The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2sgp, 2021-01-19 10:51:02

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

Modul UB- Buku 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA

Modul Pembelajaran
MPUD2091

KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM

BUKU 1

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN
UNIT BERUNIFORM

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA/PENGAKAP/ PANDU PUTERI MALAYSIA
DAN KADET REMAJA SEKOLAH

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
MALAYSIA.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun 75400 Melaka

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Julai 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

iii

Notis Hak Cipta ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafah Pendidikan Guru iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Agihan Tajuk vii

Tajuk Pembelajaran Muka surat

UNIT 1 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan
Pergerakan Unit Beruniform
1
Bulan Sabit Merah Malaysia 32
Pengakap 120
161
Pandu Puteri
Kadet Remaja Sekolah

Rujukan 173
Panel Penulis Modul 175

iv

PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar
lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pendidikan Malaysia yang mendaftar dengan Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 21 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti
(KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala
40% ialah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.

v

SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam 4 buah buku. Setiap buku membincangkan secara konsisten berkaitan
dengan kokurikulum unit beruniform. 4 buah buku tersebut ialah:

1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform
2. Pengurusan dan Persiapan Kem
3. Kemahiran Asas Unit Beruniform
4. Kembara Unit Beruniform
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email, whatsapp,
telegram dan Google classroom atau apa saja media komunikasi jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.

PENTAKSIRAN
Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%.
Ujian amali akan dilaksanakan secara berterusan

vi

AGIHAN TAJUK

Nama Kursus : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
(PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA/
PENGAKAP/ PANDU PUTERI MALAYSIA DAN
KADET REMAJA SEKOLAH)

Kod Kursus : MPUD2091

Jam Kredit : 1 Kredit

Kandungan modul ini dibahagi kepada 4 unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

JUMLAH JAM

TAJUK / TOPIK KULIAH/ INTERAKSI BERSEMUKA MODUL

1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan TUTORIAL 60% 40%
Kepentingan Unit Beruniform (Unit 21 JAM 13 JAM 8 JAM
uniform yang dilaksanakan)
● Perlembangaan Pertubuhan BERSEMUKA DALAM
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan TALIAN
- Perlembagaan Pertubuhan 40%
- Lambang dan cogan kata 9 JAM 20%
- Bendera dan lagu pertubuhan 4 JAM
Persetiaan/Ikrar dan undang-
undang pertubuhan

● Sejarah Unit Beruniform 2 2
- Sejarah pengasas
- Sejarah penubuhan

- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan Istiadat-istiadat

rasmi pertubuhan

vii

● Struktur dan Organisasi Pertubuhan

- Struktur dan organisasi peringkat
antarabangsa (jika ada)

- Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/ daerah/IPG

- Struktur dan organisasi peringkat

sekolah dan kumpulan

- Fungsi majlis tadbir

● Pengurusan dan Pentadbiran

- Pendaftaran ahli dan kumpulan

- Struktur unit
- Pengurusan Buku log laporan

aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan

pemimpin
- Takwim dan rancangan aktiviti

2. Pengurusan dan Persiapan Kem

● Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa

- Konsep

- Penglibatan

- Sijil

- Tujuan Kem 2 2
2 1
- Jenis Kem

- Struktur Organisasi

- Staf Kem

- Perancangan dan persiapan awal

- Pemilihan tempat

- Aspek keselamatan

- Kemudahan asas

- Pemeriksaan pagi

- Surat menyurat

- Laporan dan Refleksi

3. Kemahiran Asas Unit Beruniform 1
● Asas Pertolongan Cemas
- Tujuan dan prinsip
- Anduh dan balutan
- Merawat luka dan gigitan

- Melecur, pitam dan patah

- Keracunan dan terseliuh
- Pemulihan penafasan

viii

● Simpulan

- Tali temali (Enam jenis simpulan
asas)

- Simpul Balak

- Simpul Bunga Geti

- Simpul Tindih Kasih

-Simpul Buku Sila 2 2 0

-Simpul Manuk

- Simpul Belit

- Ikatan (Tiga jenis ikatan) 11 0
- Seraya
- Serong
- Lilit Kacang

● Asas Kawad Kaki dan Istiadat 32 1
- Bahasa Hukuman
- Kawad statik dan dinamik
- Kawad formasi

4 Kembara Unit Beruniform 2 11
● Orienteering / Pandu Arah 33
- Tujuan Orienteering
- Peraturan
- Prosedur
- Isyarat
- Laporan

● Ikhtiar Hidup 2 11
- Masakan solar / rimba 2 2
- Membuat perangkap

● Kraf Perkhemahan
- Pengurusan dan penjagaan kem
- Tujuan dan faedah membuat gajet
- Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

● Kerohanian dan Moral 21 9 4 8
● Keusahawanan

JUMLAH JAM

ix

UNIT 1 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN
KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
(PENGAKAP)

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
Pengenalan, Konsep, Sejarah Dan Kepentingan Unit Beruniform BSMM

Akta & Perlembagaan BSMM
 Akta 4 – Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan)

- Akta ini dikemuka pada tahun 1961 di Parlimen dan diluluskan di Deab Negara pada
Mei 1961;

- Akta ini dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
 Akta 1965 (Akta No. 47 tahun 1965) [ACT47/65]

- Akta ini telah mengabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu,
Cawangan-cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak dan
Singapura;

- Nama baru pergerakan ini di bawah akta berkenaan ialah Persatuan Palang Merah
Malaysia;

- Akta ini dikenali sebagai AKTA PERSATUAN PALANG MERAH MALAYSIA
(PERBADANAN).

