Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
zahir mungkin dapat disenangi beberapa isyarat seperti wujudnya
fenomena wanita menutup aurat, ramai yang berjamaah di masjid
dan musolla, ramai ibubapa yang cenderung untuk menghantar
anak untuk mengikuti pengajian Islam dan betapa banyaknya
masjid dan surau di mana-mana.
Akan tetapi masih terlalu ramai lagi orang Melayu yang
hidup dalam dunia dan faham sekular-Barat, mengamal dan
terpengaruh dengan budaya hidup yang permissif dari Barat,
terbelenggu oleh adat resam dan tradisi sesat jahiliah, terpesona
dengan kemodenan dan liberalisme agama mengikut pemikiran
Barat. Ditambah lagi yang lebih mencemaskan ialah fenomena
orang Melayu terjebak dengan gejala riddah.
Kita juga meneliti masih terlalu ramai orang Melayu yang
meninggalkan solat, tidak mengutamakan solat berjamaah di
masjid, mencuaikan puasa, lalai dalam mengeluarkan zakat,
terlibat dengan ekonomi riba, hidup dalam kemewahan di luar
batasan, buta al-Quran, cetek dalam ilmu Fardhu Ain, mengambil
mudah dengan hukum agama, merendah-rendahkan kewajiban
menutup aurat, terpengaruh dengan hidup ala Barat jahiliyyah
dalam kehidupan sosial.
Hal ini belaku sama ada dalam majlis perkahwinan, acara
harijadi, berpesta, berkonsert, berkarnival, menyambut hari raya,
berkongsi raya, ghairah dengan pertunjukan fesyen dan terlibat
dengan acara-acara agama lain yang menjejaskan aqidah.
Bahasa dan Budaya Bangsa Tersisih
Tidak kurang kronik ialah proses penyisihan bahasa dan budaya
yang melanda bangsa Melayu. Sementera segala usaha sedang
297
Inilah Perjuanganku
digerakkan untuk mempertahankan bahasa Melayu, keghairahan
sesetengah pihak untuk mengutamakan bahasa Inggereis sebagai
bahasa perantaraan dalam pendidikan telah memutarbalikkan
semula status kedudukan bahasa Melayu ke belakang.
Akibatnya ternyata bangsa Melayu terutama di kalangan
golongan muda dan elit (sama ada golongan birokrat,
professional maupun teknokrat, korporat dan ahli politik) yang
ghairah menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian.
Masih banyak acara-acara rasmi seperti mesyuarat dan seminar
yang mengutamakan bahas aInggeri berbanding bahasa Melayu.
Begitulah juga halnya dalam dunia seni, bahasa Inggeris dan
bahasa campuran (bahasa rojak) telah menjadi norma.
Malangnya dan sangat memalukan tidak ada bangsa lain yang
mengamalkan bahasa rojak seperti orang Melayu kini. Sementara
itu, penggunaan bahasa Melayu di peringkat sektor swasta, dalam
perundangan dan dalam bidang professional sememangnya sudah
lama tersisih.
Bangsa Melayu juga berhadapan dengan penghakisan budaya
yang sangat ketara. Budaya berpakaian mengikut resam Melayu
semakin menjadi ganjil. Malah budaya harian seperti makan, tabiat
dalam bergaul, acara sosial, hiasan tempat tinggal dan tempat
kerja semakin menjadikan budaya Melayu jauh terpinggir.
Isu PPSMI yang semakin bercelaru gagal dirungkai oleh
kerajaan walaupun sudah terbukti ia satu projek yang akan
meluntur dan melebur bahasa ibunda kepada generasi akan
datang. Ia juga adalah satu imperialisme bahasa yang amat
berbahaya kepada bahasa dan bangsa kita yang sentiasa berpegang
kepada kekuatan ‘bahasa jiwa bangsa’. Hanya setelah desakan
298
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
demi desakan baharulah nampaknya kerajaan akur dengan
tuntutan supaya subjek matematik dan sains diajar semula dalam
bahasa Melayu.
Pendidikan Bangsa Yang Masih
Memerlukan Pengukuhan
Kita juga amat prihatin dengan persoalan pendidikan orang
Melayu yang tidak berjaya menghasilkan anak bangsa yang
berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penghayatan Islam.
Bukan sahaja penguasaan ilmu masih tidak boleh dirasa selesa
malah kita terpaksa menerima kenyataan betapa masalah disiplin
anak-anak Melayu di sekolah terus merunsingkan.
Termasuk dalam masalah ini belum ada tanda-tanda yang
meluas wujudnya ibubapa Melayu yang bekerja keras memastikan
kecemerlangan dicapai. Kenyataan bahawa ibubapa Melayu yang
ramai membiarkan anak-anak berfoya-foya dan melepak di pusat-
pusat membeli-belah adalah sangat ketara.
Walaupun sudah ada kesedaran yang bertambah, namun
tidak dapat dirasa mencukupi jika dibanding dengan apa yang
diusahakan oleh ibubapa dari kaum lain. Daripada jumlah yang
dapat menjalani pengajian di institusi pengajian tinggi, masih
terlalu ramai lagi anak Melayu yang tidak berjaya mencapai
tahap pendidikan yang tinggi dan mencapai kecemerlangan yang
diharapkan.
Jangan jadikan rasa sakit serta kesedihan
yang menyertainya menjadi berlarut-larut
kerana hal tersebut dapat
menghalangimu mendapatkan
kebahagian dan kehidupan yang lebih
baik.
299
Inilah Perjuanganku
Aset Tanah Bangsa Melayu Mengecil
Demikian juga masalah aset tanah orang Melayu yang semakin
mengecil. Bukan sahaja tanah Rizab Melayu yang banyak tidak
terganti dan terlepas kepada pihak bukan Melayu, ternyata umat
Melayu tidak mampu mempertahankan hak milik tanahnya.
Ditambah lagi pula masalah orang Melayu tidak dapat menjadikan
tanah mereka lebih produktif lantaran kesuntukan modal.
Tanah orang Melayu juga sering berhadapan dengan
masalah penyelewengan dalam pentadbiran yang menyebabkan
tanah Melayu terlepas kepada mereka yang hanya memikirkan
keuntungan. Kampung Melayu juga kini semakain terhapus
akibat kepesatan pembangunan yang mengambil tanah Melayu
dari kawasan desa.
Politik Bangsa Yang Tergugat
Krisis Melayu juga terbelit dengan persoalan politik yang sangat
tidak bermoral. Tatkala sebahagian pemimpin-pemimpin politik
Melayu terus menjadikan politik itu sebagai tapak mengumpul
kekayaan, budaya politik Melayu sarat dengan manipulasi kotor
sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik wang,
politik kepentingan diri dan politik mengadai kepentingan Melayu.
Bukan sedikit kes yang memalukan apa kita
mengamati gelagat orang Melayu dalam berpolitik yang mengejar
pangkat, gelaran, publisiti murahan dan hidup glamor. Sementara
politik menjadi sedemikian jijik, bangsa Melayu mengalami
fenomena orang politik mengenepikan kepentingan dan hak
bangsa hanya kerana ingin meraih undi bukan kerana hak dan
300
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
perjuangan bangsa Melayu. Atas nama mempertahankan kuasa
politik mereka sanggup menggadai hak Melayu yang menjadi
sangat meruncing sekarang ini.
Menggerak Pemulihan Kemelut Bangsa
Dengan segala persoalan yang hanya dapat dicatat secara umum
di atas dan boleh disenarai lagi, namun perkara yang paling
mendesak ialah bagaimana kita hendak menangani semua isu ini
dengan konkrit dan berkesan. Yang lebih penting ialah apa yang
mampu kita lakukan untuk memulihkan keadaan yang parah ini
Apa yang perlu digerakkan ialah suatu perubahan sikap untuk
membawa bangsa Melayu kembali kepada nilai dan budaya hidup
Islam yang dinamik demi menyelamatkan keadaan yang sudah
semakin parah. Pokoknya kita tidak harus hanya mengamati
dan mengeluh. Kita perlu melaksanakan suatu kebangkitan baru
bangsa Melayu berteraskan Islam.
