The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2021-01-31 07:48:44

DIARI MAT KATERE

DIARI MAT KATERE

Keywords: MAT KATERE

DIARI MAT KATERER

DIARI

MAT KATERER

WEB SUTERA

2

WEB SUTERA

Diterbitkan oleh:
Hizamnuddin bin Awang
No. 115, Jalan Kayangan 2
Taman Kayangan, Pelangi Heights
71700 Mantin
Negeri Sembilan.

Facebook: websutera / NovelisWebSutera
Instagram: websutera
Twitter: Websutera
suteranovel.blogspot.com
buanadunia.blogspot.com

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam
apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman, dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik
hak cipta terlebih dahulu.

Terbitan: Mac 2019
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Web Sutera
DIARI MAT KATERER / WEB SUTERA

eISBN 978-967-16922-0-2

3

DIARI MAT KATERER

Prakata

Aku nekad! Bukan belasah, tapi nekad dalam hajat agar kau

orang mengerti. Semoga kau orang tahu, yang aku bukan main
terjah bagai tenuk menyondol atau lebih dahsyat persis babi
menerkam lurus tanpa sempat mengelak batang tembesu dalam
hutan.

Ini kisah aku; Diari Mat Katerer. Kau orang boleh kata
apa sahaja – kisah harian seorang aku sebagai Mat Katerer;
cerita jatuh bangun aku dalam bisnes; kisah suka duka ... atau
apa sahaja. Yang penting ialah doa aku supaya kau orang faham
satu perkara. Usaha tanpa doa adalah sia-sia atau sekadar dapat
duit, tapi tak faham hikmah di sebaliknya.

“Aku menulis bukan kerana nama! Tapi kerana kasih ...
.”

Kau orang pernah dengar ungkapan itu? Sebaris lirik
lagu daaa. Dalam maknanya. Salah satunya ialah kita boleh
ambil peringatan yang nama itu, ya penting. Tapi apa ada pada
nama? Andai nama saja cantik, tapi akhlak tak dijaga ...

4

WEB SUTERA

hampeh! Andai bisnes maju (kononnya!), tapi banyak unsur
rasuah ... hampeh! Dosa dan pahala tidak bercampur wei!
Minyak dan air ... molekul tak sama, jadi mana boleh menyatu!

Sama juga ... bisnes halal, tapi duit kita guna untuk
benda haram, seperti berpoya-poya, mabuk-mabuk, masuk bar
keluar bar, main perempuan. Apa guna itu semua? Rezeki halal,
kemudian dibelanjakan pada jalan haram. HAMPEH terus!

Dalam berbisnes, seperti kehidupan, kita kena adil dan
ihsan. Adil ibarat modal manakala ihsan ibarat untung. Ambil
contoh, seorang usahawan guna modal RM5,000.00 bagi
berniaga. Kemudian dalam satu tempoh, katakan dalam lima
bulan, dia mendapat kembali RM5,000.00 itu. Orang itu boleh
dikatakan tidak bijak berniaga. Dia tidak rugi (mungkin) dan
tidak pula untung.

Orang yang pandai berniaga, bukan sahaja mendapat
balik modal, malahan beroleh untung juga. Apabila kita
melaksanakan keadilan tanpa ihsan, bermakna bisnes kita
memperoleh modal balik, tanpa untung.

Muslim yang bijak ialah mendapat kedua-duanya, yakni
modal dan untung dalam satu tempoh tertentu. Harus diingat,
untung bukan setakat wang ringgit dan harta, tapi yang lebih
utama ialah berkat. Berkat ialah keuntungan dari Allah yang

5

DIARI MAT KATERER

memiliki semua kekuatan dan keagungan. Tanpa pemberian
hikmah dan kasih sayang Allah, modal dapat tapi untung
tercecer.

Akhirnya kita rugi. Di dunia, rugi dikira kegagalan. Tapi
di akhirat, rugi cinta dan redha Allah ... kita terseksa dan celaka!

Ini kisah aku, kisah kita (mungkin). Ingin aku bawa kau
orang ke dunia aku, agar dimengerti bahawa kita kena berusaha,
kemudian berdoa dan bertawakal. Kita ada Allah, justeru hanya
pada-Nya semua usaha dan kehidupan ini.

DIARI MAT KATERER.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Web Sutera
Teratak tak berapa buruk
Kg. Pandan Dalam
Kuala Lumpur.

6

WEB SUTERA

ENTRI 1

Ramai yang bertanya, dan kalian juga mungkin mahu

bertanya. “Sudah berapa lama Mat Katerer berkecimbung dalam
bisnes katering ini?” dan “Tidak takut dengan persaingan?”

Tidak berapa lama sangat atau mungkin orang akan
katakan lamalah juga. Enam tahun. Mulanya cuak juga,
maklumlah bidang baharu, tambahan pula aku bukan datangnya
dari keluarga berbisnes. Namun orang tua kata, “Untung sabut
timbul. Usahakanlah.”

Ya, enam tahun satu tempoh yang mematangkan aku
sebagai usahawan yang berhasrat tinggi. Aku mengaku yang aku
beruntung punyai seorang cef yang bijak dan turut berwawasan
besar.

Okey, soal persaingan. Jawapan aku mudah sahaja. Aku
tidak melihat soal bersaing dalam lestarikan bisnes. Apa yang
aku fikir ialah sama-sama mengapai impian. Sama-sama
mengenali di kalangan pemain industri. Bukan bersaing secara

7

DIARI MAT KATERER

tidak sihat, bahkan aku ambil sikap sama-sama kecapi rezeki
anugerah Allah.

Teringat bila seorang sahabat bertanya dengan agak
terkejut, “Kau biar betul! Mahu ceburi bisnes katering? Kau
bukan ada pengalaman. Modal? Staf dan sokongan?”

Aku menjawab, “Kalau tidak mulakan, mana boleh
timba pengalaman? Aku cuba dan usahakan. Insya-Allah, andai
itu rezeki aku, tidak akan ke mana.”

Aku bekerja di MIMOS Berhad dan JARING
Communications Sdn. Bhd. selama sebelas tahun. Sepanjang
kerjaya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan
pahit, masa gemilang dan menurun. Aku mulakan tugas di
MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas
merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan dan
penerbitan. Apabila JARING dikomersilkan, aku bertukar tugas
sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan teks-
teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan penjenamaan.

Selepas itu aku bertugas sebagai Associate Editor bagi
majalah internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine.
Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, aku ditugaskan
pula mengendalikan versi dalam talian (versi internet

8

WEB SUTERA

sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga
tamat.

