95 19 20 Perempuan perempuan 10 11 14 16 5.4.2 Analisis Keputusan Jadual 7 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca Skor Keputusan Ujian Pra Ujian Pasca 1-4 0 0 5-9 2 1 10-15 13 4 15-20 5 15 5.4.3 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca 5.4.4 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan projek dalam bidang Sirah dalam tajuk Pembentukan Negara Madinah. Murid menghasilkan projek berkaitan dengan tajuk kemudian membentangkan di dalam bilik darjah. Kajian Tindakan ini dapat memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti PdP dalam bidang Sirah dengan melibatkan murid dengan pembelajaran aktif bagi mengelakkan murid bosan dan sukar memahami Sirah seterusnya sukar mengambil ibrah daripadanya. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 SKOR 5-9 SKOR 10-15 SKOR 16-20 GRAF PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA UJIAN PRA UJIAN PASCA
96 Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan budaya pembelajaran murid dalam memantapkan kefahaman mereka dalam bidang Sirah. Murid melibatkan diri secara menyeluruh bermula daripada projek dibincangkan dan melaksanakannya dengan baik. Hal ini bermakna intervensi Sirah menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran dengan aktif jika guru menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tajuk dan mengambil kira penglibatan murid secara aktif dan kolaboratif. Hasil ujian pasca menunjukkan perbezaan yang ketara peningkatan markah murid berbanding ujian pra yang dijalankan sebelumnya. Sebelum ujian pra dijalankan, guru telah mengajar tajuk yang sama menggunakan kaedah kuliah dan bercerita. Namun hasil ujian pra menunjukkan kurang kefahaman murid dalam pengajaran. Apabila guru menukar kepada kaedah berasaskan projek, terdapat peningkatan ketara dilihat dalam pencapaian murid dalam ujian pasca. Menurut Y.Skjæveland (2017) kaedah bercerita disusuli dengan kaedah lain yang bersifat konkrit seperti lawatan dan drama atau main peranan (role play) menguatkan lagi kefahaman murid berkenaan ilmu Sejarah. Sikap murid yang positif dan sangat komited semasa melaksanakan projek memberi impak besar dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek. Murid yang didapati pasif sebelum ini, kelihatan aktif dan ceria apabila saling bekerjasama di dalam kumpulan. Kajian Ahmad Farhan, Mohd Isa & Mohd Aderi (2016) menyatakan kaedah projek membentuk kemahiran insaniah murid dan menggalakkan murid bersungguh-sungguh dalam mendapatkan maklumat berkenaan projek yang dijalankan. Ini menunjukkan bahawa murid bermotivasi meningkatkan pengajaran sekiranya kaedah pembelajaran aktif digunakan di dalam bilik darjah. Selain itu, penyediaan bahan maujud semasa projek dijalankan seperti model Masjid Nabawi, buku pop up mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, peta kedudukan Mekah dan Madinah dan buku besar Piagam Madinah membantu murid melihat dan merasai sendiri pengalaman dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana menurut teori perkembangan kanak-kanak Piaget, kanak-kanak lebih memahami aspek konkrit dan logik berbanding abstrak (Santrock, 2008). Dalam aspek peningkatan prestasi, murid menunjukkan peningkatan ketara melalui ujian pasca. Hal ini menunjukkan murid faham dan mudah mengingati fakta dan menguasai pelajaran dengan baik. Antara faedah daripada pembelajaran aktif seperti dapatan kajian lepas ialah, murid mengingati isi pelajaran dengan baik, mudah ingat fakta, lebih fokus dan meningkatkan sikap berlumba-lumba dalam pelajaran (Kamarul Azmi, 2013). Refleksinya, murid lemah menunjukkan peningkatan semasa ujian pasca. Dapatan kajian ini selari juga
97 dengan kajian Noraziah, Mohd Aderi & Khadijah (2019) iaitu pembelajaran aktif meningkatkan motivasi dan pencapaian murid. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kualiti pengajaran dan pembelajaran Sirah dapat dipertingkatkan jika semua guru dapat mengambil inisiatif meningkatkan kualiti dalam konteks mendidik murid-murid dengan menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Pelbagai usaha dalam menggunakan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid serta melibatkan murid secara aktif perlu diusahakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah. Maka kajian tindakan terhadap bidang Sirah yang seterusnya wajar dilaksanakan terhadap skop yang lebih besar untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kualiti PdP Sirah mengikut kaedah-kaedah yang difikirkan perlu berdasarkan kelemahan murid.
98 RUJUKAN Ahmad Farhan Jusoh, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui Kaedah Projek. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 pada 15-16 November 2016 di Institut Latihan Islam Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Islam : Pengamalan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di Malaysia pada 24-25 September 2013, pp 1-16. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Standard Guru Malaysia 2.0. https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/sgm-2 Noraziah Mhd Yusop, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak. (2019). Pendekatan Sistematik Pembelajaran Aktif Dalam Amalan Pengajaran Sirah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Santrock, J.W. (2008). Life-Span Development. New York : McGraw Hill International Edition. Y. Skjæveland. (2017). Learning History in early childhood: Teaching Methods and Children’s Understanding. SAGE journals: Contemporary Issue in Early Childhood.
99 PROGRAM ‘SI CILIK BAHASA’ KEBERKESANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 SYAMIZA BINTI IBRAHIM AMIR, NOR AZIZAN BINTI MUDA, MAHANI BINTI YAHAYA Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah 60 orang murid yang mengalami masalah menulis huruf dengan betul. Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Kubang Pasu. Namun, kemasukan murid ke Tahun 1, tidak dipilih berdasarkan penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Jadi, murid di sekolah ini mempunyai kepelbagaian penguasaan kemahiran dalam Bahasa Melayu dari serendah-rendah tahap penguasaan. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 telah mengenalpasti kelemahan ketara murid-murid iaitu dalam kemahiran menulis huruf kecil dan besar dengan betul. Menyedari perkara ini, guru-guru Bahasa Melayu melancarkan Program SI CILIK BAHASA. Program yang berjalan selama 10 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini, memberikan impak yang sangat memberansangkan. Ini kerana, murid melakukannya dengan seronok. Apabila rasa seronok, mereka dapat melakukannya dengan baik. Kesannya, program ini meningkatkan peratus penguasaan kemahiran menulis sehingga 80% daripada 60 orang murid tersebut. Guru-guru sentiasa bermotivasi untuk meneruskan program ini memandangkan mereka tahu dan sedar, betapa kemahiran menulis ini penting bagi memastikan kerja sekolah dapat murid selesaikan dengan jayanya. Kata Kunci : lemah menulis huruf besar dan kecil / impak 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 Teratai dan 1 Seroja. Seramai 60 orang murid dan 3 orang guru terlibat dalam kajian ini. Kami memberi fokus kepada penulisan huruf besar dan huruf kecil yang betul. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan dan pemerhatian hasil tulisan murid-murid terbabit. Kami dapati murid-murid ini masih bermasalah untuk menulis huruf besar dan kecil dengan betul. Oleh itu, saya telah menggunakan Program Si Cilik Bahasa yang telah dirancang bersama guru-guru Bahasa Melayu Tahun 1 sebagai platform untuk menjadikan murid-murid Tahun SKSAT CELIK menulis huruf besar dan kecil dengan betul. Kami telah menjalankan langkahlangkah yang dirancang. Hasilnya, seramai 50/60 murid-murid ini berjaya menulis huruf besar dan kecil dengan betul. Kami guru-guru sangat bangga dengan mereka. Mereka juga dapat menyiapkan kerja sekolah dengan kemas berbanding sebelum ini kerana mereka dapat menulis dengan betul. Ini kerana menulis merupakan perkara penting untuk menyiapkan kerja sekolah. Apabila kerja sekolah siap, murid akan merasa gembira dan secara tidak langsung menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
100 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada kemahiran menulis huruf kecil secara mekanis menggunakan Modul Si Cilik Bahasa yang membimbing murid untuk menulis secara ansur maju. Kaedah surih, tekap dan tulis diaplikasikan semasa murid menggunakan modul ini. Penggunaan modul ini akan dipantau oleh guru subjek Bahasa Melayu 1 Teratai dan 1 Seroja. Di akhir penggunaan modul, murid-murid akan diuji kemahiran menulis huruf kecil samada mengikut tertib yang diajar atau sebaliknya. Sekiranya murid menguasai, mereka akan diberikan ganjaran fizikal. Sekiranya masih tidak dapat menguasai, murid tersebut akan membuat latih tubi secara individu dengan guru subjek. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk: i. menguasai cara yang betul menulis huruf kecil dan huruf besar menggunakan buku garis satu atau garis tiga. ii. meningkatkan keyakinan menulis huruf yang disebut guru di papan tulis. iii. menghasilkan penulisan yang kemas dan boleh dibaca. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil dengan kemas dan tertib samada dalam perkataan atau ayat di atas garisan atau buku latihan murid. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Diharapkan 60/60 murid 1 Teratai dan 1 Seroja dapat menguasai kemahiran menulis huruf kecil dengan kemas dan tertib. 3.2.2 Memastikan 60/60 murid 1 Teratai dan 1 Seroja dapat menulis huruf besar dan huruf kecil dalam ayat dengan betul. 3.2.3 Memastikan 60/60 murid 1 Teratai dan 1 Seroja dapat menulis huruf di atas garisan dengan kemas dan betul. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 32 orang murid kelas 1 Teratai dan 28 orang murid kelas 1 Seroja SKSAT.