 Akta 1962
- Akta Persatuan Palang Merah (pertukaran nama dan lambang persatuan) telah
diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 04 September 1975;
- Nama pergerakan ditukarkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
dan lambing Bulan Sabit Merah menjadi hak milik persatuan ini.

 Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
• Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1 Julai 1965.
• Tujuan persatuan ialah:

• Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan
penderitaan sama ada dalam masa aman atau perang;

• Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera;
• Menjalankan tanggungjawab dalam negara.
• Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis.

1

• Semua ahli Majlis yang pertama adalah daripada Persatuan Persekutuan Persatuan Palang
Merah Malaya. (Akta 4, 1962)

• Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis.
• Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau yang mendatangkan

faedah bagi ahli persatuan.
• Kalau disabit kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan didenda sebanyak RM300.00
• Objektif dan Tujuan PBSMM ialah seperti berikut:

• Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan, penyakit;
• Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan mempunyai

kawalan umum ke atasnya;
• Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat;
• Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan untuk

mengekalkan kawalan pentadbiran sendiri;
• Menjalankan aktiviti secara sukarela;
• Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip;
• Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang;
• Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang sesuai yang diadakan oleh

masyarakat.
Prinsip-prinsip Asas BSMM
Terdapat 7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang
diterima bersama pada tahun 1965 oleh Konferen Antarabangsa ke-20.

Prinsip-prinsip Asas BSMM
1. Kemanusiaan

- berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk persefahaman,
persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia.

2. Kesaksamaan
- memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan politik.

3. Berkecuali
-tidak menyebelahi mana-mana pihak.

2

4. Kebebasan
- diberi kuasa untuk bertindak secara bebas.

5. Perkhidmatan Sukarela
- satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.

6. Bersatu
- hanya terdapat satu PALANG MERAH atau BULAN SABIT MERAH di dalam sesebuah

negara.

7. Kesejagatan
- PALANG MERAH atau BULAN SABIT MERAH adalah sebuah pergerakan antarabangsa.

Cogan Kata dan Lambang

3

Cogan kata primer untuk The International Committee of the Red Cross (ICRC) /Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah ialah

“Inter Arma Caritas” (In War, Charity)
Cogan kata primer untuk The Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC)
/Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ialah

“Per Humanitatem ad Pacem” (With humanity, towards peace)
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland, yang
mana simbol palang berwarna merah yang berlatarbelakangkan putih seperti mana warna
bendera negara Switzerland yang diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk mengenalpasti
perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan yang
menjaga dan merawat mereka.

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia, mengumumkan
kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang
Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti
oleh banyak negara-negara Arab dan negara-negara yang majoriti penduduknya adalah
beragama Islam. Kini, sebanyak dua puluh sembilan buah negara telah menggunakan lambang
Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang
dilindungi oleh Konvensyen Geneva.

4

Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambang tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal
terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk
menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang.

Adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti.
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk
mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka.

Konvensyen Geneva 1949 menetapkan penggunaan lambang ini sebagai Pelindungan.

Protokol Tambahan III
 Mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas daripada konotasi agama,
budaya atau politik, dengan status yang sama di sisi undang-undang seperti Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah;
 Meningkatkan perlindungan untuk pekerja kemanusiaan dan mangsa konflik bersenjata;
 Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang tidak mahu menggunakan palang merah atau
bulan sabit merah untuk menyertai Pergerakan ini;
 Membolehkan Persatuan untuk menggunakan palang merah dan bulan sabit merah
bersama-sama;

5

 Mencegah pembiakan lambang.
Bendera dan Lagu BSMM
BENDERA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

6

Ukuran Piawai Bendera

LAGU RASMI
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Lirik: Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

7

Persetiaan/Ikrar dan Undang-Undang Pertubuhan

Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,

Berikrar,
Taatsetia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan Pemerintah-pemerintah

Di negeri kami,
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara

Bahawa kami berikrar,
Akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain

Dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,

Akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
Kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana,

Berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN

KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

8

Sejarah Unit Beruniform
Sejarah pengasas - Jean Henry Dunant

Beliau sangat dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Beliau telah dilahirkan pada 8 Mei 1828
di Geneva, Switzerland. Bapanya seorang ahli perniagaan perbankan yang masyhur dan
mempunyai kehidupan mewah. Sementara ibunya pula merupakan seorang yang sentiasa
mentaati agamanya dan memberi sepenuh kasih saying kepadanya. Beliau telah dididik sebagai
seorang yang mentaati agama serta berjaya menjadi seseorang yang berpengaruh di kalangan
komunitinya kerana mempunyai disiplin yang tinggi.

