The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INILAH PERJUANGANKU MENONGKAH ARUS MEERJAH HALANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farinafarush76, 2021-06-29 00:46:18

INILAH PEJUANGANKU

INILAH PERJUANGANKU MENONGKAH ARUS MEERJAH HALANGAN

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

kekayaan minyak untuk membeli ratusan bilion dolar senjata dari
Amerika. Lalu membiaya kejatuhan pemimpin dan menghantar
tentera untuk memusnahkan Yemen, Syria, Mesir dan Libya.

Kini Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa benar-benar
terancam. UAE, Bahrain, Sudan mengadai maruah dan
mengkhianati perjuangan Palestin. Malah menjual diri untuk
diperkuda.

Dahulu pemimpin Arab berkomplot dengan British
untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniiyah. Kini sekali lagi
mereka berkonspirasi dengan Amerika dan Zionis israel untuk
mengkhuinat seluruh umat Islam.

Sasaran satu demi satu pemimpin Arab diperkuda dan
menjadi alat propaganda zionis sedang beroperasi. Palestin tinggal
nyawa-nyawa ikan. Pelan pengilhakkan (annexation plan) 30%
baki tanah diTebing Barat Palestin akan diteruskan. Matlamat
akhir Yahudi adalah mengambilalih Masjid Al Aqsa, sementara
Gaza terus dikepung dan dibantai, Tebing Barat Palestin ditindas
semahunya oleh tentera zionis.

Kita menyaksikan kehancuran Syria dan Yemen yang terus
diganyang oleh Saudi Arab dan kuncu-kuncunya. Jutaan menjadi
pelarian dan  ratusan ribu maut akibat serangan bertuli tubi.
Darah umat lebih murah dari haiwan. 

101

Inilah
Perjuanganku

Libya seperti,  Iraq dan Afghanistan, menjadi medan
berdarah. Buminya dipecah dan ditakluk. Negara lumpuh dan
hampir tidak memilikki keupayaan untuk keluar dari kemelut
yang parah. 

Pergolakkan di Lebanon meletakkan negara kecil itu diambang
maut. Menggemparkan dunia. Lebanon bagai negara yang
sedemikian lemah menunggu untuk dimamah kuasa luar. Umat
terbelah dalam kemelut rebutan kuasa di negara itu.

Demikian etnik Rohingya seumur Palestin, menderita akibat
kezaliman Myanmar. Lebih sejuta menggadai nyawa menyeberangi
sungai untuk menyelamatkan nyawa ke Bangladesh. Myanmar
bermaharaja Lela, melakukan genosid dan penghapusan etnik
yang sangat brutal oleh pemerintah yang dikuasa regim tentera.

Begitu juga nasib warga Kashmir separah Rohingya dan
Palestin. Tentera India kini melakukan penindasan yang luar
biasa. Pemerkosaan, penahanan, penyiksaan, pemusnahan
kediaman warga Kashmir yang menderita tidak terperi tanpa
pembelaan dunia. India dengan rakus dan zalim mencengkam
Kashmir semahunya. 

102

“Rahsia dari kesabaran
adalah melakukan sesuatu

dalam ketidakpastian,
namun penuh dengan

harapan.”

Inilah
Perjuanganku

Etnik Uyghur di Xinjiang China bergelut mempertahan
hak minoriti mereka, bahasa, budaya dan agama mereka sebagai
Muslim. Jutaan ditahan, amalan Islam dihilangkan, wanita
Uyghur dihina, masjid dikuci dan diroboh. Kerajaan China
mengganas keatas warga Uyghur dan umat Islam di China.

Tidak boleh diketepikan lagi, 200 juta umat Islam di India
kini sedang berdepan dasar Hindutva oleh kerajaan BJP India
yang mahu menghapuskan kehadhiran Muslim di negara itu.
Meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhiya India yang berumur 450
tahun dan dibina kuil Hindu Ram atas tapak masjid itu menjadi
sejarah pahit umat Islam dibumi India.

Ditambah menghina lagi, pembakaran Quran di Sweden dan
penerbitan kartun mempersenda Rasulullah s.a.w oleh majalah
Perancis Charlie Hebdo, disamping kempen Islamofobia yang
menanam kebencian terhadap Islam dan Muslim, terus mencabar
umat. Semua ini berlaku sudah puluhan tahun. Umat tersepit
dan terpecah. Natijahnya sungguh parah.

Jelas, perpecahan adalah ibu segala punca umat berada
dalam keadaan gawat dan tenat. Perpecahan adalah barah ummah
yang kini berada diparas 4. Umat yang nazak parah, gersang
kepimpinan pemersatu, sarat dengan penyakit merebut kuasa dan
jawatan. 

Harga yang terpaksa dibayar umat jelas sangat mahal: Lebih
60% pelarian dunia adalah umat Islam, kebuluran paling kritikal
adalah dinegara Islam, amalan rasuah paling besar dikenalpasti
di negara umat Islam, pembelian senjata untuk perang sesama
Muslim paling tinggi adalah negara Islam.

104

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Bilangan umat sebesar 1.8 bilion tidak menjadi kekuatan.
Populasi sejumlah itu terbeban dengan masalah yang dari
sekritikal kebuluran hingga kepada separah peperangan yang
memangsakan jutaan warga Muslimin.

Merawat kondisi ini sangat rumit. Keadaan sedemikian
kritikal memerlukan anjakan umat berskala besar. Kami kongsikan
pandangan kami  dalam perbahasan mencari penyelesaian kepada
perpecahan ummah iaitu:

• Bina kepimpinan sebenar.

• Bina fahaman agama yang tepat: kaamilah, syaamilah
untuk didik masyarakat Muslim.

• Dedahkan hegemoni musah dengan fakta yang benar.

• Bersihkan masyarajat dari fahaman sekularisme yang
bahaya.

• Tumpuan kepada kesatuan dan perpaduan ummah.

• Semak semula keberkesanan pendidikan Islam di insitusi
pendidikan

• Gerakan dengan berkesan taqrib mazaahib antara ulama.

• Tumpu kepada pengukuhan ekonomi umat Islam.

• Perkasa Masjid sebagai pusat penyatuan dan kesatuan
Ummah. 

• Fokus kepada pembebasan Masjid AlAqsa sebagai paksi
kesatuan umat.

105

Inilah
Perjuanganku

Di saat dunia sedang bergelut mencari jalan keluar dari pandemik
coronavirus dengan pelbagai kesan rantaiannya, umat Islam harus
menampilkan ciri-ciri kemanusiaannya yang terbaik. 

Malah jika negara-negara Muslim benar-benar merealisasikan
sistem pemerintahan berdasarkan prinsip Islam yang menyeluruh
dan sifat akhlak unggul diserlahkan, pasti inilah saatnya Islam
boleh dijadi tawaran ampuh dan segar untuk keselamatan dunia.

Kini kuasa besar barat masih meraba-raba mencari
penyelesaian. Kes Covid19 di Amerika Syarikat, sudah mencecah
angka tertinggi didunia yang mati dari lebih jutaan orang
yang dijangkiti. Di UK, Sepanyol, Russia, Brazil dan India
menunjukkan wabak ini akan meningkat terus. China dan Korea
Selatan masih berjaga-jaga dikhuatiri kemungkinan gelombang
kedua Covid-19 akan tercetus.

Semua negara didunia bergelut dengan rakyat sendiri. Antara
menyekat dan cuba mendisiplinkan rakyat agar patuh arahan
“stay at home” dan “social distancing”. Ada negara dimana
rakyatnya memberontak kerana tidak mampu dihalang untuk
memulakan kehidupan ekonomi mereka. Ada yang terlalu ghairah
untuk berhibur liar seperti biasa.

Negara barat menghadapi masalah tidak mampu mengawal
rakyatnya kerana mahu hidup bebas seperti biasa. Manakala
negara miskin di benua Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah
seperti Bangladesh, India dan Pakistan bergelut mengawal rakyat
yang berjumlah ratusan juta.

Krisis kesihatan ini jelas mencetuskan krisis kemanusiaan
yang sangat luas. Interaksi antara manusia cenderung berubah.

106

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Sensitiviti manusia semakin menajam. Wabak mengajar manusia
bahawa Covid-19 seperti virus lain tidak mengenal pangkat,
darjat mahupun ras.

Dunia pernah berada di era zulumat (kegelapan). Kedatangan
Islam membawa nur pencerahan. Tawaran Islam membawa
tamadun segar dan membangunkan manusia sehingga Islam
digarap sebagai alternatif yang akhirnya menawan hati sepertiga
penduduk dunia.

Demikian disaat dunia tidak menemukan penyelesaian yang
tuntas, dikala inilah Islam harus ditampilkan sebagai alternatif.
Sistem Islam yang seimbang baik dari segi ekonomi, sosial
mahupun alam persekitaran memilikki keupayaan mengujudkan
order baharu. Islam yang mengutamakan kaedah keseimbangan. 