Kita perlu mengajak seluruh tenaga setiap insan Melayu
yang punya keperihatinan yang mendalam terhadap nasib bangsa
ini untuk sama-sama memulihkan semula kelesuan dan kealpaan
yang sedang melanda. Kita ingin mencipta kegemilangan bangsa
dan terus melanjut kepada membina generasi mendatang yanglebih
berkualiti dan lebih Islamik.
Kita perlu serius dalam mengajak setiap penggerak perubahan
bangsa agar diwujudkan suatu penggemblengan tenaga sehingga
bangsa Melayu ini terangkat dari kemelutnya yang sedang
mencengkam dan membeban dirinya.
Suatu gerakan pembebasan bangsa dari krisis dalaman
dan juga merawat penyakit yang melingkarinya dari luar harus
301
Inilah Perjuanganku
dilancarkan. Oleh itu suatu kejujuran didambakan untuk semua
pihak menerima realiti yang amat meruncing pada bangsa ini.
Kita harus menghentikan gambaran yang mulus-mulus tetapi
tidak signifikan, jauh sekali dari menyumbang kepada
mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu. Kehebatan yang
dicanang bahawa Melayu sudah melakukan sesuatu yang luar
biasa seperti mendaki gunung Everest, berenang Selat Inggeris,
menjelajah ke Kutub Utara atau berlayar di lautan Pasifik tidak
menggambarkan pencapaian apa-apa selain bermegah dengan
catatan dalam daftar “Malaysian Guiness “Book of
Records”.
Sudah cukuplah kita dianak-anakkan dengan keberanian-
keberanian yang dianggapkan luar biasa seperti itu. Kita harus
kembali ke dunia realiti iaitu bangsa ini masih tidak terlepas
daripada ketinggalan dalam ekonomi berbanding kaum lain,
kerjaya orang Melayu kebanyakannya masih bertaraf rendah,
pencapaian pendidikan masih terus perlu disokong, sosial Melayu
dijangkiti pelbagai penyakit yang kronik, aset tanah Melayu sedang
mengecil, budaya ilmu di kalangan orang Melayu masih sangat
rendah, anak muda Melayu yang sudah dirosak oleh budaya
permisif Barat yang menggila.
Pusat serenti serta penjara-penjara yang masih majoritinya
dihuni oleh muka-muka Melayu dan orang Melayu yang sudah
berani menayangkan skandal lucah bangsa ini melalui layar internet
yang kini sudah mencecah hampir 20,000 laman web.
Kita bermula dengan menegaskan bahawa pemulihan bangsa
tidak boleh mencapai kesan jika kita gagal meneliti terlebih
dahulu segala penyakit yang melanda tubuh badan, pemikiran
302
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
dan jiwa bangsa itu senidiri. Bermakna selagi mana kita tidak
mendalami krisis dan kemelut yang berlaku kita akan gagal
merungkai masalah yang sedang melanda.
Setelah meneliti segala masalah yang berlaku kita perlu pula
membuat analisis dari mana punca semua ini. Untuk itu semua
aktivis Melayu yang merasa prihatin terhadap nasib bangsa perlu
menggerakkan usaha bagi melakukan suatu pembedahan yang
teliti dan seterusnya pendedahan yang jujur terhadap realiti
bangsa.
Segala masalah yang dikenalpasti hendaklah dibedah
untuk mencari puncanya dan selepas itu segera didedah dan
diketengahkan dengan tujuan setiap warga bangsa ini disedarkan
dengan kesedaran yang kritikal bahawa keadaan yang berlaku
tidak boleh dibiar begitu sahaja.
Kesedaran bahawa bangsa Melayu memerlukan perubahan
besar perlu disemarakkan, bukan sahaja di peringkat pengetahuan
dan maklumat sahaja, tetapi juga menyentuh sanubari setiap diri
Melayu untuk bertindak dan berbuat sesuatu bagi mengatasi
masalah ini.
Kita mencadangkan agar semua tenaga penggerak perubahan
menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dan membawa angin
kesedaran dan perubahan kepada setiap insan Melayu, mengetuk
pintu setiap rumah Melayu, membangkitkan setiap pemimpin
Melayu, menggegarkan setiap organisasi Melayu dan mengejutkan
setiap cendikiawan Melayu untuk bangkit dari kelalaian dan
keselesaan.
303
Inilah Perjuanganku
Kita tidak mungkin boleh membiarkan kesedaran mengenai
kemelut ini hanya berlegar di kalangan golongan elit pemikir
Melayu semata-mata. Ini kerana kita sedar bahawa golongan
yang kurang berkesempatan dan agak keberatan untuk turun
ke lapangan menggerakkan perubahan tidak mungkin dapat
membawa kesan yang diharapkan.
Lantaran itu tidak dapat dielakkan bahawa jika perubahan
bangsa dan pembebasan bangsa daripada segala kemelut ini
hendak dijayakan maka perlu dilancarkan suatu usaha yang lebih
drastik yang membabitkan secara langsung setiap penggerak di
tengah-tengah masyarakat di medan gelanggang hidup orang
Melayu itu sendiri.
Kita tegaskan sekali lagi bahawa membina semula bangsa
harus bertitik tolak dengan meneliti segala punca masalah hingga
ke akarnya. Dari mana penyakit itu timbul dan dari situlah
perubahan perlu dimulakan. Bangsa ini memerlukan kesedaran
yang cukup mendalam dan suatu jenis kesedaran yang dapat
menggerakkan tindakan. Setiap insan Melayu perlu disedarkan
dengan realiti yang sedang dihadapi bangsa.
Hanya dengan yang demikian bangsa ini boleh dianjak
dari keadaan penuh kelesuan dan sikap puas dengan apa yang
diperolehi di peringkat peribadi. Perubahan setiap insan Melayu
dari segi pemikiran dan sikap amat diperlukan. Dengan yang
demikian jiwa Melayu yang berada dalam kepompong menyerah
kalah kepada realiti perlu dipecah dari terus membelenggui jiwa
Melayu.
304
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Perangi Segala Kemungkaran
Harus ada suatu kebangkitan yang lebih konkrit untuk bertindak
dengan tegas bagi membersihkan orang Melayu dari persekitaran
yang merosakkan. Oleh itu suatu usaha memastikan segala unsur
yang selama ini mengheret bangsa Melayu ke lembah kerosakan
dibasmi perlu dilancarkan dengan tegas. Sifat toleransi dengan
kemungkaran dan budaya hanya menjaga tepi kain sendiri
hendaklah dikikis dari minda dan jiwa Melayu.
Hendaklah ada suatu keupayaan yang maksima dan
bertenaga untuk memastikan orang Melayu mampu melawan dan
menentang segala jenis kemungkaran samada yang datang dari
luar mahupun dari dalam.
Untuk itu, setiap fenomena dan tabiat Melayu yang
merosakkan perlu diperangi habis-habisan. Kita perlu
menggerakkan suatu anjakan yang lebih besar dan bersifat
transformasional dalam semua aspek jika kita mahu membawa
perubahan besar kepada bangsa ini. Bangsa ini akan hanya dapat
dipulih jika persekitaran yang sakit dan merosakkan itu juga dapat
dipulihkan juga.
Secara umum kita ingin menegaskan bahawa misi dan visi
kita adalah untuk mengembalikan bangsa Melayu kepada Islam
secara menyentuh keseluruhan dalam semua aspek kehidupan
umat. Islam pada bangsa Melayu perlu diserlahkan semurninya
tanpa rasa kerdil dan takut. Keyakinan bangsa Melayu kepada
sistem hidup Islam perlu ditanam dan disuburkan tanpa was-was.
305
Inilah Perjuanganku
Kerahkan Seluruh Tenaga Bangsa
Untuk bergerak kepada proses ini maka setiap penggerak Melayu
perlu berusaha terlebih dahulu untuk memerdekakan bangsa
Melayu daripada segala penyakit yang sedang menjangkitinya.