101 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku aktiviti dan buku tulis pelajar. Didapati murid-murid yang terpilih dalam kajian tindakan ini antara murid-murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran menulis huruf dengan cara yang betul. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid. April – Mei 2023 Memeriksa buku latihan murid Mengenal pasti kelemahan murid menulis huruf kecil dengan betul. KAEDAH 2 Murid menduduki ujian pengesanan. Ujian Pengesanan 14 – 18 Mei 2023 Mengesan kelemahan huruf yang sering ditulis dengan pelbagai kesalahan. KAEDAH 3 Pemerhatian Guru Dalam Kelas Jun – September 2023 Murid memberikan respons secara bertulis bagi huruf yang disebut guru. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan tinjauan masalah, didapati murid mengalami masalah dari segi menulis huruf dengan cara yang betul. Murid turut menghadapi masalah ketidak seimbangan semasa menulis huruf besar dan huruf kecil. Di samping itu, murid turut bermasalah untuk menulis di atas garisan dengan betul. a) Tinjauan Buku Latihan Murid dan Lembaran Kerja Murid tidak dapat menyiapkan latihan menulis huruf dengan kemas dan betul. Murid juga gagal menulis huruf walaupun menggunakan buku garis tiga. Murid juga tidak dapat mengawal keseimbangan menulis huruf besar dan huruf kecil dengan kemas. Rajah 1
102 Jadual 2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, kumpulan sasaran menghadapi masalah dalam mengecam bentuk huruf. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis huruf dengan kemas dan sempurna. Masalah kurang keyakinan diri turut menyumbang kepada kelemahan menulis huruf dengan baik. Mereka juga menghadapi masalah memegang pensel dengan betul yang menyebabkan huruf yang ditulis tidak berbentuk dan bertindan. Bagi mengatasi masalah ini, satu program Si Cilik Bahasa diperkenalkan. Program yang menggunakan modul ini dilaksanakan seperti langkah-langkah di bawah. Jadual 3 Langkah-langkah menggunakan Modul Si Cilik Bahasa. Langkah Aktiviti Langkah 1 Murid dikehendaki mewarna muka depan Modul Cilik Bahasa. Langkah 2 Murid membuat aktiviti surih huruf mengikut arah anak panah. Langkah 3 Murid menyambungkan titik-titik huruf. Langkah 4 Murid menekap huruf menggunakan kertas surih. Langkah 5 Murid menulis huruf berpandukan garis berwarna biru. Kaedah Masalah telah dikenal pasti KAEDAH 2 Ujian Pengesanan Bentuk huruf yang seakan-akan sama. Contoh: h-n, c-e, f-t, g-q Bentuk huruf terbalik. Contoh: w-m, h-y, u-n Huruf berbentuk songsang. Contoh: p-q, b-d Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh: b-p, d-t, m-n KAEDAH 3 Pemerhatian Guru Dalam Kelas Jarak huruf yang ditulis murid tidak seragam. Huruf yang ditulis condong ke atas atau ke bawah. Huruf-huruf yang ditulis tidak mengikut garisan. Menulis huruf secara bertindan. Jarak penulisan antara huruf yang tidak seimbang. Campur aduk menulis huruf besar dan huruf kecil.
103 Huruf yang diperkenalkan dalam modul ini tidak mengikut urutan huruf biasa. Sebaliknya, mengikut kumpulan huruf seperti Jadual 4 di bawah. Huruf dalam modul ini menggunakan jenis tulisan Syazalina83v3 bagi membolehkan murid-murid dapat menulis huruf secara ansur maju tanpa perlu menukar banyak jenis teknik penulisan. Jadual 4 Kumpulan huruf dalam Modul Cilik Bahasa. Kumpulan huruf Huruf yang perlu ditulis oleh murid-murid (menggunakan tulisan Syazalina83v3) Huruf vokal a e i o u Huruf tiada ekor / kaki c m n r s Huruf bertiang tinggi b d h k l t Huruf tiang ke bawah p q Huruf berekor g j y Huruf jarang guna f v w x z 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang dijalankan. Aktiviti Pemerhatian Refleksi AKTIVITI 1 Mewarna muka depan Modul Cilik Bahasa. Murid diberikan Modul Cilik Bahasa yang siap dibukukan. Murid dibimbing untuk mewarna dengan kemas dan menggunakan pelbagai warna. Murid memberikan respons yang baik. Guru akan membantu cara memegang pensel warna dengan betul. Aktiviti mewarna dapat melatih murid-murid mengawal pegangan pensel, kawalan pensel dan kemahiran visual motor. AKTIVITI 2 Surih huruf mengikut anak panah. Murid diberikan bimbingan menyurih huruf mengikut anak panah. Murid ditunjukkan cara yang betul berpandukan anak panah yang dilukis pada setiap huruf. Murid diberikan kebebasan samada menggunakan pensel atau pensel warna. Murid lebih berkeyakinan menulis huruf dengan betul kerana panduan yang diberikan. Murid juga berhati-hati semasa menulis bagi memastikan bentuk huruf terjaga. AKTIVITI 3 Sambung titik pada huruf. Murid mengikut titik-titik pada huruf yang terdapat dalam modul. Murid membuat latihan menyambung sambal menyebut huruf. Murid bebas menggunakan media yang digemari bagi menyambung titik-titik huruf. Murid merasa lebih mudah untuk membentuk huruf kerana masih diberikan panduan yang mudah untuk diikuti. Penggunaan pelbagai media membolehkan daya kreativiti murid-murid berkembang.
104 AKTIVITI 4 Menekap huruf Selepas murid selesa menyurih dan menyambung titik-titik pada huruf, mereka diberikan sedikit cabaran dengan menekap huruf di atas kertas surih. Tujuannya murid mengingat cara yang betul untuk menulis huruf. Menekap juga membolehkan murid untuk menulis dengan mekanis, iaitu pengawalan bentuk, saiz dan jarak huruf. Murid memberikan respons yang baik kerana pertama kali menekap huruf dengan kertas surih. Mereka mengalami sedikit kesukaran untuk mengekalkan jarak antara huruf. Tetapi, dengan latih tubi masalah ini berjaya dihadapi. AKITIVITI 5 Menulis huruf secara mekanis. Murid diterangkan maksud garisan biru yang terdapat dalam modul. Murid menulis sendiri huruf berpandukan contoh dan garisan biru yang terdapat dalam modul. Murid juga dibimbing untuk menulis huruf menggunakan ruangan yang disediakan. Hampir 90% murid dapat menulis huruf kecil dengan baik dengan kemas. Murid juga berjaya membuat latihan menulis dalam buku garis tiga dengan baik. i. Modul Cilik Bahasa yang digunakan. Rajah 2 Muka depan dan latihan surih huruf. Menekap huruf menggunakan kertas surih. Menulis dan menyambung titik huruf.