Gejala penyakit dan krisis yang tercetus kini menunjukkan
betapa sistem dunia sekarang sangat rapuh dan tiada
kesimbangan. Sistem yang berdasarkan kebendaan, keuntungan
dan komersialisasi yang dibangun bagaikan istana pasir. Rapuh,
mudah pecah, lemah dan tidak kukuh.

Islam memberi penekanan kepada kesaksamaan dalam
pembangunan dan memberi tumpuan khusus kepada budaya
hidup sederhana. Ia mengelak dari jurang dan monopoli
kekayaan, pembaziran,  memberi fokus kepada menjaga akhlaq
dan nilai-nilai murni, khusus nilai keadilan dan kebenaran,
menjaga keseimbangan alam, mengutamakan kesejahteraan
manusia diperingkat individu mahupun kolektif.

Namun memang mengecewakan, tidak ada negara Islam
yang dapat menonjolkan penyelesain Islam yang meyakinkan.

107

Inilah
Perjuanganku

Masing-masing tertumpu kepada mengawal merebaknya wabak,
tetapi tidak melihat krisis ini secara komprehensif. Tidak ada
yang ingin bersungguh menawarkan pendekatan Islam untuk
merubah dunia.

Lebih parah lagi, ada negara Islam yang bergolak tanpa
henti menyebabkan tidak ada asas moral untuk suara Islam
diketengahkan bagi memberi alternatif kepada kemelut dunia.
Padahal sistem Islam yang menjaga hak dan menegakkan keadilan
sangat ampuh dan mampu menyelesaikan pertelagahan dalam
konflik. Sebab itu dalam keadaan dunia ketandusan kepimpinan
inilah masanya Islam ditampilkan dalam bentuk praktis untuk
merongkai kekusutan dunia masa kini.

108

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

“Namun memang mengecewakan, tidak ada negara Islam yang
dapat menonjolkan penyelesain Islam yang meyakinkan. Masing-
masing tertumpu kepada mengawal merebaknya wabak, tetapi
tidak melihat krisis ini secara komprehensif. Tidak ada yang
ingin bersungguh menawarkan pendekatan Islam untuk merubah
dunia”.

Ketika ini sifat kebersamaan dan saling membantu untuk
menyantuni golongan paling terjejas dikalangan  warga dhaif
sangat diperlukan. Masyarakat sivil didapati berperanan aktif
menjalankan inisiatif kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Menyantuni mereka yang terdedah kepada kelaparan dan terputus
pendapatan perlu didekati tidak mengira anutan agama mahupun
ras. Semua insan harus merasai rahmat dari tangan setiap Muslim
dikala musibah melanda.

Ciri “khaira ummah” memerlukan terjemahan praktis
dari kaum Muslimin. Hanya dengan amal nyata dalam meleraikan
kekusutan manusia, Islam akan dilihat mampu menjadi alternatif.
Umat terbaik berpaksikan keimanan. Keimanan dizahirkan dalam
bentuk penganjuran yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.
Inilah kerangka fungsi sebuah masyarakat Islam yang dilabel
sebagai umat terbaik. Umat yang menyerlahkan kemanusiaan
unggul dalam semua aspek kehidupan, apatahlagi disaat manusia
terdambar dalam kegelapan.

Persoalannya ialah bagaimana umat siap berperanan untuk
membangun ketamadunan gemilang bila manusia sedang dalam
kegelapan.  MAPIM punya peranan penting dan genting.
Kita harus bersiap dan terun kelapangan umat. Tunjukkan
kesungguhan, terjemahkan keiltizaman Kita mula dengan

109

Inilah
Perjuanganku

membuka ruang berfikir, menyentuh benak dan sanubari serta
mengerakkan tubuh dan anggota. Berusha melakar masa depan
yang gemilang buat umat dan kemanusiaan.

110

“Sabar bukanlah bersikap
pasif dan menunggu datangnya
sebuah keajaiban, akan tetapi
sabar adalah melakukan segala
kemungkinan untuk mengubah
situasi yang sedang menimpamu,

kemudian serahkan sisanya
kepada Allah.”

BAB 9

Garis Besar Bina
Ummah, Pedoman
Untuk Aktivis Islam

INILAH
PERJUANGANKU

Aku sering berfikir bagaimana keadaan umat yang kini
sangat lesu dan kehilangan izzah. Tidak  ramai yang
mahu berfikir serius membahaskan apa keadaan umat
yang kelihatan sangat tenat. Membina wadah Islam yang bekerja
serius merongkai kemelut umat tidak mudah.

Ramai yang hadhir dalam wadah Islam untuk mencari
pengelaman memperkayakan minda, dan ada yang mahu
meneroka medan kerja kemanusiaan untuk berpeluang kembara
mendedahkan diri kepada negara luar. Mereka mengorak langkah
untuk terjun di gelanggang umat di luar dan dalam negara, secara
jujurnya perlu insaf dan selalu bermuhasabah memperbetulkan
qasad agar lurus dan murni.

Aku turut bermisi ke  Gaza, Baitul Maqdis, Syria, Lebanon,
Yemen, Nepal, Afghanistan, India.  Aku juga melihat keadaan
umat  di Bangladesh, Myanmar, Thailand, Filipina, Indonesia. 

Aku pernah menjelajah  China, Rusia, Turki. Aku bina
jaringan di Singapore, Brunei, UK, Mesir, Jordan.  Aku pernah
melawat dan bersidang di Afghanistan,  Sudan, Kashmir,
Mindanao, dan Patani.  Banyak yang aku perhatikan. Ramai
yang aku dapat berinteraksi. Dalam masa yang sama aku bersama
melihat pelbagai isu dimedan tanah air sendiri.

Inilah
Perjuanganku

Menggarap isu lokal melibatkan soal dasar kerajaan berkaitan
agama, pembangunan, nasib golongan bawahan, keselamatan
awam, undang-undang, sosial, budaya, pendidikan dan  politik.
Aku juga bersuara soal  salahguna kuasa, integriti, ekonomi, alam
sekitar, kepenggunaan, dan bencana alam. 

Semua ini adalah antara isu yang sering aku ketengahkan.
Aku melakar fikrah Daulah Tayyibah sebagai gagasan. Fikrah
ini adalah kerangka impian dan idealime yang aku perjuangkan.
Aku mengidamkan konsep negara yang merangkumkan kebaikan
untuk seluruh warga. Negara yang layak mendapat gelaran
“Baldatun Tayyibatun hwa Rabbun Ghafur”.

Aku bersua ketika era baharu Malaysia sedang muncul
dengan segala dinamikanya. Debat politik dan sinario politik
baharu mendedahkan aku kepada cabaran dan pendekatan yang
semakin kompleks. Isu yang bermunculan sejak Mei 9, 2018,
menambah lagi ruang untuk aku berperanan secara aktif. 

Aku cuba menyiapkan wadah yang aku pimpin menjadi
aktor konstruktif sekaligus memantau perkembangan
terkini   administrasi yang baharu ini. Aku sedar, melihat ke arah
diri sendiri  penting. Dalam kesibukan mengendali urusan umat
yang tidak kunjung selesai, amat penting aku selalu bermuhasabah
diri.

Demi menjayakan usaha yang amat besar ini aku kira
tidak keterlaluan untuk mengajak teman-teman ‘membedah
diri’, meneliti dan mengkaji kekuatan, dimana kelemahan dan
bagaimana harus memperbaiki diri untuk membawa transformasi
kepada masyarakat. 

114

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Sesungguhnya keinsafan yang lebih awal perlu difahami oleh
semua, samada yang sudah lama mengenali dan bersama mahupun
yang baru bertaa’ruf dengan wadah ini yang aku pimpin. Bahawa
kelahiran gerakan yang aku bina adalah berintipatikan perubahan
(taghyir) dan pembebasan (tahrir). 

Perubahan harus memenuhi kedua-dua dimensi yakni bersifat
dalaman dan juga  luaran. Dalam soal aqidah dan sakhsiyyah
sehingga tsaqafah (budaya).  Pembebasan harus bermula dari
jatidiri hingga merdeka dari penjajahan dan penindasan.
Pembebasan dari perhambaan dan menjadi alat kepada orang lain
kepada kemerdekaan dalam ertika sebenar.

Aku perlu menekankan persoalan ini lantaran penghayatan
terhadap inti dan saripati perjuangan adalah nokhtah bidayah
(titik tolak) terpenting untuk sesiapa yang ingin istiqamah
bersama perjuangan yang aku diterajui. 

Gagal memahami konsep kunci ini akan menjadikan
keterlibatan  menjadi rapuh dan tidak berkelanjutan. Gagal
menghayati asas ini menyebabkan pembabitan hanya suatu
sentuhan bagaikan angin lalu, sekadar memenuhi masa terluang
semata-mata.