Jawatan terakhir aku ialah ketua unit bagi salah satu unit
dalam bahagian Komunikasi Jenama dan Pemasaran.

Kalian akan katakan, mungkin, “Erm .. memang
pengalaman kau bukan dalam bidang katering.”

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Tenggelam, tapi ada saluran pernafasan.

Semasa menjual nasi lemak di tiga lokasi secara gerai
pacak menggunakan payung dan meja mudah alih, aku mulai
mendapat pesanan menghantar kuih-muih dan makanan pagi
untuk sesi mesyuarat. Tidak banyak, hanya sekitar RM60 –
RM80 sehari. Tidak kerap juga. Seingat aku seminggu satu kali,
paling kurang. Lokasinya di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Jadi, terdapat pelbagai jenis katering. Ada tertumpu pada
masakan sahaja, atau hanya menerima tempahan kuih sahaja,
tanpa melibatkan penghantaran atau penyajian di premis klien
yang memesan. Ada bisnes katering yang menyediakan
makanan berbungkus sahaja, misalnya seribu bungkus nasi
beriani dihantar ke majlis keramaian bersama wakil rakyat.

9

DIARI MAT KATERER
Jenis servis sampingan atau servis sokongan juga
pelbagai seumpama kanopi, kerusi meja, kek pengantin, kek
cawan dan makanan sejuk beku, serta pelbagai lagi.
Dalam menjalani kehidupan seharian, baik dalam urusan
rutin atau pun dalam bidang kerjaya yang kita ceburi, kadang-
kadang (malah mungkin selalu) kita menerima kejutan. Aku
juga tidak terlepas. Beberapa peristiwa yang tidak disangka-
sangka terjadi semasa mengendalikan bisnes katering ini.
Lain kalilah aku cerita. Mahu rehat hari ini. Stop dulu!
Mahu soru! Kau orang sudah makan?

10

WEB SUTERA

ENTRI 2

Kawan, ini peristiwa mengejut! Kau orang kalau mahu

tahu, duduk elok-elok. Tarik nafas!

Andai sudah rezeki

Mat katerer menerima panggilan di telefon bimbit, “Hello!
Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Mat Katerer?”

Aku menjawab,”Waalaikumsalam warahmatullah, saya
bercakap.”

“Saya Ishak dari Universiti ABCD. Encik Mat Katerer
menyediakan perkhidmatan katering, bukan?” Tanya pemanggil
tersebut.

“Ya, tuan. Boleh saya tolong Encik Ishak?” Tanya aku
kembali.

Encik Ishak menerangkan, “Pihak kami memerlukan
perkhidmatan katering untuk makan malam tahunan di premis
kami pada 12 Januari.”

11

DIARI MAT KATERER

Aku mencelah, “Majlis itu lusa, tidak sampai tiga hari
lagi. Mengapa tuan lambat membuat pesanan?”

Namun sebelum beliau menjawab, aku berkata, “Tidak
mengapa, kita boleh bincang. Insya-Allah sempat lagi andai
pihak encik boleh pastikan bahawa pihak saya yang dapat projek
ini.”

Perbicangan diteruskan melalui telefon. Kata putus
dinoktahkan. Aku menintakan syarat supaya pihak universiti
tersebut menyediakan wang tunai deposit lima puluh peratus
sebagai tanda setuju hari itu juga. Ini adalah sebagai langkah
keselamatan bagi pihak aku.

Pada petang hari sebelum majlis bermula, semasa sibuk
menyiapkan meja, sudu-garfu dan lain-lain peralatan untuk
majlis makan malam yang akan dihadiri oleh 400 tetamu, aku
bertanya kepada salah seorang AJK majlis apakah perkara
sebenar yang telah terjadi.

Persoalan muncul dalam benak Mat Katerer, mesti ada
kes tertentu yang membuatkan pihak universiti itu memberi
notis agak tergesa-gesa. Makan malam tersebut agak besar dan
prestij, tambahan pula disediakan empat buah meja VIP dan satu
meja khas untuk orang besar (pimpinan universiti).

12

WEB SUTERA

Rupa-rupanya katerer yang sudah berjanji untuk
menyediakan perkhidmatan katering tidak dapat memenuhi
permintaan klien di saat-saat akhir lantaran sebab-sebab tertentu.
Tidak silap lagi jangkaan aku.

Monolog dalam hati, “Segala puji dikembalikan kepada
Allah Azza Wa Jalla. Andai itu sudah menjadi rezeki aku, pasti
Allah buka jalannya.”

Akhirnya klien gembira dengan mutu perkhidmatan yang
diberikan oleh kru Mat Katerer. Syukur kepada Tuhan.

***

Notis singkat

Pada suatu hari, seperti biasa Mat Katerer bangun awal pagi
walaupun tidak ada pesanan katering pagi itu. Usai solat Subuh,
aku bersantai dengan membaca buku sambil mendengar alunan
merdu lagu nasyid dari komputer riba. Alih-alih aku tertidur.

“Bang, ada panggilan telefon dari syarikat Itu-Ini. Dia
mahu bercakap dengan abang,” kejut Cef Hana sambil
menghulurkan telefon bimbit kepadaku. Terbang mimpi tak
berapa indah aku. Ceh!

13

DIARI MAT KATERER

Aku pandang wajah isteri yang terkidum-kidum. Entah
apa yang disengihnya. Aku mengenyeh mata.

“Assalamualaikum. Mat Katerer bercakap. Boleh saya
bantu?” Aku berkata sebaik melekapkan telefon ke cuping
telinga, sambil menoleh jam di dinding - hampir pukul 10.00
pagi.

“Saya Zetty dari syarikat Itu-Ini, hendak membuat
pesanan makan tengah hari, hari ini. Sempatkah untuk
disediakan?” Pemanggil menyuarakan hasratnya.

Aku berbincang dengan cef sebentar, bertanya samada
sempat untuk memasak. Cef Hana memberikan idea, lalu aku
kembali menyambung perbualan dengan Cikpuan Zetty.

“Beginilah, pihak saya boleh sediakan menu nasi tomato
bersama lauk-lauk berkaitan, hirisan buah dan air kordial oren.
Kalau pihak Cikpuan Zetty bersetuju, saya boleh hantarkan.”

