The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safwanmuhamad89, 2023-01-10 02:58:50

eProsiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 Tahun 2022_eISBN: 978-967-5492-79-2

eProsiding_SeMUKe 2022_eISBN 9789675492792

e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Dapatan ini bertepatan dengan kajian Nur Farahkhana Mohd Rusli et.al (2021) yang
menyatakan proses fonologi menggantikan suatu fonem dengan fonem lain sama ada
penggantian vokal atau konsonan banyak berlaku kepada penutur pelajar Cina. Hasil
analisis sebutan pada teks syarahan pelajar dalam Syarahan 1 dan Syarahan 2 mendapati
pelajar cenderung menggantikan salah satu suku kata fonem pola vokal [a - i], [u – u], [i
– u], [i – i]. Bagi sebutan [ka.sěh], [cu.kop] dan [ber.fě.kěr] responden melakukan
kesilapan dalam sebutan pola keselarasan vokal. Sebutan kata [ka.sih] menjadi [ka.sěh]
perubahan daripada pola vokal [a – i] kepada [a – ě], kata [cu.kup] menjadi [cu.kop]
perubahan daripada [u – u] kepada [u – o], dan kata [fi.kir] menjadi [fě.kěr] perubahan [i
- i] kepada [ě- ě]. Kesilapan pola keselarasan vokal ini bertepatan dengan pandangan
Awang Sariyan (1995) dalam buku yang bertajuk Mari Berbahasa Baku; Sebutan Baku
dan Ejaan Rumi yang telah menyenaraikan beberapa kesalahan ejaan berkaitan
keselarasan vokal dan kekecualian vokal.

Terdapat juga kesilapan penggantian pada kedua-dua suku kata pada pola
keselarasan vokal seperti sebutan perkataan [ber.un.dur] disebut [be.ron.dor] iaitu
perubahan daripada [u – u] kepada [o – o], sementara perkataan [per.lin.du.ngan] disebut
[per.lon.do.ngan] iaitu perubahan pola vokal [i – u] kepada [o – o], perkataan [ga.gal]
disebut [go.gol] iaitu perubahan daripada [a – a] berubah kepada [o – o] dan perkataan
[ba.dan] disebut [bo.don] iaitu perubahan pola vokal [a - a] kepada [o - o]. Kesilapan
sebutan ini adalah kesan daripada kekeliruan dan kesilapan pelajar bukan penutur natif
Melayu yang seterusnya menjadikan sebutan bahasa Melayu kurang baku dan lemah
sebagaimana yang dijelaskan oleh Chew Fong Peng (2016) dalam kajian beliau terhadap
kemahiran bertutur murid di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sementara itu, terdapat satu kesilapan penggantian fonem konsonan /m/ iaitu pada
perkataan imbuhan awalan [mem-] dalam perkataan [mem.buat.kan] iaitu pelajar
menyebut [men.buat.kan] dengan menggantikan bunyi imbuhan [mem-] menjadi bunyi
[men-]. Kesilapan sebutan imbuhan ini telah dijelaskan dalam kajian Amira Shazreena &
Vijayaletchumy (2019) dengan menyatakan pelajar tidak memahami konsep peluluhan
dan penggantian huruf apabila sesuatu kata dasar digabungkan dengan imbuhan tertentu.

ii) Kesilapan Pengguguran Bunyi Vokal dan Konsonan dalam Perkataan

Terdapat 9 contoh kesilapan pengguguran bunyi dalam kedua-dua teks syarahan. Namun
bagi menganalisis aspek pengguguran bunyi vokal dan konsonan, pengkaji hanya memilih
5 perkataan kata terbitan yang mengandungi kesilapan sebutan vokal atau konsonan.
Menurut Noor Shahirah Mohamad Rodzi et. al (2018), aspek pengguguran bunyi vokal
dan konsonan dijelaskan sebagai proses penghilangan sesuatu bunyi dalam percakapan.
Pelajar bukan penutur natif Melayu mengalami kesukaran dalam menghasilkan suatu
bunyi dan menyebabkan pelajar akan memilih menggugurkan bunyi tersebut.

92


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Jadual 13: Kesilapan Pengguguran Bunyi Vokal dan Konsonan

Syarahan 1: Pengguguran Vokal Syarahan 2: Pengguguran Vokal

atau Konsonan atau Konsonan

1. [me.ga.ta.si] 1. [ke.pen.ti.gan]
2. [me.ga.da.pi] 2. [me.gě.la.kan]
3. [me.gě.lak]
4. [me.ga.ta.kan] 3. [me.nye.le.sa.kan]
5. [me.ga.la.mi]
6. [di.pa.sa]

Jadual 14: Analisis Kesilapan Pengguguran Bunyi Vokal dan Konsonan

Bentuk Ejaan BM Standard Sebutan Pelajar Jenis Pengguguran Fonem
[ me.ga.ta.si] [n] di suku kata ke dua,
1. mengatasinya [me.nga.ta.si] berimbuhan meN-
[meng.a.da.pi]
2. menghadapinya [meng.ha.da.pi] [h] di suku kata ke dua,
[ke.pen.ti.gan] berimbuhan meN-
3. kepentingan [ke.pen.ti.ngan]
[n] di suku kata akhir

4. dipaksa [di.pak.sa] [di.pa.sa] [k] di suku kata ke dua

5. menyelesaikan [me.nye.le.sai.kan] [me.nye.le.sa.kan] [i] di akhir suku kata ke
empat

Berdasarkan jadual di atas, pelajar melakukan kesilapan dalam menggugurkan
sebutan gugusan konsonan pada perkataan imbuhan awalan meN- pada kata [me.nga.ta.si]
disebut dengan bunyi [me.ga.ta.si] dan perkataan [meng.ha.da.pi] menjadi bunyi
[meng.a.da.pi]. Kesilapan sebutan ini selaras dengan kajian Nurul Huda & Nor Hashimah
(2020) yang menyatakan bahawa pelajar keliru dalam memahami sistem morfologi dan
sebutan empat varian imbuhan awalan meN-. Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap
Kim Fat (2002), kesilapan ini sebenarnya berlaku akibat kegagalan pelajar memahami
prinsip sebutan kata terbitan yang berawalan meN- dengan kata dasarnya yang bermula
dengan bunyi vokal yang mesti dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan.
Dalam hal ini, kata dasar perkataan [me.nga.ta.si] ialah [a.ta.si] dan [meng.ha.da.pi] ialah
[ha.dap].

Sementara itu, perkataan [ke.pen.ti.ngan] disebut dengan bunyi [ke.pe.ti.gan] iaitu
menggugurkan konsonan /n/ pada suku kata akhir berimbuhan /-an/. Dalam hal ini, pelajar
melakukan kesilapan sebutan kerana gagal memahami cara pemecahan suku kata ejaan
dan kata dasar perkataan [pen.ting] yang mengandungi bunyi [ng]. Bagi perkataan kata
terbitan [di.pak.sa] telah disebut dengan [di.pa.sa] iaitu menggugurkan bunyi konsonan
/k/. Menurut Lim Hui Woan & Lim Su Hui (2017), kesilapan ini berlaku akibat pengaruh
sistem bahasa ibunda pelajar iaitu pelajar berbangsa Cina yang sudah pasti terpengaruh
dengan sistem fonologi bahasa Mandarin yang mengubah bunyi-bunyi seperti huruf [r, k,
l, h]. Manakala kesilapan pengguguran bunyi vokal terjadi pada perkataan
[me.nye.le.sai.kan] iaitu pelajar menyebut [me.nye.le.sa.kan] iaitu dengan pengguguran
vokal /i/. Hal ini demikian kerana pelajar gagal memahami sistem bunyi geluncuran dan
pemecahan sebutan kata dasar yang mengandungi bunyi diftong [ai] pada suku kata

93


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

perkataan [se.le.sai]. Menurut Jasah Jumazyza Ahmad et al. (2020), pelajar bukan penutur
natif Melayu cenderung untuk meleburkan segmen geluncuran diftong [ai] dan hal ini
berkemungkinan berkait dengan kecelaruan huruf yang melibatkan kemahiran membaca
bahasa Melayu.

iii) Kesilapan Penambahan Bunyi Vokal dan Konsonan dalam Perkataan

Dalam analisis kesilapan penambahan bunyi vokal dan konsonan, pengkaji telah memilih
5 perkataan yang terdiri daripada kata terbitan dan kata dasar.

Jadual 15: Kesilapan Penambahan Bunyi Vokal dan Konsonan

Sampel 1: Penambahan Vokal atau Sampel 2: Penambahan Vokal atau
Konsonan Konsonan

1. [me.nong.tong] 1. [tung.gas]
2. [rang.cang.ngan] 2. [co.ngan]
3. [je.la.se.lah]

Jadual 11: Analisis Kesilapan Penambahan Bunyi Vokal dan Konsonan

Bentuk Ejaan BM Standard Sebutan Pelajar Jenis Penggantian
Fonem
1. menonton [me.non.ton] [me.nong.tong]
[rang.cang.ngan] [g] dan [g]
2. rancangan [ran.ca.ngan] [tung.gas] [g] dan [ng]
[co.ngan]
3. tugas [tu.gas] [je.la.se.lah] [ng]
[n]
4. cogan [co.gan] [e]

5. jelaslah [je.las.lah]

Jadual di atas menggambarkan kesilapan penambahan bunyi yang berlaku iaitu
penambahan bunyi konsonan letupan lelangit lembut [g], konsonan nasal gusi [n] dan
gugusan konsonan [ng] dalam ujaran. Perkataan [me.non.ton], [ran.ca.ngan], [tu.gas] dan
[co.gan] disebut dengan penambahan konsonan [g], [[ng] dan [n] iaitu berubah menjadi
sebutan [me.nong.tong], [rang.cang.ngan], [tung.gas] dan [co.ngan]. Sementara kesilapan
dalam sebutan perkataan [je.las.lah] berlaku apabila pelajar menyebut [je.la.se.lah] iaitu
penambahan vokal /e/ pada suku kata di hadapan partikel /lah/. Situasi penambahan bunyi
konsonan [g], [[ng] dan [n] dan vokal [e] ini dijelaskan oleh kajian Alice Alim (2015)
yang menunjukkan pelajar Cina sememangnya cenderung menambah bunyi konsonan dan
vokal tersebut. Dalam aspek analisis kontrastif, pendedahan kepada sistem pendidikan
awal boleh mempengaruhi penghasilan sebutan bahasa Melayu akibat perbezaan kualiti
dan kuantiti input bahasa yang diterima. Menurut Lim Hui Woan & Lim Su Hui (2017),
kesan penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar dan komunikasi utama di
sekolah mahupun di rumah menyebabkan responden melakukan kesilapan dalam
berbahasa Melayu adalah tinggi kerana pelajar kurang mendapat pendedahan yang holistik
tentang penggunaan bahasa Melayu yang gramatis.

94


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

4. KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa analisis menunjukkan dengan jelas
kesilapan sebutan dilakukan oleh pelajar Sunway University meliputi kategori kesilapan
penggantian, pengguguran dan penambahan vokal dan konsonan dalam aktiviti syarahan.
Kesilapan penggantian sebutan vokal paling banyak dikesan iaitu kelemahan sebutan
pelajar dilihat dalam aspek memahami prinsip keselarasan vokal bahasa Melayu pada pola
vokal [a-i], [u–u], [i–u], [i–i]. Namun terdapat contoh kelemahan ketara dalam sebutan
vokal seperti perkataan [bo.don] dan [go.gol] akibat kelemahan dalam penggunaan bahasa
Melayu. Bentuk kedua kesilapan sebutan pelajar pula adalah kategori pengguguran bunyi
konsonan khususnya pelajar menggugurkan bunyi konsonan [n], [ng] [h] [k] sama ada
dalam kata dasar atau kata terbitan. Kesilapan ini berlaku kerana pelajar lemah dalam
memahami prinsip pemecahan atau pemenggalan suku kata bahasa Melayu. Kesilapan
dalam kategori ketiga ialah penambahan bunyi konsonan iaitu pelajar menambahkan
bunyi konsonan [g], [ng] dan [n] dalam beberapa perkataan tertentu. Dalam hal ini,
pengkaji berpendapat kurangnya pendedahan secara holistik terhadap penggunaan bahasa
Melayu gramatis menyebabkan berlakunya kesilapan dalam sebutan bahasa Melayu.
Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat membantu para pendidik mengenal pasti
masalah pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan merangka strategi
penyelesaian yang tuntas dan berkesan untuk menangani masalah kesilapan bertutur
dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Melayu di institusi pengajian
tinggi.

5. RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. (2002). Bahasa Kebangsaan. Edisi kedua khas untuk
IPTS. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Alice Alim. (2015). Bahasa Melayu sebagai bahasa asing: Kajian kes pelajar China di Universiti
Malaysia Sabah. Jurnal Kajian Pendidikan. 5(2): 157-168.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan
penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan
Tamil berdasarkan teori analisis kesalahan Corder (1973). International Journal of the
Malay World and Civilisation, 7(1), 3-13.

Awang Sariyan. (1995). Mari Berbahasa Baku; Sebutan Baku dan Ejaan Rumi. Kuala Lumpur:
Synergymate Sdn. Bhd.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2),10 – 22.

Ismail Dahaman. (1996). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Jasah Jumayza Ahmad, Syafika Atika Othman & Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2020). Kerumitan
sebutan bunyi vokal dan diftong bahasa Melayu oleh pelajar Arab. Jurnal Melayu, 19(1).

Kementerian Pengajian Tinggi. (2016). Garis panduan Matapelajaran Pengajian Umum (MPU).
Edisi Kedua, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Lim Hui Wuan & Lim Su Hui. (2017). Sebutan bahasa Melayu oleh penutur Cina (ChinMalay)
berdasarkan latar belakang persekolahan. Jurnal Bahasa, 17(2), 334-358.

Noor Shahirah Mohamad Rodzi & Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2018). Kajian fonologi kesalahan
bunyi dalam bahasa kanak-kanak. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13(2): 178 -188.

Nur Farahkhana Mohd Rusli, Nor Zulaiqha Rosli, Norfaizah Abdul Jobar, & Noraazimah Zakaria.
(2021). Kemahiran bertutur bahasa Melayu oleh murid Cina: teori analisis kontrastif. LSP
International Journal, 8(1), 35-55.

95


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Nurul Huda Mohd Saad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Imbuhan meN- dengan kata nama
konkrit unsur alam: analisa teori relevans. GEMA Online Jurnal of Language
Studies,10(3), 67-87.

Pike, K. L. (1947). Phonemics: A technique for reducing languages to writing. Ann Arbor: The
University of Michigan Press.

Robert Lado. (1957). Linguistics Across Cultures: Applied Linguistics for Language Teachers.
Universiti of Michigan Press: Ann Arbor.

Yunus Maris. (1980). The Malay Sound, Penerbit: Fajar Bakti Kuala Lumpur.
Zeckqualine Melai & Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin. (2020). Pengajaran bahasa Melayu

dalam kalangan pelajar asing: analisis pola kesalahan tatabahasa penulisan. Issues in
Language Studies. 9(1), 86-106.

96


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Kesan Banjir Besar di Kelantan 1967 terhadap Kelestarian

Noor Syamimi Ishak1*, Azharudin Muhamed Dali2, Yazilmiwati Yaacob3, Md
Sairolazmi Saparman4 & Nur Izzati Mustamam5

1,3,4,5General Studies Department, Sunway College Kuala Lumpur, Malaysia
2Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Malaysia

Email of corresponding author on: [email protected]

ABSTRAK

Banjir merupakan satu bencana alam yang tidak dapat dielakkan oleh seluruh rakyat Malaysia
setiap tahun. Banjir atau dalam istilah lain disebut bah di Malaysia, dilihat sebagai satu-satunya
bencana alam yang besar yang sering melanda negara ini berpunca daripada air yang naik
mendadak atau bertakung di daratan akibat hujan lebat. Dewasa ini, bencana banjir makin
menjadi-jadi tanpa mengira waktu. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) menyatakan tragedi
banjir sebagai bencana alam ketiga terbesar selain gempa bumi dan letusan gunung berapi yang
telah mengorbankan nyawa dan kemusnahan harta benda. Kekerapan banjir yang berlaku dewasa
ini di Malaysia telah mencetuskan satu suasana yang tidak tenteram dalam kalangan penduduk
yang berisiko, kerana banjir boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kejadiannya semakin
meningkat semenjak tahun 1970-an hingga kini. Umumnya, kita mengetahui banjir lebih sinonim
ketika musim tengkujuh kerana tiupan angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober
hingga Mac telah membawa kadar hujan yang lebat. Kerosakan yang dialami akibat banjir setiap
tahun juga dianggarkan bernilai $100 juta dan kira-kira 29 000 persegi atau 9% daripada jumlah
kawasan tanah di negara ini juga terbabit dalam bencana banjir. Justeru, kajian ini akan melihat
kesan banjir besar yang berlaku di Kelantan pada tahun 1967 terhadap kelestarian ekonomi, sosial
dan alam sekitar.

Kata kunci: banjir besar, kelestarian, ekonomi, sosial, Kelantan

1. PENGENALAN

Istilah kelestarian bererti keaslian atau keadaan yang tidak berubah atau terpelihara seperti
asal (Kamus Dewan). Menurut Abdullah et al. (2012), kelestarian membawa maksud apa
sahaja amalan manusia berkaitan penggunaan sumber secara terancang bagi memastikan
ia sentiasa berkekalan tanpa mendatangkan impak yang buruk kepada manusia dan alam
sekitar. Manakala konsep kelestarian menurut Hasna (2007) adalah suatu proses yang
melibatkan pembangunan semua aspek kehidupan manusia yang mempengaruhi bekalan
makanan yang berzat. Hal ini bermakna menyelesaikan konflik antara matlamat yang
ingin dicapai dan melibatkan secara serentak matlamat kemakmuran ekonomi, kualiti
alam sekitar dan keadilan sosial. Maka kelestarian adalah proses secara berterusan yang
sangat penting dalam mencapai sasaran untuk mengecapi keadaan masa hadapan yang
diingini. Stavins, R. N. et. al. (2002) berpendapat kelestarian adalah idea berkenaan
keadilan dan ekuiti. Kelestarian juga adalah mengenai melestarikan alam dan
perkhidmatan yang berfungsi untuk manusia, sehingga generasi akan datang. Hal ini
mempunyai implikasi kepada sistem sosioekonomi dan hubungan mereka dengan alam
harus dimanfaatkan dan diuruskan dengan baik (Baumgartner, S. et. al. 2008).

97


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Kelestarian alam sekitar merupakan suatu perkara yang harus diberikan perhatian
serius demi kepentingan sejagat. Secara khususnya, kejadian banjir terutamanya banjir
besar perlu diberikan penekanan kerana ia merupakan salah satu penyumbang terbesar
kepada bencana alam. Air merupakan suatu perkara asas yang penting dalam kehidupan
manusia dan alam sekitar. Air boleh wujud dalam pelbagai keadaan sama ada dalam
bentuk cecair, wap atau pepejal. Ironinya, kekurangan dan kelebihan air akan sentiasa
memberi kesan kepada aktiviti seharian. Kekurangan air sama ada akibat musim kemarau
mahupun masalah penyaluran akan mendatangkan masalah khususnya kepada manusia
misalnya sebagai air minuman, kegunaan memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
Kelebihan air atau banjir pula akan mendatangkan masalah kerana ia akan memberi kesan
kepada seluruh kehidupan dan akitviti seharian manusia. Malaysia merupakan sebuah
negara yang kaya dengan sumber air kerana menerima jumlah hujan yang sangat tinggi
setiap tahun iaitu melebihi 2000 milimeter (mm) setahun.

Menurut Nasir Nayan dan et al. (2021), kejadian banjir berlaku berpunca daripada
dua faktor iaitu pengaruh fizikal seperti cuaca dan iklim serta pengaruh manusia seperti
aktiviti pembalakan dan perbandaran. Hujan atau iklim merupakan faktor utama yang
menjadi pendorong kepada berlakunya banjir sama ada dalam skala kecil mahupun besar.
Tiupan angin monsun Timur Laut telah membawa hujan yang lebat ke negeri Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Banjir merupakan satu fenomena biasa yang acap kali melanda
negara Malaysia khususnya negeri-negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan
Terengganu ketika musim tengkujuh. Angin monsun Timur Laut membawa bersama
hujan dan ribut petir hingga menyebabkan banjir berlaku. Umumnya boleh dikatakan di
Malaysia, banjir berlaku setiap tahun dan selalunya ketika hujung tahun. Namun dapat
dilihat pada masa kini, banjir sering kali melanda tanpa mengira waktu. Hal ini bermaksud
kekerapan kejadian banjir juga turut berlaku di bulan-bulan lain.

