www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 15
AIDS dan denggi ialah penyakit yang boleh merebak dengan mudah.
Terangkan bagaimana penyakit- penyakit ini memberi kesan terhadap kesihatan seseorang.
[6 markah]
AIDS;
Kehadiran HIV. Dipindahkan melalui sentuhan langsung seperti pemindahan darah /
berkongsi jarum/ aktiviti seksual/ semasa mengandung. Menyerang limfosit. Merosakkan
sistem pertahanan badan. Mudah diserang oleh patogen-patogen lain. Membawa kepada
komplikasi penyakit-penyakit lain. Seperti pneumonia/ Kaposi’s sarcoma.
Denggi;
Kehadiran virus denggi. Dipindahkan oleh nyamuk Aedes. Suhu badan berubah-ubah //
menggigil kepada demam panas. Ruam/ platlet rendah. Sakit kepala yang teruk. Sakit sendi
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 200
www.iamchampion.blogspot.my
Disinfektan Vaksin
-Bahan penyahjangkit yang digunakan untuk -Ampaian bakteria atau virus mati atau
membunuh mikroorganisma pada dilemahkan yang disuntik ke dalam badan
permukaan lantai, hospital, tandas dan seseorang untuk merangsang sistem
perabot. keimunan badan bagi menghasilkan antibodi
yang dikehendaki untuk melawan penyakit
- Ia juga digunakan untuk mensterilkan
alatan pembedahan. tertentu.
-Contoh : Fenol, Formaldehid dan Asid -Contoh: vaksin Sabine dan BCG.
karbolik.
Kaedah
Mengawal
Patogen
Antiseptik Antibiotik
-Bahan kimia yang disapu pada permukaan -Bahan kimia yang dihasilkan oleh
kulit yang terluka untuk mencegah mikroorganisma untuk merencat
kemasukan serta pembiakan patogen dalam pertumbuhan dan membunuh
badan melalui luka tersebut. mikroorganisma lain terutamanya bakteria.
- Contoh: Larutan iodin dan Akriflavin. -Contoh: Penisilin dan Streptomisin.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 201
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 16
Rajah 16 menunjukkan peranan mikroorganisma dalam suatu ekosistem.
Rajah 16
(i) Berdasarkan Rajah 16 di atas, terangkan bagaimana mikroorganisma mengekalkan
kandungan sebatian X dalam tanah. [8 markah]
Bakteria pengikat nitrogen / dalam nodul akar pokok kekacang. Menggunakan nitrogen di
udara untuk membentuk nitrat / menjalankan pengikatan nitrogen. (Nitrat yang dihasilkan
oleh bakteria) diserap oleh tumbuhan untuk menghasilkan protein. Apabila haiwan makan
tumbuhan protein dipindahkan kepada haiwan. Bahan kumuh bernitrogen / urea / bahan
buangan / tinja diuraikan oleh bakteria pengurai / bakteria saprofitik / kulat. Apabila
tumbuhan dan haiwan mati. Diuraikan / mereput oleh bakteria pereputan / bakteria
saprofitik / fungi. Menguraikannya menjadi ammonia / sebatian ammonium. Bakteria
penitritan / menukarkan sebatian ammonia / ammonia kepada nitrit. Bakteria penitritan /
nitrobacter menukarkan nitrit kepada nitrat. Bakteria pendenitritan menukar nitrat kepada
nitrogen (maka kandungan nitrogen di atmosfera adalah kekal).
(ii) Terangkan apa yang akan berlaku kepada ekosistem itu jika semua bakteria pengurai
dan kulat mati. [3 markah]
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 202
www.iamchampion.blogspot.my
Tiada penguraian / pereputan dari bahan organik yang mati. Ion mineral contohnya nitrat
tidak boleh dibebaskan ke tanah. Tanah menjadi tidak subur. Fotosintesis tidak berlaku /
kekurangan nutrien / pertumbuhan terbantut.
LATIHAN 17
Rajah 17 menunjukkan tumbuhan kekacang yang ditanam di antara anak- anak pokok getah
untuk membantu pertumbuhan pokok- pokok getah itu.
Rajah 17
(a) Terangkan bagaimana tumbuhan kekacang membantu pertumbuhan anak- anak getah
itu. [10 markah]
Tumbuhan tidak boleh menyerap nitrogen daripada atmosfera. Pokok kekacang mempunyai
nodul (di bahagian akar). Nodul mengandungi bakteria pengikat nitrogen / Rhizobium.
Bakteria mengikat / menukar nitrogen dalam udara menjadi nitrat. Pokok getah menyerap
nitrat. Untuk sintesis protein. Protein digunakan oleh tumbuhan untuk menghasilkan sel- sel
baharu / pembahagian sel. Pokok kekacang menutup permukaan bumi / tanah. Untuk
mencegah kehilangan air berlebihan dari tanah. Mengurangkan / merendahkan suhu tanah.
Akar (tumbuhan kekacang) mencengkam butiran tanah. Mencegah hakisan tanah.
Mencegah larut resap nutrien dari tanah. Daun tumbuhan kekacang yang mati dapat
menghasilkan banyak humus. Humus dapat menambahkan kesuburan tanah / kandungan
nutrien (untuk anak pokok getah untuk tumbuh dengan cepat)
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 203
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 9
EKOSISTEM TERANCAM
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 204
www.iamchampion.blogspot.my
BAB 9 EKOSISTEM TERANCAM
9.1 Aktiviti Manusia yang Mengancam Ekosistem.
Bagaimanakah aktiviti manusia boleh mempengaruhi ekosistem?
Aktiviti manusia Kesan
Penyahhutanan Kehilangan kawasan tadahan karbon bumi, tanah runtuh,
banjir kilat, perubahan cuaca, kehilangan
-Penggunaan tanah secara biokepelbagaian bumi, kehilangan kawasan tadahan air,
berlebihan. kehilangan habitat, kepupusan flora dan fauna,
pencemaran udara, kesan rumah hijau, pemanasan
-Penggunaan baja tak global.
organik dalam pertanian. Eutrofikasi meningkatkan BOD air dan menambahkan
populasi alga, hidupan akuatik mati dan kehilangan
Pembuangan bahan sumber air untuk kegunaan domestik.
buangan domestik dan
industri. Pencemaran air, udara dan kesihatan manusia terjejas.
Definisi
*BOD= BioChemical Oxygen Demand atau Keperluan Oksigen BioKimia.
Jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan organik
dalam air. Ia digunakan untuk menentukan jumlah bahan pencemar organik dalam air dan
bagaimana tahap pencemaran air itu. Oleh itu, semakin tinggi keperluan oksigen biokimia
bermaksud semakin tinggi tahap pencemaran air.
Terdapat empat jenis pencemaran iaitu;
Pencemaran udara, bunyi, air dan terma.
“Udara Bunyi Air Terma”
‘UBAT’
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 205
www.iamchampion.blogspot.my
Jenis Punca Kesan
pencemaran
Udara √Pembakaran bahan api fosil melalui ekzos Jerebu, asbut, asma,
kenderaan bermotor seperti plumbum, sesak nafas, hujan asid,
Air karbon monoksida (CO), nitrogen oksida kesuburan tanah terjejas,
(NO) dan hidrokarbon (HC). kanser paru-paru.
Terma
Bunyi √Pembebasan gas karbon dioksida oleh BOD air bertambah,
stesen jana kuasa elektrik. pencemaran air,
kepupusan hidupan
√Pembakaran hutan secara terbuka. akuatik, kanser
√Asap kilang mengeluarkan gas CO, NO dan (leukemia), kadar
fotosintesis berkurang.
sulfur dioksida (SO2) ke atmosfera. Hidupan akuatik musnah,
√Baja pertanian yang mengandungi Nitrat BOD meningkat, rantai
makanan musnah.
(NO3), Fosfat (PO43-) mengalir ke sungai. Tekanan darah tinggi,
√Aliran logam berat seperti Plumbum (Pb), pekak, penyakit
kardiovaskular, ulser,
merkuri (Hg) dan Zink (Zn) ke sungai oleh kemurungan dan sakit
kilang industri. kepala.
√Air panas dari stesen jana kuasa elektrik
dialirkan ke sungai.
Kereta, motosikal, kapal terbang, tapak
pembinaan, mesin pertanian dan mesin
industri.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 206
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 1
Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan berhampiran satu kawasan perumahan
dengan hasrat untuk membangunkan kawasan itu. Walau bagaimanapun, penduduk di
kawasan tersebut bimbang tentang kesan buruk daripada aktiviti itu.
Rajah 1
Jika anda penduduk di kawasan itu, bincangkan kesan baik dan kesan buruk aktiviti
tersebut. [10 markah]
Kesan baik:
Rumah- rumah baru dibina. Untuk menampung pertambahan penduduk. Lebih banyak
peluang pekerjaan. Kemudahan infrastruktur / kemudahan awam diperbaiki.
Kesan buruk:
Menyebabkan tanah terdedah kepada agen-agen hakisan. Menyebabkan peningkatan
kandungan karbon dioksida di atmosfera. Menyebabkan organisma kehilangan habitat.
Banjir kilat / tanah runtuh. Sungai menjadi cetek / tanah kurang subur. Kesan rumah hijau /
pemanasan global. Kepupusan haiwan.
LATIHAN 2
Proses fotosintesis didapati dapat menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar.
Terangkan bagaimana pencemaran udara memberi kesan terhadap fotosintesis dan
keseimbangan alam.
[10 markah]
Menyerap karbon dioksida daripada atmosfera. Membekalkan / menggantikan oksigen
dalam atmosfera. Membantu mengekalkan peratusan CO2 / O2 dalam atmosfera.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 207
www.iamchampion.blogspot.my
Kenderaan bermotor / pembakaran bahan api fosil / pembakaran hutan. Proses
perbandaran / kuari tanah. Membebaskan banyak asap / gas berasid. Meninggikan
kandungan debu / zarah dalam udara. Debu / zarah mendap di atas permukaan daun /
menutupi liang stomata. Mengurangkan pertukaran gas O2 + CO2. Menyebabkan udara
berjerebu. Mengurangkan keamatan cahaya yang sampai ke daun. Kadar fotosintesis
berkurangan. CO2 kurang diserap daripada atmosfera (dan O2 kurang dibebaskan) / CO2
meningkat. Mempercepatkan kesan rumah hijau / pemanasan bumi / hujan asid.
LATIHAN 3
Rajah 3 menunjukkan aktiviti pembakaran hutan.
Bincangkan bagaimana aktiviti ini menyebabkan bencana terhadap alam sekitar.
[7 markah]
Rajah 3
Membebaskan banyak karbon dioksida dalam udara / membentuk satu lapisan karbon
dioksida dalam atmosfera. Memerangkap haba / cahaya infra-merah / radiasi gelombang-
panjang. Dan menyebabkan pemanasan global / kesan rumah hijau / peningkatan dalam
suhu atmosfera. Membebaskan (zarah-zarah) asap yang tebal yang menyebabkan
pembentukan jerebu. Mengurangkan keamatan cahaya untuk fotosintesis dalam tumbuhan
hijau. (Maka) kurang penghasilan / pengeluaran hasil tanaman. (Jerebu) menghalang
penglihatan / menyebabkan kemalangan di udara / masalah semasa pendaratan kapal
terbang. Zarah (asap) juga menyebabkan masalah kesihatan / penyakit peparu / masalah
penglihatan. Memusnahkan flora dan fauna. (Menyebabkan) kehilangan / kemusnahan
herba (dengan banyak) untuk kegunaan perubatan / (kehilangan dengan banyaknya) balak.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 208
www.iamchampion.blogspot.my
Kehilangan habitat / biodiversiti // kepupusan flora / fauna / kemusnahan rantai / jaringan
makanan. Kurang kawasan tadahan air. Tanah gondol / kehilangan nutrien / terdedah
kepada banjir kilat / hakisan tanah / tanah runtuh / pencemaran air.
LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan dua aktiviti pertanian yang menggunakan produk bahan kimia.
Menabur baja Menyembur racun serangga
Rajah 4
Bincangkan kesan baik dan kesan buruk kedua-dua aktiviti yang ditunjukkan pada Rajah 4
di atas. Perbincangan harus berdasarkan impak pada pertanian dan alam sekitar.
[10 markah]
Kesan baik:
Membekalkan keperluan mineral / besi / nitrat / sulfat / ammonia // bekalkan nutrien.
Meningkatkan penghasilan // kadar pertumbuhan meningkat.
Kesan buruk:
Lebihan baja mungkin dialirkan (oleh air hujan ke dalam sungai / kolam / saliran / terusan
yang berhampiran). Menyebabkan pengkayaan air (oleh ion mineral yang diperlukan untuk
pertumbuhan alga / tumbuhan). Mengakibatkan pertumbuhan giat alga / tumbuhan akuatik /
pembiakan alga / eutrofikasi. (Dan akhirnya) meningkatkan BOD air / kadar pencemaran air /
merendahkan / mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai / tasik. (Menyebabkan)
kematian ikan / haiwan akuatik di dalam air.
Kesan baik:
Kaedah yang berkesan untuk membunuh / memusnah serangga / herbisid. (oleh kerana)
sesetengah bahan kimia adalah toksin terhadap haiwan / rumpai tertentu sahaja.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 209
www.iamchampion.blogspot.my
Kesan buruk:
(Ianya mungkin) bahaya kepada petani sekiranya disedut dengan kerap / terdedah pada
kulit. (Ianya mungkin) mencemarkan air bawah tanah / laut. Menyebabkan ikan / haiwan
akuatik mati. (Dan) dalam jangka masa yang panjang, serangga / serangga perosak /
haiwan / rumpai mungkin berkembang menjadi ‘strain mutant’ yang mempunyai ketahanan
kepada bahan kimia. (Dan) tidak lagi berkesan terhadap serangga perosak / kawalan
rumpai.
LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan kesan-kesan aktiviti pertanian berhampiran sebuah kolam.
Aktiviti pertanian
Pertumbuhan alga secara mendadak
Kuantiti jirim organik mereput yang banyak
Tumbuhan akuatik dan ikan mati
Rajah 5
Terangkan bagaimana aktiviti-aktiviti pertanian tersebut menyebabkan kematian tumbuhan
akuatik dan ikan-ikan di dalam kolam itu. [10 markah]
Baja kimia larut dalam / dibawa oleh air hujan // Larut resap / pengaliran baja (inorganik)
(dari kawasan pertanian ke dalam kolam). Meningkatkan kepekatan nitrat / fosfat / bahan
inorganik (dalam kolam). Alga (yang tumbuh dengan cepat / pesat) melitupi keseluruhan
permukaan air. Menyebabkan eutrofikasi. Menghalang / mengelakkan penembusan cahaya
matahari. Mengurangkan kadar fotosintesis (tumbuhan akuatik). Kurang oksigen dihasilkan /
terlarut dalam air. (Tumbuhan akuatik dan ikan mati) / organisma mati diuraikan oleh
bakteria. Populasi bakteria / pengurai meningkat. (Bakteria / mikroorganisma) menggunakan
oksigen dari air. Menyebabkan pengurangan oksigen yang melampau dalam air. Sangat
sedikit / kurang oksigen terlarut dalam air untuk organisma akuatik. Meningkatkan (aras)
BOD. Pencemaran air // mengurangkan kualiti air (menyebabkan kematian tumbuhan
akuatik dan ikan di dalam kolam).
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 210
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan satu kawasan perindustrian baru berdekatan dengan kawasan
perumahan.
Rajah 6
Bincangkan kesan baik dan kesan buruk yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti perindustrian
terhadap manusia dan alam sekitar pada tahun-tahun akan datang.
[10 markah]
Kesan baik:
Lebih banyak peluang pekerjaan. Lebih banyak aktiviti meningkatkan ekonomi dan projek
pembangunan. Menarik pelancong. Memperbaiki infrastruktur.
Kesan buruk kepada manusia:
Menyebabkan masalah pernafasan / asma / bronkitis / merengsa mata. Kadar jenayah
meningkat.
Kesan buruk kepada persekitaran:
Menyebabkan pencemaran udara. Jirim habuk yang sangat halus / asap / habuk / kotoran /
jelaga. (Menyumbang kepada) pembentukan jerebu / asbut. (Yang) mengurangkan
keamatan cahaya // menutup stomata. Mengurangkan / merendahkan kadar fotosintesis //
mengurangkan hasil tanaman. Gas beracun / nitrogen dioksida / sulphur dioksida // karbon
dioksida // CFC. Menyebabkan hujan asid // Peningkatan suhu / kesan rumah hijau/
pemanasan global // Penipisan lapisan ozon. Memusnahkan bangunan / mengkakis besi /
keluli / aluminium. Pencemaran air. Disebabkan oleh sisa industri / minyak / air panas / sisa
radioaktif / logam berat. Kepupusan / kematian organisma akuatik.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 211
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 7
Rajah 7 menunjukkan suatu ekosistem.
Kebun sayur
Sungai
Banyak kilang baharu didirikan berdekatan dengan sungai.
Terangkan kesan buruk kewujudan kilang-kilang tersebut terhadap ekosistem itu.
[10 markah]
Jawapan:
Membebaskan banyak gas berbahaya / gas beracun // gas bertoksik. Karbon dioksida
terperangkap di atmosfera. Memerangkap haba. Meningkatkan suhu persekitaran.
Menyebabkan kesan rumah hijau / pemanasan global. Menyahasli enzim fotosintesis. Kadar
fotosintesis lambat/ rendah. Kadar pertumbuhan tumbuhan perlahan. Populasi tumbuhan/
hasil tumbuhan berkurang / pupus. Biodiversiti berkurangan. Sulfur dioksida / nitrogen
oksida. Terlarut dalam air hujan. Membentuk hujan asid. Mengalir ke dalam sungai / tanah.
pH air sungai/ tanah berkurang. Menyebabkan pencemaran air. Kematian organisma.
Ekosistem tidak seimbang. Bahan pencemar / karbon monoksida / karbon dioksida / zarah /
habuk / kotoran. Menyebabkan jerebu / kabut. Menutup stoma daun. Mengurangkan kadar
fotosintesis. Haba terbebas dari janakuasa. Meningkatkan suhu air sungai. Menyebabkan
pencemaran terma. Mengurangkan oksigen terlarut. Kematian organisma akuatik.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 212
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan dua jenis aktiviti manusia dalam suatu ekosistem.
Aktiviti manusia
Baja berlebihan digunakan Penebangan pokok secara
dalam kebun sayur berleluasa
Terangkan impak setiap aktiviti kepada ekosistem tersebut. [10 markah]
Baja yang berlebihan mengandungi kandungan nitrat / fosfat yang tinggi larut dalam air
hujan / mengalir ke dalam sungai yang berdekatan. Menggalakkan pertumbuhan alga /
menyebabkan alga tumbuh secara mendadak. Mengakibatkan eutrofikasi // alga bloom.
Alga menutupi seluruh permukaan sungai dan menyekat cahaya matahari daripda
menembusi ke dalam air. Menyebabkan kadar fotosintesis tumbuhan akuatik lebih rendah.
Kurang oksigen dibebaskan. Kadar respirasi organism akuatik lebih rendah. (Organisma
akuatik) bersaing dengan alga untuk oksigen. Menyebabkan organism akuatik mati. Kadar
pemguraian oleh bakteria lebih tinggi. Kurang oksigen terlarut dalam air. BOD air lebih tinggi
// air tercemar. Pencemaran tanah. Perubahan pH tanah // tanah menjadi berasid.
Meningkatkan kemasinan tanah. Merosakkan akar tumbuhan. Kurang / tiada air. Rencat
pertumbuhan / kurang kadar pertumbuhan. Melambatkan percambahan biji benih.
Kandungan mineral dalam tumbuhan meningkat. Menarik / boleh menyebabkan jangkitan
perosak. Tumbuhan mati.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 213
www.iamchampion.blogspot.my
9.2 Fenomena kesan rumah hijau (KRH) dan penipisan lapisan ozon (PLO)
LATIHAN 9
Rajah 9 menunjukkan satu daripada fenomena alam sekitar yang menjadi isu perbincangan
masa kini.
Atmosfera
Gas-gas terperangkap
Rajah 9
Namakan fenomena ini dan terangkan bagaimana fenomena ini berlaku.
Jika anda adalah seorang aktivis alam sekitar, cadangkan bagaimana anda akan
menerangkan kepada orang ramai tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk
mengatasi fenomena ini. [10 markah]
Fenomena ini ialah kesan rumah hijau. (Yang berlaku disebabkan) oleh peningkatan
kandungan karbon dioksida di atmosfera. Akibat pembakaran bahan api fosil di dalam
kenderaan / penebangan hutan yang berleluasa. (Karbon dioksida yang dibebaskan) akan
memerangkap haba. Bangunan bercermin memantulkan haba dan hal ini meningkatkan
suhu bumi. Industri meningkatkan CFC / metana di atmosfera. Menyebabkan pemanasan
global.
Bagi mengatasi masalah ini:
Gunakan tenaga selain daripada bahan api fosil / tenaga solar. Hadkan pembakaran terbuka
/ pembakaran hutan. Tanam semula pokok selepas pembalakan. Galakkan bumi hijau.
Kurangkan bangunan bercermin.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 214
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 10
Rajah 10 menunjukkan satu fenomena yang berlaku dalam atmosfera bumi.
Sinaran suria
Pantulan haba
Rajah 10
Terangkan kesan fenomena tersebut terhadap alam sekitar jika aras kepekatan karbon
dioksida, CO2 semakin meningkat. [3 markah]
(Peningkatan dalam kepekatan karbon dioksida) akan memerangkap haba. Peningkatan
dalam suhu atmosfera global / dunia (kepada satu nilai yang lebih tinggi dari suhu normal) /
menjadikan atmosfera lebih panas / menyebabkan peningkatan dalam suhu bumi /
pemanasan global. Pencairan ais (kutub) / aras air laut meningkat. (Fenomena ini
dinamakan) kesan rumah hijau.
LATIHAN 11
Rajah 11 menunjukkan beberapa aktiviti manusia yang membebaskan karbon dioksida ke
atmosfera dalam suatu ekosistem.
Rajah 11
Terangkan kesan pertambahan kepekatan karbon dioksida pada ekosistem itu.
[10 markah]
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 215
www.iamchampion.blogspot.my
Jawapan:
Kesan Rumah Hijau. Pertambahan kepekatan gas-gas Rumah Hijau/CO2 memerangkap/
menyerap lebih banyak haba di atmosfera. Lapisan gas-gas Rumah Hijau bertindak sebagai
penebat. Penghalang tenaga haba daripada berpindah ke angkasa. Menyebabkan
peningkatan suhu / pemanasan global. Kesan Rumah Hijau menyebabkan pengembangan
termal air laut // pencairan glasier/ ketulan ais. Menyebabkan aras air laut naik.
Menyebabkan perubahan dalam arah angin / arus laut. Menyebabkan perubahan cuaca.
Suhu lampau tinggi yang memberi kesan kepada fotosintesis. Penghasilan tanaman/ haiwan
berkurang. Pemusnahan rantai/ jaringan makanan. Kepupusan spesies// biodiversiti
berkurangan.
LATIHAN 12
Rajah 12 menunjukkan alatan kegunaan harian di rumah.
Peti sejuk
Penyembur Penyaman udara
aerosol
Rajah 12
Terangkan kesan pembebasan klorofluorokarbon ke atas kesihatan manusia dan ekosistem.
Jawapan:
Lapisan ozon melindungi/ menghalang permukaan bumi/organisma daripada sinar UV. CFC
menyebabkan penipisan lapisan ozon. CFC melepaskan atom klorin melalui pertambahan
UV. Klorin memecahkan/ bertindak ke atas molekul ozon kepada oksigen. Penipisan
lapisan ozon menyebabkan lebih banyak cahaya/ sinar UV menembusi atmosfera bumi.
Katarak iaitu kornea mata mengeras. Kanser kulit iaitu pembahagian sel luar biasa/tidak
terkawal.
Kecacatan/penyakit genetik melalui mutasi. Penurunan sistem keimunan dengan
kemusnahan sistem keimunan. Kemusnahan rantai / jaringan makanan menyebabkan
fitoplankton / zooplankton / pengeluar / pengguna mati / musnah. Kepupusan organisma
yang tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan persekitaran. Kemusnahan kitar karbon
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 216
www.iamchampion.blogspot.my
// penurunan kadar fotosintesis apabila klorofil/sel daun musnah // enzim ternyahasli.
Perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan suhu / kemarau / banjir kilat.
LATIHAN 13
Rajah 13 menunjukkan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera yang meningkat sejak
tahun 1750.
Kepekatan karbon dioksida
Masa (tahun)
Rajah 13
Terangkan sebab- sebab yang menyumbang kepada peningkatan kepekatan karbon
dioksida dalam atmosfera dan kesan- kesannya ke atas alam sekitar.
[5 markah]
Sebab:
Pertambahan bilangan kenderaan // kilang // pembakaran terbuka. (Kenderaan // kilang //
pembakaran terbuka) membebaskan karbon dioksida yang banyak. Peningkatan
penggunaan elektrik. Stesen kuasa menggunakan bahan api fosil untuk menjana elektrik.
Pengurangan kawasan hutan // pertambahan aktiviti penyahhutanan. Kurang karbon
dioksida digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis.
Kesan:
Karbon dioksida ialah (gas rumah hijau) dapat menyerap kuantiti haba yang banyak. Karbon
dioksida memantulkan haba balik ke bumi. Menyebabkan kesan rumah hijau //
memerangkap haba. Mengakibatkan pemanasan global // kesan pemanasan global.
Pencairan ais pada kutub // sebarang contoh kesan pemanasan global yang sesuai.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 217
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 14
Cadangkan cara- cara yang perlu diambil untuk mengimbangi kepekatan karbon dioksida
dalam atmosfera. [5 markah]
Dengan menguatkuasakan undang- undang. Melarang pembakaran secara terbuka //
melarang pembalakan haram / penyahhutanan. Mengekalkan jumlah pokok untuk
menjalankan fotosintesis / penanaman semula pokok / hutan simpan / pembalakan terpilih.
Melalui pendidikan / kempen. Berkongsi kenderaan // mengamalkan 3R. Kurang tenaga
digunakan untuk menghasilkan produk baharu oleh kilang-kilang. Dengan memperkenalkan
teknologi baharu / pendekatan inovatif. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui / contoh
tenaga yang boleh diperbaharui. Kurang bahan bakar digunakan. Mencegah karbon
dioksida yang banyak dibebaskan ke atmosfera.
LATIHAN 15
Rajah 15 menunjukkan satu fenomena atmosfera.
Rajah 15
Satu fenomena yang menyebabkan kadar penglihatan yang rendah disebabkan oleh
zarah – zarah terampai yang halus pada lapisan atmosfera berhampiran dangan
permukaan bumi.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 218
www.iamchampion.blogspot.my
Bincangkan fenomena tersebut berdasarkan isu-isu berikut:
(i) Jumlah zarah- zarah terampai di udara meningkat
(ii) Fenomena ini akan memberi kesan ke atas organisma hidup.
[10 markah]
(i) Fenomena ialah jerebu. Akibat daripada habuk / asap / kabut / jelaga.
Mengandungi gas karbon dioksida / karbon monoksida / sulfur dioksida / ozon /
nitrogen oksida yang terperangkap oleh partikel- partikel. Menyebabkan
pencemaran udara. Ia juga berpunca daripada pertanian / lalu lintas / industri /
kuari / pembakaran terbuka. Disebabkan oleh sikap tidak peduli manusia / kurang
pengetahuan. Udara tidak bergerak dan kering // cuaca panas. Tiada hujan untuk
menghilangkan zarah terampai.
(ii) Menghalang penglihatan yang menyebabkan kemalangan lalu lintas darat dan
udara. Ia juga menganggu kesihatan manusia. Seperti asma / batuk / sukar
bernafas / konjunktivitis / kerengsaan mata / bronkitis. Menyebabkan resah /
tekanan / kegagalan jantung. Pada tumbuhan, partikel – partikel ini menutup daun
- daun / menyumbat stomata pada tumbuhan // mengurangkan keamatan cahaya
// menghalang pertukaran gas. Kadar fotosintesis berkurang. Mengurangkan
hasil tanaman. Pada haiwan kecil boleh menyebabkan kematian. Ini menganggu
rantai makanan / siratan makanan. Mempengaruhi kesihatan haiwan ternakan
dan mengakibatkan pendapatan petani berkurang.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 219
www.iamchampion.blogspot.my
LATIHAN 16
Rajah 16(i) menunjukkan situasi semasa di Bukit Cermin.
Rajah 16(i)
Pemaju telah mencadangkan untuk membina sebuah hospital dan beberapa buah
kuarters bagi kakitangan hospital di Bukit Cermin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
16(ii).
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 220
www.iamchampion.blogspot.my
Rajah 16(ii)
Pemaju itu telah menyenaraikan langkah- langkah berikut untuk memastikan
keselamatan kawasan itu:
Membina penghadang bagi menghalang tanah runtuh
Membina sistem perparitan
Cadangan itu telah ditolak oleh pihak berkuasa tempatan. Pemaju itu kemudiannya
merancang untuk menghantar cadangan baharu kepada pihak berkuasa tempatan
dengan beberapa langkah keselamatan tambahan.
Cadang dan terangkan apakah langkah keselamatan tambahan yang perlu pemaju
sertakan dalam kertas cadangan itu bagi meyakinkan pihak berkuasa. [10 markah]
Hospital perlu dibina jauh daripada tebing / lereng bukit. Untuk memastikan keselamatan
bangunan. Bina jalan mengikut kontur muka bumi / cara – cara bagaimana dilaksanakan.
Elakkan kerosakan bentuk muka bumi / topografi. Pindah kuarters kakitangan hospital ke
kaki bukit. Elakkan penebangan hutan. Untuk mengekalkan habitat flora dan fauna /
biodiversiti. Untuk meminimakan gangguan ekosistem. Supaya kawasan tadahan air
dapat dikekalkan. Tidak berlaku banjir kilat / lumpur. Elakkan tanah runtuh. Menanam
lebih banyak pokok / rumput di kawasan itu. Akar pokok mencengkam tanah. Untuk
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 221
www.iamchampion.blogspot.my
memastikan kestabilan struktur bukit. Bina sistem saliran yang cekap untuk aliran air
sepanjang jalan. Untuk menyalurkan air dari atas bukit secara sistematik. Menghalang
aliran deras air ketika hujan. Bina penghadang kuat / kukuh di kawasan berisiko tinggi.
Untuk mengelakkan hakisan tanah.
9.3 Kepentingan pengurusan terancang aktiviti pembangunan dan ekosistem.
LATIHAN 17
Kawasan sawah padi dibangunkan menjadi kawasan perindustrian seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 17 di bawah.
Rajah 17
Bincangkan kesan baik dan kesan buruk sosial, ekonomi dan persekitaran akibat
pembangunan ini. [10 markah]
Kesan baik Penerangan
Menyediakan peluang pekerjaan. Meningkatkan taraf ekonomi.
Menyediakan keperluan asas Membina bangunan sekolah / klinik / untuk
infrastruktur. meningkatkan kualiti / peluang pekerjaan
dalam pendidikan.
Menyediakan persekitaran hidup yang Mempunyai sistem pembersihan yang baik /
lebih baik / selesa kepada penduduk. bekalan air bersih / bekalan elektrik yang
lebih baik.
Sistem pengangkutan yang baik. Pengangkutan lebih cepat / menjimatkan
masa untuk bergerak dari satu tempat ke
tempat lain.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 222
www.iamchampion.blogspot.my
Kesan buruk Penerangan
Kawasan padi terdedah kepada tanah Semasa hujan lebat, partikel tanah di
tebus guna. hanyutkan ke sungai / sumber air
menyebabkan banjir lumpur.
Habitat untuk flora / fauna / sawah padi Kepupusan flora / fauna // mengurangkan
musnah. populasi organisma.
Pencemaran udara / air / terma / bunyi. Disebabkan pembebasan bahan pencemar ke
persekitaran // menyebabkan penyakit /
Meningkatkan populasi di kawasan itu. bronkitis / asma / tekanan // kualiti kesihatan
menurun.
Menyebabkan masalah sosial.
LATIHAN 18
Rajah 18 menunjukkan tiga tong sampah kitar semula P, Q dan R. Tong sampah kitar
semula ini digunakan untuk mengumpul bahan-bahan terpakai.
Kertas terpakai Kaca terpakai Plastik terpakai
Rajah 18
Bahan-bahan terpakai tersebut adalah daripada sumber semula jadi.
Kertas daripada pokok
Kaca daripada mineral
Plastik daripada petroleum
Terangkan bagaimana amalan mengitar semula bahan-bahan terpakai dalam Rajah 18 di
atas menyumbangkan kepada pengekalan keseimbangan alam.
[10 markah]
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 223
www.iamchampion.blogspot.my
Kertas,
Dengan menggunakan semula kertas terpakai kurang pokok akan ditebang/ lebih banyak
pokok yang dipelihara. Banyak habitat flora dan fauna dapat dipelihara. Kurang/ tiada
gangguan jaringan/rantai makanan. Kepupusan flora / fauna dapat dielakkan. Memelihara
biodiversiti. Kitar karbon dapat dikekalkan // kepekatan CO2 / O2 dikekalkan. Kawasan
tadahan air dipelihara. Mencegah banjir kilat / hakisan tanah/ banjir lumpur/tanah runtuh /
pemanasan global. Mengekalkan kawasan rekreasi. Mengurangkan pencemaran air / udara.
Mengurangkan tapak pelupusan sampah.
Kaca,
Kurang kaca baru dihasilkan daripada kilang-kilang. Lebih tenaga / wang dapat dijimatkan.
Kurang/ halang ketandusan mineral // kurang bahan api fosil digunakan // mineral boleh
diselamatkan. Eksploitasi sumber bumi dapat dikurangkan. Kurang pencemaran air/udara.
Mengurangkan tapak pelupusan sampah.
Plastik,
Kurang petroleum diperlukan untuk menghasilkan plastik baru. Banyak petroleum dalam
bumi dapat dipelihara untuk masa depan. Pembuangan plastik boleh mencemarkan
persekitaran/ plastik menyumbat longkang menyebabkan banjir kilat. Plastik tidak
terbiodegradasi/ tidak dimusnahkan oleh bakteria /pengurai. Merosakkan permandangan /
boleh dilihat disepanjang jalan/ pantai. Gas beracun dikeluarkan jika ia dibakar. Hidupan
akuatik akan mati disebabkan tersilap memakan plastik yang disangkakan makanan.
Mengurangkan masalah bahan sisa pepejal / kurangkan tapak pelupusan sampah.
Kurangkan pencemaran udara/ air.
LATIHAN 19
Rajah 19 menunjukkan suatu lokasi eko-pelancongan yang popular di Malaysia.
Rajah 19
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 224
www.iamchampion.blogspot.my
Bincangkan kesan aktiviti eko-pelancongan terhadap komuniti dan alam sekitar di kawasan
itu.
[10 markah]
Kesan baik;
Lebih banyak peluang pekerjaan. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Mempertingkatkan
infrastruktur. Menarik pelancong-pelancong. Generasi muda dapat menghargai biodiversiti
Untuk mengekalkan ekosistem.
Kesan buruk;
Habitat flora dan fauna telah musnah. Pencemaran air. Disebabkan oleh pembuangan
domestik/ sampah/ kumbahan. Aktiviti (anaerob) bakteria meningkat. Kurang oksigen di
dalam air. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) meningkat. Organisma akuatik mati. Siratan
makanan terganggu. Memberi kesan kepada industri / aktiviti perikanan di kawasan
tersebut. Menyebabkan ekosistem tidak seimbang / mengurangkan biodiversity.
LATIHAN 20
Berikut adalah pemyataan yang diberikan oleh pencinta alam sekitar.
“Kita tidak boleh berterusan mencemarkan Bumi tanpa menghadapi akibatnya. Permintaan
terhadap sumber-sumber alam mesti seimbang dengan keperluan untuk mengekalkan
sumber-sumber itu.”
Berdasarkan penyataan di atas, cadangkan bagaimana Program 3R; Mengurangkan,
Menggunakan semula dan Mengitar semula sumber-sumber boleh diamalkan untuk
mewujudkan suatu persekitaran hijau di sekolah anda.
[10 markah]
Mengurangkan;
(Konsep) gunakan bilangan sumber / bahan yang sedikit / terhad. Menggalakkan pelajar
untuk membawa sendiri kutleri yang boleh diguna semula untuk digunakan di kantin /
cafeteria. Berkomunikasi melalui telefon / emel/ Whatsapp/ laman web sekolah // kurangkan
penggunaan kertas (surat). Mencetak dokumen pada kedua- dua muka. (menggunakan
tenaga secara efisien) dengan menggunakan mentol penjimat tenaga. Memelihara
penggunaan air.
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 225
www.iamchampion.blogspot.my
Menggunakan semula;
(Konsep) guna semula / berulang kali sebelum menggantikannya. Kumpul dan guna semula
kertas yang masih lagi kosong pada halaman sebelah. Derma komputer / peralatan yang
tidak diperlukan dan perabot sekolah.
Mengitar semula;
Tukar bahan buangan (yang tidak boleh disingkir) kepada produk baharu. Kitar semula
semua bekas minuman yang dikumpulkan di sekolah. Kitar semula kertas/ majalah / buku.
Beli kertas / bekalan yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Pengkomposan / eko-
enzim. Sisa organik / sisa makanan (dari kantin/ dewan makan). Mengurai semula jadi di
dalam tong kompos. Mendidik guru / pelajar / staf tentang bagaimana untuk mengkompos.
Poin Tambahan;
(Pendidikan/ Mendidik komuniti sekolah)
Pelan / kempen / Aktiviti kesedaran semasa majlis tertentu. Memastikan ibu bapa sentiasa
dimaklumkan tentang 3R. Dengan melaksanakan Program 3R, boleh mencipta persekitaran
mesra eko.
“Semoga anda mencapai kecemerlangan dalam SPM”
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 226
www.iamchampion.blogspot.my
AUTOGRAF…
Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 227