145 5.5 REFLEKSI KAJIAN Refleksi kajian adalah merupakan hasil terhadap tindakan yang dilakukan kepada Murid A setelah melakukan perkara-perkara dalam membendung murid tersebut daripada ponteng sekolah lagi. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keselurunnya mendapati bahawa kajian ini adalah untuk melakukan analisis dan mencari punca terhadap Murid A yang sering ponteng sekolah. Selain itu, guru-guru juga telah melakukan tindakan yang sewajarnya dengan bertanyakan sendiri kepada murid tersebut mengenai ketidakhadirannya ke sekolah yang semakin merosot. Tambahan pula, guru juga melakukan perkara yang dapat menarik perhatian Murid A supaya lebih rajin untuk datang ke sekolah contohnya setiap kehadiran akan diberi ganjaran seperti coklat dan sebagainya. Malahan, program emak angkat juga dilakukan, iaitu dengan menjadikan guru kelas, iaitu Ustzah Ishafinaz menjadi emak angkat dengan membelikan jam lonceng bertujuan untuk memudahkan Murid A bangun pagi ke sekolah. Selain daripada itu, sering memberi coklat atau makanan ringan seperti jajan yang sering kanak-kanak menggemarinya supaya dapat memberi semangat dan motivasi kepada Murid A supaya selalu datang ke sekolah. Seterusnya, adalah dengan mendapatkan saudara kembar atau teman rapat dari kalangan yang sekelas dengannya yang mempunyai akhlak yang tinggi sebagai penemannya sepanjang masa. Dan ini juga bertujuan untuk menjadikan kawan rapat tersebut sebagai tempat untuk meluahkan perasaan serta berkomunikasi dari hati ke hati kerana setiap saudara atau teman rapat akan memaklumkan apa sahaja mengenai Murid A kepada emak angkat supaya dapat menjalakan tindakan selanjutnya setelah mendengar dari teman rapat Murid A sekiranya perlu. RUJUKAN Limazumdamha.(2009).SejarahSKSAT. https://sksultanahmadtajuddin.blogspot.com/2009/07/sejarah-sksat.html
146 LAMPIRAN
147
148
149
150
151
152 “SHAPE BOARD”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MELUKIS BENTUK ASAS PSV Noorazlin Zainol, SK Sultan Ahmad Tajuddin, [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid darjah empat di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin , yang kurang menguasai teknik melukis bentuk asas. Seramai 10 orang murid darjah 4 Mawar Putih dan 4 Kenanga terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Hasil daripada tinjauan, didapati murid kurang mahir untuk melukis walaupun bentuk asas. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah menggunakan ”Shape Board” diadaptasikan melalui penerangan tentang teknik melukis bentuk asas membentuk sebuah imej. Melalui kaedah ”Shape Board” guru membimbing murid memantapkan kemahiran melukis. Hasil tinjauan fasa pertama didapati murid menghadapi masalah melakar dan melukis bentuk asas. Oleh demikian, bagi mengatasi masalah ini murid diberi bimbingan cara melukis bentuk asas menggunakan ”Shape Board”. Perbandingan hasil kerja murid secara berperingkat sebelum dan selepas aktiviti bimbingan dijalankan menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Maka analisis dapatan kajian mempamerkan bahawa penggunaan ”Shape Board” dalam pembelajaran PSV secara keseluruhannya mempamerkan peningkatan yang baik. Kata Kunci:shape board, kemahiran melukis bentuk asas 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Saya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah murid yang kurang mahir melukis bentuk asas dalam pembelajaran PSV. Justeru, kaedah menggunakan ”Shape Board” adalah jalan penyelesaian yang berkesan bagi memantapkan kemahiran melukis bentuk asas membentuk imej bagi murid tahun 4. Kajian Tindakan ini melibatkan murid tahun 4 Mawar Putih dan 4 Kenanga seramai 10 orang dari kalangan murid tidak mahir melakar dan melukis. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui semakan hasil lukisan dan hasil kerja murid didapati murid menghadapi masalah melukis bentuk asas yang membentuk imej. Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk melukis kerana kurang yakin dengan lakaran yang dilukis. Tabiat memadam lakaran telah membuang masa murid sekaligus latihan melukis tidak dapat disiapkan. Selain itu, saya dapati murid tidak berani mencuba untuk melakar bentuk asas membentuk imej. Mereka seolah-olah tidak tahu dimana bahagian yang sesuai untuk memulakan lakaran tersebut. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik melukis objek asas dengan betul, maka masalah ini akan dapat diatasi. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah melakukan intervensi terhadap teknik pengajaran yang lebih mudah dengan menggunakan “Shape Board”.