105 ii. Aktiviti 1 (Mewarna Muka Depan Modul) iii. Aktiviti 2 (Surih Huruf Mengikut Anak Panah) iv. Aktiviti 3 (Sambung Titik Pada Huruf) v. Aktiviti 4 (Menekap Huruf) vi. Aktiviti 5 (Menulis Huruf) Rajah 2
106 5.5 REFLEKSI KAJIAN Setelah semua aktiviti dijalankan mengikut Modul Cilik Bahasa, murid-murid Tahun 1 Teratai dan 1 Seroja lebih berkeyakinan untuk menulis huruf ketika diminta oleh guru. Murid-murid juga dapat memahami konsep kepentingan bentuk sesuatu tulisan. Bagi memastikan muridmurid mengaplikasikan kandungan modul, mereka akan diberikan latih tubi menulis menggunakan buku garis tiga dan buku garis satu. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah. 5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Jadual 5 Keputusan Ujian Pra Kumpulan Huruf Bilangan Murid Menguasai Huruf vokal 40/60 Huruf tiada ekor / kaki 30/60 Huruf bertiang tinggi 25/60 Huruf tiang ke bawah 25/60 Huruf berekor 30/60 Huruf jarang guna 50/60 Jadual 6 Keputusan Ujian Pos Kumpulan Huruf Bilangan Murid Menguasai Huruf vokal 55/60 Huruf tiada ekor / kaki 54/60 Huruf bertiang tinggi 55/60 Huruf tiang ke bawah 52/60 Huruf berekor 53/60 Huruf jarang guna 55/60 Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan kami dapati perubahan begitu ketara dimana pada Ujian Pos hampir 90% murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf kecil. Ini kerana semasa Ujian Pra dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan menulis huruf dengan betul. Rajah 3 di bawah menunjukkan peningkatan cara tulisan selepas menggunakan Modul Cilik Bahasa ini.
107 Rajah 3 5.5.2 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Graf 1 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid dapat memperbaiki tulisan dan huruf yang tidak kemas, sukar dibaca, menulis di atas garisan dan penggunaan jarak antara huruf dengan lebih baik. Penggunaan Modul Cilik Bahasa ini menjadikan murid lebih teliti dan peka semasa menyiapkan tugasan bertulis masing-masing. Hasil maklum balas daripada murid, mereka merasa seronok kerana latih tubi tulisan yang dibuat lari daripada kebiasaan kerana latihan menulis tidak hanya menumpukan pada teknik menyalin semata-mata. Selain itu, muridmurid tidak merasa tertekan kerana kaedah ansur maju yang digunakan sangat membantu murid untuk menulis huruf kecil dengan mudah. Di samping itu, pemantauan berterusan yang 0 10 20 30 40 50 60 Huruf vokal Huruf tiada ekor / kaki Huruf bertiang tinggi Huruf tiang ke bawah Huruf berekor Huruf jarang guna Perbandingan Bilangan Murid Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
108 dijalankan oleh guru semasa 10 minit sebelum memulakan kelas dapat memotivasikan muridmurid untuk menulis dengan lebih kemas lagi. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhannya, kajian ini mencapai objektif yang disasarkan. Pelaksanaan aktiviti akan diteruskan agar dapat memberi impak positif kepada minda murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang formal dalam bilik darjah. Ia juga menjadi satu kepuasan kepada guru-guru yang terlibat melihat perubahan yang berlaku kepada muridmurid mereka. Pemberian ganjaran pastinya membuatkan murid berasa dihargai setelah mereka berusaha mencapai objektif yang disasarkan. Seterusnya, cadangan kajian yang akan datang, kami akan melibatkan peranan ibu bapa untuk membantu dengan cara berada di samping murid semasa menggunakan modul ini. Ibu bapa boleh melihat perkembangan tulisan anak-anak mereka di rumah dan seterusnya membantu dalam proses pembelajaran anak masing-masing. Kerjasama guru dan ibu bapa akan membantu meningkatkan kemahiran menulis murid Tahun 1. Sebagai langkah untuk penambahbaikan program ini, dicadangkan agar sekolah memberi sedikit peruntukkan dalam pemberian ganjaran agar sedikit sebanyak mengurangkan beban guru-guru yang melaksanakan program ini. Selain itu, guru-guru boleh mencadangkan agar murid-murid ini terpilih untuk diberi anugerah pada Majlis Apresiasi SKSAT.
109 RUJUKAN Abdul Rashid Jamian (2011) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Dokumen Sandard Kurikulum Sandard Sekolah Rendah (KSSR) : Model Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Universiti Putra Malaysia. Nor Zuhaila bt Mahmad Azmi. (2020). Bermain meningkatkan kemahiran menulis. (online) http://www.myhealth.gov.my/bermain-meningkatkan-kemahiran-menulis/ Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Karisma Publications Sdn. Bhd. Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
110 “PENGGUNAAN AKRONIM BAGI MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 4 TERHADAP EMPAT TAHAP ZAMAN PRASEJARAH. MAT ROSDI BIN MAT ISA, NORHAZIEYATI BINTI HASHIM, KHOLIJAH BINTI DON Sekolah Kebangsan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin , yang kurang menguasai teknik menjawab soalan topik Tahap Zaman Prasejarah. Seramai 20 orang murid Tahun 4 Kenanga lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan peperiksaan pentaksiran. Hasil daripada tinjauan, didapati murid kurang mantap kaedah untuk mengingati Tahap Zaman Prasejarah. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah menggunakan AKRONIM diadaptasikan melalui penerangan tentang teknik menjawab melalui kaedah ”Pak Mat Naik Lori”. Melalui kaedah ”Pak Mat Naik Lori” guru membimbing murid memantapkan penguasaan terhadap penumpuan kata kunci dalam soalan menggunakan AKRONIM. Seterusnya murid diberi kaedah AKRONIM ”Pak Mat Naik Lori ” . Hasil tinjauan fasa pertama didapati murid menghadapi masalah menjawab soalan dengan tepat. Oleh demikian, bagi mengatasi masalah ini murid diberi bimbingan mengingat secara kreatif menggunakan AKRONIM yang terkandung dalam ”Pak Mat Naik Lori”. Perbandingan keputusan Ujian Pra sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Maka analisis dapatan kajian mempamerkan bahawa penggunaan ”AKRONIMt” dalam pembelajaran sejarah terhadap murid Tahun 4secara keseluruhannya mempamerkan peningkatan yang baik. Kata Kunci: AKRONIM 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Saya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah murid yang kurang mengingat teknik menjawab sejarah dengan tepat dalam pembelajaran sejarah. Justeru, kaedah menggunakan AKRONIM adalah jalan penyelesaian yang berkesan bagi memantapkan pengetahuan dan pemahaman murid bagi setiap topik Tahap Zaman Prasejarah Tahun empat. Kajian Tindakan ini melibatkan murid Tahun Empat dari kalangan murid lemah, sederhana cemerlang dalam pencapaian sejarah. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui semakan buku latihan dan soalan Latihan Aktiviti (Julai 2023) didapati murid menghadapi masalah menjawab soalan dengan tepat sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian dalam Pentaksiran Pertengahan Tahun ( Ogos 2023). Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya dapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan topik Tahap Zaman Prasejarah. Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan topik Tahap Zaman Prasejarah, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain itu, saya dapati murid tidak memahami kehendak soalan, tidak
111 memahami istilah Tahap Zaman Prasejarah, dan tidak memahami sebahagian empat tahap yang telah diajar, maka murid gagal menjawab soalan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan dengan betul, maka masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah melakukan intervensi terhadap teknik pengajaran yang lebih mudah dengan menggunakan AKRONIM. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada pengetahuan dan pemahaman murid terhadap Tahap Zaman Prasejarah dengan menggunakan AKRONIM. Usaha ini dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk; 2.0.1 menguasai Empat Tahap Zaman Prasejarah. 2.0.2 memahami kaedah guru mengajar 2.0.3 mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul 2.0.4 dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari. 2.0.5 memahami kata kunci menjawab soalan Tahap Zaman Prasejarah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terhadap teknik yang tepat untuk menjawab soalan empat Tahap Zaman Prasejarah seterusnya menggalakkan murid untuk menjawab soalan dengan betul mengikut kehendak soalan. 3.3 Objektif Khusus 3.3.1 Meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknik mudah bagi menjawab soalan Empat Tahap Zaman Prasejarah. 3.3.2 Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan 3.3.3 Memberi keyakinan murid untuk menjawab soalan dengan tepat 3.3.4 Meningkatkan peratus lulus dan cemerlang murid bagi mata pelajaran Sejarah.