Pelbagai definisi telah diberikan mengenai fenomena banjir oleh para pengkaji.
Lazimnya, banjir merupakan satu fenomena alam yang sering kali dianggap sebagai
malapetaka alam yang semula jadi. Fenomena ini wujud sebagai perhubungan ekologi
dengan persekitaran yang terpaksa dihadapi oleh manusia. Secara fizikal, banjir mewakili
bencana alam yang paling biasa berlaku sama ada dari banjir kilat yang tidak dapat
diramalkan dan bersifat tempatan kepada banjir yang boleh dijangkakan waktu berlakunya
dan berleluasa seperti yang berlaku di Lembah Nil pada setiap tahun. Mengikut Kamus
Dewan (2010), banjir bermaksud keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan
yang luas. Banjir juga boleh diertikan sebagai aliran air yang banyak yang melimpah
keluar dari tebing sama ada saliran semula jadi mahupun saliran buatan manusia dalam
mana-mana bahagian anak sungai, sungai, kuala, kolam atau empangan serta air larian
permukaan sebelum memasuki saliran (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2008). Di
samping itu, Chan mengklasifikasikan banjir sebagai bencana persekitaran paling serius
baik yang berlaku pada peringkat global, wilayah, nasional mahupun tempatan (Chan,
2010). Beliau juga menyatakan bahawa bermula tahun 1925, banjir akan menjadi lebih
kerap dan rumit di sesetengah kawasan seperti di negeri Kelantan, Selangor dan Kuala
Lumpur (Chan, 1996).

Menurut Ward, banjir dapat ditakrifkan berdasarkan beberapa aspek seperti jenis
banjir dan punca banjir (Ward, 1978). Menurut beliau, terdapat dua jenis banjir iaitu yang
pertama adalah penenggelaman permukaan bumi yang kebiasaannya kering dan kedua
adalah kadar luahan air yang luar biasa dalam alur-alur. Banjir boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis. Bagi kumpulan yang pertama, terdapat empat jenis banjir iaitu banjir kilat

98


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

atau flash flood, banjir tahunan, banjir yang berlaku kerana tempoh hujan terlalu lama dan
peristiwa banjir yang berulang-ulang. Sementara itu, banjir yang bukan berpunca daripada
hujan pula adalah banjir yang berlaku atas faktor air pasang di muara sungai dan banjir
pinggir pantai yang disebabkan oleh kejadian ribut yang kuat. Pelbagai jenis banjir seperti
yang dijelaskan mampu menyumbang kepada kejadian banjir besar. Banjir dalam skala
besar dirujuk sebagai banjir besar atau great flood. Hal ini demikian kerana istilah banjir
besar (great flood) itu merujuk kepada keadaan paras air hujan yang meningkat dengan
perlahan ataupun cepat tetapi proses penyusutannya mengambil masa agak perlahan dan
merangkumi kawasan yang luas. Banjir besar ini juga boleh dikategorikan kepada dua
keadaan. Pertama, keadaan banjir besar yang merangkumi sebuah kawasan yang luas dan
bersifat global seperti banjir besar yang berlaku ketika zaman Nabi Nuh a.s. Selain itu,
terdapat juga banjir besar yang bersifat lokal dan melibatkan sesebuah negara sahaja.
Kategori ini kerap kali berlaku kerana pertambahan air pada sistem saliran yang ada
kerana musim tengkujuh serta faktor-faktor lain.

1.1 Banjir Besar di Kelantan pada tahun 1967

Kejadian banjir di Malaysia adalah begitu sinonim dengan penduduk di kawasan pantai
timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jabatan
Pengaliran dan Saliran di setiap negeri juga telah mengenal pasti kawasan yang kerap
dilanda banjir mengikut intensiti tertentu iaitu teruk (major), sederhana dan minor.
Kekerapan banjir yang berlaku di beberapa negeri antaranya Kelantan juga boleh
dikategorikan sentiasa teruk atau mengalami kerosakan major (Syed Hussain, 2012).
Kedudukan geografi Kelantan yang terdedah kepada tiupan angin monsun dan ketika
musim tengkujuh di samping kawasan yang rendah mengakibatkan Kelantan mudah
dilanda banjir. Berdasarkan rekod Jabatan Parit dan Taliair juga, negeri Kelantan
merupakan antara negeri yang paling kerap dilanda banjir. Namun demikian, dalam
tahun-tahun tertentu, apabila hujan yang turun begitu lebat dan tanpa henti serta diikuti
dengan air pasang besar, maka banjir besar akan melanda. Sebahagian daripada banjir
tersebut dikategorikan sebagai banjir besar. Banjir besar yang setanding dengan
kedahsyatan banjir tahun 1926 ialah banjir besar tahun 1967. Banjir yang melanda ini
merupakan banjir paling buruk dalam tempoh 40 tahun yang berlaku dalam dua siri banjir
iaitu awal bulan Januari dan akhir tahun 1967. Walau bagaimanapun, banjir yang berlaku
pada akhir tahun 1967 hanya episod banjir biasa sahaja dan tidak besar sebagaimana yang
berlaku pada awal bulan Januari 1967. Negeri-negeri Pantai Timur merupakan kawasan
paling teruk ditimpa bencana ini dan telah terputus hubungan terus dengan negeri Pantai
Barat. Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak menyifatkan kejadian ini sebagai
suatu “malapetaka negara” dan “yang buruk sekali dalam sejarah negara ini” (Suara
Malaysia, 1967).

Hujan lebat yang turun sepanjang pantai utara dan timur Kelantan telah membawa
kepada kejadian banjir bermula pada 2 hingga 6 Januari 1967 (Drainage and Irrigation
Department Kelantan, 1967). Di Kelantan, banjir besar telah berlaku pada 5 sehingga 7
Januari 1967 yang menyebabkan hampir seluruh negeri Kelantan telah ditenggelami air.
Hanya kawasan tinggi sahaja yang masih selamat daripada bencana ini. Begitu juga
kejadian banjir yang berlaku di Lembangan Kelantan sehingga menyebabkan kawasan
tersebut diisytiharkan sebagai kawasan darurat. Terdapat sesetengah kawasan dinaiki air
lebih tinggi berbanding bah besar yang berlaku pada tahun 1926. Malahan, semua sungai
utama dan anak sungai Kelantan telah melimpah tebingnya sehingga membanjiri kawasan
lembah. Malangnya, akibat curahan dari Sungai Kelantan, air Sungai Golok telah

99


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

meningkat ke tahap yang luar biasa tingginya sehingga membanjiri seluruh dataran itu.
Limpahan air Sungai Kelantan di kawasan tadahan hujan seperti di Sungai Kemasin,
Sungai Pangkalan Datu dan Sungai Semerak memburukan lagi keadaan ini. Menurut
Sham Sani, jumlah taburan hujan yang turun di Kelantan pada 6 Januari 1967 sangat tinggi
iaitu hampir 48% dan kira-kira 94% taburan hujan yang turun sepanjang tarikh 2 hingga
8 Januari 1967. Anggaran keluasan tanah yang tenggelam adalah lebih dari 2978.4
kilometer persegi (km²) daripada jumlah keseluruhan tanah iaitu 1488.07 km² termasuk
tanah pergunungan di selatan dan barat negeri ini.

Kuala Krai merupakan salah sebuah bandar kecil di Kelantan yang paling tinggi
dinaiki air. Sukatan ini dilakukan berdasarkan penyukat aras air banjir di tangga Bredley.
Contohnya, paras air di tangga Bredley di bandar itu telah meningkat sehingga mencapai
32 meter kedalamannya. Tangga Bredley ini dibina di pinggir sungai Kelantan di Kuala
Krai pada tahun 1926 dan merupakan struktur binaan bagi menyukat paras air Sungai
Kelantan dan terletak di jajahan Kuala Krai. Tangga Bradley ini mempunyai 79 anak
tangga dan memiliki ketinggian kira-kira 31-meter dari tebing sungai. Kegunaan utama
tangga ini adalah sebagai jeti perhubungan bagi penduduk yang menetap di sepanjang
Sungai Dabong, Sungai Pergau, Sungai Galas dan Sungai Lebir untuk menjual hasil
pertanian mereka ke pasar Kuala Krai. Malah, sungai ini juga digunakan sebagai tempat
kawalan atau bacaan aras air Sungai Kelantan semasa musim tengkujuh. Pembinaan
tangga ini telah memberikan kebaikan kepada masyarakat negeri Kelantan terutamanya
bagi mereka yang tinggal di pinggir sungai dan tanah rendah di sepanjang sungai
Kelantan. Hal ini demikan kerana mereka dapat bersiap sedia dan berhati-hati bagi
menghadapi musim tengkujuh yang melanda.

Banjir besar yang melanda pada tahun 1967 telah meyebabkan negeri Kelantan
diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada 5 Januari 1967 sebagai darurat atau berada dalam
“kecemasan” kerana terputus hubungan dengan pihak luar. Paras air Sungai Kelantan di
Tangga Krai dan Jambatan Diraja telah melepasi paras bahaya iaitu setinggi 33.61-meter
dan 6.22 meter (Akhir and Azman, 2018). Sedangkan aras bahaya bagi Tangga Krai ialah
25 meter dan di Jambatan Diraja, 5 meter. Hal ini menunjukkan paras ketinggian air di
tangga dan jambatan tersebut di paras yang membimbangkan. Selain Kuala Krai, banjir
turut melanda Pasir Puteh, Kota Bharu dan Gua Musang dan tidak surut hingga beberapa
minggu. Sehingga 6 Januari 1967, seramai 3000 orang penduduk telah diselamatkan dari
kawasan Ulu Kelantan, Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu dan sebanyak 700 orang
pesakit dipindahkan dari Hospital Kota Bharu ke kawasan lebih selamat.

Banjir besar yang melanda ini telah menyebabkan jalan-jalan di bandar Kota Bharu
mengalami kerosakan. Antaranya ialah jalan daripada Kota Bharu/-Pengkalan Chepa serta
lapangan terbang telah dinaiki air sehingga menyebabkan perkhidmatan kapal terbang di
Lapangan Terbang Kota Bharu terpaksa dibatalkan (PEN (KN) 69/67). Susulan itu, Majlis
Bandaraya Kota Bharu telah menyediakan dua buah lori untuk mengangkat batu-batu
kuari daripada Bukit Buloh untuk digunakan dalam membaiki jalan-jalan yang rosak
akibat banjir besar tersebut (Majlis Bandaran Kota, 1967). Laluan dari Kota Bharu ke
Pantai Cinta Berahi juga telah ditutup kepada semua kenderaan. Sebanyak 222 pusat
pemindahan bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir telah didaftarkan oleh Pejabat-
pejabat Jajahan. Pada awalnya, pembukaan sekolah-sekolah di Kelantan ditetapkan pada
8 Januari 1967 dan tarikh tersebut dilanjutkan sehingga 15 Januari sahaja kerana cuti Hari
Raya Aidilfitri. Namun begitu, tarikh pembukaan sekolah-sekolah ini telah dilanjutkan
lagi sehingga 23 Januari 1967 akibat banjir besar yang melanda (Majalah Kelantan, 1967).

100


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Pada 11 Januari 1967, paras air di Tangga Bradley telah naik mencecah sehingga
21 meter (The Malay Mail, 1967). Setelah beberapa hari hujan turun, paras air Sungai
Kelantan mulai surut pada 14 Januari 1967 (Eastern Sun, 1967). Di Dabong, paras air
Sungai Galas telah mencecah sehingga 44.51 meter manakala di Jeti Kastam Kota Bharu,
paras air Sungai Kelantan telah naik sehingga 6.22 meter. Walaupun banjir mula
menunjukkan tanda-tanda berkurangan, terdapat kawasan-kawasan rendah di bandar Kota
Bharu yang masih ditenggelami air dan penduduk-penduduk sekitar tersebut diarahkan
berpindah ke pusat pemindahan. Banjir yang berlaku pada tahun ini juga dikatakan hampir
sama dahsyatnya dengan banjir pada tahun 1926. Dalam keadaan tersebut, air naik dengan
begitu pantas sehingga menyebabkan amaran ancaman banjir tidak sempat dikeluarkan di
sesetengah kawasan penduduk. Mereka juga tidak sempat memindahkan barang-barang
keperluan ke tempat yang lebih selamat. Maklumat mengenai keadaan banjir dilaporkan
secara berterusan oleh perkhidmatan Radio Malaysia yang menjadi antara sumber
penyampai maklumat yang penting (Berita Harian, 1967). Musibah ini juga telah
membawa kepada pembentukan satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan
bagi memeriksa punca, paras banjir dan jumlah kerosakan yang ditanggung. Selain itu,
jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada pihak
kerajaan berkaitan langkah-langkah yang harus dipandang serius supaya kejadian banjir
yang serupa dapat dielakkan dan tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Bagi proses
penyelamatan, Kerajaan Pusat telah mengirimkan sebanyak 54 buah motorbot penyelamat
dan 40 buah peti mengandungi pakaian diterbangkan ke Pantai Timur dengan
menggunakan kapal terbang.

Walau bagaimanapun, banjir yang mulai surut di bahagian-bahagian lain dalam
negeri ini telah naik semula. Jika paras air di Tangga Bradley di Kuala Krai sebelum ini
ialah 20 meter, hujan yang turun selama dua hari telah mengakibatkan paras air mencecah
23 meter. Pada kemuncak banjir, paras air di tangga tersebut pernah mencapai sehingga
32 meter mengatasi paras berbahaya iaitu 26 meter (Berita Harian, 1967). Pengerusi
Gerakan Banjir Negeri Kelantan, Dato Abdullah bin Haji Mahmood menyifatkan keadaan
banjir tidak begitu baik kerana keadaannya yang sekejap surut dan kemudian kembali
naik semula. Tunku Abdul Rahman telah tiba di Kelantan untuk melawat kawasan-
kawasan yang diancam banjir selama dua hari. Ketibaan Tunku dengan helikopter telah
disambut oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Dato Mohamed Asri bin Haji Muda. Beliau
kemudian segera ke Bilik Gerakan Banjir Daerah Pasir Putih bagi mendengar penerangan
daripada Pegawai Daerah, Encik Ariffin bin Abdul Ghani mengenai keadaan mangsa
banjir dan bantuan yang hendak disalurkan kepada mereka yang terlibat dengan banjir.
Justeru, kajian ini akan memfokuskan kesan banjir besar terhadap kelestarian ekonomi,
alam sekitar dan juga sosial.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti kesan banjir besar terhadap kelestarian alam sosial, ekonomi dan alam
sekitar

101


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

3. METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian sejarah yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Dari
sudut analisis, kajian ini melihat kesan sosial yang timbul ekoran kejadian banjir besar
yang melanda negeri Kelantan pada tahun 1967. Maka dalam menyiapkan kajian ini,
penyelidikan perpustakaan dan arkib diguna pakai dengan sebaik-baiknya bagi
memperolehi pelbagai sumber-, terutamanya sumber pertama dan kedua. Penyelidikan
dilakukan melibatkan lokasi-lokasi Arkib Malaysia Kuala Lumpur, Arkib Cawangan
Kelantan, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Pengkaji
menggunakan sumber-sumber primer seperti fail kerajaan, minit mesyuarat, surat-surat
persendirian dan laporan tahunan. Antara fail-fail kerajaan yang diguna pakai bagi
mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai episod banjir besar di negeri Kelantan
seperti Fail Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK. KEL.). Di samping itu, kajian ini turut
memberi perhatian terhadap bahan-bahan sekunder seperti buku, artikel, jurnal dan kertas
persidangan. Akhbar juga merupakan sumber penting untuk melihat kesan banjir terhadap
kelestarian alam sekitar, ekonomi dan juga sosial.

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Kesan Banjir Besar dari Aspek Kelestarian Ekonomi

Menurut akhbar Harian Metro bertarikh 6 Januari 2015, kira-kira 537 000 atau 84%
penduduk Kelantan terjejas setelah banjir besar ini melanda sehingga terpaksa
diisytiharkan sebagai kawasan darurat. Menurut Tunku Abdul Rahman pula, jumlah
kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negeri Kelantan bernilai lebih daripada RM30 juta
iaitu bersamaan dua tahun bajet untuk kerajaan Kelantan. Dilaporkan, ratusan penghuni
rumah rakit di sepanjang Sungai Kelantan terpaksa berhadapan situasi cemas apabila arus
deras, ribut dan angin kencang melanda. Banjir ini juga memberi kesan yang besar
terhadap penduduk negeri Kelantan dengan hampir 70% kampung di negeri tersebut
terjejas.

Ternyata kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun 1967 telah memberi impak
yang begitu besar dari aspek kemusnahan sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Berdasarkan kerosakan yang berlaku pada tahun 1967 di Semenanjung Malaysia, kos
kerugiannya berjumlah lebih daripada RM44 juta termasuklah kerosakan harta alih yang
bernilai RM5.7 juta, RM2.4 juta kerugian akibat kerosakan tanaman dan tanah, RM1.2 juta
kos bagi kerosakan struktur serta RM2.5 juta kerugian kerana gangguan terhadap aktiviti
ekonomi. Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM30 juta anggaran kerugian yang terpaksa
ditanggung oleh kerajaan negeri Kelantan dan melibatkan seramai 500 000 mangsa (Berita
Harian, 1967).

4. 2 Kesan Banjir Besar dari Aspek Kelestarian Sosial

Banjir yang dipercayai berpunca daripada hujan yang turun tanpa henti dan berpanjangan
pada tahun 1967 ini juga telah merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara iaitu Masjid
Kampung Laut. Didapati serambi serta beberapa bahagian masjid tersebut termasuklah
tiangnya telah dihanyutkan oleh air banjir ke sungai. Di samping itu, sekurang-kurangnya
20 batang jalan telah rosak pada tahun 1967 dan dianggarkan jumlah perbelanjaan yang

102


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

perlu ditanggung bagi kos membaikinya adalah sebanyak RM1.4 juta. Banyak jalan raya
terpaksa ditutup berikutan paras air yang tinggi dan berisiko kepada kenderaan ringan
seperti jalan Kota Bharu-Bachok di Tangak dengan ketinggian paras air antara 2 hingga
6 kaki, jalan di Pokok Machang dan Kubang Menarong dengan masing-masing
berketinggian 1 kaki 8 inci dan 6 kaki. Kebanyakan jalan-jalan di kampung juga telah
rosak teruk akibat banjir ini. Jalan di Kampung Lahat Yoci juga terpaksa ditutup untuk
semua laluan kerana ditenggelami air sedalam 4 kaki.

Selain itu, banjir besar yang melanda ini turut memberi impak yang besar
kepada perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu ketika itu kerana terpaksa menanggung
kerugian besar iaitu sebanyak RM15.39 juta (Kereta Api Tanah Melayu, 1967). Jumlah
kerugian ini turut termasuk penurunan jumlah penumpang bagi tempoh tersebut iaitu
sebanyak 10.07% daripada 5,904 695 orang pada 1966 menurun menjadi 5,310 251
orang pada 1967. Bahkan jumlah kutipan keuntungan bagi tahun tersebut juga telah
berkurangan sebanyak RM1,077 953 daripada RM19,346 523 kepada RM18,268 570.
Banjir besar ini juga menyebabkan kerosakan harta benda kereta api seperti landasan
dan kelengkapannya. Antaranya di Yad Palekbang, Landasan Palekbang-Tumpat, Yad
Pasir Mas, Landasan Chawang Sungai Golok, Landasan Bukit Panau-To’ Uban,
Landasan Krai Temangan, Landasan Kemubu-Debong termasuk stesen-stesen
Kemubu dan Dabong, Yad, shed loko dan rumah-rumah kereta api di Krai.
Berdasarkan laporan, lebih kurang RM1 juta diperlukan untuk proses pembaik pulihan
kerosakan-kerosakan yang dialami berserta kos bayaran bantuan (KP/KA/112).

