minta murid berbincang tentang pantun dan gambar. Bunga kemboja gugur ke tanah, Lakukan kerja secara amanah.
62 • Bimbing murid memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Kejujuran 1.1.2 Kunci meminta pihak polis melakukan siasatan dengan segeranya. Dia mahu penjenayah itu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Sarjan Pensel meminta Kunci untuk membantu pihak polis bagi menjejaki penjenayah itu. Sarjan Pensel memberikan jaminan bahawa kes itu akan dapat diselesaikan. Kunci yang Jujur Simulasikan. Kami juga memerlukan bantuan kamu untuk mengesan penjenayah itu. Jika maklumat kamu benar, penjenayah itu akan ditangkap secepat mungkin. Di balai polis, Sarjan Pensel mengambil keterangan daripada Kunci. Pada suatu malam, Kunci ternampak suatu kejadian jenayah. Perbuatan itu dilakukan oleh kawan-kawannya. Pihak polis akan menyiasat laporan kamu secara terperinci. Kami memerlukan bukti yang kukuh untuk memudahkan siasatan kami. Aku perlu melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Dengar dan berikan respons.
63 Baca dan berikan keputusan. • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat. • Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan. KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Ketaatan 2.2.1 Buktikan Kejujuran Andaikan kamu abang Lidim, apakah yang akan kamu lakukan selepas menerima panggilan itu? Buat pertimbangan dan nyatakan keputusan. Pada suatu hari, Lidim tinggal berdua dengan abangnya di rumah. 1 Ibu bapa mereka tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja di Johor Bahru. 2 Ayah memberikan sejumlah wang kepada abang Lidim. Wang itu perlu digunakan untuk membeli makanan. 3 Sebelum bertolak, ibu bapa Lidim telah berpesan kepada abang Lidim supaya menjaga adiknya. Dia juga tidak dibenarkan meninggalkan rumah. 4 Pada petang itu, abang Lidim dihubungi oleh rakan-rakan kolejnya. Mereka mengajak abang Lidim untuk menonton wayang di pusat bandar. 5 Baca dan berikan keputusan.
64 Edit dan murnikan perenggan. • Bimbing murid mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan. • Minta murid menulis perenggan dengan menggunakan ejaan, tanda baca dan imbuhan yang betul. KBAT: Menganalisis – Memaparkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3.3.2 Gunakan Sebaik-baiknya YouTubeNY Eksperimen Sains Tahun 5 Langgan Langgan Gina telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolahnya. Ibu bapa Gina gembira dan bangga. Mereka menghadiahi Gina sebuah teblet. Wah, cantiknya , kata Gina. Sudah lama dia menginginkan tablet seperti itu. Dia amat berterima kasih kepada ibu bapanya. “Bolehkah saya mengunakan tablet ini setiap hari, ayah? tanya Gina. “Boleh, tetapi kamu perlu menggunakanya dengan jujur dan bertanggungjawab,” jawab ayah Gina. Pada suatu malam Gina sedang mensiapkan tugasan sekolahnya. dia melayari laman sesawang. Dia mahu menuntun video eksperimen sains. “Wah hebatnya laman sesawang ini,” kata Gina. Laman sesawang itu menyediakan pebagai video yang menarik. Selain video pembelajaran, terdapat juga video hiburan seperti rancangan kartun dan video music. Semua video itu dapat bertonton secara percuma. “Wajarkah aku menonton video hiburan ini,” tanya Gina dalam hatinya. Gina mahu menonton video hiburan tetapi dia tidak terbuat demikian. Dia tidak mahu meyalahgunakan tablet itu. Dia mahu menjadi anak yang jujor dan bertangungjawab. “Wah, cantiknya!” tablet menggunakan Edit dan murnikan perenggan. ALISYA I BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGA DEKORASI I RUMAHKU MAKAN-MAKAN I TERKINI
65 • Bimbing murid mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai. • Minta murid menyatakan maksud sajak. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.2.2 Jujurlah Andai kita berbicara pastikan benar semuanya janganlah ada dusta walau sekelumit cuma jujurlah kejujuran itu sikap yang mulia. Andai kita mengukir janji pastikan janji ditepati usahlah dimungkiri atau dikhianati jujurlah pelihara harga diri. Andai kita memikul tugas lakukan dengan tulus ikhlas usah meminta usaha dibalas jujurlah kejujuran jadikan asas. Andai kita meminjam barang hormatilah hak orang pulangkan, jangan ada yang kurang jujurlah kejujuran perlu kita julang. Nukilan: AR Kamil Maksud rangkap: Kita perlulah bersikap jujur dan tidak berbohong semasa bercakap. Maksud rangkap: Kita perlulah menunaikan Maksud rangkap: Kita perlulah ikhlas Maksud rangkap: Kita perlulah menghormati Imbas Saya Seni Bahasa
66 Kata Berimbuhan Apitan Contohilah Lidim • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan apitan. • Minta murid melengkapkan cerita dengan kata berimbuhan apitan. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Berjimat cermat 5.2.1(iii) pemberian – wang digunakan – nasi lemak berlaukkan ayam memulangkan wang baki – memuji kejujuran Pada suatu hari, ayah Lidimmemberikan wang belanja kepada Lidim. Beliau tidak mempunyai wang kecil. Beliau pun memberikan wang kertas RM20.00 kepada Lidim. Lidim memberikan wang belanja – tidak mempunyai wang kecil Lidim dinasihati – wang baki dipulangkan Kata berimbuhan apitan ialah perkataan yang menerima imbuhan di hadapan dan di belakang kata dasar. Contoh: mengemaskan, kediaman, perbarisan, disayangi Kata Berimbuhan Apitan 1 3 2 4
