KAJIAN TINDAKAN SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN JITRA,KEDAH 2023 Disediakan Oleh : SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN EDUCATION TOWARDS EXCELLENCE
K A N D U N G A N J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S U L T A N A H M A D T A J U D D I N J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S A T 2 0 2 3 @ S K S U L T A N A H M A D T A J U D D I N Hak Cipta terpelihara.Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,disimpan untuk pengeluaran atau diterbitkan ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,sama ada dengan cara elektronik,gambar,serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit DITERBITKAN OLEH S K S U L T A N A H M A D T A J U D D I N 0 6 0 0 0 , J I T R A , K E D A H
K A N D U N G A N I. PRAKATA GURU BESAR i 1 15 II. KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH ”DaPiJa” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 FIRDAUS AMIRAH BINTI ABD LATIFF, SALHANI BINTI ABD LATIFF,NAIMAH BINTI SAID MENDORONG MOTIVASI BELAJAR MURID MELALUI TEKNIK NABI MUHAMMAD S.A.W : KAJIAN IMPLEMENTASI PDPC PENDIDIKAN ISLAM SITI KHAIRIAH BINTI PARMIN, NUR AFIDA BINTI ZAKARIA TEKNIK 4R – MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RESPONS, RUMUSAN DAN RAMALAN BERPANDUKAN MAKLUMAT TERSURAT DAN MAKLUMAT TERSIRAT ROSNANI BINTI KAMIS,SAKINAH BINTI OTHMAN USING PUNCTUATION STICKS AND STICKERS TO IMPROVE PUNCTUATION SKILL FATINNUR ZAHRINA BINTI IBRAHIM, VIGNESWARY A/P M. RAMACHANDARAMURTHY, ROSMINI BINTI SABU TERAPI NYANYIAN DAPAT MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID MASALAH PERTUTURAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF CHE NUR HAZWANI BINTI CHE WIL @ ISMAIL,KHAIRUNNISA BINTI NURDIN,ROS AZLINA BINTI MAT AJI,NOR AZIANA BINTI AZIZAN,ROSHAYATI BINTI YAHAYA MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS MURID TAHUN 1 SEROJA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “VIP” DAN “TWINKLE STARS CHART” NUR SYARINA BINTI SHUIB, NORMAH BINTI MUSA MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGECAMAN HURUF HIJAIYAH MELALUI KAEDAH LaMa DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH NOOR AZLIANA BINTI MAT ISA J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S A T 2 0 2 3 J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S U L T A N A H M A D T A J U D D I N 26 36 46 56 65
K A N D U N G A N 76 87 II. KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH MURID TAHUN 5 WAN ZALEHA BINTI WAN HASHIM, NAJWA BINTI KHAZALI, NORHAYATI BINTI JAMBARI “KAEDAH BERASASKAN PROJEK”: MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN SIRAH SHARIFAH NURASHIKIN SAIYED ABDULLAH, SALMAH SUDIN, SITI ASIAH ZAKARIYA PROGRAM ‘SI CILIK BAHASA’ KEBERKESANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 SYAMIZA BINTI IBRAHIM AMIR, NOR AZIZAN BINTI MUDA, MAHANI BINTI YAHAYA “PENGGUNAAN AKRONIM BAGI MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 4 TERHADAP EMPAT TAHAP ZAMAN PRASEJARAH. MAT ROSDI BIN MAT ISA, NORHAZIEYATI BINTI HASHIM, KHOLIJAH BINTI DON KEMAHIRAN MEMANIPULASIKAN RUANG DALAM LAKARAN SITI AISHAH BINTI ABDULLAH, SITI MARIAM BINTI IBRAHIM, NORLIZA BINTI SAMSUDIN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA TERBUKA KV+KV DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PRASEKOLAH DENGAN KAEDAH PINTAR LKS ZAIDA BINTI ROMLI SIFAR PONTENG MELALUI PROGRAM BREAKOUT DAN SOLUSINYA UMI KALSOM BINTI MAHADI, ISHAFINAZ BINTI ISMAIL “SHAPE BOARD”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MELUKIS BENTUK ASAS PSV Noorazlin Zainol J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S A T 2 0 2 3 J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S U L T A N A H M A D T A J U D D I N 99 110 120 131 142 152
K A N D U N G A N 161 172 II. KAJIAN TINDAKAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KOSA KATA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN MORAL. Md Zahir bin Ishak Yusnita binti Nanyan MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGIRAAN BAHAGI DALAM BENTUK LAZIM MENGGUNAKAN KAEDAH SMART TAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Noor Hiaza Binti Hussain, Rasdah Binti Abd Wahab, Hasna Binti Md Noh CELIK NOTASI – MENGINGAT NAMA, LAMBANG DAN NILAI NOTASI MUZIK MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN Mazlan Bin Ismail J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S A T 2 0 2 3 J U R N A L K A J I A N T I N D A K A N S K S U L T A N A H M A D T A J U D D I N 182
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan atas limpahan kuriniaNya, Jurnal Kajian Tindakan SK Sultan Ahmad Tajuddin telah disempurnakan pada waktu yang telah ditetapkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru budiman yang berjiwa besar bertungkus lumus menyiapkan kajian tindakan SK Sultan Ahmad Tajuddin ini. Sebagai seorang ketua di sekolah, saya amat bangga dan menghargai segala usaha, kesungguhan dan pengorbanan yang dihadapi sepanjang persiapan kajian ini dilaksanakan. Sukar untuk digambarkan bagaimana guru-guru dapat menyiapkan kajian masing-masing di dalam cabaran dan komitmen tugasan sekolah yang sangat banyak. Sudah pasti guru-guru memerlukan disiplin yang tinggi, semangat keilmuan yang mendalam dan keazaman yang jitu. Pelaksanaan Jurnal Kajian Tindakan SK Sultan Ahmad Tajuddin sebagai sekolah showcase, secara tidak langsung adalah satu usaha untuk merekayasa nilai penghayatan ilmu di kalangan guru bagi meningkatkan profesionalisma dan integriti keguruan di sekolah. Peluang ini seterusnya dijadikan tambatan kepada guru untuk membina suasana kerja yang kondusif, harmoni lagi produktif melalui pengajaran dan ibrah yang diperolehi daripada hasil kajian yang dijalankan. Guru akan sentiasa terus membudayakan kematangan dalam menyelesaikan masalah dan kekurangan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta menjana idea yang lebih bernas untuk kemajuan sekolah. Semoga dengan terhasilnya Jurnal Kajian Tindakan SK Sultan Ahmad Tajuddin 2023 ini akan dapat dijadikan rujukan masakini dan akan datang. ENCIK BASRI BIN YUSOF GURU BESAR SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN, JITRA KEDAH Prakata Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin i
1 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH ”DaPiJa” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 FIRDAUS AMIRAH BINTI ABD LATIFF, SALHANI BINTI ABD LATIFF, NAIMAH BINTI SAID SK Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah.Melalui metod kualitatif pengkaji menggunakan instrumen temubual, ujian pra dan ujian pos, dan pemerhatian. Manakala metod kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.Seramai 10 orang murid telah terpilih sebagai responden. Responden akan diperkenalkan dengan penggunaan “DaPiJa” sebagai salah satu alternatif kepada penyelesaian masalah menyambung huruf jawi tunggal.Hasil dapatan kajian memberikan petunjuk yang positif dan memberangsangkan.Secara keseluruhannya, kajian mendapati keberkesanan pelaksanaan DaPiJa memberi satu cara mudah untuk mempelajari kaedah menyambung huruf jawi tunggal. Namun terdapat beberapa elemen dari sudut input dan proses perlu ditambahbaik bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran jawi di sekolah rendah. Kata Kunci : Kaedah “DaPiJa”, kemahiran menyambung huruf jawi,pendidikan islam 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Kajian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati murid di dalam kelas 1 Kenanga yang telah mengikuti sesi pdp berkaitan tajuk “Gembira Bersama Dengan Rakan “ iaitu di bawah bidang jawi, murid agak lemah dalam menyambung huruf - huruf jawi tunggal.Pengkaji mendapati bahawa murid lemah di dalam penguasaan menulis Jawi, khususnya menyambung hurufhuruf Jawi tunggal, sedangkan kemahiran menyambung hurufJawi tunggal adalah antara kemahiran asas. Pengkaji sering memberi latihan yang berkaitan dengan menyambung huruf tunggal Jawi dalam proses memberi pendedahan dan latih tubi bagi kemahiran menulis Jawi kepada murid. Walaubagaimanapun, murid merasa bosan apabila pengkaji meminta murid membuat latihan menyambung huruf, dan seringkali tidak menghantar latihan yang diberikan oleh guru, dengan alasan latihan yang diberikan terlalu susah. Keputusan dan hasil penulisan tetap sama walaupun banyak latihan yang diberikan kepada murid. Murid membuat latihan secara sambil lewa, dan kadang kala hanya menyalin semula soalan pada ruang jawapan. Apabila diminta untuk menyambung huruf-huruf jawi tunggal, pengkaji sering menerima soalan-soalan daripada murid sebagai contoh, “Ustazah Amirah, huruf ya boleh sambung tak dengan huruf lain?”, dan pelbagai soalan berkaitan huruf boleh bersambung dan tidak boleh bersambung.Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada mereka sedikit terkebelakang berbanding rakan-rakan yang lain dan perlu bimbingan khusus untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis Jawi.