112 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 4 Kenanga yang terdiri daripada 10 orang murid dari lelaki dan 10 orang murid dari perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku latihan dan kertas peperiksaan. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid. April - Mei 2023 Memeriksa buku latihan murid Mengenal pasti kelemahan murid menjawab soalan melibatkan Empat Tahap Zaman Prasejarah KAEDAH 2 23 Julai 2023 Murid membuat latihan aktiviti - (UJIAN PRA) Latihan Aktiviti Mengumpul data murid untuk dianalisis KAEDAH 3 Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) 7 Ogos 2023 Murid menjawab soalan- (UJIAN PASCA) Data diperoleh untuk dianalisis bagi memastikan masalah yang dihadapi murid. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sejarah topik Empat Tahap Zaman Prasejarah juga ditinjau dengan terperinci melalui soalan Latihan Aktiviti. Jadual 2 Analisis Tinjauan Masalah Bhg. Soalan Masalah telah dikenal pasti BAHAGIAN A Murid belum menguasai Empat Tahap Zaman Prasejarah. Kurang memahami maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat iaitu Empat Tahap Zaman Prasejarah. BAHAGIAN B Tidak memahami kehendak soalan dengan tepat berdasarkan pernyataan yang diberikan.
113 c) Analisis markah dalam Latihan Aktiviti (Julai 2023) Jadual 3 Analisis Skor Latiahan Aktiviti -Pra Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian Pra Bhg. A Bhg. B 1 2 Lelaki Lelaki 8 6 6 2 Penguasaan Tahap Zaman Prasejarah Tahun 4. 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan 15 10 11 11 7 5 4 0 5 2 8 Perempuan 8 5 9 Perempuan 11 2 10 Perempuan 11 0 11 Lelaki 6 0 12 13 14 15 16 17 18 Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan 8 4 6 7 5 3 8 0 0 0 0 0 0 0 19 20 Perempuan perempuan 6 4 0 1 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut; Jadual 4 Perincian aktiviti yang telah dilaksanakan TARIKH PERINCIAN AKTIVITI 1 Jun 2023 AK1: Bimbingan menggunakan “AKRONIMt” Julai 2023 AK2: Teknik menjawab AKRONIM Ogos 2023 AK3: Penggunaan AKRONIM “ Pak Mat Naik Lori” Jadual 5 Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang dilaksanakan Aktiviti Pemerhatian Refleksi AKTIVITI 1 Latihan Aktiviti Murid dibekalkan dengan soalan pernyataan. Murid dibimbing untuk memahami Empat Tahap Zaman Prasejarah. Murid-murid memberi respon yang baik, didapati murid-murid masih ragu-ragu untuk mengisi ruang kata kunci dalam jawapan. AKTIVITI 2 Bimbingan murid menggunakan AKRONIM Murid diberi bimbingan menggunakan AKRONIM untuk menulis jawapan. Murid membuat perbincangan aktif Bersama ahli kumpulan. Murid mempunyai sifat berani mencuba untuk memberi jawapan.
114 Murid diberi panduan menggunakan AKRONIM tertentu. AKTIVITI 3 Penggunaan AKRONIM Murid mengaplikasi AKRONIM dengan menggunakan “Pak Mat Naik Lori” yang mempunyai soalan Empat Tahap Zaman Prasejarah. Pemahaman murid dinilai melalui soalan Pentaksiran Pertengahan Tahun. murid Berjaya menjawab soalan dengan tepat Rajah 1 Perbincangan Penggunaan AKRONIM.
115 Rajah 2 Aktiviti 1 :Murid Menjawab Latihan Pra Rajah 3 Aktiviti 2: Bimbingan menggunakan “AKRONIM” Rajah 6
116 5.5 REFLEKSI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan sejarah dengan lengkap. Didapati murid-murid jelas dengan penerangan pengkaji, namun memerlukan bimbingan yang lebih untuk jangka masa yang panjang bagi membolehkan mereka 100% menguasai kemahiran AKRONIM untuk menjawab soalan dengan tepat. Ini kerana penggunaan “AKRONIM” berfokuskan kepada murid menguasai Tahap Zaman Prasejarah. Untuk aktiviti seterusnya, bagi memantapkan kaedah mengingat secara kreatif kaedah “AKRONIM” adalah teknik memudahkan murid menjawab soalan sejarah bagi topik Tahap Zaman Prasejarah. Ini dapat membantu murid membuat perbandingan soalan serta panduan menjawab dengan lebih jelas dan tepat berdasarkan soalan. 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Jadual 5 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian Bhg. A (PRA) Bhg. A (PASCA) Bhg. B (PRA) Bhg. B (PASCA) 1 2 Lelaki Lelaki 8 6 12 10 6 2 10 8 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan 15 10 11 11 7 15 12 14 13 10 5 4 0 5 2 8 7 6 8 6 8 Perempuan 8 14 5 8 9 Perempuan 11 15 2 7 10 Perempuan 11 15 0 6 11 Lelaki 6 8 0 6 12 13 14 15 16 17 18 Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan 8 4 6 7 5 3 8 10 6 10 9 8 6 12 0 0 0 0 0 0 0 7 5 8 4 5 6 5 19 20 Perempuan perempuan 6 4 10 12 0 1 6 5
117 5.5.2 Analisis Keputusan Jadual 6 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca (Bahagian B)- Lelaki Skor Keputusan Ujian Pra Ujian Pasca 0 2 0 1-2 3 0 3-4 1 0 5-6 4 3 7-8 - 6 9-10 - 1 5.5.2 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (Lelaki) Jadual 7 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca (Bahagian B)- Perempuan Skor Keputusan Ujian Pra Ujian Pasca 0 9 0 1-2 1 0 3-4 0 0 5-6 0 7 7-8 0 2 9-10 0 1 6.3 Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca (Perempuan) 0 1 2 3 4 5 6 7 SKOR 0 SKOR 1-2 SKOR 3-4 SKOR 5-6 SKOR 7-8 SKOR 9-10 UJIAN PRA UJIAN PASCA 0 2 4 6 8 10 SKOR 0 SKOR 1-2 SKOR 3-4 SKOR 5-6 SKOR 7-8 SKOR 9-10 UJIAN PRA UJIAN PASCA
118 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada bahan intervensi iaitu “AKRONIM” semasa PdP murid Tahun 4 yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2023 . Kajian Tindakan ini dapat memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti PdP dalam mata pelajaran sejarah dengan berbantukan bahan intervensi seperti “AKRONIM”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan budaya pembelajaran murid lemah dalam memantapkan kefahaman mereka menulis soalan berdasarkan AKRONIM “ Pak Mat Naik Lori”. Hal ini bermakna intervensi sejarah menggunakan “AKRONIM” memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berfokus kepada mereka. Walaupun keputusan ujian pra dan pasca menunjukkan perbezaan yang tidak ketara, tetapi hasil intervensi menunjukkan peningkatan markah murid bagi kedua-dua ujian tersebut. Selain itu murid juga menunjukkan sikap yang positif dan sangat komited semasa bimbingan diberikan oleh guru. Murid yang didapati pendiam sebelum ini kelihatan aktif bersoal jawab dan memahami kaedah aktiviti dilaksanakan dengan membuat perbincangan secara berkumpulan, menyemak jawapan antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa murid lemah bermotivasi mengikuti pembelajaran secara bimbingan khusus dan berfokus. Impaknya murid lemah dapat mengumpul markah tinggi semasa ujian pasca. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya percaya kualiti pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat dipertingkatkan jika semua guru dapat mengambil inisiatif meningkatkan kualiti dalam konteks mendidik murid-murid secara bimbingan khusus. Usaha demi usaha perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sejarah ke tahap yang lebih memuaskan. Maka kajian tindakan terhadap subjek sejarah yang seterusnya wajar dilaksanakan terhadap skop yang lebih besar untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kualiti PdP sejarah mengikut kaedah-kaedah yang difikirkan perlu berdasarkan kelemahan murid.
119 RUJUKAN Dr Sivarajan a/l Ponniah, Ahmad Hishanuddin Bin Ramli, Noor Syazana Binti Taib.(2019). Sejarah Tahun 4 SK. DBP. Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025) Mok Song Sang, (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mohd Majid Konteng. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, DBP. Kuala Lumpur. Munaliza Zailan, Ros Maria Cin, Norfarah Baidi. (2021). PBD Sejarah Tahun 4 SK. Sasbadi Sdn. Bhd. Puteri Darishah (2023). “Key Chain KPS”: Meningkatkan kemahiran Proses Sains Murid Menulis Hipotesis, Pernyaan Masalah, Pembolehubah, inferens dan Definisi Secara Operasi. Jurnal Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, (1), 25-42. Slideshare.net/ZUZANMICHAEL/kajian-tindakan-penggunaan-akronim-untuk-sejarah-tahun 4 SMK medamitactionresearch.blogspot.com/2016/12/teknik-akronim.