Dari segi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, beliau merupakan
seorang yang sangat aktif dalam pelbagai pergerakan amal dan keagamaan sehingga menjadi
ahli kepada League of Aims di Geneva, sebuah bandaraya kelahirannya. Tujuan beliau
menyertai aktiviti-aktiviti jasmani dan kerohanian sebegini adalah membantu penduduk miskin
dan orang-orang yang ditimpa kesusahan, musibah serta kesakitan. Selain itu, beliau juga sering
membantu banduan-banduan yang berada di penjara-penjara berdekatan untuk mempunyai
kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan perubahan sikap dan perangai. Apabila usianya
mencapai 30 tahun, beliau telah menunjukkan minat kepada organisasi Young Men’s Christian
Association (YMCA) yang terletak di Switzerland, Belgium dan Perancis. Beliau juga telah
memberikan cadangan bahawa sesuatu organisasi seperti YMCA tidak hanya menghadkan
pergerakannya di benua Eropah sahaja seperti YMCA England. Seterusnya pada tahun 1853,
beliau telah menggabungkan beberapa kumpulan pergerakan di Eropah menjadi sebuah
organisasi yang besar. Hasilnya wujudlah sebuah persidangan YMCA Sedunia diadakan di Paris
pada tahun1855.

9

Pada tahun 1849, beliau mula menceburi bidang perniagaan sebagai seorang perantis di
sebuah bank di Geneva. Kemudiannya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai
Pengurus Besar di sebuah bank cawangan Colonies Suisses de Setif yang beroperasi di
Algeria. Selepas beberapa tahun, beliau telah membuat keputusan untuk meletakkan
jawatannya untuk memulakan perniagaan sendiri.

Pada masa itu, Algeria merupakan tanah jajahan Perancis. Untuk mengembangkan
perniagaannya, beliau perlu berurusan dengan Maharaja Perancis pada waktu itu. Sepanjang
perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah bandar di Itali seperti Castiglione delle
Pieve. Pada bulan Jun 1859, beliau telah tiba di Solferino dan sebuah pertempuran telah
meletus. Di sini, beliau telah menyaksikan sendiri bagaimana medan peperangan telah dipenuhi
dengan askar-askar yang tercedera. Kedapatan juga mayat-mayat yang bergelimpangan di
merata-rata tempat. Ini adalah kerana pasukan perubatan di kedua-dua belah pihak yang
berperang itu tidak mempunyai anggota, kelengkapan dan kemudahan perubatan untuk
menangani situasi yang dashyat dan luar dugaan seperti ini. Disebabkan beliau mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, beliau telah menangguhkan perjalanan. Beliau bukan sahaja
turut membantu askar-askar yang sakit dan cedera, malahan beliau sendiri telah mengumpulkan
orang kampung untuk memberikan rawatan di sebuah gereja yang berdekatan dengan medan
pertempuran. Peristiwa ini dengan mendadak telah menukarkankan kerjaya perniagaan kepada
seorang sukarelawan yang memberi perkhidmatan untuk membantu mangsa-mangsa yang
cedera dan menderita dalam peperangan tanpa mengirakan pangkat dan negara asal mereka.

Beliau telah berpendapat bahawa tragedy peperangan di Solferino ini perlu disebarkan
kepada lebih ramai orang. Justeru, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Kenangan
di Selferino “. Di dalam bukunya, beliau telah mencadangkan ditubuhkan persatuan-persatuan
yang mempunyai sukarelawan-sukarelawan perubatan terlatih patut ditubuhkan di semua
negara di dunia untuk menolong, menjaga dan meringankan penderitaan askar-askar yang
cedera dalam sewaktu peperangan. Ide-ideanya ini telah mendapat sambutan dan sokongan
ramai termasuk juga pihak berkuasa tentera. Untuk mengembangkan lagi idenya dan mendapat
sokongan, beliau telah menjelajah ke negara-negara di seluruh Eropah bagi memberikan
penerangan dan penjelasan lanjut kepada raja-raja, pemerintah-pemerintah dan orang-orang
yang berpengaruh dalam usahanya untuk mencapai misi murni ini.

Atas usaha-usaha beliau yang berterusan tanpa mengenal penat lelah ini,
cadangan-cadangan yang diutarakan di dalam buku penulisan telah beliau mendapat sambutan
serta persetujuan daripada pihak-pihak berkuasa di pelbagai negara. Beliau telah semakin

10

dikenali dan diberi penghormatan yang sepatutnya oleh ramai orang yang berpengaruh. Pada
tahun1863 dan 1864, pelbagai pihak yang terlibat telah memberi sokongan dan beliau sudah
sampai ke kemuncak kegemilangannya dengan penubuhan jawatankuasa khas dan sebuah
konvensyen mengenai pengurangan penderitaan mangsa-mangsa peperangan telah diadakan.