2 Kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati bahawa ramai murid yang lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf Jawi yang diberikan, sehingga mereka gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.Oleh itu, pengkaji memikirkan solusi untuk memperbaiki amalan pengajaran, serta membantu murid memperbaiki kemahiran menulis Jawi murid khususnya menyambung huruf dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Oleh itu,kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran menyambung huruf jawi tunggal membentuk perkataan. Kemahiran menulis jawi yang lemah dalam kalangan murid menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Penguasaan yang lemah ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah Ghazali, 1990). Oleh sebab itu, kebolehan membaca dan menulis jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam jawi (Nik Rosila, 2007). Responden keliru untuk menyambung huruf jawi tunggal dan menulis perkataanperkataan jawi kerana tiada kaedah khusus yang diaplikasikan dalam kelas. Mereka tidak dapat membezakan antara huruf bersambung dan tidak bersambung. Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan altenatif kepada masalah yang menjadi fokus utama.Pengkaji cuba memikirkan cara yang sesuai dan berkesan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden kajian ini. Dengan mengambil kira beberapa aspek seperti minat murid dan penggunaan bahan bantu yang menarik, pengkaji telah mereka satu bahan yang dinamakan “DaPiJa” bagi membantu murid mengatasi kelemahan yang dihadapi. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 3.1.1 Membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi dalam penulisan jawi. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Membantu meningkatkan kemahiran murid menyambung huruf jawi tunggal menggunakan “DaPiJa” 3.2.2 Meningkatkan minat murid dalam menyambung huruf jawi tunggal dengan menggunakan “DaPiJa”
3 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid Tahun Satu di sebuah sekolah di Jitra.Seramai 35 orang murid iaitu 16 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan.35 orang murid ini akan menjalankan ujian diagnostik yang pengkaji akan laksanakan untuk tujuan kajian ini. Namun begitu, pengkaji hanya memilih seramai 10 orang murid untuk dijadikan responden kajian. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan ke atas mereka dalam menekankan kemahiran menulis dan menyambung huruf jawi tunggal. Responden kajian ini terdiri daripada murid yang berada pada tahap lemah dan sederhana dalam menulis dan menyambung huruf-huruf jawi. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Langkah Dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan sasaran Tujuan Langkah 1 04 September 2023 Ujian 10 0rang murid 1K Saya menjalankan ujian ke atas 10 orang murid tahun 1K yang dikenal pasti, iaitu menyambung huruf jawi mudah berdasarkan gambar). Tujuan adalah untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi ketika menyambung huruf jawi (Lampiran 1) Langkah 2 07 September 2023 Temubual i. 10 0rang murid 1K ii.Pemerhati Firdaus Amirah Temubual dijalankan kepada 10 orang murid untuk mengenal pasti masalah masalah yang dihadapi . Langkah 3 11 September 2023 Soal Selidik i. 10 0rang murid 1K ii.Pemerhati Firdaus Amirah Kertas soal selidik diedarkan untuk mendapat kepastian pada masalah yang dihadapi. (Lampiran 2)
4 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 2 Kaedah Mengutip Data Langkah Dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan sasaran Masalah telah dikenalpasti Langkah 1 04 September 2023 Ujian 10 0rang murid 1K Setelah membuat Ujian Pra saya dapati hanya seorang saja yang dapat menyambung huruf jawi tunggal dengan betul ,yang selebihnya banyak kesalahan dalam penulisan seperti , menulis huruf secara salah kedudukan, salah sambung huruf dan tidak faham apa yang mereka tulis. Langkah 2 07 September 2023 Temubual i. 10 0rang murid 1K ii.Pemerhati Firdaus Amirah i Seramai 10 orang telah saya temubual dan didapati hanya 4 orang yang betul-betul berminat pada mata pelajaran Jawi dan mengatakan mata pelajaran Jawi adalah susah hendak tulis dan tidak faham serta bosan sebab tidak menarik ii. Kurang mendapat tunjuk ajar daripada ibubapa apabila kerja sekolah diberi. Langkah 3 11 September 2023 Soal Selidik i. 10 0rang murid 1K ii.Pemerhati Firdaus Amirah i. Hanya 3 orang sukar fahami dan tidak berminat mempelajari subjek jawi yang diajar oleh guru semasa dalam kelas ii. Hanya 2 orang memerlukan bimbingan untuk menyambung huruf jawi yang betul.oleh guru. iii. Hanya 2 orang daripada mereka tidak tertarik dengan kaedah pengajaran yang diajar oleh guru
5 iv Hanya 3 orang daripada mereka keliru dan tidak dapat membezakan huruf yang boleh bersambung dengan huruf yang tidak boleh bersambung. Langkah 4 14 September 2023 Pemerhatian Guru Pengkaji Pemerhatian dilakukan sendiri oleh saya untuk mengenal pasti masalah dari segi : i. Sikap-Kebanyakan daripada mereka membuat kerja sambil lewa. ii. Tingkah lakuSebelum kajian mereka tidak memberi tumpuan semasa belajar apabila ditanya soalan mereka hanya membisu. iii. Penglibatan murid sebelum kajian- pasif dan liat. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal didapati responden memang lemah dari segi menyambung huruf jawi.Ini adalah kerana mereka kurang berminat pada mata pelajaran Jawi, kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru serta tidak faham konsep asas untuk menyambung huruf jawi menyebabkan mereka kehilangan arah jika tidak di bimbing oleh guru. Oleh itu pengkaji mengambil inisiatif merancang intervensi untuk memberi pengajaran yang mudah kepada responden bagi membolehkan mereka dapat menyambung huruf jawi dengan betul dan mudah.Untuk mengatasi masalah ini, kaedah “DaPiJa” diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini: a.Pemainan Dam huruf-huruf Jawi tunggal yang diklasifikasikan mengikut warna. b. Beberapa langkah mudah perlu diikuti seperti Jadual 3 di bawah : Jadual 3 Langkah-langkah untuk menyambung huruf jawi DaPiJa Langkah 1 Pengkaji memperkenalkan lambang bagi setiap warna huruf tunggal Jawi. Huruf yang berwarna hijau adalah huruf yang boleh disambung di kanan dan di kiri. Huruf yang berwarna kuning adalah huruf yang hanya boleh disambung di sebelah kanan atau huruf sebelumnya. Huruf yang berwarna merah adalah huruf yang tidak boleh disambung
6 dengan mana-mana huruf. Langkah 2 Murid-murid dikehendaki menyambung huruf-huruf jawi berdasarkan huruf yang murid dapat ketika bermain dam di atas kertas Langkah 3 Guru akan menilai dari segi penyambungan huruf jawi dengan betul Guru memberi ganjaran kepada murid yang menyambung huruf jawi dengan betul. Langkah 4 Murid bermain “DaPiJa” bersama kawan-kawan. d. Pentadbiran instrumen seperti ujian pra pos,soal selidik ,pemerhatian dan temubual dijalankan oleh pengkaji sendiri. e. Bahan-Bahan yang digunakan ditunjukkan pada Jadual 4 di bawah Jadual 4 Bahan-bahan yang digunakan Bil. Bahan-bahan berkaitan Kuantiti 1 Kad “DaPiJa’ 3 2 “DaPiJa’ termasuk,dadu,penanda 1 3 Papan “DaPiJa’ 10 4. Pen Marker dan pemadam 10 Rajah 1 Bahan-bahan yang diperlukan Intervensi DaPiJa termasuk dadu dan penanda Pen Marker dan pemadam Papan “DaPiJa’ Kad “DaPiJa’
7 5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan pemerhatian / Penilaian 5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1 Pengajaran dilaksanakan seperti biasa.Pengkaji memperkenalkan lambang bagi setiap warna huruf tunggal Jawi dan menerangkan kepada murid-murid fungsi warna-warna tersebut.Pengkaji memperkenalkan “DaPiJa” serta menunjukkan contoh. Murid-murid dikehendaki menyambung huruf jawi di dalam Papan “DaPiJa”. Rajah 2 Kad DaPiJa Tarikh : 21 September 2023 Tempat : 1 Kenanga Masa : 11.45 – 12.45 tengah hari Peristiwa : Penerangan Responden teruja melihat “DaPiJa” yang telah pengkaji sediakan.Mereka tidak sabar-sabar untuk menjalankan aktiviti tersebut.Pengkaji menerangkan tentang penggunaan DaPiJa kepada responden.Pengkaji memperkenalkan lambang bagi setiap warna huruf tunggal Jawi. Huruf yang berwarna hijau adalah huruf yang boleh disambung di kanan dan di kiri. Huruf yang berwarna kuning adalah huruf yang hanya boleh disambung di sebelah kanan atau huruf sebelumnya.Huruf yang berwarna merah adalah huruf yang tidak boleh disambung dengan mana-mana huruf.Responden agak kekok pada awalnya untuk memahami fungsi warna dalam DaPiJa. Namun begitu, masalah Boleh disambung di kanan sahaja. Boleh disambung di kanan dan kiri. Tidak boleh disambung di kanan dan kiri.
