45 7.0 REFERENCES Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: General Learning Press. Chitravelu, N. S. (2005). ELT Methodology; Principles and Practices. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Davenport, C., Erion, J., Hardy, J., Rodax, N., & Scholl, B. (2009). Cover-copy-compare and spelling: one versus three repetitions. Journals of Behaviour Education, 18, 319330.doi:10.1007/s10864009-9095-4 Haycraft, J. (1993). An Introduction to English Language Teaching. UK: Longman. Harmer, J. (1991). The Practice of English Language Teaching, Longman. London. Hyungsung. P. (2012). Relationship between Motivation and Students’ Activity on Educational Game. International Journal of Grid and Distributed Computing.101-113 Lee, W. (1991). Language Teaching Games & Contest. Hong Kong: Oxford University Press. Lewis. G. & Bedson, G. (1999). Games for children. Oxford: Oxford University Press. Lindsay, P. (2000). Teaching English Worldwide: A New Practical Guide to Teaching English (Vol. 5). Burlingame, CA: Alta Book Center Publisher Nunberg, G. (1990). The Linguistics of Punctuation. Stanford University. Centre for the Study of Language and Information.
46 TERAPI NYANYIAN DAPAT MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID MASALAH PERTUTURAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF CHE NUR HAZWANI BINTI CHE WIL @ ISMAIL,KHAIRUNNISA BINTI NURDIN, ROS AZLINA BINTI MAT AJI,NOR AZIANA BINTI AZIZAN,ROSHAYATI BINTI YAHAYA SK Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan di Prasekolah Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Terapi ini dijalankan bagi mengatasi masalah pertuturan di kalangan murid prasekolah pendidikan khas yang lebih cenderung untuk berdiam diri dan sering mengasingkan diri dari guru dan kawan-kawan di sekolah. Mereka juga tidak mahu melakukan aktiviti pembelajaran kerana merasa bosan dan tidak seronok. Mereka sering menangis dan duduk di pinggir kelas kerana takut untuk bergaul dengan guru dan kawan-kawan. Masalah ini perlu diatasi bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, murid yang mengalami masalah pertuturan sering ketinggalan dalam pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai dengan baik. Kata Kunci : Terapi Nyanyian,kemahiran masalah pertuturan 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/PENYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas prasekolah pendidikan khas. Masalah pertuturan telah dikenalpasti sering berlaku dikalangan murid prasekolah. Murid yang sering mengasingkan diri dan tidak mahu bercakap ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan tidak akan dapat mencapai objektif yang telah dirancang oleh guru. Mereka yang menghadapi masalah ini, selalunya sering bersendirian dan tidak mempunyai teman untuk membantu murid bercakap ketika berada di rumah. Masalah ini perlu diatasi segera supaya murid tidak tercicir dalam pembelajaran. Ini adalah kerana pembelajaran di sekolah amat penting bagi membantu murid untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang. Masalah ini juga berlaku dikalangan murid prasekolah pendidikan khas Insklusif Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Terdapat murid yang mengalami masalah sukar bertutur dan sering mengasingkan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid itu juga tidak mahu hadir ke sekolah kerana takut dan merasa tidak yakin diri. Ini menyebabkan peratusan kehadiran murid ke sekolah makin menurun. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, dibimbangi akan memberi impak yang besar kepada murid ketika mereka meneruskan pembelajaran di sekolah rendah nanti.
47 Masalah pertuturan amat ketara diperhatikan kepada seorang murid prasekolah pendidikan khas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di sekolah. Dia sering merasa bosan, mengantuk dan tidak mahu membuat aktiviti ketika berada di dalam kelas. Kegagalan murid mengatasi masalah pertuturan di awal persekolahan menyebabkan dia sering ketinggalan dan tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang diajar di dalam kelas. Kelemahan murid dalam bertutur akan memberi impak yang besar kepada guru, ibubapa dan murid sendiri. Oleh itu, kajian terapi nyanyian adalah satu kaedah yang telah dipilih untuk membantu murid prasekolah mengatasi masalah pertuturan. Hal ini amat penting dalam membantu murid prasekolah untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi menguji tahap keberkesanan terapi yang telah dipilih. 2.0 ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN Sepanjang sesi PdP kami yang lepas, kami dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Setelah diteliti dengan lebih mendalam, kami mendapati suatu kajian perlu dijalankan bagi membantu murid masalah pertuturan ketika aktiviti pembelajaran. Kajian yang telah dipilih ini berfokuskan kepada kaedah yang dapat membantu murid mengatasi masalah pertuturan dengan menggunakan kaedah terapi nyanyian. Terapi nyanyian merupakan terapi yang memerlukan murid bergerak aktif dan mengikuti lirik-lirik yang telah disediakan. Terapi ini juga dapat menarik minat murid untuk bertutur dan belajar kerana kanak-kanak sinonim dengan muzik dan bunyi-bunyian yang menarik. Murid yang mengikuti terapi ini akan berasa seronok dan lebih bersifat terbuka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga memberi fokus kepada membina keyakinan diri murid dan mengalakkan murid untuk memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran berlangsung tidak kira di luar atau di dalam kelas. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Objektif umum kajian ini adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan bagi murid yang menghadapi masalah pertuturan dengan menggunakan penerapan elemen nyanyian dalam pengajaran. Elemen ini penting bagi mengatasi masalah murid yang mengalami masalah pertuturan, sering merasa bosan dan tidak seronok ketika berada di sekolah. Masalah ini juga akan menyebabkan murid kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti pembelajaran bersama kawan-kawan
48 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Membantu murid memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran. 3.2.2 Membantu murid mengingati isi pembelajaran. 3.2.3 Menarik minat murid untuk menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3.2.4 Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seorang murid yang bernama Muhammad Syarhan dari prasekolah pendidikan khas. 5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan pemerhatian dan temubual yang telah dibuat dalam masa empat bulan. Kami telah memilih waktu pembelajaran yang berbeza untuk dianalisis. Selain itu, kami juga telah menemubual ibu/bapa, guru kelas dan pembantu pengurusan murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi. Kami menggunakan kaedah jadual dan senarai semak bagi memudahkan data dikumpul. Jadual 1 menunjukkan kaedah pengumpulan data. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data KAEDAH TARIKH TUJUAN Kaedah 1 Pemerhatian JULAI – SEPT 2023 - Pemerhatian dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. - Kami memilih waktu perbualan pagi bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah yang mengidapi masalah pertuturan. - Kami juga memilih waktu kreativiti dan ekstetika untuk menjalankan pemerhatian. Kaedah 2 Temubual 25 – 27 JULAI 2023 Temubual telah dibuat kepada : i) Ibubapa ii) Guru Kelas iii) Pembantu Pengurusan Murid
49 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Bahagian ini akan menerangkan analisis masalah daripada hasil pemerhatian awal yang telah dilakukan oleh pengkaji. Lima jenis subjek pembelajaran yang berlainan telah dipilih bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Tinjauan yang pertama adalah melalui kaedah pemerhatian bersama murid untuk menilai tahap penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan keputusan kaedah pemerhatian. a) Kaedah Pemerhatian Jadual 2 BIL SUBJEK TAHAP PENGLIBATAN MURID TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 1. Perbualan pagi / 2. Fizikal / 3. Pengurusan diri / 4. Sains awal / 5. Kreativiti dan ekstetika / Tahap penglibatan murid Tahap 1 : Tidak memberi respon. Tahap 2 : Dapat memberi respon dengan pergerakkan badan. Tahap 3 : Dapat mendengar arahan dan memberi respon dengan perbuatan. Jadual 2.0 menunjukkan hasil analisis masalah peglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek pembelajaran. b) Kaedah Temubual Jadual 3 BIL SOALAN TEMUBUAL RESPONDEN IBUBAPA GURU PPM 1. Adakah murid berinteraksi dengan baik? Kadang-kadang Tidak mahu berinteraksi Tidak mahu berinteraksi 2. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid? Masalah percakapan Masalah pertuturan Masalah pertuturan
50 3. Bagaimana pergaulan murid di rumah/ di sekolah? Bermain sendirian Tidak suka bergaul. Kurang bergaul 4. Bagaimana tingkahlaku murid ketika berada di rumah/ di sekolah? Sering bermain telefon Tidak aktif Perlu dipaksa untuk bermain. 5. Adakah mereka memberi respon ketika disuruh melakukan sesuatu? Tidak mahu buat Tidak memahami arahan Tidak mahu bergerak perlu dipaksa. 6. Apakah yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Hantar terapi Meminta murid menjawab soalan. Minta murid membuat kerja berkumpulan. Jadual 3 menunjukkan kaedah temubual, kaedah ini digunakan dengan bertanyakan beberapa soalan kepada responden yang berkaitrapat dengan murid. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut : Jadual 4 Perincian Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan TARIKH PERINCIAN AKTIVITI 4 – 11 JULAI Aktiviti 1 : Melihat video klip Didi & Friend bertajuk anggota badan. 8 – 25 JULAI Aktiviti 2 : Melihat video klip Didi & Friend bertajuk anggota badan sambil meniru pergerakkan yang dilakukan. 8 – 29 OGOS Aktiviti 3 : Melihat video klip Didi & Friend bertajuk anggota badan sambil meniru pergerakkan dan menyanyikan bersama-sama. 5 – 26 SEPT Aktiviti 4 : Murid diminta untuk menyanyikan lagu anggota badan dan membuat pergerakkan bersama guru dan kawan-kawan tanpa mendengar lagu Didi & Friend 3 – 10 OKTOBER Aktiviti 5 : Guru bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan video klip Didi & Friend ( anggota badan). Jadual 5 Proses Tindakan Terhadap Intervensi Yang Dilaksanakan Aktiviti Pemerhatian Refleksi Aktiviti 1 Melihat video klip Didi & Friend bertajuk - Murid dipasangkan lagu Didi & Friend dan murid perlu mendengar lagu hingga habis. Lagu diulang sebanyak 2 kali. Murid mendengar dari jauh dan tidak mahu duduk berdekatan televisyen.