Namun kegemilangannya tidak kekal lama kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak
menghargainya jasa-jasa besarnya kepada nilai-nilai kemanusiaan. Pada tahun 1866 beliau
mula meninggalkan pergerakan yang diasaskan olehnya. Pada tahun 1867 perniagaannya
mengalami kemerosotan. Pada umur 39 tahun, beliau telah berhijrah keluar dari Geneva buat
selama-lamanya. Selepas selama 20 tahun, beliau telah ditimpa kemiskinan dan kesengsaraan.
Namun beliau masih dapat bertahan kerana mendapat bantuan sara hidup keluarga dan
sumbangan kawan-kawan. Kemudian beliau telah ditemui oleh seseorang yang sangat
mengenali beliau dan sekali sekala beliau telah dijemput untuk muncul dalam beberapa majlis
penghormatan oleh Persatuan Palang Merah di Eropah seperti Perancis, Itali dan Jerman.

Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkannya pingat keamanan yang
pertama dan dikongsi dengan Frederic Passy, tetapi beliau tidak dapat hadir untuk menerimanya.
Jean Henry Dunant telah meninggal dunia pada hari Ahad, bertarikh 30 Oktober 1910 di
Heidden, sebuah perkampungan pergunungan yang tenang serta di kelilingi para penduduk
yang sangat mengaguminya.

Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Palang Merah / Bulan Sabit Merah
Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan,
sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry
Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam
kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi
mengenang jasa-jasa beliau.

11

Sejarah penubuhan

Jawatankuasa Berlima

Pada tahun 1863 sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva telah
ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia,
General Dufour dan Henry Dunant. Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa
Berlima. Matlamat jawatankuasa ini ialah untuk merangka peraturan-peraturan bagi
pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku ‘Kenangan
di Solferino’.

Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di
Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini, para
perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan
untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah.

Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang dihadiri oleh 16 buah negara
telah memberi peruntukan seperti berikut:
 Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu

Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan.
 Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah dilindungi semasa

peperangan.
 Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan dengan lambang

palang merah yang berlatarbelakangkan putih.

Konvensyen-konvensyan Geneva 1949

Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah
kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan
perang”. Sebelum itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan undang-undang tidak dapat
dilaksanakan serentak kerana kedua-dua mempunyai tujuan yang dianggap pada masa itu
adalah bertentangan di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan
Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh
digunakan semasa peperangan, dan ianya mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada
mangsa-mangsa yang tidak berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan.

12

Secara keseluruhannya, terdapat empat Konvensyen Geneva kesemuanya. Ini merupakan
usaha berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki aspek-aspek
perlindungan yang digubal semasa Konvensyen Geneva Pertama. Juga adalah dirasai bahawa
terdapat keperluan untuk meluaskan lagi perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori
mangsa konflik bersenjata.

Konvensyen Geneva Pertama (1864):
- Palang Merah sebagai perlindungan atas anggota tentera yang cedera dan sakit
di daratan dan kepada pegawai perubatan

Konvensyen Geneva Kedua (1899):
- Melindungi anggota tentera yang cedera, sakit dan yang karam di laut.

Konvensyen Geneva Ketiga (1929):
- Memberi perlindungan kepada tawanan perang dan berhak menerima berita
daripada keluarga.

Konvensyen Geneva Keempat (1949):
- Melindungi orang awam dan harta benda mereka semasa berlaku peperangan.

Sejarah penubuhan BSMM di Malaysia

1948 – Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan.
1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang.
1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor.
1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.
1961 – Pada 01 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan

Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen.

13

1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu
(Perbadaanan) AKTA 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.

1963 – Pada 04 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)
menerima dan mengiktiraf secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.

1963 – Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa (IFRC)

1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)

1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan
kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 04 September 1975, (Akta 162 –
pertukaran nama dan lambing persatuan).

2007 – Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan
pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Tujuan penubuhan

Matlamat Pergerakan adalah:
 Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia di mana sahaja;
 Melindungi nyawa dan kesihatan;
 Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan berterusan untuk membantu
ahli-ahli Pergerakan;
 Menentukan penghormatan diberi kepada manusia, terutamanya di waktu konflik
bersenjata dan juga kecemasan;
 Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan sosial;
 Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka yang memerlukan
perlindungan dan pertolongannya.

Dalam mengejar matlamat ini, Pergerakan akan sentiasa berpandukan kepada Prinsip-Prinsip
Asas pergerakan dengan peranan-peranan yang berikut:

o melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota- anggota tentera yang
cedera;

o membekalkan bantuan kecemasan;
o menggalakkan penubuhan dan pembangunan persatuan;
o menjalankan kerja-kerja kemanusiaan.

14

Istiadat-istiadat Rasmi Pertubuhan
Istiadat Perhimpunan

• Masuk dalam barisan.
• Melapor kekuatan pasukan.
• Mengibarkan bendera Malaysia, Negeri dan Bulan Sabit Merah.
• Semasa lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak.
• Pegawai- pegawai yang beruniform memberi tabik hormat.
• Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM.
• Bacaan doa.
• Ucapan pemimpin.
• Bacaan ikrar.
• Keluar baris.