Bukan itu sahaja, banjir besar ini juga telah menenggelamkan ibu sawat
telekom di Kota Bharu dan sebanyak 1500 buah telefon awam telah rosak ditenggelami
air sehingga menyebabkan perhubungan di antara bandar itu dengan ibu negara
dihubungkan melalui penyelenggaraan radio. Kerja-kerja membaik pulih juga
mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga memakan masa dua atau tiga minggu.
Banjir besar yang melanda pada tahun 1967 telah menyebabkan sistem wayarles
lumpuh dan perkara ini telah memberi satu pengajaran kepada pihak kerajaan. Oleh
yang demikian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memerintahkan supaya alat-
alat perhubungan itu ditempatkan di kawasan lebih tinggi misalnya di tempat khas
seperti bumbung bangunan polis agar perhubungan tidak terganggu apabila banjir
melanda (Berita Harian, 1967).

Kesan kelestarian sosial juga dapat dilihat dari aspek kesihatan melalui
penyebaran penyakit yang dikaitkan dengan banjir besar. Peningkatan aras jangkitan
penyakit boleh berlaku dalam banyak keadaan selepas banjir dan ia memberikan kesan
kepada mental selepas beberapa bulan kejadian banjir berlaku. Banjir besar yang
berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan penduduk, malah perkhidmatan
kesihatan juga tidak dapat berjalan lancar. Bagi kawasan klinik dan pusat kesihatan
yang ditenggelami banjir, perkhidmatan kesihatan tidak dapat dilaksanakan kerana
kesemua kelengkapan dan peralatan ditenggelami air banjir sementara hospital dan
pusat kesihatan yang tidak ditenggelami air pula dipenuhi dengan mangsa-mangsa
banjir yang ingin mendapatkan rawatan. Sebagai contoh, pekerjaan dan operasi di
Hospital Besar Kota Bharu terganggu ekoran bekalan elektrik yang terputus. Ketiadaan
bekalan eletrik telah mengganggu segala operasi di hospital (Berita Harian, 1967).
Sehubungan itu, Bilik Gerakan Negara telah menghantar sebuah generator ke Hospital
Besar Kota Bharu melalui Angkatan Udara Diraja Malaysia bagi memulihkan masalah
terputusnya tenaga elektrik di samping bantuan-bantuan lain. Di samping itu, banjir
besar yang berlaku juga boleh membawa kematian kepada mangsa banjir. Malah
berdasarkan satu kajian, dinyatakan bahawa banjir merupakan bencana semula jadi

103


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

yang menyumbang kepada kematian sebanyak 40% hingga 50% berbanding bencana-

bencana semula jadi lain di negara ini (Khalid, 2015). Jumlah kematian mangsa banjir

pada tahun 1967 di Kelantan adalah seramai 39 orang.

4. 3 Kesan Banjir Besar dari Aspek Kelestarian Alam Sekitar

Bukan sahaja memberi impak terhadap kelestarian ekonomi dan sosial, banjir besar yang
berlaku juga turut mendatangkan ancaman terhadap alam sekitar. Di Malaysia, iklim
khatulistiwa yang lembap menghasilkan hujan lebat dengan keamatan tinggi dan
kebiasaannya lebih daripada seratus milimeter dalam satu jam sehingga menyebabkan
hakisan tanah. Hakisan tanah yang berlaku ini seterusnya akan dibawa bersama larian air
dan memasuki sungai. Tanah yang dibawa ini akan menyebabkan sungai menjadi cetek
dan air sungai berubah menjadi warna kekuningan atau jingga.

Banjir besar ini turut membawa sebahagian besar sampah sarap, pokok, kayu,
kotoran dan sebagainya ke dalam sungai dan kawasan persekitaran. Secara tidak langsung,
ia telah menyebabkan keadaan air sungai persekitaran sekeliling menjadi kotor, berbau
dan mencemari sumber air bersih (Silalahi dan Harahap, 2021). Sungai Kelantan
merupakan salah satu lembangan yang kerap mengalami banjir dengan paras air yang
tinggi. Akibat banjir besar yang berlaku telah menyebabkan lembangan Kelantan
mengalami kemusnahan yang tinggi berbanding lembangan lain di Malaysia (Syed
Hussain, 2010) sehingga diisytiharkan sebagai kawasan darurat. Selain itu, tanah runtuh
yang berlaku di Batu Abu dan Manek Urai di daerah Ulu Kelantan menyebabkan
perkhidmatan kereta api barang ke Pantai Timur terpaksa dibatalkan kerana hanya boleh
dilalui sehingga ke Kuala Lipis sahaja (Berita Harian, 1967). Tanah runtuh yang berlaku
juga telah menyebabkan laluan kereta api di Kuala Krai turut diberhentikan. Tanah runtuh
yang berlaku ini telah memberi kesan terhadap kelestarian alam sekitar di negeri Kelantan
khususnya yang berpunca dari kejadian banjir besar.

5. KESIMPULAN

Jelas dapat dilihat, isu banjir merupakan satu isu besar yang melanda negeri di Malaysia
terutama di negeri Pantai Timur seperti Kelantan. Perbincangan mengenai banjir
membuktikan bahawa masyarakat Semenanjung Malaysia sebenarnya telah lama terdedah
kepada bencana banjir khususnya bagi mereka yang menetap di sekitar dataran banjir yang
mudah dibanjiri air termasuklah banjir besar. Secara tradisi, orang Melayu percaya
bahawa banjir mempunyai dua jenis iaitu banjir jantan dan banjir betina. Menurut tradisi
ini, banjir jantan tidak sedahsyat banjir betina. Hal ini bermakna, banjir jantan merupakan
banjir biasa yang cepat surut sementara banjir betina pula merujuk kepada banjir besar.
Malah dalam tradisi ini juga, banjir sering kali dikaitkan dengan naga atau ular besar.
Meskipun tradisi sebegini pasti tidak bersifat saintifik serta di luar jangkauan pemikiran
biasa, namun ia merupakan kaedah atau cara manusia ketika itu mencari jawapan terhadap
perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Banjir yang melanda pada tahun 1967 juga
tidak kurang hebatnya. Kejadian banjir besar merupakan suatu bencana alam yang banyak
meninggalkan impak dan kesan besar kepada penduduk setempat terutamanya kepada
mangsa-mangsa yang terlibat. Selain memusnahkan harta benda, hasil tanaman dan
sebagainya, implikasi yang serius disumbangkan oleh banjir besar ini adalah ancaman
kesihatan dan kematian. Terdapat pelbagai penyakit bawaan air banjir yang boleh

104


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

mengundang masalah kepada kesihatan manusia. Bukan itu sahaja, banjir besar juga
menyebabkan kemusnahan yang perlu ditanggung oleh mangsa banjir. Banjir besar ini
bukan hanya melibatkan satu kawasan, malah turut melibatkan negeri, daerah, mukim dan
kampung. Rumah-rumah telah dihanyutkan oleh arus banjir yang deras malah binatang-
binatang ternakan seperti kambing, lembu dan ayam turut dibawa bersama.

6. RUJUKAN

A. Volker, Malaysia: Flood Control (West Malaysia) 10-24 March 1971, Serial No. 2388/RMO.
RD/SCE, Paris, May 1971, PKR(N2TM) (Pejabat Kerja Raya, Negeri-negeri Tanah
Melayu) W 6/635 Vol. I.

Akhir, N. M., & Azman, A. (2018). Daya tahan mangsa banjir di Kelantan. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Abdullah, M. A., Ali, N., Besar, J. A., Rose, R. A. C., Zamhari, S. K., & Sahdan, Z. F. (2012).
Pengetahuan dan amalan kelestarian alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Sepang,
Selangor. Akademika, 82 (3).

Baharuddin, K. A., Wahab, S. F. A., Ab Rahman, N. H. N., Mohamad, N. A. N., Kamauzaman,
T. H. T., Noh, A. Y. M., & Majod, M. R. A. (2015). The record-setting flood of 2014 in
Kelantan: challenges and recommendations from an emergency medicine perspective and
why the medical campus stood dry. The Malaysian journal of medical sciences:
MJMS, 22(2), 1.

Berita Harian, 10 Januari 1967.
Berita Harian, 11 Januari 1967.
Berita Harian, 7 Februari 1967.
Chan, N. W., & Parker, D. J. (1996). Response to dynamic flood hazard factors in peninsular

Malaysia. Geographical Journal.
Drainage and Irrigation Department Kelantan, Flood Report January 1967.
Eastern Sun, 14 January 1967.
Flood Control. Rujuk Report of the Technical Sub-Committee for Flood Control (January 1968)
Harian Metro, 6 Januari 2015
Hasna, A. M. (2007). Dimensions of Sustainability. Journal of Engineering for Sustainable

Development: Energy, Environment, and Health 2 (1).
Ishak, N. S., Dali, A. M., & Razak, M. R. A. (2014). Sejarah Banjir Besar di Semenanjung

Malaysia, 1926-–1971. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6(3).
Kamarul Aryffin Baharuddin (2015) “The Record Setting Flood of 2014 in Kelantan: Challenges

and Recommendations from an Emergency Medicine Perspective and Why the Medical
Campus Stood Dry”, Malays Journal Medical Science, Vol. 22, No 2.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalid, M. S., Mustaffa, C. S., Marzuki, M. N., Sakdan, M. F. A., Sipon, S., Ariffin, M. T., &
Shafiai, S. (2015). Failure to react positively to flood early warning systems: Lessons
learned by flood victims from flash flood disasters: The Malaysia experience. International
Scholarly and Scientific Research & Innovation, 9(5).
KP/KA/112. Losses of Railway Property.
Majalah Kelantan, Jilid II, Bil. 1-2, 20 Ramadhan-4 Syawal 1386/1-15 Januari 1967.
Monograf Perancangan Bandar dan Desa: Geo-Bencana Dalam Perancangan Guna Tanah (2008),
Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Nayan, N., Koh, L.S., Hashim, M., (2021). Kualiti dan Pengurusan: Bekalan Air Semasa Banjir di
Malaysia, Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.
PEN (KN) 69/67). Banjir.
Penyata Tahunan Pentadbiran Kereta api Tanah Melayu bagi 1967.
Penyata Tiga Tahun, Bahagian Parit dan Taliair, Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama
Malaysia, 1967-1969, Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan, Disember 1970.
Penyata Kemajuan dan Perkhidmatan Majlis Bandaran Kota Bharu 1967.

105


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Rahman, H.A., Suppian, R., Wahab, W.N.A.W.A., (2017). Banjir: Risiko Kesihatan dan
Pengurusannya, Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.

Ward R. (1978). Floods: A Geographical Perspective, London: The MacMillan Press Ltd.
Sani S., (1973). The 1967 Flood in Kelantan, West Malaysia, Akademika, No.3.
Silalahi, B. & Harahap, M.E. (2021). Penyebab Potensi Banjir di Daerah Aliran Sungai Deli Kota

Medan, Penerbit Adab.
Stavins, R. N., Wagner, A. F., & Wagner, G. (2003). Interpreting sustainability in economic terms:

dynamic efficiency plus intergenerational equity. Economics Letters, 79(3).
Syed Hussain, T. P. R. (2010). Risiko dan cabaran penduduk dalam dataran banjir di Lembangan

Saliran Kelantan.
Syed Hussain, T. P. R., Ismail, H., & Mohamed, B. (2012). Kesediaan dalaman dan luaran

masyarakat serta kerajaan dalam menghadapi bencana banjir.
Syed Hussain, T. P. R., Md Nor, A. R., & Ismail, H. (2014). The Level of Satisfaction towards

Flood Management System in Kelantan, Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences &
Humanities, 22(1).
Suara Malaysia, Jil.3, Bil. 2, 12 Januari 1967
The Great Flood of 1967 in Malaysia: The Story of The Malaysian Red Cross Soceity in Action,
National Headquaters, Malaysian Red Cross Society.
The Malay Mail, 11 January 1967.
The Malay Mail, 7 January 1927.
The Sunday Mail, 15 January 1967.

106


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Persepsi Pelajar terhadap Implementasi Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban

Noor Syazwani Ishak1*, Yazilmiwati Yaacob1, Mohamad Safwan Mohd A’seri1,
Ismail Ibrahim 1

1General Studies Department, Sunway College Kuala Lumpur, Malaysia
Email of corresponding author on: [email protected]

ABSTRAK

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan kursus teras universiti yang wajib diambil
oleh pelajar. Kursus ini ialah kursus yang menggantikan kursus Hubungan Etnik dan ditawarkan
kepada pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban di Sunway
University dan Sunway College Kuala Lumpur bagi sesi pengajian 2022. Seramai 178 orang
pelajar telah menjawab soal selidik yang dikongsi oleh pensyarah melalui laman WhatsApp dan
Telegram. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan
Penghayatan Etika dan Peradaban, persepsi pelajar tentang nilai patriostisme melalui kursus ini
serta mengenal pasti nilai-nilai pembangunan diri yang diperoleh pelajar melalui kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati skor min
bagi ketiga-tiga item yang dikaji adalah tinggi. Sebagai contoh, persepsi pelajar terhadap
kandungan kursus adalah sebanyak (min = 3.70), aspek semangat patriostisme (min = 3.81) dan
aspek pembangunan diri (min = 3.81). Implikasi kajian ini boleh digunakan sebagai input awal
dan membuka ruang kepada pensyarah, khususnya yang mengajar subjek Mata Pelajaran Umum
untuk penambahbaikan pada masa hadapan. Kajian lanjut dan berkala perlu diteruskan bagi
menilai impak pelaksaan kursus teras ini memandangkan ia baru sahaja dilaksanakan di Institusi
Pengajian Tinggi Swasta bermula pada awal Januari tahun 2022.

Kata kunci: Penghayatan Etika dan Peradaban, Kandungan Kursus, Persepsi, Patriotisme,
Pembangunan Diri

1. PENGENALAN

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP) ialah salah satu subjek Mata Pelajaran Pengajian
Umum (MPU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bermula sesi
2019/2020 (Berita Harian, 25 September 2019), manakala di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
kursus ini mula ditawarkan buat kali pertamanya bermula kohort Januari 2022. Pengenalan kursus
ini selari dengan hala tuju sistem pendidikan negara iaitu pendidikan berteraskan nilai-nilai murni.
Kursus ini sebagai satu usaha untuk melahirkan anak muda mengikut aspirasi negara. Kursus ini
juga mengajar dan mempersiapkan pelajar untuk menghayati kehidupan sosial yang beretika dan
berperadaban dalam keadaan kepelbagaian etnik di Malaysia. Pengajaran kursus ini memfokuskan
penghayatan etika dan peradaban berdasarkan acuan Malaysia.

Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam,
kebiasaan dan budi pekerti (Mustaffa et al., 2020). Etika perlakuan itu dapat menunjukkan sikap
atau keperibadian seseorang sama ada baik, buruk, sopan atau biadap terhadap orang lain (Razak
& Rashid, 2021). Etika bermaksud sebagai satu perlakuan manusia yang menggambarkan tingkah
laku atau perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka sama ada berbentuk positif mahupun
negatif.

107


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Terminologi peradaban atau tamadun telah dikupas oleh para sarjana mengikut pandangan
masing-masing dan terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk mentakrifkannya. Menurut
bahasa Arab, peradaban berasal daripada perkataan maddana yang merujuk kepada perbuatan
membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi perkerti. Manakala peradaban
dalam istilah Tamil dan Cina pula, kedua-duanya membawa maksud yang hampir serupa iaitu
tingkah laku yang baik (Sulaiman & Sulaiman, 2011). Dalam bahasa Inggeris pula, istilah
Civilizations diguna secara meluas untuk merujuk kepada peradaban yang bermaksud
memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan dan menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat.

Penghayatan Etika dan Peradaban yang menjadi satu kursus wajib di institusi pengajian
tinggi bermatlamat untuk memperkenalkan dan menerapkan nilai positif kepada para pelajar.
Subjek ini dapat melahirkan masyarakat yang dapat berfikir secara kritis, holistik dan
berpandangan jauh serta berakhlak memandangkan etika dan nilai-nilai murni milik generasi muda
semakin terhakis selaras dengan perkembangan teknologi kini (Berita Harian, 14 Januari 2015).

Pengenalan kursus ini penting dalam membantu pelajar memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai yang terdapat dalam etika dan peradaban yang akhirnya mewujudkan
masyarakat yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Dalam kursus ini, pelajar dapat mendalami
konsep etika dan peradaban dalam konteks penghayatannya mengikut acuan Malaysia,
menganalisis sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan merentas etnik serta
menilai isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada
perspektif etika dan peradaban (Silibus MPU 2153/3183 Penghayatan Etika dan Peradaban
Sunway College, 2021).

Menurut Esa et. al (2021), isi kandungan kursus PEP mempunyai keistimewaan tersendiri
jika dilihat daripada objektif pengajaran dan pembelajarannya. Antara objektif kursus ini adalah
membincangkan konsep etika dan isu-isu kontemporari daripada perspektif peradaban yang
berbeza, membandingkan sistem, tahap perkembangan kemajuan sosial dan kebudayaan merentas
bangsa serta menganalisis cabaran kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya
teknologi dan alam sekitar dari perspektif etika dan peradaban. Jelasnya, kursus ini merentasi
disiplin sejarah dan sosiologi dan mengetengahkan sifat multidisiplin. Malah, kursus ini turut
melibatkan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) yang perlu dipraktikkan dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya dapat memperteguh pemikiran yang krtitikal dan
analitikal dalam kalangan pelajar. Dapatan ini dipersetujui oleh kajian Razak et. al, (2022) yang
menyatakan isi kandungan kursus PEP dan Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dapat memberi
kefahaman yang baik kepada pelajar serta membantu mereka menghadapi situasi dan cabaran
kehidupan seharian.

Memandangkan kursus PEP masih baru, kajian mengenai keberkesanan kursus ini belum
banyak dilakukan khususnya dari perspektif menyemai semangat patriotisme dalam kalangan
pelajar. Walau bagaimanapun, pemerkasaan kursus-kursus lain banyak dilakukan dalam aspek ini
seperti yang dinyatakan oleh (Hamzah et. al, 2020) semangat patriotisme telah dapat dipupuk
dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Pengajian Malaysia di Politeknik Balik Pulau
Pinang. Pelajar menunjukkan sikap yang positif untuk melibatkan diri dalam aktiviti bermotifkan
patriotisme.

Selain itu, pensyarah dan kursus Pengajian Malaysia itu sendiri memainkan peranan dalam
menerapkan nilai patriotisme dalam diri pelajar. Samidi & Kusuma (2020) pula menyatakan
bahawa Pendidikan Kewarganegaraan mempunyai peranan yang signifikan dalam menentang
pentadbiran berbentuk pluralisme dalam usaha menyatupadukan warganegara dengan semangat
patriotik. Pendidikan Kewarganegaraan menjadi satu alat sosialis, membentuk rakyat yang taat
setia dan berwibawa dan pentingnya menanamkan nilai-nilai patriotisme supaya rakyat
mempunyai identiti nasional dalam diri mereka. Menurut Suhaibo (2007), pembelajaran subjek
Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu melalui alat

108


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

bahan bantu yang disediakan oleh pihak kementerian, sekolah serta bimbingan guru-guru Sejarah.
Alat bantu seperti buku teks yang dijadikan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas dilihat sangat
membantu memupuk semangat patriotism dalam diri pelajar.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Pa’ad et al., (2020) mendapati, pembangunan diri
pelajar dapat dibangunkan melalui pendekatan motivasi agama. Pendekatan ini dilihat sangat
komprehensif dan integratif kerana mempunyai elemen psikologi dan agama. Tambahan pula, ia
dilihat sangat relevan dengan keadaan dan keperluan psikologi remaja kerana menitikberatkan
aspek pengurusan emosi dan permikiran serta konsistensi amal. Selain itu, kajian oleh Nasozaro
(2019) mendapati Pendidikan Kewarganegaraan merupakan satu wahana penting dalam
pembinaan dan pembangunan diri masyarakat Indonesia yang baik, cerdas, berketerampilan, serta
menunjukkan taat setia kepada bangsa dan negara Indonesia. Beliau menyatakan pendidikan ini
sangat penting untuk membangunkan semula nilai-nilai keperibadian yang berlandaskan Pancasila
dan Undang-Undang Dasar (UUD) 1945. Manakala Othman & Suhid (2010) pula berpandangan
bahawa guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan diri pelajar.
Kepelbagaian jenis dan budaya yang wujud di sekolah telah mencorakkan diri pelajar sama ada
positif mahupun negatif. Guru merupakan satu figura penting dalam menerapkan nilai dan moral
terhadap diri pelajar melalui pelbagai mata pelajaran yang diajar, pengalaman mengajar serta
personaliti guru tersebut yang akhirnya akan mewujudkan kesan positif dalam pembangunan diri
pelajar.

