WEB SUTERA
Ucapan ribuan terima kasih khusus aku tujukan kepada
sepuluh orang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang yang
membantu cef dalam persiapan makan tengah hari untuk 1,000
tetamu tersebut.
Pelajar dari program perhotelan dan katering tersebut
menunjukkan dedikasi sepenuhnya bersama cef tersayang.
Walaupun aku lihat mereka kepenatan, namun wajah ceria dan
gurau senda bersama cef bagaikan satu keluarga. Terima kasih
dan tahniah atas dedikasi mereka.
Sepanjang di sana, dari lokasi penginapan dan memasak
di Teluk Mas dan Seluk Gaung, aku „menjelajah‟ ke bandar
Melaka, Melaka Sentral, Cheng, Bukit Cina dan bandar
Klebang.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada hari
Selasa, sebelah malam 19 Ogos, sempat lagi aku, cef, tiga
pembantu dan seorang sahabat menjamu selera di salah sebuah
medan ikan bakar. Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.30
pagi.
Segala puji Mat Katerer panjatkan kepada Allah, Tuhan
yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tanpa restu-Nya,
segala apa yang dirancang oleh aku dan cef tidak akan menjadi.
Alhamdulillah!
51
DIARI MAT KATERER
Jalan terus, wahai Mat Katerer!
***
Fakta katering
Bisnes katering adalah salah satu bisnes dari rumah yang paling
lumayan dan menguntungkan dengan potensi yang tinggi untuk
dikembangkan dan mengalami pertumbuhan, melalui
perancangan yang tuntas dan berani mencabar diri sendiri.
Setiap pesanan katering memberikan pulangan pelaburan
tinggi dan menyeronokkan, walaupun di banyak ketika
keletihan.
Pelbagai peristiwa di setiap sesi katering - sama ada
untuk katering doa selamat 50 pax, sambutan hari lahir kanak-
kanak atau sebuah majlis perkahwinan 1,500 pax dan acara
korporat 500 pax – menghasilkan banyak pengalaman bersama
tetamu. Ia adalah satu wisata atau travelog kehidupan dan
cabaran berdepan dengan kumpulan tetamu baru.
Seperti mana pengalaman Mat Katerer, permintaan yang
semakin meningkat terhadap servis katering justeru kerana
peningkatan jumlah pendapatan isi rumah yang lebih tinggi. Ia
juga bidang bisnes berdaya maju kerana bilangan pasangan
berkahwin dan acara-acara korporat meningkat.
52
WEB SUTERA
Pemilik atau usahawan multinasional atau lokal,
organisasi besar atau kecil, amat memerlukan servis katering
bagi makan tengahari, mesyuarat penting makan malam dan
lain-lain acara dalam usaha membangunkan branding dan
meningkatkan jualan syarikat.
Turut menambah rencah rancaknya bisnes ini ialah gaya
hidup mutakhir membuka laluan kepada meningkatnya
permintaan bagi servis katering. Daripada bekerja selama
berjam-jam malah berhari-hari di dapur menyediakan masakan
bagi sesuatu majlis sekecil 30 pax, ramai suri rumah memanggil
katerer untuk sediakan sajian khusus.
Bahkan Mat Katerer menerima panggilan atau e-mel
untuk sajian sebanyak 20 pax bagi sambutan hari lahir anak-
anak. Tambahan pula gaya kehidupan di bandar-bandar besar
yang memerlukan kedua-dua ibu-bapa bekerja seharian tidak
mengizinkan hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti masakan.
Aku belajar dan terus lestarikan info yang diperoleh.
Tanpa info yang baik, aku percaya agak sukar untuk merancang.
Kata orang, “Info atau maklumat ada kuasa penentu.”
Benar, tidak salah sangat. Justeru dengan info yang
mencukupi, kita boleh bertindak mengikut budi bicara, dan
akhirnya bertawakal.
53
DIARI MAT KATERER
Cukup fakta di atas untuk entri ini. Di lain kali, aku
kongsikan lagi. Aktiviti seterusnya? Sudikan baca catatan di
bawah.
***
Untuk cuti persekolahan seminggu dari 16 sehingga 23 Ogos
2008, aku mendapat satu pesanan katering perkahwinan
bertempat di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Katering
perkahwinan ini sudah ditempah satu bulan yang lalu.
Tempahan dibuat oleh Puan Siti Rafidah binti. Hassan
Basri, salah seorang penulis PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd. Majlis keraian perkahwinan ini diadakan untuk abang
beliau.
Setakat entri ini diulis, Puan Rafidah sudah
menghasilkan dua buah buku bersama PTS, iaitu Hadiah Untuk
Sufiah dan Dunia Belum Berakhir.
Puan Rafidah memberi komen seperti berikut di blog
beliau terhadap perkhidmatan katering yang aku dan cef telah
jayakan:
“Semua keluarga dan kebanyakan tetamu yang hadir
memuji masakan dan cara kendalian katering dibuat. Semua
makanan memang sedap sehinggakan kami sekeluarga berulang
54
WEB SUTERA
kali makan dan sehingga kami semua tidak dapat merasa kuih
(bakar) kemboja yang disajikan.
“Semoga di lain masa dan ada rezeki kita dapat bertemu
lagi dan bekerjasama lagi mungkin di dalam majlis yang lain
pula.”
Di akhir majlis, Mat Katerer dihadiahkan novel Dunia
Belum Berakhir, siap ditandatangani oleh penulis.
“Semoga di lain masa dan ada rezeki kita dapat bertemu
lagi, dan bekerjasama lagi mungkin di dalam majlis yang lain
pula.” Itu mesej terakhir yang saya dapat daripada novelis Puan
S. Rafidah H. Basri pada bulan September 2008 seusai satu sesi
katering.
Kemudian sepi .. justeru beliau - novelis PTS ini - sudah
tidak tinggalkan jejak dan komen di Facebook. Alih-alih terima
berita. Kini sudah hampir empat tahun (kalau tidak silap) beliau
kembali ke rahmatullah.
Ke masa depan sebentar, Jun 2013. Mungkin pesan
arwah atau sudah rezeki Lusiana Catering, sejak beliau tiada,
sudah dua kali keluarga arwah memesan servis katering dari
aku.
Terkini pada 8 Jun 2013. Bertemu kembali dengan bekas
suami arwah, ayah dan bondanya serta abang sulongnya.
55
DIARI MAT KATERER
Pertemuan kali ke-3 bersama abang sulong beliau, kami
bercerita panjang untuk banyak perkara.
Menu yang tidak pernah tiada ialah gulai nanas ikan
kurau.
Ayah arwah, Tuan Haji Hassan berkata, “Pak cik suka
betul gulai ini. Sedap! Kalau pak cik masih muda, mahu dua
pinggan nasi saya makan. Anak makanlah juga. Pandai kamu
masak.”
Aku tersenyum, dan terus melangkah ke meja bufet.
Senduk, sauk, sudu, kuah. Makan dan minum.
Sah! Bukan Tuan Haji Hassan yang makan dua pinggan,
tapi aku. Sedap weh! Lantas aku teringat si isteri di rumah yang
sediakan ini semua. Sedang berdengkur barangkali.