Struktur dan Organisasi Pertubuhan
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

ICRC ditubuhkan pada 1863 dengan nama “Jawatankuasa Lima Orang”. Pada tahuun 1876,
jawatankuasa ini dinamakan sebagai INTERNATIONAL COMMITTEE OF THE RED CROSS.
ICRC merupakan sebuah institusi yang bebas dan berkecuali dari segi politik, ideologi dan
agama. Ibu pejabat terletak di Geneva, Switzerland. Bilangan maksima anggota ialah 25 orang
dan mereka terdiri daripada warga Switserland.

15

Struktur tertinggi organisasi tertinggi ICRC ialah “PERHIMPUNAN” yang mana anggota
ICRC akan berjumpa lebih kurang 8 kali setahun. Struktur kedua ialah “LEMBAGA EXCO” yang
terdiri daripada 7 orang anggota yang bertugas untuk mengawasi pentadbiran ICRC dan
melaksanakan dasar-dasarnya. “DIREKTORAT” ialah bahagian yang bertanggungjawab atas
hal pengurusan dengan dianggotai oleh 2 orang pengarah iaitu Ketua Pengarah dan Pengarah
Operasi. Pengarah Operasi menerajui bahagian Operasi dan Agensi Pusat Mencari manakala
Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab atas bahagian Kewangan & Pentadbiran, Prinsip &
Undang-undang, Penerangan dan Perjawatan.

Peranan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Kemanusiaan Antarabangsa

1) Pemaju Konvensyen Geneva:
 Memajukan Undang-Undang Kemaunusian Antarabangsa untuk kefahaman dan
penyebaran Konvensyen Geneva.

2) Orang tengah yang berkecuali:
 Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuhan;
 Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu peperangan mendpat
perlindungan dan pertolongan.

3) Penjaga prinsip-prinsip:
 Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati;
 Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan.

Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber:

 Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen Geneva
dan European Community (EC);

 Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan;
16

 Sumbangan persendirian;
 Sumber-sumber lain.
Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
1. Perlindungan
 Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman,

layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya.
 Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

2. Pengesanan
 Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing.
 Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan
memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat.

3. Bahagian Bantuan Umum
 Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak yang
memerlukan.
 Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-delegasi tertentu.

4. Bahagian Perubatan Umum
 Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.
 Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran alat-alat
prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka.

17

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah & Bulan Sabit Merah
International Federation of Red Cross and Red Cresent Societies (IFRC)

Persekutuan ini ditubuhkan pada 05 Mei 1919 di Paris secara tidak langsung semasa Perang
Dunia yang Pertama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang
dan tawanan perang. Pengasas IFRC, Henry Pomeroy Davison mengesyorkan agar
pertubuhan-pertubuhan disatukan di persidangan perubatan antarabangsa.

Nama asal ialah Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang
mana ahli-ahli pengasas ialah Persatuan Palang Merah Amerika, England, Perancis, Itali dan
Jepun. Pada November 1991, nama Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah.

Untuk mencapai tujuan utama seperti yang digariskan dalam Artikel Perlembagaan
Persekutuan, fungsi-fungsi persekutuan adalah seperti yang berikut:

 Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di
antara Persatuan-persatuan Kebangsaan dan untuk memberi mereka apa jua
pertolongan yang diminta;

 Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan &
pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diikiraf;

 Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa bencana
alam.

 Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana
dan juga dalam operasinya;

 Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras
dengan “Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa;

18

 Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan dalam
aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan masyarakat
dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu;

 Menggalak dan menyelaras di antara Perstuan-persatuan Kebangsaan, pertukaran idea
bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan untuk
menjalin perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada semua negara;

 Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli
daripada penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pergerakan;

 Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan
perjanjian–perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(JAPM/ICRC);

 Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan bekerjasama dalam penyebaran undang-undang ini & Prinsip-prinsip
Asas di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan;

 Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan di peringkat antarabangsa. Di antaranya
adalah dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan & perakuan yang
diterima-pakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan serta menjadi penjaga kepada
keutuhannya dan pelindung kepada kepentingannya;

 Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan Antarabangsa.

IFRC ditadbir melalui:
1. Perhimpunan Agung

 2 tahun sekali.
 Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan yang diihadiri oleh perwakilan daripada

Persatuan-Persatuan Kebangsaan.

1. Majlis Eksekutif
 Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung.
 Terdiri daripada Presiden, 8 orang Timbalan Presiden yang dilantik oleh
persatuan-persatuan kebangsaan yang dipilih dan 16 Persatuan Kebangsaan yang
dipilih oleh Perhimpunan Agung.

19

2. Suruhanjaya Statut (Statutory Commissions)
 Terdapat lima suruhjaya iaitu Kewangan, Belia, Bantuan Bencana, Pembangunan dan
Kesihatan & Perkhidmatan Masyarakat.

