The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2021-01-31 07:48:44

DIARI MAT KATERE

DIARI MAT KATERE

Keywords: MAT KATERE

WEB SUTERA
Catering menjadi favourite YB Datuk Idris Haron dan
angkatannya sepanjang menerajui kementerian tersebut.

“Menurut Kak Ana, deko kek cawan itu menjadi
perhatian tetamu-tetamu kliennya semasa majlis. Buat Lusiana
Catering, moga bisnes bertambah maju, jangan segan-segan
pesan. Terima kasih.”

Catatan ini aku salin dari blog pembekal kek cawan,
Sedap Kek.

Memang Mat Katerer menempah kek cawan untuk satu
majlis keraian Tahun Baharu Cina 2010 di Ampang Hilir,
Selangor pada 21 Februari 2010.

Kau orang mahu cerita lagi? Tunggulah entri berikutnya.
Aku mengantuk.

Istighfar untuk dosa-dosa kita. Ayuh!

151

DIARI MAT KATERER

ENTRI 26

Urusan bisnes katering

Untuk kalian yang aku sayangi. Sedikit tip bisnes katering,

juga boleh diaplikasi dalam kehidupan. Kongsi-kongsikan,
okey.

Tidak sedikit pengusaha yang menceburi bisnes katering
lantaran seronok memasak dan suka melihat orang lain makan
masakannya. Tambahan pula ia bersifat kreatif, berwarna-warni
dan dalam masa yang sama mencabar. Namun harus diperhalusi
bahawa memiliki bisnes katering, walaupun kecil, bermaksud
kita juga perlu mendalami sisi lain operasi bisnes. Ia termasuk
simpan kira akaun, pemasaran, operasi / pengurusan staf dan
pentadbiran ofis atau urusan seharian bisnes.

Walaupun kita boleh melakukan semua urusan atau
peranan tadi secara bersendirian atau dengan bantuan pasangan,
akan tiba masanya kita akan memerlukan tenaga pakar, atau
paling kurang pun pembantu yang cekap dalam urusan lain

152

WEB SUTERA

bisnes katering. Tiada siapa yang mahir dalam segala bidang.
Tiada siapa yang boleh melakukan semua tugas sekali gus.

Sisi yang aku sebutkan di atas tadi antara lain perlukan
penglibatan pihak ketiga atau rangkaian lain dalam bidang
bisnes yang sama. Ia juga merangkumi penyedia servis kanopi,
pramusaji, peralatan khusus yang tiada dalam simpanan kita dan
penyedia servis pengangkutan.

Sebagai panduan juga ialah banyak faktor yang perlu
ditimbang apabila membuat keputusan mengenai jumlah
makanan yang sesuai untuk suatu majlis. Sudah tentu,
pertamanya kita perlu tahu bilangan orang yang hadir. Walau
bagaimanapun, tempoh masa sesuatu acara / majlis itu juga
sangat penting, juga tatacara atau jenis majlis dan jenis makanan
yang disajikan.

Apabila membuat anggaran keperluan makanan, sentiasa
ambil sisi selamat. Ada yang makan lebih banyak, yang lain
kurang. Cuba seimbangkan sebaiknya. Operator katering atau
lebih penting cef yang berpengalaman akan dapat menentukan
sisi banyak atau sedikit setiap sajian. Cuba menjangka makanan
/ minuman yang paling popular dan akan habis dengan cepat.

***

153

DIARI MAT KATERER

Okey, wisata Mat Katerer seterusnya.
Aku mengendalikan dua katering majlis sambutan hari

lahir pada 20 Februari 2010. Cop dahulu! Majlis hari lahir atau
hari jadi? Guna kedua-dua pun boleh? Entahlah. Tapi bagi aku
lebih suka gunakan istilah „hari lahir‟ kerana kita tidak tahu
bilakah „hari jadi‟ kita. Kalian kurang bersetuju. Mohon jawab
soalan aku, tahu bilakah kita „dijadikan‟ Allah?

Jangan marah, ya. Ia lontaran soalan. Mahu jawab okey,
tak mahu jawab pun aku tak kisah.

Katering hari lahir yang pertama di Taman Samudera,
Selayang dan satu lagi di Alam Damai, Ampang (bersebelahan
Taman Len Seng, Cheras). Kedua-duanya berlangsung hampir
serentak dan ianya melibatkan empat orang staf.

Menu utama yang disajikan di Taman Samudera,
Selayang ialah mee dan bihun soto, bihun goreng singapura,
kepak dan peha ayam goreng, sandwich tuna dan telur, samosa
kentang, kuih bakar kemboja dan nasi goreng cina. Pastinya ada
pelbagai hirisan buah-buahan dan air minuman.

Untuk setiap majlis, sajian disediakan untuk 150 dan 130
tetamu masing-masing. Majlis sambutan di Taman Samudera
siap ada badut bersama beberapa permainan untuk kanak-kanak
(yang ini bukan tim aku sediakan).

154

WEB SUTERA

***

Kisah berikutnya berkenaan satu majlis hampir dua tahun lalu.
Buat kali kedua, servis katering aku menerima tempahan untuk
satu majlis yang dihadiri oleh semua kaum Cina. Tetamu yang
berjumlah melebihi 250 orang memenuhi meja makan di sebuah
rumah banglo di Kampung Tasik, Ampang, Selangor.

Majlis untuk meraikan kelahiran cucu lelaki sulong tuan
rumah (yang baru berumur sebulan) cukup meriah dengan
berlatarbelakang warna merah; kanopi merah, alas meja merah,
skirting meja bufet merah, malah kerusi juga merah.