Sungguh, nostalgia itu kadangkala memilukan. Moga roh
beliau dicucuri cinta Allah. Amin ya Rahman ya Rahim.
Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan.
Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang
hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat
kebahagiaan?
Mengapa mengejar bahagia yang kononnya berada di
luar, di kota metro yang penuh noda. Bukan kota yang tak baik,
tapi isi di dalamnya. Kita ada pilihan, kawan!
56
WEB SUTERA
Ya! Nekad dalam hidup agar tidak tersasul. Namun
bukan main belasah saja. Ingat iman, ingat Allah ... eh ... ingat
nyalaan api neraka di dunia akhirat.
57
DIARI MAT KATERER
ENTRI 11
Dalam beberapa sesi katering, Mat Katerer merajinkan diri
untuk turut serta dalam aktiviti masakan yang diketuai oleh cef.
Dua daripada aktiviti yang aku libatkan diri secara langsung
ialah bagi katering program Malaysia Prihatin di Klebang,
Melaka (17 dan 19 Ogos 2008) dan katering perkahwinan di
Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor (23 Ogos 2008).
Pada malam 18 Ogos, aku bersama seorang pembantu
melakukan operasi menggoreng ketulan-ketulan ayam untuk
1,000 tetamu yang hadir di majlis pelancaran Malaysia Prihatin
pada keesokan hari. Operasi bermula sebaik selepas Maghrib,
dan berakhir sekitar 2.00 pagi.
Untuk katering perkahwinan pula, aku bersama
pembantu menggoreng ketulan ayam bagi dimakan oleh 900
tetamu. Aktiviti bermula dari jam 3.00 pagi, selesai sekitar 6.30
pagi.
Sebelum itu, ketulan ayam tersebut sudah disediakan
oleh cef, dengan segala rempah ratus diadun sebaiknya. Ayam
58
WEB SUTERA
goreng itu adalah untuk menu ayam masak merah. Kuah masak
merah juga disediakan oleh cef.
Bagi kedua-dua sesi memasak tersebut, cef sibuk dengan
tugas-tugas lain, termasuk mengacau dan memantau rendang
daging di dapur. Rendang daging perlu dipantau dengan teliti,
kerana proses pengeringan mengambil masa yang panjang,
apatah lagi jika masakan disediakan untuk 900 dan 1,000
tetamu.
Tahukah kau orang berapa lama masa yang diambil
supaya rendang benar-benar kering sesuai untuk dimakan?
Memang lama masanya. Berjam-jam.
Penat, tetapi seronok!
Salam Ramadhan untuk semua. Tingkatkan amalan sunat
membaca al-Quran. Wajib tetap buat, jangan tinggal, yang sunat
banyakkan. Kemudian istiqamahlah. Allah suka, kita tenang dan
senang.
Tekad bukan belasah! Belajar dan terus mengaji, walau
berapa usia aku dan kau. Mati itu wajib! Namun sebelum mati
kena buat baik, kena ada ilmu, kena belajar agama dan hal ehwal
dunia kehidupan. Jambatan elok, mudah kita menyeberang,
kawan! Jangan marah.
***
59
DIARI MAT KATERER
Sebelum Ramadhan, Mat Katerer dan cef mengharapkan
pesanan katering yang tidak berapa kerap. Kami berkata bahawa
cukup satu pesanan untuk setiap minggu. Alhamdulillah, doa
dan harapan kami tertunai. Aku dan cef inginkan rehat di
samping peluang bagi lebih mendekatkan diri kepada Allah di
sepanjang bulan mulia ini.
Lebih kurang sepuluh sebut harga Mat Katerer hantar
kepada klien di sepanjang tiga minggu di bulan penuh berkat ini.
Sekali lagi syukur aku panjatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha
Agung justeru masih tetap limpahkan kurnia-Nya kepada bisnes
aku, hamba-Nya yang daif dan sangat perlukan kasih sayang-
Nya.
Di sini aku ingin menyorot dua sesi katering; iaitu pada
16 September di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri
Selangor, Shah Alam dan pada 20 September di Masjid Nurul
Ehsan, Kampung Medan, Petaling Jaya.
Majlis di Shah Alam itu ialah berbuka puasa dan doa
selamat suatu acara.
Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan
merupakan program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh
Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. Aturcara bermula dengan
60
WEB SUTERA
sesi bimbingan smart solat, diikuti tazkirah Ramadhan dan
bertadarus. Sebelum waktu berbuka puasa, majlis diakhiri
dengan sesi khatam al-Quran dan tahlil.
Terima kasih kepada Puan Norazrin Mohamat Jani dari
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dan Tuan
Badrulhisham Hj. Badaruddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B,
Kawasan Petaling Jaya Selatan atas pesanan katering tersebut.
Kedua-dua majlis berbuka puasa berjalan lancar.
Bukankah kasih sayang serta rahmat Allah itu Maha Luas,
berbanding dengan murka-Nya? Sedarlah, wahai insan.
***
Dekorasi meja bufet
Dalam buku Buat Duit dengan Katering Mat Katerer ada
nyatakan jangan berbisnes cara jualan nasi lemak gaya lama,
yakni hanya cukup makan sahaja. Justeru katerer hari ini perlu
cekap bukan sahaja dalam memenuhi selera tetapi juga
cemerlang dalam penyediaan makanan. Budaya cukup makan
ialah budaya lama yang tak sesuai dengan zaman.
Dengan matlamat memenuhi persepsi minda para
tetamu, terlebih lagi klien atau orang perseorangan yang
61
DIARI MAT KATERER
memesannya, katerer harus memberi tumpuan sewajarnya pada
persembahan di meja bufet dan dekorasi. Ia berkaitan dengan
persepsi minda.
Dalam buku tersebut juga Mat Katerer ada tuliskan
berkenaan dekorasi meja bagi katering. Selain dekorasi pintu
gerbang pengantin bagi keraian perkahwinan, meja bufet dan
meja VIP juga elok dihias dengan dekorasi bungan hidup (segar)
atau bunga plastik.
Faktor keenakan sajian juga mengambil elemen pujukan,
citarasa dan persepsi minda. Minda yang dapat dipujuk supaya
„berselera‟ juga turut merangkumi hiasan berupa dekorasi bunga
meja.
Banyak sesi katering yang Mat Katerer terlibat
memperoleh komen pertama ini, “Wah! Cantiklah kaedah
dekorasi meja bufet dia buat.”
Biasakan yang tidak biasa. Tetapi harus diingat, redha
Allah yang paling utama. Tekad, bukan main belasah sahaja!
62
WEB SUTERA
ENTRI 12
Salam Aidilfitri untuk semua. Semoga ibadah puasa di bulan
Ramadhan yang baru berlalu lebih mendekatkan kita kepada
Tuhan. Juga semoga Aidilfitri 1429 Hijrah yang telah dan
sedang kita raikan akan mempereratkan hubungan baik sesama
umat Islam dan semua penduduk di Malaysia. Sesungguhnya
Islam itu bersaudara dan tidak mengamalkan sifat benci
membenci di kalangan semua bangsa.
