The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KTEDPG SEJARAH, 2022-12-15 12:59:01

EBOOK SEJARAH ISLAM SEMESTER 2

EBOOK SEJARAH SEMESTER 2

AL-KHWARIZMI

NAMA SEBENAR AL-KHAWARIZMI IALAH
MUHAMMAD IBN MUSA AL-KHAWARIZMI.
SELAIN ITU BELIAU DIKENALI SEBAGAI
ABU ABDULLAH MUHAMMAD BIN AHMAD

BIN YUSOFF. AL-KHAWARIZMI

Bertindak mengemaskinikan sistem

perpustakaan d
engan menambah

indeks buku-buku di perpustakaan,

mengetuai serta mengawasi kerja

penterjemahan buku-buku

matematik dalam bahasa Yunani

127


IBN SINA

Nama beliau adalah Al-hussin Bin Abdullah

Bin Hassan.Beliau dikenali sebagai

"Avicenna" di barat,di lahirkan pada 370

H/980M di Afsyanah

Bukhori,Turkistan.Setelah bapanya

meninggal dunia,beliau berpindah ke

Khowarizmi,Jurjan,Raya dan

Hamadan.bertugas sebagai pakar

perubatan dauliyah raya dan penasihat

agong Amir A'la Al-Daulah di

Asfahan.meninggal dunia pada tahun

428H/1037M.

128


Sumbangan

Ibn Sina merupakan individu terawal yang
mengemukakan teori-teori anatomi dan
fisiologi. Teori-teori ini yang terdapat di
dalam buku beliau menggambarkan analogi
manusia terhadap negara dan mikro kosmos
(dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai
makro kosmos (dunia besar). Misalnya,
digambarkan bahawa syurga kayangan adalah
bulat dan bumi adalah persegi. Dengan
demikian, kepala itu bulat dan kaki itu empat
persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan
dalam setahun. Dengan itu, manusia memiliki
empat tangkai lengan (anggota badan) dan
mempunyai 12 tulang sendi. Hati adalah raja
tubuh manusia, sementara paru-paru adalah
menterinya. Leher merupakan jendela badan,
manakala hempedu sebagai markas pusatnya.
Limpa dan perut sebagai bumbung sementara
usus merupakan sistem komunikasi dan
sistem pembuangan. Semua teori ini dilihat
dalam karya-karyanya serta membantu beliau
dalam pengetahuan jantung manusia.

129


AL-GHAZALI

Al-Ghazāli dilahirkan pada tahun 450H./950M.
di sebuah kampung bernama Ghazalah iaitu
sebuah kampung di pinggir Kota Tūs sebuah
daerah dalam wilayah Khurasan. Nama
sebenar beliau ialah Abū Hāmid Muhammad
Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Ahmad
al-Ghazāli al-Tūsi. Gelaran Abū Hāmid di
permulaan namanya adalah dinisbahkan
kepada anak lelaki beliau yang meninggal
dunia ketika masih bayi. Namun begitu
terdapat di kalangan sarjana yang mengatakan
bahawa gelaran tersebut (Abu Hāmid) adalah
panggilan semata-mata kerana beliau tidak
mempunyai anak lelaki.

130


Sumbangan

Sepanjang hidupnya, beliau telah

menghasilkan banyak penulisan dalam

pelbagai bidang khususnya falsafah, ilmu
kalam, tasawuf, usul al-fiqh dan

sebagainya. Terdapat di kalangan sarjana

yang mengatakan bahawa karya al-

Ghazāli mencecah sehingga 400 buah.

Namun begitu, Sulayman Dunya

mencatatkan sehingga 56 buah sahaja di

dalam “Muqadimah Fadhilah”, kata

pengantar tentang kitab Faysal al-

Tafriqat. Manakala Dr. Badawi Tabādanah

dalam kata pengantarnya tentang Ihyā’

Ulūm al-Din mencatatkan sehingga 62

buah. Selebihnya mungkin hilang atau

dibuang ke dalam sungai Tikrit ketika

serangan Monggol ke atas dunia Islam

pada abad ke-13 Masihi.

131


Abdul Salam Yusuf dalam bukunya


Imam al-Ghazāli: Pendidikan


Berkesan menyatakan gaya dan


struktur penulisan al-Ghazāli


terbahagi kepada dua bentuk iaitu


yang bercorak ilmiah dan bercorak


umum. Karya yang bercorak umum


ini menggunakan gaya bahasa dan


huraian yang agak mudah dan sesuai


ditujukan kepada masyarakat yang


tidak sempat untuk mengikuti


pengajian di peringkat tertinggi.