Justeru, berdasarkan pandangan dan kajian di atas, terdapat tiga persoalan bagi kajian ini iaitu:

1. Sejauh manakah tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan kursus Penghayatan Etika
dan Peradaban?

2. Apakah hubung kait antara semangat patriotisme dan kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban?

3. Apakah nilai-nilai pembangunan diri yang diperoleh pelajar melalui kursus penghayatan
etika dan peradaban?

Berdasarkan persoalan kajian, objektif kajian adalah sebagaimana berikut:

1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kandungan kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban

2. Mengetahui persepsi pelajar terhadap aspek patriotisme yang diperoleh daripada kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban

3. Mengetahui persepsi pelajar terhadap aspek pembangunan diri yang diperoleh daripada
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban.

2. METODOLOGI KAJIAN

Bagi mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan, kajian ini menggunakan kajian
kuantitatif yang menganalisis data secara deskriptif bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP). Data diperoleh daripada borang soal selidik yang
diedarkan kepada pelajar diploma dan ijazah sarjana muda yang mengikuti kursus MPU 3183 dan
MPU 2153 (Penghayatan Etika dan Peradaban) di Sunway College dan Sunway University bagi
sesi April hingga Julai 2022. Soal selidik berkaitan dengan silibus PEP dibina dengan merujuk
buku Penghayatan Etika dan Peradaban (Razak, A.A. et al., 2021).

Manakala soalan soal selidik yang diadaptasi daripada Saad (2021) memfokuskan aspek
patriotisme dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban serta pembangunan insan yang
diperoleh daripada kursus ini. Soalan soal selidik mengandungi tiga bahagian yang dibina
berdasarkan fokus kajian untuk meninjau sejauh mana penerimaan pelajar terhadap pelaksanaan
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Keseluruhan item bagi mewakili setiap konstruk yang

109


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

dikaji mengandungi 10 soalan. Soal selidik ini menggunakan Google Form dan diedarkan kepada
pelajar melalui Telegram dan eLearn.

Seramai 178 orang pelajar menjawab soal selidik ini dan mereka dipilih secara rawak.
Instrumen kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian A: Maklumat responden,
Bahagian B: Persepsi pelajar terhadap kandungan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban,
Bahagian C: Hubungan antara kursus dan semangat patriotisme pelajar serta Bahagian D: Nilai-
nilai pembangunan diri dalam diri pelajar. Analisis peratus dilakukan terhadap soalan-soalan bagi
bahagian B, C dan D serta analisis min dilakukan ke atas soalan berdasarkan ukuran Skala Likert
iaitu (1) sangat tidak bersetuju, (2) tidak bersetuju, (3) neutral, (4) setuju dan (5) sangat setuju.

Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban yang melibatkan kaedah analisis skor min bagi menjawab
persoalan kajian. Analisis skala jawapan responden dibentuk berdasarkan nilai skor min. Nilai
skor min yang diperoleh daripada setiap tahap interpretasi kajian akan menentukan tahap
interpretasi berdasarkan julat min seperti dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Skala Interpretasi Skor Min Kajian Interpretasi
Rendah
Skor Min
1.00 – 2.49 Sederhana
2.50 – 3.49 Tinggi
3.50 – 5.00

Jadual 2 di bawah menunjukkan Demografi Sampel bagi kajian ini.

Jadual 2: Demografi Sampel Kajian

Demografi Kekerapan Peratusan
Jantina
Lelaki 59 33.1 %
Perempuan 119 66.9 %

Tahap Pengajian 117 65.7 %
Iajazah Sarjana Muda 61 34.3 %
Diploma

Program Pengajian 90 50.6 %
Sunway Tes 42 23.6 %
Sunway University 24 13.5 %
Sunway Diploma Studies (SDS)
22 12.4 %
Victoria University (VU)

Berdasarkan jadual 2 di atas, 59 orang responden atau sebanyak 33.1% ialah pelajar lelaki
dan seramai 119 orang responden atau 66.9% ialah pelajar perempuan. Responden terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan lain-
lain bangsa. Terdapat dua tahap pengajian yang telah menjawab soal selidik iaitu yang mengikuti
pengajian di peringkat sarjana muda sebanyak 65.7% dan pengajian peringkat diploma sebanyak
34.3%. Majoriti responden iaitu sebanyak 50.6% adalah dari Sunway Tes, diikuti dengan Sunway
University seramai 42 orang (23.6%), Sunway Diploma Studies seramai 24 orang (13.5%) dan
Victoria University iaitu seramai 22 orang (12.4).

110


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

3. DAPATAN KAJIAN

Jadual 3 menunjukkan analisis persepsi pelajar terhadap kandungan kursus Penghayatan Etika
dan Peradaban (PEP).

Jadual 3: Persepsi Pelajar Terhadap Kandungan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Penilaian Skor Min Tahap

Kandungan kursus ini membuatkan saya lebih 3.94 Tinggi

mengetahui konsep asas etika dan peradaban

masyarakat Malaysia

Saya berpuas hati dengan kandungan kursus 3.74 Tinggi

Penghayatan Etika dan Peradaban

Saya berminat dengan tajuk kandungan kursus 3.58 Tinggi

Penghayatan Etika dan Peradaban

Saya berminat untuk mendalami kandungan kursus 3.52 Tinggi

Penghayatan Etika dan Peradaban

Purata Skor Min 3.70 Tinggi

Jadual di atas menunjukkan dapatan analisis bagi persepsi pelajar terhadap kandungan
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Terdapat empat soalan yang menyentuh persepsi pelajar
terhadap kandungan kursus. Secara keseluruhannya, semua konstruk berada pada tahap tinggi
dengan purata skor min ialai 3.70. Skor min tertinggi adalah bagi pernyataan “Kandungan kursus
ini membuatkan saya lebih mengetahui konsep asas etika dan peradaban masyarakat Malaysia”
iaitu 3.94. Min kedua tertinggi adalah bagi pernyataan tentang “Saya berpuas hati dengan
kandungan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban” yang menunjukkan skor min sebanyak
3.74. Selanjutnya, min terendah adalah bagi pernyataan “Saya berminat untuk mendalami
kandungan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban” iaitu min skor sebanyak 3.52. Dapatan
bagi keseluruhan min yang diperoleh adalah sebanyak 3.70 dan ini menunjukkan persepsi pelajar
terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban berada pada tahap tinggi.

Jadual 4 di bawah menunjukkan persepsi pelajar terhadap aspek patriotisme yang
diperoleh pelajar daripada kursus Penghayatan Etika dan Peradaban.

Jadual 4: Persepsi Pelajar Terhadap Aspek Patriotisme yang Diperoleh daripada Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban

Penilaian Skor Min Tahap
Kursus ini memupuk penghayatan prinsip Rukun 3.84 Tinggi
Negara dalam diri saya
Kursus ini meningkatkan tahap kesepaduan 3.83 Tinggi
nasional dalam diri saya
Kursus ini meningkatkan perpaduan dan 3.76 Tinggi
patriotisme dalam diri saya
3.81 Tinggi
Purata Skor Min

Berdasarkan jadual 4 di atas, dapatan analisis menunjukkan bahawa keseluruhan 3

konstruk berkaitan patriotisme berada pada tahap tinggi dengan purata skor min adalah sebanyak
3.81. Skor tertinggi adalah bagi pernyataan “Kursus ini memupuk penghayatan prinsip Rukun
Negara dalam diri saya” dengan skor min 3.84 manakala skor kedua tertinggi pula adalah bagi
pernyataan “Kursus ini meningkatkan tahap kesepaduan nasional dalam diri saya” iaitu sebanyak
3.83. Skor terindah adalah pernyataan “Kursus ini meningkatkan perpaduan dan patriotisme
dalam diri saya” iaitu sebanyak 3.76.

111


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Jadual 5 di bawah menunjukkan persepsi pelajar terhadap aspek pembangunan diri yang diperoleh
pelajar daripada kursus Penghayatan Etika dan Perdaban.

Jadual 5: Persepsi Pelajar terhadap Aspek Pembangunan Diri yang Diperoleh Pelajar daripada

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Penilaian Skor Min Tahap

Kursus ini meningkatkan perasaan saya tentang 3.87 Tinggi

tanggungjawab sosial terhadap orang lain

Kursus ini membentuk ciri berakhlak dalam diri 3.86 Tinggi

saya

Kursus ini memberi penekanan terhadap Tinggi

pembentukan jasmani, emosi, rohani dan 3.70

intelektual saya

Purata Skor Min 3.81 Tinggi

Jadual 5 di atas menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembangunan diri daripada kursus

Penghayatan Etika dan Peradaban. Secara keseluruhannya, skor min bagi 3 konstruk ini adalah
tinggi iaitu sebanyak 3.81. Skor min yang tertinggi adalah bagi pernyataan “Kursus ini
meningkatkan perasaan saya tentang tanggungjawab sosial terhadap orang lain” iaitu sebanyak
3.87. Skor min kedua tertinggi adalah 3.86 iaitu bagi pernyataan “Kursus ini membentuk ciri
berakhlak dalam diri saya”, manakala skor min terendah pula adalah bagi pernyataan “Kursus ini
memberi penekanan terhadap pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual saya” iaitu

sebanyak 3.70.

4. PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini memperlihatkan impak yang positif terhadap pelaksanaan kursus Penghayatan
Etika dan Peradaban (PEP) dalam kalangan pelajar di Sunway University dan Sunway College.
Kajian ini menjelaskan bahawa persepsi pelajar terhadap kandungan kursus, semangat
patriostisme dan pembangunan diri bagi kursus ini tinggi walaupun kursus ini baru sahaja
diperkenalkan dan masih dalam peringkat awal di Sunway University dan Sunway College. Hasil
kajian membuktikan pelajar dapat menerima dengan baik kandungan kursus ini dan sesi
pengajaran dan pembelajaran juga berlangsung dengan lancar walaupun berkonsepkan hibrid.
Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam
masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan
analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Kefahaman tentang
pembentukan etika dan peradaban dalam kepelbagaian masyarakat turut dibincangkan bagi
meningkatkan kemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Penghayatan kepada kursus
ini penting kerana Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang
kaum dan agama yang memerlukan toleransi dan persefahaman yang tinggi dalam menjalani
sebuah kehidupan yang harmoni. Hasil kajian ini telah disokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Mokhtar & Latiff (2020) yang mendapati pelajar yang menunjukkan minat tinggi terhadap kursus
PEP akan menunjukkan tabiat belajar yang positif. Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar
menyedari kepentingan kursus ini dan manfaat yang akan diperoleh dengan mempelajari kursus
ini. Menurut Saleh et. al, (2022) pula, isi kandungan kursus Mata Pelajaran Umum berkait rapat
antara satu sama lain dan berperanan penting terhadap kesepaduan masyarakat yang pelbagai
dalam menjalinkan potret hubungan etnik dan kenegaraan di Malaysia.

Hasil kajian ini juga menunjukkan semangat patriotisme pelajar di Sunway University dan
Sunway College berada pada tahap yang tinggi kesan daripada mempelajari kursus PEP. Kursus
ini dilihat dapat menerapkan unsur perpaduan dan kesepaduan nasional dalam diri pelajar melalui
penghayatan Rukun Negara. Hasil kajian ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Talib

112


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

(2021) yang menyatakan bahawa pelaksanaan kursus teras PEP di politeknik telah memberikan
ruang yang cukup buat pelajar membangunkan nilai-nilai perpaduan dan patriostisme dalam diri
mereka. Pelajar juga dapat didedahkan dengan perpaduan serta patriostisme melalui aktiviti-
aktiviti yang dijalankan sama ada di bilik kuliah mahupun di luar bilik kuliah. Dapatan ini juga
selari dengan kajian yang dilakukan oleh Lukin et. al, (2021), iaitu kursus PEP mampu melahirkan
graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme serta mempunyai jati diri yang tinggi
berasaskan acuan Malaysia.

Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan persepsi pelajar yang tinggi terhadap
pembangunan diri daripada kursus PEP. Penerapan nilai pembangunan diri bukan sahaja
berlangsung dalam proses PdP malah ditekankan di luar sesi pengajaran selaras dengan dasar yang
ditekankan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara. Menurut Hassan et. al (2020), kajian mereka merumuskan nilai etika dan moral perlu
dilaksanakan untuk menerapkan kesedaran kepada pembangunan masyarakat bertamadun yang
menekankan aspek moral dan integriti kerana ia dapat memberi impak yang besar terhadap
kehidupan mereka. Manakala, kajian Abdullah et. al, (2022) pula menyatakan bahawa kursus PEP
ini berjaya memupuk perpaduan menerusi sikap tolak ansur dan saling memahami antara etnik
seperti yang dititikberatkan dalam agama Islam iaitu tidak melihat perbezaan kulit dan warna bagi
seseorang individu tetapi melihat berdasarkan takwanya. Dalam hal ini, dapat dijelaskan bahawa
melalui kursus ini pelajar dapat mempelajari nilai-nilai pembangunan diri yang dapat dipraktikkan
dalam kehidupan seharian bagi mencerminkan tingginya etika dan peradaban sesorang individu.

5. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, persepsi pelajar terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)
adalah positif. Pelajar Sunway University dan Sunway College menunjukkan penerimaan yang
baik terhadap pelaksanaan kursus ini. Secara keseluruhannya, kursus ini dapat dikendalikan
dengan baik oleh pensyarah walaupun baru sahaja diperkenalkan pada awal tahun ini dan dalam
suasana kelas secara hibrid. Objektif kursus seperti yang digariskan iaitu membincangkan konsep
etika dan isu-isu kontemporari daripada perspektif peradaban yang berbeza, membandingkan
sistem, tahap perkembangan kemajuan sosial dan kebudayaan merentas bangsa serta menganalisis
cabaran kontemporari berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial, budaya teknologi dan alam
sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat dicapai dengan baik. Kajian ini diharapkan
dapat memberikan input untuk mengukur kualiti kursus PEP serta menambah baik pelaksanaan
kursus ini agar lebih berupaya membangunkan pelajar yang menghayati perpaduan dan memiliki
nilai patriotisme yang tinggi bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dan objektif
kursus ini ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

6. PENGHARGAAN
Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada General Studies Department, Sunway College
Kuala Lumpur atas sokongan dalam penerbitan artikel ini.

7. RUJUKAN

Abdullah, S. R., Fazial, F., Hassan, S. H. M., Yahaya, S., & Hamid, C. K. (2022). Keberkesanan
Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Dalam Memupuk Kesepaduan Kaum: Kajian
Terhadap Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

113


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Esa, M. S., Ationg, R., Othman, I. W., Mohd Shah, M. K., Yusoff, M. S., Ramlie, H. A., & Abang
Muis, A. M. R. (2021). Evolusi Kursus Teras Universiti: Dari Sejarah Pembentukan
Bangsa Malaysia Ke Penghayatan Etika Dan Peradaban. International Journal of
Education, Psychology and Counselling, 6(39), 166-181.

Hamzah, S., Rajali, N., & Awang Teh, N. (2020). Kesedaran nilai Patriotisme Pelajar Politeknik
Balik Pulau Melalui Kursus Pengajian Malaysia. International Journal of Social
Science Research, 2(4), 320-328.

Hassan, R., Zain, F. M., Bakar, K. A., & Kamaruzaman, A. F. (2020). Kefahaman Nilai Etika Dan
Moral Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan Literatur. Malim J. Pengaj.
Umum Asia Tenggara (Sea J. Gen. Stud, 21(1), 126-141.

Hussain, T.P.R.S., Nasarah, S.A., & Othman, Z. (2016). Pembinaan Bangsa Malaysia (1): Kajian
Empirikal Tahap Patriotisme Belia. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and
Space, 2 (10), 159-170.

Lukin, A., Lokin, S. M., & Adam, S. D. S. (2021). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam Talian Bagi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PedP): Kajian Kes di
Kalangan Pelajar Prasiswazah di Universiti Malaysia Sabah. dlm. International
Journal of Law, Government and Communication, 4(23), 57-67.

Mokhtar, R. A. M., & Latiff, L. A. (2020). Minat dan Sikap Belajar Pelajar USIM Terhadap Kursus
Penghayatan Etika Dan Peradaban.

Nasozaro, H. O. (2019). Pembangunan Karakter Bangsa Melalui Pendidikan
Kewarganegaraan. Warta Dharmawangsa, 13(4).

Othman, M. K., & Suhid, A. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar
menerusi penerapan nilai murni: Satu sorotan. MALIM-SEA Journal of General
Studies, 11(1), 117-130.

Pa'ad, N. S., Kassim, S. B. M., & Rahman, Z. A. (2020). Pendekatan dan Pengaplikasian Motivasi
Agama dalam Modul Pembangunan Diri Remaja: Kajian terhadap Program Motivasi
Alihan Pelajar (MAP). Islamiyyat, 42(2), 137-146.

Peradaban Di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah. In International Conference
on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021).

Razak, A. A., Bakar, S. A., Yusuff, N. A., Nawi, N. H. M., & Daud, B. C. (2022). Nilai Toleransi
dalam Mata Pelajaran Umum menurut Perspektif Pelajar. Borneo International
Journal eISSN 2636-9826, 5(1), 1-7.

Saad, K. M. (2021). Persepsi Pelajar Terhadap Implimentasi Kursus Penghayatan Etika Dan
Razak, A. A., & Rashid, Z.M. (2021). Bab 1: Pengenalan Penghayatan Etika dan
Peradaban dalam Acuan Malaysia. Dlm. Razak, A.A., Yusuff, N.A. & Embong, Zaleha
(pnyt.) Penghayatan Etika dan Peradaban, hlm. 2. Bachok: Universiti Malaysia
Kelantan Press.

Saleh, N. S., Yaacob, H. F., Bakar, T. A., Ali, A. M., & Rosli, M. S. (2022). Nilai Tambah Mata
Pelajaran Umum (MPU) Dalam Kebolehpasaran Bakal Graduan. Human
Sustainability Procedia, 2(1), 1-9.

Samidi, R., & Kusuma, W. J. (2020). Analisis Kritis Eksistensi Nilai Patriotisme Dalam
Pendidikan Kewarganegaraan. Harmony: Jurnal Pembelajaran IPS dan PKN, 5(1),
30-39.

Suhaibo, H. H. (2007). Pemupukan patriotisme dalam pendidikan sejarah tingkatan
satu (Doctoral dissertation, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya).

Sulaiman, M., & Sulaiman, A. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Universiti
Sains Islam Malaysia.

Talib, N. H. F., Ghazali, H., & Dzalihu’zzabir, N. W. (2021). Perpaduan dan Patriotism Dalam
Kalangan Pelajar Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban: Unity and Patriotism
Among Students of the CoursePenghayatan Etika dan Peradaban. ATTARBAWIY:
Malaysian Online Journal of Education, 5(2), 24-35.

114


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Penghayatan dan Kesedaran Nilai Patriotisme Pelajar Melalui
Pembelajaran Mata Pelajaran Umum (MPU): Satu Tinjauan Awal
dalam Kalangan Pelajar Sunway University dan Sunway College

Nur Izzati Mustamam1*, Yazilmiwati Yaacob2, Md Sairolazmi Saparman3, Noor
Syamimi Ishak4

1,2,3,4General Studies Department, Sunway College, Kuala Lumpur
Email of corresponding author on: [email protected]

ABSTRAK

Patriotisme merupakan elemen yang sangat penting untuk difahami, dihayati dan diimplimentasi
dalam kehidupan seharian setiap masyarakat untuk memastikan nilai ini tidak terhakis dalam diri
sekali gus memberikan impak yang negatif dalam matlamat pembinaan negara bangsa Malaysia.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penghayatan dan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar melalui pembelajaran Mata Pelajaran Umum di Sunway College dan Sunway University.
Seramai 100 orang pelajar telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian yang
dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Soal selidik tersebut terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A menyatakan
tentang latar belakang responden, Bahagian B merangkumi item-item soalan untuk menguji tahap
penghayatan dan kesedaran patriotisme dalam kalangan pelajar, Bahagian C pula merangkumi
item-item berkaitan peranan pensyarah dalam menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar seterusnya Bahagian D pula mengandungi item-item soalan berkaitan silibus dan
kandungan kursus membantu menerapkan nilai patriotisme terhadap pelajar. Hasil kajian
mendapati tahap penghayatan dan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar Sunway
University dan Sunway College mencapai tahap yang tinggi. Para pensyarah juga dilihat
memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar. Seterusnya, silibus dan kandungan kursus Mata Pelajaran Umum membantu menerapkan
nilai patriotisme dalam kalangan pelajar.

