The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkarnainjamaluddin, 2020-11-25 09:03:20

Modul Sempoi Biologi T4 (Guru)

Modul

Keywords: MSBT4G

www.iamchampion.blogspot.my

B3 Yis, bijirin, hati, telur, Koenzim dalam respirasi sel.

sayuran segar. Pemeliharaan epitelium pada kulit dan

sistem saraf.

B5 Telur, daging, hati, yis, Koenzim dalam respirasi sel.

germa gandum, Untuk penghasilan antibodi.

sayuran segar. Memelihara kesihatan sistem saraf dan

kulit.

B6 Hati, bijirin, daging, Koenzim dalam metabolisma asid amino.

telur, kacang, susu.

B12 Susu, telur, daging, Pembentukan sel darah merah.

hati.

C Buah-buahan sitrus Memelihara kesihatan tisu penghubung

dan sayuran hijau. terutamanya saluran darah.

Untuk kesihatan kulit dan pemulihan luka

yang cepat.

Meningkatkan ketahanan terhadap

jangkitan.

Vitamin Larut Sumber Makanan Fungsi dalam Badan
Lemak
A Susu, tomato, lobak Membina pigmen pada retina mata untuk
merah, minyak hati penglihatan jelas pada waktu malam.
D ikan. Memastikan pertumbuhan sel epitelium
kulit yang sihat.
E Minyak hati ikan, keju, Membantu penyerapan kalsium dan
mentega, telur. fosforus.
K Membantu untuk membina tulang dan gigi
Germa gandum, yang kuat.
sayuran hijau, minyak, Memelihara kesihatan sistem otot, sistem
kelapa sawit. saraf dan sistem peredaran darah.
Sebagai bahan anti pengoksidaan bagi
Hati, tomato, sayuran asid lemak tepu.
hijau seperti bayam Mengekalkan fungsi sistem pembiakan.
dan kobis. Membantu dalam pembekuan darah.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 100

www.iamchampion.blogspot.my

MINERAL
 Mineral dibahagikan kepada dua iaitu makronutrien dan mikronutrien.
‘makro’= besar ‘mikro’ = kecil ‘nutrien’= makanan

Makronutrien Sumber Makanan Fungsi
Kalsium (Ca) Susu, keju, ikan bilis, Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.
bijirin. Menolong pembekuan darah.
Diperlukan untuk pengecutan otot dan
Magnesium (Mg) Bijirin, sayuran hijau, pemindahan impuls saraf.
susu, daging. Diperlukan untuk pengecutan otot.
Diperlukan untuk pemindahan impuls
Fosforus (P) Susu, daging, bijirin, saraf.
Natrium (Na) telur. Sebagai kofaktor bagi enzim.
Garam biasa, daging, Membentuk tulang dan gigi yang kuat.
telur, susu Membentuk ATP semasa respirasi sel.
Mengekalkan keseimbangan air dalam
Kalium (K) Susu, daging, pisang, badan.
sayuran hijau. Mengekalkan tekanan osmosis cecair
Mikronutrien dalam badan.
Besi (Fe) Sumber Makanan Diperlukan dalam pemindahan impuls
Hati, bayam, kacang, saraf.
telur kuning. Untuk pemindahan impuls saraf.
Untuk pengecutan otot.

Fungsi
Membentuk hemoglobin.

Florin (F) Air minuman. Teh, Mengukuhkan enamel pada gigi.
sayuran.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 101

www.iamchampion.blogspot.my

6.3 Malnutrisi.
 ‘Mal’= lebih atau kurang

Gizi Berlebihan Kekurangan
Karbohidrat Obesiti. Lesu dan tidak bertenaga.
Diabetis melitus.
Protein Penyakit kardiovaskular. Kwasyiorkor dan marasmus.
Gout.
Vitamin C Kegagalan ginjal dan hati. Pembentukan kolagen yang
Asid urik berlebihan dalam lemah menyebabkan skurvi
Ferum darah. (gusi berdarah).
Vitamin D, Kalsium Cirit- birit dan mual. Anemia (kurang darah
dan fosforus merah).
Lipid Toksik Rikets.
Osteoporosis.
Mual, muntah dan kurang selera Lesu dan tidak bertenaga.
makan.
Obesiti.
Penyakit kardiovaskular

Kardiovaskular Gout Kwasyiorkor Marasmus Rikets

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 102

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 2
Sembelit, rabun malam dan anemia adalah tiga masalah kesihatan.
Nyatakan punca dan cadangkan cara untuk mengatasi setiap masalah kesihatan itu dari
aspek nutrisi.

[6 markah]
Sembelit

 Tidak cukup jumlah makanan bergentian / serabut / serat / fiber / pelawas.
 Makan lebih banyak sayur-sayuran / buah-buahan / bijiran.

Rabun malam
 Tiada / tidak cukup vitamin A.
 Makan lebih banyak lobak merah / tomato.

Anemia
 Tidak cukup zat besi / ferum.
 Makan lebih banyak bayam / hati (ayam) / hati (lembu) / kerang / limpa.

LATIHAN 3
Malnutrisi adalah keadaan yang timbul akibat gizi yang tidak seimbang di mana ada nutrien
tertentu yang kurang, berlebihan atau dalam nisbah yang salah.
Terangkan kesan kepada seseorang kanak-kanak yang diberi mana-mana dua nutrien
makanan dalam amaun yang tidak mengcukupi untuk satu tempoh masa yang panjang.

[6 markah]

Protein
 Seorang kanak-kanak yang kekurangan protein (untuk satu jangka masa panjang)
akan menghidap kwasyiorkor / marasmus.
 Protein diperlukan untuk pertumbuhan normal.
 Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut.

Vitamin A
 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin A (untuk satu tempoh jangka
panjang) akan menghidap rabun malam.
 Vitamin A diperlukan untuk menentukan sel-sel rod dalam retina sihat.
 Kekurangan vitamin A mengurangkan keupayaan melihat dalam cahaya malap.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 103

www.iamchampion.blogspot.my

Vitamin D
 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin D (untuk satu tempoh jangka
panjang) akan menghidap riket.
 Vitamin D diperlukan untuk perkembangan tulang yang sihat.
 Kekurangan vitamin D menyebabkan tulang-tulang menjadi lembut dan tumbuh tidak
sekata.

Vitamin C
 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin C (untuk satu tempoh jangka
panjang) akan menghidap skurvi.
 Vitamin C diperlukan untuk gusi dan kulit yang sihat.
 Kekurangan vitamin C menyebabkan gusi membengkak dan berdarah.

Serabut
 Seorang kanak-kanak yang kekurangan pelawas (untuk satu tempoh jangka
panjang) akan menghidap sembelit.
 Serabut diperlukan untuk mencegah sembelit.
 Kekurangan serabut menyebabkan sembelit / sukar mengeluarkan tinja.

Kalsium
 Seorang kanak-kanak yang kekurangan kalsium (untuk satu tempoh jangka panjang)
akan menghidap osteoporosis.
 Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi.
 Kekurangan kalsium menyebabkan jisim tulang berkurangan / tulang menjadi rapuh
dan ringan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 104

www.iamchampion.blogspot.my

6.4 Pencernaan Makanan.

 Pencernaan di dalam mulut; maltose (Kami Anak Malaysia)
amilase

√ Kanji + air

 Pencernaan di dalam perut; Polipeptida (Parti Progresif Penduduk)
pepsin

√ Protein + air

renin

√ Kaseinogen Kasein (Kelas Rancangan Khas)

 Pencernaan di dalam usus kecil; Maltosa (Kami Anak Malaysia)
amilase

√ Kanji + air

tripsin Peptida (Polis Tangkap Pencuri)
√ Polipeptida + air

lipase

√ Lipid + air Gliserol + lemak (Lantai Licin Geli Lah)

erepsin

√ Peptida + air Asid amino (kacang PEA)

maltase

√ Maltosa +air Glukosa (Malaysia Medical Group)

sukrase Glukosa + Fruktosa (Sport Science Group Fun)
√ Sukrosa + air

laktase

√ Laktosa + air Glukosa + Galaktosa (Lebih Lebih Gila Gila)

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 105

www.iamchampion.blogspot.my

Rumusan tempat berlakunya pencernaan:

Kelas Makanan Mulut Perut Usus kecil
Karbohidrat Kanji Kanji
Protein
Protein Kaseinogen Maltosa
Lipid Sukrosa
Laktosa
Polipeptida
Dipeptida

Lipid

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 106

www.iamchampion.blogspot.my

Gizi Seimbang berdasarkan Piramid Makanan.

Aras Kelas Fungsi Kekurangan Berlebihan
Makanan

1 Karbohidrat √ Membekalkan Lesu, keletihan. Obesiti.
tenaga.
2 Vitamin, √ Vitamin A- Cirit- birit
Mineral dan √ Kekalkan kesihatan.
Serat √ Metabolisma dalam mencegah rabun

badan. malam.

