WEB SUTERA
ENTRI 18
Setelah kembali berhari raya di Besut dan Kelantan, Mat
Katerer dan Cef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi
menerima panggilan dari klien, menjawab e-mel, menghantar
sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan
barang-barang keperluan.
Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari
Raya Aidilfitri ialah novelis Ramlee Awang Murshid. Novelis
thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh seawal
pertengahan Ramadhan 1430 Hijrah lagi.
Tahukah kau orang, apakah makanan yang sangat
digemari oleh Tuan Ramlee? Di penghujung majlis semasa
bertugas di rumahnya, pembantu aku menggoreng mee yang
berlebihan.
Anak beliau, adik Aizuddin, berkata kepada aku, “Ayah
memang suka makan mee goreng.”
101
DIARI MAT KATERER
Tatkala bersantai di luar rumah menjelang waktu Isyak,
Tuan Ramlee makan (belasah!?) dua pinggan mee goreng!
Memang sah bahawa Tuan Ramlee suka menu itu.
Justeru hari raya jugalah, maka Mat Katerer secara
peribadi masih terkial-kial dalam meneruskan pembacaan novel
sejarah Bidadari Paderi oleh saudara Saiful A.Imam. Tugas
mengulas buku juga tergendala sebentar. Ulasan novel thriller
Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks yang usai dibaca di
penghujung Ramadan 1430 Hijrah juga masih belum dimulakan.
Apa dia? Kau orang hairan, Mat Kateter juga membaca?
Bacalah dengan nama Tuhanmu. Bacalah dengan Bismillah.
Insya-Allah, carilah ilmu sehingga ke saat akhirnya.
Jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
sesak dengan kenderaan lantaran rumah terbuka Hari Raya
Aidilfitri. Di dua hujung minggu, aku terperangkap dalam
kesesakan jalanraya dalam perjalanan ulang-alik ke premis klien
bagi urusan katering.
Di suatu hujung minggu, Cef Hana kepenatan memasak
untuk tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri untuk dua hari
berturut-turut. Sebaik sampai di rumah pada malam Ahad, dia
terus pengsan (tidur dengan nyenyaknya!)
***
102
WEB SUTERA
Ini ada satu cerita menarik. Menariklah bagi aku. Bagi kau
orang, entahlah! Baca dahulu.
Servis katering aku menerima tempahan katering
daripada keluarga Kristian, Sabtu 21 Mac 2009. Suatu pesanan
50 pax dihidangkan kepada ahli keluarga dan rakan rapat yang
menghadiri perhimpunan kecil untuk pengantin perempuan dan
pengantin lelaki, sebelum pergi ke gereja berdekatan.
Hidangan nasi beriani, ayam goreng berempah, filet ikan
manis-masam, kambing massala, dalca sayur, acar jelatah dan
popadum. Cef Hana menyajikant pencuci mulut juga, seperti
berikut; buah-buahan campuran, samosa kentang dan kuih bakar
kemboja.
Menurut kata Dr. Steven, beliau beroleh rekomen dari
seorang sahabatnya tentang servis katering Mat Katerer. Terima
kasih, Dr Steven, atas sokongan tuan. Semoga Tuhan
memberkati tuan dan keluarga tuan.
Mahu tip bisnes katering? Nah! Kau orang teliti. Ini
bukan main sebat sahaja, ianya daripada pengalaman Mat
Katerer, insya-Allah.
103
DIARI MAT KATERER
Tip 1: Buat senarai semak (checklist) barang-barang
yang ingin dibawa untuk setiap kali sesi katering.
Tip 2: Bawa wang lebih sedikit dalam dompet duit.
Sekiranya ada keperluan yang kurang, seperti ais, cawan /
pinggan / piring / mangkuk pakai buang atau tisu, boleh dibeli di
mana-mana kedai berdekatan.
Tip 3: Jimatkan wang. Beli cawan pakai buang dan
seumpamanya dalam kotak kuantiti 1,000 unit, bukan 50 unit
dalam satu karung. Boleh jimat dan simpan stok.
Fakta: Konsep sajian bufet juga merangkumi penyediaan
makanan berlainan kategori disajikan di meja atau gerai
berlainan. Sudah beberapa kali pihak Mat Katerer diminta
oleh klien menyediakan pelbagai jenis kategori sajian.
***
Katering dan majlis ulang tahun perkahwinan ke-
28 pasangan Singapura
Zom, pergi masa depan sebentar!
Pada Sabtu 23 Februari 2013, aku, isteri dan anak-anak
ke Greenwood, Gombak. Sesi katering Tahun Baharu Cina di
104
WEB SUTERA
Shah Alam Mat Katerer serahkan kepada tim Tuan Mohd. Azlan
Satar.
Kami ke Greenwood justeru meraikan majlis sambutan
ulang tahun ke-28 perkahwinan pasangan champion Puan
Mazanah Mohamad dan Tuan Zubaidi dari Singapura. Majoriti
keluarga pasangan mempelai ini datang dari negara jiran kita.
Sebahagian kecil lagi dari Malaysia. Aku sekeluarga bagaikan
keluarga bagi pasangan ini. Tautan ukhuwah terasa kukuh.
Mat Katerer disorong copong untuk berucap. Antara
ucapan aku ialah, “Saya dan isteri doakan agar Abang DD, Kak
Mazanah dan anak-anak berbahagia sehingga ke akhir hayat,
dan sehingga ke syurga. Amin ya Allah.”
Dalam buku motivasi addin berjudul 50 Sup Champion
Resipi Rasulullah, aku nukilkan secebis kisah berkenaan
mereka. Aku masih menyimpan hasrat untuk membukukan
kisah pasangan champion ini. Ada masa dan upaya, insya-Allah,
Mat Katerer rancang.
***
105
DIARI MAT KATERER
Motivasi warkah champion
Ketika berlaku perselisihan di antara Ali bin Abi Talib dengan
Mu‟awiyah bin Abu Sufian, Empayar Bizantin menawarkan
bantuan kepada Mu‟awiyah untuk menentang Ali dengan
harapan mendapat manfaat jangka panjang.
Tawaran tersebut ditolak secara tegas oleh Mu‟awiyah,
bahkan secara keras beliau memberi amaran kepada pemerintah
Bizantin, “Jangan terpedaya kerana perbezaan kami. Jika kamu
berhasrat menentang umat Islam, aku akan menjadi tentera Ali
yang pertama untuk menentang kamu.”
Aku akui, aku insan kerdil, bahkan amat kerdil dalam ruang
ilmu Allah yang Maha Berilmu.
Aku insan yang tidak petah, malah patah lidah, namun
dengan hasrat ingin bermadah jua.
Justeru aku menata aksara dalam menyuara rasa.
Bukan berniat mencari bala, tidak terlahir mencipta petaka
dalam bercitra.
106
WEB SUTERA
Fana ini menjadi penyedar bahawa aku harus tetap bersuara.
Di sebalik hijab tabir yang Maha Esa, yang aku berikrar sejak
di alam roh.
Chop! Mat Katerer ada mesyuarat dengan kustomer
petang nanti. Aku berhenti dahulu. Maaf andai terkasar bahasa,
kiranya patah lidah berbicara.
