e-Prosiding
SEMINAR MATA
PELAJARAN UMUM
PERINGKAT
KEBANGSAAN
SIRI (2) - 2022
Tema :
Mata Pelajaran Umum :
H••I••J
••A•• U
(Harmoni • Integriti • Jati diri • Akhlak • Unggul)
13 Oktober 2022
(Khamis)
Alamat : General Studies Department (GSD), Sunway College, Anjuran:
No. 2, Jalan Universiti, General Studies Department
Bandar Sunway, 47500, Selangor (GSD), SCKL
Email : [email protected]
Website : https://college.sunway.edu.my/
Facebook : Gsd_Sunway College KL
eISBN : 978-967-5492-79-2
e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2
General Studies Department (GSD)
Sunway College Kuala Lumpur
No. 2, Jalan Universiti, Bandar Sunway, 47500, Selangor
© General Studies Department (GSD), Sunway College Kuala Lumpur.
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga
pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada General Studies Department (GSD), Sunway College Kuala Lumpur.
Reka bentuk kulit : Muhamad Safwan bin Mohd A’seri & Rozaini Ahmad, SCKL
Tata letak : Kakitangan General Studies Department (GSD), SCKL.
Cetakan Pertama, Januari 2023
eISBN: 978-967-5492-79-2
Seminar Mata Pelajaran Umum Kebangsaan Siri 2 - 2022
KATA ALU-ALUAN
Prof. Elizabeth Lee
Chief Executive Officer,
Sunway Education Group
General Studies (or better known as MPU - Mata Pelajaran Umum),
introduced to replace the Compulsory Subjects or Mata Pelajaran Wajib (MPW),
is one course featuring a few subjects aimed at instilling values of identity,
patriotism and unity among Malaysian students. A unique feature in the
Malaysian Higher Education ecosystem, the MPU subjects have over time
evolved with the needs of industry, society, environment and the country’s
economy to encompass additional subjects of Appreciation of Ethics and
Civilizations, Philosophy and Current Issues, and Sustainable Development in
Malaysia.
The MPUs, which encompass a broad range of areas to include philosophy,
history, teamwork, communication, community service and sustainable
development, aim to embed holistic values amongst students as well as
enhance students’ knowledge through multi-disciplinary exposure. The MPUs are
meant to promote students’ appreciation and understanding on the importance
of national unity, nation building and self-development.
Moving past COVID-19, we must look into nurturing students who will be
equipped with the right skills and knowledge, who will be able to thrive in the 4th
Industrial Revolution as well as be future change makers who can further
contribute to the building of our nation.
Additionally, another aspect crucial to the building of a nation is unity. “United
we stand, divided we fall”, national unity is and has always the cornerstone of
any nation. In lieu of Malaysia’s moving forward post COVID-19, I’m delighted
that this year’s seminar is concentrating on the theme of harmony, integrity,
identity, morality in character and behavior.
For the nation to be better, students must be empowered. Thus, it is pertinent
to inculcate in them, values of patriotism and loyalty to the country,
appreciation of culture, social values, history, heritage, diversity and unity
through education and knowledge; through the General Studies subjects.
Professor Elizabeth Lee
Chief Executive Officer, Sunway Education Group
SeMUKe 2022, SCKL i
Seminar Mata Pelajaran Umum Kebangsaan Siri 2 - 2022
KATA ALU-ALUAN
Prof. Sibrandes Poppema
President and Vice Chancellor
of Sunway University
An amazing year 2022 is closing in on the final quarter, the world feels
endearing and lively while we slowly adapt to the golden post-pandemic
days. It is with great pleasure that I welcome you to our second year of
organising the National Seminar on General Studies Subjects 2022
(Seminar Mata Pelajaran Umum (SeMUKe) Peringkat Kebangsaan Siri 2).
The Malaysian Ministry of Higher Education introduced the General
Studies - Mata Pelajaran Umum (MPU) in 2014 to promote nation building
through consolidating and broadening knowledge about Malaysia and to
enhance the acquisition, mastery and applications of humanity skills. We
at Sunway University believe that additional skills, such as leadership,
entrepreneurship, and community service are beneficial for the students
to become future leaders and adapt to uncertainties such as the ones
posed by the pandemic. Students should also be equipped with
knowledge of Planetary Health and Sustainable Development Goals to
ensure that our planet Earth is healthy and safe for many more
generations to live on.
The theme of this year’s conference is Harmony, Integrity, Identity,
Morality and Superiority. One of the objectives is to highlight the superiority
and relevance of General Subjects in teaching and learning in parallel with
National Education Philosophy (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). The
MPU courses are essential for students to develop self-identity and
morality and become advocates for national unity.
I am optimistic that the final months of this year will conclude
meaningfully and that we we can look forward to a better 2023. Please
continue to stay healthy and I hope to see you soon on Sunway campus.
SeMUKe 2022, SCKL ii
Seminar Mata Pelajaran Umum Kebangsaan Siri 2 - 2022
Sekapur Sirih
Puan Ng Beng Lean
Pendaftar Sunway Education Group
&Penasihat SeMUke 2022
Pada 19 April 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah
(JKKMAR) memutuskan bahawa Kursus Integriti dan Anti-Rasuah (KIAR) perlu
dilaksanakan di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai September 2021
sebagai kursus wajib dalam Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) dan KIAR perlu
ditawarkan sebagai kursus wajib di semua IPTS bermula dengan
kohort/pengambilan September 2023. Jadi, tema tahun ini bagi Seminar Mata
Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan 2022 Siri 2 iaitu Harmoni, Integriti, Jati Diri,
Akhlak dan Unggul (H.I.J.A.U) sesungguhnya amat bertepatan masa.
Tema ini hampir sama dengan nilai teras Kumpulan Sunway (Sunway Group)
iaitu semua warga Sunway harus mengamalkan nilai Integriti (Integrity),
Kerendahan Hati (Humility) dan Kecemerlangan (Excellence). Integriti diutamakan
sebelum Kecemerlangan atau Kerendahan Hati kerana tanpa Integriti, walaupun
seseorang itu cemerlang dan/atau rendah diri, dia tidak akan dapat mengecapi
kejayaan yang sebenar. Budaya integriti perlu dipupuk dalam kalangan pelajar kita
yang bakal menjadi pemimpin masa depan.
Seperti mata air di pergunungan, ia mestilah bersih daripada segala kekotoran
agar air bersih yang mengalir turun dapat memberi manfaat kepada masyarakat
sekeliling. Begitu juga pemimpin masa depan kita yang merupakan tonggak
kedaulatan negara mesti mempunyai Integriti yang teguh supaya
institusi/organisasi yang dipimpin bebas daripada celaan. Dengan wujudnya nilai
Integriti, nilai-nilai lain seperti keharmonian, jati diri, akhlak dan keunggulan secara
semula jadi akan wujud.
Saya berharap semua pensyarah dan pentadbir yang menghadiri seminar ini akan
berganding bahu bersama-sama membudayakan nilai Integriti melalui
pelaksanaan KIAR sebagai kursus wajib.
Akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada Dr.
Yazilmiwati Yaacob, pengerusi SeMUKE-2 dan semua kakitangan yang terlibat
dalam menganjurkan seminar ini.
Selamat bersidang.
Puan Ng Beng Lean
Pendaftar, Sunway Education Group
SeMUKe 2022, SCKL iii
Seminar Mata Pelajaran Umum Kebangsaan Siri 2 - 2022
Seulas Pinang
Dr. Yazilmiwati Yaacob
Ketua General Studies Department
(GSD) & Pengarah Projek SeMUKe 2022
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Harmoni, Integriti,
Jati Diri, Akhlak dan Unggul atau dengan ringkasnya (HIJAU) adalah sinonim dengan tujuan
subjek Mata Pelajaran Umum ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu
penghayatan falsafah, nilai dan sejarah, penguasaan kemahiran insaniah, perluasan ilmu
pengetahuan tentang Malaysia dan kemahiran pengurusan masyarakat yang bersifat
praktikal seperti khidmat masyarakat dan kokurikulum. Selain itu, tema seminar ini juga selari
dengan fasafah Pendidikan Negara iaitu: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengatahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Keharmonian, integriti, Jati diri dan akhlak yang baik bukanlah satu perkara yang mudah
untuk dipupuk dalam diri seseorang. Ianya memerlukan penghayatan kepada ilmu falsafah,
nilai-nilai etika dan peradaban seterusnya penghayatan kepada ilmu yang berkait dengan
sejarah. Kursus falsafah misalnya merupakan alat untuk memurnikan budaya pemikiran
dalam kehidupan serta menyedarkan pelajar tentang hakikat dan tujuan hidup manusia.
Manakala kursus etika dan peradaban bertujuan mempersiapkan pelajar untuk menghayati
etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk
memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang
lebih mencabar. Selain itu kursus ini juga mengajak pelajar menghayati sejarah, mengenal
asal usul, mengambil iktibar dari sejarah yang berlaku, menyemai semangat patriotism,
mengukuhkan perpaduan dan untuk membangunkan negara bangsa. Dengan penghayatan
kepada ilmu yang dipelajari akan menjadikan pelajar berintegriti, memiliki jati diri dan akhlak
yang baik seterusnya akan membawa kepada keharmonian hidup bermasyarakat
Jesteru, perbincangan mengenai Subjek Mata Pelajaran Umum di kalangan para Akademik
dan Penyelidik perlu untuk diteruskan demi memastikan kerelevanan dan keunggulan subjek
ini khususnya dalam kehidupan yang lebih mencabar. Sekalung tahniah kepada para
penyelidik dan pembentang yang telah membentangkan kertas kerja dalam Seminar ini.
Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat untuk semua.
Sekian, terima kasih.
Dr Yazilmiwati Yaacob iv
Pengarah Seminar Mata Pelajaran Umum Siri 2, Tahun 2022
SeMUKe 2022, SCKL
KANDUNGAN e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2
Prakata
Kandungan Halaman
i
ix
APLIKASI MODEL ISLAMISASI ILMU AL-GHAZALI DALAM MATA PELAJARAN
FALSAFAH DAN ISU SEMASA BAGI MENDEPANI CABARAN IDEOLOGI 1
SEMASA
Asmaa’ Mohd Arshad , Suliah Mohd Aris, Sumaiyah Bahri & Aishah Azlan
IMPAK KURSUS LMCR1552 POWERPOINT KREATIF TERHADAP KEMAHIRAN
PENGGUNAAN PERISIAN MICROSOFT POWERPOINT DALAM KALANGAN
PELAJAR DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 11
Amirul Mukminin Mohamad
IMPACT OF THE COVID-19 PANDEMIC ON QUALITY OF LIFE AND MENTAL
HEALTH IN THE FAMILY INSTITUTION 22
Ashwinder Kaur a/p Gurbanjan Singh, Prof. Madya Dr. Charanjit Kaur Darshan
Singh & Parveenpal Kaur a/p Najar Singh
CAMPUR TANGAN AMERIKA SYARIKAT DALAM AKTIVITI PENGELUARAN
DADAH DI NEGARA THAILAND PADA 1950-1990 27
Dr. Amer Fawwaz Mohamad Yasid & Noraini Zulkifli
A STUDY ON SELF-CARE STRATEGIES FOR MPU EDUCATORS 41
Celine Tan Choe Chai, Dr. Yazilmiwati, Yaacob, Jason Lee Song Haur, Noor
Syamilah Zakaria & Nur Faridah Shaik Farid
TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PELAJAR SUNWAY UNIVERSITY
TERHADAP KITAR SEMULA 52
Ismail Ibrahim, Dr. Yazilmiwati Yaacob, Noor Syazwani Ishak &
Muhamad Safwan Mohd A'seri
PELAKSANAAN COMMUNITY SERVICE SECARA DALAM TALIAN: 58
REFLEKSI PELAJAR
Md Sairolazmi Saparman, Dr. Yazilmiwati Yaacob, Nur Izzati Mustamam &
Noor Syamimi Ishak
e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2
PENERIMAAN DAN KECENDERUNGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN
APLIKASI BLACKBOARD COLLABORATE ULTRA SEBAGAI PLATFORM
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN 68
Muhamad Safwan Mohd A’seri, Dr. Yazimiwati Yaacob, Noor Syazwani Ishak &
Ismail Ibrahim
KESALAHAN DAN KESUKARAN PERTUTURAN BAHASA MELAYU DALAM
AKTIVITI LISAN: SATU KAJIAN DI SUNWAY UNIVERSITY 82
Mohamed Nadzri Sharif, Dr. Yazimiwati Yaacob, Rozaini Ahmad &
Usha Nagasundram
KESAN BANJIR BESAR DI KELANTAN 1967 TERHADAP KELESTARIAN 97
Noor Syamimi Ishak, Dr. Yazimiwati Yaacob, Dr. Azarudin Mohamed Dali, Nur Izzati
Mustamam & Md Sairolazmi Saparman
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP IMPLEMENTASI KURSUS PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN 107
Noor Syazwani Ishak, Dr. Yazimiwati Yaacob, Muhamad Safwan A’seri &
Ismail Ibrahim
PENGHAYATAN DAN KESEDARAN NILAI PATRIOTISME DALAM KALANGAN
PELAJAR MELALUI PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN UMUM (MPU): SATU
TINJAUAN AWAL DALAM KALANGAN PELAJAR SUNWAY UNIVERSITY DAN
SUNWAY COLLEGE 115
Nur Izzati Mustamam, Dr. Yazimiwati Yaacob, Md Sairolazmi Saparman &
Noor Syamimi Ishak
KECERGASAN JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK (JERI) DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SUNWAY COLLEGE KUALA LUMPUR 125
Rozaini Ahmad, Dr. Yazilmiwati Yaacob, Mohamed Nadzri Sharif & 140
Usha Nagasundaram
A STUDY ON TEACHER’S ATTITUDE TOWARDS INFORMATION AND
COMMUNICATION TECHNOLOGY USAGE IN TEACHING AND
CLASSROOM PRACTICES
Sabariah Mohd Farouk
e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2
KEBERKESANAN APLIKASI MENTIMETER DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA DI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 150
Dr. Siti Alwaliyah Mansor, Dr. Sharifah Ismail & Dr. Haslinda Hasan
KESALAHAN ORTOGRAFI DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR
SUNWAY KOLEJ, KUALA LUMPUR: SATU ANALISIS 159
Usha Nagasundram, Mohamed Nadzri Mohd Sharif, Rozaini Ahmad,
Dr. Yazilmiwati Yaacob & Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam
Sekalung Budi Sejambak Kasih 174
Aplikasi Model Islamisasi Ilmu Al-Ghazali dalam Mata Pelajaran
Falsafah dan Isu Semasa Bagi Mendepani Cabaran Ideologi Semasa
Asmaa’ Mohd Arshad1, Suliah Mohd Aris2, Sumaiyah Bahri3, Aishah Azlan4*
1234Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor
Corresponding author on: [email protected]
ABSTRAK
Ilmu kolonial yang dibawa oleh Barat menyebabkan kecelaruan pemikiran masa kini antara yang
benar dan salah. Fahaman ilmu yang benar penting dalam menghadapi situasi ini. Justeru, kajian
ini membincangkan aplikasi Model Islamisasi Ilmu Al-Ghazali dalam mata pelajaran Falsafah dan
Isu Semasa bagi mendepani cabaran ideologi secara kritis. Pelaksanaan mata pelajaran tersebut di
peringkat insititut pengajian tinggi merupakan satu persediaan awal bagi menghadapi ideologi
negatif yang boleh menggugat pembentukan modal insan dengan mempengaruhi aspek pemikiran
serta penafian terhadap kearifan tempatan. Metode kajian ini adalah menggunakan reka bentuk
kualitatif dan analisis kandungan. Data primer diambil daripada karya Al-Ghazali iaitu al-
Munqidh min al-Dalal (Penyelamat daripada Kesesatan), Ihya’ Ulum al-Din (Menghidupakan
Kembali Ilmu-ilmu Agama) dan Maqaşid al-Falasifah (Tujuan Ahli-ahli Falsafah) dalam
mengenal pasti model islamisasi ilmu yang digunakan oleh beliau. Hasil kajian ini mendapati
bahawa aplikasi model ini dalam mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa mampu melahirkan
graduan yang seimbang dan berfikiran kritis serta mampu menyaring ideologi semasa masa kini.
Kata kunci: Model Islamisasi, Imam Al-Ghazali, Falsafah
1. PENGENALAN
Mutakhir ini terdapat banyak isu berkaitan pemikiran dalam kalangan rakyat Malaysia
khususnya umat Islam. Tidak dinafikan arus kemodenan telah membawa banyak
kemajuan dan perkara baharu, namun ia memerlukan penelitian mendalam tentang
kesesuaiannya dengan prinsip-prinsip agama dan nilai masyarakat setempat. Tambahan
pula, dewasa ini pemikiran pasca-modenisme merupakan penyumbang utama kepada
kecelaruan pemikiran umat Islam masa kini (Enizahura, 2015). Pengaruh unsur
liberalisme, kebebasan mutlak dan sekularisme dalam ideologi masa kini boleh
menimbulkan usaha penolakan terhadap asas-asas dan tradisi agama dalam kalangan
masyarakat beragama sehingga menimbulkan kecelaruan antara yang benar dan salah
(Riduan & Ahmad Adnan, 2006).
Rentetan daripada hal itu, dalam mendepani serangan pemikiran ini, mata
pelajaran Falsafah dan Isu Semasa telah mula diperkenalkan pada 2019 oleh mantan
Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik sebagai mata pelajaran wajib bagi
semua mahasiswa di institut pengajian tinggi. Perkara ini merupakan satu usaha dalam
membentuk pemikiran kritis dan mendorong kebolehan mereka membuat penilaian dan
mencari solusi terhadap permasalahan yang dihadapi secara praktikal dalam hidup agar
tidak mudah terpengaruh dengan ideologi yang negatif. Malahan usaha ini seiring dengan
matlamat kerajaan untuk memastikan mahasiswa negara ini mempunyai aras pemikiran
1
tinggi, selain peribadi mulia serta sentiasa cuba menyelesaikan masalah masyarakat
(Berita Harian, 2019).
Setiap bab yang dibincangkan dalam mata pelajaran ini saling berkait antara satu
sama lain dalam membentuk seorang mahasiswa yang mampu berfikir dan
bertanggungjawab dalam mencapai falsafah sejahtera. Aspek epistemologi adalah antara
aspek terpenting dalam mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, artikel ini
membincangkan Model Islamisasi Ilmu Al-Ghazali dalam mendepani ideologi semasa
bertujuan agar model ini diaplikasikan dalam mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa. Hal
ini demikian kerana ketinggian ilmu dan pengalaman hidup Al-Ghazali yang berdepan
dengan kecelaruan pemikiran falsafah Yunani di zamannya boleh dijadikan panduan
kepada mahasiswa yang ketika ini berhadapan dengan serangan pemikiran pasca-
modenisme.
2. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan
dalam memperoleh maklumat daripada buku-buku, akhbar dan artikel yang berkaitan.
Kaedah Perpustakaan Elektronik (Internet) juga digunakan dalam mencari bahan
sampingan bagi mengukuhkan kajian. Data-data primer diperoleh menerusi karya-karya
Imam Al-Ghazali iaitu kitab al-Munqidh min al-Dalál (Penyelamat daripada Kesesatan).