Sebelum bercuti di kampung meraikan hari kemenangan
tahun ini, Mat Katerer dan cef sudah membuat sedikit
perancangan hidangan apa yang akan disediakan di hari pertama
Aidilfitri.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah, semua menu yang
cef cadangkan berjaya disediakan dengan sebaiknya. Menu
tersebut ialah nasi dagang berlaukkan gulai ikan tongkol (ikan
haya), tapai pulut, BBQ, laksa johor, nasi lemak serta rendang
ayam dan daging. Menu ini dicadangkan oleh cef bagi „klien‟
63
DIARI MAT KATERER
yang terdiri dari anak-anak saudara dan adik-beradik (juga ipar)
aku seramai tiga puluh orang.
Kami berkampung di sebuah perkampungan Felda di
Jerantut, Pahang di mana aku dibesarkan. Aku, cef dan anak-
anak berhari raya di sana selama empat hari, tidak termasuk dua
hari di bulan Ramadhan.
Nasi dagang, gulai ikan tongkol dan tapai pulut
disediakan khusus oleh emak Mat Katerer. Menu lain seperti
rendang ayam dan daging, nasi lemak, laksa johor dan BBQ
disediakan oleh cef.
Semua „tetamu‟ berpuas hati. Alhamdulillah!
***
Sekembali dari bercuti Aidilfitri 1429 Hijrah di Pahang, aku dan
cef membuat perancangan untuk menambah peralatan katering.
Alhamdulillah, perancangan kami berjaya. Jadi awal minggu ini
cef ke Chow Kit untuk membeli beberapa peralatan tambahan,
iaitu enam set chafing dish, satu bekas air keluli (bersaiz besar),
dua bekas makanan, tiga puluh pinggan kaca berat atau seramik,
tiga ratus pinggan melamine dan dua belas gelas goblet (gelas
berkaki).
64
WEB SUTERA
Dalam pada itu, minggu ini kami buat persediaan untuk
beberapa sesi katering Aidilfitri yang sudah dipesan. Segala
syukur dikembalikan kepada Allah yang bersifat Maha Pembuka
untuk hamba-hamba-Nya.
Untuk kalian dan klien yang tidak dapat Mat Katerer
penuhi permintaan katering mereka, aku memohon maaf. Insya-
Allah, hubungi aku lagi untuk majlis yang lain.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Raya lagi weh!
***
Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008, bersamaan 12 Syawal
1429 Hijrah, tim aku selamat menyajikan makanan untuk majlis
ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor. Majlis yang
dihadiri oleh lebih 500 tetamu diraikan dalam suasana penuh
meriah dan semangat persaudaraan Islam bertempat di suatu
lokasi di Petaling Jaya Selatan, Selangor.
Cef menyediakan pelbagai sajian yang, alhamdulillah,
habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun sajian yang
agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu memuji masakan
cef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.
Majlis Belia Selangor merupakan klien pertubuhan /
korporat terkini yang mengambil perkhidmatan katering yang
65
DIARI MAT KATERER
disediakan. Sebelum ini di bulan Ramadhan, aku mendapat
tempahan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor,
Shah Alam.
Segala pujian dan syukur saya kembalikan kepada Allah,
Tuhan yang maha pembuka jalan. Usaha terus!
***
Bisnes membuat kek
Ini cerita menarik untuk kalian perhalusi, insya-Allah. Mat
Katerer berkenalan dengan rakan baru di majlis di atas. Rakan
tersebut menyediakan pengat pisang sebagai salah satu menu
yang dihidangkan. Bukannya dari katering aku, tetapi diminta
bantuan oleh salah seorang pemimpin Belia 4B di situ sebagai
menu tambahan.
Antara cerita yang kami kongsi ialah mengenai bisnes
katering, dekorasi bunga dan pembuatan kek. Beliau bersama
isteri menceburi bisnes menggubah bunga untuk pelbagai
keperluan keraian. Salah seorang ahli keluarga beliau pula
menceburi bidang pembuatan pelbagai jenis kek, daripada kek
pengantin sehinggalah kek cawan, termasuk mengusahakan
penghasilan krim untuk kek.
66
WEB SUTERA
Cerita rakan baru itu membangkitkan semangat aku dan
cef. Dengan menumpukan bisnes pembuatan kek sahaja, kerabat
rakan tersebut berjaya mengubah gaya hidup, dari rumah kecil
lokasi bisnes beroperasi, berjaya membina sebuah rumah
banglo. Menurut beliau, semua ahli keluarga terlibat, termasuk
anak-anak.
Maha Suci Allah! Bisnes keluarga memang boleh
berjaya.
***
Assalamualaikum, sahabat dan teman sekalian. Syawal masih
bersisa, jadi salam Aidilfitri Mat Katerer ucapkan.
Alhamdulillah, harga minyak turun lagi, ringan sedikit beban
kita di Malaysia.
Aku sebagai katerer lega kerana tidak lagi perlu
memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos servis katering
ekoran kenaikan mendadak harga bahan bakar sedikit masa
dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan harga bahan-bahan
mentah sektor makanan masih lagi agak tinggi lantaran beberapa
faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Bulan Syawal ini, aku dan cef kurang rehat. Sebaik
seminggu lebih bercuti, banyak permintaan sebut harga katering
67
DIARI MAT KATERER
untuk rumah terbuka Aidilfitri, sama ada di rumah klien
perseorangan atau korporat.
Daripada lebih sedozen sebut harga yang dihantar, aku
memperoleh beberapa pesanan katering. Salah satu klien
korporat terkini ialah Tenaga Switchgear Sdn. Bhd, anak
syarikat Tenaga Nasional Berhad.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear
diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada
18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang
dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beriani, lemang, mee
dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak
ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan
lain-lain.
Tetamu tiba seawal jam 11.00 pagi. Tenaga petugas
seramai lima belas orang berjaya memberikan komitmen yang
baik kepada aku, dan melayani semua keperluan tetamu secara
profesional. Tetamu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
tetamu VIP, staf syarikat dan para jemputan.
Katering aku menyediakan enam gerai atau meja bufet
bagi enam kelompok menu yang berlainan. Suasana meriah
diserikan lagi dengan kanopi Arabian dan hiasan skalop serta
hiasan meja/gerai berwarna peach.
68
WEB SUTERA
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Pengerusi Tenaga
Switchgear, Datuk Haji Mohamad bin Haji Abdul Aziz,
Pengarah Urusan Tuan Haji Mohammad Nor bin Mohd. Sidin
dan pelakon saudara Azli dari kumpulan lawak Senario.
Mat Katerer mendapat ucapan terima kasih khusus dari
Tuan Haji Mohammad Nor semasa beliau berjalan menuju ke
kereta. Di waktu itu aku sedang berehat bersama seorang
petugas.
“Terima kasih. Makanan dan layanan bagus,” katanya
sambil memberi tanda bagus.
Segala puji aku kembalikan kepada Allah atas
kelancaran majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear
yang berlangsung selama lebih empat jam.