107
DIARI MAT KATERER
ENTRI 19
Konsep bufet atau gerai
Konsep sajian bufet juga merangkumi penyediaan makanan
berlainan kategori disajikan di meja atau gerai berlainan. Sudah
beberapa kali pihak Mat Katerer diminta oleh klien
menyediakan pelbagai jenis kategori sajian.
Gerai atau meja berlainan ialah untuk sajian seperti
berikut; nasi, mee / bihun/ laksa, pencuci mulut, sate dan kepak
ayam bakar, kuih-muih, minuman, kambing bakar, cendol dan
ABC. Ini terutamanya melibatkan tetamu paling kurang pun
seramai 300 orang.
Namun konsep gerai sepenuhnya (stall concept)
melibatkan kos tambahan dalam menyediakan gerai-gerai
berkaitan. Katerer perlu nyatakan secara jelas kepada klien.
Jangan tersilap menyediakan sebut harga. Sewaan gerai juga ada
kos tersendiri.
***
108
WEB SUTERA
Organisasi Jurnal FIXGlobal telah berjaya mengadakan Forum
Dagangan Elektronik Kuala Lumpur 2009, di Bursa Malaysia
pada 21 Mei 2009. Jurnal FIXGlobal adalah kesatuan atau jurnal
rasmi Protokol FIX. Ia juga sebagai pusat rujukan maklumat
penting / inisiatif pendidikan bagi institusi perdagangan industri
elektronik global.
Forum yang dipanggil FIXGlobal Face2Face dibentuk
oleh industri berkaitan elektronik, dan ia mengumpulkan peserta
bagi mengakses maklumat terkini mengenai dagangan
elektronik, FIX, teknologi dan isu-isu perdagangan.
Apakah FIX? FIX merupakan singkatan kepada protokol
Financial Information eXchange (FIX), satu siri spesifikasi
perhubungan komunikasi elektronik yang berkaitan dengan
perdagangan. Ia telah dibangunkan melalui kerjasama antara
bank-bank, broker-peniaga, bursa, industri dan persatuan utiliti,
pelabur institusi, dan pembekal teknologi maklumat dari seluruh
dunia. Peserta pasaran berkongsi wawasan satu konsensus yang
sama, secara global sebagai instrumen kewangan perdagangan
automatik.
Bagi seminar di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2009, satu
pasukan pengendali dari Hong Kong telah turun ke Kuala
Lumpur untuk memantau semua perkara yang berkaitan dengan
109
DIARI MAT KATERER
acara itu, termasuk servis katering. Tim Mat Katerer telah
dijemput untuk menampung keperluan makanan dan minuman
persidangan satu hari yang sangat padat itu.
Cikpuan Barbara, pengurus acara, menghantar mesej
melalui e-mel, “Hanya ingin mengucapkan terima kasih atas
bantuan tuan! Saya fikir seminar ini berjalan dengan lancar pada
hari tersebut. Terima kasih atas bantuan tuan! Kekalkan
komunikasi di antara kita. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk
bekerja dengan pasukan anda sekali lagi dalam masa terdekat!”
Pasukan aku menyediakan empat kali sajian, bermula
dengan minuman selamat datang (welcome drink) sehingga
minum petang (hi-tea). Senarai menu berbentuk finger food
bernuansa Barat sehingga sajian tempatan yang tidak berapa
banyak kuah. Ini bersesusian dengan konsep makan berdiri
(standing breakfast, lunch, hi-tea).
***
Pada 11 Mei 2009 sebelumnya, aku memperoleh pesanan
katering dari sebuah syarikat pembekal peralatan kimia makmal,
Chemopharm Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada tahun 1976, misi
utama Chemopharm Sdn. Bhd. ialah bagi membekalkan bahan
kimia dan barang-barang kaca makmal. Sejak beberapa tahun
110
WEB SUTERA
kebelakangan ini, mereka telah berkembang menjadi salah satu
pembekal terkemuka negara bagi peralatan saintifik, analisis dan
bahan kimia makmal.
Sesi katering yang berlangsung di ruang legar dan bilik
gerakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Pahang,
Kuala Lumpur dihadiri oleh 200 tetamu. Sajian yang saya
sediakan ialah untuk makan pagi dan makan tengah hari.
Pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 pula, aku memperoleh tiga
pesanan katering - pertama keraian perkahwinan di Taman
Maluri, Kuala Lumpur; kedua makan tengah hari di Akademi
Sains Malaysia; dan pada sebelah malam pula BBQ di Port
Dickson, Negeri Sembilan.
Dengan kawalan mental dan orientasi organisasi yang
baik, ditebat dengan doa dan tawakal terhadap Allah, ketiga-
tiganya berjaya dilaksanakan oleh tim Mat Katerer dengan baik.
Segala syukur dan puji aku kembalikan ke hadrat Allah.
Aku sertakan komen Cik Wanie di blognya berkaitan
BBQ di Port Dickson, “Sebenarnya katering ini aku dapat
melalui internet. Bila aku sudah dapat nombor telefonya, aku
terus membuat panggilan. Senang bekerjasama dengan tuan
empunya katering ini iaitu Kak Hana. Untuk 70 orang / pax, tau-
tau macam-macam makanan yang dihidangkan seperti:
111
DIARI MAT KATERER
- Kepak ayam.
- Ikan terubuk dan cencaru.
- Udang.
- Daging.
- Sosej bakar.
- Sup cendawan.
- Roti bawang putih (garlic bread).
- Jagung manis.
- Sos lada hitam, sambal kicap, cili barli.
- 2 jenis kuihBuah-buahan dan minuman kordial
oren.
“Alhamdullilah. Banyak makanan yang habis. Syukur
sangat. Kalau ada yang berminat hendak buat tempahan, silalah
layari laman webnya. Memang anda akan berpuas hatilah. Buat
Puan Hana, terima kasih sebab sanggup turun dari Kuala
Lumpur sampai ke Port Dickson untuk memeriahkan lagi majlis
Cik Wanie. Insya-Allah andai ada rezeki kita boleh bekerjasama
lagi.”
***
112
WEB SUTERA
Tip bisnes katering
Nah! Ini untuk kalian yang mungkin inginkan tip.
Jangan memulakan servis katering dengan mengambil
projek besar yang melibatkan banyak tenaga staf, sajian menu
dan bajet. Mulakan untuk 50 pax dahulu bagi majlis biasa di
rumah klien perseorangan atau ofis.
Contohnya Mat Katerer mengambil pesanan pertama
untuk 80 pax bagi majlis perpisahan seorang staf pengurusan di
sebuah syarikat. Menu yang disediakan ialah hi-tea berat.
Walaupun projek pertama, pastikan ia dapat dilaksanakan
dengan sukses, justeru yang pertama itu bakal memecah tembok
halangan.
Setiap sesi katering yang berbeza memerlukan tatacara
pengendalian dan senarai menu yang berlainan, juga daripada
formal kepada tidak formal. Pesanan berbeku (BBQ) ada pilihan
menu tersendiri merangkumi menu utama dan sampingan.
Barbeku ini adalah santai dan menyeronokkan.
