The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinafarush76, 2021-07-02 07:03:36

Inilah Perjuanganku - Cikgu Azmi

BAB 12

Politik, Politikus,
Negara dan Umat

INILAH PERJUANGANKU

“ ual, loya, bosan dan kecewa,” ujar Hj Ismail bila
aku bertanya kepadanya mengenai politik Negara’.
Sukar untuk mengubati rasa kekesalan ramai
rakyat yang tidak lagi percaya krpada ahli politik. Memang ada

Mkebenaran dari istilah “political animal”.
“Politik adalah satu disiplin dalam kehidupan. Tetapi
mendisiplinkan ahli politik yang tidak berdisiplin menjadi politik
hilang integriti,” hujah aku. Meneliti senario politik terkini,
perasaan rakyat bercampur antara marah dan kecewa. Ada
kekaburan dalam memahami hubungan antara rakyat dan wakil
rakyat.

Dalam demokrasi wakil rakyat boleh datang dari sebuah
parti politik yang meletakkan seorang dipileh oleh parti untuk
dicalonkan dalam pilihanraya. Dalam hal ini difahami bahawa jika
dia menang maka dia mewakili rakyat kerana dipileh dengan
majoriti undi disesuatu kawasan pilihanraya di peringkat parlimen
atau dewan undangan negeri. Akan tetapi dia juga mewakili parti
kerana dia bertanding atas tiket sebuah parti.

Maka perjanjiannya adalah kepada rakyat dan kepada parti.
Lain pula jika dia bertanding atas status bebas dan jika dia
menang maka dia mewakili rakyat dikawasan yang dia menangi
tanpa terikat kepada mana-mana parti politik.

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pada asasnya seorang wakil rakyat pada hakikatnya mewakili
rakyat. Parti adalah sekunder. Tetapi bila dia menang atas tiket
sebuah parti maka kebertanggungjawabannya berkait juga dengan
parti. Ini sah kerana dalam demokrasi yang membenarkan parti
politik ditubuhkan, jika jumlah kerusi yang dimenangi oleh sebuah
parti adalah majoriti ketimbang parti yang lain, maka ia boleh
membentuk kerajaan. Bermakna mereka yang dilantik dalam
kerajaan adalah dikalangan wakil rakyat dari parti atau pakatan parti
yang menang.

Di sinilah demokrasi sering dimanipulasi untuk merebut
kerusi dan jawatan. Semurninya demokrasi bermula dengan hak
mengundi setiap pengundi yang layak tanpa paksaan, sehingga
boleh menyertai mana-mana parti politik untuk bersaing. Malah
boleh menjadi calon pilihanraya setelah memenuhi syarat, semada
bebas atau berparti.

Namun demokrasi juga sepatutnya dibatasi oleh kontrak
dan ikatan amanah dan kebertanggungjawapan seorang wakil
rakyat kepada rakyat. Sewajarnya sentimen rakyat tidak boleh
dipermainkan ketika berkempen dalam pilihanraya dengan
slogan, manifesto dan beragam gaya berfoto dengan rakyat.
Tetapi sesudah menang beralih wadah atas keputusan sendiri atau
berkomplot sesama wakil rakyat yang lain untuk mengkhianati
apa yang dijanjikan kepada rakyat melalui parti yang diwakilinya
ketika pilihanraya. Sepatutnya secara moral undi rakyat tidak
boleh dijual beli dengan tawaran jawatan dan kesempatan untuk
naik dalam karier politik.

Ketika rakyat dipengaruhi untuk mengundinya seorang
calon perlu sedar bahawa dia telah mengikat janji akan setia

149

Inilah Perjuanganku

kepada kepercayaan rakyat. Walaupun mungkin rakyat mengundi
berdasarkan parti politik bukan berasaskan calon, namun
keterikatan wakil rakyat tetap akauntabilitinya kepada rakyat
secara langsung, bukan hanya kepada parti.

Dewasa ini jelas wakil rakyat menjadi komoditi murahan.
Ada musim jualan murah membeli wakil rakyat oleh parti politik
yang memancing dengan umpan jawatan. Persetankan soal undi
rakyat yang memenangkannya atas janji parti politik yang
mempertandingkannya dalam pilihanraya. Musim jualan murah
wakil rakyat nampaknya menjadi kaedah persilatan politik dinegara
ini.

Cerita lompat parti dan khianat parti lumrah dalam politik
Malaysia. Bermula dengan berita angin kemudian menjadi realiti.
Bukan sekadar mengkhianati wadah yang melonjakkannya naik
kepersada medan politik, malah mempersenda kepercayaan
rakyat dengan dakwaan dia lebih tahu dari rakyat yang dianggap
bodoh. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah mengheret
gerombolan penyokongnya untuk turut serta dalam dakwaannya
akan ramai lagi bakal mengistihar keluar parti.

Semua ini dilakukan tanpa mengendahkan sedikit pun
janjinya kepada rakyat. Maka dia sanggup melelong diri dengan
harga tinggi untuk dibeli dipasar politik yang sangat murah.
Harga sebenar bukan sekadar wang dan jawatan tetapi hakikatnya
adalah maruah dirinya sendiri.

Akan tetapi lantaran politik gaya ini menjadi sangat lumrah,
tidak ada wakil rakyat berasa bersalah untuk berada dalam lembah
politik kotor.

150

Politik adalah satu disiplin
dalam kehidupan. Tetapi
mendisiplinkan ahli politikyang
tidak berdisiplin menjadi politik

hilang integriti,

Inilah Perjuanganku

Politik menjadi kotor kerana ahli politik yang kotor. Atas
nama politik dan kepetahan lidah berbelit mengabsahkan
tindakan politik kembiri dan politik nafsu perut dan bawah
perut, rakyat dibaham dengan rakus manakala wakil rakyat hidup
senang-lenang dan lumayan.

Kini gejala wakil rakyat menjual diri, segar semula. Mereka
yang sudah selesa dijawatan tinggi setelah tawar-menawar politik
dimuktamadkan, persekitaran politik kotor mula dipenuhi
sampah dan jualan ahli politik terpakai yang sebenarnya murah.
Rumah belum siap, pahat pasti akan berbunyi. Sungutan, saling
melontar pendapat yang tajam dan sinis sesama ahli politik dalam
wadah politik mula heboh.

Pertelagahan menuntut jawatan dalam kerajaan walaupun
dalam perikatan yang sama bergolak terus. Rasa tidak puas hati
mengenai bagaimana ghanimah politik dibedak dan dibahagi-
bahagikan tidak akan reda. Dakwaan parti politik ini yang lebih
menguasai kerusi dan parti politik itu yang berperanan menjadi
king-maker menjatuhkan lawan, akan saling bertelagah dan
berkomplot. Sesudah lawan dijatuhkan dengan riuh rendah
dipasaraya jualan politik murahan, kini jualan sesama parti politik
dalaman pula bermula.

Inilah kejelekan politik yang memualkan rakyat. Ahli politik
menuding lawannya berpolitik akan tetapi pada hakikatnya
memang orang politik pasti bercakap bernuansa politik selagi dia
adalah ahli politik berjawatan.

152

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Politik Nombor

Pelbagai istilah kini dilontar dalam kamus politik negara. Kini
politik nombor menjadi istilah paling panas dibahas. Lantaran itu
yang jelas ia menjadi norma baharu politik Malaysia sekarang ini
iaitu norma politik lompat parti untuk meraih bilangan kerusi yang
mencukupi.

Di satu ekstrim, politik berpaling tadah sedang mulai
dinormakan. Alasannya kerana ada ahli politik tidak sehaluan,
berdendam dan menerima tawaran yang lebih lumayan. Disatu
esktrim yang lain politik mencantas dan menfitnah juga menjadi
kelaziman demi mendapat sokongan.

Politik nombor ini bukan baharu. Sejak demokrasi
diperkenalkan, perhitungan undi majoriti dijadi matlamat
sesebuah parti politik. Memenangi bilangan nombor kerusi
pilihanraya menjadi keutamaan. Menarik sebanyak mungkin undi
untuk meraih kemenangan sebanyak mungkin kerusi adalah
objektif yang mahu dicapai tidak kira secara sah atau melalui
penipuan atau suapan.

Demokrasi bukan sahaja soal mendapat bilangan undi majoriti
dengan menjanjikan segala yang menarik kepada pengundi, malah
juga soal berapa banyak wang yang boleh ditawarkan untuk
menarik seorang yang boleh menambah bilangan kerusi.

Setelah selesai pilihanraya ada lagi kemungkinan seseorang
ahli politik yang menang, dapat dipancing untuk melompat parti
dan merubah bilangan kerusi pemerintah mahupun pembangkang.
Yang tadinya menjadi kerajaan, boleh sahaja

153

Inilah Perjuanganku

menjadi pembangkang bila bilangan kerusi berubah memihak
kepada pembangkang dan kerajaan dijatuhkan.

Perkiraan seorang ahli politik yang mahu melompat parti
bukan lagi kerana prinsip. Malah yang diberi keutamaan ialah
tawaran posisi yang diidamkan selama ini.Lalu boleh sahaja
konfigurasi nombor politik berubah untuk menjamin karier
politik seorang politikus.

Malang sekali bila politik negara dicemari, mandat rakyat PRU
14 tergadai oleh segerombolan parti politik dan ahli parlimen
berpaling tadah dan bermain nombor untuk menjatuhkan sebuah
kerajaan pilihan rakyat.

Dari jutaan pengundi yang memilih wakil yang mendudukki
kerusi di Dewan Rakyat, sebahgian 222 orang ahli parlimen
pula berpolitik sesama sendiri, mengenepikan mandat rakyat
dan memutuskan untuk melompat parti dan bergabung untuk
mengambilalih Putrajaya.

