93 • membuat straw minuman daripada tumbuhan akuatik • mengurangkan penggunaan straw plastik • membawa bekas makanan sendiri untuk membeli makanan di kafeteria • mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas plastik Ceritakan. • Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai. • Minta murid menilai persembahan rakan mereka. KBAT: Mencipta – Mereka Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Kreativiti dan Inovasi 1.3.1 Lawatan ke Kampus Hijau Pada minggu lalu, Fahim dan rakan-rakannya melawat ke Universiti Malaysia Pahang. Program “MyTapau” Projek Straw Mesra Alam landskap – indah – hijau kempen tanam pokok amalan berbasikal melepaskan anak ikan Ceritakan. Tahniah Bagus Cuba Lagi Penilaian Bercerita
94 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat. • Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan. KBAT: Menilai – Memilih Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Rasional 2.2.1 Baca dan berikan keputusan. Bumbung Mesra Alam Ayah Yi Ying mahu mengubah suai bumbung beranda rumahnya. Beliau mahu membina bumbung rumah yang cantik dan selesa. Selain itu, bumbung tersebut mestilah mesra alam. Beliau melayari Internet untuk mencari maklumat tentang bumbung yang sesuai. Bumbung Hijau Bumbung Atap Lalang Bumbung Kaca Bumbung Tanah Liat • Bumbung hijau ialah bumbung yang dilitupi tumbuhan hijau. • Bumbung ini dapat merendahkan suhu, menebat haba di dalam bangunan dan mengindahkan suasana. • Bumbung ini diperbuat daripada atap lalang. • Bumbung ini dapat merendahkan suhu di dalam bangunan dan lebih ringan daripada bumbung biasa. 1 3 2 4 Sekiranya kamu diminta membuat pilihan, bumbung manakah yang akan kamu pilih? Buat pertimbangan dan nyatakan keputusan. • Bumbung ini diperbuat daripada seratus peratus bahan semula jadi, iaitu tanah liat. • Tanah liat merupakan penebat haba dan bunyi yang baik. • Bumbung ini tahan lama dan tidak berkarat. • Bumbung ini diperbuat daripada kaca yang kalis air dan penebat haba yang baik. • Bumbung ini menghasilkan sistem pencahayaan semula jadi kerana membenarkan cahaya matahari menembusinya. Baca dan berikan keputusan.
95 • Bimbing murid mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dilihat dan didengar. • Minta murid melengkapkan peta grafik. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kelestarian Global 3.2.3 Salam sejahtera. Bandar rendah karbon ialah bandar yang masyarakatnya mengamalkan teknologi hijau dan menghasilkan karbon yang rendah. Untuk mewujudkan bandar rendah karbon, pelbagai usaha perlu dilakukan. Penggunaan kenderaan elektrik dan basikal perlu digalakkan bagi mengurangkan pelepasan karbon ke udara. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Laju Massa (MRT). Selain itu, tumbuhan hijau perlu ditanam di semua kawasan sama ada di luar mahupun di dalam bangunan. Tenaga solar pula perlu dijadikan pilihan bagi menjanakan tenaga elektrik. Cara Mewujudkan Bandar Rendah Karbon Buletin Teknologi Hijau Catat maklumat. Bandar Rendah Karbon menggunakan kenderaan elektrik
96 • Bimbing murid melafazkan dan melagukan syair. • Minta murid menyatakan idea keseluruhan syair. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.2.1 Seni Bahasa Peliharalah alam agar lestari, Usah dimusnahkan usah dicemari, Biarkan pohon tegak berdiri, Menghalang terik sinar mentari. Jagalah alam sepanjang masa, Anugerah Tuhan yang Maha Kuasa, Khazanah alam hargai sentiasa, Usah biarkan rosak binasa. Kitar semula kita amalkan, Flora dan fauna usah dikorbankan, Aktiviti pencemaran kita elakkan, Teknologi hijau kita utamakan. Wahai semua rakan sekalian, Marilah kita capai impian, Dalam kehidupan sehari-harian, Cintailah alam pelihara kelestarian. Syair Alam Lestari Syair ini mengisahkan amalan yang perlu dilakukan oleh manusia supaya Imbas Saya Seni Bahasa
97 • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata ganda berentak. • Minta murid melengkapkan cerita dengan kata ganda berentak. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Keberanian 5.2.3(iii) Kata Ganda Berentak 40 Pada suatu hari, Renjer Ali dan rakan-rakannya daripada PERHILITAN menjalankan operasi di hutan belantara. Kawasan itu kaya dengan hidupan liar dan kayu-kayan berharga. Mereka segera melakukan siasatan. Mereka mengintip Mereka cuba melarikan diri. Mereka Semasa melarikan diri, Akhirnya, mereka berjaya ditangkap. Renjer Ali melakukan serbuan. Pemburu haram itu terkejut. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi dentam-dentum. Wira Alam Jangan bergerak. pucat-pasi compang-camping calar-balar gerak-geri dentam-dentum lintang-pukang Kata ganda berentak ialah kata ganda yang kata dasarnya digandakan mengikut rentak bunyi tertentu. Contoh: batu-batan, kelam-kabut, kusut-masai Kata Ganda Berentak 40 tam! tam! tum! PERHILITAN = Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
98 Pemulihan 98 Baca petikan. Kemudian, cari makna perkataan. Keluarga Dalila amat mementingkan penjagaan alam sekitar. Mereka mengamalkan amalan hijau di rumah. Mereka menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Sebagai contoh, mereka menggunakan alat penyaman udara dengan cara yang betul. Mereka memasang alat itu pada suhu yang sederhana. Suhu itu adalah antara 22 darjah Celsius hingga 24 darjahCelsius. Jika cuaca tidak panas, mereka tidak memasang alat itu. Sebaliknya, mereka menggunakan kipas angin atau membuka tingkap . Pemulihan Definisi: lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ∼ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ∼ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ∼ magun a) tingkap pada bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ∼ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ∼ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ∼ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat) tingkap Definisi: keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan dsb) di sesuatu tempat pd ketika tertentu: ilmu kaji ~ pengetahuan ttg keadaan cuaca; kaji cuaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
99 Pengayaan • Hasilkan buku skrap tentang alam sekitar. • Lengkapkan buku skrap tersebut dengan gambar dan maklumat yang berkaitan. • Gunakan kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata majmuk kiasan yang sesuai. Contoh: tasik-tasik, dedaun, gunung-ganang, cuci mata • Berikan cadangan tentang cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contoh: Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap orang yang mencemarkan alam sekitar. Pembelajaran Berasaskan Projek 99 Lakukan aktiviti berikut: dedaun cuci mata gunung-ganang Pengayaan tasik-tasik
100 Pengukuhan Bina dan tulis pendapat. Projek Transformasi Sungai Projek Sungai Nadi Kehidupan bertujuan untuk mentransformasikan lapan batang sungai yang terletak di dalam kawasan Kuala Lumpur. Dalam projek ini, kerja pembersihan sungai dijalankan bagi meningkatkan kualiti air di sungai tersebut. Selain itu, kerja pengindahan sungai turut dijalankan bagi mengembalikan keindahan semula jadi sungai. Nyatakan pendapat kamu tentang Projek Sungai Nadi Kehidupan. Berikan pendapat kamu tentang Projek Kolam Biru. Projek Kolam Biru ialah pelengkap kepada Projek Sungai Nadi Kehidupan. Lokasinya di kawasan pertembungan antara Sungai Klang dengan Sungai Gombak. Projek ini menjadikan kawasan itu sangat indah kerana bermandikan cahaya biru. 100 sebelum sebelum selepas selepas Pengukuhan [Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)]
101 Penilaian Tong Sampah Mesra Alam 101 Gunakanlah tong sampah seperti ini. Tong sampah ini mesra alam. Tong sampah ini dapat mengompos sisa makanan tanpa menggunakan bahan kimia. Kompos yang dihasilkan ini berkualiti tinggi dan amat baik untuk tumbuh-tumbuhan. Kebaikan Tong Sampah Mesra Alam Penilaian Tong sampah ini juga tidak mengeluarkan bau busuk. Oleh sebab itu, pencemaran bau dapat dielakkan. Selain itu, haiwan perosak seperti lalat dan lipas tidak menghurung tong sampah ini. Jadi, kebersihan alam akan terpelihara. Selain itu, terdapat pili kecil pada tong sampah ini. Melalui pili kecil ini, kita dapat mengeluarkan air yang terkumpul di dalam tong sampah dari semasa ke semasa. Air ini dapat dijadikan baja yang menyuburkan tumbuh-tumbuhan. Catat maklumat.