153 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada kemahiran melukis bentuk asas dengan menggunakan “Shape Board”. Usaha ini dapat menarik minat murid untuk melukis membentuk sesuatu objek. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk; V. menguasai kemahiran melukis bentuk asas VI. memahami kaedah guru mengajar VII. mengetahui kaedah melukis objek dengan betul VIII. dapat mengaitkan soalan dengan kemahiran yang telah dipelajari. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran melukis bentuk asas membentuk imej terhadap teknik yang betul dan tepat. 3.2 Objektif Khusus I. menguasai kemahiran melukis bentuk asas II. memahami kaedah guru mengajar III. mengetahui kaedah melukis objek dengan betul IV. dapat mengaitkan soalan dengan kemahiran yang telah dipelajari. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 10 orang murid darjah 4 yang terdiri daripada 5 orang murid dari kelas 4 Mawar Putih dan 5 orang murid dari kelas 4 Kenanga. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan pemerhatian dan semakan hasil kerja murid. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data. Jadual 1 Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 Hasil semakkan tugasan murid APRIL - MEI 2023 Memeriksa hasil tugasan dan latihan melukis murid Mengenal pasti kelemahan murid melukis bentuk asas KAEDAH 2 JUN -OGOS 2023 Murid membuat aktiviti mengikut urutan unit 1-4 dengan menggabungkan kesemua kemahiran asas PSV. Tugasan Unit 1-4 Mengumpul data murid untuk dianalisis
154 KAEDAH 3 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) OGOS 2023 Murid merancang dan membina serta menggabung jalinkan pelbagai teknik dan kaedah PnP yang dipelajari dalam PSV Data diperoleh untuk dianalisis bagi memastikan masalah yang dihadapi murid. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH d) Tinjauan Dan Pemerhatian Hasil Kerja Murid Kelemahan murid dalam merancang dan memilih bahan serta kurang yakin semasa langkah pertama menghasilkan sesuatu tugasan. Jadual 2 Analisis Tinjauan Masalah Kemahiran Masalah telah dikenal pasti UNSUR SENI Murid belum menguasai kemahiran melukis bentuk asas dan unsur seni. Kurang yakin untuk menggunakan teknik dan kemahiran PSV yang telah dipelajari. PRINSIP REKAAN Tidak memahami kehendak soalan dan tidak merancang bahan dan kemahiran dengan tepat berdasarkan pernyataan atau soalan yang diberikan. e) Analisis markah dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (Ogos 2023) Jadual 3 Analisis Skor PPT Perkara yang ditinjau Responden Jantina Skor PPT Unsur Seni Prinsip Rekaan 1 2 Lelaki Lelaki 2 2 4 3 UNSUR SENI PRINSIP REKAAN 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan 3 3 3 4 4 4 2 0 3 4 8 Perempuan 3 3 9 Perempuan 4 2 10 Perempuan 4 1 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut;
155 Jadual 4 Perincian aktiviti yang telah dilaksanakan TARIKH PERINCIAN AKTIVITI JUN – JULAI 2023 AK1: Bimbingan mengaplikasikan Unsur Seni dalam tugasan SEPT 2023 AK2: Teknik melukis garisan menghasilkan rupa dan bentuk OKT 2023 AK3: Penggunaan “Shape Board” dan Teknik pemudahcara digunakan untuk membantu bimbing Jadual 5 Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang dilaksanakan Aktiviti Pemerhatian Refleksi AKTIVITI 1 Teknik bimbingan mengaplikasikan Unsur Seni Murid dibekalkan dengan soalan pelbagai aras kemahiran. Murid dibimbing untuk melakar dan melukis pelbagai jenis bentuk asas. Murid-murid memberi respon yang baik, didapati murid-murid masih ragu-ragu untuk melakar dan melukis. AKTIVITI 2 Teknik melukis garisan Murid diberi bimbingan menggunakan “shape loose” untuk melukis. Murid diberi panduan menggunakan “shape loose” tertentu. Murid membuat perbincangan dan perancangan bersama ahli kumpulan. Murid mempunyai sifat berani mencuba untuk melakar dan melukis. AKTIVITI 3 Bimbingan menggunakan “Shape Board” Murid mengaplikasi kemahiran melukis dengan menggunakan “Shape Board” yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Kemahiran murid dinilai dari hasil kerja dan lukisan yang semakin jelas meningkat. Rajah 1 “Shape Board” yang telah dihasilkan
156 Rajah 2 Aktiviti 1: Teknik melakar dan melukis Rajah 3 Rajah 3 Aktiviti 2: Bimbingan menggunakan “Shape Board”
157 Rajah 6 Rajah 4 Aktiviti 3: Penggunaan MODUL bimbingan ”Shape Board” 5.5 REFLEKSI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat menarik minat murid untuk melukis bentuk asas membentuk imej. Didapati murid-murid jelas dengan penerangan pengkaji, namun memerlukan bimbingan yang lebih untuk jangka masa yang panjang bagi membolehkan mereka 100% menguasai kemahiran melukis bentuk asas. Ini kerana penggunaan “Shape Board” berfokuskan kepada latihan melukis bentuk asas.
158 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Jadual 5 Perbandingan sebelum dan selepas bimbingan Perkara yang ditinjau Responden Jantina Sebelum Selepas Unsur Seni Prinsip Rekaan Unsur Seni Prinsip Rekaan 1 2 Lelaki Lelaki 2 2 4 3 4 3 5 5 UNSUR SENI 3 4 5 6 7 Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan 3 3 3 4 4 4 2 0 3 4 4 4 4 5 5 5 4 3 5 5 8 Perempuan 3 3 5 5 9 Perempuan 4 2 5 4 10 Perempuan 4 1 5 4 5.5.2 Analisis Keputusan Jadual 6 Analisis Hasil Kerja Murid sebelum dan selepas Skor/TP Keputusan Sebelum(Unsur Seni) Selepas(Unsur Seni) 1 0 0 2 2 0 3 4 1 4 4 4 5 0 5 6 0 0 5.5.2 Graf Perbandingan Sebelum dan Selepas dalam Unsur Seni 5.5.3 Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada bahan intervensi iaitu “shape board” semasa PdP murid tahun 4. Kajian Tindakan ini dapat memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti PdP dalam PSV dengan berbantukan bahan intervensi seperti “shape board”.
159 Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan budaya pembelajaran murid lemah dalam memantapkan kemahiran melukis bentuk asas. Hal ini bermakna intervensi PSV menggunakan “shape board” memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berfokus kepada mereka. Walaupun keputusan hasil tugasan menunjukkan perbezaan yang tidak ketara, tetapi hasil intervensi menunjukkan peningkatan markah murid bagi kemahiran sebelum dan selepas kajian. Selain itu murid juga menunjukkan sikap yang positif dan sangat komited semasa bimbingan diberikan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa murid kurang mahir bermotivasi mengikuti pembelajaran secara bimbingan khusus dan berfokus. Impaknya murid lemah dan kurang mahir dapat meningkatkan kemahiran dalam hasil kerja dan tugasan PSV mereka. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya percaya kualiti pengajaran dan pembelajaran PSV dapat dipertingkatkan jika semua guru dapat mengambil inisiatif meningkatkan kualiti dalam konteks mendidik murid-murid secara bimbingan khusus. Usaha demi usaha perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran PSV ke tahap yang lebih memuaskan. Maka kajian tindakan terhadap subjek PSV yang seterusnya wajar dilaksanakan terhadap skop yang lebih besar untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kualiti PdP PSV mengikut kaedah-kaedah yang difikirkan perlu berdasarkan kelemahan murid.