Selain itu, karya beliau yang lain turut digunakan seperti kitab Ihya’ Ulum al-Din
(Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu Agama) dan Maqaşid al-Falasifah (Tujuan Ahli-ahli
Falsafah) dalam mengenal pasti model islamisasi ilmu yang digunakan oleh beliau. Data-
data yang diperoleh kemudian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan
merujuk kepada bahan-bahan berautoriti bagi mencapai tujuan kajian.
3. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
3.1 Islamisasi Ilmu: Satu Sorotan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), islamisasi adalah usaha (proses dan
sebagainya) menjadikan patuh kepada, sejajar dengan, atau sesuai dengan ajaran ciri-ciri
dan sebagainya) agama Islam, perihal mengislamkan, pengislaman. Tujuannya adalah
untuk membendung penerapan budaya barat bagi memastikan proses berjalan lancar
contohnya undang-undang di Malaysia.
Islamisasi ilmu menurut Al-Attas (2020) pula adalah pembebasan manusia
daripada unsur tradisi, tahayul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu
pembebasan akal dan bahasa daripada sekularisme. Manakala menurut Al-Faruqi (1989),
islamisasi ilmu sebagai mengatur dan menghubungkan data-data, menilai kembali
kesimpulan-kesimpulan, mengulang kaji semula tujuan-tujuan hinggalah disiplin ilmu
tersebut memperkayakan wawasan Islam dan bermanfaat bagi cita-cita Islam. Keperluan
islamisasi ilmu ini adalah disebabkan ilmu moden masa kini tidak neutral kerana telah
dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan dan falsafah Barat melalui ilmu
kolonial. Kesannya, umat Islam tanpa sedar menerimanya secara total dan tanpa
melakukan saringan.
2
Sejarah islamisasi ilmu sebenarnya bermula dengan penurunan wahyu pertama
iaitu Surah al-‘Alaq ayat 1-5. Penurunannya merupakan titik permulaan proses
pengislaman sebahagian besar masyarakat Arab daripada asas pemikiran jahiliah ketika
itu. Ayat ini menceritakan dasar ontologi dan epistemologi iaitu tentang konsep ketuhanan
dan konsep ilmu sebenar. Ia menjelaskan asas bagi sumber segala ilmu pengetahuan
berkaitan proses penciptaan alam dan makhluk lain yang menjadi sumber utama akal
manusia dalam berfikir. Konsep berfikir secara betul memerlukan sumber pengetahuan
yang jelas dan tidak boleh wujud keraguan pada sumber ilmu tersebut.
Perjuangan islamisasi diteruskan oleh sahabat pada zaman Khulafa al-Rasyidin
selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW. Salah satu daripada proses islamisasi yang
dilakukan mereka adalah pembukuan al-Quran (Wazainab, 2015). Usaha islamisasi
berterusan pada zaman tabiin, tabi’ tabiin dan generasi berikutnya sehinggalah pada
zaman Al-Ghazali. Menurut Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud dalam bukunya The
Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1998), beliau
menegaskan bahawa sumbangan Al-Ghazali pada abad kelima hijrah merupakan
kesinambungan dan salah satu contoh pencapaian penting islamisasi ilmu yang diasaskan
oleh Baginda Rasul SAW. Islamisasi ilmu kemudiannya dicetuskan kembali secara
komprehensif oleh tokoh-tokoh sarjana Islam seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-
Attas (1931), Fazlur Rahman Malik (1919-1988) dan al-Faruqi (1921-1986) (Wazzainab,
2015).
3.2 Biografi Imam Al-Ghazali (1058-1111M)
Imam Al-Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad bin Muhamammad bin Muhammad
bin Ahmad Al-Ghazali al-Tusi dilahirkan pada tahun 450H (1058M). Beliau lebih dikenali
dengan panggilan Al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada nama kampung kelahirannya
iaitu Ghazalah yang terletak di Bandar Tusi di wilayah Khurasan, Parsi (Iran). Bapa Al-
Ghazali merupakan seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan
al-Ghazzal. Antara nama gelaran Al-Ghazali ialah Abu Hamid yang bererti bapa kepada
Hamid iaitu anaknya dan juga digelar Hujjatul Islam iaitu gelaran penghormatan yang
diberikan kepadanya kerana kekuatan hujjahnya membela agama Islam (Nurul Hartini,
2019).
Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu seperti fiqah dan ilmu kalam atau ilmu
falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain-lain sehingga beliau mengetahui pelbagai
mazhab, perbezaan pendapat masing-masing dan beliau dapat menolak tiap-tiap aliran
yang dianggap salah. Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga
mendorongnya mengembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat lain untuk
berguru dengan ulama-ulama yang hidup sezamannya. Selain belajar dan mengkaji, beliau
banyak menulis dan hasil penulisannya dianggarkan berjumlah sebanyak 300 buah buku,
mencakupi pelbagai bidang seperti mantik, akhlak, tafsir, ulum al-Quran, falsafah dan
sebagainya. Antara karyanya ialah al-Munqidh min al-Dalál (Penyelamat daripada
Kesesatan), Tahafut al-Falasifah (Kritikan Terhadap Ahli-ahli Falsafah) dan Maqasid al-
Falasifah (Tujuan-tujuan ahli Falsafah) (Muhd Shaharuddin & Mohd Romie, 2015).
Beliau juga terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang berupaya mengupas falsafah Yunani
seperti Socrates dan Aristotles serta membincangkan pelbagai masalah yang sulit dengan
cara yang halus dan tajam. Selain itu, beliau turut merapatkan jurang antara ahli tasawuf
dan ahli fiqah yang berlaku pada zamannya (Al-Ghazali, 2007).
3
3.3 Model Islamisasi Ilmu Al-Ghazali
Sebelum membincangkan model Islamisasi ilmu Al-Ghazali, perlulah dilihat terlebih
dahulu model epistemologi ilmu beliau sebagai asas penting dalam menjayakan proses
Islamisasi tersebut. Penekanan Al-Ghazali dalam epistemologi ilmu telah dijelaskannya
dalam kitabnya Ihya’. Dalam membahaskan aspek ini, beliau amat memberikan
penekanan kepada aspek sumber kerana ia penting dalam pemurnian kerangka
epistemologi Barat. Menurut Al-Ghazali, sumber terbahagi kepada dua iaitu sumber
rabbaniyyah (ketuhanan) dan insaniyyah. Sumber rabbaniyyah yang utama ialah al-Quran
dan al-Sunnah yang bukan sahaja sebagai rujukan akidah tetapi juga menjadi sandaran
utama bagi pemikiran kritis dan rasional. Al-Ghazali meletakkan kedua-duanya sebagai
sumber utama yang mendasari fungsi akal dan intuisi. Manakala sumber rabbaniyyah
yang kedua ialah ilham kerana baginya, ia merupakan sumber utama menemui kebenaran.
Ilham hanya boleh dicapai melalui keadaan hati yang bersih. Seterusnya, sumber
insaniyyah yang dibincangkan oleh Al-Ghazali ialah akal dan pancaindera. Secara
keseluruhannya, beliau menekankan fungsi akal untuk menemui kebenaran. Al-Ghazali
turut menerangkan hubungan harmoni yang perlu ada antara akal dengan wahyu yang
menghasilkan pandangan ilmu yang menyeluruh dan sempurna. Sumber keempat ialah
pancaindera yang menurutnya merupakan alat pertama yang digunakan oleh manusia
selepas lahir di dunia untuk mengetahui sesuatu (Nurul Asiah, 2022).
Selain perbincangan sumber, Al-Ghazali turut membincangkan kategori ilmu yang
terdiri daripada ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Kedua-dua ilmu ini tidak boleh
dipisahkan namun perlu dihubungkan secara harmoni dengan mendahulukan penguasaan
ilmu fardu ain dan menjadikannya asas kepada ilmu fardu kifayah. Beliau turut menambah
bahawa ilmu fardu kifayah adalah ilmu keduniaan yang penting dalam menjalani
kehidupan di dunia. Selain itu, beliau turut membahaskan tentang sifat ilmu yang
mempunyai kaitan dengan sumber ilmu. Justeru, terhasil daripada dua aspek ini ilmu yang
bersifat syumul dan luas. Islam mengiktiraf semua jenis ilmu yang bermanfaat dan tidak
hanya terbatas kepada ilmu daripada al-Quran dan al-Sunnah sahaja. Islam meletakkan
ilmu fardu kifayah sama penting dengan ilmu fardu ain kerana ketiadaan ilmu fardu
kifayah menyukarkan pelaksanaan ilmu fardu ain. Selain itu, Al-Ghazali turut mengambil
berat tentang batasan akal yang menurutnya berdasarkan kerangka Tauhid iaitu tidak
boleh difikirkan oleh akal dan di situlah pergantungan seharusnya disandarkan kepada
wahyu secara total (Nurul Asiah, 2022). Secara ringkasnya, model epistemologi ilmu
menurut Al-Ghazali adalah seperti rajah berikut:
4
Rajah 1: Model Epistemolgi Ilmu Al-Ghazali
Sumber Ilmu
Batasan Ilmu Model Pembahagian
Epistemologi Ilmu
Al-Ghazali
Sifat Ilmu
Model epistemologi ilmu inilah yang menjadi asas kepada islamisasi ilmu yang
dibawa oleh Al-Ghazali. Dalam proses islamisasi ilmu, Al-Ghazali tidak menolak secara
terus ilmu-ilmu asing pada zamannya. Sebaliknya, beliau telah mengambil daya inisiatif
untuk memperhalusi secara mendalam dan kritikal terhadap falsafah silam sehingga
terhasilnya kitab Maqaşid al-Falasifah (Tujuan-tujuan Ahli-ahli Falsafah) sebelum
membidas hujah-hujah metafizik tersebut dalam kitabnya yang lain iaitu Tahafut al-
Falasifah (Kritikan Terhadap Ahli-ahli Falsafah). Malahan beliau menyaring maklumat
yang betul dan tidak bertentangan dengan akidah Islam daripada falsafah Yunani tersebut.
Pendekatan atau kaedah tersebut bertepatan dengan pesanan Sayidina Ali yang dipetik
secara jelas dalam autobiografi Al-Ghazali: al-Munqidh min al-Dalál (Penyelamat
daripada Kesesatan) (Al-Ghazali, 1988). Antara ayat yang dinyatakan adalah usaha dalam
mengenali kebenaran itu adalah berdasarkan sumber kebenaran itu sendiri yang membawa
kepada sesuatu perkara asas sesuatu perkara yang ada. Bukan mencari kebenaran daripada
manusia di mana manusia tersebut bersifat relatif sebagai insan yang mempunyai pelbagai
unsur.
Menurut Al-Ghazali, adakalanya kebenaran itu berbaur kebatilan, seperti mana
emas yang bergelumang dengan batu-batu kerikil dan kotoran. Maka hendaklah kebenaran
itu dipisahkan daripada kebatilan seperti mana emas itu perlu diasingkan daripada batu
kerikil. Walau bagaimanapun tugas tersebut mensyaratkan ilmu sebagai penyaring
kebenaran, ia wajar dilaksanakan oleh para ilmuwan yang berwibawa, yang mampu
membezakan perkara yang hak daripada yang batil seperti mana tukang emas yang mampu
membezakan emas tulen daripada suasa. Mereka yang tidak arif dalam hal ini dilarang
daripada mengkaji falsafah apatah lagi melibatkan diri dengan proses saringan ini, ibarat
seorang kanak-kanak yang tidak pandai berenang, perlu dilarang daripada berdiri di tebing
sungai, dikhuatiri beliau akan jatuh dan lemas di dalam sungai tersebut.
Satu lagi perumpamaan menarik yang dikemukakan oleh Al-Ghazali terhadap
ilmuwan yang mampu melaksanakan tugas ini adalah umpama seorang pawang ular yang
mampu membezakan penawar daripada bisa ular tersebut. Biarpun kedua-duanya berasal
daripada sumber yang sama, bisanya perlu dibuang manakala penawarnya amat berguna
5
dan perlu dimanfaatkan. Meskipun begitu, tidaklah wajar bagi pawang tersebut untuk
memegang ular itu di hadapan anak kecilnya kerana dikhuatiri anak tersebut beranggapan
bahawa beliau juga berkemahiran seperti ayahnya. Bertitik-tolak daripada prinsip ini, Al-
Ghazali tidaklah menerima bulat-bulat mahupun menolak falsafah tersebut sama sekali.
Menolak sama sekali bermakna seseorang itu menolak sebahagian daripada kebenaran
memandangkan sebahagian daripada pandangan falsafah memang bertepatan dengan al-
Quran dan al-Sunnah. Manakala menerimanya bulat-bulat akan menggelincirkan
seseorang itu daripada landasan kebenaran kerana ia bercampur aduk dengan kebatilan.
Sungguhpun begitu, beliau lebih bersikap terbuka terhadap cabang-cabang ilmu
falsafah yang lain seperti logik, matematik, politik dan etika. Bahkan beliau telah
menyusun dan mengklasifikasikan semula ilmu-ilmu tersebut mengikut martabat
keutamaannya dalam kerangka disiplin ilmu Islam. Secara umumnya, pembahagian ilmu
menurut Imam Al-Ghazali adalah berdasarkan sumber dan fungsi ilmu tersebut.
Menurutnya, jenis ilmu yang terbaik adalah ilmu yang bersumberkan akal dan wahyu.
Dalam proses islamisasi ini, Al-Ghazali menekankan sumber ilmu sebagaimana
yang dibicangkan dalam model epistemologi Al-Ghazali. Beliau meletakkan sumber
wahyu sebagai sumber tertinggi di samping mengiktiraf sumber akal. Menurut Al-
Ghazali, akal yang sihat mampu mengatur dan menemukan hubungan yang sesuai dalam
setiap ruang ilmu yang ada. Penelitiannya terhadap ilmu-ilmu aqli ini pada hakikatnya
telah meletakkan semula kedudukan dan peranan akal sebagai alat untuk insan menuturi
wahyu Ilahi dalam pemahaman dan penghayatan. Walau bagaimanapun, keupayaan akal
tetap terbatas dan tetap memerlukan wahyu untuk memandunya ke arah kebenaran. Pada
dasarnya, inilah punca kritikan Al-Ghazali terhadap segelintir ahli-ahli falsafah yang
meletakkan keupayaan akal melebihi atau sama tarafnya dengan wahyu. Maka, secara
umumnya terdapat dua proses utama islamisasi yang telah dikemukakan oleh Imam Al-
Ghazali yang melibatkan:
a) pembezaan antara perkara yang benar dan salah (tamyiz al-haqq 'ăn al-bățil)
b) penyaringan perkara yang benar daripada kata-kata (sumber-sumber) ahli batil
Rajah 2: Model Islamisasi Al-Ghazali
Langkah 1 Langkah 2
hak batil hak batil
(benar) (salah) batil
Saringan
Proses membezakan antara hak dan batil
Hak (benar)
Penyaringan
Walau bagaimanapun, syarat utama bagi pelaksanaan proses islamisasi ini terletak
pada kewibawaan seseorang ilmuan yang akan melaksanakannya. Kerangka pemikiran
Islam dan iktikadnya perlulah benar-benar mantap di samping penguasaannya terhadap
ilmu-ilmu semasa, lantaran beliau bertanggungjawab untuk menjelaskan segala
kekeliruan serta meletakkan sesuatu itu kembali pada tempatnya yang sebenar menurut
turutan hierarki dan martabat kewujudannya.
6
Secara umumnya, prinsip dan pendekatan inilah yang gagal difahami secara
menyeluruh oleh para pengkaji moden yang seringkali menyalahertikan proses islamisasi
yang diusahakan oleh Al-Ghazali. Maka tidak hairanlah dakwaan-dakwaan mereka seperti
yang telah disebutkan pada awal perbincangan ini, seringkali bertentangan antara satu
sama lain. Pada dasarnya, prinsip dan kaedah inilah sebenarnya yang sedang
diperjuangkan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menerusi Gagasan Islamisasi
Ilmu-ilmu Semasa (Islamization of Present-Day Knowledge) yang telah mula
diketengahkannya sejak tahun 1960-an lagi. Bezanya, Imam Al-Ghazali pada kurun
kesepuluh tersebut telah berhadapan dengan ancaman pemikiran yang menjurus kepada
sumber akal dan pancaindera semata-mata tanpa dipandu sumber yang muktabar.
Manakala al-Attas pada abad ke-20 ini berhadapan dengan ancaman sekularisasi oleh
tamadun barat moden yang mana kedua-duanya merupakan ancaman terhadap akidah
umat Islam.
Dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin, beliau telah menegaskan kembali
akan dilema yang sedang dihadapi oleh umat Islam, masalah-masalah dalaman dan luaran
yang menyebabkan umat ini mengalami krisis identiti dan maruah diri yang sedemikian
parah. Seterusnya beliau telah mengingatkan semula akan faham-faham utama dalam
kerangka pemikiran umat Islam yang seringkali terkeliru lantaran lemahnya iman apabila
berhadapan dengan tentangan sekularisasi daripada kebudayaan dan peradaban asing (Al-
Attas, 2019).
Seperti mana Al-Ghazali, al-Attas juga menyeru para ilmuwan dan pendidik untuk
memperbetul semula segala kekeliruan dan meletakkan sesuatu itu kembali pada
tempatnya yang sebenar. Sejak zaman Al-Ghazali lagi, matlamat asal ilmu dan pendidikan
telah mula menyimpang, bukan sahaja disebabkan oleh pengaruh-pengaruh tamadun asing
tersebut, bahkan juga berpunca daripada kegagalan diri mengawal nafsu yang akhirnya
tunduk pada tuntutan duniawi. Sejak zamannya lagi, para kadi dan ilmuwan telah dikritik
oleh Al-Ghazali lantaran sikap materialistik mereka yang mementingkan harta, pangkat
dan kedudukan. Akibatnya mereka ini tidak berani untuk memperkatakan yang hak,
apatah lagi untuk menegur dan menasihati penguasa-penguasa yang zalim pada waktu itu.
Konsep islamisasi ilmu berdasarkan kitab Maqaşid al-Falasifah (Tujuan-tujuan
Ahli-ahli Falsafah) menyatakan tujuan sebenarnya kebenaran dalam konteks berfikir.
Penyaringan sumber yang didapati perlu diteliti, dinilai dan dirujuk pada sumber yang
benar agar sesuatu perkara itu menjadi panduan yang berguna untuk kehidupan manusia.
3.4 Aplikasi Model Islamisasi Ilmu Al-Ghazali dalam Mata Pelajaran Falsafah dan
Isu Semasa Bagi Mendepani Cabaran Ideologi Semasa
Mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa merupakan mata pelajaran wajib bagi semua
pelajar universiti awam dan mengandungi lapan bab perbincangan. Secara ringkasnya, bab
satu dan dua iaitu Pengenalan Falsafah dan Falsafah Dalam Kehidupan merupakan asas
dalam pembinaan falsafah dalam masyarakat yang ditunjangi dengan falsafah Rukun
Negara dan Falssafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seterusnya, bab tiga iaitu Logik
mendedahkan kaedah berfikir yang betul manakala dalam bab keempat, Konsep Insan
pula menjelaskan hakikat dan matlamat kehidupan manusia. Seterusnya bab kelima iaitu
Metafizik menjelaskan mengenai konsep sesuatu yang melangkaui alam fizikal (alam
nyata) manakala dalam bab keenam iaitu Epistemologi terdapat penjelasan mengenai
konsep ilmu. Logik, Konsep Insan, Metafizik dan Epistemologi merupakan domain-
domain utama analisis falsafah. Bab ketujuh iaitu Ideologi memfokuskan fenomena dan
manifestasi relativisme pascamoden serta implikasi dalam kehidupan manakala bab
7
kelapan Dekolonisasi menjelaskan kesan dualisme Cartesian dan keperluan proses
dekolonisasi dan disertai usaha menjayakan insan sepadu atau insan sejahtera
(Muhammad Hazim, 2021).