67 • Bimbing murid memahami maklumat berdasarkan bahan rangsangan. • Minta murid membuat simulasi dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi 1.1.3 Murid Berintegriti Dalila: Mengapakah program Kempen Integriti diadakan, Chan Ho? Chan Ho: Program ini diadakan untuk Dalila: Program itu perlu diadakan di dewan? Mengapa? Chan Ho: Ya, Dalila. Program ini perlu diadakan di dewan kerana Fahim: Apakah kepentingan berintegriti di sekolah? Dalila: Chan Ho: Mengapakah murid perlu bertanggungjawab? Dalila: Fahim: Bagaimanakah kita dapat menunjukkan sikap jujur? Chan Ho: melahirkan warga yang berdisiplin bertanggungjawab Program: Kempen Integriti Tarikh: 22 April 20 Hari: Sabtu Masa: 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari Tempat: Dewan 1, SJKC Taman Sejahtera Dengar, tafsir dan berikan respons.
68 Baca dan buat rumusan. Murid Berintegriti Sekolah Bestari Murid Berintegriti Saya melihat poster yang tertulis “Selamat Datang ke Kem Murid Berintegriti” di hadapan dewan sekolah. Setelah masuk ke dewan, saya, kakak, ibu dan bapa berpisah mengikut ruang yang disediakan. 7:45 pagi Aku Berintegriti Setiap pagi, aku adalah antara murid yang terawal sampai di sekolah. Aku sering ternampak murid tahun satu suka berlari-lari di kaki lima sekolah. “Adik-adik, berlari di sini berbahaya.” Itu nasihatku saban hari agar mereka dapat mendisiplinkan diri. Biasalah tugas aku, iaitu menyambut kawan-kawanku di pintu pagar sekolah setiap pagi. Maklumlah aku pengawas sekolah. Aku akan mengucapkan selamat datang dan selamat pagi dengan lontaran senyuman bersama-sama dengan guru yang bertugas. “Jika kita bersikap amanah semasa menjalankan tugas, pasti kita akan dihormati.” Kata-kata Cikgu Jamil, guru disiplin, masih terngiang-ngiang pada telingaku semasa bertugas. Di dalam kelas, aku sentiasa ternanti-nanti akan kehadiran guru. Aku suka mendengar tutur kata daripada guru-guruku. Kata-kata azimat daripada mereka menaikkan semangat aku untuk belajar. Aku bersyukur kerana sikap integriti telah tersemai dalam jiwaku. Baca dan buat rumusan. amanah berdisiplin sabar 68
69 Rumusan daripada saya: Untuk menjadi murid yang berintegriti, kita hendaklah Rumusan daripada kakak: Untuk menjadi murid yang berintegriti, kita hendaklah Rumusan yang terbaik ialah Rumusan daripada ibu: Untuk menjadi murid yang berintegriti, kita hendaklah Rumusan daripada ayah: Untuk menjadi murid yang berintegriti, kita hendaklah 69 • Minta murid membaca cerpen dan catatan. • Murid berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan grafik tikar perpaduan. • Murid memilih satu idea terbaik untuk ditulis dalam tikar perpaduan. KBAT: Menganalisis dan Mencipta – Merumuskan Strategi PdP: Kajian Masa Depan EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 2.3.1 Catatan Chan Ho Sabtu, 20 Saya menyaksikan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Poon Sau Mee yang berlangsung tepat pada waktunya. Beliau berharap semoga kem yang diadakan ini dapat melahirkan murid berintegriti. 8:00 pagi Saya mendengar ceramah yang bertajuk “Murid Berintegriti, Sekolah Bestari”. Ceramah itu disampaikan oleh Cikgu Azalia, guru kaunseling. Maklumat yang disampaikannya termasuklah sifat jujur, ikhlas dan bertoleransi dalam pergaulan dengan kawan dan masyarakat. 9:30 pagi Saya dan kawan-kawan menonton video tentang amalan baik yang perlu kita lakukan. Amalan tersebut termasuklah amalan menghormati guru, menghormati rakan dan sayang akan diri sendiri. 11:00 pagi Saya, kakak, ibu dan bapa berkumpul semula. Kami diminta membuat rumusan dengan menggunakan aktiviti tikar perpaduan. Kami mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 12:30 tengah hari
70 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat dalam teks. • Minta murid menulis teks yang diedit dan dimurnikan semula. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Keprihatinan 3.3.2 Dalila bercerita tentang Sambutan Hari Integriti Persatuan Sekolah yang ditonton oleh dia. Pada hari itu, banyak anugerah tokoh Teladan Integriti Persatuan Sekolah diucapkan. Tokoh integriti bagi kategori ketua kelas adalah Chan Lok Meng. Selain dari itu, Nor Farhana binti Mohd Zulkifli diucapkan sebagai pengawas paling berintegriti. Dia sangat menepati masa. Dia menjalankan tugas yang ketua pengawas beri dengan jayanya. Akhir sekali, banyak manfaat yang diperoleh oleh saya. Oleh kerana itu, kita di sekolah perlu mengamalkan integriti. Selamat pagi, Dalila. Kamu pada tadi pagi video di bilik sumber tonton? Selamat pagi, Gina. Ya, saya menonton video pagi tadi. Saya ingin membetulkan kesalahan ayat tanya kamu itu. Sepatutnya soalan kamu berbunyi begini. Pada pagi tadi, kamu menonton video di bilik sumber? Integriti dalam Hatiku Yi Ying, sepatutnya kamu menggunakan perkataan membawa bukan perkataan mengangkat. Saya pula mengangkat buku untuk mencatat maklumat semasa menonton televisyen. Edit dan murnikan perenggan.