Bila aku mengungkap persoalan perubahan dan pembebasan,
maksud aku ialah hadaf yang sebenar ialah ke arah terbentuk
dan tertegaknya kehidupan Islam secara fungsional dalam segala
kelengkapan dan kesempurnaannya. Kehidupan Islami yang
diterjemah pada setiap perjalanan kehidupan samada di tingkat
perseorangan mahupun di tingkat keluarga, masyarakat serta
bernegara. 

115

Inilah
Perjuanganku

Inti perubahan dan pembebasan yang aku maksudkan
termasuk menyentuh persoalan ditingkat peribadi samada ketika
berfikir, bersikap, bertingkahlaku, bertindak mahupun berbicara.
Dalam semua hal tersebut setiap individu, masyarakat dan negara
perlu bebas dari perhambaan. 

Perubahan dan pembebasan itu juga tidak terlepas dalam hal
berinteraksi samada dalam soal budaya dan gayahidup, mengurus
amanah dan tanggungjawab sehinggalah kepada persoalan
mengambiltahu serta mengambil berat terhadap hal ehwal umat
seluruhnya.

Apa yang hendak direalisasikan ialah untuk membawa
cahaya kebenaran kepada segenap lapisan umat sebagaimana
ketetapan Allah SWT untuk menunjukkan jalan keselamatan dan
kesejahteraan.

Dengan yang demikian, menjadi pra syarat bagi setiap
individu yang ingin bergabung tenaga dengan aku untuk meneliti
diri dengan halusi, sejauhmana bersedia memulakan perubahan
dari dirinya sendiri terlebih dahulu. 

Aku tidak bermaksud untuk menghentikan pula penglibatan
setiap aktivis dari turut serta dalam perubahan ditingkat Massa
masyarakat, namun akan kelihatan amat janggal jika yang
terserlah nanti ialah seruan meminta masyarakat berubah akan
tetapi ditingkat peribadi diri seorang aktivis itu sendiri tidak pula
selesa dengan perubahan yang dicanangkan.

Oleh itu, aku menyarankan proses penghayatan dan proses
pemesraan dengan perubahan yang hendak dibawa oleh setiap
aktivis perlu diperkukuhkan.

116

“Sesungguhnya telah datang
kepada kamu cahaya

kebenaran (Nabi Muhammad)
dari Allah dan sebuah Kitab
(Al Quran) yang jelas nyata
kebenarannya. Dengan (Al

Quran) itu Allah menunjukkan
jalan-jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa
yang mengikut keredhaanNya

dan (dengannya) Tuhan
keluarkan mereka dari
gelap gelita (kufur) kepada
cahaya (iman) yang terang
benderang, dengan izinNya
dan (dengannya juga) Tuhan
menunjukkan mereka ke jalan

yang lurus”
(Al Maidah: 15-16)

Inilah
Perjuanganku

Perjuangan yang benar-benar mempunyai daya penerusan
dan konsistensi ialah apabila penerajunya, aktivisnya dan
pendokongnya menjadi cermin yang hidup dan berfungsi
diterjemahkan pada diri sendiri segala yang diseru dan yang
disemboyankan.

Aku tidak melihat sebarang makna kepada sebuah perjuangan
yang kaya dengan slogan dan retorik jika ditingkat peribadi,
pendokongnya sendiri masih tidak merdeka dari tingkah laku dan
sikap yang bersaling bercanggah dengan apa yang dikembangkan
dalam masyarakat.

Apapun, aku tetap menyantuni semua, yang lama, yang
baru, yang bersemangat, yang bersahaja. Semua mempunyai
tempat dan peluang berbakti dan berjasa. Allah jua yang mampu
menilai amal masing-masing.

Bagi aku, gerakan ini dibibitkan, dilahir, dikendong, diasuh,
dibesarkan dan didewasakan dengan pengelaman yang tersendiri. 
Mungkin tidak ramai merasakan bahawa memahami misi dan
visi itu penting. Ada yang merasai mendalami fikrah dan wawasan 
itu tidak perlu. 

Terjun dimedan kemanusiaan, terdedah kepada pengelaman
dan lapangan yang unik di medan konflik dan bencana alam,
hadhir menyantuni mereka yang tertindas, dirasakan lebih
penting dan menyegarkan. 

Mungkin ada yang berfikir menjejakki perspektif  yang
lebih besar, meletihkan minda.  Sebenarnya melihat soal dasar,
berkempen untuk merongkai akar masalah dan merawat punca
krisis sebenarnya sangat perlu dikuasai oleh semua aktivis.

118

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Sebabnya, tugas yang sebenar ialah membebaskan umat dari
cengkaman perhambaan kepada selain Allah SWT. Bahawa punca
segala konflik adalah kerana manusia menyembah ego untuk
menguasai manusia. 

Dari ego kepada kuasa. Dengan kuasa manusia mula
membuat fasad. Fasad yang diterjemahkan dalam bentuk gila
kuasa, mabuk harta dan ghairah jawatan.  Semua ini terus
mempengaruhi peradaban manusia. Konsekuansinya berat. 

Penjajahan, pencerobohan, penafian hak, jenayah perang,
genosid, pembersihan etnik, perhambaan adalah natijah yang kini
membunuh jutaan insan, memusnahkan alam dan memporak-
perandakan hubungan antara manusia, masyarakat dan negara.

Lantaran itu selain gerakerja kemanusiaan sebagai respon
awal, melancarkan inisiatif menegakkan keadilan untuk yang
tertindas, mencari solusi diplomatik, mengembalikan hak,
memberi tekanan politik, mengambil tindakan undang-undang
antarabangsa, berdemonstrasi dan mobilisasi massa adalah sangat
perlu. Kerana, kerja ini bukan sekadar menghulur bantuan, akan
tetapi merongkai masalah.

Untuk itu perlu ketekunan. Tekun membina jaringan.
Rajin membina daya intelektual. Bersedia membaca dan
memaklumatkan diri. Siap hadhir untuk mampu membentangkan
hujah. Mahir berdialog dan membentangkan pandangan.
Berupaya menulis dan menyampaikan cadangan. Cekap
menguruskan forum dan advokasi nasional dan internasional.

Dalam hal ini aku tetap mengakui kerbatasan masing-
masing. Ada yang mampu mengerakkan kempen mengumpul

119

Inilah
Perjuanganku

dana. Ada yang berpengelaman mengurus misi kemanusiaan. 
Ada yang mahir dalam mengguna teknologi informasi. Semua
akan dimanfaatkan.

Tidak mengapa. Aku inginkan gerakan ini  menjadi wadah
inklusif dan meraikan semua, tak kira semada wadah ini hanya
menjadi tempat singgah sementara untuk mabit dalam perjalanan
membina kerier masing-masing. Tak mengapa, ada yang
mempunyai cita-cita sengkat, sementara mendapat peluang yang
lebih stabil dimedan lain. 

Yang penting aku merasa bertuah dapat menyediakan
sentuhan kemanusiaan dan fikrah dinamik yang disediakan untuk
semua agar menjadi sebahgian dari sejarah perjuangan Islam. Aku
bermula dengan waqi’ umat yang sedang dilanda pelbagai krisis.
Jelas usha untuk menampilkan diri sebagai umat terbaik terhalang
oleh bebanan yang dipikul oleh umat itu sendiri. 

Para aktivis sedang berhadapan dengan maslahah bukan
sahaja dari anasir luar akan tetapi juga cabaran internal. Para
aktivis sedang berdepan krisis multidimensi, merentas bidang,
dan merangkum seluruh warga ummah.

Dalam usaha memperkasa ummah, realiti yang mengonkong
perlu dirongkai. Tanpa berbuat demikian kita tidak berpijak
dibumi nyata. Releven atau tidak sebuah gerakan itu adalah
tergantung kepada keupayaannya menampilkan solusi, bukan
hanya beretorika. 

Umat kehilangan daya. Kehilangan wibawa. Kehilangan
jati diri. Akibatnya parah. Umat yang  bergantung kepada orang
lain mudah diperkotak-katikkan. Bermakna hilang kuasa dan

120

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

kedaulatan. Akhirnya nasib ditentukan bukan oleh diri sendiri
akan tetapi oleh kuasa lain. 

Memperkasakan umat bermula dari sedar, bingkas dari
tidur dan bangkit dari kelalaian dan ketidakpedulian. Umat yang
dijajah dikondisikan supaya tidak berfikir, dalam erti lain nyenyak
dalam tidur.  Tidak sedar. Tidak peduli. Tidak kisah.

Terlalu berat bagaimana umat berada dalam keadaan separuh
sedar boleh memperbaikki diri. Bagaikan berjalan dalam keadaan
tidur “sleep walking”, tidak tahu arah tuju dan dibawa arus
tanpa tahu kemana destinasinya.

