The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkarnainjamaluddin, 2020-11-25 09:03:20

Modul Sempoi Biologi T4 (Guru)

Modul

Keywords: MSBT4G

www.iamchampion.blogspot.my

Nashkah Guru

NAMA:............................................................................
SEKOLAH:........................................................................

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 0

ZULKARNAIN BIN JAMALUDDIN

www.iamchampion.blogspot.my

KANDUNGAN

BAB TAJUK MS
4
1 Pengenalan Kepada Biologi 4
4
1.1 Kajian Biologi 6
6
1.2 Penyiasatan Saintifik 19
33
2 Struktur Dan Organisasi Sel 34
38
2.1 Struktur Dan Fungsi Sel
56
2.2 Organisasi Sel 57
58
3 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma 59
62
3.1 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma 65
74
3.2 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma Dalam Kehidupan 75
80
Seharian 96
97
4 Komposisi Kimia Dalam Sel 99
102
4.1 Komposisi Kimia Dalam Sel 105
114
4.2 Karbohidrat 117
118
4.3 Protein 129
131
4.4 Lipid 131
133
4.5 Enzim 135
137
5 Pembahagian Sel

5.1 Mitosis

5.2 Meiosis

6 Nutrisi

6.1 Jenis-Jenis Nutrisi

6.2 Gizi Seimbang

6.3 Malnutrisi

6.4 Pencernaan Makanan

6.5 Penyerapan Dan Asimilasi Hasil Pencernaan Makanan

6.6 Pembentukan Tinja Dan Penyahtinjaan

6.7 Menilai Tabiat Pemakanan

6.9 Kepentingan Makronutrien Dan Mikronutrien Dalam Tumbuhan

6.10 Fotosintesis

6.11 Mekanisme Fotosintesis

6.12 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Fotosintesis

6.14 Teknologi Dalam Pengeluaran Makanan

6.15 Perkembangan Teknologi Dalam Pemprosesan Makanan

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 1

www.iamchampion.blogspot.my

BAB TAJUK MS
7 Respirasi 141
7.1 Proses Respirasi Dalam Penghasilan Tenaga 142
7.2 Struktur Respirasi Dalam Mekanisme Pernafasan Dalam Manusia Dan 148
Haiwan
7.3 Pertukaran Gas Merentas Permukaan Respirasi Dan Pengangkutan Gas 161
Dalam Badan Manusia
7.4 Mekanisme Kawal Atur Respirasi 163
7.5 Kepentingan Mengekalkan Sistem Respirasi Yang Sihat 165
7.6 Respirasi Dalam Tumbuhan 168
8 Ekosistem Dinamik 173
8.1 Komponen Abiosis Dan Biosis Dalam Persekitaran 174
8.2 Pengkolonian Dan Sesaran Dalam Suatu Ekosistem 182
8.3 Ekologi Populasi 188
8.4 Biokepelbagaian 191
8.5 Impak Mikroorganisma Terhadap Kehidupan 195
9 Ekosistem Terancam 204
9.1 Aktiviti Manusia Yang Mengancam Ekosistem 205
9.2 Fenomena Kesan Rumah Hijau Dan Penipisan Lapisan Ozon 214
9.3 Kepentingan Pengurusan Terancang Aktiviti Pembangunan Dan 222
Ekosistem
AUTOGRAF 227

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 2

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 1
Pengenalan kepada Biologi

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 3

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIOLOGI
1.1 Kajian Biologi.

1. Perkataan ‘Biologi’ berasal daripada dua kata dasar bahasa Yunani, iaitu ‘bios’ dan
‘logos’.

2. ‘Bios’ bermaksud kehidupan dan ‘logos’ bermaksud kajian mengenai kehidupan.
Kepentingan Penyelidikan Biologi.

1. Memahami dengan lebih baik bagaimana badan manusia berfungsi.
2. Mengetahui cara merawat penyakit.
3. Menyelamatkan spesies terancam yang hampir pupus.
4. Menguruskan masalah berkaitan dengan persekitaran dengan lebih baik.
Bidang Kajian dalam Biologi.

Biotek
nologi

Mikrobiologi Biokimia

Zoologi Biologi Perubatan
Botani Anatomi

Ekologi Genetik

Taksonomi Fisiologi

Kerjaya yang Berkaitan dengan Biologi.
1.2 Penyiasatan Saintifik.

1. Kemahiran saintifik dibahagikan kepada dua komponen iaitu kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulatif.

2. Kemahiran proses sains melibatkan kemahiran pemikiran secara kritis, analitis dan
kreatif yang membolehkan seseorang ahli sains merumus persoalan dan mencari
jawapan serta penerangan untuk sesuatu fenomena dengan cara yang sistematik.

3. Kemahiran manipulatif merupakan psikomotor yang membolehkan ahli sains
menjalankan sesuatu penyiasatan saintifik.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 4

www.iamchampion.blogspot.my

Kaedah Saintifik.
Langkah- langkah dalam penyiasatan saintifik:

1. Mengenal pasti masalah.
2. Membuat hipotesis.

3. Merancang penyiasatan.
4. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah.

5. Menjalankan eksperimen.
6. Mengumpulkan data.
7. Menganalisis data .
8. Mentafsir data.
9. Membuat kesimpulan.
10. Menulis laporan.

Kemahiran
proses sains

Sikap Kemahiran
saintifik dan manipulatif

nilai-nilai
murni

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 5

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 2
Struktur Sel dan Organisasi

Sel

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 6

BAB 2 STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL www.iamchampion.blogspot.my
2.1 Struktur dan Fungsi Sel.
Lukiskan gambar rajah sel tumbuhan. Sitoplasma
Jalinan endoplasma licin
Kloroplas Vakuol
Dinding sel
Mitokondrion Membran sel
Nukleus Vesikel rembesan
Jasad Golgi
Vesikel angkutan
Ribosom
Jalinan endoplasma kasar

Tips melukis dan melabel:
1. Lukis secara ‘free hand’ (tanpa pembaris).
2. Lukisan hendaklah tanpa ‘shaded/ shadow’.

3. Melabel tanpa anak panah.
4. Tidak melabel secara menyilang

5. Ingat sel tumbuhan ada 13 label dan sel haiwan

ada 12 label.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 7

Lukiskan gambar rajah sel haiwan. www.iamchampion.blogspot.my

Mitokondrion Sentriol
Jalinan endoplasma Membran sel
Sitoplasma
licin Nukleus
Lisosom
Jalinan endoplasma Ribosom
Vesikel angkutan
kasar Vesikel rembesan
Jasad Golgi

Organel dan bukan organel yang ada dalam sel tumbuhan dan sel haiwan:

Organel/ Bukan Organel Struktur Fungsi
Membran PlaSma (SPM)
S=Semi -Separa telap. Membenarkan sebahagian
P=Permeable/Phospholipid,
M=Model Mozek Bendalir* -Dwilapisan fosfolipid/ bahan masuk- keluar sel.

SitoplaSMa (SMS) protein/ kolesterol.
S=Sap sel, S=Salt=garam
M=Mineral/medium -Dinamik/ bersifat
MiTOkondrion (MOT)
O=Oval=bujur bendalir/ keanjalan.
M=menjana, T=Tenaga
Jalinan endosPlasmA kasar -Sap sel Medium tindak balas kimia.
(JPA)
J=Jasad Golgi mengandungi air
P=Protein, A=Angkut
Jalinan endoplaSma Licin dan mineral.
(SiLi)
S=Sintesis, L=Lipid -Bentuk bujur. Menjana tenaga.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) -Dua lapisan

membran.