51 anggota badan Murid masih takut dan ragu-ragu untuk datang berdekatan dengan television. Aktiviti 2 Melihat video klip Didi & Friend bertajuk anggota badan sambil meniru pergerakkan yang dilakukan. - Murid dipasangkan lagu Didi & Friend bertajuk Anggota Badan dan guru meminta murid untuk bersamasama melakukan pergerakkan seperti yang ditunjukkan dalam lagu. Murid mula mendekati television dan duduk di belakang kawankawan. Murid cuba menggoyangkan badan mengikut nada yang didengarkan. Aktiviti 3 Melihat video klip Didi & Friend bertajuk anggota badan sambil meniru pergerakkan dan menyanyikan bersama-sama. - Murid perlu menyanyi dan menari bersama-sama sambil mendengar lagu Didi & Friend bertajuk Anggota Badan. Murid dapat menyebut beberapa perkataan mengikut lirik lagu secara perlahan sambil menari mengikut pergerakkan tarian di dalam lagu. Aktiviti 4 Guru bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan video klip Didi & Friend (anggota badan). - Murid perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan video clip Didi & Friend bertajuk Anggota Badan. Murid dapat menjawab beberapa soalan tanpa dibantu oleh orang lain. Aktiviti 5 Murid diminta untuk menyanyikan lagu anggota badan dan membuat pergerakkan bersama guru dan kawan-kawan tanpa mendengar lagu Didi & Friend - Murid perlu menyanyikan sendiri lagu bersama kawan-kawan dengan bantuan guru tanpa dipasangkan lagu Didi & Friend bertajuk Anggota Badan. Murid dapat menyanyikan beberapa rangkap lagu dengan bantuan guru.
52 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN Rajah 1 Aktiviti 1 : Melihat dan mendengar lagu Anggota Badan Rajah 2 Aktiviti 2 : Melihat, mendengar dan membuat pergerakkan Rajah 3 Aktiviti 3 : Melihat, mendengar, membuat pergerakkan sambil menyebut lirik lagu.
53 5.5 REFLEKSI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat menarik minat murid untuk melakukan aktiviti bersama kawan-kawan di sekolah termasuk bertutur dan melakukan beberapa pergerakkan yang berlainan. Murid dapat memahami intervensi yang dijalankan namun intervensi ini perlu dilakukan dalam jangka masa yang panjang bagi menguatkan keyakinan murid untuk terus berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan. Untuk aktiviti seterusnya, bagi memantapkan lagi kaedah terapi nyanyian ini, murid perlu dibimbing untuk menyanyi dan melakukan beberapa pergerakkan di hadapan kawan dalam kelompok yang kecil agar dapat menanam sikap berani dalam dirinya. 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid JADUAL 5 Perbandingan diantara sebelum dan selepas intervensi BIL SUBJEK TAHAP PENGLIBATAN MURID SEBELUM SELEPAS TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 1. Perbualan pagi / / 2. Fizikal / / 3. Pengurusan diri / / 4. Sains awal / / 5. Kreativiti dan ekstetika / / 5.5.2 Analisis Keputusan Analisis keputusan sebelum dan selepas intervensi TAHAP PENGLIBATAN MURID KEPUTUSAN SEBELUM SELEPAS Tahap 1 4 Tahap 2 1 2 Tahap 3 3
54 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada intervensi terapi nyanyian dalam mengatasi masalah pertuturan murid prasekolah pendidikan khas inklusif. Kajian ini dapat membantu pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran murid masalah pertuturan di prasekolah pendidikan khas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap murid yang dianalisis melalui kajian ini. Murid ini lebih berkeyakinan diri dan sudah mampu untuk menutur beberapa perkataan ketika berada di sekolah. Murid juga sudah berminat untuk melakukan aktiviti pembelajaran bersama kawan-kawan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya percaya kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah pendidikan khas dapat dipertingkatkan jika semua guru prasekolah pendidikan khas berusaha mengambil inisiatif untuk membantu murid yang bermasalah pertuturan dengan pelbagai kaedah yang menarik. Salah satu darinya adalah kaedah terapi nyanyian. Kaedah ini bukan sahaja dapat dilakukan untuk murid prasekolah sahaja malah kaedah ini perlu diteruskan di sekolah rendah bagi meningkatkan lagi keyakinan murid di sekolah.