Kata putus dimeterai secara lisan.
Pihak Mat Katerer terus memesan ayam, daging,
beberapa rempah ratus, buah dan sayur-sayuran yang tidak ada
dalam stok dari kedai runcit berdekatan. Cef Hana terus ke
dapur untuk menyiapkan apa yang patut.
Lebih kurang 40 minit sebelum waktu makan tengah
hari, aku tiba di premis pejabat syarikat Itu-Ini itu. Masa yang

14

WEB SUTERA

cukup untuk aku persiapkan meja bufet dan sajian. Untuk rekod,
ini adalah pesanan kedua dari syarikat yang sama dengan notis
terlalu suntuk, iaitu tidak sampai empat jam. Kali pertama aku
terpaksa menolak dengan baik lantaran sudah ada pesanan yang
mesti disiapkan.

Akhirnya klien mengucapkan ribuan terima kasih kerana
dapat memenuhi pesanan tersebut dan memohon maaf di atas
notis yang sangat singkat.

Sebenarnya pada hari yang sama, aku memang sudah
ada satu pesanan katering makan malam di suatu premis
perniagaan bertempat di Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Sekali
lagi, kalau memang sudah rezeki, tidak ke mana.

Apa yang dapat disimpulkan ialah bagaimana kita
mengendalikan masa dan mengawal operasi bisnes secara baik.
Seandainya memang tidak boleh memenuhi permintaan klien,
nyatakan secara terus terang dan berhemah. Jangan buat sesuatu
sambil lewa bagai melepas batuk di tangga.

15

DIARI MAT KATERER

ENTRI 3

Imbas kembali ...

Bulan Januari 2008 adalah bulan kedua paling sibuk setakat

ini untuk perkhidmatan katering aku sejak memulakannya lebih
daripada satu setengah tahun yang lalu. Bulan pertama paling
sibuk ialah pada Disember 2007 lalu, sesi cuti sekolah.

Pada bulan Januari 2008, Mat Katerer menerima dua
klien korporat terkini - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jobstreet.com Sdn.
Bhd. Selain daripada itu, aku menerima pesanan dari Jaring
Communications Sdn. Bhd., Halliburton Energy Services (M)
Sdn Bhd, The Pest Control Association of Malaysia (PCAM)
dan Commerce Dot Com Sdn Bhd, dan lebih daripada sedozen
klien individu.

Menu masakan Melayu yang paling popular daripada
klien aku pada bulan-bulan yang dinyatakan adalah pakej nasi
beriani. Masakan ini sesuai untuk majlis perkahwinan Melayu
dan acara khusus serta untuk makan tengahari biasa.

16

WEB SUTERA

Sesiapa yang ingin mengetahui harga dan mencuba nasi
beriani ini, hubungi aku! Mat Katerer bersedia untuk melayani
kalian dengan servis konsultan percuma.

***

Assalamualaikum.
Mat Katerer sekeluarga habiskan masa selama lima hari

dalam menguruskan majlis perkahwinan adik ipar. Selama lima
hari tersebut, masa kami dipenuhkan dengan segala persediaan,
termasuk dua hari yang amat penting bagi permulaan kehidupan
rumahtangga adik ipar aku, iaitu majlis pernikahan dan
persandingan.

Persediaan bermula daripada perbincangan jenis
masakan dan hidangan yang perlu disediakan selepas majlis
akad nikah, malam berinai dan majlis jamuan bagi
persandingan. Termasuk juga penyediaan makanan beradab bagi
pengantin. Seterusnya berapakah jumlah khemah, meja dan
kerusi yang diperlukan turut diputuskan berdasarkan jumlah
tetamu yang bakal hadir.

Sementara itu, urusan tempahan perkhidmatan andaman,
tempahan kad jemputan perkahwinan dan jurufoto diuruskan
sendiri oleh bakal mempelai. Lantaran kesibukan menguruskan

17

DIARI MAT KATERER

majlis pernikahan dan persandingan adik ipar aku itu, beberapa
tempahan katering terpaksa ditolak.

Aku dan cef menumpukan sepenuh masa terhadap majlis
yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2008 tersebut. Rumah Mat
Katerer menjadi arena bagi semua acara. Penyediaan makanan
dan lain-lain hidangan disediakan oleh cef dan kru yang lain.
Jemputan yang hadir di majlis persandingan dan jamuan sekitar
800 tetamu.

Sebelum itu, di majlis ijab dan kabul (akad nikah)
seramai 100 tetamu hadir. Sementara di majlis malam berinai
aku menerima kehadiran lebih kurang 150 tetamu. Suasana
meriah dan penuh persaudaraan dapat saya rasakan. Ramai ahli
keluarga dari jauh dan dekat meluangkan masa meraikan kedua-
dua mempelai.

Syukur kepada Tuhan majlis berlangsung dalam situasi
damai dan meriah di tengah-tengah kesibukan berkempan dan
bahang pilihanraya umum ke-12 yang bertambah rancak.

***

Setelah selesai menguruskan majlis pernikahan dan
persandingan adik ipar aku (minggu pertama bulan Mac 2008),

18

WEB SUTERA

aku dan cef mengambil keputusan untuk berehat beberapa hari
sebelum menerima tempahan katering terbaharu.

Selang beberapa hari kemudian Mat Katerer menerima
dua tempahan dari dua organisasi iaitu Jaring Communications
Sdn. Bhd. dan The Pest Control Association of Malaysia
(PCAM). Syarikat penyedia perkhidmatan internet Jaring
bersetuju menerima sebut harga dan cadangan menu yang pihak
aku sediakan bagi satu sesi latihan yang berlangsung selama
lima hari. Ianya melibatkan menu makan pagi, makan tengah
hari, minum petang dan makan malam.

Sementara itu, PCAM menggunakan perkhidmatan
katering aku bagi sesi latihan yang berlangsung selama dua hari.
Hidangan yang terlibat ialah untuk makan pagi, makan tengah
hari dan minum petang.

Kedua-dua sesi latihan dari organisasi yang berlainan itu
berlangsung pada minggu yang sama pada pertengahan bulan
Mac 2008.

***

19

DIARI MAT KATERER

Ada berani?

Apabila aku memulakan bisnes katering, ada kawan-kawan yang
agak skeptikal, sama ada aku boleh berjaya atau tidak. Aku tidak
salahkan telahan mereka memandangkan bidang kerjaya aku
sebelum ini bukannya katering. Di mana ada usaha, di situ ada
jalan, dan rezeki di tangan Tuhan.

Ada rakan bertanya, “Engkau tidak malu ke buat kerja
ini? Nanti jumpa kawan-kawan lama.”

Aku menjawab, “Hendak malu buat apa? Bukannya buat
kerja atau bisnes haram.”

Persoalan di atas timbul kerana ianya berkaitan dengan
konsep kita bos, kita juga kuli. Sebelum memulakan bisnes
katering, kita mesti pahatkan di dalam minda bahawa kita tidak
boleh berlagak seperti bos, terutamanya di peringkat permulaan.