Usaha keras untuk memulihkan masyarakat Melayu, dari ibubapa
kepada anak-anak, dari pemimpin kepada pengikut, dari
perseorangan kepada organisasi, dari sebuah kampung kepada
sebuah kota, sama ada ia Melayu desa mahupun Melayu kota,
Melayu petani mahupun ahli akademik, Melayu pemimpin
mahupun orang kebiasaan.
Setiap insan Melayu perlu dibersihkan daripada semua
jenis penyakit yang bertentangan dengan Islam. Untuk itu,
mengenalpasti dan memahami setiap jenis kemungkaran sosial,
kepincangan ekonomi, manipulasi politik, keruntuhan budaya,
korupsi intelektual, penyelewengan pengurusan, ketidakadilan
dalam pembangunan adalah tanggungjawab penting yang perlu
dianalisa dan ditangani oleh setiap aktivis penggerak Melayu.
Ini juga bermakna kerja turun ke padang, mendatangi umat
Melayu di pelbagai gelanggang dan medan sangat diperlukan.
Pembasmian setiap jenis budaya mungkar dan unsur jahiliyyah
yang membelit bangsa Melayu perlu dipergiatkan, sama ada ia
bertapak pada pemikiran dan sikap, mahupun bersarang dalam
sistem dan dasar pemerintahan.
Kerja memerdekakan orang Melayu daripada segenap kuman
perosak bangsa hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh. Sikap tegas dan tidak toleransi dengan sebarang
kemungkaran perlu disematkan dalam setiap sanubari orang
Melayu. Dengan yang demikian sikap membasmi mungkar perlu
306
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
menjadi sikap yang konsisten diamalkan oleh setiap pemimpin,
setiap pendidik, setiap ulama’, setiap ibubapa, setiap pentadbir
Melayu dan setiap pemimpin Melayu di semua peringkat.
Bangunkan Kekuatan Sahsiah Bangsa
Sementara itu, gerakan pemulihan bangsa Melayu perlu diiringi
dengan pembangunan semula corak hidup masyarakat yang
gemilang pada diri bangsa ini. Dalam hal ini segala sifat-sifat
kecemerlangan sebuah masyarakat Islam perlu dibangunkan,
diterapkan, disuburkan dan diperkukuhkan pada komuniti Melayu
itu sendiri.
Dengan ini kita mencadangkan gerakan pendidikan al- Qur’an
perlu diintensifkan. Segala ajaran yang terkandung dalam
Kitabullah itu hendaklah difahami dengan betul dan terus
diterjemahkan dalam kehidupan harian. Sebanyak mungkin kelas
dan pengajian al-Qur’an di seluruh pelusuk negara ini hendaklah
diwujudkan dengan kaedah yang memungkinkan al-Qur’an benar-
benar menjadi petunjuk untuk kehidupan bangsa Melayu semurni
dan seutuhnya.
Sekali gus dengan itu pengajian al-Sunnah perlu
diprogramkan untuk pendidikan orang Melayu sehingga peribadi
Rasullulah S.A.W. benar-benar menjadi contoh teladan terunggul
bukan sahaja untuk diingati tetapi yang lebih penting untuk
dihayati dalam amalan hidup setiap hari.
Dalam hal ini pembangunan semula insan Melayu hendaklah
diperkukuhkan dengan segala ilmu Islam yang wajib dipelajari dan
diamalkan. Gerakan sosialisasi segala aspek syariat Islam dalam
kehidupan bangsa Melayu sama ada di kalangan individu mahupun
di kalangan masyarakat hendaklah digiatkan.
307
Inilah Perjuanganku
Adalah disarankan agar semua penggerak Melayu
melancarkan gerakan penggemblengan masyarakat Melayu ke
arah pembentukan kualiti keperibadian yang kukuh. Program
membina karakter Muslim pada bangsa Melayu harus benar-
benar aktif dan berkesan di semua kawasan.
Semua sifat Muslim yang mulia seperti berdisiplin, berkasih
sayang, berakhlak unggul, berkeyakinan, beriltizam, sedia
berkorban, bekerjasama, bersatu-padu, kuat berusaha, bersungguh
dalam menuntut ilmu, sedia berjihad dengan harta dan jiwa raga,
dan berjamaah setiap masa adalah antara pembinaan yang tidak
boleh dicuaikan sama sekali. Ini bermakna program pembentukan
sahsiah adalah program yang terpenting untuk membina semula
bangsa ini.
Bina Keupayaan Ekonomi Bangsa
Kegiatan perekonomian yang berkesan perlu dilaksanakan
sehingga bangsa Melayu mampu berdikari dengan kekuatan
ekonomi yang ampuh. Segala aset ekonomi orang Melayu seperti
tanah, kebun dan sawah, bangunan, rumah perlu diurus dengan
sebaik mungkin sehingga ia tetap kekal di tangan orang Melayu.
Masyarakat Melayu perlu diprogramkan dengan segala
bentuk kemahiran ekonomi yang perlu agar sumber bangsa tidak
banyak mengalir ke tangan orang lain. Ertinya sikap berbelanja
mesti dikawal, tabiat berhutang dielakkan, hidup bermewahan
dikikis dan mengeluarkan wang yang banyak untuk segala bentuk
perayaan dan pelbagai jenis kenduri perlu dibendung.
Di samping itu masyarakat Melayu perlu kembali
mengusahakan tanah dengan produktif. Tanah terbiar milik orang
308
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Melayu mesti diusahakan. Usaha menghidupkan tanah perlu
dijadikan agenda bertindak yang penting untuk memastikan aset
tanah Melayu seluruhnya menjadi produktif.
Sementara itu, mengwujudkan perniagaan dalam pelbagai
aspek keperluan harian orang Melayu hendaklah dilancarkan.
Dari sektor pemakanan, pakaian, bekalan alatan rumah, binaan,
perkhidmatan sehinggalah kepada perusahaan Melayu mesti
diperbanyakkan untuk meliputi semua aspek.
Semarakkan Budaya Membaca dan
Pengukuhan Ilmu
Penggerak Melayu juga perlu menyuburkan budaya membaca
serta berusaha untuk mencemerlangkan bangsa Melayu dalam
bidang pendidikan. Usaha menanam budaya cinta ilmu yang tinggi,
bersungguh dalam menguasai sesuatu bidang ilmu,
memperbanyakkan bilik atau pusat membaca disetiap penempatan
orang Melayu perlu dipergiat.
Daya keintelektualan Melayu harus dibangunkan dengan
bersungguh-sungguh melalui program wacana ilmu dan berkarya,
penerbitan buku, majalah dan risalah yang membina daya berfikir
bangsa perlu diperluaskan. Kegiatan pendidikan dewasa secara
formal dan non-formal mesti diperbanyakkan di seluruh negara
untuk memungkinkan orang Melayu terus meningkat kemahiran
dan ilmunya.
Institusi-institusi pendidikan Melayu yang ada hendaklah
diaktifkan untuk melahirkan anak dan graduan Melayu yang
berkualiti. Ini bermakna kerja kuat di kalangan para guru dan
pensyarah Melayu harus diserlahkan untuk membantu pelajar-
pelajar Melayu mencapai kecemerlangan.
309
Inilah Perjuanganku
Mencerdaskan Institusi Masjid
Institusi masjid semesti juga menjadi tapak membina semula
bangsa Melayu yang berkesan. Sebagai tapak yang penting dalam
pembinaan sebuah masyarakat bertamadun tinggi, mendekat dan
mengakrabkan umat Melayu dengan masjid adalah pendekatan
yang amat tepat diusahakan.
Kesatuan spiritual (rohani) melalui masjid yang menjadi
asas ikatan yang sejati adalah ikatan paling berkesan untuk
menyatukan umat Melayu. Ini akan hanya dapat direalisasi
dengan memanfaatkan institusi masjid dengan segala gerak
aktivitinya. Untuk yang demikian program penggerak Melayu yang
perlu diberi keutamaan ialah menyemarakkan penyertaan umat
dalam kegiatan di institusi ini.