113
DIARI MAT KATERER
ENTRI 20
Keperluan awal bisnes katering
Satu bahagian kerja katerer ialah mendapatkan pesanan dari
klien, dan kemudian aspek kedua ialah menyediakan dan
menguruskan kerja katering. Setelah tempahan disahkan,
terdapat banyak perincian dan kemahiran organisasi yang
diperlukan untuk menyiapkan pesanan bagi majlis itu.
Ini dari pengalaman aku. Bukan main catat sahaja.
Setelah tempahan disahkan, teliti perkara-perkara asas
berikut dari klien:
1) Jenis majlis.
2) Berapa ramai tetamu yang dijangkakan / dijemput?
3) Tahap formal atau santai majlis itu.
4) Adakah klien ada tema tertentu?
5) Apakah senarai menu yang klien mahukan? Jika tiada,
katerer perlu cadangkan menu menu yang bersesuaian
berdasarkan bajet klien.
114
WEB SUTERA
6) Apakah klien memerlukan servis sampingan yang
lain, seperti keperluan kerusi meja dan kanopi?
Bilangan tetamu yang hadir dan tahap formaliti sesuatu
acara / majlis akan membantu kita menentukan jumlah makanan
dan staf penyediaan makanan atau pramusaji.
Dalam banyak kes, Mat Katerer menggunakan staf
freelance. Justeru itu, suatu idea yang baik untuk mempunyai
senarai staf atau konteks yang kita selesa dan boleh dipercayai.
Dalam masa yang sama kita mengetahui tahap profesionalisme
konteks tersebut.
Mungkin bagi kebanyakan daripada kita, apabila berfikir
bagaimana untuk menjalankan bisnes katering, tumpuan hanya
diberikan kepada penyediaan makanan dan tanggungjawab
memasak sahaja. Walhal faktanya ialah ramai yang menceburi
bisnes katering justeru mereka menyukai semua urusan
berkaitan masakan.
Sebab itu Mat Katerer katakan bahawa memasak adalah
seni dari lubuk sanubari. Ikhlas dan bersyukur dengan bakat
yang ada. Ia diperkukuhkan dengan seni bisnes katering itu
sendiri.
***
115
DIARI MAT KATERER
Majikan lama aku hampir 11 tahun, JARING Communications
Sdn Bhd, mengadakan satu sesi komunikasi dalaman untuk
semua stafnya pada 28 Julai 2009.
Mat Katerer dijemput untuk menyajikan menu mudah di
hari tersebut. Sesi komunikasi yang juga diadakan untuk
menyambut hari lahir beberapa orang staf JARING dihadiri oleh
lebih kurang 250 orang, termasuk CEO-nya Dr. Mohamed bin
Awang Lah di lapangan permainan bola tampar / sepak takraw.
Menu yang disajikan ialah bihun goreng, samosa
kentang, kuih bakar kemboja, teh tarik, teh O, kopi O dan
Nescafe. Seandainya kamu mahu tahu berapa harga untuk menu
mudah ini dengan pesanan untuk 250 pax, sila hubungi aku.
Jangan malu ahh!
***
Hari Jumaat dan Sabtu, 7 – 8 Ogos 2009, pihak aku ada empat
sesi food testing. Tiga daripadanya ialah untuk majlis walimah
(perkahwinan) pada bulan Oktober dan November tahun ini, dan
satu ialah untuk keraian Aidilfitri 1430 Hijrah. Alhamdulillah
semuanya memperoleh maklum balas yang positif dari klien.
Sorotan aku kali ini ialah bersangkut-paut dengan puasa
di Ramadhan 1430 Hijrah tidak lama lagi. Elok amalkan banyak
116
WEB SUTERA
membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran dan buku-
buku agama.
Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian
berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah
pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan
Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.
Tidakkah kita mahu menyorot sejarah?
Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar,
berlaku pada bulan Ramadan. Justeru bulan Ramadan adalah
bulan perjuangan. Ayat al-Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra
(Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadan. Justeru bulan
Ramadan juga bulan membaca.
Tidak pula aku kata tidak boleh makan. Yalah, kita telah
berlapar dan dahaga sepanjang siang, mahu juga makan sajian
yang enak-enak ketika berbuka. Cuma berpadalah. Ramai
sahabat kita umat Islam di Afrika, Palestin dan lain-lain negara
bergolak dan miskin seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
Mahu makan pun payah.
Berkaitan berbuka puasa di sepanjang Ramadhan 1430
Hijrah, Mat Katerer ingin mengumumkan, kini dibuka pesanan
sajian berbuka puasa. Pihak aku cuma berhasrat untuk
117
DIARI MAT KATERER
memenuhi paling banyak pun hanya dua pesanan seminggu.
Pesanan minima ialah 70 pax.
Dalam pada itu, pesanan bagi majlis keraian Aidilfitri
juga dibuka, insya-Allah. Pakej termasuk makanan, kanopi dan
layanan VIP / VVIP (jika perlu).
Tip: Menceburi bisnes katering tidak sukar, tetapi ia
memerlukan skil pengendalian organisasi yang cemerlang.
Dalam masa yang sama perancangan teliti masa bagi semua
fasa bisnes menjadi faktor kritikal kejayaan setiap sesi
katering, sama ada berskala kecil, sederhana atau besar.
Melaksana dan menguruskan bisnes katering sendiri
akan memberikan kita peluang secukupnya untuk menjadi
kreatif dan membina imej keusahawanan.
118
WEB SUTERA
ENTRI 21
Berani menceburi kerjaya yang lain, berlainan dengan
bidang yang diketahui adalah satu usaha. Atau menceburi
bidang yang bukan kita pelajari semasa di kolej atau universiti.
Kerap kali mungkin timbul pertanyaan, terutamanya dari orang
tua dan sanak saudara, “Kau boleh buatkah? Itu bukan bidang
kau. Kau yakin? Macam mana mahu mulakan?”
Sebelum menjawab siri pertanyaan itu, jawab soalan ini
dahulu: “Siapa yang memberi rezeki?” Atau lebih tepat,
“Siapakah sebenarnya yang menentukan rezeki setiap
makhluk?”
Kalau jawapan kalian ialah “Tuhan atau Allah”, maka
itulah jawapan paling tepat, insya-Allah.
Ilmu yang diperoleh dari pusat pengajian tinggi tidak
semestinya yang terbaik untuk seseorang, termasuk aku sang
Mat Katerer ini. Ya, ilmu perlu malah wajib ditimba, setakat
termampu.
119
DIARI MAT KATERER
Namun jangan berharap sangat yang apa dipelajari itu
wajib menjadi bidang kerjaya kita. Ilmu itu sebagai asas untuk
teruskan wisata kehidupan. Paling penting mengetahui bahawa
apa juga yang kita ceburi, perlu yakin yang Allah penentu
segala.
Dengan ilmu dalam apa bidang pun, kita sebagai
manusia, khususnya orang Islam, harus menyoal diri sendiri.
Soalan “Apakah guna ilmu yang aku dapat? Adakah untuk
menjawat jawatan tinggi bergaji besar, kononnya?”
