Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Sikap mabuk jawatan dan gila kuasa sering diperlihatkan
dalam kelompok kepimpinan bangsa Melayu. Bukan asing lagi
cerita politik wang, politik cantas-mencatas dan politik bunuh-
membunuh, menjadi watak politik bangsa melayu. Bahasa politik
nampaknya mempunyai kamusnya sendiri yang tidak mempunyai
kaitan samasekali dengan nasib rakyat. Politik dianggap sebuah
permainan, berparti politik dilihat sebagai medan bertarung
merebut pengaruh.
Golongan kepemimpinan elit bangsa Melayu masih
mempamerkan watak feudal yang sangat ketara sehingga yang
menjadi keutamaan ialah untuk mendapat tempat di hati mereka
yang berkuasa dan berharap akan membuka peluang untuk
melanjutkan cita-cita naik ke atas. Soal hak dan batil bukan menjadi
pantang larang dalam kepimpinan bangsa. Awlawiyat siyasi
(keutamaan politik) mereka bukan untuk perubahan tetapi untuk
kantong masing-masing, bukan untuk transformasi bangsa tetapi
untuk tengkorok peribadi.
Retorik Murahan?
Kini 2008 berlalu dengan sejumlah isu bangsa yang masih terus
berpanjangan. Dengan kepimpinan Melayu di peringkat negara
yang silih berganti dari peringkat negeri dan pusat, dari peringkat
akar umbi sehingga korporat, yang nyata isu-isu yang mendepani
bangsa Melayu semacam tidak berkesudahan. Apakah kita
menghadapi suatu laknat bangsa yang tidak terawat lagi?
Perhatikan ketika mana bangsa Melayu melihat kampung
halaman serta tanah milik Melayu ditelan pembangunan tahun
demi tahun. Kepimpinan Melayu terus beretorik dengan pelbagai
pengumuman. Malangnya penguncupan tanah milik Melayu terus
meruncing.
247
Inilah Perjuanganku
Kini pembangunan terus dipacu yang melibatkan
pengambilan tanah rakyat terus menerus di beberapa negeri
melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Atas nama pembangunan
projek mega, kawasan pertumbuhan ekonomi yang digelar
pembangunan koridor ekonomi dijangka akan menelan lagi
tanah yang umumnya akan melibatkan tanah milik Melayu. Dasar
Tanah Negara masih belum mampu menyelesaikan masalah
pembangunan tanah termasuk soal tanah wakaf Melayu.
Kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang mengakibatkan
tanah Melayu tergadai dan pindah tangan kepada bukan cerita
baru. Bertahun-tahun isu tanah Melayu diungkap dalam pelbagai
forum dan persidangan namun ia terus tidak menunjukkan tanda
yang menyakinkan bahawa orang Melayu akhirnya tidak akan
merempat di negara sendiri. Sejauhmanakah peninggalan Tanah
Rizab Melayu sehingga ke saat ini dan apakah ia benar-benar
masih wujud seperti yang direkodkan?
Namun dari hari ke hari kita membaca berita projek-projek
yang diumumkan untuk akhirnya mengambil tanah Melayu.
Adakah pemimpin Melayu mengambil tahu dan secara serius
menangani isu ini? Dari apa yang kita ikuti, perbahasan di DUN
dan Parlimen jarang kedengaran hal ini diungkit.
Demikian juga persoalan gejala sosial bangsa Melayu
yang bertalu-talu berlaku seolah-olah bangsa ini tidak mampu
mengatasi masalah yang sangat jelas boleh di atasi, hanya jika
pemimpin-pemimpin Melayu bertegas.
Siapakah jika tidak pemimpin-pemimpin birokrat dan politik
Melayulah yang mengeluarkan keizinan KDN kepada majalah-
majalah hiburan dan novel murahan, kebenaran menyiarkan
248
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
acara hiburan yang tidak sesuai dengan budaya bangsa, keizinan
rasmi untuk terus mengganjurkan konsert yang tidak habis-habis
merosakkan adab pergaulan generasi muda, kelulusan siaran
drama, filem dan acara TV yang meninggalkan kesan negatif
kepada nilai dan budaya hidup bangsa adalah sederet isu yang
sebenarnya boleh diatasi dengan ketegasan pemimpin.
Akan tetapi sikap pemimpin Melayu yang umumnya
bermahzab liberal dan berfikah plural inilah telah menggadai
akhlak anak bangsa sehingga Melayu tidak lagi dihormati sebagai
bangsa berbudi dan bersantun tinggi. Akibatnya perpsepsi bangsa
lain terhadap bangsa Melayu pasti buruk dan tidak dihormati.
Bercakap sahaja persoalan anak muda Melayu, bangsa lain akan
mencemuh bahawa biarlah bangsa Melayu terus bergelut dengan
isu dadah, mat rempit, lepak, buang anak, penceraian, jenayah,
maksiat, sumbang mahram, hiburan liar, pengangguran dan
seribu satu masalah sosial.
Kelekaan Pemimpin
Ditambah semangkok lagi pemimpin-pemimpin media Melayu
ternyata bukan sahaja berkesan dalam mendedahkan keruntuhan-
keruntuhan sosial bangsa malah turut tidak rasa bersalah
mempromosi gelagat budaya tidak beradab di kalangan golongan
budayawan dan seniman Melayu. Akibat kelekaan dan sikap
tidak peduli pemimpin-pemimpin Melayu dengan barah bangsa ini,
kita sudah mencapai peringkat kronik menunggu maut. Di tangan
pemimpin Melayu jugalah lessen judi dan arak dilulus, konsert artis
Barat menggila diizinkan, filem budaya ganas dan lucah
dipermisikan, pusat hiburan dan segala khidmat social escort
dibenarkan.
249
Inilah Perjuanganku
Sementara itu, bangsa lain termasuk pendatang
asing bertungkus lumus menguasai apa sahaja ruang yang
diperolehi untuk bertapak kukuh di tanah air ini. Statistik terbaru
melaporkan 50% dari 200,000 hingga 300,000 pekerjaan baru yang
dikatakan diwujudkan di negara ini dikuasai oleh pendatang asing.
Apa sahaja pekerjaan yang ditolak bangsa Melayu akan
dikerumuni bangsa lain, apa sahaja kemahiran yang tidak diendah
bangsa Melayu akan dikuasai bangsa lain.
Kini peruntukan kuota Melayu untuk institusi-institusi
tertentu sudah mula didesak untuk dibuka atas nama meritokrasi.
Atas alasan orang Melayu sendiri tidak dapat memenuhi syarat
kecemerlangan akademik yang diperlukan semada dalam institusi
awam, professional atau teknologi, malah termasuk perjawatan
tinggi dan khusus dalam bilang keselamatan dan ketenteraan,
maka bangsa ini akan melalui peminggiran-sendiri (self alienation)
dalam tanah air sendiri.
Siapakah yang menggubal dasar ini, siapa yang merombak
peraturan ini, jika tidak pemimpin politik dan birokrat Melayu
itu jugalah!
Maka natijahnya sangat merunsingkan kita, jika dihitung
implikasinya dalam jangka masa panjang. Sepintas lalu sahaja kita
dapat melihat kesannya sehingga ke peringkat sektor kecil seperti
kedai gunting rambut, tukang kasut, kedai bakeri, bengkel
basikal dan motor, pembuat kunci, pembuat bingkai dan
pemotong cermin, memperbaiki tayar kereta, kedai foto dan
fotostat, pembaik jam, pembuat pembalut kerusi kereta, bengkel
besi dan lain-lain telah jauh dikuasai bangsa lain.
250
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Adakah boleh kita persalahkan bangsa lain ketika pemimpin
bangsa Melayu sendiri tidak serius untuk memastikan generasi
mudanya boleh hidup berdikari? Bolehkah kita menuding jari
kepada orang lain jika ibu bapa Melayu sendiri yang membiarkan
anaknya merempit pada malam hari, pemimpin Melayu pula
bercakaran sesama sendiri (dari merebut jawatan ketua bahagian
sehingga bercita-cita menjadi menteri), profesional dan korporat
Melayu pula mengkhayalkan hidup mewah sementara anak-anak
bangsa sendiri merempat sana ke mari mencari kerja di syarikat
bangsa lain?
Keputusan Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai
seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya
oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan
Singapura 45 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang- orang
Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada
kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar
masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu
tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera
dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai
milik mereka dan pelbagai lagi milik bangsa Melayu yang
sudah lenyap di tanah Singapura.
Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita
mendapatkannya semula. Dalam tempoh akan datang, jika orang-
orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah
hilang kuasa politik. Melayu sudah kehilangan kuasa tawar-
menawar (bargaining power) di tanah air sendiri.
251
Dalam cinta, ada masanya
untuk berharap, dan ada waktu
untuk berhenti. Ada saat untuk
memperjuangkan,namun ada
juga untuk mengiklaskan.
BAB 20
Melayu Dalam
Krisis?
INILAH PERJUANGANKU
Bicara Dari Hati Ke Hati
K ami bermula dengan persoalan ini ketika merenung
nasib bangsa. Bukan kerana ia tidak pernah
diperkatakan. Bukan kerana kami bersikap pesimis
terhadap masa depan bangsa.Bukan kerana kami berpemikiran
bebal tentang bangsa ini. Akan tetapi ia terbit dari rasa prihatin
yang sangat mendalam, bahawa ada suatu anjakan besar yang
perlu diusahakan jika bangsa ini tidak mahu terus meluncur jatuh
ke gaung yang lebih dalam. Sejujurnya kami perlu bermula dengan
menginsafi semememangnya kita ada masalah. Bersikap menafikan
ujud masalah adalah menipu diri. Jadi kami membuka lebaran
perbahasan dengan mengajak semua yang prihatin mari kita
berpijak dibumi yang nyata.