102 • Bimbing murid berbincang tentang gambar. Internet Buku Majalah Televisyen Keistimewaan Pertanian dan Penternakan
103 Berceritalah berdasarkan bahan. Pengusaha Kebun Kelapa Sawit membaja membeli luas jarak • Bimbing murid bercerita dengan berdasarkan bahan. • Minta murid membuat simulasi. • Minta murid lain memberikan bintang tahap bercerita. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Nilai Murni – Kerajinan Berceritalah berdasarkan bahan. 1.3.2 produk Kawan-kawan, mari kita lihat slaid pengalaman saya di kebun kelapa sawit pak cik saya. Semasa saya tiba di situ, saya terkejut. Wah, dihantar 8.5 meter
104 • Bimbing murid membaca teks untuk mendapatkan maklumat. • Minta murid membuat rumusan. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Sains dan Teknologi 2.3.1 Baca dan buat rumusan. Pada cuti sekolah yang lalu, Sarvin pulang ke kampung. Dia teruja untuk melihat beratus-ratus ekor lembu tenusu yang diternak oleh datuknya. Sarvin pun pergi ke ladang. Setibanya di ladang, hati Sarvin hancur luluh kerana banyak lembu diserang penyakit. Lembu-lembu itu kelihatan lemah. Tanpa berlengah, bapa Sarvin telah menelefon Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tidak lama kemudian, doktor veterinar datang untuk mengenal pasti penyakit lembu-lembu itu. Selepas diperiksa, doktor veterinar telah mengesahkan bahawa vitamin yang diberikan kepada lembu-lembu itu terlebih dos. Sebagai akibatnya, sistem pencernaan lembu-lembu itu telah terganggu. Doktor tersebut telah menyuntik vaksin pada lembu-lembu tersebut. Selepas beberapa hari, lembu-lembu itu kembali sihat. Lembu-lembu itu dapat meragut rumput seperti biasa. Sarvin sangat gembira. Hatinya berbisik, “Bolehlah saya memerah susu lembu untuk dijual seperti musim cuti sekolah yang lalu.” Bersyukur Aku Penternak lembu mestilah Baca dan buat rumusan.
105 Doktor Pokok • Minta murid mengimlak teks dan kawannya menulis. KBAT: Mengingat – Menyatakan Strategi PdP: BCB – Mendengar dengan berkesan EMK: Nilai Murni – Rasional 3.2.4 Tulis teks yang diimlakkan. Chan Ho, Fahim, Kishan dan Dalila berbual di dusun datuk Fahim. Mereka berbual tentang pokok-pokok yang tumbuh subur. Fahim memberitahu kawan-kawannya bahawa datuknya selalu mendapatkan nasihat daripada doktor pokok. “Siapakah doktor pokok?” tanya Kishan. Selepas itu, Fahim mula menerangkan bahawa doktor pokok ialah pegawai Jabatan Pertanian. Mereka memberikan khidmat nasihat dan sumbangan kepakaran teknikal dalam bidang pertanian. Mereka juga boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. “Apakah kepakaran doktor pokok?” tanya Chan Ho. “Mereka dapat mengenal pasti masalah tanaman. Selain itu, mereka memberikan khidmat nasihat untuk memastikan buah-buahan berkualiti,” jawab Fahim. “Doktor pokok juga dapat membantu pemilik dusun untuk memasarkan hasil tanaman mereka dengan mudahnya,” kata Fahim lagi. “Oh, begitu! Patutlah buah durian datuk kamu mudah dijual,” kata Dalila. Selepas menikmati durian duri hitam dan durian tembaga, mereka pun pulang ke rumah dengan cerianya. Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Tulis teks yang diimlakkan.
106 • Bimbing murid mendeklamasikan sajak. • Minta murid menjelaskan maksud sajak. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Kewangan – CK1 4.2.2 Seni Bahasa Penternak Tua Itu Penternak tua itu mengayunkan langkahnya tatkala mentari mula bersinar kambing mengembek kandang dibuka gembira nian terlihat kambingnya. Penternak tua itu bijak mencari peluang kreatif mindanya tinja kambing dipungut dikumpul jadi berguni kompos terjadi alam bestari. Penternak tua itu keringat menitis wajah ceria kambing dikira ketahui jumlahnya susu diperah daging dijual sumber rezeki keluarga tercinta pelanggan cari setiap masa. Penternak tua itu malam menjelma laba dihitung tahu belanja tahu menabung duit dimasuk penuh di kantung lama menyimpan banyaklah untung. Nukilan: Cikgu Mat Imbas Saya Maksud Penternak membuka kandang kambingnya pada waktu pagi. _____ _____ _____
107 Murid sekolah itu memilih jenis ikan. Murid itu memilih jenis ikan hiasan. Ayat Tunggal dengan Peluasan Hasil Ternakan Menjanakan Pendapatan Peluasan Subjek Peluasan Subjek Peluasan Predikat Peluasan Predikat Pegawai Perikanan Murid itu melayari Internet. Murid itu memilih jenis ikan. Guru memasukkan tukun. Pegawai itu – memberikan – Murid Tahun 5 Bestari itu melayari Internet. Murid itu sedang melayari Internet. Peluasan Subjek Peluasan Predikat Peluasan Subjek Peluasan Predikat Peluasan Subjek Peluasan Predikat • Amin membaca buku. (Ayat tunggal) • Adik Amin membaca buku. (Ayat tunggal dengan peluasan subjek) • Amin sedang membaca buku. (Ayat tunggal dengan peluasan predikat) Ayat Tunggal dengan Peluasan Tukun menjadi tempat pembiakan dan rumah untuk ikan. tukun • Bimbing murid memahami ayat tunggal. • Minta murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan gambar. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Nilai Murni – Keprihatinan 5.3.1 107
108 • Minta murid memahami maklumat berdasarkan gambar dan frasa. • Minta murid memberikan respons terhadap ujaran. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK4 1.1.2 Keistimewaan Kacang Kudat Gina: Selamat pagi, puan. Kacang goreng ini menjadi kegemaran banyak orang. Bagaimanakah kacang ini ditanam? Puan Lili: Gina: Oh, begitu! Berdasarkan maklumat pada pembungkus itu, kacang ini digoreng dengan pasir laut. Tentu sedap kacang ini. Puan, mengapakah pengusaha kacang menggunakan pasir laut? Puan Lili: Kacang ini digoreng dengan pasir laut agar Gina: Kacang ini diproses secara tradisional? Puan Lili: Betul. Selain itu, kacang ini Gina: Jadi, kacang ini tentu mempunyai protein yang . Puan, berapakah keuntungan hasil jualan kacang goreng ini? Puan Lili: Keuntungan hasil jualannya agak lumayan kerana Pameran Agropertanian Sabah Dengar dan berikan respons. • ditanam secara organik • digoreng dengan pasir laut Kudat yang putih dan bersih agar sedap • diproses secara tradisional • tanpa sebarang bahan pengawet dan perasa tambahan • mengandungi protein yang tinggi dan lemak yang baik untuk menurunkan paras kolesterol