Kata Kunci: penghayatan, kesedaran, patriotisme, Mata Pelajaran Umum

1. PENDAHULUAN

Nilai patriotisme merupakan antara elemen utama yang berkait rapat dengan
kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara, lebih-lebih lagi untuk negara yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama. Patriotisme juga bergantung
kepada tindakan simbolik seperti mempamerkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan,
menyertai perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-ramai, atau pelbagai cara
untuk menyatakan kesetiaan kepada negara pada peringkat umum (Mohamad, 2021). Nilai
partriotisme perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda
kerana mereka adalah generasi yang akan menyambung delegasi pemerintahan negara.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996–2000) mencatatkan bilangan remaja pada tahun 1995
ialah kira-kira 19.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Menjelang
tahun 2020, dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada 20 juta orang (Rahman et
al, 2020).

Generasi muda merupakan kumpulan penting dalam menerajui masa depan
negara. Mereka merupakan penentu dan penyambung kepada delegasi pembangunan
negara. Keutuhan negara amat bergantung kepada kekuatan yang wujud pada generasi

115


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

muda ini. Mereka merupakan paksi kepada sesebuah negara. Golongan ini memerlukan
bimbingan dan pandu arah untuk menjadi manusia yang mampu menggunakan potensi
diri sebaik mungkin dan menurut arah yang betul. Oleh itu, sikap jati diri dan semangat
patriotisme perlu wujud dalam setiap diri golongan remaja. Walau bagaimanapun, negara
kita tidak lari daripada masalah yang menggugat nilai patriotisme dalam kalangan
masyarakat. Satu isu utama yang sering dipaparkan di media adalah semangat patriotisme
yang semakin terhakis dalam diri dan jiwa masyarakat khususnya generasi muda (Joharin,
2022). Masyarakat masa kini seolah-olah melupai kepentingan memupuk semangat
patriotisme dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana sering kali dilihat generasi
muda tidak mengendahkan isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga
akan pencapaian negara serta budaya dan bangsa (Zainal et al 2020).

Untuk menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, peranan
institusi pendidikan amat penting. Sebagai contoh, penerapan nilai patriotisme merupakan
salah satu matlamat pengajaran sejarah di sekolah menengah (KPM, 2015). Ia bertujuan
membangunkan semangat jati diri generasi muda yang menjadi pewaris kepimpinan
negara pada masa akan datang. Elemen pendidikan adalah salah satu faktor penting
dalam mencorak pemikiran serta mencipta ideologi masyarakat Malaysia berjiwa
patriotik (Din et al, 2018). Penerapan nilai perpaduan dan patriotisme dalam kalangan
pelajar ini dapat direalisasikan dengan inisiatif kurikulum dan kokurikulum yang mereka
ikuti di institusi pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berhasrat melalui
pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani dengan menekankan nilai kepatuhan kepada agama dalam membentuk
masyarakat yang bertanggungjawab memelihara kesejahteraan diri, keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara (Talib et al, 2021).

Justeru, Mata Pelajaran Umum (MPU) yang telah ditawarkan di institusi pengajian
tinggi merupakan platform bagi merealisasikan FPK, Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN) serta satu inisiatif dalam lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 iaitu untuk membangun graduan secara holistik (Kementerian
Pendidikan Tinggi, 2016) seterusnya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam
diri mereka. Penerapan nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda di institusi
pengajian tinggi boleh diterapkan melalui pembelajaran Mata Pelajaran Umum seperti
Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penghayatan Etika dan Peradaban,
Falsafah dan Isu Semasa serta Pengajian Malaysia. Tujuan penawaran subjek sedemikian
antara lain adalah untuk memantapkan perasaan cintakan tanah air dalam kalangan pelajar
sekali gus memperkukuh keterikatan penyatuan jiwa antara rakyat dan negara (Alias,
2020).

Melalui subjek ini, para pelajar dididik tentang hak dan tanggungjawab rakyat
serta hal yang bersangkutan dengan masyarakat dan negara seterusnya menganalisis
peristiwa yang berlaku di tanah air mereka. (Samsu et al, 2022). Dengan yang demikian,
secara tidak langsung akan tercetus rasa tanggungjawab di minda mereka untuk bersama-
sama dengan pihak autoriti dalam menjaga keselamatan negara. Kebanyakan kajian
berkaitan patriotisme di Malaysia tertumpu kepada perbincangan mengenai usaha
pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Menurut Hamzah et al
(2020), usaha pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh warga negara
Malaysia umumnya dan pelajar khususnya perlu diwujudkan kesinambungannya sehingga
ke generasi akan datang. Roh patriotisme yang wujud dalam jiwa tokoh-tokoh
kemerdekaan yang lalu perlu dipahat dalam jiwa bangsa Malaysia. Pendidikan patriotik

116


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

merentasi kurikulum perlu diteruskan agar generasi muda dapat memberikan sumbangan
ke arah kemakmuran negara sekali gus mendaulatkan tanah air tercinta.

Selain itu, menurut Mohamad et al (2020), usaha secara berterusan oleh semua
pihak wajar ditambah baik agar tahap kesedaran para pelajar terhadap identiti negara
Malaysia dan semangat patriotisme berada pada tahap tinggi. Hal ini demikian kerana para
pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi ini merupakan pewaris peneraju
pembangunan negara. Maka, kefahaman dan penghayatan terhadap nilai patriotisme
sangat penting untuk diterapkan dalam diri mereka. Langkah-langkah yang telah tersedia
diwujudkan sejak dahulu lagi perlu dipertingkat kepada para pelajar oleh guru dengan
lebih kreatif sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Menurut Rahman et al (2020), penekanan dan pemahaman mengenai konsep jati
diri dan patriotisme harus disebarluaskan agar warganya mampu menyemai semangat
patriotisme dan mengukuhkan jati diri yang wujud dalam jati diri mereka dalam
merealisasikan aspirasi negara menjadi sebuah negara maju. Justeru, nilai kecintaan yang
mendokong semangat patriotik perlu didokong oleh nilai-nilai yang lain seperti nilai
kebanggaan, kesetiaan, kekitaan dan produktiviti untuk membina jati diri dan berfikiran
terbuka. Berdasarkan kepentingan penerapan dan kesedaran nilai patriotisme dalam
kalangan pelajar, maka persoalan kajian ini adalah sebagaimana berikut:

1.1 PERSOALAN KAJIAN

1.1.1 Apakah tahap penghayatan dan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar?
1.1.2 Apakah peranan pensyarah dalam menerapkan penghayatan dan kesedaran nilai

patriotisme dalam kalangan pelajar?
1.1.3 Adakah Mata Pelajaran Umum berperanan membentuk pelajar untuk menghayati

dan memberi kesedaran tentang nilai patriotisme dalam diri pelajar?

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.2.1 Mengetahui tahap penghayatan dan kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar

1.2.2 Mengetahui peranan pensyarah dalam menerapkan penghayatan dan kesedaran nilai
patriotisme dalam kalangan pelajar
1.2.3 Menganalisis sejauhmana Mata Pelajaran Umum mempengaruhi penghayatan dan
kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar.

2. METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Menurut Johnson (2018),
pendekatan kuantitatif boleh digunakan untuk menganalisis data berdasarkan pengukuran
yang tepat menggunakan instrumen pengumpulan data berstruktur dan tinjauan. Data yang
dianalisis dalam kajian ini diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan secara dalam
talian dalam kalangan pelajar di Sunway University dan Sunway College yang mengambil
Mata Pelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan oleh General Studies Department.
Objektif kaji selidik ini adalah untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang
penghayatan dan kesedaran nilai patriotisme melalui Mata Pelajaran Umum. Instrumen
kajian adalah borang soal selidik yang bertajuk “Tahap Penghayatan dan Kesedaran
Patriotisme dalam Kalangan Pelajar melalui Pembelajaran Mata Pelajaran Umum

117


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

(MPU)”. Soal selidik ini mengandungi item berkaitan demografik yang mengandungi
kriteria seperti jantina, kumpulan etnik, tahap pendidikan dan subjek yang diambil oleh
pelajar.

Seterusnya, terdapat 26 item berkaitan tahap penghayatan dan kesedaran
patriotisme dalam kalangan pelajar melalui Mata Pelajaran Umum. Daripada 26 item
tersebut, sebanyak 14 item dikenal pasti untuk menguji tahap penghayatan dan kesedaran
nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Kemudian terdapat 5 item untuk mengenal pasti
peranan pensyarah dalam menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar dan 7 item
pula untuk melihat silibus dan kandungan kursus Mata Pelajaran Umum membantu
menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Instrumen soal selidik diadaptasi
daripada Hamzah et al (2020) bagi aspek tahap penghayatan patriotisme dalam kalangan
pelajar dan seterusnya adaptasi daripada Haniffa et al (2019) bagi aspek peranan
pensyarah dan kandungan silibus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Instrumen menggunakan Skala Likert persetujuan iaitu nilai 1 merujuk kepada (Sangat
Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Sederhana), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Soal
selidik dijalankan secara dalam talian melalui borang dalam bentuk Google Form.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelajar ditugaskan untuk
menjawab soal selidik melalui pautan yang diedarkan menggunakan ruangan
pengumuman di platform eLearn dan juga Telegram mengikut subjek masing-masing.
Analisis deskriptif yang melibatkan nilai skor min digunakan untuk menjawab
permasalahan kajian. Data deskriptif diinterpretasi menggunakan skala interpretasi
Nunally (1978) dan Azhar (2006) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dibawah.

Jadual 1: Skala Interpretasi Skor Min

Skor Min Tahap
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi

Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sunway University dan
Sunway College yang mengambil Mata Pelajaran Umum dari tempoh Januari 2022
sehingga Ogos 2022. Jadual 2 menunjukkan demografi responden bagi kajian ini.

Seramai 100 orang pelajar yang menghadiri kelas secara mode hibrid telah
mengambil bahagian dalam soal selidik ini dan memenuhi kriteria; iaitu 1) pelajar
tempatan dan 2) mengambil subjek yang yang diajar menggunakan Bahasa Melayu yang
ditawarkan oleh General Studies Department, Sunway College. Jadual 1 menunjukkan
demografi responden yang terlibat. Senarai responden terdiri daripada 58 orang pelajar
perempuan (58.0%) dan 42 orang pelajar lelaki (42.0%). Daripada 100 orang pelajar ini,
64 orang pelajar (64.0%) adalah dalam kumpulan etnik Cina, manakala 24 orang (24.0%)
terdiri daripada etnik Melayu, 7 orang pelajar (7.0%) dalam kategori etnik India manakala
5 orang pelajar (5.0%) terdiri daripada lain-lain kumpulan etnik. Seterusnya, bagi tahap
pendidikan pula, 47 orang pelajar (47.0%) adalah pelajar ijazah sarjana, 39 orang (39.0%)
mempunyai tahap pendidikan di peringkat sijil dan 14 orang (14.0%) adalah pelajar
diploma. Dari aspek subjek pula, 56 orang pelajar (57.1%) mengambil subjek Hubungan

118


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Etnik, 37 orang pelajar (37.8%) mengambil subjek Penghayatan Etika dan Peradaban, 19
orang pelajar (19.4%) mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan 9 orang
pelajar (9.2%) mengambil subjek Pengajian Malaysia 1 dan Pengajian Malaysia 2.

Jadual 2: Demografi Responden Frekuensi %

Karakteristik 58 58.0%
Jantina 42 42.0%

Perempuan 64 64.0%
Lelaki 24 24.0%
Kumpulan Etnik 7 7.0%
Cina 5 5.0%
Melayu
India 47 47.0%
Lain-lain 39 39.0%
Tahap Pendidikan 14 14.0%
Ijazah Sarjana
Sijil 56 57.1%
Diploma 37 37.8%
Subjek 19 19.4%
Hubungan Etnik 9 9.2%
Penghayatan Etika dan Peradaban
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Pengajian Malaysia 1 & 2

3. DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian memfokuskan tiga elemen utama iaitu (1) tahap penghayatan dan
kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar, (2) peranan pensyarah dalam
memupuk nilai patriotisme dan silibus dan (3) kandungan kursus Mata Pelajaran Umum
membantu menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar.

Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan skor min bagi tahap penghayatan dan
kesedaran nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Dapatan analisis menunjukkan
bahawa daripada keseluruhan 14 item berkaitan dengan tahap penghayatan dan kesedaran
patriotisme dalam kalangan pelajar, 14 item berada pada tahap tinggi dengan skor min
keseluruhan (m=4.5). Skor min tertinggi adalah bagi item B1 iaitu “Saya bangga dengan
kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya di Malaysia” dengan skor min 4.67 dan skor min
terendah adalah bagi item B14 iaitu “Saya sanggup berkorban untuk mempertahankan
maruah negara” dengan skor min 4.20 tetapi masih berada pada tahap tinggi. Dapatan ini
menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap penghayatan dan kesedaran patriotisme
yang baik. Hal ini membuktikan pelajar menguasai dan menyedari tentang elemen-elemen
patriotisme seperti Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lambang kedaulatan negara
dan sebagainya.

Jadual 3: Taburan Skor Min bagi Tahap Penghayatan dan Kesedaran Nilai Patriotisme
dalam Kalangan Pelajar

No Soalan Skor Min
B1 Saya bangga dengan kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya di 4.67

Malaysia

119


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

B2 Saya menghargai jasa tokoh-tokoh negara yang telah berkorban 4.66
mempertahankan negara 4.64
4.62
B3 Ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun disambut 4.60
sebagai tanda cintakan negara 4.60
4.53
B4 Saya menghormati bendera Malaysia sebagai bukti semangat 4.50
patriotisme 4.50
4.49
B5 Saya mengetahui nyanyian Lagu Negaraku adalah tanda taat setia
kepada negara 4.45
4.44
B6 Saya mengetahui kepentingan mempertahankan maruah bangsa
dan negara 4.40
4.20
B7 Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan 4.5
Persekutuan

B8 Saya mengetahui 5 prinsip Rukun Negara
B9 Saya bangga menjadi rakyat Malaysia
B10 Sebarang tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina dan

tidak menghormati Jalur Gemilang adalah perbuatan yang
mencabar maruah negara
B11 Saya setia kepada negara Malaysia
B12 Naluri kebanggaan terhadap maruah, jati diri dan cinta negara
dapat dilestarikan hasil penghayatan budaya cintakan negara
Malaysia melalui simbol kedaulatan negara iaitu Jalur Gemilang
B13 Saat bendera Malaysia dikibarkan serta diiringi dengan Lagu
Negaraku, lahir satu perasaan kasih sayang dalam diri saya
B14 Saya sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah negara

JUMLAH KESELURUHAN

Jadual 4 di bawah menunjukkan taburan skor min bagi peranan pensyarah dalam

memupuk nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Dapatan analisis menunjukkan

bahawa daripada keseluruhan 5 item berkaitan peranan pensyarah dalam memupuk nilai

patriotisme dalam kalangan pelajar, 5 item berada pada tahap tinggi dengan skor min
keseluruhan (m=4.5). Skor min tertinggi adalah bagi item C1 iaitu “Pensyarah sering

membincangkan tentang isu-isu yang berjaya menarik minat saya untuk mempelajari
tentang Malaysia” dengan skor min 4.83. Skor min terendah pula adalah bagi item C5
iaitu “Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pensyarah semasa pengajaran dan
pembelajaran dapat memupuk semangat patriotisme” dengan skor min 4.37 tetapi masih

berada pada tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pensyarah memainkan

peranan yang penting dalam memupuk nilai patriotisme dalam kalangan pelajar.

120


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Jadual 4: Taburan Skor Min bagi Peranan Pensyarah dalam Memupuk Nilai Patriotisme
dalam Kalangan Pelajar

No Soalan Skor Min

C1 Pensyarah sering membincangkan tentang isu-isu yang berjaya 4.83

menarik minat saya untuk mempelajari tentang Malaysia

C2 Pensyarah menjalankan sesi pengajaran dengan membincangkan 4.51

topik yang dapat memupuk semangat patriotisme

C3 Pensyarah sentiasa menerapkan nilai cintakan negara semasa di 4.42

dalam kelas

C4 Pensyarah menggalakkan saya untuk sentiasa prihatin terhadap isu 4.42

yang berlaku di tanah air

C5 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pensyarah semasa 4.37

pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk semangat

patriotisme

JUMLAH KESELURUHAN 4.5

Jadual 5 di bawah menunjukkan taburan skor min bagi silibus dan kandungan
kursus Mata Pelajaran Umum membantu menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan
pelajar.

Jadual 5: Taburan Skor Min bagi Silibus dan Kandungan Kursus Mata Pelajaran Umum
Membantu Menerapkan Nilai Patriotisme dalam Kalangan Pelajar

No Soalan Skor Min

D1 Silibus pembelajaran membantu saya untuk memahami sejarah dan isu 4.52

tentang negara Malaysia

D2 Pelaksanaan subjek ini penting untuk membantu pelajar mempunyai 4.48

pengetahuan asas tentang negara

D3 Pelaksanaan subjek ini menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan 4.47

identiti kebangsaan

D4 Silibus pembelajaran ini sentiasa menerapkan nilai cintakan negara 4.43

D5 Silibus pembelajaran ini dapat memupuk semangat patriotisme 4.41

D6 Pelaksanaan subjek ini relevan untuk mengukuhkan semangat 4.38

patriotisme dalam kalangan pelajar

D7 Silibus pembelajaran sentiasa menerangkan tentang isu-isu semasa 4.32

berkaitan negara

JUMLAH KESELURUHAN 4.4

121


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Berdasarkan Jadual 5 di atas, dapatan analisis menunjukkan bahawa daripada
keseluruhan 7 item berkaitan dengan silibus dan kandungan kursus Mata Pelajaran Umum
membantu menerapkan nilai patriotism dalam kalangan pelajar, 7 item berada pada tahap
tinggi dengan skor min keseluruhan (m=4.4). Skor min tertinggi adalah bagi item D1 iaitu
“Silibus pembelajaran membantu saya untuk memahami sejarah dan isu tentang negara
Malaysia” dengan skor min 4.52. Skor min terendah pula adalah bagi item D7 iaitu
“Silibus pembelajaran sentiasa menerangkan tentang isu-isu semasa berkaitan negara”
dengan skor min 4.32 tetapi masih berada pada tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan
bahawa kandungan silibus kursus Mata Pelajaran Umum memberi impak dan pengaruh
yang besar dalam membantu pelajar untuk menerapkan nilai patriotisme dalam diri
mereka.

4. PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini memperlihatkan tahap penghayatan dan kesedaran nilai patriotisme
dalam kalangan pelajar adalah baik. Pelajar dilihat mempunyai pengetahuan asas yang
baik tentang nilai patriotisme seperti menghargai jasa tokoh-tokoh negara yang telah
berkorban mempertahankan negara, menghormati bendera Malaysia sebagai bukti
semangat patriotisme dan mengetahui tentang 5 prinsip Rukun Negara. Hal ini didorong
oleh peranan pelbagai pihak dalam memupuk nilai ini. Antaranya media massa seperti
media konvensial dan juga media massa, filem, dokumentari yang merupakan platform
utama masa kini untuk menyebarkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
(Daud et al, 2022). Umum mengetahui bahawa media merupakan satu wadah
penyampaian maklumat kepada masyarakat. Sebagaimana fungsi komunikasi, media juga
berfungsi memberi maklumat, mendidik dan menghiburkan penonton tanpa mengira
sempadan umur, agama, budaya dan bangsa. Media dilihat sebagai medium yang ampuh
untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat sesebuah negara (Daud et al,
2022). Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan konsep dan nilai partriotisme sejak
mereka di bangku sekolah lagi. Mereka didedahkan dengan aktiviti dan sambutan
kemerdekaan, dididik untuk memahami rukun negara dan juga mengetahui tentang simbol
kedaulatan negara. Perkara-perkara ini sekali gus telah berjaya menerapkan pemahaman
nilai patriotisme dalam diri mereka (Zakaria, et al 2022).