Pada satu peringkat dahulu Melayu dikatakan berada
dalam dilema, tetapi sekarang nampaknya semakin parah. Tidak
keterlaluan untuk kami mangatakan bahawa Melayu kini sudah
berada dalam krisis. Kini semacam wujudnya fenomena Melayu
sedang mencari-cari jalan keluar dari kemelut yang sudah
bertahap krisis. Namun realitinya seolah-olah jalan keluar itu
tidak ditemui sehingga ke hari ini, baik daripada sudut jatidiri,
ekonomi, budaya, pendidikan mahupun politik. Topik-topik ini
sering dibahaskan tetapi tidak berkesudahan dengan jawaban
yang tuntas, berkesan dan menyeluruh.
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Andaian Melayu dalam krisis ini diperkukuhkan dengan
statistik yang berkaitan dengan kedudukan orang Melayu hari ini.
Lihatlah aset orang Melayu seperti harta tanah. Data pemilikan
perumahan, penempatan di bandar dan perkampungan sudah
semakin terhakis, tanah rezab Melayu yang semakin mengincup,
tanah milik bebas orang Melayu yang sudah tergadai. Ini sedang
menjurus kepada krisis yang serius. Apabila “tapak” bangsa sudah
terhakis, tidakkah ia petanda Melayu beransur-ansur akan pupus.
Ditambah lagi jika kita lihat peranan golongan intelektual
Melayu dan kepimpinan politik Melayu yang sepatutnya menjadi
tiang seri bangsa. Ternyata ia sudah goyang dan tidak lagi
boleh jadi penyangga kepada rumah bangsa yang sudah goyah.
Kualiti intelektual Melayu nampaknya tidak berkesinambungan.
Sementara segelintir yang ada tidak dapat membawa pengaruh
kepada arus perdana, mereka yang melalui pengajian tinggi
pula tidak lahir sebagai golongan yang dapt mengambil alih
kekosongan intelektual Melayu yang berlaku. Ertinya kita bakal
berhadapan dengan “intellectual vacuum”.
Apabila kita berada dalam krisis, ertinya kita bercakap soal
kemampuan survival bangsa Melayu akibat dari krisis yang
berlaku. Survival bangsa pasti tergugat tatkala kita berhadapan
dengan kegersangan ilmuan dan kepimpinan yang berkualiti.
Malangnya realiti ini tidak diendahkan. Ternyata retorik dan
gagasan yang dikumandangkan di pelbagai pentas seminar dan
persidangan selama ini tidak menghasilkan penyelesaian yang
konkrit. Bangsa Melayu sudah semakin rapuh. Asakan cabaran
dari luar yang melemahkan bangsa Melayu kini kebetulan
“dibantu” oleh faktor dalaman, iaitu jati diri yang semakin reput.
255
Inilah Perjuanganku
Ini gambaran bangsa Melayu sekarang.
Persoalan orang Melayu yang menjadi keprihatinan kita ialah
persoalan survival masa hadapan. Apa harapan kita?
Untuk melihat persoalan survival bangsa ini kami
menyarankan agar kita berfikir dua aras. Aras pertama ialah
melihat kehidupan orang Melayu sekarang diperingkat seharian.
Ia termasuk cara orang Melayu mengorganisasikan hidup dirinya
dan kelompoknya, cara mereka mengendali keperluan hidup
sehariannya, cara mereka memaju dan membangunkan diri sendiri,
corak berfikir mereka, cara menganalisa dan menyusun atur
kehidupan mereka. Ini adalah analisa horizontal-kultural namanya.
Aras kedua ialah melihat kepada sistem yang menjadi latar
kepada kehidupan bangsa. Pada aras ini ia melibatkan polisi
pemerintah, sistem pengurusan segala aspek pembangunan
yang diputuskan melalui dasar dan implimenatasi dasar, segala
urusan mengendalikan agensi yang bertanggungjawab untuk
menyediakan kemudahan dan fasiliti yang perlu untuk orang
Melayu membangun. Ini adalah analisas vertikal-struktural
namanya.
Kebangkitan semula bangsa Melayu ini tidaklah mustahil
asalkan kedua-dua perubahan gabungan aras pertama yang
berbentuk horizontal-kultural, daripada sekecil-kecil perkara
seperti mengurus masa; dengan aras kedua yang berbentuk
vertikal-struktural seperti bagaimana orang Melayu memilih
pemimpin.
256
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Secara perbandingan, kita juga harus melihat bagaimana
kaum lain membangun diri mereka.Lihatlah komuniti
Benggali yang beragama Sikh. Jumlah mereka hanya 20,000
– 30,000 orang sahaja. Dahulu mereka lebih dikenali sebagai
jaga dan pengembala lembu, tetapi kini sudah menjadi peguam
terkenal, professional dan ahli perniagaan.
Tidak kedengaran atau jarang isu gejala sosial atau imej
negatif di kalangan mereka. Ini contoh satu komuniti minoriti yang
hidup tanpa publisiti, retorik atau slogan-slogan yang gah, sekarang
maju dan dapat survive dengan cemerlang. Kita kena belajar
buat perbandingan.
Lihatlah pula nasib minoriti orang Melayu di Pulau Pinang.
Walaupun wujud agensi-agensi besar seperti Jawatankuasa
Pemandu Penyertaan Bumiputera, UDA, MARA dan Majlis
Agama Islam Pulau Pinang, akan tetapi kebanyakan orang
Melayu kebanyakannya tetap hidup merempat. Kenapa? Secara
perbandingan, orang Melayu dengan pelbagai bantuan tidak
berjaya, tetapi orang Sikh hidup berjaya dan cemerlang tanpa
bantuan. Kita mesti ada kerangka analisa yang mendalam untuk
melihat ini semua.
Kita bukan tidak berbangga adanya statistic kelompok middle
class Melayu yang semakin membesar di bandar-bandar besar,
tetapi itu tidaklah merupakan gambaran kedudukan orang Melayu
secara keseluruhannya. Melayu memang kuat dengan sentimen,
tetapi apabila hendak bertindak kita masih lemah dan tidak teratur.
Maknanya, setimen atau semangat kekitaan Melayu semata tanpa
diterjemahkan dalam bentuk tindakan tidak akan membawa erti
apa-apa.
257
Inilah Perjuanganku
Bagi saya, orang Melayu sekarang ibarat cerita penjual belon.
Secara tabiinya, belon itu walau apapun warnanya, apabila dipam
udara (gas hidrogen) ke dalamnya, ia patut boleh terbang ke
udara. Tetapi malangnya belon Melayu ini tidak naik, walaupun
dipam gas yang lebih dari memadai. Jawapannya kerana ada
bebanan, ada benda yang menariknya kebawah. Bebanan itulah
yang menjadi realiti yang harus ditangani.
Jika tidak, belon Melayu akan hanya hebat pada warna dan
membesar pada kulit tetapi tidak mampu naik dan terbang ke
angkasa lepas. Malah yang lebih mengerikan lagi ialah bila belon
Melayu terlalu sarat dengan gas manakala bebanan pula terlalu
berat, ia akan pecah dan terburai bagaikan serpihan belon yang
tidak berguna lagi. Potensi Melayu sebenarnya sama dengan
bangsa lain. Akan tetapi kerana bebanan itulah potensinya
tertekan.
Lantaran itu orang Melayu perlu memerdekakan diri mereka
daripada segala bebanan yang wujud. Kami melihat pelbagai
bebanan yang mengikat bangsa ini iaitu bebanan politik, bebanan
sosial, bebanan budaya, bebanan ekonomi dan bebanan lain-
lain lagi. Bebanan-bebanan yang meruntun bangsa Melayu ke
bawah itu harus dibuang, dan pada masa yang sama usaha untuk
melonjakkan potensi Melayu mesti diteruskan. Kalau itu dapat
dibuat, potensi dan kehebatan Melayu pasti boleh diserlahkan.
Sememangnya kalau kita terlalu bercerita tentang masalah saja,
secara psikologinya seolah-olah kita sudah mengalah. Makanya,
selari dengan itu kita harus membina yang segala langkah yang
positif untuk bangsa Melayu bangkit semula ketika mana kita
berbicara soal masalah.
258
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Sejarah bangsa Melayu sarat dengan kecemerlangan dan
kegemilangan. Bangsa Melayu pernah hebat, sama ada sebagai
pelayar, pejuang dan peneroka belantara. Sebagai peneroka
belantara, orang Melayu dahulu membina perkampungan dan
kemudian menjadi pekan dan bandar. Namun malangnya
sekarang, semuanya sudah diambil-alih oleh bangsa lain.
Selepas zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,
sejak 1511 penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun silih-
berganti menguasai Tanah Melayu. Kita dijajah selama 446 tahun.
Hampir seluruh infrastruktur bangsa Melayu seperti sistem
pentadbiran, sistem pendidikan, sistem politik, perdagangan dan
perundangan Melayu diruntuhkan satu persatu. Yang tinggal
bertahan dan menjadi benteng terakhir bangsa Melayu hanyalah
Islam yang bersifat urusan peribadi dan kekeluargaan sahaja.
Kemerdekaan yang kita capai pada tahun 1957 sepatutnya
mengembalikan zaman kegemilangan bangsa Melayu. Ternyata
pada 50 tahun pertama kita hanya mampu menyusun bangsa ini
sebagai satu komponen warganegara di negara yang kita cintai,
yang kita dakwa kita sebagai tuan.
Malangnya, kita tidak membina kekuatan asal bangsa Melayu,
yang jatidirinya bertunjang dan berakarkan Islam. Yang kita lebih
utamakan ialah nilai-nilai asing baik dari Barat atau Timur. Kita
seolah-olah kehilangan diri kita sendiri di tengah- tengah arus
kemajuan dan pemodenan. Bagi saya 50 tahun akan datang
hanyalah lanjutan proses modenisasi dan sekularisasi yang diwarisi
sekarang, atau sekadar untuk menyelesaikan “penyakit- penyakit”
yang dibiar menjalar pada fasa 50 tahun pertama.
