AWAL KALAM
INILAH
PERJUANGANKU
Segala puji hanya buat Allah Rabbul Jalil. Keagungan dan
KebesaranNya yang menjadikan dan menetapkan segala
aturan alam. Yang menerunkan Addin yang mengatur hidup
insan.Yang memberi Hidayah kepada siapa yang Ia kehendakki.
Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dan seluruh ahli
keluarga Baginda serta para sahabat Baginda yang menjadi contoh
tauladan. Penghulu segala Nabi. Membawa Rahmat ke seluruh
alam. Yang memimpin dan mendidik umat untuk mencapai ciri
Khairo ummah.
Menjadi insan bermanfaat adalah watak yang disebut
“khair insan”. Mengumpulkan insan khair yang sejiwa dan
sepemikiran untuk menggerakkan islah ummah adalah satu
cabaran. Menggerakkan mereka dalam suatu acuan berwadah
dan bertanzim lebih besar cabarannya. Demikian tergerak buku
ini dihasilkan. Mungkin menulis dianggap sebahgian orang tidak
terlalu bermakna berbanding terjun ke lapangan. Namun menulis
suatu idealisme dan merongkaikan permasalahan umat manusia
jauh lebih sukar kerana memerlukan keupayaan berfikiran keras
untuk merakamkan analisa dan mencatat jalan keluar dalam
zaman yang sangat beragam juga tidak mudah.
Dalam sebuah masyarakat, mencari kelompok pemikir dan
pelaku bukan lazim ditemui. Kerana kerja minda dan kerja
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
amal kerapkali sukar dicantumkan. Dengan sebab itu buku ini
merakamkan suatu perjalanan. Perjalanan dalam dunia yang
serba rencam kemelutnya. Dunia sedang berada dipersimpangan
jalan. Penduduk dunia yang semakin pantas berubah dengan
asakkan global yang tidak mengenal sempadan. Lalu usaha untuk
merongkai kemelut yang berlaku tidak seharusnya bersifat uni-
dimensi. Kerja mengislah masyarakat tidak mungkin berhasil
dengan pendekatan terpisah-pisah.
Sebagaimana dunia berfungsi secara interaktif, demikian
merongkai masalah yang sedang bergelut perlu bersifat serba
berkait. Perjalanan hidup mengambil cakna kepada apa yang
sedang berlaku inilah yang menyebabkan perjuangan ini tidak
bernokhtah. Buku ini mendedahkan suatu citra mengangkat
pelbagai isu umat dan seluruh manusia.
Permasalahan dari berbagai sudut yang dijalani semada dari
pengamatan langsung dilapangan mahupun perbahasan dan
pelbagai wacana, memerlukan setiap aktivis sosial siap mengasah
minda untuk berdialog dan sanggup berhujah. Cabaran yang
dialami dalam kembara ini memerlukan kecerdasan berfikir.
Kekuatan intelektual aras tiinggi menjadi syarat penting jika
seorang aktivis masyarakat mahu mengenengahkan perubahan.
Bermakna kesediaan belajar (learning) dan belajar semula
(relearning) perlu siap dijalani oleh seorang aktivis. Sebab itu arus
perdana sering menjadi alasan untuk para aktivis tidak sanggup
mengusulkan perubahan mendasar. Cabaran terbesar ialah apabila
perubahan yang didambakan itu sendiri bertembung dengan
kepentingan peribadi. Sering berlaku hidup seorang aktivis
terpaksa mengadai prinsip justeru tidak sanggup berdepan dengan
risiko.
3
Inilah
Perjuanganku
Dunia bergolak dalam saat mereka yang mengatasnamakan
rakyat sanggup mengenepikan prinsip hanya kerana mahu terus
menikmati keselesaan hidup ditampuk kuasa. Rakyat hanya
dibicarakan. Retorik rakyat menjadi berleluasa. Hakikatnya
rakyat marhein berada ditakuk lama. Segelintir yang mewah dan
serba ada hanya melihat rakyat miskin sebagai medan untuk
berkebajikan.Kebajikan sekadar untuk diperagakan.
Perhatian serius untuk merongkai sistem yang menyebabkan
rakyat terbanyak terus sengsara, tidak mahu dirongkai. Maka
situasi jurang antara kaya-miskin terus melebar. Gejala kais pagi
makan pagi menjadi senario rakyat dibawah. Ketidakadilan alias
kezaliman menjadi arus global.Lantaran itu perubahan perlu
diluncurkan. Bukan sebarang perubahan. Akan tetapi Islah besar
yang memerlukan anjakan skala besar. Krisis umat kini bukan
bersifat serpihan lagi.
Ia telah menjadi sistemik dan berangkaian. Apa yang perlu
diusahakan bukan lagi perubahan tempelan. Dari atas ke bawah.
Dari bawah ke atas. Yang perlu digerakkan ialah perubahan total
bersifat ketamadunan (civilizational).
Perjuanganku menongkah arus kerana arus yang kini
berjalan telah terkeluar dari sibghah (acuan). Aku tidak lagi
menjadi subjek kepada arus global akan tetapi menjadi pencorak
yang melakar arus yang harus diperdanakan dipentas umat dan
kemanusiaan.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
20 Ramadhan 1442 H / 2 Mei 2021 M
Shah Alam
4
“Hal-hal yang baik datang
untuk mereka yang menunggu.
Tapi hal yang lebih baik
lagi datang kepada mereka
yang bergerak untuk
mendapatkannya.”
MONOLOG
INILAH
PERJUANGANKU
HALATUJU MASYARAKAT ISLAM MASA
KINI DAN PENYELESAIANNYA
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan
dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-
hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.” Surah Ibrahim ayat 4:
Meneliti dengan halus kedudukan bangsa Melayu
seolah-olah semakin menggambarkan satu kaum yang
sedang menderita sakit barah dan menunggu saat
maut. Mungkin kenyataan ini keterlaluan, namun kita ingin jujur
dan tidak berselindung. Walaupun berulang kali disahkan bahawa
sudah ada pencapaian yang boleh dibanggakan namun yang nyata
pada tubuh badan bangsa Melayu itu dipenuhi kudis-kudis yang
masih belum boleh dirawati sehingga hari ini. Mungkin yang
tinggal hanyalah beberapa bahagian dari tubuh itu yang masih
tidak berkesan dengan kudis yang kian merebak.
Inilah
Perjuanganku
Demikianlah kita merenung dengan mendalam nasib bangsa
Melayu ini. Pada keseluruhannya tubuh manusia Melayu itu
semacam tidak terdaya untuk pulih, kerana sakit kudis yang
terus berulang. Sering juga ia terus berpenyakit kerana diagnosis
yang salah dan rawatan yang silap. Lain yang sakit lain pula yang
diubati. Kita mengutarakan anologi ini kerana jika tidak ada
proses pemulihan segera, survival bangsa Melayu ini pasti akan
tamat usianya.
Sebagai permulaan mahu tidak mahu yang perlu segera
dilakukan ialah memperbetulkan semula pemikiran dan nilai
hidup orang Melayu. Bangsa yang sedang menunjukkan tanda-
tanda merenggang dari pegangan hidup Islam yang selama ini
menjadi tunjang kekuatannya.Melayu yang sudah melahirkan
generasi muda yang hilang jati diri. Melayu yang lupa akan
budaya dan tamadunnya selain hanya saki baki peninggalan
datuk moyangnya yang bersifat kosmetik untuk kajian para
ahli antropologi. Melayu muda yang hilang akar budaya dan
pengkalan hidupnya sebagai insan Muslim. Melayu yang sudah
tidak lagi menghargai perjuangan bahasa dan tanah airnya sendiri.
Sesungguhnya telah berlaku kerosakan manusia Melayu
itu dari dalam dan luar dirinya. Cara berfikir dan nilai dirinya
sekaligus semakin bercelaru. Tidak dapat dinafikan ketahanan
diri Melayu semakin runtuh dan seolah-olah benteng agamanya
sedang lerai sama sekali.
Bukanlah maksud kita untuk menafikan wujudnya
pencapaian dan peningkatan sejak bangsa ini dikatakan mencapai
kemerdekaan dari penjajah. Namun dengan berkembangnya krisis
sosio-budaya, pemikiran, dan sosio-politik yang sangat meruncing
8
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
ternyata tidak dapat diketepikan bahawa manusia Melayu itu
perlu pemulihan yang menyeluruh.
Apa yang dapat diperhatikan ialah berlaku suatu keruntuhan
yang tidak dapat diselindung lagi. Bagaikan asas-asas budaya
Melayu yang memegang tapak bangunan bangsa sudah lemah
mengakibatkan lapisan atas berbentuk manifestasi hidup seharian
bangsa itu menunggu masa untuk runtuh persis fenomena tanah
runtuh yang berlaku dimana-mana.
Bukan sahaja soal akhlaqnya yang telah luntur malah
terdapat juga kelunturan dalam jati diri masyarakat Melayu itu
sendiri. Untuk sesiapa yang masih menyatakan bahawa jati diri
bangsa ini tetap utuh dan ketahanan dirinya masih kuat hanya
membohongi diri sendiri.
Menginsafi dan meneliti realiti kemelut
bangsa
Apakah sebenarnya realiti bangsa Melayu ini? Terdapat wajah
yang serba kontradiktori. Sementara Melayu dikatakan sinonim
dengan Islam namun berlaku juga perilaku Melayu yang amat
berlawanan dengan sifat Islam itu sendiri. Pada satu masa kita
nampak mewarisi kesopanan dan kehalusan budi akan tetapi
disatu masa yang lain pula kita juga dijangkiti budaya biadab dan
liar.
Kita sering dikenali sebagai bangsa bermoral dan sensitif
pada agama namun dalam masa yang sama kita juga sarat dengan
kejelekan nilai dan kehodohan perilaku yang bersifat anti-agama.
Pada suatu ketika dahulu kita berbangga dengan sifat Melayu
yang eksploratif dan berciri kepenerokaan namun kini kita juga
9
Kita bermula dari institusi
keluarga Melayu. Kita
meneliti bahawa kadar
perceraian dan keruntuhan
keluarga semakin ketara.
Di beberapa negeri
telah dicatat ribuan kes
perceraian setahun yang
menunjukkan kadar yang
meningkat dalam rekod
Jabatan Agama.
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
menjadi bangsa yang terperangkap dengan budaya ciplak dan
meniru.
Sepintas lalu kita ingin mencatat secara ringkas beberapa
penyakit yang sedang menimpa umat Melayu. Pembedahan
untuk mencari punca penyakit perlu selanjutnya dilakukan oleh
setiap tenaga penggerak yang komited untuk memulih masyarakat
Melayu.
Kerapuhan Institusi Keluarga
Kita bermula dari institusi keluarga Melayu. Kita meneliti bahawa
kadar perceraian dan keruntuhan keluarga semakin ketara. Di
beberapa negeri telah dicatat ribuan kes perceraian setahun
yang menunjukkan kadar yang meningkat dalam rekod Jabatan
Agama. Walaupun kursus pra perkahwinan menjadi syarat
untuk melanjutkan alam rumahtangga sejak beberapa tahun yang
lalu namun kes-kes talaq terus meningkat.
Kita juga mengamati betapa pemuliharaan rumahtangga
orang Melayu kini amat rapuh dengan pengaruh luar yang sering
merosakkan anak-anak Melayu yang berleluasa di mana-mana.
Dengan demikian kes-kes mendera, sumbang mahram, lari dari
rumah adalah antara wajah institusi keluarga Melayu yang ada di
saat ini.
Zuriat Melayu Yang Sedang Digugat
Kerosakan anak muda Melayu kini juga merebak dan sudah
sampai ke peringkat sangat mencemaskan. Sudah menjadi
maklumat biasa untuk meneliti berita mengenai golongan remaja
dan belia Melayu yang terlibat dengan pelbagai kerosakan sosial.
11
Inilah
Perjuanganku
Dadah, arak, judi, zina, pornografi, hiburan liar, gangsterism,
ponteng sekolah, buang bayi, jenayah berat (rogol, merompak,
bunuh, sindiket haram) kes-kes juvenil, lepak, bohsia, lumba
haram, merokok, pelacuran adalah antara kemungkaran sosial
yang sedang merebak bukan sahaja di kota malah juga di desa.
Generasi kedua FELDA yang 100% Melayu sering diungkap
sebagai golongan yang banyak terbabit dengan dadah. Gelagat
remaja dan belia di kota-kota besar yang dipenuhi dengan
pusat-pusat membeli-belah, pusat hiburan dan kawasan rekreasi
menunjukkan sifat malu dan bersantun di kalangan anak muda
Melayu hampir pupus sama sekali. Dari gaya bergaul, berpakaian,
berbahasa, berjalan berpasangan sehinggalah bersantai, golongan
belia Melayu mempamirkan gelagat yang sudah hilang hampir
semua ciri-ciri ketimuran, kemelayuan, apatah lagi keIslaman.
Jelas skandal Melayu dikalangan generasi muda amat ketara
bagaikan sebuah bangunan yang nampak indah di luar akan
tetapi rosak dan busuk di dalam.
Kerosakan Bangsa Yang Merentas Umur
Menyentuh persoalan generasi muda Melayu yang sarat dengan
pelbagai kepincangan sosial tidak pula mengenepikan gejala
yang sama jelek malah lebih hodoh berlaku dikalangan Melayu
dewasa dan tua. Bukan lagi suatu kejutan membaca berita kes-
kes anak dirogol bapa dan datuk, orang tua memperkosa gadis
sunti, Melayu tua bersekudukan diluar nikah, orang tua Melayu
mengunjungi sarang pelacuran dan ditangkap kerana tidak
berpuasa, minum arak serta berjudi. Kes orang dewasa Melayu
yang terlibat dengan dadah dan kini menjuarai pula pengidap
HIV dan AIDS di negara ini bukan sedikit. Pokoknya kebejatan
12
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
sosial di kalangan orang Melayu merentas hampir semua peringkat
umur.
Ekonomi Bangsa Yang Masih Menagih
Demikian juga ekonomi orang Melayu terus diselaputi dengan
ciri kebergantungan dan sarat dengan masalah salah pengurusan.
Dari peniaga kecil sehinggalah korporat gergasi, ekonomi Melayu
dilambang oleh ketindaktentuan, sentiasa bergantung kepada
perlindungan kerajaan dan hampir semua menghadapi masalah
kesuntukan modal. Tatkala pelbagai skim pinjaman dan latihan
diwujudkan untuk memberi peluang berekonomi, penyelewengan,
salahguna kuasa, kronisme, nepotisme, rasuah membantut hampir
seluruh usaha membina ekonomi Melayu.
Dari mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga ke Konvensyen
Ekonomi Melayu, dari Institusi Latihan Kemahiran sehingga
Dewan Perniagaan Melayu termasuk agensi kerajaan yang
diswasta dan dikorporatkan, hampir kebanyakannya diselaputi
dengan krisis pengurusan. Kini FELDA, RISDA, FELCRA,
LUTH adalah antara konglomerat Melayu yang menghadapi
pelbagai kemelut penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Aset ekonomi orang Melayu juga didapati sangat kecil.
Premis perniagaan yang hanya meliputi sekitar 6% sahaja dari
keseluruhan kawasan perniagaan, pemilikkan perumahan kos
rendah yang masih melambangkan tahap kuasabeli orang Melayu
yang terbatas, aset tanah orang Melayu yang semakin mengecil
akibat dijual, tergadai atau diambil alih oleh kerajaan atas nama
pembangunan, semua ini menambah rumitkan lagi keupayaan
ekonomi Melayu.
13
Inilah
Perjuanganku
Ditambah pula peniaga-peniaga kecil Melayu diserata bandar
sentiasa terdedah kepada pengusiran akibat pihak kerjaan dan
pemaju yang sentiasa mengutamakan pembangunan pusat-pusat
komersial yang berskala mega. Sementara itu ekonomi petani
dan nelayan kecil, pekebun kecil getah dan peneroka tanah terus
terpinggir. Kemiskinan di desa dan di bandar dipenuhi dengan
wajah Melayu “hidup berkais pagi makan pagi” bukan suatu
fenomena yang sudah berlalu malah terus wujud dan merata.
Kelunturan Dalam Penghayatan Islam
Kita juga meneliti persoalan penghayatan Islam dikalangan
orang Melayu yang sangat merunsingkan. Sementara berlaku
perkembangan positif di awal tahun 70-an ketika orang Melayu
mendapat hembusan angin kencang kebangkitan Islam dari
gerakan Islam di Timur Tengah sehingga merentas ke Indonesia,
namun tanda-tanda orang Melayu terdedah kepada unsur anti
Islam yang masih kuat.
Kini kita dapat merasa dan menyaksikan kelunturan
penghayatan Islam masih ramai dikalangan bangsa ini. Secara
zahir mungkin dapat disenangi beberapa isyarat seperti wujudnya
fenomena wanita menutup aurat, ramai yang berjamaah di masjid
dan musolla, ramai ibubapa yang cenderung untuk menghantar
anak untuk mengikuti pengajian Islam dan betapa banyaknya
masjid dan surau dimana-mana.
Akan tetapi masih terlalu ramai lagi orang Melayu yang
hidup dalam dunia dan faham sekular-Barat, mengamal dan
terpengaruh dengan budaya hidup yang permissif dari Barat,
terbelenggu oleh adat resam dan tradisi sesat pra Islam, terpesona
dengan kemodenan dan liberalisme agama mengikut pemikiran
14
Krisis Melayu juga terbelit
dengan persoalan politik yang
sangat tidak bermoral. Tatkala
sebahagian pemimpin-pemimpin
politik Melayu terus menjadikan
politik itu sebagai tapak
mengumpul kekayaan, budaya
politik Melayu sarat dengan
manipulasi kotor sehingga bangsa
Melayu menjadi mangsa kepada
politik wang, politik kepentingan
diri dan politik mengadai
kepentingan Melayu.
Inilah
Perjuanganku
Barat. Ditambah lagi yang lebih mencemaskan ialah fenomena
orang Melayu terjebak dengan gejala riddah.
Kita juga meneliti masih terlalu ramai orang Melayu yang
meninggalkan solat, tidak mengutamakan solat berjamaah di
masjid, mencuaikan puasa, lalai dalam mengeluarkan zakat,
terlibat dengan ekonomi riba, hidup dalam kemewahan
diluar batasan, buta Al-Quran, cetek dalam ilmu Fardhu Ain,
mengambil mudah dengan hukum agama, merendah-rendahkan
kewajipan menutup aurat, terpengaruh dengan hidup ala Barat
jahiliyyah dalam kehidupan sosial.
Hal ini belaku samada dalam majlis perkahwinan, acara
harijadi, berpesta, berkonsert, berkarnival, menyambut hari raya,
berkongsi raya, ghairah dengan pertunjukan fesyen dan terlibat
dengan acara-acara agama lain yang menjejaskan aqidah.
Bahasa dan Budaya Bangsa Tersisih
Tidak kurang kronik ialah proses penyisihan bahasa dan budaya
yang melanda bangsa Melayu. Sementera segala usaha sedang
digerakkan untuk mempertahankan bahasa Melayu, keghairahan
sesetangah pihak untuk mengenengahkan bahasa Inggereis sebagai
bahasa perantaraan dalam pendidikan telah memutarbalikkan
semula status kedudukan bahasa Melayu ke belakang.
Akibatnya ternyata bangsa Melayu terutama dikalangan
golongan muda dan elit (semada golongan birokrat, professional
maupun teknokrat dan korporat termasuk ahli politik) yang
ghairah mempamirkan bahasa Inggeris dalam perbualan harian.
Sekaligus juga dalam acara-acara rasmi seperti dalam mesyuarat
16
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
dan seminar. Begitulah juga halnya dalam dunia seni, bahasa
Inggeris dan bahasa campuran (bahasa rojak) telah menjadi
norma. Malangnya dan sangat memalukan tidak ada bangsa
lain yang mengamalkan bahasa rojak seperti orang Melayu kini.
Sementera itu penggunaan bahasa Melayu di peringkat sektor
swasta, dalam perundangan dan dalam bidang professional
sememangnya sudah lama tersisih.
Pun begitu bangsa ini juga berhadapan dengan penghakisan
budaya yang sangat ketara. Bukan sahaja budaya berpakaian
mengikut resam Melayu semakin menjadi ganjil. Malah budaya
harian seperti makan, tabiat dalam bergaul, acara sosial, hiasan
tempat tinggal dan tempat kerja semakin menjadikan budaya
Melayu jauh terpinggiran.
Isu PPSMI yang semakin bercelaru gagal dirungkai oleh
kerajaan walaupun sudah terbukti ianya satu projek yang akan
meluntur dan melebur bahasa ibunda kepada generasi akan
datang. Ianya juga adalah satu imperialisme bahasa yang amat
berbahaya kepada bahasa dan bangsa kita yang sentiasa berpegang
kepada kekuatan ‘bahasa jiwa bangsa’.
Pendidikan Bangsa Yang Masih
Memerlukan Pengukuhan
Kita juga amat perhatin dengan persoalan pendidikan orang
Melayu yang tidak berjaya menghasilkan anak bangsa yang
berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penghayatan Islam.
Bukan sahaja penguasaan ilmu masih tidak boleh dirasa selesa
malah kita terpaksa menerima kenyataan betapa masalah disiplin
anak-anak Melayu di sekolah terus merunsingkan.
17
Inilah
Perjuanganku
Termasuk dalam masalah ini belum ada tanda-tanda yang
meluas wujudnya ibubapa Melayu yang bekerja keras memastikan
kecemerlangan dicapai. Kenyataan bahawa ibubapa Melayu yang
ramai membiarkan anak-anak berfoya-foya dan melepak dipusat-
pusat membeli-belah adalah sangat ketara.
Walaupun sudah ada kesedaran yang bertambah, namun
tidak dapat dirasa mencukupi jika dibanding dengan apa yang
diusahakan oleh ibubapa dari kaum lain. Dari jumlah yang
dapat menjalani pengajian di institusi pengajian tinggi, masih
terlalu ramai lagi anak Melayu yang tidak berjaya mencapai
tahap pendidikan yang tinggi dan mencapai kecemerlangan yang
diharapkan.
Aset Tanah Bangsa Melayu Mengecil
Demikian juga masalah asset tanah orang Melayu yang semakin
mengecil. Bukan sahaja tanah Rizab Melayu yang banyak tidak
terganti dan terlepas kepada pihak bukan Melayu, ternyata
umat Melayu tidak mampu mempertahankan hak milik
tanahnya. Ditambah lagi pula masalah orang Melayu tidak dapat
menjadikan tanah mereka lebih produktif lantaran kesuntukan
modal. Tanah orang Melayu juga sering berhadapan dengan
masalah penyelewengan dalam pentadbiran yang menyebabkan
tanah Melayu terlepas kepada mereka yang hanya memikirkan
keuntungan. Kampung Melayu juga kini semakain terhapus
akibat kepesatan pembangunan yang mengambil tanah Melayu
dari kawasan desa.
18
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Politik Bangsa Yang Tergugat
Krisis Melayu juga terbelit dengan persoalan politik yang sangat
tidak bermoral. Tatkala sebahagian pemimpin-pemimpin politik
Melayu terus menjadikan politik itu sebagai tapak mengumpul
kekayaan, budaya politik Melayu sarat dengan manipulasi kotor
sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik wang,
politik kepentingan diri dan politik mengadai kepentingan
Melayu.
Bukan sedikit kes yang memalukan apa kita
mengamati gelagat orang Melayu dalam berpolitik yang mengejar
pangkat, gelaran, publisiti murahan dan hidup glamor. Sementara
politik menjadi sedemikian jijik, bangsa Melayu mengalami
fenomena orang politik mengenepikan kepentingan dan hak
bangsa hanya kerana ingin meraih undi bukan kerana hak.
Atas nama mempertahankan kuasa politik mereka sanggup
menggadai hak Melayu yang menjadi sangat meruncing sekarang
ini. Di samping itu kita perlu juga mengungkap beberapa isu
semasa yang dapat menghadhirkan keperihatinan TERAS untuk
pengetahuan umum melihat kepada hal-hal terkini yang timbul
dewasa ini.
Isu Bahasa
Kami berpendirian bahawa pihak kerajaan jelas tidak konsisten
dalam memastikan kemajuan dan pengembangan bahasa Melayu
sehingga perubahan polisi bahasa pengantar dalam pendidikan
kini telah meminggirkan bahasa Melayu. Kita membantah dan
akan terus bersikap kritikal terhadap polisi ini sehingga bahasa
Melayu kembali dijadikan bahasa yang mendominasi seluruh
19
Inilah
Perjuanganku
aspek pembangunan negara ini. Kami kesal betapa suara para ahli
bahasa dari kalangan pemikir dan ilmuan Melayu diketepikan
begitu sahaja oleh kerajaan dalam isu ini.
Isu Rasuah
Kita menerima dan mangalu-alukan beberapa tindakan awal
yang menunjukkan pihak kerajaan bertindak ke atas beberapa
pihak untuk membanteras sindrom rasuah. Namun begitu
kita tidak dapat menerima sikap pemimpin negara yang terus
membiarkan penyelewengan dalam penggunaan dana negara
secara diskriminatif.
Pelbagai peruntukan negara yang tidak tersalur kepada
golongan rakyat yang memerlukan kerap berlaku dan peruntukan
yang tersalur kepada perbelanjaan yang membazir tidak dikawal
dan terus berlaku. Kita juga berpendirian bahawa pergolakan
politik dalaman masih menentukan sikap kerajaan untuk
bertindak secara jujur bagi membanteras gejala rasuah. Kita
juga berpendapat betapa kemewahan cara hidup kebanyakan
pemimpin negara tetap menjadi antara sebab menjalarnya budaya
rasuah di negara ini.
Isu Pentadbiran Khidmat Agensi
Kerajaan
Kami berpendirian penekanan yang menumpu kepada
memperbaikki pentadbiran dan perkhidmatan agensi kerajaan
juga dialu-alukan. Akan tetapi kami kesal betapa campurtangan
politik tidak diatasi sehingga menyebabkan kakitangan kerajaan
sering tidak dapat menjalankan tugas mengikut peraturan yang
ditetapkan. Ahli parti politik yang sering mengunakan kuasa
20
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
untuk menyekat pegawai kerajaan menjalankan tugas kerap
berlaku. Sebagai contoh kita kesal bagaimana premis awam
diguna sewenangnya untuk kegiatan politik parti secara terang-
terangan tanpa boleh disekat oleh agensi kerajaan.
Isu Gejala Sosial Dan Jenayah
Kami kesal dengan pendekatan yang diambil
oleh pihak pemerintah yang masih tidak
memberi perhatian membasmi semua faktor yang menjadi
punca kepada membiaknya gejala sosial dan jenayah yang
semakin menjadi-jadi. Kita berpendapat selagi kerajaan masih
mengamalkan polisi “double standard” dalam melancarkan
langkah membasmi gejala negatif selagi itulah fenomena ini
akan berterusan dan berkembang.
Kami juga amat kecewa kenapa pihak kerajaan bersikap
sangat liberal ke atas program-program sosial seperti acara
pertandingan ratu cantik, pesta hiburan ala Barat, konsert dengan
gaya artis yang tidak berakhlaq, karnival dan pesta yang menjadi
punca semakin liarnya masyarakat muda mengenepikan budaya
dan nilai moral.
Isu Program Khidmat Negara
Kami meneliti program yang kini sedang dilaksanakan sebagai
pendekatan kerajaan membentuk generasi muda di negara
ini. Sementara ia merupakan suatu usaha yang murni namun
kandungan, pendekatan dan orientasi program itu kita persoalkan.
Ternyata kerangka program tersebut tidak dilaksanakan dalam
konsep dan falsafah Islam sebagai acuan.
21
Inilah
Perjuanganku
Dengan yang demikian orientasi dan corak program itu yang
mendedahkan belia kepada gejala tidak sihat akan melahirkan
pemikiran yang liberal mengenai agama dikalngan generasi
muda. Kita menuntut agar kerajaan menyemak semula kaedah
dan isi serta orientasi PKN yang berjalan sekarang. Kami juga
kesal dengan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk program
Rakan Muda tidak mendatangkan hasil seperti yang digahkan
oleh kerajaan. Kami menggesa suatu laporan penuh secara terus
dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan
Isu Pengurusan Kewangan Dan
Ekonomi Negara
Kami prihatin terhadap beberapa kepincangan pengurusan
keawangan negara yang mengkibatkan negara terdedah kepada
nilai mata wang yang tidak stabil. Perbahasan mengenai nilai RM
yang diikat kepada dolar Amerika sudah menjadi perbahasan yang
hangat. Sementara itu beberapa projek yang membazir yang terus
mengguna sumber negara dari wang minyak seperti Litar F1,
projek-projek mewah di Langkawi dan penggunaan perbelanjaan
awam yang banyak dalam acara pesta yang berlebihan terus tidak
diperbetulkan.
Kami juga mengambil perhatian terhadap kebergantungan
negara kepada FDI dalam ekonominya. Kita juga amat peka
terhadap kegagalan banyak Amanah Saham Negeri-negari yang
rugi dan terpaksa ditanggung oleh rakyat. Disamping itu pula
hutang beberapa kerajaan negeri yang membebankan rakyat tidak
di atasi.
22
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Isu Pelaksanaan Syariat Yang Tidak
Bersungguh
Kami prihatin dengan status pelaksanaan syariat dalam negara ini
yang sering tersisih berbanding undang-undang sivil. Malah kuasa
mahkamah syariah belum mencapai taraf dan keluasan kuasa yang
sepatutnya. Sikap pemerintah untuk mengesampingkan undang-
undang syariah jelas menunjukkan sikap yang pemerintah yang
tidak mahu Islamisasi undang-undang di negara ini berjalan
sepenuhnya. Kami menuntut agar pihak kerajaan keluar dari
sindrom takut kepada syariat sebagai undang-undang terbaik
untuk mengendalikan pembangunan di negara ini walapun dalam
realiti pelbagai kaum.
Isu Alam Sekitar
Kami turut kesal dengan model pembangunan yang dilaksanakan
di negara ini yang tidak mengarah kepada pemuliharaan
kualiti alam sekitar. Kita mendapati retorika pembangunan
seimbang yang sering diutarakan pihak kerajaan tidak berlaku
secara realiti. Pembalakaan, pemecahan bukit, kerosakan sungai,
projek empangan terus menjejaskan alam sekitar negara ini.
Kami menuntut agar semakan semula semua projek-projek
pembangunan dilakukan oleh kerajaan.
Menggerak Pemulihan Kemelut
Bangsa-Langkah Dan Penyelesaianya
Dengan segala persoalan yang hanya dapat dicatat secara umum
di atas dan boleh disenarai lagi, namun Kami berpendirian
bahawa yang paling mendesak ialah menangani semua isu ini
23
Inilah
Perjuanganku
dengan konkrit dan berkesan. Yang lebih penting ialah apa yang
hendak kita lakukan untuk memulihkan keadaan yang parah ini
Kita tidak berniat untuk mengulangi ungkapan segala
jangkitan penyakit yang sudah menyerap kedalam tubuh badan
Melayu yang telah dibicara oleh pelbagai pihak dipelbagai forum.
Yang mahu kita gerakkan ialah suatu perubahan sikap untuk
membawa bangsa Melayu kembali kepada nilai dan budaya hidup
Islam yang dinamik demi menyelamatkan keadaan yang sudah
semakin parah. Pokoknya kita tidak harus hanya mengamati
dan mengeluh. Kita perlu melaksanakan suatu kebangkitan baru
bangsa Melayu berteraskan Islam.
Dengan yang demikian kita mengajak seluruh tenaga setiap
insan Melayu yang punya keperihatinan yang mendalam terhadap
nasib bangsa ini untuk sama-sama memulih semula kelesuan dan
kealpaan yang sedang melanda. Kita ingin mencipta kegemilangan
bangsa dan terus melanjut kepada membina generasi mendatang
yang lebih berkualiti, yang lebih Islamik.
Kita serius dalam mengajak setiap penggerak perubahan
bangsa agar diujudkan suatu penggemblengan yang cukup merata
sehingga bangsa Melayu ini terangkat dari kemelutnya yang
sedang mencengkam dan membeban dirinya.
Suatu gerakan pembebasan bangsa dari krisis dalaman
dan juga merawat penyakit yang melingkarinya dari luar harus
dilancarkan.Oleh itu suatu kejujuran didambakan untuk semua
pihak menerima realiti yang amat meruncing pada bangsa ini.
Kita harus menghentikan gambaran yang mulus-mulus tetapi
tidak signifikan, jauh sekali dari menyumbang kepada
24
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu. Kehebatan yang
dicanang bahawa Melayu sudah melakukan sesuatu yang luar
biasa seperti mendaki gunung Everest, berenang Selat Inggeris,
menjelajah ke Kutub Utara, berlayar di lautan Pasifik tidak
menggambarkan pencapaian apa-apa selain megah dengan catatan
dalam daftar “Guiness” atau “Malaysian Book of Records”.
Sudah cukuplah kita dianak-anakkan dengan keberanian-
keberanian yang dianggapkan luar biasa seperti itu. Kita harus
kembali ke dunia realiti iaitu bangsa ini masih tidak terlepas
dari ketinggalan dalam ekonomi berbanding kaum lain, kerjaya
orang Melayu kebanyakannya masih bertaraf rendah, pencapaian
pendidikan masih terus perlu disokong, sosial Melayu dijangkiti
pelbagai penyakit yang kronik, aset tanah Melayu sedang
mengecil, budaya ilmu dikalangan orang Melayu masih sangat
rendah, anak muda Melayu yang sudah dirosak oleh budaya
permissif Barat yang menggila.
Pusat serenti serta penjara-penjara yang masih majoritinya
dihuni oleh muka-muka Melayu dan orang Melayu yang sudah
berani menayangkan skandal lucah bangsa ini melalui layar
internet yang kini sudah mencecah hampir 20,000 laman web.
Kita bermula dengan menegaskan bahawa pemulihan bangsa
tidak boleh mencapai kesan jika kita gagal meneliti terlebih
dahulu segala penyakit yang melanda tubuh badan, pemikiran
dan jiwa bangsa itu senidiri. Bermakna selagi mana kita tidak
mendalami krisis dan kemelut yang berlaku kita akan gagal
merongkai masalah yang sedang melanda.
Pun begitu setelah meneliti segala masalah yang berlaku kita
berpendapat perlu pula kita membuat analisis dari mana punca
25
Inilah
Perjuanganku
semua ini. Untuk itu semua aktivis Melayu yang merasa prihatin
terhadap nasib bangsa perlu menggerakan usaha bagi melakukan
suatu pembedahan yang teliti dan seterusnya pendedahan yang
jujur terhadap realiti bangsa.
Ertinya segala masalah yang dikenalpasti hendaklah dibedah
untuk mencari puncanya dan selepas itu segera didedah dan
diketengahkan dengan tujuan setiap warga bangsa ini disedarkan
dengan kesedaran yang kritikal bahawa keadaan yang berlaku
tidak boleh dibiar begitu sahaja.
Kesedaran bahawa bangsa ini memerlukan perubahan besar
perlu disemarakkan. Bukan sahaja diperingkat pengetahuan dan
maklumat sahaja tetapi juga menyentuh sanubari setiap diri
Melayu untuk bertindak dan berbuat sesuatu bagi mengatasi
masalah.
Kita mencadangkan agar semua tenaga penggerak perubahan
menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dan membawa angin
kesedaran dan perubahan kepada setiap insan Melayu, mengetuk
setiap rumah Melayu, membangkitkan setiap pemimpin
Melayu, menggegarkan setiap organisasi Melayu, mengejutkan
setiap cendekiawan Melayu… untuk bangkit dari kelalaian dan
keselesaan.
Kita tidak mungkin boleh membiarkan kesedaran mengenai
kemelut ini hanya berlegar dikalangan golongan elit pemikir
Melayu semata. Kerana kita sedar bahawa golongan yang kurang
berkesempatan dan agak keberatan untuk turun ke lapangan
menggerakkan perubahan tidak mungkin dapat membawa kesan
yang diharapkan.
26
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Lantaran itu tidak dapat dielakkan bahawa jika perubahan
bangsa dan pembebasan bangsa dari segala kemelut ini hendak
dijayakan maka perlu dilancarkan suatu usaha yang lebih drastik
yang membabitkan secara langsung setiap penggerak ditengah-
tengah masyarakat di medan gelanggang hidup orang Melayu itu
sendiri.
Kita tegaskan sekali lagi bahawa membina semula bangsa
harus bertitik tolak dengan meneliti segala punca masalah hingga
ke akarnya. Dari mana penyakit itu timbul dan dari situlah
perubahan perlu dimulakan.
Bangsa ini memerlukan kesedaran yang cukup mendalam
dan suatu jenis kesedaran yang dapat menggerakkan tindakan.
Setiap insan Melayu perlu disedarkan dengan realiti yang sedang
dihadapi bangsa. Hanya dengan yang demikian bangsa ini boleh
dianjak dari keadaan penuh kelesuan dan sikap puas dengan apa
yang diperolehi diperingkat peribadi.
Perubahan setiap insan Melayu dari segi pemikiran dan
sikap amat diperlukan. Dengan yang demikian jiwa Melayu yang
berada dalam kepompong menyerah kalah kepada realiti perlu
dipecah dari terus membelenggui jiwa Melayu.
Perangi Segala Kemungkaran
Harus ada suatu kebangkitan yang lebih konkrit untuk bertindak
dengan tegas bagi membersihkan orang Melayu dari persekitaran
yang merosakkan. Oleh itu suatu usaha memastikan segala unsur
yang selama ini mengheret bangsa Melayu ke lembah kerosakan
dibasmi perlu dilancarkan dengan tegas. Sifat toleransi dengan
27
Inilah
Perjuanganku
kemungkaran dan budaya hanya menjaga tepi kain sendiri
hendaklah dikikis dari minda dan jiwa Melayu.
Hendaklah ada suatu keupayaan yang maksima dan
bertenaga untuk memastikan orang Melayu mampu melawan dan
menentang segala jenis kemungkaran samada yang datang dari
luar mahupun dari dalam.
Untuk itu setiap fenomena dan tabiat Melayu yang
merosakkan perlu diperangi habis-habisan. Kita perlu
menggerakan suatu anjakan yang lebih besar dan bersifat
transformasional dalam semua aspek jika kita mahu membawa
perubahan besar kepada bangsa ini. Bangsa ini akan hanya dapat
dipulih jika persekitaran yang sakit dan merosakkan itu juga
dapat dipulihkan juga.
Jelaskan Masyarakat Apa Yang Ingin
Dibentuk
Kita mengingatkan bahawa setiap penggerak Melayu perlu jelas
ke arah mana dan jenis perubahan yang seperti apa yang mahu
dibawa kepada bangsa Melayu.
Secara umum kita ingin menegaskan bahawa misi dan visi
kami adalah jelas iaitu mengembalikan bangsa Melayu kepada
Islam secara kaffah iaitu menyentuh keseluruhan aspek kehidupan
umat semada dalam keadaan rasmi atau tidak rasmi. Ertinya
visi kami ialah membina sebuah masyarakat bangsa Melayu
yang Islamik sepenuhnya. Dalam pernyataan sehingga kepada
kenyataan gaya hidup harian.Islam pada bangsa Melayu perlu
diserlahkan semurninya tanpa rasa kerdil dan takut. Keyakinan
28
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
bangsa Melayu kepada sistem hidup Islam perlu ditanam dan
disuburkan tanpa was-was.
Kerahkan Seluruh Tenaga Bangsa
Untuk bergerak kepada proses ini maka setiap penggerak Melayu
perlu berusaha terlebih dahulu untuk memerdekakan bangsa
Melayu dari segala penyakit yang sedang menjangkitinya. Usaha
keras untuk memulih masyarakat Melayu, dari ibubapa kepada
anak-anak, dari pemimpin kepada pengikut, dari perseorangan
kepada organisasi, dari sebuah kampung kepada sebuah kota.
Samada ia Melayu desa mahupun kota, Melayu petani mahupun
ahli akademik, Melayu pemimpin mahupun orang kebiasaan.
Setiap insan Melayu perlu dibersihkan dari semua
jenis penyakit yang bertentangan dengan Islam. Untuk itu,
mengenalpasti dan memahami setiap jenis kemungkaran sosial,
kepincangan ekonomi, manipulasi politik, keruntuhan budaya,
korupsi intelektual, penyelewengan pengurusan, ketidakadilan
dalam pembangunan adalah tanggungjawab penting yang perlu
dianalisa dan ditangani oleh setiap aktivis penggerak Melayu.
Ini juga bermakna kerja turun ke padang, mendatangi umat
Melayu di pelbagai gelanggang dan medan sangat diperlukan.
Pembasmian setiap jenis budaya mungkar dan unsur jahiliyyah
yang membelit bangsa Melayu perlu dipergiatkan. Apakah
ia bertapak pada pemikiran dan sikap, mahupun bersarang
dalam sistem dan dasar pemerintahan. Kerja memerdekakan
orang Melayu dari segenap kuman perosak bangsa hendaklah
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
29
Inilah
Perjuanganku
Sikap tegas dan tidak toleransi dengan sebarang kemungkaran
perlu disematkan dalam setiap sanubari orang Melayu. Dengan
yang demikian sikap membasmi mungkar perlu menjadi sikap
yang konsisten diamalkan oleh setiap pemimpin, setiap pendidik,
setiap ulama’, setiap ibubapa dan setiap pentadbir Melayu.
Bangunkan Kekuatan Sahsiah Bangsa
Sementara itu adalah juga penting gerakan pemulihan bangsa
Melayu diiringi dengan pembangunan semula corak hidup
masyarakat yang gemilang pada diri bangsa ini. Dalam hal ini
segala sifat-sifat kecemerlangan sebuah masyarakat Islam perlu
dibangunkan, diterapkan, disuburkan dan diperkukuhkan pada
komuniti Melayu itu sendiri.
Dengan ini kita mencadangkan gerakan pendidikan Al
Quran perlu diintensifkan. Segala ajaran yang terkandung dalam
Kitabullah itu hendaklah difahami dengan betul dan terus
diterjemahkan dalam kehidupan harian. Sebanyak mungkin kelas
dan pengajian Al-Quran diseluruh pelusuk negara ini hendaklah
diwujudkan dengan kaedah yang memungkinkan Al-Quran
benar-benar menjadi petunjuk untuk kehidupan bangsa Melayu
semurni dan seutuhnya.
Sekaligus dengan itu pengajian Al-Sunnah perlu
diprogramkan untuk pendidikan orang Melayu sehingga
Rasullulah s.a.w. benar-benar menjadi teladan terunggul bukan
sahaja untuk diingati tetapi yang lebih penting untuk dihayati
dalam amalan hidup setiap hari.
Dalam hal ini pembangunan semula insan Melayu hendaklah
diperkukuhkan dengan segala ilmu Islam yang wajib dipelajari
30
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
dan diamalkan. Gerakan sosialisasi segala aspek syariat Islam
dalam kehidupan bangsa Melayu samada diperingkat individu
mahupun diperingkat masyarakat hendaklah digiatkan.
Kami menyarankan agar semua penggerak Melayu
melancarkan gerakan penggemblengan masyarakat Melayu ke
arah pembentukan kualiti keperibadian yang kukuh. Program
membina karakter Muslim pada bangsa Melayu harus benar-
benar aktif dan berkesan disemua kawasan.
Segala sifat Muslim yang mulia seperti berdisiplin, berkasih
sayang, berakhlak unggul, berkeyakinan, beriltizam, sedia
berkorban, bekerjasama, bersatu-padu, kuat berusaha, bersungguh
dalam menuntut ilmu, sedia berjihad dengan harta dan jiwaraga,
berjamaah setiap masa adalah antara pembinaan yang tidak boleh
dicuaikan sama sekali. Ini bermakna program pembentukan
sahsiah adalah program yang terpenting untuk membina semula
bangsa ini.
Bina Keupayaan Ekonomi Bangsa
Bersama dengan usaha di atas kami menyarankan agar setiap
penempatan masyarakat Melayu dibangun dengan projek-projek
contoh yang mampu mengangkat kualiti hidup orang Melayu.
Kegiatan perekonomian yang berkesan perlu dilaksanakan
sehingga bangsa Melayu mampu berdikari dengan kekuatan
ekonomi yang ampuh.
Segala aset ekonomi orang Melayu seperti tanah, kebun dan
sawah, bangunan, rumah perlu diurus dengan sebaik mungkin
sehingga ia tetap kekal ditangan orang Melayu. Masyarakat
Melayu perlu diprogramkan dengan segala bentuk kemahiran
31
Inilah
Perjuanganku
ekonomi yang perlu agar sumber bangsa tidak banyak mengalir
ke tangan orang lain. Ertinya sikap berbelanja mesti dikawal,
tabiat berhutang dielakkan, hidup bermewahan dikikis dan
mengeluarkan wang yang banyak untuk segala bentuk perayaan
dan pelbagai jenis kenduri dibendung.
Di samping itu masyarakat Melayu perlu kembali
mengusahakan tanah dengan produktif. Tanah terbiar milik orang
Melayu mesti diusahakan. Usaha menghidupkan tanah perlu
dijadikan agenda bertindak yang penting untuk memastikan aset
tanah Melayu seluruhnya menjadi produktif.
Sementara itu mengwujudkan perniagaan dalam pelbagai
aspek keperluan harian orang Melayu hendaklah dilancarkan.
Dari sektor pemakanan, pakaian, bekalan alatan rumah, binaan,
perkhidmatan sehinggalah kepada perusahan Melayu mesti
diperbanyakkan untuk meliputi semua aspek.
Semarakkan Budaya Membaca dan
Pengukuhan Ilmu
Penggerak Melayu juga perlu menyuburkan budaya membaca
serta berusaha untuk mencemerlangkan bangsa Melayu dalam
bidang pendidikan. Usaha menanam budaya cinta ilmu yang
tinggi, bersungguh dalam menguasai sesuatu bidang ilmu,
memperbanyakkan bilik atau pusat membaca disetiap penempatan
orang Melayu perlu dipergiat.
Daya keintelektualan Melayu harus dibangunkan dengan
bersungguh melalui program wacana ilmu dan berkarya,
penerbitan buku, majalah dan risalah yang membina daya berfikir
bangsa perlu diperluaskan. Kegiatan pendidikan dewasa secara
32
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
formal dan non-formal mesti diperbanyakan diseluruh negara
untuk memungkinkan orang Melayu terus meningkat kemahiran
dan ilmunya.
Institusi-institusi pendidikan Melayu yang ada hendaklah
diaktifkan untuk melahirkan anak dan graduan Melayu yang
berkualiti. Ini bermakna kerja kuat dikalangan para guru dan
pensyarah Melayu harus diserlahkan untuk membantu pelajar-
pelajar Melayu mencapai kecemerlangan.
Mencerdaskan Institusi Masjid
Institusi masjid semesti juga menjadi tapak membina semula
bangsa Melayu yang berkesan. Sebagai tapak yang penting dalam
pembinaan sebuah masyarakat bertamadun tinggi, mendekat dan
mengakrabkan umat Melayu dengan masjid adalah pendekatan
yang amat tepat diusahakan. Kesatuan rohani melalui masjid
yang menjadi asas ikatan yang sejati adalah ikatan paling berkesan
untuk menyatukan umat Melayu.
Ini akan hanya dapat direalisasi dengan memanfaatkan
institusi masjid dengan segala gerak aktivitinya. Untuk yang
demikian program penggerak Melayu yang perlu diberi keutamaan
ialah menyemarakkan penyertaan umat dalam kegiatan di institusi
ini.
Menggerakkan Dayausaha Desa
Kita ingin menyeru juga semua penggerak agar mencetuskan
sebuah usaha yang kita gelar sebagai Gerakan Pengupayaan Desa
(GPD). Pengamatan kita ialah terdapat suatu sindrom yang
sudah lama membelenggui masyarakat desa.Iaitu masyarakat
33
Inilah
Perjuanganku
desa ditanggapi sebagai masyarakat yang tidak berupaya, orang
kampung yang tiada berkemampuan dan desa yang hanya
dikekalkan sekadar untuk tujuan sentimental.
Pada hal desa dalam konteks pembangunan mapan jauh
lebih selesa dan mampu menyumbang kepada mempertahankan
hak orang Melayu dan seterusnya membina semula tamadun
Melayu yang tinggi.
TERAS bercadang untuk memecah sindrom lesu dan pasrah
bangsa Melayu di kawasan desa untuk merubah keadaan desa
menjadi penempatan bangsa Melayu yang dinamik, berdikari,
cergas, maju dan berpotensi besar membangun sumber manusia
Melayu. Kita dengan itu mencadangkan agar beberapa hambatan
desa diatasi melalui proses pengupayaan bangsa Melayu untuk
menentukan nasib sendiri.
Antara hambatan yang perlu diatasi ialah persoalan budaya
feudal yang membelit orang kampung. Minda dan jiwa feudal
ini perlu diatasi dengan segera agar bangsa Melayu ini tidak terus
diperbudak dan diperalat oleh pihak wewenang yang terus ingin
memastikan bangsa ini tunduk kepada kehendak mereka.
Sistem kawalan politik kampung yang mencengkam gerakan
masyarakat, yang mendiskriminasi kelompok bukan penyokong
kerajaan, yang menyeleweng peruntukan pembangunan, yang
saling melabelkan antara parti politik secara tidak sihat akan
dipecahkan melalui program pengupayaan masyarakat desa. Kita
ingin berganding bahu dengan NGO lain dalam usaha ini seperti
IMPAK yang akan membolehkan gerakan GPD mencapai kesan
yang diharapkan.
34
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
“Dan sungguh telah Kami buatkan dalam Al Quran ini
segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka
dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada
ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa”
(Surah Az Zumar :27- 28)
Demikian kita melontarkan keprihatinan sekaligus program
bertindak untuk “membentuk manusia Melayu bagi memulih
kemelut bangsa”. Hasrat kita hanyalah untuk sekali lagi
menyemarakkan daya usaha yang berterusan bagi memastikan
semua penggerak dan penyokong perubahan memperkukuhkan
keiltizaman dan mempertingkatkan daya bertindak.
Apa yang didambakan ialah penyelesaian praktis bukan
terhenti kepada perbicaraan ilmiah semata. Kita memohon
sokongan dan penglibatan yang aktif dari semua demi
memastikan bangsa ini kembali gemilang sebagai bangsa yang
berjaya menterjemahkan Islam dalam setiap sendi kehidupannya.
35
BAB 1
LAISA MINNA
INILAH
PERJUANGANKU
Sekerap seorang Muslim mengamati keadaan umat, sekerap
itulah akan terlihat kondisi umat yang menyedihkan. Setiap
purnama, setiap perubahan musim, kisah umat menjadi
semakin menusuk kedalam nuraniku. Sementara tidak pernah
luntur keyakinanku bahawa Rabbul Jalil punya makar yang
terbaik, namun sunnah perjalanan manusia dan mana-mana
kaum sekalipun tetap tertakluk kepada daya usha masing-masing.
Aku selalu mengingatkan diriku bahawa jaminan Allah
mengubah nasib sesuatu bangsa, adalah dengan syarat bangsa itu
merubah apa yang ada pada diri bangsa itu sendiri. Maknanya
asbab nasib bangsa akan berubah ialah bila segala gejala yang
menghambat kemajuan bangsa perlu dihilangkan sebelum
Allah menentukan KehendakNya pada kadar yang Dia sendiri
menetapkanNya.
Diabad 21 ini, jelas umat Islam sarat dengan masalah. Ia
berada dalam.keadaan miskin dan mundur terkecuali segelintir
yang kaya raya.Umat juga sangat bergantung kepada kuasa besar
dalam hampir semua bidang. Malah kerana kebergantungan itu
umat diperhambakan untuk kepentingan kuasa barat. Dari sekecil
makanan hingga ke persenjataan. Tidak ada negara Islam yang
boleh menjadi contoh untuk mampu berdikari.
Inilah
Perjuanganku
Lantaran mentra globalisasi, semua negara Islam dirempuh
oleh budaya barat atas nama modernisasi, kemajuan dan
pembangunan. Dengan yang demikian semua negara saling
terikat dengan agenda desa global dalam hampir semua titik dan
skop kehidupan.
Kedudukan umat terdedah kepada kepimpinan yang bobrok
sehingga tidak ada yang dapat dicontohi. Kerosakan bermula
dengan kerosakan pemimpin. Bermula pemimpin keluarga,
institusi, pentadbiran hingga kepada ketua negara dan kabinet
menterinya.
Manakala konflik menjadi-jadi diserata negara Islam. Bukan
sahaja konflik didalam negara malah diantara negara Islam.
Sehingga tercetus Muslim menjadi pelarian dan menagih kesian
belas di negara bukan Islam. Puluhan juta menyabung untuk
merentas sempadan, tanpa makanan, air dan ubatan. Kesengsaraan
kaum Muslimin luar biasa abad ini. Dari kemunduran, kejahilan,
kemiskinan hingga berperang sesama sendiri.
Sejak dari awal aku terjun dalam jamaah gerakan Islam pada
1974 yang berputik dikampus Universiti Pertanian Malaysia,
perbincangan dalam usrah sering aku menengahkan topik umat
Islam dalam konflik. Ketika aku diminta mengetuai Majlis
Tertinggi Usrah, aku mulai belajar menjadi aktivis mahasiswa
untuk peka kepada nasib umat. Ketika itu isu Palestine dan
Afghanitan dan Revolusi Iran menjadi debat hangat. Aku
terjun ke medan, memimpin demonstrasi, menganjur latihan,
forum, persidangan, seminar, tamrin kepimpinan. Kerap aku
ditegur orang tuaku, kenapa aku tidak balik ketika cuti semesta.
38
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Aku menginap di markaz Persatuan Mahasiswa, bekerja terus,
merencana gerak kerja mahasiswa.
“Azmi nak puasa besok?” ujar Mak Cik Aishah didapur
asrama Cikgu Rashid UPM dimana aku menghuni, “Jika mahu
Mak Cik simpankan lauk untuk sahur”. Beliau sangat tahu
jadual aku. Bagaikan ibu yang mengambil berat tentang anaknya.
Aku sentiasa balik lewat ke asrama kerana berlarutan berbincang
di pejabat Persatuan Mahasiswa Islam. Adakalanya aku tidak
balik ke asrama. Tetapi Mak Cik Aisyah tetap mengambil berat
terhadap diriku kerana aku kerap mendengarkan kisah hidupnya
yang susah.
“Mak Cik orang susah Azmi. Suami Mak Cik lumpuh, dan
anak-anak masih bersekolah. Tetapi Mak Cik senang dengan
Azmi, bagaikan anak Mak Cik sendiri. Kerana dalam kesibukkan
belajar, Azmi tetap mendengar susahnya hidup orang macam
kami “ berlinang air mataku mengenangkan kata-katanya.
Hadith yang aku ulang baca dan menjadi antara doronganku
untuk aktif berkecimpung di medan umat ialah pesanan
“Barangsiapa yang bangun pagi, tetapi tidak mengambil berat
mengenai urusan kaum Muslimin, dia bukan golongan kami”.
“Untuk apa kita berkecimpung dalam urusan umat?” kataku
kepada rakan usrah. “Bukankah lebih enak kita hanya menumpu
kepada pengajian kita?” respon seorang temanku, Anuar.
“Benar, tetapi itu bukan tujuan hidup kita. Benar, kita perlu
pastikan pengajian kita tidak terjejas, tetapi itu bukan matlamat
akhir kita. Kita tidak boleh memejamkan mata, memekakkan
telinga, membisukan lisan terhadap kezaliman, penderitaan dan
39
Inilah
Perjuanganku
pencerobohan...inilah maksud Rasullullah s.a.w menggaris pisah
antara Baginda dan seseorang yang mengelar dirinya Muslim
tetapi tidak ambil pusing mengenai hal ehwal saudaranya yang
seaqidah, dengan ungkapan “laisa minna” (bukan golongan
kami).
Bermula dengan kalimat “amrul muslimin” iaitu
urusan kaum Muslimin itu sangat besar dan luas cakupannya.
Urusan sosial, ekonomi, siasah, kebajikan, keadilan, keselamatan.
Semua ini urusan kaum Muslimin.Bermakna kewaspadaan,
keprihatinan, kepedulian keatas umat Islam semada yang dekat
dan mahupun yang jauh, adalah urusan kita semua sebagai warga
besar umat.
Malangnya “laisa minna” itu tidak menjadi kalimat
amaran kepada kebanyakkan kaum Muslimin. Sikap hidup
egoistik, individualistik dan materialistik menguasai hidup
kebanyakan warga umat. Sehingga disebabkan itu umat dimamah
oleh musuh dengan sangat gelojoh. Umat yang tadinya kathir
(sangat ramai) namun bagaikan buih (kaghutha issail). Buih
yang samasekali tidak bermanfaat. Malah lebih parah, umat
yang mudah diperkuda dan diperhambakan sehingga umat yang
sepatutnya berciri umat terbaik (khaira ummah) dan berizzah
(mulia) berubah menjadi umat zillah (hina).
40
BAB 2
D E B AT - P e m b a n g u n a n
Yang Salah
INILAH
PERJUANGANKU
Aku teringat pelbagai wajah bila mengenang proses
pembangunan yang diluncurkan di negara ini. Sejak
1980an aku bergelut memahami hakikat dari erti
pembangunan. Pembangunan perlu dan penting kata mereka.
Kita tidak boleh ketinggalan hujah mereka.
“Benar, tetapi pembangunan jenis apa, oleh siapa, untuk
siapa?” Aku berdebat disebuah forum. Ketika itu aku hanya
seorang mahasiswa.
“Mengatasnamakan pembangunan, kita menidakkan nilai
manusia, mengetepikan keseimbangan ekologi, memiggirkan
golongan miskin, menghapuskan tradisi bangsa, memperkenalkan
budaya kepenggunaan membazir, mengutamakan pengeluaran
massa, mengkomoditi semua hal termasuk kesihatan dan
pendidikan,” kata aku didepan audien di pentas kuliah di UPM.
Bermula dari itu aku menjadi sangat kritikal terhadap erti
pembangunan.
Menatap laporan demi laporan mengenai dunia dan
pembangunan, tidak dapat dirumuskan melainkan ia amat
mengecewakan. Kecewa kerana dakwaan kononnya dengan
kemajuan teknologi yang sangat canggih dan begitu ramai
graduan Universiti seluruh dunia yang tamat pengajian yang
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
menjadi golongan bijak pandai, sepatutnya kehidupan manusia
akan menjadi lebih baik. Malangnya terpapar pelbagai krisis
dan konflik yang semakin kronik sepanjang abad 20 dan
kini mengheret keabad 21. Manusia menjadi hamba kepada
teknologi, para ahli ilmuan menjadi alat kepada industri.
Kemiskinan, kejahilan, pelanggaran hak manusia,
ketidakseimbangan kekayaan, kemusnahan alam, konflik dan
perang antara negara dan lenyapnya kepercayaan rakyat kepada
sistem demokrasi.
Sementara dunia berdepan krisis berat, dalam pelbagai
bidang dan dipelbagai peringkat, umat Islam tidak terlepas dari
kemelut yang tidak kurang melelahkan, malah mungkin lebih
kritikal. Sejumlah negara Islam yang hampir dikategori sebagai
“fail state” menjadi mangsa untuk ditekan kuasa luar.Malah ada
negara Islam menjunam menjadi hamba kepada kuasa besar.
Malangnya sindrom penafian menjadi tabiat hampir semua
pemimpin dunia termasuk ketua negara-negara Islam. Jarang
dilihat pemimpin umat Islam melepaskan jawatan melainkan
akan mempertahankan jawatan sehingga berlaku pemberontakkan
rakyat.
Walaupun indeks pembangunan jelas menunjukkan petanda
negara Islam sarat dengan masalah uruskelola yang buruk,
namun pemimpin negara Islam enggan menerima kritikan supaya
reformasi dilakukan keatas institusi kerajaan.
Petaka, musibah serta fitnah berleluasa akibat tangan
pemimpin yang berkuasa.. Manusia yang berkedudukan dan
memilikki kuasa malah boleh sahaja membawa kerosakan jauh
43
Inilah
Perjuanganku
lebih besar ketimbang tangan seorang perosak. Kerosakan
bermula dengan kerosakan ilmu. Agak sukar memahami hal ini
kerana bagi golongan ilmuan dan orang biasa mana mungkin
ilmu boleh membawa kerosakan.
Bermula dengan pelbagai bidang ilmu yang semuanya
disumberkan kepada barat, akhirnya konsep dan bentuk
pembangunan merujuk kepada terminologi barat. Dari sistem
pendidikan, ekonomi, pengurusan sumber sehingga model
pembangunan kota, konsep dan kerangka polisi pembangunan
merujuk kepada piawaian barat.
Lantaran itu negara didunia dikelompokkan kepada kategori
negara maju negara membangun dan negara mundur. Ada
juga kategori negara pertama dan negara ketiga. Semua ini
adalah ukuran oleh negara barat. Maknanya semua negara perlu
mencontohi semua model pembangunan barat jika hendak maju.
Dalam gelombang kemajuan yang dikatakan suatu keperluan,
rakyat memberi kepercayaan kepada para pakar, ahli politik dan
pentadbiran untuk membangunkan negara. Dengan itulah tanpa
disedari, kalimah, konsep dan prinsip serta nilai yang dibawa oleh
mereka adalah sebagai satu pakej pembangunan yang diambil dari
barat yang sarat dengan masalah.
44
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Di zaman penjajahan, yang sangat ditumpukan dan dilakukan
oleh penjajah bukan sekadar menguasai tanah air, sumber
bumi tetapi yang paling diberi tumpuan ialah pendidikan.
Pendidikanlah yang menjadi wahana terkesan membangun dan
meneruskan legasi penjajah.
Pakej pembangunan ini disalut dengan konsep kemajuan,
kecanggihan, sains dan teknologi dan pemodenan. Kalau adapun
unsur tradisi dibawa masuk dalam proses pembangunan itu ia
hanya bersifat kosmetik. Tradisi dan nilai bukan lagi paksi kepada
menentukan model pembangunan. Semua aspek pembangunan
menggunakan kayu ukur barat. Lanjutan dari itu, negara yang
gagal mencapai kemajuan mengikut model barat, dikategorikan
sebagai mundur dan negara gagal.
45
“Di zaman penjajahan,
yang sangat ditumpukan
dan dilakukan oleh
penjajah bukan sekadar
menguasai tanah air,
sumber bumi, tetapi yang
paling diberi tumpuan ialah
pendidikan. Pendidikanlah
yang menjadi wahana
terkesan membangun
dan meneruskan legasi
penjajah.”
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Dengan barat sentrik itulah kita melihat krisis yang sedang
berlaku sekarang. Angka mati kebuluran, pencemaran air dan
udara, penyakit dan wabak yang berleluasa, ekonomi yang
menghasilkan jurang antara yang kaya dan yang miskin dan
eskploitasi sumber yang rakus.
“Jadi, kita perlu tolak pembangunan?” hujah seorang
pensyarah UPM ketika itu. “Kita perlu menyemak dan mencermati
pembangunan. Kita perlu memanusiawikan pembangunan. Kita
perlu mempunyai acuan dan kerangka pembangunan kita sendiri.
Kita perlu benar-benar menjadi Khalifah yang memacukan
pembangunan dengan prinsip kebenaran dan keadilan.” Aku
menamatkan respon aku kepada debat dalam forum tersebut
didewan kuliah C di UPM 1975.
47
Inilah
Perjuanganku
“Di zaman penjajahan, yang sangat ditumpukan dan
dilakukan oleh penjajah bukan sekadar menguasai tanah air,
sumber bumi, tetapi yang paling diberi tumpuan ialah pendidikan.
Pendidikanlah yang menjadi wahana terkesan membangun dan
meneruskan legasi penjajah.”
48
BAB 3
Isu Dunia Yang Lebih
Besar & Mencabar
INILAH
PERJUANGANKU
“Kenapa Cikgu Azmi tidak mahu bermain dalam
politik?” tanya seorang wartawan lokal. “Bukankah
pandangan Cikgu yang kritikal itu boleh diguna
memperbetulkan politik negara?”
Begini jawapan aku:
Kita sedang menyaksikan suatu hegemoni kuasa dunia yang
sangat menakutkan. Ia bukan dengan kuasa militari tetapi kuasa
ekonomi dan sosio-budaya. Ada perhitungan dan percaturan yang
memerangkap seluruh negara dalam suatu order dunia yang lebih
berat dari pergelutan dunia politik domestik.
Malah hegemoni kuasa luar semakin mewarnai politik
tempatan. Dunia tanpa sempadan nampaknya mencorakkan
hampir setiap kerajaan. Sebuah empayar sekarang bukan lagi
sama seperti era empayar Raja atau penguasa abad 15 tetapi
adalah empayar dunia tanpa sempadan. Kini ujud empayar global
yang menjajah seluruh dunia. Penjajahan bukan melalui tentera
tetapi mengguna agensi ekonomi antarabangsa.
Selepas perang dunia ke 2, pelbagai agensi global diujudkan
yang didominasi oleh negara imperialis. PBB, Bank Dunia,
ADB, IMF, WTO dan NATO adalah antara agensi yang
diwujudkan. Juga termasuk OPEC, APEC. Melalui segala badan