120 KEMAHIRAN MEMANIPULASIKAN RUANG DALAM LAKARAN SITI AISHAH BINTI ABDULLAH, SITI MARIAM BINTI IBRAHIM, NORLIZA BINTI SAMSUDIN SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahap 1 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra Kedah dalam melakar objek menggunakan ruang dengan betul dan efektif. Tajuk ini mencerminkan fokus pada kemampuan murid untuk mengubah dan mengatur elemenelemen visual dalam ruang lakaran dengan cara yang kreatif dan berkesan. Ia mencerminkan kemampuan untuk mengatur dan mengolah elemen-elemen visual dalam lakaran untuk menciptakan komposisi yang kreatif dan berkesan. Dalam konteks ini, memanipulasikan ruang merujuk kepada cara murid meletakkan, mengubah ukuran, dan menggabungkan elemen-elemen seperti garisan, bentuk, warna, dan tekstur pada kertas lakaran untuk mencapai hasil yang diinginkan. Kata Kunci: elemen-elemen visual, komposisi, memanipulasi, tekstur 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Kandungan Buku Pendidikan Kesenian Tahun 2 mensasarkan untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran dalam bidang seni visual. Penulisan dalam buku teks ini lebih menerapkan unsur kecerdasan pelbagai pemikiran kritikal dan pengetahuan sedia ada bagi membantu murid untuk melakukan aktiviti individu mahupun berkumpulan. Kesemua aktiviti yang disediakan bertujuan membolehkan murid mengetahui, memahami, menguasai, mengaplikasi dan menghasilkan karya seni (Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2 KSSR Semakan). Sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 2, berdasarkan pemerhatian dan saringan setelah mengajar kelas selama 5 bulan serta melalui pelbagai aktiviti seperti melukis dari satu jenis objek hingga enam jenis objek di atas kertas lukisan, didapati murid-murid masih kurang menguasai kemahiran menggunakan ruang semaksima yang mungkin bagi menghasilkan lakaran objek yang menarik. Hal ini menurut pemerhatian saya berpunca daripada: i) murid tiada kesungguhan untuk melakar dengan baik ii) murid tiada keyakinan yang tinggi untuk melakar iii) pengetahuan sedia ada murid tentang ruang masih kurang Di sebalik situasi itu, saya menyenaraikan beberapa perkara atau tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi seperti:
121 i) mengambilkira tahap kefahaman dan membimbing murid membuat lakaran dari peringkat asas. ii) membuat latih tubi bagi membina kemahiran melakar. Bagi membantu menyelesaikan masalah murid yang tidak menguasai atau tidak mahir melukis objek dengan betul, saya menggabungjalinkan kemahiran murid berbakat atau berpotensi bersama murid yang kurang atau tidak ada kemahiran melukis. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokus untuk meningkatkan kemahiran murid memanipulasikan ruang sedia ada bagi melakar dengan lebih baik dan menarik serta tidak meninggalkan ruang kosong yang banyak. Ruang kosong yang terlalu luas akan menjejaskan hasil lakaran serta sukar untuk menginterpretasikan elemen-elemen seni visual seperti komposisi, perspektif, kontrast dan sebagainya, yang terdapat dalam Pendidikan Kesenian itu sendiri. Daripada refleksi di atas di dapati sebahagian murid kurang mahir menggambar bentuk objek dengan betul dan bertepatan dengan rupa yang dikehendaki kerana murid: a. tidak mahir menguasai teknik lukisan dan lakaran b. kurang pendedahan tentang teknik-teknik asas lukisan dan lakaran c. murid tidak cuba berlatih sendiri secara berterusan d. murid tidak bertanya kepada guru Masalah ini berlaku dalam kalangan murid disebabkan tidak memiliki kemahiran asas melukis objek, tidak tahu teknik-teknik asas lukisan dan lakaran yang betul, sikap murid yang malu, dan tidak minat membuat latihan serta mahu cepat siapkan tugasan. Ini ditambah dengan jumlah murid yang masih kurang menguasai kemahiran melukis yang agak ramai.
122 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan bilangan murid yang menguasai kemahiran memanipulasikan ruang dalam lakaran dengan baik. 3.2 Objektif Khusus a) Meningkatkan bilangan murid dapat menguasai teknik asas melukis objek buah-buahan tempatan menggunakan teknik asas yang betul dalam ujian diagnostik. b) Melahirkan sekurang-kurangnya 15 orang murid yang boleh memanipulasikan ruang dengan baik dalam lakaran objek buah-buahan tempatan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian dijalankan ke atas murid-murid dari kelas Tahun 2 Mawar Putih SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra Kedah. Murid-murid terdiri daripada 31 orang; 18 murid lelaki dan 13 murid perempuan. Murid-murid ini didapati tidak dapat memanipulasikan ruang yang disediakan ketika melakar objek buah-buahan tempatan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: a. Kaedah kutip data Kaedah ini diperoleh melalui cara pemerhatian dalam bilik darjah semasa proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan dalam kelas. b. Pemerhatian Semakan hasil tugasan dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid. Tingkah laku murid sebelum dan selepas setiap tugasan juga diperhatikan.
123 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil tinjauan masalah memperolehi dapatan seperti berikut: a. Kaedah kutip data Di dapati pengetahuan dan kemahiran murid dalam melukis objek buah-buahan tempatan menunjukkan tahap yang kurang memberansangkan. Melalui kaedah ini, data menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid. Murid diuji untuk mengetahui masalah yang dihadapi mereka. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi: Jadual 1 Tahap penguasaan murid Tahap Penguasaan Bilangan Murid Mahir (A) 8 Kurang mahir (B) 9 Tidak Mahir (C) 13 Keputusan ujian diagnostik menunjukkan masih terdapat sejumlah pelajar yang memperoleh gred C seramai 13 orang, manakala yang mendapat gred B pula seramai 9 orang dan bilangan pelajar yang memperoleh gred A adalah 8 orang sahaja. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian murid tidak menguasai teknik yang betul serta kurang kemahiran penerokaan, merupakan punca utama keputusan kurang memberangsangkan diperoleh. b. Kaedah pemerhatian Pemerhatian yang dibuat mendapati bahawa sebahagian murid tidak dapat memanipulasikan ruang lukisan yang disediakan untuk melukis objek buah-buahan tempatan dengan kreatif dan menarik kerana murid-murid tidak menggunakan sepenuhnya ruang dalam kertas lukisan yang diberi.
124 Jadual 2 Langkah-langkah pemerhatian Langkah Cara penilaian Tujuan Langkah 1 Memberi tugasan kepada murid. Pemerhatian hasil kerja murid. Mengenal pasti kemahiran asas dan pengetahuan sedia ada murid. Langkah 2 Murid membuat lakaran gambar buah-buahan berdasarkan contoh yang diberikan. Pemerhatian semasa murid menjalankan tugasan yang diberikan dalam kelas. Mengenal pasti kaedah lakaran yang digunakan oleh murid semasa membuat lakaran. Langkah 3 Guru mengenal pasti tahap kemahiran murid. Kutipan data berdasarkan hasil kerja murid. Menganalisa hasil kerja murid. Langkah 4 Guru membuat 124indakan mengatasi masalah. Guru memberi latih tubi kepada murid sehingga mahir selama 4 minggu. Meningkatkan hasil kerja murid. i) Guru menampal gambar buah-buahan dan murid diminta meniru lakaran tersebut . Rajah 1 Guru memberi tugasan kepada murid Rajah 2 Murid memegang pensel dengan pelbagai cara. Pemerhatian: Hasil lakaran tetap cantik dan betul.
125 ii) Murid tidak mahir melakar bentuk asas. Mereka menggunakan alat bantuan seperti botol air untuk membuat bentuk bulat dan pembaris untuk melakar objek yang berbentuk segi tiga. Rajah 4 Murid menggunakan alat bantuan seperti botol dan pembaris untuk melukis bentuk Rajah 5 Murid meniru membuat lakaran gambar buah-buahan iii) Murid kurang mahir menganggar jarak untuk melukis gambar buah-buahan. Rajah 6 Hasil : Ruang tidak seimbang dan gambar terlalu ke bawah.