259
Inilah Perjuanganku
Sebahagian besar penyakit ini datangnya daripada sistem
politik dan kepemimpinan yang diambil dari luar.Walaupun ada
juga bidang lain yang menyumbang kepada masalah bangsa
Melayu, politik dan kepimpinan menjadi sumber utama kepada
krisis bangsa ini. Politik dan kepemimpinan negara yang
sepatutnya berperanan mengangkat martabat bangsa Melayu
ternyata kecundang dan realitinya indah khabar dari rupa.
British sengaja merancang agar kemerdekaan negara ini
diberi kepada kumpulan yang mendokong ideologi sekular yang
diindoktrinasi kepada golongan bangsawan Melayu. Hal yang
sama berlaku di India. Kata-kata “biarlah mereka memounyai
warna kulit yang berbeza, tetapi darah yang mengalir di tubuh
mereka adalah darah Ingeris, cita rasa dan pemikirannya Inggeris“.
Inilah yang tejadi kepada bangsa Melayu.
British sengaja memberi ruang kepada kumpulan
berpendidikan Inggeris untuk menerajui kepimpinan politik negara.
Nama-nama pejuang sejati seperti Tok Janggut, Haji AbdulRahman
Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin al-Helmy,
Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Yaakob dan
lain-lain sengaja dipinggir atau dipadamkan dari sejarah.
Di tangan tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Jaafar dan
Tunku Abdul Rahman yang berpendidikan Barat inilah yang
digahkan sebagai pejuang bangsa. Padahal pembinaan semula
bangsa Melayu yang dipelopori oleh tokoh-tokoh sekular ini
tidak bersandarkan kepada pegangan agama, tetapi hanya dalam
kerangka nasionalisme Barat.
260
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Aspek yang juga tidak kurang penting dalam mengukuhkan
ideologi penjajah ialah sistem pendidikan negara. Sistem
pendidikan yang diarus pedanakan ialah sistem pendidikan yang
mementingkan kebendaan yang zahir yang sekular, dan
meminggirkan tunjang agama Islam. Sistem pendidikan sekular
ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, sedangkan sekolah-sekolah
agama rakyat dibiarkan berjalan sendiri tanpa bantuan.
Akhirnya siapa sahaja yang melalui proses ini akan
melanjutkan pemikiran dan kepimpinan yang berkiblatkan
Barat. Baik kepimpinan politik, kepimpian korporat, kepimpinan
budaya, kepimpinan intelektual dan kepimpinan agama,
semuanya semacam berada dalam acuan Barat.
Pada fikiran saya, kejayaan British bukanlah kejayaan mereka
mengawal sistem ekonomi, politik, pengurusan atau tentera kita
semata-mata, tetapi kejayaan penjajah yang paling utama ialah
kejayaan membunuh keyakinan diri bangsa Melayu terhadap
dirinya sendiri. Minda Melayu diracuni sebegitu rupa sehingga lahir
sikap terlalu mengagungkan Barat. Apa sahaja yang datang dari
Barat dilihat sebagai hebat, unggul, berkualiti, profesional dan
menjadi standard dalam kehidupan bangsa Melayu.
Walhasil krisis Melayu kini semakin rawan. Melayu tidak lagi
yakin dengan bahasanya sendiri, tidak yakin dengan budaya,
dengan tradisi pakaiannya sendiri, cara bermasyarakatnya sendiri.
Inilah kejayaan besar Inggeris terhadap bangsa Melayu sehingga
akhirnya segala yang datang dari penjajah diambil bulat-bulat, dan
lebih parah lagi dianggap sebagai budayanya sendiri.
Memang ada usaha kepimpinan negara seperti yang
dilakukan oleh Dr. Mahathir, iaitu Wawasan 2020 untuk
261
Inilah Perjuanganku
kononnya membangun melalui acuan sendiri. Tetapi itu lebih
kepada kulit dan retorik, bukan isinya. Dr. Mahathir konon sudah
buat segala-galanya. Tetapi pernahkah kita bertanya apa yang telah
dibuat sebenarnya? Adakah sejujurnya beliau membina bangsa dan
negara ini dengan kerangka yang betul atau tidak?
Pengamatan saya ialah beliau hanya membina infrasturktur
mega dan cuba mempercepatkan orang Melayu menjadi kaya
dengan mengkayakan orang yang sudah sedia kaya dengan
harapan berlaku limpahan. Rasionalnya ialah kita tidak boleh
menumpu kepada golongan Melayu terbanyak kerana proses ini
dianggap lambat.
Beliau memilih yang terdekat bukan sahaja dikalangan
korporat Melayu malah juga dikalangan yang bukan Melayu.
Namun akhirnya yang jelas limpahan itu tidak menjadi. Tanpa
mengkaji kemampuan dan keahlian golongan Melayu, pendekatan
beliau berakhir dengan melebarkan jurang kaya-miskin bukan
sahaja antara etnik malah juga intra etnik.
Sebelum itu, Tun Razak juga sudah membina bermacam-
macam institusi untuk memajukan orang Melayu, khususnya
melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kini terdapat lebih kurang
80 institusi di peringkat negeri dan persekutuan kononnya untuk
membantu orang Melayu, tetapi soalnya kenapa masih tidak
berkesan.
Puncanya ialah pihak pemerintah tidak memperhatikan
tentang masalah pertindanan peranan antara agensi, pengawalan
fungsi, koordinasi antara satu sama agensi dengan yang lain dan
bagaimana sesuatu kementerian dan jabatan itu diurus dengan
262
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
amanah dan bertanggungjawab. Termasuk juga soal menempatkan
individu yang mempimpin sesebuah agensi.
Contohnya UDA ditubuhkan untuk membantu orang Melayu
di bandar. Peruntukan disuntik dengan skala berbillion ringgit.
Dalam bidang perbankan pula, kerajaan juga mewujudkan Bank
Bumiputera bertujuan untuk mengoptimakan modal pelaburan
untuk membantu kaum bumiputera.
Tetapi ternyata kedua-agensi gergasi ini tidak mencapai
hasil yang sepatutnya. UDA sudah beraleh fungsi menjadi
sebuah badan korporat untuk meraih untung, manakala Bank
Bumiputera pula kini telah diambil alih. Krisis kepimpinan
dan wujudnya campurtangan politik dalam proses membuat
keputusan menyebabkan agensi-agensi ini gagal berfungsi
melonjak kedudukan bangsa Melayu.
Akhirnya, penyelewengan berlaku dihampir semua agensi
yang diitubuhkan untuk membantu orang Melayu. Kuasa yang
diberi tidak lagi menjadi amanah, tetapi sebaliknya menjadi batu
loncatan untuk kekayaan diri sendiri. Kuasa sudah jadi komoditi
untuk dijual beli.
Kalau kita bincang cara mendalam setiap institusi, ternyata
bukan meningkatkan imej dan martabat bangsa Melayu dan
menjadi aset bangsa, tetapi sebaliknya ada yang menjadi bebanan
atau liability. Agensi-agensi yang sedemikian banyak hanya menjadi
tempat menyediakan kerjaya kepada anak-anak Melayu untuk
makan gaji. Yang berlaku ialah membesarkan prasarana agensi,
bukan menumpukan kepada fungsi sebenar yang sepatutnya
menjadi ukuran relevan atau tidaknya agensi tersebut untuk
membangun bangsa Melayu.
263
Inilah Perjuanganku
Saya menyatakan banyak agensi-agensi tersebut bagaikan
ibu yang berselerakkan didalam pentabiran kerajaan tetapi ia
tidak siap untuk melahirkan anak-anak yang bernas dan dididik
dengan betul. Berlakulah “kehamilan” secara salah, dan sebab itu
kuasa yang dipegang juga akhirnya berada dikalangan orang yang
salah yang tidak berupaya dan tidak berminat untuk membantu
Melayu terbanyak melainkan hanya untuk melahirkan “anak-anak
yang tidak sah” lantaran ia bukan hasil dari keringat yang benar
tetapi dari kaedah “anak segera” yang dhaif, tidak bermaya dan
tidak berupaya.
Kini kekecewaan di peringkat akar-umbi (grassroot) sangat
mendalam. Lihatlah kehidupan nelayan Melayu selepas 30 atau
50 tahun. Yang besar dan kelihatan gagah ialah pejabat LKIM,
tetapi nasib nelayan tidak banyak berubah. Samalah juga dengan
pekebun kecil, pegawai dan kemudahan Risda dan Felcra
bertambah, pejabat semakin besar, tetapi penoreh getah masih di
takuk lama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!
Kekecewaan itu adalah kekecewaan yang terpendam, dan
menunggu masa untuk meledak. Kalau meledak 50 tahun akan
datang, ia mungkin akan meledak sebagai satu “amukan”, kerana
sudah tidak tahan lagi menanggung maruah bangsa yang semakin
dihakiskan. Golongan atasan hidup senang-lenang, tetapi 70%
golongan Melayu bawahan masih hidup melata dan sekadar
menjadi bahan media dalam rancangan “Bersamamu”. Kemiskinan
bangsa Melayu kini hanya menjadi bahan media. Orang korporat
pula sekadar mahu menjadi jaguh anugerah CSR (Corporate
Social Responsibility). Lebih parah kini ia sudah menjadi bahan
kempen politik.
