The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinafarush76, 2021-07-02 07:03:36

Inilah Perjuanganku - Cikgu Azmi

BAB 16

Islam Dan Urus
Tadbir Malays ia

INILAH PERJUANGANKU

Pada 31 hb Julai 2018, aku menghantar memorandum
kepada Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. Banyak yang
aku fikirkan mengenai ehwal Islam di negara ini. “Soalnya
sejauhmana prestasi pengurusan dan pentadbiran institusi Islam
dinegara ini? “tanya aku kepada Tun Dr Mahathir, Perdana
Menteri ketika itu. “Kita tidak ada pilihan melainkan kembali
kepada Al Quran sepenuhnya “Tun M berucap panjang dalam
pertemua yang aku serta.

“Kalau begitu, bagaimana Quran perlu diterjemahkan dalam
realiti dan dalam urustadbir Malaysia melalui polisi yang digubal?”
Aku bertanya. “Kita tidak harus membiarkan faham sekularisme
menguasai negara ini, kerana ada pihak yang berfahaman Islam
hanya urusan peribadi dengan Tuhan semata-mata.”

Cabaran kita amat besar dan kita perlu mengembleng
semua cendikiawan serta organisasi Islam bergabung tenaga
untuk mengangkat martabat Islam di negara ini. Aku menulis
pandanganku kepada Perdana Menteri yang menyentuh perkara
pokok yang perlu dipertimbangkan:

Pengurusan Ehwal Islam Di Malaysia:

1. Mengenai JAKIM:
i. Kami mengalu-alukan pengumuman Tun Dr Mahathir
untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menilai

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

peranan Jakim. Ahli jawatankuasa tersebut seharusnya
terdiri dikalangan ilmuan yang mempunyai komitmen yang
tinggi untuk memajukan dan meningkatkan kesedaran
Islam, bukan yang hanya bersikap apologetik terhadap
Barat.

ii. Jawatankuasa tersebut perlu diwakili juga dari kalangan
masyarakat sivil yang telah bekerja selama ini untuk Islam
dan memilikki kefahaman yang jelas tehadap hal ehwal
dan realiti lokal, nasional dan antarabangsa.

iii. (Penilaian itu perlu meneliti struktur organisasi Jakim,
fungsi setiap bahagian dalam Jakim, releven atau tidak,
kualiti kerja dan keberkesanan program-program yang
dilaksanakan, kualiti, serta ketrampilan serta tahap
dedikasi petugas-petugasnya, pengurusan kewangan,
mengenal pasti kelemahan, salahguna, pembaziran dan
rasuah.

iv. Peranan Jakim seharusnya:

• Mengukuh dan mempromosi kesatuan dikalangan
Muslimin tidak kira perbezaan mazhab. Mengelak
perbezaan sektarian, konflik dan perpecahan umat
seharusnya peranan terpenting Jakim. Pengaruh dari
ulama Saudi telah mencetuskan pemikiran ideologi
takfiri. Risalah Amman perlu diketengahkan semula.

• Bina jaringan dengan agaensi-agensi Islam yang lain
serta organisasi masyarakat sivil untuk bekerjasama dan
mendepani cabaran kuasa imperialisme, zionisme dan
modeniti Barat.

199

Inilah Perjuanganku

• Menganjurkan persidangan antarabangsa untuk
membangunkan pelan strategi untuk menghadapi cabaran
yang didepani kaum Muslimin.

• Bangunkan strategi untuk menangani kerosakan budaya
dan intelektual dikalangan umat Islam yang datang dari
pengaruh Barat.

• Menilai semula pendidikan Islam di sekolah- sekolah
untuk meneliti semada ia melahirkan pelajar yang
beriltizam dengan Islam dan mengamalkan nilai etika,
akhlaq serta perilaku Islam sebagaimana sepatutnya.

• Mengujudkan program untuk memperkasa Qaryah
and menjadikan setiap masjid sebagai pusat aktiviti
perberdayaan masyarakat.

• Mengkaji masalah-masalah sosial dan mencari langkah
untuk mengatasi kerosakan sosial yang berleluasa.

• Membina unit yang memberi respon pantas kepada
serangan terhadap Muslim dan Islam.

v. Penilaian semula peranan dan fungsi Jakim sewajarnya
ke arah memperkukuh Jakim dan meningkatkan
keberkesanan program dan gerakerjanya.

2. Demikan juga kami mengusulkan agar
keberkesanan Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama
Islam negeri dapat dinilai dan ditambahbaik fungsi
dan peranannya.

200

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Isu-isu utama:

1. Kepimpinan Islam

Kepimpinan Islam, dari Raja hingga kebawah perlu menunjukkan
contoh yang baik dalam kepimpinan Islam yang berdasarkan
panduan Al Quran, Hadith, dan kehidupan Rasulullah s.a.w. serta
para khalifah yang terdahulu. Tingkahlaku yang tidak baik
dikalangan sebahgian pemimpin, termasuk amalan korupsi,
salahguna kuasa dan perilaku yang tidak bermoral, telah
memerosakkan imej Muslimin dan Islam. Mereka perlu hidup
dalam kesederhanaan dan mengelakkan diri dari hidup
bermewahan dan amalan yang bertemtangan dengan Islam. Model
teladan mereka seharusnya Umar ibn al Khatab dan Umar ibn
Abdul Aziz. Para Mufti dan Ulama perlu berani untuk menegur
pemimpin jika ada dikalangan mereka yang menyalahguna kuasa
dan melanggari ajaran Islam.

2. Pemerkasaan Ekonomi

Setelah 60 tahun mencapai kemerdekaan, dengan kedudukan
istimewa dan peruntukan berbilion ringgit, kita maseh gagal
mengujudkan sebuah komuniti bisnes yang boleh berbangga
dan boleh bersaing dengan kaum lain semada diperingkat lokal
mahupun antarabangsa. Kita telah melahirkan beberepa orang
jutawan, sebahgian mereka hidup mewah dan tidak pula mahu
membantu komuniti mereka agar kuat dalam ekonomi. Kita telah
melahirkan sebuah kelas komuniti bisnes yang berciri Ali-Baba
yang materialistik yang mahu menjadi kaya tanpa perlu berusaha
dan bergantung kepada kerajaan untuk menyuap mereka. Ujud
suatu skim yang secara asasnya sebuah polisi yang kononnya

201

Inilah Perjuanganku

untuk membantu Bumiputera, tetapi tercapai matlamatnya. Skima
itu perlu diperbaikki jika kita mahu maju kehadapan.

3. Pendidikan

Pengajaran Islam disekolah-sekolah perlu dinilai semula untuk
meningkatkan kandungan dan pembelajaran bukan sahaja
untuk memahami amalan ritual dalam Islam, akan tetapi perlu
diterapkan nilai-nilai Islam - kejujuran, kerajinan bekerja, sedia
berkorban, hidup sederhana, elak hidup mewah, mengasihani dan
pemurah terhadap kelompok miskin, sedar sebagai warga Ummah
dan sedia menentang penindasan.n

4. Sosio-Ekonomi

Kita melahirkan masyarakat yang tidak adil dan tidak saksama
yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam. Ujud jurang
yang besar antara yang kaya dan yang miskin. Jutaan hidup
dalam keadaan kais pagi makan pagi (from pay cheque to pay
cheque). Institusi keluarga runtuh akibat masalah kewangan.
Kita mengalakkan masyarakat hidup materialistik dan memilikki
barangan dan perkhidmatan secara kredit yang mengakibat hidup
dalam linkungan hutang.

Sementara yang kaya hidup dalam mahligai, yang miskin
terpaksa hidup sebagai gelandangan (underclass ghettoes),
jenayah, penyalahgunaan dadah, pelacuran semakin berleluasa.
Pornografi boleh diperolehi pada bila-bila masa melalui internet
dan smartphone. Tidak dapat dinafi penghakisan aklaq sangat
parah dan tidak ada usaha berkesan untuk menangani dan
menghalang gejala tersebut.

202

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

5. Rempuhan dari Barat
Berlaku usaha yang bersungguh dari kumpulan sekular,
yang dibiaya oleh Barat, untuk mentafsir semula Islam bagi
mengakomodasi nilai sekular Barat. Berlaku gerakan yang
kuat untuk menghalalkan aktivisme LGBT dibawah topeng
mempromosi dan mempertahankan hak manusia. Mereka mahu
mencabar identiti Islam yang telah menjadi akar sejarah negara
ini. Mereka hanya memberi kata-kata lunak (pay lip service)
kepada kedudukan “Islam sebagai agama persekutuan” dalam
perlembagaan. Mereka menolak peranan Islam dalam ruang
publik, penggubalan polisi dan pentadbiran kerajaan.
6. Pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa
Kerajaan perlu menegaskan pendirian kepada kolusi antara Saudi-
UAE- Mesir yang memecahbelahkan umat Islam dan menyerah
diri kepada perancangan Zionis dan meninggalkan sokongan
kepada perjuangan Palestin.

203

Inilah Perjuanganku

Persoalan “HALAL YANG HARAM”

Sangat dikesali dikala tahun 2020 berakhir dan tahun 2021
menjelang, sedang negara bergelut dengan pandemik Covid-19,
tiba-tiba isu kartel daging import pula meledak tanpa disangka.