8 dapat diatasi dengan bimbingan guru. Ada juga murid yang tidak bersungguh-sungguh semasa mendengar penerangan tersebut. Rajah 3 Penerangan berkaitan warna DaPiJa 5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2 Tarikh : 25 September 2023 Tempat : 1 Kenanga Masa : 10.45 – 11.45 pagi Peristiwa : Aplikasi DaPiJa (Belajar sambal bermain permainan Dam Pintar Jawi) Responden diminta untuk menggunakan DaPiJa. Pada kali ini, pengkaji meminta responden untuk mengulangi aktiviti menggunakan DaPiJa sehingga mereka betul-betul mengingat semua fungsi warna bagi setiap huruf di dalam dam jawi. Arahan panduan formula warna perlu diingat dengan baik . Responden perlu mengingati formula ini dan mengaplikasikannya sewaktu menyelesaikan soalan berkaitan. Responden memerhatikan huruf-huruf yang mereka dapat hasil daripada permainan dam jawi. Responden diminta menyambungkan semua huruf kecuali huruf yang berwarna kuning dan merah di atas papan DaPiJa.Jika huruf yang berwarna kuning, huruf tersebut masih boleh disambung di kanan, dan tidak boleh disambung di sebelah kiri. Jika huruf tersebut berwarna merah, huruf tersebut tidak boleh disambung sama ada di sebelah kanan atau kiri.Responden begitu tertarik dengan pengunaan DaPiJa. Mereka begitu berhatihati semasa menyambung huruf dan begitu leka dengan aktiviti permainan masing-masing. Ada yang menunjukkan hasil kerja mereka serta membanding-bandingkannya dengan kawan.Namun ada juga murid yang hanya memberikan tumpuan pada permainan dam dan menulis agak perlahan
9 Rajah 4 Aplikasi DaPiJa (Belajar sambal bermain permainan Dam Pintar Jawi) 5.4.3 Perlaksanaan Aktiviti 3 5.5 REFLEKSI KAJIAN Penggunaan DaPiJa memberi impak yang positif dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam menyambung huruf Jawi tunggal. Antara kekuatan DaPiJa ini ialah memupuk minat dan perhatian murid, dan seterusnya boleh meningkatkan motivasi murid dalam penulisan Jawi. Selain itu juga, kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Jadual 5 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos Responden Keputusan Ujian Pra Ujian Pos 1 4 8 2 0 6 3 6 8 Tarikh : 28 September 2023 Tempat : 1 Kenanga Masa : 11.45 – 12.45 tengah hari Peristiwa : Permainan DaPiJa Responden didedahkan dengan rupa bentuk huruf yang telah bersambung di antara satu dengan yang lain. Terdapat beberapa huruf yang gagal disambung bentuk hurufnya dengan baik oleh responden. Justeru itu, pengkaji turut memberikan penekanan terhadap kelemahan ini. Hal ini adalah kerana kebanyakan huruf berubah bentuk asalnya mengikut kedudukan ia berada sama ada di awal, tengah atau akhir huruf di dalam perkataan. Bagi memahirkan responden menggunakan DaPiJa ini, soalan-soalan latihan telah diberikan
10 4 2 6 5 4 10 6 2 8 7 6 10 8 0 8 9 2 6 10 4 10 5.5.2 Analisis Keputusan Rajah 5 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan begitu ketara sekali dimana pada Ujian Pos didapati 3 orang responden telah mendapat markah penuh berbanding markah Ujian Pra tiada yang mendapat markah penuh. Ini adalah kerana semasa Ujian Pra dijalankan responden belum mendapat pendedahan bagaimana menyambung huruf-huruf jawi dengan betul. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana responden telah mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Adakah penggunaan DaPiJa mendatangkan kesan positif terhadap pencapaian murid dalam menyambung huruf-huruf tunggal dalam penulisan Jawi? Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan DaPiJa dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam menyambung huruf Jawi tunggal dengan betul. Dapatan ini juga disokong melalui keputusan ujian pos yang semakin baik berbanding ujian pra. Ujian pos dilaksanakan selepas penggunaan DaPiJa diperkenalkan kepada responden. Perbadingan markah ujian pra dan pos dipamerkan melalui Jadual yang ditunjukkan. Berdasarkan Jadual 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Ujian Pra 4 0 6 2 4 2 6 0 2 4 Ujian Pos 8 6 8 6 10 8 10 8 6 10 4 0 6 2 4 2 6 0 2 4 0 2 4 6 8 10 12 Bilangan Murid Skor Keputusan Ujian Pra dan Pos Ujian Pra Ujian Pos
11 5, terdapat peningkatan jumlah markah yang diperolehi oleh semua responden dalam ujian pos. Adakah penggunaan DaPiJa mampu menarik minat murid dalam penulisan Jawi? Kajian pengkaji ini menampakkan perubahan positif apabila responden gembira dan bermotivasi setelah dapat menguasai kaedah ini. Dapatan ini disokong melalui diari murid. Responden merasa gembira dan termotivasi apabila dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan menyambung huruf tunggal Jawi. Dapatan ini turut disokong dengan hasil analisis refleksi guru selepas sesi P&P. Responden lebih bersemangat dan bersaing di dalam menghantar latihan yang diberikan oleh pengkaji dengan rakan lain.Hasil refleksi menunjukkan bahawa responden mempunyai motivasi untuk menumpukan perhatian dalam P&P serta bersemangat membuat latihan yang diberikan, apabila responden mempunyai kemahiran dan mempunyai pencapaian yang baik di dalam aspek tersebut. Justeru, terbuktilah bahawa guru berperanan besar sebagai pemudahcara dalam proses P&P di kelas. Daripada kesemua hasil analisis data yang telah pengkaji nyatakan, terbuktilah bahawa penggunaan DaPiJa membantu menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan murid tahun 1. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhannya, kajian yang pengkaji laksanakan memberi impak yang positif dalam peningkatan prestasi responden, serta minat murid dalam penulisan huruf Jawi tunggal. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu kepada penambahbaikan. Antaranya ialah bilangan peserta kajian adalah kecil. Sebagai penambahbaikan bagi kajian akan datang, pengkaji mencadangkan supaya bilangan peserta kajian ditambah bagi menguatkan lagi kebolehpercayaan dan kesahan data yang diperolehi. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat aspek kajian yang boleh dilaksanakan, iaitu kaedah menyambung huruf yang boleh disambung. Hal ini kerana, kajian ini hanya menumpukan huruf-huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung. Selain itu juga, bahan bagi penggunaan DaPiJa ini juga boleh dibuat dalam bentuk yang lebih kecil, dan diedarkan kepada setiap orang murid, bagi membantu dan memudahkan murid dalam menyambung huruf Jawi tunggal ketika P&P Pendidikan Islam “Saya sudah boleh buat ustazah,saya dah faham.” -Responden 4
12 RUJUKAN Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Awang Mohamad Amin (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa Dalilah binti Desa. (2008). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi dan Mengenal Huruf Tunggal Jawi yang Boleh dan Tidak Boleh Disambung dengan Kaedah Dalil Avu Zar Zad. Tesis tidak diterbitkan, Labuan. Nik Rosila Nik Yaacob (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam. USM Pulau Pinang. Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke Arah Mempertingkat Mutu Pengajaran Dan Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak : Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Zamferi bin Ibrahim (2009). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Huruf Jawi Yang Berubah Bentuk Apabila Disambungkan Bagi Pelajar Tahun Empat. Fakulti Pendidikan Sastera Dan Sains Sosial, Open Universiti Malaysia Zulzaimi Bin Suhaimi (2009). Penggunaan Carta Huruf Sombong Dalam Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Menyambung Huruf Jawi Murid Tahun 5. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012.