264
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Peliknya bangsa lain tidak pula seghairah begitu untuk
membangun kaumnya sendiri. Kekecewaan bangsa Melayu
terhadap kepimpinan bukan lagi hanya dilihat diperingkat kolektif,
tetapi sudah sampai ke peringkat melihat kualiti peribadi secara
individu. Rakyat Melayu sudah mulai menyuluh sampai kepada
kualiti keperibadian pemimpin-pemimpinnya yang ada kini. Tidak
ada sesiapa lagi yang boleh dipercayai sejujurnya. Rakyat sudah
bersikap sinis kerana ketua-ketua politik semada berpangkat YB,
Dato, Ketua Pengarah dalam mentadbir urusan bangsa seolah-olah
tidak boleh dipercayai lagi sebagai pembela nasib bangsa Melayu.
Bebalnya orang Melayu kini sudah sampai ke peringkat
“berakit-rakit k hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, tidak pernah senang sampai sekarang!!” Bermastautin di
bandar tertindas, bermukim di kampung terpinggir.
Psychy Melayu sampai ke tahap itu. Istilah ketuanan Melayu
tinggal suatu retorik, slogan yang akan diketawakan orang. Dalam
demonstrasi di Penang ada poster yang tertulis “Jangan cabar
kesabaran kami, kami tuan di tanah ini”.
Kita harus bertanya seikhlasnya, Tuan apa? Tuan
Tanah? Padahal tanah Melayu banyak yang tergadai. Tuan
Bandar? Walhal Melayu di bandar menjadi bangsa minoriti. Tuan
Kampung? Sedangkan Kampung Melayu juga banyak yang ditelan
pembangunan.
Bangsa lain ketawa melihat gelagat orang Melayu hari ini
dengan slogan keTuanannya. Malangnya ahli politik suka slogan
seperti ini. Tidak ada idea yang segar dan nampak bersungguh
dan serius.
265
Inilah Perjuanganku
Akhirnya kita perlu jujur dan bertanya, untuk apa kita
mencetuskan jeritan sebegitu? Ada yang bebal lalu kerana tidak
dapat serah memorandum, dibakar pula! Melayu kini berada
dalam krisis kerana jatidiri lesu, pemikiran lemah dan sistem
pengurusan pembangunan yang salah dan pincang. Saya namakan
ini sebagai fenomena “gempita dari dalam” – gempita dalam hati,
gempita dalam jatidiri dan gempita dalam sitem.. Maksudnya
bangsa ini mengalami ledakan dalam dirinya akibat kekecewaan
yang tidak terkendali.
Apa penyelesaiannya?
Saya menggagaskan kekuatan Melayu perlu dibangun pada
4K.
K pertama ialah “Keislaman” sebagai pengkalan. Jika kita
hanyut dalam arus kehidupan ini, tidak kiralah siapapun, baik
pemimpin atau rakyat biasa, dia harus kembali ke pengkalan, iaitu
Islam. Jika Islam ditinggalkan, orang Melayu akan kehilangan
jatidirinya dan kehilangan sumber kemuliaan.
K kedua ialah “Ke’bangsa’an” – bahawa Allah mentakdirkan
kita sebagai satu bangsa dan secara antropologis kita digelar
bangsa Melayu. Oleh itu tidak layak kita menafikan bangsa yang
dianugerah oleh Allah kepada kita. Seperti Firman Allah SWT
dalam surah Ar-Rad: 11 – “Allah tidak akan mengubah nasib suatu
kaum selagi kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka sendiri”.Al-
Qur’an bicara soal kaum. Bangsa Melayu adalah kaum yang
diamanahkan Islam padanya.
Jika Melayu rosak dan jatuh, yang akan terfitnah ialah Islam.
Bangsa Melayu ini menanggung amanah Islam di Nusantara ini.
266
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Jika akhlak tidak perkuatkan, ekonomi tidak pulih, kepimpinan
tidak dibersihkan, imej Islam dipandang rendah. Melayu itu
berjatidirikan Islam dan Islam itu yang mewarnai Melayu.
Walaupun kata-kata itu tidaklah tepat sepenuhnya, tetapi itulah
imej Islam yang dilihat pada orang Melayu.
K ketiga ialah “Ke’watan’an” – bahawa kita mesti akur, inilah
watan kita, inilah tanahair kita. Walau apapun yang berlaku, inilah
tempat dan tanahair kita. Jika kita tidak pertahankan, kita Akan
jadi tidak releven lagi. Alif Ba Ta perjuangan kita itu ialah Agama,
Bangsa dan Tanahair. Ini adalah tanda kesedaran kita sebagai
bangsa yang berdaulat. Jika tanahair ini tidak dijaga dan tidak
diurus dan dipertahankan, kita akan hilang asas kekuatan bangsa
Melayu.
Akhir sekali ialah K keempat iaitu “Ke’umat’an”, iaitu
keberadaan Melayu dalam suatu ummah, iaitu ummah Muslimin.
Melayu adalah sebahagian daripada ummah Muslimin. Apa
sahaja yang berlaku ke atas umat Islam di tempat lain, sepatutnya
turut dirasai oleh orang Melayu. Malangnya kini sudah tidak lagi.
Nasib umat Melayu-Islam di Patani, di Mindanao dan di Acheh
sekadar menjadi berita panas sementara, sama seperti berita
panas terhadap orang lain atau di tempat lain. Ternyata generasi
sekarang tidak lagi mempunyai perasaaan kenusantaraan. Nusa
antara bangsa sesama Melayu dan sesama Islam perlu dihidupkan
kembali.
Sayangnya rumpun Melayu pula kini tidak membantu dan
bahkan masing-masing sedang bergelut dengan masalah sendiri-
sendiri. Imej Melayu sudah kabur. Seorang pujangga Islam
pernah berkata “Allah mencipta bumi, syaitan mencipta sempadan”
267
Inilah Perjuanganku
(Allah created the Earth, syaitan created the nations)”. Perasaan
keummatan Melayu kini sudah terhakis dan terasing disebabkan
penjajahan dan wujudnya sempadan politik yang berteraskan
nasionalisme sempit.
Kita semakin terpisah mengikut kelompok, etnik atau kabilah
kecil – Minang, Bugis, Banjar, Jawa, Melayu Riau, Melayu Brunei,
Melayu Patani, Melayu Champa dan Melayu Filipina. Kita menjadi
lebih cair kerana unsur kebersamaan sudah dibuang.
Contohnya, tulisan jawi yang dahulu merupakan medium kesatuan
Melayu telah semakin pupus. Yang tinggal ialah akidah. Itu pun
sedang digugat. Sempadan politik menyebabkan perasaan
keummatan (esprit decorp) tidak lagi wujud. Dahulu semangat
persaudaraan Melayu begitu kuat kerana kita ada ikatan
kekeluargaan di seluruh Nusantara, tetapi sekarang sudah tidak
wujud lagi, sudah pupus. Keempat-empat K inilah yang ingin kami
gagaskan sebagai jalan keluar dari kemelut ini.
Memang sebagai seorang Muslim kita tidak boleh berputus
asa. Harapan tetap ada, dan jalan keluar tidaklah mustahil. Kita
perlu yakin masih ada “light at the end of the tunnel”. Tetapi
harapan itu akan menjadi cerah asalkan kita memenuhi syarat-
syarat yang tersirat dalam 4 K itu.
Syarat inilah menyebabkan tercetusnya idea kami untuk
berbicara “Melayu akan pupus” kerana fasa 50 tahun kedua akan
menentukan nasib bangsa Melayu. Alaf baru sudah berlalu 10
tahun dan fasa kedua 50 tahun sudah berlalu tiga tahun, namun
syarat-syarat kebangkitan bangsa itu maseh belum dipenuhi.
Sementara kita yakin kita boleh bangkit sebagai bangsa yang
memenuhi ciri-ciri “khoiro ummah” namun kita perlu insaf
268
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
selagi syarat-syarat itu tidak diberi perhatian selagi itu kami yakin
kepupusan bangsa Melayu akan menjadi realiti.
Apa yang paling menakutkan kita ialah tidak wujudnya watak-
watak Melayu di kalangan generasi baru buat menyambung dan
mewarisi keunggulan bangsa Melayu ini. Jika kita dihinggapi
penyakit kurang yakin hendak menyerahkan “baton”
menyambung pecutan bangsa ini kepada generasi muda Melayu
masa depan, maka kepupusan ini bakal lebih awal dari 50 tahun
yang saya jangkakan!
269
BAB 21
Masalah Sosio-
Budaya & Pendidikan
Melayu
INILAH
PERJUANGANKU
Masalah sosial di kalangan orang Melayu semakin
membimbangkan. Kehidupan sosial orang Melayu,
khususnya anak-anak muda hari ini begitu dipengaruhi
oleh budaya Barat. Orang Melayu seakan tidak mempunyai daya
tahan dalam menghadapi limpahan budaya Barat yang semakin
menggejala. Siaran TV Astro yang menyalurkan hampir semua
program tv dunia tanpa tapisan sudah masuk ke rumah-rumah
orang Melayu, baik di bandar mahupun di kampung-kampung.
Dunia siber telah meruntuhkan akhlak remaja Melayu.
Teknologi komunikasi IT dan handphone yang sepatutnya menjadi
alat bagi pembangunan bangsa sebaliknya mencetuskan budaya
negatif di kalangan anak-anak Melayu. Didikan agama yang
dangkal, kecuali beberapa kerat yang mendalami agama secara
sepenuh masa di peringkat sekolah dan IPT, telah semakin
terhakis akibat landaan pengaruh siber dan globalisasi.
Apa sahaja yang disajikan akan ditelan oleh orang Melayu
tanpa mengunyahnya. Ada yang leka dengan dunia hiburan,
dan taksub dengan program realiti atau talk show hiburan atau
sukan tertentu, pornografi, chatting yang tidak berfaedah (konon
sekadar menghiburkan hati) dan sibuk dengan skim cepat kaya
yang menggunakan IT. Hanya ada satu dua rancangan tv atau
radion yang baik dan berfaedah tetapi kurang ditonton atau
didengar.
Inilah Perjuanganku
Akibatnya orang Melayu menjadi lesu dan malas berfikir.