Setiap topik dalam mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa mempunyai peranan dan
keterikatan bagi membebaskan pemikiran daripada pengaruh kolonial dan membentuk
ilmu berdasarkan kearifan tempatan. Antaranya dalam bab satu iaitu Pengenalan Falsafah,
falsafah Rukun Negara yang memperkukuh jati diri sebagai insan yang beragama dan
mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat serta negara. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula menyeimbangkan konsep diri insan dari segi jasmani,
emosi dan rohani. Pembentukan insan sejahtera melalui medium mata pelajaran ini dapat
mewujudkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar yang dimantapkan dalam bab ketiga
iaitu Logik. Menerusi bab ini, mahasiswa didedahkan dengan kaedah berfikir secara kritis
dan mampu menyaring maklumat yang falasi agar pemikiran mahasiswa tidak mudah
terpengaruh dengan ideologi yang bertentangan.
Model islamisasi ilmu Al-Ghazali ini boleh diaplikasikan dalam bab Epistemologi.
Selain pelajar didedahkan dengan epistemologi mengikut acuan Barat, sewajarnya mereka
juga didedahkan dengan epistemologi Islam. Pendedahan dua kerangka epistemologi ini
menjadikan mahasiswa dapat membezakan antara epistemologi Barat dan Islam. Model
epistemologi Al-Ghazali yang membincangkan mengenai sumber, sifat, batasan dan
pembahagian ilmu mampu menjadi asas dalam pembentukan insan sepadu dan seimbang
yang dapat menghubungkan dirinya dengan Tuhan, sesama manusia dan alam.
Pengetahuan mengenai hierarki sumber dan pembahagian ilmu serta batasan akal dalam
epistemologi Al-Ghazali dapat mengelakkan mahasiswa daripada menggunakan akal
secara bebas yang boleh menimbulkan krisis nilai.
Selain itu, model tersebut boleh diaplikasikan dalam bab terakhir iaitu Dekolonisasi.
Dalam bab ini, mahasiswa diseru agar membebaskan diri daripada unsur penjajahan
melalui islamisasi ilmu. Dua proses yang dibawa oleh model islamisasi ilmu Al-Ghazali
iaitu pertama membezakan antara yang benar dan salah berupaya membezakan manakah
ilmu kolonial yang berunsur batil (salah) iaitu bertentangan dengan pegangan agama dan
kearifan tempatan dan manakah yang benar (tidak bertentangan). Seterusnya, apabila
mahasiswa dapat membezakan antara dua unsur tersebut, maka proses kedua pula iaitu
penyaringan dilakukan agar pengaruh kolonialisme dihakis terutamanya penyebaran
ideologi-ideologi asing yang menafikan konsep kearifan tempatan manakala ilmu yang
tidak bertentangan dengan nilai agama dan kearifan tempatan diterima. Dua proses ini
amat penting kerana serangan pemikiran yang kian bertambah kini sangat memerlukan
penelitian yang mendalam bagi menjelaskan perbezaan yang wujud antara world view
(pandangan alam) Barat dan tempatan. Keperluan melakukan proses dekolonisasi iaitu
menyahbaratkan elemen sekular serta kembali membina keilmuan melalui pemautan
kepada kearifan tempatan terutamanya dalam falsafah ilmu penting dalam mendepani
ideologi semasa. Secara ringkasnya, aplikasi model islamisasi ilmu Al-Ghazali dalam
mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa adalah seperti rajah berikut:
8
Rajah 3: Aplikasi Model Islamisasi Ilmu Al-Ghazali dalam Mata Pelajaran Falsafah dan
Isu Semasa
Mata Pelajaran Falsafah Aplikasi Model Islamisasi Hasil Aplikasi Model Islamisasi
dan Isu Semasa Ilmu Al-Ghazali Ilmu Al-Ghazali
Bab 6: Epistemologi Model Epistemologi Ilmu Asas menjadi insan seimbang dan
Al-Ghazali sepadu
Bab 8: Dekolonisasi Model Islamisasi Ilmu Al- Dapat membezakan antara yang
Ghazali benar dan salah serta melakukan
penyaringan
4. RUMUSAN
Serangan pemikiran Barat melalui ilmu kolonial perlulah dihadapi menerusi kekuatan
ilmu. Usaha pihak kerajaan dalam mewajibkan mata pelajaran Falsafah dan Isu Semasa
kepada mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia adalah satu usaha yang murni bagi
mendepani cabaran ilmu kolonial tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut, Model
Islamisasi Ilmu Al-Ghazali wajar diaplikasikan dalam mata pelajaran tersebut agar
mahasiswa dapat membezakan antara yang benar dan salah serta mampu menyaring
maklumat agar tidak dipengaruhi unsur yang bertentangan dengan world view (pandangan
alam) tempatan. Model ini juga mampu melahirkan graduan seimbang yang mampu
menghubungkan dirinya dengan Tuhan, sesama manusia dan alam. Graduan seimbang ini
penting agar mereka bijak dalam mendepani ideologi negatif dari pelbagai penjuru
kehidupan yang jika tidak dibendung akan menyebabkan krisis nilai dan merencatkan
pencapaian falsafah sejahtera.
5. RUJUKAN
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. (2007). Ihya’ Ulum ad-Din, Jilid 1, Kairo
Mesir: Darussalam
Abdul Manam, M. & Kamaruddin, S. (2008). KUSZA Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam
Ulung Terengganu. Dalam Pembangunan Pengajian Tinggi Islam di Malaysia. Bandar Baru Nilai:
USIM
Al-Ghazali, Al-Munqiz min al-Dhalal. (2000). dikutip oleh Abuddin Nata dalam bukunya,
Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam, Seri Kajian Filsafat Pendidikan Islam, Rajawali Press,
Jakarta
Al-Ghazali. (1977). Al-Munqidz Min Al-Dhalal. Kairo: Al-Mathba’ah Al-Islamiyyah.
Al-Ghazali, Abu Hamid. (1998). Al- Munqidh min al-Dalal fi Majmu’at al-Rasa’il al-Imam Al-
Ghazali. Beirut: Dar al-Fikr
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (2020). Islam dan Sekularisme.Terj. Khalif Muammar A.
Harris. Kuala Lumpur: RZS-CASIS.HAKIM
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (2001). Risalah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur:
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam
Al-Attas SMN. (2019). Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: Ta’dib International.
Al-Faruqi, Ismail Raji. (1989). Islamization of knowledge: General Principle and Workpalm.
Penyt. Abu Hamid Abu Sulayman. Ed. ke-2. Washington DC: International Institute of
Islamic Thought (IIIT).
Abdul Halim, R. (2007). Memahami Islamisasi Ilmu Dari Pemikiran Prof. Ismail Ragi Al- Faruqi.
Shah Alam: UPENA
Enizahura binti Abdul Aziz. (2015). Mendepani Cabaran Pemikiran Umat Islam. Portal IkIM.
Akses 9 April 2020 di pautan
9
https://www.ikim.gov.my/index.php/2015/04/02/mendepani-cabaran-pemikiran-umat-
islam/
Muhammad Ali Abu Rayyan. (1967). Al-Falsafah Al-Islamiyyah: Syakhsyyatuha wa Mazahibuha,
Iskandaria: Dar al-Qaumiyyah
Muhammad ‘Athiyyah Al-Abrasy, (1975). Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah wa Fal safatuha, Mesir,
Isa Al-Babi Al-Halabi, cet.3.
Nur Faraheen binti Mohd Nasir. (2011). Isu-isu Falsafah Barat Menurut Pandangan Islam.
Universiti Malaysia Sarawak
Nurul Hartini Bt Taharudin et.al. (2019). Mengenali Ketokohan Pemikiran Imam Al-Ghazali
Mengenai Manusia. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu
Nusantara 2019 Ke-3. Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor.
Nurul Asiah Fasehah binti Muhammad. (2022). “Epistemologi Guru Pendidikan Islam.” dalam
Mohd Farid Sharhan (penyunting). Model Pendidikan Islam Pembina Peradaban. KL :
IKIM
Noresah bt Baharom, et. al. 201. Kamus Dewan. Edisi Empat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Riduan Mohammad Nor & Ahmad Adnan Fadhil. (2006). Siri Serangan Pemikiran. Selangor:
MHI Publication.
Wan Mohd Nor Wan Daud (1998). The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad
Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization. K Lumpur:
ISTAC.
Wazzainab Ismail dan Farah Nur-Rashida Binti Rosnan. (2015). Islamisasi Ilmu: Konsep Dan
Pelaksanaannya Dalam Pengajaran Bahasa Arab Dan Usul Fekah. International Research
Management & Innovation Conference (IRMIC 2015) Langkawi, 26 – 27 August 2015
Luqman Arif Abdul karim (25 September 2019). Dua kursus wajib baharu UA. Berita Harian
Online. Di talian https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/611033/dua-
kursus-wajib-baharu-ua
10
Impak Kursus LMRC1552 Power Point Kreatif Terhadap Kemahiran
Penggunaan Perisian Microsoft Power Point dalam Kalangan Pelajar
di Universiti Kebangsaan Malaysia
Amirul Mukminin Mohamad 1*
1Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Email Pengarang: [email protected]
ABSTRAK
Perisian Microsoft PowerPoint merupakan satu program komputer yang cukup sinonim sebagai
alat pembinaan bahan pembentangan bagi institusi pendidikan atau lapangan pekerjaan dan ia
bukanlah satu perkara baharu. Oleh itu, kemahiran penggunaannya dalam kalangan pelajar perlu
untuk penghasilan bahan pembentangan dan tugasan yang baik. Kajian ini bertujuan melihat
impak kursus LMCR1552 PowerPoint Kreatif terhadap kemahiran pelajar dari aspek reka bentuk
slaid, teks dan fon serta grafik dan imej melalui perbandingan kemahiran antara sebelum dan
selepas mengikuti kursus melalui perspektif pelajar. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang
dijalankan ke atas 109 orang pelajar prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia daripada
pelbagai fakulti yang mengikuti kursus LMCR1552 PowerPoint Kreatif pada semester 2 sesi
2021-2022. Kutipan data dilakukan melalui borang soal selidik yang diedarkan secara digital
melalui aplikasi Google Form. Hasil analisis data kajian menunjukkan catatan nilai pada semua
skala termasuklah skala Kurang Mahir dan Tidak Mahir, untuk bahagian Sebelum Mengikuti
Kursus, sementara bahagian Selepas Mengikuti Kursus hanya memiliki catatan nilai pada skala
Sangat Mahir, Mahir dan Agak Mahir sahaja. Skala Sangat Mahir bagi bahagian Selepas
Mengikuti Kursus memperlihatkan catatan peratus antara 53.2% hingga 69.7% bagi semua item,
sementara skala yang sama bagi bahagian Sebelum Mengikuti Kursus mencatatkan antara 7.3%
hingga 15.6% sahaja. Pelajar yang mengikuti kursus berbentuk kemahiran seharusnya memiliki
inisiatif untuk melakukan praktikaliti dan pengamalan kemahiran yang dipelajari agar ilmu yang
dipelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Kata Kunci: Microsoft PowerPoint; PowerPoint Kreatif; Perisian Komputer; Literasi
Digital
1. PENGENALAN
Penggunaan perisian Microsoft PowerPoint sebagai alat pembinaan bahan pembentangan
digital telah bermula sejak akhir tahun 80-an (Paradi, 2018) dan telah memberi manfaat
kepada lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia (Parkinson, 2018). Dalam peringkat
pengajian sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi, penggunaan perisian ini
amat popular dan meluas disebabkan cirinya yang memudahkan pengorganisasian dan
penambahbaikan maklumat kursus dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Leider &
Jarvenpaa, 1995), memudahkan proses pembelajaran pelajar dari aspek kefahaman dan
pengambilan nota (Hill et al., 2016) serta tarikan terhadap pelajar disebabkan ciri grafik,
imej dan teknikal dalam perisian ini (Ricketts, 2018).
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, penggunaan
perisian pembinaan bahan pembentangan digital seperti Microsoft PowerPoint
dimanfaatkan oleh pelajar untuk menghasilkan nota peribadi yang lebih tersusun, medium
untuk pembentangan tugasan serta bahan bantu bagi penilaian kursus yang diikuti
11
(Onivehu & Ohawuiro, 2018). Namun begitu, terdapat beberapa kesalahan umum yang
sering dilakukan oleh pelajar ketika membangunkan bahan melalui perisian PowerPoint.
Kesalahan ini meliputi penggunaan imej dan grafik yang keterlaluan dan tidak
bersesuaian (Ortegren, Serra & England, 2015), tema slaid atau latar slaid yang tidak
selaras (Ricketts, 2018), saiz fon dan penggunaan fon yang tidak seragam (Pollard, 2016),
ketidakseragaman penggunaan maklumat dalam slaid seperti teks pada slaid yang terlalu
banyak atau terlalu sedikit (Kalyuga & Sweller, 2014) serta penggunaan slaid yang terlalu
banyak (Rickett, 2018). Dalam hal ini, Rickett (2018) mencadangkan penggunaan satu
atau dua slaid untuk 5-7 minit pembentangan atau 10 hingga 24 slaid untuk setiap jam
pembentangan.
Menyedari akan kepentingan kemahiran penggunaan PowerPoint yang baik dalam
kalangan pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengajian Citra
Universiti telah menawarkan kursus yang dinamakan PowerPoint Kreatif dalam Struktur
Pendidikan Citra Rentas Fakulti, di bawah komponen kedua iaitu Pemikiran Kreatif dan
Reka Cipta. Secara amnya, Struktur Pendidikan Citra Rentas Fakulti ini memerlukan
pelajar daripada seluruh fakulti di UKM untuk melengkapkan jam kredit tertentu untuk
enam komponen Pendidikan Citra sebagai syarat bergraduasi dan pelajar bebas memilih
mana-mana kursus yang berada di bawah komponen tersebut. Selaras dengan keperluan
pendidikan kini yang ingin melengkapkan pelajar sebagai celik digital melalui aplikasi
dan perisian terkini, kursus ini berfokus kepada membina kemahiran pelajar dalam
menggunakan perisian Microsoft PowerPoint secara lebih luas dan mendalam;
menyediakan bahan pembentangan yang lebih kreatif; dan memanfaatkan perisian
Microsoft PowerPoint kepada sesuatu yang berbeza (Proforma Kursus LMCR1552
PowerPoint Kreatif, 2019).
2. PERSOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Berikut pula merupakan persoalan bagi kajian ini:
PK1 : Sejauh manakah perbezaan kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar dalam aspek
reka bentuk slaid sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif?
PK2: Sejauh manakah perbezaan kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar dalam aspek
teks dan fon sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif?
PK3: Sejauh manakah perbezaan kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar dalam aspek
grafik dan imej sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif?
Sesungguhnya, penawaran kursus LMCR1552 PowerPoint Kreatif ini merupakan usaha
universiti untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran penggunaan perisian Microsoft
PowerPoint dengan lebih baik. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk melihat
keberkesanan kursus ini terhadap kemahiran yang dimiliki pelajar dalam beberapa aspek
penggunaan perisian tersebut, memandangkan tiada kajian keberkesanan yang pernah
dijalankan sejak kursus ini ditawarkan pada tahun 2019. Perincian objektif bagi kajian ini
adalah:
i. Meninjau kemahiran pelajar berkaitan aspek reka bentuk slaid sebelum dan selepas
mengikuti kursus PowerPoint Kreatif
ii. Mengkaji kemahiran pelajar berkaitan aspek teks dan fon sebelum dan selepas
mengikuti kursus PowerPoint Kreatif
12
iii. Meneliti kemahiran pelajar berkaitan aspek grafik dan imej sebelum dan selepas
mengikuti kursus PowerPoint Kreatif.
3. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan
sebagai teknik pengumpulan data. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar di
IPTA (Universiti Kebangsaan Malaysia) yang berbilang fakulti. Bilangan sampel yang
diperoleh dalam kajian ini adalah seramai 109 orang pelajar prasiswazah. Para pelajar ini
mengikuti bidang pengajian berbeza di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pemilihan responden melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus
elektif LMCR1552 PowerPoint Kreatif di Pusat Pengajian Citra UKM dalam Semester II
bagi sesi pengajian 2021/2022. Seramai 109 orang pelajar berdaftar mengikuti kursus ini
dalam dua kumpulan kelas iaitu set 1 (55 orang pelajar) dan set 2 (54 orang pelajar).
Pelajar set 1 terdiri daripada kelompok pelajar tahun 2, 3 dan 4/tahun akhir, manakala set
2 pula merupakan set bagi pelajar tahun 1 dari pelbagai fakulti. Walaupun berbeza
kumpulan dan tahun pengajian, topik pengajaran kursus bagi kedua-dua kumpulan ialah
topik yang sama. Dalam konteks kajian ini, semua 109 data responden dianalisis dalam
konteks yang sama dan tiada pengasingan dibuat.
Teknik kutipan data adalah melalui penggunaan borang soal selidik. Instrumen
soal selidik dipilih untuk mendapatkan maklumat dengan mudah, cepat dan cekap serta
membantu dalam menghasilkan data mengenai tingkah laku, sikap, kepercayaan, pendapat
dan pengetahuan responden (Etikan & Bala, 2017). Instrumen ini dibina dan disesuaikan
daripada konstruk serta pemboleh ubah kajian, hasil daripada maklum balas pelajar
berkenaan kemahiran utama yang dikuasai oleh mereka. Item dalam borang soal selidik
ini disesuaikan berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Ujian kesahan yang digunakan
untuk menguji kesahan instrumen ialah kesahan muka dan kesahan kandungan. Hasil ujian
kebolehpercayaan menggunakan Alpha Cronbach mendapati nilai yang dicatatkan ialah
0.873 untuk 18 item.
Kajian dimulakan dengan kajian rintis untuk menguji kebolehpercayaan borang
soal selidik. Sejumlah 30 responden terlibat dalam kajian rintis ini, yang terdiri daripada
pelajar yang mengikuti kursus pada semester sebelumnya. Sesi kajian yang sebenar
bermula setelah analisis kebolehpercayaan menunjukkan hasil positif. Pengedaran borang
soal selidik dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan perisian Google Form.
Tinjaun berasaskan web dipilih kerana penggunaannya adalah sangat popular dalam
penyelidikan pada masa ini. Di samping itu, pengedaran borang boleh dilakukan secara
maya dengan hanya menggunakan pautan yang tersedia dan mampu mencapai jumlah
responden yang maksimum dengan cepat dan mudah (King et al., 2018). Setelah semua
data diperoleh, sesi analisis data dilakukan.
Kumpulan komunikasi bagi setiap set yang dibentuk melalui aplikasi WhatsApp
dijadikan medium perantara untuk pengkaji melakukan hebahan tentang kajian ini, tujuan
kajian serta pautan kepada soal selidik yang menggunakan aplikasi Google Form.
Soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagaian A dan
Bahagian B. Bahagian A (maklumat diri pelajar) mempunyai 5 soalan yang berfokus
kepada diri pelajar serta pendedahan kepada penggunaan PowerPoint. Bahagian B (aspek
13
kemahiran PowerPoint) pula mengandungi 3 bahagian iaitu; i- Kemahiran Reka Bentuk
Slide, ii- Kemahiran berkaitan Teks dan Fon dan iii- Kemahiran berkaitan Grafik dan Imej.
Bahagian ini memerlukan responden menilai keupayaan mereka dalam tiga aspek
kemahiran tersebut sebelum dan selepas mengikuti kursus LMCR1552 PowerPoint
Kreatif. Skala Likert lima mata digunakan bagi menunjukkan tahap kemahiran pelajar
berdasarkan penilaian kendiri mereka untuk pernyataan-pernyataan berkaitan aspek yang
dinilai, iaitu 1 = Tidak Mahir, 2 = Kurang Mahir, 3 = Agak Mahir, 4 = Mahir dan 5 =
Sangat Mahir.
4. DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membentangkan dan membincangkan dapatan kajian yang berfokus
kepada perbandingan tahap kemahiran penggunaan perisian PowerPoint yang dimiliki
pelajar sebelum dan selepas mengikuti kursus LMCR1552 PowerPoint Kreatif di Pusat
Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jadual 1: Dapatan Demografi Peserta Kajian
Profil Keterangan Kekerapan Peratus (%)
Jantina
Umur Lelaki 17 15.6
Perempuan 92 84.4
Fakulti Bawah 20 tahun 16 14.7
61 56
Tempoh 21-22 tahun 26 23.9
Menggunakan 22-23 tahun 5 4.6
PowerPoint 23-24 tahun 1 0.9
12 11
Jumlah 25 tahun ke atas 18 16.5
23 21.1
Fakulti Ekonomi & Pengurusan 0
Fakulti Pengajian Islam 0
Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan 5 4.6
Kampus KL (FGG, FFAR, FSK,
8 7.3
FPER)
Fakulti Pendidikan 00
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Kejuruteraan 9 8.3
Pusat Pengajian Citra
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat 5 4.6
Fakulti Sains Teknologi
29 26.6
10 tahun ke atas
8-9 tahun 22 20.2
6-7 tahun 22 20.2
4-5 tahun 22 20.2
2-3 tahun 20 18.3
17 15.6
Kurang dari 1 tahun 5 4.6
Tidak pernah 1 0.9
109 100%
Berdasarkan dapatan demografi dalam Jadual 1 di atas, seramai 92 orang pelajar
perempuan dan 17 orang pelajar lelaki daripada jumlah keseluruhan 109 orang responden
terlibat dalam menjawab soal selidik. Jumlah ini mewakili nilai sebenar pelajar lelaki dan
14
perempuan yang berdaftar untuk kursus LMCR1552 ketika kajian dijalankan, tanpa ada
pengurangan atau penambahan responden dari luar. Daripada jumlah keseluruhan
tersebut, seramai 61 orang daripada mereka berada dalam lingkungan umur 21 hingga 22
tahun, manakala hanya seorang responden sahaja yang mencapai usia 25 tahun dan ke
atas. Taburan data fakulti menunjukkan bahawa 109 orang responden kajian ini daripada
fakulti serta bidang pengajian yang pelbagai dan bukan hanya tertumpu kepada satu
bidang atau fakulti sahaja. Nilai tertinggi dicatatkan oleh Fakulti Sains Teknologi dengan
29 orang responden, diikuti oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan 23 orang
responden. Tiada wakil pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan dan fakulti yang berada di
Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Perubatan Cheras yang mengikuti kursus tersebut
pada semester kajian dijalankan. Bagi tempoh penggunaan perisian PowerPoint pula,
jumlah 22 orang responden dicatatkan bagi tempoh 6-7 tahun, 8-9 tahun dan 10 tahun ke
atas. Data juga mencatatkan maklum balas daripada seorang pelajar yang tidak pernah
menggunakan PowerPoint serta 5 orang pelajar yang memiliki kurang 1 tahun tempoh
pendedahan terhadap PowerPoint.
Objektif I – Meninjau Kemahiran Pelajar berkaitan Aspek Reka Bentuk Slaid Sebelum
dan Selepas Mengikuti Kursus PowerPoint Kreatif
Jadual 2(a): Perbandingan Kemahiran Pelajar berkaitan Aspek Reka Bentuk Slaid
Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus PowerPoint Kreatif
Ite Kenyataan Sangat Mahi Agak Kuran
m mahir r mahi g Tidak
r mahir mahi
r
P1 Saya berkebolehan Sebelum 9 26 39 29 6
untuk menetapkan 8.3% 23.9% 35.7% 26.6% 5.5%
color scheme pada Selepas 58 46 5 0 0
slaid saya 53.2% 42.2% 4.6% 0 0
P2 Saya berkebolehan Sebelum 8 32 38 27 4
untuk menyesuaikan 7.3% 29.4% 34.8% 24.7% 3.8%
reka bentuk dan Selepas 67 39 3 0 0
jenis fon untuk slaid 61.5% 35.8% 2.7% 0 0
saya
P3 Saya berkebolehan Sebelum 11 24 36 29 9
untuk mengubah saiz 10.09% 22% 33% 26.6% 8.3%
dan bentuk slaid Selepas 74 33 2 0 0
seperti yang saya 67.8% 30.3% 1.9% 0 0
mahukan
P4 Saya berkebolehan Sebelum 9 21 29 38 12
untuk mereka bentuk 8.3% 19.3% 26.6% 34.8% 11%
latar slaid saya Selepas 67 37 5 0 0
sendiri 61.5% 33.9% 4.6% 0 0
P5 Saya berkebolehan Sebelum 27 32 31 8
untuk mencari 11 24.9% 29.4% 28.4% 7.3%
gambar latar slaid 10.0%
yang bersesuaian
dari sumber Internet, Selepas 74 32 3 0 0
tanpa bergantung 67.8% 29.4% 2.8% 0 0
kepada template
15
Analisis statistik diskriptif yang dijalankan ke atas dapatan soal selidik adalah berdasarkan
persoalan kajian berikut:
PK1 : Sejauh manakah perbezaan kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar dalam aspek
reka bentuk slaid sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif?
Berdasarkan Jadual 2(a), skala kemahiran kesemua item P1 hingga P5 bagi situasi sebelum
mengikuti kursus menunjukkan wujudnya maklum balas responden bagi skala Sangat
Mahir hingga Tidak Mahir. Peratusan tertinggi bagi skala Tidak Mahir dicatatkan oleh
item P4 iaitu Saya berkebolehan untuk mereka bentuk latar slaid saya sendiri dengan 11%
atau 12 orang responden, diikuti oleh item P3 iaitu Saya berkebolehan untuk mengubah
saiz dan bentuk slaid seperti yang saya mahukan dengan 8.3% atau 9 orang responden.
Situasi sebelum mengikuti kursus mencatatkan peratusan tertinggi pada skala Agak
Mahir bagi item P1, P2, P3 dan P5 dengan masing-masing 35.7%, 34.8%, 33% dan
29.4%. Peratusan tertinggi pada item P4 dicatat oleh skala Kurang Mahir dengan 34.8%.
Bagi situasi selepas mengikuti kursus pula, skala kemahiran bagi kesemua item
menunjukkan maklum balas responden pada skala Sangat Mahir, Mahir dan Agak Mahir
sahaja, dengan skala Agak Mahir mencatatkan nilai peratusan terendah bagi kesemua
item dengan nilai di bawah 5%. Nilai peratusan tertinggi bagi kesemua item dicatatkan
oleh skala Sangat Mahir, dengan item P3 dan P5 berkongsi nilai peratusan tertinggi bagi
skala ini dengan 67.8% atau 74 orang responden. Bagi skala Mahir, item P1 iaitu Saya
berkebolehan untuk menetapkan color scheme pada slaid saya mencatatkan nilai
peratusan tertinggi dengan 42.2% atau 46 orang responden.
Objektif II – Mengkaji Kemahiran Pelajar berkaitan Aspek Teks dan Fon Sebelum dan
Selepas Mengikuti Kursus PowerPoint Kreatif
Analisis statistik diskriptif yang dijalankan ke atas dapatan soal selidik adalah berdasarkan
kepada persoalan kajian berikut:
PK2 : Sejauh manakah perbezaan kemahiran yang ditunjukkan pelajar dalam aspek teks
dan fon sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif?
Berdasarkan Jadual 2(b), skala kemahiran kesemua item P1 hingga P6 bagi situasi
sebelum mengikuti kursus menunjukkan wujudnya maklum balas responden bagi skala
Sangat Mahir hingga Tidak Mahir. Peratusan tertinggi bagi skala Tidak Mahir dicatatkan
oleh item P6 iaitu Saya berkebolehan untuk mengatur susunan teks supaya lebih menarik
dengan 11.9% atau 13 orang responden, diikuti oleh item P3 iaitu Saya berkebolehan
untuk menambah efek kepada teks seperti shadow, glow dll agar lebih menarik dengan
9.2% atau 10 orang responden. Situasi sebelum mengikuti kursus mencatatkan peratusan
tertinggi pada skala Agak Mahir bagi semua item P1 hingga P6 dengan masing-masing
36.7%, 37.6%, 41.3%, 32.1%, 33% dan 33%. Nilai tertinggi bagi skala Kurang Mahir
dicatatkan oleh item P4 dengan 30.3% atau 33 orang responden.
Bagi situasi selepas mengikuti kursus pula, skala kemahiran bagi kesemua item
menunjukkan maklum balas responden pada skala Sangat Mahir, Mahir dan Agak Mahir
sahaja, dengan skala Agak Mahir mencatatkan nilai peratusan terendah bagi kesemua item
dengan nilai di bawah 6%. Nilai peratusan tertinggi bagi kesemua item dicatatkan oleh
skala Sangat Mahir, dengan item P3 mencatatkan nilai tertinggi bagi skala ini dengan
69.7% atau 76 orang responden. Apa yang lebih menarik, item P1, P2 dan P4 mencatatkan
16
nilai yang sama bagi skala ini iaitu 68.8% atau 75 orang responden. Bagi skala Mahir,
item P5 iaitu Saya berkebolehan untuk memilih fon teks yang sesuai dengan tujuan
slaid/bahan mencatatkan nilai peratusan tertinggi dengan 36.7% atau 40 orang responden.
Jadual 2(b) menunjukkan perbandingan kemahiran pelajar berkaitan aspek teks dan fon
sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif.
Jadual 2(b): Perbandingan Kemahiran Pelajar berkaitan Aspek Teks dan Fon Sebelum
dan Selepas Mengikuti Kursus PowerPoint Kreatif
Item Kenyataan Sangat Mahi Agak Kuran
mahir r mahi g
Tidak
P1 Saya berkebolehan Sebelum 17 33 r mahir mahi
Selepas 15.6% 30.3%
untuk memasukkan 40 16 r
75 32 36.7% 14.7%
text box ke dalam 68.8% 29.4% 3
2 0 2.7%
slaid 33 1.8% 0
30.3% 17 0
P2 Saya berkebolehan Sebelum 16 41 15.6% 0
33 37.6% 0
untuk mengubah 14.7% 30.3% 0 2
1 25 1.8%
warna dan rupa tulisan Selepas 75 21 0.9% 22.9%
19.3% 0
dalam slaid 68.8% 45 0 0
31 41.3% 0 10
P3 Saya berkebolehan Sebelum 8 28.4% 33 9.2%
2 30.3%
untuk menambah efek 7.3% 20 1.8% 0 0
18.3% 0 0
kepada teks seperti 35 9
35 32.1% 30 8.3%
shadow, glow dll agar Selepas 76 32.1% 27.5% 0
4 0
lebih menarik 69.7% 24 3.7% 0
22% 0 9
P4 Saya berkebolehan Sebelum 12 36 8.3%
40 33% 32
untuk 11% 36.7% 29.4% 0
3 0
memasang/install fon Selepas 75 20 2.7% 0
18.3% 0 13
baharu yang tiada 68.8% 36 11.9%
33 33%
dalam sistem sedia 30.3% 0
6 0
ada 5.5%
P5 Saya berkebolehan Sebelum 10
untuk memilih fon 9.2%
teks yang sesuai Selepas 66
dengan tujuan 60.6%
slaid/bahan
P6 Saya berkebolehan Sebelum 8
Selepas 7.3%
untuk mengatur
70
susunan teks supaya 64.2%
lebih menarik
Objektif III – Meninjau Kemahiran Pelajar berkaitan Aspek Grafik dan Imej Sebelum dan
Selepas Mengikuti Kursus PowerPoint Kreatif
Jadual 2(c): Perbandingan Kemahiran Pelajar berkaitan Aspek Grafik dan Imej Sebelum
dan Selepas Mengikuti Kursus PowerPoint Kreatif
17
Ite Kenyataan Sebelum Sangat Mahi Agak Kurang Tidak
m Selepas mahir r mahi mahir mahi
P1 Saya berkebolehan 17 33 r 16 r
15.6% 30.3% 14.7%
untuk memasukkan 40 3
shape ke dalam 75 32 36.7% 0 2.7%
slaid 68.8% 29.4% 0
2 0
1.8% 0
P2 Saya berkebolehan Sebelum 12 20 35 33 9
Selepas 11% 18.3% 32.1% 30.3% 8.3%
untuk 75
menggunakan Sebelum 68.8% 35 4 0 0
32.1% 3.7% 0 0
fungsi shape Selepas
dengan baik dan Sebelum 8 26 27 37 11
Selepas 7.3% 23.9% 24.8% 33.9% 10%
pelbagai Sebelum
Selepas 64 42 3 0 0
P3 Saya berkebolehan 58.7% 38.5% 2.8% 0 0
Sebelum
untuk Selepas 8 20 36 32 13
Sebelum 7.3% 18.3% 33% 29.4% 11.9%
memanfaatkan
shape untuk Selepas 70 33 6 0 0
64.2% 30.3% 5.5% 0 0
menghasilkan reka 31 1
bentuk kreatif pada 10 29 38 28.4% 0.9%
slaid 9.2% 26.6% 34.9% 0 0
0 0
P4 Saya berkebolehan 75 33 1
68.8% 30.3% 0.9% 33 2
untuk menambah 30.3% 1.8%
9 27 38
efek kepada shape 8.3% 24.8% 34.9% 0 0
yang digunakan 0 0
72 35 2 34 12
P5 Saya berkebolehan 66.1% 32.1% 1.8% 31.2% 11%
untuk 7 24 32 0 0
menggunakan 6.4% 22% 29.4% 0 0
imej/gambar dari 67 41 1
sumber luar di 61.5% 37.6% 0.9%
slaid yang
dihasilkan
P6 Saya berkebolehan
menggunakan
imej/gambar
sebagai pelengkap
slaid secara kreatif
P7 Saya berkebolehan
menghasilkan reka
bentuk grafik yang
mudah dengan
menggunakan
gabungan imej dan
shape
Analisis statistik diskriptif yang dijalankan ke atas dapatan soal selidik adalah berdasarkan
kepada persoalan kajian berikut:
PK3 : Sejauh manakah perbezaan kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar dalam aspek
grafik dan imej sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif?
Berdasarkan Jadual 2(c), skala kemahiran kesemua item P1 hingga P7 bagi situasi sebelum
mengikuti kursus menunjukkan wujudnya maklum balas responden bagi skala Sangat
18
Mahir hingga Tidak Mahir. Peratusan tertinggi bagi skala Tidak Mahir dicatatkan oleh
item P4 iaitu Saya berkebolehan untuk menambah efek kepada shape yang digunakan
dengan 11.9% atau 13 orang responden, diikuti oleh item P7 iaitu Saya berkebolehan
menghasilkan reka bentuk grafik yang mudah dengan menggunakan gabungan imej dan
shape dengan 11% atau 12 orang responden. Situasi sebelum mengikuti kursus pada skala
Agak Mahir mencatatkan nilai tertinggi bagi item P3 iaitu Saya berkebolehan untuk
memanfaatkan shape untuk menghasilkan reka bentuk kreatif pada slaid dengan 33.9%
atau 37 orang, diikuti oleh item P7 dengan 31.2% atau 34 orang.
Bagi situasi selepas mengikuti kursus pula, skala kemahiran bagi kesemua item
menunjukkan maklum balas responden pada skala Sangat Mahir, Mahir dan Agak Mahir
sahaja, dengan skala Agak Mahir mencatatkan nilai peratusan terendah bagi kesemua item
dengan nilai di bawah 6%. Nilai peratusan tertinggi bagi kesemua item dicatatkan oleh
skala Sangat Mahir, dengan item P1 Saya berkebolehan untuk memasukkan shape ke
dalam slaid, P2 Saya berkebolehan untuk menggunakan fungsi shape dengan baik dan
pelbagai dan P5 Saya berkebolehan untuk menggunakan imej/gambar dari sumber luar
di slaid yang dihasilkan mencatatkan nilai tertinggi yang sama bagi skala ini dengan
68.8% atau 75 orang. Bagi skala Mahir, item P3 iaitu Saya berkebolehan untuk
memanfaatkan shape untuk menghasilkan reka bentuk kreatif pada slaid mencatatkan
nilai peratusan tertinggi dengan 38.5% atau 42 orang responden.
5. PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan bagi Objektif 1 yang berfokus kepada aspek reka bentuk slaid
sebelum dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif, item selepas mengikuti kursus
yang melibatkan pengubahan saiz dan bentuk slaid (item P3) serta pencarian gambar latar
slaid dari Internet (item P5) adalah dua bentuk kemahiran yang dipilih oleh 74 orang
responden sebagai sangat mahir, sementara penyesuaian fon kepada reka bentuk slaid
(item P2) serta mereka sendiri latar slaid (item P4) dipilih oleh 67 orang responden sebagai
Sangat Mahir. Jika dilihat daripada tahap kesukaran kemahiran, mengubah saiz dan bentuk
slaid serta mencari gambar latar slaid dari Internet merupakan dua bentuk kemahiran asas
bagi reka bentuk slaid yang penting untuk dikuasai oleh pelajar memandangkan dua
bentuk kemahiran ini memiliki langkah-langkah yang jelas untuk diikuti. Penyesuaian fon
dengan slaid, reka bentuk latar slaid serta pemilihan skema warna pada slaid merupakan
bentuk kemahiran lanjutan yang memerlukan gabungan antara langkah demi langkah serta
kreativiti dan idea pelajar untuk menjadikannya berjaya dan berkesan.