-Vesikel angkutan. Mengangkut protein ke

- Ribosom melekat Jasad Golgi.

padanya.

-Tiada ribosom. Mensintesis lipid.

8

www.iamchampion.blogspot.my

RiboSoM (RiSM) -Kecil dan melekat Mensintesis protein.
R=Repair tissue by Protein pada Jalinan
S=Sintesis endoplasma kasar.
M=Melekat
JAsad GolGi (AGKPB) -Jalinan berbentuk Mengubah suai protein
A=Angkut matriks yang kepada enzim.
G=GliKoProtein mengandungi MemBungkus enzim ke
K=KarBohidrat vesikel rembesan. dalam vesikel rembesan.
P=Protein, Proses Bergerak dan bergabung
B=Bungkus dengan membran plasma.
‘Aku Guru Kanan Panitia Untuk dirembes ke luar sel.
Biologi’
NukleuS Mengandungi Mengawal semua aktiviti
S=Semua membran nukleus, sel.
nukleolus dan
nukleoplasma.

Organel yang berbeza antara sel tumbuhan (SeTu) dan sel haiwan (SeHa):

Organel Struktur Fungsi
Dinding sel (SeTu)
Kloroplas (SeTu) -Gentian selulosa yang liat dan kuat. Memastikan sel kekal dan
Vakuol
(SeTu) -Telap sepenuhnya. tidak mudah pecah.

Sentriol (SeHa) -Mengandungi stroma dan grana. Memerangkap cahaya
Lisosom (SeHa)
-Dua lapisan membran. untuk fotosintesis.

- Kantung berisi cecair (sap sel) yang Sap sel menyokong

dikelilingi oleh membran separa tumbuhan herba supaya

telap yang disebut tonoplas. tidak layu dengan mudah.

- Sap sel mengandungi air, asid

organik, gula, asid amino, garam

mineral, bahan buangan dan pigmen.

-Mula terbentuk pada peringkat Menghasilkan gentian

profasa mitosis sel haiwan. gelendong.

-Mengandungi enzim lisozim. Mencernakan organel

rosak.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 9

www.iamchampion.blogspot.my

Membandingkan dan membezakan struktur sel haiwan dengan sel tumbuhan.

Persamaan

Kedua-dua sel mengandungi mitokondrion, jalinan endoplasma kasar, jalinan

endoplasma licin, ribosom, nukleus, membran plasma, sitoplasma dan jasad Golgi.

Perbezaan

Sel haiwan Struktur Sel tumbuhan

Berubah-ubah Bentuk Tetap

Tiada Dinding sel Ada

Tiada Vakuol Ada

Tiada Kloroplas Ada

Glikogen Simpanan makanan Kanji

LATIHAN 1
Rajah 1 menunjukkan organel-organel yang terlibat semasa sintesis dan rembesan suatu
enzim dalam satu sel haiwan.

Y
W

X Z

Rajah 1 [2 markah]
(a) Namakan organel yang berlabel W dan Y. [2 markah]

W: Jasad Golgi. 10
Y: Vesikel rembesan.

(b)(i) Nyatakan fungsi organel Z.
Menghasilkan tenaga semasa sintesis protein.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru)

www.iamchampion.blogspot.my

(ii) Terangkan peranan organel X dalam sintesis enzim.
Maklumat genetik pada X dipindahkan ke RNA. RNA bertindak sebagai pengutus
yang membawa maklumat itu ke ribosom, di mana enzim itu disintesiskan.
[2 markah]

LATIHAN 2
Rajah 2 menunjukkan satu sel tumbuhan yang dilihat di bawah mikroskop elektron.

A
B
C
D

Rajah 2

(a)(i) Pada Rajah 2, labelkan struktur A, B, C dan D. [4 markah]
A: Kloroplas.
B: Nukleus / Membran nukleus.
C: Vakuol.
D: Jasad Golgi.

(ii) Nyatakan fungsi struktur:
A: Menyerap / memerangkap (cahaya) matahari (untuk menjalankan fotosintesis).
D: Mengubah suai / Mengasing / Menukar/ Menyudahkan sintesis protein / enzim
(daripada retikulum endoplasma kasar) / glikoprotein.
[2 markah]

(b) Terangkan peranan C dalam mengekalkan kesegahan sel.
Sap sel mengandungi air dan bahan osmotik. Menyebabkan osmosis/ resapan air ke
dalam sel berlaku. Mengekalkan tekanan osmosis sap sel // menghasilkan tekanan segah
dalam sel, menolak sitoplasma ke dinding sel.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 11

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 3
Rajah 3 menunjukkan struktur satu sel tumbuhan.

JasJasdaGd Gologligi
Kloroplas

P

Rajah 3
(a)(i) Namakan organel P.

Retikulum / Jalinan endoplasma licin
[1 markah]

(ii) Nyatakan dua fungsi jasad Golgi.
Mengubah suai protein / karbohidrat / fosfolipid / glikoprotein. Menyimpannya ke dalam
vesikel. Mengangkut protein ke bahagian lain dalam sel.
[2 markah]

(b)(i) Namakan struktur dalam kloroplas yang terlibat dalam tindak balas cahaya fotosintesis.
Grana
[1 markah]

(ii) Jelaskan dengan ringkas fungsi kloroplas dalam fotosintesis.
(Mengandungi klorofil) menyerap tenaga cahaya. Dan menukarnya kepada tenaga
kimia / ATP.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 12

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan struktur satu sel haiwan.

Silia

Lisosom

X:…………………………….
..
Jasad Golgi

Y: …………………………….

Kromosom

Mitokondrion

Rajah 4

(a)(i) Pada Rajah 4, labelkan X dan Y. [2 markah]
X: Membran plasma / sel.
Y: Jalinan endoplasma kasar.

(ii) Terangkan fungsi kromosom.
Kromosom membawa / mengandungi maklumat genetik. Yang menentukan ciri-ciri dan
fungsi-fungsi sel.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 13

www.iamchampion.blogspot.my

(b) Terangkan apa yang akan berlaku kepada penghasilan enzim luar sel jika jasad Golgi
dan S tidak ada.

Penghasilan (enzim luar sel) tidak lengkap // (enzim) tidak dihasilkan. (Tanpa S) protein
yang telah disintesiskan tidak boleh diangkut ke jasad Golgi (melalui vesikel angkutan).
(Tanpa jasad Golgi) protein tidak dapat diubah suai (kepada enzim luar sel). (Protein)
tidak dapat diasingkan (mengikut jenis). (Enzim/ protein) tidak boleh dibungkus (dan
dipindahkan kepada membran plasma untuk disingkirkan ke luar sel). Tiada enzim/
protein akan diangkut keluar membran plasma.

[4 markah]
(c) Terangkan mengapa sel sperma mempunyai lebih mitokondrion.

Mitokondria menjana tenaga / ATP // tapak respirasi sel. Sperma memerlukan jumlah
tenaga yang banyak untuk berenang (ke uterus / tiub fallopio semasa proses
persenyawaan).

[2 markah]
(d) Terangkan bagaimana lisosom membantu dalam penyingkiran organel-organel yang

rosak di dalam sel.
(Lisosom) merembeskan enzim (hidrolitik) // lisozim. (Lisosom) / Lisozim / Enzim
mencerna organel rosak.

[2 markah]

LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan struktur satu sel tumbuhan.

T

U

Rajah 5

(a)(i) Namakan struktur T dan U.
T: Dinding sel.
U: Vakuol.

[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 14

www.iamchampion.blogspot.my

(ii) Nyatakan komponen yang membina struktur T dan kandungan U.

Struktur T: Selulosa.