Karya-karya tersebut lebih


tertumpu kepada dalam asas-asas


keagamaan dan akhlak seperti


Bidayah al-Hidayah dan Minhaj


al-‘Abidin.

132


IBN KHALDUN

BIODATA IBNU KHALDUN.



1) Riwayat hidup ibnu khaldun.



a) Nama sebenar ialah abdul Rahman bin
Muhammad bin Muhammad.



b) Dilahirkan pada tahun 732 hijrah/1332 masihi di
Tunisia.



c) Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama
tempat kelahirannya di kawasan khalduniyah di
Tunisia.


d) Keturunan arab yaman.


e) Bapanya adalah seorang sarjana.


f) Meninggal dunia pada tahun 808 hijrah/1406
masihi di kaherah, mesir ketika usia 87 tahun.


g) Dikebumikan diluar babun nasr, iaitu
perkuburan ahli sufi.



13
3


1) Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran yang amat bernilai kepada

tamadun manusia:

a) Berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan

pendidikan dalam karyanya.

b) Memberi idea dan penduan terbaik tentang asas

penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas


kombinasi keunggulan rohani dan jasmani.
c) Pelapor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik,


ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
d) Karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan


perkembangan rohani akal dan akhlak.
e) Karyanya dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang telah


dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana.
f) Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema seminar,

bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis


diperingkat pengajian tinggi.

) Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sejarah:

a) Seorang filosof sejarah terkenal
b) pengasas ilmu filososf sejarah.
c) Membetulkan fakta salah yang diselewengkan


oleh ahli sejarah barat.
d) Berpendapat sejarah dan peristiwa sejarah

adalah sebagai satu ilmu yang berdasarkan kajian


nyata, bukan khayalan atau dongengan.
e) Hasil karyanya yang terkenal di barat dalam

bidang sejarah ialah al-muqaddimah dan al-ibar.

13

4


2.4 penerokaan

2.4.1 Sumbangan al-Mas'udi
2.4.2 Sumbangan Ibn Majid




2.4.3 Sumbangan Ibn Battutah


Sumbangan al-Mas'udi

Sumbangan al-Mas’udi Dalam Bidang Geografi

~Sumbangan beliau tidak terbatas dalam satu bidang sahaja
tetapi dalam banyak bidang termasuk astonomi, sejarah,
geografi kemanusiaan dan fizikal.

~Karyanya Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir
dianggap sebagai ensiklopedia geografi yang terawal. Kajiannya

menggabungkan ilmu geografi dan dislipin sejarah agar ia
menjadi lebih menarik.

~Beliau membuat kajian tentang tanah fay’ dan mengkaji
perbezaan aspek wilayah. Beliau juga pernah mengkaji flora

dan fauna

~Beliau juga Berjaya mengupas secara terperinci kawasan-
kawasan di India seperti Makram, Sind dan Pantai Barat
India standing dengan apa yang dihasilkan oleh Ibn
Kurdabih dan Istakri.

135


Sumbangan al-Mas'udi

Sumbangan al-Mas’udi Dalam Bidang Pelayaran

~Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang pelayaran. Al-
Mas’udi menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab
melalui pantai Afrika yang dinyatakan dalam buki beliau, Muruj al-

Dhahab.

~Al-Mas’udi telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pelaut-pelaut dan ahli-ahli pelayaran tentang kekeliruan
mereka dengan nama-namasungsi yang dilalui oleh mereka dalam

pelayaran.

136


Sumbangan Ibn Majid

1. Sumbangan pelayaran dalam penghasilan karya
Sumbangan Ibnu Majid dalam bidang pelayaran ialah penghasilan

karya. Beliau merupakan tokoh Islam terawal yang menulis
tentang ilmu Kelautan. Antaranya karya beliau yang paling
terkenal ialah Kitab al-Fawaid fi usul ilmi al-Bahr wa al-Qawaid
yang mengandungi segara pengembaraan beliau. Karya ini
menceritakan tentang pedoman tentang prinsip, kaedah dan
faedah ilmu pelayaran dan Kitab ini diterbitkan pada 1490M.