126 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut; a) Langkah 1 - Guru melukis dahulu 2 objek dan minta murid tiru dengan melukis bentuk objek dengan menganggar ruang yang sesuai dan seimbang. Rajah 7 Lakaran buah-buahan oleh guru di papan tulis b) Langkah 2 – murid diterangkan bahawa mereka perlu melakar di tengah-tengah kertas lukisan. Rajah 8 Murid dibimbing untuk melakar di tengah-tengah kertas lukisan.
127 c) Langkah 3 - i. Guru menambah lakaran dengan melukis dua lagi objek. ii. Murid diminta meniru dan dibimbing membuat anggaran yang sesuai. Rajah 9 Beberapa contoh hasil lakaran murid d) Langkah 4 - i. Guru menambah satu lagi lakaran objek. ii. Murid diminta meniru dan melukis dengan anggaran yang sesuai. Rajah 10 Murid meniru lakaran guru dengan pertambahan lakaran buah di papan tulis.
128 e) Langkah 5 - i. Guru menambah lakaran gambar buah manggis dan murid meniru lakaran tersebut. Rajah 11 Murid meniru lakaran guru dengan pertambahan lakaran buah yang terakhir. 5.4 Refleksi Kajian Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah menunjukkan pencapaian seperti berikut: 5.4.1 Penilaian Pencapaian Murid Jadual 3 Pencapaian murid selepas aktiviti bimbingan dan latihan berpandu dijalankan. Tahap Penguasaan Bilangan Murid Mahir 16 Kurang mahir 14 Tidak Mahir 1 i. Berdasarkan data yang diperolehi, saya mendapati terdapat perubahan yang ketara dari segi pencapaian kemahiran murid membuat lakaran. Murid – murid dapat melakar objek dengan anggaran ruang yang lebih baik hasil daripada bimbingan secara berperingkat yang diberi oleh guru. ii. Murid – murid lebih gembira menjalankan aktiviti membuat lakaran. Selain itu, mereka juga tidak lagi menggunakan peralatan seperti pembaris, botol air, dan sebagainya untuk membuat bentuk asas objek.
129 6.0 REFFLEKSI SELEPAS KAJIAN Refleksi sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid Tahun 2 Mawar Putih kelihatan seronok tetapi kurang memberi tumpuan pada aktiviti melakar yang dijalankan. Jadi, saya perlu membantu mereka supaya terus menyiapkan tugasan. Untuk aktiviti seterusnya saya bercadang untuk menggunakan lembaran aktiviti supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti menggambar dan melakar. Selain itu, saya juga akan menggunakan tayangan multimedia atau video untuk menanam minat murid – murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 7.0 RUMUSAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menyelidik masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 2 kaedah memanipulasikan ruang dalam aktiviti melakar objek dan untuk mengkaji kesan latihan berulang kali terhadap peningkatan kemahiran melakar dan penggunaan ruang yang lebih baik dalam kalangan murid-murid tersebut. Kajian ini memberi penekanan pada masalah awal yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 2 dalam mengguna ruang dalam aktiviti melakar objek dan bagaimana latihan berulang kali mempengaruhi peningkatan kemahiran mereka dalam aspek ini. Kajian ini dapat membantu mengenalpasti punca-punca masalah dan strategi yang berkesan untuk meningkatkan penggunaan ruang dalam seni lukis dalam kalangan murid Tahun 2. 8.0 PENUTUP Kajian ini telah menjelaskan permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 2 dalam penggunaan ruang dalam aktiviti melakar objek dan menunjukkan bahawa latihan berulang kali berkesan dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek ini. Hasil kajian ini memberikan maklumat penting untuk guru dan pihak berkaitan dalam memahami keperluan murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bagi guru, penekanan pada latihan berulang kali dan bimbingan yang lebih jelas adalah strategi yang berpotensi untuk membantu murid-murid mencapai tahap penguasaan yang lebih baik dalam seni lukis.
130 9.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pendidikan Kesenian Tahun 2 Sekolah Kebangsaan KSSR. Turner, Michael. (2017). "Meningkatkan Kemahiran Visualisasi Ruang Di Kalangan Pelajar Sekolah Melalui Latihan Lukisan Berulang." Jurnal Reka Bentuk Visual, 21(2), 45-59. Meningkatkan Kemahiran Melukis Objek Dalam Kalangan Pelajar Seni Visual Semester 2 STPM 2019 SMK Sungkai, Satu Kajian Tindakan Menggunakan Kaedah “Gabung Setting”. Kajian Tindakan. Di capai pada Jun 2023 dari https://anyflip.com/dcxlb/tzcu/basic
131 KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA TERBUKA KV+KV DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PRASEKOLAH DENGAN KAEDAH PINTAR LKS ZAIDA BINTI ROMLI Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kemahiran membaca merupakan perkara paling penting terhadap murid prasekolah dalam memastikan murid bersedia untuk melangkah ke tahun satu kelak. Dalam kelas saya terdapat 6 daripada 25 orang murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik terutama sekali perkataan yang melibatkan suku kata KV+KV. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan kaedah pengajaran untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan sekaligus dalam mengenal dan menyebut suku kata terbuka KV+KV menggunakan kaedah Pintar LKS. Hasil pemerhatian sebelum kajian dijalankan, didapati murid kurang minat untuk membaca, keliru dengan bunyi sebutan huruf dan sukar untuk mengecam dan menggabungkan bunyi suku kata. Murid juga kurang keyakinan untuk membaca di hadapan murid lain dan guru tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada semua murid. Metadologi data diperolehi melalui rekod pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, ujian pra dan ujian pos. Intervensi yang dilakukan ke atas murid ialah dengan menggunakan kaedah Pintar LKS menggunakan buku Teknik Cepat Membaca yang mempunyai saiz huruf yang besar dan warna mengikut suku kata. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran membaca terutama sekali dari segi mengeja dan menyebut suku kata KV+KV. Kajian ini juga telah memotivasikan murid untuk lebih yakin membaca dan saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih menarik minat murid. Secara rumusan, kajian ini dapat memudahkan tugas saya mengajar murid serta dapat menimbulkan keseronokan dan pengalaman terhadap murid-murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti membaca. Oleh yang demikian saya akan terus menggunakan kaedah ini bagi kumpulan murid prasekolah yang akan datang. Kata Kunci : Pintar LKS (Lihat, Kenal, Sebut), menyebut huruf, suku kata, mengeja, murid prasekolah 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lalu, masih terdapat 6 orang murid yang belum menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV. Tiga orang murid hanya dapat membaca suku kata KV dengan mengeja terlebih dahulu. Selain itu, terdapat 3 orang murid yang belum menguasai kemahiran mengenal huruf. Kajian ini adalah untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Prasekolah. Seramai 6 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perlukah saya memperkenalkan semua huruf kepada murid terlebih dahulu sebelum memperkenalkan perkataan kepada mereka? Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu murid membaca dengan lancar? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat murid yang lemah supaya rajin membaca? Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?
132 Saya telah berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namun masih terdapat murid yang tidak dapat membaca dengan baik apabila tamat persekolahan di prasekolah pada setiap tahun. Saya berpendapat lemahnya kemahiran membaca dikalangan murid tertentu di prasekolah adalah disebabkan kelemahan saya sendiri untuk memberi lebih perhatian kepada murid yang lambat menguasai kemahiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti akan terdapat murid prasekolah yang akan ketinggalan apabila masuk ke tahun satu nanti. SK Sultan Ahmad Tajuddin merupakan sebuah sekolah dalam bandar yang terletak di Jitra, Kedah. Tahap pencapaian penguasaan Bahasa Melayu untuk murid-murid prasekolah ini adalah baik, namun setiap tahun cabaran berhadapan dengan murid-murid yang kurang menguasai Bahasa Melayu juga tetap ada. Menurut Husin Fateh Din dan Nazariah Sani (2011), terdapat beberapa factor yang mempengaruhi kebolehan membaca iaitu factor diri sendiri, faktor psikologi, faktor persekitaran dan faktor bahan bacaan. Justeru itu, guru perlu kreatif dalam menghasilkan bahan inovasi bagi membantu murid prasekolah menguasai kemahiran membaca. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KV melalui kaedah Pintar LKS menggunakan buku Teknik Cepat membaca dimana murid dibimbing untuk membaca secara ansur maju. Murid dibimbing untuk mengenal huruf terlebih dahulu secara latihtubi sehingga murid dapat mengecam huruf dan seterusnya membaca suku kata KV+KV. Latihtubi akan diaplikasi kepada murid setiap pagi selama sepuluh minit pada masa perbualan pagi dan waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sekiranya murid menguasai, mereka akan diberikan ganjaran fizikal. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV murid Prasekolah Arif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan kaedah Pintar LKS. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KV di kalangan murid prasekolah. 3.2.2 Memastikan 6/6 murid Prasekolah Arif dapat membaca suku kata KV+KV 3.2.3 Memastikan 6/6 murid Prasekolah Arif dapat membaca ayat mudah yang mengandungi suku kata KV+KV.