13 LAMPIRAN 1 SOALAN UJIAN
14 LAMPIRAN 2 BORANG SOAL SELIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH ”DaPiJa” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 ................................................................................................................................................... PENGENALAN Borang soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian terhadap kemahiran menyambung huruf jawi bagi murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin Bahagian A Latar Belakang Responden Bahagian B Senarai Butiran Soal Selidik BAHAGIAN A: Arahan: Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan. 1. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ] BAHAGIAN B: Arahan :Bagi setiap item, sila TANDAKAN (/) pada ruangan yang disediakan. No Perkara YA TIDAK 1 Saya sukar fahami dan tidak berminat mempelajari subjek jawi yang diajar oleh guru semasa dalam kelas 2 Saya memerlukan bimbingan untuk menyambung huruf jawi yang betul. 3 Saya tidak tertarik dengan kaedah pengajaran yang diajar oleh guru 4 Saya keliru dan tidak dapat membezakan huruf yang boleh bersambung dengan huruf yang tidak boleh bersambung.
15 MENDORONG MOTIVASI BELAJAR MURID MELALUI TEKNIK NABI MUHAMMAD S.A.W : KAJIAN IMPLEMENTASI PDPC PENDIDIKAN ISLAM SITI KHAIRIAH BINTI PARMIN, NUR AFIDA BINTI ZAKARIA SK Sultan Ahmad Tajuddin [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah murid sederhana, yang kurang keyakinan, malu dan kurang bermotivasi untuk menghadapi pembelajaran seharian di SK Suktan Ahmad Tajuddin khususnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Justeru itu, kajian ini sekaligus mampu menilai dan mengoreksi rutin pengajaran guru Pendidikan Islam bagi mendapatkan teknik mendorong murid bermotivasi semasa belajar di dalam kelas. Kajian ini melibatkan dua orang guru Pendidikan Islam dan 10 orang murid di dua buah kelas aliran tahun lima iaitu 5 Mawar Putih dan 5 Kenanga. Melalui pemerhatian, didapati ada murid yang mempunyai karakter pendiam, kurang bergaul, kurang keyakinan dan kurang bermotivasi untuk menghadapi pembelajaran di kelas. Tinjauan awal daripada keputusan peniaian menunjukkan kebanyakan murid ini berada di aras sederhana dengan markah 60-78 sahaja. Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, satu teknik mendorong motivasi murid melalui teknik Nabi Muhammad S.A.W dilaksanakan melalui pengajaran guru Pendidikan Islam dalam sesi PdPc murid-murid ini. Dua teknik yang dikaji iaitu pertama, teknik memberi gelaran profesional dan kedua teknik pemberian markah. Keberkesanan teknik dinilai melalui pelaksanaan projek, pembentangan projek dan pencapaian menjawab soalan quizizz. Kata kunci : teknik Nabi Muhammad S.A.W, teknik gelaran, teknik beri markah 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PERNYATAAN MASALAH Sebagai seorang guru, salah satu tanggungjawab yang perlu diambil berat dalam pdpc di dalam kelas ialah motivasi murid dalam pembelajaran. Dengan adanya semangat motivasi belajar di dalam kelas dapat membina gandaan usaha murid kepada pembelajaran setiap hari. Ini telah menjadi salah satu keutamaan kepada saya untuk memastikan murid sentiasa bermotivasi setiap kali sesi pdpc Pendidikan Islam berlangsung. Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan dua teknik yang disarankan Nabi Muhammad S.A.W dalam mendorong motivasi belajar pelajar di dalam kelas. Dua teknik tersebut ialah : 1. Teknik menggunakan gelaran kepada murid dalam aktiviti 2. Teknik menggunakan markah sebagai ganjaran dalam aktiviti Kajian ini akan menyasarkan kepada 2 buah kelas iaitu kelas 5 Mawar Merah dan 5 Kenanga seramai 10 orang murid. Kajian ini akan memfokuskan murid sederhana. Berdasarkan kepada pemerhatian saya kepada buku-buku latihan murid-murid ini di awal tahun ini, menunjukkan ada tugasan latihan yang dIberikan kepada murid-murid sederhana
16 ini tidak dilaksanakan secara sempurna dan bersungguh-sungguh. Malah murid-murid ini agak diam dan kurang aktif di dalam kelas khususnya semasa PdPc Pendidikan Islam. Kesannya dapat dilihat di dalam keputusan Penilaian Pentaksiran Penggal 1 2023, apabila majoriti markah yang diperolehi pencapaiannya sekitar 60-79 sahaja. Justeru itu, kajian penggunaan dua teknik Nabi Muhammad S.A.W ini dilaksanakan bagi menguji sama ada teknik ini dapat meningkatkan motivasi murid dan mendorong kesungguhan belajar di dalam kelas. 2.0 ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada dorongan belajar murid di dalam kelas melalui 2 teknik dorongan Nabi Muhammad S.A.W iaitu : 1. Teknik memberi gelaran profesional berdasarkan cita-cita kepada murid seperti Dr., profesor, sarjan, konstable dan ustazah. Gelaran ini digunakan semasa melaksanaan aktiviti di dalam kelas dan semasa pembentangan. 2. Teknik pemberian markah. Teknik pemberian markah ini akan diberikan kepada murid selepas selesai melaksanakan aktiviti pembentangan. Penetapan markah bermula 50- 100. Pemberian markah ini adalah bermula daripada markah rendah ke markah yang tinggi. Markah diberi berdasarkan gaya penyampaian, kejelasan dan keupayaan menjawab soalan rakan-rakan. Tujuan penggunaan 2 teknik dorongan ini ialah untuk memastikan sejauhmana pengaruh teknik ini memberi kesan kepada motivasi belajar di dalam kelas melalui kefahaman, melaksanakan projek dan menyampaikan pembentangan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan semangat belajar serta daya kesungguhan murid di dalam kelas melalui 2 teknik dorongan Nabi Muhammad S.A.W iaitu teknik memberi gelaran dan teknik pemberian markah. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mendapatkan cara yang berkesan kepada murid supaya lebih berminat dengan matapelajaran Pendidikan Islam sebagai matapelajaran yang mudah diskor dan difahami di dalam kelas.