Terdapat beberapa karya lain iaitu Kitab Hawiyat al-ikhtisar fi
Usul Ilm al-Bihar, Kitab Al Urjuzah al-u’aarabah (pelayaran di
Teluk Aden, Yaman), Kitab urjuzah Bir al-Arab (pelayaran di
sepanjang Pantai Laut Arab dan Teluk Parsi), Kitab Qadimah
Makiyyah (Laut Merah dari Jeddah ke Tanung Fartak, Calicut,

Daibul, Gujerat dan Hormuz), dan Kitab Kanz al-Mu’alimah

137


Sumbangan Ibn Majid

2. Sumbangan pelayaran dengan menjadi Jurupandu Vasco da
Gama

Selain itu, sumbangan beliau dalam pelayaran ialah menjadi
jurupandu. Pada tahun 1498M, Ibnu Majid pernah menjadi
jurupandu kepada Vasco da Gama yang belayar dari Malindi
(pantai timur Afrika) hingga ke Kalikut, India. Orang Portugis
menggelarnya sebagai Malemo Canaqua. Dengan bantuannya,
ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi dengan

mudah.
Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa
bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan
untuk tiba sehingga mengalami kebuluran. Bukan itu sahaja, beliau
ini turut mencatatkan tentang laluan Lautan Hindi, pengenalan
sepuluh buah pulau termasuk Pulau Jawa, Sumatera dan Sri langka.

138


Sumbangan Ibn Majid

3. Mengatasi masalah yang wujud dalam kalangan pelayar
Seterusnya, sumbangan Ibnu Majid ialah mengatasi masalah yang

wujud dalam kalangan pelayar. Segala catatan pelayaran Ibnu
Majid telah membantu menyelesaikan kekeliruan yang dialami oleh
pelayar tentang nama-nama laut. Beliau turut memberi gambaran

jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China Selatan dan
laluan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Ibnu Majid turut memberi panduan tentang
penggunaan peralatan pelayaran seperti kompas. Kompas yang
mempunyai 32 arah agin telah tersebut dicipta oleh beliau. Beliau
turut menulis berkaitan kedalaman laut, kawasan-kawasan pantai,
batu karang, pulau-pulau, pelabuhan agin dan semua maklumat

penting yang diperlukan oleh ahli pelayaran.

139


Sumbangan Ibn Majid

4. Sumbangan Ilmu dan legasi dalam bidang pelayaran.
Di samping itu, sumbangan beliau turut meninggalkan Ilmu dan
legasi dalam bidang pelayaran. Ini kerana karya-karya Ibnu Majid
memberi impak dan pengaruh besar dalam dunia pelayaran sama ada
di dunia Islam mahupun Barat. Pelayaran beliau menjadi inspirasi
dan semangat bagi para pelayar Islam pada zamannya kerana pada

zaman sebelumnya tidak ramai pelayar Arab yang berani
mengharungi wilayah yang lebih jauh dari kawasan Laut Merah.

Bukan itu sahaja, Vasco Da Gama telah memanfaatkan
pelayarannya bersama Ibn Majid dengan menghasilkan lakaran
laluan laut antara Eropah dengan India. Tidak hairanlah jika
sejarawan Eropah menganggap beliau sangat berjasa dalam dunia
pelayaran Eropah dan malah mengatakan misi Vasco Da Gama tidak
akan berjaya tanpa ilmu pelayaran yang dirintis oleh Ibnu Majid.
Kitab al-Fawaid fi usul ilmi al-Bahr wa al-Qawaid Ibnu Majid telah
diiktiraf sebagai buku terpenting pada zaman Renaisance dan

sebelumnya.

140


Sumbangan Ibn Majid

5. Sumbangan catatan aspek kehidupan masyarakat
Selanjutnya adalah sumbangan beliau dalam catatan aspek
kehidupan masyarakat yang dilawati. Catatannya berkaitan dengan
Kepulauan Nusantara adalah menyentuh tentang aspek politik,

sosiobudaya, ekonomi, agama dan alam sekitar.

6. Sumbangan dalam geografi
Selanjutnya adalah sumbangan beliau dalam kajian geografi
fizikal iaitu satu bidang mengkaji geografi astronomi tentang
planet, alam semesta dan hubungan antara budayanya. Selain itu,
beliau turut tertumpu pada aspek geomoforlogi yang menyentuh
tentang aspek dan teori kejadian bentuk-bentuk muka bumi dan

sifat-sifat khusus sesuatu kawasan.
Beliau turut melahiran konsep-konsep tentang fenomena
astmosfera dan cuaca. Kajian beliau turut mengemukakan teori

pasang surut air dan sebagainya.