Menggerakkan Dayausaha Desa
Kita ingin menyeru juga semua penggerak Melayu agar
mencetuskan sebuah usaha yang kita gelar sebagai Gerakan
Pengupayaan Desa (GPD). Pengamatan kita ialah terdapat suatu
sindrom yang sudah lama membelenggui masyarakat desa, iaitu
masyarakat desa ditanggapi sebagai masyarakat yang tidak
berupaya, orang kampung yang tiada berkemampuan dan desa
yang hanya dikekalkan sekadar untuk tujuan sentimental. Pada
hal desa dalam konteks pembangunan mapan jauh lebih selesa
dan mampu menyumbang kepada mempertahankan hak orang
Melayu dan seterusnya membina semula tamadun Melayu yang
tinggi.
Cadangan untuk memecahkan “sindrom lesu dan pasrah”
bangsa Melayu di kawasan desa untuk mengubah keadaan desa
310
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
menjadi penempatan bangsa Melayu yang dinamik, berdikari,
cergas, maju dan berpotensi besar membangun sumber manusia
Melayu. Adalah dicadangkan agar beberapa hambatan desa
perlu diatasi melalui proses pengupayaan bangsa Melayu untuk
menentukan nasib sendiri.
Antara hambatan yang perlu diatasi ialah persoalan budaya
feudal yang membelit orang kampung. Minda dan jiwa feudal
ini perlu diatasi dengan segera agar bangsa Melayu ini tidak terus
diperbudak dan diperalat oleh pihak wewenang yang terus ingin
memastikan bangsa ini tunduk kepada kehendak mereka.
Sistem kawalan politik kampung yang mencengkam gerakan
masyarakat, yang mendiskriminasi kelompok bukan penyokong
kerajaan, yang menyeleweng peruntukan pembangunan, yang
saling melabelkan antara parti politik secara tidak sihat akan
dipecahkan melalui program pengupayaan masyarakat desa. NGO
perlu berganding bahu dengan NGO atau kumpulan lain dalam
usaha ini supaya mencapai kesan yang diharapkan.
Hasrat kita hanyalah untuk sekali lagi menyemarakkan
daya usaha yang berterusan bagi memastikan semua penggerak
dan penyokong gerakan membangunkan bangsa Melayu
memperkukuhkan keiltizaman dan mempertingkatkan daya
bertindak.
Apa yang didambakan ialah penyelesaian praktis bukan
terhenti kepada perbicaraan ilmiah semata-mata. Sokongan
dan penglibatan yang aktif daripada semua demi memastikan
bangsa Melayu kembali gemilang sebagai bangsa yang berjaya
menterjemahkan Islam dalam setiap sendi kehidupannya amat
diperlukan.
311
Inilah Perjuanganku
Hidup Berdikari
Mesej “Hidup Merdeka Dari Kebergantungan” sebagai jalan
efektif adalah bertujuan untuk mengangkat darjat dan maruah umat
Melayu. Kami yakin benar setelah membuat analisa bersungguh
bahawa penyakit kronik yang mencengkam nasib umat Melayu
adalah sikap mental bergantung hidup kepada bantuan. Sebagai
sebuah umat, bangsa Melayu masih terus dicirikan dengan bangsa
subsidi.
Malah menambah parah dari realiti ini yang boleh
mempercepat mautnya sesebuah bangsa adalah justeru budaya
hidup bergantung diperkukuh oleh pihak yang berwewenang
kerana mahu bangsa Melayu kekal menjadi bangsa taat dan patuh
dalam sistem feudal yang sedia ada.
Akibatnya umat Melayu menghadapi masalah krisis
karektor atau krisis sikap yang amat parah. Sesungguhnya hidup
bergantung yang terus melekat kepada bangsa ini sangat genting
yang akhirnya menyebabkan umat Islam tertinggal dalam
menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin peradaban dunia.
Karektor atau keperibadian yang lemah seperti rasa
rendah diri, kurang percaya diri, tidak mandiri dan malas akan
menguburkan potensi yang telah Allah S.W.T. anugerahkan
kepada kita. Malah kita boleh sahaja melupakan potensi yang besar
yang ada pada diri kita sehingga ia kurang berguna bagi
kehidupan seharian kita untuk menempa kesejahteraan.
Keperibadian yang lemah tidak akan dapat menempa kemajuan,
menggalang kekuatan dan potensi umat, bahkan menjadikannya
‘pembunuh’ kepada semangat juang dan semangat maju diri.
Peribadi buruk seperti angkuh, serakah, malas dan materialistik
312
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
akan membenamkan potensi diri dan membuat kemampuan dan
kekuatan yang tersedia menjadi tidak nampak dan terbiar.
Persoalan hidup berdikari merupakan intipati kepada syarat
sesuatu bangsa untuk membangun dan mempertahankan survival.
Pada akhir-akhir ini telah banyak idea diutarakan serta pelbagai
pandangan dilontar mengenai ketinggalan dan kemunduran yang
masih dialami oleh bangsa Melayu walaupun segala usaha telah
dilakukan sejak kemerdekaan watan dicapai.
Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan
dan subsidi untuk melonjak orang Melayu agar mampu duduk
sama tinggi dan berdiri sama taraf dengan bangsa yang lain.
Namun setelah tamat DEB pada tahun 1990, ternyata ketinggalan
dan kemunduran orang Melayu masih terasa dan tidak dapat
diselindungi fakta kewujudannya.
Mungkin ada yang mendakwa terdapat banyak kemajuan
yang telah dicapai hasil dari program yang mengutamakan orang
Melayu melalui DEB. Namun yang jelas bangsa Melayu terus
dilanda penyakit bergantung yang tidak dapat diatasi sehingga kini.
Bermakna tanpa bantuan, orang Melayu tidak mungkin mencapai
apa-apa kemajuan malah mungkin tidak mampu untuk
mempertahankan survival bangsa itu sendiri.
Kita harus bertanya kenapa bangsa Melayu masih dijangkiti
dengan budaya kebergantungan ini. Begitu juga dalam nafas yang
sama kita juga harus menganalisa kenapa bangsa lain yang terus
ke hadapan dalam pencapaian pelbagai bidang walaupun tanpa
bantuan dari pihak pemerintah.
313
Inilah Perjuanganku
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah pendekatan
yang digunakan oleh kerajaan telah gagal mengatasi budaya
kebergantungan malah sebaliknya telah menjadikan hidup
bergantung orang Melayu semakin kukuh.
Segala kemajuan yang didakwa dicapai oleh orang Melayu
tidak dapat dipisahkan dari unsur bantuan kerajaan. Daripada
aspek pendidikan sehinggalah kepada penyediaan bantuan untuk
sektor pertanian. Daripada bantuan projek-projek untuk memberi
keutamaan kepada orang Melayu sehinggalah kepada persoalan
bantuan mendapatkan skim buku pinjaman di sekolah. Pokoknya
apa yang dapat dikaitkan dengan kemajuan orang Melayu berpunca
asal daripada bantuan yang banyak oleh pihak kerajaan.
Pemimpin-pemimpin kerap juga kedengaran melontarkan
pandangan mengenai perlunya orang Melayu berubah daripada
mentaliti subsidi dan kebergantungan kepada hidup berdikari.
Pemimpin-pemimpin beberapa kali pernah mengeluh dan
mengungkap bahawa orang Melayu perlu membuang sikap terlalu
bergantung kepada kerajaan.
Akan tetapi sebenarnya kerajaan agak keberatan untuk
menukar pendekatan memberi bantuan ini kerana ternyata pihak
kerajaan menimbangkan implikasi politik yang sukar dikawal
apabila orang Melayu sudah berdikari sepenuhnya dari pemerintah.
Kemandirian orang Melayu bermakna ketidakbergantungan orang
Melayu kepada pemerintah dan dengan yang demikian orang
Melayu tidak akan terikat dengan pemerintah dalam membuat
pilihan dan menentukan sikap politik mererka.
Politik pembangunan tidak akan lagi mengikat orang
Melayu. Orang Melayu akan lebih bebas dan lebih kritikal
314
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
terhadap kerajaan dan fenomena ini dianggap suatu ancaman
kepada pemerintah. Orang Melayu nantinya sukar diikat dengan
syarat bantuan kerajaan jika orang Melayu mula bebas dari
bergantung dengan bantuan kerajaan.