Tidak ada penekanan yang serius terhadap budaya ilmu.
Memasuki IPT hanyalah sekadar untuk mendapatkan sekeping
ijazah sebagai tiket untuk mendapat pekerjaan dan hidup senang.
Universiti hanyalah kilang yang memproduksi pekerja, bukan
menatang budaya ilmu dan pembangunan insan dalam erti kata
yang sebenarnya. Apa yang dimaksudkan dengan pembangunan
insan kini lebih menjurus kepada penyediaan sumber tenaga kerja
melalui kemahiran tertentu.
Krisis Nilai Melayu
Sesungguhnya Melayu kini sedang menghadapi krisis nilai. Kita
bukan sekadar menghadapi gejala sosial, tetapi masalah sosial
yang 'real'. Masalah sosial orang Melayu adalah hasil daripada krisis
nilai yang begitu parah.
Memang dalam membicarkan masalah sosial, soal statistik
harus diambilkira. Gambaran buruk moral dan akhlak orang
Melayu ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Dalam apa
sahaja statistik masalah sosial di negara ini, orang Melayulah yang
paling ramai. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan, terdapat
laporan yang menyatakan wujud 74,723 kes anak luar nikah yang
membabitkan orang Melayu telah didaftarkan.
Kelahiran seorang anak luar nikah tentulah melibatkan dua
orang dan ini bermakna seramai 149,446 orang Melayu telah
terlibat dengan perzinaan, termasuk kes sumbang mahram. Itu
yang didaftarkan. Mungkin jumlah ini bertambah sekali ganda
kepada hampir 300,000 orang yang tidak didaftarkan.
272
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Ini bermakna setiap tahun hampir 600,000 orang Melayu
terlibat dalam kes zina. Bayangkan jika masalah ini tidak dapat
dibendung, dalam tempoh 50 tahun lagi seramai 15 juta orang
terlibat dalam kes seumpama ini.
Ini belum diambilkira kes pembuangan bayi di tempat
pembuangan sampah atau bayi ditinggalkan begitu sahaja di
depan rumah atau surau/masjid. Setiap minggu akan terpampang
di media kes pembuangan bayi, terutama di kalangan orang
Melayu. Masalah ini bukan tidak berlaku di kalangan bangsa lain,
tetapi mungkin bilangannya lebih kecil.
Seks Bebas
Gejala hubungan seks bebas di kalangan remaja dan orang dewasa
Melayu semakin meningkat. Kebanyakan pelaku seks bebas ini
menyedari bahawa perbuatan mereka itu salah, tetapi akibat nafsu
rela menggadaikan maruah diri hanya untuk kepuasan sementara.
Hubungan intim seperti berpeluk dan bercium sudah
menjadi perkara biasa. Bermula di panggung wayang dan taman
bunga atau pusat-pusat hiburan sehinggalah berlarutan dengan
melakukan seks di hotel atau di rumah.
Mereka tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu memikul
tanggungjawab. Keadaan mereka sama seperti di Barat. Baru-baru
ini ada orang yang mengakui tinggal serumah tanpa nikah.
Mengikut penyelidikan yang dijalankan oleh Pertubuhan
Kebajikan Darul Islam Selangor, 25 – 30% pelajar sekolah
menengah mengakui mereka pernah melakukan hubungan
seks sejak daripada tingkatan satu. Peningkatan kes pelajar
sekolah hamil ialah sebanyak 30% setiap tahun. 70% pelajar
273
Inilah Perjuanganku
sekolah rendah yang berumur 9-12 tahun pernah membaca atau
menonton bahan-bahan lucah sama ada melalui buku, novel, vcd
ataupun internet.
Semuanya sudah dianggap perkara biasa dan mereka tidak
ada rasa segan dan malu. Bahkan, sudah wujud pesta-pesta seks
bertukar-tukar pasangan, bukan sahaja di bandar-bandar, tetapi
sudah menular ke kawasan kampung.
Tidak hairanlah apabila terdapat laporan kejadian 16 pelajar
perempuan tingaktan tiga dan enam di sebuah sekolah menengah
di Kuala Terengganu didapati hamil anak luar nikah! Ini yang
dilaporkan dan dikesan oleh media. Apakah kejadian ini tidak
berlaku di sekolah lain?
Anehnya ada suara-suara yang mahuan Pendidikan Seks
di ajarkan di sekolah-sekolah, meniru cara Barat menyelesaikan
masalah seks bebas, walhal sejak subjek itu diperkenalkan di
Barat, seks bebas bukan berkurang, tetapi bahkan meningkat
dengan drastik! Kenapa tidak di cari penyelesaian cara Islam, apa
lagi terhadap kes-kes yang melibatkan orang Islam sendiri?
Perceraian
Jakim melaporkan bahawa kes perceraian di kalangan orang
Melayu-Islam juga semakin meningkat. Sejak tahun 1990, antara
11,000 hingga 20,000 kes perceraian berlaku setiap tahun. Tahun
1990 mencatatkan sebanyak 11,194 kes, manakala pada tahun
2008 mencatatkan sebanyak 22,289 kes perceraian.
Jika dijumlahkan, sebanyak 270,570 kes perceraian telah
berlaku sejak tahun 1990 hingga tahun 2008. Ia merupakan 15%
daripada 1,802,039 perkahwinan orang Melayu-Islam pada tahun
1990 hingga 2008.
274
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Perceraian amat menakutkan kerana ia bukan sahaja
melibatkan perpisahan dua insan, tetapi mungkin permusuhan dua
keluarga. Tentulah kesannya melibatkan antara 2 hingga 4 orang
anak yang akan mengalami trauma.
Lebih buruk lagi jika si bapa mengabaikan pemberian nafkah
kepada anak-anak dan berlaku permusuhan atau pertelingkahan
antara bekas suami isteri tersebut. Ia akan memberi kesan kepada
pemikiran anak-anaknya kerana bertambahnya dengan kumpulan
orang-orang yang emosinya tidak stabil dalam masyarakat.
Seks Songsang
Paling menyedihkan lagi ialah wujudnya golongan pengamal
seks songsang di kalangan remaja Melayu. Tidak lama dahulu
akhbar Harian Metro melaporkan tentang kegiatan lesbian dan
homoseksual yang amat menjijikkan. Demi memperoleh nikmat
seks luar biasa yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Mereka menyalahgunakan laman web sosial seperti facebook dan
twitter untuk mengiklankan kegiatan mereka. Begitu juga dengan
kegiatan lesbian di kalangan remaja Melayu. Kebanyakan mereka
mula ketika tinggal di asrama sekolah.
Sudah wujud kumpulan Gay Malaysia yang menyalahgunakan
lambing jata dan bendera negara menjadi logo kumpulan ini di
internet. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (SIDIM)
melaporkan memang ramai yang terlibat dengan kegiatan
terkutuk ini. SIDIM sendiri dikatakan sedang merawat berpuluh-
puluh pelatih yang ingin kembali ke pangkal jalan.
Di samping itu juga, wujud kumpulan lembut atau pondan
di kalangan lelaki Melayu. Kebanyakan mereka bekerja di salon
275
Inilah Perjuanganku
kecantikan, menjadi jurusolek artis dan jurujual atau pelayan
di restoran atau di hotel-hotel. Ada yang sudah melakukan
pembedahan untuk menukar jantina dan mengubah bentuk
wajah dan bahagian tertentu tubuh badan mereka.
Kes-kes seumpama ini akan memberi kesan buruk
kepada pembinaan bangsa Melayu. Ia memberikan kesan berganda.
Tidak pelik jika ibu bapa yang tidak bermoral dan tidak berpegang
kepada agama akan melahirkan anak-anak yang lebih buruk
akhlaknya. Apa lagi jika mereka dan anak-anak mereka tidak
mendapat bimbingan dan pendidikan agama yang secukupnya.
Bayangkan akhlak dan moral generasi Melayu 50 tahun akan
datang. Tidakkah ini menandakan jati diri Melayu semakin pupus.
Dadah, HIV dan Arak
Seiring dengan pemodenan negara, gelaja dadah turut melanda dan
memusnahkan masa depan sebahagian orang Melayu. Walaupun
pelbagai usaha dilancarkan untuk membanteras pengedaran dan
penyalahgunaan dadah di negara ini, termasuk penubuhan Agensi
Anti-Dadah Kebangsaan, PEMADAM, Pengasih, Pendamai dan
Majlis Anti-Dadah Kebangsaan, gerakan kempen kesedaran secara
besar-besaran dan usaha pembanterasan dadah oleh pihak
polisdan RELA, namun masalah dadah semakin serius.
Kes penyalahgunaan dadah di negara ini mula dikesan sejak
awal tahun 1970-an lagi. Data PEMADAM menyatakan bahawa
sejak tahun 1988 hingga 2005, sebanyak 32,808 kes penagihan
dadah telah direkodkan. 68% atau 22,344 daripada penagih dadah
itu adalah orang Melayu. Kebanyakan mereka berumur antara 12
hingga 40 tahun.
276
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Bagaimanapun, menurut satu kajian, jumlah itu jauh lebih
besar. Daripada tahun 1998 hingga 2006, terdapat sebanyak
296,898 orang penagih dadah yang didaftarkan. 66% atau
sebanyak 194,630 adalah Melayu.
Alangkah ruginya apabila anak-anak muda Melayu,
khususnya lelaki terlibat dalam masalah yang amat rumit untuk
diselesaikan ini. Sebahagian besar daripada mereka akan terus
menagih dadah walaupun sudah menjalani pemulihan di 28 pusat
serenti. Paling membimbangkan ialah wujudnya andaian bahawa
seorang penagih ditangkap, tiga orang lagi dikatakan masih bebas
di luar.