Intisari kepada kelumpuhan umat ialah apabila berlaku
kekacauan dalam berfikir. Kekaburan memahami jalan hidup
yang dibentuk oleh Islam menyebabkan umat tergelicir dalam
kekeliruan. Akibatnya rempuhan globalisasi yang membawa
pemikiran anti agama dan bebas nilai mulai meruntuhkan
benteng umat. Logika berfikir tanpa sandaran kepada wahyu
menyebabkan umat terdedah kepada kerosakan pemikiran yang
parah. Sebagai akibat, umat terheret dalam kesesatan. Kesesatan
ini ditambah parah dengan ketidakupayaan para ilmuan dan
agamawan memberi pencerahan. Arus kemodenan mengkaburkan
garis pemisah antara haq dan batil. 

Dengan yang demikian mulai muncul faham sesat lagi
mengelirukan. Dilihat semua perkara pada pandangan subjektif.
Bahawa tidak ada hak oleh sesiapa membuat klaim mengenai
apakah yang dikatakan kebenaran dan apakah yang dikata
kebatilan.

121

Inilah
Perjuanganku

Dari kerosakan pemikiran inilah krisis umat mulai membibit.
Akibatnya, natijah krisis, satu demi satu, secara zahir tidak lagi
dapat diselindungi. Kebejatan sosial dengan segala bentuk dan
coraknya tidak terupaya dibendung. 

Memang banyak pihak yang memperkatakan ehwal umat
yang sangat merunsingkan. Akan tetapi  hanya sungutan sahaja
yang dapat didengari. 

Inilah cabaran berat bagi wadah gerakan Islam. Sementara
aku berusaha menampilkan wadah yang tersenarai sebagai wadah
yang diperhitungkan, namun aku harus jujur, bahawa aku masih
jauh dari menampilkan model yang boleh menjawab pelbagai
kepincangan yang sedang melanda umat. Dari sekecil menyantuni
budaya menjaga kebersihan yang perlu dididik dikalangan umat
sehinggalah kepada mengurustadbir negara.

Wadah ini perlu menjadi suara yang diperkirakan. Perlu
dilihat releven dan sangat dinamik dalam memperkasakan umat.
Perlu siap menyantuni keperluan umat dimana jua, pada masa
kapan pun, dalam situasi bagaimanapun.

Memperkasa umat harus merentas bidang. Memang benar,
menerapkan tassawur Islam yang sahih perlu menjadi mabda
kerja gerakan Islam. Namun begitu,  harus dengan serentak
melancarkan gerakerja mobilisasi masyarakat. Tidak boleh
bergerak diawangan. Umat perlu merasai kehadhiran gerakan itu
sendiri.

Dengan itu, aku merumuskan bahawa gerakan besar
dalam sejarah dunia, sering terbantut tatkala gerakan itu gagal
mengukuhkan persoalan internalisasi ideologi perjuangan.

122

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Sehingga bila perubahan melanda yang pertama runtuh ialah nilai
dan pemikiran rakyat dan diikuti seterusnya keruntuhan seluruh
sistem yang berdiri di atasnya. 

Aku melihat gelombang besar dari tamadun yang terbangun
itu akhirnya memecah sehingga menjadi riak-riak dan buih kecil
yang akhirnya tidak mampu bertahan.  Keruntuhan peribadi
itu jualah yang membawa kepada kehancuran sebuah ideologi
besar betapa unggul sekalipun ideologi tersebut. Demikian kata-
kata dalam syair “Sesungguhnya urusan yang kecil itu boleh
menghanyutkan yang besar”.

Aku menekankan agar diperkukuhkan perjuangan ini
dengan melibatsertakan individu yang bersedia bergabung dan
menghayati nilai dan sikap hidup yang ingin dibawanya kepada
masyarakat. Harus ada suatu kesediaan untuk setiap individu
pendokong menjadi contoh hidup kepada perubahan yang ingin
diperkenalkan.

Aku menggariskan wasilah yang perlu digarap oleh setiap
aktivis. Setiap tahap perubahan ini perlu dilalui dengan tekun,
sabar dan konsisten oleh setiap aktivis. Tanpa menjalani proses
pembentukan ini, aktivis tidak mungkin bertahan lama dan akan
berlaku fenomena keciciran yang melemahkan.

1. Bina Perspektif

Bermula dari tahap pembinaan perspektif mengenai realiti
umat, seseorang aktivis perlu menekuni persoalan kepincangan
dan keruntuhan yang sedang berlaku dalam masyarakat
keseluruhannya dan umat Islam. 

123

Inilah
Perjuanganku

Seorang aktivis hendaklah mempunyai kefahaman yang
menyeluruh terhadap fenomena kebejatan manusia, masyarakat
dan negara serta menganalisa kenapa fenomena itu berlaku. Ini
bermakna penelitan yang terperinci perlu dilakukan ke atas punca
keruntuhan umat Islam yang sedang berlaku kini. 

Persoalan di mana titik kejatuhan umat itu bermula dan
bagaimana keruntuhan itu semakin berleluasa dan mewabak
perlu difahami dengan jelas. Seorang aktivis dengan itu perlu
mempersiapkan kekuatan intelektualnya bagi mengasah daya
fikirnya meneliti setiap aspek kepincangan yang sedang dilalui
umat.

Sikap ambil mudah (simplistik) tidak ambil tahu dan buta
perspektif malah perspektif yang salah menyebabkan seorang
pendokong perjuangan ini akan lemah dan hanyut mengikut arus
semasa.

Tidak harus ada sikap bersahaja ditengah-tengah kepincangan.
Ketika penggerak dan masyarakat dijangkiti  gejala “rasa tidak
berkait” dan “rasa tidak ada kena-mengena” dengan persoalan
umat, jangan diharap izzah umat dapat dikembalikan. 

Kesan tidak memahami masalah yang sedang melanda umat
menyebabkan ramai aktivis tidak mempunyai komitmen yang
tinggi untuk terlibat menangani kepincangan yang berlaku.

Tatkala seorang aktivis bersikap alpa dan lalai untuk
menajamkan analisisnya terhadap pelbagai isu-isu umat, akan
berlaku fenomena tidak sensitif dan rasa tidak bertanggungjawab
untuk menyelesaikan kemelut masyarakat. 

124

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Kami menekankan perlunya setiap aktivis benar-benar tekun
membaca sebanyak mungkin buku, makalah, tulisan dari kajian
sarjana dan rencana-rencana yang kritikal mengenai hal ehwal
umat masakini. 

Aku berpendapat selagi aktivis bersikap malas dan bersahaja
dalam mencari dan membaca bahan-bahan kritikal maka
daya berfikir untuk bertindak akan lemah malah mungkin
lumpuh.  Dengan yang demikian, aku menyarankan agar semua
aktivis meningkatkan disiplin membaca, meneliti, mengkaji dan
menulis agar kepekaan untuk membawa perubahan akan sentiasa
segar.

2. Muhasabah Diri

Seorang aktivis perlu melakukan suatu proses menyuluh dan
memeriksa diri. Di sini, aku bermaksud agar seseorang aktivis
dapat melihat hubungkait dirinya dengan realiti yang sedang
berlaku dipersekitarannya.

Harus ada suatu tingkat kesedaran yang cukup menginsafkan
ketika mana ia menganalisis betapa dirinya mungkin terlibat
sebagai sebahagian daripada kepincangan yang sedang berlaku
dalam masyarakat. 

Hal ini akan memberi kesan yang mendalam kepada diri
kerana proses keruntuhan yang berlaku dalam masyarakat
sebenarnya juga berlaku dalam diri sendiri. Ketika mana sering
mengeluh dan bersungut betapa masyarakat sedemikian rosak,
tidak dapat menafikan keruntuhan itu juga terjadi kepada diri
sendiri. Mengaitkan diri dengan persekitaran bertujuan untuk
melihat masalah masyarakat secara praktis. Bahawa diri juga

125

Inilah
Perjuanganku

termasuk dalam proses kerosakan tersebut akibat lalai berbuat
dan bertindak.

Sesungguhnya proses keruntuhan sememangnya bermula
dari tingkat individu. Berikutnya keruntuhan itu bekembang
ke tingkat institusi keluarga, masyarakat, negara dan umat
keseluruhannya. Meneliti diri dan dengan itu meningkatkan
keinsafan bahawa kita tidak harus hanya menjadi pendengar
dan penonton kepada kepincangan yang sedang berlaku akan
merangsang seorang aktivis untuk bingkas bertindak. 

Kealpaan dan kelalaian bukan sahaja akan memburukkan
lagi realiti yang sudah sedia buruk malah akan mengheret diri ke
dalam kepincangan yang mungkin tidak boleh dipulih lagi. 