69
DIARI MAT KATERER
ENTRI 13
Dalam mengendalikan bisnes katering, katerer mungkin
akan berhadapan dengan kehendak tetamu yang pelbagai.
Misalnya dalam satu majlis yang kehadiran tetamu dalam
lingkungan 800 atau 1,000 orang, mustahil katerer dapat
memenuhi selera secara seratus peratus. Sedikit sebanyak
mungkin ada rungutan, walaupun mungkin kecil kalau hendak
dinisbahkan secara total dari sudut perkhidmatan dan mutu
sajian yang disediakan.
Mat Katerer ini pun menghadapinya. Apa yang hendak
aku sorot di sini ialah rungutan atau pertanyaan itu mungkin
diajukan terus kepada tuan punya bisnes katering tersebut. Jika
berlaku, engkau orang sebagai pengendali katering jangan
bermasam muka dengan tetamu tersebut.
Orang kata jangan pula pulangkan paku buah keras
kepada tetamu, apatah lagi marah balik. Jadi kes naya wei!
70
WEB SUTERA
Mat Katerer ambil sikap mengalah sahaja. Maniskan
muka dan bercakap secara mesra. Jangan pula disebabkan
jawapan kau orang, tetamu menjadi semakin tidak puas hati.
Tip yang elok kau orang amalkan ialah selalu bersangka
baik atas apapun teguran, kerana ia akan lebih mematangkan
kita dalam urusan bisnes, insya-Allah. Lagi satu, jangan risau,
kalau sudah rezeki kalian, rezeki juga. Ingat Allah, ingat iman.
Dari Allah belaka.
Dalam pada itu, sekiranya komen tetamu itu berasas, apa
salahnya terima dengan baik, dan seterusnya perbaiki apa yang
terkurang. Kita bukan malaikat, pastinya kita sentiasa buat silap
atau alpa.
Tidak salah untuk mengaku kesilapan jika benar ada.
Juga tidak mengapa jika tetamu atau klien itu kelihatan sedikit
„lebih‟ dalam mengajukan persoalan, tetapi kau orang tetap
mengukir senyuman. Berbaik sangka dan hadiahkan senyuman
manis. Insya-Allah, kita akan selamat dan tetamu atau klien
akan berpuas hati.
Sekiranya bengang juga, kita berlalu pergi ke tempat
lain, tenangkan fikiran. Ingat Allah, hanya Dia yang Maha
Mengetahui dan Maha Sempurna.
71
DIARI MAT KATERER
Dalam satu kes, ada seorang staf klien angin entah apa-
apa. Membebel tak tentu fasal. Katanya sajian tidak mencukupi.
Walhal tetamu dia yang banyak terlebih. Namun mutu makanan
okey sahaja, siap ada yang memujinya. Itu hikmahnya. Allah!
Apa cef aku buat? Dia belah begitu sahaja, tidak kuasa
melayannya.
Alih-alih orang yang sama pada lebih kurang dua
minggu kemudian pesan sekali lagi servis katering aku. Kalau
dia betul-betul tidak puas hati, pastinya dia tidak akan
memanggil tim Mat Katerer lagi. Aku okey sahaja, janji dia
orang bayar.
Kau orang mahu tahu apa? Kali ini dia memesan
bilangan pax yang lebih daripada sebelumnya. Cukup pun.
Malah kali ini orang itu berkata, “Terima kasih kerana datang
lagi.”
***
Pada 1 November 2008, aku mengadakan majlis keraian
Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama anak bongsu,
Rayyan Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan Syawal Mat
Katerer sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri klien
72
WEB SUTERA
di banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Justeru sambutan
ulang tahun pertama Rayyan pun agak terlewat diraikan.
Walau apapun, majlis yang diadakan di sebelah malam
berjalan dengan seadanya. Ramai juga sahabat dan ahli keluarga
yang sudi datang. Segala puji aku kembalikan kepada Allah.
Aku dan cef berbesar hati kerana novelis thriller nombor
wahid Malaysia, Tuan Ramlee Awang Murshid, sudi memenuhi
undangan ke rumah. Tuan Ramlee antara tetamu yang paling
awal tiba ke teratak Mat Katerer. Beliau tidak pernah tidak
membawa isteri dan anak tersayang bersama-sama.
Alhamdulillah, sajian makanan yang disediakan oleh cef
mendapat perhatian dari Tuan Ramlee, Puan Dayang Aminah
dan adik Aizuddin.
Tidak ketinggalan juga sahabat aku dari Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu Tuan Ahmad Kamil
(pengurus penerbitan) dan Tuan Rozlan Mohamed Noor (editor)
menjamah sajian yang cef sajikan.
Aku mempertemukan Tuan Ramlee dengan mereka
berdua, lantas bualan mereka menjadi panjang menyentuh
pelbagai isu dalam dunia penerbitan dan perbukuan Malaysia.
Mat Katerer tumpang sekaki.
73
DIARI MAT KATERER
Kepada Cikpuan Elle dari Kelab Peminat Ramlee
Awang Murshid (RAMFC) bersama rakan Aisyah, terima kasih
sahabat kerana mampir ke teratak Mat Katerer walaupun jam
sudah mencacak ke angka 12.00 tengah malam. Sahabat berdua
ini membawa balik beberapa bungkus makanan yang
dihidangkan.
Aku berkata, “Permit sudah tamat baru tiba.”
Mereka berdua hanya tersengeh. Sahabat berdua ini
membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.
Walaupun beberapa sahabat tidak dapat hadir lantaran
faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, aku gembira dan
bersyukur ke hadrat Allah justeru kerana majlis berjalan dalam
suasana harmoni.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran beberapa ahli
keluarga dari sebelah cef. Suasana menjadi bingit sebentar
apabila masing-masing membuka cerita dan khabar dalam
bahasa dialek Minang. Gebang menjadi berjela panjangnya.
Aku? Termanggu-manggu bagai lalat pening kena
sembur racun perosak!
Ya, memang aku tidak faham bahasa Minang. Aku
bukan orang Minang. Namun beberapa butir aku fahamlah.
74
WEB SUTERA
Antara sajian yang disediakan untuk majlis pada 1
November 2008 itu ialah nasi beriani, ayam masak merah,
rendang ayam dan daging, rojak mamak, nasi impit, mee, bihun
dan kuew tiew goreng, lemang, sambal sotong, roti jala, sate
serta pelbagai pencuci mulut.
Tip: Maniskan muka dan bercakap secara mesra. Jangan
pula disebabkan jawapan kita, tetamu menjadi semakin
tidak puas hati. Selalu bersangka baik atas apa pun teguran,
kerana ia akan lebih mematangkan kita dalam urusan
bisnes, insya-Allah.
75
DIARI MAT KATERER
ENTRI 14
Pejam celik, pejam celik. Mujur celik kembali. Allahu-
Akbar! Terima kasih Allah, justeru masih memberikan aku
hamba-Mu kesempatan terus menghirup udara-Mu di dunia fana
ini.