Bagi objektif 2 yang berfokus kepada aspek reka bentuk teks dan fon sebelum dan
selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif, item selepas mengikuti kursus yang
melibatkan penambahan kesan khas seperti shadow, glow dan outline kepada teks (item
P3), memasukkan kotak teks ke dalam slaid (item P1), perubahan warna dan rupa teks
dalam slaid (item P2) serta penambahan fon baharu ke dalam sistem sedia ada (item P4)
merupakan bentuk-bentuk kemahiran yang dipilih oleh 75-76 orang responden sebagai
Sangat Mahir, sementara kemahiran memilih fon teks yang sesuai (item P5) dan mengatur
susunan teks supaya lebih menarik (item P6) pula dipilih oleh 66-70 orang responden
sebagai Sangat Mahir. Empat bentuk kemahiran yang mencatatkan bilangan Sangat Mahir
yang lebih tinggi berbanding dua kemahiran lagi merupakan elemen kemahiran yang
memiliki panduan langkah demi langkah yang jelas dan mudah difahami. Pelajar hanya
perlu mengetahui di tab yang mana fitur-fitur ini berada, dan mengikuti panduan langkah
yang diberikan pensyarah untuk menggunakannya. Pemilihan fon yang bersesuaian serta
19
susun atur teks pula merupakan kemahiran lanjutan yang melibatkan kreativiti pelajar
serta pemerhatian terhadap sumber-sumber luar demi mendapatkan hasil yang baik.
Panduan dan tips oleh pensyarah merupakan antara elemen penting untuk memastikan
pelajar cemerlang dalam penguasaan dua elemen kemahiran tersebut.
Bagi objektif 3 yang berfokus kepada aspek reka bentuk grafik dan imej sebelum
dan selepas mengikuti kursus PowerPoint Kreatif pula, item selepas mengikuti kursus
yang melibatkan kemasukan shape ke dalam slaid (item P1), penggunaan fitur shape
dengan baik dan pelbagai (item P2) serta penggunaan imej dari sumber luar pada slaid
(item P5) merupakan bentuk-bentuk kemahiran yang dipilih oleh 75 orang responden
sebagai Sangat Mahir, sementara kemahiran untuk memanfaatkan shape untuk
menghasilkan reka bentuk kreatif pada slaid (item P3) serta penghasilan reka bentuk grafik
yang mudah dengan gabungan imej dan shape (item P7) mencatatkan nilai terendah bagi
skala Sangat Mahir iaitu antara 64-67 orang responden sahaja. Tiga bentuk kemahiran
dengan peratusan tertinggi pada skala Sangat Mahir itu merupakan bentuk kemahiran pada
peringkat asas. Dalam pembelajaran topik berkaitan imej dan grafik dalam kursus
LMCR1552, perkara berkaitan shape seperti tab fitur dan fungsi mengubah saiz, warna
dan rupa shape diperkenalkan secara tutorial langkah demi langkah. Kemahiran
memanipulasi shape kepada reka bentuk kreatif serta gabungan imej dan grafik untuk reka
bentuk grafik pula merupakan aspek kemahiran pada tahap lanjutan, yang memerlukan
gabungan antara kemahiran asas, kreativiti pelajar serta pemerhatian terhadap hasil
sumber luar. Kemahiran manipulasi shape sebagai contoh, memerlukan pelajar
menggunakan shape sedia ada untuk dijadikan bentuk yang pelbagai dan bersesuaian
untuk tujuan reka grafik melalui fitur Edit Shape dan Merge Shape.
Dapatan untuk ketiga-tiga aspek kemahiran tersebut mendapati bahawa pemilihan
skala Sangat Mahir selepas mengikuti kursus yang dilakukan oleh responden dengan nilai
tertinggi ialah bentuk kemahiran yang tergolong dalam kemahiran asas dan mudah,
sementara bentuk kemahiran lanjutan atau gabungan bersama aspek kreativiti, idea baharu
serta pemerhatian memperlihatkan peratusan yang lebih rendah. Walaupun demikian,
perbezaan peratusan yang dicatatkan antara dua kelompok kemahiran ini hanyalah kecil.
Hal ini membuktikan bahawa pengalaman mengikuti kursus LMCR1552 PowerPoint
Kreatif telah memberikan impak yang besar terhadap penilaian kendiri untuk kemahiran
penggunaan PowerPoint yang dimiliki masing-masing. Perbezaan yang sangat ketara bagi
catatan nilai sebelum dan selepas mengikuti kursus ini bagi skala Sangat Mahir untuk
ketiga-tiga aspek kemahiran sudah membuktikan bahawa kursus ini sangat bermanfaat
dalam menambah, memperbaiki dan memperkaya kemahiran serta pengetahuan pelajar
dalam aspek berkaitan penggunaan perisian Microsoft PowerPoint, selaras dengan hasil
pembelajaran kursus ini agar pelajar dapat membina kemahiran dalam penggunaan
Microsoft PowerPoint secara lebih luas dan mendalam (Proforma Kursus LMCR1552
PowerPoint Kreatif, 2019).
6. KESIMPULAN
Sebagai satu bentuk kursus yang berfokus kepada kemahiran penggunaan program
komputer, LMCR1552 PowerPoint Kreatif disusun dan dirancang untuk melengkapkan
pelajar dengan kemahiran yang relevan dan berguna bukan sahaja dalam aspek yang
menjurus kepada penggunaan perisian Microsoft PowerPoint semata, malahan melibatkan
aspek kreativiti, amalan praktikal serta pemerhatian untuk mencari idea serta perspektif
20
baharu. Atas dasar ini, pembelajaran kursus yang bercorak kemahiran tidak seharusnya
bergantung sepenuhnya kepada nota, tips dan kaedah yang dikongsikan oleh pensyarah
semata. Sebaliknya, usaha kendiri pelajar melalui pengalaman kemahiran yang dipelajari
secara praktikal seharusnya seiring agar elemen tambahan seperti kreativiti, inovasi, idea
baharu dan berfikir di luar kotak dapat dicambah, di samping memantapkan penguasaan
kemahiran melalui perbuatan. Seiring dengan pergerakan dunia ke arah teknologi IR4.0,
para pelajar seharusnya lebih terbuka dan bersedia untuk menyiapkan diri dengan
kemahiran penggunaan program dan perisian komputer yang terkini dan berguna agar
mereka dapat berada seiring dengan arus pendidikan yang cepat, terkehadapan dan moden.
7. RUJUKAN
Etikan, I., & Bala, K. (2017). Developing questionnaire base on selection and designing.
Biometrics & Biostatistics International Journal, 5(6), 1–3.
Hill, A., Arford, T., Lubitow, A. & Smollin, L.M. (2016) “I’m Ambivalent about It”: The
dilemmas of PowerPoint . Teaching Sociology, 40(3) 242-256.
Kalyuga, S. & Sweller, I. (2014). The Redundancy principle in multi-media learning. In R.E.
Mayer (Ed.) The Cambridge Handbook of Multimedia Learning (2nd ed.). Cambridge
University Press.
King, N., Horrocks, C. & Brooks, J. (2018). Interviews in Qualitative Research 2nd Edition. Sage
Publishing.
Leider D.E. & Jarvenpaa. S.L. (1995) The use of information technology to enhance management
school education: A theorietical view. MIS Quarterly, 19(3), 265-291.
Onivehu, A. Ol, & Ohawuiro, O.E. (2018) Effect of PowerPoint presentation of student’s
cognitive achievement in Geography. Romanian Review of Geographical Education,
7(1) 46-60.
Ortegren, F.R., Serra, M.J., England, B.D. (2015). Examining competing hypotheses for the effects
of diagrams on recall for text. Memory and Cognition, 43(1), 70-84.
Paradi, D. (2018). Are we wasting $250 million per day due to bad PowerPoint? Retrieved from
https://www.thinkoutsidetheslide.com/are-wewasting-250-million-per-day-due-to-
badPowerPoint .
Parkinson, M. (2018). A trainer’s gide to PowerPoint : Best practices for master presenters.
Association for Talent Development.
Pollard, T. (2016). The compelling communicator: Mastering the Art and Science of exceptional
presentation design. Condor House Press.
Proforma Kursus. (2019). Dlm Amirul Mukminin Mohamad (Pnyt.), LMCR1552: PowerPoint
Kreatif (pp.1). Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ricketts, M. (2018) No more bullet points: Research-based tips for better presentations.
Professional Safety, 63(09), 34-43.
21
Impact of the COVID-19 Pandemic on Quality of Life and Mental
Health in the Family Institution
Ashwinder Kaur a/p Gurbanjan Singh1, Asst. Prof. Dr. Charanjit Kaur Darshan Singh2*,
Parveenpal Kaur a/p Najar Singh3
1,2Faculty of Creative Industries, Universiti Tunku Abdul Rahman, Selangor, Malaysia;
3Centre for Foundation Studies, Universiti Tunku Abdul Rahman, Selangor, Malaysia.
Email of corresponding author on: [email protected]
ABSTRACT
Regardless of age, race, religion, or socioeconomic background, the COVID-19 pandemic has
precipitated abrupt changes in Malaysians’ lives. People must tolerate and adapt to a new way of
life that limits face-to-face social connection and necessitates long hours of home confinement.
This has a direct impact on mental health since it causes people to experience unpleasant emotions
like anxiety, depression, worry, fear, sadness, confusion and anger. The study aims to examine the
state of one’s family connections during the pandemic, to analyse if family structures can ‘prevent’
individuals from developing depression and anxiety and lastly investigate the quality of family
interactions and their effects on family members’ mental health. Interested respondents are given
questionnaire forms for this qualitative study using the Google survey form link. The study's
findings demonstrate that the expectations of family members on respondents’ parental and
childrearing responsibilities put pressure on most of them. The 24-hour shared home environment
is viewed as a potential flashpoint for conflict rather than a place to sew love and harmony among
family members. Intriguingly, the respondents’ previous life experiences have a substantial impact
on the quality of life in family institutions during the pandemic. There is no doubt that parents
love their children, care for their well-being, and ensure that they are always physically fit, but
mental health or the ability to handle emotions is still neglected. Most families are raised in
accordance with Eastern culture, which does not emphasise mental health even though the quality
of life may be satisfactory.
Keywords: mental health, quality of life, family institutions, pandemic, stress
1. INTRODUCTION
Family institutions and family relationships play an important role in shaping the well-
being and quality of life of individuals throughout life (Merz et al., 2009). These
relationships become essential as factors like age, care needs and social relationships in
other domains like workplace become insignificant in their lives (Milkie et al., 2008) as
well as when emotional deprivation and financial issues occur. The COVID-19 outbreak
has not only affected the health service sector but also succeeded in weakening the
‘system’ of individual mental health, in general. Multiple Movement Control Orders
(MCO) and the ever-changing SOPs have left a direct impact on the quality of life and
mental health of Malaysians. Ironically, this does not go together with the Vision of
Shared Prosperity 2030, through which the Malaysian government dreams of social capital
via an index of people’s well-being that is balanced from physical, emotional and spiritual
aspects. Although the Malaysian Psychological Well-Being Index (IKPM) report in 2020
recorded a modest figure of 7.1, a survey by the Malaysian Ministry of Health found that
a two-fold increase in mental health issues in Malaysia.
There is no official term or one fixed definition because cultural differences,
subjective evaluations and theories from specific fields influence how mental health is
22
defined. Mental health is a state of well-being where an individual is aware of their own
abilities, can handle stress well, can work productively and contribute to society. It means
the ability to adapt in the various pressures and demands of life (MyHealth Official Portal
of the Ministry of Health Malaysia, n.d). If mental health is affected (maladaptation), the
individual will have trouble in thinking and making decisions, feeling emotional easily
which in turn affects his daily behaviour. On the other hand, quality of life refers to the
set of conditions that contribute to the well-being of individuals and the realization of their
potential in social lives. It includes five aspects: (i) physical well-being – people’s physical
health and safety; (ii) material well-being – level of income, purchasing power, access to
housing and transportation; (iii) social well-being – the harmony of personal relationships
such as friendship, family and community; (iv) emotional well-being – a person’s self-
esteem, trust and their emotional intelligence and (v) development – access to education
and employment.
In general, the quality of family relationships includes aspects of (a) social support
(love, advice and care) and (b) tension (arguments, being critical, many demands) which
affects psychosocial well-being. The Stress Process Theory explains that social stress can
damage mental health while social support functions as a source of protection (Pearlin,
1999). Interestingly, relationships and marital status can also be an indicator of the well-
being of family members. For example, marriage, singleness, divorce, death of spouse,
widow or widower. Two popular models in the context of marital relationship well-being
are: (a) marital resource model (marital resource model) – marriage promotes well-being
through increased access to economic, social, and health resources (Rendall et al., 2011;
Umberson et al., 2013); (b) stress model (stress model) – negative aspects in marital
relationships such as tension, conflict and dissolution of marriage cause stress and damage
well-being (Williams & Umberson, 2004). However, family scholars argue that marriage
has different meanings and dynamics depending on socio-economic status (SES) and
ethnic groups because each has a different socio-economic history.
2. MATERIAL AND METHODS
Generally, the discipline of sociology seeks to unravel social conditions. For example,
negative life experiences, ongoing stress, social role demands, levels of social support,
and the strength of cultural meaning systems influence levels of mental health and illness.
Sociologists also focus on how social and cultural influences shape definitions and
responses to mental health problems. In short, this field of study wants to answer the
question of how family life affects mental health. Many studies have been conducted on
sociopsychology that cover aspects of emotional support and behaviour. Thus, the current
study aims to examine the role of family institutions in ensuring the quality of life and
mental health of family members is guaranteed, especially in the context of a pandemic.
This qualitative or exploratory research is still ongoing. Qualitative research is
research related to questions or statements, not hypotheses. Qualitative research usually
uses questions such as how, what and why. Qualitative research involves inductive
reasoning to understand certain situations including individual experiences (Trochim,
2006). Questionnaire forms in the form of close-ended and open-ended are distributed to
interested respondents regardless of their specific demographic background through the
Google survey form link. Due to page limitations, focus group discussion (FGD) data will
not be discussed.
23
3. RESULTS
So far, a total of 245 respondents have answered these questions. This research instrument
contains four parts and is based on a family relationship scale in the form of a five-level
Likert scale with a range from strongly disagree to strongly agree. The measurement of
the score is divided into three levels, namely low, medium and high. The higher the score,
the higher the role of family institution in ensuring positive mental health and quality of
life among the studied respondents. Space is given for most of the questions in which
respondents are able to provide their views or share life experiences in the context of the
research question being studied.
In general, most of the respondents are aged between 18 and 65 years old with a
total of 156 women and 89 men. The findings of the study showed that there were 46
respondents who experienced negative family relationships and did not receive enough
moral support and love. 31 of them came from single-parent families due to divorce and
15 from nuclear families. Most of them have at least two siblings. Only 6 people had
experienced physical abuse and all respondents or family members had no history of
mental illness. Most of them experienced stress due to being locked up at home, studying
online, working at home, dealing with their partner all the time and the in-laws.
4. DISCUSSION
The COVID-19 pandemic has triggered sudden changes in the lives of Malaysians
regardless of age, race, religion or socio-economic status. People need to tolerate and
adapt to a new lifestyle that generally restricts face-to-face social interaction and require
them to stay at home for long periods of time. This directly affects mental health where
individuals feel anxious, depressed, worried, afraid, sad, confused, and angry which all
describe negative emotional reactions. What about the quality of family relationships
during a pandemic? Can family institutions ‘save’ family members from becoming victims
of depression and anxiety?
Most respondents agree that they have a good quality of life compared to those
who do not have food and shelter. Despite being able to work and go to school, they feel
that their level of quality of life is low. This is because the expectations of performance
and quality of work cause them to be agitated in a sea of diverse emotions. The role of
family institutions shows diverse data. For example, working female respondents stated
that not all of them feel happy at home because there are gender role demands such as
having to cook all the time, clean and teach children, which directly hints at a low level of
quality of life. However, those who are husbands and fathers report that verbal
confrontations with their partners occur frequently because they have different
expectations regarding their respective roles. In addition to feeling strained at work owing
to the employer’s lack of concern, spouses often experience pressure from the chaotic
environment at home caused by young children who play regardless of the hour. As a
result, their mental health is negatively affected, as they are continuously furious and
anxious.
As expected, the quality of life of children who attend school during the pandemic
is also affected. This is because they not only experience stress due to schoolwork but also
poor learning support. For example, facing technological issues such as laptops, mobile
phones and Internet that are not good/adequate/helpful. Moreover, they also cannot play
24
outside the house and at the same time the TV shows are controlled by the parents. This
situation explains how family institutions unconsciously put pressure on school students
who are controlled all the time and do not have the freedom to do what they like. The
results of this study also demonstrate how social interaction among family members has a
significant impact on their well-being. Most of the people who answered say they have
good and interesting daily interactions, which makes sense given the social trends that can
be seen on social media. However, there are also family members that struggle with
communicating, which negatively impacts the relationships between family members and
leads to a poor quality of life.
Among the reasons that affect the limited and problematic interaction is the age
factor. For example, different interactions and focus are given depending on the child’s
age – such as children who are still young or who are studying at high school, college or
university level. In addition, most conversations are limited to COVID-19 which directly
affects the mood of children who do not want to hear the same thing repeatedly. At the
same time, conversations that are limited to TV shows and current news without delving
into the emotions and needs of children from time to time cause these young people to feel
depressed in the domestic space. Among the triggers cited by respondents include families
that do not discuss children’s emotional concerns, couples who do not communicate
honestly, and individuals who behave differently within the same residence.
5. CONCLUSION
It is impossible to dispute the significance of the parent-child bond in the family
institution. This lifelong bond has the potential to influence the lives of future generations.
The most common method of socialisation used by parents can be summed up as follows:
(a) rewards depending on performance; and (b) pressure because of expectations
(Nomaguchi & Milkie, 2003; Umberson et al., 2010). It’s interesting to note that a prior
study by Umberson et al. (2010) shown the vital role that young (adult offspring) play in
their parents’ social networks throughout their lives. They also affect the ageing parents’
quality of life and mental health. When their demands arise, parents build social capital
through adhering to the norms or obligations of caring for ageing parents (Silverstein et
al., 2006). Youth or middle-aged adults, however, are subject to family pressure. They
must juggle two generations of people who are dependent on their adult children but who
are of various ages and life experiences to fulfil their commitments. So, it is
understandable if people go through a mid-life crisis.
Disturbances in the family structure can also affect the mental health of children
and their parents with different effects. For example, divorce causes emotional
disturbances and behavioral problems compared to the death of a parent. In addition,
parents who were exposed to childhood abuse or domestic violence are also more likely
to act aggressively towards their own children later in life. There are also incidents where
one must care for family members with mental illness and children are too young to
understand the consequences of why their parents are unhealthy or acting out of control.
All of these can make certain family members vulnerable to problems: (i) somatic
(migraine, loss of appetite, fatigue); (ii) cognitive; (iii) emotions (anxiety, depression,
guilt, fear, anger, confusion) and, (iv) behavior (attitude change, social withdrawal).
The Malaysian Ministry of Health (MMH) provides mental health services through
four mental institutions, 1,001 health clinics, 66 MOH hospitals and 28 Community
25
Mental Health Centers (Mentari) throughout the country. A total of 200 new psychological
counselling officers have been placed in primary health units across the country to provide
mental health and counselling services across the country (Amir & Haziq, 2020). But the
question is, if the family institution itself belittles mental health issues without having the
right information about it, how can family members get counselling? There is no doubt
that parents love their children, take care of their food and drink, make sure they are always
healthy (physically), but mental health or the ability to control emotions is still less
focused. Most family members are brought up according to the Eastern culture which
really does not emphasize mental health aspects even though the quality of life may be
fulfilled well.
6. REFERENCES
Amir A.H., & Haziq, I. (2020, September 10). Ramai rakyat perlukan sokongan emosi, kaunseling.
My Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619047/ramai-rakyat-
perlukan-sokongan-emosikaunseling
Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (2020). Retrieved from https://ikpm.jpa.gov.my/
Merz, E.-M., Consedine, N. S., Schulze, H.-J., & Schuengel, C. (2009). Wellbeing of adult
children and ageing parents: Associations with intergenerational support and
relationship quality. Ageing & Society, 29(5), 783–
802. https://doi.org/10.1017/S0144686X09008514
Milkie, M. A., Bierman, A., & Schieman, S. (2008). How adult children influence older parents’
mental health: Integrating stress-process and life-course perspectives. Social Psychology
Quarterly, 71(1), 86 105. https://doi.org/10.1177/019027250807100109
MyHealth Official Portal of the Ministry of Health Malaysia (n.d). Understanding Mental Health
Problems. http://www.myhealth.gov.my/en//?s=mental%20h
Nomaguchi, K. M., & Milkie, M. A. (2003). Costs and rewards of children: The effects of
becoming a parent on adults' lives. Journal of Marriage and Family, 65(2), 356–
374. https://doi.org/10.1111/j.1741-3737.2003.00356.x
Pearlin, L. I. (1999). Stress and mental health: A conceptual overview. In A. V. Horwitz & T. L.
Scheid (Eds.), A handbook for the study of mental health: Social contexts, theories, and
systems (pp. 161–175). Cambridge University Press
Rendall, M. S., Weden, M. M., Favreault, M. M., & Waldron, H. (2011). The protective effect of
marriage for survival: A review and update. Demography, 48(2), 481–506.
https://doi.org/10.1007/s13524-011-0032-5
Silverstein, M., Gans, D., & Yang, F. M. (2006). Intergenerational support to aging parents: The
role of norms and needs. Journal of Family Issues, 27(8), 1068–
1084. https://doi.org/10.1177/0192513X06288120
Trochim, W.M.K. (2006). Research methods knowledge base.
http://www.socialresearchmethods.net
Umberson, D., Pudrovska, T., & Reczek, C. (2010). Parenthood, childlessness, and well-being: A
life course perspective. Journal of marriage and the family, 72(3), 612–629.
https://doi.org/10.1111/j.1741-3737.2010.00721.x
Umberson, D., Thomeer, M. B., & Williams, K. (2013). Family status and mental health: Recent
advances and future directions. In C. S. Aneshensel, J. C. Phelan, & A. Bierman
(Eds.), Handbook of the sociology of mental health (pp. 405–431). Springer Science +
Business Media. https://doi.org/10.1007/978-94-007-4276-5_20
Williams, K., & Umberson, D. (2004). Marital status, marital transitions, and health: A gendered
life course perspective. Journal of Health and Social Behavior, 45(1), 81–
98. https://doi.org/10.1177/002214650404500106
26
Campur Tangan Amerika Syarikat dalam Aktiviti Pengeluaran Dadah
di Negara Thailand Pada 1950-1990
(The United States of America Interventions in the Drugs Produce Activities
in Thailand 1950-1990)
Amer Fawwaz Mohamad Yasid1* & Noraini Zulkifli2
1,2Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Fakulti
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Email of corresponding author on: [email protected]
ABSTRAK
Masalah melibatkan aktiviti penyeludupan dadah merupakan masalah yang dihadapi oleh setiap
negara di dunia. Hampir setiap negara menghadapi ancaman dadah memandangkan ancaman
tersebut tidak terbatas pada sempadan atau bentuk geografi sesebuah negara. Kewujudan kawasan
Segi Tiga Emas Thailand sejak dari akhir tahun 1950-an disebabkan oleh campur tangan politik
negara asing telah menyebabkan berlakunya kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di
kawasan Asia Tenggara. Kawasan Segi Tiga Emas Thailand pernah menjadi kawasan pengeluaran
utama heroin dunia pada tahun 1970 hingga1980-an sekali gus menyebabkan rantau Asia
Tenggara telah dijadikan kawasan hab transit penyeludupan dadah antarabangsa. Kajian ini akan
membincangkan kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand disebabkan faktor politik ketika
berlakunya konflik di kawasan Indo-China pada permulaan awal Perang Dingin. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan sumber primer dan sumber sekunder.
Sumber primer terdiri dari kaedah kajian lapangan dan kaedah temu bual manakala sumber
sekunder diperoleh dari buku, artikel jurnal dan tesis akademik. Dapatan kajian telah menjelaskan
faktor kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand yang disebabkan oleh campur tangan politik
oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) ketika konflik Perang Vietnam yang
menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan pengeluaran serta perdagangan heroin dunia.
Kata Kunci: Segi Tiga Emas, Penyeludupan Dadah di Asia Tenggara, Ancaman Dadah,
Keselamatan Negara, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat
1. PENGENALAN
Isu penyeludupan dadah merupakan ancaman keselamatan yang dilihat begitu besar
terhadap setiap negara. Menurut Cornell (2007), sejak tamatnya Perang Dingin, terdapat
peningkatan ancaman keselamatan yang melibatkan keselamatan nasional dan
keselamatan bukan tradisional yang wujud menyeberangi sempadan negara seperti aktiviti
penyeludupan dadah. Masalah ini wujud kerana terdapatnya permintaan yang tinggi dalam
kalangan pengedar dadah dan penghisapnya (Wan Azmi Ramli, 1986). Keadaan ini
menyebabkan berlakunya kemasukan dadah secara haram dari luar negara lantas
mewujudkan ancaman keselamatan terhadap negara seperti Malaysia. Menurut Scorzelli
(1987), terdapat dua kawasan utama pengeluaran dadah di dunia iaitu kawasan Bulat Sabit
Emas ataupun dikenali sebagai Golden Crescent yang terletak dalam jajaran negara
Pakistan, Afghanistan dan Iran, serta kawasan STE ataupun Golden Triangle yang terletak
di kawasan Myanmar, Thailand dan Laos.
27
Jika dilihat dari aspek geografi, aktiviti penyeludupan dadah tidak terikat kepada
sempadan atau pun bentuk muka bumi sesebuah negara. Kemajuan pengangkutan udara
telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kegiatan penyeludupan dadah semakin
aktif dan giat dijalankan oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dan domestik
(Abdul Rani Kamarudin, 2007). Oleh yang demikian, salah satu faktor yang menyebabkan
masalah ini berlaku adalah apabila terdapat kumpulan kartel dadah yang menjalankan
operasi secara besar-besaran dengan menumpukan aktiviti di kawasan yang dikenali
sebagai Segi Tiga Emas. Romeo (2020) menegaskan situasi melibatkan aktiviti
penyeludupan dadah dari kawasan Segi Tiga Emas dengan melihat aktiviti penyeludupan
dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Myanmar dan Laos menggugat keselamatan negara-
negara ASEAN seperti Thailand dan Malaysia akibat aktiviti penyeludupan dadah yang
dijalankan oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa serta mengesahkan kawasan
Segi Tiga Emas masih lagi aktif dalam kegiatan pengeluaran dadah di Asia Tenggara
sekali gus secara tidak langsung mewujudkan ancaman terhadap keselamatan nasional
negara Malaysia.
Rajah 1: Kedudukan kawasan Segi Tiga Emas Thailand serta laluan penyeludupan dadah
Sumber: Diolah oleh penyelidik
28
2. SOROTAN LITERATUR
Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand sejak akhir tahun 1950-an membolehkan
ramai ahli penyelidik dan sarjana menjalankan kajian melibatkan aktiviti penghasilan,
perdagangan serta aktiviti penyeludupan dadah di kawasan tersebut. Kajian berkaitan
kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah difokuskan oleh ramai ahli sarjana dan ahli
akademik meliputi kegiatan penanaman, penghasilan serta pengedaran dadah di kawasan
Asia Tenggara. Sabhasri (1978) menyatakan bahawa kewujudan Segi Tiga Emas sebagai
pusat penghasilan utama penanaman pokok popi di rantau Asia Tenggara adalah
disebabkan oleh faktor penduduk di kawasan tanah tinggi pedalaman pergunungan
Thailand telah menjadikan penanaman pokok popi sebagai sumber utama pencarian
mereka. Penanaman pokok popi telah dijalankan sejak berlakunya Perang Vietnam.
Penulis menjelaskan salah satu faktor Orang Bukit di Thailand memilih penanaman pokok
popi adalah disebabkan oleh daya tahan pokok popi yang tidak mudah rosak dan mati serta
tidak memerlukan penjagaan yang rapi jika dibandingkan dengan tanaman kontan seperti
padi, teh dan kopi. Pada masa yang sama, hasil jualan getah popi yang akan diproses untuk
menjadi candu amat tinggi jika dibandingkan dengan hasil penjualan tanaman kontan.
Keadaan ini menjadikan kawasan Segi Tiga Emas Thailand sebagai pusat pengeluaran
dadah yang terbesar di Asia Tenggara sejak tamatnya Perang Dingin.
Mc Coy (1991) menerangkan peranan yang dimainkan oleh Agensi Perisikan
Pusat Amerika Syarikat (CIA) di kawasan Segi Tiga Emas Thailand secara langsung
menyokong Tentera Nasionalis Kuomintang dari pasukan Ketiga dan Kelima yang berada
di Thailand. Pihak CIA pada ketika itu telah memberikan sokongan moral serta bantuan
ketenteraan meliputi persenjataan, bantuan teknikal serta latihan melawan insurgensi
komunis kepada Tentera Kuomintang yang berada di Chiang Mai, Thailand sebagai usaha
bagi memenuhi kepentingan strategik Amerika Syarikat bagi melawan insurgensi
komunis yang berpusat di utara Thailand ketika kemuncak Perang Vietnam. Sebagai
balasan, pihak CIA turut membantu Tentera Kuomintang menjalankan perusahaan dan
perdagangan candu di kawasan Segi Tiga Emas Thailand tanpa gangguan daripada pihak
luar. Sementara itu, Williams (1997) menyenaraikan aktiviti penyeludupan dadah sebagai
sejenis jenayah yang dinaungi oleh kumpulan jenayah rentas sempadan. Penulis
berpendapat sindiket penyeludupan dadah yang berpangkalan di Hong Kong dan Taiwan
telah memasarkan sejumlah dadah untuk dieksport ke pasaran antarabangsa dengan
mendapatkan bekalan dadah dari sumber pengeluar yang berpusat di kawasan Asia
Tenggara iaitu Segi Tiga Emas Thailand. Sindiket penyeludupan dadah yang menjalankan
aktiviti pengedaran dadah di Hong Kong diterajui oleh kumpulan kongsi gelap dikenali
sebagai sindiket Chiu Chiao yang menjalankan aktiviti penanaman pokok popi serta
pengedaran dadah di kawasan sekitar Segi Tiga Emas Thailand sejak awal tahun 1960-an
lagi. Sindiket Chiu Chio berjaya menjalankan aktiviti penyeludupan dadah hingga ke
Amerika Syarikat sekitar tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an.
Armao (2003) menerangkan kewujudan kawasan Segi Tiga Emas telah menjadi
faktor penubuhan kumpulan-kumpulan kongsi gelap ataupun dikenali sebagai triads
terutama selepas tamatnya Perang Vietnam. Kumpulan kongsi gelap telah menjadikan
perniagaan dadah melalui penanaman pokok popi sebagai sumber utama kewangan
kumpulan mereka yang digunakan untuk membeli senjata api bagi menjalankan aktiviti
jenayah. Kumpulan kongsi gelap yang beroperasi di kawasan Segi Tiga Emas Thailand
merupakan pasukan Tentera Kuomintang yang melarikan diri dari Tanah Besar China
selepas diusir oleh Parti Komunis China. Buxton (2006) pula berpendapat kesan Perang
Vietnam telah menyebabkan badan perisikan Amerika Syarikat iaitu CIA telah
29
melaksanakan penubuhan kerjasama strategik antara Tentera Kuomintang dan kaum
Orang Asli Hmong yang mendiami kawasan tanah tinggi Myanmar, Laos dan Thailand
sebagai usaha menyekat kemaraan gerila komunis yang sedang mara ke kawasan Asia
Tenggara sekitar tahun awal 1950-1960-an. Walau bagaimanapun kerjasama strategik
antara pihak CIA telah menimbulkan masalah yang baharu apabila Tentera Kuomintang
dan kaum Orang Asli Hmong menjadikan kegiatan pengeluaran dan penjualan candu dan
heroin sebagai sumber kewangan utama bagi menyara kehidupan. Pihak CIA tidak mahu
campur tangan dalam urusan penyeludupan dan pengedaran dadah yang dijalankan oleh
kaum Hmong dan Tentera Kuomintang kerana mereka merasakan perkara tersebut
merupakan urusan peribadi mereka.
Tambahan pula, Wong (2007) mengulas keterlibatan kaum Cina menjalankan
aktiviti penanaman, penyeludupan serta pengedaran dadah dari kawasan Segi Tiga Emas
Thailand telah wujud semenjak awal tahun 1950-an lagi. Kaum Cina tersebut merupakan
pendatang dari Tanah Besar China yang melarikan diri daripada pemerintahan Parti
Komunis China sejak kekalahan Kuomintang pada tahun 1949. Imigran Cina telah
mengambil kesempatan untuk berlindung di kawasan pergunungan utara Thailand dan
mula menjalankan penanaman pokok popi di kawasan tersebut kerana kurangnya kawalan
keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Thailand berikutan masalah perhubungan dan
jarak yang begitu jauh dari bandar raya Bangkok. Penulis turut menekankan kewujudan
kawasan Segi Tiga Emas Thailand merupakan ancaman yang nyata terhadap masalah
penyeludupan dadah di rantau Asia Tenggara kerana jumlah pengeluaran heroin sebanyak
70-80 tan metrik telah dihasilkan di kawasan tersebut. Rogers (2008) turut
membincangkan bagaimana kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah menjadi kawasan
pengeluar heroin utama dunia selepas tamatnya Perang Vietnam 1963-1975. Penulis telah
menekankan perbincangan terhadap isu-isu yang berlaku di kawasan Segi Tiga Emas
Thailand seperti teknik penyeludupan yang digunakan oleh sindiket penyeludupan dadah,
kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah,
penggubahan wang haram oleh kumpulan perniagaan yang mendapat hasil daripada
penjualan dadah serta isu campur tangan politik oleh pihak CIA yang menjalankan operasi
rahsia di kawasan Segi Tiga Emas ketika Perang Vietnam. Penulis juga turut menerangkan
implikasi kewujudan kawasan Segi Tiga Emas serta impaknya terhadap kawasan Asia
Tenggara kerana penyemarakan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan serantau telah
berlaku sejak awal tahun 1960-an lagi.
Chin (2011) membincangkan secara mendalam kewujudan kawasan Segi Tiga
Emas yang meliputi negara Thailand, Myanmar dan Laos. Penulis yang merupakan
seorang profesor dalam bidang jenayah rentas sempadan Asia Tenggara telah
membincangkan faktor-faktor kewujudan kawasan Segi Tiga Emas yang melibatkan
kegiatan penghasilan, penanaman dan perdagangan heroin yang dijalankan oleh pasukan
tentera Kuomintang di kawasan Dataran Tanah Tinggi Shan Myanmar. Chin juga
berpendapat kegiatan perdagangan heroin di kawasan Segi Tiga Emas Thailand
merupakan sebuah agenda politik yang wujud melalui campur tangan pihak luar di
samping faktor dominasi perdagangan heroin oleh kerajaan Myanmar hingga ke hari ini.
Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand juga adalah disebabkan konflik politik
ketika awal Perang Dingin seperti yang ditegaskan oleh Gibson & Wenhua (2011) serta
Manning (1988) telah menjelaskan anggota Tentera Kuomintang telah menetap di
kawasan pergunungan Thailand sejak mereka berundur dari tanah besar China pada awal
tahun 1950-an akibat kekalahan mereka kepada Parti Komunis China di bawah pimpinan
Mao Tse Tung yang berjaya memenangi Perang Saudara China pada tahun 1949. Akan
tetapi saki-baki pasukan Tentera Kuomintang telah menjalankan kegiatan penanaman
30
pokok popi pada skala yang besar di kawasan pedalaman pergunungan utara Thailand,
Myanmar dan Laos dan kawasan tersebut adalah lokasi kawasan Segi Tiga Emas. Gibson
dan Wenhua dan Manning telah menegaskan bahawa Tentera Kuomintang telah
mengambil peluang dengan menggalakkan kaum Orang Bukit yang menetap di kawasan
pedalaman pergunungan Thailand untuk menceburi penanaman pokok popi bagi
menghasilkan candu yang akan diproses untuk dijadikan heroin. Sebagai balasan, pihak
Kuomintang akan menukarkan hasil tanaman pokok popi tersebut dengan sejumlah wang
tunai yang besar yang mampu menjana pendapatan sampingan Orang Bukit.
Chouvy (2013) turut mengulas kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand serta
kepentingan kawasan tersebut sebagai pusat pengeluaran candu di Asia Tenggara.
Keadaan ini menyebabkan kegiatan penyeludupan dadah amat sukar untuk dibendung
kerana sindiket penyeludupan dadah menggunakan kelebihan dari segi bentuk muka bumi
dan geografi kawasan Asia Tenggara yang bergunung-ganang diliputi hutan yang tebal
memudahkan pergerakan mereka daripada mudah dikesan oleh pasukan keselamatan.
Kawasan Segi Tiga Emas telah wujud sejak berlakunya Perang Vietnam dan kuasa-kuasa
besar seperti Amerika Syarikat melalui penglibatan Agensi Perisikan Pusat Amerika
Syarikat (CIA) telah menggunakan penanaman pokok popi sebagai sumber kewangan
bagi membiayai operasi gelap yang dijalankan bagi melawan insurgensi komunis di
Vietnam pada ketika itu. Penulis turut mengulas laluan penyeludupan dadah yang
digunakan oleh sindiket penyeludupan dadah beroperasi dari kawasan Segi Tiga Emas
Thailand hingga ke seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia yang dijadikan hab transit
penyeludupan dadah secara besar-besaran.
3. KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang
bergantung kepada proses pengumpulan data penyelidikan dengan menggunakan pelbagai
jenis sumber. Menurut Pierce (2008), kaedah kualitatif mempunyai kelebihan dan
kekuatan dari segi penerangan terhadap sesuatu permasalahan secara teliti dan mendalam
melalui rujukan kepada pelbagai sumber kajian seperti proses temu bual dan pemantauan
yang memerlukan penyelidik turun ke lapangan bagi mendapatkan data secara langsung
(Flick, 2006). Walau bagaimanapun, Barbour (2008) menjelaskan bahawa kaedah
kualitatif mempunyai kelemahan memandangkan kaedah ini tidak boleh diguna pakai bagi
mendapatkan jawapan kepada sesebuah persoalan yang bersifat bilangan (numerical)
ataupun menjawab persoalan yang melibatkan punca kepada sesebuah masalah yang
hendak dikaji oleh penyelidik. Kajian ini telah menggunakan sumber sekunder. Sumber
sekunder kajian dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber bercetak dan juga sumber tidak
bercetak. Antara sumber sekunder yang digunakan adalah seperti buku, artikel jurnal, tesis
akademik, surat khabar, majalah, monograf serta dokumen-dokumen rasmi kerajaan.