109 Baca dan buat rumusan. Sedapnya Buah Isu Chan Ho dan keluarganya melawat ke Negeri di Bawah Bayu. Dia tertarik akan keistimewaan buah isu yang popular di sana. Tanah di Sarawak dan di Sabah sesuai untuk penanaman pokok isu. Kebanyakan saiz buah isu agak kecil. Buah isu mempunyai ulas yang sedikit kerana saiznya kecil. Buah isu berduri. Duri tersebut dapat menghalang haiwan perosak memakannya. Banyak orang membeli buah ini kerana isinya lembut dan sedap. Pokok isu tumbuh di negeri Sarawak dan Sabah. Pokok ini ditanam bersama-sama dengan pokok durian. Pokok ini selalunya berbuah selepas musim durian. • Murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan grafik. • Minta murid membuat rumusan secara perbincangan. KBAT: Mencipta – Merumus Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Kesyukuran 2.3.1 Bau buah isu tidak seperti aroma durian biasa. Isinya berwarna kuning dan jingga. Buah ini mempunyai tekstur halus dan isinya lebih lembut. Buah isu mempunyai permukaan kulit yang hampir serupa dengan durian biasa. Walau bagaimanapun, durinya lebih panjang dan lebih tirus. Baca dan buat rumusan. Pokok isu ditanam di Sarawak dan di Sabah kerana kesesuaian tanahnya. Bentuk buah isu . Buah isu mempunyai ulas yang . Banyak orang menyukai buah ini kerana
110 Tulis draf dan karangan. Tanaman Herba Dalila terbaca maklumat tentang kebaikan tanaman herba. Tanaman herba tersebut boleh dijual untuk dijadikan bahan perubatan. Oleh itu, dia telah mengajak keluarganya membuat taman herba mini di belakang rumah mereka. Gambar Tulis draf dan karangan. tongkat ali kacip fatimah serai wangi 110 Membeli jaring hitam dan besi kerangka. Bapa Dalila di kedai membeli peralatan yang diperlukan. • memasang • rak besi • jaring hitam • menanam • menyiram • membubuh • mencabut • menjual • memproses • melihat • diproses • dibeli Draf 1 2 3 4 5
111 Hantar Penulisan e-mel Perkara: Taman Herba Mini Saya Salam sejahtera buat Joyce yang berada di Sabah. Apa khabar? Saya hendak bercerita tentang Taman Herba Mini saya. Bapa saya pergi ke kedai untuk membeli peralatan yang diperlukan. Beliau membeli jaring hitam dan kerangka besi. Saya menanam pelbagai jenis pokok herba. Saya menanam pokok kacip fatimah, tongkat ali dan serai wangi. Bapa saya pula menyiram pokok, manakala ibu saya membubuh baja. Akhirnya, saya dan keluarga saya melihat herba itu diproses di kilang. Herba itu dibuat sebagai ubat tradisional dalam bentuk pil. Serai wangi pula dijadikan minyak angin. Produk itu dibeli oleh ibu bapa saya untuk dijual secara sambilan. Sekian, Daripada: Dalila Kepada: Joyce Bapa Dalila pergi ke kedai untuk membeli peralatan yang diperlukan. Beliau membeli jaring hitam dan kerangka besi. Selepas itu, bapa Dalila memasang kerangka besi itu seperti khemah. Dalila dan ibunya pula menyusun rak di bawah khemah itu. Abang Dalila menggunakan tangga untuk memasang jaring hitam. Dalila menanam pelbagai jenis pokok herba. Dia menanam pokok kacip fatimah, tongkat ali dan serai wangi. Bapa Dalila pula menyiram pokok, manakala ibunya membubuh baja. Selepas tanaman itu matang, Dalila dan keluarganya mencabut pokok kacip fatimah. Abangnya pula mencabut pokok tongkat ali, manakala ibunya mencabut pokok serai wangi. Seterusnya, bapanya menjual semua pokok herba itu kepada kawannya yang mempunyai kilang untuk memproses ubat tradisional. Penulisan cerita Penulisan e-mel 111 • Minta murid membina draf berdasarkan gambar. • Minta murid membina karangan cerita. • Minta murid menulis e-mel. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3.3.1
112 4.4.1 & 4.4.2 • Bimbing murid mengenal tulisan Jawi. • Minta murid mempamerkan tulisan Jawi. KBAT: Menganalisis – Membezakan Strategi PdP: BCB – Membaca dengan berkesan EMK: Nilai Murni – Rasional Seni Bahasa Hotel Kucing Chan Ho dan keluarganya akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Chan Ho risau akan keselamatan kucing kesayangannya jika ditinggalkan di rumah. Ibunya memberikan cadangan agar Chan Ho meninggalkan kucingnya di hotel kucing untuk dijaga. Chan Ho melayari Internet untuk mencari maklumat tentang hotel kucing. Dia mendapati bahawa ada sebuah hotel kucing di Jalan Cemerlang. Hotel kucing itu menyediakan ruang permainan kucing dan sangkar yang selesa. Setiap hari, pekerja akan membersihkan kucing dan memberi kucing makan mengikut jadual. Chan Ho berasa lega. Dia tidak perlu risau lagi. Dia yakin bahawa kucingnya akan dijaga dengan baiknya di hotel kucing itu. Seni Bahasa
113 Ayat Majmuk dengan Peluasan • Pekerja itu mengambil sambal belacan. • Pekerja itu memasukkan sambal belacan ke dalam bekas. Pekerja kilang itu mengambil sambal belacan, kemudian memasukkan sambal belacan itu ke dalam bekas. Peluasan Predikat Peluasan Predikat • Zila pengusaha sambal belacan udang. • Aminah pengusaha sambal belacan udang. Puan Aminah dan Puan Zila pengusaha sambal belacan udang. Puan Aminah dan Puan Zila pengusaha sambal belacan udang terkenal. Peluasan Subjek Peluasan Subjek Pekerja kilang itu sedang mengambil sambal belacan, kemudian memasukkan sambal belacan itu ke dalam bekas. Ayat Majmuk dengan Peluasan • Pekerja itu mengambil kotak sambal belacan. • Pemandu menghantar sambal belacan. lelaki lori rak pasar raya • Pemandu itu memandu kenderaan syarikat. 113 • Minta murid mengenal pasti peluasan ayat. • Minta murid membina ayat majmuk dengan peluasan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK4 5.3.1 Pengusaha Sambal Belacan Udang • Asrul memancing ikan dengan menggunakan joran. (Ayat majmuk) • Abang Asrul memancing ikan dengan menggunakan joran. (Ayat majmuk dengan peluasan subjek) • Asrul sedang memancing ikan dengan menggunakan joran baharu. (Ayat majmuk dengan peluasan predikat) • Pekerja itu menyusun kotak sambal belacan.