17 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan motivasi belajar murid semasa pdpc Pendidikan Islam dijalankan di dalam kelas 3.2.2 Meningkatkan pencapaian murid dalam Pendidikan Islam daripada prestasi sederhana kepada cemerlang. 3.2.3 Membantu meningkatkan kefahaman dan kognitif murid terhadap silibus Pendidikan Islam. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran murid aliran tahun 5. Seramai 5 orang murid tahun 5 Mawar Putih dan 5 orang murid tahun 5 Kenanga menjadikan keseluruhan jumlah kumpulan sasaran seramai 10 orang murid. Murid yang dipilih adalah murid yang sederhana, pendiam dan kurang aktif di dalam kelas. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah kajian dilaksanakan melalui semakan kekerapan menyiapkan latihan dan pemerhatian daripada markah Pentaksiran Penggal 1 2023. Berikut adalah senarai murid yang terlibat dengan kajian ini bersama jadual kekerapan latihan yang disiapkan dalam tempoh 3 bulan bermula Jun – Ogos dan markah Pentaksiran Penggal 1 2023 bagi matapelajaran Pendidikan Islam : Rajah 1 KEPUTUSAN PENTAKSIRAN PENGGAL 1 2023 PENDIDIKAN ISLAM SEMAKAN KEKERAPAN MENYIAPKAN LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM BIL NAMA KELAS MARKAH BILANGAN SIAP LATIHAN JUMLAH SEBENAR LATIHAN 1. Murid 1 5MP 62 13 22 2. Murid 2 72 17 3. Murid 3 74 18 4. Murid 4 60 14
18 5. Murid 5 61 14 6. Murid 6 5K 74 14 20 7. Murid 7 78 11 8. Murid 8 78 13 9. Murid 9 74 8 10. Murid 10 76 18 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Memang benar, jika diperhatikan keputusan Pentaksiran penggal 1 ini menunjukkan pencapaian mereka yang sederhana dan boleh diterima. Namun, pencapaian murid-murid ini masih boleh ditingkatkan dengan keputusan yang lebih cemerlang. Manakala purata keseluruhan kekerapan latihan diberikan semasa PdPc dijalankan juga dapat disiapkan dengan baik. Cuma ada seorang sahaja yang menyiapkan di bawah 10 latihan. Ini telah menunjukkan bahawa murid-murid ini adalah murid-murid yang taat dan berdisiplin dalam menyiapkan latihan yang diberi. Walaubagaimanapun, sebagai guru Pendidikan Islam, saya masih perlu meningkatkan dorongan dan motivasi belajar mereka agar mereka lebih kuat belajar, bersemangat dan bersungguh-sungguh di dalam kelas. Dengan harapan, adanya motivasi dan dorongan ini dapat meningkatkan prestasi pencapaian Pendidikan Islam di dalam kelas seterusnya wujud daya saing yang sihat. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Saya telah menetapkan beberapa aktiviti untuk mengkaji sama ada dengan 2 teknik dorongan nabi Muhammad S.A.W ini mempengaruhi tindakan dan tingkahlaku belajar di dalam kelas. Berikut adalah jadual aktiviti untuk kajian ini : Rajah 2 TARIKH AKTIVITI TEMPOH 11-15 Oktober 2023 selasa Buku skrap 5 hari 18 Oktober 2023 rabu Pembentangan 5 minit 20-21 Oktober 2023 jumaat Jawab soalan quizizz 2 hari
19 Murid-murid ini juga telah ditetapkan panggilan gelaran di dalam kelas. Rajah 3 menunjukkan gelaran yang telah diberi kepada murid-murid : Rajah 3 MURID KELAS GELARAN AKTIVITI REFLEKSI Murid 1 5MP KAPTEN Buku skrap tajuk “bahaya sihir” 1.Murid-murid yang terpilih sangat teruja dan hadir awal semasa diminta datang ke bengkel menyiapkan buku skrap. 2.Murid juga sangat seronok dan bersemangat apabila dipanggil nama dengan gelaran yang diberi sepanjang bengkel. 3.Murid juga kelihatan berbincang bersama rakan, saling membantu sepanjang menyiapkan buku skrap. 4.Semua murid hadir bersama bahan rujukan dan peralatan yang diperlukan untuk menyiapan buku skrap. Murid 2 DR Murid 3 PROFESOR Murid 4 SARJAN Murid 5 USTAZ/ USTAZAH Murid 6 5K KAPTEN Buku skrap tajuk “jumaat penuh barakah” Murid 7 DR Murid 8 PROFESOR Murid 9 SARJAN Murid 10 USTAZ/ USTAZAH
20 Rajah 4 Murid bersama-sama menyiapkan buku skrap masing-masing. Setelah 5 hari yang ditetapkan murid selesai menyiapkan buku skrap masing-masing, murid diminta untuk membuat pembentangan tentang isikandungan buku skrap yang telah disiapkan. Rajah 5 Gambar murid membuat pembentangan hasil projek buku skrap. Daripada 10 orang murid yang terpilih,, hanya 9 murid yang berjaya menyiapkan buku skrap dan mempersembahkan pembentangan. Pembentangan dilaksanakan pada waktu
21 PdPc Pendidikan Islam. Murid diberikan masa selama 5 minit untuk menyampaikan pembentangan mereka. Pembentangan ini disaksikan rakan-rakan lain di dalam kelas. Selepas pembentangan murid-murid diberikan soalan kuiz secara atas talian melalui aplikasi Quizizz. Soalan Quizizz hanya dibuka kepada murid dalam tempoh 2 hari sahaja dan setiap soalan perlu dijawab dalam masa yang telah ditetapkan. Berikut adalah jadual markah pembentangan yang diperolehi dan markah quizizz yang telah dijawab oleh murid : Rajah 6 Senarai murid terlibat dengan gelaran masing-masing beserta markah pembentangan dan quizizz MURID KELAS GELARAN MARKAH PEMBENTANGAN MARKAH QUIZIZZ Murid 1 5MP KAPTEN 97 15/15 Murid 2 DR 98 14/15 Murid 3 PROFESOR 98 15/15 Murid 4 SARJAN 100 14/15 Murid 5 USTAZ/ USTAZAH 91 13/15 Murid 6 5K KAPTEN 97 12/15 Murid 7 DR 90 14/15 Murid 8 PROFESOR 100 14/15 Murid 9 SARJAN - 13/15 Murid 10 USTAZ/ USTAZAH 98 15/15 5.4 Refleksi Kajian Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa beberapa orang murid telah menunjukkan reaksi keterujaan dan semangat selepas diumumkan tentang tugasan dan projek. Malah mereka lebih menzahirkan keseronokan setelah diberi gelaran dan gelaran ini digunakan sepanjang PdPc Pendidikan Islam berlangsung. Menurut guru pembantu kajian, seorang daripada muridnya telah menyiapkan buku skrap hanya selama 2 hari sahaja. Selain itu, murid-murid ini juga sangat berbangga kerana dipilih untuk terlibat di dalam kajian tindakan ini. Daripada tinjauan individu, melalui temubual tidak secara langsung dengan murid terpilih ini apabila nama ditulis bersama gelaran masing-masing di dalam wasap kelas tentang makluman berkaitan projek, ibu dan bapa juga menyatakan keseronokan gelaran itu diberikan kepada anak-anak mereka. Ini telah membuktikan teknik pemberian gelaran ini bukan sahaja
22 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Carta purata markah pembentangan mengikut kategori penilaian Gaya persembahan Kejelasan Jawab soalan memberi pengaruh dorongan belajar murid tetapi turut juga mempengaruhi ibu bapa murid untuk memberi dorongan kepada anak-anak mereka. Selain itu, semasa penyampaian pembentangan di dalam kelas beberapa aspek menunjukkan berlaku peningkatan keyakinan di kalangan murid-murid ini walaupun 1 daripada 10 murid yang terpilih gagal menyiapkan projek. Ini dapat dilihat daripada rajah 6 yang menunjukkan purata markah pembentangan projek buku skrap mencapai purata keseluruhan markah 90 ke atas. Ini membuktikan murid kategori sederhana ini berupaya meningkatkan keberanian dan keyakinan di hadapan rakan-rakan sekelas. Ini sekaligus menunjukkan pemberian markah semasa PdPc berlangsung berjaya mendorong motivasi belajar murid. Rajah 7 Jika dilihat dari aspek perbandingan peratus markah latihan Quizizz yang dibuat, murid-murid sederhana ini juga berupaya meningkatkan prestasi markah penilaian. Jadual 7 menunjukkan perbandingan peratus purata markah lulus cemerlang dalam latihan quizizz yang diberikan kepada murid. Jika dilihat melalui nilai peratus markah quizizz, murid mampu meningkatkan penguasaan pembelajaran.