Apa yang aku maksudkan ialah jangan hanya pandai
menyuruh itu dan ini, sedangkan kita sendiri tidak menyelami
selok-belok bisnes dan cara perjalanannya.

Di samping menguruskan perjalanan bisnes secara
khusus dalam mengendalikan urusan pentadbiran, pemasaran
dan jualan, kita juga patut hilangkan sikap malu untuk turun
padang. Maksud di sini ialah kita sebagai bos, tetapi dalam masa

20

WEB SUTERA
yang sama turut membuat kerja-kerja seperti membasuh
pinggan-mangkuk, mengelap sudu-garfu, mengelap pinggan,
menjadi pramusaji dan lain-lain.

Mat Katerer membuat semua kerja-kerja tadi, cuma
memasak sahaja yang tidak kerana itu urusan cef. Kalau aku
memasak ... alamat hancus!

Namun aku pernah ke pasar, membasuh pinggan,
mengelap gelas dan menjadi pramusaji untuk VIP. Peduli apa,
bukan? Janji ikhlas dan halal.

21

DIARI MAT KATERER

ENTRI 4

Tanggal 3 April 2008 aku menperoleh klien korporat paling

terbaharu iaitu Courts Mammoth Sdn. Bhd, dengan
perkhidmatan katering bagi satu majlis perhimpunan staf
starikat tersebut. Pesanan katering tersebut buntuk jumlah 230
tetamu atau 230 pax.

Aku dan cef keluar rumah jam 7.00 pagi dan tiba di
Courts Mammoth, Setapak, sekitar 7.30 pagi. Aku mengambil
masa lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan hidangan bufet
yang dipesan.

Semasa menunggu majlis selesai, Mat Katerer
terserempak dengan staf yang membuat pesanan katering itu.
Dalam perbualan singkat tersebut, beliau mengatakan kepadaku
bahawa “aku hanya mengambil pesanan katering yang besar
sahaja.”

Lantas aku menegaskan bahawa bukan begitu sikapku.
Secara jujur aku nyatakan bahawa aku tidak kisah sama ada

22

WEB SUTERA

pesanan tersebut untuk dimakan oleh 50 orang atau 2,000 orang.
Apa yang penting ialah syarat-syarat saya dipenuhi.

Apa syarat-syarat Mat Katerer? Pihak aku menerima
pesanan minima bagi 50 orang, tetapi dengan menu berharga
paling kurang RM15.00/pax dan ianya untuk satu kali makan.

Sementara itu kes tiga kali sajian, aku berani untuk
menyahut pesanan klien, dengan syarat harga pakej ialah
RM32.00/pax paling rendah. Ini merupakan pakej seminar atau
latihan yang merangkumi makan pagi, makan tengah hari dan
minum petang (mungkin termasuk juga makan malam).

***

Pihak Mat Katerer telah memenuhi pesanan untuk majlis
syarahan umum bagi Anugerah Sains Mahathir 2007 (Mahathir
Science Award 2007) yang diadakan di Universiti Malaya pada
12 April 2008. Anugerah ini adalah anugerah sains yang paling
berprestij di Malaysia bagi bidang sains tropika yang diberikan
kepada mana-mana saintis di seluruh dunia, institusi atau
organisasi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan
inovasi ke arah menyelesaikan masalah di kawasan tropika
melalui sains dan teknologi.

23

DIARI MAT KATERER

Anugerah Sains Mahathir 2007 menobatkan Profesor
Joseph Sriyal Malik Peiris, seorang profesor di Universiti Hong
Kong dan Pengarah Saintifik Pusat Penyelidikan HKU-Pasteur
di Hong Kong. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan
penemuan ejen aetiologikal yang menyebabkan serangan SARS.
Ia membuka jalan kepada pemahaman patogenesis dan
epidemiologi penyakit ini pada tahun 2003.

Sesi syarahan umum sempena anugerah itu telah
dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia, yang dihadiri oleh
130 peserta. Akademi itu adalah sebuah badan yang ditubuhkan
dengan misi yang merangkumi mengajar, menggalak dan
meningkatkan kecemerlangan dalam bidang sains, kejuruteraan
dan teknologi bagi pembangunan negara dan faedah manusia.

Pihak aku amat berbangga menyajikan menu untuk sesi
syarahan yang sangat istimewa ini. Sebelum meninggalkan
majlis, seorang AJK sekretariat yang bertanggungjawab, Tuan
Razman berkata, “Makanan sedap dan penyediaan bagus.”

Alhamdulillah. Segala syukur dan puji dikembalikan
kepada Tuhan pencipta buana. Tanggal 12 April 2008 itu
berjaya dilestarikan dengan servis katering yang memperoleh
pujian. Kemudian pada 15 April untuk Mahathir Science Award
Public Lecture pula.

24

WEB SUTERA

Sekali lagi pada hari berikutnya iaitu 16 April, pihak
Akademi sains menjemput aku bagi menyediakan perkhidmatan
katering bagi satu sesi mesyuarat di premis pejabat yang terletak
di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Pada 17 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula menjemput katering
Mat Katerer membekalkan makanan bagi sesi satu mesyuarat.
Servis katering ini merangkumi makan pagi dan running coffee,
makan tengah hari dan running coffee di sebelah petang.

Dalam pada itu, Courts Mammoth Sdn. Bhd. menerima
menu dan harga yang pihak aku cadangkan bagi dua sesi makan
malam khusus untuk meraikan staf di outlet Kajang dan
Seremban. Justeru tanggal 22 April aku ke Kajang.

Esoknya aku ke Seremban pula. Perjalanan Mat Katerer
ke Kajang dan Seremban tiada langsung gangguan seperti jalan
sesak, walaupun aku kira, masa bertolak dari rumah adalah pada
waktu puncak di sebelah petang.

Alhamdulillah! Agungnya perancangan Allah.
***

Ada seorang rakan yang dikenali melalui blog. Namanya ialah
Puan Lynn Hassan, lokasinya di Sungai Buloh. Beliau

25

DIARI MAT KATERER
pengusaha kek cawan (cup cake); guru mengajar membuat cup
cake dan menerima tempahan membuat kek.

Hari Sabtu 26 April 2008, ada majlis di rumahnya dan
beliau memesan makanan dari servis katering aku. Mat Katerer
dan cef tidak lepaskan peluang untuk merasa aneka kek yang
disediakan. Memang sedap!

Sayangnya, aku terpaksa menolak dua pesanan katering
untuk minggu yang bermula dari 21 hingga 25 April 2008
lantaran sudah cukup kuota. Kalau ikut hati, memang mahu
ambil. Namun begitu masa dan ruang tidak mengizinkan. Jangan
tamak!