114 • Bimbing murid memahami maklumat. • Minta murid memberikan respons. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Sains dan Teknologi 1.1.3 Industri Akuakultur • badan bercorak seperti ubi kayu • isinya lembut dan sedap • permintaan tinggi Fahim dan Chan Ho melihat gambar cara menternak ikan ubi. Gambar itu dipamerkan semasa Minggu Pertanian dan Penternakan di sekolah mereka. ikan ubi Fahim: Chan Ho, ikan ubi ini ialah ikan air tawar. Harganya mahal. Pada pendapat kamu, mengapakah harga ikan ini mahal? Chan Ho: Harga ikan ini mahal kerana Fahim: Apakah tujuan paip dimasukkan ke dalam kolam itu? Chan Ho: Oh, ikan ubi suka berehat di dalam lubang paip itu! Paip itu menjadi . Pada pendapat kamu, mengapakah ikan ini dinamai ikan ubi? Fahim: Chan Ho: Ada mesin makanan untuk ikan-ikan ubi. Makanan akan keluar . Ikan ubi akan makan apabila betul-betul lapar. Fahim: Bijak penternak ini. Beliau menggunakan teknologi yang mudah untuk membela ikan ubi. Dengar, tafsir dan berikan respons.
115 Baca dan persembahkan. 40 “Abor, kamu pernah melihat pokok cili yang ditanam dengan cara begini?” tanya Pak Usop. Aku menggelengkan kepala. Aku membelek-belek cili gantung itu kerana teruja melihatnya. Cili itu tergantung dan tidak ditanam di tanah. “Pelik sungguh,” bisik hatiku. Selepas itu, Pak Usop mula bercerita. Beliau menanam cili gantung dengan menggunakan polibeg hitam yang tahan lasak. Beliau menggunakan tangki baja, pam air, pengatur masa dan penapis. Paip pula digunakan untuk membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. “Apakah kebaikan teknologi ini, pak cik?” Aku terus bertanya. “Serangan penyakit akar disebabkan serangga dan penyakit layu yang berpunca daripada tanah dapat dielakkan. Pokok akan tumbuh subur dan hasilnya pula lumayan,” jelas Pak Usop. “Pak cik menjual cili kepada pemborong dengan harga RM10.00 sekilogram,” ujar Pak Usop lagi. “Wah, aku kaya!” jeritku. “Abor! Abor!” Namaku dipanggil. Rupa-rupanya, aku membayangkan diriku sebagai Pak Usop yang dapat mengeluarkan sembilan tan cili. Alangkah banyaknya duit yang akan aku dapat! Aku tersenyum sipu. Eh, Cili Gantung! Baca dan persembahkan. 40 115 • Bimbing murid membaca cerpen. • Minta murid lain menilai persembahan rakan mereka. KBAT: Mencipta – Mengimaginasikan Strategi PdP: KP – Logik-Matematik 2.3.2 EMK: Keusahawanan – EK2 Tahniah Bagus Cuba Lagi Penilaian Bercerita
116 Edit dan murnikan perenggan. Oh, Inilah Bagang! • Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks dalam perenggan. • Minta murid menulis perenggan yang diedit dan dimurnikan. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat rujukan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan Lidim bercuti ke rumah bapa saudaranya. Raven Koupin di Kampung Inderasabah tawau Sabah. Dia teroja kerana dapat menlihat pemandangan kampung yang paling cantik sekali. Setelah sampai Lidim menyambut oleh bapa saudaranya. Lidim terus menanyakan tentang bagang. Bapa saudaranya, pada pukul 1:30 petang, membawa Lidim ke bagang. Bagang itu agak jauh dari tepi pantai. Seterusnya, Lidim membantu bapa saudaranya mengangkatkan generator dan tong gas di atas bagang. Lidim memasang lampu untuk mengheret perhatian ikan bilis daripada dalam laut agar masuk ke dalam jaring. Amboi, banyaknya ikan bilis? kata Lidim. Lidim berasa teruja melihat jumlah ikan bilis yang banyak itu. “Apakah yang kita hendak buat dengan Ikan bilis ini!” tanya Lidim. Nah ambil kuali ini untuk merebus bilis itu. Kata pak cik aku. Akhirnya Ikan bilis itu di bawa pulang untuk dijemur. Lidim bercuti di rumah bapa saudaranya, Raven Koupin di Kampung Inderasabah, Tawau, Sabah. Dia teruja kerana dapat melihat pemandangan kampung yang cantik sekali. Setelah sampai, Lidim disambut oleh bapa saudaranya. Lidim terus bertanya tentang bagang. 3.3.2 Kenal pasti kesalahan. Edit dan murnikan. Edit dan murnikan perenggan.
117 Seloka Pak Tani • Bimbing murid mengubah suai seloka. • Minta murid mempersembahkan seloka. KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Kreativiti dan Inovasi 4.3.1 Seni Bahasa Murid-murid sekalian, mari kita lagukan seloka di bawah bersama-sama. Lagukan seloka tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. Baik, cikgu. Murid-murid, sekarang ubah suai seloka berdasarkan frasa. Kemudian, persembahkan. Hebatnya idea Pak Tani dan disediakan Untuk buat penyiram Mudah sungguh digunakan Jom tebuk penutup botol Paku buat lubang Botol diisi dengan botol dengan ketatnya Maka tercipta inovasi tani Tanah disubur dengan Musim panas pokok tak hidup Pak Tani Imbas Saya (Melodi lagu “Seloka Pak Kaduk”) layu ceria gembiranya alat paku botol air diketuk tutup Hebatnya idea Pak Tani Mesin dan bajak digunakan Untuk pugar sawah yang luas Tidak bazir tenaganya Jom guna kaedah mudah Padi diangkut guna traktor Cepat ditanam dengan mesin Padi tumbuh dengan rapatnya Kini tercipta inovasi tani Guna jentera penuai padi Jimat masa semua petani Cerianya hidup Pak Tani Seni Bahasa Baik, cikgu.
118 • Bimbing murid memahami ayat seruan. • Minta murid membina ayat seruan. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 5.3.2(i) Ayat Seruan Selepas mengucapkan terima kasih kepada pegawai itu, Kavina dan pak ciknya pulang. Kavina tidak sabar-sabar untuk mengetut pokok jambu batu dengan pisau Ino Tut itu. “Amboi, rajinnya anak saudara pak cik ini!” puji pak cik Kavina apabila melihat Kavina cuba mengetut pokok. Tiba-tiba, “Aduh, sakitnya jari saya!” jerit Kavina kerana jarinya terkena selumbar. Pak ciknya berlari ke arah Kavina untuk melihat jari Kavina. “Nah, ambil ubat ini dan sapu!” kata pak ciknya. “Wahai Kavina, kamu patut mengetut pokok dengan pisau inovasi! Pisau inovasi tersebut dicipta oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Pisau itu ialah pisau Ino Tut,” kata pak ciknya sambil membalut jari Kavina. “Pak cik tahu tentang pisau itu?” tanya Kavina. “Eh, tentulah pak cik tahu!” kata pak ciknya. Pada keesokan harinya, Kavina dan pak ciknya pergi ke Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Pisau Ino Tut “Aduh, !” “Amboi, tidak sabar kamu hendak !” “Eh, Kishan !” terkejut Kavina melihat kawannya di situ. “Nah, gunakanlah pisau Ino Tut ini untuk !” kata Kishan sambil tersenyum. Ayat Seruan “Wahai Kavina, saya akan menunjukkan !” kata pegawai pertanian di situ. “Wah, !” kata Kavina kerana proses itu mengambil masa lima minit sahaja. Selain itu, kelaran dahannya sekata. Ayat seruan ialah ayat yang menggunakan kata seru. Contoh: Aduh, sakitnya tanganku! Amboi, hebatnya dia!