Lalu wacana politik dinegara ini berpindah kepada
perbahasan politik survival dan politik perut. Rakyat berdepan
dengan pandemik dan keluncuran ekonomi, ahli politik bergelut
dalam pertarungan merebut kuasa.

Mungkin ada kebenaran dalam hujah dan alasan bergabung
dalam perjanjian politik untuk mempertahan dan merebut kuasa.
Akan tetapi bila peralihan sokongan dirundingi, malangnya maseh
tetap tidak menambahbaikkan keadaan negara. Keruncingan
ekonomi bertambah rumit, tanggungan hutang negara meningkat.

Soalnya ada sindrom “letih dan penat” di kalangan rakyat
mengikuti wacana politik negara. Membaca kenyataan ahli politik,

154

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

meneliti kes pembicaraan dimahkamah melibatkan sejumlah ahli
politik, membaca cypertroopers bermain sentimen membenci dan
mereka-reka berita palsu, mengakibatkan sebahgian rakyat bosan
dan semakin jemu dengan politik negara.

Kini yang sangat diperlukan ialah politik aras tinggi. Bukan
politik adu domba, jauh sekali politik fitnah. Politik majoritianism
tidak harus dirosakkan dengan autorianism. Rakyat akan mudah
menerima jika pemikiran bernas dan hujah waras dan bijak
diketengahkan. Adab berbincang dan berbahas secara murahan
dan tidak beradab dalam dewan Rakyat amat mengecewakan.
Melihat ahli parlimen mempamir ucapan liar dan saling
menyerang sehingga dewan berubah menjadi medan meluah
bahasa yang kasar menyebabkan rakyat tidak ada harapan untuk
menikmati politik sihat dan politik bijaksana.

Politik nombor hanya lapisan tipis demokrasi. Yang mendapat
majoriti dianggap berkuasa. Tetapi sebenarnya demokrasi lebih
besar dari sekadar nombor. Ia lebih tinggi dari hanya bilangan
kerusi.

Politik nombor terdedah kepada jual beli sokongan.
Sering ujud perundingan dibelakang tabir. Kadangkala ujud
juga ugutan. Politik menunjukkan bilangan nombor adalah rapuh.
Perundingan sehingga mencemarkan demokrasi sihat,
menghalalkan yang haram hanya untuk menang.

Bila insiden demi insiden pencabulan terhadap mandat
rakyat dilakukan, nilai politik semakin tidak berharga. Diakhirnya
rakyat maseh mengharapkan yang terbaik jika pun kerajaan
berubah melalui nombor, biarlah negara dan rakyat akan semakin
bertambat baik juga dari sudut nombor seperti angka

155

Inilah Perjuanganku

pengangguran semakin menurun, hutang negara dikurangkan,
defisit dalam bajet dapat diminimakan, dan lekud Covid19
dileperkan.

Kemahuan Politik

Kerap kedengaran kata-kata “kemahuan politik”
(political will). Apakah maksudnya dan apakah implikasinya
serta bagaimana mengukur keberkesanannya, sangat penting agar
ia tidak menjadi retorik kosong. Kemahuan politik sangat asasi
kepada proses membuat keputusan dalam sesebuah negara.

Dalam isu membela pelanggaran hak manusia dan menuntut
keadilan dan akauntabiliti, kemahuan politik menjadi sangat
kritikal. Keazaman sehingga tertegak kebenaran dan keadilan
untuk merubah sesebuah sistem atau dasar akan menjadi petanda
kepada kesungguhan kemahuan politik yang bermakna. Ia juga
kritikal bila ada kelompok masyarakat yang menghadapi sistem
yang tidak adil.

Untuk mengukur kemahuan politik yang bersungguh
bergantung kepada sejauhmana inisiatif, penilaian, mobilisasi,
peruntukan dan penguatkuasaan diambil oleh aktor politik.
Kesemua komponen ini akan menunjukkan komitmen berterusan
sebagai isyarat kemahuan politik yang serius.

Maksudnya kemahuan politik adalah sebuah keazaman yang
menggunakan posisi seorang ahli politik untuk menentukan
tertegaknya polisi yang akan memberi impak kepada rakyat,
terutama rakyat tertindas.

Kemahuan politik sering dikaitkan dengan keupayaan atau
ketidakupayaan untuk menetap dan melancarkan sebuah dasar

156

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

pembangunan. Keupayaan mengerakkan perubahan politik
ditengah sebuah sistem yang pincang, adalah kemahuan yang
perlu dizahirkan dengan jelas.

Kemahuan politik selalunya diungkap secara umum dan
merangkumi hampir semua aspek. Akan tetapi sangat kabur
sehingga kekadang tidak dapat memberi pencerahan yang jelas
terhadap proses politik itu sendiri. Untuk itu sebuah takrif yang
khusus terhadap kemahuan politik perlu diungkapkan. Jika ia
bermaksud suatu keazaman oleh seorang aktor politik untuk
bertindak atau menyatakan sesuatu demi menegakkan keadilan dan
kebenaran, maka ia ada implikasi yang akan hadapi.

Implikasi awal ialah ia mengenepikan apa sahaja halangan
untuk mencapai matlamat yang diinginkan termasuk berdepan
bantahan dari mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan
keputusan yang diambil.

Kuat atau lemah seorang aktor politik akan memberi kesan
kepada keputusan yang akan diambil. Dalam erti kata lain jika
keazaman seorang ahli politik cukup kuat maka ia perlu bersedia
dan sanggup menghadapi risiko politik yang bakal dihadapi.
Risiko hilang jawatan dan populariti mungkin pertimbangan
yang sering difikirkan oleh ahli politik yang menentang arus.

Seorang pemimpin yang memilikki kemahuan politik yang
cekal perlu punya visi dan kapasiti bahawa ia yakin dan boleh
membawa perubahan. Visi harus jelas. Keupayaan merealisasi
perubahan juga perlu mantap.

Kemahuan politik boleh datang dari seorang ahli politik
secara individu mahupun keputusan yang diambil secara kolektif.

157

Inilah Perjuanganku

Ia bersumber dari keberanian untuk menyatakan kebenaran tanpa
takut kehilangan jawatan.

Dalam senario politik negara mutakhir ini nampaknya jelas
kemahuan politik kebanyakan aktor politik terkait dengan soal
populariti. Populariti menjadi pertimbangan utama. Risiko akan
ditolak oleh pengundi atau rakyat mahupun rakan parti politik
sendiri sering menyebabkan aktor politik keberatan mengambil
risiko mengzahirkan kemahuan politik.

Semakan realiti politik negara kini kelihatan mengecewakan.
Perebutan kuasa menyebabkan politik menjadi medan penuh
pertelingkahan dan saling mencantas antara lawan. Persaingan
politik sering mencetuskan kegawatan yang tidak menguntungkan
rakyat dan negara. Kalimah demi rakyat sering diangkat,
akan tetapi para ahli politik kekeringan kejujuran politik.
Kemahuan politik yang diasaskan tanpa kejujuran politik akan
menghampakan.

Kita memang memerlukan aktor politik yang memilikki
kemahuan politik untuk keadilan dan kesaksamaan yang
mantap jika rakyat dan negara ini mahu dikemudikan kearah
kesejahteraan yang tulin. Politik yang berlegar hanya disekitar
soal merebut kuasa tetapi tidak menghayati tanggungjawab,
amanah dan mandat rakyat tidak akan membawa perubahan yang
sepatutnya.

Apa yang sedang berlaku sekarang sarat dengan percaturan
politik yang bukan berasaskan kemahuan politik murni. Tekad
politik kini dipenuhi dengan helah dan dalil politik yang
menggunakan kaedah “matlamat menghalalkan cara”.

158

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Dalam keadaan sekarang rakyat memerlukan kepimpinan
politik yang kukuh dan diyakini. Pertimbangan setiap aktor politik
sepatutnya menampilkan kemahuan politik untuk mengutamakan
kesejahteraan rakyat, menangani kegawatan ekonomi dan
mengangkat semula negara kemercu kegemilangan. Bukan untuk
kepentingan diri dan politik sempit.

Kemahuan politik adalah ciri yang diperlukan dikalangan
pimpinan politik dengan syarat ia adalah murni untuk membawa
perubahan yang diharapkan. Agenda memacu semula ekonomi
negara dalam keadaan pandemik Covid-19 memerlukan kekuatan
sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri
yang berwibawa dan memilikki kemahuan politik yang tinggi.

Kini kemahuan politik hanya retorik kebanyakan para aktor
politik yang berfikiran sempit dan dangkal. Kemahuan politik
menjadi lontaran kata-kata popular. Namun ia tidak membawa
apa-apa kesan.

Mandat rakyat diberi dalam pilihanraya. Akan tetapi ketika
bertembung antara kepentingan rakyat dan kepentingan parti dan
kesetiaan kepada pembiaya politik, kemahuan politik
dikesampingkan.

Kerajaan Tanpa Parti Politik

Demokrasi menetapkan siapa yang layak untuk bertanding dalam
pilihanraya boleh berbuat demikian bersandarkan hak manusia dan
hak dalam perlembagaan. Sejak mencapai kemerdekaan dan
memilih sistem demokrasi sebagai sistem pemerintahan negara,
bermunculan parti politik yang digerakkan oleh mereka yang
mempunyai gagasan untuk membentuk sebuah kerajaan berdasar
ideologi politik masing-masing melalui pilihanraya.