Kini musim cuti sekolah bakal menjelang hujung
minggu ini. Biasanya katerer – juga aku - akan mengalami
antara waktu yang paling sibuk. Pada cuti sekolah, terutamanya
pada hujung tahun yang agak panjang, pelbagai majlis
memerlukan servis katering dan yang berkaitan dengannya. Ia
termasuk servis kanopi, pembuatan pelbagai jenis kek, pelamin
dan kuih-muih.
Keperluan sajian makanan dan servis sampingan itu,
antaranya ialah untuk majlis perkahwinan, program lawatan
sekolah ke pelbagai lokasi, sambutan hari keluarga, majlis doa
selamat, akikah dan berkhatan.
Tim Mat Katerer bersedia menerima tempahan, bermula
dari sajian untuk lima puluh tetamu (50 pax) sehingga 2,000
76
WEB SUTERA
tetamu atau lebih, mana yang dahulu. Servis katering aku juga
merangkumi kanopi, penyediaan dan layanan VIP dan VVIP
serta penyediaan makanan berbungkus untuk Lembah Klang,
Selangor dan Negeri Sembilan sehingga ke Seremban.
Mat Katerer juga pernah uar-uarkan yang servis katering
aku turut sedia menerima tempahan bagi program lawatan ke
kementerian kerajaan, Parlimen Malaysia dan acara sukan di
sebarang lokasi. Insya-Allah, harga dan menu boleh dibincang.
Untuk majlis perkahwinan, pakej yang aku tawarkan
termasuk hidangan tetamu, sajian pengantin, kek pengantin,
pintu gerbang dan kanopi. Aku tidak menyediakan
perkhidmatan andaman. Pihak pengantin juga disyorkan
mencari perkhidmatan fotografi dan video sendiri.
Walaupun demikian, boleh sahaja meminta bantuan aku
untuk memberi cadangan dengan kos sifar, insya-Allah. Cuba
buat panggilan pada Mat Katerer. Boleh bincang punya!
***
Pada minggu terakhir sebelum cuti persekolah hujung tahun
2008, aku menerima empat tempahan katering. Aku dan cef
berkelana lagi. Bermula di suatu lokasi di pusat bandar
77
DIARI MAT KATERER
metropolitan Kuala Lumpur, ke Putrajaya kemudian ke Jinjang
dan berakhir di rumah klien berlokasi di Subang, Shah Alam.
Berlalu hal lucu dalam panik. Apa dia? Kau orang
bacalah cerita aku ini.
Jika ke Putrajaya, aku sudah biasa. Ke Jinjang pun boleh
diagak laluannya. Tetapi Mat Katerer dan cef mengalami
keadaan sesat dalam perjalanan ke Taman Subang Impian, Shah
Alam. Sesatnya kita orang bukan sekali, malah dua kali; ketika
pergi untuk menghidangkan makanan dan ketika pergi buat kali
kedua untuk mengambil barang-barang pada sebelah malamnya.
Memang melucukan! Pada sebelah siangnya, aku
menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk ke taman
perumahan tersebut. Mat Katerer terlepas selekoh ke lapangan
terbang lama Subang, jadi terpaksa melakukan pusingan U
selepas tol Shah Alam. Dari situ aku mengambil Lebuhraya
Guthrie. Terkulat-kulat aku dan cef mencari jalan ke Taman
Subang Impian. Terasa perjalanan jauh. Mujur kita orang sudah
merancang sela waktu seandainya sesat. Memang sesat pun!
Perjalanan sebelah malam pula, aku menggunakan jalan
ke lapangan terbang lama Subang yang terlepas pandang siang
tadi. Subhanallah, sesat lagi! Angin juga lantaran badan Mat
Katerer pun kurang sihat, sudah dua hari demam.
78
WEB SUTERA
Alhamdulillah, selepas cef membuat panggilan beberapa kali di
beberapa selekoh, akhirnya kita orang sampai ke rumah klien
buat kali kedua.
Tuan rumah tersenyum bila aku katakan, “Hari ini dua
kali kami sesat. Siang tadi guna jalan lain, malam ini pula guna
jalan lain.”
***
Tip tambahan ialah sila aturkan masa paling optima supaya
keadaan kelam kabut dapat dielakkan. Julat masa sangat
bergantung kepada jarak perjalanan dan memikirkan situasi lain
yang mungkin wujud di sepanjang pemanduan ke premis klien.
Mat Katerer katakan bahawa perancangan masa juga
harus diteliti bagi setiap sesi katering, tertakluk kepada apakah
jenis sajian serta jenis majlis. Sebagai contoh, sekiranya
melibatkan majlis sambutan harijadi atau doa selamat yang
hanya melibatkan 100 pax dan satu jenis set menu utama sahaja,
maka ia memadai penggunaan masa kurang daripada setengah
jam untuk menyiapkan masa bufet.
Walhal sekiranya majlis itu ialah kerainan perkahwinan
yang melibatkan jumlah tetamu 1,000 orang, maka masa yang
79
DIARI MAT KATERER
diperlukan ialah paling kurang satu jam setengah untuk
menyediakan hidangan dan lain-lain keperluan.
Seandainya kau orang juga terlibat dalam lain-lain servis
seperti penyediaan meja VIP, bufet pencuci mulut, penyediaan
meja utama raja sehari dan melibatkan dua stesen bufet atau
lebih, maka masa yang lebih diperlukan. Bagi kes ini, satu lagi
tip ialah aturkan semua staf untuk melaksanakan kerja masing-
masing.
Namun ini pesanan dari Mat Katerer. Jangan ego dan
sombong dengan rakan-rakan pramusaji remaja atau dewasa.
Jangan marah dan arah sana arah sini dengan sombong.
Mentang-mentang kita bos, main belasah sahaja. Dia orang
membantu katerer lancarkan majlis, justeru hormati mereka.
Sama-sama buat kerja. Sama-sama cari makan. Mereka
akan hormat kita, insya-Allah.
Motivasi: Salah satu hikmah bagi Mat Katerer sepanjang
menceburi bisnes katering ini ialah masa lebih banyak
terluang untuk keluarga. Rezeki pula semakin murah, dan
insya-Allah berkat. Masa untuk mencari cinta Allah juga
turut lapang dan mudah.
80
WEB SUTERA
ENTRI 15
Bos mengelap lantai basah atau kotor, sambil
mencangkung
Si cilik Aeisha Sumayyah bertanya sambil memeluk aku,
“Kenapa abah kena kerja? Hari-hari kena kerja.”
Aku cium ubun-ubun kepala dan pipinya, kemudian
berkata, “Abah kena kerja cari rezeki pemberian Allah. Nanti
dapat duit, abah belikan susu adik.”
Anak berusia dua tahun lebih itu memandang aku,
terkebil-kebil. Si cilik yang mahu dimanjakan. Alhamdulillah.
Di beberapa ketika, semasa mengangkat dan menyusun
barang-barang di atas meja bufet, ada sahabat bertanya, “Kau
tak malu?” dan “Mengapa tak minta aku tolong?”
Tiada istilah malu dalam urusan yang Mat Katerer buat.
Sapu lantai guna mop, lap meja guna tuala, bahkan aku gunakan
kain tuala biasa semasa mengelap lantai basah atau kotor, sambil
mencangkung.