Manusia merancang, Allah juga merancang. Allah
adalah sebaik-baik perancang.

26

WEB SUTERA

ENTRI 5

Aku mesti berfikir sebagai juara untuk setiap sesi katering.

Setelah lima tahun aku menceburi bidang niaga ini, setiap tahun
berikutnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun
Baharu Cina, talian telefon utama menjadi 'panas'. Di masa ini
terutamanya, aku dan Cef Hana akan membahagi tugas, justeru
dalam masa yang sama aku perlu menulis.

Cef Hana akan berbincang dengan kustomer yang
inginkan servis katering, dan memberi khidmat nasihat atas
keperluan sajian dan lain-lain perkara berkaitan. Manakala aku
akan menaip sebut harga, e-melkan dan seterusnya sediakan
invois.

Mat Katerer dan cef akan berbincang agar servis katering
menepati citarasa kustomer. Tugas lain juga merangkumi servis
sampingan yang tidak kurang mustahak, seperti kanopi, kerusi
meja, pramusaji dan peralatan khusus.

27

DIARI MAT KATERER

Selain daripada itu, aku juga akan kemaskini blog
dengan cerita, memilih dan menyunting foto, dan hostkan dalam
web hosting. Pembahagian tugas amat penting.

Untuk apa mimpikan bulan andai mentol yang
tergantung di syiling itu pun kita masih perlukan tangga untuk
mencapainya. Kata bijak pandai, “Hidup tanpa tindakan adalah
mati tetapi, hidup tanpa berfikir adalah mati sebelum bertindak.”

Justeru aku terus berfikir dan merancang sebelum
bertindak. Okey, aku membebel, bukan? Tentu kalian ingin
mengetahui apakah maksud aku secara kes khusus. Sebelum itu
baca dahulu cerita berikutnya.

***

Dalam satu majlis yang diraikan oleh sekumpulan warga Afrika,
selain sajian yang pihak aku sediakan, mereka juga membawa
makanan yang biasa terdapat di hampir semua negara di benua
tersebut. Antara makanan yang sempat aku ingat ialah pisang
salai dan satu kuih seumpama cucur kodok, saling tidak tumpah
dengan makanan kampung di Malaysia.

Sebaik aku khabarkan berkenaan makanan Afrika
tersebut kepada cef, dia berkata, “Makanan mereka serupa
dengan makanan orang Melayu di sini.”

28

WEB SUTERA

Aku menambah kata, “Memanglah begitu kerana iklim
di sana serupa dengan Malaysia, iaitu iklim tropika. Jadi tanam-
tanaman atau buah-buahan beriklim tropika juga ada di sana.”

Dalam satu majlis lain yang turut dihadiri oleh warga
Afrika di Kuala Lumpur dan Selangor, rupa-rupanya mereka
menyukai sajian nasi minyak atau nasi tomato atau nasi beriani.
Walaupun begitu, nasi yang dipesan oleh orang perantara bagi
majlis tersebut ialah nasi putih. Kebetulan aku juga menyajikan
nasi beriani di satu majlis lain di lokasi yang sama pada waktu
itu.

Tentu kau orang bertanya, “Dua majlis serentak?”
Ya, sememangnya dua majlis serentak. Justeru masih
ada baki nasi beriani untuk majlis yang kedua itu, lantas aku
mengambil sedikit untuk keperluan majlis Afrika tersebut. Apa
lagi, masing-masing meminta nasi beriani, sampai habis!
Tetamu yang beratur di belakang hanya dapat nasi putih sahaja.
Satu perkara lagi yang dapat aku perhatikan ialah
kebanyakan orang Afrika makan nasi lebih banyak daripada kita
di Malaysia. Ini mungkin disebabkan saiz fizikal mereka yang
besar dan kadar metabolisma badan yang tinggi.

29

DIARI MAT KATERER
“Alamak! Nanti cepat habis nasinya!” bisik Cef Hana ke
telingaku.
Aku hanya menguntum senyuman sambil berdoa semoga
tidak terjadi demikian.

30

WEB SUTERA

ENTRI 6

Katering Mat Katerer telah dianugerahkan satu sesi

katering makan tengah hari untuk Tuan Yang Terutama (TYT)
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang DiPertua
Negeri Melaka pada 22 Mei 2008. Deligasi TYT Tun disertai
oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd
Rustam dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail
Saleh.

Pihak aku diminta menyediakan dua meja VVIP dan satu
barisan bufet yang disediakan bagi ahli deligasi yang lain,
termasuk para anggota polis trafik dan polis berpakaian biru.
Makan tengah hari tersebut disediakan di Rumah Melaka, Jalan
Bellamy, Kuala Lumpur bagi TYT dan rombongan beliau
sebelum Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil mengadap DYMM
Yang Dipertuan Agong di Istana Negara yang terletak
berhampiran.

31

DIARI MAT KATERER

Walaupun pihak aku menerima notis yang sangat
singkat, kurang daripada 24 jam, pihak aku berjaya
mengendalikan sesi katering ini dengan baik. Alhamdulillah!

***

Mat Katerer dan cef berada di Alor Gajah, Melaka, pada 24 dan
25 Mei 2008 untuk menyediakan makanan bagi keraian hari
keluarga sekumpulan warga kerja MIMOS Berhad dan bekas-
bekas stafnya. Sajian makanan melibatkan makan tengah hari,
minum petang dan BBQ pada 24 Mei, dan makan pagi pada
hari berikutnya, 25 Mei.

Aku, cef dan anak-anak turut dijemput menyertai acara
yang disediakan, di samping menyediakan makanan. Pada
malam 25 Mei pula, beberapa keluarga, termasuk keluarga aku,
menjamu selera di salah sebuah medan ikan bakar di Melaka.

Memenatkan dan meriah!
Dalam entri ini aku masukkan beberapa komen rakan-
rakan terhadap masakan cef:
“Makan memang terbaik! Tabik spring kepada cef.
Sungguh pandai memasak, masak sedap-sedap dan banyak!
Tetapi tetap cool sahaja.”

32

WEB SUTERA

“Brother, your [egg] sandwich is very good,” kata salah
seorang suami berbangsa Afrika seorang teman.

“Kakak sudah siap buat sandwich? Ingat mahu belajar.
Saya buat berbaur hanyirlah. Bagaimana mahu buat supaya
tidak hanyir?”