3. Sekretariat
 Beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
 Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan Agung atas nasihat
Majlis Eksekutif.
 Menghantar Laporan Tahunan kepada semua Persatuan-persatuan Persekutuan.
 Sebagai jurucakap kepada Persatuan-persatuan dalam hal-ehwal antarabangsa.

Struktur dan Organisasi Peringkat IPGM

20

Senarai Nama Ahli-ahli

Jawatankuasa Majlis Tadbir IPGM - IPGM
- IPGM
1 Penaung- REKTOR - Lantikan
2 Pengerusi - Timbalan Rektor Kanan - Lantikan
3 Timbalan Pengerusi - Lantikan
4 Naib Pengerusi I - Lantikan
5 Naib Pengerusi II - Lantikan
6 Setiausaha - Lantikan
7 Bendahari - Lantikan
8 Pengarah Latihan - Lantikan
9 PP Pertolongan Cemas - Lantikan
10 PP. PEND.PM/BSM & UUKA - Lantikan
11 PP Pengurusan dan Pentadbiran - Lantikan
12 PP UUKA - Lantikan
13 PP Pendidikan Kesihatan - Lantikan
14 PP BOM - Lantikan
15 Ketua Zon Tengah - Lantikan
16 Ketua Zon Utara - Lantikan
17 Ketua Zon Selatan - Lantikan
18 Ketua Zon Sabah
19 Ketua Zon Sarawak

21

Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah Dan Kumpulan

Fungsi Majlis Tadbir Kebangsaan
Majlis Kebangsaan

• Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua urusan dalam persatuan.
Komponen

• Pengerusi Kebangsaan
• Timbalan Pengerusi Kebangsaan
• 4 orang Naib Pengerusi (Pengerusi Cawangan + Bendahari Kebangsaan.)
• Pengerusi bagi

• Tindakbalas kecemasan
• Perkhidmatan ambulans.
• Program darah
• Perkhidmatan masyarakat dan kesihatan
• IHL dan hal undang-undang.
• Latihan dan sumber manusia.
• Hal antarabangsa.
• Tabung kewangan
• Bangunan
• Pengurusan.
• 5 orang ahli yang dilantik.
• 2 wakil daripada Cawangan
• Ketua pegawai perubatan bahagian Tentera.
• Ketua Persatuan Perubatan Malaysia.
• 1 wakil daripada Kementerian Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Luar Negeri,
Kesihatan, Dalam Negeri, Kebajikan dan Belia dan Sukan.

Kuasa Majlis
• Pengurusan, harta benda persatuan.
• Keahlian.
• Mencadangkan Setiausaha Agung Persatuan
• Menambahkan dan mengubahkan peraturan.

22

Pengurusan dan Pentadbiran
Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)

Penerimaan dan Yuran Keahlian
Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) didaftarkan di Sekolah Rendah samada
sekolah tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah
Persendirian di dalam negara Malaysia.
Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6 di kategorikan
sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit Merah (Sekolah
Rendah) atau dipanggil “Red Cross Link”

Kaedah Pendaftaran Unit
Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu
Ringgit) setahun.
Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu Pejabat
Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang-kurangnya
12 orang ahli kanak-kanak.
Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ibu
bapa/Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di sekolah
masing-masing.

Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak
Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan
diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit melalui
Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.

Borang-Borang Bsmm Mengenai Unit Kanak-Kanak
Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak Hendaklah Mengisikan Borang Pendaftaran Unit Dan
Menyerahkan Borang Tersebut Bersama-Sama Borang Keahlian Tahunan Kepada
Cabang Dan Seterusnya Kepada Cawangan Untuk Disahkan.

23

Sijil Keahlian Kanak-Kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan
didalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.
Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang diselaraskan
bersama oleh Cabang.
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 6 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan mendaftarkan diri di
Pasukan Belia Sekolah Menengah.
Catatan:
Maklumat-maklumat mengenai BSMM boleh di perolehi melalui Pejabat BSMM Cabang /
Cawangan dengan menghubungi Pegawai Pentadbiran Pejabat BSMM masing-masing
atau layari email: [email protected] atau website: http:/www.redcrescent.org.my atau
email kepada Cabang / Cawangan masing-masing.
Struktur Unit

24

Tanggungjawab pemimpin
Adalah menjadi tanggungjawab tiap- tiap pegawai dan ahli mengetahui dan memahami
peraturan dan undang- undang Persatuan. 'Kejahilan atau Tidak Tahu' tidak boleh diterima
sebagai alasan tidak mematuhi peraturan dan undang- undang.

