The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by estee_282, 2020-04-06 12:25:46

Dasar-Dasar Pengajian Islam Buku 4

Tahun 9 hingga Tahun 10

JENIS HARTA BENDA YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

1. Binatang ternakan iaitu unta, lembu, kerbau dan kambing sahaja.

2. Emas dan perak (termasuk matawang).

3. Semua jenis barang-barang yang diperniagakan.

4. Tanam-tanaman daripada jenis biji-bijian dan buah-buahan yang
mengenyangkan dan menjadi makanan asasi serta tahan lama disimpan,
seperti padi, gandum, jagung, kurma dan sebagainya.

5. Rikaaz ialah harta yang dijumpai terpendam kepunyaan orang-orang zaman
jahiliah.

PERMASALAHAN

1. Tidak wajib dikeluarkan zakat daripada:

a. Harta benda yang diwakafkan.
b. Harta kerajaan.
c. Emas dan perak yang telah dijadikan pakaian dan barang-barang

perhiasan yang halal bagi perempuan dengan syarat tidak melebihi kadar
yang sepatutnya.
d. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada intan, berlian, mutiara,
permata zamrud dan sebagainya melainkan jika diperniagakan.

2. Wajib dikeluarkan zakat pada barang-barang perhiasan yang tidak harus
dipakai seperti sudu, garpu, pinggan-mangkuk, dulang dan lain-lain yang
diperbuat daripada emas dan perak.

SYARAT-SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Syarat-syarat wajib zakat itu ada enam:

Bil. Syarat-syarat Perkara
Wajib
Orang yang bukan berugama Islam tidak wajib
1. Islam mengeluarkan zakat.
Hamba sahaya tidak wajib zakat kerana mereka
2. Merdeka tidak mempunyai harta benda.

7

7















































Pelajaran 6 ZAKAT HARTA TERPENDAM
(RIKAAZ)

Rikaaz ialah harta benda daripada emas dan perak yang dijumpai terpendam di
dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang zaman jahiliah iaitu zaman sebelum
datangnya ugama Islam. Harta benda rikaaz ini dikenakan zakat pada masa
dijumpai dan tidak disyaratkan menunggu haul peredaran masa setahun. Sabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

( ‫) ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﱰﻣﺬﻱ‬

Maksudnya:
“Dan pada harta rikaaz diwajibkan sebanyak 1/5
( Riwayat at Tirmidzi )

Ada pun harta benda rikaaz itu boleh dimiliki oleh orang-orang yang
menjumpainya atau dijumpai di tanahnya jika ada tanda-tanda kepunyaan orang-
orang zaman jahiliah.

Sekiranya harta itu terdapat padanya kesan-kesan atau tanda-tanda kepunyaan
orang-orang Islam maka ia dinamakan “harta luqathah” (harta tercicir) dan
hendaklah dikembalikan kepada tuannya yang asal atau kepada ahli warisnya
yang berhak mendapatkannya.

Cara mencari pemiliknya yang asal, ialah dengan apa cara sekalipun sama ada
disiarkan melalui media massa dan media cetak bagi menghebahkan perkara itu
kepada umum.

Jika tidak ada sesiapa yang mendakwa atau mengakui harta itu hak
kepunyaannya dalam masa setahun maka bolehlah orang yang menjumpai harta
itu memilikinya. Jika ada orang yang mengaku sesudah itu maka harta itu atau
gantinya hendaklah dipulangkan kepadanya. Harta luqatah tidak dikira sebagai
harta rikaaz dan tidak dikenakan zakat.

31

31








Click to View FlipBook Version