133 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 6 orang murid Prasekolah Arif Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan pentaksiran lisan secara individu ketika pengajaran dan pembelajaran. Didapati murid tidak melepasi tahap penguasaan membaca sekurangkurangnya memperoleh tahap penguasaan TP2 iaitu sedang menguasai melalui Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK). *Skala gred* TP 1 Boleh membunyikan suku kata (KV) TP 2 Boleh membaca perkataan dengan suku kata terbuka. (KVKV) TP 3 Boleh membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul (KVK / KVKVK ) Rajah 1: Pentaksiran lisan secara individu ketika PdPc sebelum pelaksanaan kaedah Pintar LKS.
134 Rajah 2: Pemerhatian melalui hasil kerja murid ketika PdPc sebelum pelaksanaan kaedah Pintar LKS BM4: Kemahiran Membaca Perkataan (BM 2.3) P1 TP TARIKH M1 1 17.7 M2 1 17.7 M3 1 17.7 M4 2 17.7 M5 1 17.7 M6 1 17.7 Jadual 1: Di atas diambil daripada contoh Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan tinjauan masalah, didapati murid mengalami masalah untuk mengingati nama huruf disebabkan bentuk dan bunyi yang hampir sama. Oleh itu, penggunaan kaedah pengajaran membaca yang sesuai dengan minat dan kemampuan murid amat perlu agar memberi impak positif terhadap proses pembelajarannya. Selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), guru prasekolah perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi pengalaman yang menyuburkan dan menyeronokkan, melibatkan murid secara aktif serta dalam suasana yang selamat. Justeru guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan
135 mempelbagaikan aktiviti berpandukan Standard Pembelajaran mengikut kesesuaian murid (BPK KPM 2017). Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi seperti yang dinyatakan di jadual 2. Jadual 2: Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri INKUIRI KENDIRI REFLEKSI Apakah latar belakang murid ini? Murid-murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian yang agak lemah dalam kemahiran membaca suku kata KV+KV. Apakah tahap kebolehan asas yang perlu murid kuasai sebelum mempelajari kemahiran membaca suku kata kv+kv? Murid perlu menguasai dan mempelajari kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan baik. Mengapakah murid kurang menguasai dan tidak dapat selesaikan soalan itu? • Murid sukar mengenal dan menyebut suku kata KV, KVK dan KVKV secara individu. • Murid keliru dengan bunyi suku kata yang mempunyai persamaan bunyi. Contoh: Bu dengan Du Bubu dengan dudu Mengapakah murid alami masalah untuk membaca suku kata kv+kv dengan betul? Murid keliru dengan sebutan suku kata dan sebutan Fonik. Semasa PdPc saya menerapkan teknik bacaan secara mengeja suku kata, manakala teknik fonik pula murid terus menyebut suku kata tanpa mengeja terlebih dahulu Mengapakah murid tidak bersemangat dan kurang bermotivasi untuk belajar? Murid kelihatan seperti memencilkan diri dan tidak berminat apabila aktiviti membaca dijalankan Mengapakah saya tidak Berjaya menarik minat murid? • Kekangan masa saya dalam mengejar sukatan pembelajaran yang lain. • Teknik pengajarn yang kurang berkesan seperti kaedah Chalk and Talk dan ejaan beramai-ramai tanpa menggunakan bahan bantu mengajar(BBM) yang sesuai dan menarik. Apakah yang saya perlu buat untuk menarik minat murid? • Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBM yang bersifat maujud dan murid dapat mengaplikasi bahan tersebut bagi memudahkan murid belajar dan menguasai sesuatu kemahiran. • Saya perlu peka dengan persekitaran murid. Setiap murid inginkan suasana yang baharu dalam pengajaran di dalam kelas. Mengapakah murid tidak melibatkan diri secara aktif semasa belajar? • Murid merasa takut dan bimbang untuk membaca perkataan yang saya ajukan kerana mereka risau akan mengeja dan menyebut perkataan tersebut dengan ejaan dan sebutan yang salah.
136 • Murid kurang keyakinan diri untuk membaca dihadapan saya atau dihadapan murid lain. Mengapakah hal ini terjadi? • Murid tidak bersedia untuk menghadapi pembelajaran pada hari tersebut. Contohnya murid mempunyai masalah peribadi, masalah kesihatan dan masalah dengan kawan. • Saya kurang peka dengan persekitaran dan keperluan murid supaya seronok untuk belajar membaca bersama-sama dengan saya. • Saya kurang prihatin dengan keperluan murid dalam kelas, saya juga tidak dapat memberi perhatian terhadap semua murid dalam tempoh waktu yang singkat. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal dan refleksi, saya telah membuat perancangan dengan mengaplikasikan teknik pembelajaran menggunakan kaedah Pintar LKS menggunakan buku Teknik Cepat Membaca. Saya berpendapat buku yang sesuai dan menarik dengan menggunakan gambar dan mempunyai huruf yang lebih besar dan suku kata KV+KV yang berwarna akan mengekalkan tumpuan dan minat kepada murid semasa aktiviti membaca. Rajah 3: Buku Teknik Cepat Membaca
137 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian Aktiviti 1 (Membaca Dalam Kumpulan) Aktiviti 2 (Membaca Secara Berpasangan) Aktiviti 3 (Membaca Secara Individu)
138 5.5 REFLEKSI KAJIAN Setelah semua aktiviti dijalankan, saya dapati bahawa penggunaan kaedah Pintar LKS membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV berbanding sebelum penggunaan kaedah Pintar LKS. Perkara ini adalah selari dengan kajian Othman & Nik Eliani (2009) bahawa aktiviti pembelajarn yang menyeronokkan seperti teknik membaca yang mengasosiasikan suatu bunyi huruf yang diajarkan dengan aksi lakonan meningkatkan daya ingatan, penglihatan dan pendengaran disamping menjadikan sesi pembelajarn lebih menyeronokkan dan aktif. Murid juga tidak cepat merasa bosan dan mengantuk ketika membaca, sebaliknya mereka lebih fokus untuk membaca. Murid lebih seronok membaca sambal bersaing sesama mereka untuk mendapat ganjaran fizikal dan penghargaan seperti hadiah dan bintang apabila berjaya membaca dengan betul. Murid juga telah menunjukkan keyakinan yang tinggi untuk membaca secara individu dengan suara yang lebih kuat dan jelas. 5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Baba mama dada raga mata gigi pipi kiwi biji kiri susu kuku buku sudu cucu kaki topi gula paku guli 20 Rajah 4: Instrumen Ujian Pra dan ujian Pos Jadual 3 Keputusan Ujian Pra Instrumen Penialaian Bilangan Murid Menguasai Mengecam huruf kecil 3/6 Mengecam huruf besar 3/6 Membaca suku kata kv 0/6 Membaca suku kata kv+kv 0/6
139 Jadual 4 Keputusan Ujian Pos Instrumen Penialaian Bilangan Murid Menguasai Mengecam huruf kecil 5/6 Mengecam huruf besar 5/6 Membaca suku kata kv 5/6 Membaca suku kata kv+kv 5/6 Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan didapati perubahan begitu ketara dimana pada Ujian Pos seramai 5 orang murid dapat menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV. Kaedah Pintar LKS ternyata dapat membantu meningkatkan kemahiran murid prasekolah menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV dengan mudah. 5.5.2 Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid dapat meningkatkan keupayaan membaca suku kata KV+KV. Murid juga merasa lebih seronok semasa aktiviti membaca dijalankan. Menurut Mahzan (2012), berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan mempunyai keupayaan secara semulajadi yang dikenali sebagai language acquisition device (LAD). Pendedahan awal sangat penting bagi menggalakkan kanak-kanak memperoleh perbendaharaan kata, sebab itu saya berpendapat bahawa penekanan terhadap penguasaan kemahiran membaca murid sangat penting ketika mereka berada di peringkat prasekolah lagi. Bil Murid , 3 Bil Murid , 3 Bil Murid , 0 Bil Murid , 0 UJIAN PRA Bil Murid , 5 Bil Murid , 5 Bil Murid , 5 Bil Murid , 5 UJIAN POS
140 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhannya, pendekatan yang dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV menunjukkan kejayaan seperti yang diharapkan.. Pelaksanaan aktiviti akan diteruskan agar dapat memberi impak positif kepada pencapaian murid dalam pentaksiran IPPK kali kedua nanti. Lebih bermakna sekiranya kita sebagai guru berjaya mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya menarik minat murid untuk membaca. Muri-murid mempunyai kepelbagaian perbezaan. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid kerana setiap murid mempunyai potensi dan keinginan untuk berjaya. Seterusnya, cadangan kajian yang akan datang, saya akan membuat penambahbaikan dari segi intrumen penilaian dan bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan bersifat maujud. Kerjasama daripada ibubapa juga penting untuk memberi pendedahan membaca lebih awal kepada anak-anak mereka. Pendedahan awal sangat penting bagi menggalakkan kanak-kanak memperoleh perbendaharaan kata.