119 Pemulihan 119 Aku sejenis pokok buah-buahan. Nama aku pokok anggur Brazil. Aku ditanam di dalam pasu. Pasu itu besar. Aku mempunyai batang. Batang aku keras. Aku berbuah pada batang. Aku akan mengeluarkan buah apabila aku telah matang. Buah aku agak unik. Rasa buah aku seakan-akan anggur biasa. Buah aku berwarna ungu pekat dan kehitaman. Pokok Anggur Brazil Rumusannya, pokok anggur Brazil ini unik kerana berbuah Baca petikan. Kemudian, lengkapkan maklumat dan buat rumusan. Pemulihan Keunikan Pokok Anggur Brazil boleh ditanam di dalam pasu berbatang keras
120 Hasil Ternakan dan Hasil Pertanian Pengayaan Bina dua ayat seruan berdasarkan gambar. Bercerita berdasarkan gambar dan sajak. Baca sajak dengan penuh penghayatan. Nyatakan produk hasil ternakan di negara kita yang memberikan keuntungan. Bina dua ayat tunggal berdasarkan gambar. Mengapakah orang menanam rumput napier dan mengeksport buah durian musang king? Lakukan aktiviti berikut: Permainan di Tangga Sekolah 1. Buat kad nombor 1 hingga 6. 2. Cabut nombor untuk memulakan giliran. 3. Naiki tangga selepas menjawab soalan daripada rakan yang dipilih oleh guru. 4. Ketua kelas akan memberikan markah selepas berjaya melakukan aktiviti. 120 Pengayaan Petani Penternak Petani penternak lelah keringat terik mentari gigih bertani gigih menternak berkat rezeki hidup dirahmati. Petani penternak lelahmu usaha penatmu harapan pengorbananmu kejayaan. Limpah rezekimu mengalir persis air jernih tiada putus dengan syukur kami pahatkan kalungan terima kasih buatmu petani penternak. Nukilan: Cikgu Mat Imbas Saya
121 Bina ayat seruan berdasarkan gambar dan kata seru. 1 2 4 3 5 Cikgu Mei membawa murid-muridnya melawat ke Ekspo Pertanian di Putrajaya. Dalam perjalanan, mereka berhenti di sebuah warung. Kishan berkata, “ !” “ !” kata Lidim kepada kawan-kawannya. “ !” kata Lidim sambil menyedut air kelapa muda itu. “ !” kata penjual itu sambil menghulurkan air kelapa muda kepada Lidim. Selepas Lidim dan kawan-kawannya selesai menikmati air kelapa muda, Cikgu Mei berkata, “ !” Eh Nah Wah Wahai Amboi Pengukuhan
122 • Bersoal jawab tentang gambar dan cara menambah pendapatan.
123 Berikan keputusan. • Bimbing murid bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Keusahawanan – EK2 1.2.1 Mari Berniaga PERSATUAN BAHASA MELAYU Fahim, Kishan, Kamu... … Selamat pagi, Fahim, Kishan. Sekolah kita akan mengadakan Hari Kokurikulum. Saya bercadang untuk mengadakan aktiviti bagi pengunjung yang datang. Baiklah, kawan-kawan. Kita sepakat Saya bercadang Kishan Saya bersetuju dengan cadangan kamu. Kita boleh menggunakan hasil keuntungan untuk menampung aktiviti lawatan sambil belajar persatuan kita. Bayaran: RM5.00 Keperluan: • soalan uji minda tentang ekonomi • alat tulis • hadiah Bayaran: RM10.00 Keperluan: • peralatan tayangan filem • filem yang akan ditayangkan • tiket Chan Ho, Kishan dan Fahim ahli Persatuan Bahasa Melayu. Mereka bercadang untuk mengadakan aktiviti perniagaan semasa Hari Kokurikulum. Cadangan 1: Cadangan 2: Fahim Saya setuju. Lagipun keperluannya hasilnya Kishan Wah, menarik cadangan kamu! Namun begitu, saya rasa kita kerana Berikan keputusan. Fahim Selamat pagi, Chan Ho. Ya, saya fikir kita patut . Kita boleh mengutip bayaran daripada mereka.
124 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid memberikan respons berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat. KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK3 2.1.1 Baca dan berikan respons. Yi Jung sepupu Yi Ying. Dia selalu membantu ibunya menyediakan kuih-muih. Setiap pagi, dia akan membawa kuih itu ke restoran jirannya. Pada sebelah petang, dia mengambil wang jualan lalu memberikan wang itu kepada ibunya. Selain itu, Yi Jung tidak suka membuang masa. Pada hujung minggu, dia akan membantu ibunya berjaja sayur. Banyak pelanggan membeli sayur yang dijual oleh mereka. Sementara itu, Yi Jung juga berusaha mencari pendapatan tambahan untuk menyara keluarganya. Dia menjual barangan lusuh. Dia akan mengumpulkan barangan lusuh sebelum menjualnya kepada pembeli. Dia menyimpan wang hasil jualan itu di bank. Walaupun sibuk dengan perniagaan, Yi Jung tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Akhirnya, Yi Jung berjaya mendapat ijazah dalam bidang ekonomi. Kini, dia ahli perniagaan yang berjaya. Respons Kita mestilah sentiasa membantu keluarga sebagai tanda menghargai jasa mereka. Maklumat Tersurat Dia selalu membantu ibunya menyediakan kuih-muih. Maklumat Tersirat Dia ingin meringankan beban ibunya. Usaha Gigih Baca dan berikan respons.
125 • Bimbing murid membina ayat daripada bahan multimedia. • Minta murid menulis ayat dengan betulnya. KBAT: Menilai – Menilai Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK1 3.2.1 Bina dan tulis pendapat. Hasil Usaha Kakakku Kawan-kawan, lihatlah Facebook kakak saya. Dia menjual kraf tangan yang dibuatnya. Apakah pendapat kalian tentang kraf tangan yang dibuat oleh kakak saya? Wah, cantiknya! Pada pendapat saya, kakak kamu . Semua kraf tangan Saya bersetuju dengan pendapat Chan Ho. Fahim, pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan kraf tangan yang dijualnya laris? Pada pendapat saya, kerana Fahim Chan Ho Kishan Yi Ying mengemas kini barang jualan harga murah Kishan bercerita tentang kakaknya yang menjual pelbagai kraf tangan secara dalam talian. Jaringan sosial rakannya sangat luas. Bina dan tulis pendapat. Apakah cara lain yang sesuai untuk memasarkan barang jualan selain memasarkannya dalam laman maya? Jelaskan.