141


Sumbangan Ibn Battutah

1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan

●beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang
terkenal pada abad pertengahan. terkenal dalam kalangan
masyarakat antarabangsa. hasil pelayaran beliau banyak
memberikan pendedahan kepada masyarakat dunia dalam pelbagai
aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan

di India : beliau memfokuskan tentang: kepelbagaian
kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee (adat
membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu)dan
kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di India untuk
upacara penyucian diri. dari aspek yang lain : beliau mengupas isu
kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara di

Asia Tenggara, China dan lain-lain

142


Sumbangan Ibn Battutah

2. Gambaran umum tentang negara Islam



●Beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa
pemerintahan Muhammad Tughliq (era Kesultanan Delhi),
Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara Maldives. catatan

pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal
seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz

dan Isfahan

●Beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang

dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram, Kaabah, makam para
imam. hasil pelayaran ini memberikan gambaran perkembangan

yang berlaku di negara-negara Islam

143


Sumbangan Ibn Battutah

3. Kepentingan karya al-Rihlah

●Beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab

Tuhfat al-Nazar. kitab ini lebih dikenali sebagai al-Rihlah Ibnu
Battutah. hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan

menjadi rujukan oleh sarjana sejarah di seluruh dunia

●Karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti

bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan sebagainya. karya
beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor
H.A.R. Gibb dikenali sebagai The Travels of Ibn Battutah

4. Motivasi kepada pelayar lain

●Kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan
kepada pelayar Islam yang lain untuk mengikut jejak
langkahnya. hasilnya : muncul beberapa tokoh baharu
seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-Mahri

●Contoh : pada tahun 947 – 973 Masihi : Ibnu Hawqal

telah belayar ke Afrika Utara, Sepanyol, selatan Sahara,
negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily

144


Sumbangan Ibn Battutah

5. Sumbangan dalam bidang geografi

●Sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam

disiplin ilmu geografi. beliau gemar mencatat keadaan geografi
kawasan yang dilawati

●Antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim

khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di Afrika Utara. catatan ini
dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan

untuk disinggahi oleh mereka
6. Sumbangan dalam bidang sejarah

●Beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara

yang dilawati. ketika sampai di negara tersebut : beliau berjumpa
dengan pemerintah, wazir dan pegawai tinggi

●Dalam catatan beliau : banyak dimasukkan fakta yang sahih dan

tepat serta disokong dengan sumber-sumber lain yang berkaitan.
di Kota Konstantinople : beliau mencatat keindahan kota itu yang

dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu,
kewujudan gereja besar seperti St Sophies. di Pasai, Sumatera

pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur dan

dipenuhi dengan pokok1k4ela5pa, cengkih dan gaharu


2.5 seni bina

Seni Bina di Andalusia pada abad
ke-13 masihi

Seni Bina di India pada abad ke-16
hingga ke-17 masihi


SEni Bina di andalusia

Pengenalan
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan
bangunan, reka bentuk, reka letak yang dibina oleh

manusia

Seni bina Islam merupakan gambaran dari sudut
agama, dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid,

madrasah, istana, pasar, dan rumah kediaman

Seni bina Islam merupakan gabungan unsur-unsur
daripada bangsa Parsi, Roman, Turki dan Byzantine
dan merupakan hasil usaha serta kreativiti orang
islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani

146


Masjid Cordova

Dibangun oleh Abdul Rahman I pada tahun 784
Ketinggian menara: 108 kaki

Dinding mihrab: diperbuat daripada emas
Pusat agama dan pendidikan utama

Menjadi model kepada masjid-masjid lain

147


Kategori Pembinaan
seni bina menara

Ciri-ciri
Seni Bina
Andalusia

Teknik Seni ukir
kepercayaan islam

148


SEni Bina di india

Pengenalan
Islam bertapak di India sejak abad ke-10 M
Selepas kemerosotan Kesultanan Delhi, muncul Kerajaan
Moghul (empayar yang diasaskan oleh Timurlank berkuasa di

India selama 3 abad.

Walaupun terjadinya pertembungan budaya antara
Islam dan budaya tradisional India, segala budaya
tempatan dapat diterima dengan mudah oleh Islam.

Maharaja Akhbar dan Syah Jahan merupakan
pemerintah yang aktif dalam menyumbang kepada

perkembangan Islam di India.
Kerajaan Moghul telah mencapai satu tahap

ketamadun yang tinggi.