“Makanan best… hehehe”
“Cepat betul Lusi masak walaupun banyak menu.”
Ada rakan berkata kepadaku, “Aku, kalau kau tiada tidak
kisah, janji Lusi ada. Sebab Lusi pandai masak.”
Aku hanya tersenyum. Tidak kuasa melayan karenah
rakan-rakan itu.

***

Harga petrol naik 78 sen, diesel pula RM1 seliter. Aku sebagai
katerer dalam dilema, sama ada perlu naikkan harga
perkhidmatan katering atau tidak, justeru kerana harga bahan
bakar utama naik.

Formula mudah ialah jika harga bahan bakar utama naik,
harga barang-barang lain juga bakal naik lantaran faktor kos
pengangkutan dan yang berkaitan lainnya. Apa pendapat kalian?

Pada 4 Jun 2008, kerajaan Malaysia mengumumkan
kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar

33

DIARI MAT KATERER

dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Manakala harga minyak
diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga
sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Menurut laporan, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi
petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai
tengah malam 4 Jun 2008.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah
kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan
petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion
tahun ini.

Rancanglah harga menu servis katering kita. Jika boleh,
jangan dinaikkan. Cari kaedah lain, seperti kecilkan ketulan
ayam atau ikan. Ia boleh dibuat, yang penting skil, kemahuan
dan kreativiti.

Pada beberapa hari tertentu bulan April dan Mei tahun
ini, Mat Katerer mengendalikan dua sesi servis katering yang
berbeza sifatnya. Pertamanya pada 13 dan 15 April 2008 bagi
dua sesi syarahan Anugerah Sains Mahathir, dan yang kedua
pada 24 dan 25 Mei untuk hari keluarga staf dan bekas staf
MIMOS Berhad. Kisahnya aku sudah ceritakan sebelum ini.

34

WEB SUTERA
Berbeza khalayak dan tetamu, juga berbeza persembahan
dalam penyediaan menu-menu. Namun kedua-dua sesi katering
tersebut aku kendalikan dengan penuh tanggungjawab.
Semoga engkau orang sentiasa riang, walaupun harga
petrol dan diesel naik lagi.

Motivasi: Bergembiralah! Walaupun kita hanya terlibat

dalam sesi sajian makanan sesuatu majlis, itu tidak
bermakna kita tidak boleh menikmati dari sudut yang lain.
Jika kita merancang secara teratur ia menjadi acara yang
sentiasa dinantikan. Saling kenal-mengenallah. Eratkan
persahabatan.

35

DIARI MAT KATERER

ENTRI 7

Ketika masih tinggal bersama emak dan Mak Teh (emak

saudara Mat Katerer) di Terengganu dan Pahang, aku sering
merasa keenakan bubur kacang hijau yang dimasak. Apabila
berjauhan merantau belajar dan seterusnya menetap di Kuala
Lumpur, sukar untuk aku merasai bubur kacang yang dimasak
oleh mereka berdua.

Selepas berkeluarga, isteri aku (sebelum menjadi cef)
pula yang diminta supaya memasak bubur kacang kegemaran
aku itu. Pada permulaannya, masakan isteri tidak seenak
masakan ibu sendiri. Biasalah, bukan?

Tentang masakan ibu sendiri ini, dia campak, lambung
atau kepal dalam genggaman, ia tetap sedap. Mengapa? Justeru
sang ibu memasak dengan kasih sayang. Kau orang bersetuju,
bukan?

Aku meminta supaya isteri belajar dari emak. Hasilnya
memang memuaskan!

36

WEB SUTERA

Dengar atau baca! Ini petua memasak! Yang lain kena
try and error.

Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup
lemak secukup rasa tidak semudah yang kita sangkakan.
Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika
tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka)
pula, hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi.
Mahu lebih enak, campur dengan durian.

Salah satu menu pencuci mulut yang sering Mat Katerer
cadangkan kepada klien ialah bubur kacang campur dengan
durian. Sudah agak kerap kali cef menyediakan masakan ini.
Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang
dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan
bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.

Dalam satu hari, cef aku sediakan untuk satu majlis jiran
depan rumah. Seorang senduk, dua orang senduk, tiga orang
hirup. Kemudian, “Wei! Bubur kacang ini sedaplah.”

Sah! Sebelum majlis selesai, bubur kacang hijau campur
durian langsai!

Kalian boleh mencuba sendiri nanti. Ada berani? Mana
kau orang mahu tahu andai tidak mencicipnya. Aku cakap dalam
entri ini bukan sengaja suka-suka. Sungguh!

37

DIARI MAT KATERER

***
Bisnes katering dari rumah adalah salah satu jenis servis yang
paling popular bagi usahawan yang tidak sabar-sabar untuk
memulakannya. Dengan bisnes katering dari rumah, kita boleh
mengatur masa sendiri, dan bekerja untuk diri kita sendiri
bersama-sama dengan seorang pembantu jika perlu.

Bisnes dari rumah untuk servis penyediaan makanan
dengan bantuan pengiklanan tempatan yang betul, boleh
menghasilkan pendapatan yang ketara tinggi, insya-Allah.

Iklan murah boleh dilakukan melalui sistem pesanan
ringkas (SMS), e-mel dan laman web (atau blog), seperti mana
yang Mat Katerer lakukan. Selepas beberapa ketika, pemasaran
mulut-ke-mulut (mouth-to-mouth) adalah bahagian yang penting
dalam kempen ini.

Katerer juga boleh menyiarkan iklan dalam akhbar-
akhbar tempatan. Jangan lupa untuk mendaftar di enjin carian
serta dalam banyak laman-laman web tempatan dan serantau
yang disediakan percuma.

Jangan takut untuk mencuba, namun ambil sikap berhati-
hati supaya pelaburan masa, tenaga dan wang tidak dibazirkan.
Mat Katerer ini sudah buktikan langkah-langkah di atas berjaya.
Cubalah!

38

WEB SUTERA

ENTRI 8

Pertanyaan yang sering kali diajukan kepada Mat Katerer

melalui telefon atau semasa sesi katering ialah, “Adakah tuan
menyediakan makanan cukup-cukup untuk 100 pax atau lebih?”

Itu pertanyaan bagi sesi katering untuk jumlah 100 orang
tetamu. Ia juga benar untuk berapa sahaja jumlah tetamu atau
pax setiap pesanan. Nasihat asas ialah andainya klien memasan
katering bagi 100 pax, jangan disediakan hanya cukup-cukup
untuk jumlah itu.

Sebagai panduan menyediakan kuantiti makanan yang
mencukupi bagi setiap pesanan, sila perhatikan contoh di bawah.
Ini merupakan praktis yang selalu diamalkan oleh aku dan cef.