Setiap tahun kerajaan terpaksa membelanjakan RM200 juta
setahun untuk menangani masalah dadah. Purata RM29,
000.00 dibelanjakan untuk program pemulihan seorang penagih
dadah dalam tempoh dua tahun. Selepas menjalani program
pemulihan selama dua tahun, ada yang ditangkap kembali setelah
dibebaskan. Ada yang tinggal sehingga 20 tahun di pusat serenti.
Biasanya penagihan dadah berpunca daripada ketagihan
rokok. Terdapat lebih 4.6 juta perokok tegar di Malaysia hari ini.
Masalah ini berpunca sejak daripada sekolah rendah lagi. Tabiat
merokok di kalangan remaja di bawah umur 18 tahun meningkat
setiap tahun. Pada tahun 2003 sahaja, 25.3% remaja Malaysia
merokok, sabahagian besarnya adalah remaja melayu.
Kerajaan terpaksa membelanjakan RM7 juta setahun untuk
kempen anti-merokok setiap tahun. Walaupun diketahui bahawa
lebih daripada 10,000 orang meninggal dunia akibat penyakit yang
berkaitan dengan rokok seperti kanser paru-paru dan sakit jantung,
namun usaha untuk mengurangkan perokok masih tidak berkesan.
277
Inilah Perjuanganku
Dalam kes HIV pula, pada tahun 1985 hanya didapati 3 orang
penghidap penyakit ini. Dua orang daripadanya adalah Melayu.
Namun pada tahun 2008 jumlah ini telah mencecah 100,000 orang
dan 80% adalah orang Melayu, terutama daripada suntikan
dadah akibat bertukar jarum. Ada juga kes yang melibatkan
hubungan seks rambang. Kerajaan terpaksa membelanjakan
sebanyak RM2o billion setahun untuk merewat pesakit HIV dan
AIDS.
Kes penagihan arak tidaklah terlalu besar di kalangan orang
Melayu. Bagaimanapun daripada 2.1 juta peminum arak di negara
ini, 20% daripadanya adalah Melayu. Rakyat Malaysia berbelanja
lebih RM2 billion untuk membeli arak setiap tahun. Ketagihan
arak berpunca dripada masalah rumahtangga. Di kalangan
remaja pula, ia menjadi trend baru kerana cara hidup bebas yang
mereka amalkan. Ia berkaitan dengan masalah jenayah, judi dan
keganasan rumahtangga.
Dari Ponteng Sekolah ke Jenayah
Pada tahun 2005, seramai 7,000 pelajar telah dibuang sekolah
manakala 15,000 pelajar pula digantung persekolahan. Mereka
berpeleseran di pusat-pusat hiburan dan cyber cafe. Kes
pergaduhan di kalangan pelajar juga amat merunsingkan. Mereka
juga terlibat dalam kes buli, kes juvana dan gansterisme. Terdapat
pelajar yang mati dipukul oleh sekumpulan pelajar lain. Sebanyak
4,844 kes juvana dikesan pada tahun 2006. Ia meningkat setiap
tahun.
Kes keciciran juga turut merunsingkan. Pada tahun 2006,
sejumlah 20,293 pelajar gagal menamatkan persekolah di
peringkat menengah. Ada juga laporan yang mengatakan sebanyak
278
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
242,195 orang pelajar telah tercicir sejak tahun 1990. Semua ini
menyumbang kepada masalah sosial, terutama perlakuan jenayah.
Remaja ini membesar dengan seribu satu masalah sehingga
akhirnya menjadi penjenayah. Tidak hairanlah masalah rempit,
ragut, rompak, rogol dan pembunuhan berleluasa hari ini.
Statistik PDRM mendedahkan bahawa pada tahun 2004 berlaku
perkara-perkara berikut:
• 1.5 kes orang dibunuh setiap hari
• 4.7 kes orang dirogol setiap hari
• 68.2 kes pecah rumah setiap hari
• 23.6 kereta di curi setiap hari
• 141.3 kes motorsikal dicuri setiap hari
• 41.9 kes rompakan setiap hari
Kadar jenayah di seluruh negara meningkat sehingga 15%
setahun. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia
menjejaskan keamanan dan kestabilan hidup. Jenayah dan
maksiat terus bertambah setiap tahun. Lebih separuh daripadanya
melibatkan orang Melayu. Ini ditambah pula dengan statistic
bahawa 5,000 kes jenayah melibatkan warga asing di Malaysia.
Tidak kurang merunsingkan kita ialah kes-kes pelacuran.
Ada data yang menunjukkan terdapat sehingga 142,000 orang
wanita dan pondan hidup sebagai pelacur sejak 10 tahun lalu.
Walaupun lebih ramai yang ditangkap terdiri daripada warga
asing dari China, Indonesia, Thailand, Vietnam, Russia dan
beberapa Negara Barat, sebahagian besar pelanggannya adalah
orang Melayu.
279
Inilah Perjuanganku
Gaya Hidup dan Bebanan Hutang
Orang Melayu boleh dibahagikan kepada lima kumpulan
penempatan. Pertama ialah Melayu kampung yang masih tinggal
di rumah-rumah tradisional, termasuk di Felda. Sebahagiannya
sudah didirikan rumah batu, sebahagiannya masih rumah kayu.
Gaya hidup mereka masih tradisional dengan semangat kerjasama
dan gotong-royong masih ada, walaupun sudah mula terhakis. 30%
daripada orang Melayu digolongkan dalam kategori ini.
Kedua ialah rumah murah, sama ada teres setingkat atau
rumah pangsa atau flet. Kebanyakannya adalah hasil penempatan
semula setinggan di pinggir Bandar. Kehidupan mereka agak
sederhana dengan pendapatan cukup makan. Ada yang bekerja
kilang, pemandu, kerja kontrak, kerani, buruh dan peniaga kecil-
kecilan. Jumlah ini agak besar, mungkin di sekitar 30% daripada
jumlah orang Melayu.
Ketiga ialah penempatan Taman, biasanya rumah teres
dua tingkat yang mewakili 20% penduduk Melayu di negara ini.
Hidup mereka agak selesa, tetapi semangat kejiranan mulai
renggang, terutama di taman-taman yang turut dihuni oleh kaum-
kaum lain. Mereka mungkin kakitangan kerajaan dan swasta
peringkat pertengahan yang berpendapatan agak baik.
Keempat ialah Melayu yang tinggal di rumah mewah
seperti banglo, semi-detached, rumah teres di kawasan mewah
ataupun kondominium. Mereka mewakili 10% daripada jumlah
orang Melayu di negara ini. Kehidupan mereka adalah mewah,
namun hubungan kejiranan memang kurang dititikberatkan dan
sikap individualistik yang menebal. Mereka kononnya lebih
mementingkan privasi, status dan keselamatan. Jika kenduri
280
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
mereka biasanya akan menempah catering. Biasanya mereka terdiri
daripada pegawai tinggi kerajaan dan swasta, ahli politik dan
usahawan yang berjaya.
Kumpulan kelima ialah Melayu yang masih menghuni
kawasan setinggan atau kawasan rumah-rumah lot yang sempit
dan tidak teratur. Semangat kejiranan masih wujud tetapi sikap
individualistik tetap ada.
Kebanyakan Melayu bandar dan pinggir bandar sudah
dibudayakan dengan kehidupan moden. Mereka lebih gemar
berbelanja di supermarket. Gaya hidup mereka juga jauh berbeza
daripada Melayu di kampung atau Melayu tradisional. Bagi mereka
kehidupan Melayu kampung sudah ketinggalan zaman.
Kebanyakan mereka mementingkan status dan penampilan dari
segi pakaian, perhiasan, kereta dan lebih terpengaruh dengan
jenama, walaupun kadangkala berbelanja melebihi pendapatan.
Sesetengahnya pula lebih suka mengunjungi restoren mewah
seperti Starbuck atau Kopitiam demi status dan gaya hidup
mewah.
Budaya makan makanan ringan seperti KFC, McDonald,
Pizza Hut dan seumpamanya juga sudah sebati dengan sebahagian
besar orang Melayu di bandar. Kalau satu ketika dulu kedai
makanan segera ini dianggap mewah, tetapi hari ini ia sudah
dianggap makanan biasa, walaupun mereka terpaksa membayar
harga yang jauh lebih mahal daripada makanan di warung atau
restoran biasa.
Lebih parah lagi ialah adanya Melayu yang tidak
memperdulikan halal-haram dalam hal makanan dan berpakaian.
Mereka sanggup mengunjungi restoren tertentu yang makanannya
281
Inilah Perjuanganku
belum tentu halalnya, termasuk kedai yang menyediakan
minuman keras. Dari segi kesihatan, majority penghidap sakit
jantung dan diebetis adalah orang Melayu.
Dari segi berpakaian, sebahagian besar anak-anak muda
lebih terikut-ikut dengan trend. Lambakan pakaian mendedahkan
aurat dari China, Hongkong dan Barat di supermarket menjadi
kegilaan generasi muda Melayu. Walaupun sebahagiannya
mengenakan tudung, tetapi mereka masih memakai pakaian yang
ketat, pendek dan tidak menutup aurat sepenuhnya.
Masalah dunia hiburan paling berat ialah komersialisasi
berlebihan. Bidang ini bukan lagi dianggap sebagai seni fitrah dan
seni beradabtetpai telah diganti dengan hiburan yang komersial
yang keterlaluan, hedonistik, dunia gossip, bidang memperaga
diri menjadi glamor. Walhal bidang hiburan yang ditampilkan
tidaklah mencapai kualiti yang diharapkan. Kita terlalu banyak
didedahkan dengan program hiburan yang ditiru daripada orang
lain. Isinya kosong dan merosakkan pemikiran generasi muda,
khususnya orang Melayu. Ia semakin parah dari sehari ke sehari
dan akhirnya mencabut generasi muda dari akar jati diri Melayu
yang berteraskan agama.