81
DIARI MAT KATERER
Insya-Allah, Mat katerer mengikut gaya berniaga
sahabat Rasulullah (SAW), Abdul Rahman bin Auf.
Dari satu sisi, biasakan buat kerja-kerja yang dikatakan
„kelas bawah‟ itu. Melaluinya, kita dapat rasai pahit atau
peritnya kerja sebegitu. Bagi Mat Katerer, asalkan kerja halal,
insya-Allah, semua Allah akan berkati.
Terkadang aku suka membebel. Mungkin banyak ketika
menjadi pemerhati senyap. Namun begitu, dalam memerhati aku
mengumpul maklumat. Isteriku berkata, “Abang ini pandai
menulis.”
Aku menjawab, “Abang memerhati dari sisi yang
berbeza. Justeru minat ini abang kembangkan.”
***
Yee sang atau lou sang halal
Izinkan aku bercerita perihal satu menu. Ini paling mutakhir
untuk entri terbaharu ini. Imbasan kembali akan aku perikan di
lain-lain entri, insya-Allah. Kau orang teruskan meniliti.
Mungkin ada yang aku sampaikan boleh dibuat panduan.
Kongsi-kongsikan, okey.
82
WEB SUTERA
Yee sang atau lou sang adalah menu istimewa untuk
Tahun Baharu Cina. Sejak tahun 2011, pihak aku mula
menerima pertanyaan bagi sediaan menu yee sang halal
mengikut prosedur Islam. Justeru Cef Hana mengambil inisiatif
untuk belajar sajian khas ini.
Versi atau kandungan yee sang atau lou sang ini banyak,
mengikut kreativiti seseorang tukang masak atau cef yang
menyediakannya.
Ketika satu sesi katering Tahun Baharu Cina 2013,
seorang tetamu bertanya kepada sahabatnya, lebih kurang
begini, “Kandungan sayur ini adakah?” Beliau menunjuk jenis
sayur tersebut.
Rakannya itu menjawab, “Tidak kisah. Janji ia sayur.
Ikut kreativiti masing-masing.” Lantas aku memberi sedikit
penerangan. Dia orang mengangguk tanda faham.
Dari info yang Mat Katerer peroleh, sajian ini dikatakan
berasal dari negara China. Namun versi kontemporari dihasilkan
dan dipopularkan pada era 1960-an di kalangan komuniti bangsa
Cina di beberapa tempat. Paling menarik ialah hari perayaan
Tahun Baharu Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura sering
dikaitkan dengan menu istimewa ini.
83
DIARI MAT KATERER
Sepanjang pengalaman Mat Katerer, pihak syarikat dan
komuniti bangsa Cina di Kuala Lumpur dan Selangor tidak sah
sekiranya sajian ini tidak disediakan di majlis sambutan Tahun
Baharu Cina. Ia sebagai simbolik kemakmuran, justeru sajian ini
juga disebut sebagai yee sang salmon kemakmuran (prosperity
salmon yee sang).
Yusheng, yee sang atau lou sang atau memantulkan
kemakmuran, adalah salad ikan mentah gaya Teochew. Ia
biasanya terdiri daripada beberapa kepingan / cebisan ikan
mentah (paling biasa salmon). Antara bahan-bahan lain, ia
dicampur dengan sayur-sayuran yang dicincang dan pelbagai
sos dan perasa.
Ikan mentah hancir, bukan? Guna perahan air limau
nipis atau lemonlah! Atau buat inovasi dengan merebus dahulu
ikan itu.
Tim Mat Katerer berbangga dengan pesanan saban
tahun, sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini.
Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan yang
pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.
***
84
WEB SUTERA
Sepanjang bisnes katering yang memasuki tujuh tahun ini, pihak
Mat Katerer menerima sokongan dari banyak pihak. Bagi servis
kanopi, kerusi meja dan pramusaji, aku banyak kali bekerjasama
dengan Accer Event & Canopy dan Azlan Canopy.
Hubungan bisnes sungguh erat. Tuan punya Accer
Event, Tuan Jazse Mohamed pernah berkata kepadaku, “Abang
buat katering, saya buat kanopi. Kita kongsi sama-sama rezeki.
Jangan tamak.”
Di suatu ketika, di Kolej PTPL Shah Alam, tim Mat
Katerer ada projek di sana. Bila tengok cop kerusi, hah Accer
punya! Sebaik nampak kelibat Jazse Mohamed sewaktu kami
sedang memunggah barang masuk ke dalam lori, aku berteriak,
“Tidak ada orang lainkah?”
Tuan Jazse menjawab sambil tersenyum, “Pusing-pusing
kita juga, bang!”
***
Fakta Katering
Dalam satu majlis perkahwinan, Mat Kateter dan Cef Hana
membantu rakan di gerai BBQ kambing sebanyak lapan ekor.
Sajian lain ialah coleslaw, kentang lenyet, jagung bakar, roti
85
DIARI MAT KATERER
bayang putih (garlic bread) dan sup cendawan . Tetamu sekitar
1,000 orang.
Apa yang terjadi? Gerai BBQ kambing kena serbu!
Langsai sajian itu, barulah mereka ke gerai nasi berani.
Hasilnya, nasi tidak habis.
Kalau ada kambing bakar / BBQ, memang kambing
dahulu kena serbu.
***
Satu peristiwa untuk kau orang renungkan.
Tarikh 21 Februari 2013 Kuala Lumpur dan Selangor
dianugerah oleh Allah dengan hujan lebat. Tunggu pramusaji di
suatu lokasi. Tiada. Dia tunggu di tempat lain, aku teruskan
pemanduan. Jalan sesak teruk.
Tiba di Subang Jaya, cari lokasi premis bisnes klien,
hujan masih lebat. Berpusing lima kali dalam lorong-lorong
sempit dan sesak. Aku sedikit panik. Akhirnya, "Allahumma
yassir wala tu`assir ya Kareem", yang menjadi tasbih
sepanjang perjalanan menjadikan semua kemungkinan tidak
baik sirna.
Allahu-Akbar! Terima kasih, sahabat Zonan Villa kerana
mengingatkan aku.
86
WEB SUTERA
***
Tip Katering
Datuk Idris Haron pernah berkata kepada Mat Katerer, “Dalam
bisnes katering, sekiranya makanan sedap, perkhidmatannya
orang tidak lihat sangat.”
Walaupun begitu, seorang katerer yang baik harus
melihat semua sisi servis yang disediakan. Ulang siaran,
“Makan adalah persepsi minda.”
Satu lagi, dalam buku Buat Duit dengan Katering, aku
tulis kisah konsep 'kita bos kita kuli.' Insya-Allah, aku buat apa
yang ditulis. Bos atau tidak, setiap usaha kerja halal
memperoleh berkat dari Allah.
Mat Katerer pernah ditegur oleh tuan rumah,
“Lahawlawala! Bos pun basuh pinggan.”
Sebaik menoleh ke arahnya, sambil tersenyum aku
membalas, “Sudah biasa, bang.”