55 RUJUKAN Ee Ah Meng. (1991). Psikologi pekembangan aplikasi dalam bilik darjah. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Mohd Farouk Fadly Bin Damsi (2009). Terapi Nyanyian Dapat Meningkatkan Penglibatan Murid ‘Slow Learner’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Siti Nor Aziah bt. Mohd Yusof (2010). Masih Ada Cahaya. Teluk Intan. Dimuatnaik pada 17 September 2023. http; https://www.academia.edu/4761097/Kajian_tindakan_aziah_isu
56 MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS MURID TAHUN 1 SEROJA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “VIP” DAN “TWINKLE STARS CHART” NUR SYARINA BINTI SHUIB, NORMAH BINTI MUSA Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 1 Seroja dalam mengingati kosa kata mudah di dalam Bahasa Inggeris. Seramai 28 orang murid Tahun 1 Seroja, SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan ujian pra. Hasil ujian pra menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat mengingati kosa kata mudah di dalam Bahasa Inggeris. Ada yang tidak boleh menjawab langsung, menulis sesuka hati dan ramai juga yang salah ejaan walaupun kosa kata tersebut sering diulang ketika proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ujian pra. Perancangan tindakan difokuskan kepada masalah penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Murid dibekalkan dengan set kad huruf bergambar (VIPVocabularies in Pocket) serta carta dan hadiah sebagai ganjaran dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan kajian pula menunjukkan murid lebih mengingati dan seronok belajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah ini. Kata kunci: kosa kata, VIP, Bahasa Inggeris 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Majoriti murid-murid Tahun 1 Seroja tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Walaupun mereka selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami apakah maksud kosa kata tersebut. Kebanyakan daripada murid tidak dapat mengenalpasti kosa kata walaupun dengan bantuan gambar. Mereka seolah-olah tidak pernah belajar kosa kata tersebut walaupun telah berulang kali penyelidik memperkenalkan mereka dengan kosa kata tersebut. Contohnya ‘map’ iaitu peta, mereka mengambil masa yang sangat lama untuk menyebut perkataan tersebut walaupun telah ditunjukkan gambar. Apabila ditunjukkan kosa kata ‘cat’ (kucing) pula, mereka tidak menyebutnya dengan betul, malah membacanya mengikut sebutan Bahasa Melayu. Begitu juga dengan perkataan ‘mat’ (tikar). Apabila disoal ramai mengakui telah belajar perkataan-perkataan tersebut serta bunyibunyi huruf (fonik) seperti ‘æ’, ‘s’, dan lain-lain tetapi apabila diuji secara individu mereka gagal membacanya dengan betul. Kebanyakan murid Tahun 1 Seroja cuma mengenali Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka ketika memulakan sesi tadika atau Prasekolah ketika berumur antara 5 ke 6 tahun. Mereka menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya ketika berada di rumah dan juga
57 di sekolah bersama rakan-rakan serta guru yang lain. Faktor ini membuatkan mereka berasa susah untuk mengingati kosa kata dalam Bahasa Inggeris selain faktor latar belakang keluarga, masalah keluarga, ibu bapa sibuk dengan urusan kerja serta kurangnya perhatian daripada ibu bapa juga turut memainkan peranan yang mencetuskan mereka tidak berminat dan tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Penyelidik telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai yang tidak dapat menguasai kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Penyelidik berpendapat murid tidak merasakan pentingnya mempelajari Bahasa Inggeris ini serta merasakan bahasa ini begitu asing di dalam hidup mereka. Keadaan ini perlu diperbaiki kerana sekiranya ia dibiarkan berlarutan masalah ini akan menjadi semakin sukar dipulihkan tambah-tambah setelah mereka memasuki aliran Tahap 2 sekolah rendah. Apatah lagi Tahun 1 merupakan permulaan bagi murid-murid dan dianggap masih di dalam peringkat ‘rebung’ serta tidak sukar untuk dibaikpulihkan. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Walau pun penyelidik mengesan terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh murid, kajian ini hanya akan difokuskan kepada masalah penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah tunjang utama dalam Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai pembacaan, perbualan mudah serta kemahiran-kemahiran yang lain. Murid Tahun 1 Seroja mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad, oleh itu latihan demi latihan (drill) diperlukan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata murid. Selain itu, penyelidik perlu melaksanakan program yang menarik minat mereka untuk menguasai kosa kata tersebut. Ini seiring dengan teori Behaviorisme di mana apabila tindak balas terhadap terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan dan akan diteruskan apabila terdapat unsur motivasi diselitkan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum 3.1.1 Meningkatkan peratusan murid yang menguasai Literasi Bahasa Inggeris 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan penguasaan kosa kata murid di dalam Bahasa Inggeris. 3.2.2 Membantu murid mengingati kosa kata dengan cara yang menyeronokkan.
58 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 28 orang murid Tahun 1 Seroja sebagai kumpulan rawatan. Murid Tahun 1 Seroja terdiri daripada 12 orang murid perempuan dan 16 orang murid lelaki. Semua murid adalah berketurunan Melayu. Rajah 1: Responden menduduki ujian pra 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku latihan dan ujian pra. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid. JULAI - SEPTEMBER 2023 Memeriksa buku latihan murid Mengenal pasti kelemahan murid menguasai kosa kata.
59 KAEDAH 2 1 OKTOBER 2023 Murid menduduki UJIAN PRA Ujian Pra Mengumpul data murid untuk dianalisis KAEDAH 3 Ujian Pasca 22 OKTOBER 2023 Murid menjawab soalan- (UJIAN PASCA) Data diperoleh untuk dianalisis bagi memastikan masalah yang dihadapi murid. 5.2 Tindakan Yang Dijalankan 5.2.1 Program “VIP” (Vocabularies In Pocket) 5.2.1.1 Setiap responden dibekalkan dengan satu set kad huruf (word card) bersaiz poket yang mengandungi 30 kosa kata mudah beserta gambar. 5.2.1.2 Responden boleh membawa set kad huruf tersebut bersama ke mana sahaja mereka pergi dan perlu mengingati semua kosa kata di dalam kad tesebut. 5.2.2 Twinkle Stars Chart 5.2.2.1 Penyelidik menampal satu carta di dalam kelas yang mengandungi senarai nama responden dan ruangan bintang di dalam kelas. 5.2.2.2 Responden sendiri akan menampal bintang pada carta apabila berjaya menguasai setiap kosa kata. Berjaya menguasai bermaksud mereka boleh mengingati kosa kata tersebut tanpa perlu melihat pada kad huruf mereka. Ini bermaksud satu bintang mewakili satu kosa kata. 5.2.2.3 Responden akan diberikan ganjaran apabila setiap kali berjaya mendapat 10 bintang, contohnya 10, 20 dan 30 bintang. 5.2.2.4 Bagi memastikan tidak berlaku penipuan dalam mendapatkan bintang, penyelidik akan menguji responden dari semasa ke semasa secara rawak dengan menyoal responden tentang kosa kata yang telah dikuasainya secara lisan. Rajah 2: VIP (Vocabularies in Pocket) yang dibekalkan kepada responden
60 6.0 REFLEKSI KAJIAN 6.1 Dapatan Kajian Sebelum langkah seterusnya dijalankan dalam kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti telah dilakukan untuk mengutip data. Ujian khas iaitu ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan bagi menganalisis penguasaan kosa kata murid. 6.1.1 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan tahap penguasaan kosa kata mereka di dalam Bahasa Inggeris. Ujian Pra yang mengandungi 30 soalan bergambar kosa kata Bahasa Inggeris diberikan kepada murid. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada responden untuk selesai menjawab adalah 45 minit. 6.1.2 Rawatan Kumpulan rawatan kemudiannya menjalani sesi rawatan selama tiga minggu dengan menggunakan set “VIP” yang dibekalkan kepada setiap responden. Mereka perlu sentiasa membawa set “VIP” bersama mereka dan cuba menguasai semua kosa kata yang terdapat di dalam set tersebut. Penyelidik membantu murid dengan menggunakan teknik ‘drill’ setiap kali waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid menampal bintang di ruangan nama mereka untuk setiap kosa kata yang berjaya dikuasai pada carta “Twinkle Stars Chart” yang disediakan oleh penyelidik. Ganjaran turut disediakan sekiranya responden berjaya menguasai 10, 20 dan 30 kosa kata yang diberikan. Ini adalah sebagai motivasi agar murid berusaha untuk menguasai semua kosa kata tersebut, selain daripada perasaan ingin bersaing dengan rakan-rakan. 6.1.3 Ujian Pasca Setelah tempoh tiga minggu rawatan berlangsung, kumpulan sasaran diberikan ujian pasca yang menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra yang telah dijalankan sebelumnya. Tempoh masa untuk menjawab juga adalah sama seperti ujian pra iaitu 45 minit. Jawapan murid bagi ujian pra dan ujian pasca disemak dan dibandingkan untuk mencari perbezaan dan perubahan ingatan dan penguasaan mereka terhadap kosa kata Bahasa Inggeris. Pemarkahan untuk lulus yang telah ditetapkan adalah 40%.
61 6.1.4 Hasil Kajian Jadual 2 : Analisis Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca RESPONDEN MARKAH (%) UJIAN PRA UJIAN PASCA 1 27 30 2 7 67 3 37 93 4 7 13 5 13 53 6 33 73 7 27 47 8 17 40 9 23 67 10 73 83 11 10 33 12 13 23 13 33 57 14 40 90 15 50 77 16 0 0 17 50 70 18 10 20 19 37 63 20 20 43 21 17 23 22 20 47 23 53 67 24 10 43 25 27 83 26 83 90 27 17 53 28 27 87 PURATA 27.9 54.8 Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah yang diperolehi oleh responden untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ketika Ujian Pra, markah yang tertinggi ialah 83% manakala markah 90% ialah pada Ujian Pasca, diperolehi daripada responden yang sama. Manakala markah terendah untuk kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah 0%, juga melalui responden yang sama untuk kedua-dua ujian. Untuk Ujian Pra, kumpulan responden telah mendapat purata markah sebanyak 27.9% manakala purata markah sebanyak 54.8% pula diperolehi melalui Ujian Pasca.