160 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025) Metra Syahril Mohamed & Assim Hassan (2015). Mencapai pendidikan berkualiti. http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id =268 Pomizi (2021). Kajian Tindakan. Dicapai pada Jun 18, 2023, from http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html Puteri Darishah (2023). “Key Chain KPS”: Meningkatkan kemahiran Proses Sains Murid Menulis Hipotesis, Pernyaan Masalah, Pembolehubah, inferens dan Definisi Secara Operasi. Jurnal Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, (1), 25-42. Suarman, Zahara Aziz, & Ruhizan Mohammad Yasin. (2013). The quality of teaching and learning towards the satisfaction among the university students. Journal of Asian Social Science, 9, 252-258.
161 KELEMAHAN PENGGUNAAN KOSA KATA BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN MORAL. MD ZAHIR BIN ISHAK,YUSNITA BINTI NANYAN SK Sultan Ahmad Tajuddin,06000 Jitra, Kedah. sksatppdkp.gmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah penggunaan Bahasa Melayu yang masih lemah terutamanya di kalangan pelajar Pendidikan Moral dari segi penguasaan kosa kata dan sebutan. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan lebih baik dan versatile.Murid-murid sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi kerana mereka lemah dalam menyebut perkataan dan penbendaharaan kata yang agak terbatas kerana mereka lebih kerap menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Siam ,Bahasa Tamil,dan Bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian semasa di rumah. Kajian ini melibatkan 6 orang murid Pendidikan Moral yang merangkumi murid Aliran Tahun Tiga dan Aliran Tahun Empat.Tinjauan awal dilakukan dengan kaedah pemerhatian dan pentaksiran bilik darjah.Hasil daripada tinjauan ini didapati muridmurid agak lemah dan kurang mantap menguasai kosa kata Bahasa Melayu.Bagi mengatasi masalah ini penggunaan kaedah Simulasi Watak (Roleplay) dan latihan bertulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH. Kami sentiasa berusaha untuk mengukuhkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu di kalangan murid-murid Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.Latihan bertulis secara kerap dan aktiviti bertutur secara lisan menggunakan kaedah Simulasi Watak (Roleplay) adalah satu jalan penyelesaian yang amat efektif untuk mengatasi masalah ini. 2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada kemahiran untuk menguasai kosa kata dan kemahiran bertutur secara lisan untuk menyebut perkataan-perkataan yang tepat pada situasi yang betul. Kajian ini penting supaya murid-murid Pendidikan Moral dapat memahami dan menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
162 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif kajian ialah untuk meningkatkan kemahiran menguasai kosa kata dan dapat menyebut dan perkataan -perkataan di dalam Bahasa Melayu dengan tepat dan sesuai dengan situasi semasa. 3.2 Objektif Khusus i. Membantu murid-murid menguasai kosa kata Bahasa Melayu secara optimum. ii. Membantu murid-murid menggunakan kosa kata yang sesuai dan tepat pada situasi semasa. iii. Membantu murid-murid bertutur Bahasa Melayu dengan lebih fasih dan mengelakkan murid-murid menyebut perkataan menggunakan dialek ibunda mereka. iv. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 6 orang murid Pendidikan Moral dari Aliran Tahun Tiga dan Aliran Tahun Empat.Murid-murid ini mewakili kaum India, dan Siam. (a) Jumlah Tahun 3 ialah 3 orang ( 3 India ) (b) Jumlah Tahun 4 ialah 3 orang ( 1 India , 2 Siam ) 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data Langkah & Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Langkah 1 27 September 2023 Memeriksa buku latihan 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 Mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Langkah 2 27 September 2023 Ujian 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 Saya menjalankan ujian ke atas 3 orang murid Aliran Tahun Tiga yang dikenal pasti, iaitu membina ayat mudah dan mengisi tempat kosong berdasarkan gambar.Tujuan adalah untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi
163 ketika menggunakan kosa kata yang sesuai. Langkah 3 28 September 2023 Temubual i.3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 ii. Pemerhati : Yusnita binti Nanyan Temubual dijalankan ke atas 3 orang murid untuk mengenal pasti masalah masalah yang dihadapi Langkah 4 2 Oktober 2023 Soal selidik i.3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 ii. Pemerhati : Yusnita binti Nanyan Kertas soal selidik diedarkan untuk mendapat kepastian pada masalah yang dihadapi. Jadual 2 : Kaedah Mengutip Data Langkah & Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Langkah 1 28 September 2023 Memeriksa buku latihan 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 Mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Langkah 2 28 September 2023 Ujian 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 Saya menjalankan ujian ke atas 3 orang murid Aliran Tahun Empat yang dikenal pasti, iaitu membina ayat mudah dan mengisi tempat kosong berdasarkan gambar.Tujuan adalah untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi ketika menggunakan kosa kata yang sesuai. Langkah 3 3 Oktober 2023 Temubual i.3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 ii. Pemerhati : Md Zahir bin Ishak Temubual dijalankan ke atas 3 orang murid untuk mengenal pasti masalah masalah yang dihadapi Langkah 4 5 Oktober 2023 Soal selidik i.3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 ii. Pemerhati : Md Zahir bin Ishak Kertas soal selidik diedarkan untuk mendapat kepastian pada masalah yang dihadapi.
164 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Jadual 3 : Analisis Tinjauan Masalah Langkah & Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah yang telah dikenalpasti Langkah 1 27 September 2023 Memeriksa buku latihan 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 i. Kurang mengetahui dan memahmi makna kosa kata. ii. Penggunaan kosa kata yang tidak tepat dan tidak sesuai dalam ayat. Langkah 2 27 September 2023 Ujian 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 Setelah membuat ujian pra saya dapati: i. Semua murid hanya dapat menggunakan sebahagian kecil kosa kata yang betul. ii.Tidak dapat membuat ayat dengan sempurna. iii.Banyak melakukan kesalahan ejaan. Langkah 3 28 September 2023 Temubual i.3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 ii.Pemerhati : Yusnita binti Nanyan i. Seramai 3 orang telah saya temubual dan didapati mereka kurang faham maksud kosa kata Bahasa melayu. ii. Kurang mendapat tunjuk ajar daripada ibubapa apabila kerja sekolah diberi. iii. Penggunaan bahasa ibunda seperti Bahasa Thai dan Bahasa Tamil serta Bahasa Inggeris semasa di rumah mengurangkan kemahiran dan penguasaan penggunaan Bahasa Melayu mereka. iv. Masa lapang banyak diisi dengan bermain bersama kawankawan Langkah 4 2 Oktober 2023 Soal selidik i. 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 3 iii. Pemerhati : Yusnita binti Nanyan i. Hanya seorang yang betul-betul berminat pada mata pelajaran Bahasa Melayu. ii. Hanya 2 orang daripada mereka akan bertanya jika tidak faham kerja yang diberikan oleh guru. iii. 2 orang daripada mereka tidak faham soalan dan tidak tahu untuk menjawab terutama di dalam membina ayat mudah.