Jelas, isu besar sebegini sangat memerlukan kebijaksanaan
tahap tinggi untuk diselesaikan. Sementara itu langkah penyelesaian
harus menjadi utama dalsm mengendalikan isu ini supaya negara
tidak menjadi huru-hara.

Dalam isu Covid-19 memang langkah pencegahan
perlu menjadi keutamaan. Namun ketelusan maklumat serta
mengendali mereka yang melanggar arahan harus saksama. Jangan
ada diskriminasi dan pengkastaan walau apapun kedudukan
seseorang, wakil rakyat bertaraf menteri atau orang biasa. Kini
semua negara mengejar vaksin.Berbilion dolar sedia dibelanjakan.
Enam syarikat pengeluar vaksin dunia bakal menjadi rebutan
untuk negara memulakan suntikan kepada rakyat masing- masing.
Mungkinkah ada yang akan mengambil kesempatan lalu
mencetuskan pula Skandal Vaksin Vovid-19?

Namun dalam isu kartel daging import, suatu persoalan
yang samasekali berbeza. Rakyat terutama masyarakat Islam
berhak marah. Keyakinan selama ini dalam hal pengsijilan halal
dan pemantau tiba-tiba menjadi tanda tanya.

Memang kebelakangan ini sensitiviti terhadap kehalalan
menjadi perhatian. Pengguna Muslim memberi kepercayaan tinggi
kepada pihak berkuasa untuk menjaga industri halal negara.

Ketika isu pendatang tanpa izin dikawal ketat dengan
meningkatkan kawalan disemua sempadan darat, laut mahupun

204

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

udara, rupanya kemasukan barangan (daging beku) yang
diimport oleh syarikat kartel yang memonopoli pasaran dan
kemudian memalsukan penggunaan sijil dan logo halal untuk
dipasarkan dipasaran tempatan, tidak dijangka telah beredar ke
seluruh negara. Belum pasti berapa lama hal ini telah beroperasi.
Pokoknya penemuan bahawa adanya penipuan ini sudah cukup
mencetuskan kejutan dan kegelisahan rakyat.

Maka tersebarlah daging tidak halal menjadi halal hanya
dengan menampalkan logo halal yang palsu kepada pek kotak
daging yang tidak halal. Barangkali suapan hanya bernilai beberapa
ratus atau ribu ringgit telah memboloskan sistem kawalan halal
yang diuruskendali oleh agensi yang berkenaan.

Bermula hal ini didedahkan oleh media awam kepada
khalayak ramai, maka riuh rendah reaksi dikalangan ahli politik,
persatuan pengguna dan tokoh masyarakat kedengaran. Informasi
yang sah dan yang tidak disahkan berlegar dalam media sosial.
Sememangnya dalam sesuatu krisis, kenyataan palsu, komentar
berlebihan, tindakan tidak rasional boleh sahaja berlaku. Meraih
populariti dan menunding, amat mudah dikala krisis. Namun
mencari penyelesaian yang tuntas itulah yang sukar.

Tidak dinafikan bahawa agensi-agensi yang
dipertanggunjawabkan memang akan segera menjadi tumpuan
dalam simpang siur perbahasan terbuka. Malangnya kadang-
kala serangan terhadap sesebuah agensi agak berlebihan. Dikala
siasatan didesak agar dilancarkan, kenyataan-kenyataan yang
berlebihan tersebar dalam sosial media, sehingga muncul
hukuman di mahkamah awam mendahului pendakwaan dan
perbicaraan dimahkamah sebenar. Persepsi menguasai objektiviti
sehingga ada yang menjadi fitnah diluar kawalan.

205

Inilah Perjuanganku

Kami bersetuju bahawa merongkai isu ini harus pantas dan
tuntas. Yang menjadi harga yang terpaksa dibayar ialah keyakinan
rakyat terhadap agensi awam serta imej dan integriti negara
dari kacamata dunia terhadap Malaysia yang dianggap pelopor
industri halal.

Sementara siasatan dilakukan dan janji pendakwaan akan
menyusul, sistem kawalan dan pemantauan itu sendiri perlu
disemak. Apabila industri halal sudah melonjak kepada nilai
berbilion ringgit, yang pasti, akan ada pihak yang mencari
peluang untuk meraih keuntungan dengan jalan pintas hingga
sanggup melakukan penipuan berskala besar.

Dari proses pengsijilan hingga kepada penggunaan logo
halal, akan ada ruang dinana pengawalan dan pemantauan akan
terlepas pandang. Disinilah peluang terbuka kepada mereka yang
akan mengambil kesempatan. Dari pembungkusan, pelabelan
hingga kepada memasukkan kedalam kontena untuk dihantar
pasar runcitan, pasti akan berlaku kebocoran.

Sementara itu dasar, perundangan serta penguatkuasaan
undang-undang perlu dinilai dan disemak dari masa kesemasa.
Ia harus melihat semua aspek pengawalan dan pemantau yang
meminimakan ruang untuk salahguna kuasa atau penipuan. Ketika
ujudnya permintaan yang tinggi dikala musim perayaan, sistem
yang digubal perlu mampu mengatur mekanisme untuk
mengetatkan kawalan.

Walau apapun sistem yang diujudkan, faktor manusia tetap
menjadi punca semada pengawasan menjadi berkesan atau tidak.
Sistem yang kendali sendiri oleh manusia bergantung kepada
keutuhan kawal kendiri dan integriti pihak yang

206

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

diamanah kepada mereka yang bertanggunghawab. Bermula dari
proses permohonan, tapisan, pemeriksaan, kelulusan dan
pemantau semula, semua bergantung kepada kakitangan yang
dipertanggungjawabkan. Jika petugas memilikki sifat integriti dan
amanah yang tinggi, insiden penipuan akan dapat diminimakan.

Bermakna isu apapun yang berkaitan dengan urusan
pentadbiran negara bergantung kepada nilai kejujuran, amanah,
pertanggungjawaban yang dihayati oleh setiap petugas. Dalam
bahasa yang lebih ruhaniyyah bermakna sifat amanah, ihsan,
keimanan, mu’min, ketaqwaan dan tanggungjawab sebagai insan
ibadurrahman akan dapat mengawal penyelewengan.

Kini isu kartel daging import akan terus berlanjutan. Jika ia
reda dan terkeluar dari radar perbahasan awam, ia tetap sudah
mencalar imej pihak berkuasa yang berkaitan. Ia akan membekas
dalam imej insitusi yang berkenaan.

Kami percaya keyakinan masyarakat terhadap agensi
berkaitan boleh kembali dipulih. Terpulang kepada kesungguhan
yang mahu dipamir oleh seluruhan organisasi agar agensi yang
dipertanggungjawab berusha ke arah sifar penyelewengan dan sifar
rasuah. Apabila yang haram dijadikan halal atas dasar penipuan,
bukan sahaja soal pengkhianatan yang dimarahi malah juga soal
keyakinan yang runtuh keatas institusi yang berkenaan.

Disinilah reaksi supaya sebuah suruhanjaya diraja disarankan
ditubuh untuk siasatan dijalankan.Bukan sahaja untuk mencari
punca dan siapa yang terlibat tetapi untuk mengusulkan
pembaikan kepada sistem yang ada.

207

Inilah Perjuanganku

Sudah lama Akta Halal diminta digubal. Sebenarny sejumlah
undang-undang meliputi isu halal. Ini termasuk Akta Perihal
Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan
Penandaan Halal) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)
2011 dan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan
Penandaan Halal) 2011 telah memperkemaskan lagi undang-
undang berkaitan halal di Malaysia.

Selain itu terdapat beberapa undang-undang yang secara
tidak langsung mengandungi peruntukan berkaitan halal seperti
Akta Makanan 1983, Regulasi Makanan 1985, Akta Binatang 1953
(Semakan 2006), Peraturan Haiwan 1962, Akta Kerajaan
Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa
Tempatan, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Kastam
1967, serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri.

Akta Perihal Perdagangan dianggap boleh mencukupi
memelihara agar penyelewengan dan pelanggaran undang-
undang dapat dibendung. Akan tetapi oleh kerana pengsijilan
halal bukan sahaja soal label dan pengesahan kehalalan, namun
ia juga melibuti segala proses yang berkaitan pengeluaran,
pembungkusan, pengedaran, dan pengangkutan sehingga
pemborongan dan peruncitan.

Soalnya adakah perundangan boleh mengawal isu halal
dengan sempurna Jawapannya tidak. Pengawalan dan pemantauan
punya keterbatasan. Faktor manusia yang terdedah kepada
keinginan untuk meraih keuntungan melalui jalan pintas sentiasa
boleh membocori sistem perundangan.

208

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Bermakna isu halal bukan sahaja soal pengsijilan. Akan tetapi
ia berkait soal amanah mereka yang dimandat supaya menjaga
kesuciaan sesuatu produk untuk konsumpsi pengguna Muslim.
Semua pemegang taruh dalam industri halal adalah penting:
pembekal, pengilang, pemborong, pengesah halal, pengawalan
dipelabuhan.

Kami menegaskan jika soal pengsijilan halal dikawal oleh 4-5
agensi penguatkuasa kenapa suatu operasi penipuan dokumen dan
logo halal import daging dari luar boleh berlaku bernilai lebih
Rm 30 juta baru-baru ini?