 Pentadbiran
o Pendaftaran Ahli
o Insuran Ahli
o Kad Ahli
o Kewangan
o Perlantikan
 Ketua Utama Seksyen
 Ketua Seksyen
 Penolong Ketua Seksyen
o Tauliah

 Latihan
o Perjumpaan mingguan
o Program Latihan dan
o Peperiksaan
o Kursus
o Kecekapan Ahli
o Lencana kecekapan

 Tatatertib
o Tatatertib dalam pasukan.
o Melahirkan ahli yang berdisplin

 Aktiviti
o Kerja Kemasyarakatan
o Pembangunan Belia
o Program Darah
o Menjaga Kesihatan Asas
o Program Anti-Dadah
o Lawatan ke Hospital
o Lawatan ke rumah orang tua

25

o Perkhemahan
o Lawatan sambil
o belajar
o Gotong royong dan lain-lain
 Pakaian Seragam
o Menentukan ahli mempunyai Pakaian Seragam mengikut peraturan
 Kebajikan Ahli
o Masalah,
o Sakit dan lain-lain

Ketua Utama Seksyen
Ketua Utama Seksyen bertanggungjawab menjaga semua Seksyen dalam pasukannya. Dia
akan menjalankan semua tugas yang diamanahkan oleh Komandan. Semasa ketiadaan semua
pegawai tinggi dalam pasukannya, tugas- tugas pasukan akan dipikul oleh Ketua Utama
Seksyen.

Ketua Seksyen:
Ketua Seksyen biasanya bertanggungjawab menjaga Seksyen atau Seksyen- seksyen dan
membantu melatih dan menjaga displin ahli- ahli Seksyen di bawah jagaannya. Selain dari
tugas- tugas itu, ia mungkin dikehendaki melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti yang
diarahkan oleh Komandannya. Semasa ketiadaan semua pegawai kanan dan Ketua Utama
Seksyen, tugas dan tanggungjawab pasukan akan dipikul oleh Ketua Seksyen.

Pengurusan folio/Buku Log
Kandungan buku log / folio yang dilengkapi dengan butiran:
- Biodata.
- Laporan bagi setiap aktiviti / perjumpaan mingguan
- Nota bagi tajuk-tajuk yang berkaitan
- Bahan-bahan lampiran serta gambar / grafik
- Sumber rujukan

26

Pakaian seragam ahli dan pemimpin
(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 5)

27

28

29

30

Takwim dan Rancangan Aktiviti

Contoh Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM di Sekolah Kebangsaan

TARIKH CADANGAN AKTIVITI CATATAN
Mesyuarat Agung
Perlantikan AJK
Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu & Ikrar BSMM
Sejarah dan prinsip BSMM
Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi
Peti Pertolongan Cemas
Asas Pertolongan Cemas
Panduan Rawatan Kecemasan
Cara pemasangan khemah dengan betul.
Penyediaan makanan-membuat – sandwich dengan cara yang
betul.
Mencuci tangan dan membersihkan diri dengan betul.
Asas Kawad Kaki
Ikatan Anduh dan Balutan
Jenis-jenis Penyakit
Ubat-ubatan
Kerja Kemasyarakatan Gotong-royong
Majlis Penutup

31

PENGAKAP

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGAKAP

Rasional

i. Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah
untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh,
membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi
pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani (IREJ) dan sosial. Untuk mencapai
objektif tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk
membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method)
melalui sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap
dan Undang-undang Pengakap.

ii. Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan keutamaan
disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan diterima
oleh ahli-ahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin yang
mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan
berdisiplin.

iii. Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas (Initial Training) dan
menjurus ke arah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN,
KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk
menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk membentuk
warganegara yang berguna dan berdisiplin.

Prinsip-prinsip Asas Kepengakapan

i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan
yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai
murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira
warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi intelek, rohani dan
jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

ii. Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas
dalam Pergerakan Pengakap yang memautkan Penyatuan Pengakap seperti yang
berikut:

a. Pergertian Pengakap
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas
daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa
mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip
dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.

b. Matlamat berpengakap

32

Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial (IREJS) dalam kalangan generasi muda supaya
berpeluang mengambil bahagian dalam pembangunan masyarakat untuk
menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap agama dan negara serta
masyarakat antarabangsa.

c. Prinsip-prinsip berpengakap dan ekpresi mereka dalam perjanjian dan
undang-undang.
Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan Pengakap dan
Undang-Undang Pengakap, iaitu:

 Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan;
 Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara;
 Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta

mengelakkan diri daripada bersifat kejam; dan
 Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga

dan masyarakat di sekelilingnya.

(i) Undang-undang Pengakap:
Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih
anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada
PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip
ini merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap
intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah.

(ii) Dasar Keagamaan:
Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun
Agama masing-masing.

(a) Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama:

 Persekutuan tidak menghadkan hanya satu agama sahaja
kepada ahlinya kerana mereka mestilah mengamalkan
RUKUN AGAMA masing-masing serta menghormati orang lain
yang tidak seagama dengannya.

 Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan
mengamalkan satu agama sahaja maka pemimpin kumpulan
bertanggungjawab untuk menyediakan tempat sembahyang
atau tempat beribadat untuk mereka menunaikan ibadat.

 Pemimpin perlu menyediakan seorang pegawai yang arif
tentang rukun agama sebagai pakar rujuk, jika timbul sebarang
masalah atau isu.