159

Inilah Perjuanganku

Persaingan antara parti politik mewarnai sistem demokrasi
diseluruh dunia walaupun ada negara seperti Malaysia yang
mengekalkan sistem monarki. Sistem multi parti politik diamalkan
dikebanyakkan negara sehingga muncullah mereka yang bergiat
aktif dalam parti yang ditubuh untuk mempengaruhi undi rakyat
menyokong parti mereka. Namun mereka yang menjadi ahli parti
juga bersaing sesama mereka untuk merebut jawatan penting
dalam parti mereka sendiri agar layak disenaraikan sebagai calon
parti untuk pilihanraya.

Demokrasi menjadi medan berlaku persaingan antara
pelbagai puak antara parti dan dalam parti. Disinilah ahli politik
bertarung untuk merebut jawatan sehingga politik semakin
terserlah sebagai medan merebut kuasa atas nama rakyat.

Kemelut politik menjadi sangat rumit bila ideologi politik
bercampur unsur perkauman yang tajam sehingga lahirnya
polarisasi pengundi didalam masyarakat. Ahli politik membuat
perhitungan dan ada yang mengguna taktik kotor untuk membeli
dan memancing sokongan demi kepentingan diri dan parti masing-
masing. Lebih parah strategi saling menjatuhkan dan membunuh
politik lawan dilazimkan dan menjadi lumrah. 222 kerusi di Dewan
Rakyat dan 576 kerusi di Dewan negeri menjadi rebutan. Dikedua
dewan inilah, nasib 32 juta rakyat ditentukan.

Kini yang menjadi persoalan ialah bila tanggapan dan
keyakinan rakyat terhadap ahli politik dan parti politik berada
pada tahap yang paling rendah. Rakyat yang merasa jelak dan
bosan kepada ahli politik sering kedengaran. Ditambah rakyat
terhimpit dengan sejumlah masalah, orang politik dan tajuk politik
paling merimaskan rakyat.

160

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Kekecewaan rakyat meningkat apabila mandat rakyat yang
dizahirkan dalam pilihanraya dirampas oleh ahli dan parti politik
melalui pintu belakang. Sementara itu rakyat terpaksa berdepan
dengan isu pandemik Covid-19 yang semakin merumitkan. Mata
pencarian serta pendapatan rakyat terjejas teruk, keselamatan
sosial semakin tidak terjamin. Dalam masa yang sama rakyat
menyaksikan pembicaraan kes pemimpin negara pecah amanah
yang mengecewakan rakyat, polarisasi dan kesangsian antara
kaum meningkat, isu kos sarahidup yang belum cukup ditangani
dengan berkesan.

Namun ahli politik selesa dengan pelbagai elaun yang
lumayan dan hidup cukup selesa. Masing-masing bergelut
menjaga kerusi masing-masing. Berhujah di Dewan Rakyat
mahupun Dewan Negeri hanya sekadar menonjol diri agar dilihat
juara berbicara namun pada hakikatnya tidak serius merongkai
masalah rakyat. Lebih parah, ahli politik ghairah menumpu
kepada percaturan antara parti, mengolah strategi untuk meraih
kuasa.

Dalam kemelut politik yang merimaskan inilah suatu kaedah
luar kotak mungkin boleh diusulkan. Yaitu sebuah kerajaan
yang dibentuk dari calon pilihanraya yang bukan mewakili parti
politik. Kerajaan yang dibentuk dikalangan orang bukan parti
politik tetapi dikalangan rakyat terdiri dari ahli rofessional, ahli
akademik, tokoh masyarakat, ahli agamawan, pesara birokrat dan
teknokrat.

Mungkinkah ajakan seperti ini mampu memulihkan
kegawatan politik yang tidak berkesudahan. Sememangnya ia tidak
mudah kerana negara telah diwarnai oleh politik kepartian

161

Inilah Perjuanganku

sejak dari awal pilihanraya diperkenalkan dinegara ini. Namun
ia tidak mustahil jika kebuntuan politik antara parti terus
merencatkan negara untuk maju kehadapan.

Adalah suatu harapan pasca Covid-19, negara akan dipacu
oleh sebuah kerajaan yang tidak bergelut dengan orang politik
yang mencatur kuasa tetapi dikemudi oleh sebuah kerajaan yang
benar-benar mengatur rencana bernas untuk memulih ekonomi
negara.

Sudah sampai masa rakyat tidak menjadi buah dadu
yang dipermainkan oleh ahli politik berkepentingan peribadi.
Pilihanraya tidak harus menjadi gelangang parti politik
mempengaruhi rakyat untuk meraih undi dengan strategi kotor.
Mandat rakyat adalah keramat. Jika sokongan rakyat digadaikan
hanya kerana kepentingan peribadi dan kepartian sempit, rakyat
harus bersedia menarik balik sokongan yang dikhianati.

Malaysia berpotensi maju sebagai negara yang boleh
dicontohi dalam mengendalikan sistem demokrasi. Namun
Malaysia juga boleh kecundang jika kefanatikan politik kepartian
mengatasi mandat rakyat.

Demokrasi Tidak Sempurna

Bila merdeka diistiharkan pada 31 hb Ogos 1957 negara ini
megah mengibar benderanya. Jeritan merdeka kedengaran di
stadium negara ketika itu. Bendera Union Jack diturunkan.
Semua bangsa megah merasa negara ini berdaulat dan tidak lagi
dibawah penjajah British.

Raja-raja Melayu dikekalkan dan negara ini ditadbir dengan
demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Namun

162

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

kebebasan mutlaq ditolak untuk menjaga keharmonian antara
kaum dipelihara sebaik mungkin. Beberpa peruntukan undang-
undang keselamatan diluluskan di parlimen.

Pokoknya demokrasi terpimpin menjadi pilihan kita dalam
membentuk kerajaan. Penubuhan parti politik dibenarkan untuk
bertanding dalam pilihanraya. Calon tidak berparti juga
dibolehkan.

Setelah 14 PRU berlalu, demokrasi dikatakan subur dinegara
ini. Kita menolak sistem autokratik apatahlagi sistem pemerintah
diktator. Kita merayakan pemilihan wakil rakyat untuk meletakkan
wakil rakyat di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri.

Mandat menjalankan pilihanraya diberi kepada SPRM. PRU
atau PRK, dilaksanakan dengan segala peraturan dan syaratnya.
Masing-masing rakyat punya kepentingan semada ekonomi, sosial,
pendidikan dan pembangunan. Antara kaum diingatkan wujudnya
kontrak sosial yand diikat dalam persepakatan
perlembagaan.Kedudukan Islam, Raja, bahasa, dan bumiputera
menjadi kerangka penting.

Maka parti politik ditubuh oleh pelbagai pihak. Ada
berasaskan ideologi, ada berasaskan kaum. Masing-masing
mengutarakan manifesto untuk meyakinkan pengundi. Masing-
masing menampilkan calon untuk bertanding dalam pilihanraya.

Parti hanya wadah. Yang menjadi penentu buruk baiknya
sebuah parti politik adalah wakil rakyat yang dipileh oleh rakyat.
Maka, atas nama demokrasi parti politik ditampilkan untuk dipileh
rakyat. Bila menang, rakyat mengisyaratkan wakil rakyat dari parti
itu benar-benar mewakili mereka. Atas nama parti yang

163

Inilah Perjuanganku

bertanding ia dipileh oleh rakyat kerana pengaruh parti diberi
perhatian oleh pengundi. Dia berjanji akan setia kepada parti dan
rakyat diyakinkan perjuangannya adalah berwadahkan parti itu.

Disinilah bermula cabaran besar semangat demokrasi diuji.
Perjanjian hakikatnya adalah antara wakil rakyat dengan parti
yang ia tandingi dan wakil rakyat dengan kawasan pilihanraya
dimana ia bertanding. Janjinya ialah dia dipileh rakyat melalui parti
dan dengan itu dia berkhidmat kepada rakyat melalui parti.
Memang pengaruh calon adalh besar tetapi parti lebih besar sebab
calon membawa ideologi parti.

Malangyna apa yang sedang disaksikan sekarang ialah
demokrasi semakin sarat dengan penipuan dan pengkhianatan.
Disatu saat menampilkan faham ideologi parti, namun disaat
lain saling tawar menawar untuk berpindah dan melompat
parti. Tidak berpuashati kerana tidak dapat jawatan dan habuan
yang dimahukan, ia menjual dirinya untuk bergabung dengan parti
lain. Parti yang menjaminkan jawatan dengan syarat diamelompat.

Bila ditanya bukankah melompat parti itu khianat? Dengan
mudah dijawab, ini adalah demokrasi. Semua berhak membuat
pilihan dalam sistem demokrasi katanya. Termasuk keluar parti
dan masuk parti lain. Keputusan dari rakyat dipersetankan kerana
yang dipentingkan ialah habuan yang diraih untuk mendapat
kedudukan yang diidamkan selama ini.

Tidak dipedulikan sumpah dan maki hamun kepada parti
lawan selama ini ketika dia berkempen. Ada sahaja dalil dan
sandaran politik, kepentingan kaum dan agama yang dilaungkan
untuk menjustifikasikan kenapa dia lompat parti.

164

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Namun diakhirnya jika diselami secara mendalam, terserlah
niat wakil rakyat yang sebenar. Yang dikejar ialah kedudukan dan
laba. Politik dalam sistem demokrasi dianggap pelaburan. Dengan
ratusan ribu atau mungkin jutaan ringgit yang dijadi umpan sebagai
pelaburan, apakah yang bakal diperolehi? Apakah habuan dan
jaminan yang dijanjikan? Bagi wakil rakyat yang melompat parti
bagi memenuhi bilangan kerusi untuk menjatuhkan kerajaan,
apakah jawatan yang ditawarkan?