Lantaran itulah, melalui proses refleksi diri seorang aktivis
akan sedar bahawa selagi ia tidak mendahulukan perubahan pada
dirinya maka kebejatan masyarakat akan terus menguasai dan
akhirnya menenggelamkan dirinya sekaligus.

3. Ambil Ibrah dan Belajar dari yang
Lain

Seorang aktivis perlu dengan tekun meneliti secara bandingan
bagaimana kelompok lain sedang bertindak bagi memperbaiki
komunitinya. Proses ini memerlukan sekali lagi kekuatan
mengkaji dan meneliti. 

Daya intelektual yang tinggi untuk membuat perbandingan
bagaimana gerakan sosial dari kelompok lain sama ada lokal
ataupun internasional bertindak, akan merangsang seorang aktivis
untuk meningkatkan ketrampilannya bergerak.

126

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Tidak di kesampingkan juga malah suatu keperluan yang
amat utama ialah mengkaji pengalaman gerakan-gerakan Islam
dari pelbagai pelosok dunia. Memahami realiti mereka dan
pengalaman mereka menangani masalah umat akan membantu
membina kekuatan disamping mengelak dari mengulangi
kesilapan. 

Dengan itu karya-karya besar dari pengalaman gerakan
seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaat Islami dan yang lain-lain
perlu ditekuni. Ternyata seorang aktivis yang berkesan hanya
boleh bergerak secara kreatif dan dinamik apabila ia bersedia
mempelajari pengalaman-pengalaman mereka yang lain.

Sudah pasti aku tidak bermaksud untuk meminggirkan
panduan sirah Rasulullah SAW sebagai petunjuk terpenting untuk 
diikuti. Segala prinsip dan manhaj tarbiyyah serta jihad Baginda
akan terus menjadi rujukan utama dalam gerakerja aktivis. 

Oleh yang demikian, aku  menyarankan agar setiap aktivis
membaca, mengkaji serta menghayati dengan teliti dan mendalam
sirah Rasulullah SAW sebagai teks utama bukan sahaja ditingkat
pembacaan tetapi lebih penting dari itu ialah menterjemahkan
setiap nilai perjuangan Baginda dalam bentuk amalan.

4. Kualiti Tanzim

Setiap aktivis perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
berorganisasi serta ketrampilan bertindak di lapangan masyarakat.
Pengalaman yang dapat aku kumpulkan mengajar semua bahawa
betapa tinggi sekalipun komitmen dan semangat berjuang dihayati
oleh seorang aktivis, namun ia akan kecundang tatkala ia gagal
bergerak tanpa dibekal dengan tahap kemahiran keorganisasian
yang kukuh.

127

Inilah
Perjuanganku

Kami menyarankan setiap aktivis berusaha dengan
semaksimum mungkin agar kemahiran yang berbagai dalam ilmu
keorganisasian seperti menyusun struktur kerja, menilai hasil
kerja, merencana jadual kerja, kemahiran dokumentasi dan sistem
pelaporan kerja, hendaklah di pelajari dengan tekun. 

Setiap aktivis perlu menganggapkan ilmu bekerja secara rapi
dan tersusun sebagai rukun kerja yang tidak boleh diketepikan.
Ketrampilan dan disiplin bekerja di lapangan tatkala seorang
aktivis berinteraksi dengan masyarakat akan lebih jauh dirasa
kepentingannya apabila berdepan dengan kerenah masyarakat
dari berbagai kumpulan sasar.

Keberkesanan seorang aktivis amat bergantung kepada
sejauhmana tingkat ketelitian dan disiplin bergerak dalam sebuah
organisasi. Dengan kerapian dan cermat dalam organisasi, kerja-
kerja seorang aktivis itu akan jauh lebih berkesan dan membekas. 

Aku menyarankan supaya disiplin dan kemahiran bergerak
seorang aktivis di tekuni dengan bersungguh. Ketrampilan
dan kecekapan sebagai seorang aktivis tidak boleh dikompromi
kerana bertindak secara gelojoh dan kurang berhati-hati akan
menjejaskan kewibawaan dan integriti sesebuah wadah.

5. Berinteraksi dalam Masyarakat

Proses penyebatian diri dalam masyarakat secara langsung juga
perlu kemahiran. Harus ada suatu kesediaan untuk terjun,
bergaul dengan masyarakat di pelbagai peringkat. Sesungguhnya
Mapim mempunyai misi yang besar untuk mendekati pelbagai
kelompok sasar. 

128

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Pengalaman aku bertindak mengangkat isu-isu
masyarakat  telah memperkayakan aku dengan pelbagai bentuk
pendekatan dan gerakerja mengikut keperluan masyarakat
setempat. Dengan yang demikian, seorang aktivis perlu bersedia
berkecimpung dan bergelumang dengan kelompok sasar yang
menghadapi pelbagai masalah.

Dengan itu, setiap aktivis  perlu mempunyai ketabahan,
kerendahan diri, keyakinan dan daya pengorbanan yang tinggi
ketika mengendalikan masyarakat di pelbagai lokaliti. Di tahap
ini, sudah semestinya setiap aktivis perlu memperkayakan diri
dengan pengalaman-pengalaman yang berbagai bentuk. 

Seorang aktivis akan diukur dan diteliti oleh masyarakat
dalam cara dan pendekatannya menyantuni pelbagai isu
masyarakat lokal.

6. Membina Jaringan

Aktivis harus menyedari tentang pentingnya bergerak
dalam bentuk sebuah rangkaian. Ini bermakna dia perlu

129

Inilah
Perjuanganku

bijak  mewujudkan suatu jaringan antara aktivis. Bukan sahaja
aktivis yang bergerak di seluruh negara perlu mengkhusus dan
menjurus kepada kawasan-kawasan operasi tertentu tetapi juga
kepada bidang-bidang tertentu didalam dan diluar negara

Jaringan aktivis memerlukan suatu tahap disiplin yang tinggi.
Tanpa disiplin, komunikasi dan sistem pelaporan yang berkesan,
gelombang perubahan yang diharapkan tidak akan berlaku. 

Tanpa memperkecilkan inisiatif setiap aktivis untuk bergiat
di lokasi tertentu, penyelarasan dan koordinasi amat penting
jika kita mahu mencetuskan suatu momentum dan gelombang
perubahan.  Keperluan setiap aktivis untuk melihat diri sebagai
agen perubah masyarakat perlu dihargai kerana ia tidak berhasrat
untuk sekadar mencetuskan riak-riak transformasi. 

Apa yang dimatlamatkan ialah akhirnya setiap perubahan
kecil akan menggerakkan “kesan bola salji” yakni kesan
mengganda yang akan merebak ke seluruh pelosok negara malah
ke seluruh pelosok dunia. 

Sesungguhnya misi setiap ktovis ialah untuk mencetuskan
suatu gegaran perubahan. Ia tidak mungkin berlaku jika sesuatu
perubahan itu hanya berlaku secara terpencil. Aku mengharapkan
setiap transformasi diperingkat apa pun akan akhirnya
mencetuskan gerakan perubahan yang lebih besar.

Demikianlah beberapa pandangan dan garis panduan umum
yang dapat aku ungkapkan.    Memulakan proses pengupayaan
ummah untuk mengembalikan izzah perlu roadmap yang
jelas. Untuk mereka yang yakin dan percaya bahawa ia boleh
memberi kesan yang diharapkan maka kami mengalu-alukan

130

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

penglibatan dan pembabitan setiap individu walau apapun
latarbelakangnya.  Tidak kira dari latarbelakang seorang yang
dianggap kecil dan kerdil kerana tidak melalui tahap pendidikan
yang tinggi ataupun seorang individu yang mempunyai status
masyarakat yang dihormati.

Sesungguhnya  yang ingin dibentuk oleh ialah kualiti
keperibadian Muslim yang dapat diteladani untuk mengembalikan
kegemilangan umat. Walau apapun status sosialnya samada dia
seorang petani di desa atau seorang buruh di kota mahupun dia
seorang cendekiawan di institusi menara gading, 

Aku berhasrat untuk membina setiap individu itu sebagai
seorang Muslim sejati. Tidak membezakan status sosial, tidak
mengukur kaya miskin, tidak mengambilkira pangkat dan darjat. 

Apa yang menjadi sasaran  ialah setiap individu itu
mempunyai rasa tanggungjawab kepada Allah yang perlu
disempurnakan. Berasaskan kriteria ini, setiap aktivis itu bergerak
dalam perjuangan sebagai seorang insan bermaruah, insan
bermartabat dan insan berharga diri. Tatkala seorang aktivis itu
terbina suatu kesedaran diri yang tinggi bahawa dirinya hanya
layak dinilai oleh Allah semata-mata, hanya takut kepada Allah
sahaja dan hanya redha Allah yang menjadi hadafnya, maka
aktivis demikian mempunyai status yang sangat tinggi disisi
dalam wadah apapun.