165 Jadual 4 : Analisis Tinjauan Masalah Langkah & Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah yang telah dikenalpasti Langkah 1 28 September 2023 Memeriksa buku latihan 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 i. Kurang mengetahui dan memahmi makna kosa kata. ii. Penggunaan kosa kata yang tidak tepat dan tidak sesuai dalam ayat. Langkah 2 28 september 2023 Ujian 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 Setelah membuat ujian pra saya dapati: i. Semua murid hanya dapat menggunakan sebahagian kecil kosa kata yang betul. ii.Tidak dapat membuat ayat dengan sempurna. iii.Banyak melakukan kesalahan ejaan. Langkah 3 3 Oktober 2023 Temubual i. 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 ii. Pemerhati : Md Zahir bin Ishak iv. Seramai 3 orang telah saya temubual dan didapati mereka kurang faham maksud kosa kata Bahasa melayu. v. Kurang mendapat tunjuk ajar daripada ibubapa apabila kerja sekolah diberi. vi. Penggunaan bahasa ibunda seperti Bahasa Thai dan Bahasa Tamil serta Bahasa Inggeris semasa di rumah mengurangkan kemahiran dan penguasaan penggunaan Bahasa Melayu mereka. iv. Masa lapang banyak diisi dengan bermain bersama kawankawan Langkah 4 5 Oktober 2023 Soal selidik i. 3 orang murid Pendidikan Moral Aliran Tahun 4 ii. Pemerhati : Md Zahir bin Ishak i. Hanya 2 orang yang betul-betul berminat pada mata pelajaran Bahasa Melayu. ii. Hanya seorang daripada mereka akan bertanya jika tidak faham kerja yang diberikan oleh guru. iii. 2 orang daripada mereka tidak faham soalan dan tidak tahu untuk menjawab terutama di dalam membina ayat mudah.
166 Aktiviti Ujian Penilaian : 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan pelajar memang lemah dan kurang menguasai kosa kata. Ini adalah kerana mereka kurang pendedahan di dalam Bahasa Melayu, lebih banyak bertutur dalam bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris, kurang keyakinan diri, keadaan persekitaran kurang mendapat dorongan daripada ibubapa menyebabkan mereka akan kehilangan arah jika tidak di bimbing oleh guru. Oleh itu, saya rasa bertangungjawab di dalam mendidik anak-anak didik saya. Beberapa kaedah telah diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini. i. Simulasi Watak (Roleplay) ii. Latihan bertulis di dalam lembaran kerja. 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 Tindakan yang dilakukan ialah menggunakan kaedah Simulasi Watak (Roleplay) . Murid disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka.Sebelum wataktersebut dilakonkan, murid akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagaicontoh, murid mendapatkan kad bergambar doktor.Mereka perlu menyenaraikan perkataan yangmemerihal tentang
167 watak tersebut seperti perkerjaan,pakaian,tugas, lokasi dan sebagainya di dalamsumbangsaran. Murid tersebut akan berkongsi dengan murid yang lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi.Murid tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa yang betul dan tepat. 5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 Aktiviti seterusnya ialah lembaran kerja yang mengandungi soalan mengisi tempat kosong dan membina ayat mudah. Murid diminta menjawab dan menyelesaikan tugasan yang diberi .
168 5.5 REFLEKSI KAJIAN Refleksi sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok tetapi ada murid yang kurang memberi tumpuan pada bahagian membina ayat mudah. Jadi saya perlu membantu murid ini supaya mereka terus menyiapkan kerja. Saya juga akan menggunakan buku teks dan buku aktiviti supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang ayat dan juga gambar.Kaedah ini akan dapat membantu murid-murid menambahkan penbendaharaan kata.Ini juga akan meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah kekurangan penguasaan kosa kata. 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Jadual 5: Keputusan Ujian Pra Aliran Responden Kaum Jantina Skor Ujian Pra Tahun 3 R1 India Perempuan 8/15 Tahun 3 R2 India Perempuan 6/15 Tahun 3 R3 India Perempuan 4/15 Jadual 6: Keputusan Ujian Pos Aliran Responden Kaum Jantina Skor Ujian Pos Tahun 3 R1 India Perempuan 13/15 Tahun 3 R2 India Perempuan 10/15 Tahun 3 R3 India Perempuan 8/15 Jadual 7: Keputusan Ujian Pra Aliran Responden Kaum Jantina Skor Ujian Pra Tahun 4 R1 India Lelaki 7/15 Tahun 4 R2 Siam Lelaki 5/15 Tahun 4 R3 Siam Lelaki 4/15 Jadual 8: Keputusan Ujian Pos Aliran Responden Kaum Jantina Skor Ujian Pos Tahun 4 R1 India Lelaki 12/15 Tahun 4 R2 Siam Lelaki 10/15 Tahun 4 R3 Siam Lelaki 9/15
169 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran pada masa akan datang kerana kaedah ini amat mudah dan berkesan. Kaedah ini juga menyeronokkan murid-murid kerana memberi mereka satu pengalaman yang baru dan menarik.Kajian ini diharapkan dapat membantu murid-murid untuk bertutur dengan lancar dan juga memahami apa yang disebut.