Kandungan U: Sap sel / air / garam mineral/ gula / glukosa / asid amino / nutrien / sisa

buangan/ oksigen / karbon dioksida / enzim.

[2 markah]

(b) Terangkan satu ciri struktur T yang berkait dengan fungsinya.

(Selulosa) adalah tegar. Ia mengekalkan bentuk sel tumbuhan / memberi sokongan

(mekanikal) / melindungi sel daripada musnah / pecah. Telap (sepenuhnya).

Membenarkan (semua) bahan merentasinya.

[2 markah]

(c) Terangkan satu peranan struktur U kepada tumbuhan herba.

Pengosmokawalaturan // kawal atur / kawal kandungan tekanan osmosis dalam sel //

bertindak sebagai tempat penyimpanan / simpan makanan / nutrien. Untuk kesegahan.

Untuk sokongan (mekanikal). [2 markah]

LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan struktur sel haiwan.

X

Ribosom
Y:

Vesikel rembesan

WZ

Rajah 6

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 15

www.iamchampion.blogspot.my

(a) Pada Rajah 6, labelkan Y. [1 markah]
Vesikel angkutan.

(b) Lukis satu anak panah ( ) untuk memadankan organel W kepada fungsinya.

Organel Fungsi

 Mengangkut protein yang telah

disintesis

 Mengubahsuai protein yang telah
W disintesis

 Mensintesis protein

[1 markah]

(c) Terangkan satu ciri X.

Separa telap. Membenarkan zarah-zarah kecil / sama saiz (seperti liang) melalui /

merentasinya. Bertindak secara memilih. Dinamik / bersifat bendalir / keanjalan.

Mengandungi (molekul) fosfolipid / protein / kolesterol.

[2 markah]

(d) Huraikan fungsi Z dalam pengangkutan enzim luar sel.

Z ialah jasad Golgi. Mengubahsuai protein kepada enzim. Membungkus enzim.

Ke dalam vesikel rembesan. Bergerak ke membran plasma. Bergabung dengan

membran plasma. (Enzim) dirembeskan / dilepaskan keluar sel.

[2 markah]

(e) Rajah 6.1 menunjukkan satu organel.

Granum

Butiran kanji

Rajah 6.1
(i) Terangkan mengapa organel dalam rajah 6.1 tidak terdapat dalam sel haiwan.

Organel itu ialah kloroplas / haiwan tidak mempunyai kloroplas. Tidak perlu menyerap
tenaga cahaya. Tidak menjalankan fotosintesis. Haiwan adalah heterotrof / nutrisi
holozoik.

[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 16

www.iamchampion.blogspot.my

(ii) Rajah 6.2 menunjukkan keratan memanjang suatu bebawang. Bebawang itu ditanam di
dalam tanah.

Daun sisik

Rajah 6.2

Terangkan mengapa organel dalam Rajah 6.2 tidak terdapat pada daun sisik bawang itu.
Mengandungi makanan simpanan / glukosa / gula / karbohidrat. Untuk pertumbuhan pokok /
membentuk daun baru. Fotosintesis tidak berlaku. Tiada penyerapan tenaga cahaya (maka
tidak memerlukan kloroplas / klorofil).

[2 markah]
(iii) Terangkan apakah yang berlaku pada pertumbuhan bebawang jika bebawang itu diletak

dalam almari gelap.
Pertumbuhan perlahan // masih boleh bertumbuh / bercambah. Makanan simpanan
(dalam daun sisik) digunakan. Bebawang mengecut / menjadi lebih kecil. Untuk
membentuk daun baru. Daun kekuningan. Dengan kehadiran air / kelembapan.

[2 markah]
Menghubungkan Kepadatan Sesuatu Organel dengan Fungsi Khusus Sel.

Jenis sel Fungsi Jenis organel yang
Sel sperma. berkepadatan tinggi dalam sel.
Berenang ke dalam uterus
Sel otot untuk untuk bersenyawa dengan Mitokondria.
penerbangan dalam
serangga dan burung. ovum. Mitokondria.
Sel meristem. Mengecut dan mengendur

Sel mesofil palisad. secara antagonis.

Pembahagian sel secara Nukleus.
mitosis giat berlaku untuk Kloroplas / klorofil.
menambahkan bilangan sel.
Proses fotosintesis berlaku.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 17

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 7
Rajah 7.1 menunjukkan satu tumbuhan daratan. Rajah 7.2 menunjukkan keratan rentas
daun tumbuhan tersebut.

X
Y

Z

Tanah

Floem

Rajah 7.1 Stoma

Rajah 7.2

(a)(i) Namakan struktur berikut:

Organel X: Kloroplas.

Sel Y : Mesofil palisad.

Tisu Z : Xilem.

[3 markah]

(a)(ii) Susun X, Y dan Z dalam urutan yang betul untuk menunjukkan aras organisasi sel.

X, Y, Z [1 markah]

(b) Organel X terdapat dengan banyak di dalam sel Y.
Terangkan mengapa.
(Banyak X / Kloroplas) membenarkan banyak / maksima tenaga cahaya diserap. Tindak
balas cahaya lebih cepat // Meningkatkan kadar fotosintesis // Kadar fotosintesis lebih
cepat. Meningkatkan penghasilan glukosa dan (oksigen).
[2 markah]

(c) Terangkan fungsi tisu Z.
Tisu Z mengangkut air (garam mineral dari akar ke seluruh bahagian tumbuhan). Untuk
digunakan semasa fotosintesis // untuk menyejukkan tumbuhan. Untuk sokongan
(mekanikal) tumbuhan. Untuk kesegahan tumbuhan // dengan dinding berlignin.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 18

www.iamchampion.blogspot.my

2.2 Organisasi Sel. Ektoplasma
(a) Amoeba sp.
Lukiskan Amoeba sp.

Endoplasma

Nukleus Pseudopodium

memanjang

Vakuol mengecut Vakuol
air

Vakuol makanan

Kriteria Penerangan
Struktur 1. Tidak mempunyai bentuk yang tetap.
2. Diselaputi oleh membran plasma.
Cara makan 3. Sitoplasma terdiri daripada ektoplasma yang lebih pejal di
Respirasi
Perkumuhan bahagian luar dan endoplasma yang lebih berair di bahagian
dalam.
4. Terdapat vakuol makanan dan vakuol mengecut dalam
sitoplasma.
5. Mempunyai nukleus.
1. Memakan bakteria, alga dan mikroorganisma.
2. Memakan melalui proses fagositosis.
3. Pseudopodium dihulurkan untuk mengelilingi makanan, lalu
membentuk vakuol makanan.
1. Pertukaran gas respirasi merentasi membran plasma secara
resapan.
1. Pengosmokawalaturan dijalankan oleh vakuol mengecut.
2. Air masuk ke dalam Amoeba sp. akan dikumpul di dalam vakuol
mengecut.
3. Apabila vakuol mengecut mencapai saiz maksimum, struktur ini
mengecut untuk mengeluarkan kandungan di dalamnya.
4. Bahan buangan dikeluarkan merentas membran plasma melalui
resapan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 19

www.iamchampion.blogspot.my

Pergerakan 1. Bergerak dengan menghulurkan pseudopodium ke arah
pergerakan.
Bergerak balas
terhadap 2. Pseudopodium dikenali sebagai kaki palsu.
rangsangan 3. Sitoplasma mengalir ke dalam pseudopodium yang dihulurkan.
4. Pseudopodium yang lain ditarik balik.
Pembiakan 1. Amoeba sp. bergerak ke arah rangsangan yang sesuai seperti
Habitat
makanan dengan menggunakan pseudopodium.
2. Mikroorganisma ini menjauhi rangsangan yang tidak sesuai

seperti larutan asid atau alkali, cahaya terang dan suhu yang
tinggi.
1. Membiak secara aseks.
- Belahan dedua ketika keadaan sesuai.
- Pembentukan spora ketika keadaan tidak sesuai.
1. Kawasan air tawar seperti tasik dan kolam.
2. Air dalam tanah.
3. Sesetengah adalah parasitik.