87
DIARI MAT KATERER
Allah Subhanahuwata‟ala menegaskan dalam al-Quran,
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat)
kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
88
WEB SUTERA
ENTRI 16
Dalam entri ini Mat Katerer akan ceritakan sedikit mengenai
beberapa maklumat penting. Aku kongsikan, agar kalian beroleh
sedikit info. Cerita aku ini bukan main-main, melainkan aku
sudah buat apa yang dinyatakan. Bikin serupa cakap, bro!
Kalau aku tidak buat, memang agak sukar untuk
bercerita. Kisah benar dari pengalaman sendiri aku kira molek
untuk dikongsi. Mungkin tidak sama nasib kita. Namun aku
berharap agar boleh diambil sebagai panduan, kalau kau orang
sudi.
Kisah nasi lemak bungkus. Okey, teruskan membaca.
***
Peluang nasi lemak bungkus
Usaha bisnes kecil-kecilan menyediakan nasi lemak bungkus
memiliki potensi baik untuk surirumah. Dalam beberapa sesi
katering, aku memang memesannya dari penjual nasi lemak di
sekitar kawasan perumahan.
89
DIARI MAT KATERER
Itu untuk surirumah. Untuk yang serius pun boleh
berbuat perkara yang sama, yakni serius fokuskan kepada
menjual nasi lemak. Sekarang ini nasi lemak bukan lagi menjadi
sarapan pagi. Ia sudah ditawarkan untuk makan tengah hari,
minum petang dan makan malam, bahkan makan di dinihari.
Sebentar! Dalam satu kes, klien bangsa Cina memesan
dari Mat Katerer nasi lemak secara bufet untuk 200 orang
makan. Banyak lauk yang diminta. Jangan main-main, ya! Nasi
lemak sudah menjadi menu satu Malaysia.
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kalian perhati
betul-betul. Bukankah nasi lemak yang asalnya sajian sarapan
pagi kaum Melayu sudah dikormesilkan di serata restoran,
malah di hotel bertaraf enam bintang? Paling penting,
pengusaha bisnes kena kreatif.
Dalam dua sesi katering lain, klien / tuan rumah
memesan sendiri nasi lemak bungkus dari penjual di kawasan
berdekatan. Dengan jumlah daripada 50 sehingga 300 bungkus,
surirumah bakal memperoleh keuntungan yang baik. Julat harga
ialah RM1.20 – RM2.30 sebungkus.
Aku memang ada pengalaman menjual nasi lemak ini
dengan beberapa gerai pacak. Hasilnya tidak tetap sangat,
namun andai diusahakan secara betul, insya-Allah, ada untung.
90
WEB SUTERA
Bagi meningkatkan prestasi bisnes, elok kiranya buat
begini. Mudah sahaja. Kalian buat cop bisnes atau cop yang
tertulis nama kalian dan nombor telefon dan / atau alamat e-mel
yang boleh dihubungi. Kemudian di setiap bungkusan nasi
lemak itu, kalian coplah, sebagai contoh, “Sedia mengambil
tempahan nasi lemak berbungkus” atau “Hubungi kami.
Nombor telefon: 03-###### atau 019-#########”.
Insya-Allah, kau orang tunggulah hasilnya.
***
Majlis pertunangan
Ini kisah lain pula.
Majlis pertunangan biasanya dihadiri oleh keluarga
terdekat pihak lelaki dan perempuan. Tidak ketinggalan jiran-
jiran. Setakat ini, Mat Katerer menerima tempahan
perkhidmatan katering untuk majlis bertunang yang dihadiri
oleh 100 sehingga 200 tetamu.
Terkini? Alhamdulillah, tempahan pertama katering
tahun 2009 ialah majlis bertunang yang berlangsung di Villa
BAM di Taman Maluri, Kuala Lumpur, pada 3 Januari. Ianya
dihadiri oleh 100 tetamu. Tuan rumah sudah mengesahkan
91
DIARI MAT KATERER
pesanan tersebut semasa Mat Katerer dan keluarga masih dalam
percutian di Rantau Panjang, Kelantan.
Menu yang disajikan ialah nasi beriani dan nasi putih,
ayam goreng berempah, daging masak hitam, dalca sayur, acar
jelatah dan sambal tumis udang. Pencuci mulut ialah kuih cara,
murtabak mini dan hirisan buah-buahan. Manakala minuman
pula ialah kordial oren dan teh tarik.
Ahli keluarga sebelah perempuan berpuas hati dengan
masakan yang disediakan. Mereka menunjukkan tanda bagus
kepada aku. Segala puji aku kembalikan kepada Allah.
Heh! Ada nasi lemak bungkus juga.
***
Gapai redha Allah
Sudikan membaca sudut motivasi ini. Semoga sama-sama
beroleh panduan dan berkat, insya-Allah.
Kata bijak pandai, “Apabila kamu diberkati atau berjaya
dalam apa jua cara atau bidang, kamu mesti jangkakan adanya
pembenci yang sentiasa mengintai. Bagaimana kamu bertindak
balas kepada mereka adalah sebahagian daripada ujian.”
92
WEB SUTERA
Ya, mesti pandai dalam apa jua sepak terajang dan
mungkin wujud hasad dengki. Aku bukan main tuduh melulu,
sememangnya ada. Mahu kata tiada, aku rasa menipu pula.
Memang ada. Kalian buka mata hati, dan pandai-pandailah
kendalikan. Mohon petunjuk Allah.
Izinkan Mat Kateter berpantun, boleh? Ini bukan
diciplak dari orang lain. Ia tulis dari hati Mat Katerer yang suka
memerhati.
Daku tidak perlu respek
Tidak juga perlu ditabik;
Jangan dikau suka merepek
Kukuh daku takkan carik.
Terbakar hari di bawah mentari
Cekal berdiri gagah berdikari;
Diam bukan tidak mengerti
Daku sepi dalam memerhati.
Berikutnya mungkin puisi. Mahu kata pantun pun boleh.
Bukan aku mengemis simpati sesiapa
93
DIARI MAT KATERER
Buat penawar duka lara;
Bukan aku mengemis hormat sesiapa
Cuma Allah yang aku damba.
Berikan sayang untuk menarik sayang. Namun sayang
itu seharusnya bertempat.
Berikan marah untuk menarik redha Allah. Namun redha
Allah juga akan lari andai kita marah tidak bertempat.
Untuk aku dan kamu. Ditimpa musibah, sakit, susah hati,
kematian? Ucapkanlah sebagai tasbih serta ingatan: Innalillah
hiwainnailaihirojiun .. Dari Allah dia datang (segala sesuatu)
kepada Allah dia kembali.
Kemudian berdoa dan bertawakal. Ucap istighfar, insya-
Allah.
94
WEB SUTERA
ENTRI 17
Mat Katerer dan Cef Hana mempunyai dua kumpulan rakan-
rakan rapat. Kumpulan atau kelompok rakan-rakan yang
pertama ialah dari kalangan staf dan bekas staf MIMOS Berhad
dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Kelompok ini sudah
lama terbina, dan sehingga sekarang aku terutamanya (walaupun
sudah berhenti dari MIMOS dan Jaring) dan isteri sering
bertemu dalam pelbagai aktiviti. Pastinya mereka sering sahaja
meminta Cef Hana sediakan juadah untuk santapan.