Seterusnya, dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa pensyarah merupakan
individu yang memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai patriotisme
dalam kalangan pelajar. Pensyarah dilihat mengambil inisiatif dengan membincangkan
tentang isu-isu yang berjaya menarik minat pelajar untuk mempelajari dengan lebih
mendalam tentang Malaysia dan juga membincangkan pelbagai topik yang dapat
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Seterusnya, pensyarah dilihat
sentiasa menerapkan nilai cintakan negara semasa di dalam kelas. Peranan pensyarah
adalah sebagai pencetus dan pendokong ke arah pembangunan jati diri generasi muda
(Suhaibo, 2019). Secara khususnya, terdapat empat elemen yang perlu difokuskan untuk
memupuk proses pembinaan negara bangsa melalui pendidikan iaitu peranan guru sebagai
tenaga penggerak, pengisian kurikulum dengan elemen perpaduan, pelajar sebagai sasaran
dan kepelbagaian kaedah sebagai medium pengajaran. (Syamsuri 2021). Penekanan
elemen ini jelas menunjukan peranan pendidikan dan pensyarah sebagai tenaga penggerak
merupakan medium yang penting dalam menerapkan nilai patriotisme, mewujudkan

122


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

perpaduan kaum di Malaysia dan seterusnya memperkukuh proses pembinaan negara
bangsa Malaysia (Hasan, 2021).

Selain itu, pelaksanaan kursus Mata Pelajaran Umum telah memberikan ruang
yang cukup untuk menerapkan penghayatan dan meningkatkan kesedaran patriotisme
dalam kalangan pelajar sepanjang pengajian. Tambahan lagi, silibus dan kandungan
kursus Mata Pelajaran Umum membantu dalam menerapkan nilai patriotism dalam diri
mereka. Sebagai contoh, pelaksanaan kursus MPU di Sunway University dan Sunway
College melibatkan pembelajaran secara blended learning. Pelajar ditugaskan untuk
menyelesaikan tugasan secara individu yang merangkumi aktiviti pre-class, pop kuiz dan
peperiksaan pertengahan tahun. Seterusnya mereka juga ditugaskan untuk menyelesaikan
tugasan secara berkumpulan yang melibatkan latihan dalam kumpulan yang merangkumi
tema mengikut silibus pembelajaran dan projek akhir. Tema-tema yang disediakan untuk
pelajar adalah merangkumi nilai cinta akan negara dan isu-isu semasa yang berlaku di
Malaysia. Antara contoh tema yang diberikan kepada pelajar adalah kepentingan
pembinaan negara bangsa, kepentingan kesepaduan sosial dan sebagainya. Pelaksanaan
tugasan ini penting untuk membantu pelajar mempunyai pengetahuan asas tentang negara.
Pelaksanaan subjek ini menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan
(Rohana, 2021). Berdasarkan dapatan kajian juga dapat dilihat silibus pembelajaran
membantu pelajar untuk memahami sejarah dan isu tentang negara Malaysia. Di sini jelas
menunjukkan bahawa pengisian kurikulum dalam pendidikan menerusi pembelajaran
Mata Pelajaran Umum berjaya menerapkan nilai-nilai cinta akan negara ke dalam jiwa
pelajar dan seterusnya diharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai sifat
penyayang dan patriotik kepada negara, bangsa dan seterusnya mampu membawa kepada
proses pembinaan negara bangsa Malaysia (Abdullah, 2021).

5. KESIMPULAN

Dapatan kajian membuktikan tahap penghayatan pelajar tentang nilai patriotisme
berada pada tahap tinggi. Faktor ini didorong oleh pendedahan awal tentang idea
kenegaraan dan kepentingan nilai patriostisme sejak dari bangku sekolah sehingga di
peringkat pengajian tinggi. Tambahan lagi, pensyarah juga dilihat memainkan peranan
yang amat penting dalam memastikan penghayatan nilai patriotise ini semakin mekar
dalam diri pelajar. Mereka bukan sahaja perlu mempelajari subjek-subjek yang
mempunyai nilai patriotisme malah mereka juga perlu memahami, menghayati serta
meangaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Tambahan lagi, kandungan
kursus yang disediakan untuk Mata Pelajaran Umum ini dilihat membantu pelajar untuk
memahami dengan lebih jelas tentang idea patriotisme. Kandungan kursus dilihat
bersesuaian dengan objektif subjek itu sendiri iaitu untuk memupuk jati diri dan semangat
patriotisme serta semangat cinta akan negara dalam diri pelajar.

Justeru, berdasarkan dapatan-dapatan yang telah diperoleh, beberapa cadangan
dikemukakan oleh pengkaji sebagai maklum balas kepada kajian yang telah dijalankan.
Antaranya, memperkasakan program patriotisme berimpak tinggi di peringkat pengajian
tinggi mahupun di peringkat luar memandangkan pelajar cenderung untuk melibatkan diri
dalam program berkenaan. Contohnya larian merdeka, tayangan filem patriotik,
pertandingan nyanyian, teater, sajak dan aktiviti-aktiviti lain. Usaha untuk menerapkan
nilai patriotisme dalam kalangan pelajar perlu digerakkan secara maksimum agar ia
memberikan kesan yang signifikan terutamanya terhadap generasi muda. Hal ini demikian
kerana penerapan nilai patriotisme adalah proses pembelajaran sepanjang hayat (Hamzah

123


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

et al, 2020). Pelaksanaan kursus Mata Pelajaran Umum telah memberikan ruang yang
cukup untuk menerapkan penghayatan dan meningkatkan kesedaran patriotisme dalam
kalangan pelajar sepanjang pengajian.

6. RUJUKAN

Alias, J., Muslim, N., Basir, A., Hassan, W. Z. W., Mohamad, Z., Umar, A., ... & Mat, N. (2020).
Pengalaman pengajaran dan pembelajaran subjek MPU secara Blended dan Active
Learning di Pusat CITRA Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia
Pelajar, 23(2).

Abdul Aziz Abdul Rahman, Abdul Razaq Ahmad, & Mohd Mahzan Awang. (2019). Patriotism
among multi-ethnic youths in Malaysia. The 2nd International Conference on Sustainable
Development & Multi-Ethnic Society, 2, 1-5.

Azhar Ahmad. (2006). Strategi pembelajaran dan pengaturan kendiri pendidikan Islam dan
penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Din, H. A. H. M., Jodi, K. H. M., & Hussain, F. C. (2018). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kursus Pengajian Malaysia: Kajian tinjauan di Universiti Islam Antara
Bangsa Selangor. Community: Pengawas Dinamika Sosial, 3(2).

Hamzah, S. N., Rajali, N. A., & Teh, N. I. A. (2020). Kesedaran nilai patriotisme pelajar
Politeknik Balik Pulau melalui Kursus Pengajian Malaysia. International Journal of
Social Science Research, 2(4), 320-328.

Haniffa, M. A., Rathakrishnan, M., Omar, S., & Ismail, N. H. (2019). Problem based learning
dalam pengajaran dan pembelajaran Kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara
Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 351-
366.

Johari, M. E., & Muhamad, N. (2022). Kepentingan elemen patriotisme dalam pendidikan Islam
sekolah menengah. Firdaus Journal, 2(1), 1-14.

Mohamad, A. N. A., Haniffa, M. A., & Mohamad, W. N. A. (2021). Pemerkasaan lambang
kenegaraan Malaysia sebagai pemangkin patriotisme dalam kalangan pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. RABBANICA-Journal of Revealed
Knowledge, 2(1), 89-110.

Naidu, P. R., Majid, N. A., Nachiappan, S., & Veerasamy, J. K. (2021). The influence of schools
in fostering patriotism spirit among secondary school students. Evaluation Studies in
Social Sciences, 2(1), 22-28.

Nunnally, J. C. 1976. Psycometric theory. McGraw Hill Book Company.
Rohana, N. A. M., Hashim, S. N. I., Ab Hamid, N., Rameli, M. F. P., Mohamed, N., & Daud, H.

(2021). Pelaksanaan subjek Hubungan Etnik tanpa peperiksaan akhir di UiTM cawangan
Melaka. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), 1, 18-34.
Samidi, R., & Kusuma, W. J. (2020). Analisis kritis eksistensi nilai patriotisme dalam pendidikan
kewarganegaraan. Harmony: Jurnal Pembelajaran IPS dan PKN, 5(1), 30-39.
Syamsuri, A. S., & Md, A. (2021). Pendidikan Guru dan Pembelajaran. Nas Media Pustaka.
Talib, N. H. F., Ghazali, H., & Dzalihu’zzabir, N. W. (2021). Perpaduan dan patriotism dalam
kalangan pelajar Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban: Unity and patriotism among
students of the course Penghayatan Etika dan Peradaban. ATTARBAWIY: Malaysian
Online Journal of Education, 5(2), 24-35.

124


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Kecergasan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) dalam
Kalangan Pelajar di Sunway College Kuala Lumpur

Rozaini Ahmad1*, Yazilmiwati Yaacob2, Usha Nagasundram3,
Mohamed Nadzri Mohamed Sharif4

1,2,3,4General Studies Department, Sunway College, Malaysia
Email of corresponding author on: [email protected]

ABSTRAK

Pelajar yang cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) berkait rapat dengan kecergasan
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Hal ini demikian kerana tahap kecergasan JERI
yang stabil mendorong kepada personaliti cemerlang seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar digesa
untuk memahami emosi mereka dan cuba mengawal emosi pada waktu pandemik ini. Kajian ini
bertujuan meninjau tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) pelajar bagi
program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Institute of Chartered
Accountants in England and Wales (ICAEW) di Sunway College. Kajian ini berbentuk kajian
kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 167
orang pelajar ACCA dan ICAEW yang mengambil subjek MPU3193 Falsafah dan Isu Semasa
telah memberi respons kepada soal selidik yang telah diedarkan kepada mereka melalui WhatsApp
dan e-mel. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan keputusan menunjukkan bahawa tahap
kecergasan JERI pelajar berada pada tahap yang paling stabil. Hasil kajian membuktikan
kecemerlangan pelajar dari aspek akademik mempunyai hubungan yang rapat dengan kecergasan
JERI dalam diri seseorang pelajar. Pelajar yang cemerlang bermula dengan jasmani, emosi, rohani
dan intelektual (JERI) yang cergas.

Kata kunci: kecergasan, cemerlang, JERI

1. PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah tunjang kepada sistem pendidikan
Malaysia. Ia terhasil daripada revolusi dan pembaharuan berterusan sistem pendidikan
yang dijalankan di Malaysia semenjak zaman kolonialisme British sehingga sekarang.
Matlamat pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini bertujuan
melahirkan modal insan yang baik, sempurna dan berkualiti serta holistik (Awang &
Tayeb, 2022). Berdasarkan matlamat tersebut, suatu usaha berterusan dilaksanakan ke
arah lebih mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan peribadi yang harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
(Ismail et al. 2021). Ia selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) iaitu untuk membantu murid-murid meningkatkan potensi dari segi JERI secara
menyeluruh dan bersepadu. Justeru, ia selaras dengan perkara pertama dan kelima dalam
rukun negara Malaysia yang telah digariskan iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan
kesopanan dan kesusilaan. Potensi individu pula akan terserlah dalam setiap bakat serta
kebolehan yang tersembunyi dalam diri masing-masing. Oleh itu, dalam membangunkan
modal insan sedari usia muda, kesemua aspek dalam FPK sewajarnya dititikberatkan
dalam kesemua sistem pendidikan (Rosli et al. 2022). Oleh itu, bagi melahirkan modal
insan kelas pertama, pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek akademik dan
kokurikulum, sebaliknya keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual merupakan

125


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

syarat utama untuk pembentukan modal insan yang sejahtera. Pelajar perlu mempunyai
keseimbangan dalam pembelajaran dan kokurikulum, dan ini bergantung kepada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) (Rosli et al. 2022).

Aktiviti fizikal dan kecergasan berperanan penting bagi melahirkan pelajar yang
berkualiti tinggi. Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur berdasarkan kecemerlangan
akademik malah tubuh badan yang sihat dan aktif termasuk faktor penting dalam kejayaan
seseorang pelajar. Mengikut kajian Kimpa dan Salamuddin (2022) terhadap 62 orang atlet
sekolah rendah mendapati sukan dan akademik mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kecemerlangan akademik. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan ini dipercayai
dapat memberi kesan positif terhadap perhatian, ingatan dan tingkah laku para atlet dalam
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Kimpa & Salamuddin, 2022).
Walau bagaimanapun, penurunan tahap kecergasan individu yang bermula dengan gaya
hidup yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat hari ini merupakan satu isu utama yang
perlu diambil kira dalam konteks kesihatan jasmani. Kajian Ismail et al. (2020) terhadap
227 orang pelajar di Felda Lahad Datu mendapati 5.2% pelajar mengalami masalah
obesiti. Kajian beliau menunjukkan bahawa berat badan berlebihan akan membawa
kepada penyakit yang lebih serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetis, kanser
dan darah tinggi. Ismail telah mengukur kecergasan jasmani pelajar dengan melakukan
aktiviti turun naik bangku bagi pelajar lelaki. Hasil ujian tersebut menunjukkan gred
peratusan tidak cergas dalam kalangan pelajar lelaki adalah tinggi iaitu sebanyak 92%.

Seterusnya, kecergasan emosi pelajar penting untuk menjamin kecemerlangan
pelajar dalam aspek akademik dan pembentukan modal insan yang sejahtera. Emosi yang
tidak sihat dalam kalangan pelajar berupaya menggugat kesihatan pelajar misalnya
mengalami kesedihan, kebimbangan, gelisah, pemarah dan sebagainya. Menurut Frijda
(1993), manusia yang mengalami tekanan akan menimbulkan pelbagai emosi dalam
dirinya untuk menerima sesuatu keadaan sama ada keadaan yang menyenangkan atau
keadaan yang sukar dihadapi. Menurut beliau, emosi merujuk kepada reaksi terhadap
seseorang atau peristiwa. Emosi dapat dilihat ketika seseorang individu merasa senang
terhadap sesuatu, marah kepada sesuatu atau takut akan sesuatu. Ariffin dan Kamaruddin
(2017) telah mengambil beberapa pandangan ahli psikologi Islam antaranya al-Ghazali,
al-Razi, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung mengenai
tekanan emosi. Menurut beliau, tekanan emosi dan kegelisahan jiwa manusia akan muncul
sekiranya manusia tidak beriman kepada Allah SWT. Tambahan lagi, masyarakat dunia
hari ini terdedah kepada penggunaan gajet secara berleluasa. Sekiranya kemudahan
teknologi disalah guna tanpa kawalan, maka akan berlaku gangguan kepada penggunanya
khususnya pelajar dan kanak-kanak. Hal ini dapat dilihat dalam kajian Halim et al. (2020)
mengenai sosioemosi pelajar. Kesan daripada penggunaan gajet telah mendapati kanak-
kanak mengalami gangguan dan emosi tidak stabil serta ketagihan, mengamuk dan
bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan apabila keinginannya untuk
bermain dengan gajet tidak dipenuhi. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh White dan
Mills (2014) mendapati kesan emosi yang tidak sihat menyebabkan pelajar berasa kurang
berkeyakinan untuk bercakap di depan umum oleh kerana kurang berinteraksi dengan
rakan-rakan sebaya dan lebih yakin untuk berkomunikasi melalui media sosial berbanding
komunikasi secara bersemuka.

Selain itu, kekuatan rohani mempunyai kaitan dengan kesihatan jasmani dan
kebahagiaan, kecergasan mental dan spiritual pelajar (Wajar & Hamzah, 2020). Hal ini
demikian kerana kekuatan rohani merupakan aspek penting dalam memberikan jawapan

126


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

kepada pelbagai soalan yang berkaitan dengan kesihatan dan kebahagiaan (Raghavendra
& Lokesh, 2020). Mengikut Yatim & Sa’ari (2020), rohani yang lemah akan menyebabkan
berlakunya tekanan perasaan.

Seterusnya, kecergasan intelek seseorang individu berkait rapat dengan
kecergasan jasmani, emosi dan juga rohani. Menurut Kamus Dewan (2007), intelek
bermaksud kemampuan daya berfikir dan memahami atau menganalisis sesuatu perkara.
Individu yang memiliki mental yang sihat semestinya berupaya berfikir dan memahami
dengan jelas segala arahan, ilmu dan mampu bertindak dengan aktif. Berbeza pula dengan
individu yang mengalami kekurangan intelek atau kecacatan intelek mendapat kesan
sebaliknya terhadap diri mereka contohnya mereka akan menghadapi masalah
berkomunikasi, pergaulan, sukar belajar, kurang motivasi, bertindak di luar kawalan dan
sebagainya. Faznie (2020) telah membuat kajian terhadap pembelajaran semasa pandemik
COVID-19 dalam kalangan pelajar universiti yang mengikuti kelas secara maya.
Pembelajaran secara alam maya ketika pandemik telah memberi kesan kepada kesihatan
fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar. Pembelajaran sebegini memerlukan pelajar
berdepan dengan skrin komputer yang boleh merosakkan mata secara fizikal dan
kemudiannya secara emosi. Misalnya, pelajar mengalami simptom tekanan atau depresi.
Manakala menurut Abdullah (2021) pelajar terkesan secara emosi dan mental apabila rutin
harian mereka terganggu. Antara masalah kesihatan mental yang memberi kesan terhadap
pelajar adalah seperti tekanan, gangguan tidur dan kesihatan mental yang lain juga timbul
seperti kesunyian, kesedihan, Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dan konflik
interpersonal (Peng & Surat, 2021).

Penerangan di atas jelas menunjukkan terdapat keperluan untuk melihat sejauh
manakah tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelektual pelajar ACCA dan
ICAEW. Justeru, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecergasan
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di kalangan pelajar yang mengambil subjek
falsafah dan isu semasa. Hal ini bertepatan dengan matlamat FPK untuk melahirkan
pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Menurut Rosli et al. (2022), dalam usaha mewujudkan individu
yang berpegang teguh pada ajaran agama, mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
seharian dan mempunyai kepelbagaian kemahiran, perkara asas yang perlu dtitikberatkan
adalah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh itu, terdapat empat
aspek dalam pembangunan insan yang menjadi pegangan utama para pendidik yang
terkandung dalam FPK itu sendiri iaitu pembangunan jasmani, emosi, rohani dan juga
intelek. (Sabilan et al., 2018).

2. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dan dijalankan mengikut kaedah tinjauan. Kajian
ini bertujuan mengukur tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) pelajar
yang mengambil subjek falsafah dan isu semasa. Selain itu juga, kajian ini bertujuan
melihat skor min antara JERI bagi mewujudkan kesejahteraan diri pelajar. Borang soal
selidik dibangunkan dengan menggunakan Google Form. Penyelidik menyediakan soalan
ini dengan merujuk bab buku yang ditulis oleh Asma Lailee Mohd Noor dan Nur Azuki
Yusoff dalam Modul Falsafah dan Isu Semasa yang telah diterbitkan oleh Universiti
Malaysia Kelantan, cetakan ketiga 2022. Selepas soalan selesai disediakan, ia diedarkan
kepada responden menggunakan e-mel dan WhatsApp. Responden dikehendaki

127


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan setiap item yang diberikan.
Sebelum pengumpulan data, penyelidik terlebih dahulu merujuk soal selidik kepada pakar
untuk semakan rumusan soalan dan pembetulan tajuk.

Instrumen merupakan set soal selidik digunakan sebagai alat pengukur untuk
mengumpul data. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang disediakan
oleh pensyarah subjek falsafah dan isu semasa. Soal selidik ini terbahagi kepada 5
bahagian yang bermula daripada bahagian A hingga E. Bahagian A merupakan demografi
responden yang terdiri daripada pelajar ACCA dan ICAEW dari Sunway College, Kuala
Lumpur yang dibina untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan jantina,
bangsa, agama, semester, program dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Seterusnya, bahagian B mengandungi 7 soalan, bahagian C mengandungi 8 soalan,
bahagian D mengandungi 5 soalan dan bahagian E mengandungi 5 soalan. Kesemua
bahagian tersebut dibina untuk menilai kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelek
pelajar. Instrumen menggunakan skala likert persetujuan 1 hingga 5 di bahagian B, C, D
dan E seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Skala Likert SKALA

MAKLUM BALAS 1
2
SANGAT TIDAK SETUJU 3
TIDAK SETUJU 4
SEDERHANA 5
SETUJU
SANGAT SETUJU

Pengkaji menggunakan analisis secara deskriptif melibatkan nilai skor min untuk
menganalisis data-data yang telah diperoleh daripada instrumen soal selidik. Pentaksiran
skor min adalah berdasarkan pentaksiran Yaacob (2016) seperti Jadual 2 dengan tafsiran
min tahap kekuatan JERI pelajar yang mengambil kursus Falsafah Dan Isu Semasa.

