“Sakit dalam perjuangan itu
hanya sementara. Boleh jadi
kita rasakan dalam seminit,
sejam, sehari, atau setahun.
Namun rasa sakit itu akan
terasa selamanya, jika kita
menyerah.”
Inilah
Perjuanganku
Kita menyaksikan kehancuran Syria dan Yemen yang terus
diganyang oleh Saudi Arab dan kuncu-kuncunya. Jutaan menjadi
pelarian dan ratusan ribu maut akibat serangan bertuli tubi.
Darah umat Islam lebih murah dari haiwan.
Libya seperti, Iraq dan Afghanistan menjadi medan
berdarah. Buminya dipecah dan ditakluk. Negara lumpuh dan
hampir tidak memilikki keupayaan untuk keluar dari kemelut
yang parah. Terakhir, letupan di Beirut menggemparkan dunia.
Lebanon bagai negara yang boleh dijual. Umat Islam terbelah
dalam kemelut rebutan kuasa di negara itu.
Demikian etnik Rohingya seumur Palestin, menderita
akibat kezaliman Myanmar. Lebih sejuta menggadai nyawa
menyeberangi sungai untuk menyelamatkan diri ke Bangladesh.
Myanmar bermaharaja lela, melakukan genosid dan penghapusan
etnik yang sangat brutal.
Begitu juga nasib warga Kashmir separah Rohingya dan
Palestin. Tentera India kini melakukan penindasan yang luar
biasa. Pemerkosaan, penahanan, penyiksaan, pemusnahan
kediaman warga Kashmir tidak terperi tanpa pembelaan dunia.
Etnik Uyghur di Xinjiang China bergelut mempertahan
hak minoriti mereka. Bahasa, budaya dan agama mereka sebagai
Muslim dinjak-injak. Jutaan ditahan, amalan Islam dihalang,
wanita Uyghur dihina, masjid dikunci dan diroboh. Kerajaan
China mengganas keatas warga Uyghur dan umat Islam di China.
Tidak boleh diketepikan lagi, 200 juta umat Islam di India
kini sedang berdepan dasar Hindutva oleh kerajaan BJP India
yang mahu menghapuskan kehadhiran Muslim di negara itu.
152
Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi
Meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhiya India yang berumur
450 tahun dan dibina kuil Hindu Ram diatas tapak Masjid itu
menjadi sejarah pahit umat Islam dibumi India.
Ditambah menghina lagi, pembakaran Quran di Sweden dan
penerbitan kartun mempersenda Rasulullah s.a.w oleh majalah
Perancis Charlie Hebdo, disamping kempen Islamofobia yang
menanam kebencian terhadap Islam dan Muslim, terus mencabar
umat. Semua ini berlaku sudah puluhan tahun. Umat tersepit
dan terpecah. Natijahnya sungguh parah.
Jelas, perpecahan adalah ibu segala punca umat berada
dalam keadaan gawat dan tenat. Perpecahan adalah barah ummah
yang kini berada diparas 4. Umat yang nazak parah, gersang
kepimpinan pemersatu, sarat dengan penyakit merebut kuasa dan
jawatan.
Harga yang terpaksa dibayar umat jelas sangat mahal: Lebih
60% pelarian dunia adalah umat Islam, kebuluran paling kritikal
adalah dinegara Islam, amalan rasuah paling besar dikenalpasti
di negara umat Islam, pembelian senjata untuk perang sesama
Muslim paling tinggi adalah negara Islam.
Bilangan umat sebesar 1.8 bilion tidak menjadi kekuatan.
Populasi sejumlah itu terbeban dengan masalah yang dari
sekritikal kebuluran hingga kepada separah peperangan yang
memangsakan jutaan warga Muslimin. Merawat kondisi ini
sangat rumit. Keadaan sedemikian kritikal memerlukan anjakan
umat berskala besar.
153
Inilah
Perjuanganku
Mereka yang sudah selesa dijawatan tinggi setelah tawar-
menawar politik dimuktamadkan, persekitaran politik kotor mula
dipenuhi sampah dan jualan ahli politik terpakai yang sebenarnya
murah. Rumah belum siap, pahat pasti akan berbunyi. Sungutan,
saling melontar pendapat yang tajam dan sinis sesama ahli politik
dalam wadah politik mula heboh. Pertelagahan menuntut jawatan
dalam kerajaan walaupun dalam perikatan yang sama bergolak
terus.
Rasa tidak puas hati mengenai bagaimana ghanimah politik
dibedak dan dibahagi-bahagikan tidak akan reda. Dakwaan parti
politik ini yang lebih menguasai kerusi dan parti politik itu yang
berperanan menjadi king-maker menjatuhkan lawan, akan saling
bertelagah dan berkomplot. Sesudah lawan dijatuhkan dengan
riuh rendah dipasaraya jualan politik murahan, kini jualan sesama
parti politik dalaman pula bermula. Inilah kejelekan politik yang
memualkan rakyat. Ahli politik menuding lawannya berpolitik
akan tetapi pada hakikatnya memang orang politik pasti bercakap
bernuansa politik selagi dia adalah ahli politik berjawatan.
154
“Aku punya banyak alasan
untuk menyerah padamu dan
pergi begitu saja. Tetapi aku
memilih untuk tetap tinggal.
Kamu punya banyak alasan
untuk tetap tinggal, tetapi kamu
memutuskan untuk menyerah
dan pergi”.