141 RUJUKAN Zailani binti Zakaria, Faridah binti Yunus (2013). Penggunaan Modul Bacaan Berperingkat Dan kesannya Terhadap Penguasaan Kemahiran Membaca Kanak-kanak Prasekolah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mahzan Arshad (2012). Pendidikan Literasi awal Kanak-kanak: teori dan amali. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad (2017). Siri Cepat Membaca Bacalah anakku. Gombak: Penerbit One-Stop Language & Computer Consultancy. .Mohamad Azman bin Mohd Nor. Siri Teknik Cepat Membaca. Lahat: Penerbit Dana Ilham Resources dan Koperasi Akrab Maju Kinta Berhad. Jabatan Perdana Menteri (2013). Kurikulum PERMATA Negara. Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0 – 4 Tahun. Cyberjaya: Jabatan Perdana Menteri.
142 SIFAR PONTENG MELALUI PROGRAM BREAKOUT DAN SOLUSINYA UMI KALSOM BINTI MAHADI, ISHAFINAZ BINTI ISMAIL Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji isu ketidakhadiran berpanjangan secara berselang seli bagi seorang murid tahun 4. Keadaan ini berlanjutan semenjak murid tersebut di tahap satu lagi dan hasil perbincangan yang telah disimpulkan, iaitu murid tersebut tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab masalah yang dialami oleh murid tersebut, iaitu masalah ketiadaan pengangkutan serta sikap ibu bapa yang memandang ringan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan anak mereka. Murid tersebut tinggal dalam lokaliti yang berdekatan dengan sekolah. Kajian ini juga memfokuskan kepada seorang murid yang ponteng sekolah dikenali sebagai Murid A yang sentiasa tidak hadir ke sekolah yang mengakibatkan murid tersebut ketinggalan dalam arus pembelajaran dan menyebabkan kesukaran kepada guru bagi memberi didikan dan untuk memberi penilaian terhadap murid terbabit. Kata Kunci: ponteng sekolah, ketiadaan pengangkutan, ketinggalan dalam arus pembelajaran 1.0 PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin terletak di Jalan Changlun, iaitu satu km dari Pekan Jitra serta dikelilingi oleh Kampung Teluk Nibung, Kampung Nyior dan Kampung Hijrah yang dibuka pada hari Rabu, 11 Januari 1956. Nama terdahulu bagi Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, iaitu Jitra English School dan ianya juga merupakan sekolah aliran Inggeris yang pertama di kawasan Kubang Pasu. Manakala, guru besar pertama bagi sekolah tersebut ialah En. Lim Sin Chaw yang merupakan bekas guru Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar bersama tiga orang guru sebagai penolong. Tambahan pula, pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 9 November 1956 dan kemudiannya pada tahun 1957 dinamak an Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin di mana mengikut nama Sultan Kedah yang ke-24. Di sekolah ini terdapat 1077 murid dan guru sebanyak 84 orang serta jumlah kesemuanya adalah 1161 orang. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mencari punca kepada Murid A yang ponteng dan sentiasa tidak hadir ke sekolah serta mencari jalan penyelesaian, iaitu dengan mengkaji ketidakhadiran yang dilakukan oleh Murid A secara berpanjangan dan berselang seli oleh seorang murid tahun 4. Tambahan juga, keadaan ini berlaku secara berterusan semenjak Murid A tahun satu lagi Setelah selesai perbincangan dah hasilnya adalah terdapat faktor yang menyebabkan Murid A tidak hadir ke sekolah, iaitu ketiadaan pengangkutan serta sikap ibu bapa Murid A yang memandang ringan terhadap pendidikan anak mereka.
143 Seterusnya, kajian ini memfokuskan kepada Murid A yang sering tidak hadir ke sekolah dan menyebabkan murid tersebut ketinggalan dalam arus pembelajaran yang berlaku di sekolah. Ini juga turut memberikan kesukaran kepada guru-guru yang terlibat dengan pembelajaran Murid A serta tidak dapat memberi penilaian yang tepat kepada murid tersebut. Malah pelaksanaan juga telah dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian untuk cuba menangani masalah yang dihadapi oleh Murid A serta mengesan punca Murid A sentiasa ponteng sekolah dan juga bagi membantu mengatasi masalah ponteng yang dialami oleh murid tersebut. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Masalah yang dialami oleh Murid A sering ponteng sekolah yang semakin ketara dan berlaku semenjak Murid A tahun 1 lagi dan sehingga murid tersebut tahun 4. Hal yang demikian, dua faktor yang menyebabkan Murid A tidak hadir ke sekolah kerana tiada kemudahan pengangkutan serta ibu bapa kepada Murid A yang tidak mengendahkan pelajaran anaknya di sekolah. Oleh itu, guru-guru kepada Murid A perlu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Murid A dan hendaklah mengelakkan perkara ini berlaku secara berterusan. Perkara yang dialami oleh Murid A setelah melakukan sesi temu bual dengan murid tersebut apabila Murid A menceritakan bahawa di rumah, ibu dan ayahnya seakan tidak peduli sama ada murid tersebut pergi ke sekolah atau tidak. Manakala rumah kepada Murid A juga berdekatan dengan sekolah dan ini membuatkan isu ini lebih tertekan akibat daripada pengabaian tanggungjawab yang digalas oleh orang tua kepada Murid A tersebut. Ini menyebabkan perkara seperti ini tidak dapat dibendung dan satu-satunya cara adalah dengan memujuk Murid A supaya kerap datang ke sekolah. 1.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengatasi masalah Murid A supaya tidak lagi ponteng sekolah dan tanggungjawab kepada semua guru Murid A bagi melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian murid tersebut supaya sering datang ke sekolah.
144 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Objektif Umum i. Menangani masalah ponteng sekolah yang dialami oleh Murid A 2.2 Objektif Khusus i. Mengesan punca kepada Murid A sering ponteng sekolah ii. Membantu Murid A tersebut dengan mencari cara mengatasi masalah ponteng yang dihadapi olehnya. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini adalah mengenai seorang murid tahun 4 dari kelas 4 Seroja. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Hasil daripada pemerhatian terhadap kajian ini adalah dengan melakukan sesi temu bual dan soal selidik terhadap keluarga Murid A untuk bersama-sama menangani masalah ponteng sekolah yang dialami oleh anak mereka serta melakukan pemerhatian terhadap Murid A dengan melihat sisi perkembangan Murid A dalam aspek kehadiran ke sekolah. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Bagi mengenal pasti punca Murid A sering ponteng sekolah dan membuat analisis terhadap ketidakhadiran murid tersebut bagi bulan Mac hingga Mei 2023 yang mendapati bahawa bilangan kes tidak hadir tanpa sebab yang munasabah, iaitu kadar ponteng sekolah bagi Murid A adalah tinggi. 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.3.1 Tindakan Dijalankan i. Perbincangan dengan murid secara bersemuka ii. Sesi kunjung bantu iii. Tebus ganjaran, iaitu setiap kehadiran layak menebus ganjaran iv. Program Emak Angkat bersama Murid A v. Mendapatkan Murid A seorang kawan yang berakhlak tinggi dan memahami 5.4 PENILAIAN TINDAKAN Dengan melakukan analisis terhadap kehadiran Murid A dari bulan Jun-Disember 2023.