Realitinya ialah budaya bergantung ini merupakan suatu
aturcara hidup yang sengaja diprogramkan dalam kehidupan
orang Melayu. Ia diperkukuhkan dalam didikan secara tidak
langsung dengan menanamkan pada jiwa orang Melayu rasa
kurang yakin terhadap usaha sendiri. Kesannya ialah mereka akan
terus bersandar kepada bantuan kerajaan dalam apa sahaja aspek
kehidupan. Ditambah lagi rasa kerdil untuk mempersoalkan
apa yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa menjadikan orang
Melayu terus bergantung kepada kerajaan.
Sebenarnya sikap mental hidup bergantung yang dibudayakan
dalam jiwa orang Melayu dan seterusnya tertanam kuat dalam
budaya hidup seharian telah mematikan inisiatif dan kreativiti
orang Melayu untuk memajukan diri. Dengan yang demikian sikap
cukup sekadar apa yang ada (complacent) menebal dalam diri orang
Melayu.
Lebih parah dari itu lagi orang Melayu tidak pula mahu
menghargai peluang yang disediakan dan tidak mahu mengambil
kesempatan untuk memperbaiki nasib diri dengan peluang yang
disediakan.
Sebetulnya gerakerja yang penting perlu dilancarkan oleh
para pendukung perjuangan Melayu ialah untuk memerangi
sikap dan budaya hidup bergantung. Orang Melayu perlu
dimerdekakan dari fenomena kebergantungan ini. Hanya dengan
membebaskan orang Melayu daripada kebergantungan ini mereka
315
Inilah Perjuanganku
mampu menentukan nasib hidup dengan lebih kukuh. Selagi ini
tidak boleh dijayakan segala bantuan kepada orang Melayu akan
hanya menyebabkan orang Melayu terus bersandar hidup kepada
kerajaan.
Implikasinya amat berat lantaran bukan sahaja mereka
akan bergantung kepada bantuan malah mereka sebenarnya
menyerahkan maruah diri untuk diperlakukan oleh pihak lain
semahunya. Bangsa yang hanya tahu menadah simpati akan mudah
dieksploitasi oleh pihak yang menunggu kesempatan untuk
memperbudak dan memperkudakan mereka yang hanya tahu
menagih bantuan.
Kita melihat isu ini sebagai isu yang utama dan
ingin menjadikan ia sebagai agenda perubahan yang sentral di
kalangan orang Melayu. Kekuatan dan keupayaan orang Melayu
untuk berdikari merupakan benteng yang utuh untuk
mengeluarkan bangsa Melayu daripada kekerdilan diri dan
kemunduran. Keyakinan diri juga akan dapat berkembang
dengan mengamalkan sikap hidup berdikari. Kami berpegang
bahawa kemerdekaan sebenar sesebuah bangsa akan hanya dapat
dicapai jika orang Melayu dapat merdeka dari hidup bersandar
dan bergantung kepada orang lain.
Kegagalan agensi kerajaan dalam membangunkan orang
Melayu adalah kerana pendekatan yang mengikat orang Melayu
kepada bantuan masih terus dilakukan sehingga sekarang.
Sebenarnya pendekatan ini telah diusahakan sejak dari zaman
penjajah lagi. Secara sengaja orang Melayu diikat dengan bantuan
bagi memastikan kepatuhan dan kesetiaan kepada pihak
pemerintah. Agenda penjajah ialah untuk menentukan orang
316
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Melayu tidak mempunyai daya menentang penjajah. Ini dijayakan
dengan memastikan mereka sangat bergantung kepada bantuan
yang dijadikan sebagai syarat jika mereka mahu menikmati
kemajuan.
“Rasuah pembangunan” diamalkan agar seluruh
rakyat pribumi tanah Melayu ini tidak tahu berdikari dan sistem
pendidikan juga digubal agar orang Melayu tidak diajar untuk
hidup berdikari. Malangnya selepas merdeka pendekatan yang
sama telah diteruskan. Pihak pemerintah yang sehingga ini
mengekalkan kuasa ingin memastikan orang Melayu akan terus
tunduk dan patuh kepada pihak pemerintah yang berkuasa.
Lantaran itu, hanya ada satu jalan sahaja untuk
memerdekakan orang Melayu daripada sindrom bergantung iaitu
membangunkan sikap berdikari yang dipupuk dengan sifat yakin
dengan usaha sendiri dan mempunyai dorongan yang tinggi
untuk berusaha sendiri.
Untuk itu, suatu usaha revolusi sikap perlu dilancarkan di
kalangan orang Melayu. Revolusi sikap yang mengikis dan
memerangi segala sikap negatif yang membantutkan orang Melayu
untuk hidup berdikari perlu dilancarkan. Perubahan sikap daripada
malas kepada tekun, daripada hidup bersahaja kepada hidup serius
dan komited, daripada sekadar cukup dengan apa yang ada kepada
berusaha keras memperbaiki taraf pendapatan hidup, daripada
membuang masa kepada menguruskan masa dengan rapi dan
cukup cermat, daripada sikap cuai dan tidak bersungguh kepada
hidup cukup berdisiplin.
Oleh kerana itu umat Melayu memerlukan suatu nuansa
yang baru dalam pendekatan keislaman dan sistem pendidikan
317
Inilah Perjuanganku
yang inovatif agar dapat mengubah sikap hidup bergantung yang
lemah dan buruk itu kepada kehidupan yang cergas, dinamik,
energik, waspada dan bervisi ke hadapan. Perlu dididik pada diri
orang-orang Melayu bekal kekuatan ruhiyyah yang lebih dini untuk
boleh “survive”, “fight”, bahkan muncul sebagai generasi
“winner” (pemenang) dalam menghadapi tentangan dan godaan
zaman di era global yang kian berat dan gawat sekarang ini.
Apakah kekuatan yang benar-benar perlu dipupuk di
kalangan orang Melayu untuk membangun sikap dan budaya
hidup berdikari. Kami menyarankan formula yang amat sederhana
tetapi yakin bahawa jika ia diaplikasi boleh mengeluarkan bangsa
dari jerut kebergantungan. Kami mengutamakan faktor disiplin
hidup sebagai permulaan kepada segala usaha mandiri. Tanpa
disiplin tidak mungkin seseorang itu boleh hidup mandiri. Setiap
kerja betapa kecil sekalipun hendaklah didokongi dengan sikap
disiplin yang maksimal ketika mengerjakannya.
Semua kerja, semua tindakan, semua tingkah laku dan semua
daya usaha dilaksanakan dengan tahap kawal diri, rapi, teratur
dan trampil, dan bahawa bangsa Melayu perlu menonjolkan
tingkat disiplin yang cukup tinggi dan bahawa bangsa Melayu perlu
berubah daripada perangai sambil lewa kepada sikap tangkas,
teliti dan tekun dalam semua tingkah laku.
Tahap kepekaan bangsa Melayu perlu ditingkatkan.
Mengambil tahu dan mengambil berat terhadap semua perkara
seharusnya menjadi sikap bangsa Melayu. Orang-orang Melayu
perlu sensitif kepada apa saja yang berlaku dalam masyarakat di
sekitarnya, dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Bangsa
Melayu hendaklah cukup sensitif apabila berlaku kepincangan,
318
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
kezaliman, penindasan dan penyelewengan kepada sesiapa sahaja
dan di mana sahaja.
Bangsa Melayu hendaklah mengikis dirinya dari sindrom tidak
yakin dan kurang yakin dengan kebolehan sendiri. Sikap takut
untuk mencuba, tidak berani untuk bercakap, malu mengutarakan
idea perlu dibuang segera. Yakin melaksanakan sesuatu, berani
menghadapi risiko adalah ciri Melayu yang perlu disemarakkan.
Orang Melayu tidak perlu takut menyatakan pendirian, tidak
perlu kerdil menegur dan membahaskan sesuatu isu yang berlaku,
tidak harus rasa terhalang untuk mengkritik atau menyokong
sesuatu perkara. Bangsa Melayu tidak seharusnya berasa janggal
atau takut berhadapan dengan mana-mana pihak sekalipun.