Yakinlah, ilmu itu amat perlu. Namun yang paling
mustahak ialah memahami bahawa Allah berikan ilmu agar kita
berfikir. Berfikir yang hidup ini perlu berusaha. Bidang di kolej
atau universiti adalah tiket pertama untuk mencari tapak dalam
melestarikan dunia kerjaya. Jangan kecewa andainya sesuatu
kerja yang kita lakukan selama beberapa tahun itu hanya setakat
itu sahaja. Mat Katerer juga mengalaminya.
Sebelum aku teruskan perihal rezeki ini, ayuh ikuti
dahulu aktiviti katering seterusnya.
***
Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi umat Islam seluruh dunia
bakal meraikan hari kemenangan. Setelah sebulan berpuasa, kita
120
WEB SUTERA
dianugerahkan Allah dengan sambutan hari raya Fitrah atau
lebih dikenali sebagai Aidilfitri.
Di sini Mat Katerer ingin menyorot beberapa majlis
keraian Aidilfitri tahun lepas buat tatapan kalian yang dihormati.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn.
Bhd. diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor
pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang
dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beriani, lemang, mee
dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak
ayam bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan
lain-lain.
Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008 pula,
bersamaan 12 Syawal 1429 Hijrah, tim Mat Katerer selamat
menyajikan makanan untuk majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis
Belia Selangor. Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 tetamu
diraikan dalam suasana penuh meriah dan semangat
persaudaraan Islam bertempat di suatu lokasi di Petaling Jaya
Selatan, Selangor.
Cef Hana menyediakan pelbagai sajian yang,
alhamdulillah, habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun
sajian yang agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu
memuji masakan cef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.
121
DIARI MAT KATERER
Seterusnya pada 1 November 2008, tim aku mengadakan
majlis keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama anak
bongsu, Rayyan Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan
Syawal aku sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri
klien di banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Ulang tahun
pertama Rayyan pun agak terlewat diraikan.
***
Mat Katerer dan keluarga berlepas ke Besut, Terengganu selepas
solat Isyak malam Aidilfitri kedua. Lebuhraya Karak dan
Lebuhraya Pantai Timur agak lengang, jadi perjalanan cukup
lancar. Justeru memandu di sebelah malam, maka aku putuskan
untuk guna jalan bandar di sepanjang pemanduan dari
Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu hingga ke Besut.
Ada dua tujuan aku ke Besut. Pertamanya ialah untuk
berhari raya bersama keluarga dan saudara mara di sana
memandangkan kedua-dua ibu bapa sudah tiada di Pahang.
Keduanya untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu aku di
rumah Mak Teh di Besut.
Senang hati dan gembira kerana dapat berjumpa kembali
emak / bapa saudara, adik beradik dan para sepupu di kampung
asal aku dilahirkan. Banyak cerita dikongsi, banyak kisah
122
WEB SUTERA
diluah, walaupun aku tidak bersempatan menziarahi semua
sanak saudara justeru kekangan masa. Kalau mahu ziarah
semuanya satu persatu, memang perlukan masa berminggu-
minggu. Walaupun demikian, majoriti yang sangat rapat dengan
aku dapat berjumpa sama ada sebentar atau semasa majlis
walimah sepupu aku itu.
Aku, isteri dan anak-anak juga tidak lupa menziarahi
dan menyedekahkan bacaan lazim ayat al-Quran untuk kedua-
dua arwah orang tua yang sudah pergi menemui Allah, Tuhan
yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Kedua-dua gemulah disemadikan di taman perkuburan di
kampung di Besut, walaupun lama menjadi warga Pahang.
Pastinya aku dan adik-adik amat merindui masakan gemulah
emak seperti kuah kacang nasi impit, ketupat pulut, tapai pulut
dan nasi dagang. Aidilfitri 1430 Hijrah ini merupakan tahun
pertama merayakannya tanpa emak dan tahun kelima tanpa
ayah.
Suasana tanah perkuburan bersih dan dilapisi pasir. Bila
aku bertanya salah seorang sepupu mengenai kebersihan kubur
itu, dia memberitahu bahawa kubur dibersihkan sebelum bulan
Ramadan lalu oleh semua penduduk kampung. Menurutnya, itu
123
DIARI MAT KATERER
merupakan gotong-royong terbesar pernah diadakan untuk
mencerahkan halaman kuburan.
Alhamdulillah, perpaduan kian teguh walaupun berbeza
fahaman politik kepartian.
Pada hari raya keempat setelah usai menghantar
mempelai ke rumah emak mertuanya di sebuah kampung di
Seberang Jerteh, Mat Katerer dan keluarga meneruskan
perjalanan ke Rantau Panjang, Kelantan. Di sana aku bersantai
di rumah adik perempuan selama tiga hari.
Hari Sabtu, 26 September 2009, aku sekeluarga bertolak
ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 11.30 pagi dari rumah adik
di Rantau Panjang. Tanah Merah dilalui. Sebaik sahaja sampai
di satu simpang kanan (terus ke Machang, kiri ke Kota Bahru)
menuju ke Kuala Krai, jalan mula sesak.
Kena getah! Aku lihat berderetan kereta di atas fly over
dari Kota Bahru menuju destinasi yang sama. Bermulalah
pemanduan menuju ke Kuala Lumpur yang memakan masa
selama 14 jam!
Kalian bayangkan, mahu sampai di persimpangan ke
Gua Musang / Kuala Lipis sahaja memakan masa hampir tiga
jam. Jalan sesak berlarutan sehingga ke hentian rehat Gua
124
WEB SUTERA
Musang. Aku ingatkan perjalanan ke Kuala Lipis agak lancar.
Sangkut juga! Aduhai.
Sudah sampai masanya kerajaan pusat dan kerajaan
negeri Kelantan menyediakan sebuah lebuhraya dari Bentong ke
Kota Bahru bagi melancarkan perjalanan pulang-balik anak-
anak Kelantan serta rakyat yang mempunyai saudara-mara di
Kelantan / Besut.
Aku pernah memandu selama 12 jam dari Kuala Lumpur
ke Rantau Panjang pada Aidilfitri kedua beberapa tahun lepas.
Tahun ini pula memakan masa 14 jam ke Kuala Lumpur.
Memang letih dan tension. Nasib baik aku tidak tergesa-gesa,
jadi bawa perlahan-lahan.
Bagi yang kurang sabar, apa lagi, potong barisanlah!
Geram juga aku, tetapi mahu buat macam mana.
125
DIARI MAT KATERER
ENTRI 22
Beberapa sisi penting bisnes katering
Sebelum sesuatu majlis, katerer perlu membeli bahan-
bahan masakan, kemudian memasak dan menyediakan peralatan
hidangan. Jumlah masa yang diperlukan untuk membeli
keperluan bahan mentah masakan mesti diambil perhatian
sewajarnya supaya suasana kelam kabut tidak menerpa.
Penyediaan peralatan perlu dijadualkan. Jadual operasi
mesti dirancang secara terperinci supaya tidak tercicir semua
peralatan, termasuk tisu. Mengapa tisu? Justeru tisu bukan
bahan remeh selepas makan, namun ada kemungkinan ia
terlupa.
Sebagai langkah baik, sentiasa ada wang paling kurang
pun RM100 dalam dompet. Mana tahu terlupa tisu, boleh dibeli
di kedai berdekatan premis sesi katering.