(b) Paramecium sp.

Mikronukleus Alur mulut Sitostom

Silia Vakuol makanan

Makronukleus Vakuol mengecut

Kriteria Penerangan
Struktur 1. Berbentuk selipar.
2. Permukaan Paramecium sp. ditutup dengan silia.
3. Mempunyai dua nukleus:

- Makronukleus yang mengandungi aktiviti sel kecuali proses
pembiakan.

- Mikronukleus yang terlibat dalam proses pembiakan.
4. Mempunyai vakuol mengecut pada setiap hujung sel.
5. Alur mulut dan sitostom terlibat dalam makanan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 20

www.iamchampion.blogspot.my

Cara makan 1. Memakan mikroorganisma.
2. Pukulan beritma silia sepanjang alur mulut menyapu makanan ke
Respirasi
Perkumuhan dalam sitostom.
3. Vakuol makanan terbentuk.
Pergerakan 4. Enzim dirembes untuk mencerna makanan dalam vakuol makanan
Bergerak balas
terhadap semasa bergerak dalam sitoplasma.
rangsangan 5. Nutrien diserap ke dalam sitoplasma manakala makanan yang tidak
Pembiakan
dicerna disingkir melalui liang dubur.
Habitat 1. Pertukaran gas respirasi merentas membran plasma melalui

resapan.
1. Pengosmokawalaturan dijalankan oleh vakuol mengecut.
2. Air meresap ke dalam sitoplasma Paramecium sp. dan dikumpul

dalam vakuol mengecut.
3. Pengecutan vakuol mengecut yang penuh menyingkirkan

kandungannya.
4. Bahan buangan dikumuhkan merentas membran plasma melalui

resapan.
1. Bergerak secara pukulan beritma silia.
2. Gelombang yang terhasil akibat pukulan silia menyebabkan

Paramecium sp. berputar dan berpilin sepanjang paksinya semasa
bergerak ke hadapan.
1. Silia berfungsi seperti struktur deria.
2. Menjauhi rangsangan yang tidak sesuai seperti cahaya terang,
larutan asid atau alkali dengan menggunakan silia.
3. Bergerak ke arah rangsangan yang sesuai seperti makanan dengan
menggunakan silia.
1. Membiak secara seks melalui konjugasi apabila keadaan tidak
sesuai.
2. Pertukaran mikronukleus antara dua paramecium berlaku.
3. Membiak secara aseks melalui belahan dedua apabila keadaan
sesuai.
1. Kawasan air tawar seperti tasik dan kolam.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 21

www.iamchampion.blogspot.my

Pengkhususan Sel dalam Organisma Multisel.
1. Organisma multisel ialah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.
2. Sebagai contoh, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu sel tunggal
yang disebut zigot, iaitu sel yang terbentuk hasil persenyawaan antara gamet jantan
dengan gamet betina.
3. Zigot membahagi membentuk dua, empat, lapan sehingga beratus-ratus sel yang
seiras yang disebut Morula.
4. Morula akan berkembang menjadi embrio.
5. Sel ini akan mengalami pertumbuhan, perubahan bentuk dan pembezaan bagi
menjalankan fungsi khusus melalui proses pengkhususan.

Organisasi Sel dalam Organisma Multisel. Sistem Organisma

Sel Tisu Otot

Ingat ‘STOSO’ ya!

Organisasi Sel dalam Haiwan.
Terdapat empat jenis tisu utama dalam haiwan:

(a) Tisu Epitelium
(b) Tisu Otot
(c) Tisu Saraf
(d) Tisu Penghubung

Ingat ‘POSE’ ya!

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 22

www.iamchampion.blogspot.my

Jenis tisu Ciri-ciri Contoh Fungsi
Tisu Epitelium  Satu atau lebih -Kulit. -Membentuk halangan
(TE) -Ruang Mulut. dan pelindung daripada
lapisan sel. -Permukaan jangkitan, kecederaan
Tisu Otot  Tersusun rapat. berongga. mekanikal dan
(TO)  Sel panjang -Sel goblet di usus. penyahidratan.
-Silium di trakea. -Merembes mukus.
Tisu Saraf dengan unjuran. -Memerangkap mikrob.
(TS) -usus, salur darah, -Mengecut dan
 Ada gentian otot salur kencing dan mengendur.
Tisu  Tiga jenis TO salur pembiakan.
penghubung -jantung. -Menghantar impuls dari
(TP) iaitu: -Neuron deria, reseptor ke sistem saraf
otot licin. neuron perantaraan pusat dan ke efektor.
Cara ingat: otot rangka dan dan neuron motor.
‘LGRTDA’ otot kardium
‘Lembu Gila  Ada neuron atau -Tendon dan -Memautkan TE dengan
Rempuh Tiang sel saraf (jasad ligamen. tisu dibawahnya.
Dapur Aku’ sel dan gentian - Hubungkan tulang
saraf). -Hidung, telinga, dengan otot dan
 TP Longgar. hujung tulang pada hubungkan tulang
sendi. dengan tulang.
 TP berGentian. -Semua tulang. -Memberi sokongan,
(kolagen) menyerap tekanan.

 Rawan -Melindungi organ dan
(kuat dan menyokong badan.
fleksibel)
-Sel darah merah. -Pengangkutan
 Tulang
(mineral spt. -Dermis kulit dan -Tenaga simpanan,
Kalsium fosfat)
keliling organ utama. penebat dan
 Tisu Darah
 Tisu Adipos perlindungan.

(tersusun padat
dan menyimpan
lemak)

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 23

www.iamchampion.blogspot.my

Organ.
-Terdiri daripada dua atau lebih tisu yang bergabung bersama untuk melakukan
sesuatu fungsi khusus.

 Contoh: Jantung, kulit, peparu, ginjal, mata dan telinga.

Lukiskan keratan rentas kulit manusia.

Otot erektor Bulu roma
Epidermis
Liang peluh

Kelenjar peluh Dermis

Tisu adipos
Kelenjar sebum

LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan struktur satu organisma unisel yang hidup dalam kolam air tawar.

T

Rajah 8

Terangkan fungsi T dalam proses pengosmokawalaturan. [4 markah]

Vakuol mengecut mengawal atur jumlah air / tekanan osmosis. Air berlebihan meresap

masuk ke dalam vakuol secara osmosis. Vakuol mengecut membesar / bertambah besar

(hingga saiz maksimum). (Dan kemudian) vakuol mengecut / pecah di permukaan sel.

Membebaskan air ke persekitaran luar. Vakuol mengecut.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 24

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 9
Rajah 9 menunjukkan aras yang berbeza dalam organisasi sel bagi manusia daripada sel ke
organ.

Organ

Jantung A Perut

Tisu Tisu epitelium Tisu otot licin
B

Sel

Sel darah merah Sel epitelium C

Rajah 9
(a)(i) Namakan A, B dan C.

A: Tisu penghubung / (tisu) darah.
B: Pankreas.
C: Sel otot / Sel otot licin.

[3 markah]
(ii) Nyatakan satu fungsi sel darah.
Mengangkut / membawa oksigen / karbon dioksida / gas respirasi.

[1 markah]
(b) Terangkan fungsi B dalam mengawal atur aras glukosa darah.