“Bersegeralah kamu ke arah mendapat keampunan daripada
Tuhan kamu dan (bersegeralah melakukan amal ibadah
yang menyebabkan kamu dapat) memasuki syurga yang

131

Inilah
Perjuanganku

luasnya seperti luas langit dan bumi untuk orang-orang
yang bertaqwa” (Ali ‘Imran: 133).

Termasuk juga dalam pembentukan karektur aktivis  ialah
persoalan membina keyakinan yang kukuh dalam diri aktivis
sepanjang gerak kerjanya. Dengan yang demikian yang perlu
diterapkan ialah sifat yakin dan berani untuk berhadapan dengan
sesiapa sekalipun. Keyakinan untuk meluahkan pendapat dan
menyanggah sesuatu yang salah hendalah dibangunkan dalam
watak setiap aktivis. 

Keyakinan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat
juga perlu dipupuk dalam diri setiap aktivis. Harus ada
keberanian mencuba memulakan transformasi dalam masyarakat
dengan bijaksana tanpa rasa was-was dan teragak-agak selagi ia
tidak menyalahi syara’ dan adab kemasyarakatan.

Kita perlu mengikis perangai tidak berdisiplin dan tidak
bertanggungjawab dalam fe’el setiap aktivis. Setiap aktivis  perlu
mempunyai sifat amanah dan memulihara hak orang lain
dengan penuh teliti. Setiap tanggungjawab yang dipikul perlu
disempurnakan dengan bersungguh-sungguh betapa kecil
sekalipun.

Tingkahlaku yang menunjukkan unsur elitisme perlu dikikis.
Dalam erti kata lain sikap untuk bersedia bergaul dan berinteraksi
dengan golongan marhaen, tidak hidup dalam gaya yang elitis
dan tidak terpisah dari khalayak rakyat perlu dihayati sepenuhnya.
Pokoknya kehidupan yang cukup sederhana dan senang didekati
masyarakat adalah sifat diri aktivis yang diperlukan.

132

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Dalam masa yang sama setiap percakapan kita hendaklah
benar dan lurus. Walau apapun yang dibicarakan perlu ada
sikap berterus terang dan tidak berselindung untuk menutup
kelemahan dan kesalahan. 

Membicarakan sesuatu dengan penuh bertanggungjawab
dan memenuhi setiap janji dan cuba mengikis sifat mencari-cari
alasan untuk tidak menunaikan hak adalah sifat mulia yang perlu
diserlahkan. Sifat diri ini akan mengukuhkan integriti seseorang
aktivis dalam kacamata masyarakat.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada
Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah
memperbaiki amalan-amalanmu”Al Ahzab: 70-71

Sabda Baginda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya
berkata benar itu menunjukkan ke jalan kebaikan, dan
sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga.

133

Inilah
Perjuanganku

Sesungguhnya seseorang itu hendaklah berkata benar
sehingga ditulis disisi Allah sebagai orang yang benar.
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud).

Setiap aktivis  juga perlu mempunyai dinamisme dan aktivisme
yang segar dan subur. Daya bertindak dan daya menyumbang
harus menjadi sifat diri yang terserlah pada setiap masa. Mereka
harus sentiasa aktif dan proaktif dalam kehidupan. Mereka perlu
mengamalkan sikap mendahului dalam melakukan khidmat dan
kebajikan kepada orang lain. Malah seorang aktivis siapsiaga
membantu dan melakukan kebajikan pada bila-bila masa dan
ketika.

Kami juga sering mengulangi 4S dalam diri setiap
aktivis  yakni SIMPLICITY (kesederhanaan), SELF DENIAL
(menghindari diri dari hidup selesa), SACRIFICE (pengorbanan)
dan SUFFERING (sanggup menghadapi penderitaan). 

Sifat-sifat ini bagi kami adalah antara sifat pejuang yang akan
mengelak diri dari tercicir dan meninggalkan perjuangan.  Dalam
hal ini sifat-sifat tersebut perlu dipupuk dengan sabar dan tekun
sehingga ia menjadi sebati dalam kehidupan seharian para aktivis. 

Ertinya jangan ada yang leka dengan keselesaan hidup
sehingga ia terperangkap dalam kenikmatan yang menghalang diri
dari terlibat dalam perjuangan.  Aktivis tidak sepatutnya ghairah
untuk mendapat habuan pangkat dan gelaran, tidak gila anugerah
dan hadiah, tidak ambil pusing sanjungan dan keistimewaan dan
tidak kisah dengan kesenangan dan keselesaan duniawi. 

134

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Apa yang menjadi tumpuan hidupnya ialah agar redha Allah
SWT sahaja yang menjadi idamannya. Kami menyarankan agar
setiap aktivis  menjalani introspeksi dan muhasabah yang intensif
pada diri masing-masing pada setiap kesempatan. Disatu pihak
kita perlu belajar (learn), di pihak yang lain kita perlu belajar
semula (relearn). 

Dalam ertikata lain perlu ada suatu proses mengkondisi
semula hidup setelah  diperangkap dengan budaya hidup cinta
benda, cinta keselesaan dan cinta dunia yang keterlaluan.  Setiap
tingkahlaku pada setiap waktu perlu melalui proses pembaikan.
Sifat positif  perlu diterapkan iaitu menepati masa, cukup
berdisiplin, kebolehpercayaan, tawadhu’, inisiatif diri dan peka
terhadap masalah umat. 

Manakala sifat negatif berikut perlu dikikis iaitu kejahilan,
egoistik, mengejar pujian dan keselesaan yang melekakan,
menangguh-nangguh kerja, tidak ambil tahu, tidak berfikir,
menerima membuta tuli, tidak asertif, bergantung kepada
bantuan, penting diri dan mengambil kesempatan.

Sebagai seorang aktivis perlu sentiasa memberi inspirasi
kepada rakyat marhaen, dan mencetuskan daya bertindak
dikalangan masyarakat. Dalam hal ini diri aktivis yang perlu
menjadi pendorong terkuat untuk menggerakkan umat ke arah
perubahan. 

Seorang aktivis perlu mampu memberi arahtuju kehidupan
yang baharu kepada umat, merangsang rakyat untuk berpartisipasi
secara aktif dalam proses perubahan, menzahirkan komitmen dari
masyarakat dan melahirkan keluarbiasaan untuk bertindak bagi
setiap individu yang direkrut dalam perjuangan ini.

135

Inilah
Perjuanganku

Demikianlah pandanganku untuk mewujudkan sebuah
gerakan aktivis yang dinamik, terhormat dan berkesan. 
Aku menyeru agar semua yang mahu turut bergiat dalam
perjuangan  memahami wasilah ini dengan jelas dan mendalam.
Sesungguhnya tugas ini amat berat dan penuh risiko. 

Aku mengundang sesiapa sahaja yang ikhlas untuk berjuang
membawa perubahan Islamiyyah kepada umat. Aku menyarankan
kesediaan setiap individu untuk menjadi pendokong serius kepada
wasilah ini agar terus komited dan istiqamah untuk menyebarkan
dan meninggikan “Kalimatullah Hiyal ‘Ulya”. Tiada yang
diharapkan melainkan keredhaan Allah SWT jua. 

Aku akan terus dirangsang oleh daya juang dan iltizam
Baginda Rasulullah SAW. “Demi Allah, wahai pamanku, kalau
mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar
aku meninggalkan urusan kerja perjuangan ini, aku tidak akan
meninggalkannya sehingga Allah memberi kemenangan kepadaku
atau aku binasa kerananya”.

136

BAB 10

Erti Negara
Yang Rosak

INILAH
PERJUANGANKU

Aku telah menjelajah ke banyak negara berkonflik.
Melihat kepada tahap uruskelola negara ternyata aku
dapat merasai dan melihat erti sebuah negara yang rosak.
Paling utama adalah korupsi dan selanjutnya ialah pembangunan
dan pengurusan prasarana asas untuk rakyat. Selebihnya dapat
dibayangkan jurang kaya miskin yang sangat besar, pengangguran,
kualiti pendidikan dan kesihatan yang rendah.

Aku bertanya “Kenapa semua ini berlaku?”. Jawapannya ialah
kepimpinan negara berada ditangan mereka yang rosak.  Dalam
perjalanan sejarah, yang pasti, status sesebuah negara sentiasa
berputar. Dari kemunduran kepada kekayaan tetapi kembali rosak
dan menjadi mundur semula.

Dalam dunia moden ada gelaran negara gagal (failed state)
dan negara lemah (weak state). Sementara itu ada kategori negara
mundur, membangun dan maju. Ditambah lagi ada negara
pertama dan negara ketiga.

Semua ini adalah tanda ukuran sesebuah negara itu berjaya
atau sebaliknya.  Walaupun ramai tidak bersetuju dengan kriteria
itu namun terminologi itu diguna dalam setiap perbahasan
antarabangsa bila mengukur gagal atau berjaya sesebuah negara.