Bahan rujukan sekunder seperti buku-buku akademik, monograf, peta lama dan tesis
akademik juga dirujuk oleh penyelidik. Bahan rujukan diperoleh dari Perpustakaan
Jeneral Tun Ibrahim Ismail Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Perpustakaan
Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Agensi
Anti Dadah Kebangsaan, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia serta
Perpustakaan Pusat Penyelidikan dan Penyalahgunaan Dadah ASEAN (ACREDA)
Universiti Sains Islam Malaysia.
31
Rujukan sekunder bahan tidak bercetak seperti buku elektronik (E-book) dan
jurnal dirujuk dengan melayari laman pengendali web berbayar mahupun secara percuma
seperti SCOPUS, JSTOR, Emerald, Taylor and Francis serta Routledge. Antara jurnal
yang dirujuk ialah Journal of Psycoactive Drugs, Journal of Social Science and
Humanities, Journal of Strategic Studies, Defence and Security, The Police Journal:
Theory, Practice and Principles, Journal of Food and Drug Analysis, Drug and Alcohol
Review, Studies in Conflict & Terrorism, Journal of International Relations and Strategic
(UM), Jurnal SEJARAH Universiti Malaya, Journal of International Studies Universiti
Utara Malaysia, Jurnal Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies
dan Jurnal Geografia-Malaysian Journal of Society and Space Universiti Kebangsaan
Malaysia. Terdapat juga tesis akademik yang dirujuk melalui sistem pelayaran digital e-
theses online service (EThOS) yang disediakan oleh Perpustakaan British, United
Kingdom. Menurut Granello (2004), kelebihan penggunaan sumber rujukan elektronik
dapat menjimatkan masa penyelidik untuk mendapatkan sumber maklumat yang
diperlukan kerana artikel jurnal dan buku elektronik mudah untuk diakses dengan
menggunakan sistem komputer yang dilengkapi Internet serta bilangan artikel jurnal
elektronik yang tidak terhad. Di samping itu, ia dapat menjimatkan kos percetakan kerana
tidak memerlukan percetakan secara fizikal.
4. LATAR BELAKANG KEWUJUDAN KAWASAN SEGI TIGA EMAS
THAILAND
Menurut beberapa pandangan ahli penyelidik dan akademik terkemuka dalam bidang
penyelidikan kawasan Segi Tiga Emas seperti Mc Coy (1991), Buxton (2006), Spencer &
Navaratnam (1981), Gibson & Wenhua (2011) serta Chouvy (2004, 2013), kawasan Segi
Tiga Emas telah wujud sejak awal tahun 1950-an lagi. Kawasan Segi Tiga Emas Thailand
telah diduduki oleh Tentera Nasionalis Kuomintang yang telah dihalau keluar dari China
setelah dikalahkan oleh Parti Komunis China ketika Perang Saudara China yang berakhir
pada tahun 1949 (McCoy,1991). Memandangkan Tentera Kuomintang mempunyai
hubungan rapat dengan kerajaan Amerika Syarikat sejak awal Perang Dunia Kedua,
pasukan Tentera Kuomintang yang berundur ke Thailand telah meminta bantuan Amerika
Syarikat untuk memberikan perlindungan keselamatan, bantuan ketenteraan serta bantuan
kewangan secara langsung dari mereka (Cox, 1996). Kerajaan Amerika Syarikat
mengambil langkah untuk memenuhi permintaaan Tentera Kuomintang yang berada di
utara pedalaman pergunungan tanah tinggi Thailand sebagai langkah proaktif bagi
membendung situasi pemberontakan komunis yang berlaku di kawasan Indochina pada
ketika itu (Wiant, 1985).
Kawasan Segi Tiga Emas merupakan sebuah kawasan popular penghasilan dadah
(Chalk, 2000: 89-90). Terletak di Asia Tenggara, kawasan ini telah menjadi pusat tumpuan
utama aktiviti perdagangan dan penyeludupan dadah yang diketuai oleh sindiket
penyeludupan dadah antarabangsa secara besar-besaran (Chouvy, 2013). Kawasan Segi
Tiga Emas Thailand merupakan sebuah kawasan yang terletak di banjaran pergunungan
melibatkan tiga buah negara iaitu Myanmar, Laos, dan Thailand. Menurut Chin & Zhang
(2015), kawasan Segi Tiga Emas mempunyai keluasan seluas 150,000 batu persegi yang
merupakan kawasan penanaman pokok popi yang dijadikan bahan utama dalam
penghasilan heroin. Lintner (2000) menyatakan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan
Segi Tiga Emas Thailand berlaku berikutan faktor sejarah awal negara Thailand yang
mengharamkan penggunaan dan penjualan opium pada tahun 1811 ketika pemerintahan
Raja Loetlahnaphalai yang merupakan Raja Rama III. Walau bagaimanapun, di sebalik
32
pengharaman yang dikuatkuasakan oleh pemerintah Thailand, aktiviti penyeludupan
dadah tetap berlaku sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua.
Panggilan nama kawasan Segi Tiga Emas telah diilhamkan oleh Timbalan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marshall Green pada sidang akhbar yang bertarikh
12 Julai 1971 dengan merujuk kawasan segi tiga yang terdiri daripada kawasan
penanaman pokok popi serta pengeluaran heroin di Burma (Myanmar), Laos, Yunnan
(China) dan Thailand (Chouvy, 2010). Ketika awal tahun 1960-an sehingga akhir tahun
1970-an, kawasan ini menjadi tumpuan pelbagai sindiket penyeludupan dadah di
peringkat antarabangsa memandangkan pada ketika itu Thailand merupakan kawasan
pengeluaran utama candu dunia. Menurut Sen (1991:42), kawasan penanaman utama
pokok popi di Segi Tiga Emas Thailand berpusat di wilayah Chiang Mai, Chiang Rai, Mae
Hong Son dan Nan. Sebanyak dua pertiga bekalan candu dunia telah dihasilkan dari
kawasan tersebut memandangkan iklim, bentuk muka bumi dan tanah yang subur sesuai
untuk menanam pokok popi. Wiant (1985) menjelaskan kawasan Segi Tiga Emas
merupakan kawasan yang sesuai untuk menanam pokok popi kerana keadaan tanahnya
yang subur serta suhunya yang baik untuk pertumbuhan pokok popi.
Derks (2012) menyatakan terdapat sindiket penyeludupan dadah antarabangsa
yang telah mengedarkan heroin berkualiti tinggi yang telah siap diproses ke Amerika
Syarikat dengan menggunakan sumber heroin yang dihasilkan dari kawasan Segi Tiga
Emas Thailand. Faktor harga pengeluaran candu yang lebih murah memandangkan kadar
pertukaran mata wang yang rendah menjadikan sindiket penyeludupan dan pengedaran
dadah mendapatkan bekalan dadah secara terus dari kawasan tersebut. Chouvy (2010)
menjelaskan kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah bermula sejak penurunan
pengeluaran bekalan heroin di China pada awal tahun 1950-an memandangkan Kerajaan
China di bawah pimpinan Mao Tse Tung telah menguatkuasakan undang-undang
pengharaman penanaman pokok popi serta pengeluaran candu secara menyeluruh di
China. Pengharaman tersebut menyebabkan sindiket penyeludupan dadah telah
menumpukan aktiviti penanaman pokok popi serta pengeluaran heroin ke kawasan Tanah
Tinggi Shan di Burma serta kawasan Chiang Mai dan Chiang Rai yang terletak di utara
pergunungan Thailand. Penumpuan kepada dua kawasan tersebut telah dilaksanakan oleh
organisasi penyeludupan dadah memandangkan kurangnya campur tangan Kerajaan
Thailand dan Myanmar. Oleh yang demikian, saki-baki kumpulan Tentera Kuomintang
telah menjalankan kegiatan penghasilan, pengeluaran dan penyeludupan heroin di
kawasan Segi Tiga Emas.
5. CAMPUR TANGAN POLITIK SERTA KEGIATAN PENYELUDUPAN DAN
PERDAGANGAN DADAH DI KAWASAN SEGI TIGA EMAS THAILAND
1950-1960
Amerika Syarikat mempunyai kepentingan strategik bagi membendung kemaraan Tentera
Pembebasan Vietnam Utara yang mempunyai agenda untuk menjadikan kawasan Asia
Tenggara sebagai kubu kuat mereka (Cox, 1996). Oleh yang demikian, kerajaan Amerika
Syarikat telah menempatkan stesen perisikan yang dipertanggungjawabkan kepada
Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) di Bangkok, Thailand. Anggota yang
mengetuai Stesen CIA Bangkok adalah individu yang berpengalaman luas dalam bidang
perisikan sejak Perang Dunia Kedua dan pernah bertugas di kawasan China, India dan
Burma. Pada awal tahun 1950 melalui penubuhan Konsul CIA yang berpusat di Bangkok,
seramai 300 orang ejen CIA yang berpengalaman dan terlatih dalam peperangan melawan
33
insurgensi telah diarahkan untuk melatih 350 orang anggota Polis Diraja Thailand dan
Tentera Diraja Thailand yang diatur gerak bagi mengawal keselamatan sempadan di utara
Thailand (Gibson & Wenhua, 2011).
Walau bagaimanapun, pihak CIA turut mengambil peluang melatih Tentera
Kuomintang yang merupakan pengikut Leftenan Jeneral Li Mi yang berada di kawasan
Segi Tiga Emas Thailand. Walau bagaimanapun, CIA telah merancang dengan lebih awal
untuk menggunakan program latihan melawan insurgensi sebagai aktiviti samaran untuk
membekalkan sistem persenjataan kepada Tentera Kuomintang. Setelah Tentera
Kuomintang dilengkapkan dengan sistem persenjataan moden, mereka mula membina
kekuatan dengan menubuhkan kem tentera yang dijadikan pusat operasi di kawasan Segi
Tiga Emas Thailand yang dikawal oleh Pasukan Tentera Ketiga dan Kelima Kuomintang
(Wiant, 1985). Pada awalnya selepas Tentera Kuomintang berundur dari China, mereka
telah menetap di kawasan Hmong Sat, Myanmar bagi melaksanakan operasi melawan
insurgensi komunis di kawasan Tanah Tinggi Yunnan (McCoy, 1991). Tahun demi tahun
setelah melawan pemberontakan komunis di Yunnan, Tentera Kuomintang telah
menjalankan operasi melawan insurgensi di sebahagian besar kawasan Burma meliputi
kawasan dataran Tanah Tinggi Shan.
Hinggalah pada tahun 1958, berlakulah perubahan situasi politik pada ketika itu.
Tentera Kuomintang telah diarahkan oleh CIA untuk berundur ke kawasan pergunungan
utara Thailand iaitu di Chiang Dao yang terletak di pergunungan Chiang Mai, Thailand.
Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand sejak akhir tahun 1950-an membolehkan
ramai ahli penyelidik dan sarjana menjalankan kajian melibatkan aktiviti penghasilan,
perdagangan serta aktiviti penyeludupan dadah di kawasan tersebut. Mc Coy (1991)
menerangkan peranan yang dimainkan oleh CIA secara langsung menyokong Tentera
Nasionalis Kuomintang dari Pasukan Ketiga dan Kelima yang berada di Thailand sebagai
usaha bagi memenuhi kepentingan strategik Amerika Syarikat bagi melawan insurgensi
komunis yang berpusat di utara Thailand pada kemuncak Perang Vietnam. Sebagai
balasan, CIA turut membantu tentera Kuomintang menjalankan perusahaan dan
perdagangan candu tanpa gangguan daripada pihak luar. Rogers (2008) menegaskan
mengapakah kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah menjadi kawasan pengeluar heroin
utama dunia selepas tamatnya Perang Vietnam 1963-1975? Keadaan ini berlaku
disebabkan isu campur tangan politik oleh pihak CIA yang menjalankan operasi rahsia
ketika Perang Vietnam menyebabkan penyemarakan aktiviti penyeludupan dadah di
kawasan serantau telah berlaku sejak awal tahun 1960-an lagi. Buxton (2006) berpendapat
kesan Perang Vietnam telah menyebabkan badan perisikan seperti CIA melaksanakan
penubuhan kerjasama strategik antara Tentera Kuomintang dan kaum Orang Asli Hmong
yang mendiami kawasan tanah tinggi Myanmar, Laos dan Thailand sebagai usaha bagi
menyekat kemaraan gerila komunis yang sedang mara ke kawasan Asia Tenggara sekitar
tahun awal 1950-1960-an.
Walau bagaimanapun, kerjasama strategik CIA telah menimbulkan masalah
baharu apabila Tentera Kuomintang dan kaum Orang Asli Hmong menjadikan kegiatan
pengeluaran dan penjualan candu dan heroin sebagai sumber kewangan utama bagi
menyara kehidupan. Pihak CIA tidak mahu campur tangan dalam urusan penyeludupan
dan pengedaran dadah yang dijalankan oleh kaum Hmong dan Tentera Kuomintang kerana
mereka merasakan bahawa perkara tersebut merupakan urusan peribadi mereka.
Tambahan pula, Wong (2007) menjelaskan keterlibatan kaum Cina menjalankan aktiviti
penanaman, penyeludupan serta pengedaran dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand
telah wujud semenjak awal tahun 1950-an lagi. Kaum Cina tersebut merupakan pendatang
34
dari Tanah Besar China yang melarikan diri daripada pemerintahan Parti Komunis China
sejak kekalahan Parti Nasionalis China Kuomintang pada tahun 1949. Imigran Cina telah
mengambil kesempatan untuk berlindung di kawasan pergunungan utara Thailand dan
mula menjalankan penanaman pokok popi di kawasan tersebut memandangkan kurangnya
kawalan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Thailand, berikutan faktor masalah
perhubungan dan jarak yang begitu jauh dari bandaraya Bangkok.
Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand merupakan ancaman nyata
terhadap masalah penyeludupan dadah di rantau Asia Tenggara kerana jumlah
pengeluaran heroin sebanyak 70-80 metrik tan telah dihasilkan di kawasan tersebut telah
memberikan kesan terhadap keselamatan negara serantau yang berhampiran dengan pusat
pengeluaran utama heroin di Asia Tenggara. Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas
Thailand disebabkan oleh konflik politik ketika awal Perang Dingin seperti yang
ditegaskan oleh Gibson & Wenhua (2011) serta Manning (1988). Kedua-dua penulis telah
menjelaskan anggota bahawa kewujudan kawasan Segi Tiga Emas bukanlah terjadi secara
semula jadi akan tetapi telah dirancang dengan awal serta bermotifkan politik apabila
Tentera Kuomintang telah menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada penjualan
candu dengan melengkapkan sistem persenjataan mereka yang digunakan bagi melawan
insurgensi komunis yang berlaku ketika Perang Vietnam 1963-1975. Chin dan Zhang
(2015) mendedahkan sebelum pertengahan tahun 1980-an, hasil candu yang diproses di
kawasan Segi Tiga Emas Thailand telah diseludup masuk secara haram ke Hong Kong
sebelum dihantar ke Amerika Syarikat. Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa telah
menjadikan Hong Kong sebagai pusat transit hab penyeludupan dadah sebelum dieksport
ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.
6. KERANCAKAN AKTIVITI PENGELUARAN DAN PEMERDAGANGAN
DADAH DI KAWASAN SEGI TIGA EMAS THAILAND 1960-1990
Pada tahun 196, Tentera Kuomintang telah menjalani kehidupan makmur di utara
Thailand. Tambahan pula Kementerian Dalam Negeri Thailand telah mengambil langkah
serta inisiatif untuk membangunkan perkampungan yang diduduki oleh Kuomintang
dengan limpahan ekonomi dan pembangunan pembinaan fasiliti dan infrastruktur seperti
sekolah, bantuan alat pertanian dan bantuan teknikal seperti kemudahan asas (Gibson &
Menhua, 2011). Dari segi kebebasan pergerakan, Tentera Kuomintang tidak disekat untuk
bergerak ke mana-mana dan kerajaan Thailand turut memberikan mereka kebenaran untuk
menyimpan senjata api yang dimiliki sebagai alat untuk mempertahankan diri serta
memburu memandangkan senjata tersebut dibekalkan oleh pihak CIA bagi membantu
usaha kerajaan Amerika Syarikat dalam melawan insurgensi komunis di kawasan utara
Thailand yang bermula sejak awal tahun 1960-an (Gibson & Menhua, 2011).
Oleh kerana Tentera Kuomintang memerlukan sumber kewangan yang besar bagi
meneruskan kelangsungan hidup dan menjalankan operasi melawan komunis di utara
Thailand, mereka telah menjalankan aktiviti penanaman pokok popi secara besar-besaran,
pemperosesan candu untuk dijadikan heroin berkualiti tinggi serta menjalankan aktiviti
penjualan dan perdagangan opium di kawasan Segi Tiga Emas Thailand (Derks, 2012).
Tentera Kuomintang telah menjadikan perusahaan menanam pokok popi serta
perdagangan candu dan heroin sebagai sumber utama mata pencarian bagi penduduk yang
menetap di sekitar kawasan perkampungan Kuomintang (Sabhasri, 1978). Salah satu
kaedah adalah dengan mengeksport candu ke Myanmar melalui sistem pertukaran
barangan komoditi seperti makanan, pakaian, perubatan serta ditukarkan dengan mata
35
wang asing. Gibson dan Wenhua (2011) menegaskan, Komander Tentera Kelima
Kuomintang, Jeneral Tuan His Wen pada tahun 1967 menjustifikasikan kegiatan
perdagangan candu di kawasan pergunungan Thailand sebagai sumber kewangan Tentera
Kuomintang di Thailand untuk membeli senjata bagi melawan insurgensi komunis
memandangkan sumber kewangan hanya dapat dijana dengan menjual candu sahaja.
Walaupun mengetahui perniagaan menjual candu salah di sisi undang-undang negara
Thailand, Kuomintang cuba untuk mengelakkan sebarang konflik dengan kerajaan
Thailand. Hubungan baik yang dibina antara Tentera Kuomintang dengan penduduk
setempat membolehkan perniagaan penjualan heroin dapat berjalan dengan lancar dan
tidak mendapat gangguan daripada orang tempatan (Buxton, 2006). Perusahaan
penanaman pokok popi dilihat sebagai sumber utama mata pencarian masyarakat setempat
di kawasan pedalaman pergunungan utara Thailand yang didiami oleh Orang Bukit
berketurunan Hmong, Yao Lahu, Lisu, Akha, Karen, Hua, Khmu, dan Htin
(Sabhasri,1978).
Kerajaan Thailand akur bahawa mereka memerlukan masa yang panjang untuk
membangunkan wilayah pedalaman yang terkenal dengan landskap geografinya yang
bergunung-ganang dan jauh dari ibu kota pentadbiran kerajaan yang berpusat di Bangkok.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menghalang penduduk tempatan menjadikan
penanaman pokok popi sebagai sumber mata pencarian yang menjana ekonomi penduduk
setempat (Wiant, 1985). Kerajaan Thailand secara besar-besaran telah mengambil langkah
bagi menghentikan penanaman pokok popi dengan mengesyorkan projek penanaman
pokok kopi, teh dan buah-buahan secara besar-besaran (Lyttleton, 2004). Bantuan subsidi
pertanian seperti biji benih dan bantuan teknikal bagi pekebun kecil telah diberikan oleh
pihak Jabatan Pertanian sebagai langkah bagi menggantikan kebergantungan masyarakat
Hmong kepada sumber penjualan candu dan heroin. Walau bagaimanapun, usaha yang
dilaksanakan oleh kerajaan Thailand tidak mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada penduduk tempatan di Chiang Mai dan Chiang Rai memandangkan faktor
keuntungan yang dijana daripada penanaman pokok popi adalah berkali ganda besarnya
daripada hasil penjualan kopi dan teh (Lyttleton, 2004). Kerajaan Thailand juga tidak
menguatkuasakan undang-undang yang tegas kerana memahami keadaan serta situasi
yang mendesak di kawasan Segi Tiga Emas Thailand yang kurang mendapat
pembangunan memandangkan bentuk muka buminya yang ekstrem serta jalan
perhubungan yang masih kurang dibangunkan (Djedje & Korff, 2004).