Bangsa Melayu hanya akan disegani dan dihormati jika
kesungguhannya dalam apa sahaja yang dilakukan terserlah.
Bersungguh-sungguh bila melaksanakan tugas, komited untuk
menyempurnakan sesuatu tanggungjawab dan memberi perhatian
yang serius dalam semua aspek kerja.
Bangsa Melayu hendaklah mempunyai tumpuan yang
bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita. Orang-orang
Melayu tidak sepatutnya beralih tumpuan daripada matlamat oleh
sebarang gangguan. Umat Melayu harus mempunyai tumpuan yang
bersungguh untuk menangani sebarang cita-cita.
Keazaman Bangsa Melayu semestinya cukup kuat. Orang-
orang Melayu perlu tonjolkan kekuatan azam untuk mencapai
matlamat dalam apa kerja sekalipun. Alasan untuk berbuat
sepatutnya lebih banyak dari alasan untuk tidak berbuat.
319
Inilah Perjuanganku
Budaya mengharap bantuan, menunggu subsidi, menagih
simpati, mendesak peruntukkan hendaklah dikikis dari mentaliti
orang-orang Melayu. Bangsa Melayu perlu menekan hidup
berdikari hidup dari usaha sendiri dan hidup membangunkan
kemampuan diri sendiri. Orang Melayu semestinya mengambil
berat pengajaran Allah dari ayat 11 Surah Ar-Ra’d bahawa
“Merubah diri sendiri adalah prasyarat kepada
ketentuanAllah untuk membantu merubah nasib
sesuatu kaum”.
Hanya bangsa yang menjunjung nilai amanah sahaja layak
dihormati dan disegani. Bangsa Melayu mesti memastikan agar
sikap tidak bertolak-ansur dengan perilaku pecah amanah menjadi
ciri yang terserlah. Bangsa Melayu perlu dan mengamalkan sifat
amanah sebagai suatu ciri unggul yang mendarah daging dalam
setiap insan Melayu.
Perlu ditegaskan bahawa orang Melayu pantang pecah
amanah, tidak berkompromi dengan sikap memungkiri janji,
mengambil berat terhadap mengotakan apa yang dikatakan dan
berpegang teguh kepada janji, bahawa orang Melayu tidak akan
mempermain-mainkan kata-kata ‘InsyaAllah’, mempersenda-senda
‘jam Melayu’, memperolok-olok ‘janji Melayu’.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang berpegang teguh kepada
semua janji, sekecil-kecil amanah membayar hutang kepada
sebesar-besar tanggungjawab mengendalikan amanah rakyat.
Kita orang-orang Melayu perlu bertegas. Tidak seharusnya
bertolak-ansur lagi dengan kebejatan dan penyelewengan. Orang-
orang Melayu perlu berani membanteras segala bentuk
kemungkaran. Perintah “nahyu anil mungkar” (mencegah
kemungkaran) hendaklah hidup dalam budaya masyarakat
320
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Melayu – tidak berkompromi dengan pelanggaran hukum- hukum
syara’, memastikan segala unsur yang membawa kepada mungkar
dikekang, dan segala bentuk kemaksiatan dan kejelekan sosial
diperangi – semuanya sepatutnya menjadi ciri yang jelas pada
jiwa Melayu.
Insan Melayu perlu dididik dengan budaya dan tabiat hidup
sederhana, baik cara berbelanja, ketika dalam majlis, berpakaian,
memiliki rumah dan kenderaan, makan minum, peralatan rumah
dan pejabat, penganjuran sebarang majlis, hiasan diri dan rumah.
Setiap orang Melayu perlu cermat dan berhemat dalam setiap hal.
Jangan ada pembaziran, tabiat menunjuk-nunjuk, berlumba- lumba
dalam menggaya hidup mewah.
Orang-orang Melayu hendaklah memastikan bahawa
pembaziran dalam apa bentuk sekalipun hendaklah dikikis dari
budaya hidup Melayu. Kesederhanaan yang perlu dicontohi
dalam kehidupan orang Melayu adalah junjungan Rasulullah
S.A.W. dalam semua hal. Orang-orang Melayu yang tenggelam
dalam hidup membazir, bermewah-mewah, bergaya sebagai
golongan elit hendaklah dikikis.
Insan hanya akan berupaya bersaing jika dirinya dibangunkan
dengan daya usaha sendiri. Perlu ada dorongan yang tinggi
untuk orang-orang Melayu mencari peluang mempelajari ilmu,
meningkatkan daya berfikir, kemahiran dalam pelbagai bidang,
berusaha meningkat kebolehan diri, memajukan kerjaya diri
dalam bidang-bidang yang diminati.
Orang-orang Melayu tidak seharusnya bersikap jumud
(beku). Usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan peluang
321
Inilah Perjuanganku
meningkatkan diri dalam perusahaan, dalam kemahiran dan
ketrampilan tangan hendaklah dilancarkan dengan serius.
Secara menyeluruh, setiap dari insan Melayu hendaklah
cuba menguasai pelbagai bidang yang bermanfaat bagi menyaingi
kemajuan orang lain. Dorongan dan semangat untuk cemerlang
dalam bidang-bidang yang penting di kalangan orang Melayu
hendaklah diusahakan dengan bersungguh-sungguh, jika kita
mahu melihat umat berdiri teguh sebagai bangsa yang terpercaya.
Kita amat prihatin dengan kegawatan politik yang nampaknya
tidak kunjung selesai dihadapi oleh umat Melayu. Sementara kami
akur bahawa isu perpaduan amat penting namun kami terpaksa
menolak percubaan mana-mana pihak untuk menangani isu ini
berlandaskan sentimen dan fahaman perkauman yang sempit.
Benar perpaduan Melayu penting tetapi perpaduan yang tidak
diasaskan dalam rangka menegakkan syariat bukan sahaja rapuh
malah juga tersasar.
Kita kesal kepura-puraan yang ternyata semakin menyerlah
dalam keghairahan untuk menyatukan orang Melayu di kalangan
politikus semakin mempamerkan bahawa percaturan politik tidak
sihat sedang mewarnai politik negara. Perundingan adalah jalan
yang wajar, namun jika perundingan menjadi medan persilatan
hujah bukan untuk menegakkan syariat, kami sangsi ia tidak akan
menghasilkan natijah yang diharapkan. Kami menyeru agar semua
pihak tenang menghadapi kegawatan ini. Kebijaksanaan pada tahap
tertinggi amat diperlukan. Sementara tanggungjawab memastikan
perpaduan diwajibkan namun penafian hak dan kezaliman juga
wajib dibanteras.
322
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Kita turut prihatin terhadap cabaran yang sedang diasak
ke atas Islam di negara ini. Nampaknya tekanan untuk tidak
membenarkan hukum syariat didaulatkan di negara ini semakin
ketara disuarakan oleh golongan yang amat cemburu malah
memusuhi Islam secara tersirat.
Sudah terdapat tulisan dan suara lantang yang jelas
mempersoalkan hak umat Islam melaksanakan syariat hatta ke atas
orang Islam sendiri. Penghinaan dan mempersoalkan suara dan
pendapat ulama bukan dibuat dengan niat jujur namun dilakukan
semata-mata untuk mempersendakan dan meminggirkan ulama
yang ikhlas menegur kemungkaran.
Hak umat Islam melaksanakan hukum Islam yang
membabitkan masyarakat Islam tidak seharusnya ditimbulkan.
Dalam hal ini keputusan Majlis Raja-Raja Melayu membenarkan
penggunaan nama Islam pada pertubuhan amat dialu-alukan.
Sementara itu, kita turut prihatin wujudnya usaha pihak tertentu
menyalah tafsirkan erti Islam yang sebenar, juga mengambil
perhatian bahawa usaha pihak tertentu untuk mempersoalkan
perlaksanaan syariat hendaklah didedahkan dan dihadapi dengan
berkesan.