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Ciri sebuah negara yang diistilahkan maju atau mundur
diukur dengan pelbagai ukuran. Antara ukuran itu termasuk
KDNK (GDP), pendapatan per kapita, tahap literasi, morbiditi
dan kadar kelahiran.

Akan tetapi ada pengukuran yang lain yang menjadi lebih
diperhitungkan. Ia adalah ketelusan, integriti, keadilan sosial,
kebebasan dan urustadbir.  Sesungguhnya sejarah jatuh bangun
sesebuah negara bergantung kepada ukuran yang berkaitan
dengan kriteria-kriteria ini. Kemajuan ekonomi dan prasarana
tidak bermakna jika ketelusan tidak dipelihara, integriti punah,
keadilan sosial tidak terjamin,  kebebasan dibendung dan
urustadbir musnah. 

Lebih asasi lagi, walaupun negara dikategori sebagai maju
namun jika akhlaq dan nilai manusianya tidak dipelihara, ia
tidak samasekali dikira sebagai negara maju. Negara itu akan jauh
dari ciri “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”.
(Negara yang baik dan mendapat penggampunan Tuhan) tidak
mungkin boleh dicapai jika nilai keinsanan warga negara itu
sendiri berada ditahap paling rendah.

Ciri yang sangat penting diukur ialah tahap ketelusan
(transpirancy) dan urustadbir (governance). Antara yang diukur
ialah insiden korupsi. Kriteria ini diukur dengan indeks persepsi
rasuah terhadap sektor awam oleh pakar dan eksekutif perniagaan.

Ternyata banyak pemimpin negara sering memberi
respon kritikal kepada pengukuran korupsi yang dikeluarkan
oleh Transpirancy International kerana ia memberi impak kepada
persepsi dunia kepada negara berkenaan. Dengan itu jika persepsi

139

Inilah
Perjuanganku

rendah tahap kepercayaan dan keyakinan terhadap negara
berkenaan akan terjejas.

Dengan indeks korupsi, sesebuah negara diletak pada tangga
tertentu dalam senarai negara-negara diseluruh dunia. Kombinasi
13 survei dan penilaian korupsi dikumpul oleh institusi-institusi
yang berwibawa dan bereputasi. Kemudian masing-masing negara
diberi angka Indeks Persepsi Korupsi (Corruption Perception
Index).

Sebuah negara yang gagal ialah bila kondisi asas dan
tanggunghawab kerajaan yang berdaulat tidak lagi berfungsi
dengan sempurna. Ada negara yang juga disebut negara rapuh
(fragile state)  dan negara yang runtuh (collapse state).

Sebuah negara yang stabil memerlukan kerajaan yang
berkesan dan absah dari segi undang-undang (legitimate).
Demikian bila sesebuah negara itu lemah, kondisi hidup rakyat
menurun dan berkemungkinan sebuah kerajaan itu jatuh.

Tatkala berlaku kehilangan autoriti yang absah sebuah
kerajaan sehingga tidak berupaya membuat keputusan kolektif
yang kukuh maka tanda kerajaan itu lemah dan gagal akan mulai
dilihat dalam melakar dasar dan implementasi dasar.

Sifat negara yang lemah ialah bila kerajaan pusatnya tidak
berupaya dan sangat tidak efektif untuk membuat polisi dasar
dan tidak mampu memberi khidmat awam yang baik. Jika ini
berlaku berleluasalah korupsi, jenayah, campurtangan politik
dalam pentadbiran yang terlalu mendalam, aliran rakyat keluar
negara, kejatuhan ekonomi dan penglibatan tentera dalam urusan
rakyat.

140

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Inilah yang sedang disaksikan dibeberapa negara didunia
sekarang. Bukan sahaja di Asia Barat malah juga di negara Barat.
Ternyata legitimasi kerajaan dipersoalkan bila banyak isu rakyat
tidak dikendalikan dengan betul.

Persoalan utama ialah maju-mundur atau berjaya-gagal
sebuah negara sangat bergantung bukan sahaja kepada kehendak
politik malah kejujuran politik. Pemimpin yang ditolak rakyat
adalah petanda suatu perubahan yang berani perlu digerakkan.

Kini cabaran mengurus tadbir negara sangat rumit. Dunia
terbuka menyebabkan rakyat akan terdedah kepada pelbagai
kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan kerana rakyat
marah kepada pemerintah.

Bagaikan ular sawa yang nyenyak tidur tetapi tatkala bangkit
dari tidur amukkannya tidak terkawal. Pada hakikatnya negara
adalah amanah dari rakyat. Tiada rakyat, tiada negara. Manakala
negara disalahurus dan menuju ke arah kegagalan, rakyat harus
membuat penentuan.

Urustadbir negara sedang diperhati rakyat dengan sangat
kritikal. Jika rakyat semakin resah, persoalan kehidupan harian
semakin sempit, negara menjadi medan pelbagai pihak bertindak
untuk menjaga kepentingan masing-masing. 

Pandemik Rasuah

Aku pernah mengadakan perbincangan mengenai isu rasuah dan
salahguna kuasa. Sememangnya punca utama kerosakan sebuah
negara adalah rasuah. Lalu aku menulis judul pandemik rasuah.

141

Inilah
Perjuanganku

Pandemik berbeza dengan epidemik.Epidemik iaitu penyakit
yang merebak setempat disatu negara atau satu rantau.Pendemik
pula merebak keluar sempadan, merentas banyak negara malah
merentas diseluruh benua diseluruh dunia.

Rasuah adalah pandemik iaitu virus sosial yang merentas
sempadan diseluruh dunia. Sehingga ini tidak nampak virus
rasuah boleh dirawat sepenuhnya oleh banyak negara. Tidak ada
negara yang sifar rasuah. Yang jelas rasuah hampir dikatakan
mustahil dihapus dimana sekalipun. Hanya kadar atau skalanya
sahaja yang berbeza. Ada negara yang tinggi, ada yang rendah.
Ada yang jelas, ada yang terselindung 

Mengikut Transperancy International (TI), sebuah agensi
yang memantau dan mengumpul maklumat mengenai tahap
rasuah, setiap negara diukur dengan indeks persepsi rasuah (CPI).
Ternyata tidak ada negara yang terkecuali dari rasuah. Rasuah
adalah pandemik yang merentas sempadan, bangsa dan penganut
agama. 

Rasuah tersalur melalui pelbagai bentuk. Rasuah perniagaan,
rasuah politik, rasuah pengurusan, rasuah pangkat dan gelaran.
Rasuah kini seolah sesawang yang menjalar kesemua sektor:
pengurusan awam, politik, perdagangan, hiburan, keushawanan,
pengurusan institusi kewangan, pengurusan alam, pendidikan,
hiburan, sukan, malah media.

Sejarah rasuah seumur dengan kejadian insan. Ia ada
sejak terciptanya Adam. Syaitan mengguna senjata merasuah
bahagia palsu kepada Hawa dan Adam. Pujukan syaitan telah
menggoda keduanya hingga tertipu dengan rasuah kebahgiaan

142

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

yang sebenarnya suatu kemungkaran. Semenjak itu yang paling
merosakkan manusia berasal punca dari bisikan dan godaan
syaitan. Yang mudah dibisik dan digoda dikalangan manusia
oleh syaitan yang menghembuskan kesenangan wang dan harta
melalui jalan pintas iaitu rasuah.

Dengan sebab itu rasuah menjadi virus yang paling
mudah tersebar untuk merosakkan seseorang insan sehingga
boleh memporak-perandakan keluarga, menggugat keselamatan
awam, menghancurkan alam dan negara. 

Bermula dari seorang individu, virus rasuah menjalar kepada
masyarakat sehingga merasuk kepada mereka yang berpangkat
dan berkuasa. Pada tahap ini skala rasuah membesar ketahap
diluar gambaran orang biasa. Dari wang jutaan malah bilion
ringgit sehingga harta lumayan,  yang mahu mengecapi syurga
dunia dengan pantas melalui rasuah.

Cepat tergoda dan ternoda untuk mendapat sesuatu yang
diidamkan melalui rasuah menjadi perangkap kepada mereka
yang mudah terpancing dengan keselesaan sesaat dan kesenangan
sebentar.

Pancingannya mudah. Wang, harta, wanita, percutiaan,
pangkat, gelaran, pengiktirafan, keselamatan. Semuanya adalah
umpan yang sukar ditolak. Tidak ada pelitup muka mahupun
penjarakkan sosial yang boleh melindungi virus rasuah.

Rasulullah s.a.w menyatakan kalimah ar-rosyi (pemberi) dan
murtasyi (penerima) rasuah. Kedua-duanya dilaknat (finnar -
dalam neraka). Dua watak inilah yang merupakan sumber rasuah.
Walau apa pun darjatnya, walau apa pun alasannya. 