Pengajaran yang seharusnya diambil ialah integriti petugas
dan agensi adalah jauh lebih penting dari soal sejumlah undang-
undang yang bertujuan mengawal industri halal. Terserah kepada
pihak berkuasa bagaimana mengemaskan sistem pengawasan dan
pemantauan supaya integriti industri halal di negara tidak runtuh di
kaca mata dunia.

209

BAB 17

Hijrah Bangsa

INILAH
PERJUANGANKU

Dari Jiwa Hamba Kepada Jiwa Merdeka

K ita sedang melalui suatu zaman fitnah luar biasa. Dari
satu sudut persoalan jatidiri bangsa terhakis secara
sangat pentas, kita juga menyaksikan kemerosotan
yang sangat mengerikan krisis kepimpinan bangsa yang bakal
mencukupkan syaraat untuk kita hancur seluruhnya.

Sangat aneh dikala pempin-pemimpin yang memegang kuasa
cuba memberi gambaran bahawa semuanya dalam keadaan
stabil namun reality dari apa yang dipaparkan dalam media,
menunjukkan percakaran untuk merebut jawatan sudah
memuncuk kepada amalan yang menjijikkan. Setelah bertahun-
tahun kita cuba mengushakan perubahan bangsa, nampaknya
keadaan tidak semakin membaik malah terus meruncing. Kami
mencari punca kepada situasi yang parah ini.

Yang jelas dapat diketengahkan ialah antara lain rupa-rupanya
bangsa ini maseh belum cukup beranjak dari sindrom jiwa hamba.
Sebagai sebuah bangsa yang telah melalui proses transformasi total
bila memdapat sentuhan Islam sejak abad 14 lagi rupa-ruupa
pengelaman dijajah selama 446 tahun dan merdeka selama 51
tahun maseh tidak menampaknya sindrom jiwa hamba dilepasi.

Maka sebagai kaibat terbelengulah manusia Melayu dalam
pemikiran dan jiwa hamba yang membeku. Hal ini TERAS

Inilah Perjuanganku

melihat sebagai punca besar. Sementara ada yang boleh menafikan
ujudnya sindrom ini namun relaiti kehidupan merupakan
manifestasi yang tidak dapat diselindung sebagai kenyataan yang
member wajah harian bangsa ini.

Feneomeno jiwa hamba amat mengesankan sehingga ia
memabawa kesan berjenegarsi. Ia juga merentas segala aspek
perjawatan termasuk juga dalam hal kemasyarakatan. Jiwa hamba
bukan sekadar sebuah nilai abstark tetapi adalah belenggu yang
mengongkong dan memenajar setiap insane Melayu yang tidak
dapat keluar dari kepompong penjajah.

Dengan sebab itu kami mengenengahkan….

Persoalan bangsa memerlukanm perbincangan bukan lagi
yang bersifat akademik. Akan tetapui perbahasan yang menjurus
kepada tindakan yang dapat merungkai kemelut dan kekusutan
secara tuntas

Untuk yang demikian TERAS ingin berganjak dari sekadar
membicara persoalan abstrak yang belum jelas penyelesaian dan
kepentingannya. Akan tetapi kami berpandangan yang lebih
segera dan lebih mendesak ialah menangani persoalan-persoalan
secara zahir yang sedang berlaku dan sedang mengikis jatidiri
bangsa sekaligus melesukan sendi kekuatan bangsa.

Sememangnya juga kami tidak menafikan bahawa punca
asal dari kekusutan bangsa yang berlaku kini bermula awal dari
persoalan rosak pemikiran dan ini pula bercambah dari dasar
dan konsep ilmu yang salah. Sememangnya juga menghurai dari
dasar masalah bersifat konsep itu leebih mampu mencernakan
penyelesaian yang lebih mapan lantaran dari konsep ilmu yang
salah itu jualah yang membenihkan kerosakan yang berentetan.

212

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Namun begitu sementara persoalan alam pemikiran yang
dikaitkan dengan epistemology serta pandangan alam bangsa
perlu disejahterakan semula, kami berpandangan masalah
perlakuan dan tabiat seharian bangsa perlu segera dirubah. Kami
berpandangan bahawa sudah terlalu berlarutan kita dikusutkan
dengan isu-isu yang jelas belum diselesai dengan muktamad
bahawa ada isu yang tidak memerlukan perbahasan yang
berpanjangan.

Bahawa jika bangsa ini dapat digembleng dan dikerah
untuk dimerdekakan dari segala kebejatan, bebanan bangsa yang
menyebabkan daya maju dan daya membangunkan akan segera
dapat diringankan dan seterusnya memperkasakan bangsa akan
menjadi lebih berjaya. Pendekatannya jelas, perangi yang fasad
dan mungkar dalam kehidupan bangsa dan suburkan yang
membina dan yang soleh dalam seluruh amalan kehidupan.

Lantaran itu, kami merasa amat janggal membicara
yang abstrak sedang umat Melayu terus melata sebagai yang
contohnya paling tinggi terlibat dengan gejala dadah di Negara
ini. Kita menjuarai hamper semua gejala social yang kini menjadi
seolah – olah watak bangsa yang hamper serasi. Ketika mana
kita sedang bergelut dan bersimpang siur membahas masalah
symbol ketuanan, bangsa ini jualah ramai berada di bawah paras
kemiskinan dan dihimpit dalam miskin tegar.

Di saat media ghairah memperkatakan soal kontrak social
dipolemikkan, bangsa ini jugalah yang tidak berdaya memastikan
kehidupan di kawasan desa dapat dipertahankan dari tanah milik
bangsa ini tidak lenyap ditelan pembangunan.

213

Inilah Perjuanganku

Justeru, bangsa Melayu masih terus berada dipinggir
walaupun sebuah kebijaksanaan bernama DEB dijadikan
pendekatan untuk menyelamatkan status bangsa dalam
proses kemajuan pasca merdeka. Malangnya, atas nama DEB
inilahgolongan elit menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk
membolot kekayaan. Sementarabangsa Melayu terbanyak masih
berada dipinggir arus pembangunan.

Kami menjadi semakin yakin bahawa kerja penting yang
perlu digerakkan untuk mengembalikan bangsa Melayu kepada
martabat yang mulia dan dihormati adalah member focus kepada
soal membenteras segala unsur yang fasadyang dibebani
bangsaini.

Sudah tiba bangsa kesedaran kita merentap dari semua
sempadan politik dalam soal merawat penyakit yang menjangkit
jiwa dan perilaku bangsa Melayu. TERAS munkin benar dengan
pengemblengan bersungguh semua kelompok masyarakat serta
agensi dan institusi bangsa Melayu. Kita berpotensi untuk keluar
dari kekusutan dan kemelut bangsa yang sudah sekian lama
berlanjutan.

Secara realistikk gerakan kita perlu menangani hal-hal yang
jelas tidak perlu berpolemik panjang. Kita kerah habis-habisan
tenaga seluruh masyarakat kita untuk menghapuskan gajala dadah
hingga ke akar umbinya. Sudah jutaan wang dihabiskanuntuk
mengatasi sindiket dadah yang membunuh ini. Seluruh
masyarakat perlu digemblengkan sebagai laskar memerangi
penyalahgunaan dadah “once and for all”.

Demikianlah juga ketika kita masih melihat adanya
kecenderungan segelintir bangsa Melayu berjinak-jinak dengan

214

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

arak. Industri syaitan yang dibenarkan berada di tengah-tengah
masyarakat ini tidak harus dikompromi. Apakah susah benar
untuk kita mengatasi isu arak ini walaupun ia nyata sebuah
industry yang beroperasi dengan lessen yang dilulus oleh pihak
kerajaan sendiri.

Sementara isu arak dianggap terkecuali dari isu orang bukan
Islam. Akan tetapi sebenarnya kita tidak berusaha secara agresif
untuk memastikan air syaitan ini dibasmi dari bumi Malaysia seperti
yang dapat dilakukan di Brunei Darussalam.

Bangsa Bukan Jaminan

Kita boleh cinta atau sayangkan bangsa kita (mengikut syariat
Allah) daripada dihina/diperlekehkan oleh orang lain tapi kita
tidak boleh terlalu fanatik kepada bangsa….hingga menjadi
pejuang bangsa yang tidak punya halatuju hingga sanggup
mengadai Islam demi pejuangan bangsa yang sempit dan
menghalalkan yang haram demi kerana bangsa.

Persoalan BANGSA kadangkala menjadi terlalu sensitif
buat sesetengah orang. Manusia boleh bersengketa apabila
BANGSA mereka disentuh oleh pihak lain. Bangsa Yahudi
merupakan satu contoh bangsa yang terlalu fanatik dengan
fahaman bangsa. Mereka mengira, merekalah bangsa termulia di
sisi Tuhan. “Kemuliaan” yang mereka sangka itu seolah-olah
“mengizinkan” mereka untuk berbuat apa sahaja ke atas
bangsa selain daripada mereka.

Bangsa Yahudi ini menganggap bangsa lain sebagai “haiwan”
yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya dan halal
darahnya. Persoalannya, apakah ada jaminan bahawa sesuatu

215

Inilah Perjuanganku

bangsa itu beroleh kelebihan berbanding bangsa lain? Adakah
hanya sesuatu bangsa itu sahaja yang mulia dan mewarisi bumi
ini?