Demokrasi akhirnya menjadi medan menghitung nombor.
Majoriti dalam pilihanraya yang diberi rakyat kini menjadi
permainan yang dicatur oleh mereka yang punya wang untuk
ditawar semada jaminan kedudukan dan jawatan.

Di parlimen, dulu kawan kini lawan. Maka dewan demokrasi
tertinggi iaitu parlimen menjadi medan berdebat untuk
memalukan, menjatuhkan dan mengaibkan. Jangan peduli soal
adab dan akhlaq. Yang penting mempamirkan “keberanian”
berucap tanpa batas peraturan mahupun fakta.

Hujah kita, sistem terbaik adalah demokrasi dengan segala
kelemahannya. Dalam masyarakat majmuk yang berlandaskan
perlembagaan kita bertahan untuk memastikan negara ini kekal
aman, maju dan berkongsi kesejahteraan. Akan tetapi atas nama
demokrasi wakil rakyat telah merongkai rukun dan tonggak
negara yang kita bina selama ini.

Tahun ini kita berumur 63 tahun sebagai negara merdeka.
Jangan rosakkan proses membina negara bangsa dengan
mengkhianati amanah dan mandat rakyat dengan bermain politik
jualan murah dan politik lompat melompat yang memualkan.

165

BAB 13

Balak, ekonomi dan
Kha li fa h A la m

INILAH
PERJUANGANKU

A da konsep tersendiri bila setiap Muslim menilai sumber
alam. Air, bumi, pantai, tasik, tadahan air, sungai, bukit,
tanah mahupun balak di hutan. Semua ini bukan
sekadar komoditi untuk dijadi barang jualan. Akan tetapi ciptaan
Tuhan yang memilikki nilai kudus dan pertanggungjawapan
manusia, sesuai untuk dihuni manusia di muka bumi ini, bukan
hanya alam yang bersifat pepejal, cecair mahupun gas dan wap
tanpa makna dan nilai ruhani.

Kalimah yang diguna dalam Al-Quran adalah “Khalifatul
fil ardh” (Khalifah dimuka bumi). Manusia dikaitkan
dengan alam berstatus khalifah. Ertinya sementara alam adalah
untuk manfaat manusia namun bukan untuk dieksploitasi
sewenangnya. Manusia adalah khalifah alam bererti sebagai
pemegang amanah untuk memelihara seluruh ciptaan alam flora
dan fauna.

Bagaimanapun para ahli ekonomi, ushawan dan sebahgian
pemimpin kerajaan pula memberi nilai wang kepada setiap
sumber alam. Sumber bumi dianggap sebagai sumber untuk
dieksploitasi, diubah dan dikomoditikan untuk manfaat ekonomi.
Kerajaan negeri sering mengguna kuasa untuk menentukan
kelulusan konsesi pembalakkan dan perlombongan dengan
perkiraan bahawa ia adalah sumber ekonomi yang perlu
dieskploitasi sebagai perolehan negeri. Negeri menekankan haknya
untuk menjadikan hutan dan balak sebagai sumber ekonomi. Jika

Inilah Perjuanganku

tidak, kerajaan negeri akan menuntut agar kerajaan persekutuan
membayar pampasan sebagai ganti kerana sumber negeri tidak
dibenar dieksploitasi.

Antara khalifah dan manusia yang hanya berfikir untuk
meraih keuntungan, pertanggunjawaban sebagai khalifah adalah
lebih utama. Manusialah yang harus mengubah cara hidup agar
sesuai dengan fitrah dan keseimbangan alam supaya amanah
yang pikul sebagai khalifah dapat diterjemahkan. Sebagai sebuah
kerajaan, pertanggungjawapan lebih berat sebab kualiti alam
sekitar perlu dijaga di samping itu kos memperbaiki kerosakan
alam jauh lebih membebankan jika kerajaan hanya mementing
keuntungan jangka pendek. Juga kerajaan perlu memikirkan
model pembangunan yang tidak mengenepikan soal kesan jangka
panjang bila sumber alam dieksploitasi.

Secara umum bila istilah khalifah dikait dengan individu
maka setiap insan yang dilantik untuk memikul amanah
menjaga alam akan dipersoalkan dihadapan Pencipta nanti.
Dalam Al Quran diungkap “Aku akan menjadi khalifah
dimuka bumi. ..” (Surah Baqarah : 30). Bermakna khalifah
akan disoal apakah fungsi kekhalifahannya dibumi ini telah
disempurnakan atau sebaliknya.

Dengan demikian, manusia perlu tahu sifat alam dan bagaimana
ia berfungsi. Manusia perlu tahu bagaimana berinteraksi dengan
alam sebagai rakan. Bukan sebagai penghancur dan perosak bila
alam dikomiditikan untuk dieksploitasi.

Keseimbangan, saling berkait, mampan dan susunan yang
indah pada alam adalah sifat ciptaan Allah Yang Maha Agung.

168

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Dari suhu dan cahaya sehingga hujan dan kemarau, semuanya
ada giliran dan waktunya. Dari lapisan ozon hingga soal dasar
laut. Semua ada fungsinya yang tersendiri sesuai dengan ciptaan
yang saling berkait serba seimbang.

Perubahan cuaca kini sedang menunjukkan kesannya.
Fenomena pemanasan global adalah realiti yang tidak dapat
dinafikan seperti pandemik Covid-19. Kesan rantaian perubahan
cuaca kini merentas sempadan. Kecairan kutub, kenaikan paras
laut, banjir besar, taufan, tsunami, kemarau, gempa bumi, wabak
baharu. Semua ini bukan khayalan tetapi realiti yang mengerikan.

Ciri dan perjalanan alam menjadikan bumi ini sangat sesuai
untuk manusia menghuninya. Akan tetapi kerosakan akibat
kerakusan manusia menghancur keseimbangan fitrah alam
telah memporak-perandakan keadaan. Bumi sudah rosak dan
tidak lagi mampu menampung ketamakan manusia atas nama
pembangunan dan kemajuan.

Kajian dijalankan pada 2015 mendapati Malaysia antara
negara yang mengalami kehilangan hutan paling cepat dan
tertinggi di Asia Tenggara untuk tempoh antara 2000 hingga
2012.

Inilah persoalan yang kini menjadi krisis antara manusia
dan alam. Dari hutan yang punya fungsi tersendiri, namun dilihat
sebagai sumber balak yang bernilai jutaan ringgit. Kesan
pembalakkan yang mengakibatkan tanah runtuh, kemusnahan
tadahan air, pemendapan sungai, pencemaran sungai dan banjir
adalah natijah yang tidak dipeduli asal dapat meraih keuntungan
maksimal.

169

Inilah Perjuanganku

Maka sebab itu ada kerajaan negeri ghairah untuk meluluskan
lesen pembalakan dan perlombongan kerana yang paling utama
adalah untuk keuntungan ekonomi. Tidak mengejutkan lobi di
belakang tabir sering menjadi lumrah untuk mendapat konsesi
balak dan lesen lombong. Politik dan rasuah menjadi kelaziman
dalam meluluskan projek untuk mengeksploitasi alam.

Negara ada menggubal Dasar Alam Sekitar Negara (DSAN).
Matlamatnya untuk membangun kesejahteraan alam sekitar dan
pembangunan lestari. Menyelami 4 dari 8 prinsip Dasar Alam
Sekitar Negara yang menekankan pengawasan alam sekitar,
pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam, peningkatan
berterusan kualiti alam sekitar dan penggunaan mapan sumber-
sumber asli. Maka pembalakkan mengikut skala yang dilaksanakan
di negara sekarang ini, jika berterusan, pasti akan memberi kesan
kerosakan di luar kawalan.

Antara alam, ekonomi dan pertanggungjawapan sebagai
khalifah, kerajaan perlu mempunyai integriti dan kekuatan moral
untuk mempertahankan sekuriti alam dengan dasar yang
dikuatkuasakan dengan berkesan. Bukan sekadar retorik di atas
kertas semata-mata.

Politik Vaksin Covid-19

Sebelum pandemik Covid-19 tercetus, warga dunia diingatkan agar
perkukuhkan sekuriti nasional, ushakan perdamaian, sokong
pertumbuhan ekonomi, lindungi hak manusia dan mudahkan
bantuan kemanusiaan diseluruh dunia.

Semua diberi isyarat agar bersiap sedia. Semua diharap
agar ujud kesiapsiagaan untuk berdepan dengan apa sahaja

170

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

bencana. Akan tetapi apabila petaka coronavirus mewabak, tidak
ada yang menunjukkan kesungguhan semada individu mahupun
mana-mana negara untuk memberi perhatian ke atas kepentingan
nasional mahupun solidariti antarabangsa.

Sementara negara-negara bergelut melihat kesan pandemik ini
merebak, sentimen nasionalisme semakin menguat. Nampaknya
“Nasionalisme vaksin” (Vaccine nationalism) lebih
terserlah dari usha untuk kerjasama antarabangsa menangani
krisis kesihatan paling parah ini.

Apa yang kedengaran adalah hanya retorik kerjasama tetapi
tidak berlaku secara nyata. Tidak ada kenyataan yang jujur lahir
dari kerajaan semada dari negara masing-masing mahupun
komitmen untuk menterjemah solidariti komuniti antarabangsa.

Kerisauan mengenai akses kepada vaksin menjadi fokus
utama sementara panik dikalangan negara yang menunggu-
nunggu untuk vaksin semakin terasa. Sedangkan sebelum
Amerika mengumumkan pada 31 Julai lagi, suatu persetujuan
antara pentadbiran Amerika yang memeterai kontrak terbesar
dengan syarikat-syarikat farmasi untuk menjamin bekalan vaksin
Covid-19 telah disempurnakan. Negara kaya siap melindungi diri
lebih dahulu sebelum mahu membantu negara miskin.