Jika 200 pax, sediakan 210 pax.
Jika 800 pax, sediakan 830 pax.
Jika 1,500 pax, sediakan 1,550 pax.
Mohon jangan sediakan kuantiti makanan yang disajikan
tidak mencukupi jumlah pax yang diminta, justeru bayaran akan
dilunaskan berdasarkan jumlah pax tersebut. Dalam Islam,

39

DIARI MAT KATERER

sekiranya kita menipu, maka ini merupakan suatu dosa yang
akan dipersoalkan oleh Allah. Kes ini amat berketepatan dengan
larangan Allah dalam mengurangkan sukatan atau timbangan
sesuatu barang yang dijual kepada pembeli. Haram hukumnya
menipu!

Mat Katerer suka untuk memetik tulisan Tuan Abdul
Muhaimin Mahmood, Penolong Pengarah Cawangan Muamalat
dan Sosio Ekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
JAKIM seperti betrikut:

“Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam
perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan
tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti
mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan
seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam.
Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan
dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti
sesuatu barangan.”

Allah berkata dalam al-Quran:
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat,
dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu
baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan

40

WEB SUTERA

(yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). (Surah al-Isra‟,
ayat 35)

Dalam surah al-Rahman, ayat 9, Allah menegaskan,
“dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta
janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.”

***

Untuk minggu pertama bulan Julai 2008, aku dan cef agak
„bimbang‟ kerana setakat hari Ahad 29 Jun, masih belum ada
sebarang pesanan katering. Ini disebabkan kerana beberapa
sebut harga yang dihantar tidak mendapat sebarang pengesahan
dari klien.

Namun, alhamdulillah. Pada hari Selasa 1 Julai aku
menerima pengesahan empat pesanan katering untuk empat hari
berturut-turut. Bukankah rezeki dan kurnia itu dari Allah?
Katering tersebut ialah untuk hari Khamis hingga Ahad (3 – 6
Julai 2008). Dua hari, 4 dan 5 Julai, adalah dari klien korporat
dan dua hari yang lain dari klien persorangan.

Pada hari Ahad Mat Katerer ke Damansara Utama untuk
katering majlis pertunangan. Pada mulanya aku agak risau akan
ada sekatan jalanraya lantaran perhimpunan di Kelana Jaya. Aku

41

DIARI MAT KATERER

menggunakan Lebuh Raya Persekutuan dan Kerinci Link
menuju ke rumah klien. Elok pula jalan, lancar!

Manusia merancang, Allah juga merancang.
Sesungguhnya Allah itu perancang yang Maha Adil. Pasukan
aku tiba ke rumah klien di Damansara Utama awal, seperti mana
yang diharapkan. Jadi semua persiapan berjalan lancar tanpa
sekelumit masalah. Sekali lagi, syukur ke hadrat Tuhan.

Keluarga Cikpuan Azura (bakal mempelai) dan kedua-
dua ibu-bapanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang
diberikan oleh pasukan Mat Katerer. Bapanya meminta maaf
kepada aku jika ada sebarang kekurangan. Terbalik, bukan?
Sepatutnya aku yang perlu meminta maaf atas kekurangan, jika
ada.

Terima kasih, Cikgu Asmah dan Cikpuan Azura. Hari
langsung nanti, jemputlah kami lagi!

Juga ucapan terima kasih juga aku ingin sampaikan
kepada Puan Lynn di Sungai Buloh, guru kek cawan, di atas
rekomendasi servis katering aku kepada keluarga Cikpuan
Azura.

42

WEB SUTERA

ENTRI 9

Minggu ketiga bulan Julai 2008, aku mulakan sesi katering

di Kepong pada hari Sabtu, 12 Julai. Kemudian selama dua hari
aku berkampung di premis Cyber Security Malaysia, Seri
Kembangan, Selangor. Untuk dua hari tersebut, iaitu pada 14
dan 15 Julai, cef menyediakan menu untuk makan pagi (dua
sesi), makan tengah hari dan minum petang bagi latihan
kesedaran keselamatan.

Pada keesokan harinya pihak Mat Katerer menyediakan
makan pagi dan makan tengah hari bagi satu seminar di
Akademi Sains Malaysia, di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala
Lumpur. Pada hari yang sama, di sebelah malam pula, satu
katering untuk majlis tertutup di Rumah Melaka, Jalan Bellamy,
Kuala Lumpur.

Menu bagi seminar di Akademi Sains Malaysia seperti
berikut:

Makan pagi: Sandwich tuna dan telur, karipap dan kuih
bakar kemboja, serta kopi dan teh tarik.

43

DIARI MAT KATERER

Makan tengah hari: Nasi goreng cina, spaghetti
bolognese, chicken chop bersama sos lada hitam, hash brown,
buah oren dan tembikai.

Minuman ialah kopi, teh tarik dan kordial mangga.
Semasa mamantau makanan makan tengah hari, aku
terdengar seorang tetamu berkata, “Simple, but nice!”
Sebahagian menu ialah makanan Barat, halal pastinya.
Tidak percaya? Memang cef aku boleh memasaknya, bukan
dibeli dari kedai. Nantilah aku ceritakan secara terperinci
bagaimana proses pembelajaran memasak sajian tertentu di lain
entri. Kau orang baca dahulu kisah berikutnya.

***

Pada 1 Ogos 2008, aku memenuhi undangan dari Forum
Perancang Muda yang dianjurkan oleh Institut Perancang
Malaysia (MIP), di Kelana Jaya, Selangor. Secara jujur, aku
tidak tahu apa isi pengendalian forum ini. Tetapi aku tahu
bahawa mereka menikmati hidangan yang disajikan. Ada
sekumpulan warga Australia menghadiri forum ini juga.

MIP ditubuhkan bagi “menggalakkan sains dan seni
perancangan bandar untuk faedah orang ramai." Peranan utama
ialah bagi memastikan kewujudan sebuah badan perancang

44

WEB SUTERA

profesional dengan latihan, pengetahuan dan kemahiran yang
bersesuaian untuk menggalakkan kemajuan perancangan bandar
di Malaysia sejak tahun 1972.

MIP adalah sebuah institut profesional yang memiliki
keahlian berdaftar. Kebanyakan ahli-ahlinya adalah perancang
bandar profesional, yang bekerja sebagai pegawai-pegawai
perancang dengan pelbagai pihak berkuasa persekutuan, negeri
dan tempatan. Juga sebagai perunding perancang bandar,
pensyarah di universiti atau sebagai perancang bagi pemaju dan
pelbagai organisasi membabitkan hartanah.