(b) Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan:

 Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli
daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi
tanggungjawab pemimpin untuk menggalakkan mereka
membuat ibadat mengikut agama dan kepercayaan
masing-masing.

33

 Dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu
sembahyang khas meliputi semua ahli dalam kumpulan kerana
ia menyalahi peraturan atau tegahan dalam rukun agama ahli
dalam kumpulan tersebut.

 Pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawasi
kumpulan supaya perkara seperti ini tidak berlaku yang boleh
mengakibatkan Persekutuan dicemuh oleh masyarakat.

(iii) Kewarganegaraan:

(a) Menjadi seorang warganegara yang baik dan rela berkorban
untuk mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya
dan negaranya.

(b) Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin-pemimpin untuk
memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara
yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual.

(c) Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila
menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan
masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab
bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat
majmuk.

(d) Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara
agar menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta
menjunjung perintah.

(e) Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan
adat resam antara kaum di negara ini.

d. Kaedah atau Cara Berpengakap

(i) Kaedah atau cara berpengakap ialah Sistem Pembelajaran Memajukan
Diri Sendiri melalui:

(a) Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam
sebuah pasukan;

(b) Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan
Pengakap;

(c) Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan
daya tahan;

(d) Berpeluang menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab;

(e) Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil;

(f) Belajar dari pengalaman berpengakap; dan

34

(g) Menyediakan skim anugerah untuk memberikan galakan dan
penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan
terhadap kejayaannya.

Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia

i. Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang
tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan
diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran
dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga
berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada
di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk
memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli.

ii. Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua
undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan
Pengakap Malaysia.

iii. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang.

iv. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di
institusi pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi
pengajian tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undang-undang tubuhnya
yang tersendiri.

v. Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang
ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan
Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

vi. Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu
menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun
mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan
mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM.

vii. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau
pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan
persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil
juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan
atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan
hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan
yang berkenaan.

viii. Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya
yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan
PPM dengan cara yang betul, teratur dan berkesan.

ix. Jenis Perlembagaan:

a. Ada dua jenis perlembagaan, iaitu:

(i) Perlembagaan bertulis; dan

35

(ii) Perlembagaan tidak bertulis.

b. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun
dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda
kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan
dilakukan pindaan.

c. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang
tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan
pantang larang.

d. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan
persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan
adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.

x. Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa
perkara seperti yang berikut:

a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan;

b. Matlamat;

c. Keahlian;

d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya);

e. Kewangan persatuan atau pertubuhan;

f. Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan;

g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan;

h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan

i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.

xi. Tujuan atau fungsi perlembagaan:

a. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan
bersih.

b. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa.

c. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan).

d. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya
kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat.

e. Melindungi hak ahli.

36

f. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli.
g. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan.
xii. Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk
menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di
bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam
PPM.
xiii. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin
dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua
pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap
Negeri.
xiv. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk
memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan
akan terhalang.
xv. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan
selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke
semasa.

Lambang dan Cogan Kata Pengakap
i. Maksud Lambang atau Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

a. Pecahan tiga kelopak:
Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu:
(i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
(ii) Menolong orang pada setiap masa; dan
(iii) Menurut undang-undang pengakap.

b. Warna Kuning, Hijau dan Merah:
Melambangkan unit-unit di dalam pergeraka pengakap, iaitu:
(i) Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak;
(ii) Hijau bagi Unit Pengakap Muda;
(iii) Merah bagi Unit Pengakap Remaja.

37

c. Bua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak
kanan:
Melambangkan Undang-Undang Pengakap.

d. Ikatan berwarna hijau:
Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap.

e. Lingkaran tali berwarna kuning:
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap
Sedunia.

f. Anak bulan dan bintang:
Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam.

g. Warna kuning pada anak bulan dan bintang:
Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

h. Bintang pecah 14 (warna kuning):
Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang
terkandung di dalam Malaysia.

ii. Cogan kata Pengakap Malaysia

(a) Cogan kata Persekutuan Pengakap Malaysia ialah “Selalu Sedia”.

(b) Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata masing-masing
seperti yang berikut:

(i) Pengakap Kanak-kanak (PKK):
”BUAT HABIS BAIK”

(ii) Pengakap Muda (PM):
”SELALU BERSEDIA”

(iii) Unit Pengakap Remaja (UPR):
”PANDANG LUAS”

(iv) Pengakap Kelana (PK):
”BERKHIDMAT”

Bendera dan Lagu Persekutuan Pengakap Malaysia
i. Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia

38

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

ii. Seni Kata Lagu Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

(Korus)
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan Negara

Berbudi, bersaudara
Taat menurut perintah
Kami bangga junjung citi-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung citi-cita
Pengakap Malaysia

Lagu : Hafiiz b Khamis
Lirik : YBhg Dato’ Kaharuddin Momin
: Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin
Gubahan : Abdul Razak Abdul Rahman

39

Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
i. Persetiaan Pengakap

i. Undang-undang Pengakap
a. Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap, iaitu:

40

41


Click to View FlipBook Version