Pankreas merembeskan insulin apabila paras glukosa tinggi. Dengan menukarkan
glukosa (berlebihan) kepada glikogen. Paras glukosa darah berkurang / kembali normal.

ATAU
Pankreas merembeskan glukagon apabila paras glukosa rendah. Dengan menukarkan
glikogen kepada glukosa. Paras glukosa meningkat / kembali normal.

[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 25

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 10
Rajah 10 menunjukkan struktur kulit manusia dalam situasi X dan situasi Y.

C
D

Kapilari darah
B

Tisu adipos

Situasi X Situasi Y

Rajah 10

(a) Namakan struktur B dan struktur D.

B: Kelenjar peluh.

D: Otot erektor / regang.

[2 markah]

(b) (i) Nyatakan satu fungsi tisu adipos.

Sebagai penebat haba // bantu kekalkan suhu badan. Sebagai sumber tenaga.

Menyimpan lemak / lipid.

[1 markah]

LATIHAN 11

Rajah 11 menunjukkan struktur suatu Amoeba sp.

Vakuol makanan [1 markah]
26
Pseudopodium

D
Rajah 13

(a)(i) Nyatakan peringkat organisasi bagi Amoeba sp.
Sel / Organisma.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru)

www.iamchampion.blogspot.my

(ii) Dengan menggunakan anak panah ( ) padankan D kepada strukturnya.

 Vakuol mengecut
D

 Nukleus
Sistem.
-Terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk melakukan sesuatu

fungsi khusus.
-Contoh: Sistem integumen, sistem peredaran darah, sistem endokrin, sistem limfa, sistem

saraf, sistem pencernaan, sistem otot, sistem perkumuhan, sistem rangka, sistem respirasi
dan sistem pembiakan.

Organisasi Sel dalam Tumbuhan.
Tisu.

 Terdapat dua jenis tisu iaitu:
- Tisu meristem.
- Tisu kekal.

Tisu meristem Perbezaan Tisu kekal
Bersaiz kecil, nukleus besar, Ciri-ciri khusus Bersaiz besar.
sitoplasma padat, tiada vakuol.
Tisu muda. Tahap tisu Tisu matang.
Tidak/ belum berlaku. Proses pembezaan Sedang/ telah berlaku.
Hujung akar dan tunas pucuk. Tisu epidermis, tisu asas
Contoh dan tisu vaskular.

Tisu kekal. EKsPerimen
 Terdapat tiga jenis tisu kekal iaitu: APliKaSi
- Tisu Epidermis VaXiFlo
- Tisu Asas
- Tisu Vaskular

CARA NAK INGAT!!!

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 27

www.iamchampion.blogspot.my

Tisu Kekal

Epidermis Asas Vaskular

Kutikel Tisu Xilem
parenkima Floem

Sel pengawal Tisu
kolenkima

Tisu
sklerenkima

Tisu kekal Jenis tisu Gambarajah Struktur Fungsi Contoh
Epidermis Kutikel Mengurangkan Atas
Lapisan berlilin kehilangan air permukaan
secara penyejatan, daun.
yang kalis air. melindungi daun
daripada Sel
Sel Mempunyai kecederaan epidermis
Pengawal unjuran mekanikal dan daun,
(daun dan panjang (akar). menghalang sel
akar). jangkitan penyakit. epidermis
Sel yang paling Mengawal akar.
Parenkima ringkas dan tidak penutupan dan Semua
khusus, dinding pembukaan stoma. organ
sel nipis, vakuol tumbuhan.
besar. Menyimpan kanji
dan gula, memberi
sokongan dan
bentuk kepada
tumbuhan herba.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 28

www.iamchampion.blogspot.my

Kolenkima Dinding sel Memberi Tumbuhan
yang menebal sokongan. herba,
secara tidak batang
seragam. muda dan
petiol.
Asas

Sklerenkima Dinding sel Sokongan dan Tumbuhan

ditebalkan kekuatan matang.

dengan mekanikal.

seragam oleh

lignin dan tisu

mati.

Vaskular Xilem Salur xilem Mengangkut air Akar,

yang dan garam mineral batang dan

memanjang dari akar ke daun.

dan bahagian-bahagian

bersambungan lain, memberi

antara satu sokongan dan

sama lain dari kekuatan

akar ke daun, mekanikal.

tiada

sitoplasma,

dinding

berlignin.

Floem Sel tiub tapis Mengangkut Akar,

yang tersusun sebatian organik, batang dan

hujung ke karbohidrat, asid daun.

hujung untuk amino dari daun ke

membentuk bahagian

struktur tiub tumbuhan lain.

yang

memanjang

dan

bersambungan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 29

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 12
Rajah 12 menunjukkan pembentukan salur xilem melalui proses W. Sel tumbuhan tersebut
telah mengalami proses pembezaan.

Proses W

Sel tumbuhan Salur xilem

Rajah 12
(i) Namakan proses W.

Pengkhususan.
[1 markah]

(ii) Huraikan bagaimana salur xilem diadaptasi untuk mengangkut air dalam tumbuhan.
Salur xilem adalah berongga / sempit. Tiub berterusan / terbuka pada hujung-hujung.
Dinding ditebalkan oleh lignin. Kukuh / kuat. Tidak telap air. Membenarkan aliran air
berterusan.
[3 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 30

LATIHAN 13 www.iamchampion.blogspot.my
Rajah 13 menunjukkan keratan rentas batang dikotiledon.
K
L

Y
M

Rajah 13

(a)(i) Namakan peringkat organisasi bagi Y.

Organ

[1 markah]

(ii) Namakan struktur K, L dan M.

K: Epidermis (Tolak: Epitelium/ gabus)

L: Berkas vaskular (Tolak: Floem/ Xilem)

M: Empulur

[3 markah]

(b) Struktur K adalah lapisan paling luar bagi Y.

Terangkan ciri K.

Ditutupi oleh kutikel // permukaan berlilin // lapisan kalis air. Untuk meminima kehilangan

air (melalui penyejatan). Melindungi tumbuhan daripada kecederaan (mekanikal).

Menghalang pencerobohan / jangkitan oleh mikroorganisma.

[3 markah]

(c)(i) Namakan dua tisu yang membentuk struktur L yang terlibat dalam pengangkutan.

Floem dan Xilem

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 31

www.iamchampion.blogspot.my

Pengawalaturan Persekitaran Dalam.
Maksud Persekitaran Dalam.

1. Persekitaran dalam juga disebut Homeostasis iaitu pengekalan persekitaran dalam
yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran dalam:
 Fizikal

- Suhu, tekanan darah dan tekanan osmosis.
 Kimia

- Kandungan garam dan gula serta nilai pH.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 32

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 3
PERGERAKAN BAHAN
MERENTAS MEMBRAN

PLASMA

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 33

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 3 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA
3.1 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma.

- Model mozek bendalir (MMB).
- Ingat di mana struktur Kepala Hidrofilik, Ekor Hidrofobik, Protein Pembawa, Protein

Liang, Dwilapisan Fosfolipid, Kolesterol dan Glikoprotein.

Proses Jenis Definisi Contoh
Resapan
Ringkas proses Gas O2
Osmosis dan CO2
Pasif Proses pergerakan molekul gas atau cecair dari Air
Resapan Air
Berbantu kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan
Glukosa,
berkepekatan rendah. Asid
amino,
Proses pergerakan molekul air dari kawasan Asid
nukleik
berkepekatan zat terlarut rendah ke kawasan Ion Na+,
ion K+, ion
berkepekatan zat terlarut tinggi melalui membran Cl-

separa telap.

Proses pergerakan molekul bersaiz besar dari

kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan

berkepekatan rendah dengan bantuan protein

pembawa.