Tidak ada jaminan dan nas yang mengatakan bahawa
sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan kuasa dan kedaulatannya
jika asasnya hanya kerana mereka adalah pribumi tanah nenek
moyang. Sudah banyak contoh umat yang terpinggir dan terusir
dari tanahair yang mereka sangka pusaka kekal mereka dan tidak
sedikit juga yang telah luput dari dunia ini.

Sebenarnya Allah S.W.T lebih awal memberi jaminan
dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya
telah Kami tulis di dalam kitab Zabur sesudah (Kami
tulis di dalam) Lawh Al-Mahfuz, bahawasanya bumi ini
dipusakai hamba-hamba-Ku yang salih” (Al-Anbiya: 105).
Terbukti, yang berhak mewarisi bumi dan tanahair ini
hanyalah hamba-hamba Allah yang memiliki sifat salih dan
tidak semestinya pribumi tanahair.

Telah berapa banyak bangsa-bangsa yang terdahulu telah
dihancurkan dan dilenyapkan oleh Allah S.W.T dari muka bumi
ini. Antaranya, sebagaimana yang telah berlaku kepada kaum Nabi
Lut, Kaum Ad dan kaum Thamud. Begitu juga apa yang berlaku
kepada Firaun, Qarun dan Haman. Mereka yang ini dihancurkan
oleh kerana dosa yang diperbuat oleh mereka sendiri.

Maka terbuktilah firman Allah S.W.T yang bermaksud
: “Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami siksa disebabkan
dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan

216

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang
ditimpa suara yang keras mengguruh, dan di antara mereka
ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan ada di antara
mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali
tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah
yang menganiayai diri mereka sendiri.” (Al- Ankabut : ayat
40).

Demikianlah beberapa contoh azab yang ditimpakan Allah
S.W.T ke atas bangsa-bangsa yang disangka perkasa tetapi boleh
hilang di dunia dalam sekelip mata. “Kehilangan” mereka itu
adalah akibat dari dosa-dosa mereka sendiri. Tuhanlah yang
berkuasa dengan Kudrat-Nya samada hendak mengekalkan
ataupun menghancurkan mereka dengan cara yang dikehendaki-
Nya bergantung kepada jalan mana yang mereka itu pilih, jalan
kesalihan atau kedurhakaan.

Inilah apa yang dikatakan hakikatnya, dosa akan membawa
binasa. Allah S.W.T telah berulangkali telah menegaskan
hakikat ini di dalam firman-Nya yang bermaksud : “Apakah
mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi
yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal
(generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di
muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat
atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di
bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana
dosa mereka sendiri dan kami ciptakan sesudah mereka
generasi yang lain.” (Surah Al-An’ar : ayat 6)

217

Inilah Perjuanganku

Begitulah kesekelian kalinya Allah S.W.T menyebutkan dan
mengingatkan bahawa kekuatan, kekuasaan, kekayaan dan
kebangsaan sama sekali bukan jaminan untuk sesuatu bangsa
terus kekal dan berkuasa. Untuk bangsa yang lupa dan berbuat
derhaka adalah terlalu mudah bagi Allah S.W.T membinasakan
mereka apabila Dia menghendakinya. Hancurnya kaum Ad,
kaum Thamud, karamnya Qarun tidak pernah ditangisi oleh dunia
malahan menjadi satu kesyukuran pula kepada orang-orang yang
mengerti apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Sesuatu bangsa boleh jadi ada, boleh jadi tiada. Dan
pembinasaan sesuatu bangsa itu boleh datang dalam pelbagai
bentuk dan cara. Antaranya seperti dengan datang wabak
penyakit, kejatuhan ekonomi, bencana alam dan sebagainya.
Demikianlah hakikatnya, ramai manusia dan bangsa tertipu dengan
sedikit kesenangan dunia lantas tidak bersyukur kepada Allah
S.W.T sebaliknya membalas dengan membuat dosa dan kezaliman.
Tidak pernah mahu menginsafi dan memikirkan bahawa apa yang
mereka miliki dan kecapi itu tidak lain hanyalah amanah Allah
S.W.T kepada mereka.

Allah S.W.T adalah pemilik mutlak dan berhak menarik
nikmat-Nya itu bila-bila masa dan dengan cara apa sekalipun. Isu
penggantian suatu bangsa dengan bangsa yang lain ini telah banyak
disebut di dalam Al-Quran. Semisal di dalam Surah At- Taubah
ayat 38 dan 39, Allah telah memberi amaran kepada mereka yang
kehilangan dan pudar perjuangan, mabuk dengan kesenangan
hidup dunia dan terpedaya dengannya dapat membunuh dan
melumpuhkan daya juang sayangkan agama.

218

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Bangsa yang telah gila kebendaan yang secara langsung
melumpuhkan idealisme perjuangan adalah bangsa yang
akan segera hilang di dunia. Inilah amaran Allah S.W.T
yang bermaksud: “Jika kamu tidak berangkat untuk
berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan seksa
yang pedih dan ditukarnya (kamu) dengan kaum yang
lain….” (At-Taubah: ayat 39)

Kesimpulannya, nasib sesuatu bangsa itu sangat bergantung
kepada kualiti yang dicirikan oleh khidmat dan manfaat. Sesuatu
bangsa layak untuk terus hadir di dunia selama kehadiran mereka
sentiasa bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat dan menepati
ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Hakikat inilah yang tersirat di sebalik firman-Nya yang
simbolik, yang bermaksud: “Adapun buih itu, akan hilang
sebagai (bahan) yang tidak ada harganya, adapun yang
memberi manfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di
bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan” (Al-
Ra’d : ayat 17). Kalimah “buih” adalah simbol bangsa tanpa
kualiti. Yang ada hanya gelembong kosong yang serba
rapuh mudah hancur dan menghilang dari arus dunia.

Apalah yang dapat disumbangkan oleh buih? Untuk terus hadir di
pentas dunia, sesuatu bangsa harus terus mampu menyumbang,
punya misi dan matlamat jelas, idealisme dan iltizam. Tetapi
bangsa “buih” yang jiwa dan mindanya yang kosong, hanyut
dilambung ombak, hilang arah tujuan, mudah ditolak ke kiri dan
ke kanan…..tidak akan punyai masa depan melainkan “HILANG
DI DUNIA”

219

“Apa yang kau kerjakan akan
menjadi sebahagian besar dari
hidupmu. Satu-satunya jalan untuk
benar-benar puas adalahdengan
bekerja keras. Dan satu-satunya
jalan untuk boleh bekerja keras
adalah mencintaiapa yang kau

kerjakan. Kalau kau belum
menemukannya, teruslah mencari.
Jangan berhenti. Kerana dengan

menggunakan hati, kau akan
tahu saat kau menemukannya.”

-Steve jobs

BAB 18

A nta ra Kepimpina
n & Kepedulian

Rakyat M encari pem
im pin
Sejati

INILAH PERJUANGANKU

Pemimpin lahir dari rakyat. Semada pemimpin kecil
mahupun besar, bertaraf lokal mahupun nasional dan
internasional, semua lahir dari rakyat. Kepmimpinan dari
rakyat dan merakyat dikunci dengan satu nilai hubung yang
terpenting iaitu kepedulian.Ertinya pemimpin tanpa kepedulian
adalah pemimpin palsu dan kepimpinan palsu akan memporak-
perandakan masyarakat.

Nilai kepimpinan bukan sahaja bertunjangkan penerimaan
majoriti seperti dalam sistem demokrasi yang diagungkan
sekarang. Kepimpinan tertampil pada hakikatnya daripada sifat
dan ciri keperibadiannya. Betapapun kepimpinan adalah berkait
dengan pangkat dan jawatan, namun sebenarnya kepimpinan
sangat terkesan dengan karektor peribadi yang dimiliki.
Selebihnya seorang pemimpin itu dinilai dari segi wawasan dan
gagasan serta misi yang hendak dibawa.

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kepimpinan

Rakyat sememangnya mengharapkan lahirnya pemimpin bangsa
yang sejati. TERAS bermaksud seorang pemimpin sejati ialah
seorang yang sama ada menjawat suatu jawatan atau tidak, apakah
ia masih hidup atau sudahpun almarhum, rekod jawatannya masih
disimpan dan dikenang atau tidak, potretnya dilukis atau tidak,
riwayat hidupnya dibukukan atau tidak – namun masyarakat tetap
menerimanya sebagai pemimpin umat dan bangsa.

Mengapa? Kerana dia menjadi pemimpin bukan disebabkan
ia memegang jawatan disesuatu posisi dalam sebuah jabatan
malah dia adalah pemimpin kerana dia tetap teguh dan konsisten
antara visinya dan tingkah lakunya yang jelas jujur, keselarasan
antara apa yang ia kata dan apa yang ia kotakan.

Sifat yang sedemikianlah yang mengesahkan ia sebagai
seorang pemimpin yang sejati. Maksudnya ketika tokoh-tokoh jenis
ini sudah meninggal dunia dan sudah tamat pergelutannya dalam
hidup – mati memperjuangkan kemerdekaan bangsa, mereka tetap
dikenang dan dihormati sebagai pemimpin yangtulen.