Negara lain termasuk China, India, UK dan Kesatuan
Eropah, mengguna strategi yang sama. Berlumba untuk jaminan
mendapatkan vaksin adalah keputusan kerajaan. Kerajaan dilihat
gagal menyekat tersebarnya virus covid-19 yang menghancurkan
perjalanan ekonomi dan merosakkan kerjasama antarabangsa.

171

Inilah Perjuanganku

Polisi nasional yang tidak berkesan nampaknya membentuk
jurang antara sains dan politik yang menyebabkan pandemik
menjadi lebih buruk. Ia juga merosakkan diplomasi antara
sains, kesihatan dan politik. Nasionalisme vaksin menunjukkan
kesihatan global kembali berjalan seperti asal (business as usual)
tanpa berubah.

Sejarah diplomasi kesihatan telah menunjukkan diperingkat
dunia, matlamat menjamin akses yang saksama untuk
mendapatkan ubatan dan vaksin gagal. Jelas banyak negara gagal
mencapai matlamat ini. Contohnya, pandemik influenza H1N1.
Akses diperingkat antarabangsa menunjukkan ia hanya berlaku
selepas negara maju terjamin mendapat vaksin yang diguna
dinegara mereka dahulu.

Vaksin untuk cacar air (smallpox) dan polio serta ubatan
untuk HIV/AIDS telah didahulukan untuk negara maju. China
dan India, cuba memecah polisi esklusif ini dengan membangun
industri farmasi sendiri dengan inovasi dan keupayaan masing-
masing.

Terkini, negara-negara membangun telah

menegaskan kedaulatan terhadap sampel pathogenic. Pendekatan

ini meletakkan syarat akses kepada negara asal yang menerima

manfaat dari penyelidikan dan pembangunan termasuk ubatan dan

vaksin. Strategi viral sovereignty” ini menghasilkan

perkongsian protokol “virus-dan manfaat” di Badan Kesihatan

Sedunia mengenai Kerangka Kesiapsagaan Wabak Influenza

pada 2011 (World Health Organization’s Pandemic Influenza

Preparedness Framework in 2011).

172

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Namun dengan Covid-19, sejarah berulang. Negara-
negara yang ada sumber untuk memperolehi vaksin tidak akan
mendahulukan objektif global mengenai akses kepada vaksin yang
adil.

Wabak coronavirus melenyapkan kedaulatan viral untuk
negara-negara mendapat jaminan untuk memperolehi vaksin.
Organisasi antarabangsa termasuk Ngo telah melancarkan
“COVID-19 Vaccines Global Access (COVAX) Facility” —
untuk mencapai akses yang saksama. Namun tanpa penyertaan
negara-negara utama, COVAX tidak membawa kesan yang
diharapkan.

Sikap politik nasionalisme yang tajam dan hegemoni politik
negara yang kaya akan menyebabkan vaksin mungkin akan hanya
dibekal sesudah pemimpin dan rakyat negara yang kuat dapat
divaksinasi dahulu sebelum dibekal kepada negara membangun
dan negara miskin.

Perubahan domestik dan politik global juga menjadikan
keadaan lebih buruk. Diperingkat domestik, kerana ada kerajaan
yang tidak cekap mengendali pandemik, keadaan bertambah
buruk. Kerajaan membiarkan syarikat pembekal alat dan aparatus
meraih keuntungan berbilion dolar, mengenepi nasihat pakar
kesihatan, memanipulasi informasi mengenai statistik jangkitan,
gopoh mengumumkan rawatan dan ubat yang mendakwa boleh
mengubati jangkitan. Semua ini menyebabkan rakyat menderita.

Ada pemimpin yang ingin mengambil kesempatan populis
dan mengguna pendekatan autoritarian untuk kekal berkuasa dan
mengguna strategi untuk menyekat kritikan.

173

Inilah Perjuanganku

Secara global politik imbang kuasa antara kuasa besar
sedang berjalan. Geopolitik telah mempengaruhi respon nasional
terhadap covid-19. Amerika dan China menangani pandemik
sebagai alat menguasai dan mempengaruhi dunia.

Akses nasional kepada vaksin menjadi prioriti dalam politik
merebut kuasa. Ada bertujuan memulih ekonomi didalam negara.
Ada berniat mengujudkan keseimbangan kuasa antara negara
peringkat rantau yang strategik dan antarabangsa.

“Sementara itu kehancuran terus berlaku
akibat konflik di Syria, Yemen, Iraq dan
Afghanistan. Perang tercetus antara
Azerbaijan danArmenia. Mutakhir ialah
konflik antara Ethopia dan pejuang Tigray.
Arab Saudi terjebak dalam peperangan di
Yemen dan memutuskan hubungan dengan
Qatar dan berterusan bermusuhan dengan
Iran.”

Perubahan kuasa politik mencetuskan perlumbaan
untuk merebut vaksin dengan tawar-menawar harga, syarat,
komisyen dan perjanjian pembekalan. Harga proses pengeluaran,

174

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

ujian, pembungkusan, logistik dan edaran bernilai jutaan bilion
dolar menjadi peluang untuk meraih keuntungan besar. Setiap
syarikat farmasi menunggu peluang untuk berurusan dengan ahli
politik.

Inilah masanya ahli politik yang memegang kuasa berebut
untuk berunding dengan syarikat gergasi farmasutikal. Sebenarnya
mengorientasi semula polisi kesihatan dan diplomasi antara
negara memerlukan rekonstruksi politik antarabangsa.

Dalam keadaan yang sangat mendesak inilah para ahli saintis
berusaha untuk mempercepatkan penghasilan vaksin untuk
melindungi rakyat dari pandemik Covid-19. Sepatutnya inilah
peluang untuk suatu rombakan sistem kesihatan yang selama ini
sudah dikawal oleh para korporat besar diubah untuk menjadi
kesihatan sebagai hak manusia untuk mendapat akses kepada
ubat dan rawatan serta perlindungan dari wabak.

Politik, Covid-19, dan Ekonomi

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Tidak
boleh dinafikan perjalanan sejarah sepanjang tahun 2020 amat luar
biasa, dalam negara mahupun ditingkat antarabangsa. Ketika tirai
2020 dibuka, uforia menyambutnya bukan kepalang. Malaysia
diwar-war dengan Wawasan 2020 sarat segala harapan untuk
menempa status negara maju.

Walaupun tahun 2019 sudah mengisyaratkan senario dunia
tidak begitu positif, namun masyarakat dunia teruja dengan tahun
2020. Tepat 12.00 malam pada 31 hb Disember 2019 seluruh
kota didunia merayakan sambutan 2020 dengan luar biasa.
Harapan pertumbuhan, kemakmuran dan kemajuan menjadi
unjuran para ahli ekonomi.

175

Inilah Perjuanganku

Akan tetapi tidak ada yang menyangka tahun 2020 akan
membawa musibah yang melanda dunia pada skala luar biasa
parahnya. Yang jelas tahun 2020 berwajah serba kritikal dan
tidak menentu.

Bermula tahun 2020 ini, landskap politik negara berubah
diluar dugaan. Harapan bertukar menjadi pengkhianatan. Ia
kemudian berlanjutan kepada perampasan kuasa. Lonjakan besar
ketika PR14 bertukar mendedak selepas reformasi 22 bulan
terenjat oleh konspirasi politik penuh drama. Melompat wadah
parti politik menjadi-jadi sehingga pakatan baharu dimunculkan.
Selanjutnya politik negara kembali kepada pergelutan dan
percaturan yang melelahkan. Politik menjadi medan perebutan
kuasa. Rakyat menyaksikan ahli politik saling menjatuhkan.
Akhirnya kerajaan baharu didirikan dan mandat rakyatdiketepikan.

Tidak kurang mencemaskan ialah drama politik dunia juga
bergolak sangat meruncing. Pilihanraya presiden Amerika Syarikat
(AS) bergelora dengan sangat sengit dalam tahun 2020 ini. Buat
kali pertama politik AS tegang dan sarat dengan isu dalaman
(salahguna kuasa, pertembungan sengit puak Demokratik dan
Republikan) untuk merebut Rumah Putih. Isu suprimasi kulit
putih mencetuskan gerakan Black Lives Matter di AS yang
menyaksikan ratusan ribu turun ke jalanan.

Tahun ini menyaksikan AS mencatur politik Asia Barat
dengan pelan “Deal of the Century” untuk mengukuhkan
kedudukan Israel. Lebih berat lagi tahun 2020 menyaksikan
negara UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi mengumumkan
hubungan diplomatik (normalisasi) dengan israel. Pengkhianatan
terhadap perjuangan Palestin disaksikan dalam tahun 2020 ini.

176

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Demikian juga sepanjang 2020, kebangkitan rakyat tercetus
di Perancis, Greek, Lebanon, Russia, Argentina, Chile, Venezuala,
Mesir, Libya, Tunisia dan Senegal. Disebelah timur, Thailand dan
Hongkong terus bergolak. Demikian juga di Nigeria, Sudan dan
Israel. Politik setiap negara tersebut bergolak dengan tuntutan
agar Presiden, Perdana Menteri dan pemerintah diturunkan.

Di India jutaan rakyat turun ke jalanan menentang undang-
undang kewarganegaraan dan undang-undang mengenai hasil
petani. Beberapa pilihanraya negara di Afrika dilaksanakan pada
tahun 2020 yang menyaksikan rakyat turun berdemonstrasi
menolak keputusan pilihanraya kerana mendakwa pemerintah
melakukan penipuan.