62 Jadual 3 : Jumlah Responden yang Menguasai Kosa Kata dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca NO. KOSA KATA UJIAN PRA UJIAN PASCA JUMLAH JUMLAH % JUMLAH % PENINGKATAN 1 ant 8 24.2 25 89.3 17 2 tap 17 51.5 23 82.1 6 3 pin 22 78.6 25 89.3 3 4 apple 5 15.2 18 54.5 13 5 mop 21 75.0 25 89.3 4 6 sun 2 6.1 21 75.0 19 7 pat 19 57.6 22 66.7 3 8 sit 17 51.5 21 75.0 4 9 pan 9 27.3 20 60.6 11 10 man 11 33.3 21 75.0 10 11 nap 5 15.2 10 30.3 5 12 nose 2 6.1 19 57.6 17 13 map 5 15.2 10 30.3 5 14 net 0 0 9 27.3 9 15 nest 2 6.1 7 21.2 5 16 pen 21 63.6 22 66.7 1 17 dad 5 15.2 20 60.6 15 18 mat 2 6.1 18 54.5 16 19 top 13 39.4 22 66.7 9 20 dog 19 57.6 22 66.7 3 21 sad 2 6.1 10 30.3 8 22 toe 8 24.2 17 51.5 9 23 igloo 0 0 8 24.2 8 24 hat 2 6.1 11 33.3 9 25 tin 20 60.6 24 85.7 4 26 cat 9 27.3 21 75.0 12 27 pot 2 6.1 18 54.5 16 28 ink 2 6.1 6 18.2 4 29 duck 6 18.2 12 36.4 6 30 fish 4 12.1 11 33.3 7 Jadual 3 menunjukkan perbezaan jumlah responden yang menguasai kosa kata berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ketika Ujian Pra, terdapat 2 kosa kata yang gagal dikuasai oleh mana-mana responden iaitu kosa kata ‘net’ dan ‘igloo’. Manakala sebanyak 27.3% dan 24.2% responden telah berjaya menguasai kosa kata tersebut ketika Ujian Pasca. Kosa kata ‘pin’ merupakan kosa kata yang tertinggi dikuasai oleh responden ketika Ujian Pra iaitu seramai 22 orang. Manakala untuk Ujian Pasca, jumlah tertinggi responden yang menguasai kosa kata ialah 89.3%, iaitu pada kosa kata ‘ant’, ‘pin’ dan ‘mop’.
63 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agak ketara dan memberangsangkan, iaitu menghampiri dua kali ganda daripada pencapaian sebelum sesi rawatan dijalankan. Kaedah “VIP” dan “Twinkle Stars Chart” amat membantu dalam proses menguasai 30 kosa kata di dalam Bahasa Inggeris dalam tempoh 3 minggu. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden amat menyukai kaedah seperti ini kerana mereka didorong oleh motivasi untuk bersaing dengan rakan-rakan untuk mendapatkan bintang sebanyak mungkin. Selain daripada ganjaran yang diberikan, set kosa kata “VIP” yang dibekalkan juga menarik minat murid untuk sentiasa menyimpannya ke dalam poket mereka bagi tujuan memudahkan mereka membacanya di mana sahaja mereka berada. Terdapat ramai juga responden yang menyatakan bahawa ibu bapa dan ahli keluarga mereka turut terlibat untuk membantu mereka menguasai kosa kata-kosa kata tersebut di rumah. Ini menunjukkan secara tidak langsung, kaedah ini menggalakkan murid belajar di rumah bersama ibu bapa. Walau pun begitu, penyelidik berasa sedikit terkilan kerana terdapat seorang responden yang langsung tidak menunjukkan minat serta peningkatan di dalam kedua-dua Ujian Pra dan Pasca. Beliau seolah-olah tidak mempedulikan tentang keseronokan mendapatkan bintang dan ganjaran serta bersaing bersama rakan-rakan yang lain. Beliau juga tidak membawa set “VIP” bersama beliau sepanjang masa seperti responden yang lain. Apabila ditanya, beliau menyatakan set tersebut ada di rumah dan beliau langsung tidak membacanya. Penyelidik telah merujuk kepada guru-guru yang lain dan rata-rata memberitahu bahawa murid tersebut tidak menunjukkan minat untuk belajar dalam semua mata pelajaran yang lain dan sering tidak menghadirkan diri ke sekolah. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ini pula, terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi lebih menarik, berkesan serta menyeronokkan. Saya bercadang untuk menggunakan pelbagai lagi teknik untuk menarik minat murid untuk belajar di dalam subjek Bahasa Inggeris. Aktiviti juga perlu dipelbagaikan agar murid tidak bosan dan seterusnya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
64 RUJUKAN Burrough, G.R. (1957). A Study Of The Vocabulary Of Young Children. Birmingham: University Of Birmingham Institute Of Education. Carr, Eileen M. (1985). The Vocabulary Overview Guide. A Metacognitive Strategy To Improve Vocabulary Comprehension And Retention. Journal Of Reading. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Lee Shok Mee (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Lightbown, P. & Spada, N. M. (2006). How Languages are Learned. Oxford University Press. Meyers, et.al. (1973). The Kindergarten Teacher’s Handbook. Los Angeles: Gramercy Press. Mok Soon Sang (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
65 MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGECAMAN HURUF HIJAIYAH MELALUI KAEDAH LaMa DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH NOOR AZLIANA BINTI MAT ISA Sek. Keb. Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah 12 orang murid prasekolah perdana yang tidak dapat mengenalpasti huruf hijaiyah yang sama bentuk. Huruf hijaiyah mempunyai beberapa huruf yang sama bentuk tetapi berbeza dari segi bilangan titiknya. Perbezaan ini membuatkan murid yang lemah sering terkeliru atau terlupa sebutan huruf yang sebenarnya. Apabila terkeliru, murid ini akan menyebut huruf yang salah kerana sering tertukar huruf. Bagi membantu murid yang masih lemah ini, kaedah LaMa digunakan bagi membantu murid meningkatkan tahap pengecaman dan boleh mengenalpasti huruf hijaiyah yang sama bentuk serta dapat menyebut huruf hijaiyah dengan lebih tepat. Kata Kunci: LaMa, huruf hijaiyah 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS / PENYATAAN MASALAH Menguasai huruf hijaiyah merupakan satu ilmu asas yang wajib dikuasai murid seawal mungkin kerana ia akan menentukan kebolehan murid menguasai bidang al-Quran dan Jawi dengan cemerlang pada masa akan datang. Huruf hijaiyah sama penting seperti huruf abjad yang perlu dikuasai bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Setelah 5 tahun mengajar murid prasekolah, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai huruf hijaiyah dengan baik atas beberapa faktor. Antaranya ada yang hanya tahu melagukan huruf hijaiyah tetapi tidak mengecam huruf tersebut apabila disoal secara rawak. Ada juga murid yang keliru dengan bentuk huruf yang hampir sama bentuk serta tidak boleh membezakan antara bunyi dan sebutan huruf. Memandangkan permasalahan ini saban tahun terjadi kepada murid prasekolah sehingga terbawa ke tahun satu, saya merasakan bahawa perlu ada satu pendekatan yang boleh membantu mereka menyelesaikan permasalahan ini. Jadi, kajian kali ini, saya memfokuskan kepada huruf hijaiyah yang sama bentuk untuk diketengahkan dalam kajian ini bagi mengatasi permasalahan murid dan menambahbaik kaedah pengajaran guru .
66 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah LaMa iaitu nyanyian menggunakan lagu (La) dan bermain (Ma) dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu memudahkan murid mengenal dan mengecam huruf hijaiyah yang sama bentuk dengan baik. Usaha ini dapat menarik minat murid untuk mengenalpasti huruf hijaiyah yang sama bentuk dengan tepat. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk; I. menguasai huruf-huruf hijaiyah dengan tepat II. mengenalpasti huruf hijaiyah dengan betul III. membaca Iqra dan Jawi dengan baik 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pengecaman murid terhadap huruf hijaiyah dengan baik. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat mengenalpasti huruf hijaiyah yang sama bentuk melalui kaedah LaMa. 3.2.2 Murid dapat meningkatkan penguasaan mengenal dan mengecam huruf hijaiyah yang sama bentuk melalui kaedah LaMa. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 12 orang murid prasekolah perdana yang lemah dalam mengenal dan mengecam huruf hijaiyah yang sama bentuknya. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan beberapa orang daripada mereka kerap tidak hadir ke sekolah dan kurang fokus semasa belajar. Jadual 1 Jantina Bilangan Lelaki 4 Perempuan 8 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan bacaan dan ujian. Jadual 2 menunjukkan kaedah mengutip data.