Terdapat perbezaan yang ketara antara pemimpin dan jawatan
dalam kepimpinan. Seorang pemimpin yang memegang suatu
jawatan, sebaik sahaja selesai samada terlepas atau dipaksa untuk
melepaskannya, seperti wayang yang sudah masuk kotak, tiada
siapa yang ingin mengenangnya lagi. Apatah lagi jika ketika
memegang jawatan itu dia telah menggunakan kedudukannya
untuk mengembangkan egonya atau mengamalkan nepotisme
keluarganya sendiri.

223

Inilah Perjuanganku

Meskipun ketika ia menjawat jawatan itu, berbuih-buih
mulutnya mendakwa dirinya sebagai pemimpin sejati dan
pejuang sejati, rakyat akan menguji ketulusannya, sejauh mana
ia konsisten menyatakan antara kata-kata dan tindakan serta
bagaimana ia benar-benar tulus memperjuangkan kepentingan
rakyat terbanyak.

Bukan mengelembungkan nepotisme keluarganya dan
memperkayakan dirinya sendiri ketika ia memegang kuasa dengan
cara berselindung dan bertopeng disebalik jawatannya. Pemimpin
jenis ini bila selesai ia melepaskan jawatannya itu rakyat tidak
akan menghormatinya sebagai orang lagi.

Banyak orang mengira bahawa memegang jawatan sama
dengan menjadi pemimpin. Namun, nurani rakyat akan menilai
secara jujur apakah seseorang itu pemimpin sejati ataukah
pemimpin oportunis yang hanya meraih peluang untuk
memperkayakan diri ketika menduduki sesuatu jawatan.

Sebab itu terdapat perbezaan yang ketara antara makna
kepimpinan secara abadi dan makna jawatan dalam kepimpinan
yang bersifat sementara. Betapa banyak orang yang mengalami
‘post power sindrome’ dimana ketika menjadi bekas penjawat
sesuatu jawatan, mereka sudah tidak dihormati rakyat manapun
kerana harga diri mereka selama menjawat jawatan sesungguhnya
hanyalah harga diri yang palsu. Iaitu harga diri yang diraihnya
bersama jawatannya serta kekayaan yang dikumpulkannya pada
kesempatan yang diperolehinya selama memegang jawatan
tersebut.

Selebihnya dia sebenarnya bukan pemimpin yang sejati
malah pemimpin yang hanya bersandar pada jawatan semata-
mata.

224

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pengesahan seseorang pemimpin pada hakikatnya ialah
pengesahan moral. Ertinya, ia dinobatkan oleh rakyat kerana
sumbangan dan perjuangan moralnya. Mungkin secara formal
dia tidak memegang jawatan seorang menteri, atau seorang ketua
kampung atau seorang jeneral dalam tentera.

Ia dihargai kerana idea dan visinya untuk memperjuangkan
martabat umat dan bangsanya agar bebas dari ketakutan dan
tampil dengan kepercayaan terhadap diri, berpegang teguh
kepada suara nurani untuk mengatakan yang benar adalah benar
dan yang batil adalah batil.

Inilah yang menjadi sumber kepada kualiti kepimpinannya
serta juga sebagai sumber makna hidupnya. Dengan yang demikian
itu juga membuatnya menjadi pemimpin yang benar dari segi
kata maupun tindakan. Pada dirinya sarat dengan keteladanan,
tidak pasrah dirayu rasuah, tidak mengalah dipujuk kolusi, tidak
berkompromi untuk melakukan dusta, tidak murah mempergadai
prinsip dan melacur martabat diri. Pemimpin seperti inilah yang
tetap dihayati dan diterima dari generasi ke generasi sebagai
pemimpin dan bukan sekadar penjawat jawatan Presiden atau
Perdana Menteri. Pengesahan seorang pemimpin juga berasal dari
ketulusan penerimaan rakyat terbanyak terhadap kepimpinannya.
Pengesahan kepimpinan tidak boleh diganti dengan sekian banyak
gelaran, ‘Datuk’, ‘Tan Sri’, ‘Tun’, ‘Datuk Seri’. Ia juga tidak boleh
diganti dengan sekian longgokan kekayaan yang menggunung.

Pengesahan pemimpin sejati ialah dengan warisan
keteguhannya ketika terpaksa menderita dalam penjara, menjalani
hukuman pembuangan, ketekunan dan kesabaran mendidik

225

Inilah Perjuanganku

umat dan bangsa dan pengorbanan sejati dalam hal waktu, wang,
tenaga, fikiran dan keringat. Semua ini dicurahkannya dengan
penuh tulus, tidak menagih habuan apapun, tidak terlintas untuk
mendapat sanjungan sedikitpun, malah secara konsisten ia
meneruskan perjuangannya untuk melihat martabat umat
terpelihara dan memperolehi redha Allah S.W.T. sebagai puncak
idamannya.

Tekadnya jelas untuk mengangkat potensi dari sebuah umat dan
bangsa yang merdeka, tidak mahu menyerah apalagi tunduk takut
kepada penjajah baik dalam apa bentuk sekalipun.

Pengesahannya sebagai pemimpin sesungguhnya adalah
bersumber dari rasa nurani jutaan rakyat yang mengakunya
sebagai pemimpin. Mereka mengenang perjuangannya dari
khazanah sejarah yang lalu hingga kini.

Rakyat mengesahkan pemimpin ini kerana dia tidak pernah
memikirkan dirinya sendiri atau keluarganya sendiri melainkan
kerana dia berani mengorbankan hidupnya untuk kemerdekaan
bangsa ini.

226

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Lain kedudukannya seorang pemimpin yang bersandarkan
kepimpinannya kepada jawatan yang dipegangnya. Sebaik sahaja
selesai dan tamat tempoh jawatannya tiada siapa lagi yang mahu
menyapanya jauh sekali dipuja, apa lagi di –ABC- kan dengan
gelaran-gelaran yang diperolehinya dahulu. Kalau dahulu pujaan
yang diungkap oleh orang-orang bawahannya adalah lantaran
mahu meraih habuan dan kedudukannya.

Kewujudan dirinya sebagai pemegang jawatan itupun
hanyalah baju rasmi, pakaian seragam pejabat, tag nama disaluti
hiasan indah dan pangkat-pangkat serta gelaran yang bergayutan.

Bila tamat sahaja jawatannya, hilanglah segala makna pada
semua itu. Dalam perkataan lain kita dapati banyak pemegang
jawatan sebagai pemimpin mengira bahawa jawatan rasminya
itu adalah kekuasaan yang boleh dipakai untuk memperkayakan
egonya sebagai caranya untuk menampilkan dirinya sebagai
pemimpin. Padahal penampilannya hanyalah penampilan baju,
penampilan rasmi penuh upacara kosong dan ‘gincu-gincu’
kekuasaan yang sementara sifatnya.

Namun dia mengira semua itu seolah-olah abadi dan kekal
dengan hiasan kosmetik sebagai topeng untuk memperlihatkan
kehebatan dan kekuasaannya. Ditonjolkanlah dirinya dengan gaya
pakaian, kereta rasmi yang mewah, diiringi sederet pembantu dan
pengawal, ditempatkan dirinya di barisan depan, berkerusikan
kerusi empok yang lebih istimewa dari rakyat biasa, dijaga segala
protokol untuk dirinya dan berpidato dengan ucapan yang penuh
melambangkan otoritinya. Walhal dia tahu betul sebenarnya
semua itu hanya wayang yang cuba di layarkan dihadapan rakyat
seolah-olah dia benar-benar berwibawa.

227

Inilah Perjuanganku

Pemimpin sejati lain wataknya. Dia tidak menghiraukan sama
sekali gelaran dan hiasan-hiasan semacam itu. Dikala pemimpin
‘kosmetik’ dan pemimpin ‘opotunis’ akan mengumpul segala
alasan, untuk tidak mahu bertanggungjawab terhadap krisis yang
menimpa rakyat, pemimpin sejati akan berani tampil dan amat
terbuka untuk mengakui dengan rendah diri kesilapannya atau
amalan korup, nepotisme dan dibiarkannya semua itu berlaku
dengan berleluasa dan semua krisis itu sebenarnya berasal sumber
dan dirinya sebagai pemimpin.

Dalam kemelut dan dilema rakyat mencari pemimpin sejati
yang diharap dapat benar-benar memperjuangkan kebenaran
dan keadilan sekaligus dapat mengangkat martabat umat dan
bangsa, kita harus membimbing rakyat agar dapat mengukur
sang pemimpin mengenai visinya dalam melahirkan masyarakat
yang lebih demokratis, yang tidak dikuasai oleh ketakutan dan
dibelengui oleh kebisuan serta tidak dilumpuhkan oleh birokrasi
pemimpin yang hanya sibuk menjaga protokol dan pangkat.

Pemimpin yang sudah dijangkiti dengan kuman gelembung
ego diri, ego kelompok dan sudah tidak jernih untuk kembali ke
visi luhur membentuk masyarakat yang beradab dan mendokong
idealisme kebenaran dan keadilan hendaklah diberi isyarat tegas
dan jelas agar berundur segera.

Antara jawatan dan pemimpin terdapat jurang perbezaannya.
Akan tetapi budaya hedonistik, mabuk kuasa dan berlumba
untuk memperkayakan diri dan keluarga akan memudarkan
malah menggelapkan kejernihan rakyat untuk melancarkan dialog
nasional bagi mencari pemimpin sejati.