149


1. Kategori seni bina 2. Pembinaan menara
Hasil seni bina: Menara ialah tempat

-Kesenian Granada muazzin melaungkan azan
(kesenian yang lahir di dan dibina tinggi dengan
maksud untuk memanggil
Granada) orang ramai melakukan
-Kesenian Mudejar sembahyang berjemaah di
(kesenian di luar Granada) masjid atau suara muazzin
itu kedengaran sampai ke

tempat jauh

3. Teknik kepercayaan 4. Seni ukir Islam
Dititikberatkan agar isi Turut berkembang pesat pada
bangunan lebih terdedah zaman pemerintahan kerajaan-
kepada pancaran cahaya kerajaaran islam di Andalusia.

yang tidak terik Ukiran-ukiran yang
mahupun tidak terlalu mempamerkan seni khat dan
corak geometri merupakan ciri
kurang sehingga utama seni bina di Andalusia.
menyebabkan ruang


dalam sesebuah
bangunan nampak muram.

150


Terletak 2.5 KM dengan Taj Mahal
Dipebuat drp bata tanah merah sms perintahan Maharaja Akhbar (8 thn)

Ditambahbaik oleh Maharaja Jahangir, Syah Jahan dan Aurangzeb
Ibu negara sms pemerintahan Maharaja Syah Jahan dan dipercayai lebih

3000 org pernah mendiami kubu ini.

Terdapat 4 pintu masuk, 2 drp-nya masih diguna sehingga
sekarang, iaitu :

Pintu Delhi 151 Pintu Amar Singh


Sikandra

Makam kepada Maharaja Akhbar
Dibina di dalam sebuah taman seluas 150 ekar tanah
Pintu utama diperbuat drp batu bata merah dan pintu gerbangnya

diperbuat drp kayu bermutu tinggi
Bumbung bagi pintu selatan bertatah emas dan perak (diambil oleh

british sms pemerintah mereka ke atas India)



Berbentuk segi empat sama setinggi 100 kaki tinggi dan
mempunyai empat tingkat

Tingkat pertama : dibina sms pemerintahan Maharaja Akhbar –
batu merah

Tingkat ke-4 : dibina sms pemerintahan Jahangir – mamar putih
Di sebelah utara dihiasi dgn uliran 99 nama Allah



152


Taj Mahal

Diperbuat drp batu mamar putih
Salah satu drp 7 keajaian dunia
Memakan masa 17 thn utk tempoh pembinaan dan 5 thn utk
pembangunan landskap sekitar
Seramai 20 000 org pekerja terdiri drp tukang batu,
tukang emas dan perukir membina Taj Mahal
Dibina atas arahan Maharaja Syah Jahan slp kematian
pemaisuri baginda, Mumtaz Mahal (1631)

Istilah Taj Mahal diambil drp panggilan isteri Maharaja Syah Jahan.
Mumtaz bererti wanita pertama dan Mahal membawa makna istana =

Istana Wanita Pertama
Terbahagi kpa 3 ruangan penting : ruang makam, surau dan ruang tamu

Kombinasi unsur seni bina Islam, Parsi, India dan Turki
Dikeliling oleh 4 menara setinggi 140 kaki menghiasi penjuru
Antara bangunan Taj Mahal dan pintu utama, terdapat sebuah taman dan
kolam yg dipanggil al-hawd al-kawth = kolam yang melimpah ruah

153


Masjid Jama

Masjid utama bagi kws Delhi
Dibina sms pemerintahan Maharaja Syah Jahan

Masjid yang terbesar di India
Proses pembinaan diawasi oleh Perdana Menteri, Saadullah

Khan
Perkara yang dititikberatkan ialah seni ukiran kaligrafi al-
Quran dan Mihrad masjid perlu dibina lebih tinggi drp kubu

Agra

Mempunyai 2 menara setinggi 41 meter dan 3 kubah yang dihiaskan
dgn batu mamar hitam dan putih bertatahkan emas di bahagian
bawah kubah

154


Ciri-ciri seni bina

1. Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks yg mengandungi
pelbagai kemudahan
-Kompleks Fatehpur Sikri. Mengandungi
istana, bangunan sekolah, kws permainan, taman dan lain-lain

2. Unsur Hindu
-bahan-bahan binaan masjid dan monumen lain mengguna bahan seni
bina Hindu ( bekas pembinaan candi-candi Hindu

3. Gaya seni Parsi
-pemerintah Moghul pernah diasuh oleh ahli-ahli seni bina Parsi. (Maharaja
Akhbar – pernah diasuh oleh 2pelukis terkenal Parsi)

4. Mempunyai Yourmenara tinggi paragraph text

-Taj Mahal dikeliling oleh 4 menara setinggi 140 kaki menghiasi penjuru

5. Menyerupai bentuk masjid lapangan yang dilengkapi dgn gapura yang dihias
indah dgn motif Arab
-Taj Mahal merupakan bangunan yg didirikan di hujung sebuah taman yang
luas dgn pintu masuk berbentuk l engkung yg menawan