Kita juga memantau perkembangan yang kini hangat
diperkatakan mengenai hubungan antara kaum. Tuntutan-
tuntutan yang disemangati oeh sentimen perkauman tidak dapat
diterima malah perlu ditolak. Kita menghormati hak yang benar
dan juga menghormati prinsip demokrasi yang telah kita pilih
di negara ini. Akan tetapi tuntutan yang tidak menghormati
sensitiviti antara kaum dan agama berlandaskan Perlembagaan
Negara yang telah disepakati tidak dapat diterima.
323
Inilah Perjuanganku
Pergaduhan antara kaum perlu dicegah. Namun dalam
masa yang sama, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah,
merompak hak dan khazanah rakyat, juga perlu turut dibanteras.
Kita amat prihatin terhadap kesenjangan atau jurang kaya miskin
yang semakin ketara di negara ini. Lantaran itu adalah wajar
dasar pengagihan kekayaan yang adil benar-benar diterjemahkan
dengan bersungguh-sungguh.
Sementara itu, nampaknya pengurusan ekonomi negara
masih tidak menunjukkan bahawa kerajaan telah mengambil
iktibar dari krisis ekonomi yang berlaku pada 1997. Projek-
projek mega kini kembali diketengahkan seolah-olah negara ini
akan terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara
berkekalan. Kita kesal terhadap tindakan para pemimpin yang
sekali lagi menunjukkan keghairahan untuk melaksanakan projek-
projek mega yang terus memunggah khazanah alam sekitar serta
menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan segelintir ahli
koporat.
Apapun alasan yang diberi untuk melaksanakan projek-
projek mega yang menghabiskan berbilion-bilion ringgit seperti
Projek Penambakan Laut Dan Persisiran Pantai Kedah, Projek
Bakun, Projek Lebuhraya, namun model pembangunan yang
sama seperti dulu akan menyengsarakan rakyat bawahan. Jika
trend ini berterusan maka fenomena pengambilan tanah rakyat
akan kembali berleluasa dan rakyat bawahan akan menghadapi
nasib yang tidak menentu.
Kami menyeru agar semua pendokong dan aktivis Melayu
cuba berusaha untuk memperkukuhkan semangat juang dan
melaksanakan gerakkerja yang aktif serta berkesan untuk merubah
324
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
dan mengembalikan maruah umat Melayu. Sudah sampai masanya
untuk umat Melayu melonjakkan keberkesanannya dalam
membina kembali maruah serta integriti umat Melayu. Yang pasti
wawasan dan gagasan Melayu perlu di ketengahkan dengan
berkesan sehingga ia dapat menjadi dominan dalam minda dan
budaya masyarakat Melayu.
Kita mengenengahkan idea masyarakat Melayu mandiri
sebagai jalan pembinaan keperibadian yang kukuh di kalangan
orang-orang Melayu. Dengan semangat Hijrah kita harus
mengerakkan tenaga dan mengembleng seluruh sumber bagi
melakukan perubahan nyata.
“Ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan
wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-
mu).” (Q.S al-a’raf: 126)
325
Dan ketahuilah, sesungguhnya
kemenanganitu beriringan
dengan kesabaran. Jalan
keluar beriringan dengan
kesukaran. Dan sesudah
kesulitan pasti akan datang
kemudahan.” (Hr. Tirmidzi)
Akhir dari cinta bukanlah
akhir dari kehidupan, itu akan
menjadi awal dari
pemahaman bahawa cinta
pergi kerana suatu alasan,
tetapi juga pergi dengan
pelajaran.
KENALI PENULIS
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Beliau dilahirkan pada 3 September 1958. Berpengalaman dalam pelbagai
aktiviti sosial. Kini memegang jawatan penting dalam persatuan, agensi
kerajaan dan swasta di podium tempatan dan antarabangsa.
PENGALAMAN KERJA
• Melawat Pensyarah untuk Guru yang Sedar, Turki - 2010
• Pensyarah Tambahan Universiti Sains Malaysia - 2012
• Adjunct University PETRONAS Malaysia - 2014 hingga sekarang
• Advisor dan Perunding untuk Latihan Komuniti Pelajar, Universiti Selangor,
2015
PENDIDIKAN
• Ijazah Pertama Dalam Sains Pertanian 1980 Universiti Pertanian Malaysia
• Sarjana Dalam Pengurusan Latihan 1990
ANUGERAH
• Tokoh Pengguna P.Pinang 1997
• Tokoh Maulidur Rasul P.Pinang 1997
• Tokoh Pengguna Kebangsaan 2004
• Tokoh Kebangsaan Maulidur Rasul 2019
• Tokoh Anugerah Hak Asasi Manusia Islam Antarabangsa, Tehran, Iran 2018
KERJAYA DAN AKTIVITI
• Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara 2018 hingga sekarang.
• Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia 2006 sehingga
sekarang
• Presiden Teras Pengupayaan Melayu
• Pengerusi Gerakan Kepenggunaan Masjid 2019 hingga sekarang
• Pengerusi Gerakan Transformasi Qaryah MAPIM 2015 - hingga sekarang
• Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia
- 1980-1982
• Pengetua Sekolah Menengah Maktab Salman Negeri Kedah - 1982-1987
• Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Ummah Negeri Kedah - 1987-
1989
• Pengarah Penyertaan dan Pembangunan Komuniti, Pemuda Muslim Malaysia
- 1989 -1991
• Pengarah Pembangunan dan Pemberdayaan Belia -1987 - 2000
• Ketua Jabatan Pendidikan dan Ahli Majlis, Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Malaysia - 1991- 2015 Konsultan Ketua Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) - 2015 hingga 2018
• Jawatankuasa Eksekutif Friends of the Earth International - 1989-2004
• Jawatankuasa Eksekutif Watch Sosial Asia, Malaysia - 1988- 2006
• Pengerusi Pemerkasaan Melayu TERAS - 1987 hingga sekarang
• Ahli Majlis Ahli Persatuan Sahabat Alam Malaysia - 1990 hingga sekarang
• Pengerusi ASEAN Network for Justice and Peace - 2004 hingga sekarang
• Kordinator Asean’s People for Palestin
• Kordinator Asean People Action for Kashmir
• Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Asia - 2006 hingga sekarang
• Setiausaha Ittihad Ulama Lil Muslimin Alami, Malaysia - 2013 hingga
sekarang
• Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia - 2015
• Setiausha Aliansi Masjid Sedunia Pertahankan Al Aqsa
• Presiden Sekretariat Insof Dunia
• Pengerusi MyInspire Pengupayaan Sukarelawan
• Konsultan D8 - MAPIM
PENGLIBATAN PROJEK KEMANUSIAAN
• Penasihat untuk Pembangunan Semula Gaza - 2008 hingga sekarang
• Penasihat Rescue Syria Humanitarian Project - 2011 hingga sekarang
• Advisor Projek Kemanusiaan Rohingya - 2012 hingga sekarang
• Advisor International Relief for Humanity - 2015 hingga sekarang
• Deputy Chief Demission - Food Flotilla for Myanmar Project - 2017
• Pengerusi Waqaf Al Aqsa Malaysia
Rumahnya Di Desa,
Pentasnya Seantero Dunia
Oleh: Farush Khan
(Wartawan Sinar)
Pertama kali mengikut Cikgu Azmi balik kampung baru-baru ini,
saya tertarik dengan apa yang saya lihat.
Tidaklah sampai seperti rusa masuk kampung, kerana
sendiri orang kampung, membesar di kampung dan bersekolah tidak
jauh dari kampung. Saya apabila mengunjungi kediaman Cikgu Azmi, ia
sesuatu yang “di luar kebiasaan”.
Rumah batu empat biliknya itu terperosok di kampung, 30
kilometer dari pusat bandar. Kecuali anda sudah beberapa kali pergi ke
rumahnya itu, kemungkinan anda sesat ketika mengesannya adalah
tinggi. Rumah Cikgu Azmi terletak di sudut bendang, tepi sungai,
berlatar belakangkan banjaran Gunong Jerai, dalam mukim Merbuk, Sungai
Petani, Kedah. Saya tidak keterlaluan dalam membuat kesimpulan dalam
menilai selera Cikgu Azmi dalam memilih selera kehidupannya.