228

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kepedulian

TERAS juga mengambil perhatian terhadap pemimpin
yang mempunyai kepedulian kepada rakyat yang rendah.
Jika kehadhiran pemimpin itu adalah untuk membimbing,
mengasuh berkhidmat dan menyelesaikan kerumitan yang
dihadapi rakyat, maka ketidakpedulian adalah tabiat yang janggal
bagi seorang pemimpin.

Kepedulian bermula dengan mengambil tahu apakah
masalah yang sedang dihadapi rakyat. Mengambil tahu pula
bertitik tolak dari mendengar dengan baik-baik rintihan rakyat.
Rakyat mempunyai rintihan yang pelbagai. Bersedia mendengar
adalah sifat pertama seorang pemimpin. Rintihan adalah akibat
dan natijah dan ia hanya sebuah akibat dari masalah yang tidak
diambil peduli oleh pemimpin bila rakyat mengadu. Lantaran
itulah seorang yang pemimpin yang berkesan ialah bersedia
mendengar. Untuk mendengar jangan tunggu sehingga rakyat
terpaksa mengharungi pelbagai protokol. Menyediakan ruang
dan kemudahan untuk rakyat bertemu pemimpin adalah pra-
syarat pertama menjadi pemimpin mesra rakyat. Bersedia untuk
melayani resah dan tangis masyarakat adalah titik pertama
membina jalinan antara pemimpin dan rakyat.

Pun begitu, tidak cuma untuk mendengar semata-mata.
Harus ada kesungguhan untuk memahami rintihan yang diutara
rakyat. Memahami aduan dan resah masyarakat menuntut untuk
pemimpin mengambil tindakan setelah mendapat maklumat.
Apakah isu yang diadu adalah berkaitan dengan soal kemiskinan,
kos kehidupan yang meningkat, kemudahan asa yang tidak
diperolehi, perbelanjaan pendidikan yang membebankan,
khidmat kesihatan yang tidak mencukupi, pengangkutan awam

229

Inilah Perjuanganku

yang tidak efektif, gejala sosial yang semakin meningkat…
semua ini bukan hanya perlu didengar malah perlu diambil
tindakan. Setiap warga masyarakat akan mendambakan perhatian
memimpin terhadap keresahan yang dialami rakyat. Senbab itu
seorang pemimpin yang tulin akan hanya boleh menjadi berkesan
dalam kepemimpinannya jika ia menjadi seorang yang bertindak
dan tidak hanya memahmi masalah.

Kepedulian pemimpin perlu merentas bidang, kawasan
dan sektor. Ketika pemimpin gagal menangkap apakah resah
rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan ataupun meneliti dan
berusaha memahami keresahan tersebut dengan baik, rakyat akan
hilang keyakinan. Dari kehilangan keyakinan itulah rakyat akan
menuntut pemimpin diubah.

Oleh itu keprihatinan pemimpin terhadap isu-isu rakyat
harus tulin dan konsisten. Hanya dengan syarat ini baru pemimpin
akan dilihat jujur dan bersungguh dan komited.

Gagasan Kepedulian Pemimpin Keatas
Kesejhateraan Rakyat

TERAS menegaskan tunjang kesejahteraan rakyat adalah terletak
kepada keupayaan setiap warga insan dalam masyarakat mencapai
kesejahteraan dalam dirinya sendiri. Setelah setiap insan berada
dalam persekitaran yang membenarkannya mengenali siapa
dirinya dan untuk apa hajat ia didatangkan ke dunia ini maka
arah perjalanan untuk mencapai kesejahteraan akan menjadi tepat
dan murni.

Selanjutnya, menghubungkan kesejahteraan dirinya kepada
PenciptaNya yang menjadi punca segala kesejahteraan akan

230

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

meletakkan matlamat kehidupan warga itu menjadi lebih unggul.
Sehingga tercapainya titik temu antara diri setiap warga masyarakat
dengan kehendak dan perintah Pencipta segala makhluq,
kesejahteraan dalam ertikata sebenar tidak mungkin terjelma. Yang
lahir nantinya ialah kepalsuan dan kebiadaban atas nama
kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran kebendaan.

Bermula dari konsep pokok ini TERAS mengutarakan
Manifesto Sembilan Kesejahteraan Rakyat untuk dijadikan
gagasan semua pemimpin rakyat seperti berikut:

Kesejahteraan Pertama

”Menyediakan peluang kerja dan kondisi
pekerjaanyang memuaskan”.

TERAS berpandangan bahawa menyediakan kerja untuk rakyat
adalah penting. Pengganguran adalah merbahaya dari segi
kestabilan sosial. Mengalakkan rakyat bekerja adalah penting
untuk kesejahteraan ekonomi dan kestabilan keluarga. Ruang dan
peluang untuk bekerja perlu dibuka seluasnya oleh kerajaan.

Akan tetapi menyediakan suasana kerja yang memuaskan
adalah jauh lebih penting..Pekerjaan dan suasana kerja yang
menekan bukan sahaja menimbulkan ketegangan tetapi juga
akan lama kelamaan mengakibatkan produktiviti yang semakin
menurun. Sebaliknya suasana yang mengembirakan akan
meningkatkan rasa kebersamaan, rasa bertanggungjawab dan
amanah serta merangsang untuk berkreativi dalam bekerja. Oleh
itu jaminan kerja dan sistem ganjaran yang memuaskan akan
mengujudkan semangat bekerja yang tinggi sekaligus mencetuskan
kesejahteraan yang diidamkan.

231

Inilah Perjuanganku

TERAS yakin kepuasan bekerja dapat mengembangkan
kapasiti dan potensi seseorang pekerja. Fleksibiliti ditempat kerja
termasuk soal "part-time” yang berkualiti akan meningkatkan
rasa selesa dan ingin mengembangkan kebolehan diri Kepuasan
kerja adalah asas kepada pekerjaan yang produktif.

TERAS mempunyai hasrat untuk membina hubungan yang
sihat antara pekerja, majikan dan kerajaan. Pekerja yang amanah
dan bertanggungjawab, bersama majikan yang sangat prihatin dan
menjamin hak pekerja serta didokong oleh agensi kerajaan yang
memastikan perhubungan yang sinergik (saling mengukuh) antara
majikan dan pekerja akan membawa kepada kemakmuran yang
bertambah untuk rakyat.

Pihak kerajaan perlu menjamin hak pekerja dan majikan
harus meningkatkan rasa keperihatinan terhadap realiti
kesejahteraan kehidupan berkeluarga untuk pekerja. Bersifat ehsan
kepada pekerja dalam soal cuti bersalin, cuti untuk suami yang
baru menimang anak, cuti penjagaan dan cuti sakit bukanlah
beban kepada majikan tetapi adalah penambahan rasa semangat
dan kasih pekerja terhadap pekerjaan sekaligus kemakmuran serta
kesejahteraan kepada negara.

Kesejahteraan Kedua

”Menebuskan semula masa kita”.

Kesejahteraan negara jangan hanya diukur dari sudut
pertumbuhan ekonomi. Masa yang dikerah untuk rakyat
bekerja menambahkan pendapatan perlu diganti/ditebus dengan
memberi mereka peluang mengguna masa secara berkualiti dalam
hubungan kekeluargaan, bermasyarakat, berinteraksi, berakan-
tetangga dan berteman serta berekreasi.

232

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

TERAS percaya bahawa ukuran kemakmuran rakyat tidak
harus hanya dibatasi melalui angka ekonomi, akan tetapi perlu
juga diukur oleh jaminan rasa selesa dan tidak tertekan oleh
pekerjaan untuk bersaing dan merebut keuntungan. Rakyat yang
dapat diprogramkan dengan penggunaan masa secara berkualiti
semada untuk pekerjaan mahupun untuk diri dan keluarga akan
mengujudkan kesejahteraan yang lebih murni dan manusiawi.

TERAS mahu melihat persaingan, perebutan dan saling kejar-
mengejar untuk mendahului sesama sendiri untuk mencapai status
sosial dikikis. Hidup dalam suasana tegang untuk mengejar masa
sehingga ujud feneomena "rat race” akan mengadaikan masa
kita dari memberi perhatian kepada kehidupan berkeluarga dan
bermasyarakat yang lebih bermakna.

233

Inilah Perjuanganku

Kesejahteraan Ketiga

”Melindungi alam sekitar”

Kedamaian bukan sahaja perlu dilihat dari sudut kedamaian
dalaman tetapi juga kedamaian dengan alam persekitaran. Terlalu
ghairah dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) melalui eksploitasi
sumber alam tanpa batas akan berakhir dengan kehancuran
dan kegelisahan kehidupan rakyat. Rasa serba sempurna untuk
mengatasi semua masalah melalui teknogi setelah merosakan alam
sekitar akan meningkatkan kos untuk memulihkannya.

Sebuah kehidupan rakyat yang sejahtera akan hanya
tercapai jika ia berjalan harmoni dengan alam bukan sahaja bila
memanfaatkan sumber alam untuk generasi masakini tetapi juga
melindunginya untuk generasi mendatang.