6. Berunsur alam sekitar
-seni kaligrafi dicatumkan dgn corak bunga atau geometri. Ini mencerminkan
simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan

7. Bahan binaan yang mahal dan bermutu
-bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat drp mamar putih serta

155mozek yang indah dan sebanyak 43 jenis batu permata diguna


PENGHARGAAN

2.1: EKONOMI
KENNY MA
RK JULIUS

K10S3

2.1.4: INSTITUSI EKONOMI PADA ZAMAN
KHULAFA AL-RASYIDIN

SITI NURHALIZA SULAIMAN
K10S3

2.2: PENDIDIKAN
SITI NURUL SYAFIKAH ALI

K10S3

2.3: PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
MUHASSANAH MAIMUNI
K10S3


2.3.2: SUMBANGAN TOKOH
MOHAMAD SHAFIQ JULAIHI

K11S3

2.4: PENEROKAAN

RIDZWAN QUIMSON
K9S3

2.5: SENI BINA
SIRAJUDEEN SAHIFUDDIN

K9S3


TEMA 3

NASIONALISME
DAN
PEMBENTUKAN
NEGARA
BANGSA


Isi kandungan (Tema 3)

3.1 Peluasan Kuasa Barat 156-158

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan 159-164

3.2.3 Reaksi Masyarakat Tempatan Di

Algeria pada Abad ke 19 hingga 20 165-171

3.2.4 Tokoh-Tokoh di Mesir & Algeria 172-175

3.3 Gerakan Nasionalisme

3.3.1 Faktor-Faktor Kemunculan Gerakan

Nasionalisme Di Mesir pada abad ke-20 176-179

3.3.3 Tokoh-Tokoh Nasionalis 180-

189

3.4 Perang Dunia Pertama

Faktor -Faktor Perang Dunia Pertama 190

Kesan-Kesan Perang Dunia Pertama 191

3.5 Pembentukan Negara Bangsa

3.5.1 Faktor Pembentukan Negara Bangsa Di

Turki abad ke-20 192

3.5.2 Faktor Pembentukan Negara Bangsa

Di Mesir abad ke-20 193-194


3.1 Peluasan Kuasa Barat

33..11..11 FFAAKKTTOORR--FFAAKKTTOORR PPEELLUUAASSAANN KKUUAASSAA BBAARRAATT

ZZAAMMAANN KKHHAALLIIFFAAHH UUTTHHMM
AANNIIYYAAHH ((AABBAADD 1188--2200))

POLITIK

Persaingan kuasa-kuasa barat

Persaingan ini mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat
ke atas wilayah-wilayah yang berada di dalam empayar
Uthmaniyah. Bagi mereka,semakin luas wilayah yang dikuasai,
semakin tinggi sanjungan yang diperolehi.
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan antara kuasa
barat seperti Britain,Perancis,Russia,Jerman,Turki dan
Austria-Hungary dlam bersaing untuk memperluaskan tanah
jajahan yang juga melambangkan kekuatan dan kekayaan
kuasa barat.

Konflik sempadan Uthmaniyah dan Rusia

Peluasan kuasa Rusia terhadap kerajaan Uthmaniyah pada
tahun 1877-1878 berpunca daripada keazaman Rusia untuk
mendapatkan semua wilayah- wilayahnya yang terlepas
dalam Perang Crimea. Kejayaan Rusia dalam perang
seterusnya menyebabkan Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya termasuk Serbia, Montenegro dan Caucasus.

156


Ekonomi

Revolusi Perindustrian

Perkembangan revolusi industri di Eropah pada abad ke-18M
meningkatkan lagi tekanan terhadap keperluan memiliki tanah
jajahan yang mempunyai kekayaan hasil buminya. Para pelabur

Eropah turut menyokong gerakan peluasan kuasa ini bagi
memenuhi keperluan kilang-kilang.Memiliki tanah jajahan juga
dapat meluaskan pasaran produk industri kuasa- kuasa Barat.

KEPERLUAN BA
HAN MENTAH

Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah yan
banyak selari dengan perkembangan revolusi perindustrian pada ma

itu. Sebagai contoh, Britain memerlukan arang batu untuk
menggerakkan enjin, lokomotif dan kapal laut berkuasa wap. Para
pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniya
termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, lombong dan

mengimport buruh.