71 • Bimbing murid mengubah suai gurindam berdasarkan gurindam asal. • Minta murid mempersembahkan gurindam. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Naturalis EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 4.3.1 Chan Ho, Dalila dan Yi Ying akan mengadakan persembahan bersempena dengan Program Sekolah Berintegriti. Mereka telah mengubah suai gurindam untuk dipersembahkan. Gurindam Baris Hadapan Ciptaan: Rahman Shaari Tidak berbuat walaupun tahu, Diambil pengayuh dibuang perahu. Tidak tahu tapi berbuat, Kayuh perahu di atas darat. Banyak bercakap tak baca buku, Macam membawa duit tak laku. Kurang berfikir rajin membangkang, Bila-bila pun di baris belakang. Jika ilmu dikaji teliti, Di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, Yakin diri bertambah-tambah. Membaca buku karangan tokoh, Bagai berpaut di dahan kukuh. Kembang ilmu tegap wibawa, Seluruh rakyat tidak kecewa. Warga sekolah , Bertugas selalu menjadi biasa. Jujur mengajar murid , Dapat maklumat idea sejajar. Rajin berbincang tak rasa malas, Semua sepakat ilmu pun . Lebih berfikir suka , Bila-bila pun berjaya setanding. Ada ilmu yakin selalu, Hadapi cabaran tak berasa . Ilmu disampai dengan , Penuh dikongsi bertambah-tambah. Bedah buku tidaklah jemu, Otak diguna sebarkan . Integriti diri bersikap , Sekolah kita tidaklah punah. Integriti Menjamin Kejayaan berunding belajar tepati masa Integriti menjamin kejayaan malu tabah jelas ilmu amanah Imbas Saya Seni Bahasa Gurindam ialah puisi dua baris yang mengandungi nasihat atau pengajaran. (Sumber: Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingkatan 4: Anak Laut, 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka)
72 Pemimpin Cilik Saya Veeran. Saya pengawas sekolah. Saya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Oleh itu, saya dilantik sebagai anggota jawatankuasa pengawas sekolah. Setiap pagi, saya dan kawan baik saya, setiausaha pengawas sekolah, duduk di kerusi batu di hadapan pagar sekolah. Kami membantu guru besar dan guru disiplin sekolah. Saya akan mengambil nama dan tandatangan murid yang datang lewat ke sekolah. Selepas itu, akan saya beritahu guru disiplin tentang maklumat tersebut. • Bimbing murid memahami kata majmuk mantap dan kata majmuk bebas. • Minta murid menyudahkan cerita dengan menggunakan kata majmuk yang diberikan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 5.2.2(i) Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang telah mantap ejaannya dan dieja bercantum. Contoh: kakitangan, olahraga, sukarela Kata majmuk bebas ialah bentuk kata yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membentuk makna yang tertentu. Contoh: jam tangan, nasi minyak, kipas angin Kata Majmuk Mantap dan Kata Majmuk Bebas setiausaha kerusi plastik Saya Dalila. Saya ketua kelas. Saya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya beritahu tandatangan mata pelajaran
73 Demi Negara Berani • menyelamatkan nyawa dan harta benda Amanah • menjalankan tugas dengan jujurnya dan ikhlasnya Taat • sedia berkorban mempertahankan negara Amanah • menjalankan tanggungjawab dengan tekunnya dan taatnya serta menjaga imej baik diri, organisasi dan negara Ya, Yi Ying. Anggota keselamatan negara kita bersedia untuk menempuh rintangan tanpa kepentingan diri. Mereka Ya, Yi Ying. Patutkah kita berkorban nyawa demi mempertahankan negara seperti mereka? Saya memilih kerana Jika diberi pilihan, apakah pasukan yang ingin kamu sertai? Gina, mari kita lihat nilai integriti pasukan keselamatan negara kita. Betul, Gina. Kita 73 • Bimbing murid bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Patriotisme 1.2.1 Berikan keputusan. Sama juga tugas anggota bomba. Mereka bertindak dengan beraninya. Mereka