Selain daripada pertemuan dengan klien, penyediaan
makanan dan staf, terdapat beberapa perkara penting lagi yang
mesti diambil perhatian oleh katerer. Misalnya bagaimana untuk
126
WEB SUTERA
membawa menu-menu ke sesuatu majlis atau premis klien?
Adalah kenderaan sedia ada memadai untuk membawa sejumlah
menu dan peralatan berkaitan atau kita memerlukan alternatif?
Sejajar dengan perkembangan bisnes katering kita, dan
senarai klien semakin berkembang dalam masa singkat, tiba
masanya kita merekrut staf tambahan untuk operasi memasak.
Dalam masa yang sama staf pramusaji juga mesti dikenal pasti.
Banyak entiti bisnes berkaitan boleh dicari.
Fikirkan alternatif kenderaan juga. Maju ke hadapan!
***
Beberapa hari sebelum Ramadhan 1430 Hijrah, Foresight
Industries Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar produk
perubatan pakai buang dan pembedahan, mengadakan majlis
doa selamat, solat hajat dan tazkirah. Majlis berlangsung di
kilangnya di Taman Industrial Alam Jaya, Bandar Puncak Alam,
Selangor.
Klien korporat terkini Mat Katerer ini dimiliki
sepenuhnya oleh Bumiputera / Melayu-Islam dan mempunyai
pekerja pelbagai kaum.
Setelah kembali dari berhari raya di Besut dan Kelantan,
saya dan Cef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi
127
DIARI MAT KATERER
menerima panggilan dari klien, menjawab e-mel, menghantar
sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan
barang-barang keperluan.
Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari
Raya Aidilfitri ialah novelis Tuan Ramlee Awang Murshid.
Novelis thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh
seawal pertengahan Ramadan 1430H lagi.
Pada 3 Oktober 2009, saya, Cef Hana dan pembantu ke
rumah novelis Tuan Ramlee yang berlokasi di Taman Kajang
Impian, Bangi. Sebaik saya tiba, Tuan Ramlee sudah terpacul di
depan pagar rumahnya.
Selayaknya beliau umpama selebriti, rumah diserbu
tanpa henti oleh tetamu dari pelbagai aliran pekerjaan dan
bidang kehidupan. Walaupun cuaca agak panas, tetapi
kemeriahan tidak pernah hilang. Rumah yang dihiasi novel-
novel beliau di beberapa sudut dinding itu dikunjungi sehingga
menjelang waktu Isyak, walaupun majlis bermula sejak 12.30
tengah hari lagi.
Antara tetamu yang hadir ialah beberapa ahli dan AJK
Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC),
deligasi Pyanhabib, rakan-rakan sekerja Ramlee dari RTM dan
128
WEB SUTERA
rakan sekerja Puan Dayang dari KWSP. Turut muncul ialah
beberapa orang novelis wanita dan staf Alaf21 Sdn. Bhd.
Antara menu yang dihidangkan ialah nasi beriani dan
tomato, rendang daging, ayam masak merah, mee dan bihun
soto, lemang, nasi impit dan kuah lodeh.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masakan
mendapat pujian tuan rumah dan Puan Dayang. Dikhabarkan
oleh Tuan Ramlee melalui mesej pesanan ringkas, “Bro, sampai
ke ofis (RTM) orang bercakap mengenai sajian yang
disediakan.”
Alhamdulillah. Segala pujian hanya layak untuk Allah.
Aku dan Cef Hana hanya menguruskannya sahaja.
Alhamdulillah.
***
Apakah Delphax? Semasa sesi katering rumah terbuka syarikat
Delphax Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam pada 9 Oktober
2009, aku bertanya kepada salah seorang stafnya. “Encik, apa
produk syarikat ini?”
Saudara budiman itu menjawab bahawa Delphax
membuat skru. Mat Katerer melihat-lihat info di sekitar kilang
129
DIARI MAT KATERER
itu, dan ternyata bahawa antara yang aku nampak ialah rupa
bentuk skru gigi palsu.
Bila diselidiki dengan lebih lanjut, Delphax
mengeluarkan bermacam jenis skru yang dimasukkan atau
digunakan dalam pembedahan. Pastinya skru untuk tulang juga.
Namun bila membaca laman webnya, ternyata produk
syarikat ini lebih banyak lagi, bukan setakat skru. Dari laman
web, kumpulan Delphax merupakan:
“Sebagai salah satu kumpulan syarikat paling
berkembang pesat dalam bidang teknologi perubatan di rantau
ini, Delphax adalah pakar dalam penyelidikan, reka bentuk
pembuatan dan penjualan pelbagai produk perkhidmatan
perubatan dengan tujuan menyediakan penyelesaian yang
komprehensif untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit
ortopedik. Dalam masa yang sama menjadi rakan niaga yang
penting kepada penyedia penjagaan kesihatan.”
Aku suka bertanya dan mengintai info. Heh!
Majlis berjalan lancar, walaupun hujan agak lebat
diawalnya. Tuhan Maha Merancang, bro!
***
130
WEB SUTERA
Di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat Khairi Consult Sdn.
Bhd. pada 19 Oktober 2009, pihak Mat Katerer menyediakan
sajian bagi tiga stesen bufet.
Stesen bufet yang pertama menyajikan nasi beriani,
ayam goreng berempah, rendang daging, sambal tumis udang,
dalca sayur, nenas bombay dan popadum. Stesen bufet kedua
bermenukan laksa Johor, mee dan bihun soto, lemang, lontong,
rendang ayam dan kuah kacang.
Manakala bagi stesen bufet ketiga pula disajikan kuih
bakar kemboja, kuih koci, kuih seri muka, pelbagai kek, baulu,
hirisan pelbagai buah-buahan, cendol, air batu campur (ABC)
serta kordial oren, teh tarik dan kopi o.
Kanopi yang dihiasi dengan dua lapis skalop berwarna
merah dan biru menyaksikan kehadiran kemuncak tetamu dari
jam 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang. Cuaca yang agak
membahang disejukkan dengan kanopi redup dan sajian ABC
serta cendol. Air kordial oren bagaikan sentiasa ditagih tetamu.
Berlokasi di Taman Sri Gombak, Selangor, majlis
keraian Aidilfitri Khairi Consult di hari terakhir bulan Syawal
itu meriah dan penuh kemesraan.
Aku, Cef Hana dan petugas keletihan dalam suasana
penuh kesyukuran.
131
DIARI MAT KATERER
Go on! No retreat!
***
Panduan: Katerer perlu mahir pada banyak perkara -
daripada memasak untuk menjual kepada perancangan
yang tepat. Usahawan bisnes katering mesti mempunyai
kemahiran kakitangan dalam menyokong operasi untuk
memenuhi peranan sebagai pembeli, penjual, majikan dan
perancang.
Katering merupakan gabungan profesion yang
menyeluruh. Ia menggunakan semua kebolehan kita , fizikal
dan mental. Jika kita mempunyai minat dalam bidang
pemakanan dan bermatlamatkan membuat orang gembira,
maka kita memang memiliki ciri-ciri sesuai untuk
menjalankan bisnes katering sendiri.