Penemuan minyak mentah di wilayah Uthmaniyah, khasnya di Iraq da
Iran menambahkan lagi minat kuasa Barat untuk meluaskan tanah
jajahan. Kepentingan minyak dalam revolusi perindustrian
mencetuskan konflik antara negara Eropah dalam usaha menguasa

wilayah Turki Uthmaniyah. Awal abad ke-20M, persaingan menguasa
sumber minyak semakin ketara apabila banyak kawasan petroleum
ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.




157


Peranan dan restu pihak gereja dan tokoh-tokoh agama Kristian
di sebalik misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat. Mereka
menganggap misi peluasan kuasa ke atas tanah jajahan
merupakan suatu tugas suci dan agung dalam usaha menjayakan
gerakan kristianisasi. Matlamat agama ini menyebabkan
golongan gereja sanggup mengenepikan kekejaman, penindasan
dan kezaliman dalam misi penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-
kuasa Barat ke atas dunia Islam.

AGAMA



SOSIAL

PERMASALAHAN TIMUR DAN MODENISASI



Kuasa-kuasa barat menggunakan alasan ‘Permasalahan Barat’
(The Eastern Question) dan konsep modenisasi untuk
menghalalkan campur tangan mereka dalam hal ehwal politik dan
sosial antarabangsa.British dan Belanda menggunakan slogan
beban orang putih dan takdir tuhan manakala Perancis
menggunakan slogan ‘tugas menyebarkan tamadun’.Kuasa-kuasa
Eropah ini mendakwa mereka lebih maju dan berkewajipan untuk
mentamadunkan penduduk dunia, khasnya di wilayah-wilayah
Islam. Mereka memburukkan Islam sebagai agama yang
menghalang kemajuan.

158


3.2 REAKSI
MASYARAKAT

TEMPATAN


3.2.1 Reaksi masyarakat
tempatan di Mesir abad ke-

19 hingga 20

PENGENALAN

Negeri Mesir pernah berada di bawah
kerajaan Uthmaniyah.
Namun pada tahun 1798 hingga 1801
negeri ini berada di bawah kekuasaan
Perancis
Namun begitu, kerjasama British dengan
kerajaan Uthmaniyah menyebabkan
Perancis berundur.
Tindakan British yg menjandikan Khedif
sebagai boneka menyebabkan munculnya
gerakan Resetta.
Gerakan ini bertujuan untuk menghalang
perluasan kuasa tersebut.

159


1. Gerakan Islah

Gerakan ini peransang kepada gerakan di
Mesir.
British dengan Alfi Bey bersepakat untuk
menguasai pantai/ kawasan persisiran Mesir.
Cth: pada tahun 1807, 2000 orang tentera
British mendarat di Bandar Rosetta untuk
meluaskan kuasa.
Oleh itu, Gabenor Rosetta menggerakkan
masyarakat untuk mempertahankan Bandar
Rosetta namun banyak nyawa yang terkorban.

2. Gerakkan Sayyid Umar
Makram

Perjuangan Ali Bey mendapat perhatian
ulama tempatan kerana mempunyai

semangat jihad dalam masyarakat yang
berani mempertahankan kedaulatan.

Gerakan ini menyusun straregi melalui 2
kumpulan iaitu bergerak ke Lembah Sungai
Nil dan sepasukan lagi menyerang bandar

di Selatan Baitulmaqdis.

160


3.Gerakan Islah

Dipelopori oleh dua orang golongan cerdik
pandai islam( Jamaluddin Afghani dan
Muhammad Abduh.
Mereka memperkenalkan Gerakan pemulihan
islam.
Cth: menyeru masyarakat tempatan kembali
kepada ajaran islam sebenar ( meningkatkan
kemajuan dalam kehidupan dan tidak
menolak sains serta teknogi)




161


4.Penentangan Golongan
Fellahin

Terdiri daripada golongan bangsawan ( pasha),
ulama dan tuan tanah.
Penyatuan ini berpunca daripada bangsa Eropah
yang menunjukkan dasar permusuhan terhadap
dua golongan tersebut dan menyokong Khedif
Taufiq.
Selain itu, penentangan ini disebakan pegawai
fellahin yang tidak diberikan peluang untuk
menaikkan pangkat.
Golongan ini juga menanggung beban cukai yang
tinggi dan tanah mereka tergadai.
oleh itu, mereka menyokong pemberontakan
Ahmad Urabi kerana beliau akan menjamin untuk
mengurangkan masalah tersebut.