74 Baca dan persembahkan. Salam sejahtera saya ucapkan kepada anggota Kelab Rukun Negara. Pada petang ini, saya ingin menyampaikan teks ucapan dan sajak daripada guru penasihat kita. Keamanan negara amat besar ertinya.Oleh itu, kita perlu mempertahankan keamanan negara. Kita mestilah setia kepada negara. Kita juga mestilah mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap negara. Hal ini termasuklah perasaan untuk membela kedaulatan dan mempertahankan negara. Kita perlulah jujur dan amanah dalam setiap perlakuan. Seterusnya, sikap tercela seperti khianat, hasad dengki, berbohong, mungkir janji, pecah amanah dan menerima rasuah patut kita hindari. Sikap ini akan memusnahkan keharmonian masyarakat dan negara. Akhir sekali, kita perlu mengamalkan prinsip Rukun Negara. Rukun Negara menjadi panduan kita untuk mewujudkan perpaduan. Melalui perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara akan tercapai. Kesimpulannya, kita perlu berintegriti agar kita hidup harmoni dan sejahtera. Terapkan Integriti Amanah amalan kita yang jadi pegangan jujur sedia bersama untuk bina negara. Setia demi pertiwi kukuh jiwa jati diri kekalkan taat setia kita negara aman jaya. Mari amal prinsip Rukun Negara perangi rasuah musuh utama jujur telus ikhlas negara tercinta. Marilah kita terapkan amalan integriti. Nukilan: KBJ2020 7474 • Bimbing murid membaca teks dan mendeklamasikan sajak. • Minta murid lain menilai persembahan rakan mereka. KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara Strategi PdP: BCB – Bacaan luncuran EMK: Nilai Murni – Kejujuran 2.3.2 Terapkan Integriti Imbas Saya Baca dan persembahkan. Tahniah Bagus Cuba Lagi Penilaian Bercerita
75 • Bimbing murid menulis perenggan dalam bentuk tulisan berangkai. • Minta murid membaca ayat yang telah ditulis. KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Nilai Murni – Amanah 3.1.1 Tulis ayat. Chan Ho, Fahim dan Kishan menyediakan ucapan untuk disampaikan kepada guru sekolah mereka yang menerima Anugerah Guru Inovatif. Tulis ayat.
76 Seni Bahasa • Bimbing murid mengubah suai isi cerita berdasarkan frasa. • Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Mereka Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Rasional 4.3.2 Pada suatu hari, Kendi berjumpa dengan Atoi di kedai. “Atoi, aku kesempitan. Pinjamkan aku jala. Dua bulan lagi, jala akan aku pulangkan bersama-sama dengan sebahagian hasil keuntungan aku,” kata Kendi. Ketua Desa Bijaksana Apabila genap dua bulan, Atoi ke rumah Kendi untuk menuntut jalanya. “Aku tidak akan memulangkannya. Bulan baru satu,” kata Kendi. Kendi menunjukkan bulan di langit. Atoi kecewa akan tindakan kawannya itu. Dia mengajak kawannya itu berjumpa dengan Tuk Lanai, Ketua Desa Tasik Bera, untuk menyelesaikan masalah mereka. Selepas berfikir sejenak, Tuk Lanai mengajak mereka bersampan. “Lihat di sana. Ada dua bulan. Janji perlu ditepati. Kita mestilah amanah dan jujur. Ubahlah sikap suka memungkiri janji. Perbuatan itu menyebabkan hubungan kita menjadi tidak mesra,” kata Tuk Lanai. Akhirnya, Kendi insaf akan perbuatannya. Dengan rela hati, Kendi memulangkan jala dan memberikan sebahagian hasil keuntungannya kepada Atoi. Pada zaman dahulu, tikus berjumpa dengan arnab di sarangnya. “Arnab, aku ... kesempitan = dalam kesusahan “Bolehkah aku meminta secupak padi?” Tikus: Aku tidak mahu . Bulan Tikus menunjukkan Arnab – marah – Arnab – Sang Kancil Sang Kancil: Tikus, cuba kamu • ada dua bulan • ubah sikap kamu • mesti menunaikan janji • usah permainkan janji • mesti amanah Tikus: – maafkan – akan pulangkan – berjanji mengubah sikap Lihat dan baca frasa. Ubah suai cerita berdasarkan isi cerita, watak dan latar tempat. Seni Bahasa
77 • Bimbing murid memahami dan menggunakan perkataan berimbuhan sisipan. • Minta murid melengkapkan cerita dengan perkataan berimbuhan sisipan yang sesuai. KBAT: Mengaplikasi – Melengkapkan Strategi PdP: BCB – Bacaan luncuran EMK: Nilai Murni – Kejujuran 5.2.1(iv) Penduduk Kampung Temoi gelabah. Sejak musim panas, awan-gemawan tidak kelihatan. Telaga di desa mereka kering-kerontang. Banyak haiwan peliharaan mati. Tanaman mereka layu dan buahnya berkeretot. Di Kampung Temoi, terdapat seorang pemuda bernama Rana. Rana suka meniup seruling. Pada suatu hari, penduduk berkumpul di gelanggang silat untuk mendapatkan pandangan Tuk Ketua. Tanpa berlengah, Rana yang berada di situ berkata, “Tuk Ketua, saya pernah ke kawasan lembah sungai. Banyak pokok hidup subur di situ. Kawasan itu harum . Di situ juga, ada banyak pokok . Pada waktu malam, cuacanya agak dingin. Saya kesejukan semasa berkhemah di sana,” kata Rana dengan jujurnya dan tenangnya untuk menyelesaikan kemelut penduduk kampungnya. “Marilah kita berhijrah ke tempat itu,” tambah Rana sambil menunjukkan arah ke tempat itu dengan menggunakan jari nya. “Jika benar, bersumpahlah kamu dengan menunjukkan tangan kamu, Rana,” kata seorang tua yang sudah kulit pipinya. Kemudian, Rana menunjukkan telapak tangannya. Penduduk Kampung Temoi memberikan tepukan kepada Rana. Ketua Kampung Temoi mengarahkan mereka berhijrah.Merekamembukakawasanpetempatan dan membina saliran untuk pertanian. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan pada kata dasar. Contoh imbuhan sisipan: jeragat, gelegar, kemuncup, sinambung Kata Berimbuhan Sisipan semerbak telunjuk berkerepot telapak gemuruh Usaha Jaya menggeletar kemuncup Kata Berimbuhan Sisipan
78 Pemulihan Anak Kerbau yang Jujur Marilah kita berkubang. Aku sudah berjanji kepada ayahku. Aku perlu jujur kepada beliau. Sang Kerbau dan anaknya tinggal di sebuah ladang. Pada suatu hari, Sang Kerbau mahu pergi bekerja. Sebelum Sang Kerbau keluar dari kandangnya, dia berpesan kepada anaknya. Sang Kerbau : Ayah mahu membajak sawah. Semasa ayah tiada, kamu jangan pergi ke mana-mana. Cuci kandang supaya bersih. Anak Kerbau : Baiklah, ayah. Saya akan sentiasa berada di rumah. Ketika Sang Kerbau sedang membajak sawah, anak Sang Kerbau didatangi oleh kawan-kawannya. Ayah kamu tiada di sini. Beliau tidak akan tahu. Tidak lama kemudian, Sang Kerbau pun pulang. Sang Kerbau membawa makanan untuk anaknya. Sang Kerbau amat gembira kerana anaknya patuh dan jujur kepadanya. Tidak boleh. Ayah melarang aku meninggalkan rumah. Beliau menyuruh aku mencuci kandang. Lakukan aktiviti berikut: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Murid menjalankan aktiviti main peranan dengan menggunakan bahan rangsangan yang disediakan. 3. Murid diberi masa untuk membuat persediaan. 4. Murid perlu mempersembahkan cerita dengan gaya penyampaian dan intonasi yang sesuai. 5. Murid yang lain menilai persembahan rakan. 78 Pemulihan Tahniah Bagus Cuba Lagi Penilaian Bercerita
79 Sarat perahu berisi ikan, Sudah tahu sila isikan. Pengayaan Pokok duku tumbuh selari, Gunakan aku kenali diri. Pisang raja di dalam tongkang, Aku dieja dari belakang. Arahan SJKT Taman Wawasan telah mengadakan Program Sekolah Berintegriti. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti pameran, ceramah dan permainan. Kavina, Veeran dan Nabil menyertai satu daripada permainan yang dijalankan. Permainan itu menguji minda peserta untuk mentafsirkan kod rahsia. 1. Bina perkataan daripada kod rahsia. 2. Gunakan petunjuk untuk mentafsirkan kod tersebut. 3. Lengkapkan ayat dengan menggunakan kata berimbuhan apitan. 4. Bina cogan kata yang menarik tentang integriti. Petunjuk Cogan Kata: 1. Kita hendaklah nilai integriti dalam kehidupan. 2. Kita perlulah bekerjasama rasuah. 3. Sikap berintegriti perlu amalan oleh setiap insan. 4. Nasihat ibu bapa mestilah . 5. Kita perlulah membuat yang sewajarnya sebelum bertindak. 6. Janganlah kita menyalahgunakan yang diberikan kepada kita. 7. Shamala mendeklamasikan sajak yang kejujuran. 79 Pengayaan
80 Pengukuhan Edit dan murnikan perenggan. Amboi, rajinnya pekerjaan am sekolah saya. Amat dia menutamakan keselamatan dan kebersihan. Dia berkerja mengikut jadual. Wah, tegap dan sasanya pengkawal keselamatan sekolah saya? Dia paling rajin sekali. Dia menjalankan tugas dan amanahnya. Oleh itu, dia setiap malam dengan amanahnya. Kes pencerobohan bukan berlaku. Eh, Itu saya cikgu! Mereka rajin sangat. Mereka menepati masa dan berdisiplin. Mereka rajin sangat. Jadi, sessi pembelajaran berjalan dengan lancarnya. 80 menjalankan tugas dan amanah menepati masa dan berdisiplin Pengukuhan utamakan kejujuran