67 Jadual 2 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan Kaedah 1 Membuat latihan menyebut huruf hijaiyah Jun 2023 Mengenalpasti murid yang lemah dan masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Kaedah 2 Julai 2023 Murid Menduduki Ujian Lisan Ujian pra lisan Mengumpul data murid untuk dianalisis Kaedah 3 Ujian pra bertulis Julai 2023 Murid menjawab soalan bertulis Data diperoleh untuk dianalisis bagi memastikan masalah ketara yang dihadapi murid. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 1. Latihan Sebutan Huruf Hijaiyah Kelemahan murid dalam menyebut huruf hijaiyah yang sama bentuk dikenalpasti dan ia juga ditinjau secara terperinci melalui soalan Ujian Pra Lisan dan Ujian Pra Bertulis. Jadual 3 Analisis Tinjauan Masalah Masalah telah dikenal pasti LISAN Murid belum menguasai huruf hijaiyah yang sama bentuk. Mereka keliru pada kebanyakan huruf yang sama bentuk tetapi berbeza pada keadaan titiknya ج خ د ذ رز س ش ص ض ط ظ huruf seperti Tidak dapat mengingat huruf yang hampir sama bentuk kerana keliru dan menyebabkan selalu tertukar bila menyebutnya. BERTULIS Tidak memahami kehendak soalan dan tidak dapat mengingat kedudukan titik huruf yang bentuknya sama. 2. Analisis Ujian Pra Lisan Rajah 1 Analisis Skor Ujian Pra Lisan 0 0 0 0 4 4 4 0 0 2 0 6 M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6 M 7 M 8 M 9 M 10 M 11 M 12 SKOR HURUF /12
68 3. Analisis Ujian Pra Bertulis Rajah 2 Analisis Skor Ujian Pra Bertulis 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut; Jadual 4 Perincian aktiviti yang telah dilaksanakan Tarikh Perincian Aktiviti Ogos 2023 AK1: Bimbingan menggunakan lagu “Kembar Seiras” September 2023 AK2: Bimbingan melalui permainan Kad Huruf Berkembar bersama lagu “Kembar Seiras” Oktober 2023 AK3: Pelaksanaan Ujian Pasca Lisan dan Bertulis Jadual 5 Proses tindakan terhadap intervensi yang dilaksanakan Aktiviti Pemerhatian Refleksi AKTIVITI 1 Bimbingan menggunakan lagu “Kembar Seiras” Murid diberi lirik lagu dan guru membimbing nyanyian lagu secara berulang kali. Murid dibimbing untuk menyanyi dan melihat lirik lagu yang terpapar. Murid-murid memberi respon yang baik. Didapati murid-murid masih belum menguasai huruf sama bentuk apabila disoal di luar nyanyian. AKTIVITI 2 Bimbingan melalui permainan Kad Huruf Berkembar bersama lagu “Kembar Seiras” Murid diberi bimbingan untuk menggunakan Kad Huruf Berkembar iaitu setiap murid mendapat satu kad. Murid diberi panduan untuk bermain dengan kad huruf sambil menyanyi. Murid menyanyi sambil bermain kad huruf dengan seronok bersama ahli kumpulan. Murid mempunyai sifat berani untuk mencuba. 6 3 1 0 5 4 5 0 4 0 4 2 M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6 M 7 M 8 M 9 M 10 M 11 M 12 SKOR HURUF /6
69 AKTIVITI 3 Pelaksanaan Ujian Pasca Lisan dan Bertulis Murid menjawab ujian lisan dan bertulis bagi huruf hijaiyah Kembar Seiras . Penguasaan murid dinilai melalui Ujian Pasca Lisan 1 dan Pasca Bertulis 2. Rajah 3 Lagu Huruf “Kembar Seiras” dan Kad Huruf Berkembar yang digunakan Rajah 4 Aktiviti 1: Bimbingan menggunakan nyanyian lagu “Kembar Seiras”
70 Rajah 5 Aktiviti 2: Bimbingan permainan Kad Huruf Berkembar bersama nyanyian lagu “Kembar Seiras” Rajah 6 Aktiviti 3: Pelaksanaan Ujian Pasca Lisan dan Bertulis selepas beberapa kali intervensi dilaksanakan
71 5.5 REFLEKSI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat menarik minat murid untuk menguasai huruf hijaiyah yang sama bentuk dengan baik. Didapati murid-murid seronok dengan penggunaan kaedah ini, namun memerlukan bimbingan yang lebih untuk jangka masa yang panjang bagi membolehkan mereka 100% menguasai huruf hijaiyah ini supaya mereka boleh menguasai bacaan Iqra atau Jawi dengan tepat. Hal ini kerana penggunaan kaedah LaMa berfokuskan kepada pengecaman huruf dengan tujuan mengeluarkan mereka daripada kekeliruan yang terjadi ketika bertemu huruf hijaiyah yang sama bentuk. Jadi, dengan adanya intervensi ini murid berasa seronok, tidak tertekan dan mula menunjukkan minat untuk menguasai huruf hijaiyah dengan lebih baik. Murid juga dapat memberi fokus ketika belajar dan lebih bersemangat. Bagi aktiviti seterusnya untuk memantapkan kaedah mengingat secara kreatif, kaedah TeSeU adalah teknik memudahkan murid mengingat dan mengecam huruf hijaiyah yang sama bentuk dengan menggabungjalin kaedah LaMa secara berfasa. Ini dapat membantu murid menguasai pembelajaran dalam mengenalpasti huruf hijayah yang sama bentuk dengan lebih jelas dan tepat. 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Jadual 6 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden Jantina Skor Ujian LISAN (PRA) LISAN (PASCA) BERTULIS (PRA) BERTULIS (PASCA) 1 2 Lelaki Lelaki 0 0 12 7 6 3 6 5 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan Perempuan 0 0 4 4 4 8 9 9 7 10 1 0 5 4 5 6 4 5 4 5 8 Perempuan 0 4 0 6 9 Perempuan 0 10 4 5 10 Perempuan 2 6 0 4
72 11 Perempuan 0 11 4 4 12 Perempuan 6 11 4 6 5.5.2 Analisis Keputusan Rajah 7 Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Lisan Graf menunjukkan pencapaian murid dalam ujian lisan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Murid perlu menyebut 12 huruf hijaiyah yang sama bentuk yang dinamakan Huruf Kembar Seiras. Sebelum pelaksanaan intervensi, seramai 7 orang murid tidak dapat mengecam kesemua huruf hijaiyah yang sama bentuk. Namun, selepas intervensi dilaksanakan, tiada seorang pun murid yang memperoleh skor 0 dan 1-2. Hal ini membuktikan bahawa intervensi ini membawa impak kepada penguasaan murid dalam mengenalpasti huruf hijaiyah yang sama bentuk. Rajah 8 Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Bertulis 7 1 3 1 0 0 0 0 0 1 1 3 4 3 0 2 4 6 8 SKOR 0 SKOR 1-2 SKOR 3-4 SKOR 5-6 SKOR 7-8 SKOR 9-10 SKOR 11-12 UJIAN PRA UJIAN PASCA 3 2 4 3 0 0 4 8 0 2 4 6 8 10 SKOR 0 SKOR 1-2 SKOR 3-4 SKOR 5-6 UJIAN PRA UJIAN PASCA
73 Graf di atas menunjukkan perbandingan dalam ujian bertulis. Terdapat perubahan pada penguasaan murid dalam menulis huruf hijaiyah yang sama bentuk selepas intervensi dilaksanakan. Sebelum intervensi, terdapat 3 orang murid yang memperoleh skor 0 dan 2 orang memperoleh 1-2 iaitu berada pada tahap lemah. Selepas intervensi, tiada murid yang memperoleh skor lemah dan hanya memperoleh skor sederhana dan tinggi. Ini membuktikan bahawa intervensi ini dapat membantu murid lemah untuk mudah menguasai huruf hijaiyah yang sama bentuk dengan lebih baik. 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada intervensi iaitu kaedah LaMa semasa PdP murid prasekolah perdana yang masih lemah. Kajian tindakan ini dapat memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti PdP dalam bidang al-Quran dan Jawi dengan berbantukan bahan intervensi seperti yang wujud dalam kaedah LaMa ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam budaya pembelajaran murid lemah bagi memantapkan kefahaman mereka dalam menguasai huruf hijaiyah terutama huruf yang sama bentuk. Hal ini bermakna intervensi kaedah LaMa yang menggunakan lagu dan kad huruf memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berfokus kepada mereka. Keputusan ujian pra dan pasca dalam lisan dan bertulis menunjukkan perbezaan seterusnya membuktikan hasil intervensi ini memberi impak dan mempengaruhi peningkatan skor murid bagi kedua-dua ujian tersebut. Selain itu murid juga menunjukkan sikap yang positif dan sangat komited semasa bimbingan dan aktiviti dijalankan bersama guru. Murid yang didapati pendiam sebelum ini kelihatan aktif dan seronok dengan aktiviti yang dilaksanakan dan saling membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa murid lemah lebih bermotivasi mengikuti pembelajaran secara bimbingan khusus dan berfokus. Impaknya murid yang lemah ini dapat mengumpul skor sederhana dan tinggi semasa ujian pasca dilaksanakan.
74 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya percaya kualiti pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan Jawi dapat dipertingkatkan jika semua guru dapat mengambil inisiatif meningkatkan kualiti dalam konteks mendidik murid-murid secara bimbingan khusus. Usaha demi usaha perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan Jawi ke tahap yang lebih memuaskan. Maka kajian tindakan terhadap subjek Pendidikan Islam yang seterusnya wajar dilaksanakan terhadap skop yang lebih terperinci untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah-kaedah yang difikirkan perlu berdasarkan kelemahan murid.
75 RUJUKAN Fadzliyah binti Hashim (2019). Meningkatkan Penguasaan Pengecaman Huruf Hijaiyyah Melalui Aplikasi “Mulmed” Dalam Kalangan Murid Prasekolah. Dimuat turun daripada http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2019/05/ISPEN19_27.pdf Fazlinkatisa @ Fazlina binti Mohd. (2023). Kaedah Mudah Jawi Edisi ke-7. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025) Metra Syahril Mohamed & Assim Hassan (2015). Mencapai pendidikan berkualiti. http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id =268 Puteri Darishah (2023). “Science Booklet”: Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains. Jurnal Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, (1), 25-42.
76 PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH MURID TAHUN 5 WAN ZALEHA BINTI WAN HASHIM, NAJWA BINTI KHAZALI, NORHAYATI BINTI JAMBARI SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran berdasarkan penggunaan “peta minda” dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tahun 5. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan membantu murid memahami sesuatu tajuk secara terperinci. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan merancang peta minda yang sesuai bagi Unit 5 Sejarah Tahun 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan pengenalan pahlawan tempatan oleh guru untuk memberi gambaran menyeluruh, perbincangan bersama kelas, melengkapkan fakta dan maklumat dalam peta minda, pembacaan buku teks untuk mencari maklumat dan fakta terperinci yang penting. Kemahiran mencatat dan menyusun nota oleh murid dan latih tubi latihan unit 5 juga dijalankan. Penilaian dibuat melalui ujian topikal yang akan menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah peta minda ini tidak memberikan kesan yang diharapkan bagi kumpulan murid Kelas 5S ini kerana tidak ada peningkatan prestasi yang diharapkan-harapkan dalam keputusan ujian topikal selepas penggunaan kaedah tersebut. Kata Kunci: Peta Minda, Sejarah 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti adalah murid yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah pada Pentaksiran Pentengahan Tahun sekolah. Mengikut tinjauan guru-guru, ada kemungkinan bahawa ramai murid yang tidak lulus mata pelajaran ini disebabkan mereka kurang meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nama yang memerlukan penghafalan. Murid juga menghadapi masalah mendapat konsep keseluruhan mengenai urutan peristiwa bersejarah dalam satu-satu bab. Murid tidak dapat melihat peristiwa-peristiwa secara keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru itu, ini tidak membantu murid membentuk konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab ataupun membantu mereka mengaitkan satu topik dengan topik yang lain dalam sesuatu unit. Cara pengajaran guru secara berpusatkan guru yang menggunakan pendekatan sehala tidak menarik hati murid-murid dalam mendekati mata pelajaran ini. Cara pengajaran
77 guru begini juga menyebabkan murid-murid kurang meminati mata pelajaran ini. Guru merasakan perlu mereka suatu kaedah pengajaran- pembelajaran yang berlainan dan dapat meningkatkan minat, pemahaman dan ingatan mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh sebab itu, kajian yang dijalankan adalah menumpukan kepada penggunaan peta minda untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-murid dalam pembelajaran di kelas dan yang lebih penting ialah murid dapat menguasai konsep keseluruhan unit dalam contoh peta minda. Peta minda juga boleh membantu murid mendapat gambaran yang lebih jelas Urutan peristiwa dalam satu kronologi dan ini seterusnya dapat meningkatkan ingatan murid terhadap pelajaran yang diajar oleh guru. Selain itu, penggunaan peta minda boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan menjadikan guru lebih berkaliber dalam menyampaikan pengajaran Sejarah dengan lebih efektif lagi. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian tindakan ini ialah penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan tumpuan khusus kepada Unit 5 Sejarah Tahun 5. Penggunaan peta minda adalah pendekatan yang difikirkan oleh guru untuk mengatasi masalah murid yang kurang meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu unit yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana murid sukar mendapat gambaran yang jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan dan hanya membuat ulang kaji pada waktu hampir peperiksaan, serta tidak mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid akan mempunyai masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab dan akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am : Tujuan kajian ini adalah untuk menigkatkan daya ingatan murid menggunakan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat melengkapkan maklumat dan fakta Sejarah dalam peta minda. 3.2.2 Murid dapat mengenal pasti dan mengaitkan urutan peristiwa Sejarah dengan lebih terperinci. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 20 murid kelas 5 Seroja.
78 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Berdasarkan pemerhatian guru, murid didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 5.1.2 Bagi mengetahui dengan lebih tepat pandangan dan masalah murid terhadap mata pelajaran Sejarah, satu borang soal selidik telah diberi kepada murid 5S. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati kebanyakan murid kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah, pengajaran Sejarah secara penerangan dan susah mengingati fakta-fakta dan peristiwa dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada keputusan soal selidik, didapati 10 daripada 20 pelajar 5S menjawab “tidak” empat soalan daripada tujuh soalan soal selidik. ( Sila rujuk lampiran A) 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperit berikut: 5.3.1 Mendengar penerangan guru daripada peta minda yang diedarkan guru. 5.3.2 Melengkapkan fakta atau maklumat dalam peta minda sebagai sebahagian daripada latihan meningkatkan kemahiran menyusun nota secara sistematik dan berkesan. 5.3.3 Memberi gambaran menyeluruh melalui peta minda dan memberi dorongan kepada murid untuk menggunakan peta minda bagi membantu ingatan bersama bahan pelajaran lain seperti nota yang diberikan oleh guru berdasarkan buku teks. 5.3.4 Mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan murid mengenai Unit 5 dengan memberi ujian topikal Bahan-bahan yang digunakan: a) Aktiviti 1 : Lembaran Peta Minda yang dibina sendiri oleh murid. b) Aktiviti 2 : Lembaran kerja latihan daripada buku teks dan buku rujukan yang sesuai. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian Atau Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 Guru mengedarkan kertas lukisan kepada murid dan bersama-sama membina peta minda. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti membina peta minda bersama ahli kumpulan. Murid diminta menceritakan isi yang terdapat dalam peta minda. Guru merasakan Aktiviti 1 ini
79 berkesan kerana soalan yang ditanya berkaitan dengan peta minda yang dipaparkan dapat dijawab dengan betul oleh murid-murid. 5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 Guru memberi lembaran kerja peta minda untuk dilengkapkan oleh murid bagi topik-topik tertentu Unit 5. Pelajar membaca dengan kuat peta minda yang telah lengkap dengan jawapan yang betul bersama dengan bahan pembacaan daripada buku teks. Murid-murid didedahkan dengan ulang kaji serta membuat catatan sendiri pada peta minda tersebut. Contohnya, murid-murid mengesan perkara- perkara seperti tarikh, nama tokoh dan isu terperinci daripada buku teks untuk dicatatkan pada peta konsep bagi membantu diri mereka mempunyai nota lengkap Unit 5. Guru memerhatikan bahawa murid-murid dapat melengkapkan peta minda untuk dimasukkan dalam buku latihan masing-masing. Aktiviti 2 ini berkesan kerana pelajar-pelajar berjaya melangkapkan peta minda dengan betul dalam buku latihan masing-masing. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Sebelum kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar 5S dengan menggunakan peta minda Unit 5, satu ujian ringkas pra dijalankan ke atas mereka (Lampiran F). Ujian Pra terdiri daripada 14 soalan objektif berkenaan Unit 5. Kumpulan sasaran ini diberikan masa setengah jam untuk menjawabnya . Keputusan Ujian Pra dapat dirumuskan dalam Jadual 1 berikut : Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Bilangan SoalanYang Betul Bilangan pelajar 10 – 14 7 5–9 7 0-4 6 Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa peratus kelulusan ujian pra ini ialah 70% daripada pelajar 5S mendapat markah 5-14. Justeru, sebahagian besar murid Kelas 5S telah lulus secara sederhana dalam Ujian pra ini. Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan sasaran ini diajar Unit 5 dengan menggunakan peta minda. Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran Unit 5 ini telah digunakan peta minda bersama dengan lembaran kerja peta minda dan buku teks. Selepas pengajaran Unit 5 ini, satu ujian pos telah diadakan untuk mengesan keberkesanan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar Kelas 5S ini. Pelajar diberi masa seminggu sebagai tempoh persediaan ujian pos ini. Keputusan ujian pos telah dirumuskan dalam Jadual 2 di bawah :
80 Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos Bilangan SoalanYang Betul Bilangan pelajar 10 – 14 7 5–9 11 0–4 2 Dalam ujian pos ini, peratus kelulusan ialah 90%. (Jika di bandingkan dengan ujian pra). Jika dibandingkan dengan keputusan ujian pra, peratus kelulusan ujian pos adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, hanya 10% daripada kumpulan sasaran ini mendapat markah antara 0-4. 5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Secara amnya, pengajaran-pembelajaran berasaskan peta minda berjaya menarik perhatian murid dan mengekalkan ingatan jangka pendek. Ini dapat diperhatikan apabila murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan murid lebih menumpukan perhatian semasa proses pengajaran-pembelajaran berdasarkan peta minda. 5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan Secara keseluruhannya, keberkesanan pengajaran berasaskan peta minda tidak memberi kesan yang diharap-harapkan. Ini adalah kerana keputusan ujian pos tidak begitu menunjukkan kesan yang sangat baik. Ada kemungkinan besar sebilangan murid tidak menggunakan peta minda untuk membantu diri mereka semasa membuat pembelajaran atau ulang kaji yang sistematik. Murid juga tidak membuat persediaan yang cukup untuk membuat ujian pos walaupun guru telah mencuba penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Peta minda ini juga dilihat hanya mengukuhkan ingatan jangka pendek kecuali murid membuat proses pembelajaran secara berterusan di rumah. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan peta minda adalah suatu kaedah dan cara bagi membantu murid dalam proses pembelajaran mereka. Walaupun kaedah ini berjaya membantu kefahaman murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas, masih mempunyai kelemahan dalam membantu murid meningkatkan daya ingatan jangka panjang dan semasa menjawab soalan ujian. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki dengan mengajar murid membina peta konsep sendiri bagi tajuk-tajuk tertentu dan sentiasa memberi galakan kepada mereka membaca untuk mengulangkaji latihan lembaran kerja peta minda dan peta minda yang diberi oleh guru.
81 Bagi meningkatkan daya ingatan minda tentang fakta dan peristiwa sejarah, guru mungkin boleh mengadakan satu kajian dengan menggunakan aktiviti ‘ujian lima minit’ sebelum pengajaran dan pembelajaran. Ujian lima minit ini merangkumi topik yang telah dipelajari dan dilakukan sebelum pengajaran dan pembelajaran tajuk yang baru . Perbincangan jawapan secara ringkas mungkin membantu ingatan pelajar.
82 7.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025) Metra Syahril Mohamed & Assim Hassan (2015). Mencapai pendidikan berkualiti. http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id =268 Pomizi (2021). Kajian Tindakan. Dicapai pada Jun 18, 2023, from http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html Tan Choon Keong, & Carol Abu. (2013). Pengaplikasian video youtube: Bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Anjuran Universiti Malaysia Sabah, 29-30 Ogos. Munliza Zailan, Norfarah Baidi, The Zafeera Zakaria & Nur Liyana Abu. Modul Aktiviti Interaktif PBD Sejarah Buku A, 34-36. Munliza Zailan, Norfarah Baidi, The Zafeera Zakaria & Nur Liyana Abu. Modul Aktiviti Interaktif PBD Sejarah Buku B, 15-16. Ahmad Hishanuddin bin Ramli, Dr. Jayakumary a/p Marimuthu & Hasfalila bimti Hassan. Buku Teks Sejarah Tahun 5, 58-73.
83 Lampiran A ( Borang Soal Selidik ) Bulatkan Y bagi ‘Ya’ dan T bagi ‘Tidak’. 1. Adakah anda berminat dalam mata pelajaran sejarah? ( Y / T ) 2. Adakah anda merasakan sejarah adalah mata pelajaran yang susah?( Y / T ) 3. Adakah cara guru yang hanya memberi penerangan membuatkan anda ( Y / T ) berasa bosan? 4. Adakah fakta-fakta dan peristiwa sejarah susah untuk diingati? ( Y / T ) 5. Adakah anda dapat memahami urutan peristiwa sejarah secara ( Y / T ) keseluruhan dalam 1 bab? 6. Adakah anda benar-benar faham setelah sesuatu topik telah dipelajari?( Y / T ) 7. Adakah anda selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ( Y / T ) dan peperiksaan
84 Lampiran B (Peta Minda)
85 Lampiran B (Lembaran Kerja)
86 Lampiran C (Pre dan Post Test)