Selain mengusahakan penanaman pokok popi secara berskala besar, Tentera
Kuomintang telah mendapatkan bekalan tambahan candu daripada petani yang menanam
pokok popi di kawasan Myanmar dan Laos (Chin & Zhang, 2015). Kebanyakan petani di
kedua-dua buah negara ini merupakan golongan miskin dan menjual hasil tanaman popi
mereka kepada peraih orang tengah berbangsa Cina yang merupakan pengikut
Kuomintang (Litner, 2000). Bagi menjaga hubungan baik dengan masyarakat setempat
yang menjalankan perusahaan penanaman pokok popi, pihak Kuomintang telah
melindungi keselamatan penduduk setempat dengan menjalankan rondaan keselamatan di
ladang-ladang popi kepunyaan petani tempatan. Masyarakat tempatan yang mendiami
kawasan Segi Tiga Emas Thailand turut menggunakan hasil penjualan candu dan heroin
bagi meningkatkan taraf kehidupan dengan menggunakan wang tersebut bagi membina
kemudahan asas di kawasan kediaman mereka (Djedje & Korff, 2004).
Tahun 1970-an merupakan tempoh kerancakan kawasan Segi Tiga Emas Thailand
yang menjadi kawasan pengeluar utama heroin dunia. Era tersebut menunjukkan
penguasaan penuh Tentera Kuomintang mengawal pasaran dan perdagangan heroin di
36
Asia Tenggara dan peringkat antarabangsa (Litner,2000). Terdapat dua orang individu
penting yang mengawal operasi pengeluaran heroin di kawasan Segi Tiga Emas Thailand
iaitu Jeneral Li Wen-huan dan Jeneral Tuan Hsi–wen (Gibson & Wenhua, 2011). Kedua-
dua pemimpin Kuomintang ini masih lagi mempunyai hubungan yang rapat dengan
Kerajaan Taiwan serta CIA malahan kompleks pejabat pentadbiran mereka turut
dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter bagi memudahkan lawatan daripada
anggota tentera, polis serta agensi pusat dari Bangkok untuk menjalankan lawatan
bulanan. Sejak tahun 1968 terdapat perubahan senario politik di Thailand melibatkan
penempatan Tentera Kuomintang di kawasan Segi Tiga Emas Thailand. Kerajaan Pusat
di Bangkok merasakan Tentera Kuomintang yang beroperasi di Chiang Rai dan Chiang
Mai perlu meninggalkan tanah air mereka memandangkan Thailand merupakan sebuah
negara berdaulat dan kehadiran pihak asing menunjukkan seolah-olah kawasan tersebut
telah dimonopoli oleh sekumpulan pasukan tentera yang berasal dari Taiwan
menyebabkan berlakunya rundingan antara pemimpin Kuomintang dengan Kerajaan
Thailand hingga awal tahun 1970-an (Chouvy, 2010).
Setelah beberapa ketika, kerajaan Taiwan akhirnya mengambil langkah drastik
dengan menarik diri daripada mencampuri urusan Tentera Kuomintang di kawasan Segi
Tiga Emas dan akhirnya meninggalkan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka
secara bersendirian (Gibson & Wenhua, 2011). Beberapa siri rundingan dengan Kerajaan
Thailand telah diadakan dengan melibatkan ketiga-tiga pemimpin kanan Kuomintang
yang berada di Thailand iaitu Jeneral Tuan Hsi Wen, Jeneral Li Wen Huan dan Ma Chun
Kuo pada 28-29 April 1972 (Gibson & Wenhua, 2011). Kerajaan Thailand akhirnya
memberikan kebenaran untuk Kuomintang terus menetap di Thailand, diberikan
kerakyatan Thailand dan mendapat bantuan perumahan serta pertanian dengan syarat
Tentera Kuomintang haruslah menghentikan kegiatan penanaman pokok popi dan
penyeludupan dadah sama ada di dalam mahupun di luar negara Thailand (Litner, 2000).
Selepas tahun 1980, Tentera Kuomintang masih lagi beroperasi seperti biasa dalam
menjalankan perniagaan dan perdagangan dadah dan menetap di kawasan Chiang Rai,
Chiang Mai, dan Mae Hong Son hinggalah kemerosotan pengeluaran heroin di kawasan
tersebut pada awal tahun 1990 disebabkan pergolakan politik yang berlaku di kawasan
Segi Tiga Emas Mynmar (Gibson & Wenhua, 2011).
7. PERBINCANGAN
Kewujudan kawasan Segi Tiga Emas Thailand adalah disebabkan oleh faktor campur
tangan politik oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang membantu
perjuangan pasukan Tentera Kuomintang Ketiga dan Kelima yang berpusat di Chiang Mai
dan Chiang Rai setelah berundur dari China pada tahun 1949. Faktor ini berlaku
memandangkan pada permulaan awal Perang Dingin, kawasan Indo-China dimanipulasi
oleh pergerakan komunisme yang ingin menjadikan Asia Tenggara sebagai kubu kuat
pergerakan komunis sedunia. Konflik Perang Vietnam 1963-1965 telah menunjukkan
kebimbangan Amerika Syarikat terhadap kejatuhan negara di Asia Tenggara ke tangan
komunis sekiranya Vietnam dikuasai oleh komunis dari utara. Oleh yang demikian,
Kerajaan Amerika Syarikat melalui CIA telah menyokong perjuangan Tentera
Kuomintang yang menetap di kawasan pedalaman utara Thailand bagi membantu agenda
Amerika Syarikat dalam perjuangan menentang komunis di kawasan Indo-China. Situasi
ini telah menyebabkan Tentera Kuomintang mempunyai sistem latihan dan persenjataan
yang lengkap memandangkan mereka mendapat bantuan ketenteraan secara langsung
daripada CIA. Kerajaan Thailand juga merasakan Tentera Kuomintang dapat membantu
37
negara mereka mempertahankan kawasan sempadan utara Thailand yang mempunyai
ancaman komunis.
Oleh yang demikian, Kerajaan Thailand tidak kisah kewujudan Pasukan Tentera
Kuomintang Ketiga dan Kelima di kawasan Segi Tiga Emas Thailand. Akan tetapi,
kawasan pedalaman utara Thailand tidak mempunyai banyak sumber yang mampu
menjana ekonomi masyarakat tempatan. Tentera Kuomintang merasakan mereka hanya
boleh mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan operasi melawan insurgensi
komunis hanya dengan perusahaan penanaman pokok popi dan penghasilan heroin.
Umum mengetahui, penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum Kaum Bukit seperti
Hmong, Akha dan Han di kawasan utara pedalaman Thailand telah menjalankan aktiviti
perniagaan candu serta perdagangan heroin sejak turun-temurun lagi. Budaya ini telah
sebati dalam kalangan rakyat tempatan di kawasan tersebut. Pengunduran Amerika
Syarikat pada tahun 1975 setelah kejatuhan Saigon ke tangan Tentera Pembebasan
Vietnam Utara menjadikan Tentera Kuomintang terpaksa menjalankan aktiviti melawan
insurgensi komunis secara bersendirian. Tanpa mendapat bantuan kewangan dan
persenjataan daripada CIA, Tentera Kuomintang terpaksa berdikari dalam menjana
sumber kewangan. Kegiatan penyeludupan heroin di kawasan Segi Tiga Emas telah
dijalankan seperti biasa iaitu Kuomintang telah menjual bekalan heroin kepada sindiket
penyeludupan dadah antarabangsa serta kumpulan kongsi gelap Cina Chiu Chao yang
menjalankan kegiatan penyeludupan dadah ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat. Pada
era tahun 1970 hingga 1980-an, kawasan Segi Tiga Emas merupakan kawasan
pengeluaran heroin utama dunia hingga kemerosotan pengeluaran dadah dari kawasan
tersebut pada awal tahun 1990-an akibat pergolakan politik di kawasan Segi Tiga Emas
Myanmar yang merencatkan pengeluaran heroin di kawasan Segi Tiga Emas. Secara
keseluruhannya, campur tangan politik oleh CIA telah menyebabkan kewujudan kawasan
Segi Tiga Emas Thailand khususnya pada awal permulaan Perang Vietnam 1963-1975.
8. KESIMPULAN
Pada ketika ini, walaupun terdapat pendapat ahli akademik yang mengatakan kawasan
Segi Tiga Emas Thailand tidak aktif lagi dalam pengeluaran dadah jika dibandingkan
dengan kawasan Bulan Sabit Emas Afghanistan yang merupakan pengeluar terbesar
heroin dunia pada ketika ini, kemasukan dadah masih lagi tidak dapat dibendung secara
habis-habisan dan keadaan ini menunjukkan kawasan Segi Tiga Emas Thailand masih lagi
mampu mengancam keselamatan negara ASEAN melalui kemasukan dadah yang
dihasilkan dari kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, pasukan keselamatan negara-
negara ASEAN sentiasa bekerjasama menghapuskan aktiviti penyeludupan dan
pengedaran dadah dari kawasan Segi Tiga Emas Thailand. Namun, aktiviti penyeludupan
dadah tidak dapat dihapuskan secara habis-habisan memandangkan faktor kemajuan
teknologi perhubungan dan komunikasi pada hari ini menjadikan sindiket penyeludupan
dadah antarabangsa semakin licik dalam menjalankan kegiatannya ke negara-negara
ASEAN dengan kemajuan sistem perhubungan jalan raya dan jalan udara yang
memudahkan mereka untuk membawa masuk dadah.
Kedudukan geografi negara-negara ASEAN yang berhampiran dengan kawasan
Segi Tiga Emas Thailand ditambah dengan faktor keluasan perairan di kawasan Asia
Tenggara memudahkan lagi kegiatan penyeludupan dadah dijalankan oleh sindiket
penyeludupan dadah melalui jalan air. Justeru, pasukan keselamatan seperti pihak polis
seharusnya mempertimbangkan langkah pencegahan dengan serius bagi membanteras
38
kegiatan penyeludupan dadah secara menyeluruh dengan kaedah memperketatkan lagi
tahap kawalan keselamatan di kawasan pintu masuk sempadan negara melibatkan kawalan
keselamatan terutamanya di lokasi pintu masuk sempadan negara bagi memperketatkan
lagi tahap keselamatan sempadan negara daripada terus dibolosi aktiviti penyeludupan
dadah. Pasukan keselamatan di negara-negara ASEAN perlu sentiasa meningkatkan
kerjasama dalam proses pengumpulan maklumat perisikan berkaitan kegiatan
penyeludupan dan pengedaran dadah oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa
bersama pasukan sahabat seperti pihak Pejabat Lembaga Pengawalan Narkotik Thailand
dan Polis Diraja Thailand dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja
Malaysia agar kegiatan penyeludupan dadah dapat dihapuskan secara menyeluruh.
Usaha pencegahan aktiviti penyeludupan dadah tidak hanya diletakkan di bawah
tanggungjawab pihak kerajaan dan pasukan keselamatan semata-mata. Malah rakyat
dalam komuniti negara ASEAN perlu berganding bahu dalam memastikan kegiatan
jenayah melibatkan dadah dapat dibanteras dengan memberikan pendedahan kepada
golongan remaja serta anak-anak kecil akan bahaya dadah kepada diri, masa depan dan
negara. Pada masa yang sama, mentaliti sesetengah penduduk tempatan terutamanya
mereka yang mendiami kawasan sempadan yang menjadikan kegiatan penyeludupan
dadah ataupun barangan haram sebagai sumber mata pencarian perlu diubah bagi
memastikan aktiviti penyeludupan rentas sempadan dapat dihentikan.
9. PENGHARGAAN
Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia khususnya kepada Yang
Dihormati Pesuruhjaya Polis Dato’ Razarudin bin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik Bukit Aman atas kelulusan yang diberikan bagi menjalankan sesi
temubual bersama pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta Ketua-ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia Kontinjen Negeri Perlis, Kedah, Perak
dan Kelantan.
10. SENARAI RUJUKAN
Abdul Rani Kamarudin. (2007). “The misuse of drugs in Malaysia: past and present”, Jurnal
Anti Dadah Malaysia, Vol. 1, Issue 1, 1-24.
Armao, F. (2003). Why is organized crime so successful, dalam Allum, F. & Siebert, R.
Organized Crime and the Challenge to Democracy. Routledge.
Buxton, J. (2006). The Political Economy Narcotics: Production, Consumption and Global
Markets. Fernwood Publishing.
Chalk, P. (2000). Southeast Asia and the Golden Triangle's heroin trade: Threat and
response. Studies in Conflict & Terrorism, 23(2), 89-106.
Chin, K. L. (2011). The Golden Triangle: Inside Southeast Asia's Drug Trade.Cornell
University Press.
Chin, K.L & Zhang, S.X. (2015). The Chinese Heroin Trade: Cross-Border Drug Trafficking
in Southeast Asia and Beyond.New York University Press.
Chouvy, P. A. (2013). An Atlas of Trafficking in Southeast Asia: The Illegal Trade in Arms,
Drugs, People, Counterfeit Goods and Natural Resources in Mainland Southeast Asia.
I.B. Taurus.
Chouvy, P. A. (2010). Opium: uncovering the politics of the poppy. Harvard University Press.
39
Cornell, S. E. (2007) Drug Smuggling in Central Eurasia, dalam Thachuk, K. L. Transnational
Threats: Smuggling and Trafficking in Arms, Drugs and Human Life. Praeger Security
International.
Cox, C. R. (1996). Chasing the Dragon: Into the heart of Golden Triangle. Henry Holt Inc.
Derks, H. (2012). History of the Opium Problem. Brill.
Djedje, R. S., & Korff, R. (2004). Opium and Development: Global and Local Interactions in the
Golden Triangle. Pacific News, (21), 5-7.
Drug Law Enforcement of Australia (1976). Manual Anti- Narkotik diterbitkan oleh Australia
Narcotics Bureau. Mercury Walch Private Limited.
Gibson, R. M. & Wenhua, C. (2011). The Secret Army: Chiang Kai-shek and the Drug
Warlords of the Golden Triagle. John Wiley and Sons.
Gimlette, J. D. (1971). Malay Poisons and Charm Cures. Oxford University Press.
Inglis, B. (1975). The Forbidden Game: A Social History of Drugs. Scribner Press.
Lintner, B. (2000). The Golden Triangle Opium Trade: An Overview. Asia Pacific Media
Services, 12, p. 1-30.
Lua P. L. & Nor Samira Talib. (2012). Terapi Gantian Metadon untuk Penagihan Dadah.
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.
Lyttleton, C. (2004). Relative pleasures: drugs, development and modern dependencies in
Asia's Golden Triangle. Development and Change, 35(5), p.909-935,
Manning, R. (1988). The Vietnam Experience: War in the Shadows. Boston, Boston
Publishing Company.
Mc Coy, A. W. (1991). The Politics of Heroin: CIA complicity in the global drug trade.
Lawrence Hill Books.
Rogers, R.A. (2008). Segi Tiga Emas: Perniagaan Narkotik di Asia Tenggara. Penerbit
Universiti Malaya.
Sabhasri, S. (1978). Opium Culture in Northern Thailand: Social and Ecological Dillemas,
dalam Kunstadter, P., Chapman, E.C., dan Sabhasri, S. Farmers in the Forest.
University of Hawaii Press.
Sen, S. (1991). Heroin trafficking in the Golden Triangle. The Police Journal, 64(3), 241-
248.
Scorzelli, J. (1987). Drug Abuse, Prevention and Rehabilitation in Malaysia.Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Azmi Ramli. (1986). Selangkar Ke Kubur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wiant, J. A. (1985). Narcotics in the Golden Triangle. The Washington Quarterly, 8(4), 125-
140.
Williams, P. (1997). Transnational Criminal Organisations and International Security, dalam
Arquilla, J. & Ronfeldt, D. (ed.) In Athena’s Camp. RAND Corporation.
Wong, A. (2007). Chinese Crime Organizations as Transnational Enterprises, dalam
Thachuk, K. L. Transnational Threats: Smuggling and Trafficking in Arms, Drugs and
Human Life. Praeger Security International.
40
A Study on Self-Care Strategies for MPU Educators
Choe Chai, Tan 1*, Yazilmiwati, Yaacob1, Jason Song Haur, Lee1,
Noor Syamilah, Zakaria2, Nur Faridah Shaik Farid2
1General Studies Department, Sunway University/College, Malaysia
2Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
3Psychology Department, Raffles College of Higher Education, Malaysia
Email of corresponding author on: [email protected]
ABSTRACT
The study sought to investigate self-care strategies of MPU educators in teaching Mata Pelajaran
Umum (MPU) compulsory subjects in Sunway College and Sunway University which located at
Sunway City, Subang Jaya, Selangor state, Malaysia. The objectives of the study were to explore
the self-care experiences of MPU educators in teaching MPU subjects, to investigate strategies
aimed at enhancing their self-care and improving their well-being. Qualitative research and
interpretive phenomenological research design were applied. The sample comprised 9 educators
of General Studies Department (GSD) from Sunway Education Group who volunteered to
participate in this research. Data was collected using semi-structured interview guides and was
analysed by thematic analysis and results presented in descriptions and narrations. This study
revealed that although MPU educators faced many challenges in their roles, they still managed to
practice adequate self-care, hence it leads to a balanced life. The self-care strategies and practices
by MPU educators were found to be the five main themes: Hobbies, Exercises, Isolate Oneself,
Religion, as well as Gaining and Providing Support. This research shed light on the self-care
practices of MPU educators, which supports their self-care practices. Results showed that MPU
educators relied heavily on personal self-care. The study recommended that to reduce the stressors
of educators, self-care practice is utmost essential. Furthermore, continuous professional self-care
among educators should be encouraged to enhance in addition to their personal self-care to ensure
their optimum mental health in their profession.
Keywords: MPU, MPU educators, challenges, self-care, mental well-being
1. INTRODUCTION
In the world of academia, teachers are crucial in ensuring students understand what is
required or the expectations from the educators and to deliver knowledge in accordance
with the educational policy and requirements. However, when teachers are stressed at
work because of occupational hazards, it may have an impact on the quality of teaching
and learning activities (Tai et al.,2019).
According to the literature study, educators are under stress and have little time for
self-care. Self-care is a mindfulness technique that has been shown to assist educators in
finding more balance in their daily lives. The high teaching load can lead to burnout, but
there are resources and methods available to help educators stay balanced in the workplace
(Leahy, & Wolfe, 2021). Like any other educators, MPU educators have challenging job
as well, especially when they have to support a large number of students and long class
hours. In order to maintain their mental health, this study highlighted that besides the
challenges they are now dealing with, it also attempted to identify what self-care activities
they are practising to ensure they can cope with the high demand of the institution.
41