Jadual 2: Tafsiran Nilai Skor Min Tahap
Rendah
Skor Min Sederhana
1.00 hingga 1.70
1.80 hingga 3.40 Tinggi
3.50 hingga 5.00

Kaedah persampelan dalam kajian ini ialah persampelan secara rawak. Populasi
sasaran merupakan pelajar-pelajar Sunway College yang mengikuti mata pelajaran umum
di General Studies Department bermula bulan Julai hingga Ogos pada tahun 2022 seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah. Sampel kajian ini ialah seramai 167 orang
pelajar di Sunway College yang mengikuti kelas secara dalam talian. Seramai 107 orang
daripada bilangan tersebut merupakan responden perempuan iaitu sebanyak 64.1%,

128


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

manakala responden lelaki sebanyak 35.9%. Bangsa yang terlibat ialah Melayu 61.7%,
diikuti Cina 21.6%, India 9.6%, Bumiputera Muslim 5.4%, Non-Muslim 1.2% dan lain-
lain 1%. (Jadual 3)

Jadual 3: Demografi Responden FREKUENSI PERATUS (%)

NO KATEGORI 107 64.1%
1 Jantina 60 35.9%
100%
Perempuan
Lelaki
Jumlah

2 Bangsa

Melayu 103 61.7%
21.6%
Cina 36 9.6%
5.4%
India 16 1.2%

Bumiputera Muslim 9 0.6%
100%
Non-Muslim 2

Bumiputera

Lain-lain 1

Jumlah

3 Agama

Islam 114 68.3%
15%
Buddha 25 7.7%
8.4%
Hindu 13 0.6%
100%
Kristian 14

Sikh 1

Jumlah

4 Semester

Semester 1 118 70.7%
26.9%
Semester 2 44 2.4%
100%
Semester 3 5
86.2%
Jumlah 13.8%
100%
5 Program

ACCA 143

ICAEW 24

Jumlah

6 Keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia
(SPM)

12A 2 1.2%
11A 5 3%
10A 15 9%
9A 43 25.7%
8A 38 22.7%
7A 21 12.6%
6A 19 11.4%
5A 11 6.6%

129


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

4A 5 3%
3A 4 2.4%
2A 4 2.4%
Jumlah 100%

Seterusnya, responden yang terlibat ialah pelajar di tahap ijazah. Responden yang
terlibat terdiri daripada dua program Sunway TES iaitu Association of Chartered Certified
Accountants (ACCA) dan The Institute of Chartered Accountants in England and Wales
(ICAEW). Pelajar daripada ACCA sebanyak 86.2% manakala ICAEW sebanyak 13.8%.
Latar belakang akademik bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) responden terdiri
daripada kalangan pelajar yang cemerlang. Responden yang mendapat 10A hingga 12A
adalah sebanyak 13.2%, diikuti 7A hingga 9A sebanyak 61%, 4A hingga 6A sebanyak
21% dan 2A hingga 3A sebanyak 4.8%. (Jadual 3)

3. DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada analisis yang dijalankan dalam Jadual 4 mendapati item 1 “Saya percaya
individu yang sihat tubuh badan dan sentiasa aktif disifatkan memiliki jasmani yang sihat”
mendapat skor min paling tinggi dengan bacaan (min = 4.5). Diikuti dengan item 6 “Saya
lebih suka hidup berdikari” mendapat skor min dengan bacaan (min = 4.14) dan item 4
“Saya selalu ingin mencuba perkara baharu tanpa rasa takut” mendapat skor min
sederhana iaitu dengan bacaan (min = 3.67). Secara keseluruhannya, tahap kekuatan
jasmani pelajar berada pada tahap tinggi iaitu dengan bacaan (min = 4.07).

Jadual 4: Kecergasan Jasmani Pelajar Skor Min Tahap
4.5 Tinggi
No Item
1 Saya percaya individu yang sihat tubuh badan 4.14 Tinggi
4.12 Tinggi
dan sentiasa aktif disifatkan memiliki jasmani
yang sihat. 4.07 Tinggi
2 Saya lebih suka hidup berdikari. 4.02 Tinggi
3 Saya berusaha meningkatkan produktiviti diri 4.00 Tinggi
untuk membina kekuatan dan keyakinan diri
untuk menjadi insan cemerlang. (Contoh: 3.67 Sederhana
pengurusan masa, fokus keutamaan, cara 4.07 Tinggi
kerja yang efektif dan sebagainya).
4 Saya mengasah bakat yang ada pada diri saya
supaya dapat meningkatkan keyakinan saya.
5 Saya suka bersenam/bersukan dan melakukan
aktiviti riadah.
6 Saya mempunyai kelebihan yang boleh
menyumbang kepada kesejahteraan diri,
keluarga dan masyarakat.
7 Saya selalu ingin mencuba perkara baharu
tanpa rasa takut.

Skor Min Keseluruhan

Jadual 5 menunjukkan bacaan dapatan skor min setiap skala untuk 8 item bagi tahap
kekuatan emosi pelajar ACCA dan ICAEW. Hasil daripada analisis deskriptif yang

130


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

ditunjukkan mendapati item 7 “Saya tidak membuang sampah di merata tempat dan saya
hanya membuang sampah di tempat yang disediakan sahaja” mendapat skor min tertinggi
iaitu dengan bacaan (min = 4.62). Diikuti dengan item 8 “Saya menghargai dan menjaga
alam semula jadi sebaiknya” mendapat skor min dengan bacaan (min = 4.55). Manakala
item 1 “Saya sentiasa tenang dalam setiap perkara yang saya dilakukan” mendapat skor
min paling rendah iaitu dengan bacaan (min = 3.85). Secara keseluruhannya, tahap
kekuatan emosi pelajar berada pada tahap tinggi iaitu dengan bacaan (min = 4.29).

Jadual 5: Kecergasan Emosi Pelajar Skor Min Tahap
4.62 Tinggi
No Item
4.55 Tinggi
1 Saya tidak membuang sampah di merata tempat 4.50 Tinggi
dan saya hanya membuang sampah di tempat
yang disediakan sahaja. 4.41 Tinggi

2 Saya menghargai dan menjaga alam semula 4.19 Tinggi
jadi sebaiknya.
4.19 Tinggi
3 Semangat perpaduan dan kekitaan sangat 4.07 Tinggi
penting kepada saya kerana menjadi teras 3.85 Tinggi
kepada keharmonian dan kebahagiaan negara. 4.29 Tinggi

4 Saya seorang yang penyayang dan saya mahu
menjadi manusia yang baik kepada semua
makhluk.

5 Saya mempunyai kawan daripada pelbagai
kaum dan saya suka berkomunikasi dengan
mereka.

6 Sayang sayang binatang dan saya mempunyai
binatang kesayangan.

7 Saya memastikan semua tindakan atau kerja
yang saya lakukan terkawal dengan baik.

8 Saya sentiasa tenang dalam setiap perkara yang
saya lakukan.
Skor Min Keseluruhan

Jadual 6: Kecergasan Rohani Pelajar Skor Min Tahap
4.71 Tinggi
No Item 4.58 Tinggi
1 Saya memahami dan mempercayai adanya 4.44 Tinggi

Tuhan. 4.31 Tinggi
2 Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki.
3 Saya mencari kebahagiaan dan ketenangan 4.10 Tinggi

hidup dengan berpegang teguh kepada agama 4.42 Tinggi
atau kepercayaan serta mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
4 Saya sentiasa melaksanakan tanggungjawab
seperti yang telah ditetapkan dalam
agama/kepercayaan saya.
5 Saya seorang yang sangat berdisiplin dalam
setiap perkara supaya saya mencapai apa yang
saya inginkan.

Skor Min Keseluruhan

Jadual 6 menunjukkan bacaan skor min bagi setiap item. Hasil analisis kajian mendapati
item 1 “Saya memahami dan mempercayai adanya Tuhan” mendapat skor min paling
tinggi dengan bacaan (min = 4.71), diikuti dengan item 3 “Saya bersyukur dengan apa

131


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

yang saya miliki” mendapat skor min dengan bacaan (min = 4.58). Secara keseluruhannya,
tahap kekuatan rohani pelajar berada pada tahap tinggi iaitu dengan bacaan (min = 4.42).

Jadual 7: Kecergasan Intelek Pelajar Skor Min Tahap
No Item 4.46 Tinggi
1 Saya suka berkongsi ilmu dengan kawan-kawan 4.40 Tinggi
saya. 4.21 Tinggi
2 Saya sentiasa belajar daripada kegagalan yang
pernah berlaku dalam hidup saya. 4.20 Tinggi
3 Saya suka membantu sebarang perbincangan 4.07 Tinggi
dengan mengeluarkan idea-idea baru yang
kreatif dan kritis. 4.26 Tinggi
4 Saya sangat minat membaca, menulis dan
mengira.
5 Saya sentiasa prihatin dengan mengambil tahu
isu-isu semasa yang berlaku dalam negara
mahupun antarabangsa.
Skor Min Keseluruhan

Jadual 7 di atas menunjukkan bacaan skor min setiap item bagi tahap kecergasan intelek
pelajar Sunway College. Hasil daripada analisis yang dijalankan, didapati item 3 “Saya
suka berkongsi ilmu dengan kawan-kawan saya” mendapat skor min paling tinggi dengan
bacaan (min = 4.46). Ini diikuti dengan item 2 “Saya sentiasa belajar daripada kegagalan
yang pernah berlaku dalam hidup saya” yang mendapat skor min dengan bacaan (min =

4.40). Secara keseluruhannya, tahap kekuatan rohani pelajar berada pada tahap tinggi iaitu

dengan bacaan (min = 4.26).

4. PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, data yang diperoleh menunjukkan bahawa skor min bagi tahap
kecergasan jasmani pelajar ACCA dan ICAEW adalah tinggi dengan (min=4.07). Kadar
peratusan yang tinggi sebenarnya menunjukkan pelajar sangat memahami keperluan
tubuh badan yang sihat dan aktif. Hal ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh
Chear, et al. (2018) terhadap 61 orang pelajar program Diploma daripada pelbagai bidang
yang mendaftar bagi kursus MPU2412 Sukan bagi tempoh pembelajaran selama 14
minggu antara Januari – Mei 2016 di sebuah universiti swasta. Hasil kajian mendapati
kadar kecenderungan yang menjelaskan pelajar mempunyai pengetahuan yang baik
bahawa aktiviti fizikal mempunyai peranan tersendiri untuk membentuk personaliti dan
keupayaan kognitif yang akhirnya mendorong kepada pencapaian akademik adalah tinggi
iaitu (4.42). Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Khim & Koh (2021) mendapati aspek
fizikal merupakan komponen yang banyak mempengaruhi tahap kesihatan dan merupakan
komponen yang sangat penting yang berkait rapat dengan tubuh badan seseorang serta
kebolehan melaksanakan sesuatu aktiviti dalam jangka masa yang panjang. Salah satu
aktiviti fizikal yang penting dan mudah dilaksanakan ialah aktiviti senaman. Berbeza pula
dengan hasil kajian tahap kecergasan yang dilakukan oleh Yusof, et al. (2021) kepada 406
orang pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) semasa pandemik COVID-19. Menurut
kajian beliau, tahap kecergasan pelajar semasa aktiviti fizikal mingguan pelajar KPM
berada dalam kategori tidak aktif sewaktu pandemik COVID-19 iaitu sebanyak 88.7%.
Hal ini menunjukkan tahap kecergasan fizikal pelajar ketika berlakunya pandemik adalah
sangat rendah. Kajian ini juga disokong oleh Talapko, et al. (2021) yang mengatakan
penurunan tahap kecergasan pelajar adalah disebabkan faktor penutupan pusat gimnasium

132


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

dan tempat kemudahan rekreasi semasa tempoh pandemik COVID-19 yang membawa
kepada peningkatan masalah kesihatan pelajar. Hakikatnya, kecergasan jasmani penting
bagi merangsang keupayaan kognitif ketika melalui proses pembelajaran serta
pembentukan personaliti seseorang pelajar.

Seterusnya, hasil kajian juga mendapati pelajar ACCA dan ICAEW aktif
melakukan aktiviti fizikal secara konsisten dan suka berdikari. Kedua-dua sifat ini
berupaya membentuk personaliti yang sihat. Dapatan ini disokong oleh kajian Ismail et
al. (2020) yang mendapati pelajar-pelajar yang aktif lebih mudah melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti kokurikulum misalnya pasukan pakaian beruniform, aktiviti rekreasi,
sukan, permainan dalaman dan sebagainya. Menurutnya lagi, aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di luar kelas dilihat mempunyai kesan positif kepada para pelajar. Hal ini
demikian kerana proses pembelajaran kokurikulum itu dapat mengukuhkan pemahaman
pelajar terhadap aktiviti rutin yang dilakukan secara praktikal (Ismail et al., 2022). Selain
itu, pelajar yang suka berfikir dan yakin dengan kebolehan pembelajaran mereka telah
membuktikan bahawa mereka pelajar yang gemar berdikari. Kajian ini disokong oleh
Subramaniam et al. (2021) terhadap 242 orang pelajar mengenai tahap gaya pembelajaran
pelajar Universiti Swasta bagi Bahasa Kebangsaan yang telah menyenaraikan sifat pelajar
yang gemar berdikari antaranya suka berkongsi idea, mempunyai bakat dan suka
bekerjasama dalam kumpulan. Justeru, kehidupan berdikari mempunyai kaitan dengan
kecergasan jasmani pelajar.

Selain itu, hasil kajian ini mendapati sikap untuk mencuba perkara baharu tanpa
rasa takut mencatatkan skor min sederhana iaitu (min=3.67). Hal ini demikian
berkemungkinan kerana majoriti responden merupakan pelajar semester 1 yang masih
berusaha menyesuaikan diri di tempat pengajian baharu. Situasi tersebut menyebabkan
mereka merasa takut untuk mencuba perkara baharu yang berada di persekitaran mereka.
Kajian ini disokong oleh Saidon et al. (2020) yang menyatakan bahawa pelajar akan
menghadapi perasaan yang bercampur baur seperti gembira, teruja, gelisah, gusar dan
takut apabila ditawarkan dan diterima masuk ke kolej atau universiti. Pada semester
pertama, mereka akan merasa tertekan dan banyak penyesuaian yang perlu dilalui. Pelajar
perlu menyesuaikan dan membiasakan diri dengan persekitaran baharu. Selain itu, kajian
yang dilakukan oleh Syafini & Embong (2020) mengatakan salah satu punca kesukaran
pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu adalah disebabkan faktor dialek tempatan.
Keadaan tersebut menyebabkan pelajar mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah
ketika proses pembelajaran dalam kelas. Kajian ini turut disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Mohammad (2012) yang mendapati pelajar yang menggunakan dialek
negeri sendiri dalam kemahiran komunikasi akan mempunyai tahap keyakinan yang
rendah khususnya bagi aktiviti yang melibatkan pengucapan awam dan kemahiran
komunikasi. Hal ini berlaku kerana mereka kurang mahir dalam penukaran kod bahasa
dan sukar untuk menyingkirkan lenggok dialek mereka sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

Seterusnya, hasil kajian bagi kecergasan emosi dalam kalangan pelajar ACCA dan
ICAEW turut mencatatkan skor min yang tinggi iaitu (min=4.29). Nilai tersebut
dibuktikan dengan pandangan positif pelajar yang berupaya menjadi warganegara yang
baik dalam aspek kepentingan kebersihan seperti tidak membuang sampah di merata
tempat. Selain itu, pelajar juga mempunyai pandangan yang positif untuk menjaga dan
mengawal emosi bagi kesejahteraan diri dan persekitaran. Dapatan ini disokong oleh
Satyowati (2010) yang mengatakan kecerdasan emosi adalah keupayaan untuk memantau
dan mengawal perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan tersebut untuk

133


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

membimbing pemikiran dan tindakan. Manakala kajian Ahmad et al. (2019) yang
dijalankan terhadap 100 orang pelajar cemerlang dari aspek akademik meliputi pelajar
lelaki dan perempuan dari pelbagai etnik untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan emosi
pelajar dalam aktiviti masa senggang menunjukkan skor min yang tinggi iaitu sebanyak
4.3. Kajian ini membuktikan pelajar cemerlang di kolej matrikulasi mempunyai
kesejahteraan emosi. Manakala seseorang yang tidak pandai untuk mengawal dan
mengatur emosi akan berada dalam situasi yang negatif dan tidak sihat (Surin & Surat,
2021).

Selain itu, elemen kecergasan emosi pelajar ACCA dan ICAEW dapat juga dilihat
dengan pandangan positif mereka mengenai semangat perpaduan dan kekitaan yang tinggi
terhadap keharmonian negara. Catatan skor min yang tinggi iaitu (min=4.50)
menunjukkan pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan memahami kepentingan
perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Kajian ini disokong oleh Johar
et al. (2021) yang menjelaskan belia yang positif dapat berdiri sebagai warganegara yang
padu jati diri, teguh berprinsip dan berani menghadapi dunia persaingan, serta menangani
segala cabaran dengan bijak. Kecerdasan emosi yang utuh dalam kalangan belia dapat
merealisasikan harapan negara dalam usaha mewujudkan modal insan yang berjiwa dan
berminda kelas pertama, seiring dengan pembentukan negara yang stabil dan aman (Johar
et al., 2021). Pandangan ini disokong oleh Beljanski et al. (2018) yang merumuskan
identiti kebangsaan adalah komponen identiti sosial merangkumi konsep kendiri berpunca
daripada kesedaran emosi seseorang individu tentang kepentingan mereka terhadap
masyarakat dan negara. Justeru, jelaslah seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, kecergasan emosi mampu melahirkan insan yang berfungsi
sebagai bangsa Malaysia iaitu mempunyai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual.

Seterusnya, elemen ketiga bagi mengukur tahap kecergasan emosi pelajar ACCA
dan ICAEW mendapati mereka sentiasa tenang dalam setiap tindakan yang dilakukan.
Mereka juga mampu mengawal emosi, memiliki pegangan agama dan mengamalkan nilai-
nilai murni yang baik dalam kehidupan mereka. Hal ini akan mempengaruhi setiap
tindakan yang dilakukan. Hasil kajian ini disokong oleh Johar et al. (2021) yang
menjelaskan, orang yang beragama akan mempunyai keupayaan mengawal emosi dan
melahirkan nilai-nilai murni seperti sabar dan tenang. Nilai-nilai itu yang seharusnya
dipupuk sedari kecil akan membolehkan mereka terbiasa dengan amalan bertenang dan
tabah dalam menghadapi apa juga cabaran yang melanda. Manakala menurut Pototska et
al. (2021), ketahanan emosi adalah salah satu tindakan yang paling penting bagi seseorang
graduan institusi pendidikan tinggi kerana ketahanan emosi akan menentukan keupayaan
dirinya untuk menyesuaikan diri dalam bidang yang dipilih. Pada masa yang sama, tahap
ketahanan emosi yang tinggi baik untuk pelajar dan menyumbang kepada pemeliharaan
kesihatan mental.

Manakala bagi skor min keseluruhan, tahap kekuatan rohani responden
mencatatkan skor min yang tinggi iaitu (min=4.42). Nilai yang tinggi tersebut
menunjukkan pelajar ACCA dan ICAEW memiliki penghayatan agama yang tinggi dan
telah mempengaruhi peribadi mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari aspek
sahsiah dan akademik. Kajian ini disokong oleh Wajar et al. (2022) yang telah
menjalankan kajian terhadap 460 orang pelajar ijazah sarjana muda dari Universiti
Malaysia Pahang. Hasil tinjauan beliau mendapati kesihatan mental mempunyai hubungan
dengan kecerdasan spiritual iaitu (r=0.568, p<0.01). Selain itu, analisis korelasi mendapati
kecerdasan spiritual mempunyai hubungan yang positif, linear dan signifikan dengan

134


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

kebahagiaan hidup dan ini membuktikan bahawa kecerdasan spiritual mempunyai
pengaruh yang positif dan kuat ke atas kebahagiaan hidup. Seterusnya, kajian yang
dilakukan oleh Sabil et al. (2021) yang melibatkan pelajar daripada tujuh program di
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia mendapati program tersebut
berupaya melahirkan pelajar universiti yang seimbang serta harmoni dari segi intelek,
rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Hal
ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan keseimbangan
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Selain itu, Aziz et al. (2021) pula menjelaskan
anggota tentera yang berkualiti memerlukan satu pengisian yang holistik dan bersepadu
dari aspek rohani selain fizikal, mental dan intelek. Menurutnya lagi, kekuatan rohani
menjamin wujudnya daya tempur rohani (spiritual combat power) operasi dan latihan dan
sekali gus menjadi benteng yang amat kukuh dan padu. Oleh itu, amalan yang melibatkan
kekuatan kerohanian sangat penting bagi pemantapan diri serta akan mengelakkan diri
pelajar daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti pergaulan bebas, merokok dan
banyak lagi.