Kumpulan terbaharu pula terbina melalui Kelab Peminat
Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang ditubuhkan sedikit
masa dahulu. Aku dan isteri yang menjadi peminat tegar karya-
karya novelis Ramlee Awang Murshid menganggotai kelab ini.
Sudah beberapa kali RAMFC mengadakan perjumpaan,
mesyuarat dan sesi beramah mesra untuk ahli-ahli dengan
kehadiran Tuan Ramlee. Terkini RAMFC mengadakan satu
perjumpaan atau perhimpunan yang dinamakan Membongkar
Rahsia Perindu – Lepak Santai RAMFC yang diadakan di
95
DIARI MAT KATERER
Taman Warisan Pertanian dan Taman Putra Perdana, Putrajaya
pada 28 Februari 2009.
Aku dan Cef Hana berbesar hati menyediakan beberapa
juadah sebagai tanda sokongan kami untuk RAMFC. Termasuk
dalam juadah khas ialah kek pulut kuning bersama rendang
daging bagi meraikan ulang tahun perkahwinan Tuan Ramlee
dan isteri, Puan Dayang Aminah binti Datuk Aliudin.
Hidangan lain ialah rendang ayam, nasi impit, samosa
kentang dan teh tarik.
Okey, apa yang pasti aku dan Cef Hana cukup gembira
hari itu. Tahniah dan syabas Mat Katerer ucapkan khusus untuk
Cikpuan Elle dan Tuan Attokz Dikulgai (sang dogma) kerana
berjaya menjadikan hari itu indah, walaupun cuaca panas terik.
Terus terang aku mengaku yang Cef Hana dan aku
memang agak kepenatan justeru kerana sudah tiga hari berturut-
turut sibuk dengan katering. Namun demi semangat ukhuwah,
Cef Hana dengan cekatannya menyediakan masakan bagi rakan-
rakan RAMFC. Apa yang pasti, sampai sahaja di rumah cef aku
itu terus pengsan di sebelah anak kecil saya yang berusia satu
tahun lima bulan.
Terima kasih Mat Katerer ucapkan kepada Pengurus
Besar Alaf21 Sdn. Bhd, Tuan Nordin Mohamed kerana terus
96
WEB SUTERA
sudi dan menyokong RAMFC dan segala aktiviti yang
dijalankan. Seperti biasa ada perkara dan isu yang aku
bincangkan bersama Tun Ramlee dan Tuan Nordin, mencakupi
dunia sastera dan penerbitan Malaysia. Ada bisik berdesing di
telinga, ada rahsia dikongsi.
Kepada rakan-rakan RAMFC, kehadiran kalian cukup
bermakna bagi aku dan AJK yang lain. Terima kasih daun
keladi atas pujian sajian ala kadar yang Cef Hana sediakan.
Aku, Cef Hana dan dua orang anak membawa pulang
kenangan dan hadiah. Kami tidak menyangka bahawa menjadi
naib johan bagi acara mencari harta karun. Plak hadiah dan
cenderahati amat unik dan artistik. Tahniah sekali lagi kepada
Tuan Attokz the Dogma guy.
Kepada Tuan Ramlee, teruskan berkarya. Kami di
RAMFC berbangga dengan pencapaian tuan dalam penulisan
novel yang kontemporari dan berdaya maju. Harapan aku secara
peribadi ialah Tuan Ramlee dapat melahirkan novel sains
fiksyen, novel sejarah dan fiksyen sejarah di masa hadapan.
Mat Katerer berdoa semoga Tuan Ramlee Awang
Murshid terus diberi kekuatan oleh Allah dalam melestarikan
dunia novel Melayu dan Islam.
97
DIARI MAT KATERER
Aku kira tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan yang
Tuan Ramlee telah berjaya membuka satu aliran baru dalam
penulisan novel berbahasa Melayu. Novel berbentuk thriller dan
misteri yang matang itu telah diselitkan dengan unsur-unsur
murni dalam Islam serta nilai murni masyarakat Malaysia.
Mat Katerer saya nyatakan di sini bahawa novel
berbentuk demikian mempunyai penggemar di Malaysia,
Singapura, Brunei dan Indonesia. Sudah sekian lama pasaran
negara dibanjiri dengan novel thriller, misteri dan fiksyen dari
barat. Usaha murni Tuan Ramlee, yang amat berjaya, harus
diteruskan dan diikuti oleh penulis-penulis yang lain.
Novel thriller, misteri dan fiksyen dari barat sudah
semestinya, antara lain, memuatkan nilai-nilai budaya barat
yang kurang sesuai dengan masyarakat timur, terutamanya
masyarakat Malaysia.
Walaupun tidak dinafikan ada unsur-unsur kemanusiaan
sejagat dalam karya-karya kreatif dari barat, namun demi untuk
menyampaikan mesej mereka, ada sesetengah (bukan semua)
penulis barat lebih cenderung menerapkan propoganda barat
yang kadang-kadang terlalu bobrok dan hodoh.
***
98
WEB SUTERA
Fakta dan motivasi
Tuan, puan dan cikpuan tidak perlu pendidikan khas atau ijazah
khusus untuk menjadi katerer yang berjaya. Walaupun begitu
mengikuti kursus di beberapa institut atau sekolah-sekolah
vokasional kulinari / katering boleh membantu. Ramai yang
bermula dengan bekerja bersama satu atau lebih entiti bisnes
katering untuk melihat bagaimana bisnes beroperasi.
Namun begitu, pengetahuan itu amat penting dalam apa
jua bidang bisnes. Belajar sepanjang hayat mesti menjadi
amalan bagi mengetahui selok-belok bisnes. Ada yang takut
gagal dalam bisnes. Fahamilah bahawa bagaimana mahu
menemui kegagalan sekiranya belum dimulakan langkah?
Tukarkan faktor gagal menjadi elemen menuju kesuksesan.
Seperti mana bagi semua bidang bisnes, keberhasilan
sesuatu sesi katering adalah selari dengan perencanaan dan
melestarikan perancangan tersebut. Mulakan dengan jumlah pax
yang kecil, misalnya 50 pax, dan jangan terperangkap dengan
faktor masa.
Fahami apa yang klien inginkan, dan berikan apa yang
mereka inginkan tersebut dalam melaksanakan servis, walaupun
ia sekadar komplimentari sahaja.
99
DIARI MAT KATERER
***
Nasihat dan fakta
Bisnes katering merupakan industri yang dinamik dan
berkembang, dan akan sentiasa ada permintaan. Katering akan
terus kekal, dan industri ini akan terus menarik bakat-bakat
baharu dengan cara-cara inovatif untuk membawa makanan dan
minuman dalam kuantiti besar kepada klien.
Daripada konsep stesen penyajian baharu kepada idea-
idea kreatif persembahan sajian makanan, bisnes katering
sentiasa berkembang.
Hari ini, cef selebriti memulakan perusahaan katering
mereka sendiri kerana katering itu panas! Ia industri berprofil
tinggi, penuh dengan keseronokan dan cabaran.
100