23 Rajah 8 Perbandingan purata markah pentaksiran dan markah latihan quizizz Melihat kepada kedua-dua markah pentaksiran dan quizizz di dalam jadual di atas menunjukkan murid-murid ini mampu mencapai markah cemerlang dalam pelajaran Pendidikan Islam. Ini bermaksud, motivasi melalui teknik Nabi Muhammad S.A.W ini mampu menjana dorongan belajar murid dan menjadikan murid lebih cergas, aktif dan berkeyakinan untuk menghadapi pdpc Pendidikan Islam. Keseluruhan daripada kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa implementasi teknik Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya merangsang motivasi belajar murid-murid sederhana yang terpilih daripada kelas 5 Mawar Putih dan 5 Kenanga. Malah dengan amalan teknik pemberian gelaran dan markah dalam pengajaran juga telah dapat membuktikan kesungguhan, minat dan kafahaman murid dalam matapelajaran Pendidikan Islam dapat ditingkatkan. Sesungguhnya amatlah disarankan kepada guru-guru Pendidikan Islam SK Sultan Ahmad Tajuddin khasnya dapat mengamalkan teknik Nabi Muhammad S.A.W dalam mendorong motivasi belajar murid di dalam kelas. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Melalui pemerhatian kecil saya, terdapat juga guru-guru Pendidikan Islam yang lain telah menggunakan teknik Nabi Muhammad S.A.W untuk mendorong motivasi murid belajar di dalam kelas. Malah teknik ini juga sangat berkesan kepada murid-murid kelas belakang atau MURID MARKAH PENTAKSIRAN MARKAH QUIZIZZ Murid 1 62 100 Murid 2 72 93 Murid 3 74 100 Murid 4 60 93 Murid 5 61 86 Murid 6 74 80 Murid 7 78 93 Murid 8 78 93 Murid 9 74 86 Murid 10 76 100
24 murid yang lemah dan corot di dalam kelas. Sebenarnya, terdapat banyak teknik yang disaran baginda Nabi S.A.W dalam meningkatkan self estim diri dan ianya juga diadaptasikan untuk meningkatkan mutu pengajaran guru. Sebagai contoh, teknik memberi solusi, teknik diam untuk menzahirkan marah, teknik memberi pujian serta merta dan sebagainya. Amatlah besar harapan agar ada amalan yang yang berterusan terhadap penggunaan teknik ini di dalam kelas seterusnya dapat dilaksanakan kajian tentang keberkesanannya di masa akan datang.
25 RUJUKAN Ainon Mohd & Khairulaniza Khairuddin (2023).Teach Like Muhammad, Aplikasi Teori Barat dan Teknik Nabi Bagi Mendorong Pelajar. PTS Publishing House Sdn Bhd. 246-261 Ainon Mohd & Ahmad Syukri Yusoff (2023). Motivate Like Muhammad, Teknik Menerapkan Nilai Positif Dalam Diri. PTS Publishing House Sdn Bhd. 12-14 Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar & Nurhidayah Jaafar (2013). Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad. Buku Pandai Pulication. 116-122 Khairulaniza Khairuddin, Nurhidayah Jaafar & Guru Pendorong Tadika ABS (2016). Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak. ABS EDU Consult PLT. 140-141 Khairulaniza Khairuddin (2017). Mendorong Permata Hati. Kay Production. 31-34
26 TEKNIK 4R – MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RESPONS, RUMUSAN DAN RAMALAN BERPANDUKAN MAKLUMAT TERSURAT DAN MAKLUMAT TERSIRAT ROSNANI BINTI KAMIS,SAKINAH BINTI OTHMAN SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menulis respons, rumusan dan ramalan berpandukan maklumat tersurat. Bahagian ini merupakan satu komponen dalam mata pelaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kami juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap. Tinjauan awal yang dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti kaedah dokumen, buku latihan dan pemerhatian menunjukkan bahawa 10 orang murid kelas 6 Teratai menghadapi masalah untuk mengaitkan idea tersurat dan tersirat daripada bahan grafik. Penggunaan kosa kata terhad dan struktur ayat yang digunakan pula tidak gramatis. Kami memfokuskan kepada penulisan Bahasa Melayu Bahagian C. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid tidak dapat menulis respons, rumusan dan ramalan dalam Bahagian C dengan struktur ayat yang betul. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah dalam menulis respons dalam ayat yang lengkap. Oleh itu, melalui tinjauan awal didapati pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal di dalam kelas. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam penulisan Bahagian C Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan mendapat penguasaan kemahiran pelajar dalam menulis respons, rumusan dan ramalan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih bersikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara tidak langsung, murid akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu dalam ujian peringkat sekolah dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Kata Kunci : 4R, Kemahiran menulis 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin merupakan sebuah sekolah kategori A (bandar). Bilangan murid Tahun 6 adalah seramai 148 orang. Pencapaian Bahasa Melayu bagi murid-murid kelas 6 Mawar Merah, 6 Mawar Putih dan 6 Kenanga amat memberangsangkan berbanding pencapaian murid-murid kelas 6 Teratai. Justeru, penekanan diberi dalam Bahagian C iaitu menulis respons, rumusan dan ramalan. Ayat yang dibina oleh murid banyak dipengaruhi oleh dialek daerah. Sebilangan murid kurang berminat membaca bahan bacaan tambahan. Hal ini menyebabkan berlakunya masalah penguasaan kosa kata yang terhad. Murid juga menghadapi masalah dalam mengenal pasti maklumat tersurat dan maklumat tersirat daripada bahan grafik.
27 Melalui kajian tindakan yang dijalankan ini telah dapat meningkatkan kemahiran serta kefahaman murid tentang cara menulis respons, rumusan dan ramalan menggunakan kaedah atau Teknik 4R. Aktiviti yang dijalankan dapat memantap dan meningkatkan pencapaian kumpulan sasaran dalam latihan dan pentaksiran. 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Hasil daripada Ujian Pra, guru mendapati seramai 10 daripada 28 orang murid Tahun 6 Teratai gagal memindahkan maklumat dengan tepat berpandukan bahan grafik bergambar. Murid juga sukar menggunakan kosa kata yang bersesuaian dengan gambar untuk mencari maklumat tersurat dan tersirat. Masalah ini berpunca daripada sikap murid yang kurang membaca, kerap tidak hadir sekolah, pengaruh penggunaan bahasa dialek yang meluas dan kurang perhatian daripada ibu bapa. Murid sukar untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta idea yang ditulis amat terhad. Sekiranya masalah ini tidak diatasi pada peringkat awal adalah dikhuatiri murid-murid ini tidak dapat menulis pendapat dan memberi respons yang tepat serta gramatis. Keadaan ini menjejaskan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu Bahagian C dan memperkaya penguasaan kosa kata. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Menulis respons, rumusan dan ramalan berpandukan maklumat tersurat dan tersirat. 3.2.2 Meningkatkan kemahiran menulis respons, rumusan dan ramalan menepati kehendak soalan . 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian tindakan ini adalah ke atas 10 orang murid dari kelas 6 Teratai di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra Kedah. Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas murid-murid tersebut bagi mengatasi masalah murid yang masih keliru untuk menjawab soalan yang melibatkan soalan respons, rumusan dan ramalan pada Bahagian C.
