HURAIAN AYAT
Ayat di atas menjelaskan tentang nikmat pemberian Allah Subhanahu wa Ta‘ala
mengenai pelbagai jenis kejadian tumbuh-tumbuhan. Dia yang menjadikan
kebun-kebun dan pokok-pokok yang tumbuh menjalar seperti anggur dan
tembikai. Begitu juga pokok-pokok yang tumbuh tidak menjalar seperti kelapa
dan rambutan. Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah menjadikan berbagai-bagai
jenis buah-buahan dengan pelbagai rupa, rasa, warna dan bentuk. Begitu juga
terdapat jenis buah-buahan yang sama rupa dan bentuk tetapi berlainan rasa
dan isinya seperti zaitun dan delima. Itulah bukti kekuasaan Allah Subhanahu wa
Ta‘ala yang telah menjadikan semua ini pelbagai jenis mengikut keadaan tempat,
iklim dan musim yang berlainan.
Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala menyuruh kita memetik dan memakan
buahnya apabila telah berbuah. Kita hendaklah mengeluarkan sebahagian
daripada hasil tanam-tanaman sebagai zakat kepada orang-orang yang layak
menerimanya.
Ayat ini juga menjadi dalil bahawa hukum wajib mengeluarkan zakat
tanam-tanaman dan biji-bijian itu tidak disyaratkan menunggu haul selama
setahun. Asalkan cukup nisabnya adalah diwajibkan mengeluarkan zakatnya.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala melarang kita bersifat boros atau membazir dalam
menggunakan atau memakan buah-buahan kerana orang yang boros dan
membazir itu adalah saudara syaitan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
144
143
Riba ada empat jenis:
1. (Riba al-Fadhli)
Pertukaran antara dua barang yang sama jenisnya tetapi tidak sama pada
sukatan atau timbangan atau ukurannya.
Contohnya: Menukar antara 10 kg beras dengan 13 kg beras.
2. (Riba al-Yadi)
Pertukaran antara dua barang yang sama jenisnya atau tidak sama jenisnya
tetapi tidak diserahkan salah satu atau kedua-dua barang tersebut semasa
berakad.
Contoh: Menukar 100g emas dengan 100g emas atau menukar 100g emas
dengan 250g perak tetapi tidak diserahkan semasa berakad.
3. (Riba an-Nasi’ati)
Pertambahan atau lebihan bayaran hutang disebabkan gagal (menangguhkan
atau melambatkan) membayar hutangnya pada tempoh yang telah dipersetujui
semasa akad.
Contoh: Menghutangkan $1000 kepada seseorang dengan janji akan dibayar
dalam masa satu bulan. Disebabkan pihak berhutang tidak dapat
menjelaskan dalam tempoh tersebut maka pihak pemiutang
mengenakan faedah sebanyak 5% sebagai tambahan hutang asalnya.
4. (Riba al-Qardhi)
Pertambahan bayaran lebih daripada kadar hutang asal yang disyaratkan atau
dikenakan ke atas pemiutang semasa akad.
Contoh: 1. Menghutangkan $1,000 dengan disyaratkan semasa akad
dikenakan faedah 10% (jumlah yang perlu dibayar oleh pemiutang
ialah sebanyak $1,100).
2. Menghutangkan beras 10kg dengan disyaratkan semasa akad
membayar dengan beras sebanyak 12kg.
152
151
PENILAIAN
275:א
1. Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya.
2. Bagaimanakah keadaan orang-orang yang suka makan riba semasa dibangkit-
kan daripada kubur pada hari Qiamat nanti?
3. Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Jelaskan jenis-jenis riba.
4. Huraikan maksud ayat di bawah ini.
5. Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.
154
153