Pengangkutan Aktif Proses pergerakan molekul besar atau berion dari
Aktif kawasan berkepekatan rendah ke kawasan
berkepekatan tinggi dengan bantuan tenaga ATP.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 34

www.iamchampion.blogspot.my

UJI KEFAHAMAN ANDA!

1. Huraikan struktur membran plasma. [3 markah]

Terdiri daripada dwilapisan fosfolipid yang mempunyai kepala hidrofilik dan ekor

hidrofobik. Juga mengandungi protein pembawa dan protein liang, kolesterol serta

glikoprotein. Bersifat separa telap.

2. Huraikan pergerakan bahan merentas membran plasma melalui pengangkutan aktif.
[3 markah]

Molekul yang besar / berion / berkutub / bercas akan bergabung dengan protein
pembawa / protein liang. Tenaga ATP dibekalkan oleh mitokondrion. Protein
pembawa / liang berubah bentuk untuk membenarkan molekul tersebut merentasi
membran plasma dari kawasan berkepekatan rendah ke berkepekatan tinggi.

3. Bagaimana molekul-molekul berikut bergerak merentas membran plasma?

(a) Molekul larut lipid

(b) Asid amino

(c) Ion kalium [3 markah]

Molekul larut lipid- Resapan
Asid amino- Resapan berbantu
Ion kalium- Pengangkutan aktif

LATIHAN 1

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan membran plasma yang menyelaputi protoplasma sel. Secara
keseluruhan membran plasma mempamerkan sifat bendalir seolah-olah ia adalah satu
lapisan minyak di dalam sebikar air. Apakah yang dimaksudkan dengan membran plasma
mempamerkan sifat bendalir?

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 35

www.iamchampion.blogspot.my

Terdiri daripada dua lapisan / dwilapisan lipid. Bahagian kepala bersifat hidrofilik dan ekor
hidrofobik. Membolehkan molekul fosfolipid tersusun rapat / membentuk lapisan.
Membentuk membran yang tidak statik / dinamik. (Pelbagai jenis) molekul protein terselit di
antara dwilapisan lipid. Menjadikan struktur yang kenyal // tidak mudah pecah.

LATIHAN 2

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan proses fisiologi yang berlaku dalam sel. Berdasarkan rajah 2,
terangkan persamaan dan perbezaan antara resapan berbantu dan pengangkutan aktif
dalam pergerakan molekul merentasi membran sel.

[8 markah]
Persamaan:
Kedua-dua cara pengangkutan memerlukan protein pembawa dalam membran sel. Yang
melibatkan perubahan bentuk protein pembawa.
Kedua-duanya mengangkut molekul yang spesifik sahaja. Protein pembawa mempunyai
tapak yang spesifik.
Kedua-dua proses berlaku dalam sel hidup. Sebab memerlukan protein pembawa.

(mana-mana 4)

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 36

www.iamchampion.blogspot.my

Perbezaan:

Resapan berbantu Pengangkutan aktif

Mengikut kecerunan kepekatan. Melawan kecerunan kepekatan.

Molekul bergerak dari kawasan kepekatan Molekul bergerak dari kawasan kepekatan

tinggi ke kawasan kepekatan rendah. rendah ke kawasan kepekatan tinggi.

Molekul bergerak dalam kedua- dua arah Molekul bergerak dalam satu arah

merentasi membran plasma. merentasi membran plasma.

Molekul boleh bergerak melalui liang Molekul bergerak melalui protein pembawa

protein tanpa ikatan. (sahaja) yang mengandungi tapak

penerima di bahagian luar membran.

Tiada ATP digunakan. ATP digunakan.

Tiada input tenaga yang diperlukan Menyumbang tenaga untuk menggerakkan

daripada sel. molekul terhadap kecerunan kepekatan.

LATIHAN 3
Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 masing-masing menunjukkan pergerakan bahan S dan T merentasi
membran plasma. Pergerakan S memerlukan tenaga tetapi pergerakan T tidak memerlukan
tenaga.

Bahan T

Alveolus

Bahan S

Rambut akar

Rajah 3.1 Rajah 3.2

(a) Terangkan proses yang terlibat dalam pergerakan S dan T.
S: Pengangkutan aktif
T: Resapan / pengangkutan pasif

[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 37

www.iamchampion.blogspot.my

(b)(i) Namakan satu contoh S dan T.
S: Ion kalsium / ion kalium / ion natrium / ion iodin / ion nitrat / ion klorida
T: Oksigen / gas O2
[2 markah]

(ii) Huraikan pergerakan T seperti ditunjukkan pada Rajah 2.2.
T meresap / bergerak merentasi (membran plasma) / dari alveolus ke dalam kapilari
darah. Dari kawasan (bahan larut / T) berkepekatan tinggi (dalam alveolus) ke
kawasan (bahan larut / T) berkepekatan rendah (dalam kapilari darah).
[2 markah]

3.2 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma dalam Kehidupan Seharian.

Jenis larutan Definisi Sel haiwan Sel Tumbuhan

Hipotonik Larutan yang Air dari luar meresap Air dari luar masuk ke

‘PoL= rendah’ berkepekatan masuk ke dalam sel dalam sel menyebabkan

lebih rendah darah merah (SDM) saiz vakuol bertambah

berbanding menyebabkan SDM dan sel menjadi semakin

larutan semakin besar dan segah.

bandingan. pecah (hemolisis).

Isotonik Larutan yang Pergerakan air keluar Pergerakan air keluar

‘Iso = sama’ berkepekatan masuk sel adalah masuk sel adalah sama.

sama dengan sama. Tiada Tiada perubahan pada

larutan perubahan pada SDM. Sel.

bandingan.

Hipertonik Larutan yang Air dari dalam SDM Air dari dalam sel
meresap keluar ke meresap keluar ke
‘Hi=high=tinggi’ berkepekatan persekitaran luar persekitaran luar
menyebabkan SDM menyebabkan saiz vakuol
lebih tinggi semakin kecil dan dan sitoplasma mengecut
mengecut (krenasi). dan membran plasma
berbanding menjauhi dinding sel
(Plasmolisis)
larutan

bandingan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 38

www.iamchampion.blogspot.my

Kesan dan Aplikasi Osmosis dalam Kehidupan Seharian.

Fenomena Keadaan kepekatan Kesan keadaan tersebut
Tumbuhan akuatik. Kepekatan zat terlarut dalam Air dari luar meresap masuk ke
Penggunaan baja sel lebih tinggi berbanding dalam sel secara osmosis dan sel
berlebihan. luar sel. tumbuhan menjadi segah.
Penjerukkan ikan. Kepekatan zat terlarut Air meresap keluar sel secara
(air tanah) di luar sel lebih osmosis dan menyebabkan
Penjerukkan sayur. tinggi berbanding dalam sel. plasmolisis/flasid sel serta
tumbuhan layu/ mati.
Kepekatan zat terlarut Air meresap keluar daripada sel
(larutan garam) di luar sel secara osmosis. Sel menjadi
ikan lebih tinggi berbanding kontang/dihidrasi dan tidak sesuai
dalam sel ikan. untuk pertumbuhan bakteria.
Kesannya makanan tahan lama.
Kepekatan zat terlarut Air meresap keluar daripada sel
(larutan garam) di luar sel secara osmosis. Sel menjadi
sayur lebih tinggi bebanding kontang/dihidrasi dan tidak sesuai
dalam sel. untuk pertumbuhan bakteria.
Makanan tahan lama.

UJI KEFAHAMAN ANDA!
1. Apakah yang dimaksudkan dengan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik?