Gaya hidup mewah juga semakin berleluasa. Akibatnya
semakin ramai Melayu hidup dihimpit hutang. Hampir semua yang
mereka miliki adalah dengan cara berhutang, sama ada
hutang/pinjaman bank atau kad kredit. Tidak kurang juga yang
menghadapi masalah black listed dan bangkrup. Ada pula yang
dikejar along kerana gagal melangsaikan hutang sejak sekian lama.
282
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Pendidikan Melayu Ke Arah Mana?
Bukan tidak ada Melayu yang baik dan bagus. Bukan tidak ada
Melayu yang sedar, Islamik, intelek dan professional. Namun
jumlahnya tidak dominan. Hatta kita mempunyai lebih 60,000
pensyarah universiti dan kolej universiti, sebahagian besar daripada
mereka hanyalah pekerja biasa-biasa yang tidak menyumbang
sebarang pengaruh pembaharuan dalam masyarakat. Mereka hidup
sama sahaja dengan pekerja atau kakitangan kerajaan dan swasta
yang lain – untuk cari makan.
Fenomena brain drain Melayu yang berhijrah dan tinggal di
luar negara juga amat membimbangkan. Mereka lebih selesa
bekerja di negara luar dengan pendapatan yang lumayan daripada
bekerja di negara ini. Akibatnyanya semakin ramai professional
asing yang datang berkerja dan menetap di sini. Di samping itu
sejumlah 2 juta pekerja asing datang ke Malaysia sebagai pekerja
mahir dan separuh mahir sehingga mengurangkan peluang kerja
di kalangan anak tempatan.
Bidang pendidikan tidak dinafikan merupakan penyumbang
penting kepada perubahan nasib dan taraf hidup orang Melayu.
Dengan pendidikanlah orang Melayu mampu menjadi peguam,
doktor, arkitek, pendidik dan usahawan yang berjaya. Melalui
kemajuan dalam bidang pendidikanlah orang Melayu mampu
mendapat pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik berbanding
semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan.
Namun persoalan utama ialah sistem pendidikan yang kita
dokong selama ini yang gagal mencernakan watak-watak Melayu
yang diharapkan. Sistem pendidikan nasional gagal membentuk
sahsiah dan keperibadian bangsa kerana terlalu mementingkan
283
Inilah Perjuanganku
peperiksaan. Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamatkan
pembangunan insan yang seimbang masih gagal melahirkan
Melayu yang berfikir kreatif dan kritis serta mempunyai yang betul
dan jati diri yang kukuh sebagai bangsa teras di negara ini.
Pendidikan Islam yang diharapkan untuk membentuk
sahsiah dan keperibadian bangsa Melayu indah khabar dari
rupa. Kesannya tidak menyeluruh. Sistem pembelajaran yang
berorientasikan peperiksaan mungkin merupakan punca
pendidikan Islam tidak dihayati oleh para pelajar. Pengajian
Islam yang sepatutnya diwajibkan di semua peringkat tidak
berlaku. Akibatnya, ada pelajar yang langsung tidak mengambil
mata pelajaran agama Islam dan ini berterusan sehingga mereka
memasuki IPT.
Setiap kali bertukarnya tampuk kepemimpinan pula, akan ada
sahaja dasar baru diwujudkan, yang tidak berkesinambungan
daripada dasar yang sebelumnya. Pegawai, pensyarah, guru dan
pelajar semakin keliru. Tahap komitmen guru mendidikan anak
bangsa tidak 100%. Segelintir saja yang betul-betul menjiwai
profesyen perguruan dengan ikhlas.
Dasar baru seperti PPSMI pula menghambat dan menghakis
Dasar Bahasa Kebangsaan yang dilaksanakan sebelum ini. Ia
seolah-olah membantutkan proses memperkukuhkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahkan ada pemimpinan kenan
universiti sendiri yang tidak yakin dengan kemampuan bahasa
sendiri. Akibatnya, semakin banyak university di negara ini yang
sudah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
atas alas an untuk mewujudkan kebolehpasaran graduan.
284
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Proses meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi terbantut. Penguatkuasaannya seperti dalam
iklan masih belum menyeluruh. DBP yang menjadi lambing
kemegahan bahasa Melayu hanya gah pada bangunan tingginya
sahaja, sedangkan penerbitan dan pemasaran buku-buku
berbahasa Melayu tidak sehebat yang disangka. Kempen-kempen
bahasa lebih bersifat superficial dan bermusim. Di manakah
silapnya?
Walaupun sejak merdeka negara kita telah melahirkan lebih
dua juta golongan cerdik pandai khususnya di kalangan orang
Melayu, kepandaian mereka hanya digunakan untuk mendapatkan
pekerjaan yang bergaji lumayan, tetapi tidak untuk membangunkan
anak bangsa supaya mempunyai jati diri yang kuat. Yang lahir
adalah individu Melayu yang berpendidikan tinggi tetapi hidup
secara invidualistik dan materialistic, mementingkan diri sendiri
dan kebendaan semata-mata.
Generasi bijak pandai Melayu tewas dengan cabaran
pemodenan khususnya dunia IT dan penyiaran. Yang lahir ialah
anak-anak yang lemah berfikir akibat terpesona dengan “didikan”
video game, calculator dan penggunaan sms melalui handphone. Ramai
yang lebih leka dengan bercit-cat berjam-jam, melayari facebook dan
benda-benda yang lebih kepada hiburan dan seks. Melayu semakin
leka dan tidak lagi memikirkan nasib dan masa depan bangsanya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar celik huruf di
kalangan orang Melayu meningkat tahun demi tahun. Bilangan
pelajar Melayu yang lulus dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM
dan STPM semakin bertambah. Lulusan institut perguruan, kolej
285
Inilah Perjuanganku
dan universiti juga semakin ramai. Tetapi kualiti yang dicapai oleh
pelajar-pelajar Melayu di semua peringkat masih ketinggalan di
belakang kaum lain. Data-data mutakhir menunjukkan bahawa
pencapaian pelajar-pelajar Melayu membuktikan dakwaan ini.
Pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan juga
agak ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Perhatikan senarai
pelajar terbaik SPM 2009 di bawah ini sebagai contoh:
• Gladys Tan Yee Kim SMK – Green Road, Kuching,
Sarawak
• Grace Kiew Sze-Ern – SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya,
Selangor
• Khadijah Ahmad Jais – SM Agama Persekutuan Labu,
Negeri Sembilan
• Akmal Hidayat Sabri – SMK Derma, Kangar, Perlis
• Syamilah Mahali – Kolej Tunku Kurshiah Seremban,
Negeri Sembilan
• Lee Wei Ling – SMK Taman Melawati, Selangor
• Nur Syuhadah Muhamad – SM Sains Tengku Muhammad
Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan
• Lai Yin Kwin – SMK Tinggi Melaka, Melaka
• Corinne Gunn Huey Min – SMK Taman Melawati,
Selangor
• Hu May Khei – SMK Convent, Taiping, Perak
Hanya 4 daripada 10 pelajar terbaik SPM ini terdiri daripada orang
Melayu, itu pun dua orang daripadanya bersekolah di sekolah
berasrama penuh tajaan kerajaan, sedangkan kesemua
286
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
enam pelajar Cina hanya bersekolah di sekolah harian. Ini jelas
menunjukkan perbezaan yang ketara antara pencapaian anak
Melayu berbanding dengan anak orang Cina. Di manakah
silapnya?
Ini belum diambilkira pencapaian pelajar Melayu di
peringkat IPT atau university-universiti tempatan dan luar negara.
Kebanyakannya hanya lulus cukup makan dan tidak hairanlah
setiap kali diumumkan graduan terbaik dalam bidang penting/
kritikal, pemenangnya adalah bukan Melayu.
287
“Persiapan terbaik agar boleh
bekerja dengan baik esok hari
adalah dengan bekerja dengan
baik hari ini.”
- Elbert hubbard
BAB 22
Halatuj u Melayu-
Islam dan
Penyelesaiannya
INILAH PERJUANGANKU
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan
dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-
hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim ayat 4).
Meneliti dengan halus kedudukan bangsa Melayu seolah-
olah semakin menggambarkan satu kaum yang sedang
menderita sakit barah dan menunggu saat maut.
Mungkin kenyataan ini keterlaluan, namun kita ingin jujur dan
tidak berselindung.
Walaupun berulang kali disahkan bahawa sudah ada
pencapaian yang boleh dibanggakan namun yang nyata pada
tubuh badan bangsa Melayu itu dipenuhi kudis-kudis yang masih
belum boleh dirawati sehingga hari ini. Mungkin yang tinggal
hanyalah beberapa bahagian dari tubuh itu yang masih tidak
berkesan dengan kudis yang kian merebak.
Demikianlah kita merenung dengan mendalam nasib bangsa
Melayu ini. Pada keseluruhannya tubuh manusia Melayu itu
semacam tidak terdaya untuk pulih, kerana sakit kudis yang
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
terus berulang. Sering juga ia terus berpenyakit kerana diagnosis
yang salah dan rawatan yang silap. Lain yang sakit lain pula yang
diubati.
Kita mengutarakan anologi ini kerana jika tidak ada proses
pemulihan segera, survival bangsa Melayu ini pasti akan tamat
usianya. Akhirnya Melayu itu sendiri akan pupus, atau menjadi
bangsa yang “minoriti”, bukan dari segi jumlahnya, tetapi dari
segi kualiti dan keberkesanan pengaruh dan kekuatannya sebagai
satu bangsa.
Melayu kini sudah melahirkan generasi muda yang hilang
jati diri, Melayu yang lupa akan budaya dan tamadunnya selain
hanya saki baki peninggalan datuk moyangnya yang bersifat
kosmetik untuk kajian para ahli antropologi.
Sebahagian besar generasi Melayu muda kini dilihat sudah
hilang akar budaya dan pengkalan hidupnya sebagai insan Muslim.