28 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku latihan dan kertas peperiksaan. Didapati murid-murid yang terpilih dalam kajian tindakan ini adalah antara murid-murid yang sangat lemah dan gagal menjawab soalan dengan baik. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data bagi mengesan tahap pencapaian murid. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid. 26 Mei 2023 Memeriksa buku latihan murid Mengenal pasti kelemahan murid menjawab soalan berpandukan maklumat tersurat KAEDAH 2 Murid menduduki ujian Pertengahan Tahun Ujian 1 Ujian Pertengahan Tahun 7 Julai 2023 6 Ogos 2023 Mengumpul data murid lemah dan gagal untuk dianalisis 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Berdasarkan tinjauan masalah, didapati skor bagi soalan Bahagian C, murid gagal menjawab dengan baik dan markah yang diperoleh adalah kurang dari 5 markah. Maklumat atau idea tersurat tidak dapat dikaitkan dengan maklumat tersirat. Murid hanya menulis idea tersurat menyebabkan markah yang diperoleh tidak memberangsangkan. Jadual 2 Analisis Tinjauan Masalah Kaedah Tarikh Masalah telah dikenal pasti KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid. 26 MEI 2023 Murid tidak menyiapkan latihan. Murid gagal menjawab keseluruhan soalan latihan yang diberikan KAEDAH 2 Ujian 1 7 JULAI 2023 Dua orang murid dapat menjawab soalan tetapi masih tidak dapat menjawab dengan kata kunci yang tepat. Ujian Pertengahan Tahun 6 OGOS 2023 Murid masih keliru mengenal pasti maklumat tersurat dan maklumat tersirat dengan betul berpandukan bahan grafik Markah yang diperolehi kurang dari 5/10 markah.
29 Jadual 2 Analisis Rekod Pencapaian (Bahagian C) BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN 1 UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 1 Murid 1 3 3 4 2 Murid 2 3 3 4 3 Murid 3 4 3 5 4 Murid 4 2 3 5 5 Murid 5 3 4 6 6 Murid 6 4 4 6 7 Murid 7 3 5 6 8 Murid 8 3 4 5 9 Murid 9 3 4 6 10 Murid 10 2 3 4 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Tinjauan awal mendapati murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan serta tidak faham cara untuk menulis ayat bagi respons, rumusan dan ramalan. Oleh itu, saya mengambil inisiatif merancang intervensi untuk memberi pengajaran yang mudah kepada murid-murid dengan konsep yang betul untuk membina ayat, mengenal pasti maklumat tersurat dan maklumat tersirat, menulis semula maklumat dengan struktur ayat yang betul. Kaedah atau Program 4R diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini. Aktiviti 1 : Teknik 4R (4 Ruang – Respons, Ramalan dan Rumusan) Guru telah mengenalpasti jenis-jenis gambar yang sesuai berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid didedahkan dengan aktiviti daripada gambar pelbagai tema. Contohnya, tentang sukan, gotong-royong, perkhemahan, pusat sumber dan pelbagai aktiviti di persekitaran murid. Kajian ini telah dijalankan secara kolaboratif dan murid telah dapat mengeluarkan idea tersurat dan idea tersirat secara sumbangsaran. Kajian yang dilaksanakan ini telah memperuntukan dua gambar untuk satu minggu. Sebagai penyelidik, kami telah melakukan kajian ini secara berfokus bersama 10 orang murid terbabit. Penekanan khusus telah diberikan melalui pendekatan yang mudah, bersistematik dan berteraskan ciri-ciri yang menarik serta paparan ilustrasi yang jelas dan menarik.
30 Murid dikehendaki mengenal pasti maklumat tersurat dan maklumat tersirat berkaitan dengan gambar dan kehendak soalan. Murid perlu melengkapkan jadual 4R yang disediakan untuk membantu dan memudahkan murid mencatat maklumat berpandukan kehendak soalan. Contoh Aktiviti 4R PENDAHULUAN PENANDA WACANA KATA BANTU MAKLUMAT TERSURAT MAKLUMAT TERSIRAT Antaranya, kita mestilah Selain itu, kita hendaklah Di samping itu, kita perlulah Akhir sekali, kita seharusnya PENUTUP Rajah 1: Teknik 4R
31 Contoh jadual aktiviti yang dilakukan oleh murid berpandukan gambar untuk memindahkan maklumat tersurat dan maklumat tersirat dalam 4 ruangan yang disediakan. Murid dikehendaki menulis maklumat berkaitan dengan kehendak soalan. Melalui Teknik 4R ini 10 orang murid kumpulan sasaran ini telah melaksanakan akviti berpandukan penerangan. Murid dibimbing untuk melengkapkan jadual secara individu dan berkumpulan. Selepas jadual 4R dilengkapkan, murid dibimbing pula untuk menulis pendapat berpandukan respons, ramalan dan rumusan mengikut urutan berpandukan jadual. 5.3 PEMERHATIAN Sepuluh orang murid kumpulan sasaran ini menunjukkan minat apabila apabila dipaparkan dengan ilustrasi yang menarik yang jelas. Penggunaan jadual yang mudah dan ringkas telah dapat membantu murid untuk melengkapkan ayat berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar. Murid kumpulan sasaran ini lebih berkeyakinan untuk menulis dan melengkapkan ayat dalam jadual yang disediakan. 5.4 REFLEKSI KAJIAN Secara keseluruhannya aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan pada Bahagian C dengan lengkap. Didapati murid-murid jelas dengan penerangan saya, namun memerlukan bimbingan yang lebih pada bahagian maklumat tersirat kerana murid perlu berfikir secara kritis dan kreatif. Kumpulan sasaran ini telah berjaya menulis maklumat tersirat dengan gaya bahasa yang mudah dan tepat. Situasi ini telah menimbulkan minat murid-murid untuk terus mencuba dan menyiapkan latihan serta tugasan yang telah dibekalkan. Murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian yang paling rendah juga cuba bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti yang diberikan. Hal ini mendatangkan semangat dan kepuasan kepada guru untuk melakukan yang terbaik kepada kumpulan sasaran ini sebagai pelengkap untuk menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023. 5.4.1 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada bahan intervensi iaitu Kaedah 4R ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 6 Teratai untuk menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Dengan terlaksananya kajian tindakan ini dapat memberi maklumat kepada saya, Panitia Bahasa Melayu dan pihak sekolah, supaya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperkemas lagi usaha dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
32 Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan budaya pembelajaran murid lemah dalam memantapkan kefahaman mereka untuk menulis jawapan atau menjawab soalan. Hal ini bermakna intervensi menggunakan Kaedah 4R memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berfokus kepada mereka. Walaupun keputusan ujian pra dan pos menunjukkan perbezaan yang tidak ketara, tetapi terdapatnya peningkatan markah murid bagi kedua-dua ujian tersebut. Pencapaian murid dalam Ujian Pertengahan Tahun telah menunjukkan peningkatan yang amat baik kerana pencapaian yang diperoleh pada Bahagian C ini telah membantu murid kumpulan sasaran lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan keputusan 5 daripada 10 orang murid telah memperoleh pencapaian yang amat baik dari segi peratusan. Kajian ini akan diteruskan sehingga murid-murid menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik pada bulan Januari 2024 nanti. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh membina ayat untuk menulis pendapat masing-masing tentang respons, rumusan dan ramalan. Untuk kajian seterusnya, kami mencadangkan guru perlu mengesan kelemahan murid sejak dari peringkat awal lagi iaitu bermula dari Tahun 3. Lantaran itu, beberapa cadangan telah dikemukakan semasa mesyuarat Panitia Bahasa Melayu. Kajian akan diteruskan dengan menggunakan kaedah yang hampir sama untuk Bahagian D iaitu menulis karangan berformat dan karangan tidak berformat.