170 RUJUKAN Chua Yock Chuan.(2001).Personaliti dan Motivasi Pelajar.Jurnal Pendidikan:PKPSM Johor.(hlmn 61- 64). Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD 3026. Lucas, B. D. (2005). Teaching Psychology Step By Step Guide. London: Laurences Erlbaum Associates. Yusoff, T. J. (2017). Pembentukan Kata dan Ayat. Keberkesanan Kaedah Pengajaran Bersama Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan, 61. Noorizah Mohd Noor, Idris Aman & Rosniah Mustafa. 2012. Teachers questioning approaches in the Malaysian ESL classroom. The International Journal of Learning 18(7): 313-325 Mahmud, A. (2015). Fungsi Ujian Penilaian. Penilaian Kurikulum Dalam Pengajaran dan Pembenlajaran, 2. Cole, D., Ellis, C., Mason, B., Meed, J., Record, D., Rossetti, A., & Willcocks, G. 2007. Teaching Speaking and Listening: A Toolkit for Practitioners. Bristol: Portishead press. Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 67 – 87. Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Pelajar. LSP International Journal, 4 (1), 23 – 35. Jasmi, K. A. (2012). Kaedah Analisis Dokumen. Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif, 11 Catchart,R.L,&Olsen,J.W.B.(1976).Teachers’ and students’ preferences for correction of classroom conversation errors.In J.F.Fanselow & R.H.Crymes(eds),On TESOL ‘76 (pp.41- 53).Washington,D.C.:TESOL Jeya Vellu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru: Kursus Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah.Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya
171 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013).Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013- 2025. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan. Mohd Sharani Ahmad. 2006. Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
172 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGIRAAN BAHAGI DALAM BENTUK LAZIM MENGGUNAKAN KAEDAH SMART TAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 NOOR HIAZA BINTI HUSSAIN, RASDAH BINTI ABD WAHAB, HASNA BINTI MD NOH Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan penggunaan “SMART TAB” bagi membantu meningkatkan pemahaman murid-murid yang lemah dari kelas 3 Mawar Merah bagi menyelesaikan masalah pembahagian dua digit dengan satu digit dalam bentuk lazim. Seramai 5 orang murid telah dikenalpasti sebagai sampel untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Data dikumpulkan berdasarkan ujian pra, Latihan 1, Latihan 2 dan Ujian Pasca. Data yang diperolehi akan dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf. Didapati terdapat peningkatan markah yang diperolehi dari kelima-lima orang responden tersebut. Ini menunjukkan bahawa penggunaan “SMART TAB” sangat berkesan dalam membantu murid lemah menyelesaikan masalah pembahagian dua digit dengan satu digit dalam bentuk lazim. Kata Kunci : SMART TAB, Bahagi Bentuk Lazim 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi operasi bahagi di kelas 3 Mawar Merah yang melibatkan pembahagian nombor 2-digit dengan nombor 1-digit dalam bentuk lazim, terdapat sebilangan murid-murid yang didapati tidak memahami dan menghafal sifir serta tidak menguasai prosedur bentuk lazim yang betul. Murid-murid tersebut telah disarankan menggunakan kaedah ‘Petak Sifir’ bagi memudahkan mereka untuk melaksanakan operasi bahagi dalam bentuk lazim dengan cepat dan tepat. Saya dapati kaedah ini memberi kesan yang baik kepada murid-murid yang pandai kerana mereka dapat menghasilkan petak sifir dengan cepat dan tepat. Bagi murid yang lemah , mereka perlu mengambil masa yang lama untuk membina petak sifir dan kadang kala sifir yang dihasilkan salah , ini akan menyebabkan mereka membuat jawapan yang salah dalam prosedur bentuk lazim . Saya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah murid tahun 3 Mawar Merah yang kurang mahir untuk membahagi bentuk lazim mengikut prosedur yang betul. Justeru, kaedah SMART TAB adalah jalan penyelesaian yang berkesan bagi memantapkan pengetahuan dan pemahaman murid untuk membahagi dalam bentuk lazim. Kajian Tindakan ini melibatkan lima orang murid yang tidak mahir membahagi dalam bentuk lazim mengikut prosedur. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui semakan buku latihan dan soalan-soalan latihan yang diberikan, didapati murid menghadapi masalah menjawab soalan dengan tepat kerana tidak hafal sifir dan tidak tahu membahagi dalam
173 bentuk lazim. Ini sekaligus memberi kesan terhadap pencapaian dalam latihan berkaitan operasi bahagi dalam bentuk lazim yang diberikan. 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada pengetahuan dan pemahaman murid terhadap kemahiran membahagi dalam bentuk lazim dengan menggunakan SMART TAB. Usaha ini dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada membina keyakinan murid untuk: 3.1 menguasai kemahiran membahagi dalam bentuk lazim. 3.2 memahami kaedah guru mengajar. 3.3 mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul. 3.4 dapat membina SMART TAB dengan betul.. 3.5 memahami smart Tab dan penggunaannya. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terhadap teknik yang tepat untuk membahagi nombor 2-digit dengan 1-digit dalam bentuk lazim mengikut prosedur yang betul dan seterusnya mewujudkan rasa minat murid dalam mata pelajaran Matematik. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS V. Meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknik mudah membahagi dalam bentuk lazim mengikut prosedur yang betul. VI. Meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan SMART TAB VII. Memberi keyakinan murid untuk menjawab soalan dengan tepat VIII. Meningkatkan penguasaan murid terhadap operasi bahagi dalam bentuk lazim. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 3 Mawar Merah yang tidak memahami prosedur untuk menyelesaikan masalah pembahagian 2 digit dengan 1 digit dalam bentuk lazim.
174 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan masalah dilakukan berdasarkan semakan buku latihan dan kertas peperiksaan. Jadual 1 menunjukkan kaedah mengutip data. Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data Kaedah Tarikh Tujuan KAEDAH 1 Memeriksa Buku Latihan Murid. 25 - 30 JUN 2023 Memeriksa buku latihan murid Mengenal pasti kelemahan murid menjawab soalan melibatkan bahagi dalam bentuk lazim. KAEDAH 2 1 JULAI 2023 Murid menduduki - Ujian Pra Ujian Pra Mengumpul data murid untuk dianalisis KAEDAH 3 Ujian Pasca 30 JULAI 2023 Murid menjawab soalan - Ujian Pasca Data diperoleh untuk dianalisis bagi memastikan masalah yang dihadapi murid. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH a) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja Kelemahan murid dalam menjawab soalan bahagi dalam bentuk lazim dikenal pasti semasa menjalankan pemeriksaan buku latihan dan Ujian Pra. Tinjauan buku tulis, buku kerja dan hasil kerja murid.