Bukan sedikit orang yang kaya, kenamaan dan terkenal memiliki
rumah di kampung. Tetapi di masa yang sama, ramai memiliki kediaman
di bandar juga dan kekal tinggal di bandar. Namun, bagi Cikgu Azmi,
rumah Kampung Pondok itulah satu-satunya rumahnya. Tiada lagi rumah
lain, sama ada di kampung lain, tiada di bandar.
Beliau membeli rumah beserta tanah seluas lebih 1 ekar itu pada
1992 dengan harga RM25,000. Lima tahun sebelum itu, beliau sewa di
Sungai Petani, 30 km dari situ. Rumah kampung itu usang, lama ditinggalkan
pemiliknya. Keadaan dan kedudukannya itu jelas tidak membuka selera
ramai yang melihatnya.
“Ramai datang melihat, semua tak nak,” cerita Cikgu Azmi.
Payah mempercayai di zaman ramai manusia bersikap materialistik dan
berlomba-lomba mengaut harta, Cikgu Azmi, aktivis yang terkenal
dalam kalangan pemimpin negara di seluruh dunia, yang baru dua hari
lalu dinobat sebagai Tokoh Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan 2019,
tinggal di rumah seperti itu.
Tetapi, persepsi Cikgu Azmi ketara berbeza daripada orang lain.
Inilah Perjuanganku
“Sebaik sahaja dibawa melihat rumah itu, saya kata pada diri saya,
beginilah kawasan yang saya cari-cari,” katanya.
Tanpa bertangguh lagi, beliau berbincang dengan isterinya,
Hajah Masadah Sajadi, juga seorang guru pesara yang kini menjadi
Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, cawangan
Kedah, iaitu sayap wanita di bawah MAPIM, dan terus membayar
RM50 cengkeram “tanda jadi”.
Tidak lama kemudian, rumah usang dengan tanah dikelilingi semak-
samun itu menjadi milik beliau. “Aman dan tenteram melihat bendang,
sungai dan bukit-bukau di sekeliling, sambil mendengar, bunyi
chengkerik,” katanya tersenyum puas.
Rumah asal itu kini didiami anak lelakinya, seorang hafiz, yang
kerap menggunakannya untuk mengadakan kelas pengajian agama. Cikgu
Azmi membina sebuah rumah sederhana besarnya di belakang rumah itu
untuk beliau tinggal bersama isteri dan anak-anak yang lain. Untuk
orang seperti Cikgu Azmi, tinggal di rumah sederhana dan kawasan
terpencil seperti itu menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang
kurang mengenali hati budinya.
Bagi mereka, Cikgu Azmi, 62, yang nama penuhnya Mohamed
Azmi Abdul Hamid, bukan calang-calang orang. Beliau seorang
aktivis terkenal yang giat bergerak memperjuangkan nasib masyarakat
yang tertindas di dalam dan luar negara. Sudah hampir 60 negara yang
sudah dilawatinya sejak menubuhkan MAPIM pada tahun 2006,
meninjau keadaan hidup rakyat yang tertindas, dianiayai dan diseksa serta
dinafikan hak mereka oleh pihak-pihak yang tidak berperikemanusiaan.
Sesetengah daripada negara, seperti Pakistan, Bangladesh,
Myanmar dan Palestin, beliau berulang beberapa kali dalam proses
berbincang dengan pemimpin-pemimpin mereka dan menghantar bantuan.
Beliau bergerak dalam kalangan pemimpin yang turut dikenali
ramai. Beliau pernah aktif bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
pemimpin-pemimpin lain dalam Angkatan Belia Islam (Abim).
330
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Sebagai seorang sukarelawan, Cikgu Azmi juga giat dalam
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang Allahyarham SM Idris
menjadi presidennya, Sahabat Alam Malaysia; kemudian menjadi Presiden
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
Sejak 16 tahun lalu, beliau lebih dikenali sebagai Presiden Majlis
Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) yang ditubuhkan atas
inisiatifnya sendiri. Bagi mereka yang tidak benar-benar mengenali
konsep hidupnya, pemilihannya untuk tinggal di tempat seperti itu dan
menjalani hidup yang sangat sederhana itu susah difahami. Bagi mereka,
gelanggang kegiatannya adalah seantero dunia.
Beliau kerap naik turun pentas antarabangsa – PBB, OIC,
Unesco – dan diundang oleh tokoh-tokoh tersohor negara untuk
membentangkan idea sama ada melalui kertas kerja atau pun dIberi
penghormatan bercakap dari atas pentas.
Apa yang istimewa pada diri beliau adalah ke mana
sahaja beliau pergi, setinggi mana pentas yang dinaikinya,
dalam negara atau di peringkat antarabangsa, trademarknya
sama sahaja; berbaju Melayu, bersongkok, dan berkain
pelikat.
Tanyalah beliau kenapa beliau mempertahankan “jenama” yang
pelik tetapi menarik itu, jawabnya selamba sahaja: “Saya selesa
begitu”.
Atas sumbangan dan kegigihannya itulah beliau dianugerahkan gelaran
Tokoh Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum
Sultan Ahmad Shah dalam majlis gilang-gemilang di Arena Axiata, dekat
Stadium Bukit Jalil, pada 9 November.
Kesibukannya dalam kerja amal dan kemanusiaan yang tidak
mengenal penat itu membuatkan beliau sempat balik ke rumah itu bagi
bersama keluarganya untuk dua tiga hari sahaja dalam sebulan.
“Bila balik, tengok bendang, sungai, gunung, dengar bunyi
cengkerik, rasa macam tak mahu keluar ke mana-mana lagi,” katanya.
Beliau mempunyai alasan sendiri kenapa tinggal di kampung lebih baik
daripada di bandar. Kehidupan di kampung katanya, mewujudkan semangat
kejiranan dan tolong-menolong.
331
Inilah Perjuanganku
“Di bandar jiran sendiri pun tak kenal jiran,” katanya.
Daripada perhatiannya, di Singapura, penduduk rumah pangsa,
umpamanya, diselang-seli berdasarkan kaum – Melayu, Cina dan
India – untuk menyemai semangat kejiranan. Dengan usaha begitu pun,
matlamat kerajaannya untuk merapatkan perhubungan di antara jiran
berbilang bangsa masih tidak membuahkan hasil tidak tercapai.
“Mereka masuk rumah masing-masing dan tutup pintu. Jiran
pun mereka tak kenal,” tegasnya.
Jadi, apakah penyelesaiannya untuk merapatkan perhubungan
masyarakat di Malaysia?
“Majukan kawasan luar bandar, wujudkan kemudahan
sebanyak dan sebaik mungkin dan galakkan rakyat balik
tinggal di kampung-kampung. Hanya cara itu boleh majukan
luar bandar dan bawa balik anak-anak muda kembali ke
kampung,” katanya memberi pandangan.
Di kampung, katanya, kebersihan sumber makanan seperti
daging, ikan dan sayur-sayuran terjamin, tiada bahan kimia. Ramai kawan
dan kenalannya, termasuk penyajak, penyair dan pemimpin masyarakat,
yang mengunjunginya di Kampung Pondok itu, turut jatuh hati dengan
keindahan alam semula jadi dan ketenteraman di sekitar rumahnya.
Tetapi mereka, nyaman atau tidak, masih pilih untuk tinggal di bandar
yang sesak dan hiruk-pikuk itu.
Mereka yang mengenali Cikgu Azmi, sama ada dari dalam atau luar
MAPIM, senada bahawa beliau “tidak layak” menjadi presiden sebuah
badan bukan kerajaan.
“Dengan personaliti, pengalaman, ilmu, kesungguhan dan ciri-
ciri yang ada padanya, cikgu Azmi patut dilantik menjadi menteri,” kata
mereka.
Sejak enam bulan lalu, beliau adalah Pengerusi Penasihat Majlis
Pengguna Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna. Apakah beliau sedia menjadi menteri sekiranya
ditawarkan, hanya beliau sendiri yang boleh menjawabnya.
Tetapi yang jelas, Cikgu Azmi pasti akan mempertahankan
kesungguhannya untuk mengekalkan rumah sederhananya di Kampung
Pondok itu.
332