33 RUJUKAN Abdul Rahman Abd Majid (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Kajian. Sektor Pengurusan Akademik (2007). Buletin Kajian Tindakan. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Unit Latihan Khas (2009). Tuntas 5. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
34 LAMPIRAN Aktiviti yang dijalankan oleh murid menggunakan Teknik 4R. Murid melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk mendapatkan idea yang lebih baik. Rajah 2 : Aktiviti murid di dalam kelas secara berkumpulan
35 Rajah 3 : Hasil tugasan murid
36 USING PUNCTUATION STICKS AND STICKERS TO IMPROVE PUNCTUATION SKILL FATINNUR ZAHRINA BINTI IBRAHIM, VIGNESWARY A/P M. RAMACHANDARAMURTHY, ROSMINI BINTI SABU SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK The purpose of this study was to determine the effectiveness of using ‘punctuation sticks and stickers’ in teaching punctuation skill among Year 4 pupils of SK Sultan Ahmad Tajuddin. The respondents were 6 pupils from Year 4 Mawar Putih. The data for this study was collected using pupils’ written work, class assessment, pre-test, and post-test. The results showed that all 6 respondents achieved a significant higher mark in the post-test as compared to the pre-test. There were 2 pupils who obtained full marks, showing tremendous improvement in their performance in the post test. The result of the study disclosed that hands-on activities are largely effective in improving pupils’ punctuation skill. Keywords: punctuation sticks, punctuation stickers, punctuation 1.0 REFLECTION ON TEACHING AND LEARNING / PROBLEM STATEMENT I am teaching English for Year 4 Mawar Putih in SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. It is the second class in Year 4 batch, where the pupils have both advance and intermediate proficiency in English. Throughout my teaching over several months, I diagnosed some problems encountered by the pupils. Even the advance pupils are still struggling in this subject. The prominent and crucial problem faced by most of the pupils is punctuation. Their punctuation mastery was quite weak. When they were given a simple sentence that involved capital letter and period, they could punctuate it correctly but when it came to compound sentences that involved comma or proper nouns, some of them got confused. Hence, I noticed that this problem needed to be addressed immediately as it is a part of writing skill. This is most likely due to lack of awareness on the importance of using correct punctuation in writing. Besides, pupils could not differentiate the types of sentences, therefore, they could not decide the correct punctuation to be used. Even though I have taught them earlier, yet they tend to forget easily. I thought it was because I did not give them clear explanation that made them not to understand the lesson. It might also be due to less drilling and practices in the classroom. Other reasons could be my lesson was not interesting enough to grasp their attention and my teaching technique was not suitable for their level. 2.0 FOCUS OF STUDY The focus of my research is to use wooden sticks (punctuation sticks) and label-coloured stickers (punctuation stickers) to teach punctuation and to improve pupils’ punctuation writing. Drilling is one of the techniques used by teachers to teach languages, whether in situations or
37 communicatively. It can be done through many ways. One of it is hands-on activity. In other words, hands-on activity can be used as a practice instead of giving the pupils worksheet for completion. In addition, using wooden sticks (punctuation sticks) and label-coloured stickers (punctuation stickers) is a fun way to learn punctuation instead of lecture technique. When pupils have opportunities to learn using their preferred styles, they often become more successful in learning English. 3.0 RESEARCH OBJECTIVE 3.1 General Objective(S) 3.2.1 Develop awareness on the importance of using correct punctuation in writing. 3.2 Specific Objective(s) 3.2.1 Pupils can differentiate the function of each punctuation marks. 3.2.2 Improve punctuation writing among Year 4 pupils of SK Sultan Ahmad Tajuddin. 4.0 TARGET GROUP This research involved 6 pupils from Year 4 Mawar Putih from SK Sultan Ahmad Tajuddin. 5.0 RESEARCH PROCEDURES 5.1 Preliminary Review/Observation During a writing assessment in May, the pupils were tested on punctuation. The set of questions consisted of simple and compound sentences which required pupils to put capital letters, period, comma, and question mark. I have taught them on basic punctuations such as capital letter for the beginning of sentence, period, question mark and exclamation mark. However, none of them were able to score full marks. I noticed that most of the pupils were having problem in punctuating compound sentences and questions. Besides, when checking their exercise books, I could identify some misuse on small and capital letters in writing. Sometimes, it frustrates me knowing that the pupils were not aware on the importance of punctuation and use small and capital letters incorrectly. Table 1 shows data collection method.
38 Table 1 Data Collection Method Method Date Purpose METHOD 1 Checking on pupils’ exercise books MAY - JUNE 2023 Check pupils’ exercise books. Identify pupils’ weakness in punctuation. METHOD 2 Pre-test 4 TH JULY 2023 Pupils sat for pre-test Collect data for analysis METHOD 3 Post-test 10TH AUGUST 2023 Pupils answered post-test Identify problem based on data analysis Figure 1 Pupils’ written task on punctuation Figure 2 Pupils’ written work
39 Table 2 Analysis on pre-test Subject/Sample Pre-test score Total score (20m) Pupil 1 3 6 Pupil 2 7 14 Pupil 3 4 8 Pupil 4 6 12 Pupil 5 7 14 Pupil 6 3 6 5.2 Preliminary Findings From the reflection mentioned above, it revealed that pupils could not punctuate correctly. Even though punctuation is just a part in writing skill, it is considered an important skill that must be mastered by pupils in order to produce a good writing. If this problem was not resolved at the early stage, pupils will keep repeating the same mistake in writing. The misuse of punctuation could lead to misunderstanding and misinterpretation among readers. In writing assessment or examination, pupils could lose marks due to this too. 5.3 Recommendation For Intervention Table 3 Activity Observation Reflection ACTIVITY 1 1)Teacher prepared a set of punctuation sticks consisting period, comma, question marks and exclamation mark. 2) Teacher write sentences with missing punctuation on the whiteboard. 3) Pupils are asked to put the punctuation sticks at the correct places within the sentences. 1) Pupils were able to use the punctuation sticks to punctuate the sentences correctly. 2) Pupils enjoyed the activity so much. ACTIVITY 1 1) Some pupils were still confused with the use of exclamation mark in sentences, so they needed some guidance in that particular punctuation. 2) Pupils should be given more time to explore the activity and master the skill. ACTIVITY 2 1) Teacher prepared a set of questions with missing punctuation. 2) Pupils used label-coloured sticker to punctuate the sentences. 3) Each colour of sticker represent different punctuation marks. 1) Pupils were able to use the punctuation stickers to replace the missing punctuation marks. 1) Pupils enjoyed the activity so much. 2) Some pupils still needed guidance to use the punctuation stickers.
40 Figure 3 Punctuation sticks Figure 4 Using punctuation sticks to punctuate sentences
41 Figure 5 Using punctuation stickers to punctuate sentences. 5.4 Assessment of Intervention After teaching the pupils and giving them some practises through punctuation stickers activity, I gave them a post-test consisting of 10 questions on punctuation. The question paper was divided into two sections: multiple choice questions and punctuation writing. Figure 6 Sample of post-test
42 Figure 7 Sample of post-test Table 4 Analysis on post-test Subject/Sample Post test score Total score (20m) Pupil 1 7 14 Pupil 2 10 20 Pupil 3 10 20 Pupil 4 7 14 Pupil 5 9 18 Pupil 6 7 14 Table 5 Analysis on pre-test and post-test Subject/Sample Pre-test Post-test Pupil 1 6 14 Pupil 2 14 20 Pupil 3 8 20 Pupil 4 12 14 Pupil 5 14 18 Pupil 6 6 14
43 Figure 8: Comparison graph of pre-test and post-test From the table and graph above, we can see improvement in their punctuation writing. Pupils did less mistake in post-test as compared to their previous assessment. Some of them were able to grasp the concept taught. However, some of them were still struggling in using punctuation like question mark and exclamation mark. Therefore, they needed more guidance and practices. 5.4 Reflection of Teaching and Learning The finding showed that there is a change in the learning culture among pupils who are weak in punctuation. This means that the intervention using "punctuation sticks and stickers" has a positive effect on pupils’ learning. Findings also proved that pupils could follow the learning session if they are given guidance that focuses on them. Although the pre-test and post-test results showed insignificant differences, however, the intervention result showed an increase in pupils’ scores for both tests. In addition, pupils also showed a positive attitude and were very committed when the guidance is given by the teacher. Pupils who were quiet before seemed to be actively asking questions and understanding the method of the activity carried out by having a group discussion and checking each other's answers. This showed that weak pupils are motivated 0 5 10 15 20 25 Pupil 1 Pupil 2 Pupil 3 Pupil 4 Pupil 5 Pupil 6 Comparison Graph of Pre-test and Post-test Pre Post
44 to follow guided and focussed learning. The impact that we can see is, weak students can obtain high marks for the post-test. 6.0 SUGGESTION FOR FURTHER RESEARCH I am planning to create more fun activities in teaching punctuation that suits all levels of pupils in my class. For example, using board game, online games or quiz for pupils to practise on punctuation. To nurture pupils’ interest towards English, a lot of fun activities should be carried out during teaching and learning session.