Sementara itu isu penindasan etnik terus tegang sepanjang
2020 seperti Kashmir, Rohingya dan Uyghur. Penindasan, penafian
hak dan pelanggaran hak manusia ke atas rakyat minoriti
berpanjangan pada tahun 2020.

Sementara itu kehancuran terus berlaku akibat konflik di
Syria, Yemen, Iraq dan Afghanistan. Perang tercetus antara
Azerbaijan dan Armenia. Mutakhir ialah konflik antara Ethopia
dan pejuang Tigray. Arab Saudi terjebak dalam peperangan di
Yemen dan memutuskan hubungan dengan Qatar dan berterusan
bermusuhan dengan Iran.

Juga tahun ini menyaksikan perang sivil di Libya yang
sangat meruncing. Manakala 2020 juga memperlihatkan perang
perdagangan antara Amerika dan China yang menjejaskan
ekonomi dunia. Tahun ini ditambah lagi dengan memperlihatkan
keadaan tegang di laut China Selatan bila China mengambil
langkah menghantar kapal perang di lautan yang dipertikaikan
itu.

177

Inilah Perjuanganku

Kemudian secara mendadak pandemik Covid-19 meledak.
Walaupun berita coronavirus mulai kedengaran di China di
hujung 2019, tiba-tiba bulan Mac 2020 menjadi titik bermula suatu
babak pandemik diluar jangka persis tsunami yang melanda
seluruh dunia merentas sempadan di 218 negara.

Sehingga rencana ini ditulis lebih 73 juta warga dunia
dijangkiti Covid-19, lebih 1.6 juta orang maut. Bermula di China,
Korea Selantan Covid-19 merebak ke Itali, UK, Perancis, Turki,
German, Portugal, Russia, US, Canada. Covid-19 merebak pantas
di Brazil dan India sehingga ke Australia, New Zealand, Indonesia,
Singapore dan Malaysia. Semua negara berebut untuk
mendapatkan vaksin. Tahun 2020 akan dicatat sebagai tahun
pandemik terburuk sejak selsema Sepanyol tahun 1918.

Akibat rantaiannya tidak dapat dibendung. Sempadan negara-
negara ditutup.Pergerakkan rakyat dibatasi. Konsumpsi turun
mendadak. Akibat Covid-19, ekonomi dunia tahun 2020

178

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

lumpuh. Jutaan hilang pekerjaan.Kelembapan ekonomi melanda
seluruh dunia. Pertumbuhan terencat dan bajet negara terjejas.
Stimulus berbilion dolar terpaksa dibelanjakan. Hutang dalam
dan luar negara melonjak. Ekonomi dijangka mengambil masa
yang lama untuk pulih.

Tidak kurang mencemaskan ialah kualiti alam sekitar
sepanjang 2020 semakin buruk. Taufan, kebakaran berskala
besar, gempa bumi dan banjir yang memusnahkan serta kecairan
khutub yang mencetuskan krisis dunia. Krisis alam sekitar yang
memburuk sehingga perubahan cuaca menjadi lebih parah
sepanjang tahun 2020.

Banyak yang perlu diambil iktibar dari tahun 2020.
Keangkuhan dan kedegilan menghasilkan fasad didarat dan dilaut
oleh tangan manusia sendiri. Apakah tahun 2021 akan lebih
menjanjikan keselesaan?

179

BAB 14

M engenai Pem im
pin dan
Kepimpinan

INILAH
PERJUANGANKU

Pemimpin Kerana Berjawatan

A ntara jawatan dan seorang insan perlu dibeza. Secara
naluri dan fitrah, seorang insan semua sama dengan
insan yang lain. Perlu makan, perlu tidur perlu kasih
sayang, perlu maruah. Mungkin berbeza fizikal. Ada yang cacat
anggota dan kurang upaya. Mungkin kerana gara-gara manusia
sendiri yang merosakkan fitrah alam maka lahir manusia yang
kurang upaya, seperti rencat otak, cacat fizikal akibat kesan radiasi
dan nukliar serta dicemari bahan kimia. Apapun anugerah Allah
kepada pelbagai jenis keupayaan manusia punya hikmah belaka,
buat yang dicipta mahupun buat manusia yang sempurna tubuh
badannya.

Namun jawatan adalah suatu kedudukan yang ditampilkan
untuk membawa status tertentu dan pertanggungjawapan tertentu
mengikut jawatan yang disandang. Manusia mengujudkan jawatan
yang pelbagai. Layanan tidak serupa bagi mereka yang berjawatan,
mengikut tinggi dan rendahnya. Dalam skima jawatan dipelbagai
sektor dan peringkat, semada jawatan rendah mahu tinggi, akan
punya keistimewaan masing-masing.

Setiap insan pada hakikatnya adalah sama di sisi Allah
SWT. Allah Maha Tahu lebih atau kurang seseorang insan itu.
Tetapi dengan ilmu yang benar dan sahih darjat seorang manusia
melebihi yang lain kerana ia tahu membezakan antara kebenaran

Inilah Perjuanganku

dan kebatilan. Dengan ilmu setiap orang menjadi lebih arif akan
kehidupan dan tahu bagaimana menjalani kehidupan dengan cara
yang betul iaitu mengikuti sibghahtallah (acuan Allah).

Jelas Allah melihat manusia bukan kepada rupa paras tetapi
kepada budi dan akhlaq. “Sungguh Allah tidak melihat
rupa dan harta kalian, melainkan melihati hati dan amal
kalian. “HR Muslim.

“Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.”
(Q.S al-ma`arij: 5)

Penilaian Allah tertuju pada hal-hal yang lebih dari sekadar yang
zahir pada tubuh dan yang terkesan mewah dimata kebanyakan
manusia. Bukan kesempurnaan fizikal mahupun kekayaan dan
pangkat tetapi kepada kualiti hati nurani dan perbuatan dan
amalannya.

Namun sebaliknya dikacamata manusia, insan sering
dimuliakan dan disanjung kerana jawatan dan apa yang
dimilikkinya. Semada jawatan dalam kerajaan atau swasta atau
dalam masyarakat sivil atau politik. Dengan jawatan terdapat
keistimewaan. Dengan gelaran banyak pintu akan terbuka. Segala-
galanya dilihat istimewa pada pemimpin yang berjawatan.

Ramai yang terpukau dan sangat mahu dilihat berdamping
dengan pemimpin berjawatan tinggi. Harganya diukur pada
jawatan bukan kerana kehebatan peribadi seorang pemimpin.
Jawatanlah yang diberi nilai dan kerana jawatanlah orang saling
menuntut, bersaing dan bermusuhan.

182

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Akan tetapi bila jawatan sudah tiada, seorang insan akan kembali
seperti insan lain. Tidak ada yang sudi berdamping, tidak juga
yang mahu melayani. Kembalilah ia menjadi seorang biasa yang
dahulu bila bergelaran sangat disanjung.

Keistimewaan selalunya diberi kepada seseorang berdasarkan
jawatan. Lagi tinggi jawatan lagi istimewa layanan yang diberi.
Kamar istimewa, kenderaan khas, layanan terhormat, kedudukan
khas, parkir khas, sambutan khas dan jagaan keselamatan yang
sangat istimewa. Ada pemandu khas, pengawal peribadi khas
dan sejumlah senarai pegawai-pegawai khas. Pintu akan dibuka
untuknya, jamuan dimeja khas, nama disebut dalam upacara
resmi, gambar akan dipapar megah dipentas. Pokoknya ini
dinamakan layanan untuk VVIP.

Namun bila hilang jawatan, bila sudah tertanggal semua
jawatan dan gelaran maka seorang insan itu sepatutnya insaf,
rupanya segala layanan dan tumpuan istimewa yang diperolehi
selama ini bukan untuk dirinya, akan tetapi sebenarnya untuk
dan kerana jawatan yang dipegangnya.

Segala yang diberi jelas kerana posisi seorang insan itu
berdasarkan jawatannya. Bukan kerana peribadinya. Kerana
semua keistimewaan itu buat jawatannya. Maka selepas jawatan

183

Inilah Perjuanganku

gugur maka segala keistimewaan juga gugur. Kembalilah seperti
orang biasa. Mungkin maseh dihormati sedikit, tetapi segala
keistmewaan bukan lagi untuknya.

Dengan sebab itu perlu diinsafi betapa isitimewa sekalipun
seseorang itu mendudukki jawatan sebagai seorang pemimpin
politik atau birokrasi, ia bukan kekal. Dia perlu sedar. Tumpuan
bukan lagi kepadanya. Keistimewaan hanya untuk yang
berjawatan.

Dalam dunia yang bergelut sengit dalam persaingan politik
untuk membolot kekayaan, kini jawatan yang tinggi seperti wakil
rawat, ahli Parlimen atau ahli Dewan Negeri atau Dewan Negara
serta jawatan diperingkat birokrasi awam dan politik mahupun
dalam dunia korporate, sangat dighairahkan oleh banyak pihak
untuk mendapat layanan istimewa sebagai VVIP.

Status seorang pemimpin yang berkedudukkan VIP atau
VVIP tidak kekal. Sampai masanya ia akan beralih kepada orang
lain. Hidup berputar kembali kepada menjadi orang biasa.

Soalnya menjadi pemimpin kerana jawatan inilah yang digilai
oleh banyak pihak. Sehingga sanggup melakukan sesuatu diluar
akhlaq malah diluar undang-undang. Asalkan dapat
memposisikan diri dijawatan tertinggi. Matlamat dan
pertanggungjawapan sebagai pemimpin tidak terlalu dikisahkan.
Kerana menjadi manusia bergelaran dan berjawatan itulah
matlamatnya. Dengan berjawatan ertinya membuka pintu yang
luas untuk meraih peluang memperkayakan diri.