126 • Bimbing murid mengubah suai cerita berdasarkan watak, lokasi dan gambar. • Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Mereka Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Keusahawanan – EK1 4.3.2 Berniaga Amalan Mulia Seawal subuh, ketika suasana hening di desa, Pak Dini telah menyediakan nasi lemak dan mi goreng. Isterinya pula tekun membuat pelbagai jenis kuih tradisional. Mereka bekerja bagai lipas kudung walaupun telah berusia. Selepas itu, mereka bergegas ke warung. Tanpa berlengah, mereka menyediakan tiga balang air untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan mereka. Sebaik-baik sahaja warung dibuka, pelanggan datang berduyun-duyun. Tidak menang tangan mereka melayani pelanggan. Kebanyakan pelanggan mereka orang tempatan. Semasa berniaga, senyuman sentiasa terukir pada wajah mereka. Mereka peramah dan bersopan santun juga. Mereka bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah putus. Rezeki itu juga dikongsikan dengan orang yang memerlukannya. Sebelum pulang, mereka menyediakan makanan untuk penghuni rumah anak yatim. Itulah rutin harian Pak Dini dan isterinya bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Seni Bahasa Encik Azli peniaga restoran. Dia berniaga di bandar. – sambutan baik – pelanggan – pelancong asing – sering mengukir senyuman – enak – popular – harga berpatutan – bersyukur – rezeki mencurah-curah – sebelum pulang – membersihkan – awal pagi – bersiap sedia – makanan – roti canai, nasi lemak
127 Puan, semua kek dan roti ini enak. Terima kasih saya ucapkan kerana membeli kek di kedai ini, puan. Puan, ini kad perniagaan saya. Adik, itu kotak keknya. • Bimbing murid memahami ayat perintah. • Minta murid membina ayat perintah. KBAT: Menilai – Mentafsir Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Keusahawanan – EK5 5.3.2 (ii) Yi Ying dan ibunya hendak membeli kek di Kedai Kek Murni. Kedai Kek Murni Ayat Perintah Mari puan, mari adik. Sila masuk ke kedai kek ini. Ambilkan saya kek coklat itu. Pastikan tarikh luputnya belum tamat, ya. Ayat Silaan Ayat Permintaan Ayat Suruhan Jangan bimbang, puan. Semua kek, roti dan biskut ini masih baharu. Ayat Larangan sila harap tolong minta Ayat perintah diucapkan dengan tujuan untuk memberikan perintah, menyatakan keinginan, harapan atau larangan untuk melakukan sesuatu. Contoh: (a) Tolong simpan wang ini. (c) Sila rasa kek ini. (Ayat permintaan) (Ayat silaan) (b) Usah ambil kek itu. (d) Berikan wang baki ini kepadanya. (Ayat larangan) (Ayat suruhan) Ayat Perintah
128 • Bimbing murid bertutur untuk menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menganalisis – Melakonkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Keusahawanan – EK4 1.2.2 Rempah-ratus Puan Nema Chan Ho: Kawan-kawan, lihatlah maklumat yang saya peroleh ini. Pada pendapat kamu, mengapakah Puan Nema memasarkan rempah-ratus jenama sendiri? Kishan: Pada pendapat saya, beliau memasarkan rempah-ratus jenama sendiri kerana keuntungan menjadi miliknya sahaja tanpa melibatkan orang tengah. Fahim: Benar, Kishan. Wajarkah beliau menjual pelbagai jenis rempah? Mengapa? Kishan: Chan Ho: Jualan rempah giling . Mengapa? Fahim: Kishan: Bagaimanakah pembungkusan produk keluaran beliau? Chan Ho: Fahim: Kawan-kawan, jika kita ingin berjaya, kita mestilah Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat Huraikan maklumat. Usahawan rempahratus berjaya • memasarkan rempah-ratus jenama sendiri • memastikan kualiti keluaran • menjual pelbagai jenis rempah
129 Usahawan Muda Muhammad Arif Tukiman • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik. • Minta murid mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk EMK: Keusahawanan – EK1 2.1.2 Baca dan cari makna. Lidim: Salam sejahtera, Encik Muhammad Arif Tukiman. Apa khabar, encik? Encik Arif: Salam sejahtera. Khabar baik. Lidim: Saya Lidim, wakil buletin SJKC Taman Sejahtera. Sejak bilakah encik berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan terbabit dalam bidang multimedia? Encik Arif: Saya mula berniaga ketika berusia 10 tahun. Ketika itu, saya membantu ayah menjual cakoi. Semasa di Universiti Teknologi Malaysia, saya menawarkan khidmat membuat laman sesawang, rekaan grafik dan mencetak kemeja-T. Selepas tamat pengajian pada tahun 2014, saya dan rakan menubuhkan Cool Code Sdn. Bhd.. Ketika itu, kami menumpukan aktiviti berkaitan dengan animasi, aplikasi telefon bimbit dan aplikasi laman sesawang. Kemudian, kami mula membina syarikat panel kawalan pusat yang memantau aplikasi sesawang dari 100 buah negara di seluruh dunia. Lidim: Bolehkah encik berkongsi rahsia kejayaan? Encik Arif: Boleh, Lidim. Kita mestilah berfikiran positif dan menerima teguran agar dapat memperbaik kekurangan produk yang kita hasilkan. Lidim: Apakah nasihat encik kepada usahawan muda kita? Encik Arif: Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kerana usaha tangga kejayaan. Kita juga perlu tabah menghadapi segala cabaran. Setelah berjaya, kita hendaklah bersikap murah hati untuk membantu golongan yang memerlukan. Lidim: Terima kasih, encik. Saya berharap semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kami semua. Encik Arif: Sama-sama. Baca dan cari makna. Definisi : kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
130 • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan. • Minta murid menulis jawapan. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK1 3.2.2 Perusahaan Pakaian Sukan Datuk Yi Ying Yi Ying ke galeri jualan datuknya. Ketika itu, datuknya sedang mengadakan jualan murah. Pakaian sukan diberikan diskaun hingga 50 peratus. Banyak pelanggan ke galeri jualan itu. Pada masa yang sama, terdapat usahawan dari luar negara yang berminat untuk berurus niaga dengan datuk Yi Ying. Mereka menempah pakaian sukan daripada datuk Yi Ying untuk dipasarkan di luar negara. Mengapakah usahawan dari luar negara membuat tawaran kepada datuk Yi Ying untuk menyiapkan pakaian sukan? Mengapakah datuk Yi Ying mengadakan jualan murah di galeri jualannya? Banyak pelanggan membeli pakaian sukan di galeri jualan datuk Yi Ying. Jelaskan. Nyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh datuk Yi Ying untuk menyiapkan pesanan pelanggannya. Berikan alasan. 1 2 3 4 Tulis jawapan dan alasan.