175 Jadual 2 : Analisis Ujian Pra BIL NAMA MURID BILANGAN SOALAN BETUL JUMLAH SOALAN PERATUS (%) 1. MURID A 0 10 0 2. MURID B 4 10 40 3. MURID C 0 10 0 4. MURID D 1 10 10 5. MURID E 3 10 30 Graf Markah Ujian Pra 0 10 20 30 40 50 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Markah (%) Responden Graf Markah Ujian Pra Peratus
176 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktivitiaktiviti yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut; Jadual 2 Perincian aktiviti yang telah dilaksanakan TARIKH PERINCIAN AKTIVITI 2 - 6 JULAI 2023 AK1: Bimbingan membuat “Smart Tab” 9 - 25 JULAI 2023 AK2: Bimbingan membuat latihan bahagi dalam bentuk lazim menggunakan “Smart Tab” Bimbingan membuat SMART TAB dan penggunaannya.
177 Murid menggunakan Smart Tab untuk membahagi dalam bentuk lazim
178 Jadual 3 : Analisis Ujian Pasca BIL NAMA MURID BILANGAN SOALAN BETUL JUMLAH SOALAN PERATUS (%) 1. MURID A 8 10 80 2. MURID B 10 10 100 3. MURID C 7 10 70 4. MURID D 10 10 100 5. MURID E 9 10 90 Graf Markah Ujian Pasca 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN Pengajaran secara bimbingan dilakukan. Murid-murid sasaran diberi perhatian ketika sesi kelas pemulihan yang dilaksanakan selama 30 minit selepas waktu persekolahan. . Penerangan dan bimbingan menggunakan kaedah SMART TAB diajar secara berfokus kepada murid -murid yang terlibat. Proses Tindakan Terhadap Intervensi yang dilaksanakan Aktiviti Pemerhatian Refleksi AKTIVITI 1 Bimbingan membuat Smart Tab Murid dibekalkan kertas dan dibimbing untuk membuat Smart Tab Murid-murid memberi respon yang baik, murid membuat Smart Tab dengan bimbingan guru. AKTIVITI 2 Bimbingan membuat latihan bahagi dalam bentuk lazim menggunakan Smart Tab Murid diberi bimbingan menggunakan Smart Tab ketika membuat pengiraan bahagi dalam bentuk lazim mengikut prosedur yang betul Murid menguasai cara membuat dan menggunakan Smart Tab serta lebih yakin untuk membuat pengiraan operasi bahagi dalam bentuk lazim dengan betul. 0 20 40 60 80 100 120 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Markah (%) Responden Graf Markah Ujian Pasca Peratus
179 5.5 REFLEKSI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan bahagi dalam bentuk lazim dengan baik. Didapati murid-murid jelas dengan penerangan pengkaji walaupun pada awalnya murid agak sukar dan kurang berminat membahagi dalam bentuk lazim. Namun, setelah diberi bimbingan dan panduan serta sokongan moral dari guru-guru serta rakan sekelas, murid dapat membahagi mengikut prosedur yang betul. 5.5.1 PENILAIAN PENCAPAIAN MURID Setelah saya menyelesaikan kajian ini, didapati bahawa penggunaan kaedah “Smart Tab” ini berkesan dan berjaya membantu murid-murid yang berprestasi rendah untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam memahami prosedur bahagi dalam bentuk lazim dengan betul. Saya dapati kesemua murid sasaran berjaya menguasai dan menunjukkan peningkatan berdasarkan keputusan Ujian Pasca yang diperolehi.. Untuk aktiviti seterusnya, bagi memantapkan kemahiran membahagi, murid-murid perlu dibimbing secara berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi membolehkan mereka 100% menguasai kemahiran bahagi dalam bentuk lazim agar dapat menjawab dengan lebih pantas dan tepat. Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca 0 20 40 60 80 100 120 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Markah (%) Responden Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca Ujian Pra Ujian Pasca
180 5.5.2 REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KESELURUHAN Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan kaedah pengajaran berasaskan kepada bahan intervensi iaitu menggunakan SMART TAB semasa pengajaran dan pembelajaran operasi bahagi dalam bentuk lazim.. Kajian Tindakan ini dapat memberi maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkemaskan lagi usaha dalam meningkatkan kualiti PdP dalam subjek Matematik dengan berbantukan bahan intervensi seperti “SMART TAB”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan budaya pembelajaran murid lemah dalam memantapkan kefahaman mereka membahagi dalam bentuk lazim dengan betul. Hal ini bermakna penggunakan “SMART TAB” memberi kesan positif terhadap pemahaman murid tentang operasi bahagi dalam bentuk lazim.. Dapatan juga membuktikan bahawa murid mampu mengikuti pembelajaran jika diberi bimbingan secara berterusan. Hasil intervensi menunjukkan peningkatan markah murid bagi Ujian Pasca yang telah dilaksanakan. Selain itu murid juga menunjukkan sikap yang positif dan sangat komited semasa bimbingan diberikan oleh guru. Murid yang didapati pendiam sebelum ini kelihatan aktif dan bersemangat untuk menjawab soalan yang diberikan. Selain itu didapati terdapat murid yang menguasai kaedah ini cuba membantu membimbing rakan-rakan mereka yang kurang mahir untuk membuat latihan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Setelah selesai menyempurnakan kajian tindakan ini, sebagai seorang pengkaji, saya dapati aspek penambahbaikan seharusnya dilaksanakan agar kajian ini menjadi lebih sempurna dan menarik. Setelah menggunakan kaedah ini saya dapati ianya banyak membantu murid saya yang lemah dalam operasi bahagi untuk menjawab dengan betul. Saya percaya kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dipertingkatkan jika semua guru dapat mengambil inisiatif meningkatkan kualiti dalam konteks mendidik murid-murid yang kurang mahir secara bimbingan khusus. Usaha demi usaha perlu diteruskan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik ke tahap yang lebih memuaskan. Maka kajian tindakan terhadap subjek Matematik yang seterusnya wajar dilaksanakan terhadap skop yang lebih besar untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kualiti PdP Matematik mengikut kaedah-kaedah yang difikirkan perlu berdasarkan kelemahan murid.