TERAS menyarankan isu kepupusan, pencemaran dan
penimbunan sisa sebagai isu pokok. Bilamana pihak berkuasa
dan rakyat gagal menangani 3 persoalan ini, kita akan menempa
malapetaka buatan manusia sendiri. Isu perubahan cuaca,
pemanasan bumi, keracunan tanah, makanan dan udara, banjir
besar, kepupusan bekalan protin dari sumber Marin adalah alamat-
alamat mengundang kiamat yang lebih pantas.

TERAS menyarankan kenaikkan cukai untuk aktiviti yang
membabitkan sebarang eksploitasi alam sekitar terutama yang
merosakkan seperti pembakaran minyak fosil, penebangan hutan,
perlombongan basir, kuari batu dan pemumusan sampah toksid.
Disamping itu sekaligus mengurang cukai serta memberi insentif
kepada sebarang aktiviti dan projek yang menyelamat dan
memperkayakan alam sekitar.

234

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kita perlu menjadikan pencemaran dan kerosakan alam
sekitar sebagai jenayah yang mahal harganya untuk sesiapa yang
tidak bertanggungjawab.

Kesejahteraan Keempat

”Menyemak semula system pendidikan dan
budaya ilmu”.

Jika ada penentu kepada kesejahteraan yang tulin, TERAS
berpendapat ia adalah pendidikan. Namun pendidikan yang
diperlukan bukan yang bersifat persaingan merebut gred tertinggi
atau pensijilan yang cemerlang. Pendidikan juga bukan jenis
mengejar kecemerlangan akademik yang keterlaluan.

Kita jangan berpura-pura dalam pendidikan yang bertaraf
dunia. Mengujudkan Universiti yang hanya bermegah dengan
budaya ghairah kepada sijil bukan teruja untuk menghayati
ilmu.Melahirkan remaja yang tidak punya idealisme melainkan
hanya untuk mengejar kerjaya mudah. Mencetuskan generasi
pelajar yang tidak punya kepedulian kepada keadaan masyarakat.
Pendidikan yang mengeluarkan generasi tempang akhlaq dan
lesu jatidiri. Pendidikan yang mengujudkan pengajaran dan
pembelajaran sebagai suatu yang membebankan bukan suatu
yang menggembirakan.

TERAS berpendirian bahawa pendidikan yang kita perlukan
ialah sebuah pendidikan yang membina manusia seutuhnya dari
segenap segi: ilmu, emosi, akhlaq dan kemahiran. Pendidikan
yang mampu membentuk remaja yang berupaya dari sudut
ketrampilan diri, matang dari segi emosi dan berfikir serta bersedia
berhadapan dengan cabaran semasa. Kita mahu pendidikan yang

235

Inilah Perjuanganku

melahirkan kanak-kanak dan remaja yang sihat mental, cergas
fizikal, kukuh rohani dan matang emosi.

Kita mahu berusaha untuk melancarkan reformasi pendidikan
yang membina potensi insan untuk mencapai kecemerlangan
yang menyeluruh sebagai khalifah yang bertanggungjawab dan
mengamalkan gaya hidup yang berintegriti dan bermoral mulia.
Untuk itu TERAS bekerja untuk membina warga pendidik yang
membina teladan dalam sahsiah dan penuntut yang menyerap
teladan sehingga menjadi insan mithali dalam berilmu dan
beramal.

Kita mahu mengujudkan institusi pendidikan tinggi yang
melahirkan graduan lepasan universiti yang menjadi pengkritik
sosial yang sihat yang mengutamakan kebajikan masyarakat,
keadilan sosial, integriti kepimpinan yang murni dan keluhuran
moral masyarakat.

Kita mahu mengujudkan universiti yang menjadi tapak
berkembang intelektual kritikal, terhimpunnya ilmuan yang merasa
bebas untuk mempersoalkan institusi berkuasa tanpa bimbang
dimangsakan.

Kesejahteraan Kelima

“Melabur, Melabur dan Melabur untuk Pembangunan

Insan”.

Setiap ringgit yang disimpan untuk memberi tumpuan kepada
anak-anak akan menyelamatkan jutaan ringgit yang perlu
dibelanjakan untuk merawat penyakit, mengendali kes jenayah dan
menjaga keselamatan awam, menguruskan pengangguran dan
menampung kebocoran perbelanjaan negara akibat salahlaku
sosial.

236

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Jika budaya melabur untuk tujuan yang betul diserapkan
dalam masyarakat sejak generasi tunas, ditambah dengan polisi
pelaburan yang tinggi oleh pemerintah untuk membangun sumber
manusia, TERAS percaya kita ada harapan cerah untuk menjadi
negara yang terbaik dalam pengurusan manusia.

TERAS berusaha untuk membentuk kerajaan dan
masyarakat yang menghindar dari tabiat pelaburan yang salah
apatahlagi pelaburan yang mengikis kewangan awam untuk
projek yang membazir. Kita perlu kepada dasar pelaburan yang
menumpu kepada keperluan asas untuk kesejahteraan manusia.
Bukan kepada pelaburan untuk bermegah dengan pembangunan
kosmetik dan hanya bersifat simbol. Kerajaan perlu memberi
perhatian serius kepada pelaburan membina institusi keluarga
yang menjadi tapak semai untuk menumbuhkan kesejahteraan yang
berpanjangan.

Kesejahteraan Keenam

“Jangan galakkan materialisme tetapi galakkan

promosi gaya hidup yang sederhana dan
bertanggungjawab”.

Alamat kehancuran bermula dengan tamadun yang berpusat
kepada nilai hidup kebendaan yang melampau. Tatkala segala
ukuran bertumpu kepada pemilikkan benda dan seluruh hidup
menuju kepada mengejar benda, maka masyarakat akan meluncur
ke gaung kemusnahan.

TERAS melihat tamadun kebendaan kini didokong oleh
promosi yang sangat agresif untuk merebut status melalui
pemilikkan benda. Bukan sahaja dunia iklan komersial dan
komunikasi pemujukkan digembleng semaksimanya untuk

237

Inilah Perjuanganku

menjebak pengguna dewasa untuk mengejar benda, malah
generasi tunas dari golongan kanak-kanak sekalipun telah diasak
dengan keghairahan kepada benda.

Seluruh kecanggihan dunia iklan dikerah untuk mendidik
masyarakat kepada nilai hidup materialstik. Akibatnya masyarakat
dijangkiti dengan virus indivualisme, bersaing dan berkejaran
untuk memiliki, murung, stress, menyendiri dan hilang erti bahagia
yang sebenar.

Seluruh budaya dan tradisi masyarakat dicorak untuk
mengenepikan kebudayaan sendiri dan diheret untuk menjadi lebih
global dan lebih “trendy”. Masyarakat hilang timbang tara
antara fakta dan fiksyen. Arah yang merbahaya ini membuat
Sweden cuba melancarkan undang-undang khas mengharamkan
iklan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak di bawah 12
tahun. Malah masyarakat diserang dari segenap arah sehingga
tidak ada zon bebas dari pengaruh komersial.

Manifesto TERAS ialah masyarakat perlu dididik dengan
nilai yang lebih unggul iaitu tamadun ilmu dan tamadun sahsiah
mulia. Kami melihat ini akan hanya boleh tercapai melalui
pendidikan dan promosi gaya hidup sederhana dan falsafah hidup
yang bergerak kepada memenuhi tanggungjawab dan menunaikan
hak antara sesama warga masyarakat.. Budaya dan gaya hidup
yang lebih rasional untuk memberi tumpuan kepada keperluaran
asasi lebih dari kehidupan bermewah-mewahan perlu disemai
bukan sahaj melalui pendidikan awam malah diserasikan dalam
polisi resmi kerajaan. Untuk yang demikian TERAS berpegang
kepada prinsip Hidup Sederhana dan Hidup Waras sebagai slogan
penting untuk mencapai kesejahteraan rakyat.

238

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kesejahteraan Ketujuh

”Bangunkan Masyarakat Bersilaturrahmi”

TERAS berpegang kepada kehidupan insan sebagai makhluq
berjamaah dan bersaudara. Prinsip saling berkenalan antara
pelbagai qabilah berbangsa adalah prinsip pokok untuk hidup
bersama. Persaudaraan dalam ertikata hidup dalam keluarga
besar kemanusiaan memerlukan penghayatan nilai berkongsi dan
berkerjasama sebagai prinsip penting yang mengikat masyarakat
untuk mencapai kesejahteraan kolektif.

Komuniti yang teguh berdiri atas landasan kebenaran dan
keadilan akan boleh hidup dalam keadaan yang kondusif untuk
mengujudkan suasana aman dan damai.

Lantaran itu TERAS berusaha untuk bekerjasama dengan
pemerintah yang memastikan nilai tali persaudaraan dalam
masyarakat dijadikan ruh pembangunan. Bahawa kehidupan
antara manusia bertujuan untuk saling memenuhi hak dan
tanggungjawab.

Maka nilai bersaudara dan nilai keinsanan perlu dijadi nilai
unggul yang dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat dan
bernegara.

Harus dipupuk ciri masyarakat yang menghayati sifat Ar-
Rahmah dan Ar-Rahim yang mendalam sehingga tidak dibenarkan
ada peminggiran dan penyisihan dalam masyarakat. Golongan
yang lemah seperti mereka yang cacat anggota, terlantar kerana
kemiskinan dan menderitai sakit kronik, tersepit kerana tidak dapat
memenuhi keperluan asas, orang tua yang hidup tersiseh, ibu
dan bapa yang mengurus keluarga secara bersendirian,

239

Inilah Perjuanganku

golongan yang berkelana menagih simpati dan bantuan… perlu
dikendalikan dengan sebaik mungkin.