132
WEB SUTERA
ENTRI 23
Tip katering
(a) Sering dikatakan orang "dengan risiko besar hasilnya
juga besar," dan menggunakan rumah sebagai jaminan atau
kolateral tidak terkecuali. Memulai bisnes katering membuka
peluang untuk jaminan kewangan, namun ia juga membawa
risiko kewangan. Dengan pemahaman ini, sangat penting supaya
jangan mengambil risiko terlalu besar sehinggakan apabila
gagal, kita terus tidak boleh bangun lagi.
(b) Faktor keenakan sajian berkait rapat dengan persepsi.
Seandainya dari awal lagi persepsi sudah melencong, seperti
tiada pemanas diletakkan di bawah tray makanan yang
sepatutnya hangat, tetamu akan mencebek. Natijahnya menu
yang sedap pun dikomplen tidak sedap! Persepsi diawalkan
dalam minda.
Dalam satu peristiwa tatkala aku bertugas di JARING
Communications Sdn. Bhd. dahulu, salah satu tugas Mat Katerer
ialah membuat pesanan makanan dari katerer atau operator kafe.
133
DIARI MAT KATERER
Dalam satu kes, petugas kafe tidak mengendahkan kata-kata aku
ini, "Tuan, elok letak pemanas di bawah tray makanan. Bimbang
cepat sejuk."
Dia berkata, “Itu perkara kecil sahaja.”
Akhirnya CEO memberi komen, "Bihun macam dawai!
Sudahlah rasa tiada langsung!"
Tip: Seimbangkan persiapan masakan. Jika kita sedang
membuat persediaan untuk suatu majlis melibatkan ramai
tetamu, maka lebih baik kita membuat pilihan menu yang
tidak terlalu mahal. Justeru kita boleh sediakan kuantiti
lebih berbanding bilangan tetamu yang hadir. Dengan
kaedah ini, kita pasti mampu menampung keperluan semua
tetamu. Walhal jika kita menerima pesanan katering bagi
suatu majlis kecil, contohnya untuk 100 pax, dan dalam
masa yang sama bajet besar dari klien, maka banyak jenis
menu boleh disediakan.
Mat Katerer menyajikan menu untuk satu majlis doa
selamat dan kesyukuran bagi seorang klien persorangan di BK6,
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor pada satu hari di minggu
134
WEB SUTERA
terakhir Oktober 2009. Majlis tersebut disajikan dengan sajian
makan tengah hari dan makan malam.
Dengan jumlah pesanan sebanyak 180 pax, menu makan
malam merangkumi set nasi beryiani bersama kari kambing.
Tuan rumah memuji kari kambing yang disajikan. “Try
mutton curry, it’s excellent!” Tuan rumah berkata kepada salah
seorang tetamu yang baru menyenduk nasi beriani.
***
Hari ini aku ada sesi katering di JARING Communications Sdn.
Bhd. yang terletak di Taman Teknologi Malaysia. Katering ini
sebagai agenda terakhir bagi majlis perhimpunan bulanan
JARING yang merupakan hari komunikasi dalaman syarikat
penyedia internet tersebut. Mat Katerer pernah bekerja di sana
selama hampir 11 tahun.
Semasa bertugas di JARING-lah aku memperoleh nama
pena Web Sutera. Tahukah kamu bahawa nama Web Sutera ada
sejarah tersendiri.
Lebih kurang tiga belas tahun lepas aku ditugaskan
mengurus satu kolum dalam sisipan Komputer, Berita Harian,
bernama Jalinan JARING. Ketika itu, penyedia perkhidmatan
internet JARING baru sahaja memasuki dunia komersial.
135
DIARI MAT KATERER
Justeru Ketua Pegawai Eksekutif JARING, Dr.
Mohamed bin Awang Lah, meminta aku menjadi champion bagi
kandungan kolum ini. Tujuannya ialah bagi memperkenalkan
internet dan teknologi berkaitan kepada khalayak ramai yang
masih lagi takut-takut kena gigit teknologi digital.
Beliau minta aku fikirkan satu nama pena. Selepas itu
aku emelkan kepada beliau beberapa nama, namun semua
ditolak.
“Cuba fikirkan internet itu sebagai satu jalinan web
labah-labah yang lembut, tapi penuh perangkap. Dalam internet
atau web wujud pelbagai jenis manusia dan „makhluk‟, secara
terang atau menyamar. Jadi awak kena fikirkan satu nama yang
bernilai dan seni, umpama sutera,” beliau menjelaskan,
sekaligus mengemukakan cadangan nama.
Minda Mat Katerer menerawang dengan kata-kata
beliau. Apabila beliau lihat aku duduk termanggu, buntu, lantas
beliau berkata sambil tersenyum: “Oklah, apa kata guna nama
Web Sutera?”
***
Pada hari Jumaat, 25 Mei 2007, aku mempunyai katering di
Halliburton Energy Services (M) Sdn Bhd, yang terletak di
136
WEB SUTERA
Menara Tan & Tan, Kuala Lumpur. Pesanan ialah untuk sajian
hi-tea, di mana termasuk bubur cha-cha sebagai pencuci mulut,
suatu hidangan Nyonya popular.
Pencuci mulut dimasak bersama ubi kentang manis,
sagu, kacang hitam bermata, pisang, santan dan gula batu yang
diwangikan dengan daun pandan. Ternyata ia suatu hidangan
yang berwarna-warni!
Siapakah komuniti Nyonya? Nyonya merupakan susur
galur keturunan hasil daripada perkahwinan Cina-Melayu.
Lelaki yang dikenali sebagai Baba dan perempuan sebagai
Nyonya. Ia juga disebut nyoh-nyah dan kadang-kadang dieja
Nonya. Walaupun komuniti pertama wujud di Melaka, Baba dan
Nyonya juga menetap di Pulau Pinang dan Singapura - dan
dengan itu mereka juga dikenali sebagai Cina Selat.
Perkahwinan budaya yang unik ini juga menyebabkan
perkahwinan dalam masakan, Cina dan Melayu, dan apa yang
kini dikenali di Malaysia sebagai makanan Nyonya.
Ini info. Rajin-rajinlah membaca.
***
Salah satu masakan kegemaran pelanggan Mat Katerer,
terutamanya Cina, ialah laksa johor dan laksa penang. Ia
137
DIARI MAT KATERER
diperbuat dengan penyediaan mee beras tebal, dihidangkan
dalam sup ikan masam / kuah.
Kuah pekat diperbuat dengan ikan kembung dan banyak
herba aromatik diadun bersama. Aksesori segar yang dicincang
ialah timun, salad, nenas, bawang dan daun pudina harum.
Cop! Ini bukan kelas memasak, jadi jangan tanya Mat
Katerer lebih-lebih. Aku tidak arif. Pohon tanya cef aku.
Secara umum laksa merujuk kepada laksa atau masakan
mee gaya Melayu, kadang-kadang dipanggil laksa Melayu.
Terdapat variasi yang pelbagai di negeri-negeri berlainan dalam
Malaysia, iaitu laksa johor, laksa kelantan, laksa penang, laksa
perlis, laksa kuala atau laksa kuale (Perak) dan laksa sarawak.
Bahan utama ialah asam jawa, digunakan sebagai agen
pemasam.