[3 markah]
Hipotonik- Larutan yang berkepekatan lebih rendah berbanding larutan bandingan.
Hipertonik- Larutan yang berkepekatan lebih tinggi berbanding larutan bandingan.
Isotonik- Larutan yang berkepekatan sama dengan larutan bandingan.

2. Terangkan maksud istilah flasid dan segah dalam sel tumbuhan. [2 markah]

Flasid merujuk kepada keadaan sel tumbuhan yang mengalami pengecutan vakuol dan

sitoplasma // plasmolisis.

Segah merujuk kepada keadaan sel tumbuhan yang mengandungi banyak air dan garam

mineral// saiz vakuol besar.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 39

www.iamchampion.blogspot.my

3. Huraikan proses krenasi dalam sel haiwan. [3 markah]

Apabila sel haiwan direndamkan / diletakkan dalam larutan hipertonik / kepekatan tinggi

menyebabkan air dari sel haiwan meresap keluar ke persekitaran luar sel haiwan secara

osmosis. Akhirnya sel haiwan mengecut.

4. Apakah kesan penggunaan baja berlebihan terhadap tumbuhan? Bagaimanakah kita
boleh mengembalikan tumbuhan tersebut kepada keadaan asalnya?
[2 markah]
Baja berlebihan mewujudkan kepekatan tinggi / hipertonik dalam air tanih. Kepekatan air
dalam sel tumbuhan adalah lebih tinggi berbanding kepekatan air dalam air tanih. Ini
menyebabkan air meresap keluar dari sel tumbuhan ke luar secara osmosis. Keadaan ini
mengakibatkan tumbuhan layu. Tumbuhan tersebut perlulah disiram/ diletakkan banyak
air untuk menjadikan air tanih lebih hipotonik berbanding sap sel tumbuhan. Tumbuhan
akan kembali segah. Deplasmolisis berlaku.

LATIHAN 4

Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 menunjukkan dua jenis pergerakan yang berbeza bagi bahan

merentas membran plasma.

Bahan N Luar sel Bahan Luar sel

M

Rajah 4.1 Dalam sel Rajah 4.2 Dalam sel

(a) Pada Rajah 4.1, label struktur- struktur berikut: [2 markah]
- Dwilapisan fosfolipid, dengan huruf M.
- Protein pembawa, dengan huruf N.

(b) Nyatakan dua ciri dwilapisan fosfolipid
Ia mengandungi kepala hidrofilik dan ekor hidrofobik. Kepala hidrofilik mengadap keluar
dan ke dalam sel. Ekor hidrofobik mengadap antara satu sama lain. Dwilapisan adalah
tidak statik / dinamik.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 40

www.iamchampion.blogspot.my

(c) Namakan proses pergerakan bahan merentasi membran plasma yang ditunjukkan pada

Rajah 4.1 dan Rajah 4.2.

Proses pada Rajah 4.1

Resapan berbantu.

Proses pada Rajah 4.2

Pengangkutan aktif // Resapan berbantu. [2 markah]

(d)(i) Molekul-molekul glukosa diangkut ke sel merentasi membran plasma melalui proses
yang ditunjukkan pada Rajah 4.1. Terangkan mengapa.
Tidak larut lipid // saiz molekul glukosa agak besar (untuk bergerak melalui dwilapisan
fosfolipid). Tidak boleh merentasi dwilapisan fosfolipid // perlu bergabung dengan
tapak aktif protein pembawa / liang.
[2 markah]

(ii) Jika bahan pada Rajah 4.2 adalah ion-ion kalium, huraikan bagaimana ion-ion kalium
tersebut diangkut ke dalam sel.
Pergerakan ion-ion kalium melawan kecerunan kepekatan/ daripada kepekatan ion
rendah ke kepekatan ion tinggi. Ia memerlukan tenaga. Dihasilkan melalui respirasi
sel. Protein pembawa (guna tenaga / ATP untuk) bergabung dengan ion-ion kalium.
Dan mengubah bentuk protein pembawa. Dan membawa ion-ion kalium merentasi
protein pembawa.
ATAU
Pergerakan ion-ion kalium menuruni/ mengikut kecerunan kepekatan / dari
kepekatan ion tinggi ke kepekatan ion rendah. Tanpa menggunakan tenaga. Ion-ion
kalium bergabung dengan tapak reseptor protein pembawa. Dan mengubah bentuk
(protein pembawa). Membenarkan ion-ion kalium merentasi protein pembawa.
[4 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 41

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 5
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan dua cara pengawetan ikan dan sayur.

Larutan garam

Cuka

Rajah 5.1 Rajah 5.2

Terangkan bagaimana bahan-bahan pengawet itu berkesan dalam pengawetan setiap

bahan makanan tersebut. [8 markah]

(Ikan diselaputi oleh) larutan garam yang hipertonik terhadap bendalir badan ikan. Banyak
air meresap keluar daripada ikan ke dalam larutan garam secara osmosis. Ikan mengalami
dehidrasi / pengontangan. Menghalang pertumbuhan bakteria dalam tisu ikan. Sel-sel
bakteria juga mengalami plasmolisis. (Keadaan ini) membunuh bakteria / mencegah
pereputan ikan.
Sayuran direndam dalam cuka yang bersifat asid / mempunyai pH rendah. Cuka meresap
masuk ke dalam tisu-tisu sayuran. Menyebabkan tisu sayuran menjadi berasid / mempunyai
pH rendah. Menghalang pertumbuhan bakteria dalam tisu. Mencegah pereputan sayur.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 42

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 6
Seorang suri rumah bercadang untuk membuat kubis masin. Dia merendam kubis itu ke
dalam larutan garam pekat pada tempoh masa tertentu.
(i) Lukis rajah berlabel keadaan satu sel kubis itu selepas direndam dalam larutan garam

pekat itu.

Membran sel

Vakuol

[2 markah]
(ii) Apakah yang berlaku kepada sel di dalam larutan garam pekat itu?

Terangkan bagaimana ini berlaku.
Plasmolisis // sel menjadi flasid. Air meresap keluar daripada sel // osmosis. Sitoplasma
dan vakuol akan mengecut. Membran sel tertarik dari dinding sel.

[4 markah]
LATIHAN 7
Rajah 7 menunjukkan keadaan sel tumbuhan sebelum dan selepas direndam dalam sejenis
larutan.

Berubah

Sebelum direndam Selepas direndam

Rajah 7

Terangkan keadaan sel selepas direndam dalam larutan tersebut.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 43

www.iamchampion.blogspot.my

Sel menjadi flasid / terplasmolisis. Sap sel adalah hipotonik // larutan adalah hipertonik.
Molekul-molekul air meresap keluar dari sap sel ke dalam larutan. Osmosis berlaku.
Membran plasma bergerak menjauhi dinding sel // sitoplasma / vakuol mengecut.

[3 markah]
LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan sel tumbuhan yang telah direndam dalam larutan glukosa 25%.

G: Membran plasma / sel Dinding sel
H: Vakuol

Rajah 8 [2 markah]
(a)(i) Pada Rajah 8, labelkan G dan H.

(ii) Namakan larutan yang mengisi ruang antara dinding sel dan G.
Terangkan bagaimana larutan itu mengisi ruang tersebut.

Nama larutan: (25%) larutan gukrosa.
Penerangan: Dinding sel adalah telap (kepada sebarang bahan). Larutan sukrosa

meresap / bergerak melalui dinding sel (dan memenuhi ruang).
[2 markah]

(b) Sel tumbuhan dalam Rajah 8 telah mengalami plasmolisis.
Terangkan bagaimana ini berlaku.
Larutan adalah hipertonik terhadap (sap) sel. Air meresap keluar (daripada sel ke
persekitaran) secara osmosis menyebabkan sitoplasma / vakuol mengecut. Plasma
membran (tertarik) menjauhi dinding sel.
[2 markah]
(c) Rajah 8.1 dan Rajah 8.2 menunjukkan keadaan dua pokok yang telah diberi baja.
Pokok pada Rajah 8.2 diberi baja secara berlebihan.