162


5. Gerakan Urabi Pasha

Gerakan ini merupakan gerakan menunut
kemerdekaan Mesir dan sebuah gerakan anti orang

asing( Perancis, British dan Turki)
Gerakan ini menutut perubahan dalam pentadbiran

dan pemerintahan serta menyingkirkan Khedif
Taufiq yang memohon bantuan Bristh

British menyerang British menyerang Urabi Pasha
kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir.

Olej itu, Urabi Pasha dibuang Ke Sri Lanka
Syeikh Muhamad Abduh turut diusir dari Mesir.

163


KESIMPULAN

Kebangkitan Gerakan Rosetta telah
menyemarakkan perjuangan orang-

orang tempatan.
Kemunculan golongan lulusan Barat

yang lantak mengkritik British.
Selain itu, kemunculan tokoh- tokoh

seperti 'Urabi Pasha' Sa'd Zaghlul,
Mustafa Kamil Pasha dan sebagainya.

Akhirnya, Mesir memperoleh
Kemerdakaan daripada British pada

tahun 1922M.

164


3.2.3 REAKSI
MASYARAKAT
TEMPATAN DI

ALGERIA

Sebelum penjajahan Perancis, Algeria
berada di bawah kerajaan Uthmaniyah.
Kelemahan Algeria membuka ruang
kepada pendudukan Perancis di Algeria
Kuasa Barat mula membahagikan wilayah
Islam.
Penjajahan Perancis di Algeria bermula
kerana isu kewangan

165


Penentangan Pada Zaman Husain
Dey

Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh
Khalifah Turki Uthmaniyah.



Beliau ingin mengutip hutang gandum daripada tentera
Perancis, tetapi tindakan beliau ditolak


Beliau juga tidak mahu memberikan

penghormatan kepada bendera Perancis telah
menimbulkan krisis.



Keadaan ini telah menggiatkan lagi usaha penjajahan
Perancis di Algeria

Penentangan semasa Betrand Clausel

Betrand Clausel ialah ketua tentera Perancis.



Beliau mempergiatkan penjajahan Perancis
dengan mendorong kemasukan peneroka Eropah

ke Algeria



Mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan
orang Islam



Keadaan ini mendorong penentangan kuat
daripada masyarakat.Misalnya, pada tahun 1830-

118 64
06.


Penentangan Amir Abdul Qadir

Amir Abdul Qadir merupakan seorang tokoh
ulama,pemimpin politik dan tentera

Pengalaman yang diperoleh beliau dari
Makkah,Damsyik dan Baghdad telah menanamkan
semangat kepimpinan dalam diri beliau

Penentangan beliau bermula pada tahun 1832-1842

Kejayaan beliau kerana menggunakan taktik perang
gerila, beliau turut bergabung dengan Abu Ma'zi
untuk menentang Perancis di wilayah Oran

Beliau juga berjaya menggerakkan
pendudukan Algeria dan menewaskan

Perancis dalam pertempuran Sidi
Ibrahim

Undang-undang 1848

Membahagikan Algeria kepada dua kumpulan masyarakat.
Masyrakat Eropah yang hidup mewah manakala masyarakat Islam

hidup menderita.



Penduduk Eropah menyokong dasar perluasan.



Selepas tahun 1815,Raja Napoleon III memberi tanah rampasan
daripada penduduk Algeria kepada syarikat-syarikat Perancis dan

mengupah penduduk tempatan untuk bekerja di ladang-ladang
mereka.

167


Kekejaman Thomas Robert
Bugeaud

Beliau merupakan Gabenor Jeneral Perancis
yang baru telah menyerang Algeria secara
berterusan dari tahun 1841-1847.
Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka Perancis
di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan
Perancis
Tindakan Bugeaud yang ganas menyebabkan penduduk
Algeria menderita


Banyak petempatan, pertanian dan binatang ternakan di
musnahkan





168


Pemberontakan Kabylia

Penjajahan Perancis banyak menindas masyarakat
tempatan sehingga penduduk di kawasan Kabylia

melancarkan pemberontakan yang kemudian
merebak ke kawasan lain

1/3 penduduk Algeria terlibat dalam pemberontakan ini
Pemberontakan ini ditumpaskan oleh Perancis pada tahun

1872, masyarakat Algeria menjadi lebih miskin
Perancis memaksa penduduk membayar cukai yang

banyak untuk menampung perbelanjaan



Perancia bekerjasama dengan golongan ulama dan
melantik mereka sebagai pegawai kerajaan untuk

mengelakkan penentangan peribumi

Perancis mengehadkan pendidikan orang Islam
Mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-

undang khas untuk mengawal masyarakat tempatan.



169


Click to View FlipBook Version