Pemimpin harus membina kriteria akhlaqnya lebih dari
mendaki tangga jawatan tinggi. Kerana jaminan seorang

184

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

pemimpin yang disenangi rakyat bukan pada jawatan yang
disandang tetapi kerana peribadi pemimpin yang abadi disanubari
rakyat.

Memimpin dengan Nurani

Menjadi pemimpin bukan sekadar hanya kerana dipilih oleh
rakyat dalam sistem demokrasi. Akan tetapi kehadhiran seorang
pemimpin dalam masyarakat sering diukur dari tingkah laku dan
bicara kata-kata.

Dari nurani dizahirkan dalam kata-kata. Dari nurani
terlontar ungkapan bila berbicara. Dari nurani jugalah matlamat
dilakar untuk dijadi pendorong perjuangan pemimpin. Dari
nuranilah budi terserlah secara spontan melantunkan sahsiah
murni seorang pemimpin. Bukan lakonan. Bukan sandiwara.

Tingkah laku pemimpin kerap mengejutkan. Sering
diperhatikan gelagat pemimpin kadang-kadang dari kacamata
masyarakat tidak wajar dan janggal. Bagi orang biasa adalah lazim,
tetapi bagi seorang pemimpin akan dibualkan oleh khalayak
ramai.

Ada pemimpin merasa tidak apa jika sekadar suatu hiburan
biasa untuk menari dan menyanyi dikhalayak ramai. Namun
janggal disisi orang ramai. Gelagat biasa tidak boleh dianggap biasa
bagi seorang pemimpin. Bergaduh dan dengan itu terlontar
kata-kata tidak sopan dianggap perkara biasa, tetapi ia
melambangkan kualiti seorang pemimpin terutama bila dilakukan
didepan khalayak.

Memang pemimpin perlu dilihat tegas tetapi ketegasan tanpa
kesopanan memburukkan imej dan citra. Bila berbicara dengan

185

Inilah Perjuanganku

kasar apatahlagi menjerit, memaki-hamun dan melontar kata-kata
tidak sopan, bukan kelaziman seorang pemimpin.

Dalam sejarah negara ini telah menampilkan pelbagai
pemimpin dipelbagai peringkat. Dari sekecil pemimpin keluarga
hingga kepada peringkat negara. Pemimpin yang selalunya
menjadi perhatian ialah yang berjawatan tinggi.

Lagi tinggi jawatan yang disandang lagi dekat diawasi
masyarakat. Kerana pemimpin diposisi tinggiah yang sering
menghamburkan kenyataan, sering dipaparan media. Adakala
pemimpin tidak cermat bila berbicara malah ada masa
mencetuskan konflik.

Wakil rakyat adalah status pemimpin yang paling tertonjol
diperhatikan oleh rakyat. Apatah lagi pemimpin yang punya
status jawatan sebagai menteri kabinet, lebih-lebih lagi
diperhatikan. Sedikit sangat hal peribadi yang dapat diselindung.
Kebanyakannya terdedah kepada perhatian rakyat. Malah kerap
juga hal peribadi sekalipun akan menjadi perbualan masyarakat.

Kata-kata biasa bila dilafaz oleh seorang pemimpin berstatus
wakil rakyat pasti diawasi dan diperhatikan oleh media. Media
cepat mengolah kata-kata dan memberi tafsir tersendiri.
Pemimpin yang memimpin dengan nurani punya sahsiah yang
dihormati. Walaupun mungkin tidak bergelar dengan pangkat dan
kedudukan akan tetapi ia tetap membawa bekas bila ia berada
ditengah masyarakat. Malah dengan nuraninya ia lebih tawadhu
dan sedar diri. Tugasnya ialah mengislah bukan mencari salah.

Bahawa nurani adalah jiwa dan minda jernih yang sentiasa
mengingatkan seorang pemimpin bahawa dia menanggung
amanah. Nurani memberitahu bahawa seorang pemimpin sedar

186

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

diri bahawa jawatan bukan suatu prestij, bukan juga kesempatan
untuk meraih dan membolot kekayaan. Nurani memandu
seorang pemimpin bahwa kebenaran menjadi tonggak. Pemimpin
seharusnya sentiasa dipandu oleh rasa hati yang murni. Selalu
sensitif kepada kebenaran dan mempertahankanya. Berhati-hati
pada setiap kata-kata. Tidak menyinggung, tidak mengherdik.

Nampaknya dalam sidang DUN dan Parlimen pemimpin
mempamirkan watak masing-masing. Awalnya dilihat segak, bertali
leher. Namun bila berhujah terserlah tidak berhemah. Serang
menyerang menjadi kelaziman. Meninggikan suara dan melontar
kata-kata nista dianggap kebiasaan. Kata mereka untuk
memanaskan perbahasan. Akan tetapi yang jelas, menonjolkan
keangkuhan.

Pemimpin tanpa nurani inilah yang sering menjadi nilai
kepimpinan sangat rendah.Malah membangkang hanya sekadar
membangkang dan mengkritik hanya sekadar mencari kesalahan.
Nurani rakyat pula memerhati dan membuat perhitungan. Mereka
menyimpan amarah ketika pilihanraya. Pemimpin yang tidak peka
dengan nurani rakyat akan menerima akibat.

Tidak mudah memahami nurani rakyat. Bila ada pemimpin
yang turun melihat masalah rakyat tetapi sibuk bergambar dan
diiringi dengan puluhan pengiring, maka ini bukan memimpin
dengan nurani.

Pemimpin dengan nurani tidak janggal melawat rakyat
berseorangan. Ia tidak ghairah menonjol diri ketika bersama
rakyat. Ia siap melakukan kebaikan untuk rakyat walaupun tidak
diketahui awam. Nurani memberitahunya, khidmatnya bukan
untuk sering ditonjol setiap kali bersama rakyat.

187

Inilah Perjuanganku

Nurani adalah suara hati. Jika fikiran tidak lurus, nurani
membetulkan. Namun bila nurani rosak, kepimpinan akan
menjadi jahat. Maka pemimpin yang berfikir untuk

memperalatkan rakyat
akhirnya akan berdepan
rakyat yang akan mengukur
prestasi seorang pemimpin
dengan nurani mereka.

Rakyat, Wakil
Rakyat dan
Jualan Murah

Meneliti senario politik
terkini, perasaan rakyat
bercampur antara marah
dan kecewa. Ada kekaburan dalam memahami hubungan
antara rakyat dan wakil rakyat. Dalam demokrasi wakil rakyat
boleh datang dari sebuah parti politik yang meletakkan seorang
dipileh oleh parti untuk dicalonkan dalam pilihanraya. Dalam hal
ini difahami bahawa jika dia menang maka dia mewakili rakyat
kerana dipileh dengan majoriti undi di sesuatu kawasan pilihanraya
di peringkat parlimen atau dewan undangan negeri. Akan tetapi
dia juga mewakili parti kerana dia bertanding atas tiket sebuah
parti.

Maka perjanjiannya adalah kepada rakyat dan kepada
parti. Lain pula jika dia bertanding atas status bebas dan jika dia
menang maka dia mewakili rakyat dikawasan yang dia menangi
tanpa terikat kepada mana-mana parti politik.

188

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pada asasnya seorang wakil rakyat pada hakikatnya mewakili
rakyat. Parti adalah sekunder. Tetapi bila dia menang atas tiket
sebuah parti maka kebertanggungjawabannya berkait juga dengan
parti. Ini sah kerana dalam demokrasi yang membenarkan parti
politik ditubuhkan, jika jumlah kerusi yang dimenangi oleh sebuah
parti adalah majoriti ketimbang parti yang lain, maka ia boleh
membentuk kerajaan. Bermakna mereka yang dilantik dalam
kerajaan adalah di kalangan wakil rakyat dari parti atau pakatan
parti yang menang.

Disinilah demokrasi sering dimanipulasi untuk merebut
kerusi dan jawatan. Semurninya demokrasi bermula dengan hak
mengundi setiap pengundi yang layak tanpa paksaan, sehingga
boleh menyertai mana-mana parti politik untuk bersaing. Malah
boleh menjadi calon pilihanraya setelah memenuhi syarat, semada
bebas atau berparti.

Namun demokrasi juga sepatutnya dibatasi oleh kontrak
dan ikatan amanah dan kebertanggungjawapan seorang wakil
rakyat kepada rakyat. Sewajarnya sentimen rakyat tidak boleh
dipermainkan ketika berkempen dalam pilihanraya dengan
slogan, manifesto dan beragam gaya berfoto dengan rakyat.
Tetapi sesudah menang beralih wadah atas keputusan sendiri atau
berkomplot sesama wakil rakyat yang lain untuk mengkhianati
apa yang dijanjikan kepada rakyat melalui parti yang diwakilinya
ketika pilihanraya. Sepatutnya secara moral undi rakyat tidak
boleh dijual beli dengan tawaran jawatan dan kesempatan untuk
naik dalam karier politik.

Ketika rakyat dipengaruhi untuk mengundinya seorang
calon perlu sedar bahawa dia telah mengikat janji akan setia

189

Inilah Perjuanganku

kepada kepercayaan rakyat. Walaupun mungkin rakyat mengundi
berdasarkan parti politik bukan berasaskan calon, namun
keterikatan wakil rakyat tetap akauntabilitinya kepada rakyat
secara langsung, bukan hanya kepada parti.