Rajah 8.1 Rajah 8.2

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 44

www.iamchampion.blogspot.my

Terangkan keadaan pokok pada Rajah 8.2.
Tumbuhan menjadi layu. Kehadiran baja berlebihan meningkatkan kepekatan (bahan larut)
air tanah // merendahkan keupayaan air tanah. Kepekatan (bahan larut) air tanah lebih tinggi
/ hipertonik kepada sap sel. (Molekul) air meresap keluar daripada sel secara osmosis
menyebabkan sel mengalami plasmolisis // sel (menjadi) flasid.

[3 markah]
(d) Rajah 8.3 menunjukkan satu kaedah pengawetan sayur-sayuran.

Larutan Bekas
garam Sayur

Rajah 8.3

Terangkan kaedah yang digunakan.

Kepekatan larutan garam adalah lebih tinggi / hipertonik kepada sap sel (pada sayuran).
(Molekul) air meresap keluar daripada sel melalui osmosis. Sel (tumbuhan) menjadi kontang
/ dihidrasi. Bakteria tidak boleh tumbuh / hidup tanpa air (oleh itu sayur-sayuran tahan lebih
lama).

[3 markah]

LATIHAN 9
Rajah 9 menunjukkan dua kawasan, X dan Y, yang dipisahkan oleh satu membran separa
telap.

Membran separa telap
Molekul air

Molekul glukosa

Kawasan X Kawasan Y
Rajah 9

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 45

www.iamchampion.blogspot.my

(a)(i) Berdasarkan Rajah 9, kawasan manakah yang hipotonik?
X
[1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (a)(i).
Kerana bilangan molekul air dalam X adalah lebih / bilangan molekul bahan
terlarut dalam X adalah kurang (daripada Y).
[1 markah]

(iii) Selepas 30 minit, keseimbangan antara kawasan X dan kawasan Y tercapai.
Lengkapkan Rajah 9.2 untuk menunjukkan perkara berikut:
 Bilangan molekul air dalam kedua-dua kawasan.
 Aras larutan dalam kedua-dua kawasan.

Kawasan X Kawasan Y Kawasan X Kawasan Y
Rajah 9.2
Rajah 9.1

(iv) Namakan proses yang berlaku dalam (a)(iii).
Osmosis.
[1 markah]

(b) Beberapa keping kubis direndam dalam larutan garam yang pekat.
(i) Terangkan mengapa tindakan di atas dapat mengawet kubis itu untuk jangka
masa yang panjang.
Air bergerak / meresap keluar dari sel kubis. Bakteria akan mati / tidak boleh
hidup dalam keadaan kering.
[2 markah]
(ii) Lengkapkan Rajah 9.3 dengan melukis keadaan sel kubis itu selepas proses
pengawetan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 46

www.iamchampion.blogspot.my

[2 markah]

Sebelum pengawetan Selepas pengawetan
Rajah 9.3

(iii) Nyatakan keadaan sel kubis di (b)(ii).
Flasid / terplasmolisis

(c) Seorang pemain skuasy dinasihatkan meminum minuman isotonik semasa
pertandingan.
Berikan dua sebab.

1. Minuman isotonik adalah larutan yang mempunyai kepekatan sama / tekanan
osmotik dengan bendalir dalam badan.

2. Tiada pergerakan bersih molekul air // tiada perubahan bentuk / isipadu sel.
3. Untuk mengekalkan persekitaran dalaman sel pada satu tahap normal //

menjadikan sel dapat berfungsi dengan optimum.
4. Untuk menggantikan bendalir badan / kehilangan air.
5. Untuk mengelakkan / mencegah dihidrasi.

[ 2 markah]

LATIHAN 10
Rajah 10 menunjukkan struktur suatu Amoeba sp.

S
Pseudopodium

Vakuol makanan

Rajah 10

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 47

www.iamchampion.blogspot.my

(b)(i) Terangkan mengapa kandungan air di dalam S bertambah apabila Amoeba sp. itu
berada dalam air tawar.
Air (tawar) hipotonik kepada Amoeba sp. Molekul air meresap masuk ke dalam vakuol
mengecut. Secara osmosis.
[2 markah]

(ii) Terangkan peranan S dalam mengawal keseimbangan air di dalam Amoeba sp.
Air meresap ke dalam vakuol mengecut. Vakuol mengecut mengembang / membesar
ke saiz maksimum. Vakuol pengecutan bergerak ke membran sel. Vakuol pengecutan
mengecut. Air dikeluarkan. Mencegah peletusan // meletus / pecah.
[2 markah]

(iii) Dalam satu aktiviti, seorang pelajar meletakkan Amoeba sp. itu dalam air laut.
Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada Amoeba sp. itu.
Terangkan jawapan anda.
Ramalan: Mati / mengecut / krenasi.
Penerangan:
Air laut hipertonik kepada Amoeba sp. Air meresap keluar dari vakuol mengecut /
Amoeba sp. Secara osmosis. Vakuol mengecut berhenti / gagal berfungsi // bilangan
pengecutan (vakuol mengecut) berkurang.
[3 markah]

LATIHAN 11
Rajah 11 menunjukkan suatu tumbuhan dalam dua keadaan yang berbeza, T dan U.

Keadaan T

Keadaan U Rajah 11

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 48

www.iamchampion.blogspot.my

(a) Berdasarkan Rajah 11, terangkan apa yang berlaku kepada tumbuhan itu dalam

keadaan T. [4 markah]

Tumbuhan layu. Tumbuhan diberi dengan baja berlebihan // kurang air dalam tanah //

terdedah kepada cahaya matahari. Air tanah adalah hipertonik terhadap sel (sap). Air

meresap keluar / bergerak keluar dari sel. melalui osmosis. Sitoplasma / vakuol

mengecut / semakin mengecil. Membran plasma menjauhi / tertarik dari dinding sel.

Plamolisis berlaku // sel tumbuhan flasid.

(b) Terangkan satu kaedah yang membolehkan tumbuhan dalam keadaan M menjadi

seperti di dalam keadaan N. [6 markah]

Menyiram tumbuhan // Meletakkan tumbuhan ke dalam (sebaldi / bekas yang

mengandungi) air // Tambahkan (lebih) air. Air tanah adalah hipotonik kepada sel

(rerambut akar) // Kepekatan air di dalam tanah adalah lebih tinggi dari (rerambut akar)

// Kepekatan air di dalam tanah adalah lebih tinggi dari (rerambut akar) sel. Air

memasuki / meresap ke dalam sel. Melalui osmosis. Vakuol / sitoplasma mengembang.

Menyebabkan tekanan osmotik sel (rerambut akar) berkurangan / tekanan turgor

meningkat. Menolak plasma membran ke arah dinding sel. Deplasmolisis berlaku. Sel

menjadi segah. Tumbuhan berdiri tegak / segar.

(b) Seorang murid menjalankan eksperimen untuk menyiasat peratusan sel darah merah
yang mengalami hemolisis apabila direndam ke dalam larutan natrium klorida berlainan
kepekatan.
Graf berikut menunjukkan keputusan eksperimen itu.

Peratusan sel X
darah merah

mengalami
hemolisis (%)

Y

Kepekatan larutan
Natrium klorida (%)

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 49


Click to View FlipBook Version