Lantaran itu TERAS memberi penekanan kepada kerajaan
untuk memberi ruang dan peluang yang luas untuk gerakan dan
kerja sosial disuburkan dalam masayarkat. Budaya kesukarelaan
perlu disegarkan disemua peringkat.

Kesejahteraan Kelapan

”Tegakkan keadilan dalam masyarakat.”

Sememangnya pengurusan ekonomi yang kukuh
sentiasa diperlukan.Namun hanya bersandar kepada KDNK
sebagai ukuran tidak cukup membantu. TERAS mahu melihat
objektif pertumbuhan ekonomi lebih mengutamakan pengagihan
yang saksama untuk rakyat melalui penyediaan kemudahan dan
perkhidmatan asas yang sempurna untuk semua.

Perbezaan dalam kualiti perkhidmatan dan kemudahan asas
antara rakyat akan menimbulkan kecemburuan sosial yang
merbahaya. Akibat terlalu bergantung kepada pasaran bebas untuk
mengatur sendiri keseimbangan sosio-ekonomi, telah melahirkan
jurang antara golongan yang berada dengan rakyat yang tersiseh
yang semakin melebar.

Kesejahteraan rakyat akan hanya tercapai jika kerajaan
mengamalkan polisi yang lebih menjaga keadilan untuk golongan
yang lemah sementara mengujudkan polisi percukaian yang
munasabah untuk golongan yang berada.

Oleh itu meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan
memberi sokongan untuk mereka yang lemah ekonomi adalah
sangat penting jika kesejahteraan rakyat dalam ertikata sebenar

240

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

hendak dicapai. Gelaran yang mengkastakan masyarakat tidak
harus diteruskan. Tradisi feudal yang merengangkan antara rakyat
dengan kelompok elit akan menimbulkan ketidakadilan yang
berpanjangan.

TERAS percaya kepada masyarakat yang lebih bersifat
egalitarian seperti yang diperlihatkan dalam masyarakat generasi
pertama yang dipupuk oleh Rasulullah s.a.w. iaitu masyarakat yang
tidak membedakan darjat sesama insan, tidak memberi
keistimewaan yang keterlaluan kepada golongan berpangkat, tidak
menjunjung manusia berkuasa berlebihan dan mengutamakan
hanya nilai ketaqwaan dan keilmuan yang benar semata-mata
sebagai kayu ukuran martabat insan.

Kesejahteraan Kesembilan

”Kenali apa yang penting”.

Pertumbuhan ekonomi nampaknya disangka sebagai ubat
segalanya. Namun kebahagiaan rakyat tidak semestinya berkorelasi
dengan peningkatan pendapatan. TERAS berpandangan KDNK
yang sering ditonjolkan sekarang bercampur dengan pelbagai
faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan yang palsu. Iaitu
pertumbuhan ekonomi yang bercampur dengan kos merawat
mangsa kemalangan jalan raya yang bertambah, komersialisasi
kesihatan yang meningkat, kos memelihara keselamatan akibat
kes jenayah yang melonjak, kos memulih alam sekitar yang
semakin musnah. Semua perbelanjaan ini tidak sebenarnya
menambah kebahagiaan rakyat. Malah dengan adanya semua
masalah ini telah mengakibatkan ada pihak yang meraih
keuntungan besar yang telah menambahkan pendapat per kapita
segolongan rakyat.

241

Inilah Perjuanganku

TERAS melihat jika kesejahteraan hendak dicapai maka
menyemak semula keutamaan kita perlu dilakukan. “Wrong
priorities leads to false decisions” itulah yang sering berlaku.
Maka kami berusaha untuk mengembalikan kewarasan dan
rasional pemerintah dalam mengerakkan jentera dan roda
pembangunan.

Keutamaan sepatutnya kepada tahap kesejahteraan rakyat
bukan hanya tahap pertumbuhan ekonomi. Perdebatan mengenai
konsep Gross National Happiness berbanding Gross National
Product seharusnya dilihat secara serius oleh semua kerajaan.

242

BAB 19

Hala tuju
Kepem im pinan
melayu Abad-21

INILAH PERJUANGANKU

T idak dapat dinafikan bahawa politik memainkan peranan
sejarah yang amat signifikan dalam proses kebangkitan
sebuah negara-bangsa. Jatuh-bangun sesebuah negara-
bangsa amat bergantung kepada halatuju kepemimpinan dan
politik semasa.

Malangnya, perkembangan dan pergolakan politik negara
secara langsung menunjukkan kepimpinan Melayu sentiasa
berhadapan dengan konflik dalaman yang tidak kunjung padam.

Politik Melayu Abad 21

Politik Melayu abad 21 tidaklah banyak berbeza daripada abad ke-
20, bahkan semakin parah. Dari segi politik, Melayu kini sekurang-
kurangnya terbelah tiga. Kalau dahulu politik Melayu hanya
diwakili oleh UMNO dan PAS, kini muncul PKR sebagai
alternatif. Melayu yang sudah bosan dengan UMNO dan kurang
cocok dengan PAS telah memilih PKR sebagai alternatif.

Tahun 1998 adalah titik-tolak yang paling tragis dalam
sejarah kepemimpinan politik Melayu. Pemecatan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri
ketika itu amat mengejutkan. Kalau dahulu kemelut politik melayu
hanya berkisar di sekitar masalah kepemimpinan dalam UMNO,
tetapi sejak tahun 1998, corak politik Melayu berubah dengan
begitu drastik.

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Walaupun sudah berlaku perpecahan di kalangan Melayu
pada tahun 1987 apabila berlaku pertandingan jawatan Presiden
UMNO di antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh sehingga
membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46, namun keadaan
itu reda pada tahun 1995 apabila UMNO dan BN menang besar
dalam PRU ke-9. Tetapi perkembangan politik pada tahun 1998
dan PRU 1999 memberi kesan yang besar. Kemenangan BN dan
UMNO yang dilihat telah memadamkan gerakan REFORMASI
yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2004, namun
realiti politik 2008 telah bertukar corak dan mewarnai senario
politik Melayu di abad ke-21 ini.

UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak
kemerdekaan 1957 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 di
Dewan Rakyat. Politik baru menuntut ketelusan dan keadilan yang
mementingkan rakyat dan pengundi mendapat tempat.

Akibat kekecohan yang ketara di saf kepimpinan Melayu
dalam pelbagai bidang sama ada kepimpinan politik, ekonomi,
sosial, budaya, korporat dan birokrat serta intelektual,
kepemimpinan bangsa Melayu telah kehilangan tumpuan dalam
memperbaiki nasib bangsa.

Di samping banyak retorik politik dilaungkan, kita juga
menyaksikan tabiat bergimik dalam kepemimpinan yang tidak
menguntungkan bangsa Melayu sendiri. Dengan aksi menghunus
keris dan bertempik untuk mengisytihar perang ke atas bangsa
sendiri, ternyata kepimpinan Melayu mudah dibuai emosi yang
tidak terkendali.

Menghulur bantuan kepada bangsa yang terpinggir bukan
dilihat sebagai sebuah amanah tetapi sekadar propaganda politik

245

Inilah Perjuanganku

dan pembinaan imej untuk diperaga. Menjelajah di kawasan
Melayu terlantar bukan kerana mahu merasai penderitaan dan
mencari jalan mengatasi kenapa derita itu berlaku, akan tetapi
kerana mahu dilihat merakyat dan prihatin kepada rakyat. Anehnya
rakyat itu jualah yang sering dijadi bahan media untuk
menunjukkan kononnya keprihatinan pemimpin yang beraspirasi
tinggi bagi memudahkannya mendaki puncak kedudukan yang
menawarkan keselesaan.

Pernyataan-pernyataan yang nampaknya lebih untuk
menonjolkan diri dari benar-benar mengatasi masalah
bangsa menyebabkan mada depan Melayu terus menghadapi
ketidaktentuan.

Nampaknya masyarakat Melayu terbanyak sudah tidak lagi
menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada kepemimpinan
Melayu yang sedia ada, lantaran yang disaksikan dan dipekikkan
ialah laungan dan retorik besar tanpa komitmen bersungguh-
sungguh untuk mengubah nasib bangsa.

Yang nyata ialah persoalan bangsa Melayu dalam pelbagai
sektor kini sangat rapuh bila berhadapan dengan persaingan dan
rempuhan global, sehingga banyak kepentingan bangsa terpaksa
diperjudikan hanya kerana pemimpin-pemimpin mencanangkan
agenda peribadi dalam perlumbaan di pentas politik.

Pemikiran dangkal sesetengah pemimpin telah meletakkan
bangsa Melayu dalam keadaan yang merugikan. Bukan kerana
bangsa Melayu tidak mahu dan tidak mampu bersaing, akan
tetapi akibat pemimpin yang tidak jujur dan hanya mementingkan
kuasa dan kedudukan daripada soal memperbaiki nasib bangsa
Melayu terbanyak, telah menjadikan bangsa Melayu terus berada
di pihak yang tersudut.

246


Click to View FlipBook Version