181 RUJUKAN Buku Manual Kajian Tindakan. (2008). Putrajaya...Bahagian Perancangan Dan Penyelidikkan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Christina Lau Yuan. (2012). Refleksi Pembelajaran Teknik Menganalisis Data Tentang Penggunaan Teknik CRA Dalam Membantu Murid Tahun 5 Pembahagian Fakta Asas. Jurnal Penyelidikkan Tindakan Tahun 2012. Hayazi Bin Mohd Yasin. (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru -Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bhahru , Johor .Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . Mohammad Affiq Bin Mohammad Zain Dan Ym Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal.(2013). Penggunaan Kaedah U – Solve Dalam Membantu Murid Lemah Tahun 5 Menyelesaikan Masalah Pembahagian. Seminar Kajian Tindakan PISMP 2013 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Mohd Izzat Fakhruddin Bin Adnan & En Nik Mohammad Bin Nik Jusoh. (2013). “Bone Division’’ Membantu Murid Tahun 4 Pintar Membahagi Nombor Bulat Dalam Lingkungan 100 000 Dengan Nombor 1 Digit. Seminar Kajian Tindakan PISMP 2013 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
182 CELIK NOTASI – MENGINGAT NAMA, LAMBANG DAN NILAI NOTASI MUZIK MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN MAZLAN BIN ISMAIL SK Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan murid tidak dapat mengingat nama notasi mengingat lambang dan nilai notasi dalam kalangan murid Tahun 5 Teratai Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra,Kedah. Seramai 10 orang murid telah terpilih sebagai responden. Responden akan diperkenalkan dengan penggunaan “Celik Notasi” sebagai salah satu alternatif kepada penyelesaian masalah murid yang tidak dapat membaca nilai not..Hasil dapatan kajian memberikan petunjuk yang positif dan memberangsangkan.Secara keseluruhannya, kajian mendapati keberkesanan pelaksanaan Celik Notasi memberi satu cara mudah untuk meletakkan tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan dalam pembacaan nilai not sekolah rendah. Kata Kunci : Kaedah “Celik Notasi”, Muzik 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU/ PENYATAAN MASALAH Pada 27 September 2023 yang lalu ,saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti biasa mengikut jadual.Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dam pembelajaran bagi mata Pelajaran Pendidikan Muzik.Kelas yang saya ajar pada hari tersebut adalah Tahun 5 Teratai .Muridnya seramai 36 orang.Murid-murid dalam kelas ini agak lemah dalam semua mata pelajaran. Pada hari tersebut saya telah mengajar Teori Muzik.Saya telah merancang pembelajaran pada hari tersebut mengikut huraian sukatan yang telah ditetapkan.Bagi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ,saya memilih sub tajuknya membaca nilai not muzik.Dalam mencapai objektif pengajaran tersebut saya memulakan pengajaran dengan melakukan aktiviti nyanyian solfa diikuti dengan sesi bersoal jawab dengan murid tentang nilai not.Walaupun murid-murid telah belajar beberapa kali tentang topic ini semasa mereka di tahun 3 dan 4 tetapi hamper semua murid tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat tentang nilai not.Daripada pengamatan dan penilaian saya ,pelajar tidak dapat mengecam not serta tidak dapat menghafal bentuk not dan nilainya. Oleh yang demikian saya terpaksa mengaitkan keadaan persekitaran pelajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam membaca nilai not.Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati jenis not dan ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca nilai not.Oleh itu ,bagi memudahkan mereka , saya terpaksa mengaitkan sesuatu yang terdapat dengan persekitaran mereka supaya mereka mudah memahami cara membaca nilai not.Untuk itu saya menggunakan kaedah permainan iaitu “ Roda Ajaib “ dan “ Siapa
183 Cepat Dia Dapat “ ,dengan ini saya percaya bahawa murid-murid akan lebih berminat dalam mempelajari teori muzik khususnya dalam membaca nilai not. 2.0. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN 2.1 – Tinjauan dan Analisis Masalah Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajarTahun 5 Teratai dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik tetapi kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak dapat membaca nilai not.Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah : a)Kesilapan dalam mengecam not yang betul b)Pelajar menggunakan padanan yang salah dengan not dan nilainya c)Pelajar sukar untuk membezakan not-not yang terdapat titik seperti Krocet bertitik dan Minim bertitik Dengan itu ,amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan dalam pembacaan nilai not.Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah. 3.0. OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN Selepas kajian ini disempurnakan ,adalah diharapkan pelajar yang terlibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan.Penguasaan pelajar terhadap pembacaan nilai not akan dipertingkatkan.Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila menyelesaikan masalah melibatkan nilai not. Untuk mencapai objektif kajian tersebut ,saya telah merangka beberapa persoalan kajian iaitu : i ) Adakah murid-murid cepat menguasai pembacaan nilai not melalui Kaedah permainan yang disediakan guru? ii) Adakah murid-murid lebih berminat dalam Pendidikan Muzik apabila menggunakan kaedah berbentuk hand”s on seperti kaedah permainan? iii) Adakah terdapat peningkatan minat murid selepas penambahbaikan dijalankan?
184 3.1 Objektif Umum Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembacaan nilai not dengan kaedah Permainan. 3.2 Objektif Khusus Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru. 3.2.1 Pelajar dapat menyatakan nilai not pada akhir pengajaran dan pembelajaran 3.2.2 Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai not 3.2.3 Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas 3.2.4 Menjawab sekurang-kurangnya 70% dalam ujian yang diberi 3.2.5 Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan Pembelajaran muzik. 4.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 36 orang pelajar Tahun 5 Teratai yang keseluruhannya terdiri daripada pelajar melayu.Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan.Ini kerana terdapat pelajar yang teramat lemah dalam pelajaran.Selepas saringan dilakukan ,hanya 10 orang pelajar sahaja yang terpilih. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Perancangan langkah-langkah tindakan 5.1 – Tinjauan Masalah Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka.Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka.Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara : a) Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar semasa ujian yang diberi. b) Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan.