Melayu yang sudah tidak lagi menghargai perjuangan bahasa dan
tanah airnya sendiri.
Sesungguhnya telah berlaku kerosakan manusia Melayu
itu dari dalam dan luar dirinya. Cara berfikir dan nilai dirinya
sekaligus semakin bercelaru. Tidak dapat dinafikan ketahanan
diri Melayu semakin runtuh dan seolah-olah benteng agamanya
sedang lerai sama sekali.
Bukanlah maksud kita untuk menafikan wujudnya
pencapaian dan peningkatan sejak bangsa ini dikatakan mencapai
kemerdekaan dari penjajah. Namun dengan berkembangnya krisis
sosio-budaya, pemikiran, dan sosio-politik yang sangat meruncing
ternyata tidak dapat dinagikan bahawa manusia Melayu perlu
kepada agenda pemulihan yang menyeluruh.
291
Inilah Perjuanganku
Apa yang dapat diperhatikan ialah berlaku suatu keruntuhan
yang tidak dapat diselindung lagi. Bagaikan asas-asas budaya
Melayu yang memegang tapak bangunan bangsa sudah lemah
mengakibatkan lapisan atas berbentuk manifestasi hidup seharian
bangsa itu menunggu masa untuk runtuh persis fenomena tanah
runtuh yang berlaku di mana-mana.
Bukan sahaja soal akhlaknya yang telah luntur malah terdapat
juga kelunturan dalam jati diri masyarakat Melayu itu sendiri.
Sesiapa yang masih menyatakan bahawa jati diri bangsa ini tetap
utuh dan ketahanan dirinya masih kuat sebenarnya hanyalah
membohongi diri sendiri.
Menginsafi Dan Meneliti Realiti
Kemelut Bangsa
Realiti bangsa Melayu kini ibarat wajah yang dilukis dengan
coretan kabur yang serba kontradiktori. Sementara Melayu
dikatakan sinonim dengan Islam namun berlaku juga perilaku
Melayu yang amat berlawanan dengan sifat Islam itu sendiri.
Pada satu masa kita nampak mewarisi kesopanan dan kehalusan
budi akan tetapi Melayu semakin dijangkiti budaya biadab dan
liar.
Kita sering dikenali sebagai bangsa bermoral dan sensitif
pada agama namun dalam masa yang sama kita juga sarat dengan
kejelekan nilai dan kehodohan perilaku yang bersifat anti-agama.
Pada suatu ketika dahulu kita berbangga dengan sifat Melayu yang
eksploratif dan berciri kepenerokaan namun kini kita juga menjadi
bangsa yang terperangkap dengan budaya ciplak dan meniru.
292
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Sebagai permulaan mahu tidak mahu yang perlu segera
dilakukan ialah memperbetulkan semula pemikiran dan nilai
hidup orang Melayu. Bangsa yang sedang menunjukkan tanda-
tanda lunturnya pegangan hidup Islam yang selama ini menjadi
tunjang kekuatannya.
Sepintas lalu kita ingin mencatat secara ringkas beberapa
penyakit yang sedang menimpa umat Melayu. Pembedahan untuk
mencari punca penyakit perlu selanjutnya dilakukan oleh setiap
tenaga penggerak yang komited untuk memulih masyarakat
Melayu.
Kerapuhan Institusi Keluarga
Kita bermula dari institusi keluarga Melayu. Kita meneliti bahawa
kadar perceraian dan keruntuhan keluarga semakin ketara. Di
beberapa negeri telah dicatat ribuan kes perceraian setahun yang
menunjukkan kadar yang meningkat dalam rekod Jabatan Agama.
Walaupun kursus praperkahwinan menjadi syarat untuk
melanjutkan alam rumahtangga sejak lebih 10 tahun yang lalu,
namun kes-kes perceraian terus meningkat.
Kita juga mengamati betapa pemuliharaan rumahtangga
orang Melayu kini amat rapuh dengan pengaruh luar yang sering
merosakkan anak-anak Melayu yang berleluasa di mana-mana.
Dengan demikian kes-kes mendera, sumbang mahram, lari dari
rumah adalah antara wajah institusi keluarga Melayu yang ada
hari ini.
Zuriat Melayu Yang Sedang Digugat
Kerosakan anak muda Melayu kini juga merebak dan sudah
sampai ke peringkat sangat mencemaskan. Sudah menjadi
293
Inilah Perjuanganku
maklumat biasa untuk meneliti berita mengenai golongan remaja
dan belia Melayu yang terlibat dengan pelbagai kerosakan sosial.
Dadah, arak, judi, zina, pornografi, hiburan liar, gangsterism,
ponteng sekolah, buang bayi, jenayah berat (rogol, merompak,
bunuh, sindiket haram), kes-kes juvenil, lepak, bohsia, lumba
haram, merokok dan pelacuran adalah antara kemungkaran sosial
yang sedang merebak bukan sahaja di kota malah juga di desa.
Generasi kedua FELDA yang 100% Melayu sering diungkap
sebagai golongan yang banyak terbabit dengan dadah.Gelagat
remaja dan belia di kota-kota besar yang dipenuhi dengan pusat-
pusat membeli-belah, pusat hiburan dan kawasan rekreasi
menunjukkan sifat malu dan bersantun di kalangan anak muda
Melayu hampir pupus sama sekali.
Dari gaya bergaul, berpakaian, berbahasa, berjalan
berpasangan sehinggalah bersantai dan perempuan muda Melayu
yang merokok, golongan belia Melayu kini mempamerkan gelagat
yang sudah hilang hampir semua ciri-ciri ketimuran, kemelayuan,
apatah lagi keIslaman. Jelas skandal Melayu di kalangan generasi
muda amat ketara bagaikan sebuah bangunan yang nampak indah
di luar akan tetapi rosak dan busuk di dalam.
Kerosakan Bangsa Yang Merentas Umur
Menyentuh persoalan generasi muda Melayu yang sarat dengan
pelbagai kepincangan sosial tidak pula mengenepikan gejala yang
sama jelek malah lebih hodoh berlaku di kalangan Melayu dewasa
dan tua.
Bukan lagi suatu kejutan membaca berita kes-kes anak
dirogol bapa dan datuk, orang tua memperkosa gadis sunti,
294
Menongkah Arus,
Menerjah Halangan
Melayu tua bersekudukan di uar nikah, orang tua Melayu
mengunjungi sarang pelacuran dan ditangkap kerana tidak
berpuasa, minum arak serta berjudi.
Kes orang dewasa Melayu yang terlibat dengan dadah dan
kini menjuarai pula pengidap HIV dan AIDS di negara ini bukan
sedikit. Pokoknya kebejatan sosial di kalangan orang Melayu
merentas hampir semua peringkat umur.
Ekonomi Bangsa Yang Masih Menagih
Bantuan dan Subsidi
Demikian juga ekonomi orang Melayu terus diselaputi dengan
ciri kebergantungan dan sarat dengan masalah salah pengurusan.
Dari peniaga kecil sehinggalah korporat gergasi, ekonomi Melayu
dilambang oleh ketindaktentuan, sentiasa bergantung kepada
perlindungan kerajaan dan hampir semua menghadapi masalah
kesuntukan modal.
Tatkala pelbagai skim pinjaman dan latihan diwujudkan untuk
memberi peluang melonjakkan ekonomi orang Melayu, gejala
penyelewengan, salahguna kuasa, penipuan, kronisme, nepotisme
dan rasuah membantut hampir seluruh usaha membina ekonomi
Melayu.
Daripada mesyuarat Lembaga Pengarah hinggalah ke
Konvensyen Ekonomi Melayu, daripada institusi latihan
kemahiran hinggalah Dewan Perniagaan Melayu, termasuk agensi
kerajaan yang diswasta dan dikorporatkan, hampir kebanyakannya
diselaputi dengan krisis pengurusan. Begitu banyak agensi
kerajaan dan GLC Melayu yang menghadapi pelbagai kemelut
penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang malangnya tidak ditangani
dengan sebaik-baiknya.
295
Inilah Perjuanganku
Aset ekonomi orang Melayu juga didapati sangat kecil.
Premis perniagaan yang hanya meliputi sekitar 6% sahaja dari
keseluruhan kawasan perniagaan, pemilikan perumahan kos
rendah yang masih melambangkan tahap kuasa beli orang Melayu
yang rendah dan terbatas, aset tanah orang Melayu yang semakin
mengecil akibat dijual, tergadai atau diambil alih oleh kerajaan
atas nama pembangunan, semua ini menambah rumitkan lagi
pengupayaan ekonomi Melayu.
Ditambah pula peniaga-peniaga kecil Melayu di serata bandar
sentiasa terdedah kepada pengusiran akibat pihak kerajaan dan
pemaju yang sentiasa mengutamakan pembangunan pusat- pusat
komersial yang berskala mega.
Sementara itu ekonomi petani dan nelayan kecil, pekebun
kecil getah dan peneroka tanah terus terpinggir. Kemiskinan di
desa dan di bandar dipenuhi dengan wajah Melayu hidup “kais
pagi makan pagi” bukan suatu fenomena yang sudah berlalu
malah terus wujud dan merata.
Kelunturan Dalam Penghayatan Islam
Kita juga meneliti persoalan penghayatan Islam di kalangan
orang Melayu yang sangat merunsingkan. Sementara berlaku
perkembangan positif di awal tahun 1970-an ketika orang Melayu
mendapat hembusan angin kencang kebangkitan Islam dari
gerakan Islam di Timur Tengah sehingga merentas ke Indonesia,
namun tanda-tanda orang Melayu terdedah kepada unsur anti
Islam masih kuat.
Kini kita dapat merasa dan menyaksikan kelunturan
penghayatan Islam masih ramai dikalangan bangsa ini. Secara
296