√ Membina sel-sel √ Vitamin C-
baru.
mencegah skurvi.
√ Menggantikan sel
3 Protein mati. Marasmus. √ Gout.

√Pertumbuhan. Kwasyiorkor. √ Kegagalan
Membekalkan tenaga
yang lebih tinggi. ginjal.

4 Lipid, Gula, Keletihan √Obesiti.
Garam √Penyakit

kardiovaskular

Aras 4 107
Lipid, gula dan garam

Aras 3
Protein
Aras 2
Vitamin, Mineral dan Serat
Aras 1
Karbohidrat

Piramid makanan

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru)

www.iamchampion.blogspot.my

Sistem Pencernaan Ruminan dan Rodensia.
 Terdapat empat ruang perut iaitu:
Rumen, Retikulum, Omasum, Abomasom (RROA).

Cara nak ingat:

‘Rumah Rosak (disebabkan oleh) Ombak Air’

 Perbandingan antara salur alimentari Ruminan dan Rodensia:

Ruminan Persamaan Rodensia

Kedua-dua salur alimentari mempunyai bakteria atau protozoa untuk

menghidrolisis selulosa.

Perbezaan

Mempunyai 4 ruang Bilangan Perut Mempunyai 1 ruang

perut. perut.

Di mana berlakunya pencernaan selulosa.

Kecil dan pendek. Saiz Sekum Besar dan panjang.

Sekum adalah tempat bakteria menghidrolisis selulosa.

Dua kali. Bilangan makanan Satu.

dihantar melalui ruang

perut.

Untuk mencernakan makanan dengan cara meningkatkan kecekapan tindak

balas selulosa.

Rumen dan retikulum. Dimana bakteria dan Sekum.

protozoa banyak dijumpai.

Bakteria merembeskan selulase untuk menghidrolisis selulosa kepada glukosa.

Lembu, kambing, Contoh Arnab, tikus, tupai.

kerbau.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 108

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 4
Rajah 4 menunjukkan sistem pencernaan manusia.

R

Rajah 4

Struktur R pada Rajah 4 di atas terlibat dalam pencernaan lemak.
(i) Namakan struktur R.

Ileum / usus kecil.
[1 markah]

(ii) Namakan enzim yang mencernakan lemak dalam R.
Lipase.
[1 markah]

(b)(i) Terangkan bagaimana kanji dicerna dalam duodenum.
Pankreas merembes enzim amilase (ke dalam duodenum) // jus pankreas (dalam
duodenum) mengandungi amilase. (Amilase) mencernakan / menghidrolisiskan /
menguraikan kanji kepada maltosa.
[2 markah]

(ii) Seorang pelajar makan terlalu banyak buah limau.
Terangkan kesan memakan terlalu banyak buah limau ke atas pencernaan kanji
dalam duodenum.
Buah limau (mengandungi banyak asid / berasid) merendahkan nilai pH menjadi
kurang daripada 7 / Meningkatkan keasidan dalam duodenum // Asid dineutralkan
dalam duodenum. Medium berasid kurang sesuai untuk tindakan amilase // kurang/
tiada kanji tercerna // tiada kesan / perubahan ke atas pencernaan kanji.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 109

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 5
Rajah 5 menunjukkan sistem pencernaan dan organ-organ berkaitan pencernaan.

U
V

W

Rajah 5

Terangkan bagaimana ikan kukus dicernakan di bahagian U, V dan W di dalam sistem itu.
[10 markah]

U / Perut:

Ikan kukus kaya dengan protein / dan lemak. Merembeskan pepsin.

Yang menghidrolisiskan protein kepada polipeptida.

pepsin

Protein + air pepton / polipeptida. Lemak tidak dihidrolisis. Dalam medium asid.

V / Duodenum:

Menerima tripsin daripada pankreas. Pepton / polipeptida dihidrolisiskan (oleh tripsin)

kepada peptida / dipeptida.

tripsin

Pepton / polipeptida + air peptida. Dalam medium alkali. Lemak ialah pengemulsi /

diubah menjadi titisan kecil oleh (garam) hempedu. Lemak dihidrolisiskan oleh lipase

kepada asid lemak dan gliserol.

lipase

Lipid / lemak asid lemak + gliserol.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 110

www.iamchampion.blogspot.my

W / Ileum:

Merembes erepsin / peptidase. Peptida dihidrolisiskan oleh erepsin / peptidase kepada asid

amino.

erepsin

Dipeptida / peptida + air Asid amino. Lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid

lemak dan gliserol.

lipase

Lipid / lemak Asid lemak + gliserol.

LATIHAN 6
Rajah 6 menunjukkan pergerakan bolus makanan dalam esofagus.

Esofagus

Bolus

Rajah 6

(a) Terangkan bagaimana bolus makanan bergerak turun dari esofagus ke perut.
Pengecutan dan pengenduran tisu otot licin secara berselang-seli / berantagonis
menghasilkan peristalsis. Membentuk peristalsis. Peristalsis menolak bolus turun ke
perut. Mukus melincirkan. Pergerakan bolus oleh peristalsis.
[3 markah]

(b) Nyatakan fungsi renin, pepsin dan asid hidroklorik dalam perut.

Fungsi

Renin Menukarkan kaseinogen / protein larut susu kepada kasein /
Pepsin
protein tak larut susu //

(renin)

Kaseinogen kasein

Menukarkan / hidrolisis / mencerna / memecahkan protein

kepada polipeptida / pepton // memutuskan ikatan peptida

spesifik di dalam molekul protein besar menjadi rangkaian

polipeptida yang lebih kecil.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 111

www.iamchampion.blogspot.my

Asid hidroklorik Menyediakan medium berasid / pH optimum.
Untuk membunuh kebanyakan bakteria yang terdapat di dalam
makanan // untuk memberikan pH optimum untuk tindakan
enzim-enzim perut.

[3 markah]

LATIHAN 7
Rajah 7 menunjukkan piramid makanan.

Aras 4

Aras 3

Aras 2

Aras 1

Rajah 7
Terangkan kepentingan makanan bagi setiap aras dalam piramid makanan.

[10 markah]
(Dalam piramid makanan), semakin tinggi aras kelas makanan ditempatkan, semakin sedikit
kuantiti makanan yang diperlukan // makanan seimbang.
Aras 1 mengandungi (kelas makanan) karbohidrat. Membekalkan jumlah tenaga (yang
tinggi). Kekurangan karbohidrat menyebabkan keletihan / marasmus. Berlebihan karbohidrat
menyebabkan obesiti // mana-mana yang sesuai.
Aras 2 mengandungi (kelas makanan) vitamin / mineral / serat. Untuk kesihatan / fungsi
metabolisma dalam badan. Kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi.
Aras 3 mengandungi protein. Untuk membina sel-sel baru / menggantikan sel-sel yang mati /
pertumbuhan. Kekurangan protein menyebabkan marasmus / kwasyiorkor. Berlebihan
protein menyebabkan gout / kegagalan ginjal.
Aras 4 mengandungi lipid / gula / garam. Membekalkan nilai tenaga yang tinggi // mana-
mana jawapan yang sesuai. Kekurangan lipid / gula / garam menyebabkan keletihan.
Berlebihan gula / lipid menyebabkan kencing manis / penyakit kardiovaskular / obesiti.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 112

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 8
Rajah 8 menunjukkan sistem pencernaan seekor lembu.

Retikulum

Rajah 8

(a) Berdasarkan Rajah 8, huraikan pencernaan selulosa dalam lembu tersebut. [6 markah]
Lembu makan rumput / tumbuhan mengandungi kandungan selulosa yang tinggi. Rumput/
tumbuhan / makanan / (separa cerna) ditelan ke dalam rumen. Lembu / herbivor tidak boleh
menghasilkan selulase. Mikroorganisma / bakteria / protozoa menghasilkan selulase.
Selulase menghidrolisiskan selulosa (ke glukosa). Makanan separa cerna memasuki
retikulum dan dicerna selanjutnya kepada glukosa. Kemudian memuntahkannya /
mengunyah semula makanan tersebut ke / di dalam mulut. Makanan ditelan semula ke
dalam omasum, selulosa selanjutnya dihidrolisis kepada glukosa oleh enzim selulase.
Makanan bergerak ke abomasum, pencernaan protein / bahan makanan yang lain. Makanan
tercerna bergerak ke usus kecil untuk diserap.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 113

www.iamchampion.blogspot.my

6.5 Penyerapan dan Asimilasi Struktur vilus.

Epitelium mesti ada nukleus

Epitelium
Kapilari darah

Lakteal

Penyerapan Makanan Tercerna.
 Melibatkan kedua-dua proses peresapan dan penyerapan air.
 Pada mulanya, molekul-molekul glukosa, asid amino, vitamin dan molekul larut air
meresap ke dalam sel epitelium dan diserap ke dalam kapilari darah.
 Glukosa dan asid lemak meresap masuk ke dalam sel epitelium dan bergabung
membentuk titisan halus lipid yang kemudiannya meresap masuk ke dalam lakteal.
 Vitamin larut lemak juga meresap ke dalam lakteal untuk diangkut bersama lipid.
 Lakteal-lakteal bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam
rangkaian sistem limfa.
 Kapilari-kapilari darah yang membawa nutrien larut air bergabung membentuk vena
portal hepar yang membawa darah ke hati.
 Dari hati, nutrien diasimilasikan dan diangkut kesemua sel badan.

Asimilasi Makanan Tercerna.
 Sebahagian hasil pencernaan dibawa terus ke hati untuk diproses atau diasimilasi.
 Asimilasi berlaku dalam sel yang mana nutrien digunakan untuk membentuk
sebatian kompleks atau komponen struktur.
 Kebanyakan glukosa ditukar menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati.
 Apabila paras gula darah menurun dan badan memerlukan tenaga, glikogen
simpanan ditukarkan semula kepada glukosa.
 Apabila glukosa tiba di sel, glukosa dioksidakan untuk membebaskan tenaga melalui
respirasi sel.
 Apabila simpanan glikogen di dalam hati menjadi penuh, glukosa berlebihan
ditukarkan menjadi lipid.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 114

www.iamchampion.blogspot.my

 Hati mensintesiskan protein plasma dengan menggunakan asid amino.
 Asid amino yang memasuki sel digunakan untuk mensintesiskan protein baru dan

memperbaiki tisu yang rosak.
 Ia juga bertindak sebagai unit asas untuk sintesis enzim dan hormon.
 Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan dalam badan dan diuraikan oleh

hati melalui proses pendeaminaan yang menghasilkan urea.
 Lipid seperti lemak merupakan sumber tenaga utama badan.
 Lipid berlebihan disimpan dalam tisu adipos.
 Beberapa lipid lain seperti fosfolipid dan kolesterol merupakan komponen membran

plasma.

Ringkasan Proses Penyerapan dan Asimilasi Makanan Tercerna.

Hasil makanan tercerna. Hormon/ enzim/ Ditukarkan Tempat diproses
Kepada: dan ke mana?
proses terlibat.
Glikogen Dari Hati ke sel
Glukosa berlebihan Insulin badan melalui
Urea Respirasi sel.
Glukosa berkurangan Glukagon Lakteal Hati
Sistem limfa Tisu Adipos
Asid Amino berlebihan Pendeaminaan
Lemak dan Gliserol Meresap ke sel
Vitamin larut lemak epitelium untuk
bergabung
membentuk titisan
halus lipid.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 115

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 9
Rajah 9 menunjukkan laluan molekul lemak melalui suatu sistem.

Pundi hempedu Molekul lemak
Pankreas

Usus kecil

Rajah 9

Pundi hempedu, pankreas dan usus kecil adalah struktur-struktur yang terlibat dalam

memproses molekul lemak.

Terangkan proses-proses yang berlaku kepada molekul lemak sehingga boleh digunakan

oleh sel-sel badan. [10 markah]

Pencernaan:

Lemak / makanan berminyak / lipid duraikan / dicernakan melalui pencernaan. (Garam)

hempedu disimpan dalam pundi hempedu. Mengemulsi lemak / makanan berminyak / lipid

(kepada titisan lipid). Pankreas merembes (jus pankreas yang mengandungi) lipase ke

dalam duodenum. Lipase mencerna lipid / titisan lipid ke asid lemak dan gliserol /

Lipid (titisan) gliserol + asid lemak

Penyerapan:
Penyerapan asid lemak dan gliserol / Pencernaan lipid berlaku di usus kecil. (Asid lemak
dan gliserol) diserap dari lumen ke dalam lakteal / vilus. (Di lakteal) berlaku kondensasi asid
lemak dan gliserol daripada lipid / titsan lipid. Lipid diangkut (dari lakteal) melalui salur limfa.
Ke dalam duktus kanan limfa / duktus toraks ke dalam aliran darah melalui vena subklavian.

Asimilasi:
Asimilasi berlaku dalam sel. Sel menggunakan lipid untuk membentuk sebatian kompleks /
komponen berstruktur / untuk mensintesis membran plasma / hormon.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 116

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 10

Terangkan pencernaan protein dalam perut manusia. [4 markah]

Kelenjar gastrik di dalam perut merembeskan jus gastrik. Mengandungi asid hidroklorik,

renin dan pepsin. Medium di dalam perut adalah berasid. Kaseinogen ditukarkan kepada

kasein oleh enzim renin. Protein dihidrolisiskan kepada polipeptida oleh enzim pepsin.

6.6 Pembentukan Tinja dan Penyahtinjaan.
 Selepas penyerapan nutrien selesai berlaku di dalam usus kecil, kandungan usus
bergerak masuk ke dalam kolon.
 Kandungan usus adalah air, bahan makanan tidak dicernakan dan selulosa.
 Sebahagian besar serat itu ialah sel selulosa dinding sel tumbuhan.
 Bahan-bahan tidak tercerna ini bergerak dengan sangat perlahan melalui kolon
dengan dibantu oleh peristalsis.
 Penyerapan semula air daripada sisa-baki dalam kolon itu akan menghasilkan tinja
iaitu sisa separa pepejal.
 Tinja juga mengandungi sel-sel mati yang tersingkir daripada lapisan sebelah dalam
usus, bahan buangan seperti pigmen hemoglobin dan bahan-bahan bertoksik yang
perlu disingkirkan daripada badan.
 Kolon juga merupakan habitat satu populasi besar bakteria.
 Mikroorganisma berfaedah ini memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan
persekitaran yang stabil dalam salur alimentari.
 Dinding kolon merembes mukus yang melekatkan tinja berada di dalam kolon
selama 12 hingga 24 jam sebelum bergerak masuk ke dalam rektum untuk disimpan
buat sementara waktu.
 Apabila tinja mula berkumpul, tekanan di dalam rektum meningkat dan ini
menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja daripada badan.
 Penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan yang dikawal oleh otot-otot di sekeliling
dubur.

Masalah-masalah yang Berkaitan dengan Penyahtinjaan.

 Sembelit Hemoroid juga dikenali sebagai buasir, urat
 Hemoroid membengkak di bahagian bawah anus dan
 Kanser kolon rektum. Apabila dinding salur darah meregang
(anus dan rektum) akan merengsa (iritasi).

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 117

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 11

Selepas penyerapan nutrien dalam usus kecil, bahan-bahan yang tidak tercerna dalam usus

besar akan membentuk tinja.

Terangkan pembentukan tinja dalam manusia. [4 markah]

Kandungan dalam usus kecil yang tidak diserap akan memasuki kolon. Kandungan (usus)

terdiri daripada campuran air, bahan makanan tidak terhadam / serabut, bakteria, sel-sel

mati dan pigmen. Kandungan tersebut bergerak perlahan-lahan di sepanjang kolon melalui

peristalsis. Air diserap semula / diperolehi semula daripada kandungan kolon.

Untuk membentuk (bahan buangan separa pepejal) tinja.

6.7 Menilai Tabiat Pemakanan.
Masalah kesihatan yang Berkaitan dengan Tabiat Pemakanan.

Gastritis

Obesiti Masalah Anoreksia
kesihatan nervosa
akibat tabiat
pemakanan

Bulimia
nervosa

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 118

www.iamchampion.blogspot.my

Penyakit Punca terjadinya penyakit Kesan penyakit Cara mengatasinya?

Gastritis √Tidak makan pada √Jus gastrik √Ubah tabiat dan gaya

masanya. bertindak hidup.

√Pengambilan alkohol yang terhadap lapisan √Mengambil ubat antasid.

berlebihan. epitelium perut.

√Tekanan. √Ulser gastrik.

√Pengambilan aspirin atau

ubat tahan sakit.

Obesiti √Pengambilan makanan √Penyakit √Lakukan senaman

yang mengandungi lipid kardiovaskular. secara berkala.

dan karbohidrat yang √Tekanan darah √Kurangkan makanan

berlebihan tinggi. berlemak.

√Diabetes.

Anoreksia √Mengelak untuk makan √Gangguan √Kaunseling dan

nervosa kerana takut gemuk. psikologi dan pemulihan jisim badan.

maut.

√Kurus kering.

Bulimia √Makan secara banyak pada √Mencederakan √Kaunseling.

nervosa masa singkat dan salur alimentari.

memuntahkan semula. √Cirit birit

√Memakan laksatif. √

Ketidakseimbang

an ion mineral

dalam darah.

√Penyakit

kardiovaskular

√Kerosakan ginjal.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 119

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 12
Jadual 1 menunjukkan makanan yang diambil oleh seorang budak lelaki berumur 15 tahun
dalam menu hariannya. Keperluan tenaga harian budak itu ialah 12500 kJ.

Jenis makanan Kuantiti yang diambil/g Kandungan tenaga/ kJ
Nasi 400 1600
Kentang goreng 500 1000
Kari ayam 300 300
Telur rebus 150 630
Mentega 50 3000
Susu 280 300
Sosej 300 500
Sardin 150 900

Jadual 1

(i) Berdasarkan jadual 1 di atas, nyatakan nilai tenaga yang terkandung dalam pemakanan
hariannya. Adakah pengambilan makanan itu memenuhi keperluan tenaga hariannya?
[2 markah]

Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari ialah 8230 kJ. (Tenaga
yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari) kurang daripada keperluan
tenaga hariannya.

(ii) Budak lelaki ini mengambil menu ini secara berterusan dalam jangka masa yang

panjang.

Terangkan akibatnya terhadap kesihatan budak lelaki ini. [8 markah]

Tidak mengandungi 7 kelas makanan dalam nisbah yang betul. Menyebabkan sembelit.

Tidak mengandungi serabut yang mencukupi. Mengandungi vitamin yang tertentu sahaja.

Menyebabkan penyakit kekurangan vitamin. Mengandungi lemak yang tinggi.

Menyebabkan kegendutan / penyakit kardiovaskular. Mengandungi protein tinggi.

Menyebabkan gout / meningkatkan aras asid urik dalam darah. Mengandungi karbohidrat

tinggi. Menyebabkan kegendutan / diabetes melitus / aras gula darah tinggi.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 120

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 13
Rajah 13.1, 13.2 dan 13.3 menunjukkan keadaan fizikal tiga orang, yang berkaitan dengan
tabiat makan mereka.

Rajah 13.1

Rajah 13.2 Rajah 13.3

Terangkan hubungan antara tabiat makan dengan keadaan fizikal setiap individu itu.
[10 markah]

Rajah 13.1:
Seorang yang sihat. Mengekalkan jisim badan / BMI unggul / tiada penyakit. Makan kuantiti
karbohidrat yang betul untuk membekalkan tenaga kepada badan. Makan kuantiti lemak
yang betul untuk membekalkan tenaga / mensintesis membran plasma. Makan kuantiti
protein yang betul untuk menghasilkan sel baru / membaiki sel / mengganti sel mati. Makan
makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk mengelakkan daripada
sembelit. Ambil vitamin / mineral untuk mengekalkan kesihatan / tumbesaran.

Rajah 13.2:
Obesiti / lebihan tenaga disimpan dalam bentuk lemak. Ketidakseimbangan antara
pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Makan makanan secara berlebihan.

Rajah 13.3
Anoreksia nervosa. Kehilangan berat badan yang mendadak. Berterusan lapar / tidak
mengambil sebarang makanan dalam jangka masa yang lama. Tenaga yang diambil kurang
daripada yang diperlukan oleh tubuh.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 121

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 14
Rajah 14 menunjukkan tiga jenis makanan.

Mentega Roti Ayam goreng

Rajah 14

Terangkan kesan jangka masa panjang pengambilan makanan-makanan yang berlebihan

ke atas kesihatan individu. [10 markah]

Roti:
Roti kaya dengan karbohidrat. Kandungan glukosa yang tinggi dalam darah.
Menyebabkan tekanan darah tinggi. Dan Diabetes (mellitus) / glukosuria.
Glukosa / glikogen berlebihan ditukarkan kepada lemak. Disimpan di dalam tisu adipos / di
bawah kulit. Kegendutan.

Mentega:
Mentega (kaya) dengan lemak / lipid. Menyebabkan aras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Menyebabkan tekanan darah tinggi. Kolesterol terenap di bahagian dinding dalam arteri.
Lumen arteri menjadi lebih kecil / pengaliran darah menjadi perlahan. Arteriosklerosis /
angina / angin ahmar / serangan jantung / embolisme / penyakit kardiovaskular. Lemak
berlebihan disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit. Kegendutan.

Ayam goreng:
Ayam goreng (kaya) dengan protein. Hati terpaksa bekerja keras untuk menukarkan lebihan
protein kepada urea. Menyebabkan kegagalan hati berfungsi. Ginjal terpaksa bekerja lebih
untuk menyingkirkan urea yang berlebihan // Peningkatan tekanan darah / peningkatan gula
dalam darah.
Menyebabkan kegagalan buah pinggang // ginjal berfungsi. Asid urik berlebihan akibat
pengambilan protein berlebihan / daging ayam.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 122

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 15
Maklumat berikut ialah berkaitan tabiat makan bagi individu K dan individu M.

Individu K

Makan tidak mengikut masa yang menyebabkan perut selalu kosong.

Individu M

Makan dengan banyak dalam masa yang singkat diikuti dengan memuntahkannya
semula secara sengaja setiap kali selepas makan.

Terangkan bagaimana tabiat makan itu mempengaruhi kesihatan: [10 markah]
(i) Individu K
(ii) Individu M

Individu K:
Menyebabkan ulser gastrik / gastritis. (Sebab) tiada makanan (di dalam perut). Kelenjar
gastrik merembeskan (banyak) jus gastrik. (Jus Gastrik) mengandungi asid hidroklorik / asid.
Bertindak ke atas lapisan (epitelium) pada dinding perut. Merosakkan sel-sel / tisu-tisu perut.
Menyebabkan sakit abdomen / loya / muntah. Berkembang membentuk lubang / luka pada
dinding perut.

Individu M:
Bulimia. Mengekalkan jisim badan. Menyebabkan tekanan / keresahan. Kurang /
ketidakseimbangan ion mineral dalam darah. Kerosakan / kecederaan teruk pada salur
pencernaan. Cirit-birit. Menyebabkan sakit abdomen / kelesuan otot / ulser / sembelit /
oedema dihidratan / kembung / masalah mulut / pening. Mengakibatkan penyakit
kardiovaskular / kerosakan ginjal.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 123

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 16
Rajah 16 menunjukkan satu set nasi lemak.

Rajah 16

Seorang kanak-kanak perempuan mengambil satu set nasi lemak sebagai sarapan setiap

hari dalam jangka masa panjang.

Bincangkan kesan baik dan kesan buruk diet itu terhadap kesihatannya. [10 markah]

Nasi lemak mengandungi karbohidrat / lemak / kolesterol. Membekalkan tenaga /
pembinaan blok untuk molekul kompleks / DNA / RNA / glikogen. Karbohidrat berlebihan
menyebabkan kegendutan / kencing manis. Santan kelapa dalam nasi lemak mengandungi
kolesterol / lemak. Ayam goreng / telur / kacang tanah goreng / sambal cili mengandungi
protein / lemak / mineral / vitamin.
Protein diperlukan untuk membina sel-sel baru / pertumbuhan / pembahagian sel / baik pulih
sel. Protein berlebihan menyebabkan gout / kegagalan ginjal / hati / peningkatan aras asid
urik dalam darah. Vitamin diperlukan untuk kesihatan baik // mana fungsi-fungsi sesuai.
Mana-mana penerangan betul vitamin dan fungsinya. Vitamin larut lipid berlebihan
menyebabkan keracunan hati / kerosakan tulang / keguguran rambut / kerosakan /
kegagalan ginjal.
Lemak membekalkan tenaga / penebat / melindungi organ dalaman / untuk kalis air /
pembinaan membran plasma. Lemak berlebihan menyebabkan kegendutan / penyakit
kardiovaskular. Timun mengandungi serat / air. Serat / air membantu peristalsis. Mencegah
sembelit / mengurangkan risiko kanser / cegah penyakit jantung koronari. Air ialah medium
tindak balas biokimia / pelarut / plasma darah // mana-mana contoh sesuai. Mineral
diperlukan untuk memelihara kesihatan / mana-mana jawapan sesuai. Mana-mana
penerangan mineral dan fungsinya yang betul.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 124

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 17
Seorang ibu yang menyusukan bayi yang baru lahir memerlukan makanan yang sihat untuk
diri dan anaknya.
Cadangkan jenis- jenis makanan yang sesuai dan berikan alasan kepada jawapan anda.

[10 markah]
Kandungan protein yang tinggi / mencukupi. Ikan/ susu / ayam / apa-apa sumber protein.
Pembentukan sel-sel baharu // meningkatkan bilangan sel // membaiki sel / tisu yang rosak //
penggantian sel // untuk pertumbuhan.
Kandungan karbohidrat yang mencukupi. Nasi/ pisang / kek / apa-apa sumber karbohidrat.
Menyediakan tenaga untuk aktiviti sel.
Kandungan gentian / pelawas / sayur- sayuran yang mencukupi.
Sayur- sayuran / buah- buahan. Untuk mencegah sembelit // memudahkan pembuangan
najis // melancarkan pergerakan peristalsis dalam kolon / usus besar.
Kandungan garam mineral yang mencukupi. Sayur- sayuran / pisang / contoh buah- buahan
/ sayur – sayuran / susu. Untuk pertumbuhan yang normal // memelihara kesihatan //
mencegah penyakit disebabkan oleh kekurangan garam mineral // mana- mana contoh yang
sesuai.
Kandungan vitamin yang mencukupi. Oren / pisang / sayur- sayuran / susu / apa-apa
sumber vitamin. Untuk pertumbuhan yang normal // memelihara kesihatan // mencegah
penyakit disebabkan oleh kekurangan vitamin // mana- mana contoh yang sesuai.
Kandungan lemak yang mencukupi. Mentega / kek / ayam goreng / apa-apa sumber lemak.
Membekalkan tenaga untuk aktiviti sel // pembentukan membran plasma.
Kandungan air yang mencukupi. Air minuman. Sebagai medium tindak balas biokimia.

Kesimpulan:
Ibu yang menyusu bayi (dan bayinya) perlu mengambil diet seimbang yang mengandungi
kesemua tujuh kelas makanan dalam nisbah yang tepat untuk kesihatan yang baik kepada
ibu dan bayi.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 125

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 18

Rajah 18 menunjukkan beberapa tabiat pemakanan manusia.

Tabiat
pemakanan

Makanan Pengambilan Takut untuk Memuntahkan
tidak diambil lemak yang mengambil sendiri
berlebihan sebarang
mengikut makanan makanan
waktu yang selepas
makan
teratur

Rajah 18

Terangkan bagaimana tabiat pemakanan tersebut mempengaruhi kesihatan manusia.

[10 markah]

Jika seseorang itu makan tidak mengikut waktu yang teratur, dia boleh mendapat penyakit
gastritis // gastrik // ulser gastrik. Jus gastrik / asid bertindak ke atas lapisan / epitelium /
dinding dalam perut. Ini menyebabkan lapisan epitelium / lapisan dinding perut rosak /
mengalami radangan // mengakis lapisan / dinding perut. Akibatnya, lapisan dinding perut
boleh menjadi satu lubang / ulser.

Pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan obesiti. Obesiti terjadi akibat daripada
pengambilan makanan / lemak yang tinggi berbanding dengan tenaga yang digunakan.
Seseorang iti dikatakan obes apabila berat badan berlebihan // lebih 20% daripada berat
badan ideal / normal // BMI / Indeks Jisim Badan tinggi. Aras kolesterol tinggi di dalam
makanan / badan / darah boleh menyebabkan seseorang cenderung mendapat penyakit
kardiovaskular / tekanan darah tinggi / kencing manis.

Takut untuk mengambil sebarang makanan boleh menyebabkan anoreksia nervosa. Ia
merupakan penyakit gangguan psikologi yang menyebabkan kehilangan berat badan
melampau / drastik // 15% atau lebih rendah daripada berat badan normal. Ia juga
menyebabkan kehilangan lemak // otot merosot. Akibat ketidakseimbangan ion mineral

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 126

www.iamchampion.blogspot.my

dalam darah, ia mengundang kepada kegagalan fungsi jantung / ginjal / sistem endokrin /
sistem pembiakan / sistem lain yang sesuai / tidak sihat / kematian // apa – apa contoh.

Tabiat memuntahkan sendiri makanan selepas makan boleh menyebabkan penyakit Bulimia
nervosa. Penyakit ini juga merupakan penyakit gangguan psikologi. Tabiat sebegini jika
diteruskan menyebabkan kecederaan teruk pada salur pencernaan / alimentari / mulut / gigi.
Seseorang itu akan mengalami ketidakseimbangan ion moneral dalam darah yang boleh
mengakibatkan kegagalan fungsi jantung / ginjal / sistem endokrin / sistem pembiakan /
sistem lain yang sesuai / tidak sihat / kematian.

LATIHAN 19

Jadual 2 menunjukkan kandungan nutrien burger ayam dan burger sayuran.

Kandungan per 100 g Burger ayam Burger sayuran

Protein 12.8 g 10.0 g

Karbohidrat 21.9 g 19.2 g

Lemak 18.2 g 6.8 g

Natrium 534.0 mg 484.0 mg

Serat 0.9 g 2.7 g

Jadual 2

(i) Berdasarkan Jadual, cadangkan burger yang terbaik untuk diet murid berumur 16 tahun.

(ii) Pelajar berkenaan mengambil burger itu setiap hari untuk tempoh yang panjang.

Bincangkan kesan baik dan kesan buruk pemakanan itu ke atas kesihatannya.

[10 markah]

(i) Burger terbaik untuk diet murid berumur 16 tahun ialah burger ayam.

(ii) Kesan baik burger ayam ialah ia mengandungi protein mengcukupi // mengandungi
semua asid amino perlu. Protein diperlukan untuk membina sel baharu / pertumbuhan. Ia
juga penting untuk mensintesis enzim / hormon / hemoglobin. Selain itu, burger ayam
juga mengandungi karbohidrat yang mengcukupi untuk membekalkan tenaga yang

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 127

www.iamchampion.blogspot.my

mengcukupi. Kesan buruk burger ayam pula ialah ia mengandungi banyak lemak /
kolesterol yang boleh menyebabkan obesiti // apa – apa contoh penyakit kardiovaskular.
Burger ayam juga mengandungi banyak natrium / garam yang boleh menyebabkan
peningkatan takanan darah tinggi / hipertensi. Seterusnya, burger ayam kurang
mengandungi serat yang mengakibatkan rangsangan peristalsis berkurang. Akibatnya,
seseorang itu akan mengalami sembelit / buasir / kanser.

ATAU

(i) Burger terbaik adalah burger sayuran.
(ii) Kesan baiknya ialah ia mengandungi kurang / mengcukupi protein. Protein

diperlukan untuk membina sel - sel baharu / pertumbuhan. Ia juga diperlukan
untuk mensintesis enzim / hormon / hemoglobin. Burger sayuran juga
mengandungi kurang / mengcukupi karbohidrat yang diperlukan untuk
membekalkan tenaga yang mengcukupi. Burger sayuran ini juga mengandungi
kurang lemak / kolesterol. Maka, kuranglah kecenderungan untuk mendapat
obesiti / penyakit kardiovaskular. Burger sayuran mengandungi kurang /
mengcukupi natrium / garam untuk mengekalkan tekanan darah tinggi /
hipertensi. Burger sayuran mengandungi lebih serat untuk merangsang
peristalsis dan mengelakkan sembelit / buasir / kanser.
Kesan buruk pengambilan burger sayuran jika diambil dalam tempoh yang
Panjang boleh menyebabkan sel- sel baharu / pertumbuhan kurang berlaku
kerana kekurangan protein. Burger sayuran tidak mengandungi semua asid
amino perlu. Seterusnya, kurang sintesis enzim / hormon / hemoglobin kerana
kekurangan protein. Apabila serat berlebihan boleh menyebabkan cirit birit.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 128

www.iamchampion.blogspot.my

6.9 Kepentingan Makronutrien dan Mikronutrien dalam Tumbuhan.

Elemen-elemen makronutrien: Elemen-elemen mikronutrien
 Karbon (C)  Boron (B)
 Hidrogen(H)  Kuprum (Cu)
 Oksigen(O)  Ferum (Fe)
 Nitrogen (N)  Mangan (Mn)
 Fosforus (P)  Molibdenum (Mo)
 Kalium (K)  Zink (Zn)
 Kalsium (Ca)
 Magnesium (Mg) Cara nak ingat!
 Sulfur (S) ‘Bakar Cuba Filem Muzik Maher Zain’
Cara nak ingat!

‘CHONg Pergi Ke China Menaiki Sampan’

Makronutrien Fungsi Kesan Kekurangan
Fosforus Sintesis asid nukleik, ATP dan fosfolipid Pertumbuhan akar yang tidak sihat
dalam membran plasma; bertindak dan pembentukan daun yang
Kalium sebagai koenzim dalam fotosintesis dan berwarna hijau tua dan pudar;
Kalsium respirasi. bintik merah atau ungu kelihatan
pada daun tua.
Magnesium Sintesis protein, metabolisma Sintesis protein yang kurang;
karbohidrat dan sebagai kofaktor bagi kematian tumbuhan pramatang.
beberapa enzim; mengekalkan
kesegahan tumbuhan.

Komponen utama lamela tengah dinding Pertumbuhan terbantut; daun yang
sel; pembentukan gentian gelendong terherot dan bercuping; bahagian
semasa pembahagian sel. di antara urat daun menjadi
kuning.

Komponen utama struktur molekul Bahagian di antara urat daun
klorofil; mengaktifkan beberapa enzim matang menjadi kuning; bintik
tumbuhan; terlibat dalam metabolisma merah pada permukaan daun;
karbohidrat. daun bercuping.

Sulfur Komponen beberapa asid amino; salah Daun yang terjejas atau seluruh
satu juzuk vitamin B dan beberapa jenis tumbuhan menjadi kuning.
koenzim.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 129

www.iamchampion.blogspot.my

Mikronutrien Fungsi Kesan Kekurangan
Boron
Membantu akar dalam pengambilan Kematian tunas terminal dan
Kuprum
ion kalsium dan translokasi gula; pertumbuhan yang abnormal;
Ferum
Mangan terlibat dalam metabolisma daun menjadi tebal, bergulung
Molibdenum
Zink karbohidrat dan membantu dan rapuh.

percambahan debunga; diperlukan

untuk pembahagian mitosis dalam sel

meristem dan bertindak sebagai

kofaktor dalam sintesis klorofil.

Komponen penting enzim; terlibat Kematian apeks pucuk muda;

dalam metabolisma nitrogen dan bintik perang kelihatan pada

fotosintesis; penting bagi daun terminal; tumbuhan

pertumbuhan pembiakan dan menjadi terbantut.

pembentukan bunga dalam

tumbuhan.

Bertindak sebagai kofaktor dalam Daun muda menjadi kuning.

sintesis klorofil; penting bagi bahagian

muda yang sedang tumbuh.

Mengaktifkan enzim-enzim Jaringan urat hijau tua berlatar

fotosintesis; respirasi sel dan belakangkan hijau muda;

metabolisma nitrogen. bintik perang atau kelabu di

antara urat daun.

Terlibat dalam pengikatan nitrogen Klorosis pada bahagian antara

dan penurunan nitrat semasa sintesis urat daun matang; daun

protein. berwarna hijau pucat; hasil

tanaman berkurangan.

Pembentukan daun; sintesis auksin Permukaan daun berbintik

(hormon pertumbuhan) dan sebagai dengan bahagian berklorosis;

kofaktor dalam metabolisme pertumbuhan terbantut.

karbohidrat.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 130

www.iamchampion.blogspot.my

6.10 Fotosintesis.
Adaptasi struktur dan fungsi daun;

Struktur Fungsi
Tersusun dalam bentuk mozek Menerima cahaya dengan banyak.
daun.
Leper, nipis dan berwarna hijau Menyerap cahaya matahari secara maksimum dan
(lamela). membolehkan gas-gas meresap dengan cekap.
Urat daun bersambung dengan Xilem mengangkut air dan garam mineral dari akar
tisu xilem dan floem. ke daun.
Floem mengangkut hasil organik melalui
Satu lapisan epidermis yang fotosintesis.
berkutikel dan berlilin. Mengurangkan kehilangan air daripada daun.
Banyak stoma.
Banyak sel mesofil palisad. Meningkatkan proses fotosintesis.
Tersusun secara tegak dan rapat untuk memperoleh
cahaya maksimum.

6.11 Mekanisme Fotosintesis. Glukosa + Oksigen (KACK GO)
 Persamaan fotosintesis;
Cahaya
Karbon dioksida + Air
Klorofil

‘Kulat Air Celup Klorok Ganti Obat’

 Mekanisme tindak balas fotosintesis;

Tindak balas cahaya Tindak balas gelap
Molekul H2O ditukarkan kepada ion H+ Atom H menurunkan gas CO2 untuk
dan Ion OH-. menghasilkan glukosa.
Ion H+ menerima elektron daripada Monomer-monomer glukosa
klorofil dan membentuk atom H. terkondensasi untuk membentuk
Pada masa sama, ion OH- kehilangan molekul kanji.
elektron untuk membentuk gas O2 dan
air.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 131

www.iamchampion.blogspot.my

Perbezaan antara tindak balas cahaya dan tindak balas gelap;

Tindak balas Cahaya Aspek Tindak balas Gelap
Tenaga cahaya. Bentuk tenaga yang diperlukan Tenaga kimia.
Granum/Grana. Stroma.
Air. Tapak tindak balas Karbon dioksida.
Oksigen. Bahan tindak balas Glukosa.
Hasil tindak balas

LATIHAN 20
Tumbuhan hijau mensintesis makanan melalui proses fotosintesis. Proses kimia fotosintesis
boleh diringkaskan seperti rajah skema dalam Rajah 20 di bawah.

Rajah 20

(a) Nyatakan maksud fotosintesis berpandukan rajah skema dalam Rajah 20 di atas.
[2 markah]

Menghasilkan glukosa / kanji daripada karbon dioksida dan air. Dengan bantuan klorofil
dan cahaya matahari.

(b) Bermula daripada air dan karbon dioksida sebagai bahan mentah, terangkan bagaimana
tumbuhan hijau menghasilkan kanji.
[8 markah]

Penyerapan tenaga cahaya oleh klorofil menghasilkan ATP / elektron / tenaga kimia.
Fotolisis air menghasilkan ion H+ dan ion OH-. Ion H+ bergabung dengan elektron
membentuk (atom) hidrogen. Hidrogen / ATP akan digunakan diperingkat tindak balas
gelap. (Tindak balas cahaya) berlaku di grana / granum. Berlaku dalam keadaan tanpa
cahaya / tidak memerlukan cahaya. CO2 bergabung dengan hidrogen membentuk

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 132

www.iamchampion.blogspot.my

glukosa (dan air). Glukosa yang terbentuk dikondensasikan / ditukarkan / disimpan
sebagai kanji. (Pembentukan glukosa dan kanji berlaku) melalui satu siri tindak balas
kimia. (Tindak balas kimia) memerlukan tenaga ATP. (Tindak balas gelap) berlaku di
stroma.

6.12 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Fotosintesis.

Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis iaitu keamatan cahaya (KC),

Kepekatan karbon dioksida (KKO) dan Suhu (S).

‘Foto’= cahaya ‘Sintesis’= bina

Faktor-Faktor Graf Penerangan
Keamatan cahaya Jika kepekatan karbon dioksida
dan suhu dikawal pada aras
sekata, kadar fotosintesis
berkadar terus dengan
keamatan cahaya sehingga
mencapai satu tahap tertentu.

Kepekatan karbon Karbon dioksida atau suhu
dioksida menjadi faktor penghad.
Peningkatan kepekatan karbon
dioksida akan menyebabkan
peningkatan kadar fotosintesis
selagi tiada faktor penghad.

Keamatan cahaya menjadi
faktor penghad.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 133

Suhu www.iamchampion.blogspot.my

Peningkatan suhu persekitaran
sebanyak 100C akan
meningkatkan kadar
fotosintesis sebanyak dua kali
ganda.

LATIHAN 21
Rumah hijau digunakan untuk mengawal faktor biotik dan abiotik untuk meningkatkan hasil
tanaman. Rajah 21 menunjukkan pokok tomato yang ditanam dalam rumah hijau.

Pokok tomato ditanam dalam rumah hijau
Rajah 21

Terangkan bagaimana rumah hijau mempengaruhi produktiviti pokok tomato itu.
[10 markah]

Faktor-faktor yang boleh dikawal dalam rumah hijau
Kepekatan gas karbon dioksida / CO2. Mencukupi / 0.03% / sekurang-kurangnya 0.03%
dibekalkan sepanjang masa. meningkatkan kadar fotosintesis.
Suhu. Ditetapkan pada aras yang optimum / antara 150C – 300C pada sepanjang masa.
Untuk memaksimumkan aktiviti enzim. Untuk meningkatkan kadar fotosintesis. Untuk
minimakan kehilangan air / kadar transpirasi.
Keamatan cahaya. Kecukupan dan jarak gelombang cahaya yang betul (diperlukan oleh
tanaman tersebut) dibekalkan sepanjang masa. Untuk meningkatkan kadar fotosintesis.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 134

www.iamchampion.blogspot.my

Fotosintesis boleh dijalankan oleh tumbuhan sepanjang masa / tahun / semasa empat
musim.
Nutrien / Baja. Nutrien yang mencukupi dibekalkan sepanjang masa.
Kawalan serangga. Untuk menghalang serangan serangga / perosak. Melindungi daripada
cuaca buruk / angin kuat / keamatan cahaya melampau / suhu / salji
Kelembapan. Untuk mengelakkan kehilangan air berlebihan.

6.14 Teknologi dalam Pengeluaran Makanan.

Teknologi Kelebihan Kekurangan/ cabaran Contoh
Penanaman Anak-anak benih akan tumbuh
langsung cepat dan meningkatkan hasil Padi
tanaman,
mudah dan menjimatkan kos.

Hidroponik Kesemua makronutrien dan Kos agak tinggi untuk Bayam, salad,
mikronutrien dapat disediakan menyediakan alatan tomato dan cili.
pada kadar yang betul, tidak dan larutan kultur.
memerlukan tanah dan ruang
besar, Senang dijaga.

Aeroponik Keamatan cahaya dan suhu Kos agak tinggi untuk Bayam, salad,
menyediakan alatan tomato dan cili.
dapat dikawal, penanaman dan larutan nutrien.

sepanjang tahun, dan hasil

yang lebih cepat, tidak

memerlukan tanah dan ruang

besar.

Pembiakbakaan Nilai nutrisi yang tinggi, Memerlukan Kelapa sawit
kemahiran tinggi dan Tenera sp.
tumbuhan Mengeluarkan hasil yang lebih teknik yang betul. hasil kacukan
Dura sp. antara
banyak, dan menunjukkan Memerlukan Pisifera sp.
kemahiran tinggi Lembu hibrid
ketahanan yang lebih tinggi dengan teknik yang jenis Mafriwal.
betul.
terhadap penyakit dan cuaca.

Pembiakbakaan Meningkatkan hasil susu,

haiwan daging.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 135

www.iamchampion.blogspot.my

Kultur tisu Meningkatkan hasil pertanian Klon terdedah Betik, nanas
dalam masa yang singkat. kepada kerosakan dan belimbing.
Kejuruteraan sekiranya ada yang
genetik Meningkatkan kualiti dan berpenyakit. Penanaman
kuantiti makanan. Memerlukan tumbuhan
kemahiran tinggi transgenik
dengan teknik yang seperti
betul. gandum,
tomato,
Pengurusan Mengekal dan membaiki kualiti Terdedah kepada tumbuhan
tanah tanah dan mengelakkan hakisan tanah dan legum, kacang
pertambahan makhluk perosak. tanah runtuh jika soya, dan ubi
Kawalan biologi proses pengurusan kentang.
Mengawal perosak dengan tanah tertangguh Kaedah
cara-cara biologi tanpa setelah tanah penggiliran
menggunakan pestisid. digondolkan. tanaman.
Mungkin pemangsa
akan memakan Burung hantu
mangsa lain dan ular
menyebabkan mengawal
ketidakseimbangan populasi tikus
ekologi semula jadi. di ladang
kelapa sawit.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 136

www.iamchampion.blogspot.my

6.15 Perkembangan Teknologi dalam Pemprosesan Makanan.

Teknologi Kebaikan Keburukan
Memasak
Membunuh mikroorganisma yang merosakkan Tidak tahan lama,

makanan, kualilti kesegaran

enzim yang memecah makanan mengalami berkurangan, perubahan

denaturasi, cara paling mudah untuk rasa asli, vitamin musnah.

mengelakkan kerosakan makanan, membunuh

mikroorganisma yang menyebabkan penyakit,

melembutkan makanan, makanan menjadi

lebih sedap.

Pengawetan Menghalang pertumbuhan mikroorganisma, Garam yang tinggi
meningkatkan rasa, nilai komersial, tahan menyebabkan hipertensi,
lama dan melonjakkan industri makanan. gula yang tinggi
menyebabkan diabetes,
cuka yang tinggi
menyebabkan gastrik,
bahan pewarna di dalam
makanan boleh
menyebabkan kanser,
kandungan nutrien
kurang.

Pengeringan Mikroorganisma tidak boleh hidup tanpa air, Hilang nutrien dan
mudah dijalankan, tahan lama. berubah rasa asli.

Pempasteuran Membunuh bakteria yang menyebabkan Tidak memusnahkan
tuberkulosis, spora mikroorganisma,
mengekalkan rasa asli susu, mengekalkan hanya sesuai untuk
nutrien, makanan cecair/ susu
melonjakkan industri makanan. sahaja, tidak tahan lama
selepas dibuka.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 137

www.iamchampion.blogspot.my

Pengetinan Membunuh semua mikroorganisma dan Boleh menyebabkan
sporanya, menghalang pertumbuhan kerosakan makanan
mikroorganisma, tahan lama, lebih menarik, sekiranya terdapat
mudah dihadam dan melonjakkan industri kerosakan pada bekas
makanan. itu, Kehilangan nutrien,
kurang rasa asli
Rawatan Ultra Membunuh bakteria dan spora, perisa/pewarna boleh
Haba (UHT) Tahan lama dan melonjakkan industri menyebabkan kanser.
Rasa akan berubah,
makanan. kehilangan nutrien dan
Fermentasi Mengelakkan jus dari menjadi rosak, tahan beberapa vitamin.
Memabukkan dan
lama, memperbaiki rasa, meningkatkan menukarkan rasa asli.
vitamin

LATIHAN 22

Seorang suri rumah membuat jeruk betik dengan merendam kepingan buah betik dalam

larutan gula yang pekat.

Nyatakan satu kebaikan dan dua keburukan kaedah yang digunakan berbanding dengan

menyimpan betik segar.

Kebaikan:

Tahan lama. Makanan kurang rosak.

Keburukan:

Kurang kandungan nutrien. Perubahan pada warna makanan. Perubahan pada rasa

makanan.

[3 markah]

LATIHAN 23

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam pemprosesan makanan. Cadangkan dua

kaedah dan bincangkan kebaikan dan keburukan setiap kaedah itu. [10 markah]

(Jawapan boleh rujuk 6.15)
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 138

www.iamchampion.blogspot.my

...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

LATIHAN 24
Rajah 24 menunjukkan pelbagai jenis makanan yang telah diproses melalui kaedah
pemprosesan makanan.

Ikan bilis Jus oren Roti putih Sardin Susu Sirap
Rajah 24 [5 markah]

(i) Terangkan tujuan pemprosesan makanan.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 139

www.iamchampion.blogspot.my

Tahan lebih lama // mengelakkan pembaziran. Menambahkan bahan pengawet / penstabil /
secara pemanasan / suhu tinggi / penggaraman / pengeringan. Untuk meningkatkan nilai
komersial // Nampak menarik. Secara pembungkusan / menambah pewarna. Rasa makanan
lebih sedap. Menambahkan perisa. Mempelbagaikan jenis makanan. Melalui penyelidikan
dan pembangunan (R&D) / resepi yang inovatif. Meningkatkan ekonomi negara. Promosi /
menggalakkan penghasilan makanan dalam skala yang besar. Untuk kesihatan yang lebih /
elakkan daripada keracunan. Membekalkan nutrien. Mudah dicerna / hadam. Secara
pemanasan / pengetinan. Mudah dibawa. Melalui pembungkusan / pengetinan.

LATIHAN 25
Terangkan kesan buruk kaedah pemprosesan makanan terhadap kesihatan manusia.

[5 markah]
Kandungan nutrien rendah. Suhu tinggi memusnahkan vitamin/ nutrien. Menyebabkan
pening/ lemah/ malnutrisi. Bahan karsinogenik tinggi. Pewarna/ pengawet/ penstabil
menyebabkan kanser. Menggalakkan mutasi. Kandungan gula tinggi. Meningkatkan aras
glukosa darah. Menyebabkan kencing manis. Kandungan garam tinggi. Meningkatkan
tekanan osmosis darah. Menyebabkan tekanan darah tinggi/ hipertensi. Kandungan lemak
yang tinggi. Meningkatkan jisim badan. Menyebabkan obesiti/ penyakit kardiovaskular.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 140

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 7
RESPIRASI

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 141

www.iamchampion.blogspot.my

BAB 7 RESPIRASI
7.1 Proses Respirasi dalam Penghasilan Tenaga.
Apakah respirasi?

- Respirasi merupakan proses hidup yang penting dan berlaku dalam dua peringkat:
- Respirasi luar dan respirasi dalam.
- Respirasi luar atau pernafasan luar ialah proses pertukaran gas antara permukaan

respirasi organisma dengan persekitarannya secara berterusan.
- Respirasi dalam atau respirasi sel ialah proses biokimia yang mana tenaga

dihasilkan untuk sel hidup.

 Persamaan respirasi aerob;

Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air + Tenaga (GO KAT)

 Persamaan respirasi anaerob dalam otot manusia;

Glukosa Asid Laktik + Tenaga (GALTe)

 Persamaan respirasi anaerob dalam yis;

Glukosa Etanol + karbon dioksida + Tenaga (GEKTe)

Persamaan dan Perbezaan antara respirasi aerob dengan respirasi anaerob:

Respirasi aerob Persamaan Respirasi anaerob

 Kedua-dua memerlukan glukosa sebagai bahan mentah.

 Kedua-dua menghasilkan tenaga.

Respirasi aerob Perbezaan Respirasi anaerob

Ada Kehadiran oksigen Tiada // sedikit

Lengkap Pengoksidaan glukosa Tidak lengkap

Banyak // 2898 kJ Jumlah tenaga Sedikit // 210 kJ (Yis) // 150 kJ

dihasilkan (Otot)

Mitokondrion Tempat berlaku Sitoplasma

Glukosa + Oksigen Persamaan kimia Dalam Otot;

Karbon dioksida + Air + Glukosa Asid Laktik +

Tenaga Tenaga

Dalam Yis;

Glukosa Etanol +

karbon dioksida +

Tenaga

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 142

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 1

Rajah 1 menunjukkan tisu X dan sel Y. X terdapat dalam organisma multisel. Y terdapat

dalam organisma unisel.

Tisu X Sel Y

Persamaan respirasi Persamaan respirasi

Glukosa + Oksigen Karbon Glukosa Karbon dioksida +

dioksida + Air + Tenaga Etanol + Tenaga

Rajah 1

(a) Berdasarkan Rajah 1 di atas, terangkan proses respirasi sel yang berlaku di X dan di Y.

[4 markah]

Tisu X;

Respirasi aerob. Glukosa dioksidakan secara lengkap. Kuantiti tenaga yang dihasilkan

tinggi / 28 ATP.

Tisu Y;
Respirasi anaerob. Glukosa tidak dioksidakan secara lengkap. Kuantiti tenaga yang
dihasilkan sedikit / 2ATP.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 143

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 2
Rajah 2 di bawah menunjukkan dua individu, K dan L, dalam dua situasi yang berbeza. K
sedang melakukan satu aktiviti cergas manakala L berada dalam keadaan rehat.

Individu K Individu L

Rajah 2

Berdasarkan Rajah di atas, terangkan perbezaan proses fisiologi yang berlaku pada

organ R, S dan T bagi individu K dan individu L. [6 markah]

Fakta Penerangan
Organ R
Kadar respirasi individu K lebih tinggi Perlu lebih banyak oksigen untuk
daripada individu L mengoksidakan glukosa // menghasilkan
lebih tenaga.

Organ S Supaya pengaliran darah lebih cepat (ke
Kadar denyutan jantung individu K lebih tisu) untuk membekalkan lebih banyak
tinggi daripada individu L. oksigen (ke tisu).

Organ T Penyerapan semula air lebih banyak
Kuantiti air kencing dalam individu K untuk mengekalkan tekanan osmosis //
adalah sedikit (dan lebih pekat) daripada untuk mengawalatur tekanan osmosis
individu L. darah.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 144

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 3
Rajah 3 menunjukkan sejenis organel yang terdapat dalam sel otot. Tindak balas biokimia
berlaku dalam sel tersebut.

Membran Z

Rajah 3
(a) (i) Namakan organel ini.

Mitokondrion / mitokondria.
[1 markah]

(ii) Terangkan mengapa membran Z dalam keadaan berlipat-lipat.
Menambahkan jumlah luas permukaan / nisbah JLP/I. Untuk respirasi (sel) yang
berkesan // kadar respirasi meningkat // lebih banyak oksigen meresap (ke dalam
organel).
[2 markah]

(b) Tindak balas biokimia yang belaku dalam organel ini diringkaskan seperti berikut:

Glukosa + M N + karbon dioksida + tenaga

(i) Namakan gas M.
Oksigen / O2.
[1 markah]

(ii) Namakan hasil N.
(Wap) air / H2O.
[1 markah]

(iii) Terangkan mengapa sel otot mengandungi banyak organel ini.
Otot memerlukan banyak tenaga / ATP. Untuk pengecutan / pengenduran otot.
Tapak respirasi sel. Untuk membekalkan tenaga.
[2 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 145

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 4

Gula dioksidakan semasa respirasi.

Terangkan proses itu. [4 markah]

Respirasi aerob // glukosa diuraikan dengan lengkap. Oksigen digunakan (untuk)

pemecahan (glukosa) // proses pengoksidaan. Substrat adalah glukosa. Menghasilkan

tenaga / membebaskan tenaga / ATP. Karbon dioksida dan air dihasilkan (sebagai hasil

buangan). Persamaan tindak balas;

Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air + Tenaga

atau

C6H12O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O + 2898 kJ / 38 ATP / Tenaga

Berlaku di mitokondria dan sitoplasma.

LATIHAN 5

Selepas menamatkan lumba lari, seorang atlet masih terus bernafas dengan cepat dan

dalam untuk beberapa minit. Terangkan mengapa. [6 markah]

Pernafasan yang cepat dan dalam membolehkan individu menyedut lebih banyak oksigen.
(Semasa aktiviti cergas / lumba lari), darah tidak dapat membekalkan oksigen dengan cepat
untuk memenuhi keperluan respirasi oksidatif (respirasi aerob). Otot berada dalam keadaan
kekurangan oksigen / hutang oksigen. Asid laktik dihasilkan. Kepekatan asid laktik yang
tinggi menyebabkan kekejangan / kelesuan otot. Untuk mengoksidakan asid laktik kepada
karbon dioksida dan air. Untuk mengurangkan kekejangan otot / kelesuan otot. (Banyak
oksigen digunakan) untuk mengoksidakan asid laktik (kepada karbon dioksida dan air) //
bayar hutang oksigen.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 146

www.iamchampion.blogspot.my

LATIHAN 6
Jadual 1 menunjukkan kadar pernafasan seorang pelajar semasa rehat dan semasa
melakukan aktiviti cergas.

Kadar pernafasan Semasa berehat Semasa aktiviti cergas
(Pernafasan per minit) 20 35

Jadual 1

Terangkan mengapa kadar pernafasan pelajar itu berbeza semasa berehat dan semasa

aktiviti cergas. [4 markah]

Kadar pernafasan semasa melakukan aktiviti cergas lebih tinggi daripada semasa berehat.

(Semasa melakukan aktiviti cergas), lebih tenaga diperlukan. Untuk pengecutan otot. Lebih

banyak oksigen diperlukan. Untuk mengoksidakan glukosa. Untuk penghasilan tenaga.

Banyak CO2 dihasilkan. Kepekatan CO2 meningkat. pH darah menurun / berkurang //

keasidan darah meningkat. Dikesan oleh kemoreseptor pusat. (Kemoreseptor pusat) hantar

impuls / merangsang otot respirasi. (Pusat respirasi) hantar impuls / rangsang otot respirasi /

diafragma / otot interkosta. Otot respirasi / diafragma / otot interkosta mengecut dan

mengendur lebih cepat.

LATIHAN 7
Rajah 7 menunjukkan kepekatan asid laktik dalam darah seorang atlet.

Kepekatan asid laktik Aktiviti cergas Selepas melakukan
(mg/ 100cm3) aktiviti cergas

(mg/ 100cm3)

Masa (minit)

Rajah 7

Terangkan perbezaan kepekatan asid laktik dalam darah seorang atlet semasa dan selepas

melakukan aktiviti cergas. [6 markah]

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 147

www.iamchampion.blogspot.my

Semasa melakukan aktiviti cergas Selepas melakukan aktiviti cergas

1 Kepekatan asid laktik darah Kepekatan asid latik darah menurun.

meningkat.

2 Molekul glukosa diuraikan / Molekul glukosa diuraikan / dioksidakan

dioksidakan tak lengkap. dengan lengkap.

3 Kurang tenaga dihasilkan // 150 kJ // 2 Banyak tenaga dihasilkan // 36 ATP // 38

ATP. ATP.

4 Pengumpulan asid laktik berlaku. Asid laktik dioksidakan.

5 Respirasi anaerob berlaku. Respirasi aerob berlaku.

6 Pengambilan oksigen tidak memenuhi Bekalan oksigen berlebihan / banyak

keperluan sel / darah tidak dapat (melalui pernafasan yang pantas dan

membekalkan cukup oksigen. dalam).

7 Kekurangan oksigen / hutang oksigen Hutang oksigen dibayar.

berlaku.

LATIHAN 8
Seorang atlet mengalami kekejangan otot semasa larian pecut 200 meter. Terangkan
bagaimana aktiviti tersebut menyebabkan kekejangan otot.
Aktiviti cergas memerlukan / menggunakan (lebih) tenaga. Pembekalan oksigen kurang
(berbanding keperluan oksigen). Berlaku respirasi anaerob. Hutang oksigen berlaku. Asid
laktik terbentuk. Asid laktik berkumpul. Menyebabkan kelesuan otot.

[3 markah]

7.2 Struktur Respirasi dan Mekanisme Pernafasan dalam Manusia dan Haiwan.

Struktur respirasi ialah tempat berlakunya pertukaran gas antara sel yang berespirasi
dengan persekitaran. Gas-gas berespirasi bergerak antara permukaan respirasi dan
persekitaran luar melalui resapan.

Penyesuaian struktur respirasi melibatkan empat ciri iaitu:

Penyesuaian Kepentingan

Permukaan respirasi yang lembap. Memudahkan gas respirasi terlarut.

Lapisan permukaan respirasi adalah nipis. Mempercepatkan pertukaran gas.

Luas permukaan yang besar. Kadar resapan menjadi cepat.

Jalinan kapilari darah yang banyak. Meningkatkan kadar resapan gas terlarut.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 148

www.iamchampion.blogspot.my

Lembap
Nipis
Luas
Darah

Struktur Respirasi dan Mekanisme Pernafasan Serangga.
Pundi udara

trakea spirakel

Sistem respirasi serangga dikenali sebagai sistem trakea yang terdiri daripada tiub-
tiub udara yang disebut trakea.

Udara memasuki trakea melalui liang pernafasan yang disebut spirakel yang
terdapat di kedua-dua belah sisi toraks dan abdomen serangga. Spirakel serangga seperti
belalang mempunyai injap.

Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal oleh injap yang membenarkan udara
keluar dan masuk ke dalam badan. Dinding trakea diperkukuh oleh gelang-gelang kitin
supaya tidak kempis atau terlipat akibat tekanan udara.

Luar Dalam Trakeol
Spirakel Trakea

Trakea terbahagi kepada cabang-cabang halus yang disebut trakeol yang
merupakan respirasi untuk serangga dan tidak mempunyai gelang kitin.

Modul Sempoi Biologi Tingkatan Empat (Guru) 149


Click to View FlipBook Version