185 c) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka d) Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar. 5.1.2. Program “RODA AJAIB DAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT” Kaedah Perlaksanaan a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah “Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapat “ b) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diedarkan kid permainan “ Roda Ajaib Dan Siapa Cepat Dia Dapat “serta menerangkan caracara bermain. c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian seperti pengiraan wang setiap hari. d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang telah digunakan. 5.2. Perancangan cara mengumpul data Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya kaji benar-benar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat.Terdapat beberapa instrument yang telah saya laksanakan bagi tugasan ini. Jadual 1 Bukti / Data Bagaimana atau bila bukti /data Telah dikutip Nota dan pemerhatian peribadi murid Semasa P & P Aktiviti teori dan amali iaitu melalui Pemerhatian dan tingkahlaku murid
186 Gambar Foto Semasa aktiviti teori dan amali dalam subjek Pendidikan Muzik - Foto murid melaksanakan teori dan amali semasa pengajaran dan pembelajaran. Temubual – Guru-guru lain ,murid, Pihak sekolah dan lain-lain Waktu lapang - bertanya guru-guru tentang pengalaman mengajar Pendidikan Muzik. Soal Selidik Di luar waktu P & P -Guru membantu murid menjawab soal selidik untuk mengetahui kecenderungan atau minat murid. Saya akan melaksanakan beberapa kaedah mengutip data.Antaranya,melalui nota dan pemerhatian terhadap murid-murid kelas tersebut.Saya juga akan melaksanakan perbincangan dengan guru-guru Pendidikan Muzik yang lain tentang pengalaman dan kecenderungan minat murid berkaitan aktiviti Nyanyian,Gerakan serta Permainan Alat Perkusi dan teori bagi subjek tersebut. Analaisis awal terhadap minat dan kecenderungan murid dalam matapelajaran Pendidikan Muzik juga dilakukan secara bertulis.selain itu,saya akan mengenalpasti murid tertentu dan menjalankan temubual secara lisan untuk mengetahui kecenderungan mereka.Saya juga akan menjalankan “Shadow study” iaitu pemerhatian secara dekat terhadap seseorang murid dalam jangka masa tersebut. Selain itu ,boring soal selidik akan diedarkan juga kepada guru-guru opsyen lain untuk mendapatkan pendapat mereka.Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui kesan yang diperolehi setelah menjalankan usaha penambahbaikan.Bagi soal selidik guru,terdapat 7 item yang telah saya bina manakala bagi mengetahui keberkesanan penambahbaikan yang telah dijalankan,terdapat 10 item yang telah saya tadbirkan untuk murid-murid.
187 5.3.Perancangan menganalisis data 5.3.1 –Pra Ujian (Set A – Sebelum penambahbaikan dijalankan) Analisis data Set A /Pra ujian merujuk kepada dapatan yang diperolehi sebelum penambahbaikan pengajaran dijalankan .Terdapat 3 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi instrument : a) Data melalui nota b) Data melalui temubual awal c) Data melalui selidik guru 5.4. Perancangan Pelaksanaan Tindakan Jadual 2 Perkara Pelaksanaan Tindakan Cara Rasional Catatan Mengenalpasti focus dan relevennya Mengumpul data, Membuat perbinCangan,temubual Penting untuk mengesah -kan bahawa isu kajian memang wujud di sekolah tersebut. Mengumpul data Dan dapatan Soal selidik, Temubual ,rekod-rekod keputusan Akademik ,pemerhatian Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci Menganalisis data Membuat jadual,carta,graf Dapatan dan maklumat dapat difahami dengan lebih mudah dan tepat Mengenalpasti kelas / murid yang terlibat Berdasarkan analisis data Usaha penambahbaikan dapat dilaksanakan dan dapat melihat kesan yang diperolehi selepas tindakan.
188 Menjalankan penambahbaikan Melalui P&P di dalam kelas atau program yang telah dirancang dengan keizinan pihak sekolah. USAHA PENAMBAHBAIKAN - memberikan pendedahan kepada murid tentang amali dan persekitaran serta kerjaya. -menjalankan aktiviti amali secara berkumpulan -memberi kebebasan murid memilih rakan -memberi lebih banyak input & inkuiri penemuan. - bersoal jawab dengan murid - mengiktiraf pencapaian murid dalam amali - memberikan ganjaran kepada murid yang melaksanakan tugas dengan baik. - guru mempelbagai -kan kaedah me- Ngajar teori(lebih Teori berbanding Kemahiran lain Murid teroka ) Mengaplikasikan Alternative baru bagi Mengubah perspektif Dan pencapaian murid. Menilai Keberkesanan penambahbaikan Soal selidik , Pemerhatian , temubual Mengetahui kesan Daripada usaha Penambahbaikan yang telah dibuat Samada positif atau Negatif
189 RUJUKAN Sang,M.S.(2008). Murid dan Alam Belajar.Puchong :Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Dunn(1980): Joseph Gomez (1999,2000).Gaya Pembelajaran :Satu Literatur.Jabatan Ilmu Pendidikan MPSK.Jilid 2 :Bil.3 Kolb (1990): Naina Mohd.B.Md.Noor(1999,2000).Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid.Jurnal Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim.Jilid 2: Bil.3 Kementerian Pelajaran Malaysia.(2000).Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Holland (1973) :Noran Fauziah Yaakub,Ahmad Mahdzan Ayob (1993).” Guru dan Perguruan.” Edisi Kedua.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan PustakaKementeria Pendidikab Malaysia Thorndike,Weics dan Danis ( 1968 ),dalam Hashim (2000) : Noran Fauziah Yaakub,Ahmaad Mahdzan Ayob (1993).” Guru dan Perguruan” Edisi Kedua.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia. Tribus,M.(1992).Quality First:Selected papers on quality and productivity improvement.National Society of Professional Engineers (4th Ed ).Asin :B0006oXP8Y Rosli Sahat,Badrul Hisham Alang Osman,Kartini Abdul Mutalib.Ahmad Shabudin Yahaya.(2011).Kajian Tindakan Untuk PISMP:Ipoh :IPG Kampus Ipoh.
JURNAL KAJIAN TINDAKAN 2023 SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN