The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INILAH PERJUANGANKU MENONGKAH ARUS MEERJAH HALANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinafarush76, 2021-06-29 00:46:18

INILAH PEJUANGANKU

INILAH PERJUANGANKU MENONGKAH ARUS MEERJAH HALANGAN

“Economic hitman”
berperanan untuk menekan
sesebuah negara sehingga

ke tahap menggulingkan
kerajaan. Bila hutang tidak

mampu dibayar maka
pemangsa dihantar masuk.

Jika keadaan diperlukan
mereka sanggup membayar
upah untuk melaksanakan

operasi asasinasi.
Demikian empayar  global

digerakkan. Ia tidak
mengenal sempadan.
Semua negara akan
diperhambakan atas nama

demokrasi.

Inilah
Perjuanganku

multi lateral ini, dasar perdagangan, penentuan tarif dan cukai,
penetapan perjanjian kerjasama ekonomi dan nilai mata wang,
sistem perbankan, ditentukan bukan kerana mahu mengujudkan
ekonomi yang seimbang dan saksama akan tetapi negara imperialis
yang kuat merecana mendominasi dan menguasai  negara yang
berstatus ekonomi lemah.

Melalui agensi-agensi ini pelbagai perjanjian perdagangan
dirangka yang mengikat negara-negara yang dipaksa menjadi
anggota kepada platfom dunia. Ditambah lagi dengan ujud
penguasaan sistem kapitalis dunia, seluruh dunia terdedah kepada
sistem perhambaan ekonomi yang mencengkam.

 Melihat kepada bagaimana kuasa besar seperti AS mencatur
ekonomi dunia, demokrasi yang dilaung-laungkan oleh barat
sangat hipokrit. Sementara  politik demokrasi dilaungkan  namun
dalam hal ekonomi, sistem autokratik diamalkan sewenangnya.
Ekonomi ditentukan oleh segelintir kelompok kapitalis koporat
yang menetapkan arah tuju ekonomi dunia. Malah ada yang
digelar “economic hitman” mencatur negara yang disasar untuk
dijatuhkan.  Mereka berupaya mengguling sebuah kerajaan dan
menjatuhkan seorang pemimpin melalui konspirasi «economic
hitman” ini.

Operasi “economic hitman” adalah sekumpulan perancang
dan dalang untuk menguasai sesebuah negara dan dunia melalui
ekonomi.Percaturan politik dan militari didalangi oleh kumpulan
dibalik tabir ini.

Tatkala ujud negara yang kaya sumber bumi seperti minyak,
negara itu menjadi sasaran. “Economic hitman” ini  mendekati
pemimpin yang berkaitan untuk kemudian mempengaruhi

52

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

pemimpin itu menurut telunjuk mereka bagi menentukan
bagaimana pertumbuhan ekonomi harus dirancang dan dilaksana.

Atas nama pembangunan pemimpin lokal dipengaruhi
untuk mendapat pinjaman berbilion dolar supaya membangun
projek prasarana mega dinegara yang dipileh. Akan tetapi sumber
dana dari agensi seperti Bank Dunia dan IMF dipengaruhi
oleh mereka (golongan pengkomplot ekonomi). Institusi
kewangan  bukan berfungsi untuk menyalur dana kepada negara
tersebut tetapi kepada syarikat antarabangsa yang dikuasai mereka
untuk melaksana pembangunan di negara berkenaan. Dana tidak
mengalir kepada keperluan rakyat tetapi kepada konglomerat
gergasi dari luar.

Akhirnya negara berkenaan terbelit dengan hutang yang
terlalu tinggi. Ketika pemimpin negara berkenaan tidak mahu
dan tidak mampu membayar hutang bermulalah pencaturan
politik dan ugutan militari digerakkan.

“Economic hitman” berperanan untuk menekan
sesebuah negara sehingga ke tahap menggulingkan kerajaan.
Bila hutang tidak mampu dibayar maka pemangsa dihantar
masuk. Jika keadaan diperlukan mereka sanggup membayar upah
untuk melaksanakan operasi asasinasi. Demikian empayar  global
digerakkan. Ia tidak mengenal sempadan. Semua negara akan
diperhambakan atas nama demokrasi.

Sebab itu perang sivil dicetuskan bila sesebuah kerajaan atau
pemimpin mahu dijatuhkan. Mereka sanggup membiayai operasi
penggulingan kerajaan dengan menyuntik dana yang banyak.
Mana-mana kerajaan atau pemimpin yang dilihat menghalang
agenda empayar global ini akan menjadi sasaran.

53

Inilah
Perjuanganku

Oleh kerana negara itu tidak boleh melunaskan hutang
maka semua dasar negara itu akan dipaksa diubah supaya
mengikut telunjuk kuasa besar. Terjadilah negara dibuli diforum
antarabangsa seperti di PBB. Segala usul kuasa besar dipaksa
dipersetujui termasuk untuk menyokong operasi perang keatas
negara yang menjadi penghalang agenda kuasa barat.

Mengguna kekuatan militari adalah tahap terakhir apabila
semua pilihan lain gagal. Negara akan diugut untuk diserang jika
tidak tunduk kepada kehendak mereka.

Demikian pengalaman di Syria, Mesir Yemen, Sudan,
Tunisia, Venezuala, Panama, Algeria, Iraq. “Economic hitman”
mampu menyelinap kedalam sistem pentadbiran negara tanpa
sedar. Ia boleh berupa pakar ekonomi atau badan konsultan.

Memahami empayar global dengan segala mekanismenya
memerlukan kita untuk meneliti setiap dasar luar yang digubal
dan diguna pakai oleh sesebuah negara. Oleh itu aku selalu
berfikir secara mendalam bagaimana percaturan politik lokal
dipengaruhi oleh kuasa luar. Dengan yang demikian aku berusaha
menjadi lebih kritikal bila mengamati apa yang sedang berlaku
dalam negara ini sebelum membuat keputusan untuk terjun
dalam medan politik.

Dek kerana politik menjadi perebutan kuasa, bukan lagi
menguruskan rakyat dalam erti kata sebenar maka melibatkan diri
dalam politik bukan kepartian adalah munasabah bagi mereka
yang cukup berwibawa, komited dan punya kejujuran politik
bukan sekadar kehendak politik.

54

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

“Kita sedang menyaksikan suatu hegemoni
kuasa dunia yang sangat menakutkan. Ia bukan
dengan kuasa militari tetapi kuasa ekonomi dan
sosio-budaya. Ada perhitungan dan percaturan
yang memerangkap seluruh negara dalam suatu
order dunia yang lebih berat dari pergelutan
dunia politik domestik.”

55

BAB 4

Mereka Tidak
Peduli Nasib Rakyat

T e r l a n ta r

INILAH
PERJUANGANKU

“Setiap orang ada nasibnya, apakah yang boleh kita
buat?“ ujar seorang penulis kepada aku ketika aku dan
novelis terkenal Hj Azizi Abdullah berbincang untuk
menulis buku  mengenai jurang kaya miskin dalam masyarakat.
Buku yang sempat aku dan beliau ushakan berjudul Ranggi
dan beberapa buku lagi. Aku sendiri menulis buku kritik sosial
berjudul Masyarakat Yang Sakit.

Rasa sangat tidak selesa bila aku terserempak insan yang
hidup melata dikaki lima kota Kuala Lumpur, yang hidup
dipinggir desa didalam pondok sangat daif. Adakah ini nasib
ataukah sebuah sistem pembangunan yang melahir senario yang
mencetuskan kemiskinan.

Pembangunan adalah suatu kalimat karamat dalam sesebuah
negara. Tanpa pembangunan negara dianggap gagal (fail state).
Namun dalam pembangunan ada suatu keghairahan kebanyakan
perancang negara iaitu angka pertumbuhan. 

Tanda pembangunan diukur dengan peratus pertumbuhan.
Akan tetapi suatu aspek yang sangat penting dalam pertumbuhan
adalah pengagihan. Inilah sebenarnya persoalan inti dalam
pembangunan. 

Inilah
Perjuanganku

Kewujudan pembangunan yang bertumpu kepada
pertumpuhan tetapi tidak menekankan pengagihan adalah suatu
dosa dalam membangunkan sesebuah negara. Dosa kerana berlaku
kesengajaan perancangan ia melahirkan masyarakat yang tersisih,
terpinggir, dan diketepikan. Natijahnya wujud yang miskin papa
kedana, yang kaya berlimpah ruah. Ada yang gelandangan, ada
menghuni dipondok buruk, ada di rumah flat PPRT yang tidak
sesuai dihuni sebuah keluarga. Namun ada segelintir yang hidup
serba mewah, banglo bagaikan istana, berkereta mewah, menjadi
ahli kelab golf yang esklusif dan menjadi kelompok elit T20.

Kini terdapat fenomena yang kaya semakin kaya dan krisis
ketidakserataan (inequality)  menjadi semakin parah. Mengikut
laporan Oxfam, 82 % kekayaan dunia yang dibangunkan, tersalur
kepada hanya 1% golongan terkaya didunia, manakala 3.7 bilion
manusia yang termiskin  didunia tidak mendapat apa-apa.  

Tahun yang lalu mencatat kewujudan bilangan golongan
jutawan (billionaires) yang terbesar dalam sejarah, seorang jutawan
setiap dua hari. Oxfam mendapati peningkatan kekayaan mereka
sebanyak Usd 762 bilion dalam tempoh 12 bulan. Peningkatan
yang luar biasa ini mampu mengatasi kemiskinan dunia tujuh
kali ganda. Realitinya sistem kapitalis memperkasa segelintir
kelompok elit untuk meraih kekayaan dengan memerah keringat
buruh, petani dan kelas pekerja. 

Sebuah kajian, Giants: The Global Power Elite oleh Profesor
Philips mengenal pasti 17 firma pengurus aset terbesar didunia
sebagai “Gergasi” kapitalisme dunia. Kumpulan ini menguruskan
kewangan secara kolektif lebih $US41.1 trilion dalam jaringan
pelaburan yang saling berkait diseluruh dunia dan  menjadi

58

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

institusi sentral modal kewangan yang menggerakkan sistem
ekonomi global.

Institusi transnasional seperti Bank Dunia, IMF, WTO
dan lain-lain berfungsi sebagai institusi yang menentukan
mekanisme untuk para kapitalis dan golongan elit menggubal
dan mengimplementasi polisi yang disepakati sesama mereka. 

Pokoknya institusi transnasional itu hanya berkhidmat
kepada firma gergasi kewangan global dengan menyokong polisi
dan peraturan yang diujudkan untuk melindungi aliran modal
dan mengutip hutang seluruh dunia untuk firma-firma gergasi
itu.

Lebih parah, golongan elit pemodal dunia ini bergabung
menyokong empayar  tentera Amerika Syarikat (AS) /NATO
yang melancarkan penindasan keatas kumpulan yang menentang
polisi mereka dengan melebel mereka teroris diserata dunia. 

Pada hakikatnya tujuan sebenar “memerangi terorisme”
seperti yang dicanang AS adalah sebenarnya untuk melindungi
agenda globalisasi syarikat transnasional, memberi laluan
kepada aliran modal secara bebas diseluruh dunia, hegemoni
dolar Amerika  dan akses kepada sumber minyak; ia tidak ada
kena mengena dengan menangani terorisme yang sebenarnya
ditumbuhkan, dibiar berkembang dan ditaja oleh syarikat dan
kuasa imperialis Barat itu sendiri agar menyembunyi agenda
mereka yang sebenar iaitu mendominasi ekonomi dunia. 

Sebab itu Amerikat Syarikat selama ini mempunyai tradisi
operasi agensi inteligensianya CIA dan tenteranya disekitar dunia
untuk mempertahankan “kepentingan nasional” AS.

59

Inilah
Perjuanganku

Pemusatan modal ditangan segelintir elit telah mengakibatkan
golongan bawahan  polulasi dunia melalui proses pemiskinan
yang semakin parah, dan penurunan upah kerja sehingga 80%
didunia. 

Dunia sedang berdepan krisis ekonomi dan penyelesaian
ekonomi neoliberal adalah dengan cara mengurangkan
perbelanjaan kepada keperluan penduduk dan meningkatkan
perbelanjaan keselamatan. Situasi kini ialah institusi kewangan
dunia sedang meraba-raba untuk mendepani ekonomi yang
sedang semakin porak-peranda. 

Penyelesaian yang diambil ialah dengan mencetak lebih
banyak wang dan menyuntik dunia dengan wang Dolar, konon
atas nama memperkenalkan wang baru dalam bekalan wang
dalam pasaran oleh bank pusat  (“quantatitative easing”). 

Dunia dibanjirkan dengan wang yang dicetak bertrilion dolar
yang sebenarnya akan meningkatkan inflasi.  Ini adalah perang
yang tidak berkesudahan, dimana berbelanja untuk memusnah
akan memerlukan perbelanjaan untuk membina semula yang
jauh lebih besar. Sebuah putaran yang menguntungkan syarikat
gergasi dunia dan jaringan kuasa ekonomi global.

Ia adalah dunia yang dicatur oleh negara kuasa besar iaitu
yang membunuh dengan cara mengguna dron, bom kimia,
senjata biologi, asasinasi, bunuh diluarbicara, dan kemusnahan
prasarana domestik dan juga konflik antara negara.

Pembangunan, pertumbuhan dan pengagihan adalah
ciri yang sangat penting jika sebuah negara mahu menjamin
kesejahteraan kehidupan rakyat dalam ertikata sebenar.

60

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Penumpuan kekayaan ditangan segelintir kelompok elit yang
dilindungi pula oleh penumpuan kuasa ditangan individu
tertentu akan menjadi keadaan lebih parah. Apa yang diperlukan
ialah tonggak pemerintahan mesti mengutamakan keadilan,
kesaksamaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Apakah kemiskinan dan terpinggir suatu natijah normal
akibat pembangunan? Ataukah ia memang natijah dari
sebuah sistem yang mengakui akan ada yang terpaksa menjadi
korban kepada pembangunan?” ujar aku kepada penulis itu.

61

BAB 5

membangun Dengan
Kalimah Toyyibah

INILAH
PERJUANGANKU

Membaca seerah Nubuwwah menusuk akal dan qalbuku.
Kadang- kadang aku bertanya sendirian. Bilakah
mungkin putaran sejarah agung Tamadun Islam akan.
muncul kembali? Sempatkan aku melihat secebis tamadun Islam
yang hidup dan berfungsi? 

Pada asasnya manusia tetap sama. Yang berbeza hanya
zamannya. Ketika tiapkali kalam Quran menyeru kepada manusia
dalam ayat-ayat Illahi yang suci  ia terpakai ketika wahyu
ditanzilkan 1400 tahun yang lalu, juga terpakai kini dan masa
mendatang. Ertinya jika manusia diletakkan dalam acuan yang
sama seperti acuan zaman kegemilangan tamadun Islam yang
terdahulu pasti zaman kecermerlangan dapat berulang.

Lalu kenapa formula dari Al Quran kelihatan asing dengan
perjalanan hidup umat masa kini. Seolah Al Quran yang
merupakan pedoman hidup yang lengkap dan sempurna tidak
dilihat sebagai sumber rujukan lagi. Umat telah terheret dalam
lembah kemunduran sehingga izzah (kemuliaan) yang demikian
cemerlang meluncur terjun ke zillah (kehinaan) yang memalukan. 

Jawapannya kepada persoalan ini aku cuba gali dari Al Quran
dan yang aku ditemui ialah umat telah merenggangkan hidup dari
kalimah kunci yang diungkap Allah SWT iaitu Kalimah Toyyibah
(kalimah tauhid) ketimbang Kalimah Khabiithah (kalimah syirik).

Inilah
Perjuanganku

“Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan
satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah
toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang
pucuknya menjulang ke langit”. (24)

“Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan
izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-
perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran)” (25)

“Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah
seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah
tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak
baginya untuk tetap hidup.” (26) (Surah Ibrahim)

Sebuah negara yang tumbuh ibarat pohon yang segar dengan akar
tunjang yang kuat dan teguh memegang bumi dan cabangnya
menjulang segar ke langit. Pertumbuhannya bertambah makmur
dengan menghasilkan buah yang dinikmati oleh siapa sahaja yang
berlindung dibawahnya.

Negara yang membangun dengan memastikan rakyatnya
kukuh dengan pegangan hidup mentauhidkan Tuhan,
mengekalkan jatidiri serta budaya hidup berteraskan nilai
Rabbani. Negara yang makmur dengan warga yang hidup
saling menghormati, saling menunaikan hak dan melaksanakan
tanggungjawab, memelihara keadilan dalam hidup bermasyarakat
dan bernegara. Negara yang membangun seimbang dengan
sunnah alam, tidak merosakkan, tidak rakus memusnahkan
keserasian ekologi manusia dan alam. Negara yang dipandu dan

64

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

dipimpin oleh insan berwatak pemimpin teladan yang penuh
kebijaksanaan dan kesederhanaan. Negara yang tidak ghairah
dengan pertumbuhan ekonomi semata- mata tetapi kepada
kesaksamaan dan kesejahteraan kolektif tidak kira darjat dan
pangkat.

Kalimah Toyyibah ini adalah paksi pegangan semua umat.
Kalimah itu merujuk kepada konsep Ketauhidan dan Pengabdian
kepada Allah sebagai pemilik mutlaq seluruh ciptaan alam buana
ini. Ciptaannya yang serasi antara segala makhluk dalam suatu
skima ciptaan yang seimbang, tiada kebatilan, semuanya punya
fungsi dan maqamnya tersendiri. Segala aktiviti kehidupan
berlegar dengan kalimah tauhid.

Pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan
pengurusan ditingkat makro dan mikro berjalan sesuai dengan
prinsip Quraniyy dan Sunnah Nubuwwah. Sehingga berlakulah
terjemahan Rahmat kepada semua ciptaannya, asalkan semua
berada dalam skima acuannya yang diistilah sebagai Sibghatallah.

Ketimbang pembangunan yang terpedaya dan ternoda
dengan Kalimah Khabiithah iaitu konsep yang berisi kejahatan
dan kebatilan. Membangun dengan membawa kerosakan,
kehancuran dan kezaliman. Bagaikan pohon yang tercabut
akarnya sehingga tidak melestarikan kehidupan bukan sahaja
untuk generasi kini malah merosakkan generasi mendatang. Inilah
negara yang akan terus porak-peranda oleh tangan manusia yang
rakus dan melahap apa sahaja persis membujur lalu melintang
patah. Tiada had, tiada peraturan dan tiada keharmonian. 

Tidak ada yang disentuh melainkan akan rosak semuanya.
Atas nama pertumbuhan ekonomi rakyat kecil dikorbankan. Atas

65

Inilah
Perjuanganku

nama meningkatkan hasil negara, sumber bumi dieksploitasi
semahunya. Sehingga berlaku kerakusan pemimpin yang
berkuasa, memperhambakan rakyat dan melakukan kezaliman
dan pembohongan untuk kekal berkuasa. Segala ciri dan watak
Firaun, Qarun dan Haman terserlah dari pemimpin atas hingga
ke bawah.Kegilaan kepada kuasa, kepada pangkat dan kepada
kekayaan. Tidak kira akibat buruk kepada rakyat, segala aparatus
negara disalahguna dalam sistem diktator yang dipertahankan. 

Aku melihat segala indikator dan.alamat pembangunan
berpkasi Kalimah Khabiithah sedang merempuh negara umat
Islam. Sehingga tiada lagi ruang untuk diperbaikki akibat
kedurjanaan sistem yang memamah umat bagaikan binatang buas
melapah mangsa tanpa belas kasihan.

Kalimah Toyyibah adalah kalimah yang menunjuk jalan
untuk mendirikan sebuah Negara Toyyibah. Yang jelas konsep
Toyyibah merentas semua sektor dan bidang sehingga lengkap
terdiri secara fungsional maksud sebuah negara yang dicirikan
dalam Al Quran sebagai “Baldatun Toyyibatun wa
Rabbun Ghafur”. Pengkisahan sebuah negeri yang dijadi
iktibar iaitu negeri Saba’ didalam Al Quran sebagai standard untuk
diukur dalam pembangunan mana-mana negara selanjutnya.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

“Sungguh bagi Kaum Saba’ ada tanda (kebesaran Rabb)
di kediaman mereka, yaitu dua buah kebun di sebelah
kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan :)
“Makanlah dari rizki yang dianugerahkan Tuhan kalian
dan bersyukurlah kepadaNya!’. Baldatun thayyibatun wa
rabbun ghafûr”. (Saba’ 34: 15).

66

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Bahawa ada hubungan antara rezeqi yang dicurah dari Tuhan itu
dengan sifat penerima yang perlu dijaga. Negeri yang makmur
dengan kesuburan dan hasil yang lumayan perlu seiring dengan
sifat syukur pada penerima disebuah negara. Kesyukuran yang
ditunjukkan dalam ketaatan dalam pengabdiaan kepada Allah
dan akhlaq yang utuh.

Dalam erti kata yang lain pembangunan negara yang
tidak memberi penekanan kepada soal nilai keinsanan yang
berpandukan acuan Illahi akan nantinya kecundang. Segala
ukuran bersifat prasarana yang canggih, pertumbuhan ekonomi
yang tinggi, tidak akan bertahan tatkala soal kualiti dan nilai
manusia lemah. 

Ukuran pembangunan tidak boleh hanya bergantung
kepada ukuran barat. Sudah sampai masanya indikator ukuran
pembangunan berdasarkan nilai dan konsep yang diambil dari
acuan sendiri.

67

“Aku melihat segala indikator
dan alamat pembangunan

berpaksi Kalimah Khabiithah
sedang merempuh negara
umat Islam. Sehingga tiada

lagi ruang untuk diperbaikki
akibat kedurjanaan sistem
yang memamah umat
bagaikan binatang buas

melapah mangsa tanpa belas
kasihan.”

BAB 6

Pembaziran Itu
j e n aya h

INILAH
PERJUANGANKU

Mata anak kecil itu di khemah palarian Rohingya di Cox
Bazar Bangladesh merenung tajam kepadaku. Aku
menundukkan diri memegang kepala anak kecil yang
mungkin berumur 5 tahun, tidak berbaju dan tidak berkasut.
Badannya kurus,  terlihat kerangka tubuhnya. Andaianku ibu dan
bapanya masih ada tetapi tidak kelihatan. Lalu aku tergamam.
Apa dosa anak kecil ini? Rupanya dia yatim piatu.

Ibu dan bapanya dibakar hidup - hidup di Arakan oleh
tentera Myanmar. Dia dilarikan oleh seorang lelaki yang
menyebarang sungai Naf yang memisahkan antara Myanmar
dan Bangladesh. Inilah laluan ratusan ribu pelarian Rohingya
menyelamatkan diri. Diseberang Bangladesh itulah mereka
mengharap ehsan untuk menyambung nyawa. Setiap suap nasi itu
nyawa bagi mereka. Setiap teguk air bersih itu nadi penyambung
hidup buat mereka.

Yang menjadi nurani aku meronta ialah bila milihat ada
suatu kemungkaran besar yang dilakukan oleh umat terbanyak.
Dikala kebuluran merata dikem pelarian, ada yang tidak merasa
bersalah membuang dan membazir makanan yang begitu mudah
di negara Muslim yang lain. Pembaziran terlalu ketara sehingga
seolah suatu skandal yang tidak dirasai suatu kesalahan.

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Sebab itu setiapkali aku bersua menyambut Syawal dengan
penuh kegembiraan, ada rasa kepedihan menyelubungi fikiranku.
Ketika berpuasa umat Islam belajar mengekang nafsu makan dan
minum dibulan Ramadhan, akan tetapi disaat beriftar didikan
Ramadhan seolah terlupakan. Suasana beriftar dipenuhi makanan
aneka ragam, namun yang jelas makanan sangat berlebihan.

Bulan ibadat menjadi bulan pesta makan. Dimana sahaja,
bufet Ramadhan di hotel mewah mahupun di warong dan masjid,
makanan berlimpah ruah. Melihat makanan dibuang ketika
pekerja membersihkan meja pelanggan, membuat hati renyuk
bila mengenangkan puluhan juta diluar sana yang berdepan
kebuluran. 

Demikian parahnya umat dalam pembaziran sehingga
meninggalkan makanan berbaki tidak dirasa berdosa. Tidak
terbayang setiap Ramadhan anggaran 620,000 metrik tan
makanan dibuang dinegara ini. 

Melihat kepada angka kebuluran didunia sangat memilukan.
Sekarang ini, dunia menghasilkan makanan yang mencukupi
untuk setiap penduduk dunia, wanita dan kanak-kanak, diatas
muka bumi ini. Bagaimanapun, hampir sepertiga makanan yang
dihasilkan setiap tahun terbuang atau rosak sebelum ia dapat
dimakan. Selain miskin tegar, konflik dan kekurangan sumber,
pembaziran makanan adalah sebab utama yang menyebabkan
berlaku kebuluran diseluruh dunia. 

  Secara kasar sepertiga makanan yang dihasil dalam dunia
untuk konsumsi manusia setiap tahun - kira-kira 1. 3 bilion ton
dibuang atau dibazirkan. Nilai makanan yang dibazirkan dikira

71

Inilah
Perjuanganku

ialah Usd 680 bilion di negara maju dan Usd 310 bilion di
negara membangun.

Manakala setengah kematian didunia sekarang adalah akibat
kekurangan nutrisi. Hampir 98% kebuluran didunia wujud
di negara mundur. Hampir 1 dari 15 kanak-kanak di negara
membangun, mati sebelum berumur 5 tahun, kebanyakan berkait
dengan kelaparan. Sementara kebuluran ujud diseluruh dunia,
526 juta kebuluran berada di Asia.

Kajian terbaru Organisasi Makanan dan Pertanian PBB
mendapati menghadkan pembaziran ditingkat global boleh
mengurangkan keperluan menghasilkan makanan kepada 60%.
Dalam ertikata lain keperluan menghasilkan makanan dapat
diatasi jika pembaziran dapat dikurangkan.

Tatkala menatap wajah anak-anak di Palestin dan Syria
dikhemah pelarian, membazir makanan dinegara ini adalah
suatu yang sangat tidak bertanggungjawab. Betapa sekalipun kita
merasa bahawa pembaziran yang kita lakukan benar-benar suatu
kemungkaran, namun kita terus melakukannya. 

Membazir dalam hal makanan, dianggap remeh, akan tetapi
pada hakikatnya ia suatu pengkhianatan kepada kemanusiaan.
Kerana kita telah menidakkan hak mereka yang berada dalam
keadaan sangat tenat untuk mendapat sesuap nasi dan mendapat
sedikit keperluan asas untuk menyambung hidup, telah ternafi,
akibat pembaziran yang kita lakukan. 

Menjadi insan yang peka dan peduli dengan nasib mereka
yang tidak bernasib baik, tidak ramai. Mengetahui fakta
wujudnya kebuluran di Yemen, Bangladesh, Myanmar, Palestin,

72

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Syria, Somalia, Sudan, malah tidak kurang di Kemboja dan
Filipina, sepatutnya menyentuh sanubari kita bahawa kita turut
bertanggungjawab terhadap nasib mereka. 

Krisis yang berlaku di negara-negara tersebut tidak
menunjukkan ada tanda-tanda akan mereda. Kebobrokan
pemimpin yang mementingkan kuasa telah menganiaya rakyat
sendiri. Ditambah pula komuniti antarabangsa lebih banyak
bersorak dari bertindak untuk menyelesaikan konflik secara
tuntas. Lalu tahun demi tahun jutaan rakyat tidak berdosa
menderita tanpa kesudahan. 

Lebih dahsyat lagi dunia diugut akan muncul lagi sebuah
negara yang akan dimangsakan oleh kuasa besar. Pencerobohan
keatas Iraq pada 2003 oleh bala tentera Amerika telah
mengakibatkan 1 juta maut. Jutaan lagi mati akibat perang
Iraq-Iran selama 8 tahun. Jika kali ini satu lagi konflik tercetus
antara Amerika dengan Iran  dunia akan menyaksikan satu lagi
malapetaka yang lebih dahsyat.  

Sambutan hari raya yang disambut dengan sungguh meriah
tidak harus melekakan kita bahawa ditengah-tengah keadaan kita
yang jenuh dengan makanan, disana ada yang mati kebuluran.
Sukar nanti untuk menjawab kepada Pencipta yang Maha Melihat
dan Maha Tahu, sesungguhnya kita telah cuai dalam kehidupan
berummah. 

Kita diulangi dengan ingatan bahawa umat Islam hidup
bagaikan suatu jasad. Seluruh tubuh badan berfungsi sehingga
tidak ada bahagian dari jasad yang berfungsi tidak dengan
sokongan bahagian yang lain. Dengan sebab itu dalam hal

73

Inilah
Perjuanganku

berkasih sayang, seluruh umat saling mengambil tahu dan
mengambil berat antara satu sama lain.

Jadi, ketika aku merantau ke kem pelarian di Cox Bazar
Bangladesh aku tahu bukan sahaja membazir makanan adalah
satu kemungkaran malah aku anggap suatu pengkhianatan. Malah
lebih dari itu ia adalah satu jenayah kemanusiaan. Sukar untuk
memaafkan pembaziran. Kerana dalam setiap pembaziran ada
hak orang yang kelaparan. Lantaran itu untuk mendakwa sebuah
negara bertamadun atau tidak, aku melihat tabiat membazir
pemimpin kerajaan dan warga rakyatnya sebagai ukuran. 

Aku mengusap kepala anak kecil itu. Tidak pula aku tahu
namanya. Nama buat anak  itu tidak penting. Tubuhnya yang
kering dan kurus cukup melambangkan betapa dunia penuh
dengan ketidakadilan antara yang lapar dan yang membazirkan
makanan.

74

“Yang menjadi nurani aku
meronta ialah bila milihat ada
suatu kemungkaran besar yang
dilakukan oleh umat terbanyak.
Dikala kebuluran merata dikem

pelarian, ada yang tidak
merasa bersalah membuang
dan membazir makanan yang
begitu mudah di negara Muslim
yang lain. Pembaziran terlalu
ketara sehingga seolah suatu
skandal yang tidak dirasai suatu

kesalahan.”

BAB 7

Kenapa Kita
Berkrisis Dengan

Alam?

INILAH
PERJUANGANKU

Sepanjang perjalanan hidupku berkecimpung dalam medan
aktivisme alam sekitar teringat banyak isu yang bergelut
antara penduduk, pemaju dan pihak berkuasa. Aku terjun
di medan bersama pesawah, nelayan, pekebun, peneroka tanah,
pekerja kilang, perkampungan orang asli, penduduk bandar
dan desa. Yang jelas ada fenomena yang sama dalam semua isu
komuniti yang aku terlibat, iaitu manusia bertembung dan
berkrisis dengan alam.

Dari pencemaran sungai, udara dan tanah, kemusnahan
hutan bakau, pembalakkan, kawasan tadahan air yang punah,
bukit yang diledak oleh pengusaha kuari, kerosakan sawah,
keracunan persekitaran, pembuangan sisa toksi, penimbunan
sampah. Semua ini berpunca dari kerakusan manusia ketika
mengeskploitasi alam. Pemaju mengguna pengaruh wang dan
merasuah penguasa, manakala pihak kerajaan mempunyai
keghairahan untuk mengorbankan alam atas nama pembangunan.

Aku berpeluang berkecimpun dalam wadah alam sekitar
Friends of the Malaysia serta Friends of the Earth International.
Aku bergelut bersama aktivis alam sekitar didalam negara dan
diperingkat antarabangsa.Tidak ramai aktivis Muslim dalam
rangkaian antarabangsa berkait isu alam sekitar. 

Inilah
Perjuanganku

Juga aku kecewa para ilmuan dan aktivis Islam tidak
menunjukkan keprihatinan serius terhadap isu fasad keatas alam
padahal kerapkali mereka menggungkap manusia sebagai Khalifah
Alam.  Ayat Al Quran yang sering menjadi rujukan tidak
menggerakkan mereka berkecimpung memperjuangkan isu alam
sekitar  di medan masyarakat.

Surah Ar-Rum ayat 41: “Telah timbul berbagai kerosakan
dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah SWT hendak mereka merasakan
sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf
dan bertaubat).” 

Ketika kita mengalami bencana alam, dan nampaknya semakin
kerap dan semakin parah, kita tidak mahu akur betapa kita
sedang berkrisis dengan alam. Lihat sahaja kekerapan tanah
runtuh, banjir besar, angin taufan, gempa bumi, kemarau
panjang, penyebaran penyakit berjangkit. Seharusnya kita
semakin insaf dan sedar bahawa kesemua bencana itu berpunca
dari tangan kita sendiri yang tidak menerima betapa kitalah yang
telah merosakkan kesimbangan alam ini.

Kriris ekologi ternyata menjadi ancaman terbesar kepada
survival bumi ini dan penghuninya. Melihat kepada akibat dan
natijah semua krisis alam ini, debat mengenai melindungi alam
telah menjadi agenda global. Perbahasan lebih empat dekad
mengenai isu alam telah bermula. Sejak ujudnya Persidangan
PBB mengenai alam sekitar yang diadakan di Stockholm pada

78

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Jun 1972. sejumlah  persidangan telah diadakan termasuk Sidang
Kemuncak Bumi 1992 dan Persidangan Paris 2017 mengenai
perubahan cuaca. 

Akan tetapi yang jelas keadaan alam semakin parah. Bumi
semakin panas pada darjah yang sangat ekstrim, banjir besar
semakin kerap, degradasi ekosistem dan kepupusan tumbuhan
tertentu, haiwan serta mikroorganisma.

Terlalu banyak laporan mengenai keadaam alam yang sedang
mengalami krisis. Terakhir adalah laporan Panel Antara Kerajaan
mengenai Perubahan Cuaca (IPCC), yang disediakan oleh pakar
saintis dunia. Mereka memberi amaran, pemanasan bumi hanya
tinggal 12 tahun sahaja lagi untuk berada pada kenaikan 1.5 C.

Jika ia melebihi tahap itu walaupun hanya setengah darjah
sahaja, ia akan membawa risiko kemarau, kepanasan esktrim dan
kemiskinan kepada jutaan manusia.Kenaikan setengah darjah
akan mengakibatkan kematian batu karang, semakin ramai
akan terdedah kepada kekurangan air, jutaan lagi akan berdepan
kenaikan paras air laut, dan kepupusan yang sangat serius kepada
ikan marin. Manakala laporan NASA pada 2010 pula menyatakan
kereta mobil adalah penyumbang terbesar kepada perubahan
cuaca.

Keadaan laut disebut sedang nazak. Hanya 13% laut dibumi
ini yang tidak dirosakkan oleh aktiviti manusia. Zon laut yang
telah mati dengan keadaan sifar oksigen telah meningkat empat
kali ganda sejak 1950. Perubahan cuaca ialah penyebab kepada
fenomena deoksigenasi (nyah oksigen) pada skala besar kerana air
laut yang semakin panas akan menyimpan oksigen yang semakin
kecil.

79

Kalimah yang diguna
dalam AlQuran adalah

“Khalifatul fil ardh
“(Khalifah dimuka bumi).
Manusia dikaitkan dengan
alam berstatus khalifah.
Ertinya sementara alam

adalah untuk manfaat
manusia namun bukan

untuk dieksploitasi
sewenangnya. Manusia

adalah khalifah alam
bererti sebagai pemegang
amanah untuk memelihara
seluruh ciptaan alam flora

dan fauna.

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Kebanyakan kehidupan laut tidak boleh bertahan dan akan
pupus. Laut memberi makan kepada lebih 500 juta pnduduk
dunia terutama di negara miskin, dan menyediakan pekerjaan
kepada 350 juta orang.

Mengikut kajian yang ditaja oleh PBB, degradasi tanah
telah mencapai tahap “kritikal”. Setakat ini 75% tanah yang
telah mengalami degradasi dan dijangka degradasi itu akan terus
berlaku kepada tahap 90% menjelang 2050. Sejumlah tanah
seluas setengah Kesatuan Eropah mengalami degradasi akibat
pertanian, pembesaran bandar dan pembalakkan. 

Konvensyen PBB untuk Menangani Desertifikasi (UNCCD),
ekonomi global akan kerugian Usd 23 trilion menjelang 2050 
disebabkan oleh degradasi tanah. Tanah adalah asas kehidupan
dan 95% dari makanan bersumber dari tanah. 

Gejala kekurangan air juga semakin meningkat berpunca
dari perubahan cuaca. Sejumlah 2 bilion penduduk dunia
mengalami kekurangan akses kepada air minum, lebih 4 bilion
juga kekurangan akses kepada sanitasi yang selamat. Ekosistem air
tawar juga sedang semakin musnah pada kadar yang mengejutkan-
71 % dari kawasan tanah lembab diseluruh dunia telah musnah
akibat eksploitasi manusia sejak satu abad yang lalu. 

Asia Barat dan Afrika Utara berisiko tidak boleh dihuni lagi
dalam beberapa dekad akan datang, kerana akses kepada ada
air tawar telah berkurangan sebanyak dua pertiga sepanjang 40
tahun. Sekitar 400 juta penduduk hidup di rantau tersebut.

Dalam masa yang sama terdapat 1 bilion manusia dunia
kini  kelaparan, hampir sepertiga makanan yang dihasilkan untuk

81

Inilah
Perjuanganku

konsumsi manusia hilang atau dibuang setiap tahun. Setiap
tahun, pengguna di negara kaya membazir makanan hampir sama
banyak dengan makanan yang dihasilkan oleh Sub-Sahara Afrika. 

Anggaran di Eropah, mendapati 70% dari makanan terbuang
adalah dari isirumah, perkhidmatan makanan dan sektor runcit.
Manakala selebihnya  30%  adalah dari sektor pengeluaran dan
pemerosesan.

Tanah, air, buruh, tenaga dan input lain yang diguna
dalam proses penghasilan makanan nampaknya disalurkan
kepada saluran lain yang sepatutnya dapat dimanfaatkan kepada
masyarakat yang memerlukan. Manakala pembuangan makanan
yang dikawasan sampah perbandaran, menghasilkan gas methane
yang menyumbang kepada pemanasan bumi.

Persoalan sekarang, sampai bila kita akan terus berkrisis
dengan alam? Keprihatinan aku kepada persoalan sekitar
menyebabkan aku meluahkan kritikan aku kepada pihak kerajaan
seperti berikut:

“Balak, Ekonomi dan Khalifah Alam”.

Ada konsep tersendiri bila setiap Muslim menilai sumber
alam. Air, bumi, pantai, tasik, tadahan air, sungai, bukit, tanah
mahupun balak di hutan. Semua ini bukan sekadar komoditi
untuk dijadi barang jualan. Akan tetapi ciptaan Tuhan yang
memilikki nilai kudus dan pertanggungjawapan manusia, sesuai
untuk dihuni manusia di muka bumi ini, bukan hanya alam yang
bersifat pepejal, cecair mahupun gas dan wap tanpa makna dan
nilai ruhani.

82

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Kalimah yang diguna dalam AlQuran adalah “Khalifatul
fil ardh “(Khalifah dimuka bumi). Manusia dikaitkan dengan
alam berstatus khalifah. Ertinya sementara alam adalah untuk
manfaat manusia namun bukan untuk dieksploitasi sewenangnya.
Manusia adalah khalifah alam bererti sebagai pemegang amanah
untuk memelihara seluruh ciptaan alam flora dan fauna.

Bagaimanapun para ahli ekonomi, ushawan dan sebahgian
pemimpin kerajaan pula memberi nilai wang kepada setiap
sumber alam. Sumber bumi dianggap sebagai sumber untuk
dieksploitasi, diubah dan dikomoditikan untuk manfaat ekonomi.
Kerajaan negeri sering mengguna kuasa untuk menentukan
kelulusan konsesi pembalakkan dan perlombongan dengan
perkiraan bahawa ia adalah sumber ekonomi yang perlu
dieskploitasi sebagai perolehan negeri. Negeri menekankan haknya
untuk menjadikan hutan dan balak sebagai sumber ekonomi. Jika
tidak, kerajaan negeri akan menuntut agar kerajaan persekutuan
membayar  pampasan sebagai ganti kerana sumber negeri tidak
dibenar dieksploitasi. 

Antara khalifah dan manusia yang hanya berfikir untuk
meraih keuntungan, pertanggunjawaban sebagai khalifah adalah
lebih utama. Manusialah yang harus mengubah cara hidup agar
sesuai dengan fitrah dan keseimbangan alam supaya amanah
yang pikul sebagai khalifah dapat diterjemahkan. Sebagai sebuah
kerajaan, pertanggungjawapan lebih berat sebab kualiti alam
sekitar perlu dijaga disamping itu kos memperpaikki kerosakan
alam jauh lebih membebankan jika kerajaan hanya mementing
keuntungan jangka pendek. Juga kerajaan perlu memikirkan
model pembangunan yang tidak mengenepikan soal kesan jangka
panjang bila sumber alam dieksploitasi.

83

Inilah
Perjuanganku

Secara umum bila istilah khalifah dikait dengan individu
maka setiap insan yang dilantik untuk memikul amanah
menjaga alam akan dipersoalkan dihadapan Pencipta nanti.
Dalam Al Quran diungkap “Aku akan menjadi khalifah
dimuka bumi...” (Surah  Baqarah: 30). Bermakna khalifah
akan disoal apakah fungsi kekhalifahannya dibumi ini telah
disempurnakan atau sebaliknya.

Dengan demikian, manusia  perlu tahu sifat alam dan bagaimana
ia berfungsi. Manusia perlu tahu bagaimana berinteraksi dengan
alam sebagai rakan. Bukan sebagai penghancur dan perosak bila
alam dikomiditikan untuk dieksploitasi. Keseimbangan, saling
berkait, mampan dan susunan yang indah pada alam adalah sifat
ciptaan Allah Yang Maha Agung 

Dari suhu dan cahaya sehingga hujan dan kemarau,
semuanya ada giliran dan waktunya. Dari lapisan ozon hingga
soal dasar laut. Semua ada fungsinya yang tersendiri sesuai dengan
ciptaan yang saling berkait serba seimbang.

Perubahan cuaca kini sedang menunjukkan kesannya.
Fenomena pemanasan global adalah realiti yang tidak dapat
dinafikan seperti pandemik Covid-19. Kesan rantaian perubahan
cuaca kini merentas sempadan. Kecairan kutub, kenaikan paras
laut, banjir besar, taufan, tsunami, kemarau, gempa bumi, wabak
baharu. Semua ini bukan khayalan tetapi realiti yang mengerikan.

Ciri dan perjalanan alam menjadikan bumi ini sangat sesuai
untuk manusia  menghuninya. Akan tetapi kerosakan  akibat
kerakusan manusia menghancur keseimbangan fitrah alam

84

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

telah memporak-perandakan keadaan. Bumi sudah rosak dan
tidak lagi mampu menampung ketamakan manusia atas nama
pembangunan dan kemajuaan.

Kajian dijalankan pada 2015 mendapati Malaysia antara
negara yang mengalami kehilangan hutan paling cepat dan
tertinggi di Asia Tenggara untuk tempoh antara 2000 hingga
2012. Inilah persoalan yang kini menjadi krisis antara manusia
dan alam. Dari hutan yang punya fungsi tersendiri, namun
dilihat sebagai sumber balak yang bernilai jutaan ringgit. Kesan
pembalakkan yang mengakibatkan tanah runtuh, kemusnahan
tadahan air, pemendapan sungai, pencemaran sungai dan banjir
adalah natijah yang tidak dipeduli asal dapat meraih keuntungan
maksimal.

Maka sebab itu ada kerajaan negeri ghairah untuk meluluskan
lesen pembalakan dan perlombongan kerana yang paling utama
adalah untuk keuntungan ekonomi. Tidak mengejutkan lobi
dibelakang tabir sering menjadi lumrah untuk mendapat konsesi
balak dan lesen lombong. Politik dan rasuah menjadi kelaziman
dalam meluluskan projek untuk mengeksploitasi alam.

Negara ada menggubal Dasar Alam Sekitar Negara (DSAN).
Matlamatnya untuk membangun kesejahteraan alam sekitar dan
pembangunan lestari.  Menyelami 4 dari 8 prinsip Dasar Alam
Sekitar Negara yang menekankan pengawasan alam sekitar,
pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam, peningkatan
berterusan kualiti alam sekitar dan penggunaan mapan sumber-
sumber asli. Maka pembalakkan mengikut skala yang dilaksanakan
di negara sekarang ini, jika berterusan, pasti akan memberi kesan
kerosakan diluar kawalan.

85

Inilah
Perjuanganku

Antara alam, ekonomi dan pertanggungjawapan sebagai
khalifah, kerajaan perlu mempunyai integriti dan kekuatan
moral untuk mempertahankan sekuriti alam dengan dasar yang
dikuatkuasakan dengan berkesan. Bukan sekadar retorik di atas
kertas semata-mata.

86

“Aku bergelut bersama
aktivis alam sekitar didalam

negara dan diperingkat
antarabangsa.Tidak ramai

aktivis Muslim dalam
rangkaian antarabangsa
berkait isu alam sekitar.  Juga
aku kecewa para ilmuan
dan aktivis Islam tidak
menunjukkan keprihatinan
serius terhadap isu fasad

keatas alam padahal
kerapkali mereka

menggungkap manusia
sebagai Khalifah Alam”.

BAB 8

Inilah Jalanku Dan
Perjuanganku

INILAH
PERJUANGANKU

Pada 2005 aku mengumpulkan beberapa teman untuk
berbincang. Sambil minum aku berkata “Tahu tidak,
2007 nanti kita akan menyambut 50 Tahun kemerdekaan
negara ini. Apa agaknya yang perlu kita lakukan?”  Kamar
pertemuan di Masjid Negeri di Ipoh itu,  kelihatan sepi, masing-
masing terpinga-pinga. “Cikgu ada cadangan apa?” ujar Ustaz
Zulkifli teman lamaku.

Aku menarik nafas panjang.” Saya bercadang kita anjurkan
sebuah kongres umat Islam dan mengumpulkam pemikir-pemikir
negara untuk membentangkan prestasi dan status Islam semenjak
kita merdeka selama 50 tahun. Semacam menyiapkan sebuah”
report card “untuk menilai pencapaian negara dalam membangun
Islam di negara ini”.

Tiba-tiba masing-masing saling memandang antara satu sama
lain. Ada yang memberi respon positif, ada yang merasa idea itu
perlu diteliti lebih mendalam.

Untuk merengkaskan sejarah,  berlangsung Kongres Umat
Islam SeMalaysia di Kubang Semang Bukit Mertajam pada 2007.
Selanjutnya rumusan dari persidangan Ngo Islam Kebangsaan di
Kota Bharu lahir Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
(MAPIM)

Inilah
Perjuanganku

Ini adalah satu lagi episod aku bergelumang dalam wadah
Islam yang aku ketuai sejak penubuhannya. Benih yang tumbuh
dari siri diskusi dan wacana yang berlangsung non stop untuk
tumbuh sebagai wadah membela umat.

Setiap sambutan milad aku meluahkan sejumlah pengelaman
dan seluas perkongsian, bermuhasabah  diri dan refleksi gerakerja
organisasi ini. Tujuannya untuk mereka yang mahu menyambung
perjuangan ini perlu bebar-benar menjiwai gagasan dari awal
tumbuhnya wadah ini

Aku sering memgingatkan mereka untuk tahu melangkah ke
hadapan, bijak melakar sejarah, tahu mencipta kecemerlangan dan
sentiasa terdorong untuk meluncurkan kegemilangan. Kehadhiran
MAPIM dipersada tanah air dari sejak ia diusulkan sebagai
sebuah majlis perundingan sehingga ia didaftarkan sebagai sebuah
pertubuhan yang tumbuh segar dengan inisiatif yang diushakan.
Ia menjadi aset negara dan umat yang kredibel dan ber-reputasi
tinggi hasil pengemblengan serta daya pemikiran yang segar
dari pimpinan, petugas dan para aktivis “ansoruda’wah” dan
“mujahid islah”.

Kejayaannya tercatat dalam pelbagai pengiktirafan
dan anugerah yang boleh dibanggakan. Kita usha bersama
membangunkan sebuah wadah yang meraikan semua,
mengundang penyertaan dan memanfaat  perkongsian dalam
kepelbagaian. Kita bina landasan, merangkul tanggungjawab dan
melonjak ruh amal dilapangan.

90

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

MAPIM menenengahkan agenda Tahrir (pembebasan) dan
Taghyir (perubahan) dalam kerangka fikrah Daulah Toyyibah 
sebagai tawaran kepada umat. Inilah konsep teras yang mahu
diketengahkan. 

“Tahrir” adalah konsep menangani krisis umat yang
berkonflik dan ditindas diserata dunia. Gerak kerja advokasi
seiring dengan bantuan  kemanusiaan. Mencari jalan damai,
menemukan penyelesaian konflik, membela umat yang diperlaku
tidak adil sekaligus menuntut keadilan dan pembebasan mangsa
yang dizalimi adalah kerja yang sangat berat. Umat yang berjuang
untuk pembebasan dan keadilan disuarakan dan dibawa kepersada
antarabangsa untuk mendapat pembelaan.

91

Inilah
Perjuanganku

“Taghyir” adalah konsep kerja perubahan dalaman umat
Islam. Keadaan umat yang lemah dan sarat dengan kecacatan
yang perlu dirawat dan dikembalikan kepada panduan Al Quran
dan As Sunnah dalam semua bidang kehidupan. Umat yang
sepatutnya menjadi contoh teladan kepada manusia, menonjolkan
model “khairo ummah” untuk ditatap oleh dunia. Pemulihan
umat dari gejala kelemahan, pencemaran dan kerosakan nilai dan
sistem perlu diushakan. Umat yang kini terikat dan terpengaruh
dengan sistem barat serta bergantung kepada kuasa asing dalam
pembangunan.

Mungkin masih ramai aktivis malah pimpinan sendiri belum
cukup menghadam gagasan wadah ini,  namun yang jelas inilah
legasi yang bakal menjadi pandu arah kepada mereka yang akan
mewarisi wadah ini dari generasi ke generasi. Ia bukan sekadar
memberi khidmat bantuan tetapi bermisi untuk melancarkan
transformasi ummah dalam aspek kehidupan.

Walaupun ia sudah melangkah jauh dipersada dunia,
membina kolaborasi dengan pelbagai wadah dimedan nasional
dan antarabangsa, akan tetapi mereka yang siap menerajui wadah
ini perlu tahu bahawa asal mula gagasan wadah ini muncul
adalah dalam acuan gerakan Islam. Gerakan Islam sebagai gerakan
sivil yang terikat dengan bai’ah merealisasi “liyuz hirohu
aladdinni kullih”.

Bermakna MAPIM membawa gagasan mengembalikan
kegemilangan Islam dengan menumpu kepada anjakan pemikiran
serta menerapkan nizam Islam dalam kehidupan bermasyarakat
dan bernegara.

92

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

MAPIM adalah lebih besar dari sebuah institusi  , lebih
dinamik dari sekadar sebuah organisasi khidmat kemanusiaan,
lebih syumul dari hanya sebuah NGO, lebih dewasa dari sekadar
sebuah pertubuhan berdaftar, lebih merakyat dari hanya digolong
dalam kabilah pertubuhan elitis. 

MAPIM adalah wadah membangun kapasiti ummah.
MAPIM adalah pemersatu dan pengukuh insitusi ummah.
MAPIM adalah penggerak perubahan dan islah ummah. MAPIM
membawa mesej dan risalah “iqamatuddin” melalui “da’wah
salamah” dan “islah insaniyyah”, menawarkan Islam yang
“Rahmah”, mengangkat maruah melalui “qiyadah” bersalut
“qudwah hasanah”.

Segala pencapaian wadah ini diukur dengan amal dan fikrah,
disiplin dan tadbir urus, ketelusan dan ketulusan, wawasan dan
gerakerja. Namun dalam semua kriteria yang sukar dibangunkan 
itu MAPIM perlu bertahan dan releven merentas zaman.
Sehingga  umat sentiasa merasai dekat, rasa pemilikkan bersama,
rasa keterbukaan yang luas untuk berpartisipasi dengannya.
Hanya dengan rasa kebersamaan dan saling mera’ikan semua
wadah yang lain akan menjadikan MAPIM berimej ummah
yang sebenar, releven dengan duka lara ummah, akan membekas
disetiap sanubari warga umat. 

MAPIM jangan sesekali menjadi elitis, esklusif dan terpisah
dari degup jantung umat semada didataran mahupun dilereng
bukit, dipersisiran pantai mahu dipersada laut, ditengah kota
mahupun dipendalaman desa. Wadah ini berjiwa dan bersifat
ummatik. Wajah wadah ini adalah sederhana tetapi tersusun. Ia
juga progresif tetapi tetap realistik.

93

Inilah
Perjuanganku

Ada yang mungkin bangga dengan imej korporat atau elit
tetapi umat akan melihat relevennya wadah ini bukan kepada
kehebatan luaran. Akan tetapi wadah ini dilihat releven bila
krisis yang melanda dapat dirongkai, kekusutan menimpa terlerai
dan kemelut yang mencengkam terselesai dengan tuntas. Bukan
kerana  lambang korporat, bukan dengan kemegahan pakaian
seragam tetapi dengan kegigihan amal dan ketulusan khidmat
dan kesederhanaan pendekatan.

Sebab itu aku sering membawa mesej yang diulang-ulang
kepada para aktivis  iaitu hayati garis besar perjuangan ini. Mesej
ini diwasiatkan buat para peneraju, pendokong dan penyokong
MAPIM,  agar wadah ini tidak hilang tujuan, tidak hanyut oleh
gelombang, tidak terputus dari nadi dan teriak tangis umat, dan
tidak hilang daya mengembleng umat berdepan dengan hegemoni
musuh umat, baik dari kumpulan yang bermakar jahat mahupun
negara kuasa besar yang berniat mengekang kebangkitan umat. 

Aku mengagaskan bahawa menilai masa lalu, memahami
masakini dan melakar masa depan adalah proses yang menjadi
prasyarat membangun ummah.  Menilai masa lalu adalah untuk
menggali ibrah jatuh bangun sebuah tamadun sekaligus umat
yang menjadi bahtera melayari lautan peradaban. 

Manakala memahami masakini adalah meneliti secara tepat
realiti yang sedang menguasai umat terkini, sekaligus menangkap
imajinasi semasa, menggarap pemain utama, aktor dan pemegang
taruh (stakeholders) yang sedang beraksi dimedan serta
menanggapi persoalan yang sedang mencatur dan membentuk
acuan umat masakini.

94

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Melakar masa depan pula adalah memeta perjalanan ummah
untuk akhirnya memandu ummah kearah menghidupkan
semula peradaban manusia yang berteraskan keunggulan nilai
dan keutuhan habitat alam dalam acuan “sibghatallah”. Melakar
roadmap kearah membangun semula tamadun yang berpaksikan
“habbluminallah” dan “habbluminannas”.

Untuk yang demikian setiap aktivis ummah tidak
harus bersikap simplistik ketika terjun ke medan lapangan.
Sesungguhnya tidak ada jalan pintas dalam perjuangan islah
ummah kerana seorang aktivis akan tetap berdepan dengan realiti
yang kekal sepanjang zaman iaitu manusia dengan segala rangam
dan kerenahnya. 

Mengendalikan kemelut ummah dengan segala dinamikanya.
Membela insan dengan segala dimensi pergolakkannya.  Seorang
aktivis ummah perlu menyatu dengan risalah yang diperjuangkan.
Bukan untuk mempamir diri tetapi memperlihat qudwah yang
sebenar sehingga antara kata dan amal tidak terpisah.

Dalam erti kata yang lain jika ada aktivis yang menganggap
bergiat di lapangan umat adalah untuk menempa nama dan
merangkul populariti, wadah ini bukan tempatnya. Juga jika
membayangkan wadah ini penuh hamparan merah yang mudah
dan serba megah, ia silap besar. 

Para anbiya’ dan pejuang membela nasib umat sepanjang
zaman faham bahawa onak dan duri terhampar disemua
simpang perjalanan meraih Redha Allah. Bahawa perjuangan
ini membawa harga yang mahal untuk meraih janji Allah SWT.
Siap menghadapi tohmah dan kritikan liar, bersedia dipersenda,

95

Inilah
Perjuanganku

mampu untuk bertahan dengan karenah serangan mereka yang
punya niat tersendiri untuk mengalih hala tuju wadah ini.

Aktivis ummah tidak melihat amal di lapangan sebagai karier
menempa pangkat dan gelaran, meraih keuntungan dan
populariti. Jika demikian maka ia tidak layak berada dipersada
perjuangan umat.  Sesungguhnya menjadi aktivis umat adalah
melebur diri dalam kancah pergelutan, mewaqaf hidup untuk
mengangkat maruah umat dan mengutamakan empati dari
simpati ketika berdepan dengan suara umat tertindas.

Melakar sejarah dalam perjuangan ini
tertakluk kepada tiga syarat penting:

✔ Pertama ialah memilikki wawasan yang jelas terhadap
hala tuju wadah yang disertai. Bererti hadaf harus jelas,
dijadikan jalan petunjuk destinasi dan penentu gerakerja.
Ia perlu difahami, dihadam dan dijiwai. Ramai yang
kecundang dipertengahan jalan tatkala hilang arah dan
dangkal kefahaman.

96

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

✔ Kedua, harus ada daya analisis terhadap kepincangan
yang sedang dialami umat sekaligus realiti tamadun
masakini. Tamadun manusia yang gersang rohani, kering
nilai manusawi dan sarat eksploitasi antara manusia dengan
manusia dan manusia dengan alam. Segala kepincangan
ini perlu difahami dengan mendalam untuk menjejakki
hikmah yang hilang dalam kekalutan manusia mengejar
pembangunan materialisme penuh ghairah dan ketamakan
mengecapi kesedapan sesaat.

✔ Ketiga, memilikki daya juang yang tinggi, siap berdepan
mehnah dan fitnah, sedia bertahan dari penolakkan dan
risiko dinafikan keadilan dan dipinggir dari arus perdana.

Ketiga-tiga syarat ini pasti menjadi penyaring kepada aktivis
yang jika tidak bersedia memikul tanggungjawab mewarisi tugas
nubuwwah akan pasti kecundang dan tercicir dari saf perjuangan.

Berbekalkan niat “inna ajri illa alallah” (sesungguhnya
habuanku tidak lain hanya disisi  Allah) seorang aktivis
ummah tidak terkesan jika namanya tidak didendangkan, atau
sumbangannya tidak diungkap, imbuhan tidak dianugerahkan.
Seorang aktivis yang mahu melakar sejarah, tahu, bahawa mereka
yang mengejar status, merebut gelaran, bergelut untuk jawatan 
akan hanya menjadi catatan sejarah bukan pengubah sejarah.

Melihat kepada kondisi ummah yang semakin tenat, tidak
dapat dihindar dari pengakuan bahawa nyawa umat sedang
bergelut dihujung tanduk. Benar, umat sedang mengalami ciri
terpenggun dengan kuantiti tetapi melutut dari segi kualiti. 

97

Inilah
Perjuanganku

Ciri “kaghu saa issail” (bagaikan buih) nampaknya sedang
menjadi atribut umat. Natijahnya umat terus diperkosa, dihina,
diperalat dan diperkuda serta dizalimi sehingga hilang daya
kepimpinan untuk menerajui, jauh sekali mampu menentukan
order dunia.

Kami menyenaraikan kemelut perpecahan umat dalam
senario yang sangat menimbulkan kekuatiran iaitu:

✅ Perpecahan politik dan kepimpinan
✅ Perpecahan golongan agamawan
✅ Perpecahan ideologi /fahaman 
✅ Perpecahan persempadanan negara
✅ Perpecahan nasionalisme perkauman
✅ Perpecahan akibat xenofobia (benci pendatang)
✅ Perpecahan akibat hegemoni kuasa luar keatas

negara umat (ulahan Zionis antarabangsa)

✅ Perpecahan fanatik kelompok
✅ Perpecahan akibat feudalisme (patuh membuta tuli)
✅ Perpecahan akibat sekularisme dalan fahaman

agama

98

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Akibat perpecahan pelbagai aras diatas, berikut adalah natijah
yang terpaksa diterima oleh umat walaupun pahit:

• Penguasaan musuh Islam keatas umat Islam

• Kemunduran umat Islam dalam semua bidang: ekonomi,
teknologi, pembangunan. 

• Umat Islam ditindas dan dinafikan hak  dan akibatnya
tidak terbela.

• Umat Islam beralih tumpuan kepada pertelingkahan
sesama sendiri.

• Dunia tidak yakin Islam sebagai penyelesaian.

• Perampasan dan perpecahan wilayah Islam 

• Eksploitasi sumber negara Islam

• Islamofobia dan kesangsiaan terhadap Islam berleluasa

• Generasi muda Islam terdedah kepada salah fahaman
terhadap agama.

• Fahaman sekularisme semakin mengukuh.

• Hubungan antara negara Islam semakin renggang.

• Semua perjanjian antarabangsa tidak memihak kepada
umat Islam.

“MAPIM adalah lebih besar dari sebuah institusi, lebih dinamik
dari sekadar sebuah organisasi khidmat kemanusiaan, lebih
syumul dari hanya sebuah NGO, lebih dewasa dari sekadar
sebuah pertubuhan berdaftar, lebih merakyat dari hanya digolong
dalam kabilah pertubuhan elitis. 

99

Inilah
Perjuanganku

MAPIM adalah wadah membangun kapasiti ummah. MAPIM
adalah pemersatu dan pengukuh insitusi ummah. MAPIM adalah
penggerak perubahan dan islah ummah. MAPIM membawa
mesej dan risalah “iqamatuddin” melalui “da’wah
salamah” dan “islah insaniyyah”, menawarkan Islam
yang “Rahmah”, mengangkat maruah melalui “qiyadah”
bersalut “qudwah hasanah”.

Dalam keadaan sekritikal inilah kita menyaksikan
kebobrokan penguasa negara umat Islam yang mendakwa mereka
pemimpin ummah. Sejak para penguasa 57 buah negara anggota
dalam OIC bertempur sesama sendiri, realiti umat yang kita saksi
kini sangat mengecewakan.

Percaturan dari makar jahat zionis Israel dan Amerika sedang
melagakan antara pemimpin Arab. Bermula Arab Spring 2011
digagalkan, satu demi satu negara Islam diporak-perandakan:
Iraq, Tunisia, Mesir, Yemen, Syria, Libya, Lebanon, Afghanistan.
Arab Saudi merelakan diri diperkuda oleh Amerika, mengguna

100


Click to View FlipBook Version