Seterusnya, tahap kekuatan rohani yang tinggi juga turut dibuktikan dengan rasa
bersyukur dengan apa yang dimiliki oleh pelajar-pelajar Sunway College. Hal ini
menunjukkan pelajar ACCA dan ICAEW memahami dan menghayati dengan sebaiknya
pegangan agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kajian Bergmann et al. (2019)
terhadap 68 orang pelajar perubatan mendapati mereka merasa bersyukur kerana mereka
memiliki kesihatan yang baik berbanding kebanyakan pesakit yang mereka rawati yang
menderita masalah kesihatan. Pengalaman yang mereka dapati mampu menyumbang
kepada kesedaran diri akan pentingnya tubuh badan yang sihat. Selain itu, menurut
Mustaza et al. (2021), kesyukuran berkait dengan respons emosi pelajar apabila dapat
melanjutkan pendidikan di peringkat tertinggi, mendapat bantuan dan sokongan daripada
rakan sekelas dan peluang untuk mempelajari ilmu baharu. Berdasarkan kajian personaliti
Grit dan kesejahteraan yang dijalankan oleh Mustaza et al. (2021) terhadap 378 orang
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), peningkatan tahap kesejahteraan pelajar
UKM adalah disebabkan kemampuan pelajar untuk meningkatkan pengalaman positif
dalam pembelajaran melalui reaksi tingkah laku bersyukur, yakin serta berasa puas
terhadap pengalaman pembelajaran.

Hasil kajian seterusnya yang memfokuskan kecergasan intelek pelajar ACCA dan
ICAEW telah mencatatkan skor min keseluruhan yang tinggi iaitu (min=4.26). Nilai skor
min yang tinggi tersebut dapat dibuktikan dengan kecemerlangan mereka dalam
pendidikan, misalnya mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Manakala gaya hidup pelajar cemerlang ini membuktikan wujudnya keseimbangan dari
sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan menyebabkan mereka mempunyai motivasi yang
tinggi untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Kajian ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Shukor et al. (2020) terhadap 120 orang responden yang terdiri daripada
pelajar sebuah sekolah di Negeri Johor mengenai gaya pembelajaran dan motivasi calon
SPM. Hasil kajian mereka mendapati tahap motivasi pelajar adalah tinggi. Motivasi dalam
pembelajaran merupakan kekuatan, dorongan, keperluan, semangat, tekanan, atau
mekanisma psikologis yang mendorong seseorang atau sekumpulan individu untuk
mencapai prestasi sesuatu perkara sesuai dengan apa yang dikehendaki khususnya yang
berkait dengan pembelajaran. Seterusnya, kajian turut disokong oleh Husin et al. (2021)
yang mengatakan ciri-ciri pelajar remaja yang cemerlang ialah pelajar yang memiliki
kemahiran, etika, kerohanian, serta sahsiah yang positif. Kemahiran yang cemerlang
adalah kemahiran berfikir aras tinggi antaranya kemahiran literasi, kemahiran numerasi,

135


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

kemahiran bahasa, serta kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran komunikasi dan
kepimpinan (Husin, et al. 2021).

Seterusnya, kecergasan intelek pelajar ACCA dan ICAEW juga dinilai dari sikap
suka berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dengan catatan skor min 4.46. Nilai yang tinggi
tersebut membuktikan bahawa aktiviti perkongsian ilmu antara pelajar berlaku dengan
baik. Dapatan ini disokong oleh kajian Hamzah & Nasri (2020) mengenai pembelajaran
koperatif yang merupakan salah satu kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang
menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Kaedah ini menjadikan murid saling
bekerjasama dalam menuntut ilmu seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih
menarik. Kajian mereka terhadap 227 orang murid mendapati perkongsian ilmu dalam
pembelajaran berkumpulan memperoleh skor min tinggi iaitu (min=4.43). Menurut
mereka lagi, tahap prestasi murid yang berbeza membuatkan mereka saling bekerjasama
dan bergantung secara positif untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Rasa
tanggungjawab bukan hanya pada diri sendiri malah murid turut bertanggungjawab
terhadap proses pembelajaran rakan sebaya mereka (Hamzah & Nasri, 2020). Seterusnya,
kajian yang dilakukan oleh Rashid et al. (2021) mendapati elemen kolaborasi mencatatkan
skor min yang tinggi iaitu (min=4.50). Menurutnya, perkongsian ilmu boleh berlaku
menerusi teknologi digital kerana pelajar dapat meningkatkan kualiti pengalaman
pembelajaran melalui kolaborasi sesama pensyarah mahupun rakan mereka. Walaupun
pelajar tidak dapat berjumpa secara bersemuka, mereka masih boleh berkongsi ilmu
mahupun pandangan secara atas talian.

5. KESIMPULAN

Hasil kajian ini secara tidak langsung telah mencapai objektif kajian untuk mengenal
pasti tahap kecergasan JERI dalam kalangan pelajar ACCA dan ICAEW. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian mengenai tahap kekuatan JERI dalam kalangan pelajar
yang mengambil subjek Falsafah dan Isu Semasa di Sunway College berada pada tahap
yang tinggi. Pelajar-pelajar ini memiliki kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelektual
yang tinggi. Mereka bukan sahaja memahami malah menghayati setiap item yang dikaji.
Hal ini membuktikan bahawa semua pelajar memiliki kesedaran yang tinggi dalam
mengaplikasikan amalan JERI dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, pelajar
sewajarnya mengambil berat akan kepentingan kekuatan emosi dan sentiasa
mempraktikkannya untuk kegunaan masa depan dan melangkah ke alam pekerjaan.

Kekuatan intelek didapati perlu diberi perhatian terutamanya bagi golongan
pelajar kerana kekuatan ini menyumbang kepada kecemerlangan diri dalam pembelajaran
serta berkemampuan membina jati diri yang kuat. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui
pembelajaran subjek falsafah dan isu semasa kerana pelajar turut diberi pendedahan
mengenai FPK yang diperlukan oleh semua pelajar. Dapatan kajian ini amat penting untuk
dijadikan rujukan khususnya kepada pengkaji untuk meluaskan lagi kajian tentang
kecergasan JERI terutamanya dalam kalangan pelajar bagi membentuk golongan muda
yang yang sihat, aktif, berakhlak mulia dan menjadi manusia yang cemerlang dalam hidup.
Oleh itu, pemahaman dan penghayatan mengenai JERI perlu ditekankan oleh para
pendidik untuk melahirkan pelajar yang seimbang yang memacu kepada kejayaan
individu, agama, bangsa dan negara.

136


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

6. RUJUKAN

Shukor, N. S. A, & Masroom, M. N. (2020). Gaya pembelajaran dan motivasi dalam kalangan
calon SPM di sebuah sekolah menengah agama di negeri Johor. Jurnal
Kemanusiaan, 18(2), 77-90

Ahmad, Z., Ahmad, A. R., & Awang, M. M. (2019). Kajian kolerasi kesejahteraan emosi pelajar
cemerlang: Signifikasi positif aktiviti senggang. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Journal (JSASS), 6(1), 130-143.

Awang, N. C., & Tayeb, A. (2022). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan konsep
kewarganegaraan inklusif: Antara normatif dan realiti suatu kajian
komprehensif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), 1-
17

Aziz, A. A., Mamat, M. N., & Salleh, D. M. (2021) Keberkesanan Modul Jeri Dalam Kalangan
Anggota Angkatan Tentera Malaysia Menggunakan Model Pengukuran Rasch.
Conference on International Union For Muslim Scholars In Socio-Politics (CIMS 21).

Beljanski, M. B., Šimonji-Černak, R. J., & Karikova, S. (2018). National identity of students of
faculties of education in Serbia and Slovakia. Sociološki pregled, 52(3), 960-984.

Bergmann, C., Muth, T., & Loerbroks, A. (2019). Medical students’ perceptions of stress due to
academic studies and its interrelationships with other domains of life: a qualitative
study. Medical education online, 24(1), 1-10

Chear, S. L. S., Mohd, M. I., & Hamzah, S. H. (2018). Kepentingan aktiviti fizikal dalam
membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik. Jurnal Sains Sukan &
Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33.

Datu, J. A. D., King, R. B., Valdez, J. P. M., & Eala, M. S. M. (2019). Grit is associated with
lower depression via meaning in life among Filipino high school students. Youth &
Society, 51(6), 865-876.

Frijda, N.H. (1993). Moods, Emotion Episodes and Emotions. New York: Guilford Press. pp.
381-403.

Halim, H., Idang, J., Ee, G. T., Halik, M., & Sharif, S. (2020). Tinjauan perspektif guru terhadap
kepentingan pembelajaran sosio-emosi dalam meningkatkan kompetensi sosio-emosi
pelajar sekolah rendah di Sabah. Journal of Advanced Research in Social and
Behavioural Sciences, 18(1), 1-11.

Hamzah, U. S., & Nasri, N. M. (2020) Persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris sekolah rendah, International Journal of Modern
Education, 2(7), 128-140

Husin, M. R., Hassan, N. M., Sheng, V. Y. Z., Tormizi, A. S. M., Zulkapli, N. S. A., George,
M., & Adampai, C. S. (2021). Perspektif guru terhadap pembelajaran pelajar
remaja. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(1), 40-49.

Ibrahim, N., Jaafar, A. B., Ibrahim, R. A., Ahmad, W. A. B. W., Zahari, S. Z. B. M., & Jusoh,
M. K. A. B (2022) The role of emotional intelligence: improving personality quality and
decision-making style among university students. International Journal of Early
Childhood, 14(3), 2-14

Ismail, A. M., Osman, Z., & Mokhtar, A. E. (2020). Aktiviti kokurikulum di sekolah swasta
terpilih melahirkan pelajar berdikari–analisis kualitatif. Borneo International Journal
eISSN 2636-9826, 3(2), 1-5.

Ismail, M. N. I., Ismail, E., & Razak, M. R. A. (2020). Hubungan antara kecergasan, aktiviti
fizikal, dan kesihatan murid felda di Lahad Datu Sabah. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1),
148-155.

Johar, S. S., Panatik, S. A., & Ibrahim, R. Z. A. R. (2021). Transformasi ketahanan kecerdasan
emosi dalam psikologi dan tingkah laku belia. Human Sustainability Procedia, 1(2), 57-
66.

Johar, S. S., Suhaimy, K. A. M., Halim, H., Ani, F., Halim, K. H. K., Abdullah, M. H., & Saleh,
A. N. (2022). Pengaruh kecerdasan emosi ke atas tingkah laku politik mahasiswa belia

137


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

melalui modul pengajaran dan pembelajaran. Research and Innovation in Technical and
Vocational Education and Training, 2(1), 59-66.
Khim, L. S., & Koh, D. (2021). Aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan murid
sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 261-268.
Kimpa, V. A., & Salamuddin, N. B. (2022). Hubungan antara penglibatan sukan dan akademik
atlet sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 7(3), e001385-e001385.
Mohammad. M. (2012). Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar bahasa Arab di Jakarta
(Doctoral dissertation, University of Malaya).
Sabil Md, A., Jamian, A. R., Othman, S., Said, R. R., Sulaiman, T., & Aminuddin, Z. N. (2021).
Penerapan kemahiran insaniah bagi domain afektif kemahiran komunikasi, sepanjang
hayat, sosial dan kepimpinan untuk kemenjadian siswa universiti. PENDETA: Journal
of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 105-119.
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.8.2021
Mustaza, M. S. A., & Kutty, F. M. (2021). Personaliti grit dan kesejahteraan subjektif pelajar
universiti. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 129-
142.
Peng, S. M., & Surat, S. (2021). Kajian tinjauan sistematik: Pandemik Covid-19: Impak terhadap
kesihatan mental pelajar. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies
and Education, 1(2), 98-108.
Pototska, I., Rysynets, T., Loiko, L., & Loiko, Y. (2021). The impact of social isolation on the
emotional state of students. Norwegian Journal of development of International Science,
65-69.
Raghavendra, N., & Lokesh, K. C. (2020). Assessment of spiritual health and its relation with
perceived stress among medical students. A cross-sectional study. International Journal
of Advanced Community Medicine, 3(1), 34-37.
Rashid, N. A., Said, M. N. H. M., & Abdullah, Z. (2021). Persepsi penerimaan pelajar
pascasiswazah UTM terhadap pendekatan heutagogi dalam pembelajaran. Innovative
Teaching and Learning Journal, 5(1), 31-48.
Rosli, S., Mahmud, S. F., & Azni, M. E. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dalam membangunkan modal insan bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1),
86-103.
Sabilan, S., Mohamed Lip, S., Ishak, M. F., Zdainal Abidin, S., & Sulaiman, S. H. (2018).
Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). International Conference on Moslem Society, 1–13.
Saidon, N. H., Zaini, M. I. A., Sukry, M. A. A., & Ishar, M. I. M. (2020). Amalan kemahiran
penyesuaian dalam kalangan pelajar universiti: Suatu pemerhatian awal. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 76-81.
Setyowati, A. (2010). Hubungan antara kecerdasan emosional dengan resiliensi pada siswa
penghuni rumah damai. Jurnal Psikologi Undip, 7(1), 67-76.
Subramaniam, J. M., Osman, Z., Sarudin, A., & Redzwan, H. F. M. (2021). Tahap gaya
pembelajaran pelajar universiti swasta bagi bahasa kebangsaan berdasarkan model
Grasha-Riechmann yang diperluas. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 9(4), 7-14.
Surin, M. P., & Surat, S. (2021). Hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik
pelajar sarjana. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8),
236-248.
Syafini, A., & Embong, Z. (2020). Pengaruh dialek dalam komunikasi terhadap tahap keyakinan
diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. International Online Journal of
Language, Communication, and Humanities, 3(1), 26-40.

138


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

Talapko, J., Perić, I., Vulić, P., Pustijanac, E., Jukić, M., Bekić, S., ... & Škrlec, I. (2021, June).
Mental health and physical activity in health-related university students during the
COVID-19 pandemic. In Healthcare, 9 (7), 801

Wajar, M. S. A. B. M., & Hamzah, R. (2020). Model kebahagiaan hidup pelajar universiti
berdasarkan faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 17-32.

Wajar, M. S. A. M., Hamzah, R., Mohamad, A. M., & Andin, C. (2022). The influences of mental
health and spiritual intelligence towards well-being and academic performance.
International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 7 (1), 10 –
21

White, J., & Mills, D. J. (2014). Examining attitudes towards and usage of smartphone
technology among Japanese University students studying EFL. CALL-EJ, 15(2), 1-15.

Yaacob, Y. (2016). Kajian Faktor Kejayaan dan Pencapaian Usahawan Muslim di Malaysia.
Tesis PhD. Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, [Disertasi
kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.

Yatim, S. S., & Sa’ari, C. Z. (2020). Kaedah penyelesaian masalah kerohanian dalam pendidikan
anak menurut Abdullah Nasih Ulwan [Solution Methods Spiritual Problems in
Children's Education According to Abdullah Nasih Ulwan]. BITARA International
Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 3(1), 130-
144.

Yusof, S., Razak, M. R. A., & Ismail, E. (2021). Hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal
dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar
Kolej Profesional MARA. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 38-45.

139


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

A Study on Teacher’s Attitude towards Information and
Communication Technology Usage in Teaching and Classroom

Practices

Sabariah Mohd Farouk
General Studies Department, Seberang Perai Polytechnic, Penang, Malaysia

Email of corresponding author on: [email protected]

ABSTRACT

The introduction of ICT has brought in many changes in the traditional classroom concept. In line
with the current trend of invoking more widespread use of ICT in classrooms in Malaysia, this
paper attempts to investigate the Seberang Perai Polytechnic’s (PSP) lecturers’ attitudes towards
ICT use. The study also attempted to identify the difference between the level of ICT usage based
on gender and age, the lecturers’ perception towards ICT usage and the barriers faced by the
lecturers. This study was a quantitative study using the descriptive survey approach. The total
number of participants was 100 PSP lecturers and data collection involved the use of
questionnaires. Respondents were randomly selected from six departments namely Commerce,
Electrical Engineering, Information and Communication Technology (ICT), Mechanical
Engineering, Mathematics and Science and General Studies took part in the survey. Data obtained
were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS). The results showed that
lecturers’ attitude towards ICT in teaching and classroom practices were positive. Majority of the
lecturers responded on the usage of ICT were easy to use, they never encountered any problems
which may demotivate them in using the ICT in classroom and the level of barriers that the
lecturers faced when using ICT in classroom was low compared to the traditional method of
teaching.

Keywords: ICT, ICT usage, classroom practices, computer-literate, performance

1. INTRODUCTION

1.1 Introduction

The use of technology in education has been capturing the interests for a fairly
long time. Quite a few countries have launched new projects to familiarize students in
using technology in education. Moreover, great number of schools in Malaysia have
adapted to the usage of Information and Communication Technology (ICT) in teaching
and classroom practices. Schools have computer labs, Internet access, tablets are provided
for free, and recently, with the Ministry’s initiative, Google Malaysia have provided free
notebooks and free Google Application to 10, 000 schools across Malaysia to be used by
teachers, students and parents to enhance technology in education.

The National Educational Technology Standards (NETS) published by the
International Society for Technology in Education (ISTE) set out objectives for educators
and students to be proficient and develop positive attitudes towards technology by using
technology in the classroom to help students to learn effectively, and live productively in
today’s increasingly digital society. In other words, ICT had proved to be an effective tool
for educational purposes, although it has extended and transformed the way students learn

140


e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan Siri 2 – Tahun 2022
eISBN: 978-967-5492-79-2

and teachers teach. Thus, the purpose of this article is to investigate teachers’ attitude
towards Information and Communication Technology usage in teaching and classroom
practices.

1.2 Background of the Study

Although Malaysia has a long history of bringing technology into the classrooms, research
findings indicated that teachers were not optimizing on what technology has to offer. ICT
usage level among teachers is found to be still quite low (Norizan and Salleh-Huddin,
1997). Factors considered as barriers to teachers integrating ICT in their teaching include
lack of knowledge, negative attitude, perception and beliefs (Dusick, 1998), age, gender
and experience in using ICT (Wong, 2002), little experience in ICT training, limited
access to computer, and lack of support (Norizan Abdul Razak, 2003).

Undoubtedly, huge amount of money was spent on buying equipment for
computer laboratories and organizing ICT training courses for teachers. Therefore, the
teachers’ perception is certainly important for a successful usage of the technology
(Carlson and Gadio, 2003).

Looking at the background of study at the Seberang Perai Polytechnic (PSP), the
norm of academic lecturers estimation were around 500-700 staffs. The academic lecturers
were then divided into six major departments which were Commerce, Mechanical
Engineering, Electrical Engineering, Mathematics and Science, General Studies and
Information and Communication Technology Department. The range of lecturers’ age
were between 25 to 60 years old. In this modern era, it is a great challenge for lecturers to
deal with young adults in the age range of 19-25 years old. Besides that, the norm of
students studying in polytechnic were around 1000 – 1400 students from all over
Malaysia.

The Seberang Perai Polytechnic has been providing the latest ICT facilities
throughout the whole campus since 2011. The polytechnic has up-to-date language labs
and technical labs which provides full technical facilities such as computers with Internet
access, projectors, speakers, and even smart boards.

1.3 Objectives of the Study

The barriers that are related to the teachers’ implementation of ICT in classrooms
according to British Educational Communications and Technology Agency (BECTA,
2004) include lack of time, lack of confidence, and resistance to change while the barriers
that are related to institution such as lack of effective training, technical problems and lack
of access to resources are categorized under the school-level group.

Therefore, the aim of the study was to find the answer to the following research
questions:

1. Is there any significant difference in ICT usage among PSP lecturers in terms of
gender and teaching experiences?

2. What is the level of ICT usage among PSP lecturers?
3. What are the barriers that the lecturers faced when using ICT in the classrooms?

141


Click to View FlipBook Version