Secara jujur, salah satu kepakaran katering aku ialah
membuat laksa yang baik, insya-Allah. Ingin mencuba /
pesanan, hubungi pihak Mat Katerer. Jangan marah, ya.
Mat Katerer juga boleh menyediakan pelbagai kuih
Melayu seperti ketayap, karipap, keria, cara, buah melaka, puteri
mandi, gulungan / roti sardin, kuih bakar kemboja, beberapa
jenis kuih talam, seri muka, kuih lapis, donut, agar-agar, puding,
tepung pelita, pulut manis, roti jala, pulut panggang, cucur
138
WEB SUTERA
udang, goreng pisang, kole kacang, bingka labu dan sagu gula
melaka.
Maju dalam melaju. Tetapi ingat yang penentu segala
ialah Allah Taala. Maju setinggi mana pun, andai ia
mengundang murka Allah, tak ke mana. Ke lubuk neraka
akhirnya, buat apa?
Aku tekad, bukan belasah!
139
DIARI MAT KATERER
ENTRI 24
Modal permulaan
Memulakan bisnes katering tidak perlukan modal
permulaan yang besar. Kalian tidak percaya? Ayuh, dengar
cerita aku.
Percayakah kamu orang jika aku katakan hanya cukup
modal permulaan kurang daripada RM10,000 atau sekitar
RM3,000 sahaja? Kita sudah memiliki sebuah kereta hasil dari
kerja makan gaji selama ini. Kita sudah ada rumah yang boleh
digunakan sebagai tapak permulaan. Modal permulaan
digunakan untuk membeli barang-barang asas katering kecil-
kecilan dan mengubah suai ruang dapur di rumah.
Apabila baru sahaja memulakan bisnes katering, besar
kemungkinan ia akan mengambil sedikit masa untuk dikenali
dan kemudian membuat keuntungan. Justeru adalah sangat
penting untuk memastikan kita mempunyai simpanan atau
modal pusingan yang mencukupi bagi menyokong diri kita
sehingga bisnes berjalan lancar.
140
WEB SUTERA
Tip: Harus difahami bahawa katering bukan hanya
berkaitan tentang servis kepada tetamu dengan rasa
makanan yang baik. Katerer yang baik juga perlu melihat
kepentingan persembahan sajian makanan dan paparan.
Hidangan yang disajikan seharusnya mengambil kira deria
rasa, persepsi, sorotan mata dan bahkan bau.
***
Masa begitu pantas berlalu bagi Mat Katerer dan pasukan sajian.
Untuk bersama-sama beringat, kian kita mengejar, kian pantas
masa mendahului. Masa sentiasa di depan. Dalam kesibukan
mengejar cita-cita dan cinta, anak-anak aku terus membesar di
depan mata. Aku juga yang tidak besar-besar. Maintain kata
orang putih. Heh!
Mat Katerer berasa baru sebentar menyambut hari lahir
anak keempat tahun lepas, kini dia sudah berusia dua tahun.
Kelahirannya menjadi titik tolak anugerah rezeki dari Allah.
Semakin murah rezeki melalui bisnes katering. Alhamdulillah.
Pada suatu ketika, seorang rakan bukan Melayu bertanya
kepada Mat Katerer, “How’s your baby?”
141
DIARI MAT KATERER
Aku menjawab dengan bangga, “I’m very proud of
him.”
Pada 21 Oktober 2009, genaplah dua tahun usia anak
kecil itu. Aku, isteri dan anak-anak menyambutnya dengan
penuh kesyukuran. Satu majlis kecil diadakan di rumah. Kepada
sahabat Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid, maaf
kerana tidak menjemput kalian. Ianya cuma majlis kecil untuk
ahli keluarga terdekat sahaja.
“Ya Allah tuhan Pemberi Rezeki, daku bersyukur
dengan rahmat-Mu. Berikan daku kekuatan untuk meneruskan
perjuangan hidup ini. Ternyata kasih dan cinta-Mu amat besar
untuk hamba-Mu ini. Hanya daku yang terleka. Ampunkan
daku. Jadikan anak-anak daku anak yang soleh dan solehah, dan
terbaik demi Islam-Mu. Amin Ya Rabbal „Alamin.”
Anak ini juga yang menemani aku dan Cef Hana di
beberapa sesi katering lantaran pembantu rumah sudah berhenti.
Di satu sesi di Putrajaya, aku dan cef bergilir-gilir menjaganya
dalam kereta. Ada ketikanya aku membiarkannya seorang diri
tidur di kusyen belakang. Kalian jangan marah. Menang aku
tahu ia merbahaya. Namun aku berlindung kepada Allah.
142
WEB SUTERA
Dari umur satu hari, kini dia bebas berjalan, jatuh dan
berlari. Bangun kembali, berlari lagi. Besarlah wahai anak,
bersama kasih dan cinta bonda dan ayahanda.
***
Terima kasih diucapkan kepada pengantin perempuan, Cikpuan
Nor Khaizan, dan ayahnya Tuan Anuar di atas kesudian
menggunakan perkhidmatan katering Mat Katerer untuk majlis
akad nikah dan keraian perkahwinan pada 21 dan 22 November
2009.
Bagi majlis akad nikah, sajian utama yang disediakan
ialah nasi putih bersama ikan keli dan cencaru bersambal, ikan
kurau masak lemak cili api campur nanas, ayam goreng
berempah, sayur campur serta ulam-ulaman bersama sambal
belacan.
Manakala untuk majlis meraikan mempelai pula,
pasukan dapur Mat Katerer menyediakan nasi beriani, rendang
daging, ayam goreng berempah, acar buah, dalca dan popadum.
Bagi kedua-dua majlis yang berturutan dua hari itu, sajian juga
diserikan dengan pencuci mulut.
Majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Taman Sri
Rampai itu dihiasi dengan dua kanopi berskalop peach, kerusi
143
DIARI MAT KATERER
bersarung sepenuhnya dalam dewan, dua meja VIP, dan meja
utama mempelai juga berwarna peach.
Sejambak terima kasih dipersembahkan kepada puan
blogger Epelhijau di atas bantuan merekomenkan servis katering
Mat Katerer kepada Cikpuan Nor Khaizan. Aku sangat
menghargainya. Mat Katerer menerima maklumbalas yang baik
untuk kedua-dua majlis. Alhamdulillah.
Menu bagi majlis akad nikah mendapat pujian dari salah
seorang emak saudara pengantin perempuan. Katanya,
“Masakan sedap,” semasa membungkus lauk-pauk yang
berlebihan sambil menunjukkan tanda bagus.
Blogger Epelhijau menyatakan di kotak borak blognya;
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Hari ini kawan-kawan yang
pergi majlis semalam juga memuji-muji makanan yang sedap
dan mereka sangat menyukai rendang nampaknya. Terlepas saya
hendak merasa. Tetapi saya sangat menyukai lauk-pauk pada
hari Sabtu (majlis akad nikah). Seperti lauk dimasak di rumah.
Tahniah untuk Tuan dan Puan Web Sutera.”