131 Seni Bahasa • Bimbing murid mengubah suai seni kata lagu dengan menggantikan perkataan berwarna merah. • Minta murid mempersembahkan lagu dengan gaya yang kreatif. KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK1 4.3.3 Usahawan Berjaya Kishan, mari kita ubah suai lagu ini. Bagus cadangan kamu, Chan Ho. Usahawan berjaya Cekal berusaha Impian yang mulia Sematkan di jiwa Wahai teman semua Ketika berjaya Berbaktilah kepada keluarga Peniaga berjasa Tabah berniaga Amalan yang mulia Suburkan di minda Wahai kawan semua Apabila berjaya Berbudilah kepada keluarga (korus) Usahawan berjaya Tidak rasa gundah Capai cita-cita Tidak leka Mari kita semua Saling kerjasama Majukan negara Hidup ria Usahawan berjaya Cekal berusaha Impian yang mulia Sematkan di jiwa Wahai teman semua Ketika berjaya Berbaktilah kepada keluarga (ulang korus) (Melodi lagu “Hidup Berbakti”) Imbas Saya Seni Bahasa
132 • Bimbing murid memahami penggunaan ayat aktif dan ayat pasif. • Minta murid membina ayat aktif dan ayat pasif. KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Keusahawanan – EK4 5.3.3 Kopi Buana Ayat Aktif Ayah Lidim mengusahakan perniagaan kopi. Ayat Pasif Perniagaan kopi diusahakan oleh ayah Lidim. Dahulu, ayah menggunakan lesung kaki untuk membuat serbuk kopi. Biji kopi pula diambil dari ladang ayah di Muar. Kopi dihasilkan oleh ayah dengan menggunakan biji kopi yang terbaik sahaja. Ayah kopi dengan menggunakan biji kopi yang terbaik sahaja. Ayah Lidim menamai kopi itu Kopi Buana. Kopi itu Banyak orang menggemari Kopi Buana. Kopi Buana Kopi Buana dieksport oleh beliau ke Singapura dan ke Indonesia. Beliau Kini, beliau memproses kopi dengan menggunakan mesin. Kini, kopi oleh dengan menggunakan mesin. Ayat aktif mengutamakan pelaku sebagai subjek dan mengandungi kata kerja aktif transitif. Contoh: Saya membeli Kopi Buana. Ayat pasif mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja pasif. Contoh: • Kopi Buana saya beli. • Kopi itu diminum oleh beliau. Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1 2 3 4 5
133 • Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan bahan grafik dan teks dialog. • Minta murid melakonkan dialog secara simulasi. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Kewangan – CK4 1.2.3 Simpanan Menjamin Masa Depan Abor dan ayahnya ke Balai Raya Taman Sejahtera. Ayahnya mahu menambah pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Semasa di sana, Abor dan ayahnya terserempak dengan bapa Yi Ying dan bapa Kishan. Mereka sedang mendengar taklimat tentang pelaburan Amanah Saham Wawasan 3 daripada Unit Bergerak Amanah Saham Nasional Berhad. ASNB AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD KAUNTER UNIT BERGERAK ASNB @TAMAN SEJAHTERA KELEBIHAN • Pelaburan yang selamat • Merancang masa depan anda • Mengurus kewangan dengan baiknya • Memupuk disiplin dalam perancangan kewangan Warganegara Malaysia yang lahir dari 1 Januari 20 hingga kini diberi insentif Unit Amanah percuma berjumlah RM200.00 sebagai dana tabungan permulaan untuk bayi anda. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 5 Ogos 20 (Khamis) 9:00 pagi – 2:30 petang Balai Raya Taman Sejahtera Tambah pelaburan Semak baki Urus pelaburan anak-anak Daftar akaun baharu Temui Unit Bergerak ASNB Bersoal jawablah dan berikan idea. Ketika menunggu ayahnya, Abor membaca gegantung di balai raya. Abor: Ayah, mengapakah kita ke kaunter Unit Bergerak ASNB ini? Encik Ensut: Kita ke sini untuk mendapatkan maklumat tentang Abor: Bolehkah Abor membuka akaun ASB? Encik Ensut: Boleh, Abor. Mengapakah Abor hendak Abor: Abor juga hendak menyimpan wang dalam kerana Encik Ensut: Ayah juga hendak membuka akaun ASB untuk adik kamu yang baru lahir bulan lepas demi masa depannya. Abor: Saya setuju, ayah. Pada pendapat saya,
134 • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat. • Minta murid membuat pertimbangan dan keputusan. KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Kewangan – CK3 2.2.1 Kepentingan Harga Seunit Barang Bil:21 I MS24 Pembeli boleh membeli barangan secara seunit atau pukal di pasar raya. Hal ini dikatakan demikian kerana pasar raya menjual pelbagai jenis produk dengan jenama dan saiz berbeza. Setiap pembeli perlu bijak merancang pembelian. Pembeli perlu membandingkan harga tanpa terpengaruh dengan tawaran harga pukal. Mereka boleh membuat pilihan sama ada mahu membeli satu barangan atau membeli secara pukal. Walau bagaimanapun, terdapat pembeli yang membeli seunit barangan sahaja. Pembelian sebegini dapat membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan. Mereka hanya perlu membeli barangan yang menawarkan harga yang terbaik. Mereka tidak akan berbelanja secara berlebihan dengan membeli barangan secara pukal. MAJALAH PENGGUNA Jenama Sardin A (24 tin) Jenama Sardin B (24 tin) Kacang Hijau A (24 tin) Kacang Hijau B (24 tin) Sardin B Harga Seunit Barangan Promosi sehingga 23/11/20 Jualan secara Pukal RM5.90 RM154.90 RM132.00 RM30.00 RM30.00 RM2.90 RM6.50 RM2.50 Kacang Hijau A Kacang Hijau B BANDINGKAN HARGA KAMI Jmart Sardin A Baca dan berikan maklumat. 1. Apakah yang perlu kamu lakukan sebelum membeli barangan di pasar raya? 2. Nyatakan pilihan sama ada kamu hendak membeli barangan secara pukal atau seunit barang di pasar raya. Jelaskan kelebihan dan kekurangannya.
135 • Bimbing murid mengenal pasti maklumat. • Minta murid mencatat maklumat ke dalam peta alir. KBAT: Menganalisis – Memaparkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kewangan – CK3 3.2.3 Catat maklumat. Semasa di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, mereka ke Galeri Kanak-kanak. Di galeri ini, mereka mendapat ilmu tentang pengurusan kewangan melalui konsep “Simpan, Belanja dan Kongsi”. Mereka juga diajar tentang cara menyimpan dan mengeluarkan wang di Mesin Teler Automatik (ATM). Selain itu, mereka diberi maklumat tentang risiko menyimpan wang di rumah. Mereka juga diajar tentang cara berbelanja mengikut keperluan. Pada hari Sabtu, 16 Oktober 20 , murid Tahun 5 Zamrud melawat ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid mempelajari sejarah mata wang negara kita. Selain itu, mereka juga dapat belajar tentang cara pengurusan wang yang baik. Catat maklumat. Kemudian, mereka ke Galeri Numismatik untuk mengenali mata wang yang dikeluarkan oleh kerajaan kesultanan Melayu dan negara luar seperti China dan Eropah. Di sini, mereka dapat melihat pelbagai bentuk mata wang yang unik. Ada mata wang yang berbentuk gajah, ayam, belalang dan jongkong timah. Mereka juga berpeluang bermain “Permainan Sistem Barter”. Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa menggunakan wang yang diamalkan oleh masyarakat pada masa dahulu. Selain itu, mereka diberi penerangan tentang ciri-ciri keselamatan pada wang kertas Malaysia. Lawatan ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia Galeri Kanak-kanak Galeri Numismatik Galeri Numismatik Tempat Tarikh Tujuan Lawatan Galeri Kanak-kanak
136 Seni Bahasa • Bimbing murid mengenal tulisan Jawi. • Minta murid mempamerkan tulisan Jawi. KBAT: Menganalisis – Membezakan Strategi PdP: BCB – Membaca dengan berkesan EMK: Nilai Murni – Rasional 4.4.1 & 4.4.2 Gina menemani ibunya ke majlis pembukaan kedai dobi kawan ibunya, Mak Cik Suria. Kedai Dobi Wah, besarnya kedai dobi ini, ibu! Seni Bahasa Terima kasih, ibu kerana menjelaskannya kepada saya. Oh, begitu! Ibu, apakah tulisan yang terdapat pada papan tanda itu? Oh, tulisan pada papan tanda itu ialah tulisan Jawi! Perkataan itu ialah “kedai dobi”. Ya, Gina. Akhirnya, Mak Cik Suria berjaya mencapai impiannya untuk membuka sebuah kedai dobi. Pada mulanya, beliau hanya berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan. Hasil jualan yang diperoleh itu disimpan di bank. Benar, Gina. Selain itu, Mak Cik Suria juga membuat pelaburan dengan menggunakan duit simpanannya. Keuntungan daripada pelaburan itu digunakan sebagai modal untuk membuka kedai dobinya. Wah, bagusnya tindakan Mak Cik Suria!