87 “KAEDAH BERASASKAN PROJEK” : MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN SIRAH SHARIFAH NURASHIKIN SAIYED ABDULLAH, SALMAH SUDIN, SITI ASIAH ZAKARIYA SK Sultan Ahmad Tajuddin, [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, yang kurang aktif semasa pengajaran dan pembelajaran Sirah serta menunjukkan kurang pemahaman dalam bidang Sirah. Seramai 20 orang murid tahun 6 Teratai terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian topikal bidang Sirah. Hasil daripada tinjauan, didapati murid pasif dan tidak menunjukkan minat semasa pengajaran Sirah. Selain itu, keputusan ujian topikal bidang sirah menunjukkan keputusan murid kurang memuaskan. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah pengajaran berasaskan projek dilaksanakan. Melalui kaedah ini, guru mengagihkan murid kepada kumpulan dan membimbing murid menyiapkan projek berkaitan tajuk Pembentukan Negara Madinah. Seterusnya murid diberi tempoh masa menyiapkan projek di dalam kumpulan dan melakukan pembentangan di dalam kelas secara pameran. Hasil ujia pra yang dijalankan selepas pengajaran secara bercerita, didapati murid sukar mengingati fakta dan tidak menjawab ujian dengan baik. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini guru menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek dalam pengajaran. Perbandingan keputusan Ujian Pra sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Maka analisis dapatan kajian mempamerkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran berasaskan projek dalam bidang Sirah dapat meningkatkan pembelajaran aktif seterusnya mengingkatkan kefahaman murid dalam pengajaran. Kata Kunci: kaedah berasaskan projek, sirah 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Menjadi tanggungjawab pendidik, pengkaji sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah murid yang pasif dalam pengajaran Sirah dan tidak menunjukkan minat dalam pengajaran. Sikap kurang minat murid dalam pengajaran Sirah menyebabkan keputusan ujian topikal Sirah menunjukkan pengetahuan murid dalam bidang Sirah tidak memuaskan. Justeru, kaedah berasaskan projek digunakan sebagai jalan penyelesaian yang berkesan bagi memantapkan pengetahuan dan pemahaman murid bagi pengajaran bidang Sirah. Kajian Tindakan ini melibatkan murid 20 orang murid daripada tahun 6 Teratai. Melalui pemerhatian dalam bilik darjah semasa pengajaran sirah dan ujian topikal sirah, didapati murid menghadapi masalah tidak aktif semasa pengajaran serta menunjukkan tidak berminat dalam bidang sirah sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian dalam ujian topikal yang dijalankan. Berdasarkan ujian topikal yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas didapati kebanyakan daripada mereka tidak dapat memberi jawapan yang baik dan mencapai prestasi yang rendah. Pengajaran secara kuliah dan bercerita telah
88 dilaksanakan sebelum murid menduduki ujian topikal. Walaupun begitu, murid masih tidak dapat menjawab soalan topikal dengan baik. Sekiranya guru menggunakan kaedah yang boleh melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran Sirah, maka masalah ini akan dapat diatasi. Guru hendaklah merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya pengajaran menjadi tidak pasif (Noraziah, Mohd Aderi & Khadijah, 2019). Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran memahami pengajaran dengan baik. Bagi mengatasi masalah ini, guru menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek dalam pengajaran Sirah bertujuan untuk murid melibatkan diri secara aktif dan menerapkan sikap kerjasama murid di dalam kumpulan. Merujuk kepada Standard Guru Malaysia 2.0, di dalam domain instruksional, guru perlu memperkembangkan potensi murid dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (KPM, 2022). Tambahan lagi, kaedah projek merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dan dicadangkan dalam Pendidikan Islam (Ahmad Farhan, Mohd Isa & Mohd Aderi, 2016). 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada penglibatan murid aktif dalam pengajaran Sirah dan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terhadap bidang Sirah. Intervensi dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan projek. Usaha ini dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sirah. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk; I. meningkatkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Sirah II. meningkatkan pemahaman murid dalam peristiwa Sirah III. memberi penjelasan kepada murid cara mengambil ibrah serta berbangga dengan Sejarah Islam IV. Membentuk akhlak yang baik di kalangan murid di kalangan murid dengan mengambil teladan daripada kehidupan Rasulullah SAW
89 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran guru dan penglibatan murid secara aktif dalam pembelajaran Sirah. 3.2 Objektif Khusus I. Meningkatkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Sirah II. Meningkatkan pemahaman murid terhadap peristiwa Sirah III. Memberi penjelasan kepada murid cara mengambil ibrah serta berbangga dengan Sejarah Islam IV. Membentuk akhlak yang baik di kalangan murid dengan mengambil teladan daripada kehidupan Rasulullah SAW. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 6 dari kelas 6 Teratai 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan Ujian topikal (ujian PRA) yang menfokuskan tajuk bidang Sirah yang disediakan oleh guru dan pemerhatian di dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran Sirah. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 11 SEPTEMBER 2023 Murid menduduki ujian pentaksiran 1 - (UJIAN PRA) Ujian PRA Mengumpul data murid untuk dianalisis sebagai perbandingan awal pemahaman murid terhadap tajuk yang telah diajar dengan teknik kuliah KAEDAH 2 PEMERHATIAN 25 SEPTEMBER 2023 Murid membentangkan projek Sirah di dalam bilik darjah ( Data Pemerhatian) KAEDAH 3 UJIAN PASCA 8 OKTOBER 2023 Murid menjawab soalan- (UJIAN PASCA) Data diperoleh untuk dianalisis bagi melihat keberkesanan kaedah projek dalam pengajaran Sirah
90 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH a) Analisis data dalam ujian PRA (Ujian topikal Sirah) Kelemahan murid dalam menjawab soalan ditinjau dengan terperinci melalui soalan ujian topikal Sirah. Jadual 2 Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian PRA Markah Penuh 20 1 2 Lelaki Lelaki 13 17 Pengetahuan dan kefahaman tajuk Pembentukan Negara Madinah dalam bidang Sirah 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki 17 20 13 8 10 8 Lelaki 10 9 Lelaki 19 10 Lelaki 7 11 Lelaki 18 12 13 14 15 16 17 18 Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan 13 11 11 11 11 13 12 19 20 Perempuan perempuan 10 11 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, pengkaji telah menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut; Jadual 3 Perincian aktiviti yang telah dilaksanakan TARIKH PERINCIAN AKTIVITI 11 SEPTEMBER 2023 13 SEPTEMBER 2023 AK1: Ujian PRA Bimbingan murid menghasilkan projek Sirah 25 SEPTEMBER 2023 AK2:Murid membentangkan pameran Sirah dalam kumpulan (data Pemerhatian) 8 OKTOBER 2023 AK3: Ujian PASCA
91 Jadual 4 Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang dilaksanakan Aktiviti Pemerhatian Refleksi AKTIVITI 1 Penerangan awal projek dan pembahagian kumpulan Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Murid diagihkan tajuk projek dan bimbingan awal. Murid-murid memberi respon yang baik, dan bersemangat untuk menyiapkan projek. AKTIVITI 2 Bimbingan menjalankan projek Sirah Murid melaksanakan projek di dalam kumpulan.. Murid diberi panduan menyediakan projek. Murid membuat perbincangan aktif bersama ahli kumpulan. Murid menyiapkan projek secara kolaboratif di dalam kumpulan. AKTIVITI 3 Pembentangan projek dalam bentuk pameran dalam kelas Murid membentangkan projek dalam bentuk pameran di dalam kelas. Murid mempamerkan bahan dan membentangkan projek. Pemahaman murid dinilai melalui pemerhatian dalam pembentangan murid dan ujian PASCA. 90% murid meningkat pencapaian. Rajah 1 Murid berbincang dan menyiapkan projek di dalam kumpulan.
92 Rajah 2 Ujian Pra dan Pasca (Ujian Topikal Sirah) Rajah 3 Bahan projek yang disediakan oleh murid (Buku Pop up, Model Masjid Nabawi, Buku besar Piagam Madinah, peta besar menunjukkan kedudukan Mekah dan Madinah)
93 Rajah 4 Pembentangan projek Sirah dalam bentuk pameran di dalam kelas 5.4 REFLEKSI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini mampu menarik minat murid dalam pengajaran Sirah. Pembelajaran melalui kaedah projek dalam pengajaran Sirah dilihat mampu mewujudkan pembelajaran aktif di dalam bilik darjah. Murid kelihatan seronok bermula daripada agihan tugas dijalankan. Semua murid menunjukkan kerjasama yang bagus dengan merancang dan berbincang dengan guru berkenaan projek yang dijalankan.
94 Semasa hari pembentangan, murid kelihatan bersemangat menyediakan meja pameran dengan baik. Murid bersedia mempamerkan projek mengikut kumpulan masing-masing. Murid membentangkan projek mengikut tajuk yang diberikan. Aktiviti berjalan secara gallery walk. Sesi soaljawab dijawab dengan baik oleh murid yang menjaga setiap meja pameran. Murid berinteraksi dengan baik sesama murid. Dalam masa yang sama guru menjalankan peranan sebagai fasilitator. 5.4.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Analisis markah dalam Ujian PASCA Jadual 5 Analisis Skor ujian PASCA Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian PASCA Markah Penuh 20 1 2 Lelaki Lelaki 18 16 Pengetahuan dan kefahaman tajuk Pembentukan Negara Madinah dalam bidang Sirah 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki 20 18 17 17 16 8 Lelaki 18 9 Lelaki 20 10 Lelaki 9 11 Lelaki 19 12 13 14 15 16 17 18 Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan 17 14 16 14 13 15 16 19 20 Perempuan perempuan 14 16 Jadual 6 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor Ujian (PRA) (PASCA) 1 2 Lelaki Lelaki 13 17 18 16 Pengetahuan dan kefahaman tajuk Pembentukan Negara Madinah dalam bidang Sirah 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki 17 20 13 8 10 20 18 17 17 16 8 Lelaki 10 18 9 Lelaki 19 20 10 Lelaki 7 9 11 Lelaki 18 19 12 13 14 15 16 17 18 Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan 13 11 11 11 11 13 12 17 14 16 14 13 15 16