Dewasa ini jelas wakil rakyat menjadi komoditi murahan.
Ada musim jualan murah membeli wakil rakyat oleh parti politik
yang memancing dengan umpan jawatan. Persetankan soal undi
rakyat yang memenangkannya atas janji parti politik yang
mempertandingkannya dalam pilihanraya. Musim jualan murah
wakil rakyat nampaknya menjadi kaedah persilatan politik dinegara
ini.

Cerita lompat parti dan khianat parti lumrah dalam politik
Malaysia. Bermula dengan berita angin kemudian menjadi realiti.
Bukan sekadar mengkhianati wadah yang melonjakkannya naik
kepersada medan politik, malah mempersenda kepercayaan
rakyat dengan dakwaan dia lebih tahu dari rakyat yang dianggap
bodoh. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah mengheret
gerombolan penyokongnya untuk turut serta dalam dakwaannya
akan ramai lagi bakal mengistihar keluar parti. Semua ini
dilakukan tanpa mengendahkan sedikit pun janjinya kepada rakyat.
Maka dia sanggup melelong diri dengan harga tinggi untuk dibeli
dipasar politik yang sangat murah. Harga sebenar bukan sekadar
wang dan jawatan tetapi hakikatnya adalah maruah dirinya sendiri.

Akan tetapi lantaran politik gaya ini menjadi sangat lumrah,
tidak ada wakil rakyat berasa bersalah untuk berada dalam
lembah politik kotor. Politik menjadi kotor kerana ahli politik yang
kotor. Atas nama politik dan kepetahan lidah berbelit

190

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

mengabsahkan tindakan politik kembiri dan politik nafsu perut
dan bawah perut, rakyat dibaham dengan rakus manakala wakil
rakyat hidup senang-lenang dan lumayan.

Kini gejala wakil rakyat menjual diri, Segar semula. Mereka
yang sudah selesa dijawatan tinggi setelah tawar-menawar politik
dimuktamadkan, persekitaran politik kotor mula dipenuhi
sampah dan jualan ahli politik terpakai yang sebenarnya murah.
Rumah belum siap, pahat pasti akan berbunyi. Sungutan, saling
melontar pendapat yang tajam dan sinis sesama ahli politik dalam
wadah politik mula heboh. Pertelagahan menuntut jawatan dalam
kerajaan walaupun dalam perikatan yang sama bergolak terus.
Rasa tidak puas hati mengenai bagaimana ghanimah politik
dibedak dan dibahagi-bahagikan tidak akan reda. Dakwaan parti
politik ini yang lebih menguasai kerusi dan parti politik itu yang
berperanan menjadi king-maker menjatuhkan lawan, akan saling
bertelagah dan berkomplot. Sesudah lawan dijatuhkan dengan
riuh rendah dipasaraya jualan politik murahan, kini jualan sesama
parti politik dalaman pula bermula.

Inilah kejelekan politik yang memualkan rakyat. Ahli politik
menuding lawannya berpolitik akan tetapi pada hakikatnya
memang orang politik pasti bercakap bernuansa politik selagi dia
adalah ahli politik berjawatan.

191

BAB 15

Politik & Va ksin
Covid-19

INILAH
PERJUANGANKU

Foto pemimpin dan ahli politik negara mendapat suntikan
vaksin Covid19 terpapar didada akhbar dan media sosial
menjadi lazim. Mereka bersama kelompok barisan hadapan
diberi keutamaan. Katanya kerana vaksin tak cukup nyaris
mungkin tidak mencukupi untuk menyuntik semua rakyat. Jadi
rakyat perlu bersabar katanya.

Covid19 dan Darjat Manusia

Melihat kepada kesan pandemik Covid-19, ternyata bukan sahaja
krisis yang tercetus terbatas kepada kesihatan dan ekonomi
malah ia merentas kepada politik dunia antarabangsa. Keputusan
pengundi Amerika Syarikat (AS) yang memenangkan Joe Biden
sebagai presiden AS yang ke 46 jelas terkait dengan pengurusan
wabak Covid-19 yang gagal dibendung oleh administrasi Donald
Trump.

Trump sangat ketara telah mempolitikkan Covid-19 sehingga
mendedahkan rakyat AS kepada bahaya yang sangat tinggi.
Sehingga rencana ini ditulis, dibawah Trump, Covid-19 mencecah
kepada lebih 10 juta kes manakala yang maut berjumlah hampir
240,000 orang warga AS. Kadar mereka yang dihospitalkan
melonjak naik pada angka yang menakutkan. Covid-19 menjadi
tajuk utama dalam kempen piliharanya presiden AS.

Di seluruh dunia Covid-19 memberi impak besar kepada
kerajaan yang memerintah. Dari Eropah sehingga Latin Amerika,

Inilah Perjuanganku

Russia, China dan Timur Tengah serta Asia Timur, rakyat bangkit
untuk menyatakan kemarahan mereka kerana ada yang tidak
berpuashati dengan keputusan yang diambil oleh pemimpin
politik dalam mengendalikan krisis tersebut.

Di Brazil, President Jair Bolsonaro dikritik keras kerana salah
mengendalikan krisis Covid-19. Beliau mengeluarkan kenyataan
bahawa pandemic tersebut hanya sebuah fantasi. Akibatnya 64%
warga Brazil menolaknya malah 44.8% menyokong untuk beliau
dibicarakan (impeachment).

Di Kanada, sidang parlimen ditunda. “House of commons”
memutuskan Jawatankuasa Kesihatan dan Kewangan dibenarkan
bermesyuarat mingguan sepanjang pandemik. Pemilihan
kepimpinan parti politik ditangguh.

Di China beberapa pengurusan peringkat provinsi dipecat
oleh Parti Komunis China kerana tidak mengurus kuarantin
berkenaan Covid-19 dengan betul. Ada yang melihat tindakan
ini untuk melindungi Xi Jinping, Setiausaha Agong Parti
Komunis dari kemarahan rakyat.

Covid-19 telah memberi impak juga kepada perhubungan
antarabangsa dan sistem politik pelbagai Negara. Malah ada
urusan legislatif yang terpaksa digantung. Ada pemimpin Negara
dan ahli politik yang terpaksa dikuarantin kerana dikesan
positif Covid-19. Jadual pilihanraya juga terpaksa ditunda atau
dibatalkan kerana dikhuatiri akan merebakkan Covid-19.

Respon kepada pandemik global sebegini ini tidak pernah
berlaku dan ia telah memberi kuasa yang lebih merangkumi
kepada kerajaan. Dalam keadaan wabak Covid-19 ini kerajaan tidak
mahu kehilangan kuasa apabila krisis ini berlalu.

194

Menongkah Arus,
Menerjah Halangan

Pandemik ini jelas mencetuskan rasa nasionalisme yang kuat
dan ada Negara yang mengelami peningkatan rasa cinta kepada
Negara. Di Itali sokongan meningkat kepada 27 peratus, Jermani
+ 11 peratus, Perancis +11 peratus. Namun di Amerika Syarikat,
Trump tewas kerana gagal menangani kes Covid-19. Populariti
pemimpin politik jelas sangat terkesan akibat Covid-19 semada
dimarahi rakyat atau sebaliknya.

Sekurangnya 84 negara yang telah mengistiharkan
darurat dalam respon mereka terhadap wabak Covid-19 yang
mencetuskan kekhuatiran terhadap salah guna kuasa. Akibatnya
laporan dari Reporters without Borders mendakwa 38 negara yang
telah menghadkan kebebesan media. Selain itu larangan
perhimpunan untuk protes, menunda pilihanraya manakala
pembangkang tidak dapat menjalankan kempen berkesan. Ada
yang menguatkuasakan larangan pergerakan secara selektif
keatas parti politik pembangkang, mengedarkan bantuan kepada
penyokong politik dan meminggirkan minoriti dan golongan
migrant. Selain itu banyak Negara yang melancarkan program
mengesan kes Covid-19 yang menimbulkan rasa tidak senang
dikalangan warga awam.

Keresahan rakyat ialah apabila ada pemimpin Negara dan ahli
politik yang mengunakan alas an Covid-19 secara manipulative
untuk meraih sokongan dan juga ada yang menggunakan
krisis kesihatan untuk sengaja mengenepikan demokrasi dan
perlembagaan untuk kekal berkuasa.

Keputusan menyediakan bajet Covid-19, jika tidak dilakukan
dengan teliti akan merosakkan Negara. Sayangnya perbahasan
di parlimen bukan untuk memastikan bajet diuruskan dengan

195

Inilah Perjuanganku

berkesan tetapi hanya untuk berselindung disebalik pernyataan
angka, akan tetapi tidak dapat dipertahan dengan sandaran yang
realistik.

Kerosakan yang bakal diterima apabila politik Covid-19
terlalu ditekankan ialah rakyat yang akan menderita dan terpaksa
menanggung nasib akibat karenah orang politik.

Wakil rakyat harus sedar bahawa amanah dan mandat
rakyat untuk memastikan kepentingan rakyat didahulukan perlu
dijunjung. Namun nampaknya ia tidak dilakukan dengan
sejujurnya. Ahli politik bertelagah dalam parlimen ketika mana
pihak yang bertahan kuasa berhujah dengan seribu alasan untuk
menidakkan kritikan dan bantahan.

Peperangan keatas Covid-19 tidak mungkin dapat dimenangi
jika krisis kesihatan dan ekonomi dijadikan bahan debat politik
dengan tidak meletakkan penyelesaiaan sebagai tumpuan.

Bajet 2021 yang dijenama dengan Bajet Covid-19 akan
hanya menjadi retorik angka, jika ahli politik hanya memikirkan
kedudukan dan jawatan yang dijamin dengan pelbagai
keistimewaan dan pendapatan yang lumayan.

196


Click to View FlipBook Version