81 Bacaan Luas Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Integriti merupakan nilai yang amat penting bagi sesebuah organisasi. Nilai ini dapat mencorakkan budaya kerja yang lebih berkualiti dan unggul. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan anggota polis. Demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara, PDRM sentiasa memastikan nilai murni seperti setia kawan, jujur, bersih dan cekap diamalkan. Dengan mengamalkan nilai ini, anggota PDRM akan sentiasa bertugas dengan penuh dedikasi. Usaha ini dapat meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan. Pihak PDRM juga berusaha untuk membentuk warga PDRM agar bersifat amanah dan telus. Setiap anggota mestilah mematuhi etika kepolisan. Kesimpulannya, PDRM sentiasa berusaha dan komited untuk terus meningkatkan kewibawaan institusi kepolisan pada pandangan masyarakat. Oleh itu, setiap warga PDRM wajib membudayakan integriti dan mengamalkan budaya kerja yang sihat serta mematuhi etika yang ditetapkan. 81 [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)] Bacaan Luas
82 • Minta murid bercerita dengan berdasarkan gambar dan frasa. kitar semula jimat elektrik jimat air teknologi hijau tong sampah kompos Peliharalah Alam Kita
83 • Bimbing murid bertutur untuk menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid memainkan peranan. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Kelestarian Global 1.2.2 Berbasikal demi Alam Huraikan maklumat. Hai, kawan-kawan! Amalan berbasikal perlu digalakkan kerana amalan ini baik untuk alam sekitar. Sebagai contoh, kita boleh berbasikal ke sekolah. Amalan ini dapat memelihara alam sekitar kerana basikal tidak mengeluarkan asap seperti kenderaan bermotor yang lain. Selain itu, berbasikal ke pasar atau ke kedai berbasikal ke tempat kerja menjimatkan bahan api Ya, kawan-kawan. Orang ramai juga digalakkan Basikal tidak memerlukan berbasikal ke sekolah Huraikan maklumat. Pin! Pin! vrum! VRUM!
84 Baca dan berikan respons. • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid memberikan respons. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: Pembelajaran Luar Bilik Darjah EMK: Kelestarian Global 2.1.1 Jelajah Alam Apakah kesan pencemaran bunyi kepada manusia? Bagaimanakah kita dapat memelihara sumber air daripada sungai dan tasik? Mengapakah alam perlu dipelihara? Alam perlu dipelihara agar kita dapat menikmati kehidupan yang selesa dan selamat. Pada suatu hari, Cikgu Chen menjalankan aktiviti pembelajaran di luar kelas. Beliau menjalankan aktiviti Jelajah Alam. Aktiviti itu bertujuan untuk mendidik murid-murid agar memelihara dan melestarikan alam. 1 Nyatakan kesan jika pokok ditebang. 2 Cikgu Chen dan murid-muridnya duduk di bawah pohon yang rendang. Cikgu Chen menerangkan kepentingan pokok kepada mereka. Pokok menghalang cahaya panas matahari dan mengurangkan kepanasan suhu di bumi. Seterusnya, Cikgu Chen membawa mereka berjalan di taman sekolah. Suasana di taman itu sunyi. Mereka berasa tenang kerana tiada pencemaran bunyi di situ. Menurut Cikgu Chen, pencemaran bunyi disebabkan oleh bunyi bising daripada kenderaan, kerja pembinaan dan operasi kilang. 3 Sebelum aktiviti itu berakhir, Cikgu Chen membawa murid-muridnya ke kolam ikan. Air di dalam kolam itu sangat bersih. Cikgu Chen menerangkan kepentingan memelihara sumber air daripada kolam, sungai, laut dan tasik. Kawasan tersebut menjadi habitat pelbagai hidupan. 4 Baca dan berikan respons. Pin! PONN!
85 Bina dan tulis pendapat. • Bimbing murid membina pendapat daripada bahan multimedia. • Minta murid menulis ayat dengan betulnya. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Menghargai 3.2.1 Taman Laut Pulau Payar Kishan pernah bercuti di Taman Laut Pulau Payar. Semasa percutian tersebut, ayahnya telah merakam pelbagai gambar yang menakjubkan. Terdapat hidupan laut seperti ikan dan terumbu karang di taman laut itu. Terumbu karang amat penting kerana menyediakan sumber makanan dan menjadi tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan di dasar laut. hidupan laut Apakah pendapat kamu tentang Program Penanaman Anak Terumbu Karang? bot peronda Bina dan tulis pendapat. Nyatakan pendapat kamu berdasarkan gambar yang dipaparkan. Mengapakah Taman Laut Pulau Payar sangat indah? Berikan pendapat kamu. Pada pendapat saya, Taman Laut Pulau Payar sangat indah kerana di sana terdapat banyak hidupan laut yang cantik seperti ikan dan terumbu karang. terumbu karang terpelihara penguat kuasa Bagaimanakah keindahan alam di Taman Laut Pulau Payar kekal terpelihara? Nyatakan pendapat kamu.