144
WEB SUTERA
ENTRI 25
Sajian pulut kuning
Dalam menyediakan menu untuk katering, kita perlu sentiasa
melihat apa acara yang diterima. Sebagai contoh, acara seperti
majlis kesyukuran (doa selamat), sambutan harijadi,
perhimpunan khas, majlis pertunangan Melayu, mengalu-alukan
kakitangan baru atau bos, dan untuk meraikan bayi yang baru
lahir, sajian pulut kuning atau turut dikenali sebagai „pulut
semangat‟ adalah pilihan yang baik.
Pulut kuning adalah masakan khas tradisional Melayu. Ia
dimasak dengan mengukus, dan baik jika dihidangkan bersama-
sama dengan rendang ayam atau kari daging.
Untuk ekspatriat di Malaysia, tuan dan cikpuan perlu
tahu bahawa pulut kuning merupakan salah satu cara untuk
mengatakan terima kasih atau dalam meraikan majlis yang baik.
Sudah banyak kali katering Mat Katerer menyediakan
sajian pulut kuning, sama ada atas permintaan klien atau sebagai
satu cara membuat kejutan. Seperti aku katakan di atas, pulut
145
DIARI MAT KATERER
kuning sangat elok diserikan dengan rendang ayam atau
masakan daging.
Majlis doa selamat, marhaban dan kesyukuran
merupakan majlis yang kerap disajikan pulut kuning. Terkini
setakat entri ini ialah pesanan dari seorang rakan bagi meraikan
ketibaan ibu tersayang selamat pulang dari menunaikan ibadah
Haji di Makkah.
Bagi masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu,
pulut kuning juga didekor sebagai salah satu hantaran
perkahwinan dan acara berkhatan. Biasanya disertakan bersama
telur ayam rebus.
Dekorasi penyediaan sama ada dibuat secara lonjong,
berbentuk kek ataupun sekadar diletakkan dalam bekas sahaja.
***
Okey ini cerita sesi katering seterusnya.
Pada minggu kedua bulan Disember 2009, Mat Katerer
memperoleh rezeki dari tiga sesi katering. Majlis pertama ialah
doa selamat berlangsung di Kajang, yang kedua katering
perkahwinan di Kota Damansara dan yang ketiga makan pagi di
Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
146
WEB SUTERA
Di sini ingin menyorot khusus katering majlis keraian
perkahwinan Puan Nurul Ashikin yang berlangsung pada 13
Disember di sebuah dewan di Kota Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan warna tema hijau daun pisang.
Tahniah untuk Puan Nurul dan suami. Tim Mat Katerer
mendoakan kebahagiaan puan dan tuan berdua sehingga ke
syurga. Amin!
Tip: Meluangkan masa bersama klien dan mendapatkan
maklumat terperinci sebanyak mungkin berkaitan visi
sesuatu majlis/acara akan menatijahkan perancangan masa
terbaik apabila memulakan operasi memasak di dapur.
Seterusnya ... Mat Katerer mengendalikan sesi katering
perkahwinan terakhir 2009 pada 20 Disember di Kg. Melayu
Kepong, Kepong, Kuala Lumpur. Selepas itu ada satu sesi doa
selamat dan bacaan Yassin di Taman Puchong Permai, Puchong.
Pada minggu terakhir tahun 2009 juga aku dan keluarga
ke Bera, Pahang. Ianya turut berkaitan dengan majlis meraikan
pengantin. Pasangan mempelai itu jugalah yang Mat Katerer dan
147
DIARI MAT KATERER
tim terlibat dalam menyediakan juadah di Kepong pada 20
Disember itu.
Aku dan dua keluarga mempelai perempuan mengambil
kesempatan ke Tasik Bera selepas majlis. Menghirup udara
sejuk dan segar di sana sambil bersantai meminum Nescafe
panas. Minuman berkafein itu tetap di hati aku. Tak boleh
tinggal.
Perjalanan aku sekeluarga seterusnya ke Bandar Pusat
Jengka, Kota Gelanggi Satu, Kuantan, Cherating dan Kemaman.
Tahniah Mat Katerer ucapkan kepada pasangan
mempelai yang melangsungkan majlis perkahwinan pada 20
Disember 2009; Puan Nor Azmah binti Haji Mohamad Nor dan
Tuan Abdul Razak bin Yaakob. Bravo!
***
“Terima kasih, Hana dan Hizam. Masak molek-molek. Minta
orang yang bakar kambing itu datang awal esok dan masak
sedap-sedap,” pesan Tuan O. S. Tan melalui e-mel sehari
sebelum majlis.
Tuan O. S. Tan, orang kelahiran Kota Bahru, Kelantan
memang ramah. Beliau merupakan orang perantara di syarikat
148
WEB SUTERA
Auto Parts Manufactures Co Sdn. Bhd. berlokasi di Kawasan
Perusahaan Bukit Beruntung, Rawang.
Tarikh 29 Januari 2010, Mat Katerer menyediakan
perkhidmatan katering di sana. Makan tengah hari tersebut
dihadiri lebih daripada 100 tetamu. Semua kaum utama di
Malaysia, termasuk pekerja Indonesia dan Bangladesh menjamu
selera.
Sajian yang disediakan seperti berikut; nasi beriani,
bihun goreng, rendang ayam, ayam goreng berempah, filet ikan
masam manis, dalca sayur dan acar jelatah. Pencuci mulut pula
ialah kuih bakar kemboja, pelbagai hirisan buah-buahan dan
kordial oren. Kambing bakar / golek seekor juga disediakan.
“Terima kasih, Hizam. Semua sedap,” kata Tuan O. S.
Tan sambil menjabat erat tangan aku di akhir majls.
***
Menara Merais yang terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya,
Selangor menjadi meriah pada 5 Februari 2010. Pada tarikh
tersebut satu majlis makan malam diadakan sempena siapnya
menara itu dan boleh diduduki dengan selamat. Mat Katerer
menjadi penyaji bertuah untuk majlis tersebut.
149
DIARI MAT KATERER
Tiga kumpulan menu disajikan. Antara senarai utama
seperti berikut: peha ayam goreng, udang tepung, sotong
rangup, rojak Pulau Pinang, char kuew tiew (udang dan kerang),
nasi goreng Cina bersama ikan masin, asam laksa Pulau Pinang
dan air baru campur (ABC).
Menu kedua ialah sate ayam, daging dan kambing.
Manakala menu ketiga ialah kambing bakar satu ekor bersama
salad, sos mint dan sos lada hitam.
Seramai sepuluh orang krew terlibat bagi majlis ini.
Semua berjalan lancar. Syukur kepada Allah.
Okey … cerita lain pula untuk keraian Tahun Baharu
Cina. Seronok mengenal ramai orang, juga berkongsi rezeki.
“Terima kasih diucapkan kepada Kak Hana dari Lusiana
Catering yang telah menempah kek cawan (cup cakes),
blueberry cheese tart dan fruit tart Ahad lepas. Semua tempahan
ini untuk kliennya yang menyambut Tahun Baharu Cina 2010.
Alhamdulillah, semua tempahan siap dihantar jam 11.30 pagi ke
rumah Kak Hana di Kg. Pandan Dalam.
“Bukan baru mengenali Lusiana Catering ini,
khidmatnya memang berbisa (tip-top). Pernah berurusan semasa
berkhidmat di KPT beberapa tahun lepas. Malah Lusiana
150