Mat Katerer berasa gembira apabila dihubungi oleh
Cikpuan Siti, iaitu pegawai yang bertanggungjawab bagi perihal
makanan. Beliau meminta pihak aku menyediakan menu bagi
tiga sesi; iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan waktu rehat
(tea-break).

Satu hidangan lain ialah buah manggis, rambutan dan
durian! Chop! Durian bukan pihak aku sediakan, cuma
rambutan dan manggis sahaja. Suka sungguh mat dan minah
salleh melahap durian. Tidak tahu pula aku sama ada dia orang
panas badan atau tidak.

45

DIARI MAT KATERER

Tersenyum aku melihat mereka makan durian itu. Belum
lagi diambil kira ketika mengopek / membelah kulit durian. Sah
terkial-kial.

***

Klien korporat

Klien korporat merupakan entiti atau pihak yang paling kerap
memerlukan servis katering lantaran pelbagai sebab. Biasanya
suatu syarikat, sama ada syarikat swasta atau kerajaan,
memerlukan makanan dan minuman bagi sesi mesyuarat,
lawatan pihak luar, sesi perjumpaan staf, atau suatu aktiviti
khusus di premis mereka.

Klien korporat pertama (secara kecil-kecilan) aku ialah
syarikat di mana aku bekerja dahulu. Mat Katerer membekalkan
kuih-muih dan minuman untuk satu mesyuarat dalaman yang
melibatkan dua puluh orang. Memang tidak banyak, namun ia
permulaan yang baik.

Bermula dari sesi itu, rakan-rakan lama akan mengetahui
secara langsung bahawa memang aku sudah berubah arah dalam
kerjaya. Inilah peluang pertama untuk kita menghulurkan kad
bisnes kepada bekas rakan sekerja. Mudah-mudahan mereka

46

WEB SUTERA

akan menjadi agen pemasaran tidak langsung servis katering
kalian.

Pertemuan bersemuka ini penting sebagai langkah
tambahan kepada e-mel yang kita hantar sebelum ini kepada
rakan-rakan tadi. Jangan berat mulut untuk bercerita kepada
mereka, nyatakan apa yang kita boleh bekalkan.

***

Jabatan kerajaan

Kategori jabatan kerajaan ini juga boleh diambil kira dalam
perancangan kita. Harus diingat bahawa jabatan kerajaan
merupakan antara pasaran yang sentiasa boleh dimasukkan
dalam senarai klien yang berpotensi. Namun aku suka
mengingatkan kalian, urusan dengan jabatan atau kementerian
kerajaan memerlukan kita mengambil langkah yang agak
berhati-hati.

Ini kerana bayaran yang akan kita terima agak
mengambil masa, sehingga tiga bulan lamanya (setakat
pengalaman aku). Sekiranya kita tidak mempunyai modal
pusingan yang mencukupi, elakkan dulu menerima pesanan
katering dari jabatan kerajaan (pusat dan negeri).

47

DIARI MAT KATERER

Namun demikian, dengar khabar sekarang bayaran dari
pihak kerajaan sudah pantas. Dia orang tetap bayar, tetapi risiko
bayaran lambat mesti diambil kira. Jangan modal pusingan
tersangkut sudah.

Pastinya jabatan kerajaan sentiasa mempunyai acara
yang memang perlukan khidmat katering. Kalau boleh, cuba
ambil pesanan yang kecil dahulu, misalnya bagi mesyuarat di
waktu pagi. Selalunya pesanan katering dalam linkungan lima
belas ke dua puluh orang sudah memadai buat permulaan. Jika
kita selesa dengan terma bayaran dari pihak kerajaan, sila
teruskan.

Kita juga kemungkinan boleh mendapatkan pesanan
katering dari kerajaan melalui orang tengah. Maksudnya
syarikat kita tidak berurusan secara terus dengan sesuatu
pesanan katering tersebut, tetapi ada syarikat lain yang mungkin
mendapat projek besar di mana membekalkan makanan sebagai
salah satu isi kontrak tersebut. Bayaran perkhidmatan kita
dilunaskan oleh pihak syarikat itu, bukannya jabatan kerajaan.

Tip: Kenali jenis-jenis klien dan majlis agar kau orang
boleh merancang yang terbaik dari segi penyediaan dan untung.
Ini benar untuk semua bidang kerja, bukan bisnes sahaja.

48

WEB SUTERA

ENTRI 10

Mat Katerer, cef dan beberapa orang pembantu berkampung

di Melaka selama empat hari, mulai 16 Ogos hingga 19 Ogos
2008. Selama berada di sana, kami mengalami antara hari-hari
yang paling sibuk dalam menguruskan bisnes katering.

Tiga hari sebelum itu aku dan cef berkunjung ke Kolej
Komuniti Bukit Beruang, Melaka, bagi satu sesi perbincangan
untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan katering bagi
majlis pelancaran Program Malaysia Prihatin – Pembasmian
Kemiskinan Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat, di tepi
pantai Klebang.

Servis katering Mat Katerer bertungkus lumus
menyediakan sajian bagi dua hari, iaitu pada 18 dan 19 Ogos
bagi majlis ini yang berlangsung di Kolej Komuniti Tangga
Batu, Klebang, Melaka.

Pada 18 Ogos, aku menyediakan sajian makanan untuk
sekretariat dan semua petugas, termasuk pelajar yang terlibat
dalam pameran pada keesokan harinya. Sajian ini merangkumi

49

DIARI MAT KATERER

sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk 140
orang setiap sesi.

Pada tarikh majlis 19 Ogos, aku menyediakan sarapan
pagi dan minum petang, juga untuk sekretariat dan petugas-
petugas (140 orang). Pada tengah hari selepas pelancaran, sajian
secara bungkus disediakan untuk 1,000 tetamu.

Menu tengah hari ini ialah nasi beriani beserta ayam
masak merah, rendang daging, acar buah, popadum, buah limau
dan sebotol air mineral/minuman (500ml). Makanan berbungkus
ini saya sediakan dalam beg kertas yang menarik.

Mat Katerer dan cef mendapat ucapan terima kasih dan
tahniah atas kejayaan menyediakan sajian sepanjang majlis
berlangsung.

Puan Nazleen dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, yang
bertanggungjawab ke atas penyediaan makanan, berkata, “Saya
berpuas hati dengan penyediaan katering saudara. Makanan
berbungkus disediakan secara cantik dan menarik.”

Manakala selepas selesai majlis, di sesi fotografi, Tuan
Badrul, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri
Kementerian Pengajian Tinggi, sambil mengenggam erat
tanganku, berkata, “Tahniah, tuan. Ia suatu kejayaan.”

50


Click to View FlipBook Version