86 Seni Bahasa Damai di Pantai • Bimbing murid mengubah suai seni kata lagu. • Minta murid mempersembahkan lagu dengan gaya yang kreatif. KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Bahasa 4.3.3 Marilah teman tenangkan hati Melihat alam permai sekali Cantik berseri bumi lestari Bumi lestari oi oi Bumi lestari Marilah kita ke pantai alam sambil bersantai bertiup nyiur melambai Jiwaku damai oi oi Jiwaku damai Pantai Klebang hati Pasirnya bersih putih sekali Pepohon di sana sini Oi di sana sini Pantai Pandan menawan Udara bersih sungguhlah Airnya jadi sebutan Oi jadi sebutan Oi oi jadi sebutan Marilah teman damaikan hati Melihat alam indah sekali Cantik berseri alam lestari Alam lestari oi oi Alam lestari Marilah teman kita ke pantai Cintai alam sambil bersantai Bayu bertiup daun melambai Hatiku damai oi oi Hatiku damai Pantai Klebang memikat hati Pasirnya bersih putih sekali Pepohon rendang di sana sini Oi di sana sini Pantai Pandan cantik menawan Udara bersih sungguhlah nyaman Airnya jernih jadi sebutan Oi jadi sebutan Oi oi jadi sebutan (Melodi lagu “Ayam Den Lapeh”) Rujuk kamus untuk mencari padanan perkataan yang sesuai bagi mengubah suai seni kata lagu. Imbas Saya Seni Bahasa
87 Indahnya Maliau Basin • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata majmuk kiasan. • Minta murid melengkapkan e-mel dengan menggunakan kata majmuk kiasan. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Bahasa 5.2.2(ii) jatuh hati halwa telinga atas angin alas perut langkah kanan tanda mata Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu maksud yang lain daripada maksud kata-kata yang membentuk kata majmuk tersebut (simpulan bahasa). Contoh: makan angin, ringan tulang, otak cair Kata Majmuk Kiasan E-mel Apa khabar, saudara? Saya berharap semoga saudara sihat sejahtera. Saya menghantar e-mel ini untuk menceritakan pengalaman saya berkunjung ke Maliau Basin, Sabah. Maliau Basin ialah kawasan hutan simpan yang sangat kaya dengan khazanah alam semula jadi. Saya telah menyertai ekspedisi ke Maliau Basin bersama-sama dengan rakan-rakan. Semasa berada di sana, saya telah jatuh hati pada keindahan alam di kawasan itu. Terdapat flora dan fauna yang masih kekal terpelihara di situ. Kicauan unggas menjadi halwa telinga yang amat menghiburkan. Oleh itu, kita tidak hairan jika Maliau Basin menjadi tarikan para pelancong termasuklah pelancong dari negara atas angin. Semasa menyertai ekspedisi itu, Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Perkara: Ekspedisi ke Maliau Basin Mesej Baharu Hantar
88 • Bimbing murid menjanakan idea tentang sesuatu perkara. • Minta murid bersoal jawab. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Rasional 1.2.3 Hotel Hijau Bersoal jawablah dan berikan idea. menggunakan sabun dan syampu yang bebas daripada bahan kimia • mengelakkan pengaliran bahan kimia ke dalam longkang dan sungai • mengurangkan pencemaran air Ciri Mesra Alam Hotel Hijau 3 Pokok hijau gambar mungkin dilindungi hak cipta. ketahui lebih lanjut Fabrik Ciri mesra alam Ciri mesra: Sabun ketahui lebih lanjut 4 Gambar berkaitan menggunakan bumbung lut cahaya bagi menerangi koridor bilik • menggunakan cahaya matahari • menjimatkan elektrik 1 menanam pokok hijau di dalam dan di luar hotel • mencantikkan suasana • membersihkan dan menyamankan udara 2 mengitar semula barangan seperti bateri, mentol dan barangan fabrik • mengurangkan jumlah sampah sarap • mengelakkan pencemaran tanah-tanih Fahim: Wah, uniknya hotel ini! Mengapakah hotel ini digelar hotel hijau? Chan Ho: Oh, hotel ini digelar hotel hijau kerana hotel ini mesra alam! Tahukah kamu ciri-ciri hotel hijau? Yi Ying: Tahu, Chan Ho. Hotel ini Fahim: Mengapakah sabun dan syampu yang bebas daripada bahan kimia digunakan di hotel hijau, Chan Ho? Chan Ho: Syampu dan sabun tersebut digunakan kerana Yi Ying: Bagaimanakah penggunaan bumbung lut cahaya bilik baik untuk alam sekitar? Chan Ho:
89 • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik. • Minta murid mencari makna perkataan yang berwarna biru. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat rujukan EMK: Kelestarian Global 2.1.2 Baca dan cari makna. Pada suatu hari, Gina menonton dokumentari tentang wabak COVID-19. Wabak tersebut telah meninggalkan impak yang besar kepada manusia. Alam Tercemar, Bencana Melanda Akibat penularan wabak COVID-19, jumlah sisa klinikal seperti sarung tangan getah, pelitup muka dan apron semakin bertambah. Sisa klinikal ini tidak boleh dibuang sesuka hati kerana akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, kita perlu sedar akan perkara ini. Kita tidak boleh mengambil mudah terhadap masalah pencemaran akibat pembuangan sisa klinikal. Pencemaran udara, air dan tanah akan berlaku jika sisa klinikal dibuang secara tidak terurus. Keadaan ini menyebabkan pelbagai bencana akan berlaku. Oleh sebab itu, sisa klinikal perlu dilupuskan dengan cara yang betul. Pengurusan sisa klinikal perlu dilakukan mengikut prosedur tertentu. Prosedur ini ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. Baca dan cari makna. Pembuangan Sisa Klinikal [im.pak] Definisi : kesan yg ketara, dampak: beliau mematah-matahkan kalimatnya utk memberikan ~ kpd sajaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat) impak
90 • Bimbing murid memberikan alasan secara kritis dan kreatif. • Minta murid menulis jawapan. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Berjimat cermat 3.2.2 Ayah Kishan bekerja di sebuah syarikat multimedia. Pihak pentadbiran pejabat ayah Kishan mengamalkan konsep Pejabat Tanpa Kertas. Konsep ini amat berfaedah kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Adakah penggunaan tandatangan digital dapat menjimatkan kertas? Jelaskan. Perlukah ayah Kishan menggunakan e-mel untuk menghantar surat? Mengapa? Pejabat Tanpa Kertas Mengapakah ayah Kishan menyimpan maklumat dalam fail digital? Ayah Kishan menyimpan maklumat dalam fail digital kerana cara itu lebih mudah dan teratur daripada penggunaan fail kertas. Konsep pejabat tanpa kertas wajar diamalkan demi menjaga alam sekitar. Mengapa? Tulis jawapan dan alasan.
91 Seni Bahasa • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dengan bahasa yang santun. • Minta murid mempersembahkan cerita. • Minta murid merujuk kamus peribahasa untuk mencari maksudnya. KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.1.1 Tuk, kita mesti halau pelombong-pelombong itu. Masalah pencemaran bauksit di kampung kita tidak boleh dibiarkan. Kita tidak boleh diam seperti tunggul, tuk. Kita berani kerana benar, takut kerana salah. Terima kasih diucapkan kerana menyelesaikan masalah kami. Sama-sama. Pencemaran Membawa Bencana Pada suatu petang, Tuk Ketua mengadakan mesyuarat dengan penduduk Kampung Melur. Mereka berbincang tentang masalah pencemaran bauksit di kampung mereka. Ya, tuk. Mereka tidak sepatutnya lempar batu sembunyi tangan. Mereka perlu kita halau. Tuk, sejak perlombongan itu dijalankan, kita hidup bagai berumah di tepi tebing. Masalah pencemaran udara dan tanah semakin teruk. Debu merah memenuhi ruang udara kita. Penduduk kampung terus bersuara. Mereka berani seperti singa. Tuk Ketua dan penduduk kampung akhirnya mencapai kata putus. Mereka melaporkan masalah pencemaran bauksit itu kepada Jabatan Alam Sekitar. Akhirnya, operasi perlombongan bauksit telah dihentikan. Sabar, tuan-tuan. Kita tidak boleh bertindak secara membuta tuli. Kita ada undang-undang yang perlu kita patuhi. Seni Bahasa Bauksit ialah bahan yang menjadi sumber utama aluminium.
92 • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata ganda penuh dan kata ganda separa. • Minta murid melengkapkan cerita. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kelestarian Global 5.2.3(i)(ii) Senggaralah Kenderaan Kata Ganda Penuh dan Kata Ganda Separa Motosikal abang Fahim mengeluarkan asap hitam yang banyak. Motosikal itu juga mengalami kebocoran pada bahagian enjin. Sebagai akibatnya, minyak pelincir motosikal itu menitis keluar lalu mencemari tanah. Selain itu, motosikalnya mengeluarkan bunyi yang terlalu bising. Masalah tersebut menyebabkan pencemaran alam sekitar. Selepas disenggara, semua masalah tersebut dapat diselesaikan. Abang Fahim gembira kerana dia dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pemilik bengkel itu lelaki India. Beliau Dia juga alat-alat jejari skru-skru lelaki motosikal-motosikal pekerja-pekerja Motosikal abang Fahim dibaiki oleh mekanik. Mekanik itu cecair bebenang Abang Fahim pergi ke sebuah bengkel motosikal. Bengkel itu mempunyai alat-alat yang dapat digunakan untuk membaiki kerosakan motosikalnya. Kata ganda penuh terbentuk apabila kata dasar diulang semula. Contoh: buku-buku, daun-daun, kasut-kasut Kata ganda separa terbentuk apabila suku kata pertama pada kata dasar mengalami pengulangan. Contoh: jejantas, kekura, pepohon Kata Ganda Penuh dan Kata Ganda Separa