143

Inilah
Perjuanganku

Islam berpandukan ukuran piawai dalam mencegah rasuah.
Iaitu ukuran harta dari hasil rasuah yang diguna boleh mendarah
daging dalam tubuh seorang penerima sehingga menjalar
dalam makan minum isteri dan anak.Jika hasilan rasuah berada
dalam tubuh ahli keluarga, ia bakal akan menjejaskan kesucian
kehidupan selama bergenerasi yang akan berhujung di neraka. 

Bermakna lebih parah dari Covid-19 kerana coronavirus ada
tempuh hayat dan boleh dibunuh dengan vaksin. Akan tetapi
virus rasuah menjalar kedalam sistem kehidupan: ekonomi,
budaya, pendidikan, pengurusan negara. Ia boleh berlanjutan
merentas generasi.

Malaysia mendudukki tangga ke 51 dari 180 negara. Sebaris
Rwanda, Granada, Itali dan Arab Saudi dalam Indeks Persepsi
Rasuah mengikut laporan TI tahun 2019. Sepuloh negara teratas
paling sedikit rasuah, tidak ada negara Islam. Ditangga  pertama
New Zealand dan ke sepuloh Jerman. Pada 2019, negara paling
teratas sangat minima kes rasuah adalah negara bukan Islam,
New Zealand. Paling terbawah yang sangat tinggi kes rasuah ialah
negara Islam iaitu Somalia.

Demikian semak realitik yang sangat memedihkan hati umat
Islam. Penyuap dan penerima suapan nampaknya berleluasa di
negara umat Islam. Kenapa ini boleh berlaku? 

Memang rasuah sukar dibukti kerana antara penyuap dan
penerima suapan saling merestui. Bagaimana transaksi antara
pemberi dan penerima rasuah berlaku. Mungkin ada yang boleh
dikesan seperti pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa yang
diheret ke mahkamah. Ada yang terhukum ada yang terlepas

144

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

kerana tidak cukup bukti. Namun antara keduanya, tahu benar
apa yang berlaku.

Antara pemberi dan penerima rasuah, pemberi rasuahlah
yang lebih tahu tujuan rasuah. Kerana ada habuan yang ingin
diperolehi dengan cara mudah. Penerima hanya pihak yang
mengambil kesempatan untuk mencari jalan pintas meraih
keuntungan mudah walaupun ada yang beralasan keadaan yang
mendesak telah menyebabkan rasuah tidak dapat ditolak.

Singapore berada ditangga keempat teratas sangat rendah
indeks persepsi rasuah. Bila ditanya bagaimana ia mencapai
status itu, sebab pemerintahnya membulatkan tekad tidak akan
berkompromi dalam rasuah, kecil atau besar. Bermakna pemberi
dan penerima rasuah tidak akan terlepas, tidak kira siapa.

Jika rasuah adalah seumpama pandemik koronavirus yang
merebak merentas sempadan, maka pandemik rasuah ini punya
keupayaan yang sukar dibendung, kerana ia hanya punya vaksin
dari dalam sistem atau ekologi yang dikawal kuat oleh integriti
setiap individu semada Menteri, ketua pentadbiran kerajaan atau
pengurus media. 

145

Sebuah negara yang
gagal ialah bila kondisi
asas dan tanggunghawab
kerajaan yang berdaulat
tidak lagi berfungsi dengan
sempurna. Ada negara
yang juga disebut negara
rapuh dan negara yang

runtuh.

BAB 11

Bila Umat
D i k h i a n at i

INILAH
PERJUANGANKU

Melihat kepada kondisi umat Islam yang semakin tenat,
tidak dapat dihindar dari mengakui bahawa nyawa
umat sedang bergelut dihujung tanduk. Memang
benar umat sedang mengalami ciri terpenggun dengan kuantiti
tetapi melutut dari segi kualiti. Ciri “kaghu saa issail”
(bagaikan buih) nampaknya sedang menjadi ciri umat. Natijahnya
umat terus diperkosa, dihina, diperalat dan diperkuda serta
dizalimi sehingga hilang daya kepimpinan untuk meneraju dunia
jauh sekali menentukan order dunia.

Kemelut paling berat ialah perpecahan umat dalam senario
yang sangat mengkhuatirkan. Perpecahan politik dan kepincangan
kepimpinan menjadi paling merunsingkan. Hampir tidak ada
titik temu bila satu parti politik bertelagah dengan lawan. Khianat
menjadi lazim dalam kepimpinan politik.Politik dari organisasi
antarabangsa seperti OIC hingga kepada persatuan akar umbi,
politik menjadi alat perpecahan kerana masing-masing ghairah
mengejar kuasa.

Tidak kurang parah ialah perpecahan golongan agamawan.
Dengan alasan masing-masing, umat diheret dalam khilaf yang
berpanjangan sehingga umat dilagakan dengan sangat tajam.
Lewat kuliah dan ceramah mereka melampias hujah menyerang
agamawan yang lain, lalu mengheret pengikut bertelagah sehingga
pecah keperingkat sesama anggota keluarga.

Menongkah Arus,
Menerjah Limitasi

Umat juga tersepit dengan pertelagahan antara ideologi dan
fahaman pemimpinmasing-masing. Malangnya umat diperkuda
oleh fahaman ideologi yang tajam. Perpecahan ideologi membawa
negara Islam bertembung dengan negara lain. Walhasil, seluruh
sumber negara disalurkan kepada industri persenjataan lalu semua
persengketaan berakhir dengan peperangan dan kemusnahan.
Persempadanan negara menjadi pokok konflik bukan sahaja
didarat malah juga dilaut dan diangkasa lepas.

Tidak cukup dengan keadaan yang parah itu, perpecahan
nasionalisme perkauman dipanaskan sehingga persaudaraan Islam
diketepikan. Lalu sentimen xenofobia (benci pendatang) dibakar
dikalangan masyarakat. Lalu muncul kebencian meluap-luap
hanya kerana berlain kaum dan berbeza warga negara.

Dalam keadaan perpecahan ini, akibatnya, hegemoni kuasa
luar keatas negara umat Islam (ulahan Zionis antarabangsa)
dicatur dengan agresif. Akhirnya umat menjadi mangsa kepada
kuasa luar sehingga hilang kedaulatan tanah air sendiri. 

Malang sekali perpecahan kerana fanatik kelompok turut
memeriahkan lagi keretakkan umat. Perpecahan akibat feudalisme
(patuh membuta tuli) seharusnya menyedarkan umat agar lebih
berhati-hati ketika bermatian mempertahan seorang pemimpin
atau kelompok sendiri.

Untuk merumitkan lagi perpecahan, umat disalut
faham  sekularisme dalam agama yang menyebabkan umat Islam
dipisahkan dari Islam yang syumul. Akibat perpecahan pelbagai
aras diatas, berikut adalah natijah yang terpaksa diterima oleh
umat walaupun pahit.

149

Inilah
Perjuanganku

Dalam keadaan sekritikal inilah kita menyaksikan
kebobrokan penguasa negara umat Islam yang mendakwa mereka
pemimpin ummah. Sejak para penguasa 57 buah negara anggota
dalam OIC bertempur sesama sendiri, realiti umat yang kita saksi
kini sangat mengecewakan.

Percaturan dari makar jahat zionis Israel dan Amerika sedang
melagakan antara pemimpin Arab. Bermula “Arab Spring 2011”
digagalkan, satu demi satu negara Islam diporak-perandakan:
Iraq, Tunisia, Mesir, Yemen, Syria, Libya, Lebanon, Afghanistan.
Arab Saudi merelakan diri diperkuda oleh Amerika, mengguna
kekayaan minyak untuk membeli Usd 100 bilion senjata dari
Amerika. Lalu membiaya kejatuhan pemimpin dan menghantar
tentera untuk memusnahkan Yemen, Syria, Mesir dan Libya.

Kini Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa benar-benar
terancam. UAE dan Bahrain mengadai maruah dan mengkhianati
perjuangan Palestin. Malah menjual diri untuk diperkuda.Dahulu
pemimpin Arab berkomplot dengan British untuk menjatuhkan
kerajaan Uthmaniiyah. Kini sekali lagi mereka berkonspirasi
dengan Amerika dan Zionis Israel untuk mengkhianati seluruh
umat Islam.

Sasaran satu demi satu pemimpin Arab diperkuda dan
menjadi alat propaganda zionis sedang beroperasi. Palestin tinggal
nyawa-nyawa ikan. Pelan pengilhakkan (annexation plan) 30%
baki tanah diTebing Barat Palestin akan diteruskan. Matlamat
akhir Yahudi adalah mengambilalih Masjid Al Aqsa, sementara
Gaza terus dikepung dan dibantai, Tebing Barat Palestin ditindas
semahunya oleh tentera zionis.

150


Click to View FlipBook Version