137 • Bimbing murid mengenal pasti ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. • Minta murid menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang dan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kewangan – CK4 5.3.4 Pandai Membeli Bijak Menjual Ayah Kishan ingin menukar mata wang Australia (AUD). Ingin menukar mata wang Australia (AUD) ayah Kishan. Kishan: Mengapakah ayah hendak menukarkan mata wang Australia (AUD) kepada Ringgit Malaysia (RM)? Encik Subra: Ayah telah lama menyimpan wang tersebut. Jika menukarkannya sekarang, ayah akan untung. Dengan keuntungan itu, ayah dapat menambah simpanan wang kamu. Kishan: Terima kasih, ayah. Berapakah nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan Dolar Australia (AUD) sekarang, ayah? Encik Subra: Jika ayah menjual satu Dolar Australia (AUD), ayah akan mendapat RM2.80. Semasa ayah membeli Dolar Australia (AUD) dahulu, ayah hanya membayar RM2.50 untuk AUD $1.00. Ayah mendapat untung sebanyak 30 sen bagi setiap Dolar Australia tersebut. Kishan: Wah, kita akan mendapat untung jika bijak melabur dengan cara ini! Encik Subra: Benar, Kishan. Encik Subra Ke kaunter pengurup wang ke kaunter pengurup wang. Encik Subra. Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang. Contoh: Ayah Kishan telah menyimpan wang di bank. Ayat susunan songsang ialah ayat susunan biasa yang disongsangkan, iaitu predikat mendahului subjek. Contoh: Telah menyimpan wang di bank ayah Kishan. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang Ayat Susunan Songsang Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang
138 Pemulihan A. Baca dan cari makna perkataan yang berwarna merah. Raju bapa saudara Kishan. Dia orang kurang upaya. Dia lumpuh. Dia cuba mencari pekerjaan tetapi gagal. Walau bagaimanapun, jiwanya kental. Dia tidak putus asa. Dia bertekad untuk berniaga. Bapa Kishan memberikan bantuan dana kepadanya. Raju mula menjual ikan dengan modal yang ada. Dia membelinya daripada nelayan. Dia tetap cekal biarpun terpaksa berulang-alik dengan motosikal. Jualannya laris. Selepas beberapa lama, perniagaannya semakin kukuh. Dia mula menjadi pemborong hasil laut. Oleh sebab dia tekun dan amanah, perniagaannya semakin maju. Walaupun berjaya, Raju tidak pernah mengabaikan kebajikan keluarga. Dia juga membantu golongan kurang upaya berniaga. 138 Pemulihan amanah kental gagal laris dana cekal tekun kukuh tidak berjaya Definisi : tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. Kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagal Definisi : tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak Tesaurus berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. Kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~ nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
139 Bermain Dam Ular Bina ayat Perintah. Sila ... . 1 2 5 25 1. Pemain yang mendapat angka terbanyak semasa membaling dadu akan memulakan permainan. Pemain akan bergerak mengikut petak pada papan dam ular. 2. Pemain perlu membina ayat jika berada di petak yang memerlukan mereka membina ayat. 3. Jika pemain berada di petak mulut ular, pemain perlu undur ke petak ekor ular dan hilang giliran membaling dadu. 4. Pemain yang berada di petak kosong akan hilang giliran membaling dadu. 5. Pemenang ditentukan apabila pemain berhenti di petak tamat. Panduan Pengayaan 4 Bina ayat pasif. Saya menyimpan wang. 3 6 Bina ayat susunan songsang. Fahim menjual lukisan. 7 Berbelanja di pasar ibu. 8 9 Bina ayat pasif. Hadiah ... . 11 10 Bina ayat perintah. 12 14 Ramli membeli kereta mewah. 15 16 17 18 19 20 Bina ayat susunan biasa. Menjual kek di kedai kakak. 21 22 Bina ayat aktif. Kereta Ah Kow dibaiki. 26 13 27 Bina ayat perintah. Bayar saman di balai polis. 28 23 Bina ayat aktif. Bumbung rumah 30 Gina rosak. 31 32 TAMAT Bina ayat aktif. Ke Jepun mereka melancong. 24 29 139
140 http://ww http://wwww.anjungilmuamalanbahasamelayu.com .makananlautkartina.com LAMAN UTAMA AKTIVITI USAHAWAN VIDEO ARTIKEL MOTIVASI HUBUNGI Alamat e-mel Hantar Pengukuhan Jawab soalan dan catat maklumat. Lidim dan keluarganya menziarahi mak ciknya, Puan Kartina, di Kota Kinabalu. Lidim kagum akan kejayaan mak ciknya. Lidim bertanya tentang kejayaan mak ciknya yang menjadi usahawan makanan laut terkenal. Mak Cik Kartina tersenyum. Beliau menunjukkan blognya. Dalam blog itu, terdapat gambar kegiatan perniagaan beliau. 1. Pada pendapat kamu, wajarkah Puan Kartina meluaskan perniagaannya ke luar negara? Jelaskan. 2. Lengkapkan peta pokok tentang faktor kejayaan Puan Kartina. 140 Makanan laut yang dijual oleh Puan Kartina sememangnya sedap. Faktor Kejayaan Puan Kartina Puan Kartina membuat pembungkusan makanan laut yang telah diproses dengan bungkusan yang kemas dan cantik. Harga makanan laut yang dijualnya murah dan berkualiti. Tentang Saya Pengikut Lihat profil lengkap saya Pengikut (11) Ikuti Puan Kartina membeli makanan laut yang segar seperti ketam, udang dan ikan daripada nelayan. Pengukuhan
141 A. Bina ayat berdasarkan gambar. B. Tulis maklumat lengkap berdasarkan grafik. Penilaian Ayat Aktif Ayat Aktif Ayat Aktif 141 Ayat Perintah Sila Ayat Perintah Ayat Perintah Kishan Memberi Kishan Ayat Susunan Songsang Ayat Susunan Songsang Ayat Susunan Songsang Ayat Pasif Ayat Pasif Ayat Pasif Minta Wang perbelanjaan Tadi, Syabas, Kishan! Terima kasih, ibu. Langkah Berjimat Cermat ketika Berbelanja Penilaian Encik Subra memberi Kishan buku wang saku. Kishan mencatat wang perbelanjaan harian tadi. Ibu
142 • Minta murid berbincang tentang gurindam dan gambar. Andai mahu menambah ilmu, Terokai sains usahlah jemu. Apabila teknologi diutamakan, Banyak tugas dapat diselesaikan. alat pengesan bakat atlet 156 Edit dan murnikan perenggan. • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. • Minta murid mengedit dan memurnikan ayat dalam perenggan. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat rujukan EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.3.2 Inovasi untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan Pada tahun 2015, Institut Teknologi di Amerika telah mencipta Finger Reader. Alat ini mereka dicipta untuk orang kurang upaya penglihatan. Alat ini, seperti sebentok cincin dipakai di jari telunjok. Jari boleh gerakkan pada ayat yang ingin dibaca. Mereka juga boleh membaca dengan menggunakan talifon pintar. Seterusnya, alat ini melengkapkan kamera dan audio. Kamera akan terimbas ayat yang ditunjuk oleh jari. Setiap ayat yang mengimbas akan bertukar dalam bentuk suara. Mereka akan dapat mendengar tiap perkataan bila jari digerakkan pada baris ayat di buku. Selain itu, alat ini dapat dibawa oleh orang buta bawa ke mana sahaja kerana saiz alat ini kecil. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas juga lancar. Guru hanya menerangkan tentang isi pelajaran tanpa membacakannya. Hal ini berlaku kerana, murid boleh membaca sendiri dengan menggunakan alat ini. Jelaslah, alat ini boleh murid kurang upaya penglihatan membantu baca dengan mudah. Mereka dapat baca pelbagai-bagai jenis bahan. Kini bahan bacaan mereka tidak terhad lagi kepada tulisan braille. Bahan dan sumber bacaan mereka kini semakin bertambah dan luas. Edit dan murnikan perenggan. Kalau bijak berinovasi, Banyak masalah dapat diatasi. Jika kreativiti ditingkatkan, Ciptaan kreatif dapat dihasilkan.