Makanan yang dihidangkan licin!
Pada keesokan harinya (4 Mei 2008), tuan rumah
menelefon aku, “Brother, thank you for a very good service.”
Menu yang dihidangkan seperti berikut:
- Nasi lemak dan mee siam.
- Nasi goreng singapura.
- Pulut kuning campur halia.
- Rendang ayam, sambal sotong dan sambal kerang.
- Sayur campur, sosej ayam, bebola sotong dan
ketam.

155

DIARI MAT KATERER

- Buah-buahan: Tembikai susu, tembikai merah dan
oren.
- Minuman: Kordial oren dan teh tarik (sudah
semestinya!)

Tim aku juga turut menyediakan ukiran ice carving yang
berupa seekor tikus, bersempena kelahiran cucu lelaki rakan
Cina itu di tahun tikus (menurut kelendar lunar Cina).

Seterusnya, aku senaraikan menu untuk majlis sambutan
Tahun Baharu Cina 2010 di sebuah syarikat membekal produk
perubatan di Ampang Hilir, Selangor.

- Popia goreng.
- Dumpling ayam goreng.
- Filet ikan masam manis bersama sos thousand
island.
- Udang harimau goreng bersama sos pedas.
- Cendawan berbutang hitam bersama gluten dan
sayuran.
- Pak choy bersama sos kerang.
- Bihun istimewa.
- Nasi goreng cina.
- Ayam goreng BBQ.

156

WEB SUTERA
- Sotong goreng tepung.
- Tauhu goreng goreng.
- Campuran buah-buahan dingin dan kelapa laut.
- Pastri Perancis.
Perasan? Menu yang disenaraikan merupakan campuran
masakan Melayu, Cina dan Barat. Termasuk juga seekor
kambing golek.
Lapar? Jangan marah pada aku, ya. Moga ketemu lagi
nanti.
Ada lagi kot? Tunggu!

157

DIARI MAT KATERER

ENTRI 27

Catatan sisi dari hamba Allah yang daif dan sentiasa

berharap naungan-Nya.
Dahulu, lebih kurang 8 tahun lalu, pada banyak ketika

aku bertanya pada diri sendiri, “Apa aku mahu buat esok? Kerja
pejabat yang mana belum aku bereskan? Bos aku okeykah esok,
tak meroyan lagi?”

Malam, siang, subuh ... ia menganggu fikiran aku. Hanya
Allah sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana aku mengeluh,
berfikir, dan mentaakul adakah aku patut berhenti kerja makan
gaji.

Ingatan, ujian, tazkirah dan kasih sayang Allah.
Kini ... sejak hampir 5 tahun kemudian, aku di sini, di
dunia penulisan di samping bisnes katering bersama isteri
tersayang. Insya-Allah, aku tenang dalam berusaha meraih
rezeki dari Allah – untuk aku, untuk isteri dan untuk anak-anak
amanah-Nya.
Bukan! Bukan aku kata bekerja sendiri itu terbaik untuk
setiap orang. Ada yang selesa dan cemerlang berkerjaya di

158

WEB SUTERA

pejabat, ada yang cemerlang dalam bisnes. Rezeki, nasib dan
takdir Allah terbaik untuk setiap hamba-Nya. Apa yang berbeza,
mungkin, ialah bagaimana kita (dan aku) memahami perkara itu.

Kini ... idea itu. Ya, idea dan ilham itu.
Isteri yang prihatin sering bertanya, “Abang sedang tulis
buku apa sekarang?”, “Abang buat novel apa lagi?”, “Abang!
Tulislah buku lagi!”

Andai lidah terbelit bicara
Maafkan hamba, wahai buana;
Tersasul kata tiada bermakna
Sekadar ilham dari Yang Esa.

SEBERMULA ...

NOTA: Untuk mendapatkan format buku fizikal
bercetak, boleh hubungi saya di talian WhatsApp: 016-
220 6874 atau e-mel: [email protected] atau
melalui akaun Facebook/Twitter. Kita boleh bincang.

159

DIARI MAT KATERER

Zine himpunan cerpen

seram-mistik

Web Sutera

RM15

160

WEB SUTERA

Zine himpunan cerpen TERJEMAHAN

seram-mistik

Web Sutera

RM15

161

DIARI MAT KATERER

Zine himpunan cerpen

Web Sutera

RM15

162

WEB SUTERA

Karya-karya fiksyen sejarah, thriller, fantasi, dan
sains-fiksyen WEB SUTERA.

163

DIARI MAT KATERER
164

WEB SUTERA
165

DIARI MAT KATERER

BIODATA PENULIS

Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah

menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat
penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad
dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan
Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-
bahan pemasaran, pendidikan ICT/Internet dan branding.

Semasa bekerja di JARING beliau melaksanakan tugas-tugas
sebagai penulis, associate editor dan editor online bagi majalah Jaring
Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak
menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa
Melayu tempatan – Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan
Masyarakat, Dewan Agama dan Falsafah, Dataniaga, Majalah PC,
Usahawan Malaysia, Usahawan Sukses, Akademik, Millenia Muslim,
dan sisipan Komputer, Berita Harian.

Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang
sains dan teknologi, ICT, internet dan peradaban manusia. Jawatan
terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan
Komunikasi Korporat dan Branding di JARING.

166

WEB SUTERA
Terlibat secara aktif menulis buku bermula tahun 2010. Kini
sudah lebih 28 judul buku (novel, cerpen dan motivasi/inspirasi)
berseorangan dan bersama penulis lain diterbitkan.
Memegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer,
USM, 1992 ;dan Sijil Kursus Bahasa Melayu Untuk Penyuntingan
Makalah Am dan Sains, Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP.
Lahir di Jerteh, Besut, Terengganu, dan dibesarkan di sana
dan di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang. Kini menetap di
Selangor/Negeri Sembilan.

167

DIARI MAT KATERER
168


Click to View FlipBook Version